Cerpen : Sebuah Kemaafan

Cerpen : Sebuah Kemaafan
Nama Pena : burberry_lost

"PERGI!! Aku ckp pergi!! Aku xnak tgk muka org yang telah merosakkan keluarga aku!! Pergi kau..pergi!!" aku sudah tidak dapat menahan sebak di hati. Berderai air mata ku kerana seorg lelaki yg sepatutnya menjadi pelindung aku dan kelurga. Yang sepatutnya menjadi tulang belakang keluarga.
Ku lihat dia melangkah perlahan-lahan meninggalkan rumah ku. Dapat ku lihat reaksi kecewa di raut wajahnya. ‘aah,ape aku peduli. Jangan ingat aku akan tewas.’ Hati ku mengumam.

"along! Sape ajar along jadi kurang ajar mcm ni?? Mama x penah ajr ank-ank mama kurang ajr mcm ni. Dia tu ayah kamu. Darah yang mengalir dlm tubuh kamu tu ade darah dia..kamu.." "mama ingat along senang2 boleh maafkan dia? Maaf mama along tak mampu. Hati ni terlalu kecewa ma. Along x sekuat mama. Tak semudah itu untuk memaafkan org itu..." blm smpat mama mengahabiskan ayatnya aku sudah memotong. Bukan tidak hormat atau nk kurang ajar dan aku juga tidak mahu digelar anak derhaka kepada mama aku yg banyak berkorban kepada aku dan adik2 aku selama 15 tahun ini.


Aku,Ika Syazira binti Mohd Nordin..selama 15 tahun aku hidup tanpa belaian kasih sayang seorang ayah. Ayah hanya ada pada hujung nama aku. Sedangkan tanggungjawabnya sbg ayah tidak pernah terlaksana. Cukup la penderitaan aku selama ini dan tidak mungkin dgn mudahnya aku akan memaafkan insan yg membuat tidur mama bergelimpangan air mata. Cukup lah 15 tahun!! Dia pergi tanpa khabar tinggalkan aku,adik2 dan mama. Insan yg terlalu menyintai dia.

‘npe dia muncul semula? Knpa??’hati kecil Ika bertanya. Dia teringatkan kenangan dia semasa kecil..

"siapa nama kamu?" tanya guru kelas Tadika Sri Kenanga merangkap guru kelas aku semasa tadika. "Ika Syazira binti Mohd Nordin" jawab ku perlahan dan.."ayah kamu kerja ape?" sambung cikgu Sazana. "err.." "ayah dia xde ckgu. Ayah dia dah tgglkan mak dia" ntah suara sape yang mnyampuk. Aku tertunduk malu dan air mata mula bergenang. Perlahan-lahan aku kesat dgn hujung lengan bju sekolah ku. "Sape yang menyampuk td? Ada cikgu tanya kamu?" semua terdiam dan tidak mengaku.
Itu kenangan ketika dia di sekolah tadika. Mula-mula dia mengenal sekolah. Mula-mula hendak mengenal ABC. Aku selalu diejek kerana tidak mempunyai seorang ayah. Seringkali aku menangis bila pulang dari sekolah. Mama pula setiap kali aku bertanya perihal abah mesti aku lihat air mata mama bergenang. Sejak dari itu aku sudah tidak bertanya pada mama. Tak sanggup aku melihat dia menangis lagi.

Ika menangis mengenangkan kisah silamnya. Dia teringat ketika adiknya,angah kemalangan kerana dilanggar oleh bas yang hampir merangut nyawanya. Tp Alhamdulillah umur dia masih pnjang. Dia cuma mengalami patah tulang betis. Selama dua bulan dia terlantar di hospital tp langsung kelibat ayahnya tidak kelihatan walau dihubungi beberapakali. Sakit hatinya mengenangkan sikap ayahnya. Klu bukan angah yg beria menyuruhnya menghubungi ayah tak mungkin dia akan berbuat demikian. Benci betul dia dgn ayahnya.
"along..along dah kol abah? Dia nk datang tak tgk angah? Angah nk sgt tgk dia. Nk dia temankan angah kt sni. Boring la asyik along dgn mama je yg jaga angah. Kecian gak angah tgk mama dan along kna jga angah kt sni"angah bertanya ketika aku bru smpai setelah keluar mkn di cafe hospital tersebut. "angah nk pergi toilet tak? Meh along tolong" sengaja aku menukar topik. "emm..ok"agaknya angah faham mengapa aku mengelak untuk menjawab pertanyaannya.

"along..along.." terasa bahu ku digoyang. Terkajut aku ble melihat mama di hadapan aku tercengat memerhatikan wajahku. Seolah inginkn jawapan dari aku. "eh mama..ble mama masuk? Aku membetulkan kedudukan aku di atas katil. Aku tunduk tidak mahu mama mengesan aku menangis.
"along,mama nk ckp sikit ngan along"
"apa dia ma? Ckp la. Sjk bila mama malu2 nk ckp ngan along ni? Mama nk kwen lg ke?"
"eh kesitu plak budak ni. Kamu tu yang patut kwen. Umur kamu da msuk 22 tahun dah tahun ni. Dah boleh kwen dah" alamak aku plak yang terkena. Ni yg malas dgr ni. Bru je aku ingt nk kna kn mama,alih2 aku plak yg terkena.
"mama nk ckp ni.."mama menarik nafas panjang. Seolah2 berat perkhabaran yang ingin di smpaikan.
"tadi pakcik ngah kamu kol. Adik abah kamu. Dia ckp abah kamu sakit tenat kat hospital skrg. Kamu xnak melawat abah ke along?" mama memandang ku seolh menagih simpati dari aku.
"wakpe along nk pergi melawat dia ma? Time angah skt dlu ade dia dtg melawat? Kol tanya khbar pn tak. Buat ape along nk pergi? Biar dia rase mcm yang kte rase dlu waktu kte perlukan dia tp dia lgsg x endah" hati ku geram bila mengingatkan tentang itu.
"along..x boleh ke kamu maafkan dia?" suara mama mula meninggi. Aku tau mama marah. Mama nak aku maafkan dia tp tak mungkin semudah itu aku akn maafkan dia. Hati aku cukup terluka dgn perbuatannya dlu. Malah mungkin dah bernanah.
"tengok la ma,klu free along pergi la" ku lihat mama bangkit dari katil ku melangkah keluar. Mungkin kecewa dgn sikap keras kepala ku.
‘maafkan along ma,along x mampu nk maafkan dia’ desis hatiku.




"weh Ika,jom kte pergi main bowling nk lepas abs kelas jap lagi?" Farisya,teman baik ku yang aku kenal sejak mula mendaftarkan diri di UTM. Ketika itu aku baru lepas dimarahi oleh senior ketika minggu orientasi kerana aku lambat menyiapkan kerja yg disuruh oleh mereka. "ade ke ptut stor sebesar ni nk aku kemaskan sorg2. Siap ade timing lg. Sewel betol la senior ni. Mau patah pinggang aku. Dah la berdebu" aku mengomel sendirian sambil mengemas stor sukan yang diarahkan oleh senior td.

"hah Ika,awak x siap lg kemas stor ni? Ape la awk ni pemalas betul!" tengking seorang senior yang dikenali sebagai Abg Man dikalangan kami junior.
Berdesing telinga aku bila dijerkah sedemikian rupa. Tiba2.."abg Man,biar sy tolong dia kemaskan stor ni. Cpt sket siap" seorang gadis melangkah kearahku sambil tersenyum. "Nsb baik awk nk tlg,klu harapkan Ika ni ntah bila la nk siap. Pemalas! Cepat sket. Sy nk sblm lunch korg dah siap lemas" Abg Man memberi arahan. Kami berdua serentak mengangguk. Dari semenjak itulah hubungan kami makin akrab sehinggalah kami berdua di tahun kedua.

"weh ika! Ika!"Farisya berteriak smbl mencekak pinggang di hadapan aku. "eh Isya..ape kau cakap?"
Hoi minah,dah smpai langit keberapa ko smpai hah? Dari tadi aku duk depan ko bercakap ngan ko. Aku ingt aku ckp ngan ngan dinding dah. Rupanya bernyawa lg ko eyh?" farisya mendengus geram.
"sowi la darling,aku termelamun. Dah smp langit ketujuh dah" aku tergelak tgk muka Farisya yang sedang geram tu. Comel minah ni. Ramai peminat dia. Klu tak,takkan la mat Indon tukang kebun tu pun leh tergila2 kn dia. Hahahaha.."wey,yg ko tersengih-sengih cam org sewel ni knpe?" dia menggeleng kearah ku.

"ee x fhm btul la aku ngan ko ni. Td duk mengelamun sampai aku ckp pn sepatah haram ko x dgr. Ni siap gelak2 lg. Sah kpla ko dah mereng. Tak pn ade wayar yang da putus. Meh aku check. Risau aku" dia berkata sambil menjamah dahi ku.
"weh ape la ko ni. Aku ok lg la. Ok2 ape ko ckp td? Ulang blk." "Tanak la aku,majuk!" Farisya mencebik kearah ku. "ok3..ko nk majuk brape lama ni?" aku pura2 sedih. "40 saat. MAJUK!!"
Aku mula mengira,"1..2..3.......38..39..40!! Hah dah abs dah due dia. Dah2, burok bebenor aku nengok org tua cam ko ni majuk" tergelak aku dengan telatah Farisya. "ok2 aku dah x majuk aslkan ko blnje aku main bowling pas abs klas jap ag"dia tersengih dan sengihnya makin melebar tatkala melihat aku mengangguk.
Itu la kawan ku. Tempat aku melepaskan segala tekanan ku. Tempat aku bersedih dan bergembira. Aku bersyukur mempunyai kawan sebaik Isya.



"wey Ika tgk aku strike la..hahaha..ko jgn jeles.." tergelak aku melihat gelagat Isya yg terloncat-loncat cam budak kck dpt aiskrim. Tiba-tiba lagu Hatin On The Club nyanyian Rihanna kedengaran dicelah-celah bingit di pusat bowling yg kami kunjungi di Plaza Angsana. Cepat aku menyeluk poket seluar ku dan.."hello angah,npe kol along? Ko ade kt mne? Along ngah main bowling.." tak sempat aku meyudahkan ayat ku dia sudah memotong.."along,abah! Abah dah makin tenat. Mama sruh along pergi hosp skrg gak" terang angah. "tengok lah nanti" aku menjawab acuh tak acuh.

"wey sape kol? Apsal muka cam kucing sesat je ni?" Isya mendekati aku.
"abah aku tenat kat hospital".
Weh dah turn aku kn? Aku mesti trike kali ni. X aci la ko je asyk strike" aku bersuara lantas berdiri. Bru aku ingin melontarkan bola bowling Isya bersuara.."ko npe Ika? Ko tanak ke pergi melawat abah ko? Mne tau lps ni ko xkn jmpa dia lg lepas ni" Isya cuba menasihati ku. "alaa biar la dia..time aku susah dlu dia elok je x dtg. Time adik aku skt terlantar kt hospital dlu xde pn dia amik tau. Biar la padan muka dia. Biar dia rse cam aku rasa" aku terus melontarkan bola dan menjatuhkan pin seberapa banyak yg aku boleh.
"aku x sangka ati ko ni keras sgt Ika. Dah la aku nk blk. Xnk lah aku berkawan ngan org mcm ko ni. Tak berhati perut lgsg. Dia abah ko Ika! Klu dia xde maka xde la ko.." Isya melangkah meninggalkan aku termangu sendirian.



"err..nurse,mne bilik pesakit nama Mohd Nordin bin Awang" tanya ku pada nurse yg sedang bertugas di kuanter. "bilik num 3. Hujung sana.." dia memberitahu sambil mngarahkan tangannya ke suatu arah. "terima kasih" aku terus menapak kearah tempat yg dimaksudkan. Hatiku berdegup kuat. Aku memejam mata untuk mengembalikan kekuatan yang makin goyah. Tangan ku memegang tombol pntu lalu ku pulas dan pintu terbuka. Semua mata terarah kearah ku. Ak tersenyum kelat. Ku lihat mama,angah dan acik pun ada serta beberapa saudara mara lain. Aku menapak perlahan dan menyalami semua yang ada. Aku memandang sebujur tubuh yg lemah di ats katil. Ku lihat tubuhnya yg dulu tegap sudah mengering. Kurus sekali. Mukanya juga cengkung. Aku terpejam celik di depannya. Dia seakan menyedari kedatangan ku dan membuka matanya. "along.." susah aku melihat dia hendak bercakap tapi tetap digagahkannya. Aku memandang mama mahu meminjam kekuatan dari mama. Mama mengangguk lalu semua yang hadir beransur meninggalkan aku bersama dia. Seolah mahu memberi ruang untuk aku dan dia.

"along.."dia bersuara lagi. Aku memandang kearahnya dan tanpa ku sedari air mata ku laju menuruni pipi ku.
"abah,nape abah buat along macam ni? Ape salah along? Npe abah langsung tak amik peduli hal kami semua? Abah tau tak betapa sakitnya hati along setiap kali tgk mama nangis ble dia rndukan abah? Npe abah langsung tak jenguk angah yang skt terlantar di hospital? Mana abah pergi? Mana abah ble along perlukan abah? Abah tau tak hari mula2 along daftar tadika along kna ejek sebab xde ayah. Mane abah mse along kna kcau ngan budak nakal waktu blk sekolah smpai baju along terkoyak? Mana abah mase mesyuarat PIBG sekolah? Abah tau tak sape yang dtg? Mak mah jiran umah kita yg datang. mana abah setiap kali raya? Along nk jgk salam pastu mintak duit raya cam budak lain. Mase along msuk sekolah asrama tak pernah abah jenguk along kt situ. Along dengki tengok kwn2 tiap2 minggu ibu bapa dia dtg jenguk" bertubi-tubi aku bertanya padanya.
Ku lihat air matanya mengalir. Dia membiarkan aku terus menyambung pertanyaan yang telah lama ingin aku tanya padanya dan aku terus menyambung.
" abah tak kesian ke kt along ngan adik2? Tak macam anak org lain,ada abah. Kami pn nak gak kuar bercuti sama2,beriadah sama2. Setiap kali birthday along mama je yg wish ngan adik2. Mane abah? Along x minta hadiah pun dari abah. Tiap tahun along berdoa abah akan balik sambut birthday along ngan mama dan adik2. Mesti abah lupakan bile tarikh birthday along? Betul kan?" aku melihat dia mengangguk.
Hancur luluh hatiku. Aku berharap dia menyangkal kata-kata ku tp dia mengiyakan. Tangisan ku makin kuat.

"along tak kira!! Along nk abah tebus balik semua ni.. along tak kira. Along nk abah bangun dari katil ni" kata ku smbil menarik tangannya. Dia cuba untuk bangun tp nampak payah sekali untuk dia mengangkat kepalanya. Aku mula mengoncang badannya. "abah bangun la..bangun la..along tak kira,abah kana tebus balik gak semua ni" air matanya makin deras melihat reaksi ku. "along,ape along buat ni?" mama menyerbu masuk ble mendengar suara ku yg terlalu kuat sampai ke luar.
"along nak abah tebus balik semua yg abah dah lepas sebelum ni. Along tak kira" kataku smbil mnegesat air mata.
"along,abah minta maaf..maafkan abah ye?" sungguh susah aku melihat dia hendak menyudahkan kata2nya itu. Usai dia bersuara aku lihat dadanya berombak kasar dan....Innalilliahiwarojiun..

"abah!!!!!!!!!!!!!!" kuat suara ku menjerit sambil memeluk badannya yang telah kaku itu. "abah bangun la abah. Along dah maafkan abah la. Kan along suruh abah tebus balik mase yg abah tertinggal tu? Abah bangun la" aku merengek. Mama memeluk ku.




"along..dah la jom kte balik..hari dah lewat ni. Esok kte dtg lg ok?" mama bersuara memujuk ku pulang. Abah telah dikuburkan di kampung abah seperti permintaan abah sebelum ini. Di Melaka.
"abah,along balik dulu ye. Esok along datang lg. Bye abah" aku bersuara sambil memegang batu nisan yang terpacak di kubur abah.
Aku melambai lalu melangkah meninggalkan tanah perkuburan bersama doa agar abah ditempatkan bersama para solihin...

TAMAT.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.