Cerpen : Nilai Cintamu

Cerpen : Nilai Cintamu
Nama Pena : Qia Zakia

"Ni apa kes ni?? Kecoh-kecoh je aku tengok. Apa hal ni??"
Pening Raiha melihat kawan-kawan seuniversiti dengannya, Aina dan Misha. Teman yang sentiasa bersama. Memang tidak boleh dipisahkan. Macam kembar siam tiga la pulak. Cuma muka sahaja yang berbeza.
"Ni haa… Kita orang nak pergi melancong kat Sekayu. Engkau nak ikut tak?"
"Apa?? pergi Sekayu. Buat apa?"
Soal Raiha. Hairan sangat. Tak hujan, tak der ribut. Nak masuk hutan. Kes dera ni!
"Pergi tanam pokok. Nak pergi tak? "
Spotan Misha jawab. Erm… kalau bab ni number 1.
"Apa kejadah nye korang nak tanam pokok pulak ni?"
Berkerut dahi Raiha sambil memegang pinggangnya.
"Ala… kau ni apa kejadah lembap sangat ni. Nak pergi enjoy la. Pihak kampus yang anjurkan."
Lantang Misha bersuara.
"Dah tu kau tak nak pergi ke Raiha?"
Tanya Aina pulak…
"Entah !!"
Terkeluar perkataan itu. Dengar tak dengar bunyinya.
"Ni….. nak pergi tak?"
"Eeeeeee… teksion aku korang ni banyak tanya sangat. Tak letih ke mulut korang ni,"
Bebel Raiha. Aina dan Misha saling berpandangan
"Ala kau pergi ek…. Aku tau mesti kau tak pernah pergi lagi tempat cam tu. Aku dengar senior kita kata masa diorang pergi best giler beb. Macam-macam aktiviti tau. Pergi la Raiha aku teringin nak pergi."
"Aik… engkau nak pergi, napa aku pulak yang kau sibuk suruh pergi. Kau nak…. Kau pergi la. Ajak Aina tu sekali,"
Ujur Raiha dengan wajah yang menghairankan. Hairan betul dia dengan sikap kawannya yang suka sangat memaksa lebih-lebih lagi dengannya.
Betul sangkaan Misha dan Aina mesti Raiha tak nak pergi punya disebabkan Raiha pernah menghadapi satu peristiwa yang tidak boleh dia lupakan. Ini la masanya mereka nak Raiha lupakan peristiwa itu.
"Ala… kita orang nak kau pergi la jugak. Nanti kan engkau sorang-sorang je time kita orang tak de."
"A’aaa… la Raiha."
Aina bersuara dan Misha pulak tersenyum simpul.
"Hish…. korang ni serius ke nak pergi ?"
Berkerut dahi Raiha. Sangkanya Misha dan Aina bertanya sekadar borak kosong je. Ni nampak macam nak pergi betul-betul ni.
"Eh! kau ni…. kita orang dah siap ambil borang kat Prof Laila tau!! Kalau tak percaya jugak, tengoklah. Misha tunjuk borang tu kat minah sorang ni. Biar terbeliak mata dia."
Ayat dari mulut Aina membuatkan Raiha seperti tidak percaya apa yang dia dengari.
Sekilas pantas kilat… hihihi Misha menujuk borang permohonan kepada Raiha. Apa lagi… macam hendak terkeluar biji mata Raiha melihat borang permohonan pada tangan Misha. Bukan itu sahaja dahinya pun berlapis-lapis kerutnya kalah nenek tua tau.
"Aku siap ambil borang extra lagi. Lebih satu untuk kau Raiha."
Misha memberi sekeping borang kepada Raiha membuatkan Raiha tersenyum kelat apabila melihat borang itu.
"Esok kena hantar dah. Kau kena isi jugak Raiha kalau tak, senyumlah kau sorang-sorang kat sini. Hahahaha….. ingat tu!!!."
Aina memberi amaran siang-siang. Saja je nak menakutkan Raiha.
Ala… siap bagi warning ni. Abis la aku! Masuk hutan. Benci nye!!!!!!!!!!!
Jerit hati kecil Raiha. Nasib la tu.

...................

Malam tu Raiha tidak dapat tidur seperti biasa. Fikirannya masih lagi pada borang yang sungguh menyeksakan tu. Apa tidaknya 2 jam selepas jejak je kaki di rumahnya, Aina sudah menelefonnya bagi mengingatkannya tentang borang itu. Selang 4 jam kemudian, Misha pulak hantar SMS padanya tentang perkara sama.
Arghhhhhhhhhhh…. Napa la budak 2 ekor ni suruh sangat aku pergi. Macam la diorang tak tahu napa aku takut sangat kat hutan tu. Ala… kalau aku tak pergi sapa pulak nak buat aku kawan.
Rungut hatinya. Serba salah.
Sejak dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan arkitek, tiada sesiapa pun yang dia rapat selain Misha dan Aina. Nak kata dia ni jenis pendiam, tak mungkin sebab mulut dia boleh dikatakan boleh tahan la jugak power nya. Baginya, Misha dan Aina jelah suka duka selain keluarganya.
Tapi peristiwa sejak 15 tahun dulu masih segar dalam ingatannya. Satu peristiwa yang perit dimana dia ditinggalkan keseorangan di hutan kampungnya. Semasa tu dia baru berumur 8 tahun. Mungkin seronak sangat masuk ke hutan menyebabkan dia terleka. Hampir 5 jam bersendirian di dalam hutan menyebabkan dia fobia terhadap hutan.
Tut… Tut… Tut..
Bunyi SMS dari hensetnya menyebabkan dia tersedar dari lamunan. Raiha mengambil hensetnya dan membuka Inbox. SMS dari Misha. Sebaik melihat SMS itu, dia mengeluh dan terus sahaja mengisi borang permohonan itu.

.......................

"Benci!!!! Bencinya !!! Kalau tahu la cam ni aku tak datang,"
Rungut Raiha apabila jejak sahaja kakinya pada tanah. Menyesal betul dia. Mana tidaknya dia terpaksa duduk berdua di dalam bas dengan musuh utamanya. Siapa lagi kalau tidak Nadia. Manusia yang paling menyampah. Bajet dia tu cantik sangat. Make up muka tebal gilerr macam muka pocong. Pocong rasanya lari lintang pukang bila nampak mukanya itu. Kalau bab bercakap dengan lelaki ke jantan ke, lembik nak mampus macam cacing kerawet. Tapi rasanya cacing tu keras sikit daripada Si Nadia. Pelik jugak kan, betina macam Nadia ada hati nak datang kat hutan. Dah buang tabiat ke. Nak mampus agaknya. Adalah tu mana-mana mamat yang dia berkenan tu.
"Ala kau ni Raiha relak la.. kita dah sampai dah pon. Kalau kau nak balik pon tak guna la,"
Bebel Misha pada Raiha. Kesian pulak dia pada Raiha terpaksa duduk dengan Nadia. Sedangkan dia duduk dengan Aina.

.....................

Seharian berada di Sekayu membuatkan Raiha bosan. Aktiviti pun tidak menarik perhatiannya langsung. Fikirannya hanya melayang pada rumahnya sahaja.
"Raiha!!!! Tak nak join kita orang ke?"
Kedengaran namanya dipanggil oleh Misha membuatnya tersedar.
"Korang nak pergi mana?"
Tanyanya apabila melihat Misha dan Aina menyusun langkah ke arah air terjun. Berhenti langkah mereka menuju kepada Raiha setelah mendengar pertanyaan Raiha.
"Nak pergi menyelam,"
Jawab Misha spotan. Ketawa sakan Misha dan Aina melihat Raiha terkial-kial dengan jawapan yang baru sahaja diberi Misha. Geram sungguh Raiha pada Misha ni. Nak jawab soalan tak pernah serius. Pakai hentam je. Menyakitkan jiwa betul. Rungut hati kecilnya.
"Nak pergi mandi kat air terjun la. Nak ikut tak."
Terus terang Aina. Kesian pulak dia melihat Raiha.
"Ermm… Takut la. Dalam tak air terjun tu. Aku tak pandai berenang la."
"Ala.. bukan nya kau mandi kat tempat dalam. Marilah,"
Misha memegang lengan Raiha dan mengheret secara paksa. Aina pulak senyum simpul meraih kemenangan. Ketika itu di dalam hati Raiha, tuhan jela yang tahu betapa terpaksa kaki Raiha menurut langkah mereka berdua.
Setelah sampai di tempat yang dituju, terlopong Raiha melihat mereka berdua selamba terjun ke dalam air terjun dengan berpakaian baju T-shirt hitam, seluar trek dan bertudung hitam. Mungkin khas untuk pakaian mandi kot. Tinggal la Raiha di tebing keseorangan.
"Aik, korang selamba je terjun tak sejuk ke. Aku tengok air nya pun dah sejuk abis badan. Siap mengigil lagi tau,"
Rungut Raiha sambil memeluk tubuhnya sendiri. Dirinya masih di tebing. Takut nak turunlah tu.
"Weh! air ni kalau kau rasa panas la. Tak der sejuk-sejuknya. Kepala otak kau je fikir macam tu."
"Hampeh!! kepala otak kau tu. Sejuk macam ais kau kata panas. Memang kulit kau tu dah rosak la Misha!."
Balas Raiha sambil memasukkan tangannya ke dalam air terjun itu. Selepas itu bangun dari tempat duduknya untuk berjalan-jalan.
Tak tahu macam mana sedang asyik Raiha berjalan kaki mengelilingi dunia eh bukan la mengelilingi air terjun itu, kakinya tergelincir dan terus melayang macam nangka jatuh terjunam ke dalam air terjun. Raiha hanya terkapai-kapai kerana sudah sedia maklum dia tidak pandai berenang. Entah macammana ketika itu, mulutnya tidak berfungsi untuk meminta tolong. Misha dan Aina pula tidak menyedari tentang Raiha kerana jarak tempat kejadian itu dengan mereka berdua jauh.
Entah bagaimana jenjejen, datang seorang lelaki yang tidak dikenalinya, terjun ke dalam air dan menyelamatkannya. Raiha ketika itu tidak sedar tentang kejadian itu. Sedar-sedar dia melihat muka Misha dan Aina pucut beb terpacat di sebelahnya.
"Ni apa kesnya. Kenapa ni?"
Tanya Raiha. Baru dia sedar setelah batuk beberapa kali. Dia juga menyedari pakaiannya basah.
"Kau lemas tadi,"
Jawab Misha dan Aina serentak.
Siapa yang selamatkannya? Satu soalan yang singgah di otak fikirannya.
"Siapa selamat aku tadi"?
Terpancut jugak soalan tu. Akhirnya…. Tak sabar nak tahu ni.
"Erm…Erm…"
Serba salah Aina dan Misha nak bagi tahu. Takutnya.. Mana taknya mereka telah berjanji untuk merahsiakan perkara ni.
Tak nak bagi tahu rupanya. Bisik hati Raiha. Selepas itu matanya berarah pada Aina. Kali ini Aina jadi mangsanya. Dia tahu benar kelemahan gadis itu. Tiba-tiba tanpa disedar tangan Raiha mencuit pinggang Aina sambil berkata.
"Siapa selamat aku Aina,"
dengan nada kuat seakan mengusik Mak cik melatah.
"Faiz!!!!. Jangan bagi tau kat Raiha. Oooit mak Raiha jangan tahu,"
Ambik kau terpancut jugak nama empunya nama. Kuat jugak suara Aina melatah. Siap ada gayanya lagi tau. Muka Misha ketika itu mak ooit macam longkang pecah beb. Raiha ketika itu tersenyum gembira. Rahsia terbongkar akhirnya.

.........................

Yang mana satu muka mamat yang namanya Faiz ni?. Soal hatinya. Mana ek. Teksion betul. Rasanya mamat ni sekampus dengan aku ke. Kalau aku tak silap dengar la. Itu pun habis Aina kena soal siasat dengan aku tapi bukanya dengan cara soal siasat kat balai polis tapi dengan cara melatah. Kesian pulak tengok Aina. Lembik je dia lepas aku puas soal siasat dia. Rungut hatinya.
Kadang-kadang itu Misha ada jugak mencelah itu ini. Tapi Raiha tahu kalau Aina melatah memang dia jujur punya. Teringat pula pada mula-mulanya, memang tak nak pergi. Lain yang dijangka lain pulak yang jadinya. Takutkan sesat dalam hutan tapi lemas dalam air terjun pulak jadinya.
Niat hari ini nak datang kuliah, nak cari mamat nama Faiz. Belajar tu memang lah wajib. Kalau la tahu mak aku memang nahas la aku kena tadah air hujan nye. Eh! bukan la. Bebelannya itu la. Ala sekali la dengan air liurnya la tu. Eh tak adalah.
Susah jugak nak cari mamat ini. Orang dalam kampus ni pulak hairan tengok aku hari ni mencari Faiz budak Biologi, semester 3. Rasanya pernah dengar, tapi tak pernah kenal pun. Yang peliknya hari ni, muka Nadia lain macam aje dan puncungnya pun panjang giler lepas dengar aku tanya soalan ni pada senior. Hehehe adakah si Nadia gedik tu ada apa-apa dengan Faiz. Hehehe sukanya hari ni, dengan tiada langsung niat nak kenakan Nadia, berjaya jugak aku membuatkan Nadia sakit hati. Biasanya aku yang selalu sakit hati. Tapi kali ini yes.. yes… yahoooooo. Hihihi.. suka hati kecil Raiha.

.....................

Penat tau tak cari mamat ni. Memang hari ini aku tawaf satu kampus ini semata-mata nak cari mamat ini. Tapi sehingga sekarang aku belum nampak batang hidung nye lagi, apatah lagi mukanya atau tahi lalat ke. Adakah Faiz ini ponteng kelas hari ini. Huhuhu.. tak sangka pulak mamat ni boleh ponteng. Eh… tak mungkinlah. Asyik Raiha rungut dalam hatinya, tiba-tiba sahaja dia terlanggar dengan orang yang memang dia tercari-cari.
Faiz.… Tapi yang peliknya, kebiasaannya orang akan melenting kalau kita melanggar dia secara tidak sengaja atau sengaja. Tapi mamat ni lainlah pulak. Yang melentingnya Raiha la pulak. Huh.. dasar perempuan memang kuat melenting….
"Eh orang! tak nampak orang ke,"
Kalau dengar ke ayat tu, memang kurang bahasa sikit. Dengan kata lainnya, kurang ajar separuh. Tapi yang menghairankan kenapa pulak Raiha melenting sedangkan cerita sebenarnya Raiha yang tak nampak Si Faiz. Eleh.. apalah kecoh betul la. Sajalah tu nak cover ayu. Dengan lelaki tak boleh control ayu sangat. Nanti habis semua jadi tunggang terbalik. Tapi yang paling pelik, muka mamat ni poyo je. Nampak tenang dan relak je. Tak ada la segopoh Raiha. Cool je. Macam tak ada apa yang berlaku. Raiha berbahasa kasar tadi, dia boleh buat tak tahu je. Tak ada perasaan langsung la.
Entah macam mana anak mata Raiha boleh terpandang nama pada buku yang dipengang Faiz. Adakah mamat ini hero aku sehidup semati. Mintak jauhlah. Tak ingin pun.. Bukan apa, mamat ni jenis pendiam sangat la. Setahu aku, tak pernah nampak la pulak mamat ini berkawan dengan lelaki mahupun perempuan. Yang aku tahu, dia suka buat hal dia sendiri je. Apa kejenis lelaki pun aku tak tau la. Bebel hati kecil Raiha.
"Eh, awak ni Faiz kan,"
Ceh Raiha! control la pulak, tadi bukan main protect. Itulah namanya strategi orang perempuan. Hihihi
"Yup saya, awak ni Raiha kan,"
Nah kau! Bukan senang tau nak cakap dengan orang bernama Faiz Fahmi. Dah la digilai ramai. Tapi sayangnya, tidak ramai yang berani tegur dengannya lagipun dia mana la nak layan. Buka mulut pun jika penting je. Bertuah nasib Raiha dapat dengar suara dia beb. Siap Si Faiz kenal lagi..
"Nasib baik saya jumpa awak. Lama dah saya cari awak ni."
"Kenapa Raiha cari saya."
Waduh!! Bagai nak jatuh jantung ini kat lantai. Berpinar sekejap kepala Raiha mendengar nama nya disebut. Bukan apa, inilah pertama kali dalam sejarah hidupnya lelaki membahasa namanya. Cair habis satu badan.
"Awak yang selamatkan saya kan?"
"Apa awak cakap ni ?"
Aik… Tanya pulak. Eh, salah orang ke ni? Mampus aku kalau cam ni.
Rungut hati Raiha. Hairan dan keliru..
"Eh, bukan ke awak yang selamatkan saya hari itu. Kat Sekayu."
"Awak dengar dari sapa."
"Ah, itu tak penting. Yang penting sekarang awak yang selamatkan saya kan. Saya nak tanya sikit. Apa awak buat kat saya masa tak sedarkan diri ?"
Apa soalan aku tanya ni. Tapi soalan ini la yang dari tadi melekat kat kepala otak aku ini. Sampai aku sanggup cari dia. Hentam jela. Bisik hati Raiha. Tak tahulah macam mana soalan itu boleh terkeluar.
"Saya bukan nak ambik kesempatan. Niat saya ikhlas."
Hah… kesempatan… perkataan jenis apa pulak ni? Apa dah berlaku sebenarnya. Apa dia dah buat. Arghhhhhhhhhhh. Apa ni??? Pelbagai soalan lain pula datang tanpa dipinta berada di benak otak Raiha.
"Maksudnya???"
Ah sudah…. nada suara bertukar kasar. Muka Raiha pun dah bertukar menjadi merah macam cili padi kat belakang rumahnya. Darah pun naik ke paras suhu tinggi. Macam gempa bumi ni. Mungkin asap panas pun dah keluar dari telinganya macam cartun dalam TV. Itu pun mujur tidak nampak dengan mata kasar. Nampaknya marah Raiha dah tahap genting. Lebih genting dari Genting Highland. Maknanya dah tahap kritikal. Pantang betul dia dengar perkataan ‘kesempatan’ lebih-lebih perkataan itu keluar dari mulut lelaki.
"Raiha dengar sini. Apa yang saya nak cakap. Saya terpaksa bagi awak pernafasan dari mulut ke mulut,"
Arghhhhhhh.. Secara automatik jari nya menyentuh bibirnya yang merah itu.
"Apa awak cakap. Awak…."
Raiha mencelah. Suara Raiha bergetar-getar… dia sentuh aku punyai……..
"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh."
Jerit Raiha sekuat hati. Rasakan padan muka.
"Raiha dengar sini dulu."
Serentak itu, Faiz mengenggam lengan Raiha apabila melihat Raiha hendak melangkah pergi.
Dan sepantas kilat, Raiha hendak menampar di atas keberanian Faiz menyentuh lengannya. Tapi …. sempat Misha datang menghalangnya. Perlahan-lahan Faiz melepaskan lengan Raiha
"Kau dah gila ke Raiha. Kau nak tampar orang yang telah selamatkan kau. Kau tahu tak dia terpaksa buat macam itu sebab tak nak kau mati."
"Tapi Misha tak kan tak ada perempuan lain nak tolong. Saja je lelaki ni nak ambil kesempatan."
"Masa tu kau dah kritikal dah… dan aku dengan Aina tak ada time tu. Kau patut bersyukur dan berterima kasih pada Faiz. Kau tau tak!. Kalau tak kau tak dapat tengok kita orang ni."
Misha bersuara lantang. Mujurlah ketika itu orang lenggang. Taklah malu sangat aku kena kutuk dengan Misha. Tapi dengan mamat ni. Tuhan jela yang tau.
Bisik hatinya. Dan ketika itulah, entah bagaimana air matanya yang dari tadi menahan daripada keluar, akhirnya melelah jua. Tercalar sungguh Raiha dengan Misha dan lebih menyakitkan Faiz hanya berdiam diri.
"Dah la tu Misha. Kesian Raiha. Dia tak makan lagi dari pagi tadi sebab cari kau tau Faiz semata-mata nak ucap terima kasih."
"Oh yeke."
Faiz bersuara. Kesian pulak dia tengok Raiha. Patutlah cepat sangat melenting rupanya tengah lapar. Hahaha.
"Marilah hari ini saya belanja. Kita nak makan kat mana?"
Kata Faiz dengan nada ceria.
"Belanja!! Best ni. Erm.. patut la hari ni Raiha marah bak nak makan orang. Rupanya tengah lapar."
Serentak mereka bertiga ketawa dan Raiha tersenyum menahan malu.
"Faiz… terima kasih. Maaf pasal tadi."
Comel… bisik hati Faiz semasa melihat Raiha tersenyum manis.

.......................

Sejak dari itu, Faiz dan Raiha tidak pernah bertemu. Kalau Raiha terserempak dengan Faiz, mesti Raiha melarikan diri. Menyorok dimana saja yang dirasa patut. Pernah sekali, Raiha menyorok di bawah meja semata-mata takut bertembung dengan Faiz. Persoalannya mengapa Raiha takut sangat dengan Faiz???. Ini kerana pernah suatu ketika, Si Nadia gedik serang Raiha semata-mata terlihat Raiha makan bersama dengan dengan Faiz. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja kerana Misha dan Aina terpaksa berjumpa dengan Prof Shamsul pasal tugasan. Itu pun selapas Raiha mengamuk sakan pasal kejadian tempoh hari.
" Ooooooit… betina sial,"
Teriak Nadia macam pontianak.
" Ooooooit…. Cantik bahasa. Tak ada bahasa yang cantik lagi ke."
Balas Raiha pedas. Nah ambik kau. Sapa yang betina ni ah….
"Kau ni tak padan dengan perampas. Siap boleh jawab ayat power lagi ek. Eeeeeee…. Dasar sial la kau ni. Bukan setakat sial. Bengong pulak tu."
"Apa kau kata. Kau nak apa ah?"
Soal Raiha sebab dah mula benggang. Nadia pulak muka macam singa.
"Kau nak rampas Faiz daripada aku ek. Kau nak tau, Faiz Fahmin hak aku! Yang aku! Tengoklah diri kau tu, mana padan dengan Faiz."
"Eh kejap! Apa kena mengena pula aku dengan mamat tu haaa…. Kau tu kenapa? Dah buang tabiat ke serang aku tak tentu pasal."
"Aku serang kau ni. Nak bagi amaran!! Kalau aku nampak kau dengan Faiz. Nahas kau. Biasiswa kau akan ditarik."
"Apa kena mengena pulak biasiswa aku dengan kau haa?"
Soal Raiha. Tak pasal-pasal terlibat dengan biasiswa pulak. Nahas!
"Oooo… kau tak tahu lagi yee… Untuk maklumat kau, syarikat yang tanggung kau tu ialah syarikat papa aku punya. Jadi aku ada hak tau… Ingat tu!!
Itulah sebabnya mengapa Raiha mengelak diri dari Faiz.
Walaupun setiap hari Raiha sentiasa berdoa supaya tidak bertembung dengan Faiz. Namun satu hari, takdir menemukan mereka. Ikutilah cerita ini….
Satu hari, semasa Raiha menunggu lif untuk balik dari berjumpa dengan Prof Hassan. Entah macam mana, ketika itu Faiz berada dalam lif. Terkejut beruk Raiha pada masa tu. Tak sempat untuk nak menyorok kat mana. Sampaikan Fail yang dipegang Raiha terjatuh ke lantai. Terpaksalah Raiha kutip kertas-kertas yang terkeluar dari fail. Tak tahu macam mana, sekeping kertas boleh terbang menuju ke arah Faiz. Faiz pun kutip kertas itu dan memberi kepada Raiha.
"Terima kasih." dengar tak dengar je perkataan itu.
Terpaksa la satu lif dengan Faiz. Dirasanya lambat la pulak lif ni sampai ke bawah. Mula-mula tu senyap kutut macam tak ada orang tapi akhirnya….
"Raiha….."
Panggil Faiz. Raiha diamkan diri. Buat tak dengar.
"Raiha… saya panggil awak ni,"
Kedengaran suara Faiz sedikit keras.
"Apa?"
Sepatah kata keluar dari mulut Raiha.
"Kenapa sejak akhir-akhir ni, awak macam larikan diri dari saya ?"
"Tak der apalah."
"Saya ader buat sakitkan hati awak ke?"
"Tak der."
"Habis tu? Kenapa awak.."
Belum sempat Faiz nak menghabiskan ayatnya, Raiha terus menindas.
"Dengar sini Faiz Fahmi. Mulai hari ini, awak jangan ganggu saya lagi dan saya tak nak tengok muka awak lagi,"
Luah Raiha dengan suara yang keras. Serentak itu, pintu lif terbuka dan Raiha terus berlalu meninggalkan Faiz yang terpingga-pingga. Faiz cuba mengejar tetapi kedengaran namanya dipanggil oleh seseorang.
Dari hari itu sampailah hari konvensyen Faiz mahupun konvensyen Raiha, mereka tidak pernah bertemu. Kalau bertembung pun, masih-masih tidak bertegur sapa. Macam tak pernah kenal. Sampai lah mereka keluar dari Universiti

........................

Dua tahun kemudian…..
"Apa pasal pulak ni…. Bukan ke ok je tadi."
Bisik hatinya…. Geram sangat… terpaksa lah Raiha memberhentikan kereta di bahu jalan. Kalau tak nanti makin teruk lah pulak keadaan keretanya.
Raiha keluar dari kereta cuba mencari penyelesaian. Dilihatnya jam tangan. Pukul 8.30 pagi. Setengah jam lagi ada mesyuarat. Macamana ni…. Tengah fikir apa nak buat. Raiha mengambil telefon bimbit mencari number contact Aina.. cuba call… tak jawab lah pulak. Tidak disangka-sangka datang sebuah kereta Wios parking di bahu jalan. Raiha mengamati plat kereta. Siapa ni? Bisik hatinya.
"Kenapa kereta. Rosak ke?"
Soal pemuda itu. Macam kenal je suara dia…
Bisik hati Raiha. Raiha hanya sekadar menganggu.
"Dah call ?"
"Dah call daa.. tapi tak angkat la pulak."
Ah. Tak angkat. Tutup ke workshop hari ni…?
Bisik pemuda di dalam hati itu. Hairan ni. Betul ke…
"Awak call workshop mana?"
"Hah workshop?."
Napa aku tak terfikir nak call workshop… aduhhhh…
Soal hati Raiha. Malu sebenarnya
"Saya tak ader number call workshop…."
Beritahu Raiha. Terus terang jela…
"Dah tu awak call siapa tadi ?"
"Call Aina. Kawan."
"Dia tu mekanik ke?"
Terkena Raiha sampai terkedur dibuatnya. Laki ni nak kenakan aku ek….
Bisik hati Raiha. Kena lagi..kesian..
"Kejap Raiha."
Ternganga mulut Raiha dan terlopong matanya. Terkejut beruk. Apa tidaknya macammana lelaki ni tahu namanya. Dia cuba mengamati wajah lelaki itu ketika pemuda itu sedang menelefon seseorang. Barangkalian menelefon bengkel kereta.
Siapa dia ni haa. Aku tak kenal pun pemuda ni. Macam mana dia tahu nama aku. Siapa ni??? Sedang asyik Raiha mengamati pemuda itu, pemuda itu memandang Raiha bagaikan dia perasaan Raiha sedang memerhatikannya. Raiha pun apa lagi mulalah perangai nye tu. Kuat melenting.
"Macam mana awak tahu nama saya Raiha? Awak ni sapa haaa? Awak kenal ke saya?"
Melenting Raiha tak tentu pasal. Siap tunjuk gaya lagi tau. Ketika itu muka pemuda tu, hanya tuhan jela yang tahu. Merah padam macam ayam kampung mengeram telur dalam reban.
Aduh!!... tersasul la pula. Ishh… nak buat macam mana ni.
Keluh hati lelaki itu. Kesal…
"Kenapa diam je ni. Cakap la sesuatu. Awak ni siapa ??,"
Lantang Raiha bersuara. Kalau tengok ke muka tu macam singa nak telan orang, tapi dalam hati tuhan jela tahu. Perasaan teramat takut menyembulungi hati. Mana taknya, dia tidak mengenali pemuda itu.
"Haa… mekanik dah sampai."
Beritahu pemuda itu sambil tangannya menujuk ke arah mekanik itu. Saja nak tukar topik. Nak mengelak lah tu.
"Ini kad saya. Kalau ada apa-apa. Call saya."
Senyumnya sambil memberi sekeping kad nama kepada Raiha. Raiha mengambil dan terus melihat nama pemilik.
" Faiz Fahmin,"
terpancul nama itu setelah melihat perkataan dalam kad itu. Nama yang tidak disangka akan wujud dalam hidupnya. Seorang lelaki yang tidak pernah dilupakan walaupun dirinya sentiasa ingin mengelak daripadanya.
Raiha mengangkat mukanya mencari pemuda tadi. Baru Raiha menyedari apabila enjin kereta Wios kepunyaan pemuda itu berbunyi dan berlalu pergi

.............................

"Arghhhhhhhhhhhhhhh."
Jerit Raiha sekuat hati. Biarlah orang ramai memandang ke arahnya. Malunya tiada tempatnya lagi. Walaupun dia tahu dia berada di restoran. Pedih hatinya mengenangkan peristiwa tadi. Apatah lagi kawannya Aina dan Misha ketawa sakan selepas dia menceritakan kejadian tadi. Lagi la geram. Baginya mereka berdua seakan menyindirnya.
"Raiha, kau tak perasan ke masa mula-mula kau tengok Faiz."
"Tak laa pulak. Sebab muka dia lain sangat."
"Relaklah Raiha. Mana kad tu aku nak lah."
Minta Misha. Saja je tu nak tengok Raiha cemburu tak.
"Buat apa… aku dah buang daa.. Buang dalam pasu bunga mak aku. Buat baja. Lagi bagus."
Hentam Raiha. Kalau dengar ke ayat tu. Tak logik. Mana ada orang buang dalam pasu bunga mak. Macam-macam la Raiha ni.
"Oooo… tahu sangat la aku. Kenapa kau buat macam tu,"
Misha bersuara. Raiha berkerut dan Aina bagai tidak sabar terus sahaja bertanya…
"Kenapa???"
"Sebab kau masih sayang kat dia."
Pangggg… kan dah kena. Siapa suruh mulut tu tak ada gula. Cakap pun pahit tawar. Kelat lagi tau.
Kelihatan Misha mengusap-usap bahunya yang telah dihentam oleh Raiha dengan beg tangannya sambil bermuka kelat. Sakit….
"Kenapa kau cakap macam tu pulak Misha"
Tanya Aina. Masih blur lagi budak tu.. Selagi tak faham selagi tu laa dia tanya. Biar pun benda tu tak logik pun. Dia akan tanya walaupun perkara tu dah lama berlalu. Itulah dia Aina.
"Dengar sini Aina. Cuba kau fikirkan kenapa Raiha tu tak buang aje kad tu kat dalam tong sampah. Napa dia buang dalam pasu. Pasu bunga mak dia pulak tu. Aku rasakan… nanti bila dia dah lembut sikit dengan Faiz tu… pasti dia call Faiz tu. Lagi pun kalau dia buang dalam tong sampah….. mana dia nak cari kad tu. Nak ke si Raiha tu nak kutip benda dalam tong sampah. Heeee… jatuh standard beb…. "
Jelas Misha dengan penuh semangat waja. Siap ada gaya seakan-akan menteri besar tau. Jangan main-main.
Raiha menjeling dengan muka yang bermasam cuka. Tak serik lagi Misha ni. Nak kena penumbuk pulak ni. Bisik hatinya. Aina pula sekadar mengangguk-angguk kepalanya tanda dia faham atau setuju. Entahlah. Lantak laa.
"Jangan harap aku nak call dia…. Bencilah. Malas aku nak layan. Aku balik dulu laa… kau bayar Misha minuman ni.. Bye..
Sedang Raiha melangkah meninggalkan mereka, Misha bersuara sumbang.
"Masa ni je kau benci… masa depan pulak mesti sayang kan… Betul tak Aina"
" Betul. Betul. Betul,"
Aina mengiakannya. Caranya itu sebijik macam cerita upin dan ipin dalam tv. Sekali dengan gayanya pun. Raiha pula memandang mereka berdua dengan penuh sakit hati. Abis laa.. mereka berdua.

......................

Seperti biasa pagi-pagi lagi Raiha akan ke pejabat. Memang rutin harian yang tidak boleh dielakkan. Sampai je di tempat duduknya, dia melihat ada sekuntum mawar merah.
Siapa la yang malang bagi mawar kat aku. Keluh hatinya.
"Eh! Korang berdua mai sini jab,"
Panggil Raiha apabila terlihat muka Misha dan Aina sedang berbual.
"Nak apa ?"
Tanya Misha sambil tersenggih. Aina sekadar diam menunggu jawapan.
"Sapa yang baik hati bagi aku mawar ni?"
"Entah!"
Serentak jawab Aina dan Misha.
"Aaikkk… tak kan korang berdua tak tau.?
Berkerut dahinya seakan tak percaya.
"Eh.. kau ingat mata kita orang ni boleh tembus sampai kat bilik kau ke.."
Misha meleter. Cemburu la tu
"Ala… aku tanya je….."
"Aikkk… ingat kita orang ni kuanter pertanyaan ke nak tanya-tanya."
Tak habis lagi Misha ni. Cari nahas.
"Hee korang…. Tak nak jawab baik blah…
Raiha bersuara keras. Garangnya
"Eleh… kau silap oranglah nak tanya."
Sampuk Misha… Air mukanya seakan berubah…
"Apa susahnya, bukalah kad pada bunga tu."
Akhirnya Aina bersuara. Pening sungguh melihat Misha dan Raiha bertengkar. Kelihatan Aina sedang mengambil kad berwarna kuning…
"Jangan sesekali berkata benci, sekali berkata, dengan izin Allah, sayang akan terdetik…,"
Romantik Aina bersuara.. Bagai mengucapkan madah-madah indah kepada kekasih.. Jiwangnya!
"Aku tak tahu laa pulak ustaz jiwang boleh tertarik kat kau. Baru keluar hospital mental agaknya,"
"Tak mungkin Misha. Orang tu Doktor sebab dia tulis Dr Amin,"
Lurus bendul Aina menidakkannya
"Doktor dari hospital sakit jiwa kot,"
Bidas Misha. Tak puas hati lagi rupanya.
"Doktor Amin, sapa ek?"
Berkedut dahi Raiha cuba mengingat. Mana la tahu takut kenal ke.
"Raiha, macammana Doktor boleh syok kat engkau ek. Setahu aku, kau nak makan ubat pun takut. Apatah lagi nak jumpa doktor. Hairan aku!"
Misha bersuara lantang. Musykil-musykil.
"Mana ada aku kenal Doktor nama Amin. Saudara aku mana ada nama mamat ni,"
"Eh! Bos datang la. Blah la,"
Aina bersuara. Kelihatan Misha dan Aina bagai lipas kudung berlalu pergi meninggalkan bilik Raiha.

...........................

Marah, resah, benci,, gelisah, geram, dan panas semuanya bercampur baur yang hanya menunggu masa untuk dilepaskan bersama lavar gunung berapi. Itu pun selepas mendengar perbualan daripada Mak Timah dan Pak Abdul selaku ibu bapa Raiha yang membincang tentang lamaran yang telah diterima oleh mereka. Apatah lagi dia tidak tahu menahu tentang ini dan tahulah kini dia telah disunting dan hampir dimiliki oleh seseorang yang dia sendiri tidak kenal.
Doktor Amin! Itulah nama yang terpancul oleh ibu bapanya apabila leka berbual, barangkali seronak hendak dapat menantulah katakan, sehingga tidak menyedari perbualan mereka itu didengari oleh anaknya. Buat masa ini Raiha tidak boleh berhadapan dengan ibu bapanya kerana takut kemarahannya tidak dapat dibendung sehingga ke tahap yang melebalkannya sebagai anak derhaka.
Aku mesti jumpa dengan Dr Amin. Tak kira lah apa yang berlaku. Semua ini mesti diputuskan. Keluh hatinya.
"Tapi Raiha… tak kan lah kau nak hampakan ibu bapa kau. Nak ke kau lihat ibu kau sedih dan sanggup ke kau nak nak melihat ayah kau kena serangan jantung apabila kau memutuskan ikatan ini. Fikirlah Raiha. Berkorbanlah demi mereka. Mungkin ada hikmat disebaliknya."
Kedengaran kata-kata Misha yang masih terngiang-ngiang di telinganya. Tanpa disedari air mata bercurahan jatuh ke pipi gebunya. Ada baiknya kata Misha. Bak kata zaman sekarang… lu fikirlah sendiri….hehehehe.

......................

"Raiha! cantiknya kau. Kalah Era Fazira tau. Kalau Siti Nurhaliza tengok pasti dia cemburu abis ni."
Celoteh Misha. Mungkin sengaja memeriahkan suasana apabila menyedari Raiha murung dan hanya berdiam diri dari tadi.
"Apa ni Raiha. Pengantin mana boleh masam macam ni. Senyumlah sikit. Barulah berseri."
Kali ini Aina bersuara. Sedih pula dia melihat keadaan Raiha.
"Kenapa ni?"
Soal Mak Timah apabila mendengar coletah Misha dan Aina yang tak kena baginya. Melihat sahaja Mak Timah melangkah masuk ke bilik pengantin, Raiha segera memaniskan muka menutup segala keraguan ibunya. Boleh dikatakan Raiha ni pandai berlakon. Bagaikan talam dua muka. Muka sedih ada, muka manis pun ada. Itupun dalam satu masa. Tapi yang pastinya hatinya sedang berduka tahap Gunung Everest. Kesian…
Tiba-tiba ayahnya melangkah masuk ke dalam biliknya bersama beberapa dokumen yang harus ditandatangan. Jantung Raiha berdebar-debar setanding dengan bunyi tapak kaki kuda ketika kuda berlari laju menuju ke garisan penamat. Sukar nak percaya, beberapa minit lagi dia akan bergelar isteri dan bagaikan satu beban yang berat macam batu kat belakang rumahnya sedang digalas olehnya. Betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri yang terpaksa dia tempuhi. Dia memandang ke arah Misha dan Aina untuk kepastian. Mereka berdua bagaikan mengerti segera mengangguk dan memegang tangan Raiha untuk memberi semangat kepadanya. Lalu, Raiha mengambil pen dan segera menandatangan tanpa membaca isi kandungann kerana dia tidak mahu melihat dokumen itu lama-lama. Tiba-tiba sahaja Raiha mengingati Faiz Fahmin. Lelaki itu sahaja yang pernah mengajar erti rindu dan tanpanya Raiha tidak pernah mengenal apa itu cinta. Selama ini hatinya hanya ada Faiz Fahmin
Kenapa saat-saat ini baru aku mengingatinya. Setelah bergelar isteri pulak itu.. Arghhhhh… sesaat baru jadi isteri orang dah buat dosa… Ya… Allah ampunkanlah aku.
Rintih hatinya. Tanpa sedari air matanya bercucuran lagi buat kali berapa…. Tuhan sahaja yang tahu.
Raiha tersedar dari lamunannya setelah ada orang memanggilnya. Dia cepat-cepat mengesat air matanya untuk menutup kesedihannya.
"Raiha. Salam"
Tegur Aina apabila melihat Raiha dalam keadaan terpingga-pingga
Bagaikan menurut perintah, dia segera bersalam dan mencium tangan lelaki yang kini bergelar suaminya. Silau matanya apabila dia hendak melihat wajah suaminya akibat daripada kilauan kamera yang sedang mengambil gambar mereka. Tanpa disangka-sangka lelaki di hadapannya itu mencium dahinya. Tersentuh hati seorang perempuan kerana dia dapat rasakan yang lelaki ini melakukannya tanpa paksaan. Sedangkan dia mengingati lelaki lain walaupun baru sesaat menjadi isteri. Betapa besarnya dosa. Nampaknya malam ini, dia kena lakukan solat taubat la….

........................

"Maaf,"
Tiba-tiba terpancul perkataan itu ketika Dr Amin melangkah memasuki bilik pengantin. Kelihatan riak wajah Dr Amin terkejut mendengar perkataan yang terpancul dari mulut Raiha.
Raiha yang duduk membelakangi Dr Amin teresak-esak menangis. Tak tahulah kenapa sejak-sejak akhir ini dia mudah tersentuh dan menangis. Mungkin kerana dia terpaksa pendamkan segala-galanya dari ibu bapanya.
Dr Amin menyedari tangisan Raiha segera menuju ke arah isterinya dan memegang bahu Raiha bagi menenangkan Raiha. Sebenarnya dia keliru kerana tak tahu akan sebab Raiha menangis dan mengucapkan kata maaf tadi. Pelik sungguh…Dr Amin senyum simpul.
Seram sejuk Raiha apabila bahunya disentuh. Sangkanya, mungkin dia akan dicaci dan dihina melesap sama sekali. Fikiran Raiha kolot betul laa. Ialah mereka kan tidak mengenali satu sama lain. Sebab itulah Raiha bersedia awal-awal menerima semua itu. Yaa Allah kenapalah Raiha berfikiran negatif.
"Raiha… kenapa ni?"
Dr Amin bersuara. Kerana tidak faham dan dia patut difahamkan….
Terdengar suara itu yang hampir dengan dirinya, Raiha segera berdiri dan menjauhkan jarak mereka berdua. Dr Amin cuba mendekatinya kerana esakan Raiha semakin kuat kedengaran. Menyedari langkah Dr Amin menghampirinya, dia segera berpaling mengadap muka Dr Amin.
Terkejut beruk Raiha melihat wajah Dr Amin saling tak tumpah seseorang yang dia kenal sangat.
" Faiz Fahmin,"
Terpancul nama itu…… Dr Amin pulak tersenyum manis kerana itulah nama sebenarnya.
" Awak… kenapa…"
Bergetar suara Raiha.. hairan bin ajaib… tapi dalam hati sukanya….apabila melihat Dr Amin tersenyum.
" Abang faham kenapa Raiha keliru… Dr Amin tu ke…. Begini sayang… Amin tu nama panggilan yang papa dan ibu panggilkan. Sekarang ni dah faham kan…"
Rahai mengangguk sambil melihat wajah yang lama dirinduinya. Tahulah kini kerana satu nama, dia tersalah sangka. Salah dia juga mengapa dia tidak membaca dokumen tadi…Buat habis air mata sajalah. Sia-sia sahaja Raiha menangis tadi…… hahahha itu laa.. kan sekarang dah kalot.
"Sayang kenapa tadi terkejut …?"
Tanya Faiz kerana hairan cara Raiha melihatnya tadi bagaikan melihat hantu…
" Tak tahulah pula Dr Amin tu awak sebab baru pertama kali tengok Dr Amin. Tadi tak berpeluang pun tengok sebab masing-masing jadi popular sekejab"
Ujur Raiha berterus-terang yang bahawa selama ini dia tidak pernah kenal akan Dr Amin.
" Kenapa sayang menangis tadi. Tak suka ke kahwin dengan abang ?,"
Soal Faiz. Tenang hatinya menunggu jawapan Raiha.
" Tak de la…. Suka sangat… Sebenaranya tadi ingat pada Faiz Fahmin… tapi barulah sedar yang Raiha ni dah jadi isteri Dr Amin… kan…,,"
Usikan Raiha melegakan Faiz… Faiz mencuit hidung isterinya…. Raiha Nazirah… hanya kau dihatiku… kata hatinya…
Tuhan aku berjanji akan ku jaga dia seumpama nyawaku sendiri …
Tekad Faiz di dalam hati sambil menggenggam tangan kanan Raiha
" Erm… nasib baik orang sama…. Kalau tak…"
Faiz menyakat…
"Kalau tak apa awak….."
Raiha mencelah… tiba-tiba tangan Faiz merangkul pinggang isterinya…Raiha membiarkan …
"Boleh tak panggil abang… awak tu… asing sangat laa.."
Ala… tukar topic la pulak….
"Yela awak… opps… a..bangg..
Raiha menjawab… mukanya bertukar merah. Malulah tu. Faiz tersenyum… akhirnya mereka melepaskan tawa bersama-sama. Bermesra laa mereka didalam bilik yang serba indah itu. Hidup mereka kini benar-benar bahagia. Tapi adakah buat selama-lamanya… ataupun seketika…Hanya Tuhan yang tahu.
Raiha dapat rasakan Nilai Cinta Faiz… yang bertahun-tahun setia.. dan sanggup memahami dalam menanti Raiha..dan Faiz dapat merasakan Nilai Cinta Raiha… yang sanggup berkorban dan bersabar akan kerenahnya. Terima kasih Ya Allah. Ucap Faiz dan Raiha di hati mereka….


P/L Sekian sahaja… Ini ialah cerpen saya yang pertama… saya hasilkannya sekadar suka-suka… Boleh dikatakan saya ini masih mentah dalam bidang ini… Jika ada kesilapan, saya meminta maaf banyak-banyak… Siapalah saya sekadar manusia biasa yang sering membuat kesilapan.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.