Cerpen : Hati Seorang Mell

Cerpen : Hati Seorang Mell
Nama Pena : Suria Hana

Pertemuan itu tak pernah aku duga. Semua kerana paras mu itu, saling tak tumpah seperti lelaki yang pernah aku kenali dulu. Setelah ku risik dari teman-teman, nyata kau amat berbeza. Semua ini membuat diri ku teruja untuk terus mengenali mu.

"Madi, siapa nama budak baru kelas kau tu? "tanya Mell.

"Owh, budak yang kita Nampak kat depan surau tu? Nama dia Iqbal. Kenapa kau tanya? Ada apa-apa ek"balas Madi.

" Tak. Bila aku tengok dia teringat aku kat kawan aku masa sekolah rendah." jawab Mell.

Mereka berdua terus menyiapkan kerja sekolah di bilik prep asrama. Bunyi bising pelajar lain bersembang tidak di hiraukan.
*******************

Rembang petang itu, Mell bersendirian di bangku batu melihat mentari merah di kaki langit. Mell tidak pernah lekang dari walkmannya, tika ini dia sedang mendengar lagu Rindu Padanya dendangan Camelia di Hot fm.

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia, memikat pandangan ku
Setiap kali dia berlalu di hadapan ku
Dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahnya di mataku

Bait-bait lagu tersebut membuatkan Mell terbuai oleh perasaan rindu yang sememangnya seringkali mengganggu dirinya akhir-akhir ini. Tiba-tiba Mell berasa bahunya di sentuh seseorang.

"Hoi! Kau buat apa sesorang kat sini? Berangan ea?" sergah Madi.

"Subhanallah! Ya Allah, budak ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Mana ada berangan. Aku tengah menikmati ciptaan Ilahi ni" balas Mell cuba men'cover' sesi berangannya tadi.

"Ala, aku dah masak dengan perangai kau tu. tu mesti berangan kan si Iqbal tu kan?" Madi terus memprovok Mell.

"Betul, mana ada apa. Eh, jom balik bilik. Ku tak mandi lagi ni lepas main tadi"tingkah Mell

"Pandaila tu, nak cover. Mell, Mell"ujar Madi lagi.

Kini, mereka telah merdeka dari peperiksaan yang amat besar iaitu SPM. Masing-masing membawa haluan sendiri sementara menunggu keputusan keluar. Mell mengisi masa lapangnya itu dengan menghadiri kelas komputer. Madi macam biasa, menjadi chef di rumahnya sementara ibunya keluar bekerja.

"Hello, Boleh bercakap dengan Mell?" tanya seorang perempuan di hujung talian.

"Mell bercakap. Siapa ni?"soal Mell.

"Aku ni, Zal. Amboi, baru je sebulan tak jumpa kau dah lupa suara lemak merdu aku ni. Kau dah habis belajar komputer? Kau sekarang apa cerita?

Begitulah Zal atau nama sebenarnya Zaleha. Anak cikgu sekolah aku. Di sekolah sopan santun maklumla kena jaga reputasi bapa. Tapi kalau dah dengan kawan-kawan memang menjadi dia ni. Kitorang selalu je buat aktiviti undercover, tapi masih tidak melanggar peraturan sekolah.

"Zal, kau ada contact Iqbal tak?"soal Mell malu. Kalaulah Zal nampak pipinya yang dah naik merah tu pasti dia diketawakan.

"Ada, tapi tak la selalu. Kau tau la aku sibuk jadi suri rumah tangga. Hehe. Kau nak nombor dia ke. Ku boleh je bagi."jawab Zal seakan memahami perasaan Mell.
*******************

"Assalamualaikum. Hai! Apa kabar?"

"Waalaikumussalam. Baik. Siapa ni?" mesej yang dihantar Mell mendapat sambutan

"Mell ni. Awak buat pe skrg?"jawab Mell.

"Owh, Mell.Saya buat kursus pendek je kat Giatmara."balas Iqbal

Bermula dari satu mesej dan seterusnya kepada mesej-mesej yang lain. Mereka akhirnya menjadi semakin rapat. Setiap hari pastinya mereka akan berbalas mesej, walaupun bukan setiap saat dan minit.

Mell pasrah dengan keputusan SPMnya. Walaupun tidak secemerlang kawan-kawan lain, dia tetap tabah dan bersemangat untuk meneruskan pelajarannya. Ternyata jejaka idamannya mendapat keputusan yang lebih baik darinya. Namun, Iqbal tetap terus memberi kata-kata perangsang kepada Mell.

Perasaan Mell kini bercampur baur; gembira, keliru, takut. Dia berharap akan mendapat perkataan yang pasti dari Iqbal tentang hubungan mereka.

"Bal, awak suka saya tak?" tulis Mell.

"Suka" ringkas sahaja jawapan Iqbal.

"Betul ke?" tanya Mell untuk mendapat kepastian.

"I love you" balas Iqbal lagi

"Hmmm…awak ni macam typical perempuan yang lain la"sekali lagi mesej Iqbal masuk.

Mell hanya merenung skrin Nokia N73 nya. Dia terfikir, apakah salah dia untuk mendapat kepastian dari seseorang yang amat dia sayang. Tak pernah dia menyayangi seorang lelaki yang bukan ahli keluarganya seperti ini.

Hari-harinya kini di lambung keindahan rasa di sayangi. Namun panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Segalanya berubah tatkala masing-masing menyambung pelajaran kembali. Iqbal di sebuah IPTS manakala Mell memasuki tingkatan enam.

Kini, hidup Mell kosong tanpa mesej dari Iqbal. Mujurlah dia ke sekolah. Kesibukannya dengan kelas dan aktiviti ko-kurikulum membuat Mell lupa sebentar tentang perasaanya.Namun, itu bukan bermakna Iqbal telah luput dari ingatannya.
***************************

Iqbal kini sibuk dengan kelas dan tutorial. Kepalanya juga sering sesak dengan model mesin yang perlu dia siapkan bersama ahli kumpulannya. Lemas dia pabila memikirkan sikap ahli kumpulannya yang leka dan lalai serta tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam pembikinan model mereka.

Ingin rasanya dia meluahkan segala kekusutan kepada seseorang tapi siapa. Mell atau Amalina bt Rashid. Nama itu bermain difikirannya. Teringat dia kembali kisah dan pengalaman yang sama-sama dikongsinya dengan Mell. Alangkah indahnya saat itu.

Patutkah aku hubungi Mell?

Masih ingatkah dia akan aku?

Bagaimana harus ku mulakan perbualan kami? Monolog Iqbal dibilik M2008.

"Iqbal, jom main futsal"ajak roomatenya.

"Jap, aku siap" balas Iqbal. Anganannya untuk menghubungi Mell terkubur.

Bal apa kau tengah buat sekarang? Aku rindu sangat dengan kau. Mell bermonolog di bawah pohon ketapang di hadapan kolejnya.
*************************

"Hye, Bal apa kabar? Bal, bila awak nak balik sini?" taip Mell.

"Hye, baik je. Tak tau lagi." Balas Iqbal

"Awak, nanti datang ye kenduri kahwin saya bulan Jun ni" taip Mell lagi."

"Mell, Bal tak sangka pula Mell nak kahwin secepat ini. Keluarga Mell tak kisah ke? tanya Iqbal.

"Nak buat macam mana, sebenarnya saya tunggu awak tapi…" balas Mell.

"Hmm, nak buat macam mana. Dah kita tak ada jodoh" balas Iqbal pula.

"Mell, macam mana lelaki itu nak sara awak? Awak dan dia kan baru tamat tingkatan enam? mesej dari Iqbal tertera di skrin telefon bimbit Mell.

"Dia engineer komputer. Insya allah dapat sara saya" balas Mell pula.

Mell ketawa sendirian di kiosk coklatnya. Ternyata permainannya menjadi. Selepas dia ketawa sepuas hati, dia mengambil keputusan untuk menghubungi Iqbal. Lantas dia menerangkan keadaan sebenar. Mell hanya mewakili Madi bagi menjemput kawan-kawan mereka ke majlis perkahwinan abangnya. Maka segala watak lelaki yang diperkatakan kepada Iqbal adalah abang Madi.

Mereka sama-sama ketawa sepanjang perbualan yang telah lama tidak berlaku antara mereka berdua. Mereka terpaksa menyambung tugasan mereka. Iqbal berjanji untuk menelefon Mell selepas dia habis kelas.

"Mell, seminit tidak mendengar suaramu seperti setahun lamanya" mesej Iqbal tertera di skrin telefon Mell selepas beberapa jam perbualan mereka berakhir.

Hati Mell berbunga riang. Tiada ungkapan yang lebih bermakna untuk diucapkan melainkan sebuah senyuman manis terukir sentiasa dibibirnya sepanjang hari itu.

Jam menunjukkan satu pagi.

"Mell, maaf tak dapat nak call awak. Banyak kerja belum siap. Selamat malam, sayang"

Sekali lagi hatinya bernyanyi riang membaca mesej tersebut. Semenjak itu mereka kembali berhubung. Keadaan kembali seperti sediakala. Tiada lagi mesej dari Iqbal. Namun, Mell menganggap bahawa Iqbal sibuk dengan pelajarannya dan dia juga sibuk dengan jualannya.
***********************

"Ball, saya dah lulus STPM. Alhamdulillah, I got 3.5. Tunggu Bal tanya, macam tunggu durian tak masak gugur je. :(" Mell menekan butang send.

"Tahniah! Hebat lah Mell ni. Tahu tak orang cakap STPM tu peperiksaan yang tersusah sekali di Asia" balas Iqbal.

Tiba-tiba telefon Mell berdering.

"Hello, boleh cakap dengan Cik Amalina?"pinta pemanggil.

"Ya, saya. Siapa ni?" soal Mell.

"Saya Taufek dari UIA. Anda diberi tempat untuk melanjutkan pelajaran di UIA."ujar si pemanggil.

"Bal, awak jangan la main-main. Mana ada orang bagi tawaran malam-malam macamni? Hahaha." ujar Mell.

"Tak, betul ni cik Taufek." Ujar Iqbal tak mahu mengalah.

"Saya kenal la suara Bal. sudah jangan menyamar lagi."

Mereka terus berbual sehingga mata mereka tidak larat lagi untuk diangkat.
*********************

Hari-hari terus berlalu. Mell berdebar menunggu keputusan temuduga guru. Dia memang berminat untuk menjadi seorang pendidik. Sikapnya yang penyayang, tidak mudah melenting dan seorang yang senang diajak berbincang membuatkan pilihannya untuk menjadi seorang kaunselor di terima baik keluarganya.

Kini, Madi telah selamat tiba di UNISEL. Madi juga bakal pendidik. Biarpun bidang mereka berbeza,
perhubungan mereka masih seperti dulu. Tiada rahsia antara mereka. Segala yang berlaku antara Mell dan Iqbal diluahkan kepada Mell.

Sedang Mell bersiap-siap untuk tidur.

"Hello, awak apa khabar? Buat apa tu?" tanya Iqbal memulakan perbualannya.

"Dalam bilik ni. Bersiap-siap nak tidur. Awak buat apa tak tidur lagi ni? Tanya Mell.

"Berehat jap. Penat la study ni. Mell, awak nak tak jadi girlfriend saya? Tanya Iqbal.

Kaget Mell untuk menjawab soalan yang memang di nantikan selama ini. Tapi kenapa malam, fikir Mell.

"Entah la Bal. Awak rasa saya nak tak?" jawapan yang diberikan aalah berlainan dengan perasaanya Mell yang sebenar. Gugup benar dia tatakla menjawab soalan cepu mas itu.

"Entah, Bal pun tak tahu. Agaknya Bal pening kot dengan study tadi." ujar Iqbal.

Walaupun bukan itu yang ingin Mell dengar namun mereka terus berbual seperti tiada apa-apa berlaku sebentar tadi. Mell walaubagaimanapun menyesal kerana memberi jawapan yang sedemikian. Nasi telah jadi bubur.
*************************

Mell sendirian di trek larian sambil melihat rakan-rakanya bersenam. Dia juga berehat sebentar setelah penat berjoging. Fikirannya tidak semena-mena menerawang mengingati kisah cintanya yang penuh dengan liku. Mell insan penyayang dan kaya dengan senyuman itu sentiasa disenangi oleh teman-teman sekuliah. Tidak kira lelaki atau perempuan.

Biarpun ada yang meminta untuk menjadi kekasihnya, namun ditolak dengan baik. Mell tidak bersedia untuk berteman lagi. Begitulah jawapan yang sering diberikan tatkala teman sebilik bertanya perihal Mell tidak mahu mempunyai teman lelaki. Segalanya tersirat dilubuk hati seorang insan yang bernama Amalina.
Amalina pasti membandingkan kawan lelakinya dengan Iqbal. Dan pastinya tiada seorang pun antara mereka mempunyai ciri yang ada pada Iqbal.

Kini, Mell hanya berdoa semoga Allah mempertemukan dia dengan seorang teman yang mampu menjadi imam. Seorang insan yang dapat membimbingnya dan anak-anak mereka ke jalan yang lurus serta mendekati Yang Maha Agung. Sesungguhnya DIA merupakan Yang Maha Pemurah serta Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.
*************************

Kini, Iqbal telah berada di bumi Jerman bagi menyambung pelajarannya. Begitulah kata-kata teman sekolahnya dulu. Mell sentiasa mendoakan kebahagiaan serta kejayaan Iqbal di dunia dan akhirat.

Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku
Tiada ruang di hati buat mu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali-sekala ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasan

Mell masih merenung jauh sambil mendengar Hot fm. Tiada siapa yang dapat mentafsir hati seorang Mell. Mungkinkah bait-bait lagu ini mencerminkan rahsia hati Mell?

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.