Cerpen :Loyalty is hurt

Cerpen :Loyalty is hurt
Nama Pena : princess_anonymous

" Zreek!!!," bunyi motor terseret di tepi jalan.
" If…If… kau OK ke KO ni?," kawan-kawan Iftihah yang melihat perlumbaan yang hampir tamat itu terkejut dengan keadaan Ifti yang tiba-tiba hilang kawalan.
Gaya Ifti yang bangun dengan penuh gaya itu menimbulkan syak wasangka apabila Ifti tidak mempamerkan kesakitannya padahal lututnya dan sikunya berdarah dan seluar serta bajunya terkoyak.
" Woi… apehal ko ni tetiba jer hilang kawalan kat situ. Selama ni kau tak pernah pulak jatuh?" Diana yang prihatin dengan Iftihah cemas.
" Apehal ni beb?" suara Akmal, Faiz dan Mail bertanya serentak apabila melihat si tomboy juara lumba motor itu jatuh menggegarkan alam.
" I'm OK. Memandangkan motor aku dah kiok, aku nak pinjam motor kau sekejap boleh Faiz?"
" What? No…no…no… tak pasal-pasal motor aku pun masuk hospital jugak!" tingkah Faiz
" If, aku tak tau ko nakpegi mana, tapi aku nampak kau terdesak. Dengan keadaan kau yang injurt ni, ape kata Faiz je yang hantar?"
" Jom!"
Pintu rumah flat itu ditendang dari luar sehingga terbuka. Faiz yang melihat tindakan Ifti ternganga.Ternyata kesabaran Ifti semakin nipis. Semua bilik diselongkar sehingga bilik atas. Faiz yang ternyata tahu sebab musabab Ifti mengamuk hanya mengikut dari belakang. Matanya belum rabun apabila Adam melintas bersama seorang gadis dengan kereta protonnya di tempat perlumbaan mereka. Mereka memang sengaja mencari nahas.

Kaki Ifti terpaku di hadapan bilik yang terakhir. Suara gelak-tawa yang jelas kedengaran sehingga keluar menampar gegendang telinga Ifti.
" Ifti jom baliklah," ajak Faiz setelah mendengar suara Adam dan seorang perempuan di dalam bilik itu.
Ternyata, Ifti ingin selesaikan masalah itu dan perlahan-lahan, pintu bilik yang tidak berkunci itu ditolak. Kedua-dua lembaga yang sedang bercumbuan itu tergamam. Adam yang berada dalam keadaan mengaibkan itu cepat-cepat menyarungkan pakaiannya dan mengejar Iftihah. Begitu juga dengan gadis di sebelahnya.
" If…If… dengar dulu penjelasan aku," Adam cuba membela diri.
" Ini ke balasan aku setia pada kau? Suara Ifti sudah bergetar.
" Tak… tak, sebenarnya aku sunyi If. Kau sering tolak ajakan aku walaupun aku puas merayu dan kau tak pernah layan aku macam pasangan yang lain," suara Adam bernada hampa.
Sebaliknya pula bagi Ifti kerana baginya harga diri itu penting dan jangan harap orang lain boleh mengambilnya sesuka hati. Hati Ifti semakin mendidih.
" If… maafkan aku. Kita berbaik ok? Aku… aku sayangkan," tangan Adam yang memegang bahunya itu terasa sangat jijik dan belum sempat Adam menghabiskan ayatnya terus dihayun satu penumbuk yang padu mengenai pipi Adam. Dalam keadaan yang tidak bersedia menyebabkan Adam terjatuh.
" Apa ni If?" Adam terjerit kecil. Faiz yang melihat memegang pipinya kerana terasa seperti ditumbuk juga.
" Maruah dan harga diri aku tak serendah tu walaupun aku ni kalau dilihat pada luarannya tak macam perempuan," kendur sahaja suara Ifti.
" Kau pulak perempuan, anggap kita tak pernah berjumpa dan tak pernah bersahabat. Aku boleh terima kalau kau berdua cakap korang tengan bercinta. Aku boleh undur diri. Yang aku terkilannya, dengan kau Hawa! Sudahlah kau ambil Adam secara senyap dari aku, lepas tu kau biar jer buaya tu makan kau dengan rela hati…" sindir Ifti.
" Kau kata aku buaya?" Adam yang sakit hati dengan kata-kata Ifti ingin menerkam tetapi dihalang oleh Faiz.
" Sabarlah dude… Kira ok la dia cakap kau buaya daripada dia panggil kau biawak… At least besar lar jugak," Faiz menyindir.
" Kalau kau penuhi permintaan dia, Adam takkan cari aku," kata-kata Hawa menyebabkan langkah Ifti yang ingin pulang terhenti.
" Seperti yang aku dah cakap tadi. Harga diri aku terlalu tinggi. Aku takkan bagi orang lain ragut maruah aku. Kalau nak jugak, langkah mayat aku dulu," tegang suara Ifti.
Hawa yang berasa terhina ingin menampar Ifti tetapi Ifti lebih pantas dan tangan Hawa itu dihalang. Tanpa disedarinya, tindakan drastiknya telah menampar pipi Hawa dan jelas kesan merah di pipinya.
" Sudahlah Faiz. Jom balik! Aku geli tengok buaya dengan tikus belanda menggatal," Faiz yang mendengar tertawa dan menahan ketawa.

Sesampainya di rumah, Ifti memasang radio di biliknya. Lagu yang berkumandang yang merupakan lagu kesukaannya membuatkan Ifti semakin emosional. Tangisannya yang ditahannya sejak melihat adegan Adam dan Hawa itu dihamburkan pada tilam empuknya.
" Apa salah aku? Ini ke balasan kesetiaan yang aku curahkan?" tangis Ifti.
Bait-bait lagu kegemarannya menjadikan Ifti hilang kawalan. Segala kesetiaan yang dipamerkan pada Adam sememangnya sia-sia.
" Bodohnya aku!!!" jerit Ifti menghilangkan tekanan yang dialaminya. Cermin di dalam biliknya dipandang. Wajahnya ditenung lama.
" Apa kurangnya aku ni?," belum terjawab persoalannya , Ifti menumbuk cermin tersebut. Darah mengalir di celah-celah jarinya. Darah yang mengalir tidak dihiraukan. Hatinya lagi pedih dan sepeti disiat-siat.
"Jangan ganggu aku!!!" Ifti yang sedang serabut mencampakkan handsetnya ke dinding dan habis berkecai isinya.Radio yang menghiasi kesunyian pagi itu dihentak ke bawah dan habis terburai segala objek dalamannya.
" Kenapa aku???" Ifti ternyata hilang kawalan. Adam merupakan orang pertama yang hadir dalam hidupnya dan orang kedua kesayangannya selepas ibu bapanya meniggal dunia. Helmet yang dipegangnya dihantuk ke dinding kemudian dilemparkan ke atas meja solek seperti boling dan semua barangan kacanya jatuh berkecai. Punah semuanya!
" Pergi mampus kau dari hidup aku!" helmet yang disayanginya itu dibaling tepat kea rah pintu dan terbelah dua. Iftihah terduduk….." Ibu… helmet If dah pecah…"
3 TAHUN KEMUDIAN…
Ifti termenung melihat kelibat Aqwa yang tergesa-gesa keluar dari dewan kuliah. Ternyata Aqwa mempunyai karisma yang tersendiri sehingga Ifti terpikat dengannya. Tiga tahun Ifti mengubati hati yang lara dan ketika itulah Ifti sentiasa tertarik dengan kehadiran Aqwa. Sejak tragedi itu, Ifti tidak lagi menceburi dunia lumba haram. Namun, gayanya masih seperti dulu Cuma sengaja dia menambah spek pada wajahnya agar dia kelihatan skema dan tidak ada orang yang mengacaunya.
Sebaik sahaja Ifti keluar, kereta Viva hitam sedia menunggunya. Diana yang bergaya kelihatan di dalam kereta tersebut.
" Diana, kaulah sahabat sejati aku dunia akhirat," bisik hati kecil Ifti sebelum melangkah kea rah kereta itu.
Aqwa duduk di meja tempahan paling hadapan memandangkan dia memegang syer yang agak besar di dalam syarikat itu. Sejak setahun yang lepas, syarikat Jazz itu mempunyai seorang model yang mampu menggetarkan jiwanya. Aqwa tidak terpikat pada kecantikan luarannya tetapi Aqwa sudah terpikat pada senyumannya dan gaya percakapannya yang sopan. Dan kehadirannya pada hari ini adalah bagi kali yang ketiga bagi melihat bidadari pujaan hati.
" Sekarang tibalah masa bagi model-model kami untuk memperagakan baju rekaan Jazz yang terbaru." Ternyata baju-baju yang diperagakan mendapat sambutan dan tepukan yang gamat. Namun, tibanya pada model yang terakhir, tepukan dan sorakan penonton semakin galak sehingga membuatkan Aqwa cemburu.
" Hish… kenapa aku ni? Bukannya dia rapat dengan aku pun," detik hati Aqwa.
Lenggang-lenggok Jazlinda sempurna dan seperti biasa senyumannya menwan dan menarik perhatian. Gaun putih dan berselang-seli dengan warna biru laut itu amat sesuai dengan kulit Jazlinda. Tambahan pula rambut Jazlinda itu ikal mayang. Ketika berpusing, Aqwa terkedu. Sungguh dia tidak bermimpi. Mata Jazlinda mengenyitkan mata ke arahnya. Tidak semena-mena jantung Aqwa berdetak kencang. Disebabkan perasaan itulah,Aqwa terdiam di mejanya sehingga menjadi orang terakhir di situ.
" Er… Engku buat apa dekat sini?" Diana yang juga hadir dan merupakan orang penting dalam persembahan itu menyapa Aqwa, rakan seuniversitinya.
" Em.. actually, aku…aku… aku,"
" Eh, sejak bila Engku gagap ni?" sengaja Diana bergurau.
" Aku nak jumpa dengan Jazlinda sekejap boleh?"
"Owh… wait seminit.." sepuluh minit Aqwa menanti tetapi kelibat model yang jelita itu tidak juga-juga muncul.
" Seminit lar sangat," rungut Aqwa.
" Ehem..Ehem… Engku kutuk saya ya?"
" Eh… tak adalah," ternyata kedua-duanya cuba menutup resah.
" Comelnya dia tanpa mekap. Buat rosak muka jer mekap tu. Aduh… cair aku kalau lama-lama berdepan dengan minah ni." Bisik hati kecil Aqwa.
" Ada perkara penting ke Engku nak jumpa saya?"
" Owh… Saja nak berkenalan. Anyway, congratulations sebab berjaya meriahkan majlis. Saya tengok, bila Jazlinda keluar jer, semua orang tepuk kuat-kuat. Famous yer!," puji Aqwa.
Perbualan Aqwa dan Jazlinda itu bepanjangan sehingga membibitkan satu rasa yang sukar ditafsirkan. Di akhir perbualan sempat Aqwa meminta nombor telefon Jazlinda dan dengan senang hati Jazlinda memberi.
" Eh! Aqwa, kau tau tak. Aku selalu perasan, minah kat belah kanan yang duduk ujung tu selalu jelling kau bila kau dengar lecturer cakap kat depan. Aku rasa dia ada hati dengan kaulah," Azim yang rapat dengan Aqwa menyatakan pendapatnya.
" Biarlah dia. Kau nak suruh aku buat aper? Jangan kacau aku lar," Aqwa sengaja menekankan ayatnya.
" Alah… sekali jer penuhi impian aku ni. Kau senyum sekejap dekat dia. Aku bet dia mesti kelam-kabut punyalah.Cepat..cepat… dia pandang sini," Azim menggesa Aqwa.
Tanpa membuang masa, Aqwa melemparkan ‘killer smilenya' terhadap gadis yang ditunjuk oleh Azim.
" Pup!"
Ifti terdiam di kerusinya sambil meraba spek matanya yang terjatuh. Bagi menyembunyikan rasa gubranya, Ifti memengelus-elus rambutnya yang pendek. Matanya terus focus ke hadapan.
" Wah.. cayalah kau ek Aqwa. Baru penangan mata kau. Belum lagi kau bercakap dengan dia," Azim ketawa mengekek.
" Tengok orang lar," sengaja Aqwa berkata begitu bagi menutup mulut Azim yang becok itu. Namun, muka dan lagak Ifti itu menarik perhatian Aqwa. Mukanya seperti pernah dilihat. Se belum Aqwa berkhayal lebih jauh, cepat-cepat dihapuskan bayangannya itu.
Seperti biasa,empat bulan sekali akan ada rekaan terbaru Jazz. Aqwa yang selama ini gila bayang Jazlinda segera terburu-buru keluar dari dewan kuliah. Sifat terburu-buru Aqwa itu menyebabkan Aqwa terlupa akan diari biru yag sentiasa dibawa kemana-mana.Ifti yang ingin memanggil Aqwa tidak jadi apabila melihat bayangan Aqwa sudah hilang. Hati Ifti bagai mendesaknya agar membukadiari itu dan apabila terlihat sahaja gambar seorang perempuan yang bergaun putih menghiasi helaian pertama itu membuatkan air matanya menitis. Ternyata Aqwa sepadan dengan model yang comel itu. Bagai pinang dibelah dualah jika Aqwa digandingkan dengan model itu. Dalam diam, senyuman terukir di hujung bibir Ifti.
Aqwa sengaja datang awal kerana dia ingin mengahadiahkan Jazlinda sejambak bunga ros segar.Aqwa mahu melihat senyuman manis terukir di bibir Jazlinda. Memandangkan Aqwa orang terpenting di situ, senang sahaja dia pergi ke belakang pentas. Namun, melalui pintu belakang pentas yang tidak tertutup rapat hati Aqwa bagai disiat-siat dengan pisau yang tajam apabila ada seorang lelaki muda yang sedang mencium pipi Jazlinda. Dan Jazlinda kelihatan gembira sekali.
" Er..er.. sir. Can you give this flowers to that beautiful fairy?," sebaik sahaja lelaki yang mencium Jazlinda itu berlalu, Aqwa memesan kepadanya,. Sengaja Aqwa berbuat begitu untuk melihat wajah cemburu lelaki itu kerana Jazlinda mempunyai seorang peminat rahsia tetapi hampa. Sebaliknya lelaki itu mengangguk dan mempamerkan senyuman manis.
" Shit!" Aqwa yang semakin sakit hati terus berlalu dan menelefon handset Marinda, gadis yang tergila-gilakannya sejak dia hadir di universiti itu. Jika Jazlinda boleh curang dibelakangnya dan mengatakan sayang hanya pada mulut, dia juga boleh buat begitu.
" Marinda, are you free tonight? If not, I will fetch you at eight." Selepas talian diputuskan, Aqwa tersenyum puas hati. Dia dayus jika memukul perempuan, tetapi dia boleh menggunakan banyak cara lain bagi menyakitkan hati Jazlinda.
"Hello Kak Ifti, see… What I had brought to you. Satu jambangan bunga ros merah yang segar lagi tu," reaksi muka Ifti yang teruja begitu jelas.
" Kak Ifti… Oo.. Kak Ifti, guess who???"
" Shh.. Slow your voice. Kan akak dah cakap, bila akak ader show, call me Jazlinda,"
" Ups… sorry… Fizul pergi dulu yer.." Ifti hanya menggeleng dan tersenyum sendiri. Penemuan gambar dalam diari pada tamat sesi kuliah tadi pun sudah membuatkannya gembira. Inikan pula pemberian ros segar itu. Dalam banyak-banyak bunga yang diterimanya, jambangan ros segar yang tertera nama Aqwa itu diletakkan di tempat yang terbaik. Sebelum bersiap sepenuhnya, Ifti sempat mencium bunga-bunga ros merah itu.
Dengan penuh yakin, Ifti melangkah dengan penuh gaya bagi menutup acara terakhir pada hari itu Ifti tampil dengan baju kebaya kainnya diimport khas dari Brunei dan berkualiti tinggi. Sewaktu tiba di hadapan pentas seperti biasa, Ifti akan membuat posing yang sesuai. Namun, hampir tercabut biji matanya apabila melihat Aqwa sedang berkepit dengan Marinda, gadis seksi jurusan art. Mujur Ifti tidak mudah melatah. Tanpa disedari, sebelum berpusing, Ifti memberikan'flying kiss' kepada Aqwa. Mata mereka bertentang.
Mata Ifti penuh deagan rasa sedih yang menggunung namun berlainan pula dengan mata Aqwa yang penuh dengan kemenangan kerana berjaya menyakitkan hati Jazlinda.
" Diana, hari tu kau ada tanya aku pasal nak sambung kontrak denagan syarikat ni ke tak kan. Aku dah buat keputusan, aku stop kat sini jer. Habis jer study aku tahun ni, aku nak further study. Sorry tak dapat penuhi impian kau. Pesan dekat Jazz, thanks for everythings. Aku tak boleh nak tunggu sampai majlis ni habis betul-betul, aku ada emergency ni. Pasal gaji aku,next time jerlah aku datang ambil," Ifti yang sememangnya menuggu masa untuk menghamburkan tangisannya terus berlalu dan menukar baju.
" Bodohnya aku kerana percaya lelaki lagi. Sepatutnya aku tahu, lelaki buaya macam dia akan sentiasa mencari mangsa. Kenapa? Kenapa bila aku bagi kesetiaan, balasan ni yang aku dapat?," sambil berlari meninggalkan hotel lima bintang itu, mata Ifti ternyata sudah berkaca dan Hafizul yang memanggilnya sejak di lobi lagi tidak dihiraukan. Telefon bimbitnya pula dimatikan. Biarlah hari ini dia melupakan segala-galanya.
_____________________________________

Hari ini merupakan hari terakhir buat Ifti di universiti. Hari konvokesyen ini sangat meriah sehingga Ifti rasa terasing. Majlis konvokesyen sudah selesai . Melihatkan Aqwa yang bergambar dengan Marinda telah membuka kembali kisah luka berdarah di hatinya hampir sempurna 5 bulan yang lalu.
" Ouch! Are you blind? Dah pakai spek mata pun rabun lagi sampai terlanggar orang?"
" Er.. sorry..," Ifti mengambil jalan mudah agar tiada masalah yang timbul tetapi,
" Sorry? Nampak tak baju I dah kotor sebab you terlanggar I ? Dasar perempuan kampung. Kolot! Perempuan nerd macam you ni memang," belum sempat Marinda menyambung Aqwa sudah datang dan menyampuk.
" Enough Marinda. I tengok dia lagi cantik.."
" Prove it!" kata-kata Marinda yang lantang itu telah mencuri tumpuan ramai. Kedatangan Aqwa kearah Ifti pula menyebabkan Ifti semakin berdebar dan nafasnya seakan sesak.
" Spek mata ni tak sesuai dengan you Ifti," kata-kata Aqwa menyebabkan Ifti gubra dan mengelus –elus rambut. Tangannya merampas kembali spek matanya.
" Is that all, Aqwa?," Marinda mengejek. Ifti ingin berlalu pergi tetapi tangannya ditarik dan ditahan oleh Aqwa.
" Sampai bila you nak bersembunyi Jazlinda? I tak buta lagi… Please, untuk hari ni je, anggaplah ni permintaan I," Aqwa separuh merayu. Melihatkan tiada bantahan daripada Ifti, perlahan-lahan rambut palsu perang yang melindungi rambut ikal mayang Ifti itu ditanggal. Kemudian, Ifti tidak ingat apa-apa lagi. Perkara terakhir yang didengarinya ialah jeritan terkejut Marinda dan suara orang sekeliling yang terkejut.

Perlahan-lahan, Ifti membuka matanya yang semakin jelas. Kepalanya masih berpinar.
" Lar, mimpi ker. Patutlah… dulu ibu dah pesan jangan tido time senja," tawa Ifti dalam diam.
Matahari di luar sudah terbenam dan Ifti yang melayan perasaan terkejut apabila ada seorang lelaki yng segak membawa dulang makanan ke arahnya. Pucat muka Ifti melihat lelaki itu. AQWA!
Ifti yang perasan dengan kehadiran Aqwa segera menutup matanya. Dia tidak mahu disakiti lagi. Cukuplah selama ini Aqwa menghiris hatinya.
" Ehem… Ifti… saya tahu awak pernah terluka selama ni. Kehadiran saya membuatkan awak ceria kembalikan? Diana yang cerita dekat saya.," Aqwa jelas kedengaran berat untuk meneruskan ayat seterusya.
"Siap kau Diana lepas ni… Buat malu aku je." jerit hati Ifti
" Jangan pulak awak marah dekat Diana. Saya yang merayu dekat dia sampai dia serba salah."
" Sah mamat ni ahli nujum.." hati Ifti masih keras sambil memjamkan matanya. Semua kata-kata Aqwa dibalas dalam hati sahaja.
" Awak tahu tak… saya cemburu bila nampak Hafizul cium awak. Ternyata saya masih orang baru sebab adik awak sendiri pun saya tak kenal waktu tu. Sebab tu lah malam tu, lepas saya paskan bunga tu dekat adik awak, saya terus suruh Marinda bersiap dan saya jadikan dia umpan untuk awak sakit hati. Saya fikir, kalau awak boleh curang, saya boleh buat juga," air mata Ifti mengalir lantas sengaja badannya dipusing membelakangkan Aqwa.
" Saya tahu segala-galanya sebaik sahaja majlis malam tu tamat. Adik awak datang tumbuk saya dekat belakang pentas dan terangkan hubungan dia dengan awak. Dia bagi amaran agar jauhi awak. Saya menyesal yang amat sangat…" Aqwa mengambil nafas agar dia boleh menjelaskan segala-galanya.
" Lepas tu saya cari awak merata-rata. Agensi syarikat awak pun tak tahu awak pergi mana. Saya pujuk Diana api dia pegang pada janji. Dia suruh saya cari sendiri. Mungkin awak perasan saya ada ponteng kelas sebulan kan. Saya demam panas.Tapi saya teguhkan hati dengan mengatakan awak sentiasa hamper dengan saya sebab saya sentiasa merasai kehadiran awak dalam kelas. Sepanjang ketiadaan awak, saya tertarik dengan perlakuan seorang perempuan yang agak skema dalam kelas tu. Dia ada satu habit sama dengan Jazlinda. Bila dia gubra atau tak yakin bila nak cakap, dia akan belai dan main dengan rambut dia sendiri.
" Mulai saat tu, saya yakin awaklah Jazlinda. Saya jer yang buta… Sudahlah. Awak pun mesti bosan sebab dengar saya bebel. At least, saya datang nak minta maaf segala –galanya. Em, malam ni, mama nak langsungkan pertunangan Sherinaa dengan,"
" Aqwa… Dah maghrib. I rasa, tak sopan kalau orang nampak ada lelaki dalam rumah I," Diana datang mencelah perbualan Aqwa dengan Ifti.
" Oklah… saya tinggalkan kad dekat atas meja tu. Saya harap awak datang," sebelum berlalu, Aqwa sempat berpesan. Air mata Ifti mengalir laju.

Ifti yang memakai baju baju kurung berwarna pich itu tidak mempedulikan orang ramai yang tertumpu padanya. Yang penting dia tak mahu Aqwa menjadi milik orang lain. Pertunangan Aqwa dengan Sherinaa perlu dibatalkan.
" AQWA, SAYA SAYANGKAN AWAK!!!" suara Ifti memenuhi ruang tamu rumah Datin Kamariah. Tetamu semua memandang tepat ke arah Ifti.
Aqwa yang berbaju melayu yang berwarna pich itu kelihatan segak terus bangun dari duduknya dan mengahampiri Ifti. Mereka seperti berjanji pula.
" Aqwa apa dah jadi ni?," Datin Kamariah menghampiri mereka. Mata Ifti yang berkaca direnung tajam.
" Maafkan saya datin, saya harap majlis ni dibatalkan. Saya sayangkan Aqwa. Saya tak nak kehilangan dia," habis sahaja Ifti bercakap, jelas Datin Kamariah mengeluh.
" Lar, mama ingatkan aper tadi. Aqwa, pujuk balik Ifti. Terangkan yang sepatutnya. Kalau Ifti menangis lagi, siaplah Aqwa," terangkat wajah Ifti kerana sangkaanya, Datin Kamariah akan memarahinya. Melihatkan wajah Aqwa yang tersenyum, Ifti mula terasa dipermainkan.
"Sori… saya tak habis cerita petang tadi. Yang nak bertunang malam ni, abang saya. Aqwa Hizbullah. Saya Aqwa Hizmani. Kad tu awak tak tengok???"
" Awak jahat!"
Melihatkan Ifti yang sudah bergerak, Aqwa menjerit dan mengejar Ifti.
" Qurratul Iftihah… Saya sayangkan awak!!" jeritan Aqwa menyebabkan suasana rumah Datin Kamariah kecoh dengan adegan Aqwa tetapi tidak dipedulikan oleh Aqwa. Ifti ternyata terpana dan berpaling.
" Qurratul Iftihah, will you marry me?" Aqwa sudah berlutut di hadapan Ifti sambil mempamerkan sebentuk cincin yang bertatahkan sebutir berlian.
" Bersaksikan langit, bulan, dan bintang..," kata –kata Ifti tergantung tetapi, melihat sahaja anggukan Ifti, Aqwa menjerit kegembiraan.
" Yes!!! Jomlah masuk dalam." pujuk Aqwa sambil tersenyum.
" Tak naklah. Ifti malu dekat semua orang.. Nak buat apa pun dekat dalam?"
" Kita tunang terus!" tangan Aqwa era menggenggam jari Ifti.
" What???"
" Tak adalah. Acah jer. Mati Aqwa kena balun dengan mak nanti. Tapi, Aqwa dah rancang. Next montah, tunang… Bulan depannya pulak nikah.Alright?"
"Bulan depannya pulak dapat baby.."sambung Aqwa
" Gatal!" Lantas satu cunbitan hinggap di bahu Aqwa. Datin Kamariah yang melihat adegan itu hanya tersenyum bahagia. Tidak sia-sialah anaknya mencari selama ini.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.