Cerpen : Housekeeper

Cerpen : Housekeeper
Nama Pena : didie deandra

'Nah...ini uniform awak...'Wanita putih gebu itu memberikan aku sepasang uniform hijau muda yang agaknya agak besar bagiku.Saiz XL.Saiz aku L.
"terima kasih" jawabku penuh sopan.
Hari ini aku akan memulakan fasa baru hidup aku sebagai housekeeper. Kerja ni part time saja sebenarnya. Aku baru habis peperiksaan STPM. Semantara menunggu keputusan,baik aku kerja. dapat juagk duit poket.Kebetulan rumah aku berdekatakan resort ni.Staf-staf di sini juga hampir semuanya mengenali aku. Aku orang yang ramah.Mudah mesra.Mudah menegur orang.Sebab tu mereka selesa dengan aku dan dengan mudah aku dpat kerja ni setelah dua hari mengikuuti kursusnya. Wanita putih gebu kelihatan sedang mencari sesuatu. Wahida namanya. Pegawai baru yang bertugas yang di tempatkan di bumi Mahsuri ini. Aku masih berda di biliknya. Dia belum memberikan arahan untuk aku keluar. Dia memberikan dua helai kertas kepda aku. Untuk dijadikan panduan katanya. Sambil itu dia menmrangkan peratura-peraturan,etika-etika dan cara berkomunikasi serba ringkas. Aku hampir Tahu semuanya.Cuma pura-pura tak tahu. Setelah selesai dia mengarah aku keluar dan memulakan tugas. Jika ada apa-apa yang aku tak paham,tanyakan sja pada staf-staf yang lebih senior. Aku melangkah keluar.

Aku bertemu Hana yang sudah agak rapat denganku. Hana sebaya aku cumanya dia sudah tetap bekerja di sini . Lepas SPM, terus mula bekerja. Hana memberiakn aku troli yang terdapat barang-barang yang amat serasi sebagai tugas housekeeper. Aku manerima dengan senang. Aku harap dapat belajar sesuatu walaupun hanya bertugas housekeeping. Hana memberi nasihat agar sentasa berjaga-jaga dan beringat. Bukan mudah kerja housekeeping.Perlu teliti dan teratur. Tambahan pula resort ini agak terkenal di Langkawi ini. Ramai pelancong datang menginap di sini. Kadang mereka tertinggal barang,dan barang mereka hilang,kita dipersalahkan padahal barang itu hilang selepas mereka chek-out. Buakn hilang di bilik,hilang di luar. Sebab itu Hana menyuruh aku berhati-hati dan teliti. Jika terjumpa barang yang bukan milik pihak resort,lakukan seperti yang telah di ajarkan.

"Bilik 306 baru di kosongkan. Awak setel bilik tu k..Ada apa-apa panggil saya..." kata Hana lembut.
"ok...saya pergi sekarang.." jawabku sambil tersenyum. Teruja jugak first time nak buat kerja.
"awak tahu tak bilik yang mana?"
'tahu..tingkat 3 sebelah kanan.."
"ha...betullah..."
Aku tersenyum. "Hana,saya pergi dululah.."
"okey....buat kerja baik-baik..." sahut Hana.

Aku tolak troli. Tekan lif ke tingkat 3. Cari bilik 306. Ambil kunci dan buka. Tidaklah bersepah sangat...kataku dalam hati. Aku memulakan tugas. Aku pergi ke bilik air. Agak kotor. Baru nak masuk bilik air,bell dibunyikan. Aku terfikir. siapa?? Hana kot... Aku bukak pintu. Ternyata bukan Hana.

"hai..."
"hai...." jawabku.
Seorang gadis tersenyum kepadaku.
"Awak nadia kan...saya Juwita.." katanya manja sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut. Lembut gila tangan dia ni. Monolog dalamanku.
"a'a...saya nadia..awak staf sini jugak ke..maaf la saya baru start arini..tak kenal lagi semua orang..." jawabku dengan ramahnya.
"tak apa..biasa la tu... saya datang nak tolong awak"
"oh ye ke...Hana suruh ek...?' agak ku. Tapi Hana tak maklumkan padaku pun tadi.
Juwita tersenyum. Dia masuk tanpa disuruh.
"saya baru nak cuci bilik air tadi.." aku memulakan bicara.
"emmm...awak cucilah,saya kemaskan di sini"
Aku melirih Juwita.Dia cantik. Kulitnya gebu dan halus. Macam kulit bayi. Pandai dia jaga kulit.
"awak dah lama ke kerja kat sini?" tanyaku sekadar memecah sunyi.
"dah lama saya kat sini" Jawabnya acuh tak acuh. Ternyata dia kurang ingin berbual.
Aku pun diam . Aku cuma memerhatinya dari belakang. Aku hairan kenapa Juwita tak mengikat rambutnya yang panjang mengurai tu? setahu aku staf sini perlu mengikat rambut supaya kelihatan kemas. Aku juga begitu. Aku perlu sanggul rambut aku. Ku lirih Juwita lagi. Ternyata dia sudah berpengalaman . Cara dia menukar cadar katil nampak senang baginya. Aku ni jenis suka memerhati orang.Dan maenafsir orang. Wangian Juwita harum sekali. Perfume aplah yang dia semburkan . Sangat wangi menusuk hidung.
Aku masuk ke bilik air menyudahkan kerjaku. aku biarkan Juwita dengan kerjanya. Setelah selesai mencuci,aku keluar. Bilik dah kemas. Juwita cekap. Cepat dia buat kerja.Aku mancari Juwita. Tiada. Mungkin dia dah turun kot. Aku meneka sendiri.
Setelah memeriksa semuanya,aku keluar. Aku turun. Aku bertemu Hana.

'hai..cepat turun..dah siap ke?"
"dah..semua dah setel" jawabku.
"biar betul..? cepat awak buat..bersih ke tak??" tanya Hana agak ragu.
"kemas.. tak percaya pergi check.." jawabku sambil tersenyum.
"selalunya orang baru start kerja lambat skit siapnya..."
"dah ada oarang tolong...mau tak cepat" jawabku sambil melihat-lihat kertas yang diberikan padaku.
"sapa tolong?" tanya Hana.
"orang yang awak hantar la...Juwita. "
"Juwita??" tanya Hana dengan wajah terkejut.
"yela.."
"awak jumpa dia?"
"yela...tadi dia tolong saya..dia mana Hana..tadi dia terus turun.." aku tanya Hana pulak.Asyik dia saja menyoal aku.
"awak dah jupa tak pe la.." jawab Hana perlahan. Air mukanya berubah.
"nape ni Hana...?"
Hana menggeleng. dia diam. Kemudian dia bersuara.
"saya nak cerita kat awak...tapi awak dah tahu takpelah..."
"tahu apa??"
"tak tahu lagi??"
Aku mandesak Hana untuk bercerita.
"Begini ceritanya...Juwita tu dulu staf sini...da lama dia bekerja di sini..tapi tahun lepas lepas Juwita hilang.." Hana berhenti bercerita.
"hilang pergi mana?" jawabku hairan. Penuh perasaan ingin tahu.
"Juwita kena bunuh.." jawab Hana.
Aku diam. Tah betul ke tidak minah ni...kata aku dalam hati.
"Juwita kena bunuh dengan seoarang perempuan. Staf sini jugak. Dia jeles sebab Juwita tu cantik sangat. Ramai jatuh hati kat Juwita. Termasuk suami si pembunuh tu..." jelas Hana.
"abes tu yang tadi tu.....????" tanya aku..
"ramai oarang dah jumpa 'Juwita'. Saya sendiri pernah nampak..pembunuh tu dah di tangkap..cuma mayat Juwita belum di temui..dia cakap dia tanam dekat-dekat sini..tapi tak jumpa-jumpa sampai sekarang..."Hana menjelaskan lagi.
Aku tergamam. Tak pernah pun aku debgar cerita ni walaupun aku asal sini. Hana seolah-olah dapat membaca fikiranku.
"cerita ni oarng-orang dlam resort ni je tahu...kadang-kadang ada staf ternampak 'Juwita'berlegar-legar kat sini..diorang pun dah biasa...cuma jangan di tegurnya...buat tak tahu je.." jelas Hana.
"lama-lama awak akn biasa dengan 'Juwita'...awak masih baru...lama-lama okeylah.." tambah Hana lagi dengan slambernya.
"cuma jangan di tegur je...nanti dia marah..boleh jadi ganas...tapi maintain cun..." Hana berseloroh sambil tergelak-gelak. Seolah-olah benda tu macam biasa sangat.
Aku rasa macam nak rebah. Peluh. Dingin.Meremang bulu roma. Patutlah Juwita tak ikat rambut tadi.
Aku sekali lagi macam nak rebah. Terdiam. Hana berlalu pergi ke kaunter. aku masih berdiri Macam nak terduduk tapi tak terduduk. Mungkin betul cakap Hana. Lama-lama aku akan biasa. JUWITA....

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.