Cerpen : Takdir

Cerpen : Takdir
Nama Pena : Ain Nur Aina

"Di sebuah cafe...
"Hoi, budak gemuk. Dahlah gemuk ada hati pada Aiman. Dia ingat Aiman tu pandang sangat badan triple XL tu." Laila mengejekku dengan kuat sehingga kesemua pelajar di Cafe memandangku.Laila merupakan pelajar tercantik, tergedik dan paling glamor di fakulti Media ini dan teman wanita kepada Aiman. Mereka
ketawa, Aiman juga ketawa dan seolah-olah jijik memandangku...aku terkejut dan memandang ke arah Ryn. Tiada siapa yang tahu aku pernah menaruh hati pada Aiman kecuali Ryn. Ryn kelihatan tersenyum sinis. Aku berlari keluar dan menyeka air mataku."Ryn dulu kau kawan baikku tapi kenapa kini kau sanggup buat aku dihina dan diejek"

"Sabarlah, mereka tu cemburu pada awak. Walaupun awak gemuk tapi awak cute dan manis, Hello Kitty". Aku terkejut mendengar kata-kata itu. Aku memandang ke belakang dan melihat seseorang yang asing padaku. "Siapa pulak mamat ni tiba-tiba tegur." Aku terus berlalu meninggalkan mamat itu tanpa berterima kasih atas pujian untuk menyedapkan hatiku semata-mata. Ada ke patut gelar aku Hello Kitty. Gasaklah kau mamat nak kata apa pun. Sejak kejadian itu, aku sering menerima kata-kata semangat melalui sekeping kad yang dihantarkan kepadaku. Hampir setiap hari kad itu ku terima. Dan pengirimnya sering menggunakan HKTZ sebagai pengganti dirinya. Aku menjadi lebih kuat dan bersemangat hanya kerana kata-kata dari kad yang berpengirim misteri itu.

Walaupun sudah hampir setahun berlalu namun masih segar ejekan Laila padaku. Aku juga masih menerima kad-kad itu bersama bunga ros putih. Namun pengirimnya masih misteri dengan KHTZ. Aku kini telah berubah saiz. Apalagi kalau bukan saiz badanku yang triple Xl tu. Badanku lebih langsing dan kurus. Sejak aku jatuh sakit hari tu aku terus tak lalu makan. Malah doktor pun turut menyarankan agar aku menurunkan berat badan dan menasihatiku agar kerap bersenam dan aku turut mengamalkan cara makan yang seimbang. Maka hasilnya...(macam masuk slim world plak). Aku merebahkan badan di atas katil dan mengurut badanku yang sakit dilanggar oleh mamat yang tak dikenali tadi. Sakitlah...tak ada mata.Suke-suke je langgar orang. Aku "flying kick" baru tau. Dah tak mintak maaf. ish...mamat ni la" ngomel Aina sendiri. Sudah setahun aku menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Media.Ryn pula terpaksa dibuang universiti kerana keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Aku sekarang bekerja sementara di Mid Valley untuk menampung perbelanjaan aku di sini. Lagipun aku masih belum mencari kerja tetap walaupun sudah lama menamatkan pengajian. Bukannya aku tidak mahu tapi aku masih selesa bekerja di situ. Takkan aku nak lepak kat kampung dan tanam 'anggur' @ mintak duit dari tabung amanah FaMa (Father & Mother). Tiba-tiba...kakak kesayanganku menjengah mengejutkan lamunanku. "Adik, tadi ada surat atas meja tu, tak tahu plak surat apa. Pergilah tengok nanti jangan lupa makan, akak dah siapkan makanan bawah saji tu". Sayang sungguh kakak pada aku. Nak makan pun diingatkan jugak". Aku tersenyum sendirian.

"Surat tawaran kerja?. Bila plak la aku apply kerja pengurus pemasaran ni? Tak ada kene mengena dengan bidang aku. Siap suruh laporkan diri minggu depan. Tapi baguslah tak payah susah-susah aku cari kerja".
Aku bersiap untuk ke tempat kerja baru ini. Aku memakai baju kurung pink dan aku sengaja melepaskan rambutku yang panjang melebihi paras bahu. Aku sedih meninggalkan kerjaku dulu. Walaupun gaji kuterima sedikit namun aku gembira. Lagipun macam manalah dengan persekitaran kerja baru tu nanti. Mesti banyak kerja, bos mesti garang dan....Malaslah aku peningkan kepala aku,apa-apa hal pun aku cuba dulu mana tahu sesuai denganku.

Aku diminta berjumpa dengan pengurus untuk memberitahu tentang perihal tugas dan berkenaan dengan kerjaku di syarikat itu. Setelah semuanya selesai aku di minta bekerja serta merta. Setelah sebulan aku, bekerja, aku dapat menjalankan tanggungjawabku dengan penuh minat. Tiba-tiba, ada tangan memegang bahuku. Aku tersentak dan tersenyum. "Aina, bos panggil kau, dia mintak kau masuk ke pejabat sekarang".Lin tersenyum memandang memandangku. " Lin, Tan Sri kan ke London semalam?. Takkan roh dia pulak nak jumpa aku". Lin mencebik ke arahku. "Bukan Tan Sri la, tapi anak dia. Kamarul Hisham...nanti kau jangan jatuh hati pulak tengok dia". Aku hairan. Mana pulak datang Kamarul Hisham ni. Tak pernah pun dia datang ke pejabat sebelum ni.

"Selamat pagi, tuan. Ada apa-apa boleh saya bantu". Aku agak gementar. Tiba-tiba anak Tan Sri nak jumpa aku. Aku tidak nampak wajah kamarul yang dikatakan hensem oleh Lin tadi. Kerusinya di hadapkan membelakangiku. " Macam mana kerja di sini, sesuai dengan awak?".Aku pelik dengan pertanyaan itu. "Alhamdulillah, lagipun saya masih dalam proses belajar lagi". Aku tertunduk mencari idea untuk menjawab soalan daripadanya. "Harap-harap jangan beri soalan cepu mas sudahlah" ngomel aku di dalam hati. "Baguslah kalau macam tu Hello kitty,kalau ada apa-apa masalah beritahu saya.Awak boleh keluar".

Aku segera keluar apabila diarahkan dan aku menarik nafas lega. Aku baru tersedar dengan kata-kata Hisham tadi "Hello Kitty". "Adakah Hisham tu, mamat yang pernah tegur aku dulu?". Tiba-tiba aku dilanggar oleh seseorang yang pernah aku kenali. "Aiman" desis hatiku. Aiman memandang ke arahku. Dia tersenyum dan terus memasuki pejabat Hisham. "Betul ke tu Aiman" aku tertanya sendiri. Tapi mungkin dia tidak mengenaliku lagi.Walaupun sudah lama aku tidak bertemu dengan Aiman namun perasaan cintaku tetap utuh seperti dulu walaupun aku pernah diejek kerananya.

"Aina, kau dapat bunga ros merah. Cantiknya...sepanjang aku kerja sini tak ada orang nak kasi aku bunga. Bertuahnya badan" Lin membebel-bebel sendirian. Aku tersenyum dan tidak menyangka menerima bunga ros merah itu. Kad di bunga ku baca 'Aina, saya harap awak sudi keluar makan malam dengan saya malam ni. Saya tunggu awak pukul 8 malam ni' daripada Kamarul Aiman Tan Sri Zainal." Aiman,takkan Aiman ajak aku keluar. Atau ada Aiman lain dalam pejabat ni. Setahu aku, Aiman tu je yang aku kenal".
Aku bergegas ke tempat yang dijanjikan. Aku terlupa dengan janjiku malah aku telah lewat hampir sejam. Aku melilau mencari Aiman. "Mungkin Aiman pulang lagipun aku dah lewat sejam ni. Baik aku balik je lagipun takkan nak makan kat tempat mahal macam ni" aku menolog sendiri. Tiba-tiba, aku terdengar namaku di panggil "Aina". Aku menoleh. Kelihatan Aiman dengan kacak dan segak berjalan ke arahku. "Terima kasih sebab sudi datang. Aiman tak sangka Aina, sanggup datang". Aiman memandang tepat ke arahku dan memegang lembut tanganku. "Tapi maaf saya lambat sejam".Aku malu untuk menatap wajah kacak itu lagi. Hatiku berbunga riang. " Aiman, tak kisah tunggu Aina sejam sekarang sebab Aiman dah tunggu Aina setahun, sayang". Aku terkejut dengan kata-kata Aiman. "Apa maksud Aiman?Tunggu Aina setahun?.

"Lepas Aina dihina kat cafe hari tu,Aiman pada mulanya memang tak pernah ada hati pada Aina. Tapi lama-kelamaan perasaan tu tumbuh sendiri. Mungkin Tuhan nak balas semua perbuatan Aiman pada Aina.Diberinya sayang dan cinta pada Aiman untuk Aina. Aiman hanya dapat memandang Aina dari jauh...sebab Aiman malu dengan diri Aiman ni. Dulu Aiman ejek dan benci pada Aina tapi sekarang Aiman terlalu sayangkan Aina. Aiman dah ikut segala perkembangan dalam setahun ni dan akhirnya kita jumpa di pejabat papa Aiman. Mungkin ini jodoh kita". "Tan Sri Zainal tu papa Aiman?" Aina inginkan kepastian. Aiman mengangguk perlahan dan tersenyum "Dan Encik Kamarul Hisham pula?". Aiman tersenyum memandang muka buah hatinya itu. Dia ingin memeluk Aina namun apakan daya, Aina masih belum menjadi isterinya. "Kamarul, abang Aiman".
Aiman menarik lembut tanganku menuju ke arah kereta. Aku dapat merasakan kehangatan tangan Aiman, sehangat cintanya padaku. "Aiman, boleh Aina tanya sesuatu?" Aiman menganggukkan kepalanya. " Aiman ke yang hantar surat tawaran kerja?." Aiman menunjukkan riak pelik dengan pertanyaanku. "Surat tawaran?. Surat tawaran apa sayang" Aina hanya tersenyum "Tak ada apa lah saje Aina tanya" Aina terdiam dan termangu. Aina berbisik sendiri "kalau bukan Aiman, siapa lagi?".

Aiman kini menjadi raja di hati Aina. Namun Aina keliru sejak akhir-akhir ini,apabila Aina banyak menerima mesej daripada Aiman yang meminta maaf dan mendoakan kebahagiaan Aina. Malah Aiman kini tidak mahu lagi berjumpa dengan Aina. Hati Aina bertambah riang apabila ibunya memberitahu keluarga Tan Sri Zainal datang melamarnya. Aiman bakal menjadi suami Aina. Hari bahagia Aina kini tiba, Aina bakal menjadi isteri kepada Aiman. Majlis akad nikah diadakan, dan Aina terkejut melihat pengantin lelaki."Kamarul Hisham?". Tiba-tiba Aina terdengar namanya dipanggil, Aina menoleh. Aiman berjalan ke arah Aina. "Aina, Aiman minta maaf, kita tak ada jodoh Aina. Aiman dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aiman bukan nak mempermainkan perasaan Aina. Aiman betul-betul cintakan Aina. Tapi ada orang lain lebih sayang dan layak untuk Aina" Aiman mengalirkan airmata deras apabila mengeluarkan kata-kata itu. Aina hampir terduduk dan turut mengalirkan airmata. "Aiman, kenapa dihancurkan hati ni,hanya Tuhan saja yang tahu betapa Aina sayangkan Aiman". Aiman segera berlalu meninggalkan majlis itu dengan airmata kesal kerana menghancurkan hati insan yang sangat dicintainya. "Aimannnnn" Aina menjerit memanggil Aiman.

Beberapa bulan kemudian....
"Terima kasih sayang kerana sudi menjadi isteri abang". Aina tersenyum puas dan memandang suaminya dengan penuh kasih sayang. "Terima kasih juga pada suami Aina ni sebab tak putus-putus hantar kad dan bunga ros putih saat Aina memerlukan kata-kata semangat dan minat pada Aina dari dulu lagi walaupun Aina gemuk dulu.Dan pasal surat tawaran kerja tu mesti kerja abang jugakkan. Kamarul Hisham hanya tersenyum memandang dan mencium dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. "Sama-sama hello kittyku sayang". Mungkin ini takdirnya. Akhirnya aku menjadi isteri kepada KHTZ.


p/s: Maaf kalau cerita ini panjang dan kurang menarik. Ini merupakan cerpen pertama saya. InsyaAllah saya kan membaiki mutu dan jalan cerita cerpen saya yang akan datang.Terima kasih.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.