Mardiah menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Mahu bergegar satu dorm asrama dibuatnya. Namun kemarahan yang terbuku di hati masih belum puas dilepaskan. Semuanya gara-gara jejaka idaman kebanyakan gadis di kampusnya yang sentiasa dianggap gentleman dan tampan. Dia memang pelik bagaimana lelaki sedemekian rupa yang sentiasa menyakiti hatinya begitu disanjung-sanjung. Malahan ada di antara teman-temannya yang sanggup memarahinya kerana menggelarkan lelaki itu 'anak setan'.
" Memang dasar anak setan!! Harap muka je lawa tapi perangai...Selalu menyusahkan orang. Eeeii...geramnya aku!!!" Mardiah mengetap bibir dan mengenggam tangannya menahan geram. Silap hari bulan boleh meletup dadanya kerana memendam kemarahan yang amat meluap-luap itu.
Kedengaran pintu dibuka dari luar. Raihan memerhatikan keadaan Mardiah. Berombak-ombak dadanya menahan marah. Dia menggelengkan kepala sambil menutup pintu biliknya perlahan-lahan lalu duduk di belakang gadis yang dikenalinya 2 tahun yang lalu. Dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke asrama semasa terserempak dengan Athirah, rakan sekuliahnya yang mengatakan Mardiah kelihatan seperti sedang mengamuk. Apalagi, Raihan terus memenjangkan langkahnya untuk mengetahui hal yang sebenar.
" Kenapa ni, Mar? Hakim buat hal lagi ek?" Raihan menyoal gadis yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Sedikit masa berlalu dan pertanyaannya dibiarkan tanpa jawapan. Hanya kedengaran hembusan nafas Mardiah yang masih kasar menandakan gadis bertudung litup itu masih marah.
" Apa yang...anak setan tu buat pada Mar lagi?" Sengaja Raihan menggunakan gelaran itu untuk satu-satunya manusia di kampus UiTM Shah Alam ini yang mampu membuatkan Mardiah naik hantu seperti sekarang untuk menarik perhatian Mardiah. Siapa lagi kalau bukan Aidil Hakim anak Dato' Muhamad merangkap salah seorang daripada teman baiknya.
Sejurus selepas itu kedengaran Mardiah tertawa kecil mendengarkan teman sebiliknya itu menggunakan gelaran itu. Umpan Raihan mengena. Mardiah berpaling dan mengubah posisi duduknya mengadap Raihan.
" Akak kalau tak sanggup nak sebut gelaran tu, baik tak payah sebut. Buat menambah dosa je. Akak tu baik, tak macam Mar ni panas baran..." Ujar Mardiah sambil tersenyum sumbing. Kebaikan gadis yang berambut pendek paras bahu yang berusia 2 tahun lagi tua daripadanya itu sepanjang tempoh perkenalan mereka cukup membuatkan Mardiah tidak senang hati untuk bermasam muka dengan Raihan. Selama ini, Raihanlah tempatdia mengadu semua masalahnya terutamanya anak setan yang selalu membuatkan hidupnya kacau-bilau.
" Adapun suara. Ingatkan putera bunian mana yang dah curi suara berlemak bak buluh perindu adik akak sorang ni..." Raihan manjawab sinis.
" Aww!! Sakitlah bertuah!" Raihan menggosok-gosok peha kanannya yang menjadi mangsa tamparan Mardiah. Kalau kena dengan tangan perempuan sorang ni, memang perit berbisa. Hajatnya untuk membalas balik tamparan tiu terbantut apabila dilihatnya Mardiah kembali murung.
" Apalagi Hakim buat pada Mar? Dia cium Mar ke?" Raihan mengusik, cuba menceriakan suasana.
" Beranilah dia nak pegang Mar! Silap hari bulan ada yang kena cincang sampai lumat dengan Mar. Cubalah..." Serius benar ugutan daripada gadis itu. Mardiah masih mengingati pertemuan pertama dengan lelaki yang digelar anak setan itu iaitu semasa sesi perkenalan antara pelajar baru dengan pelajar lama dalam minggu orientasi. Lelaki itu merupakan mentornya sepanjang minggu orientasi tersebut. Ramai yang mengatakan dia bertuah mendapat lelaki itu namun sebaliknya hanya dia yang tahu betapa kejamnya lelaki tersebut. Malangnya tiada siapa yang mempercayai cerita Mardiah. Sangkanya cukuplah seminggu itu sahaja dia menjadi mangsa buli lelaki tersebut tetapi sehingga kini dia masih lagi terus dibuli, disakat dan diusik. Sudah hampir 2 tahun lamanya dia dijadikan seperti khadam kepada lelaki itu. Dan tahap kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum hari ini.
" Dia ingat Mar ni kuli batak dia ke?! Sesuka hati je dia suruh Mar buat macam-macam. Mar tahu mesti dia sengaja letak kereta mewah dia tu jauh-jauh daripada library. Memang sengaja dia nak kenakan Mar. Panas-panas terik tu mamat tu suruh Mar bawak buku yang dia pinjam dari library sampai kereta dia. Lepas tu, boleh pulak dia suruh Mar pulangkan buku-buku yang dia dah pinjam kat library balik. Selamba dia je Mar bawak buku-buku tu. Bukan sikit kak, menimbun-nimbun. Macam nak semput nafas berulang-alik dari kereta dia pergi library. Berpeluh-peluh Mar dibuatnya. Dah la Mar tengah sibuk buat rujukan untuk assignment yang nak kena hanta minggu depan. Sampai hilang mood Mar nak sambung balik kerja tu. Macam nak juling mata budak-budak perempuan yang tengok Mar jalan dengan anak setan tu. Macam Mar nak sangat dengan mamat mereng tu. Bagi free pun tak hingin Mar nak tengok dia lagi!"
Raihan yang sedari tadi menjadi pendengar setia hanya mampu mengusap-usap belakang badan Mardiah. Perkara biasa yang akan dilakukan ketika gadis itu sedang marah.
" Mar tension tau, kak...Balik-balik nak mengadap muka dia. Lepas tu kena pandang serong dengan kakak-kakak senior yng lain. Mar malu tau, kak..." Suara Mardiah mulai kendur. Bergenang air matanya. Lantas Raihan mendakap erat tubuh genit itu untuk mententeramkan hatinya. Dia tahu mengapa Hakim memperlakukan Mardiah sedemikian rupa. Tapi kalau sampai menyebabkan gadis yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya itu menangis, Hakim memang sudah melampau. Raihan tidak boleh berdiam diri lagi.
****************************************************************
Matanya meliar mencari seseorang di dalam kafeteria itu. Kalau mengikut andaiannya, lelaki itu berada di sini kerana sekarang waktu makan tengahari dan kuliah juga sudah tamat. Pencariannya berakhir tatkala terpandangkan lelaki itu sedang duduk bersendirian di satu sudut kafeteria.Pantas dia mengatur langkah menuju ke situ.
" Assalamualaikum. Aku ada hal nak cakap dengan kau." Tanpa menunggu salamnya dijawab, Raihan terus menarik kerusi kosong di hadapan Hakim lalu duduk dengan raut wajah yang serius. Hakim terpaku dengan aksi spontan perempuan yang sudahpun duduk di hadapannya. Dia seakan dapat meneka tujuan Raihan menemuinya di situ.
" Kau dah makan belum? Kalau belum, pergilah order. Aku belanja." Hakim memulakan mukadimah.
" Tak payah. Aku datang nak bincang pasal Mardiah, bukan nak melantak." Tegas kedengaran suara Raihan.
" Aku dah agak dah. So, apa buah hati aku mengadu pada kau?" Mendengarkan soalan Hakim yang selamba itu membuatkan Raihan mengeluh.
" Sampai bila kau nak buat Mar macam tu, Kim? Kenapa kau tak berterus-terang je dengan dia? Kan lagi senang. Ni sampai menangis budak tu kau buat. Dah dekat 2 tahun, Hakim. Apa faedah kau nak menyakat dia terus-terusan macam ni? Boleh tekanan perasaan, kau tau tak?"
Hakim terdiam tatkala Raihan mengatakan Mardiah menangis. Namun disembunyikan perasaan itu.
" Kau tahukan kenapa aku buat macam tu? Aku rasa bahagia berada dekat dengan dia, Yan. Aku suka tengok muka dia merajuk, masam, marah-marah. Aku suka dengar dia membebel. Tapi aku takde niat nak buat dia menangis." Jujur dia membuat pengakuan itu. Memang benar, setiap kali dia menyuruh Mardiah melakukan sesuatu untuknya seperti menyanyi di depannya dan menemaninya ke library dirasakan seolah-olah ketika itu gadis itu miliknya seorang.
" Kau ni memang lelaki yang paling pelik pernah aku jumpa. Setahu aku, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan bahagiakan dia. Ni tak, kau sakat dia, kau suruh Mar buat macam-macam sampai dia gelar kau anak setanlah, mamat merenglah...Sakit telinga aku ni mendengarnya, tau! Kau ni betul ke sayangkan Mardiah ni?" Untuk sekian ke berapa kalinya Raihan bertanyakan soalan yang sama kepada Hakim. Kalau orang lain pun, mesti tidak mempercayai apa yang sedang berlaku ini.
Hakim merenung Raihan yang sudah bertahun menjadi temannya. Dia faham keadaan sahabatnya itu umpama ditelan mati mak diluah mati bapak.
" Kau tahu jawapan aku kan? Biarlah beribu kali atau berjuta kali kau tanya soalan yang sama, jawapan aku tetap tak berubah dan aku takkan jemu menjwabnya, Yan. Ya, aku memang sayangkan Mardiah. Lebih daripada seorang kawan. Aku tak kisah kalau orang nak cakap aku gila sebab buat orang yang aku sayang macam apa yang aku buat pada Mar sebab diaorang takkan faham apa yang aku rasa. Bila aku tengok wajah dia tengah marah or whatever akulah orang paling bahagia sebab aku rasa dekat dengan dia. Aku tahu dia gelar aku macam-macam. Aku tak kisah sebab asalkan aku dapat tatap wajah dia. Aku ikhlas cintakan dia, Raihan. Belum ada perempuan dalam hidup aku yang buat aku rasa macam ni melainkan gadis kesayangan aku yang bernama Ainul Mardiah binti Zahim." Hakim menundukkan wajahnya. Seolah-olah dia dapat melihat wajah gadis yang dicintainya itu menyanyi di tubir matanya semasa pertemuan pertama mereka dalam minggu orientasi. Ketika itu dia menyuruh Mardiah menyanyikan satu lagu yang jarang didengari olehnya. Muka gadis itu hanya masam mencuka semasa mendendangkan lagu kumpulan Element yang bertajuk Cinta Tak Bersyarat. Sejak itulah hatinya terpaut pada gadis itu dan mula membulinya dengan menyuruh melakukan macam-macam kerja.
" Tapi Hakim, jangan sampai Mar dah tak boleh tengok muka kau lagi baru kau nak terhegeh-hegeh nak beritahu tentang peraaan kau. Mar tu suka memendam rasa. Aku takut lain jadinya nanti. Terus-teranglah dengan dia." Pujuk Raihan. Rasa simpatinya melimpah-ruah.
Hakim meraup mukanya beberapa kali dengan kedua-dua belah tangannya. Tabiat yang biasa dilakukan apabila dia dalam dilema. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sambil mencari jawapan yang sesuai untuk dikatakan. Dia menoleh ke sebelah kirinya lalu menoleh ke arah lain. Namun pandangannya terhenti. Hakim menoleh semula ke kirinya dan dia terkedu seribu bahasa. Jantungnya seolah berhenti berdegup. Nafasnya seolah berhenti menderu. Raihan yang menyedari perubahan itu turut menoleh ke arah yang sama. Raihan turut trpaku.
Ainul Mardiah kaku berdiri di hadapan mereka berdua. Air matanya berlinang. Pandangannya menikam ke kalbu Hakim. Hakim dapat merasakan ada sendu di sebalik renungan mata bundar milik Mardiah itu.
" Mardiah..." Hakim cuba memanggil nama itu namun seolah-olah tersekat di halkumnya.
***********************************************************
Mardiah merenung tasik di hadapannya. Tempat yang sentiasa menantikan kehadirannya tika dia dalam kedukaan. Namun hari ini, ada perhitungan yang harus diselesaikan di situ. Bersaksikan semua ciptaan Pencipta sekalian alam ini.
" Assalamualaikum..." Kedengaran suara lelaki yang memang ditunggu sejam yang lalu. Memang sengaja dia datang awal untuk menenangkan fikirannya di tasik itu.
" Waalaikumsalam..." Perlahan Mardiah menjawab salam itu. Sedikitpun dia tidak berpaling kerana dia yakin itu suara lelaki yang pernah mengharu-birukan hidupnya satu masa dahulu. Namun sejak sebulan yang lalu, lelaki itu sudah tidak menganggunya lagi. Mereka hanya berbalas pandangan dari kejauhan dan setiap kali pandangan mereka bertemu dapat dirasai ada harapan yang cuba disampaikan padanya. Tanpa disedari ada rindu bermukim dalam hatinya terhadap gelagat lelaki itu.
" Terima kasih sebab sudi jumpa abang." Hakim memulakan bicara. Dia sekadar berdiri di sisi bangku yang diduduki oleh Mardiah. Inilah saat yang ditunggu-tunggunya. Penjelasan terhadap semua salah faham yang berlaku.
" Kenapa? Tak puas nak buli Mar lagi ke?" Sinis kedengaran jawapan daripada Mardiah.
Hakim tersenyum mendengar suara yang sekian lama dirinduinya itu. Masih dalam nada yang sama. Tapi dia tidak kisah asalkan dia dapat menghiburkan hatinya yang semakin rawan.
" Abang masih belum jelaskan keadaan yang sebenarnya pada Mar."
" Mar dah tahu semuanya. Mar cuma nak tahu satu perkara saja daripada abang."
" Apa dia?"
" Kenapa abang sanggup nak buli Mar daripada berterus-terang hal yang sebenar?"
" Sebab Kak Yan beritahu abang yang Mar dah macam-macam nama kat abang." Mardiah mengerutkan dahi lalu berpaling ke arah Hakim.
" Pasal tu je?"
" Yupp! Abang lelaki, Mar. Tak lepas daripada perasaan ego. Hati abang makin suka nak menyakat Mar bila dapat tahu Mar gelar abang macam-macam." Hakim jujur mengakui keegoan dirinya. Mardiah mengetap bibirnya.
" Abang tak marah Mar gelar abang bukan-bukan?"
" Bukan abang yang dapat dosa.." Dengan selamba Hakim menjawab. Mardiah menjeling tajam.
' Macam ni pun ada hati nak kenakan aku lagi...Kurang asam betul'
Hakim sengaja ingin membakar peraasan gadis kesayangannya itu. Dia rindu mendengar suara Mardiah yang sentiasa lantang membantah setiap arahannya dulu namun setiap kali itu jugalah Hakim akan menang bertikam lidah dengan Mardiah.
" Betul apa yang abang cakap pada Kak Yan masa kat kafe dulu?" Hakim menoleh ke arah Mardiah. Tidak disangka pertanyaan itu yang akan keluar dari mulutnya. Sangkanya pasti teruk Hakim dimaki hamun oleh Mardiah yang memang sedia maklim dengan sifat panas barannya itu.
" Cakap pasal apa?" Hakim berpura-pura tidak mengerti. Namun apabila tidak mendapat respon daripada Mardiah, Hakim tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
" Ya. Abang mengaku segala apa yang abang buat pada Mar bukan sebab abang dengki atau benci pada Mar tapi sebab abang sayang pada Mar. Abang nak sentiasa dekat dengan Mar..." Hakim mengeluh.
" ...walaupun abang tahu cara abang salah..." Perlahan saja Hakim menuturkan ayat itu menandakan kekesalan kerana perbuatannya dulu.
" Apa yang Mar dapat kalau Mar maafkan abang?" Mardiah sengaja menguji Hakim. Sebenarnya sudah lama dia memaafkan lelaki itu. Tiada gunanya kalau dia menyimpan dendam. Kak Raihan sendiri yang berusaha memujuk dan menyakinkannya bahawa niat lelaki itu memang ikhlas. Dan Mardiah rasa tidak salah sekiranya dia ingin merasai keikhlasan lelaki itu dengan cara yang betul.
" Mar akan dapat kasih sayang dan cinta yang tak terhingga daripada abang. Kalaulah itu benar-benar berlaku, abang dah bernazar nak botakkan kepala abang..."
Sejurus mendengar pengakuan itu, Mardiah terus berpaling memandang muka lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya untuk mendapatkan kepastian namun Hakim hanya berwajah tenang memandang pemandangan tasik di hadapan mereka. Dia terkejut sebenarnya. Sehingga begitu sekali nazar Hakim?
" Kenapa sampai macam tu sekali abang bernazar?"
" Kenapa? Mar nak tinggalkan abang ke sebab abang dah tak handsome nanti? Takpe, jangan risau. Muka abang lepas botak pun masih segak dan tampan sama macam abang ada rambut..."
Mardiah merasakan seperti dirinya dikenakan lagi. Lantas dia bangun untuk menampar lelaki tersebut. Namun Hakim yang memang sedia maklum akan keperitan tamparan Mardiah itu terlebih dahulu menangkap kedua-dua belah tangan Mardiah. Gadis itu cuba melepaskan diri namun apalah sangat kekuatannya berbanding Hakim. Pipi Mardiah mulai merah. Masakan tidak, selama hari ini dia cuba mengelak daripada menyentuh lelaki bukan muhrimnya.
" Abang, lepaslah...Tak elok pegang orang bukan muhrim..." Kata Mardiah sambil menundukkan wajahnya yang sudah dirasakan sudah merah kerana menahan malu. Hakim yang maklum keadaan itu mengambil kesempatan untuk untuk mengenakan gadis kesayangannya itu sekali lagi.
" Abang akan lepaskan tangan Mar dengan syarat Mar kena terima abang dulu."
" Nak paksa-paksa pulak. Suka hati oaranglah..."
" Oh, berlagak eh? Ok, abang tak lepaskan tangan Mar."
" Yela, yela...Mar terima. Dah la, lepaskan tangan Mar..."
" Terima apa?"
" Mengada-ngadalah abang ni...Lepaslah..." Tiada respon daripada Hakim. Pautannya terasa kejap. Akhirnya Mardiah mengalah.
" Ainul Mardiah binti Zahim sedia menerima Aidil Hakim bin Dato' Muhamad sebagai lelaki yang istimewa yang akan disayangi dan dicintai selagi ada jodoh antara kita dan selagi Yang Maha Pencipta merahmati perasaan antara kita ini. Sekarang, boleh saya mintak balik tangan saya?" Mardiah menguntumkan senyuman yang paling manis untuk lelaki yang mula bertahta di hatinya itu. Hakim melepaskan tangan Mardiah sambil tersenyum nakal.
" Dah lama hafal skrip yang Mar cakap tadi?" Hakim tersenyum sinis.
" Abang!!!"
Nur Zaliza, pemilik nama itu amat istimewa dalam hatiku. Aku menyayanginya melebihi sayangku kepada diriku sendiri. Aku rela korbankan apa sahaja untuknya. Dia benar-benar istimewa dalam hatiku. Terlalu istimewa!
" Jaja sayang abang.." aku rindu sekali hendak mendengar ucapan itu dari bibir mugilnya. Aku sangat sayangkan satu-satunya adik perempuanku itu.
" Kenapa mama tidur tutup muka bang?" Tanyanya suatu tika dulu. Dia baru berusia 8 tahun ketika itu. Mama kami meninggal kerana kanser hati. Aku masa itu berumur 15 tahun hanya merintih di dalam hati mendengar pertanyaan adikku. Abang Shamsul dan Zulhelmi hanya membeku di sisi ayah. Memang Jaja rapat denganku, berbanding dengan adik-beradik yang lain.
" Abang! Kenapa mama tidur tutup muka?" ulangnya.
" Mama kita dah meninggal dik." Susah payah aku menjawab, dalam kesedihan ditinggal oleh mama kami dan kepiluan melihat wajah adik kesayanganku.
" Meninggal tu apa?" Tanya Jaja lagi, nyata dia belum mengerti dengan apa yang terjadi. Dia memang tidak pernah mengalami kehilangan sebelum ini.
" Mama akan pergi jauh." Sahut ayah, setelah aku tidak mampu mencari ayat yang sesuai.
" Jaja nak ikut mama.." tiba-tiba Jaja teresak-esak.
" Tak boleh Jaja.. Jaja kena duduk sini dengan ayah, abang Sham, abang Mizan dengan abang Zul." Pujuk ayah sambil menyeka air mata. Aku faham perasaan ayah. Ayah amat menyayangi arwah mama.
" Jaja nak mama.." tangisan Jaja semakin nyaring. Suasana jadi ribut sebentar. Ketika Jaja meluru hendak mendapatkan jenazah mama, aku sempat menariknya ke dalam dakapanku. Aku peluk tubuh kecilnya erat-erat. Aku mahu dia tahu yang dia tidak akan berseorangan.
" Abang ada sayang... Abang akan jaga Jaja" Pujukku.
" Siapa yang nak masak untuk Jaja?" tanyanya dalam esak tangisnya.
" Abang"
" Siapa nak tidurkan Jaja?"
" Abang."
" Jaja sayang abang.." ucap bibir comel itu.
Aku pilu sekali mengenang nasib kami yang baru kehilangan mama, tempat kami bermanja selama ini. Tapi.. adikku Jaja lebih kesihan. Dia terlalu rapat dengan mama kerana dia satu-satunya puteri kami. Sejak peninggalan arwah mama, aku berjanji akan menyayangi Jaja sepenuh hatiku, aku akan menjaga Jaja dari sebarang ancaman. Aku akan menolong ayah membesarkannya.
" Abang Mizan..Jaja nak kahwin!" aku tersentak mendengar kata-kata Jaja. Tidak tertelan rasa roti yang aku makan. Jaja memang aku bawa tinggal bersamaku di rumah dua tingkat yang aku beli itu. Abang Sham sudah berkeluarga dan Zulhelmi duduk menyewa bersama kawan-kawan di kota. Ayah pula.. hampir 4 tahun yang lalu menuruti mama menemui Ilahi.
" Hei.. betul ke ni Jaja? Jaja kan masih kecil." Ujarku antara percaya atau tidak. Aku lihat Jaja ketawa geli hati.
" Abang je yang rasa Jaja ni masih budak kecil. Jaja dah berumur 24 tahunlah bang.. abang tu.. umur dah lanjut. Tak kahwin-kahwin jugak." Sekali lagi aku tersentak mendengar celoteh Jaja. Aku tersenyum sendiri. Betapa aku tidak sedar, adikku ini sudah membesar dan menjadi seoarang gadis yang cantik manis. Aku rasa.. Jaja adikku ini adalah gadis yang paling cantik yang pernah aku lihat, wajahnya persis wajah arwah mama. Kata-kata Jaja mengingatkan aku kepada umur aku sendiri, tidak sedar aku telah berusia 31 tahun.
" Betul ke apa yang Jaja cakap ni? Betul Jaja nak kahwin?" tanyaku serius. Aku sangat risaukan dia. Aku tidak mahu dia membuat pilihan yang salah. Aku paling takut hatinya terluka. Aku tidak mahu melihat dia terluka walaupun sedikitpun.
" Betul bang.." jawabnya dengan wajah yang merona kemerahan.
" Siapa lelaki tu?" tanyaku pantas.
" Azman.. kami kenal sejak di kampus lagi bang.. bang.. sekarang dia bekerja sebagai Jurutera di Syarikat kita." Jelas Jaja. Aku nampak dia ragu-ragu memberitahuku, mungkin dia takut aku tidak suka dan terus membuang Azman dari syarikat kami. Aku cuba mengingati wajah Azman. Setahuku.. Azman yang aku kenal seorang yang pendiam dan bersungguh-sungguh dalam kerja. Bagaimana jejaka pendiam seperti Azman dapat memikat adikku yang nakal itu? aku tersenyum sendiri.
" Abang.." aku sedikit terkejut mendengar sapaan itu.
" Abang setuju ke tak?" Tanya Jaja lambat-lambat. Aku sengaja mendiamkan diri sengaja menguji Jaja.
" Abang.. Jaja sayangkan Azman, bang.." hatiku sedikit terusik mendengar luahannya. Aku sedikit cemburu kerana aku akan berkongsi adik kesayanganku dengan lelaki lain.
" Jaja sayangkan dia lebih dari Jaja sayang abang?" tanyaku sekadar menguji. Aku lihat Jaja mengetap bibir. Tiba-tiba air matanya mengalir perlahan di pipi gebunya. Aku pantas menyeka air jernih itu. Aku tidak sanggup melihat air mata menodai pipinya.
" Abang..tidak ada seorang pun dapat tandingi sayang abang di hati Jaja. Kalau abang tak suka Azman jadi suami Jaja, Jaja akan tolak lamaran dia. Biar apapun yang terjadi, abang tetap nombor satu dalam hati Jaja." Luahnya menahan sebak, aku juga berkongsi perasaan yang sama.
" Adik abang sudah besar..abang izinkan Jaja kahwin dengan dia. Dengan syarat.." aku terhenti seketika.
" Apa bang?" Tanya Jaja, aku tahu dia berdebar-debar. Aku hanya tersenyum.
" Jaja dengan Azman mesti duduk dengan abang dalam rumah ni." Putusku. Jaja melepaskan nafas lega dan tersenyum. Dia memelukku, aku kucup ubun-ubunnya dengan setulus kasih seorang abang.
" Abang pun.. kahwinlah jugak. Abang tu..sepatutnya dah ada anak dua tiga orang tau. Abang kahwin sama dengan hari kahwin Jaja ye.." aku tertawa mendengar omelannya.
" Abang kan dah ada anak.. Jaja nikan anak sulong abang.. dari kecil lagi abang yang besarkan Jaja." Jaja pula tergelak.
" Yelah tu.. Jaja ni anak abang...anak sulong abang.. tapi Jaja nak adik-adik.. Jaja tak ada adik.." ucapnya nakal. Aku menghadiahkan cubitan kecil di pipinya.
" Abang nak kahwin dengan siapa?" tanyaku pura-pura tidak punya calon.
" Alah.. macamlah orang tak tau..dia tengah dok asyik masyuk bercinta dengan kak Azah kat pejabat tu.. abang kahwin ye.." Pujuk Jaja dengan nada manja. Dia memang manja.
" Hmmm... Abang akan kahwin. Tapi...selepas setengah tahun Jaja kahwin." Balasku. Jaja melompat keriangan, seronok benar dia mendengar persetujuanku.
" Eh! Macam ni ke rupa orang dah nak kahwin? Perangai macam budak-budak lagi." Wajah Jaja merona kemerahan mendengar usikanku.
" Abang ni.." ucapnya manja, sambil merebahkan kepalanya ke pangkuanku. Aku usap rambutnya penuh kasih sayang, macam usapan seorang ayah kepada anak tersayang. Tanpa dia sendiri sedari, aku sudah menganggapnya seperti anakku sendiri.
Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika melihat adikku tersenyum bahagia di atas pelamin. Wajahnya yang sememangnya cantik mengundang pujian dari tetamu yang hadir, ditambah lagi wajah kacak satu-satunya adik ipar lelakiku. Mereka laksana raja dan permaisuri yang sedang bersemayam di singgahsana.
Aku menahan sebak melihat Jaja adikku di atas pelamin. Ketika aku bersalaman dengannya, Jaja memelukku erat sambil teresak kecil. Aku pujuk dirinya agar tidak bersedih kerana aku tetap sayangkannya, walaupun dia milik lelaki lain.
Aku berkahwin jugak dengan Azah, gadis yang aku cintai. Walaupun tidak semekar kasihku terhadap adikku Jaja. Ketika itu Jaja sudah berbadan dua. Bukan main gembira aku ketika mendapat perkahabaran yang Jaja adikku sudah berbadan dua, kalah Azman. Aku pulak yang menjerit sakan. Jaja hanya tersenyum manis melihat kegembiraanku di samping suaminya. Aku begitu gembira apabila mendapat tahu aku akan menjadi pak cik kepada anak Jaja. Anak-anaknya nanti akan memanggilku ayah. Aku nak anak dia nanti menganggapku seperti ayah sendiri.
Aku tahu.. Azah agak terabai ketika itu kerana aku melebihkan perhatian kepada adikku. Bukan aku sengaja melebihkan Jaja, tapi..dalam keadaan Jaja berbadan dua, Jaja perlukan perhatian. Azman seorang tidak akan mampu kerana Jaja mengalami alahan yang teruk ketika mengandung. Jaja tidak lagi dapat ke pejabat kerana rasa pening dan loya. Aku kesihan melihat adikku, Azmanpun aku tengok semakin kerap menemani Jaja.
Aku harap Azah faham keadaanku. Aku amat bimbangkan adikku Jaja. Lagipun..dari awal lagi aku sudah berterus terang kepada Azah yang aku lebih menyayangi Jaja lebih dari segala-galanya. Pada mulanya Azah nampak bertolak ansur denganku, Cuma sejak akhir-akhir ini dia mula merungut dan sesekali aku dapat mengesan cebikan di bibirnya melihat aku melebihkan Jaja.
" Kenapa kakak tolak Jaja?" aku terdengar suara nyaring Azman ketika baru memulas tombol pintu rumah. Aku terkejut sekali. Seingatku tidak pernah Azman bersuara nyaring begitu.
" Kerana dia abang Mizan sisihkan aku. Aku memang tak sukakan Jaja.." tersentap hatiku mendengar kata-kata panas yang keluar dari mulut isteriku sendiri. Tidakku sangka selama ini dia menyimpan dendam terhadap adikku.
Tiba-tiba aku terdengar suara halus mengerang kesakitan.
" Abang.." bergegar lututku mendengar suara itu. Jaja! Spontan aku melangkah pantas ke ruang tamu. Aku terkejut melihat Jaja tebaring di dalam pangkuan Azman. Aku berlari pantas mendapatkan mereka.
" Kenapa ni Azman?" tanyaku panic.
" Abang Mizan..." Jaja memanggilku lemah. Aku tambah panic melihat darah mengalir di betis adikku, Azman pun nampak cemas.
" Kita bawa Jaja ke hospital.." aku berteriak kecil. Azman segera mengendong tubuh kecil adikku. Aku duduk di tempat duduk belakang sambil memangku kepala adikku. Aku menangis melihat keadaannya yang kesakitan. Selama ini aku tidak pernah membiarkan dia kesakitan, tetapi sekarang...
" Siapa buat Jaja macam ni Man?" tanyaku. Azman yang sedang memandu teresak kecil melihat Jaja. Aku tahu Azman sangat sayangkan Jaja.
" Kak Azah bang..dia tolak Jaja dari tangga.." membara hatiku mendengar pernyataan itu.
" Perempuan sial.." marahku. Kalau diikutkan hati, sekarang jugak aku hendak membunuh Azah kerana menyakiti adikku.
" Bang Mizan... Tolong jaga anak Jaja bang.. tolong bang.." aku terkejut mendengar kata-kata adikku.
" Apa Jaja cakapkan ni.. nanti kita jaga sama-sama.." ucapku menahan rasa. Air mataku usah dikira lebatnya.
" Bang..tolong bang.." pohon adikku. Aku hanya angguk. Azman tersedu-sedu di depan. Tidak ketentuan kelajuan kereta yang dipandunya.
" Jaja sayangkan bang Mizan,.. sangat sayang.. bang Man.. Jaja cintakan abang.." ucap Jaja. Aku dan Azman tidak segan silu menangis. Azman menoleh ke belakang memandang isterinya di pengkuanku.
" Abang cintakan Jaja.." ucap Azman.
" Man... Kat depan tu..." Teriakku apabila melihat lori balak begitu hampir dengan kereta kami. Azman cuba mengawal stereng. Kereta yang kami naiki tidak tentu arah.. aku cemas di belakang.
" Ya Allah.." aku sempat menangkap suara Jaja berbisik halus. Selepas itu aku merasa kesakitan yang amat sangat di kepalaku sebelum pandanganku gelap.
Sebaik tersedar aku terus teringatkan Jaja dan Azman. Aku cuba bangun walaupun kesakitan mengusai kepalaku.
" En. Mizan tak boleh bangun dulu." Ucap satu suara di sebelah kananku. Aku tahu, dia jururawat yang bertugas mengawasiku.
" Saya nak jumpa adik saya." Tegasku.
" Adik encik dalam bilik ICU.." terangnya.
" Saya nak jumpa dia.." tegasku lagi. Walau apapun yang terjadi aku mahu menemani Jaja. Aku mahu Jaja rasa selamat di sebelahku. Aku tidak mahu lain, aku hanya mahukan adikku. Aku akan lindungi dia.
" Nurse.. bawa pesakit ni ke bilik sebelah.." arah seorang doctor yang baru muncul di depan pintu. Jururawat itu membantu aku duduk di kerusi roda yang disediakan.
" Azman..." Bergetar suaraku menyebut nama adik iparku itu. dia nampak teruk sekali. Aku toleh ke arah wajah doctor yang merawat Azman, dia menggeleng kepadaku. Aku tahu, Azman diberi peluang untuk bercakap untuk kali yang terakhir. Doctor itu dan beberapa jururawat di situ meninggalkan kami.
" Man..." Aku memanggil namanya perlahan. Azman berusaha membuka matanya. Setitik dua air mataku mengalir melihat keadaan adik iparku itu. Tidak salah Jaja memilihnya menjadi suami.
" Bang Mizan.. tolong jaga anak kami bang.. tolong ye bang.." pohonnya. Aku angguk kepala. Walaupun Azman tidak meminta begitupun aku akan menjaga anak itu.
" Abang mesti janji.." ucap Azman lagi.
" Abang Janji Man.." balasku. Azman tersenyum senang. Aku panic melihat reaksi wajahnya.
" Man..mengucap Man..." Bisikku ke telinganya. Aku membisikkan dua kalimah syahadah ke telinganya. Aku lihat bibirnya mengikut setiap bisikan syahadah itu. Selepas itu dadanya tidak lagi berombak. Aku terduduk di situ. Aku berteriak memanggil doctor dan jururawat di situ. Azman telah pergi.. bagaimana dengan adikku?
" Adik saya nurse?" aku bertanya kepada jururawat yang menyorongku ke bilik Azman sebentar tadi.
" Maaf cik... Adik cik dah tak ada.." balasnya perlahan. Aku menjerit di situ. Hatiku bagai dihiris halus. Kenapa satu persatu orang kesayanganku meninggalkan aku? Sukar untuk aku menerima hakikat itu.
" Kami hanya berjaya menyelamatkan anak-anaknya.." sapa satu suara. Aku mendongak memandang pemilik suara itu.
" Anak-anak?" tanyaku terkejut.
" Hmmm..anak-anak mereka. Adik encik sempat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan sebelum meninggal." Jelas doctor itu lagi.
Aku meluru tanpa mempedulikan kesakitan di kakiku ke arah bilik yang menempatkan abak- anak adikku. Aku pandang wajah-wajah anak yang telah menjadi yatim piatu itu. Aku berjanji kepada diriku sendiri yang aku akan melindungi mereka seperti aku melindungi arwah ibu mereka sebelum ini.
" Ayah.. cepatlah.. kita dah lambat ni.." jeritan halus Jaja menghilangkan lamunanku. Aku kesat air mata yang mengalir di pipi, aku malu kalau anak-anakku nampak nanti.
" Kenapa anak ayah ni jerit-jerit.. orang perempuan tak elok jerit-jerit tau." Nasihatku sambil menarik anak gadisku yang berusia 6 tahun itu ke dalam pelukanku.
" Ayah cakap kita nak ziarah kubur arwah ibu dengan arwah abah.. kita dah lewat ni.." celah pulak Jiji. Anak bujangku itu menarik muncung, aku tersenyum kepada anak-anakku itu. kedua-duanya aku dakap. Anak-anak kecil yang seiras wajah arwah Jaja dan arwah Azman itu petah berkata.
" Ayah minta maaflah sayang... ayah teringatkan arwah ibu dengan arwah abah.. jaja dengan Jiji.." kedua-dua anakku terdiam. Aku dapat mengesan kerinduan di mata mereka. Rindu kepada arwah ibu dan arwah abah mereka yang tidak sempat memberikan kasih sayang kepada mereka. Aku menahan pilu. Anak-anakku Aziman dan Amiza anak-anak yang baik. Jarang sekali mereka membuat perangai.
" Ayah.. kami nak dapat adik ye.." Tanya Jaja. Aku angguk perlahan, mungkin dia teringatkan mamanya sekarang yang sedang sarat mengandung.
" Tentu ayah dah tak sayang kami lagi." Jiji pulak bersuara. Aku mendakap mereka erat. Tentu mereka akan merasa kehilangan kasih sayangku.
" Jaja dengan Jijikan anak ayah dengan mama.. takkan ayah dengan mama tak sayang Jaja dengan Jiji.." sapa suara lembut isteriku. Aku berpaling kepadanya. Selepas bercerai dengan Azah, aku berkahwin dengan Maisarah. Adik kepada arwah Azman. Dia jugak sayangkan Jaja dan Jiji seperti anak kami sendiri.
" Betul cakap mama tu... Biar apa pun terjadi..ayah dengan mama sangat sayangkan Jiji dengan Jaja. Jaja dengan Jiji anak kami." Ucapku meyakinkan mereka. Kedua-dua anakku mendakapku erat.
" Jomlah.. yah..kita pergi sekarang.." ajak Jiji sambil menarik tanganku.
" Tak nak salam dengan mama dulu?" kedua-dua anakku berlari kea rah isteriku. Selepas menerima kucupan mereka,mereka kembali ke arahku.
Isteriku menghampiri kami perlahan-lahan. Aku tahu, kalau diikutkan hati dia ingin turut sama dengan kami. Tapi..keadaannya yang sedang sarat membataskan pergerakannya.
" Jaga diri baik-baik ye bang..jaga anak-anak kita.." pesan isteriku. Aku tersenyum kepadanya.
" Mai pun.. jaga diri. Jaga baby baik-baik..kalau ada apa-apa, cepat-cepat call abang dan panggil mak Tam"pesanku sambil menghadiahkan kucupan di dahi isteri tercinta.
Aku melemparkan pandangan sekali lagi ke pusara adik kesayanganku. Semoga dirimu dan Azman berbahagia bersemadi di Sana. Semoga kamu berdua di tempatkan di kalangan muslimin dan muslimah yang soleh..
Angin beralun lembut petang itu. Damainya jelas terasa. Awan berarak seakan-akan tersenyum menutupi cahaya matahari yang menyengat. Waktu yang sesuai untuk beriadah. Di sebuah taman, seorang gadis sedang duduk bersila di bawah sepohon pokok yang rendang, beberapa tapak dari tasik. Gadis itu sedang melakar sesuatu di sebuah buku nota yang berwarna merah lembut. Dia memakai baju Punjabi labuh berwarna kelabu dipadankan dengan seluar slack longgar berwarna hitam. Dia memakai selendang labuh bidang 60 yang juga berwarna hitam. Kulit gadis itu berwarna putih pucat dan berwajah separa bujur. Matanya sedikit sepet dan berbulu mata lebat terpacak. Hidungnya separa mancung dan bibirnya berwarna merah jambu cerah. Sesekali gadis itu berubah kedudukan tempat duduknya kerana kakinya berasa kebas. Dia memakai stoking panjang paras tengah betis dan berkasut Converse. Gadis itu atau nama penuhnya ialah Mariah binti Ilyasa merupakan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Merantau yang jaraknya hanya beberapa meter dari teratak rumahnya.
"Hoi, siapa kau?" sergah suatu suara garau gemersik tidak jauh dari tempat Mariah sedang berteduh. Dia tersentak. Spontan dia menoleh. Seorang jejaka sedang menghampirinya. Ah, dia? Hati Mariah berbisik. Mariah spontan bangun. Jejaka itu tinggi lampai dan kurus; namun badannya bukanlah ‘sekeping’. Kulitnya sawo matang. Wajahnya bujur dan rahang pipinya sedikit kelihatan. Rambutnya pendek tetapi kusut-masai. Matanya kecil sahaja tetapi pandangannya tajam menikam. Mariah tidak memandang lelaki tersebut. Matanya menekur tanah taman itu. Hatinya berdebar. Dia tidak pasti mengapa dia disergah sebegitu rupa. Dia ada berbuat salahkah?
"Pekak ke? Aku tanya siapa kau? Berani menceroboh kawasan berteduh aku!" tengkingnya. Darah Mariah tersirap. Mukanya merah padam. Oh, kawasan teduhan dia? Apa dia ingat kawasan ini dia yang punya? Hati Mariah menggerutu. Mariah mendongakkan kepala. Memandang wajah lelaki itu sekilas. Kemudian dia memalingkan badannya. Terus dia beredar dari situ tanpa bersoal jawab; tanpa protes.
Laju kakinya melangkah meninggalkan taman mini itu. Hatinya menyumpah lelaki itu. Huh, sudahlah di sekolah sudah membuat onar. Kini, di sini pula? Lelaki itu; si devian yang sering melakukan salah laku di sekolah. Ponteng kelas, kaki gaduh, pendiam dan berpakaian selekeh ke sekolah! Sebut sajalah nama Ahmad Yusuf bin Farid, mustahil tiada siapa di SMK Merantau yang tidak mengenalinya!
Sebagai pengawas sekolah,-Mariah, tentunya terlibat dalam bahagian memperbaiki disiplin pelajar. Namun dia belum pernah bertemu secara langsung seperti tadi dengan Yusuf. Yusuf; merupakan pelajar tingkatan lima dan mengambil aliran sains tulen. Sayang sekali, pelajar cerdas ketika di menengah rendah dahulu tidak dibawa ke menengah atas. Berbekalkan 7A PMR. Entah mengapa Yusuf mengalami perubahan mendadak apabila naik sahaja ke menengah atas. Jika dikatakan mengalami perubahan kerana pengaruh rakan sebaya; tidak mungkin! Sebab dengan sikapnya yang berubah demikian, dia manalah mempunyai kawan tambahan pula tahun ini dia tampak pendiam dan menyendiri. Dia akan bergaduh jika orang lain yang mengganggunya.
Mariah berjalan di tepi Jalan Desa. Terdapat kawasan perumahan di tepi jalan ini. Rumah teres dua tingkat yang sederhana berwarna jingga terang dan atap berwarna merah. Di hadapannya terdapat persimpangan jalan yang di tepinya mempunyai rumah-rumah teres dua tingkat. Kakinya berhenti melangkah di sebuah rumah. Di tepi pintu pagar itu terlekat perspek berwarna hitam yang tertera NO. 23. Di kawasan rumah itu terdapat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dan dua buah basikal kanak-kanak serta sebuah basikal dewasa.
Mariah menolak pintu pagar yang dicat dengan warna emas yang tidak berkunci itu. Dia mengetuk pintu rumah yang diperbuat dari kayu jati dengan disertai salam. Dia memutarkan tombol pintu. Berkunci. Di dalam kedengaran suara-suara bising yang tidak asing lagi. Tangannya mengetuk pintu bertalu-talu. Dia memilih untuk tidak meninggikan suara, khuatir mengganggu jiran-jiran sebelah. Pintu dibuka. Seorang kanak-kanak lelaki berwajah bulat dan berkulit coklat cerah terjengul di muka pintu sambil tersengih. Gigi dua batangnya yang rongak kelihatan.
"Kak Mar dah balik!!" jerit kanak-kanak di hadapannya itu sambil menembak pistol air ke wajahnya. Mukanya tepat terkena palitan air tersebut. Pantas kanak-kanak itu berlari masuk ke dalam rumah.
"Am, jaga kau!" Mariah memberi amaran. Dia meletakkan kasut Converse yang dipakainya di rak kasut. Rak kasut kayu berjaring tiga tingkat itu penuh dengan kasut-kasut dan selipar. Selipar berwarna biru langit milik Abang Mus, kasut-kasut sekolah berwarna putih yang bersaiz budak-budak sekolah milik adik-adiknya, Hussein dan Masyitah. Dua pasang kasut hitam jenis kulit tiruan miliknya dan Abang Mus; kasut sekolah. Kasut berkilat jenis kulit milik ayah yang berwarna hitam, sandal milik ibu yang berwarna putih keperakan serta selipar-selipar adik-adiknya yang lain untuk pergi jalan-jalan. Dia masuk ke dalam rumah sambil mengesat mukanya yang terkena air dengan telapak tangan kanan.
# # #
Yusuf duduk bersandar di bawah pokok rendang di taman tersebut. Memikirkan siapa gadis pengecut yang melarikan diri tanpa sepatah bicara. Melawan tidak, menjawab tidak. Huh, penakut! Hatinya menafsir sendiri. Dia menarik nafas. Kakinya dilunjurkan. Tangannya disilangkan rapat ke perut. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu di sisinya. Terletak sebuah buku sebesar buku log berwarna merah lembut tergeletak di situ. Tertera tulisan tangan di atas kulit buku tersebut yang bulat-bulat dan tegak, tertulis ‘ALAMANDA’. Tangannya mencapai buku itu. Apabila dibuka, di tengah helaian muka suratnya terdapat sebatang pensel dan pemadam. Dilihatnya muka surat itu.
Sebuah lukisan cantik terlukis indah. Pemandangan sebuah taman, terdapat tasik yang berjambatan, angsa-angsa sedang berenang di tasik dan burung-burung berterbangan. Terdapat juga teratai di permukaan tasik dan bunga-bunga liar tumbuh di tebing tasik. Warna dan bayangan lukisan tersebut diwarnakan dengan pensel sahaja. Tetapi kelihatan sungguh cantik. Senikah ini? Cetus hatinya. Dialihkan pensel dan pemadam tersebut.
Halaman-halaman yang lain dibeleknya tanpa rasa bersalah menceroboh hak milik orang tanpa izin. Pada halaman yang pertama terdapat lukisan sekuntum bunga Alamanda yang dilukis cantik sekali dan hanya diwarnakan dengan pensil juga. Terdapat lukisan potret sebuah keluarga yang besar.
Terdapat seorang lelaki yang berada di tengah, mukanya sedikit berkedut. Berjanggut sedikit lebat dan berkopiah. Mungkin ini seorang bapa. Di sebelah kanannya pula seorang wanita yang juga berkedut sedikit di wajahnya. Bertudung labuh dan sedang tersenyum. Di kiri lelaki itu terdapat pula dua orang lelaki dewasa yang lain. Seorang berkaca mata manakala yang seorang lagi tidak. Di kanan wanita tadi pula terdapat gambar dua orang gadis. Seorang berselendang labuh manakala seorang lagi bertudung labuh. Di hadapan mereka terdapat tiga orang kanak-kanak. Yang paling kanan seorang kanak-kanak lelaki yang rambutnya kusut-masai yang sedang tersengih. Di tengahnya pula terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang rambut panjangnya ditocang dua. Seorang budak lelaki yang botak berada di sisi kirinya.
Keluarga yang besar.
Dia terus membelek. Terdapat lagi lukisan-lukisan bertemakan flora dan fauna seperti bulan yang cahayanya dipantulkan ke dasar laut. Lukisan kucing yang sedang tidur, titisan hujan dan embun di dedaunan.
Ah, sungguh berbakat!
Barulah hatinya diterpa perasaan ingin tahu siapakah pemilik buku berwarna merah lembut ini. Dia membuka lembaran paling hadapan yang terlukis sekuntum bunga alamanda tadi. Baru dia tersedar di bahagian bawah di sudut kiri sebuah tulisan bulat-bulat dan tegak ditulis dengan saiz yang kecil;
MARIAH ILYASA a.k.a. MAR 4 MERANTI.
Yusuf tersentak. 4 Meranti? Dia bersekolah di SMK Merantau jugakah? Siapa? Dia mula berfikir. Gadis tadikah? Aneh, dia berasa baru pertama kali melihat gadis itu. Tidak pernah dia bertemu wajah itu di sekolah, agaknya. Dia tersenyum.
Gadis ini memang berbakat.
* ** *** ***
Mariah mulai berasa runsing. Buku lukisannya telah hilang. Dia terlupa di mana kali terakhir dia meletakkan buku lukisan yang berwarna merah lembut tersebut. Seluruh kamarnya telah digeledah, dipunggah, dibelek, namun sedihnya masih belum dijumpai. Dia hampir putus asa dan hampir menangis.
"Mar ada salah letak di mana-manalah tu. Nanti jumpalah, biasanya macam tulah kan?" kata-kata Abang Mus langsung tidak dapat melenyapkan kesedihan hatinya. Dia telah bertanya kepada seluruh penghuni teratak rumah itu, sama ada mereka terlihat akan buku berwarna merah lembut yang tertulis ‘ALAMANDA’ di kulit hadapannya. Namun semuanya menggeleng atau menjungkit bahu. Ketiga-tiga adiknya juga kelihatan tergeleng-geleng kepala menafikan mereka ada terjumpa buku lukisannya. Amran yang paling bongsu, berumur empat tahun kelihatan takut-takut apabila Mariah menyoalnya dengan serius. Masyitah, adiknya yang berumur tujuh tahun itu yang sangat suka menyuruh umi mengikat rambutnya bertocang dua pula siap menjerit mengatakan dia tidak pernah terjumpa atau mengambilnya.
"Sein pun tak ambil dan tak terjumpa pun kat mana-mana," Hussein, adiknya yang berumur 12 tahun menafikan dengan keras sebelum sempat Mariah bertanya kepadanya. Sekarang, fikirannnya sudah buntu. Dia amat sayangkan buku lukisan yang diberi nama Alamanda itu.. Ia merupakan hadiah hari lahirnya yang kelima belas yang dihadiahkan oleh Kak Da, satu-satunya kakaknya. Kak Da telah pun berumah tangga dua bulan yang lalu, tinggal bersama suaminya di sebuah apartmen di negeri suaminya itu.
Di sekolah, dia kelihatan sugul. Rakannya, Amirah telah sedia maklum apa yang menyebabkan rakannya itu bermuram durja. Amirah, gadis rendah dan kecil molek, berkaca mata dan berkulit sawo matang. Amirah cuba membuka topik supaya dapat menghilangkan sebentar kegusaran Mariah. Mereka ketika itu sedang berjalan kaki pulang ke rumah selepas tamatnya sesi persekolahan.
"Oh ya, kau tahu tak.. Aku ternampak si senior kita yang terlebih famous nak mampus tu tersenyum seorang diri di belakang blok form 5. First time aku nampak dia senyum, boleh tahan jugak," ujar Amirah sambil tersengih seorang diri.
"Senior mana pulak ni? Headboy ke?" soal Mariah malas, tidak berminat.
"Hish..kau ni. Kalau dah terlebih famous siapa lagi kalau bukan si Yusuf tu, yang selalu buat onar kat sekolah ni," terang Amirah sambil memandang tidak percaya kepadanya. Spontan otak Mariah mencerna apa yang diberitahu oleh Amirah. Mata Mariah kemudiannya membulat, bersinar harapan.
"Alamandaku! Aku dah ingat kali terakhir aku letak kat mana! Thanks Ami, aku sayang kau.. Esok aku belanja kau makan, kau minta saja apa yang kau nak. Mari jalan cepat, aku ada tempat nak pergi nanti." Ujar Mariah bersemangat. Amirah terkebil-kebil mekihat rakannya yang telah sembuh daripada kesedihannya sebentar tadi. Seolah-olah telah diberikan ciuman oleh prince charming?
"Mar…apa.."
"Esok aku terangkan. Mari temankan aku ke taman mini di kawasan perumahan kita sekejap." Mariah menarik lengan Amirah supaya Amirah mengikutinya.
"Nak buat apa?"
"Ikut sajalah!"
Amirah kemudiannya menurut tanpa banyak soal padahal ketika itu dia merasakan ingin mengasak Mariah dengan bertubi-tubi soalan. Mereka tiba di taman mini di mana terdapat sebuah tasik kecil di tengahnya dan terdapat beberapa pohon yang rendang di sekelilingnya. Terdapat sebuah jambatan melengkung di tasik itu membolehkan pelawat menikmati panorama di taman mini itu. Bangku juga tersedia di taman permainan untuk kanak-kanak tidak jauh dari tasik itu.
"Kau datang sini nak ajak aku main gelongsor? Atau buaian? Atau jongkang-jongkit?" sindir Amirah. Mariah tidak mendengar dan terus menuju ke pohon rendang yang dia berehat di situ pada hari pertemuan yang tidak disangka dengan senior Yusuf. Amirah mengikutinya dari belakang. Mariah berpusing mengitari pohon itu sebanyak tiga kali dan apabila dia masih melalut mencari-cari untuk kali keempat, Amirah mencelah;
"Kau buat lawak tak jadi apa ni? Tolonglah jangan buat macam orang tak betul macam tu,"
"Aku tengah cari Alamanda! Baru aku teringat, aku tertinggal buku lukisan tu kat sini bila kau buka cerita pasal Yusuf. Tapi mana ni, tak ada pun.." Mariah kelihatan hampa. Amirah mengerutkan dahi.
"Apa kena mengena Yusuf dalam hal ni pulak? Watak utama sebagai hero penyelamat?"
"Ami!!"
"Yelah, yelah.. Boleh tak kau cerita satu persatu apa yang dah jadi sebenarnya supaya aku tak buat andaian aku sendiri?" pinta Amirah penuh berharap. Lalu mereka duduk di bawah pohon tersebut, melepaskan beg mereka lalu diletakkan di sisi sambil Mariah menceritakan seluruh kisah yang ingin diketahui oleh Amirah dari awal hingga akhir.
"Haha.. Boleh je kau blah camtu? Kalau aku, dah lama aku hambur balik pada dia. Apa dia ingat tempat ini nenek moyang dia yang punya ke?" komen Amirah sambil tersenyum lucu.
"Apa kes nenek moyang ni cik adik?" suatu suara garau gemersik menyampuk entah dari mana. Mariah dan Amirah terkedu, diam sejenak. Lalu Mariah memandang ke kirinya. Beberapa tapak dari tempat mereka berteduh, berdiri seorang jejaka yang tinggi lampai, berkulit sawo matang dan bermata kecil tetapi tajam menikam sedang mengangkat alis kanannya apabila Mariah memandangnya. Di tangan jejaka itu terdapat sebuah buku berwarna merah cerah. Mariah serta-merta berdiri, begitu juga dengan Amirah.
"Assalamualaikum, maaf kerana mengganggu. Ini buku lukisan awak ke..?" soal Yusuf sambil menghulurkan buku berwarna merah cerah tersebut. Anehnya, dia kelihatan ramah sahaja hari ini. Siap memberi salam lagi, tidak seperti pertemuan pertama dahulu. Jarak kedudukan mereka sama seperti tadi kerana Yusuf langsung tidak melangkah mara ke depan tetapi masih berdiri di tempatnya tadi. Amirah di sebelahnya termengkelan tetapi mereka berdua serentak menjawab salam jejaka tersebut. Yusuf juga ketika itu mungkin baru pulang dari sekolah kerana dia masih memakai pakaian seragam sekolah. Memang selekeh sekali dia ini.
"Ya, memang buku saya." Jawab Mariah apabila mengambil buku lukisannya itu dan membelek isi di dalamnya. Mariah memandang curiga ke arah Yusuf.
"Maaf, saya telah membelek bahagian isinya di dalam. Awak tertinggal buku ni pada hari tu.." ayat Yusuf mati di situ dan dia menundukkan wajahnya. Mariah dapat merasakan yang Yusuf mungkin berasa bersalah akan pertemuan mereka yang dingin dan kedinginan itu diwujudkan oleh Yusuf sendiri.
"Maaf pasal hari tu.."
"Takpe, saya faham. Terima kasih sebab memulangkan buku ni. Kami pergi dulu," Mariah pantas memotong sebelum Yusuf sempat menghabiskan kata-katanya. Mariah menggalas beg sekolahnya dan mengambil beg sekolah Amirah lalu menarik lengan Amirah dan berniat ingin meninggalkan tempat ini secepat mungkin.
"Tunggu dulu!"
Belum sempat Mariah melangsungkan niatnya, Yusuf memintanya tunggu. Amirah senyum bermakna pada Mariah.
"Boleh kita berkenalan?" pinta Yusuf dengan suara garau gemersiknya itu. Wajahnya tampak bersahaja, sukar ingin menebak tujuan sebenarnya. Mariah terkedu.
"Boleh, apa salahnya. Saya Amirah binti Osman. Ini kawan saya, Mariah binti Ilyasa. Kami sekelas di Tingkatan 4 Meranti dan juga satu kampung di kawasan perumahan ni. Salam perkenalan," Amirah dengan seenaknya menyambut permintaan Yusuf. Mariah merasakan wajahnya hangat disimbahi darah merah di dalam badannya yang menyerbu ke muka.
"Nama saya Ahmad Yusuf bin Farid. Tingkatan 5 Cengal dan juga tinggal di kawasan perumahan ni. Salam perkenalan juga.. Awak berdua tinggal di rumah nombor berapa?" soal Yusuf mesra sahaja, dan watak ‘mesra’ dan ‘ramah’ langsung tidak terlintas di fikiran Mariah yang ada pada Yusuf kerana khabar-khabar angin mengatakan Yusuf ini pendiam dan perengus. Jadi siapakah yang berada di hadapannya hari ini? Jembalang Yusuf?
"Maaf, kami terpaksa pergi sekarang. Assalamualaikum," pintas Mariah sebelum Amirah sempat menjawab soalan Yusuf. Lengan Amirah ditarik mengikutinya dan mereka berlalu meninggalkan Yusuf yang ketika itu sedang tersenyum simpul.
*** ***** ******
Hari masih pagi benar. Langit masih gelap membiru sementara matahari masih cuba untuk mencuri pandang untuk menebarkan cahayanya. Angin dini hari yang dingin terasa mencucuk-cucuk. Taman mini yang menjadi mangsa lepaknya lengang; sunyi sekali. Yusuf merebahkan dirinya ke atas rumput yang menghijau di tebing tasik. Dedaunan hijau masih lagi berembun. Sesekali dia melepaskan keluhan, mengimbau kembali peristiwa semalam yang menyebabkan dia merasakan dia disihir ketika itu. Entah mengapa dia berubah menjadi Yusuf yang peramah- sifat yang terakhir sekali untuk dia pilih apabila berkomunikasi dengan sesiapa saja sejak… Ah, lupakan!
Kuasa sihir apakah yang dimiliki oleh gadis itu yang menyebabkan dia begitu ringan mulut untuk memohon salam perkenalan? Mungkinkah kerana lukisan-lukisan gadis itu di dalam buku lukisannya yang membuat hatiku tertarik atau disebabkan kenangan bunga alamanda itu sendiri? Ah, sukar sungguh untuk menebak hati ini yang sudah tidak mendengar arahan tuannya! Yusuf mengeluh lagi lalu bangun berdiri, ingin berjoging seperti kebiasaan hariannya pada hari minggu sebegini.
Sejak dari peristiwa ‘perkenalan’ di taman mini tersebut, mereka sering sahaja terserempak di kawasan sekolah dan juga di sekitar kawasan perumahan Taman Merwing ini. Di mana ada Mariah, di situlah adanya Amirah menemani sisinya. Dua bulan selepasnya mereka bertiga menjadi kawan, kawan biasa kata Mariah. Mariah pernah terfikir dan bagaikan tidak percaya boleh berkawan dan bercakap dengan kaki ponteng, kaki gaduh dan perengus di sekolah mereka. Apabila berbual dengan Yusuf, dirasakannya Yusuf bukanlah seperti khabar-khabar angin yang pelajar-pelajar lain sering sebutkan.
"Yusuf, betul ke kau ni suka ponteng kelas dan suka cari pasal dengan orang? Aku rasa macam mustahil je bila kitorang berkawan dengan kau," Amirah memberikan pendapat ‘berani’nya pada suatu petang sewaktu mereka berada di taman mini di kawasan perumahan mereka, Taman Merwing. Mariah dan Amirah berteduh di bawah pohon rendang yang menjadi saksi perkenalan mereka dua bulan yang lalu. Yusuf pula berada di dalam jarak lebih kurang lima tapak kaki daripada mereka iaitu di tepi tebing tasik kecil itu. Mereka sedang mengulangkaji pelajaran di taman mini tersebut. Mata pelajaran add maths.
"Dulu..mungkin.. Tak, bukan ‘mungkin’ tapi memang ‘iya’. Dulu aku bagaikan dah hilang arah untuk hidup. Sekarang, mungkin pengalaman yang menyebabkan aku berubah dan menerima hakikat," jawab Yusuf sambil mengeluh, melemparkan pandangan kepada kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Mariah menjeling menegur ke arah Amirah. Mereka berdua sebenarnya sedikit kabur dengan jawapan jejaka itu tetapi tidak berani menyoal dengan lebih lanjut.
"Mariah, awak pandai melukis kan? Boleh tak saya minta tolong awak lukiskan sesuatu untuk saya?"
Mariah yang ketika itu sedang leka bermain dengan pensil dan buku lukisannya yang bernama Alamanda mendongak terkejut memandang Yusuf. Jejaka itu masih lagi memandang ke tempat permainan kanak-kanak tadi. Amirah memandangnya sambil tersengih sambil menaikkan ibu jari.
"Saya bukannya pandai sangat melukis. Conteng-conteng macam tu je bolehlah." Kata Mariah merendah diri sambil matanya menikam helaian buku lukisan kesayangannya. Buku latihan add maths miliknya ditindih dengan buku Alamanda itu.
"Please… Saya berharap sangat.." Yusuf terus mendesak dengan suara mendayu gemersiknya itu. Sekilas Yusuf memandang wajah Mariah dan sekilas itu juga dia berpaling, mengarah matanya menjamah telatah kanak-kanak sebentar tadi. Mariah serba-salah.
"Diam tandanya setujulah tu. Malu-malu pulak kau ni, Mar.. Biasalah tu, dia ni tak boleh orang puji sikit. Tengok, muka dia dah merah.." usik Amirah sambil ketawa kecil.
"Ami!!"
Amirah dan Yusuf serentak tergelak, membuatkan Mariah malu sendiri. Amirah mengerling jam tangan berwarna hitam di pergelangan tangannya. Hampir menunjukkan pukul lima petang.
"Dah nak pukul lima ni. Marilah balik, tak baik berlama-lama sangat kat sini. Jom balik sama-sama," ajak Amirah sambil membetulkan kaca mata berpetaknya.
"Mariah…boleh kan tolong lukis..?" Yusuf rupanya masih menanti jawapan Mariah sedari tadi yang masih membisu. Sedetik…dua detik.. Mariah kemudiannya mengangguk dengan mata masih menikam helaian buku lukisan Alamandanya. Terpancar sinar kegembiraan di wajah Yusuf ketika itu.
"Jom gerak! Aku dah bosan tengok drama korang ni..aishh.." usik Amirah sambil berpura-pura mempamerkan wajah bosannya lalu bingkas berdiri. Nota add maths di tangannya yang terkuak sedari tadi dicantumkan kembali yang juga terselit pensil 2B di tempat yang baru dibacanya.
"Ami!!" kali ini jeritan kecil itu serentak keluar daripada mulut Mariah dan Yusuf. Amirah tergelak. Wajah keduanya telah berubah riak.
* * *
"Berkawan dengan si Yusuf yang perangai ‘bagus’ tahap gaban tu? Korang tak fikir ke pasal keselamatan korang? Budak macam dia tu mesti ada muslihat apa-apa untuk dekati kamu berdua ni!" bentak Abang Mus marah ketika berada di belakang halaman rumah Mariah. Mariah dan Amirah terkulat-kulat mendengar ‘syarahan’ Abang Mus. Abang Mus ternampak mereka bertiga berjalan beriringan bersama jalan-jalan di Taman Merwing sementara haluan pulang rumah mereka masih lagi sama. Abang Mus merupakan bekas pelajar SMK Merantau dan tahun ini sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Semasa tahunnya, nama Yusuf telah cukup popular.
"Yusuf tu baik aje, dia tak pernah ambil kesempatan pun dekat kitorang. Cubalah Abang Mus sendiri berkawan dengan dia.." Amirah menjawab dengan wajah yang tegang.
"Oh, ‘baik’ la kononnya? Mula-mula memang la baik sebab nak raih percaya korang, lepas dapat yang tu, barulah dia pedajal! Dia kasi korang merokok ke...apa entah nanti.."
"Abang Mus jangan nak main cakap sedap mulut aje!! Dia dah berubah. Sekarang dia selalu hadir ke kelas, datang awal ke sekolah, penampilan pun semakin kemas...dan juga.." ayat Amirah pantas dipintas oleh Abang Mus yang semakin berang.
"Apa-apa pun aku tak suka korang berkawan dengan orang yang ada masalah macam dia tu! Hati orang ni kita tak boleh jangka baik buruknya!"
"Abang Mus mungkin ada hak untuk halang Mariah daripada berkawan dengan Yusuf, tapi bukan dengan saya!! Abang Mus bukannya sesiapa dan langsung tiada hak untuk halang saya berkawan dengan Yusuf. Macam yang Abang Mus cakap tadi, hati orang lain kita tak dapat jangka baik buruknya. Jadi, Abang Mus ni ada kuasa psikik dapat tahu yang Yusuf tu memang jenis pedajal orang?" hambur Amirah tanpa berlapik.
Abang Mus hanyalah abang kepada Mariah, rakan karibnya dan bukannya keluarganya yang hendak melarang itu ini. Pantas dengan itu, Amirah lantas keluar dari halaman rumah Mariah, menuju pulang ke rumahnya yang hanya selang beberapa buah rumah dari rumah Mariah. Abang Mus mendengus menjeling kelibat Amirah yang berlalu pergi. Mariah pula yang diam tidak menjawab sedari tadi, masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah abangnya yang sedang dilanda nafsu amarah.
*** **** ***** ***
Alamanda. Pokok ini jenis renek. Bunganya berwarna kuning. Berasal dari Brazil. Bunganya di hujung tangkai dan berbentuk corong seperti cawan.
Yusuf tersenyum apabila membaca info yang diperoleh oleh internet yang dicarinya. Entah mengapa di dalam kesibukannya membuat kerja kursus untuk SPM di cyber cafe, dia tiba-tiba sahaja tergerak hati untuk mencari maklumat tentang bunga Alamanda.
Nama Melayu: Bunga Alamanda Kuning
Keluarga: APOCYNACEAE
Nama Saintifik: Allamanda cathartica L.
Saiz Biasa: 8 cm
Nama Lain: Small Leaved Butter Cup
Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyum di depan komputer di dalam kesesakan remaja di cyber cafe Taman Merwing tersebut. Alamanda... ibu.. Ida.. dan.. Mariah…? Mengenali Mariah menyebabkannya kembali mengingati dua orang perempuan yang amat dikasihinya, seakan-akan mereka telah hidup kembali mengisi ruang hatinya. Atau mungkinkah tempat itu telah diisi oleh gadis pemalu itu? Yusuf menggeleng kepalanya.
Tidak mungkin! Tiada siapa dapat mengisi ruang hati ini selain mereka! Begitu juga dengan abah.. Tiada sesiapa..
Amirah pula gadis yang peramah dan kuat menyakat. Yusuf juga amat menyenangi Amirah yang sentiasa punya topik untuk dibualkan berbanding dengan Mariah, yang lebih banyak mendiamkan diri. Mariah lebih banyak mendengar dan juga mempunyai bakat melukis. Sama seperti Ida.. Yusuf menarik nafas panjang, langsung tersenyum sendiri lagi. Yang pastinya dia kini tidak lagi seperti orang yang meraba dalam keadaan antara gelap dan terang.. Mahupun malap.. Tiba-tiba sahaja di dalam benaknya menerjah tafsir ayat al-Quran yang dibacanya semalam.
"Barangsiapa yang disesatkan ALLAH maka adalah petunjuk baginya dan dibiarkan-Nya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan." [Al-A’raf: 186]
Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki masa lalu.. Terima kasih Ya Rabb..
* * * *
Mariah menengadah siling. Memandang kosong kipas yang sedang berputar ligat, bagai sedang berusaha memusingkan kepalanya bersama. Terasa sesuatu yang mencucuk-cucuk di hatinya. Perasaan apakah ini? Hampir seminggu dia seperti ibu mati anak. Buat sesuatu serba tak kena. Astaghfirullah, laghakah dia?
"Apabila kita berasa resah, kembalilah pada ALLAH. Hanya DIA yang memahami apa yang ada di dalam hati hamba-Nya." Kata-kata abi semalam tiba-tiba sahaja mencucuk dalam benaknya. Nampaknya abi tahu bahawa anaknya ini sedang dalam keresahan, kebuntuan. Mariah segera bangun daripada perbaringan, menuju ke bilik air. Rambut separas siku ditocang kuda. Dia mengambil wuduk.
Keluar dari kamar mandi, Mariah mencapai jam tangannya di tepi katil. Lagi dua minit sebelum mencecah pukul 10 malam. Tadi dia sudah solat isyak. Baiklah Mar, kali ini tunaikan solat sunat hajat! Mariah tersenyum sendiri.
Sesungguhnya ALLAH ialah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Kadang-kadang kita alpa, kita lupa pada-Nya. Namun pintu taubat-Nya terbuka luas untuk hamba-Nya. ALLAH AL-GHAFUR, Maha Pemberi Ampun. Okey, Mar.. Lepas ni solat sunat taubat pula!
Mariah bermonolog dengan hatinya. Kain sembahyang telah disarung. Tarik nafas. Niat. Takbir. Mariah mulai bertemu dengan Rabbnya.
**** **** ***** ***
"Dia pindah ke Selangor ikut keluarganya minggu lepas." Cerita Amirah padanya pada waktu petang yang membingitkan di taman mini kawasan perumahan mereka. Di bawah pohon rendang yang dahulunya sebahagian merakam cerita mereka di taman tersebut.
"Emm.."
"Terkejut? Aku lagi terkejut, tahu last minute bila dia telefon kasi tahu yang dia sudah pindah sana. Bukannya nak kasi tahu awal-awal pada kita." Bebel Amirah lagi. Mariah hanya diam walhal pada awalnya dia juga terkejut dengan berita tersebut. Hatinya terasa terkilan. Potret lukisan yang dipinta oleh Yusuf baru sahaja dia siapkan semalam, setelah seminggu bertungkus-lumus melukisnya. Tup tup, Yusuf pindah ke Selangor tanpa pemberitahuan mereka. Dan mungkin juga dia terkilan kerana.. Yusuf hanya memberitahu Amirah yang dia telah pindah ke Selangor? Soal hatinya sendiri. Tanpa sedar, dia telah meramas pasir dengan tangan kirinya. Menggigil tangannya.
"Lukisan tu dia belum ambil lagi.." Mariah mengeluarkan suaranya tika ini seolah-olah suaranya tadi tersekat di kerongkong.
"Oh, pasal lukisan tu dia suruh kau simpan dulu. Maklumlah, dia kan pindah tergesa-gesa. Belum sempat aku tanya lebih lanjut, dia sudah letak telefon. Dia tak nak kita contact dia kut, tu pasal dia call aku guna public phone."
Tangan Mariah makin kuat mencengkam pasir di atas tanah bawah pohon tersebut. Dia masih ingat lagi sebulan yang lepas, Yusuf memberinya sepucuk gambar ketika dia berjalan pulang dari sekolah. Katanya, tolong lukiskan gambar orang di dalam gambar tersebut. Kemudian, dia hanya beredar meninggalkan mereka berdua begitu sahaja. Agaknya dia tahu bahawa Abang Mus tidak suka dia mendekati mereka. Ataupun Abang Mus telah berjumpa dengan dia memberi amaran? Entahlah, dia tidak berani meneka, apatah lagi bersangka buruk pada abangnya sendiri.
Dia dan Amirah meneliti gambar tersebut. Seorang gadis manis sedang bersimpuh sopan di atas bangku. Latar belakang tempat dia berada itu seperti di sebuah taman rekreasi. Gadis tersebut memakai sepasang baju kurung berona merah jambu lembut dengan corak bunga-bunga kecil berwarna merah terang, dipadankan dengan tudung hitam. Bibir gadis itu mengukir senyum. Kulitnya putih bersih, wajahnya bujur dan bermata bulat tajam. Amirah membuat andaian yang gadis itu mungkin adik Yusuf, bukannya ‘makwe’ seperti yang Mariah andaikan. Sampai di rumah, dia hanya membiarkan gambar tersebut di dalam buku lukisan Alamanda.
Esokan harinya dia dan Amirah terserempak lagi dengan Yusuf seperti hari-hari kebiasaannya. Dia mengambil peluang tersebut untuk bertanya pada jejaka itu.
"Dia adik saya, Shahida." Jawapan yang ringkas, tetapi cukup untuk membuatkannya puas hati. Amirah pula asyik mengacahkannya sepanjang pulang ke rumah pada hari tersebut.
"Macam mana dia tahu nombor handset kau?" Soalnya tanpa ditahan-tahan pada saat ini, kepada Amirah.
"Seminggu sebelum dia pindah, dia ada minta. Katanya penting untuk berhubung suatu hari nanti. AKu ingatkan dia buat lawak ke apa." Amirah mengeluh. Jadi, di sinikah semuanya berakhir? Beginikah? Mariah menarik nafas panjang. Yusuf, siapa kau sebenarnya? Sepanjang perkenalan mereka hampir tujuh bulan, tiada apa pun perkara tentang Yusuf diketahui oleh mereka. Dia peramah, tetapi langsung tidak pernah menyentuh hal peribadinya. Mereka juga tidak menyangka dia mempunyai seorang adik. Patutlah mata gadis itu mirip sahaja dengan mata Yusuf. Sesenang Yusuf berkawan dengan mereka, sesenang itu jugalah dia meninggalkan mereka.
* * *
Yes! Paper akhir!! Mariah menarik nafas lega. Satu lagi kertas; add math. Kertas fizik tadi pun alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat jugalah dia jawab. Jawab kertas peperiksaan akhir tahun bagaikan kalah menjawab kertas peperiksaan SPM pula rasanya. Padahal lagi tahun hadapan dia akan mengadap ujian besar tersebut! Bahangnya seakan terasa pula.
"Mar, dapat jawab last paper tadi?" soal Amirah ketika mereka sama-sama dalam perjalanan ke kantin sekolah.
"Alhamdulillah, boleh la. Cuma takut terkejut sakit jantung aja bila result sampai kat rumah cuti nanti." Jawabnya sambil tergelak kecil. Yalah, dia bukannya sepintar gadis kecil molek berkaca mata di sebelahnya ini yang berada dalam top 10 ranking sekolah!
"Terkejut konon. Manalah tahu result kau nanti kasi gegar satu sekolah. Nama aku pun boleh tumpang naik sekali." Amirah berkata sambil tergelak kecil. Mariah menjungkit bahu sambil mengeleng kepala. Apa yang dia sedar sekarang, dialah sebenarnya yang tumpang sekaki dengan nama baik Amirah yang pintar itu.
"Mar, aku ada benda nak bagi pada kau balik sekolah nanti. Kita duduk-duduk dekat taman dulu ya."
"Okey." Mariah bersetuju tanpa banyak soal. Lantai kantin dihentam dengan kaki-kaki mereka dan beberapa pelajar yang lain. Kantin lengang sahaja. Maklumlah, hari-hari akhir persekolahan tahun biasanya pelajar dibenarkan pulang awal dari sekolah.
Dalam perjalanan pulang dari sekolah, mereka melalui kawasan perumahan mereka menuju ke taman mini. Cuaca agak panas sedang matahari memacak di atas, meresap ke ubun-ubun kepala. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 1.12 petang. Wajah Mariah yang kulitnya putih pucat itu sudah mulai memerah. Matanya yang sedikit sepet itu mulai mengecil.
"Kau nak bagi aku big hug ke dekat aku ni? Pelik benar aku rasa.. sampai kena ajak pergi ke taman?"
"Tak kuasa aku nak peluk kau yang baru balik sekolah. Nanti habis bau badan kau melekat kat tubuh aku! Huh!" Amirah menyambut gurauan Mariah sambil tersengih-sengih.
"Tak boleh ke beri benda tu dekat rumah aku je?"
"Tak hendak aku tengok muka abang kau yang tersayang tu!" suara Amirah sudah meninggi sedikit nadanya. Mariah pantas menampar dahinya, terlupa yang Amirah jarang ke rumahnya sejak peristiwa Abang Mus memarahi mereka berkawan dengan Yusuf. Dia tidak menyangka yang Amirah masih belum dapat melupakan peristiwa hari tersebut. Atau Amirah ada menyimpan perasaan pada Yusuf? Sebab itulah dia terlalu marah dan tidak dapat menerima Abang Mus mencela Yusuf?
Hati Mariah berdegup dengan lebih kencang. Barulah dia terfikir, apakah ‘benda’ yang ingin diberi oleh Amirah padanya? Mungkinkah sebenarnya Amirah sebenarnya ingin memberitahunya tentang isi hatinya tentang Yusuf? Mengarut! Mariah menggeleng kepalanya sendiri separa sedar.
"Geleng-geleng kenapanya? Memang betul pun, Abang Mus tu dah melampau sangat-sangat." Kata Amirah pantas apabila melihat Mariah menggeleng kepalanya sebentar tadi. Padahal sebenarnya Mariah memikirkan hal yang lain.
"Huh?"
"Okey.. Destinasi kita dah sampai!" ujar Amirah sambil menunjukkan telunjuk kanannya tepat pada pokok yang rendang di taman tersebut. Pokok yang membawa nostalgia pada mereka. Kakinya pantas melangkah menuju ke pohon tersebut meninggalkan Mariah yang jauh ke belakang yang masih terpinga-pinga. Mariah berlari-lari anak mengekori rakannya itu. Di bawah pohon tersebut, Amirah melepaskan beg sekolah berwarna kuning cairnya lalu dibuka zip. Mariah hanya memerhati. Sebuah kotak hadiah yang berwarna merah jambu pudar dikeluarkan.
"Untuk kau." Amirah menghulurkan kotak hadiah itu kepadanya. Mariah mempamerkan raut wajah yang kehairanan. Tanpa diduga, Mariah ketawa galak. Sah la Ami ni kena virus demam pelik, apahalnya bagi aku hadiah ni?
"Gelak nak mati ni kenapa? Mana ada aku buat lawak?" marah Amirah sambil menepuk bahu Mariah yang masih ketawa. Wajah Mariah yang merah dek terkena panasnya pancaran matahari semakin memerah.
"Okey.. okey.. Maaf la.. Kau buat lawak tak dirancang la, Ami. Birthday aku dah lepas berkurun lamanya. Kau kan dah bagi hadiah buku ‘Jangan Bersedih’ oleh Dr. Aidh Al-Qarni tu.. Aku dah sempat khatam lima kali dah.." Tawa Mariah masih bersisa. Pada ulangtahun hari jadi Amirah yang keenam belas, Mariah telah menghadiahkannya novel ‘Tautan Hati’ oleh Fatimah Syarha. Kemudian pada hari ulangtahun keenam belas Mariah, Amirah menghadiahkannya buku terjemahan ‘La Tahzan’ itu. Ustazah mereka pernah menasihati, jika ingin menghadiahkan sesuatu buat orang lain, hadiahkanlah sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh penerima tersebut. Kelak, mungkin kita juga akan mendapat pahala yang berterusan jika menghadiahkan sesuatu yang bermanfaat.
"Tulah, aku belum habis cakap lagi kau dah gelak. Cubalah teka hadiah kali ini untuk apa?" wajah Amirah yang kelat sebentar tadi berubah manis semula. Mariah menjungkit alis kanannya.
"Hadiah sempena tamatnya alam persekolahan tingkatan empat?"
"Salah."
"Hadiah sebab kau nak bodek aku untuk dapatkan sesuatu..?"
"Kepala hotak kau. SALAH."
"Kau nak suruh aku bagi kotak tu untuk Abang Mus?"
"Sah la kau nak kena hempuk dengan beg aku ni, Mar!" suara Amirah sudah mulai meninggi. Mariah tertawa kecil sambil mengundur tiga langkah. Kononnya takut dengan ugutan Amirah.
"Kau dah pandai loyar buruk sekarang ni ya? Belajar daripada siapa ni? Besi buruk?"
"Aku belajar dengan kaulah, Amirah binti Osman!"
"Mariah budak bertuah!! Tak naklah aku kasi gift box ni kat kau." Amirah sudah naik berang dengan sikap Mariah yang selayaknya seperti anak kecil. Serta-merta Mariah berhenti ketawa.
"Yalah.. Aku seriuslah ni. Aku tak tahu inferens apa kau nak beri hadiah tu. Sungguh." Mariah memberikan ekspresi wajah yang meminta simpati. Amirah mencebir.
"Lagi lima minit nanti kau akan tahu sendiri." Katanya pabila mengerling jam tangan Quartz berwarna biru lembut yang dipakai kemas di pergelangan tangan kirinya. Mariah menghembus nafas panjang. Menjeling Amirah seketika. Dia melepaskan beg daripada bahunya, lalu duduk di atas salah satu akar besar yang timbul di tanah pada pohon tersebut..
"Kalau nak kenakan aku lain harilah, Ami. Aku nak balik rumah, solat zuhur dulu. Sudah hendak pukul 1.30 dah ni.." rayu Mariah, tidak sedap hati melihat raut wajah pelik Amirah pada awal petang itu. Tetapi tidak pula dia berasa ada sifat ingin tahu atau curious dengan apa yang bakal berlaku nanti, yang dirancang oleh Amirah. Entahlah, mungkin disebabkan Amirah itu rakan karibnya menyebabkannya tidak perlu berprasangka yang tidak baik.
"Alah, sekejap la.." Amirah masih lagi berdiri sambil matanya melilau ke sana ke mari. Sesekali dia mengerling jam tangannya. Irama lagu ‘Hasbi Rabbi’ oleh Sami Yusuf berkumandang perlahan daripada beg kuning cair miliknya. Pantas Amirah meraba di dalam poket kecil di hadapan beg sekolahnya itu. Punat ditekan.
"Assalamualaikum.."
Mariah yang sedang duduk meluruskan kakinya di bawah pohon itu hanya memerhati gelagat Amirah yang sedang berdiri. Wajah Amirah berkerut.
"Kenapa?" Amirah menyoal pada empunya di talian. Mariah mengambil daun gugur yang berhampiran lalu menguis tanah untuk menghilangkan rasa bosan. Wajah Amirah yang kelihatan hampa itu disertai dengan keluhan di bibirnya.
"Okey..okey.. Aku sedang beritahu dia ni. Bye. Wa’alaikumussalam." Amirah mematikan perbualannya lalu memandang Mariah dengan wajah kelat.
"Yusuf kirim salam. Dia kasi gift box ni dekat kau."
Mariah hanya memandangnya dengan wajah yang kosong..
* * *
Assalamualaikum…
Mar tahu kan, yang saya ada seorang adik perempuan. Namanya Shahida, atau kami biasanya panggil dia Ida. Kami dua beradik saja, sebab itulah yang membuatkan kami ini rapat. Dia lebih kurang baya Mar dan Ami. Dia sangat pandai melukis, selalunya saya yang akan jadi ‘model’ untuk lakarannya. Dia juga sangat suka berceloteh dan ceria macam Ami. Satu lagi, dia sangat sukakan bunga Alamanda kuning, seperti Mar. Entah kenapa.. Dia suka sangat melukis berpuluh-puluh lukisan bunga itu.
Apabila saya bertemu dengan Mar dan Ami, saya ternampak bayangan Shahida di dalam diri kamu berdua. Ami seorang yang sentiasa ceria dan suka buat lawak. Mar pula pandai melukis dan sukakan bunga Alamanda. Semuanya mengingatkan saya kembali pada dia.
Sebenarnya, Shahida sudah tiada lagi di sini. Dia sudah sampai ke ‘alam sana’ bersama dengan ibu saya.. Saya sangat rindukan mereka.. Mereka meninggal apabila kami menghadapi satu kemalangan jalan raya. Saya dan ayah saya selamat, tetapi mereka berdua yang pergi meninggalkan kami. Saya masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Ketika itu saya berada dalam tingkatan 3, percutian akhir tahun. Kalaulah saya yang boleh ganti kematian mereka.. Astaghfirullah.. Memang saya rasa hidup saya kosong sangat tanpa mereka.
Hubungan saya dan ayah tidak begitu baik. Masuk tingkatan empat, jiwa saya memberontak. Saya masih tidak dapat terima apa yang berlaku. Pelbagai kesalahan disiplin yang saya lakukan, semata-mata kerana saya benci dengan diri saya sendiri. Saya rasa saya memang dilahirkan sebagai insan yang tidak berguna. Itulah pemikiran saya pada waktu itu.
Apabila saya berkawan dengan kalian, persepsi saya sedikit berubah terhadap diri sendiri. Saya masih ingat lagi apabila kita berdebat tentang ucapan awak secara spontan ketika itu, "Kita hidup untuk mati dan kita mati untuk hidup". Secara tak langsung sebenarnya perdebatan kita pada hari tersebut amat berbekas dalam jiwa saya.
Perpindahan saya sebenarnya bukan atas kehendak saya. Ayah saya ingin kami memulakan hidup yang baru kerana kami mempunyai ramai saudara-mara di sini. Hubungan saya dan ayah sedikit pulih.
Oh ya, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan! Doakan saya untuk menghadapi ujian SPM beberapa hari lagi.
p/s; Maaf, tulisan saya tak cantik!
Salam,
Ahmad Yusuf bin Farid
------------------------
Mariah melipat semula surat tersebut. Dia membetulkan duduknya di atas katil. Dikerlingnya keychain di dalam gift box tersebut. Keychain kartun Simpson. Tadi dia hanya diam kaku, tanpa menyoal Amirah dengan soalan bertubi-tubi, dia mengambil gift box di tangan Amirah dan terus berlalu tanpa mendengar apa-apa yang keluar daripada mulut temannya. Sebenarnya hati kecilnya dapat mengagak siapa yang memberinya hadiah ini dan siapa yang sebenarnya ditunggu oleh Amirah. Mungkin dia kecewa kerana orang tersebut tidak dapat datang?
Sebenarnya surat Yusuf tidak begitu banyak merungkaikan kekususutan yang melanda di dalam dirinya disebabkan jejaka itu. Dia tidak menjelaskannya mengapa dia berpindah begitu sahaja tanpa memberitahu dia dan Amirah.. Dia tidak menjelaskan mengapa dia baru sahaja menghubungi mereka (Amirah sebenarnya) sebaik sahaja seminggu dia berpindah di sana? Yusuf.. dia masih dengan sikapnya.
Namun, ada sesuatu yang menguntum senyumnya. Sekuntum bunga berwarna kuning disertai juga dengan kad kecil di dalam gift box tersebut.. Tertulis..
BUNGA ALAMANDA INI UNTUKMU
P/s; aneh, ada juga yang menyukai bunga berwarna kuning ini. Apa pun, Mar sesuai dengannya.
-TAMAT-
Apek merenung sesuatu tajam. Straw dimulut masih dikulum-kulum. Disedut sedikit-sedikit air didalam gelas plastic itu. hmm..
"Apek! Kau usha apa?" Acap menyergah Apek disebelah. Member aku ni.. lain macam je gaya.. kena sampuk dengan Prof ke hape?
"tu…" Apek memuncungkan mulut.
"apa dia?"
"tuuuuuuuu…"
"tuu! Tuu!!! Cuba cakap! Apa dia?"
Apek memalingkan muka dengan dahi berkerut. "kau ni! kacau betul la! tengok! Kan dah lepas!"
"apa yang dah lepas?"
"alah.. budak perempuan tu la.."
Acap cuba memproses otak. Siapa pulak yang dia cakap ni? "budak mana?"
"ish! Budak yang aku selalu cerita tu la.."
Acap sengih. "owww.. budak perempuan yang ‘dalam dunia dia saje’ tu?"
Apek angguk-angguk. Tiba-tiba datang fikiran mantap dalam otak. "Acap, aku blah dulu ar! Kau balik kolej dulu." Apek terus menggalas backpack Adidas hitam dan berlari keluar dari café.
"eh!!!!!!!! Aku nak balik naik apa!!!!!!!!!! Weh!!!!!!!! Bagi kunci motor la!!!" terjerit terlolong Acap dalam café tu. Apek cuma buat bodoh. Cis!!! Sungguh tergamak dia membiarkan aku balik naik bas…
*****************************
Apek melangkah seperti biasa. Tak laju, tak pelan. Stay cool beb.. jangan biar nampak kalut. Jatuh saham lah weh.. heh
Perempuan dihadapannya nampak cool macam biasa. Dengan beg galas entah-apa-jenama, sneakers macam kasut budak sekolah menengah, t-shirt dan jeans yang sangat simple, dan earphone.. yang macam kena simen dekat telinga dia. terjuntai je wire dari leher ke poket seluar. Itulah yang Acap cakap.. dia macam dalam dunia dia je.. keliling tak ambik kisah.
Perempuan itu diekori dengan senyap. Uhh.. boleh jadi penyiasat berjaya ni.. agak-agak gaji detektif berapa ribu ek? Haha. Apek sendiri taktau dia melangkah kemana. Perempuan ni main potong shorcut je.. masuk fakulti ni, tembus lorong situ. Huish!
Last-last, nampak bangunan besar dihadapannya. Oh.. pergi ,library ke.. kaki library rupanya budak nih. Dekat sampai di pintu masuk, perempuan itu memusingkan beg galasnya kedepan, zip poket depan dibuka. Kad matrik dikeluarkan dan diklip kebaju. Hahaha. Oww.. pandai ye.. nak masuk library baru nak pakai kad matrik.
Perempuan bernama Apek-pun-taktau tu melangkah terus ke hujung. Okey, dia pilih lif ke tangga? Lif la.. lif laa.. penat lah berjalan..humph. hampa. Dia memang rajin bergerak. Dia naik tangga!! Tahniah Apek. Tahniah untuk anda.. tingkat demi tingkat didaki. Bila dia nak stop??
Apek membaca sign ditepi dinding. ARAS 5. Yeah.. terima kasih untuk exercise hari ini. Perempuan itu diekori lagi. Kalau nak diikutkan, dia pun tak tahu kenapa dia terajin pulak harini nak stalk orang. Tak pernah dibuat! Gerak hati maybe? Hehehe…
Perempuan itu terus menuju ke rak belakang. Erm.. Apek menjeling kod rak disebelah. TL.. TK.. TJ..TI..TH.. oopps!! Dia berhenti di rak TH. Kejap.. kejap.. macam kenal je kod TH ni.. macam pernah kulihat.. oh no! ni rak buku mechanical engineering. Dia budak mechi?????? Dia satu course dengan aku??? biar benar!!
Muka Apek dah berkerut-kerut disebalik rak TI dibelakang perempuan itu. biar benar. Tak pernah nampak kat fakulti pun? Junior ke? ke.. senior? Tak.. tak kot.. senior dia kenal. Tapi junior? Tak ,logik jugak.. masa orientation tak nampak pun…
Perempuan itu berpusing, memandang tajam ke arahnya. Zaapp!!!! Jantung macam kena rentap mak oii… nasib bookshelf ni tak terbalik!
Perempuan itu menarik sebelah earphone-nya keluar. "aku nak study. Stop stalking." Dan dia terus berlalu ke kerusi kosong dibelakang.
Apek terkesima beberapa saat. Terpaku. Cop.. dia sedar? Dia sedar? DIA SEDAR?????? Apek meraup mukanya. Habeh la…
***************************
"Acap!! Acap!!!" Apek terjerit-jerit dari bawah blok.
Acap didalam bilik diaras 3 dah bengang. Kot ye pun rindu aku.. tunggu la sampai bilik! Dah la biarkan aku terkulat-kulat naik bas!! Memang mamat Melayu celup ni nak kena dengan aku..
"Acap!!!" Apek melaung dari tangga pula. Haish!! Excited!
Acap membuka pintu dengan kasar. "kemende??" dia melaung kuat dari pintu bilik.
"dia budak mechi weh!!!!!" suara dari tangga aras dua kedengaran.
"mana kau tau??"
"dia pergi rak TH tadi!!"
"rak pejadah??????"
"TH la!! library!!!" akhirnya tuan empunya suara muncul didepan mata. Penat menjerit!
"jangan happy sangat.. ingat budak mechi je singgah situ?"
"dah tu?" Apek menghempas punggung kekatil. Merenung orang katil depan. "takkan budak business selak buku mechi pulak?"
"kat situ ada jugak kan buku pasal fire alarms.. security systems.. mana tau, budak civil ke.. architecture ke.."
Apek terbaring hadap siling. "betul jugak tu…"
Acap membaling batal dengan halaju maksimum ke orang katil depannya. "woi! Angau ke hape?"
"dia tegur aku.."
"pe dia?"
"dia tegur aku.. jangan buat tak percaya pulak!"
"dia kata apa? Skrip macam bebudak junior kita ke? ‘hai abang Apek.. ada kelas harini?’.." Acap buat suara meloyakan. Eeee yek~
"..’aku nak study.stop stalking.’ Mau tak tekujat aku kat tepi rak tuu.."
"huuuuuuuuu~ gila arr! Langsung tak mesra alam!"
"tau takpe.."
"tinggal je la Pek.. payah tu."
"bukan senang aku nak suka perempuan Cap.."
"aku tau.."
"dia lain…"
"aku tau…"
"aku serius ni Cap.."
"aku tau.."
"hmmph. Teman aku esok?"
"kau nak pergi meminang ke?"
"kalau possible, aku buat jek."
"otak mereng betul kau ni!"
Apek cuma tersengih-sengih.
******************
"Apek! Target telah sampai. Sharp." Acap bercakap nada serius.
"mangkuk ayun! Ingat ni misi polis ke hape?"
"ek eh… aku nak tolong beriya ni, perli-perli pulak.."
"yelah..yelah.."
"dia sorang tu Pek, redah jom?"
"kau gila!!!"
"ilek arr.. ni café, bukan library.. takkan dia nak cakap ‘aku nak study. Stop stalking.’ lagi sekali kat kau kot.."
"aku… haih! Meremang la.. seram sejuk dah ni.."
"ilek Pek. Kita kena cool."
"betul. Ehem! Ehem! Let’s go."
Mereka berdua merapati meja café berkerusi empat itu. hanya satu tempat yang terisi. Siapa lagi, perempuan tu laa..
"assalamualaikum." Apek selamba terus duduk berhadapan perempuan itu. beg galas dilurut dan diletak diatas meja.
Perempuan itu membesarkan mata. Terkejut! Hehe.. mata besar macam Bugsy.. sebelah earphone ditarik dari dalam tudung.
"err.. hai." Apek muka dah macam kena injet botox. Sengih semacam je!
"ya?" selamba perempuan itu bercakap. Sudu dan garpu masih ditangan.
"err..semalam.. library.. TH bookshelf.. ingat?"
Perempuan itu tersenyap sekejap. "oh." dia mengangguk-angguk.
Oh je?? abnormal ke hape.. Acap yang dari tadi jadi penonton setia dah rasa nak hentak dahi ke tiang. Beku habis minah ni!
"kau budak mechi?" Apek bertanya lagi.
Geleng.
"oww.. aku budak mechi. 3rd year."
Angguk.
"erm.. aku Apek. Nama kau?"
Perempuan itu meletakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan yang telah kosong. Air disedut sedikit. Gelas itu ditolak kedepan. Beg galas terus diambil dan dia berdiri. Earphone disumbat kembali. "Marjina." Dan dia terus berlalu.
Acap dan Apek beku sebentar. 2 saat.. 3 saat… 4 saat.. hahahahahahahahahahha. Gelak meriah!!!
"aiyak! Macam cerita Ali Baba!! Kau Apek, boleh dia jawab Marjina?? Hahahaha." Acap dah gelak macam nak pengsan.
"hadoi.. lawak jugak budak nih. Ingatkan no sense of humour." Apek cuma menggeleng-geleng. Macam lambat sikit nak proses dalam otak tadi. Ingatkan betul nama Marjina, apa la pelik sangat.. satgi nak kenakan aku rupanya. Haih.. nasib aku laa sangkut dengan orang cenggini.
********************************
"G!! report dah siap?"
"erm.. sikit lagi."
"pinjam G! aku tak reti nak buat laa.."
"ok. Nanti dah siap aku bagi."
"thanks G…. kau memaaaaaang baik! Mmmuah.. mmuah!"
G cuma tarik senyum sesaat. Apa-apa lah cik Dian…
"G!!!"
"hmm?" apa lagi la Dian ni.. dia mengalihkan muka menghadap Dian yang elok meniarap diatas katilnya.
"erm…" Dian bermain-main dengan getah rambut ditangan.
"kau nak apa ni?" selamba G bertanya. Kaki dilipat sila diatas kerusi belajar. Pen diletak.
"kau tau kan.. dinner kolej.. weekend nih.. then, aku… err.. aku takde baju.. then.."
"aku taknak." G kembali mencapai pen. Tak sempat Dian nak habiskan ayat!
"G…. tolonglah G…. kita keluar kejaaaaaaap je." Dian dah tukar posisi. Duduk dikatil sambil buat muka sayu.
"kau tau kan.."
"aku tau! Aku tau! Aku tau kau tak suka pergi shopping… kau tak suka outing.."
"then, ajakla orang lain."
"G… please G… teman aku.."
"ajaklah roommate kau.."
"G.. aku nak keluar dengan kau.. dengan kau je.. ni kan last year G.. aku nak spend time dengan kau.."
"sekarang bukan spend time ke?"
"G.. aku nak macam lain. You know? Being normal? Girls-day-out?"
"kau kan ramai kawan lain.."
"aku memang ramai kawan.. tapi kau tu, kau ada aku je kan?"
G memandang Dian serius. "aku tak buat la benda-benda tu Dian.."
"sekali ni je.. bukan aku suruh kau shopping.. aku shopping, kau ikut je. kita have fun, together."
"Dian, I’m straight."
Pak!! Dian memukul lengan G. "aku tak lesbian ok.. it’s girl-girl bond."
"aku lemah la Dian.."
"G..kau tak kesian dekat aku ke G.."
"ok."
"again?"
"O.K"
"yes!!!! Mmuah! Mmuah!!" Dian dah melompat dari katil. Akhirnya, G nak keluar dari kepompong.
"tapi jangan buat benda pelik-pelik.."
"tak peliklah. Aku dah buat list dah. Lunch, pergi cinema, shopping baju, karaoke, manicure.. oh ya! Take sticker photo.."
"hold on! No manicure. No karaoke. No sticker photo." Gila ke hape nak suruh aku buat semua-semua tu?
"halah G…"
"titik!"
"ok..ok.. but, no earphone ar!"
G cuma mengangguk. Apa-apa jela..
****************************
G pandang sekeliling. Muka sikit tak senyum. apalah yang best sangat lepak shopping complex nih.. dah la sesak, bau meloyakan tekak, sakit mata tengok fesyen yang ntah pape.. dengan couple sepah sana sini.. ni ke have fun?
"G.. senyum la sikit G.. kau ni macam kena paksa keluar dengan warden penjara je aku tengok.."
G buat-buat senyum lebar 2 saat. Jadilah tu.
Dian menjeling. Huh! Geram aku budak nih!
"hai." Tiba-tiba satu suara menjengah.
Dua susuk tubuh lelaki berdiri betul-betul satu tingkat tangga escalator dihadapan mereka. Dian dan G mendongak sedikit. G dah kerut muka. Mamat ni lagi..
"jalan-jalan?" Apek dengan ramah-tamahnya bertanya. Hey, ingat senang nak bertembung? Dekat shopping complex pulak tuh! Tak pernah terbayang. Tapi bila Acap menyiku dia sekejap tadi, memang kena percaya la yang budak ni pergi shopping complex.
"tak. Beli ikan."
Pffffh! Hahahahaha. Dian dah tergelak-gelak. Selamba badak betul G nih. Acap cuma menekup mulut. Kesian Apek.. masuk ni 3 kali dah terkena..
"errr.. Apek kan?" Dian menegur. Baik la dia ambik bahagian. Karang mau G ajak balik!
"kita kenal ke?"
Escalator dah sampai ke penghujung. Mereka berempat berjalan seiring. Ops! Salah! mereka bertiga jalan seiring. G lebih selesa berjalan dibelakang.
Dian menggeleng. "tak.. tapi rasanya pernah dengar pasal awak. Apek si budak mechi. Rite?"
Apek sekadar mengangguk. Matanya sekilas menjeling kebelakang. Haih.. apa susah sangat nak dekat dengan perempuan ni..
"saya Dian."
"oh.. course apa?" Acap pulak macam berminat bertanya.
"civil. Diploma. final year."
"owhh.. sama dengan budak belakang tu?" Apek menghalakan matanya kebelakang.
"Marjina? Haah."
Acap dan Apek terpempam. Betul lah nama dia Marjina!!!!!
***********************
"G! how do I look?"
"great."
"G! yang ni macam mana?"
"ok je."
"colour ni macam cantik kan?"
"yeah."
"kasut ni macam cool gila kan?"
"ye kot."
"better aku bawak clutch ke.. mini handbag?"
"entah."
Dian dah berang. Memang dari tadi itu-itu je jawapan G. bosan betul!
"Dian, kau dah habis shopping kan? Baliklah jom.."
"halah.. awal lagi lah G.."
"dah lapan jam kita pusing Dian.." G menjulingkan mata.
Dian memuncungkan mulut. Haih! Payah betul la.
Mereka berdua berjalan kearah pintu utama shopping complex.
"Allah! Hujan lebat G!"
"kau la ni.. lama sangat kat dalam.."
"macam mana nak tunggu bas macam ni? nak pergi bus stop pun sempat lencun dulu!"
"naik cab jelah."
"duit aku cuku-cukup je bayar tambang bas G…"
G cuma tersenyap. Dian dipandang. "takpelah. Duit aku ada."
Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dihadapan mereka.
"naik sekali?" suara si pemandu bertanya.
G buat muka macam nak telan orang. Apa malang sangat asik terjumpa mamat celup nih..
Muka Dian dah bercahaya. "G! naik jela jom.."
"aku taknak!" peluk tubuh.
"G.. diorang offer tu.. diorang tak nampak macam perogol pun G.."
"taknak."
Apek keluar dari tempat pemandu. Dia berpusing kearah pintu belakang sebelah kiri. Pintu kereta dibukakan. "come."
Dian memandang G. senyap. Tak bergerak.
Piiiinnnn!!!!!! Ponnnnnnnn!!!!!!!!! Bertalu-talu hon berbunyi.
"tengok, kereta belakang pun dah marah. Cepatlah." Apek masih memegang handle pintu kereta.
"G.." Dian buat muka. Aku tak kira!! Aku nak naik jugak!! Dian terus bergerak masuk ke perut kereta.
G tergamam. Dah takde pilihan. Dia bergerak merapati kereta. sampai di pintu, matanya bertembung dengan mata Apek. Dijeling sekilas, dan terus masuk kedalam.
Apek menutupkan pintu kereta dengan sengih bermeter-meter lebarnya. Haih.. nasib..
*************************
"G! marah aku ke?"
Senyap.
"G.. aku mintak maaf.."
Diam.
"jangan macam ni G.."
"lain kali, jangan ajak aku keluar lagi."
"sorry G.. tapi time tu kan.."
"stop. Aku taknak ingat."
Dian terdiam. G dah marah betul nih..
"mana kau kenal mamat tu?" tiba-tiba je G bersuara. Suara mendatar, tak macam marah-marah.
Dian mengukir sengih. Heleh.. nak tau jugak..
"ramai budak bercerita." Saje je Dian kasi jawapan tergantung. Pancing G sikit. Hehe.
"pasal apa?"
"dia dalam dean’s list every year."
"budak pandai la kira.."
"bukan tu je. Dia ahli ekuastrian universiti.."
"banyak duit.."
"and, dia sponsored by Petronas.."
"good future.."
"and he likes you."
"aku nak pergi tandas."
Dian tersenyum. Ngelat!
*******************
"Marjina!" Apek berlari-lari anak mengejar perempuan dihadapannya.
"panggil aku G."
"oh.. o.k. jalan sekali?"
"thanks, but no thanks."
Apek terdiam. Hmm.. hampa..hampa..
"kejap!"
"hmm?"
"nah." Apek menyerahkan sekeping kertas kajang berlipat empat.
G kerut muka. Ni.. surat cinta ke hape?
"baca key? Jangan buang pulak. Ciao!" Apek terus berlalu. G terpinga-pinga.
G terus membuka lipatan kertas tu apabila selamat duduk di kerusi library.
Haiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Uwang dan ringgit ana tatak helan ne
Ante tutup mata ana tak tentu jalan
~aku tau kau tengah senyum. senyumlah, kau nampak cantik bila senyum. (walaupun aku tak pernah nampak.)oh ye, maaf. Lirik ni aku cuma tau satu rangkap. =)
G melipat kertas itu kembali. Bukan tersenyum lagi, nak tergelak pun ada! Heh. Macam –macam la Apek..
Petang itu apabila sampai ke bilik..
G khusyuk merenung lappy yang terpasang didepan. Hurm..
"woi!"
"hai Dian."
"buat report?"
Geleng.
"habis tu?"
"download video."
"tengok?" Dian bergerak merapati meja belajar. Youtube downloader tengah berjalan. "apek dan marjina?"
"haah."
"best sangat ke?"
"best je."
"kenapa tiba-tiba?"
"teringat nenek aku."
Dian tersengih. Heleh.. ingat senang nak cong aku? ingat nenek konon.. bukan nenek dia dua-dua dah takde ke?
"Dian?"
"hurm?"
"tak gila ke kalau suka senyum tiba-tiba?"
Dian senyum. "tak.. waras je." racun apa si Apek ni dah bagi kat kawan aku.. haih..
****************************
"kalau dalam cerita Ali Baba tu, Marjina tu macam mana?" Apek tiba-tiba bertanya.
"kau tak pernah tengok?"
"pernah. Tapi dah lama sangat."
"hmm. Marjina bijak. Dia yang selamatkan majikan dia dari kena rompak dengan 40 penyamun."
"apek jadi apa dalam filem tu?"
"tukang jahit mayat. Haha."
"lor.. gila tak best.."
"superb apa!"
"banyak la kau!"
Tiba-tiba telefon bimbit Acap berbunyi. "weh, Dian ajak jumpa."
"bila…"
"sekarang."
"no, sejak bila kau ada nombor dia?"
"jangan banyak tanya la! jom."
Sampai di café..
Kelihatan Dian dan G sedang duduk bergelak ketawa di kerusi café itu. kejap.. kejap.. bergelak ketawa? G? ketawa? Indahnya…
"hai Apek." Apek terdiam. G tegur aku dulu? Apek dah jadi macam statue kat tepi meja.
"nah. Aku dah nak blah ni. library." G terus bangun dan berlalu. Kertas yang dihulur sempat bertukar tangan.
Apek yang terpinga-pinga terus duduk disebelah Dian. Kertas itu dibuka.
Marilah Apek hoi mari sayang
Ikutlah ana Apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah hoi perlahan-lahan
Ana tatak bimbang ana tatak takut
Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua Itam lagi banyak gulap
Macam orang Habsyi henggeli Alab ( negeri Arab)
Oh Apek Sayang oi jangan susah
Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ante cepatlah cepat
Awas Pek Longkang oi kaki melompat
Apek jaga depan ada longkang
Mana
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompak Apek Lompat….
Haiyaaaaaa…….
~ ni sambungan lirik dia. nway, aku dah senyum. =)
Sikit demi sikit.. Apek tarik sengih. Marjina!
"dia tulis apa Pek?" kepala Acap terjenguk-jenguk ke kertas tadi.
"Marjina.."
"huh?"
"Dian, apa nombor phone dia?"
Apek terus menekan keypad dengan laju. Tuuut..tutt.. menunggu panggilan diangkat dengan penuh sabar.
"assalamualaikum."
"waalaikumsalam." Salam bersambut.
"where are you?"
"library."
"haiya cik siti.. library tak boleh guna phone."
"hoi Apek sayang… I’m outside café."
"tunggu!."
"no."
"kenapa?"
"takde wang emas nak kasi."
"you are so funny."
"thank you."
"can you.. repeat?"
"what?"
"you said just now…Hoi Apek what?"
"bubye." Teet! Talian mati.
Acap dan Dian pandang ke arah muka Apek yang bercahaya.
"G.. Marjina.. dia panggil aku.. Apek sayang?"
"huwaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
**************************
"Aku terima nikahnya Marjina binti Ali dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
"sah."
"sah."
"sah."
Dan Apek terus melangkah ke arah pengantin perempuan. "saya pulak kena kasi wang emas dekat awak.." perlahan dia berbisik.
Heh. Marjina cuma tersenyum. Siapa sangka kan? Apek dan Marjina bersatu. Yeah.. happy ending. =)
"Ibu!! Sakit, bu! Aduh..! Ibu jangan, bu...!" jeritan muncul dari sebuah rumah kampung di pedalaman itu. Seorang wanita yang berusia 40-an dilihat memukul anaknya dengan rotan sambil diperhatikan empat adik-beradik lain.
"Ibu hantar kamu ke sekolah untuk belajar bukan mencuri!" keras kata-kata wanita itu dan sambil menitiskan air mata dia memukul anaknya yang sulung, Iman. Kecewa.
"Imah, sudahlah tu. Budak kecil.. jangan dipukul sebegitu. Kasihan dia," Mak Uteh menegur wanita itu, dengan sedihnya melihat kejadian yang menimpa keluarga Imah. Dia menjadi ibu tunggal kepada lima orang anaknya sejak sepuluh tahun lalu ditinggalkan suami.
"Ibu, Iman janji takkan buat lagi," kata Iman sambil menahan kesakitan mengetap bibir sambil menangis.
"Ibu jangan pukul abang Iman..," Izzah adiknya menghalang ibunya sambil menangis tidak sanggup melihat abangnya dirotan. Kini, giliran Izzah pula hampir dirotan Imah tetapi dia tidak sanggup apabila hampir sahaja rotan itu mahu mengenai tubuh kecil yang menghalang Iman. Mak Uteh mencapai tubuh Imah yang jatuh layu tak berdaya.
Imah menanngung keperitan hidup tanpa seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya. Entah ke mana suaminya hilang meninggalkan mereka tanpa khabar dan nafkah. Akhirnya, dia mengambil keputusan bekerja di sebuah kilang papan atas ihsan penduduk kampungnya yang baik hati dan bertimbangrasa atas nasib yang menimpa mereka sekeluarga.
"Imah, jangan macam ni. Bersabarlah..ini ujian Allah," nasihat mak Uteh melihat Imah menangis sambil dikerumuni anak-anaknya.
"Mak Uteh, Imah dah tak larat. Kenapa Abang Luqman tinggalkan Imah macam ini.. Imah kena besarkan budak-budak ni seorang," sambil berkata Imah terbatuk-batuk.
"Janganlah kamu risau. Kan Mak Uteh dan Pak Uteh ada.. Kami akan sentiasa bantu Imah." Mak Uteh mengusap belakangnya perlahan.
"Ibu, ampunkan Iman, bu.. Iman nak kerja nak bantu ibu. Iman tak sanggup tengok ibu buat kerja seorang siang dan malam..." Iman menangis teresak-esak di kaki Imah. Mendengarkan itu, Imah memeluk semua anaknya dengan erat terutamanya Iman. Rasa kesal timbul di hati melihat anak itu.
"Betul, ibu. Abang Iman tak mungkin mencuri. Pasti ada orang yang dengkikan abang." Mimi mempertahankan abangnya. Bertambah erat pelukan Imah.
"Iman, maafkan ibu. Kenapa kamu nak kerja? Kan ibu ada. Kamu semua belajarlah sungguh-sungguh. Ibu nak sangat tengok anak-anak ibu jadi pandai. Ibu mahu kamu semua hidup senang bila dah besar nanti," panjang nasihat Imah dalam tangisan.
Hari demi hari berlalu. Imah bekerja dalam keadaan yang semakin tenat. Batuknya kini makin menjadi-jadi. Adakalanya sehingga mengeluarkan darah. Imah rebah ke lantai suatu hari sewaktu sibuk bekerja. Dia dibawa ke hospital segera. Keputusan doktor mengesahkan dia menhidap radang paru-paru! Ke mana harus dicari duit yang diminta doktor untuk menjalani pembedahan? Pasrah! Ya, itu yang Imah mampu lakukan di saat ini. Hanya mampu berdoa.
Mulai hari itu, Iman, Izzah, Hakim, Helmi, dan Mimi mula sedar wajah ibu mereka semakin tidak berdaya. maka, masing-masing makin bertambah kuat belajar untuk tidak menyusahkan hati seorang ibu. Sewaktu musim cuti persekolahan, mereka menolong Imah menjual nasi lemak dari rumah ke rumah.
Iman sebagai anak lelaki sulung setiap malam resah memikirkan keadaan ibunya yang semakin kritikal. Semakin berlalu waktu, dia semakin membenci ayahnya yang mata duitan. Meninggalkan ibunya dek kerana seorang betina yang kaya dan cantik. Baginya, walau raut wajah seorang ibu dimamah usia ianya tetap suci bersih seperti bidadari yang turun dari langit.
"Imah, bangun..bangun!" Terdengar suara Mak Uteh dari dapur suatu malam Jumaat. Izzah kaget. Segera dia memanggil adik-beradik lain yang sedang bermain di luar. Keadaan menjadi huru-hara. Sampai sahaja di pintu dapur, mereka nampak sekujur tubuh yang tidak sedar. Pak Uteh merenjis air Yaasin ke wajah Imah. Matanya mula membuka sedikit.
"Ibu, kenapa dengan ibu..?" soal Helmi pada Pak Uteh.
"Baik kita bawa ibu kamu ke hospital segera. Izzah, cepat telefon ambulans sekarang!" arah Pak Uteh sambil memimpin Imah ke atas katil.
Setelah menelefon ambulans Izzah kembali ke sisi ibunya. Semua yang ada dalam rumah kini mula mengerumuni Imah.
"Tak payahlah Pak Uteh....usahlah. dah terlambat untuk segalanya... Mak Uteh macam mana dengan anak-anak saya bila saya dah tiada?" Imah mula bersuara lemah.
"Jangan kamu risau, Imah. Usah difikirkan... Kamu akan sembuh. Mak Uteh dengan Pak Uteh kan ada..," jawab Mak Uteh memangku kepala Imah.
"Ibu, kenapa ibu rahsiakan sakit ibu dari kami?" Iman menyoal ibunya setelah mengetahui penyakit ibunya apabila terjumpa ubat semasa menyelongkar barang dalam almari pagi tadi. Dia sengaja mendiamkan hal itu. Merintih keseorangan dalam dirinya sendiri. Imah terkejut mendengar soalan itu. Tetapi kemudiannya dia tersenyum. Imah mengusap ubun-ubunnya perlahan dengan penuh kasih sayang.
"Iman, ibu tak nak susahkan kamu semua. Sudah tiba waktunya untuk ibu pergi, nak," kata Imah sambil mengusap kepala anak-anak lain. "..kamu mesti fokus pada peperiksaan PMR nanti..bimbinglah adik-adik kamu yang lain nanti, Iman.. Ibu hanya mampu berharap pada kamu, nak.." sambungnya lagi.
"Ibu..janganlah cakap macam itu. Jangan tinggalkan Iman dan adik-adik lain. Kami nak ibu..!" Iman menangis dalam pelukan Imah. Nafas Imah mula tersekat-sekat. Akhirnya segala penderitaan Imah di atas bumi ini tamat dalam hembusan nafasnya yang terakhir. Itulah kali terakhir mereka semua di sisi ibu mereka.
Iman tersedar dari lamunannya yang panjang. Mengingati kisah lampau amat memilukan hatinya. Ahh! Sudah lima belas tahun berlalu. Iman mencapai kot yang tergantung di kerusi lalu beredar pulang. Sedang dia berjalan, semua kakitangan pejabat menunduk hormat dan memberikan salam kepadanya. Kini, Iman bukan lagi seperti dahulu. Risau tak tentu hala apabila setiap kali pulang dari sekolah demi adik-adik yang harus disaranya. Akhirnya, berkat jasa seorang sahabat, dia sampai ke mercu ini. Iman sekarang yang dikenali adalah pengarah kepada Syarikat Splendid! Holdings di Kuala Lumpur ini.
Amran, aku tak akan lupakan jasamu dan ayahmu. Alangkah bahagianya jika aku punya ayah seperti ayahmu. Lupakan! Iman bermonolog seorang dalam lif. Setelah pintu lif terbuka, dia meluru ke arah kereta yang sedang menunggunya. Hari sudah lewat. Azan Maghrib bakal berkumandang di setiap masjid.
"Pak Osman, berhenti dekat masjid itu. Lepas sembahyang, kita makan di Restoran Miss Sweet. Dia orang tengah tunggu kita," Iman menunjukkan arah masjid dengan jari telunjuknya dan kemudian dia bersandar. Pak Osman mengangkat kening sebagai tanda tanya. Iman hanya tersenyum padanya. Belum pernah dia bekerja dengan majikan sebaik ini. Baru sebulan sahaja dia bekerja dengan Iman, dapat merasai ketulusan hati anak muda itu dan keluarganya.
"Ha, itu pun abang Iman! Apalah abang ni..lambat betul. Kami tunggu sini setengah jam dah." Izzah mula berleter setelah melihat ketibaan Iman tetapi kemudian dia tersenyum mengambil beg abangnya dan diletakkan di atas kerusi.
"Baru setengah jam...," Iman menjuihkan bibirnya dan ketawa kecil. Izzah mencubit pipi abangnya. Hakim pun baru sahaja sampai lalu memohon maaf atas kelewatan itu. Dia baru sahaja pulang dari kampus.
"Ini seorang lagi. Janji pukul lapan setengah. Semalam bukan main confirm kata dialah orang paling awal akan sampai sebelum kak Za datang konon!" Izzah bercekak pinggang di depannya. Hakim terkekek-kekek gelak.
Pak Osman hanya mampu tersenyum melihat mereka semua. Dia sudah maklum sikap Izzah yang suka berleter. Semakin hari dia semakin senang dengan keluarga itu. Alangkah baiknya jika seorang ayah sepertinya punyai anak-anak sebegini. Ah! Lupakan. Sejak dia berkahwin dengan Mirna dulu hidupnya bak sampah. Anak-anak langsung tidak menghormati termasuk isterinya sendiri. Lalu dia dihalau isterinya sendiri kerana dituduh mengambil barang kemas menantunya. Kejamnya dunia ini!
"Mana Mimi ni? Tak sampai-sampai lagi." Datang Helmi membawa kek yang sudah ditempah dan diletakkan di atas meja yang telah dihias indah. Semua yang dijemput bagi meraikan hari lahir Mimi datang satu persatu kemudiannya. Akhirnya, Mimi pun sampai. Masing-masing menyanyikan lagu hari lahir dan disambut dengan meriah. Mimi sudah pun mencecah usia 19 tahun.
Hari itu berlalu dengan meriah sekali. Iman kembali lagi ke pejabat. Berlonggok kerja di pejabat. Nampaknya pesaing bagi Syarikat Splendid! Holdings semakin kuat menekannya. Syarikat Mercu Holdings selalu merampas projek yang berharga berbilion-bilion darinya. Apalagi kalau bukan rasuah! Iman menghela nafas yang panjang di kerusi. Setiausahanya masuk setelah mengetuk pintu.
"Assalamualaikum, tuan," ucap Murni, setiausahanya.
"Waalaikumsalam." Iman menatap fail yang diberikan Murni. Dahinya berkerut-kerut meneliti setiap isi kandungan. kemudian, dia tersenyum.
"Baguslah. Oh, ya kalau saya tak silap petang ini kita ada perjumpaan dengan Syarikat Solo Holdings kan?" tanya Iman tegas. Matanya masih tertancap pada fail. Murni mengangguk dan mengiyakan. Kini, giliran dia pula mengambil kesempatan ini meneliti wajah majikannya. Walau dalam keadaan tegas sekalipun dia cukup tidak gentar malah rasa sayang lagi tercurah. Murni cepat menundukkan wajahnya apabila Iman mengangkat kepala.
"Saya nak awak ikut saya." Murni mengangguk dan keluar dengan perasaan berdebar-debar.
Iman pulang dengan perasaan marah dan benci. Sampai sahaja pejabat dia menghempas pintu bilik. Semua kakitangan amat terkejut dengan sikapnya. Tidak pernah dia marah sebegini. Mengimbau kembali kejadian tadi.
Iman terhenyak di kerusi tatkala melihat seorang lelaki yang berusia 60-an masuk ke bilik mesyuarat di Syarikat Solo tadi. Encik Luqman, pengasas Syarikat Solo! Begitu megah sekali cara berpakaian dan berjalan mahupun dimamah usia. Ah! Bagaimana mungkin dia ingin bekerjasama dengan syarikat itu sedang lelaki itu punca kematian ibunya.Yang peliknya mengapa Murni dan lelaki itu saling membalas senyuman. Pintu biliknya diketuk perlahan.
"Tuan, jadi ke kita dan Syarikat Solo.." belum sempat Murni menghabiskan kata-kata, Iman menyampuk.
"Nanti saya fikirkan. aturkan menyuarat saya bersama ahli lembaga pengarah yang lain," itu sahaja arahan. Murni akur lalu keluar.
Setelah mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah tamat, Murni segera mendapatkan Iman. berkerut dahinya. Iman sedar sejak kebelakangan ini Murni seperti merahsiakan sesuatu darinya. Entah apa-apa setiausahanya ini..
"Ya, ada apa Murni? Masih tak putus asa nak ajak saya makan sekali," Iman seperti tahu apa yang sedang difikirkan Murni. Terkejut Murni. Tidak menyangka Iman dapat meneka.
"Tapi kali ini lain tuan Iman. Tuan tak perlu fikir bukan-bukan." Murni memulakan kata-katanya, ceria sedikit bunyinya. Iman mengangkat kening. Murni tersipu-sipu malu.
"Mak ayah saya nak buat makan malam besar. Jadi saya nak jemput tuan datang sekali." Murni menerangkan keadaan sebenar.
"Apa? Awak ni biar benar.. takkan awak nak saya datang seorang. Kenapa tak jemput kakitangan lain sekali? Awak ni macam-macamlah. Yalah nanti saya fikirkan. Kerja kita ni dahlah berlonggok. Mesyuarat dah sepakat nak kerjasama dengan Syarikat Solo tu. Lagi pening kepala saya." Iman memulas tombol pintu setelah sampai di hadapan bilik pejabatnya.
"Eh, kenapa pula tuan. Bukankah bagus," Murni mula hairan dan tidak sedap hati. Usahanya akan sia-sia jika kedua-dua syarikat ini tidak bekerjasama. Iman hanya berdiam diri.
Malam itu, Iman bersiap untuk memenuhi janjinya pada Murni. Tidak disangka Murni anak orang kaya. Rancak sekali mereka berbual. Murni mula senang dengan keadaan ini. Inilah peluangnya memperkenalkan Iman pada keluarganya. Cuma kurangnya papa Murni belum pulang dari kerja lagi. Iman merasakan seolah-olah pernah melihat perempuan tua di hadapannya. Bergaya sungguh ibunya ala mak datin. Berbeza dengan anaknya yang sopan santun memakai tudung.
"Marilah, Iman. Kita ke meja makan dulu. Papa Murni kejap lagi datanglah dia," pelawa Masyitah, ibu Murni. Iman mula merasakan kelainan. Lain benar cara mereka semua melayannya. Tetapi disimpan saja dalam hatinya. Bersabarlah!
"Ya, mak cik." jawab Iman ringkas. Murni memimpin Iman ke ruang makan yang eksklusif itu. Tidak sampai lima minit, papa Murni pun tiba. Di saat dia menjejak kaki ke meja makan itu, Iman tersentap. Rupanya Murni anak kepada pengarah Syarikat Solo. Patutlah Murni beria-ia ingin syarikat aku bekerjasama dengan dia! Ditahan perasaannya seboleh mungkin. Biar dia berdepan dengan lelaki itu hari ini. Dia harus berdepan dengan kebenaran.
"Papa, inilah Iman, majikan yang Murni cakapkan tu. Sebelum ini kan kita pernah bermesyuarat?" Murni bercakap dengan berhati-hati. Mendengar nama itu, papa Murni memandang wajah Iman. rasanya seperti pernah melihat Iman. Dia hanya mengangguk.
"Oh, ya. Anak ini Iman ya? Murni selalu menyebut tentang kamu. Lagi satu, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Syarikat Splendid! Holdings untuk bekerjasama dengan kami." Datuk Luqman tersenyum. Boleh tahan taste anakku ini ya! Bagi Iman, tidak terukir senyuman langsung di wajahnya. Kisah-kisah lampau mula bermain di fikiran.
"Datuk tak nak tahu background keluarga saya?" soal Iman berterus-terang. Iman sudah tahu kini apa yang sedang berlaku. Kemarahannya membuak-buak. Tunggu masa nak meletus. Ya, Murni sedang cuba merapatkan hubungannya dengan keluarga itu. Dan dia semakin yakin akan perasaan Murni terhadapnya. Tapi Murni silap! Kalau dia bukan anak kepada Datuk Luqman mungkin hasrat itu akan kesampaian. tetapi ini sebaliknya.
"Biar saya ceritakan satu persatu kisah hidup saya sampai saya berjaya sekarang," tegas kata-kata Iman. Semua yang berada di meja makan kehairanan. Termasuk Datuk Luqman. Barangkali, dia sudah tidak sabar memiliki anakku! Ketawa bangga Datuk Luqman dalam hatinya.
Setiap inci kisah derita hidup diceritakan. Tiada air mata yang mengalir di pipi Iman. Pendiriannya lebih jelas sekarang.
"Siapa nama ibumu Iman?" tanya Datuk Luqman setelah mendengar kisah hidup Iman. Dia mula merasa sesuatu pada diri anak muda di hadapannya. Kakinya menggeletar. Tanpa membuang masa, Iman bangun berdiri dan memperbetulkan kot yang dipakai.
"Nama saya yang sebenar adalah Mohd. Iman bin Luqman. Adik-adik saya pula semuanya empat orang. Izzah, Hakim, Helmi dan Mimi. Dan yang paling penting, untuk pengetahuan awak Datuk Luqman ibu saya namanya Rahimah binti Daud!" Kata-katanya itulah yang membuatkan lelaki tua tadi tersedak. Iman berlalu dari meja makan dengan keras.
"Iman, maafkan ayah nak..!" Datuk Luqman hilang pertimbangan. Fikiran Murni terasa berserabut. Masyitah pula berusaha menenangkan suaminya yang kemudiannya cuba mendapatkan Iman yang sudah pun keluar dari rumah istana itu. Datuk Luqman terjatuh di hadapan Iman.
"Tak ada guna maaf itu di saat ini, Datuk. Hati saya mahupun adik-adik lain dah kering. Kami dah tak perlu risau sekarang. Berkat Allah Taala kami hidup gembira sekarang. Bangunlah, datuk. Tak malukah melutut di hadapan anak isteri Datuk di kaki orang lain?" Iman tersenyum sinis sambil menekan istilah ‘datuk’ setiap kali bercakap.
Hujan mula turun dengan lebatnya. Masyitah tidak dapat berkata apa-apa. Dia seolah-olah melihat drama di depannya. Murni menangis keseorangan melihat harapannya yang hancur berkecai.
"Iman, dengar penjelasan ayah dulu," rayu Datuk Luqman.
"Saya tak nak dengar apa-apa. Syukurlah kita dipertemukan seawal ini. Tak adalah awak berharap sangat nak bermenantukan lelaki miskin macam saya." Iman masuk ke dalam kereta.
"Iman, ayah pernah cari kamu dan ibu dahulu. Tapi orang kampung cakap kamu semua dah pindah. Ke hulu hilir ayah cari kamu semua...Ayah tahu ayah berdosa pada kamu semua nak..Ampunkan ayah, nak..!" Di sebuah rumah banglo kedengaran jeritan dan rayuan seorang lelaki tua pada anaknya yang ditinggalkan suatu ketika dahulu. Murni mengejar Iman. Iman keluar dari kereta sebentar. Dia tahu Murni tak bersalah.
"Boleh awak terangkan? Saya tak faham. Apa yang berlaku ni?" soal Murni bertubi-tubi. Iman memandang ke arah lain.
"Panjang ceritanya Murni. Saya memohon maaf atas kebiadaban saya. Saya tak dapat menolong awak.." Belum sempat Murni menuturkan kata, Iman menyambung lagi. "..esok saya nak adakan mesyuarat tergempar. Kita tak jadi nak bekerjasama dengan Syarikat Solo Holdings." Iman menghidupkan enjin. Bajunya sudah basah kuyup.
"Kenapa? Kenapa awak tak nak bagi saya peluang..? Apakah salah saya menyintai seorang lelaki seperti awak?" Murni menangis di hadapan cermin pintu kereta Iman. Iman merasa kasihan atas nasib yang menimpa gadis itu.
"Tak mungkin saya akan mengahwini seorang gadis yang merupakan adik tiri saya." Itu sahaja kata-kata Iman yang terakhir yang Murni dengar sebelum kereta BMW itu bergerak keluar dari tempat parkir kereta. Tergamam Murni.
Iman menangis sendirian dalam kereta mengingati kesengsaraan ibunya. Tiba-tiba setelah keretanya keluar sahaja dari pintu pagar rumah itu. Kedengaran bunyi bising. Dia memberhentikan kereta dan menoleh belakang. Kelihatan Murni dan ibunya mengangkat ayahnya yang jatuh terbaring di lantai yang basah itu. Iman kaget. Apakah dia anak yang derhaka? Kalaupun dia menolong, dia tidak mungkin berharap segalanya kan kembali pulih seperti sediakala!