Cerpen : Ruang Rindu

Cerpen : Ruang Rindu
Nama Pena : Zahirah Mustafa

"Eh, bunga dengan coklat sape kat atas meja aku nih Diya?" Soal Azureen kehairanan. Diya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Azureen menjuihkan bibir tidak puas hati. Dibeleknya bunga mawar segar sekuntum yang berwarna merah itu dan lima biji coklat Ferraro Rocher yang dibungkus cantik. Ada sekeping kad kecil bersampul merah jambu terselit di situ. Azureen membukanya.

'Intan Azureen, awak sangat comel. Salam perkenalan.. –From Mr.XYZ (012-3770626)'

Hisy, sape plak la Mr.XYZ nih..Dah tak reti eja nama sendiri ke hape..Azureen membebel dalam hati. Azureen memandang Diya, teman sebiliknya itu sedang asyik membaca majalah. Azureen masih tidak puas hati, mustahil Diya tidak tahu menahu tentang bunga dan coklat itu kerana Diya ada di bilik sejak pagi tadi.
"Ey Diya, serius la ni! kau tahu tak sape yang letak bunga ni sume kat sini? Kan kau ada kat bilik tadi?" Wajah Azureen bengang apabila Diya menggeleng malas.
"Betul la aku tak tahu! Tadi aku lepak kat café masa kau gi library. Aku pun baru balik gak nih. Aku sampai bilik tadi memang menatang tu ada kat situ!" Diya sedikit merengus. Dia menyambung kembali pembacaannya. Azureen terkedu, lantas dia membiarkan sahaja Diya tanpa berkata apa-apa lagi.

Azureen masih tercegat di meja studinya itu. Dalam fikirannya masih berkira-kira adakah perlu dia menghubungi nombor yang tercatat di dalam kad itu. Ah malaslah..getus hatinya. Azureen mengambil bunga dan coklat itu lalu menyimpannya di dalam almari. Bimbang kalau rakan-rakannya yang lain nampak, banyak pula persoalannya nanti.

**********

"Ah..penatnya! Katil! Katil!!" Jerit Azureen sebaik sahaja sampai di biliknya. Terasa lenguh-lenguh badannya setelah menghadiri kuliah sejak pukul 8.00 pagi tadi hingga pukul 5.00 petang. Azureen menghempaskan badannya ke tilam. Emm..bestnya dapat baring..Azureen tersenyum keseorangan. Matanya dipejamkan. Hilang sakit pinggangnya dapat berbaring di atas katil.
"Ha, jangan tidur pulak! Semayang Asar tu dulu. Nanti marahkan aku pulak cakap tak kejut, padahal dia yang liat bangun!" Tiba-tiba suara Diya mencucuk gegendang telinganya. Azureen membuka sedikit matanya. Kelihatan Diya yang baru selesai mandi sedang berdandan di hadapan cermin kecil yang tergantung di dinding. Spoil betullah minah ni...gerutu Azureen.
"Yela..yela.." Azureen bangun dari pembaringan. Dia bersila di atas katil sambil menenyeh-nenyeh matanya. Dia termenung sejenak.
"Tu yang termenung lagi kenapa?" Suara Diya kedengaran lagi. Azureen mencebik. Dia tidak membalas kata-kata Diya. Tak penat ke membebel minah ni..gerutu Azureen lagi. Seketika kemudian Azureen bangun. Dia mencapai tualanya yang tersangkut di almari berhampiran katilnya lalu berjalan menuju ke pintu. Tiba-tiba Azureen terperasan sesuatu. Sejak bila pulak benda alah ni ada kat sini..Desis hatinya. Azureen menghampiri meja studinya. Dia memandang Diya sekilas. Gadis itu sedang mengemas almari pakaiannya.
"Diya, sejak bila benda ni ada kat sini? Kau tak kunci pintu ke tadi?" Soal Azureen. Tangannya membelek bunga mawar sekuntum dan coklat di atas mejanya. Masih sama seperti semalam.
"Aku pergi mandi, takkan nak kunci pintu jugak?" Balas Diya. Dia masih sibuk mengemas pakaiannya.
"Dulu takpelah. Sekarang ni dah ada orang ceroboh bilik kita. Kau tak risau ke kalau barang-barang kita hilang? Aku nak report kat fellow lah!" Ujar Azureen. Nada suaranya sedikit marah.
"Tapi takde apa-apa yang hilang pun kan? Yang aku nampak cuma bunga dengan coklat tu je yang bertambah kan?" Ujar Diya selamba tetapi dengan nada yang sedikit sinis. Azureen geram. Dia berlalu ke luar menuju ke bilik air tanpa mempedulikan Diya. Tak concern langsung! Getus Azureen.

**********

Petang itu Azureen nekad mahu ke pejabat asrama. Hari ini sudah masuk hari kelima bunga dan coklat dari lelaki misteri itu singgah di meja studinya. Azureen rimas dan bimbang kalau-kalau sesuatu yang lebih buruk terjadi.
"Kau nak ke mana Reen?" Soal Diya apabila melihat Azureen menyarung semula tudungnya sedangkan gadis itu baru sahaja pulang dari kuliah.
"Aku nak pergi bilik fellow. Tak tahan aku macam ni. Rimas!" Balas Azureen.
"Tak payahlah terburu-buru sangat..Cuba kau contact dulu nombor tu.. check siapa dia.. mana tahu dia ikhlas nak kawan dengan kau..tak salahkan?" Ujar Diya. Azureen termangu-mangu di birai katil. Sejenak kemudian dia bingkas bangun menuju ke almarinya, mengeluarkan semula kad yang pertama sekali diberikan dahulu. Azureen mancapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor tersebut.
"Hello, Assalamualaikum. Sape ni?" Azureen berdebar-debar menanti jawapan.
"Waalaikumussalam. Eh..Awak yang call kenapa awak yang tanya saya sape?" Balas pemilik suara di sana.
"Saya Azureen. Straight to the point, kenapa awak tak henti-henti duk hantar bunga dengan coklat kat saya ni?" Soal Azureen tegas.
"Bila pulak saya hantar bunga dengan coklat ni? Tak pernah-pernah!" Cepat sahaja lelaki itu menjawab. Azureen geram.
"Awak jangan main-mainlah! Saya nak jumpa awak sekarang, kat Dewan Mas!" Belum sempat lelaki tersebut membalas, Azureen terlebih dahulu menekan punat merah di telefon bimbitnya. Panas betul hatinya sekarang ini. Azureen bingkas bangun menuju ke meja studinya. Laci dibuka. Diya memandang bersahaja teman sebiliknya yang sedang mencari sesuatu itu.

Azureen mengeluarkan satu beg plastik yang agak besar dari laci mejanya. Kemudian dia ke almari pakaiannya pula. Dikeluarkan semua bunga dan coklat yang dihadiahkan padanya lalu disumbat ke dalam beg plastik itu. Setelah selesai, Azureen mencapai telefon bimbitnya dan berlalu keluar sambil membimbit beg plastik berisi bunga dan coklat itu.

Mata Azureen melilau sebaik sahaja tiba di Dewan Mu\'adzam Shah . Kalau dia tak datang siaplah! Marah Azureen dalam hati. Azureen bersandar pada tiang batu bangunan tersebut.
"Awak Azwin ke? Eh silap, apa nama tadi..hah, Azureen!?" Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang. Azureen menoleh. Dia terkejut. Isk..mamat ni ke..Azureen tidak tahu hendak menggambarkan perasaannya saat itu, semuanya bercampur-baur, gembira, malu, takut..
"Err..saya silap orang kot.." Ujar lelaki itu ingin berlalu pergi apabila dilihatnya Azureen kaku tidak berkata apa-apa.
"Tunggu! Saya Azureen!" Cepat-cepat Azureen membalas. Langkah lelaki itu terhenti. Azureen senyum, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimanakah rupa senyumannya saat itu. Adakah manis ataupun buruk. Lelaki itu hanya tercegat di situ menanti kata-kata seterusnya dari Azureen.
"Saya cuma nak pulangkan ini," Ujar Azureen sambil menghulurkan beg plastik yang dibimbitnya kepada lelaki itu. Lelaki itu mengambilnya dengan teragak-agak. Sejenak dia melihat isi di dalamnya, dia mengangkat semula wajahnya memandang Azureen.
"Boleh kita duduk kat situ sekejap?" Lelaki itu berkata sambil jari telunjuknya menuding ke arah bangku kayu di suatu sudut. Azureen berjalan terlebih dahulu. Lelaki itu mengekorinya. Suasana sepi seketika. Lelaki itu sedang membelek satu-persatu bunga dan coklat yang terdapat di dalam beg plastik itu. Azureen membiarkan. Debaran hatinya hanya Tuhan yang tahu.
"Azureen, saya mintak maaf. Memang nombor telefon tu nombor saya..Tapi bukan saya yang bagi semua ni kat awak," Tiba-tiba lelaki itu bersuara. Azureen terkejut dengan penjelasan itu.
"Habis tu siapa?" Balas Azureen.
"Saya pun tak tahu. Mungkin ada orang nak kenakan kita.." Ujar lelaki itu lagi.
"Kenapa pulak diorang nak kenakan kita? Takde motif kan?" Soal Azureen lagi. Lelaki itu mengjungkit bahu. Azureen menghela nafasnya.
"Takpelah macam tu, saya balik dulu." Azureen bangun, bersedia untuk pergi. Dia sudah tidak sanggup berlama-lama di situ. Malunya bukan kepalang lagi.
"Azureen,"
"Ya?" Azureen menoleh. Lelaki itu kelihatan seperti tidak keruan.
"Apa kata kalau kita teruskan?"
"Teruskan apa?" Soal Azureen. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.
"Kita teruskan saja seperti apa yang berlaku sebelum ini. Anggaplah memang saya yang bagi semua tu kat awak. Kita mulakan perkenalan kita. Saya Faris," Ujar lelaki itu sambil menghulurkan beg plastik itu kembali padanya. Azureen tercengang. Apa ni? Dia betul-betul tidak faham apa yang berlaku. Tanpa sempat befikir, Azureen mengambil beg plastik tersebut dan berlalu pergi.
*********

Sejak peristiwa hari itu, Azureen dan Faris kerap berhubung melalui sms. Maklumlah, di peringkat awal perkenalan. Kadang-kadang ada juga Faris menelefonnya, tetapi lelaki itu tidak banyak bercakap. Hanya Azureen yang sibuk bercerita itu dan ini. Azureen tidak kisah, mulutnya memang becok setelah mengenali seseorang. Kadang-kadang terasa juga hatinya apabila Faris hanya membalas smsnya sepatah-sepatah. Kalau bercakap pula sekadar mengiyakan apa yang diperkatakan.

Sebenarnya Azureen sengaja bersabar, kerana dia mahu mengenali Faris sedalam-dalamnya. Sejak dahulu lagi dia meminati Faris, tetapi dia tidak mengenali lelaki itu sebetulnya. Hanya bertemu muka di majlis-majlis universiti sahaja. Apa yang dia tahu, Faris memang aktif. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti, Faris ada menyertainya. Azureen pasti ramai lagi gadis lain yang meminati Faris. Wajahnya yang kacak dan berkaliber itu mudah untuk menarik mana-mana gadis. Namun setelah mengenali Faris, Azureen sedikit kecewa. Lelaki itu bukanlah seperti yang dijangkakan. Faris pendiam, kurang sensitif dan adakalanya terlalu selamba. Mungkin Faris hanya menganggapnya kawan biasa. Tetapi Faris selalu menghubunginya. Azureen tidak mengerti. Terlalu awal untuk dia membuat andaian.

Azureen ke kuliah seperti biasa pagi itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Azureen berhenti sebentar di tengah jalan meraba beg kuliahnya.

'Saya pergi Penang hari ni. Ada football match.'-Faris

Azureen membalas ringkas sms itu, sekadar mengucapkan 'good luck.' Azureen meneruskan langkahnya ke kuliah. Hatinya sedikit hampa. Baru sahaja dia bercadang hendak berjumpa Faris petang itu, melepak di tasik universiti seperti selalu. Mahu berjumpa di waktu kuliah, memang susah kerana mereka berbeza kursus dan semester. Faris pelajar Pengurusan Perniagaan Antarabangsa semester enam manakala dia pula pelajar Ekonomi semester lima. Azureen mengeluh mengenangkan itu

**********

Hujung minggu itu, Azureen dan Faris melepak di tepi tasik universiti setelah Faris pulang dari Pulau Pinang. Faris tidak habis-habis bercerita tentang pasukan bola sepaknya yang menjadi juara dalam perlawanan persahabatan menentang Universiti Sains Malaysia itu. Azureen sedikit bosan tetapi di tahan juga telinganya dan mendengar penuh minat.
"Awak, jom pergi cafe. Teman saya makan?" Ajak Faris. Azureen hairan, sedang asyik bercerita tiba-tiba Faris mengajaknya ke kafeteria pula.
"Kenapa tiba-tiba nak makan pulak ni?" Soal Azureen.
"Laparlah wak.." Faris berkata seraya memegang perutnya.Azureen tersenyum lantas bangun dari bangku yang mereka duduki. Mereka berjalan beriringan.

Sampai di kafeteria, Faris terus menuju ke kaunter makanan. Azureen terkulat-kulat ditinggalkan sendirian. Azureen duduk di satu sudut, menunggu Faris. Seketika kemudian Faris kembali dengan sepinggan mi goreng dan teh o ais. Faris tidak berkata apa-apa, dia menyuap mi goreng ke mulutnya. Azureen hanya memandang. Terasa panas sedikit hatinya.
"Awak ajak saya ke sini hanya untuk tengok awak makan je ke?" Azureen menyoal geram. Faris mendongak. Direnung Azureen seketika.
"Awak nak makan pergilah ambik?" Ujarnya selamba. Azureen geram. Dia bingkas bangun dan pergi dari situ. Memang dia bukan apa-apa pada Faris. Jeritan Faris memanggilnya tidak dipedulikan. Air matanya mengalir laju.

Sampai di bilik, Diya masih lena tidur. Azureen terus menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia menangis semahu-mahunya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia menangis. Tetapi dia sangat terasa hati apabila Faris tidak mempedulikannya tadi. Seolah-olah dia hanya wujud ketika diperlukan. Telefon bimbitnya berbunyi. Azureen tercari-cari telefon bimbitnya. Rupa-rupanya terperosok di bawah bantal.

'Kenapa awak pergi macam tu je tadi? Saya kat bawah blok awak ni. Saya bawak breakfast untuk awak. Turunlah..'-Faris

Azureen menyapu air matanya yang masih mengalir. Dia berkira-kira mahu pergi berjumpa Faris ataupun tidak. Azureen bangun melihat wajahnya di cermin. Matanya merah berair. Dikesat matanya dengan tisu lalu disapu bedak nipis ke muka supaya kesan tangisannya tidak terlalu ketara. Azureen memeriksa wajahnya sekali lagi dan sejenak kemudian dia berlalu keluar.

"Nah..." Faris menghulurkan bungkusan plastik berisi bekas polisterin kepadanya. Azureen menyambutnya. Dia kelu untuk berkata-kata. Dia sudah cukup malu pada Faris. Betapa dia bertepuk sebelah tangan.
"Reen, awak okay tak ni?" Faris bertanya apabila Azureen hanya tercegat tunduk membisu.
"Saya okay.." Jawab Azureen perlahan. Faris menghela nafasnya. Dia menguak rambutnya ke belakang.
"Reen, sebenarnya saya tahu apa yang awak rasa..Saya pun rasa sesuatu yang sama. Saya tak pandai berkata-kata, Reen. Awak faham-faham sendiri lah. Pada saya hati kita tahu segalanya. Saya balik dulu, Assalamualaikum." Faris berlalu menuju ke arah motorsikalnya. Dia berlalu tanpa menoleh sedikit pun kepada Azureen. Azureen terkedu. Dia tidak tahu apakah dia gembira dengan penjelasan Faris sebentar tadi. Azureen bingung..

**********

Sejak dari itu, secara tidak rasminya Azureen dan Faris menjadi pasangan bercinta. Sudah hampir dua bulan perhubungan mereka bermakna perkenalan mereka sudah mencecah lapan bulan. Tetapi apabila dilihat percintaan itu dalam erti kata yang sebenar dengan apa yang dilaluinya, Azureen merasakan mereka berdua tidak bercinta. Dibandingkan dengan teman lelaki rakan-rakannya, Faris agak berbeza. Faris tidak pernah mengucapkan sayang padanya, jauh sekali hendak memanggilnya dengan panggilan-panggilan manja. Faris juga tidak pernah mempamerkan perasaannya, hubungan mereka masih seperti dulu cuma mereka bertambah rapat dan bertukar status daripada kawan kepada kekasih.

Azureen termenung di koridor arasnya memikirkan tentang masa hadapannya dan Faris. Dia tidak tahu adakah Faris serius dengan hubungan mereka atau pun tidak. Lebih kurang setahun lagi mereka akan tamat pengajian, dan dia terfikir adakah Faris mahu mengahwininya ataupun dia sekadar teman Faris di univerisiti kemudian dilupakan begitu sahaja? Azureen mengeluh panjang. Sudah banyak kali dia cuba untuk mengeratkan hubungan mereka berdua, acap kali dia cuba mendekati hati lelaki itu, tetapi tidak berhasil. Tambahan pula Faris selalu sibuk dengan aktivitinya, ke sana ke mari tidak henti. Azureen kesunyian tetapi dipendamkan sahaja perasaannya. Nasib baiklah rakan-rakan memahami situasinya, mereka semua banyak membantu menguatkan semangatnya. Rakan-rakan yang rapat dengan Faris juga selalu menasihatinya supaya bersabar lantaran kesibukan Faris yang tidak putus-putus.
"Reen, call." Diya tiba-tiba muncul di koridor menghulurkan telefon bimbitnya. Azureen melihat skrin telefon itu sekilas-Faris.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam. Awak tengah buat apa Reen?" Soal Faris.
"Tak buat apa-apa. Saya lepak kat luar, handset kat dalam bilik tadi.." Jawab Azureen.
"Oh..saya nak ajak awak keluar ni. Saya nak beli barang sikit. Setengah jam lagi saya sampai. Awak bersiap okay? Bye." Talian diputuskan. Azureen mengeluh. Dia melangkah longlai ke bilik.

Selesai bersiap, Azureen turun ke bawah pada waktu yang dijanjikan. Faris sudah sedia ada menunggu di dalam kereta Perodua Kancil bewarna biru milik Rudi, kawannya. Azureen mempercepatkan aturan langkahnya. Dia menghadiahkan segaris senyuman kepada Faris sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Suasana sepi.
"Awak tak kisahkan saya ajak keluar ni? Saya nak cari barang sikit, esok saya start training hoki ." Faris berkata sambil bola matanya tidak lepas memandang jalan raya.
"Match nanti kat mana pulak?" Soal Azureen, mengikut sahaja rentak perbualan Faris.
"Kelantan." Balas Faris sepatah. Azureen cuma mengangguk.

Petang itu Azureen menemani Faris ke kedai peralatan sukan. Janggal pula rasanya kerana kebanyakan pelanggan di dalam kedai itu lelaki. Faris pula suka meninggalkannya sendirian, beralih dari satu sudut ke sudut yang lain tanpa mempedulikannya. Baik tak payah keluar macam ni! Getus Azureen sendirian. Azureen mendekati Faris apabila ada dua orang lelaki senyum-senyum gatal padanya. Tetapi Faris seolah-olah tidak perasan dan tidak berperasaan tentang itu. Azureen kecewa.

Setelah selesai Faris membeli barang-barangnya, mereka berdua singgah di sebuah kedai makan. Selesai mengisi perut, Azureen meminta Faris supaya singgah di sebuah pasaraya untuk membeli sedikit keperluannya. Tidak lama selepas itu, mereka berdua pulang ke kampus. Waktu sudah menjelang senja. Azureen mendaki lemah anak-anak tangga ke biliknya. Serasa sia-sia dia menemani Faris petang tadi. Tidak ada apa-apa yang diperolehnya melainkan penat. Usai solat Maghrib, Azureen terlena.

**********

Azureen menggosok-gosok matanya. Dia terpisat-pisat. Suasana bilik masih gelap. Azureen menekan punat pada telefon bimbitnya. Pukul 5.20 pagi. Azureen duduk di birai katil. Sedar dia belum solat Isyak lagi, Azureen bangun menuju ke meja studinya untuk membuka lampu meja. Biliknya diterangi cahaya malap. Azureen tidak mahu mengganggu Diya yang sedang enak tidur dengan cahaya lampu yang terang. Dia berlalu ke tandas.

Usai solat Isyak dan Subuh, matanya terasa segar pula. Azureen membelek barang-barang keperluannya yang dibelinya semalam. Dia tidak sempat menyimpannya kerana terlalu mengantuk. Eh..apa ni? Azurin meneliti isi beg plastik kecil bewarna putih ditangannya. Shin guards Faris! Azureen risau. Faris perlu ke latihan hoki pagi ini dan shin guards itu amat penting untuknya. Azureen menghubungi telefon bimbit Faris berkali-kali tetapi tidak diangkat. Tidur lagi agaknya..takpelah nanti cuba lagi..Bisik hatinya sendiri.

"Reen...Reen.." Azureen mencelikkan matanya apabila terasa bahunya disentuh. Diya tercegat di sisinya. Azureen masih mamai.
"Tadi Faris call, aku cakap kau tido.." Ujar Diya.
"Hah?" Azureen bingkas bangun. Dilihatnya pagi sudah terang-benderang. Ditatap pula skrin telefon bimbitnya, pukul 9.00 pagi! Azureen cepat-cepat menghubungi Faris.
"Reen, awak call nanti. Training dah nak start. Bye." Sepantas kilat Faris memutuskan talian. Azureen bingung. Sejenak kemudian Azureen bingkas bangun mencapai tualanya lalu meluru keluar ke bilik air. Sekejap sahaja, dia selesai mandi. Azureen bersiap sepantas yang mungkin.
"Pergi mana Reen!?" Diya kehairanan melihat temannya itu bagaikan lipas kudung.
"Hantar barang kat Faris!" Balas Azureen sambil menyarung sandal lalu keluar.

Azureen berpusing-pusing di sekitar padang. Dia tidak tahu di bahagian mana Faris berlatih. Ada tiga pasukan di situ. Satu bermain bola sepak dan dua pasukan lagi bermain hoki. Azureen melangkah masuk ke padang. Dia tidak dapat mengecam Faris dari jarak jauh. Pappp!!! Azureen terjelopok ke tanah. Kepalanya terasa pening. Kedengaran bunyi hingar-bingar di sekelilingnya.

"Faris! Awek kau ni!!" Jerit satu suara. Faris yang sedang bermain hoki terhenti sejenak mendengar namanya dilaungkan. Seketika kemudian dia bergegas ke kumpulan orang ramai itu apabila terpandang sekujur tubuh terbaring di sudut padang. Dia menyelit masuk ke dalam kumpulan pelajar lelaki yang sedang berkerumun itu.
"Apa jadi ni? Reen, bangun! Reen, bangun sayang!" Faris menggoncang-goncang badan Azureen. Azureen yang separa sedar terasa semakin pening diperlakukan begitu. Faris mencapai botol air mineral yang dihulur Rudi. Disapunya sedikit ke wajah Azureen. Azureen membuka matanya, pandangannya lemah. Orang ramai yang sedang berkerumun itu beransur kurang. Faris tersenyum lega.

"Kenapa awak datang sini Reen?" Soal Faris apabila Azureen sudah beransur pulih. Mereka berdua duduk di tepi padang. Azureen asyik mengosok-gosok dahinya.
"Saya cuma nak bagi awak ni.." Azureen berkata perlahan. Tangan kanannya menghulurkan shin guards itu kepada Faris. Faris menyambutnya. Dia terkedu sebentar.
"Reen, awak tak perlu susah-susah nak bagi benda ni kat saya..ni kan cuma training.." Ujar Faris lembut. Direnungnya Azureen. Kesian Reen, tak pasal-pasal dahi lebam kena bola..bisik hatinya.
"Saya risaukan awak, takut awak injured.." Balas Azureen. Faris tertunduk diam.
"Faris..." Panggil Azureen lagi. Faris menoleh.
"Baru tadi saya dengar awak panggil saya 'sayang'.." Azureen tersenyum. Faris berpura-pura memandang ke tempat lain.
"Dah memang saya sayangkan awak. Awak girlfriend saya takkan saya tak risau." Faris berkata selamba. Azureen terasa hati-hatinya berbunga-bunga waktu itu. Baru hari ini Faris mengaku tentang perasaannya.
"Reen..." Faris memanggil lagi, namun terdiam sejenak. Dia menghela nafas yang panjang. Azureen sabar menanti kata-kata yang seterusnya.
"Semalam Rudi bagitau saya, dia dan Diya rasa bersalah kerana cuba jodohkan kita. Sebenarnya, bunga dan coklat yang dulu tu semua rancangan diorang. Saya pun tak tahu menahu pasal tu, Reen.. Rudi rasa bersalah pada awak kerana temukan awak dengan saya dalam keadaan saya yang tak bersedia dgn komitmen. Rudi ingat dia boleh ubah lifesyle saya dengan kehadiran awak..tapi tak berhasil. Lama saya berfikir semalam.. Rudi dah sedarkan saya tentang sesuatu, bahawa awak wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya. Sebelum ni tak ada satu pun perempuan yang tahan dengan perangai saya. Tapi awak tak pernah marah walaupun saya selalu ketepikan awak..awak selalu sabar dengan sikap saya yang acuh-acuh melayan awak..Maafkan saya Reen..." Luah Faris panjang lebar. Azureen bingung, seakan tidak percaya apa yang Faris katakan. Pandai betul Diya berlakon..desis hatinya. Azureen merenung anak mata Faris mencari keikhlasan kata-kata itu, kemudian dia tunduk kembali apabila yakin Faris tidak menipu.

"Faris, saya betul-betul sayangkan awak..sebab tu saya tak kisah apa pun yang awak buat pada saya. Saya tak simpan dalam hati..awak tak perlu mintak maaf.." Azureen berkata perlahan. Kepalanya masih menunduk, malu hendak menatap wajah Faris.

"Reen..boleh saya cakap sesuatu..?" Soal Faris lembut. Azureen mengangguk kecil.
"Sebenarnya setiap hari saya rindukan awak, Reen..sesaat awak takde dengan saya, saya rasa seluruh kehidupan saya sunyi sepi..sebab tu saya selalu ajak awak jumpa..Kalau saya ada game luar daerah, saya rasa nak cepat-cepat balik jumpa awak,Reen. Setiap kali awak sms cakap rindu dan sayang pada saya, saya gembira sangat-sangat..Tapi saya tak balas kan..? Reen, saya janji mulai saat ni saya takkan biarkan awak sedih lagi..saya nak buat awak selalu tersenyum... saya janji Reen.." Faris merenung wajah Azureen, dia benar-benar serius kali ini. Azureen bertambah bingung. Adakah dia bermimpi? Benarkah Faris yang mengucapkan kata-kata itu? Azureen merenung mata Faris tanda tidak mengerti. Faris menghadiahkannya satu senyuman yang tulus. Azureen tidak mengerti..tetapi hatinya benar-benar bahagia saat itu.

**********

Cuti akhir semester telah bermula. Azureen pulang ke rumahnya di Selangor. Faris juga pulang bersamanya, kebetulan mereka berdua berasal dari negeri yang sama. Namun Faris sedikit sibuk mengisi cuti semesternya dengan program universiti yang dijalankan di Kuala Lumpur. Azureen menghabiskan masanya di rumah. Apabila cuti semester tamat nanti, dia akan melangkah ke tahun empat, manakala Faris menjejak semester akhirnya di universiti. Sama ada sedar atau tidak, perkenalan mereka sudah mencecah setahun. Azureen sendiri tidak ingat secara tepat bila dia dan Faris saling mengenali, juga dia tidak ingat bilakah mereka bergelar pasangan kekasih..kerana semuanya berlaku secara tidak di duga dan tidak rasmi. Azureen sendiri tidak menyangka perkenalan mereka mampu bertahan selama ini.

Azureen tersenyum keseorangan di bilik. Dia terkenangkan saat-saat manis bersama Faris. Selepas peristiwa di padang itu, Faris banyak berubah. Faris benar-benar mengotakan janjinya. Faris sentiasa mengambil berat tentangnya, Faris sentiasa menghubunginya semata-mata untuk mengucapkan rindu dan sayang jika berada di luar daerah. Saat itu Azureen benar-benar merasakan dirinya dihargai. Kadang-kadang dia datang memberi sokongan kepada Faris jika Faris menyertai mana-mana perlawanan ataupun aktiviti dan Faris sendiri tidak segan silu memperkenalkan Azureen pada rakan-rakannya.

Namun sejak akhir-akhir ini Faris kembali sibuk. Azureen sedikit sunyi. Nasib baiklah anak saudaranya Iskandar ada tinggal bersama di rumahnya buat sementara waktu kerana musim cuti sekolah telah bermula. Ada juga teman untuk dia berbual. Azureen benar-benar merindui Faris tika ini tapi di tahan sahaja rasa itu.
"Reen, I'll call you back. Saya dalam majlis." Talian diputuskan. Azureen mengeluh. Sudah dua minggu dia tidak bercakap panjang dengan Faris. Paling lama pun lima minit. Faris terlalu sibuk akhir-akhir ini. Sms Faris pun sudah lama tidak menjengah inboxnya. Mustahil Faris akan menghubunginya semula nanti. Bukan Azureen tidak faham Faris sedang sibuk, tetapi sukar sangatkah hendak meluangkan sedikit waktu dengannya?

Azureen membuka komputer ribanya untuk melayari internet, bosan bersendirian. Hendak berborak dengan Iskandar, anak saudaranya itu pula sedang asyik menonton siri animasi di televisyen. Tiba-tiba terdetik di hati Azureen untuk menghantar e-mel kepada Faris. Ingin diluahkan apa yang terbuku di hatinya agar Faris mengerti.

"Mak Su! Mak Su! Jomlah turun makan. Nenek masak best..sebab Is kan dapat nombor saru periksa..!" Iskandar berkata riang. Digoyang-goyangkan lengan Azureen.
"Ya,ya..Kejap lagi Mak Su turun..Mak Su nak siapkan keje ni sikiit lagi,ya?" Pujuk Azureen. Iskandar mengangguk-angguk sedikit hampa. Kanak-kanak lelaki yang berusia sepuluh tahun itu pun berlalu keluar dari bilik Azureen. Azureen Cuma tersenyum memerhatikan langkah anak itu dan menyambung kerjanya.

Azureen menekan butang 'Send' di skrin komputernya. Air mata berjuraian membasahi pipinya. Azureen menyapu air matanya. Dia mencapai telefon bimbitnya di hujung meja lalu menekan punat-punat di situ.

'Check your mail.'

Ringkas sahaja pesanan yang dihantarnya kepada Faris. Azureen memeriksa sekilas wajahnya di cermin, kemudian berlalu keluar dari biliknya. Sewaktu kakinya menjejak anak tangga untuk ke tingkat bawah, Azureen terasa kepalanya berat. Sempat dia mendengar suara Iskandar menjerit memanggil namanya. Pandangannya gelap.

**********

Faris meraba-raba poket seluarnya apabila terasa telefon bimbitnya bergetar. Dia menyorokkan sedikit telefon bimbitnya itu ke bawah meja. Pengarah program malam itu masih berucap di hadapan untuk merasmikan majlis penutup. E-mel apa pulak sayang aku ni.. Nantilah check..Faris tersenyum sendiri mengenangkan Azureen. Ada-ada sahaja teman wanitanya itu. Disimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket.

Selesai majlis malam itu, Faris pulang ke rumah. Badannya terasa amat penat sepanjang program itu berlangsung. Faris teringatkan sms Azureen sebentar tadi, tapi malas pula rasanya hendak memeriksa kotak melnya sekarang. Faris berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Selesai menunaikan solat Isyak, Faris memeriksa peti masuk e-melnya di komputer. Ada satu e-mel dari Azureen tetapi subjeknya dibiarkan kosong.

'Awak,
Tiap-tiap hari saya rindukan awak..dan tiap-tiap hari saya cuba nak bagitau awak yang saya rindu dan sayang sangat kat awak..supaya awak happy..sebab dulu awak cakap awak happy setiap kali saya cakap macam tu. Tapi sekarang saya tak tau awak still happy lagi atau tak kalau saya ckp \'i love u...\' sebab awak selalu takde bila saya nak cakap...

Awak,
Dulu awak pernah kata awak rasa sunyi walaupun sesaat tanpa saya..tapi sekarang, awak masih rasa sunyi ke kalau saya takde? kalau dulu awak selalu sms semata-mata nak cakap rindu, sayang kat saya...tapi sekarang awak dah tak buat..awak masih rindu dan sayangkan saya lagi ke..?

Awak,
dulu awak cakap nak buat saya selalu tersenyum..tapi sekarang saya banyak menangis.. Sudi lagi ke awak untuk buat saya tersenyum..? Dulu dalam sehari, awak mesti contact saya, sejauh mana pun awak. Tapi sekarang awak dah tak contact saya..Agaknya awak dah bosan setahun mengenali saya..?

Awak,
Masa yang berlalu buat saya makin tak mengerti..saya rindukan masa lalu kita yang manis dan serba indah..ada lagi ke peluang untuk kita lalui saat-saat tu lagi..? Saya tak salahkan awak, tak juga marahkan awak..cuma saya rasa semakin hari kita semakin jauh...atau pun terlalu membazirkah awak rasa kalau luangkan masa seminit awak untuk sms saya dari 24jam yang awak ada...?

Just to say i miss you...'
-Intan Azureen-

Faris meraup wajahnya. Terasa panas kelopak matanya membaca e-mel panjang dari Azureen itu. Dia sedar kesilapannya. Dulu dia mengenepikan Azureen, kemudian dia berjanji untuk membahagiakan Azureen. Dia kotakan janjinya itu namun kini dia kembali menyisihkan gadis itu. Faris mencapai telefon bimbitnya, dia mahu memohon sejuta kemaafan dari Azureen. Tiba-tiba Faris hairan apabila terdapat sembilan missed call dari Diya. Kenapa ni, masalah dengan Rudi ke? Desis hatinya. Baru sahaja hendak mendail nombor telefon Azureen, Diya menghubungi lagi.
"Faris! Puas aku call kau!" Belum sempat Faris memberi salam, jeritan Diya terlebi dahulu menerjah gegendang telinganya.
"Apa hal ni..? Aku mandi tadi, tak dengar..." Ujar Faris lemah. Dia tiada mood untuk berbual.
"Reen masuk wad! Datanglah cepat!" Faris tersentak. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Apa kau cakap ni? Kenapa dengan Reen?" Soal Faris cemas.
"Datang dulu! Ampang Puteri. Bye!" Diya memutuskan talian. Faris termangu-mangu. Dia bingung. Seketika kemudian dia bingkas bangun menukar seluarnya dan berlalu keluar.

**********

Keluar dari lif, Faris berlari-lari anak mencari bilik wad Azureen. Dia bertanya pada seorang jururawat yang kebetulan lalu di situ. Faris mengatur langkah ke arah yang dimaksudkan. Faris menolak perlahan daun pintu. Dilihatnya Diya sedang termenung di sisi Azureen.
"Diya," Panggilnya. Diya mengangkat wajahnya. Riak wajahnya bersahaja.
"Mana family dia? Apa jadi dengan Reen?" Soal Faris. Matanya tidak lepas memandang Azureen yang terbaring lesu itu.
"Aku suruh diorang balik sebab nampak keadaan diorang tak stabil sangat.. Reen jatuh tangga kat rumah dia tadi. Doktor kata mungkin dia pitam sebab tak cukup rehat dan stress. Tapi doktor kata Reen stabil, cuma luka teruk sikit. Aku janji dengan Mamanya nak jaga Reen..Aku tunggu kat luar ya." Ujar Diya. Dia memberikan ruang untuk Faris duduk di kerusinya. Diya berlalu keluar meninggalkan Faris.
"Reen, Sayang...." Faris mengenggam tangan Azureen. Tangan kirinya menyentuh lembut balutan di kepala Azureen.
"Reen..Saya mintak maaf...Saya silap Reen...Sedarlah, Reen.. Saya nak dengar awak cakap rindu dan sayang pada saya..Saya nak tengok awak senyum, Reen..Awak tahu saya sayang awak sangat-sangat kan..tak pernah sekalipun terdetik rasa bosan di hati saya sejak mengenali awak..Awak yang ceriakan hidup saya selama ni..Maafkan saya buat awak menangis, Reen..." Faris menekup mukanya. Sebak di dadanya tidak tertahan lagi. Air mata lelakinya mengalir. Dia tidak sanggup melihat Azureen yang kaku terbaring lemah.
"I love you..." Faris tersentak.
"Reen!!?" Faris separa menjerit. Azureen tersenyum lemah memandang Faris. Faris tersenyum lebar sambil menyapu sisa air matanya. Hatinya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.
"Reen, saya janji takkan biarkan awak sendiri lagi! Saya betul-betul janji! Saya cintakan awak, Reen!" Ujar Faris sungguh-sungguh. Azureen mengangguk lemah. Kebahagiaan kembali singgah di hatinya.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.