Cerpen : Bunga dandelion di bawah pohon fir

Cerpen : Bunga dandelion di bawah pohon fir
Nama Pena : Kaizar

Clannkkk... bunyi yang berdesir dan langsing itu memenuhi segenap ruang Dewan Makan Sekolah Menengah Sains Miri. Tray-tray yang bersusun di sudut sebuah meja jatuh satu-persatu. Kesemua pelajar yang sedang enak menjamah selera dan berbaris mengambil makanan terperanjat. Bunyi boo kedengaran dari sebelah lelaki.

"Hah tu lah Nisya! Tak sabar-sabar nak ambil air. Tengoklah apa yang telah terjadi!," herdik Asfida Liyana kepada Erniza Syafira.

"Sorilah Asfi. Nisya tak sengaja. Baru je air nak penuh dalarn cawan Nisya, tiba-tiba terlanggar tray Asfi,"pujuk Erniza. Gelasnya yang terjatuh sebentar tadi dikutipnya semula.

"Nak maafkan Nisya? Tengok ni, basah seluruh baju Asfi," Asfi menunjuk ke arah baju kurung hijau kebiru-biruannya yang dibasahi air.

Pertelingkahan antara Erniza dan Asfira menarik perhatian semua pelajar yang berada di dalam dewan makan ketika itu.

"Apahal bergaduh ni? Tak boleh bawa bertenang ke?" seorang makcik dewan makan yang bernama Makcik Senah segera meleraikan pergaduhan yang mengundang kebisingan itu.

"Huh!," Asfida segera berlalu dari situ dan menuju ke arah asrama puteri untuk menukar bajunya yang basah dengan hati yang panas membara. Manakala Erniza berlari keluar dengan tangisannya. Para pelajar menyambung kembali aktiviti mereka. Suasana bingit kembali...
-------------------------------------------

Seminggu berlalu.....

Asfida Liyana keluar dari Makmal Fizik bersama rakannya. Mereka sedang berbual apabila salah seorang daripada rakannya bertanya.

?h, korang nak lunch kat mana? Dewan makan or kantin?" soal Hasmira Azurin.

"Mmm ... aku tak makanlah. Lepas solat Zohor aku nak terus ke kelas,"jelas Asfida.

"Oklah. Kami pergi dulu," rakan-rakannya melambai-lambaikan tangan mereka.

Selesai solat Zohor, Asfida berjalan ke kelas. Jarak antara surau yang berada dalam kawasan asrama dan blok kelas hanya memakan masa lima minit.Asfida berjalan keseorangan. Angin sepoi-sepoi bahasa menjamah pipinya yang gebu dan halus. Bersalahkah aku memarahi Erniza tempoh hari? Persoalan menghantui fikirannya. Rasa bersalah yang tertanam di dalam hatinya menyebabkan Asfida hilang selera makan.

?eharusnya sebagai umat Islam kita harus memaafi antara satu sama lain. Sedangkan Rasulullah SAW. sendiri memaafkan umatnya, inikan pula kita sebagai manusia biasa." Nasihat Ustazah Rokiah temgiang-ngiang di telinganya. Sememangnya betul apa yang dikatakan oleh guru Pendidikan Islam itu kerana sikap saling memaafi sesama insan dapat membentuk perpaduan sejagat dan ukhwah Islam. Sedang fikiran Asfida berkecamuk, tiba-tiba dia tertendang sesuatu yang agak keras.

?h, diari siapa ni?? hatinya bertanya lantas Asfida tunduk mencapai diari tersebut. Di atas diari tersebut tertulis "DIARI FIR 99? Keinginannya untuk membuka diari itu membuak-buak. Perlahan-lahan tangannya menyelak halaman pertama diari tersebut. Namun demikian, segera ditutupnya semula diari tersebut. Asfida beristighfar sebentar.

"Kita tidak boleh membuka keaiban orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang tersebut," pesanan Ustaz Mohd. Azhar segera terlintas di fikirannya. Tanpa membuang masa, Asfida segera ke Balai Menunggu untuk membuat pengumuman tentang kehilangan diari tersebut.

"Perhatian kepada seseorang yang dipanggil Fir. Sila tuntut diari anda di balai menunggu," pengawas yang bertugas di balai tersebut membuat pengumuman sebanyak dua kali. Hati Asfida lega setelah mendengar pengumuman tersebut dibuat lantas melangkah menuju ke kelasnya.

Seseorang menuju ke Balai Menunggu namun Asfida sudah jauh dari situ.

"Assalamualaikum boleh saya tuntut diari saya?" Erniza Syafira berkata dengan nada yang agak termengah-mengah.

"Oh, Diari Fir ya? Nah, ini dia," pengawas yang bertugas di Balai Menunggu menyerahkan diari itu kepada Erniza.

"Emm ... boleh saya tahu siapa yang menjumpai diari ini?tanya Erniza sebaik sahaja diari tersebut dicapainya.

"Nama sebenarnya saya tak tahu tapi dia gelarkan dirinya sebagai Dandelion," terang pengawas yang bertag nama Hafisyam itu.

"Ooo .... Thanks," ujar Erniza dan berlalu dari situ.

Keesokan harinya .....

"Hafisyam, boleh tolong buat pengumuman kepada Dandelion? Ada bungkusan untuk dia... saya pergi dulu ya," Erniza berlalu dari situ setelah bungkusan itu diserahkan kepada Hafisyam.

"Ok," Hafisyam terus mencapai mikrofon, "Perhatian kepada Dandelion, sila tuntut bungkusan anda di Balai Menunggu."

Beberapa minit kemudian, Asfida Liyana sampai di Balai Menunggu- Bungkusan yang diserahkan oleh Hafisyam dibukanya di situ juga. Ada sekeping kad dan sejambak bunga dandelion di dalamnya. Harum semerbak. Kad yang tercatat \'Terima Kasih\' itu dibukanya.

Teistimewa buat Dandelion,

Terima kasih kerana menjumpai diari saya. Betapa murninya hati hamba Allah seperti Dandelion. Terimalah kad ini dan jambangan bunga dandelion sebagai salam perkenalan

Asfida Liyana tersenyum.

?engumuman ini ditujukan kepada Fir. Ada bungkusan untuk anda di Balai Menunggu," Hafisyam yang masih bertugas membuat pengumuman.

Erniza Syafira yang sedang menelaah pelajaran di dalam bilik bacaan asrama puteri terdengar pengumuman yang ditujukan kepadanya lalu menuju ke Balai Menunggu.

"Hafisyam, bungkusan untuk saya dari Dandelion ke?? Erniza menyambut bungkusan yang diajukan oleh Hafisyam.

"Ha\'ah", ringkas jawapan Hafisyam.

Apabila bungkusan itu dibuka oleh Erniza, dia lihat ada botol kecil yang mengandungi buah dari pokok fir yang berwarna-warni beserta kad yang kecil.

Khas buat Fir,

Salam perkenalan dari saya. Bolehkah saya berjumpa dengan Fir petang ini di bawah pohon fir dalan Taman Muhibbah (Taman P1BG) ?

Dandelion

"Terima kasih, Hafisyam," ucap Erniza Syafira sebelum beredar dari Balai Menunggu.

Erniza Syafira bersandar pada batang sepohon fir di Taman Muhhibah. Kemudian, dia duduk di pangkal pohon fir sambil memerhatikan keindahan bunga dandelion yang memutihi kawasan tersebut bagaikan gumpalan kapas yang lembut. Sesekali dia akan memandang jam di tangannya. Dia hampir terngadah apabila seseorang berlari-lari anak ke aralmya. Matanya ditenyeh-tenyeh beberapa kali.

"Asfida Liyana!" jantung Erniza Syafira terasa terhenti seketika.

"Emiza Syafira!", begitu jugalah yang terjadi kepada Asfida Liyana.

Erniza cuba melarikan diri dari situ tetapi ditahan oleh Asfida.

"Tunggu sebentar, Nisya. Selama ini Asfi memendam perasaan bersalah. Maafkanlah Asfi, Nisya?pujuk Asfi. Butiran jernih mengalir di pipinya. Nisya terdiam seketika sebelum memeluk Asfi secara tiba-tiba. Begitu erat dakapan mereka berdua.

"Asfi, telah lama Nisya memaafkan Asfi," tutur Nisya dalarn tangisnya.

-----------------------------------------

"Nisya, Nisya," laungan itu mengejutkan Erniza Syafira daripada terus menerawang ke masa silam.

Lamunannya bernoktah di situ.

"Tunggu sekejap," laung Nisya dari bilik asramanya. Hari ini merupakan hari bersejarah baginya kerana dia akan berpindah ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Dengan membimbit bagasinya, Nisya menuruni tangga dengan cepat. Asfi sedang menunggunya di depan asrama. Asfi membantunya membawa beg besar ke tempat letak kereta di mana ibu bapa Nisya sedang menanti.

Sesampainya ke sisi Proton Perdana milik keluarganya, Asfi dan Nisya memasukkan beg-beg yang dibawa mereka tadi ke dalam bonet kereta.

\'Papa, Mama, Nisya dan Asfi ke sana sekejap, ye.. ." Nisya menuding ke arah Taman Muhibbah.

Dengan berpegangan tangan, Nisya dan Asfi menuju ke Taman Muhibbah. Mereka berteduh di bawah pohon fir yang memayungi ratusan bunga dandelion. Keadaan senyap seketika. Lidah mereka terasa kelu seketika.

"Nisya," Asfi memecah keheningan antara mereka berdua, ?ngat lagi tak pokok fir dan bunga dandelion ni?"

"Ingat. Di sinilah kita menyatukan tali persahabatan. Asfi, andai Nisya per..." kata-katanya terhenti apabila Asfi menyentuh bibir Nisya dengan tangannya.

"Biarpun kita saling berjauhan, hati kita tetap satu. Bagaikan fir dan dandelion yang saling bergantungan antara satu sama lain ini. Pohon fir meneduhi ratusan bunga dandelion agar tidak layu dimamah panahan cahaya matahari dan dandelion inilah yang menceriakan pokok fir," Asfi berbicara dengan nada yang sedih.

Nisya menghulurkan kedua-dua tangannya maka berdakapanlah dua sahabat di atas hamparan bunga dandelion dan di bawah teduhan pohon fir.
-------------------------------------------

Sudah dua tahun peristiwa itu berlalu namun masih segar dalam ingatan Asfida Liyana. Berpucuk-pucuk surat telah diterima daripada Erniza Syafira.

"Kak Asfi, ada surat untuk akak," seorang budak junior mengajukan sekeping surat kepadanya. Dengan pantasnya sampul surat itu dibukanya.

Sahabatku Asfida Liyana,

Assalammualaikum. Semoga Asfi sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Tatkala surat ini sampai kepada Asfi, Nisya telah tiada di dunia ini.

Asfi, sepanyang persahabatan kita, Nisya tidak pernah menceritakan sesuatu kepada Asfi kerana takut Asfi akan menjauhi Nisya. Asfi, Nisya menghadapi penyakit leukemia.

Tahu tak mengapa Nisya terpaksa berpindah ke Selangor? Sebenarnya Nisya perlu menjalani pembedahan beberapa kali untuk menyembuhkannya. Tapi apakan dayanya insan melawan kuasa Allah s. W. t. Yang Maha Berkuasa ke alas makhluk-makhluk ciptaanNya.

Asfi, selama kita berkenalan, Nisya betul-betul bahagia berkenalan dengan Asfi. Biarpun kita berada di dua dunia yang berbeza, sentiasalah ingat bahawa persahabatan kita akan kekal selama-lamanya.

Sahabatmu,
Nisya

Surat itu digenggamnya erat. Beserta surat itu ialah sekuntum bunga dandelion dan sebiji buah fir yang bersatu dengan ikatan seutas tali. Diciumnya berkali-kali. Air mata yang selama ini tidak pernah mengalir kini membasahi pipinya

Nota kaki: Sekadar berkongsi karya yang ditulis sepuluh tahun yang lepas sewaktu masih seorang pelajar sekolah menengah di Sarawak.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.