Cerpen : Demi Kasih Yang Kubina

Cerpen : Demi Kasih Yang Kubina
Nama Pena : Nurul Munawwarah

Kegelapan malam yang kelihatan samar dan suram menyentuh ruang perasaan hatiku.Angin malam yang menyapah tubuhku membuat jiwaku tergugat.Aku mendongak ke langit yang terbentang luas lantas aku terpaku melihat suasana malam yang amat berbeza seperti malam-malam sebelumnya.Bintang yang bekerdipan tidak kelihatan dan cahaya bulan juga tiada disisi.Walaupun kesunyian itu dapat kurasakan, namun jauh disudut hatiku tercalit sebuah perasaan yang menimbulkan satu kegembiraan."Malam yang mempunyai keistimewaannya walaupun aku sendiri tidak dapat menafsirkan keistimewaan malam tersebut.Walau tidak ditemani bulan untuk menyinari malam.Walau tidak dipenuhi bintang yang bekerdipan, tetapi malam ini tetap istimewa.Malam yang penuh dengan kesayuan dan diiringi bersama ketenangan.Apakah malam esok akan sama seperti malam ini?"Suara hatiku berbisik sendirian.Kini aku berjaya bergelar seorang isteri.Namun akhir kisahku biar Tuhan yang menentukan.

"Ingat! Saya nikah dengan awak sebab mama dan papa terlalu sayangkan awak.Ini rahsia kita berdua.Saya tahu mama dan papa mengharapkan saya mendapat calon isteri yang baik seperti awak, tapi pilihan saya tetap pada Rozita,kerana dia telah banyak mengubah hidup saya!Jangan mimpi awak boleh mencuri hati saya.Oleh itu saya harap perasaan cinta tidak akan pernah terjalin diantara kita berdua.Faham?!Saya hanya ingin memiliki Rozita bukan awak."Kata-kata Irfan yang berbaur penghinaan memasuki corong telingaku.Dia mengibaratkan aku seperti alat boneka yang boleh dijual beli.

"Apakah pernikahan ini satu sandiwara?Sedangkan aku berkahwin untuk menjadi isteri yang soleha dan sentiasa berada disamping suami tercinta.Tetapi mengapah balasan sebegini yang harus aku terima?Apakah dosaku Ya Allah?"Oleh kerana gagalnya mulut memainkan peranan maka emosi yang semakin sendat menggasak pula melalui corong mataku.Segala urat saraf yang menyelirat didalam bola mata memerah darah hingga menjadikan ia merah bernyala.Tekanan yang maha hebat dari amukan emosi yang mendampar mataku begitu hebat sehingga aku kecundang untuk melawannya.Lalu tekanan emosi itu meletus keluar sebagai titis airmata yang bergenang.Aku kecewa.

Hari berganti hari,hidupku ibarat melukut ditepi gantang.Kehadiran yang tidak dirasakan seolah-olah diriku ibarat sebuah perhiasan yang tiada nilainya.Aku bagaikan orang asing disisinya.Dirumah,kami langsung tidak bersara,hidup didalam kebisuan yang kendengaran hanya tiupan angin mahupun titisan hujan.Hidangan sarapan pagi dan malam langsung tiada sentuhan. Hanya itu yang mampu aku lakukan."Tiada guna menagih cinta pada mereka yang tidak mempunyai ruang kasih sayang untuk diri kita.Alangkah bahagianya kehidupan seorang isteri yang sah sekiranya dia mendapat belaian manja daripada sang suami."Malangnya diriku tidak serupa seperti isteri-isteri yang berada diluar sana.Aku bernikah bukan atas dasar cinta.

"Sayang,I yakin You boleh buat mampa I gembira.Buktikan pada mereka yang you boleh jadi lebih baik selain Qiara."Suara Irfan kedengaran bergetar-getar.Dia amat berharap bahawa kekasih hatinya akan membuat keputusan secepat mungkin.Dia akui bukan senang untuk memujuk Rozita yang keras kepala.Perbezaan Rozita dan Qiara amat ketara sekali,dari segi pakaian ternyata Qiara tidak setanding Rozita yang bergaya moden.Kedua-duanya ayu belaka tetapi keayuan Qiara lebih terletak pada kesopanan dan hati budinya.Disebabkan tutur bicara Qiara yang menyenangkan membuat mama dan papa Irfan mengambil keputusan supaya Qiara dijadikan menantu.Apa yang membuat mama Irfan tidak menyenangi Rozita kerana caranya yang mengada-ngada lagaknya seperti orang yang ternama."Kata mama dia inginkan menantu yang berkualiti dan yang mampu jaga makan minumku serta pakaianku setiap hari seperti Qiara."Irfan berbisik sendirian.Bingung fikirannya mengenangkan semua ini.

"Demi cintaku padamu,ku serahkan jiwa dan ragaku...."Alunan suara Amy Search memecah kesunyian malam.Lirik lagu tersebut kuamati sedalam-dalamnya.Pena berwarna biru dikeluarkan dari laciku dan buku peribadiku diambil darii beg lengan yang tersandang dibirai katil.Aku mula menyusun madah,dan setiap madah yang ku coretkan akan ku baca berulang kali agar tiada cacat celah.Lantas puisi yang dikarya oleh diriku,ku baca perlahan-lahan.

Demi...
Demi kerana kasih yang telah berputik,
Kupanjatkan doa agar semuanya berubah.
Demi kerana cinta yang telah bersemi,
Kupohon keinsafan kerana terlalu menyayangi.
Demi kerana rindu yang htelah terjalin,
Ku akui ia hanyalah satu bencana bukan kurniaan..
Demi kerana putera yang ku sanjungi,
Aku berharap agat perasaan yang kian membara tidak akan berakhir sekelip mata.
Jangan ada benci, jika cinta yang dicari sudah terkunci di dalam hati.
Membuai jiwa meruntun perasaan,mengundang ceria segala duka terhimpun disini.
Adakah senyum tercipta atau airmata kesudahannya?
Biarlah Allah s.w.t yang menentukan segalanya.

Aku menatapi potret milik Irfan yang tersandang gah didinding kamarku.Wajah jejaka itu yang ku impikan setiap waktu namun kesemua pengorbananku tidak pernah dihargainya.Tatkala aku khayalan ku sedang berlegar-legar difikiran, daun pintu ku diketuk.Aku disapa oleh buah hati Irfan yang tidak mengenal erti adab dan sopan.

"Hei perempuan!Aku akan bermalam disini jadi aku nak kau keluar dan tidur dibilik yang lain!jangan nak bantah sebab Irfan yang suruh aku halau kau!Dasar perempuan tak tahu malu!Rampas kekasih org.Sundal!"Dengan lancangnya Rozita memaki hamunku.Tahap kesabaranku sudah berada diakhirnya namun belum sempat aku melawan, satu lempangan hinggap dipipiku.Aku meraung kesakitan.Rozita mula bersuara menyatakan aku punca segalanya apabila Irfan datang menghampiri.Irfan merenung tajam kearah ku lantas membawa Rozita berlalu pergi dan meninggalkan aku sendirian. Sakit hatiku masih bersisa.

"Mengapah cinta itu dijadikan buta Ya Allah?Mengapah ia mudah dicemari?"Manik-manik jernih jatuh membasahi pipiku sekali lagi.Akibat kesakitan yang masih terasa dan nafasku seolah-olah tersekat lantas tanpa aku sedari aku terlena dihadapan pintu kamarku.Lenaku bukan sementara waktu.

Keesokkan hari Irfan pulang kerumah dan kini dia pulang sendirian.Dia terlihat Qiara masih lagi terlena dihadapan kamarnya, timbul perasaan simpati melihat isteri yang menderita dalam diam. Semalaman dia tidak mampu melelapkan matanya apabila hatinya diselebungi oleh perasaan bersalah terhadap isterinya itu."Kenapa baru sekarang aku menyedari bahawa Qiara yang terbaik?" Keluh hatinya.Irfan sudah tidak dapat mengawal amarahnya apabila Rozita mengherdik serta menghinanya semalam.Apatah lagi Rozita memburukkan nama keluarganya."You ni memang anak mak agaknya!Asik ikut cakap mak bapak you!Mak you kolot pilih perempuan macam tu.Perempuan tua tu macam tak ada menantu lain pulak kan?!" Tanpa sempat meneruskan katanya tangan Irfan laju ke pipi Rozita.Saat itu baru dia sedar yang mana kaca dan yang mana permata.

"Qi..Bangun sayang..Qi abang minta ampun sayang..Abang tahu abang banyak menyusahkan Qi.Qi...Bangun sayang.."Hati Irfan mula berdegup kencang.Dia mendekatkan telinganya ke dada Qiara namun hampa kerana tiada sembarang denyutan kedengaran."Qi bangun!!!Qiara!!!!"Irfan memeluk erat tubuh isterinya disaat itu dia merasakan satu kehilangan.

"Mengapah saat aku menyedari kesilapanku, engkau hilangkan permata yang tak ternilai harganya daripada hidupku Ya Allah?"Tangisan Irfan semakin kuat namun kali ini tiada disisi kecuali sekujur tubuh milik Qiara yang masih lagi menemani walaupun rohnya telah kembali kepangkuan Illahi.

"Demi cintaku padamu ku serahkan jiwa dan ragaku...abang"

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.