Cerpen : Shadia oh Shadia

Cerpen : Shadia oh Shadia!
Nama Pena : Adam Farah

Cermin mata dicapai. ‘siapa pulak bagi surat ni?’ tanda soal bermain di fikiran. Hajah Quratul Aini membuka elok lipatan surat. Dia duduk di tangga halaman rumah.

Assalammualaikum Umi,

Umi apa khabar? Zuhair di sini sihat walafiat. Maaflah baru hari ini Zuhair berkesempatan membalas surat dari umi. Zuhair akan pulang ke Malaysia pada 27 Julai ini... Jadi tak perlulah Zuhair berceloteh panjang di sini. Kita akan berbual panjang di rumah nanti kerana Zuhair akan bercuti selama 4 bulan. Jumpa Umi 2 minggu lagi.

Yang Benar, Anakmu,Zuhair


Gembiranya tidak terkata. Hajah Quratul Aini mengucup surat itu seolah-olah mengucup anak kesayangannya yang bakal pulang. Zuhair akan pulang. Sudah 4 tahun Zuhair menyambung pelajaran di Kota Perancis. Dalam tempoh itu hanya calit-calit tinta menghubungkan mereka. Rindu yang teramat sangat dia kepada anak terunanya itu. Bermacam-macam benda kini bermain di akalnya. Mahu dihidangkan makanan kegemaran Zuhair, menyediakan bilik yang selesa buat Zuhair dan bermacam-macam lagi.


"Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam..." Kedengaran suara seseorang di corong telefon. Hajah Quratul Aini membetulkan kedudukannya setelah mengenal pasti tuan punya suara.

"Umi Aini ni, Shadia apa khabar?"

"Shadia sihat Umi... Umi sihat?" girang suara Shadia menerima panggilan dari ibu saudara yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

"Sihat... Shadia tengah sibuk ke?"

"tak umi... Shadia tengah baring-baring depan tv je ni.. ada apa umi telefon Shadia?"

"Umi nak bagitahu Shadia, Zuhair nak balik!" menitis air mata tuanya saat mengungkapkan ayat itu. terlalu gembira rasanya. Shadia dijadikan tempat berkongsi rasa bahagianya ketika itu.

"betul ke umi? Bila?"

"27hb julai katanya... Shadia tak nak balik jumpa dia?"

"mestilah nak, umi! Nanti Shadia check jadual kelas Shadia dulu ye!"

"jangan tak balik... Zuhair pasti nak jumpa Shadia...Umi pun lama tak jumpa Shadia"

"Shadia janji umi! Shadia balik! Nanti Shadia telefon umi balik, ye?"

Setelah salam terakhir meniti di bibir, Hajah Quratul Aini meletak semula gagang telefon rumahnya. Tersenyum dia mengenangkan anak terunanya yang akan tiba tak berapa hari saja lagi. Mengenangkan Shadia, anak saudara di bawah jagaannya yang juga sudah agak jauh dengannya kerana pergi menyambung pelajaran di kota.


__________________


"Alamak, sakit perut!" Nasha memegang perutnya. Risau ada sesuatu yang bakal berteraburan. Boleh tempah batu nesan rasanya jika ia benar-benar terjadi.


"Bau apa ni?" Bagaikan ingin termuntah dengan aroma yang datang secara tiba-tiba. Shadia menekup hidung. Setelah puas mendalami dan mengenal pasti, "sah! Ni bau kentut! Siapa kentut?" soalnya dengan muka bercelerut. Dia pantad menoleh ke arah Nasha. Wajah Shadia ketika itu saling tak ubah seperti seorang peguam yang sedang mengenal pasti pesalah di dalam kandang di mahkamah. Nasha tersentap. ‘Control... control...’ bisiknya dalam hati.


"Iyelah! Bau macam taik kuda!" Beria-ia Nasha menutup hidung dengan muka yang marah mencerlung. Pura-pura tak bersalah. Hakikatnya hanya dia dan Dia yang tahu siapa empunya angkara. Gluurrkk... kedengaran bunyi perutnya... ‘alamak! Sebelum dia meletup, baik aku lari sekarang."


"Woi! Nak pergi mana tu makcik?" Shadia terpinga-pinga di tempat menunggu bas. Dua tiga orang lain di tempat itu turut berkerut-kerut wajah menahan bau kentut yang datang tanpa undangan. Dalam pada nak menahan bau busuk yang masih bersisa, dia mengesyaki sesuatu. Jangan-jangan...


"Fuuh...lega!" Flash ditarik. Butang seluar jeansnya disatukan. Dia ke sinki mencuci tangan. Rambutnya dibasahkan dengan sedikit air. Jam di tangan direnung sekilas. Dia teringatkan sesuatu ‘Shadia!’


"Kau pergi mana, hah? Dah terlepas satu bas tau tak!" marah Shadia. Ikutkan hati tadi sudah lama Nasha ditinggalkan. Sudahlah pergi tak berpamit. Shadia menjeling. Wajahnya masam. Nasha tersengih-sengih tak tahu alasan apa harus diberikan.


"err.. janganlah marah Shad... aku..aku..err...."


"apa!?" Tersentak Nasha denga sergahan itu.


"Aku ke toilet kedai mamak tu kejap. Sakit perutlah..." sambil tangan kanan menuding jari ke arah kedai mamak Ali Rustam, tangan kirinya memegang perut.


"ouuuhhh... jadi kau lah yang kentut tadi?" Shadia cuba menahan ketawanya dari terburai di depan Nasha. Memang dia sudah syak. Merah padam muka Nasha menahan malu. Mahu tak mahu, dia menyengih sahaja. Bak kata orang, diam tandanya setuju. Bermakna Nasha setuju dengan kata-kata Shadia bahawa memang dialah pembawa bau kentut sebentar tadi.


"dah kentut tak nak mengaku, boleh pulak buat muka innocent je konon-konon bukan dia yang kentut!" tambah Shadia lagi. Bahu Nasha ditamparnya. Nasha menahan malu. Salahkah aku kerana kentut? Dia bertanya-tanya sendiri.


________________________



"cuti semester kita 2 bulan saja?" Shadia mengomel sendiri. Nasha khusyuk mengunyah kerepek pisang sambil melayani cerita hindustan kegemarannya.


"Nasha! Kau dengar tak aku cakap ni!" geram dia dengan Nasha yang tidak mempedulikannya. Bukan main lagi dia menghadap televisyen. Sekotak tisu sudah tersedia. Babak air mata bakal menyusul. Lemas Shadia melihatnya. Setiap hari begitu. Dia mencubit Nasha kuat sambil mengetap giginya kegeraman.


"Arghh! Weeei!" Nasha menggosok-gosok laju lengannya yang terasa pedih akibat cubitan semut berapi dari Shadia yang memang cukup terkenal dengan cubitannya yang mengalahkan ketam. Memang benarlah bila ketam dimasak lemak cili api, sudahlah berlemak ditambah berapi lagi.


"Kau ni kenapa Shadia? Sakit tahu tak!" rajuk Nasha. Shadia melepaskan nafas. Puas. Kalau tak buat begitu jangan haraplah Nasha nak sedar kewujudannya di situ.


"Kau tu yang tengok cerita tu sampai tak ingat dunia!" Marah Shadia.


"Salah ke? Bukan aku menyusahkan kau pun!"


"Masalahnya aku tengah bercakap dengan kau..."


"hurm..." muka sepuluh kupang jelas terpampang di wajah Nasha. Shadia jeling manja.


"ok..ok.. i’m so sorry ok... spontan je tadi, kau kenal aku kan kalau dah geram tangan aku ni memang lost control... automatik dia boleh menyepit... ehehe " Shadia senyum memujuk. Kesian pula dia melihat lengan Nasha yang kemerahan seperti digigit semut. Dia mengusap lembut lengan itu.


"Kau nak cakap apa?" remote control dicapai. Punat ‘pause’ ditekan. Rancangan di televisyen terhenti sementara untuk memberi ruang kepada Shadia.


"Kita cuti 2 bulan saja ke semester ni?" Soalan tadi dibangkitkan semula.


"kalau tak silap memanglah. Kenapa?"


"hurm... aku kena balik kampung..."


"habis tu, dua bulan tak cukup?"


"cukup... tapi kalau boleh aku nak 4 bulan!"


"4 bulan? Tamaknya! Kau nak buat apa sampai 4 bulan?"


"sepupu aku yang dekat Perancis tu akan balik"


"Zuhair?" Shadia mengangguk. Nasha tergelak kecil. Dia teringat nama itu setelah beberapa kali Shadia bercerita tentangnya namun hingga ke hari itu mereka belum pernah bersua muka.


"Dua bulan tak kan tak cukup Shadia oii..."


"cukup...eh, kau teman aku balik kampung nak? Boleh aku kenalkan kau dengan sepupu aku tu! Handsome tau..." Shadia cuba menggoda Nasha.


"mentang-mentanglah aku tak ada kampungkan... saja je nak ajak aku!" Nasha pura-pura merajuk. Seronok juga dapat jumpa lelaki kacak. Dia memang pantang ada lelaki handsome, kalau boleh semua ingin disusun dalam list.


"kau tak nak? Umi aku tu baik tau... pandai masak!"


"urm....Boleh jugak! Kau tak kisah?"


"Aku yang ajak kenapa pulak aku nak kisah? Ish!" sekali lagi cubitan singgah di bahu. Tapi rasanya tidak seperit tadi. Masih mampu ditahan. Nasha mengangguk laju. Seronok juga sesekali menikmati suasana kampung. Sejak lima tahun selepas ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya, sudah tiada siapa yang menjadi pendorong untuknya pulang ke kampung. Kakak dan abangnya semua sudah berkahwin dan tinggal di bandar. Dia anak bongsu, tiada adik untuk dipertanggungkan.


___________________


"Assalammualaikum Umi" Kedua-dua belah pipi bonda tercinta dikucup penuh kasih. Air mata kegembiraan mengalir di wajah tua Hajah Quratul Aini. Anak terunanya itu dipeluk lama. Shadia dan Nasha yang memerhati turut merasakan kesyahduan itu. Teringat shadia pada empat hari lepas ketika dia dan Nasha baru sahaja tiba di rumah itu, beria-ia Hajah Quratul Aini mengajaknya ke pekan membeli barang keperluan di rumah sepanjang untuk Shadia, Nasha dan untuk menyambut kepulangan anaknya nanti. Bagaikan suasana di pagi raya pula rasanya. Shadia mengesat air mata. Ibu mana tak rindukan anak yang sudah 4 tahun tidak pulang. Anak mana pula yang tak rindukan ibunya?


"Hai Shadia, ingat aku lagi?" tangan mereka bertaut tanda salam sesama saudara. Shadia senyum mesra. Zuhair tertawa kecil.


"Mengada-ngada! Kenapa pulak aku tak ingat kau?" bahu Zuhair ditampar lembut. Nasha dari tadi asyik merenung jejaka tampan di depannya. Memang benar, kali ini dia tidak ditipu oleh temannya. Zuhair memang jejaka handsome idamannya.


"Kenalkan, ni roomate aku dekat universiti, Nasha Fatima." Nasha malu-malu saat mata bertentang mata. Zuhair senyum mesra tanda salam perkenalan buat Nasha. Saat itu bagaikan butir-butir berlian yang bertaburan di dadanya. Indah dah berkilauan. Mahu gugur jantungnya melihat senyuman Zuhair. Kacak betul sepupu Shadia ini.


"Marilah masuk rumah, takkan nak duduk di luar saja." Sampuk Hajah Quratul Aini yang seolah-olah dapat menyelami gelodak di jiwa teman anak buahnya itu. Dia juga perempuan dan pernah melalui zaman muda. Tidak sukar untuk mentafsirkan apa yang sedang bermain di minda Nasha. Hajah Quratul Aini tersenyum sendiri. Shadia membantu Zuhair mengangkat beg pakaiannya.


Malam itu lauk hampir penuh semeja. Semua bercampur-campur. Ada masakan kegemaran Zuhair, ada kegemaran Shadia, malah kegemaran Nasha juga turut dimasakkan. Walaupun baru beberapa hari mengenali Nasha, mudah saja Hajah Quratul Aini mengenali jenis makanan kegemaran Nasha.


"Kau cuti lama ni tak ada apa-apa plan ke?" Shadia membuka tirai.


"2 bulan aku nak hilangkan rindu aku untuk umi aku ni walaupun aku tahu tak kan pernah hilang" tangan kiri Zuhair memeluk Uminya di sebelah. Hajah Quratul Aini tersenyum manis walaupun usianya sudah mencecah 60-an. "2 bulan lagi aku akan ke Kuala lumpur, aku nak cari kerja di sana."


"Kerja di sana? Habis 2 bulan sajalah untuk Umi ye?" Sedikit kecewa Hajah Quratul Aini mendengar ucapan anaknya sebentar tadi. Zuhair dan Shadia saling berpandangan dan sama-saman ketawa.


"Umi kena ikut Zuhair!" mana mungkin masa yang sedikit untuk bersama ibu tercinta dipersia-siakan. Malam itu, selepas menjamu selera mereka berbual panjang di ruang tamu. Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsi. Nasha menjadi pendengar setia. Sesekali anak matanya bertemu dengan anak mata Zuhair, sekali lagi jantungnya bagaikan mahu gugur.

_______________

"kawan kau tu tak banyak cakap kan?" soal Zuhair. Mereka bersantai di tangga halaman rumah. Hajah Quratul Aini dan Nasha sudah lebih awal dibuai mimpi. Mungkin penat selepas makan malam tadi.


"Nasha tak macam tu, dia tu selalunya kecoh! Aku rasa dia suka kau!"


"Suka aku? Mana kau tahu ni? Pandai-pandai je dia." Zuhair ketawa. Bahu Shadia ditolak. Shadia ketawa.


"Aku kawan dia, aku kenal dia. Dia tak macam tu selalunya. Kecuali dia sukakan seseorang!"


"Wah! Sejak bila kau tukar bidang ni Shad? Dah jadi doktor cinta nampaknya" Mereka sama-sama ketawa.


"tak mustahil kan, Zuhair? Kau tak suka dia?" Shadia cuba memancing. Nasha seorang gadis yang cantik, ramai yang cuba memikatnya di universiti. Tidak mustahil kalau Zuhair juga ingin menaruh perasaan.


"Suka? Aku tak kenal dia."


"Tak kenal maka tak cinta!"


"oleh itu aku sudah jatuh cinta.."


"what?? Dekat Nasha ke?"


"bukan... pada seseorang yang aku dah kenal!"


"Siapa?"


"Rahsia!"


"Zuhair!"


Zuhair ketawa. Seronok dapat mengenakan Shadia. Beria-ia Shadia ingin mengetahui siapakah gerangan insan di hati sepupunya itu. Berkali-kali juga Zuhair menggeleng kepala. Dia tidak mahu mengalah dengan Shadia.

"Belum masanya Shadia!"


"Kalau macam tu aku pun tak nak bagitahu kau siapa teman lelaki aku!"


Zuhair pantas menoleh ke arah Shadia. Benarkah Shadia sudah ada teman lelaki? Zuhair cuba membaca sesuatu melalui riak wajah sepupunya itu. Shadia tersenyum sendiri. Seperti seorang yang sedang berangankan sesuatu. Mungkin benar, Shadia sudah mempunyai kekasih hati.


"kau sayang dia ke?" soal Zuhair.


"Sama macam kau sayangkan kekasih kau tu, Cuma tambah gula sikit bagi secukup rasa! Lebih manis lebih sedap,kan!" shadia ketawa girang. Sesekali dia menjeling pada Zuhair. Zuhair juga begitu.

__________________


Selesai menunaikan solat subuh, Hajah Quratul Aini terus ke dapur menyediakan sarapan. Terkejut dia melihat Nasha yang lebih dulu berada di dapur. Nasha senyum pada orang tua yang sudah dianggap seperti uminya sendiri.


"awal Nasha bangun, dah solat?" soal Hajah Quratul Aini sambil mengintai bawang merah yang sudah dihiris halus oleh gadis itu. Nasha mengangguk sambil tersenyum manis pada Hajah Quratul Aini.


"Shadia dah bangun?"


"Sudah, Umi..eh, Makcik." Tersasul. Nasha menahan rasa malu. Risau jika Hajah Quratul Aini tidak selesa dipanggil begitu. Entah kenapa laju sahaja panggilan itu lahir di mulutnya. Mendengarkan ungkapan itu, Hajah Quratul Aini memegang bahu Nasha.


"panggil saja Umi... Umi lagi suka!" dia tahu Nasha sudah tidak mempunyai ibu. Tidak salah jika Nasha mahu menganggapnya sebagai ibu sekalipun. Dia juga senang dengan sikap Nasha yang sopan dan lemah-lembut.


"terima kasih, Umi..." sebaik rasa dada dengan penganugerahan itu. Dia sukakan Hajah Quratul Aini kerana wanita itu persis mendiang ibunya. Tambahan pula hatinya sudah terpaut pada anak teruna wanita itu. Orang kata, nak pikat anak kenalah pikat ibunya dulu. Nasha tersenyum sendiri.


"Wah... sedapnya bau! Nasha masak ke? Fuyoo!" Bagaikan tidak percaya. Shadia mencubit sedikit nasi di dalam kuali lantas disuap ke mulut. Hajah Quratul Aini menggeleng kepala dengan telatah anak buahnya itu.


"yummmy... sedapnya! Tak sangka kau pandai masak!" pujinya ikhlas. Nasha tersenyum malu. Tambahan pula pada waktu yang sama Zuhair masuk ke dapur.


"Anak Umi ni, dah solat ke?" Hajah Quratul Aini menghampiri puteranya di meja makan. Zuhair mengangguk berserta senyuman di bibir. Menyerlahkan lagi sinar wajahnya yang sudah sedia kala tampan. Shadia membancuh air dan dibawa ke meja makan. Sementara Nasha menghidangkan nasi gorengnya.


"Cuba rasa, anak bongsu Umi masak ni." Laju sahaja Hajah Quratul Aini mengiktirafkan status itu buat Nasha. Shadia dan Zuhair berpandangan. Seterusnya mereka memandang Nasha yang juga seperti tidak menduga dirinya diiktiraf sedemikian. Hajah Quratul Aini tertawa kecil.


"Anak bongsu Umi?" Soal Zuhair sedikit pelik. Sejak bila dia adik? Shadia juga pelik. Nasha pula yang malu-malu kucing.


"Apa salahnya, Nasha tiada ibu... Umi pula tiada anak perempuan..." Ucap Hajah Quratul Aini bangga menganggap Nasha sebagai anaknya. Shadia yang mendengarnya sedikit terkilan. Bukan dia cemburu pada Nasha tapi pada kata-kata Uminya. Tidakkah dia dianggap seperti anak kepada Umi? Sejak kecil Umi memeliharanya. Bagaimana Umi sanggup menuturkan kata-kata bahawa dia tidak punya anak perempuan?

Zuhair seakan dapat membaca perasaan Shadia ketika itu. Hajah Quratul Aini pula begitu bersahaja seolah-olah tidak menyedari bahawa dia telah melukakan hati Shadia.

____________________


"Nasha! Umi nak ke pekan, jom teman Umi." Ajakan Hajah Quratul Aini itu sekali lagi membuatkan Shadia tersentak. Kenapa Umi tidak mengajaknya? Kenapa mesti mengajak Nasha? Umi dah tak sayangkan Shadia ke? Kalut Shadia dengan persoalan di kepalanya. Nasha yang tidak memahami perasaan Shadia ketika itu begitu gembira dengan ajakan Umi barunya itu. Dia segera bangun dan berdiri di sisi Hajah Quratul Aini.


"Shadia, Umi dengan Nasha pergi pekan sekejap ye. Nanti Shadia tolong Umi panaskan lauk untuk makan malam, boleh sayang?" Pinta Umi sambil menyarung kasut di kakinya. Shadia cuba mengawal emosinya. Dia mengukir senyuman manis dan mengangguk.


Pandangannya jauh merenung Uminya memimpin tangan Nasha, Entah kenapa dia berasa sangat cemburu terhadap Nasha. Cemburukah aku? Tanpa dia sedar, ada mata yang memerhati di ruang tengah rumah itu. Zuhair baru saja selesai menunaikan solat asar. Namun dia tidak ketinggalan adegan sebentar tadi.


"Shad, jom lepak kat dapur!" cuba memancing perhatian Shadia. Shadia yang tidak menyedari kedatangan Zuhair sedikit tersentak dan segera menoleh. Bulat mata Zuhair merenung anak mata Shadia.


"Shad! Kau menangis? Tidak salah lagi, air yang bertakung di kelopak mata gadis itu adalah sebuah tangisan. Rasanya dia mengerti kenapa Shadia bersedih. Kerana kehadiran Nasha, shadia seolah-olah diketepikan Uminya. Uminya mungkin tak berniat tetapi hati anak muda itu begitu sensitif apatah lagi Umi itu yang membelanya sejak kecil.


"eh, mana ada!" kalut sejenak. Shadia cepat-cepat berpaling dari pandangan Zuhair. Kenapa harus menangis. Dia sendiri tidak menyedari kehadiran air mata itu.


"Shad..." tangan Shadia ditarik ke dalam genggaman. Melihat Shadia menangis, hatinya turut merasa sedih.


"kau jangan fikir yang bukan-bukan... Umi mungkin sekadar bersimpati dengan Nasha!" Zuhair memujuk. Seolah-olah apa yang diduganya memang benar menjadi punca tangisan Shadia.



"Eh, apa kau cakap ni?" Shadia pura-pura tak mengerti. Dia cepat-cepat menarik tangannya dari pegangan Zuhair.



"Shad, tak susah nak baca apa yang ada dalam kepala kau sekarang ni. Aku sendiri saksinya!" Silap orang jika dia ingin menipu. Jejaka di depannya itu berkelulusan tinggi dalam bidang psikologi malah lulusan Universiti terkemuka di Perancis, tidak terlalu sukar untuk menyelami hati gadis semuda sepupunya itu.


"Mungkin aku terlalu emosional kot... tak patut aku fikir bukan-bukan pada Umi dan kawan baik aku sendiri..." perlahan ayat itu lahir dari mulut Shadia. Zuhair senyum. Dia menarik Shadia duduk di sofa di ruang tamu.


"Kau sebenarnya tersinggung dengan Umi sejak semalam kan?" Duga Zuhair. Shadia sedikit tersentak. Tidak disangkanya yang Zuhair juga mengetahui hal itu. Dia menoleh pada Zuhair dan kembali merenung ke depan. Perlahan-lahan dia mengangguk.


"Aku bukan cemburu atau marah pada sesiapa Zuhair, aku Cuma terkilan bila Umi kata dia tak ada anak perempuan. Dia tak anggap aku macam anak dia ke? Sedangkan dia besarkan aku sejak aku berusia 13 tahun lagi."


"Umi tak sengaja... Aku tahu Umi sayangkan kau..."


" Tapi dia kata Nasha anak bongsu dia dan dia tak ada anak perempuan. Bermakna aku tiada dalam senarai..."


"Shad, Umi dah tua... kadang-kadang dia tersasul... aku rasa perasaan dia pada Nasha lebih kepada simpati... kau jangan terlalu jauh membuat kesimpulan...ok?"


Zuhair terus mencuci minda Shadia agar tidak menyimpan prasangka yang tidak elok terhadap Uminya. Dia tahu Uminya tidak berniat meminggirkan Shadia.

______________________


Sudah hampir sebulan mereka di kampung. Hubungan ibu dan anak di antara Hajah Quratul Aini dengan Nasha semakin rapat. Shadia juga yang rasa semakin terpinggir dari hari ke hari. Layanan kasih Hajah Quratul Aini seakan-akan tertumpu hanya pada Zuhair dan Nasha sahaja. Walaupun Uminya masih tidak mengabaikannya tapi terasa seperti dia tidak diperlukan di situ. Adakalanya bila dia tiada di meja makan, Zuhair yang akan memanggilnya. Tetapi bila Nasha yang tiada, begitu bersemangat Hajah Quratul Aini yang pergi memanggilnya.


"Zuhair nak makan apa petang ni?" Soal Hajah Quratul Aini pada si bujangnya itu. Zuhair yang sedang mentelaah beberapa buah buku mengangkat kepalanya sambil berkira-kira apa yang ingin dimakannya.


"Umi tanyalah Shadia! Selalunya selera Zuhair dengan Shadia serupa!" tersentak Nasha mendengar kata-kata Zuhair itu. Sehingga hari ini dia masih belum mendapat perhatian dari Zuhair. Asyik-asyik Shadia!


"Shadia nak makan apa,sayang?" soalan beralih pada Shadia pula. Shadia kekeringan idea. Dia menyengih pada Uminya itu.


"Zuhair! Kenapa suruh aku pulak ni? Aku tak rasa nak makan apa-apalah!" rungut Shadia sambil membulatkan matanya pada Zuhair. Zuhair ketawa. Sengaja dia menyuruh Uminya bertanya pada Shadia. Supaya Shadia tahu bahawa tiada sebaranag perubahan kasih di hati Umi mereka. Biarpun ada Nasha, Shadia tetap Shadia.


"ok... let me decide, urm... apa ye? Nasha! Kau sajalah pilih, kau kan anak Umi, pasti Umi lebih semangat nak masak nanti..." spontan saja Shadia melafazkan ayat itu. Kali ini Hajah Quratul Aini pula yang tersentak. Kenapa Shadia berkata begitu? Zuhair memandang geram ke arah Shadia. Dia takut Uminya pula yang salah sangka nanti.


"Shadia pun anak Umi..." dia ingin mempertahankan status Shadia dalam dirinya. Tersentuh Shadia mendengar ucapan Hajah Quratul Aini itu. Zuhair tersenyum lega. Nasha diam tidak berkata.


"apa kata Umi buat pengat pisang? Zuhair dengan Shadia dah lama tak makan pengat pisang Umi, kan?" akhirnya Hajah Quratul Aini sendiri yang memberi cadangan.


"Setuju!!" serentak Shadia dan Zuhair menjawab.


"Kan Zuhair dah cakap, selera makcik ni memang sama dengan Zuhair! Suka tiru orang!" Ejek Zuhair sambil menolak lembut bahu Shadia. Shadia geram dan memulas telinga Zuhair. Mereka saling menyerang balas. Berbaling kusyen sofa. Hajah Quratul Aini menggeleng-geleng kepala melihat telatah anak-anaknya itu. Nasha pula yang makan hati melihat kemesraan Shadia dan Zuhair. Alangkah seronoknya jika dia yang berada di tempat Shadia. Entah kenapa dia rasa cemburu dengan segala kepunyaan Shadia.

___________________


"Shad, kau dengan Zuhair..." terasa berat untuk meneruskan percakapan. Shadia yang ketika itu sedang mengetuk-ngetuk radio tua yang sudah tidak berbunyi berpaling menanti ayat seterusnya dariNasha.


"kenapa Nasha?" Shadia bersila di hadapan Nasha yang sedang melipat pakaian. Sambil itu dia meninjau-ninjau Zuhair dan Hajah Quratul Aini. Ruang tamu sunyi. Dapur juga sepi. Mungkin Zuhair menemani Uminya ke kebun.


"Kau dengan dia... ada apa-apa ke?" dia ingin tahu. Kerana semakin hari dia semakin menyukai Zuhair. Walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa Zuhair yang menjadi pilihan hatinya sedangkan tidak pernah sekali pun dia berpeluang berbual mesra dengan Zuhair sepanjang dia menginap di situ. Hati ibunya sudah dipikat, tapi anaknya tak juga terikat.


"apa kau merepek ni Nasha, dia cousin aku!" Tergelak Shadia ditanya begitu. Kalau benar pun dia sukakan Zuhair, mungkin sukar untuk menjalinkan hubungan kerana mereka sudah seperti keluarga. Mana mungkin dia ada apa-apa hubungan dengan sepupunya sendiri. Walaupun dia bukan sepupu yang sedarah sedaging, tapi membesar bersama tidak sesuai sekiranya dia menaruh perasaan pada Zuhair.


"tapi aku tengok kau mesra betul dengan dia."


"kami dah macam adik-beradik, membesar bersama. Kenapa, kau cemburu?"


"eh, mana ada!" cepat-cepat Nasha menyembunyikan perasaannya. Shadia seperti dapat membaca sesuatu. Dia dapat merasakan Nasha menyimpan perasaan terhadap Zuhair. Haruskah dikhabarkan pada Nasha bahawa Zuhair sudah mempunyai kekasih hati? Dia ingat lagi beberapa hari lepas Zuhair pernah memberitahu hatinya sudah dimiliki. Cuma siapakah gerangan gadis itu dia masih belum mengetahuinya. Mungkin orang Perancis barang kali. Shadia tersenyum sendiri.


"Kalau kau benar-benar suka, luahkan!"


"eh, mana ada! Aku saja tanya!"


Melihat Nasha beria-ia menafikan, Shadia akur. Dalam soal lelaki Shadia tak terlalu risau kerana Nasha lebih pandai dalam bab-bab sedemikian.

____________________


"Umi, boleh Zuhair tanya Umi sikit tak?"


" Boleh sayang, sudah tentulah. Apa dia?"


"Umi sayang Shadia sedalam mana?"


"Sedalam Umi sayangkan Zuhair...kenapa tanya macam tu?"


"Sedalam Umi sayangkan Nasha juga?" Soalan jenis apakah itu? Hajah Quratul Aini tidak tahu jawapan yang sepatutnya. Dia baru mengenali Nasha. Kasih berputik kerana kasihankan anak itu sudah tidak beribu dan bapa. Apa salahnya dia cuba membuang kesunyian gadis itu?


"tidak perlulah Umi jawab soalan ini kerana kasih untuk Nasha adalah kasih sesama insan. Umi baru kenal dia dan tidak membesarkan dia jadi mana mungkin dapat menandingi kasih Umi buat Shadia dan apatah lagi anak kandung Umi ini..." Zuhair ditarik ke dalam pelukannya. Zuhair terharu. Hatinya puas. Sekarang dia yakin bahawa Uminya kasihkan Shadia sepenuh hatinya.


"Umi, Shadia tu bukan anak kandung Mak Lang kan?"


"Bukan... dia anak angkat saja... kenapa tanya, bukan Zuhair memang dah tahu ke?"


"Saja nak tanya lagi... siapa ibu kandung dia sebenarnya Umi?"


"Jiran sekampung juga... tapi sudah meninggal dunia masa lahirkan Shadia... itu yang Mak Lang kamu ambil jadi anak dia, dia kan tak ada anak..."


"Maknanya kita dengan Shadia bukan darah daginglah."


"ya.. tapi kita semua sayangkan dia macam darah daging sendiri!"


"Umi, Zuhair rasa sebelum Zuhair balik ke Perancis, Zuhair nak bertunanglah." Kenyataan Zuhair kali ini telah menutup semua persoalan sebentar tadi. Benarkah apa yang didengarnya.


"Zuhair dah ada pilihan hati ke? Siapa calonnya? Tak terlalu awal ke?" bertubi-tubi soalan lahir di bibit tua itu. Hajah Quratul Aini memandang tepat wajah anaknya. Cuba mencari kebenaran di situ.


"sudah Umi... calonnya Umi pun kenal malah terlebih kenal... soal awal atau tidak, rasanya tidak sebab Zuhair bukan nak berkahwin sekarang pun. Hanya nak bertunang dahulu sebelum dia terlepas ke tangan orang lain."



"eh, siapa dia? Janganlah buat Umi tertanya-tanya"


"Shadia"


"????"

________________________


Bila dikenangkan semula, rasa ingin ketawa. Zuhair langsung tidak menyangka bahawa Shadia akan menerima lamarannya. Rupa-rupanya Shadia juga menaruh perasaan terhadap Zuhair cuma malu untuk berterus-terang memandangkan Umi Zuhair sudah dianggap seperti Uminya sendiri. Shadia juga begitu, terkejut benar dia apabila Zuhair ingin melamarnya sebagai isteri.


"Tahniah Shad!" ucap Nasha setelah selesai majlis pertunangan di antara Shadia dan Zuhair. Buat Nasha, biarlah dia memendamkan sahaja perasaannya terhadap Zuhair. Suatu masa nanti dia pasti dapat melupakan insan itu. Lagipun Zuhair memang lelaki terbaik dan layak buat Shadia.


"Shad, bila Zuhair balik dari Rennes nanti kita terus kahwin ya!" dalam malu, Shadia mengangguk setuju. Mereka tidak lagi berkau dan aku seperti selalu. Hajah Quratul Aini tersenyum memerhati. Tidak disangkanya anak gadis yang sudah dianggap seperti puterinya sendiri itu adalah calon menantunya.



-THE END-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.