Cerpen : Pertemuan

Cerpen : Pertemuan
Nama Pena : kayaizzat

Seindah pagi:

Aku menguak jendela penuh kelembutan. Udara pagi ku hirup dalam-dalam hingga jatuh terbenam pada urat nadiku. Kulemparkan sepasang mata bulatku pada gunung-ganang yang berada di belakang rumah abah. Kelihatan air terjun Gunung Ledang amat indah biarpun agak berbalam-balam . Dapat ku rasakan,air yang mengalir di celah-celah batu begitu dingin sekali. Pastinya….seluruh urat sarafku bisa kaku seandainya setitik air jatuh pada kulitku yang putih mulus dan gebu.


Hari ini,hatiku berbunga riang. Dibenakku….dapat kurasakan burung dan unggas rimba turut tertawa riang dibalik rimbunan dedaun yang subur menghijau. Aku tersenyum sendirian. Mujur emak tidak melihat tingkah lakuku Silap hari bulan……emak menganggapku "gila bayang".


Aku memandang hamparan baldu hijau pucuk pisang warna kegemaranku di atas katil jati yang ditempah oleh abah beberapa bulan lalu. "Abah sanggup lakukan apa jua untuk puteri kesayangan abah".Masih terngiang-ngiang tutur kata abah,biarpun ia telah berlalu beberapa minggu yang lepas. Bahagianya aku mendengar tutur kata abah yang penuh kelembutan dan kasih sayang. Aku bersyukur,biar sekadar anak angkat,abah dan mak memberikan seluruh jiwa raganya untuk puteri kesayangannya. Terlalu besar pengorbanan abah dan mak .Sampai mati pun,rasanya tak mampu ku balasnya. Kasih ku pada abah seluas cakrawala yang bertaburan diruang angkasa,sayangnya aku pada mak seputih dan secerah awan di langit.


Kutumpahkan pandanganku pada langsir yang tergantung kaku dijendela."Cantik dan halus hasil tangan Mak Long Esah kali ini". Aku tersenyum sendirian bila teringat kata-kata Munira anak Mak Long dua tiga hari yang lalu. "Kau untung Amani,semua orang ambil berat pasal kau. Masa aku kawin dulu,mak aku buat dono je. Geram ada,nak mengamuk pun ada". Ku lihat muncung Munira panjang sedepa. Aku sekadar tersenyum kambing mendengar ungkapan bermadah Munirah. "Memang layak pun akak dapat macam tu…..sapa suruh kawin lari. Salah sendiri kan !!!" Aku gagal mengawal tawa bila mendengar tutur kata Anisah. . Muncung Munirah bertambah panjang. Aku rasa,jika ada alat pengukur ketika itu,sudah pasti telah ku ukur muncung Munirah yang panjng bak roti jhon..


Terasa masa yang berlalu amat pantas berlari. Setahun dua aku mengenali Amirul hingga terbitnya segudang cinta untuknya seperti baru sehari dua terjadi. Bahagianya aku menenun benih-benih cinta menjadi sepasang selendang kasih yang kemas dan menawan. Aku menghormati Amirul sebagai seorang lelaki yang tulus dan mulus hatinya. Mungkin sikap Amirul yang murni dan mempunyai hati yang tahir adalah hasil didikan Encik Razman dan Puan Norhasni. Tutur katanya penuh kelembutan. Terus terang ku katakana,aku bahagia memiliki lelaki sebaik Ustaz Amirul. Sikapnya tidak ubah seperti sikap abah.


Bersyukurnya aku bila keluarga Amirul menerima aku sebagai calon menantu. Ku ingat lagi bagaimana gembiranya dan terharunya aku bila Puan Norhasni memeluk dan mengucup ubun-ubunku tanda perhubungan kami direstui. Dapat kurasakan betapa murni dan tulusnya hati ibu Amirul.


"Berangan ya…" Ku tergamam bila melihat Anisah telah masuk ke bilik. Di tangannya ada sepasang baju kebarung satin yang dipenuhi labuci. Aku tahu,itu hasil seni Anisah. Hakikatnya,semua orang tahu,biar Anisah tak sebijak anak-anak mak long yang lain,namun dia punya bakat seni yang luar biasa. Biar nampak bodoh-bodoh alang,namun Anisah punyai hati nurani "Kelas Dunia". "Hamba yang hina berharap,sudilah kiranya Tuan Puteri Aisyah Amani,menyarung sepersalinan ringkas pemberian hamba yang hina ini". Tawaku tak terbendung lagi. Ternyata Anisah cukup nakal orangnya. "Terima Kasih Nisah,dari dulu sampai sekarang kau amat mengambil berat pada aku". Ku peluk tubuh ramping Anisah. Ada butir-butir jernih jatuh di bahu Nisah. "Woi,sudahlah tu Ustazah Aisyah Amani. Tak payah nak jiwang ngan aku. Aku nangis kang…..baru padan muka kau.!! Eh,aku berangkat dulu ya,nanti bising pulak dayang-dayang istana kat bawah tu. Al-maklumlah aku nikan ………Tailor Popular Kampung Tepian Sawah." Anisah melangkah bendul bilik ku dengan lenggok seiras Inul penyanyi dangdut pujaan Kak Munirah..


Di dapur kedengar suara nenek sedang melatah. Aku tahu,semua tu adalah kerja tangan Anisah. Dari dulu lagi,nenek dan Anisah ibarat aur dan tebing. Di mana ada nenek,disitulah ada Nisah. Abah dan abang Haziq pula sedang sibuk menyapu sampah di halaman rumah. Betuah Nisah mempunyai seorang tunang yang kacak dan penyayang seperti Doktor Haziq Haikal. Kekadang aku cemburu melihat cara abang Haziq melayan Nisah .Betapa tulus dan sabarnya dia perangai Nisah yang tak ubah seperti bola yang memantul kesana sini.


"Amani…………cepat mandi,nanti orang dah datang,awak lum mandi lagi". Suara mak yang bergegar kuat seperti letusan Pinatubo,membuatkan aku terperanjat beruk. Bila ku renung balik,terasa lucu kehidupan kami sekeluarga. Sikap mak tak ubah seperti sikap Nisah,abah pula cool sepanjang masa. Kekadang mak naik angin bila berbual dengan abah. Sudahnya mak cakap sorang-sorang macam radio kokak dan yang pastinya abah akan tersenyum manis melihat telatah emak yang tak ubah seperti murai dicabut ekornya. Namun begitu……kehidupan kami sangat bahagia. Rumah kami sentiasa harum dengan haruman kasih sayang yang sentiasa mekar di seluruh ceruk kehidupan kami.


Ku perhatikan satu persatu barang hantaran yang tersusun rapi di atas katil yang baru sahaja ditata persis hantaran perkahwinan Erra Fazira.. Kembangnya hatiku melihat hasil tangan Anisah yang cantik. "Kau tahu Amani,kaulah orang pertama yang mendapat sentuhan maut dari aku. Semua yang aku hasilkan adalah untuk sepupu kesayangan aku. Dah banyak kau tolong aku,kalau tak kerana kau bagi aku modal dulu,gaknya sampai sekarang aku masih kerja di kilang kain Lim Tat kat pekan tu . Semua ni kira percuma. Tak payah kau susah-susah nak bayar. Aku ikhlas". Ku peluh tubuh Anisah dengan erat sekali. Terasa ada butir jernih menerjah pipiku. Tak ku duga,gadis brutal seperti Anisah memelukku sambil menangis.


Tanpa ku sedari emak sudah terpacul di muka pintu biliku. Tangan emak diletakkan di pinggangnya. Aku tahu emak sudah naik angin. Aku cepat-cepat mengatur langkah ke bilik air yang berada di dalam bilikku. Sebelum mak memberi ceramah secara percuma,lebih baik aku angkat kaki. Sekurang-kurangnya tindakan aku ini dapat mengelakkan kata-kata mak yang kadang kala tak masuk akal. Anisah tersenyum nipis melihat gelagat kami.


Menganyam bahagia:

"Maaflah ya,emaknya Amirul tidak dapat hadir pada hari ini. Maklumlah nenek Amirul kurang sihat". Kami sekadar melemparkan senyuman kepada pihak keluarga Amirul. "Beginilah Encik Hadi,memandangkan kedua-dua pihak telah bersetuju,3 bulan lagi pihak kami akan datang sekali lagi bagi menyelesaikan apa yang patut." Ku lihat abah menganguk-angukan kepala tanda setuju.


Petang itu,air mataku tumpah bila Kak Long Amirul menyarung cincin di jari manisku. Bersyukurnya aku,akhirnya cinta yang kami semai telah menerbitkan kelopak-kelopak harapan. Di tepi jendela,ku perhatikan emak mengelap pipinya. Aku tahu,sebenarnya emak gembira bercampur bimbang. Bila aku sudah sah menjadi hak Amirul,pastinya aku akan pergi jauh dari hidup mak. Akan ku tinggalkan mak bersama abah. Cuma mereka berdua. Tak dapat kubayangkan betapa sunyinya hidup mak dan abah seandainya aku tidak berada di sisi mereka. Maklumlah sejak lahir sehingga aku posting di Sekolah Menengah Bukit Gembira,aku sentiasa berada di depan mak.

Setelah keluarga Amirul pulang,ku perhatikan cincin belah rotan pemberian Amirul. Cantik. Aku tahu,cincin ini adalah lambang cinta Amirul buatku. Namun begitu,ku serahkan segala-galanya pada Tuhan yang maha berkuasa. Apa yang mampu ku lakukan adalah memberikan yang terbaik pada perhubungan kami. Cinta itu sesuatu yang indah. Janjiku pada diri sendiri,biarlah cinta yang kami bina berlandaskan Islam agama anutan Umat Nabi Muhammad. Akan ku jaga dan pertahankan batas-batas pergaulan. Maruahku juga harus ku pertahankan. Biarlah ………..bila saatnya telah tiba,akan ku serahkan semuanya pada Amirul.




Takdirnya begitu:

Rombongan pihak lelaki bersimpuh kemas di ruang tamu rumah kami yang telah dihias cantik oleh Anisah. Ku mencuri pandang pada seraut wajah kacak Amirul. Ada secalit senyuman yang terukir di wajahnya. Aku tahu jantung Amirul berdegup kencang. Penampilan Amirul ternyata amat memukau pandanganku. Kumisnya kelihatan kemas tidak seperti selalu. Hatiku berombak besar. Dapat ku rasakan alangkah indahnya saat Amirul mendakap tubuhku buat pertama kalinya. Tubuh sasa Amirul pastinya akan membuatkan aku rasa hangat dan selamat buat selamanya.

Ku perhatikan disegenap sudut ruang tamu rumah kami. Aku cuba mencari seraut wajah bakal ibu mertuaku, namun hampa. Wajah Amirul kelihatan ditoreh tidak berdarah bila Pak Iman Ghani melangkah bendul rumah kami. Terasa lucu memerhatikan tingkah laku bakal suami ku. Agaknya….saat inilah yang selalu mendebarkan bagi pengantin lelaki hingga ada kalanya sesetengah kaum Adam ada yang terpaksa bernikah berkali-kali. Lebih malang lagi jika ada yang mendengki. Doaku agar majlis pernikahan kami berjalan lancar. Peluh jantan betina menerjah seluruh urat saraf Amirul. Ku perhatikan Amirul mengelap dahinya beberapa kali menggunakan sapu tangan yang ku sulam sendiri beberapa bulan yang lalu. Simpatinya aku melihat ketidak upayaan Amirul menangani situasi genting seperti ini.


Ku pejamkan mataku saat Amirul memegang tangan Imam Ghani. Air mataku mula mengalir. Aku jadi takut…..,takut Amirul gagal melafaskan kata-kata. Anisah mencuitku sambil tersenyum. Terasa mahu pecah jantungku menghadapi saat-saat penting seperti ini. Pastinya syaitan durjana meraung kegelisahan menyaksikan majlis pernikahan kami. Bangganya aku akan bergelar seorang isteri buat seorang lelaki bernama Amirul Hassan. Dalam debar yang membara,sebenarnya aku bersyukur yang amat sangat.

"Berhenti…………….,Amirul balik sekarang juga!!!!!". Aku terkedu mendengar suara Puan Hasni yang kuat seperti bom atom.Amirul cercengan kaku. Ruang tamu rumah kami jadi sunyi sepi bisu dan kaku. Dapat ku rasakan,nafas kami seolah-olah berhenti tiba-tiba. Kemeriahan yang baru terjelma ….tetiba hilang serinya. Jiran tetangga yang sibuk rewang di luar rumah turut kaget dengan tindakan ibu Amirul. Tidak kira lelaki mahupun wanita berpusu-pusu di muka pintu untuk mengetahui apa yang terjadi. Aku cuba mengawal sendu. Sakit dan tersiksanya aku..


Ku lihat air mata emak menerjah kolam matanya. Nenek pula seperti mengurut-urut dadanya yang mula berombak ganas. Tidak kurang juga ada diantara tetamu mula bergosip. Anisah cuba memberikan aku semangat agar dapat mengawal keadaan. Tiba-tiba abah berdiri. Pandangan Puan Norhasni dan abah bersatu. Mata abah tidak berkelip walau seinci. Aku dapat rasakan ada api kemarahan yang mula merebak di dalam rumah kami. Seumur hidupku,inilah kali pertama ku lihat abah gagal membendung air mata lelakinya. Namun kami masih belum mengerti apakah punca abah membazirkan air matanya. Emak berganjak ke arah abah. Ku lihat emak memeluk erat lengan abah. Suasana rumah kami kelihatan amat tegang sekali seperti akan terjadinya perang yang amat dasyat. Aku sekadar menjadi pemerhati yang naif .


"Hasni…..!!!!",kata-kata abah mati di situ. Abah gagal untuk bersuara. Ku lihat emak mengusap-ngusap dada abah. Besar betul cinta emak pada abah. "Aku kata balik,baliklah,kau pekakkah Amirul!!!". Seperti lembu dicucuk hidung,Amirul dan keluarganya hanya menurut perintah maut Puan Hasni. Kali ini aku gagal mengawal senduku. Aku cuba mengejar Amirul,namun aku dihalang oleh nenek. Perasaan malu telah ku buang jauh-jauh. Kasih ku pada Amirul terlalu tinggi nilainya. Akhirnya aku terjelupuk layu di tepi kereta Amirul yang mula bergerak. Reben hijau yang menghiasi kereta Amirul putus tiba-tiba. Seperti orang hilang akal,aku meraung sekuat hati memanggil nama Amirul. Anisah cuba memujuk ku,namun tidak ku pedulikan. Ku perhatikan jiran tetanggaku turut menangis melihat aku seperti orang hilang akal. Namun siapa yang mampu untuk mempertahankan impianku. Semuanya telah punah dalam sekelip mata..


Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinanku bertambah ramai. Biar ramai yang cuba menghulur simpati,namun begitu hatiku telah retak seribu. Susah rasanya untuk ku cantum semula sisa-sisa luka menjadi sekeping cermin impian yang sempurna. Tak ku duga Amirul tega meninggalkan aku bersanding sendirian di atas pelamin yang Nisah reka khas buat ku. Air mataku tak henti-henti mengalir. Ku perhatikan abah seperti orang mamai, duduk membatu dengan air mata yang tidak kering di sudut almari rumah kami dengan perasaan yang berdarah. Emak cuba memujuk ku,tapi hatiku tidak ubah seperti tin kosong. Hinanya aku,menerima hadiah yang cukup menguris perasaan di hari perkahwinanku. Di hadapan pelamin indah itu,ku lihat ada tompokan duka mencarik-carik anganku. Pilunya aku,bila pelamin anganku ,menghempas seluruh tubuhku yang dibaluti sepasang kurung satin berwarna putih. Pelamin impianku akhirnya punah sebelum sempat aku memahat impian. Sedihnya aku……………….mungkin sampai kemati


Kemusnahan pelamin impianku membawa badai dalam hidup kami .Entah Mengapa aku menjadi terlalu membenci abah. Cerita emak tentang abah membuat api dendamku pada abah semakin menyala. "Abah……kenapa Amani yang jadi mangsa". Abah Cuma diam membisu mendengar pertanyaanku. Tiada lagi gurau senda yang abah berikan untukku. Berbulan-bulan aku tidak menegur abah. Aku tidak ubah seperti orang asing di dalam rumah sendiri. Namun siapa tahu, semakin ku cuba membenci abah,terasa semakin dalam sayangku pada abah. Aku hilang arah bila benci dan dendam bersatu padu dengan kemurnian abah selama ini. Jauh disudut hati……sebenarnya aku terlalu menyayangi abah. Tak adil rasanya aku melayan abah seperti aku melayan anak muridku yang bermasalah.


Ku perhatikan wajah abah yang semakin cengkung. Ternyata abah terlalu tabah menahan rasa sebak di dada. Ku peluk tubuh sasa abah. Aku menangis semahunya. Ku dakap erat-erat tubuh abah. "Abah…..maafkan Amani".Aku menangis tanpa henti. Petang itu aku,emak dan abah menangis berpelukan di atas pelamin perkahwinanku yang tidak terusik sejak beberapa bulan yang lalu. Biar impianku telah musnah,namun semangat juang abah melawan hinaan menjulang kembali azam ku. Tekatku,biarlah Amirul pergi jauh dari hidupku,asalkan aku tidak melukakan hati abah lagi.. Aku insaf dan amat berdosa melukakan hati abah.

Pertemuan ini:

"Buat apa kau datang rumah aku Hadi,kalau dah dasar lelaki bangsat,sampai mati pun tetap bangsat. Tak payahlah kau nak tunjuk baik kat aku. Sekarang terimalah akibatnya. ". Ku perhatikan sahaja sumpah seranah ibu Amirul pada abah. "Kau tahu Hadi,25 tahun lalu aku menerima nasib serupa. Kau tinggalkan aku sendirian setelah aku bermati-matian mempertahankan kau. Apa yang aku dapat…………..malu,…………..malu Hadi". Puan Hasni cuba membina tembok persengeketaan yang besar.

"Hasni……………sedarlah sikit,awak tu siapa!!!". Puan Hasni buat muka seposen. Sepatah kata suaminya langsung tidak dilayannya. Kata-kata suaminya dianggap seperti mencurah air ke daun keladi "Jadi……….sekarang ni kira 0-0. Puas hati kan !!!. Bersyukurnya aku kerana akhirnya….. aku tahu siapa sebenarnya Puan Hasni ,seorang Pensyarah Pengajian Ilmu Wahyu yang yang tinggi ilmu agamanya tetapi masih jahil serba serbinya. Tak terkilan aku,andai Amirul bernikah dengan orang lain. Cintaku pada abah lebih dalam dari cintaku pada Amirul.


"Kau Cuma fikir perasaan kau sahaja Hasni. Perasaan aku kau pernah fakir?. Abah mengeluarkan sesuatu dari kotak hadiah berwarna biru. Kotak itulah yang sering aku lihat di dalam peti besi milik abah. Abah mencampakkan sebentuk cincin belah rotan ke arah Puan Hasni. Puan Hasni diam terkaku."Tu apa………sepuluh tahun aku setia pada kau,sepuluh tahun aku menahan umpat keji keluarga kau,sepuluh tahun juga aku sabar melayan karenah kau. Apa yang aku dapat!!!! Penghinaankan. Kau nak tahu sangatkan kenapa aku tinggalkan kau kan !!!. Kau lupa atau buat-buat lupa. Kau tinggalkan aku terkontang kanting menahan rasa malu yang amat sangat Aku sedar Hasni,aku Cuma guru lepasan maktab yang akan membuatkan keluarga kau papa kedana .Lihat cincin ni,telah 27 tahun aku simpan. Semua lebur Hasni. Kau dan keluarga kau ketepikan aku bulat-bulat. Betahun aku kecewa,bertahun aku merana. Cuba kau jelaskan pada aku,siapa sebenarnya yang bersalah. Kau atau aku?" . Tuhan maha adilkan Hasni,lihatlah kehidupan kau. Rasa dendam dan bersalah kau menjerut diri sendiri kan !!!.


Abah menarik tangan emak dan mendakapnya kuat. Air mata abah terus tumpah. "Bersyukur aku Hasni,berkat kesabaran …..Tuhan berikan aku seorang isteri yang baik,mulia dan berhati tahir biar dia cuma orang kampung yang daif seperti aku. Kau tahu,aku menyintainya sepenuh hatiku dan cintaku untuknya akan ku bawa hingga ke mati." Abah mengucup dahi emak berkali-kali. Kagumnya aku dengan ketulusan hati abah. Tanpa ku sedari air mata ku gugur.


Ku lihat emak mengelap air mata abah,."Dah banyak kali kau hina aku,dah banyak kali keluarga kau mengaibkan aku. Cuba ingat balik apa kau buat pada cincin murah itu. Kalau kau lupa,taka pa. Biar aku ingatkan. Cincin itulah yang kau campak di kaki ku dulu!!!! . Kau ingat aku apa.? Aku masih ada maruah dan harga diri Hasni. Terus terang aku katakan,tiada secalit kesal bersarang di hatiku meninggalkan kau tanpa pesan. Aku rasa…..kau tak perlu sakit hati dengan aku pun. Masa aku tinggalkan kau dulu pun kau masih anak dara lagi. ". Ternyata kata-kata abah begitu tajam sekali. Keangkuhan Puan Hasni tidak luak walau seinci. Dengan muka tak berperasaan wanita itu mencebik bibirnya. Geramnya aku pada wanita itu,terasa mahu kulumurkan mulutnya dengan cili merah yang digiling nenek beberapa hari yang lalu.


"Boleh tak kau ketepikan dendam kau demi anak-anak kita. Mereka tidak bersalah sama sekali. Demi kebahagiaan anak-anak kita,aku ketepikan segala benci dan dendam. Aku buang perasaan marah jauh-jauh untuk membahagiakan mereka. Telah berpuluh tahun aku ketepikan kebencian ini biar pedihnya menusuk jantung."


Air mata abah semakin deras mengalir. Namun aku pasti segala rasa pedih yang memaut dan membelit jiwa abah berpuluh tahun lamanya telah mula terlerai. Patutlah selama ini abah sentiasa berhati-hati bila membicarakan soal perasaan. Mungkin abah tidak mahu hati emak terluka seperti terlukanya hati abah berpuluh tahun yang lalu. Bertuahnya abah,mendapat seorang wanita seagung emak. Bertuahnya emak merentas perjalanan bersama lelaki yang berhati mulia seperti abah. Biar apa yang terjadi,aku tahu cinta abah pada emak adalah sedalam lautan. Mujur…..aku tidak mempunyai emak sehebat Puan Norhasni yang kaya dengan dendam dan harga diri.


"Hah apa lagi,tolong keluar dari rumah aku. Sampai mati pun aku tak akan maafkan kau."Puan Hasni semakin megah dengan dirinya. Terasa ringan tanganku ingin menamparnya. Ternyata dia bukan seorang wanita yang berhati mulia. Di dadanya hanya ada dendam yang semakin membara. Ku perhatikan Amirul hanya memandang aku dengan renungan kosong. Saat itu cinta ku pada Amirul gugur satu persatu. Keteguhan cintanya padaku tidak seteguh dan seagungnya cintaku buatnya.


"Tak sangka hati awak sebusuk ini Hasni. Memang patut pun cinta awak putus ditengah jalan. Malang betul diri saya ada seorang isteri seperti awak. Tak ada perasaan langsung. Sedar tak awak tu siapa". "Abang,tergamak abang cakap macam itu,saya tetap isteri abang. Cinta saya pada abang lebih dalam dari lautan api". Emak sekadar memerhati pertelingkahan mereka." Abang tu yang tak tahu menghargai diri saya. Awak pun tak guna macam lelaki itu!!!". Geram sungguh hati Puan Hasni pada suaminya. Dapat dirasakan suaminya tidak ubah seperti lelaki di hadapannya kini. Puan Hasni terkedu bila sebuah penampar hinggap dipipinya. Kali ini dia gagal mengawal tangisan. Tak diduga suaminya yang penyayang berubah sikap. Terasa pipinya bergetar menahan kepedihan. Naifnya dia. Malunya dia,menghina Hadi selama ini. Hati lelaki itu sebenarnya terlalu mulia. Dia sahaja yang tidak tahu menghargainya. Ruginya dia tidak menjadi isteri Hadi.


"Makcik…………terima kasih kerana menumpahkan segunung hinaan pada kami. Bersyukur saya tidak bermertuankan Puan Norhasni Hassan. Makcik tahu,sebenarnya saya sedih,malu,terhina atas perbuatan makcik dulu. Makcik telah robohkan pelamin angan saya. Berbulan-bulan saya cuba membina kembali keyakinan diri. Separuh gila saya dibuatnya. Pernah makcik tahu!!!. Tak cukup lagi apa makcik buat pada abah dulu. Makcik malukan abah dengan macam-macam cara. Makcik sebarkan macam-macam fitnah,makcik cuba sihirkan abah. Ada abah balas. Sekelumit pun abah tak dendam. Muliakan hati abah!!!!. Tak sangkakan perempuan yang mengaku berilmu agama tinggi dan sebaik makcik punyai hati sekejam firaun.".


Ku lihat wajah Puan Hasni merah padam. Amirul sekadar mendiamkan diri. Dia lelaki paling pengecut pernah ku lihat. Geramnya aku,terasa ingin ku toreh-toreh wajah lelaki itu hidup-hidup. Biar dia tahu betapa sakitnya hati seorang wanita ditinggalkan berseorangan di atas pelamin yang berhias indah. "Saya nak sangat puan tahu,saya cukup derita dengan perbuatan makcik. Tak kempunan saya gagal memiliki anak lelaki kesayangan Puan. Puan ingat saya hairan sangat dengan putra kesayangan puan yang punyai hati kecil ibarat kuman!!!. Tak berselera langsung saya dibuatnya. Mak,abah sudahlah……kita balik sahaja. Tak guna melayan manusia berhati kering. Buat sakit hati sahaja". Ku pimpin tangan mak dan abah meninggalkan ruang tamu itu. Ku perhatikan sebentuk cincin pemberian Amirul. Biarlah ku lepaskan segalanya demi melihat abah bahagia. Biarlah hati ku luka berdarah asalkan abah tidak terhina lagi. Biarlah Amirul jadi anak emak dan aku menjadi anak abah yang yang taat dan solehah.


Sesungguhnya tidak ku tahu,entahkan bila cinta ini akan padam sendiri. Air mataku tumpah tanpa dapat ku tahan lagi. Ku perhatikan air mata Amirul mengalir lesu. Pandangan kami bersatu. Betapa pedihnya hingga menusuk segenap urat sarafku. "Amirul….inilah pengorbanan yang terpaksa Amani buat demi kebahagian kita semua. Tentang luka ini,biarlah Amani balut sendiri". Emak memimpin tanganku meninggalkan rumah itu dengan hati yang berdarah. "Abang,andai jodoh kita berpanjangan dapatlah kita menyulam kebahagiaan bersama-sama. Abang………..anggaplah pertemuan yang terjadi cuma sekadar mainan mimpi". Ku tinggalkan Amirul dengan harapan yang telah retak seribu.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.