Cerpen : Seandainya tuhan mengizinkan

Cerpen : Seandainya tuhan mengizinkan
Nama Pena : Hana Norisa

Kringgggggg!!
Bunyi jam loceng yang membingitkan telinganya dimatikan. Dia mengerling jam tersebut. "Alamak, dah pukul 7," Farah terjerit kecil. Dia bergegas ke bilik air dan membersihkan diri. Hari ini merupakan hari yang sangat penting baginya. Hari ini dia dan kumpulannya akan mengadakan pertunjukan dalam pertandingan ’Battle of The Band’. Siapa sangka minatnya yang suka mengubah lagu, akhirnya membawa namanya ke persada muzik di universiti tempat dia menuntut.

Farah segera bersiap. Rambutnya yang pendek itu dibeleknya. Sengaja dia memotong rambutnya sependek dan se’funky’ itu. Padanya, sesuai sedikit dengan imej yang dibawa oleh kumpulan bandnya, imej bergenrekan rock. Sesudah itu, Farah mencapai beg dan gitar miliknya dan berlari keluar setelah mendengar hon kereta Alexa.

********

"Cik Farah, balik tak malam ni?" tegur Mak Limah, orang gaji kediaman Farah. Pertanyaannya membantutkan pergerakan Farah.

"Kenapa kalau aku tak balik?" Farah tidak menjawab sebaliknya dia pula yang menyoal Mak Limah.

"Tak de lah. Malam ni kan tuan balik. Jadi, mesti lah dia harap Cik Farah ada sekali," Mak Limah memaklumkan, takut-takut. Dia kenal sangat dengan Farah. Dah bertahun-tahun dia tinggal bersama keluarga Farah. Sejak kematian ibunya, Farah telah banyak berubah. Farah menjadi bebas dan mula bergaul dengan orang yang tak tentu arah. Hinggakan, apabila bercakap dengan Mak Limah, dia membiasakan diri dengan panggilan aku dan kau.

"Kenapa pulak? Bukan selama ni papa tak kisah aku ada ke tak kat rumah ni?" Farah meminta kepastian dari Mak Limah.

"Tuan minta Mak Limah pastikan Farah ada kat rumah malam ni. Dia nak perkenalkan Farah dengan keluarga barunya," jelas Mak Limah.

"What?" Farah terperanjat. Dia tidak menyangka papanya akan berkahwin lain. Bukan akan tapi sudah pun berkahwin dengan orang lain. Farah berasa sangat marah lantas menghempas pintu rumah setelah keluar menuju ke kereta Alexa. Mak Limah melatah kecil, terperanjat.

*****

"Apsal kau lambat sangat ni? Penat aku tunggu kau kat luar ni," keluh Alexa. Alexa merupakan salah seorang ahli kumpulan bandnya. Bagi Farah, Alexa lah penyelamatnya. Kerana Alexa dia ada sebab untuk hidup. Alexa juga lah yang memperkenalkan dia kepada muzik. Dia bersyukur kerana biarpun dia telah kehilangan segalanya, dia masih lagi dapat teruskan hidupnya dengan bermain gitar. Padanya dengan bermain muzik, dia dapat meluahkan perasaan hatinya untuk didengar oleh orang lain. Biar orang lain memahami perasaannya.

"Sori la babe. Ada road block tadi," ujar Farah, selamba. "So, kita nak pergi mana ni?" sambungnya. Dia mencapai begnya dan mengeluarkan chewing gum lalu dikunyahnya. Dia menghulurkan sekeping kepada Alexa.

"Aku rasa apa kata kalau kita pergi uc jap," Alexa mencadangkan. U.C yang dimaksudkan adalah Underground Club mereka. "Malam ni kan dah compete," sambung Alexa, mengingatkan.

"Mmm, betul jugak cakap kau tu," sokong Farah. "Jom, our next destination. U.C," sorak Farah.

******

"Mana Ara ni?" keluh Hani. Dia mengerling jamnya. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. "Dia dah lupa ke hari ni ada test?" bisik hati kecilnya.

Kereta milik Alexa meluncur laju masuk kedalam perkarangan kompleks kuliah. Farah dan Alexa keluar dari kereta. Hani segera mendapatkan Farah.

"Ara, kau pegi mana? Test tu nak start dah," Hani cuba mengingatkan.

Farah tidak menghiraukan pertanyaan Hani. Farah berlalu pergi. Alexa membuntuti Farah.

"Ara, kau lupa ke kita ada test hari ni?" Hani meneruskan pertanyaannya.

Secara jujurnya, Farah memang lupa bahawa dia ada test hari itu, mungkin dan hanya mungkin, seandainya yang mengingatkan adalah Alexa atau orang lain mungkin dia akan membatalkan niatnya untuk ke U.C dan mengambil test tersebut tetapi memandangkan yang mengingatkan dia adalah Hani, dia rela mengulang dari mendengar kata-kata Hani.

"Eh, perempuan. Kau diam boleh tak?" herdik Farah. Orang disekeliling mereka yang menyaksikan kejadiaan itu mula berbisik-bisik. Hani terdiam.

"Kau jangan sibuk hal aku boleh? Aku tak pernah nak masuk campur dalam hal kau. Kenapa pulak kau sibuk nak campur urusan aku. Lantak aku lah nak buat apa. Yang susah nanti tu aku, bukan kau" Farah menghamburkan kemarahannya. Dia tidak peduli apa tanggapan orang lain terhadap dirinya.

"Tapi Ara, test ni penting,"

"Kau diam. Aku tak kira samada test ni penting ke tak. Yang aku tahu selagi kau ada dalam kelas tu aku rela mengulang berpuluh-puluh kali. Kau faham?" Kemarahan Farah masih belum reda lagi. "And kau jangan panggil aku Ara lagi. Aku tak suka." Farah mengangkat kaki melangkah pergi dari kawasan itu.

"Ara," Hani melaungkan nama Farah. "Aku tak kisah samada kau suka atau tak, aku tetap akan panggil kau Ara," Hani memberanikan diri menyatakan pendiriannya.

"Kan aku cakap jangan panggil aku Ara," Farah mengetap giginya lalu memusingkan badannya menghadap Hani dan cuba untuk menampar muka Hani.

Hani yang terperanjat dengan perlakuan Farah hanya terpaku disitu. Matanya membulat memandang Farah.

"Kau dengar sini, Ara yang kau kenal dah lama mati. Kau dengan Adam yang bunuh dia. Tu kau kena tahu," Farah membisikkan kata-kata itu. Niatnya untuk menampar Hani dibatalkan. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Setiap kali dia cuba menyakitkan hati Hani, setiap kali itu lah dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk melukakan Hani.

********

Farah berpatah balik ke kelasnya yang berada tingkat tiga. Hari ini dia berseorangan makan kerana Adam dan Hani terpaksa bertugas. Mengikut peraturan sekolah, pelajar yang tidak terlibat dalam tugas pada hari tersebut tidak boleh berada di dalam kelas. Farah segera berlari ke kelas untuk mengambil wang sakunya.

Dia ternampak kelibat Adam dan Hani sedang sibuk menyusun meja dan mengelap tingkap. Niatnya untuk menegur mereka terbantut. Dia terpaku melihatkan sandiwara yang bermain didepannya. Dia sendiri melihat Adam, kekasih hatinya sedang berpegangan tangan dengan Hani. Bukan itu sahaja, dia sempat melihat Adam menyelak rambut Hani yang jatuh berjuraian di dahi.

Tanpa berlengah, Farah menerpa ke arah mereka. Dia menampar Adam. Adam terkesima. Hani menekup mulutnya melihat perlakuan itu. Farah berlari keluar meninggalkan mereka.

Semenjak hari itu, persahabatan yang terbina selama berbelas tahun musnah. Mereka tidak lagi bertegur sapa. Biarpun dia kelihatan marah dengan perlakuan dua sahabatnya itu, jauh disudut hatinya dia berharap Adam dan Hani akan setia bersamanya. Mungkin salahnya juga kerana bersikap terburu-buru pada ketika itu hinggakan Adam dan Hani tersinggung dengan sikapnya.

Malah pada hari kematian ibunya, Adam dan Hani juga tidak datang menjenguknya. Dia keseorangan pada ketika itu. Dari saat itu, dia mulai membenci sahabatnya tanpa menyedari semuanya bermula kerana sikapnya. Pada saat itu lah, Alexa dan lain-lain muncul. Merekalah yang memperkenalkan dia dengan dunia muzik dan kini dunia merempit.

********

"Dah la Farah. Jom, pergi," ajak Alexa. Alexa tidak mahu perkara itu berlarutan lantas dia mengajak Farah beredar dari situ. Hani terpaku disitu. Dia cuba bergerak tapi dia merasakan badannya terpasak dek tanah tempat dia berdiri.

Farah dan Alexa berjalan beriringan ke Underground Club. Farah masih lagi marah dengan kelakuan Hani. Entah bagaimana, dia terlanggar seseorang. Disebabkan marahnya pada Hani masih berbekas, dia menghamburkan amarahnya pada orang yang dilanggarnya.

"Woi, buta ke?" Farah menyoal. Dia hampir terjatuh akibat hilang keseimbangan.

"Maafkan saya," pinta orang itu.

Farah mengibas-ngibas bahunya yang berlanggar dengan pemuda itu. " Lain kali kalau jalan tu, tengok depan," Farah masih lagi meninggikan suaranya. "Bukannya tengok buku sambil jalan," sambungnya lagi setelah terpandangkan buku yang bertaburan. "Nak tunjuk rajin la tu," perli Farah. Dia langsung tidak memberi peluang untuk pemuda itu membela diri.

Farah menoleh ke arah Alexa bila dia merasakan Alexa memaut lengannya. "Dah la tu. Habis semua orang kau nak marah. Budak tu tak buat salah pun. Malah kau yang langgar dia," Alexa menjelaskan situasi yang sebenar. Memang benar, belum sempat Alexa menghalang perlanggaran itu., mereka telah pun berlanggar.

"Dah la. Malas aku nak layan mamat ni," Farah cuba menutup kesilapannya. Menyedari kesilapannya, Farah pantas mengajak Alexa pergi. Dia meninggalkan pemuda itu terpinga-pinga. Farah sempat mengerling kearah mamat itu, dia sempat melihat pemuda itu menundukkan mukanya tanda bersalah. Perilaku itu mengingatkannya pada seseorang. Adam.

******

Setibanya mereka berdua di U.C, Farah terus mencapai dram bass yang tersedia ada di kelab itu dan memukulnya sekuat hati untuk melepaskan geram. Zach dan Mat terpinga-pinga dengan perilaku Farah.

"Kenapa dengan minah tu pulak, Alexa?" soal Zach, memecahkan kesunyian.

"Tadi dia bergaduh dengan budak account tu," jawab Alexa. Budak account itu merujuk pada Hani memandangkan Hani mengambil jurusan Account.

"Farah, kenapa ni? Cerita ka kat Zach," Zach mendekati Farah. Farah berhenti memukul dram di hadapannya. Zach memaut lengan Farah.

"Entahlah. Malas dah Farah nak fikir. Farah macam dah hilang mood nak jamming," rengek Farah. Bagi Farah, Zach lah tempat dia mengadu masalah. Dia masih ingat lagi, di saat dia hilang arah setelah kematian ibunya, Zach dan rakan-rakan bandnya lah yang telah menyuntikkan kembali semangat ke dalam dirinya.

“Apa kata malam ni lepas compete kita keluar, kita keluar. Zach nak ajak Farah pergi tempat yang selalu Zach pergi," pelawa Zach. Farah melepaskan pegangan Zach. Dia mengangguk tanda setuju. Zach dan ahli kumpulannyan tersenyum, puas.

*****

Persembahan tersebut berlanjutan sehingga lewat malam. Persembahan kumpulan Farah mendapat sambutan daripada para pelajar, dengan mempersembahkan lagu kegemaran Farah, No Love dari kumpulan Simple Plan. Mereka menjerit kegembiraan apabila kumpulan mereka mendapat tempat pertama.

Mereka bersorak kegembiraan atas kemenangan pertama mereka. "Kita nak kemana ni?" soal Farah. Rakan-rakannya hanya tersenyum.

"Kau ikut je lah," Alexa mengajak.

"A’ah. Kita kena lah meraikan kemenangan kita malam ni," suara Mat, yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

"Ye lah, tapi kemana?" Soalan Farah tidak diendahkan.

*****

Jalan itu yang popular dengan kaki rempit makin dipenuhi. Kebanyakkan mereka membawa perempuan bersama. Di situ, kelihatan lelaki dan perempeuan berpelukan tanpa segan dan silu. Dua orang yang berlainan jantina bergaul dengan bebas. Zach dan rakannya tiba di trek perlumbaan.

"Kenapa kita kat sini?" soal Farah. Dia tidak pernah menyangka Zach dan rakan-rakannya akan membawa dia ke sini. Walaupun dia seliar ini, dia tidak pernah melibatkan diri dalam dunia rempit. Baginya, si perempit ini hanya melakukan kerja yang sia-sia kerana silap-silap jika tersalah percaturan, maut datang mengundang.

"Rileks lah babe. Kata nak enjoy," Alexa cuba menenangkan.

"Jap. Maknanya kau memang dah tahu la yang kita memang nak kesini?" Farah meminta kepastian.

"Daaaa. Memanglah aku tahu. Tiap-tiap malam ni lah port kitorang," Alexa menceritakan perihal sebenar.

"Kau tahu tak kalau polis datang macam mana," Farah meninggikan suara. Semua yang berada disitu melihat ke arah mereka berdua apabila terdengarkan Farah menyebut perkataan ’polis’.

"Hei, " tegur Alexa. Alexa menarik Farah ke suatu sudut. "Polis. Polis. Jangan sebut ea," Alexa memberi amaran.

"Korang tipu aku," kesal Farah. Dia menarik beg yang di galas Alexa. Barang-barang dalam beg itu jatuh bertaburan akibat begnya tidak di zip dengan betul. Pandangan Farah terarah pada beberapa peket plastik yang mengandungi serbuk putih.

"Apa ni?" tanya Farah, sambil mengambil sepeket serbuk itu dan mengunjuk-ngunjuk didepan Alexa. "Tak de apa-apa lah, ni susu tepung je," ujar Alexa. ’Susu tepung. Buang tabiat ke minah ni bawa susu tepung kat sini’ bisik hatinya. Farah masih lagi tidak mengesyaki apa-apa.

"Dah la. Jom pergi tengok race. Takkan kau nak miss race Zach kan?" Alexa cuba mengalih topik perbualan. Farah menggeleng. Dia membuntuti Alexa ke track yang pada ketika itu, Zach sudah bersedia untuk berlumba.

*****

Sejak peristiwa malam itu, Farah dan kumpulannya sering menghabiskan waktu malamnya dengan berlumba. Farah semakin meminggirkan pelajarannya. Ketika dia sedang sibuk mengubah lagu dan mencatatkan not-not lagu, Hani menegurnya.

"Aku dengar kau dah mula berjinak-jinak dengan racing," Hani memulakan bicara.

Farah berpura-pura tidak mendengar. Dia meneruskan kerjanya megubah lagu. Satu persatu giar itu dipetik untuk menghasilkan sebuah lagu.

"Aku nasihatkan kau supaya tinggalkan apa yang kau buat kalau kau tak nak menyesal," Hani meneruskan bicaranya.

Tangggggg!!!
Bunyi gitar Farah. Salah satu talinya terputus. "Sekarang puas hati kau," herdik Farah. Dia berasa sangat marah kerana tali gitarnya putus.

Hani yang terperanjat dengan herdikan Farah hanya mampu tunduk.

"Hei, kau jangan buat muka macam tu depan aku. Aku menyampah kau tahu tak," herdiknya lagi.

"Farah, kau fikirlah cakap aku ni betul-betul," Hani memberanikan diri bersuara.

"Kau siapa nak aku dengar cakap kau?" soal Farah, bersiap-siap untuk meninggalkan tempat itu.

Hani hanya mampu berdiam. Dia tahu kini Farah menyalahkan dia dan Adam kerana meninggalkan dia di saat Farah memerlukan mereka berdua. "Aku...," belum sempat dia bersuara, Farah telah mengangkat barangnya dan berlalu pergi. "Sahabat kau," sambungnya lemah. Pandangannya melihat Farah sehingga Farah hilang dari pandangan.

******

Zach dan yang lain-lain sudah pun berkumpul ditempat itu. Maisng-masing sedang sibuk ’test’ motor masing-masing. Zach juga tidak terkecuali.

"Zach, jom balik," ajak Farah. Zach tidak menghiraukan. "Zach, Farah tak sedap hati ini," Farah masih merayu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia raa begitu. Dia dapat merasakan sesuatu akan terjadi. Dia cuba memberitahu rakan-rakannya, tetapi tidak diendahlan.

"Dari sini sampai jalan pantai pas tu patah balik samapi sini," Joe membentangkan percaturan. Malam ini Alexa yang menjadi ganjaran kepada pemenang. Alexa kelihatan tidak gentar langsung sedangkan Farah mulai risau seandainya tiba gilirannya. Dia tidak kisah seandainya yang menang itu Zach, tapi bagaimanan pula jika orang lain yang menang? Dia ngeri memikirkan perkara itu.

Siren polis yang semakin mendekat itu, menarik perhatian semua yang berada di situ. Masing-masing mencapai motorsikal mereka dan memecut laju melarikan diri. Farah panik. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Kakinya bagaikan melekat disitu. "Farah, cepat naik," Suara Zach memecahkan kebingungannya. Farah segera melompat naik motorsikal Zach. Polis semakin dekat dengan mereka. Dia sempat menoleh, dia melihat ramai rakannya berjaya ditahan pihak polis. Zach memecut motorsikalnya selaju mungkin.

*****

Farah mulai tersedar. Kepalanya terasa berdenyut. Hani yang setia menemaninya segera mendapatkan Farah apabila mendapati Farah terjaga. Farah tertanya-tanya mengapa dia kini berada di hospital.

"Kenapa aku kat sini?" soal Farah, lembut. Ini lah kali pertama Farah berkata dengan lembut kepada Hani.

"Kau tak ingat ke?" soal Hani. Farah menggeleng. "Dah hampir seminggu kau tak sedarkan diri," Farah memberitahu. "Kau koma lepas accident hari tu."

Accident? Satu persatu ingatannya kembali. Malam itu ketika sedang dikejar polis, Zach gagal mengawal motorsikalnya lalu menghentam tebing jalan. Kemudian, dia langsung tidak menyedarkan diri.

"Zach mana Hani?" soal Farah. Baju Hani digenggamnya.

"Zach dah tak de Farah. Dia maut dalam kecelakaan tu," Hani berterus-terang.

"Alexa dengan Mat?" soalnya lagi.

"Mereka sekarang didalam tahanan polis kerana disyaki mengedar dadah. Pihak polis menjumpai hampir 3 kg dadah dalam begnya," Hani masih lagi sabar melayan kerenah Farah.

Patutlah ketika Farah menemukan beberapa peket plastik, Alexa bertegas mengatakan itu susu tepung. Farah menekup mulutnya menahan sendu. Hani duduk disebelahnya. Farah melabuhkan kepalanya ke bahu Hani. "Sabarlah Farah. Semua ni ada hikmahnya. Seandainya tuhan mengizinkan sesuatu itu, ia tetap akan terjadi," Hani cuba mengembalikan kekuatan kepada Farah.

"Ara, aku harap kau sabar dengan apa yang aku nak katakan ni," ujar Hani, takut-takut. Farah menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia tidak tahu lagi berita buruk apa lagi yang akan dia terima.

Hani mengambil tangan kiri Farah lalu berkata "Aku tahu tangan kiri kau sangat penting untuk kau." Belum sempat Hani menghabiskan ayatnya, air mata Farah sudah gugur berjuraian. Dia seolah-olah tahu apa yang cuba diperkatakan oleh Hani. "Doktor kata tangan kiri kau dah rosak, Tulang jari kau dah patah. Kau dah tak boleh memetik gitar," sambung Hani.

Mendengarkan perkhabaran itu, Farah meraung. Kesal dengan jalan yang dipilih sebelum ini. Dia mula menyalahkan semua orang disisinya. Dia menghalau Farah keluar dari wad itu. Hani terkilan melihat sahabatnya itu. Sahabat dia dan Adam.

*******

"Adam, kau jumpa dengan Farah nak?" Hani cuba memujuk Adam berjumpa dengan Farah.

"Aku bukan tak nak tapi kau sendiri tahukan Farah tu macam mana?" Dia tak mungkin nak berjumpa dengan aku setelah apa yang aku lakukan pada dia," ujar Adam.

"Lupakan hal dulu Adam. Mulakan hidup baru. Mak Farah dah pun tak de," Hani masih terus-menerus memujuk. "Aku tahu kau masih sayang kan dia. Dia dah tak de sesiapa lagi didunia ni. Dia hanya ada kita. Dia dah hilang segala-galanya. Satu-satu nyawanya juga dah hilang. Kebolehannya untuk bermain gitar dah hilang,"

"Apa kau cakap?" Adam terkejut dengan berita itu.

********

"Nanti kalau kita dah besar I want to become a guitarist and songs writer then kita akan bentuk satu kumpulan nak?" Farah mencadangkan. Jauh sungguh dia memasang cita-citanya.

"Besar? Habis tu kita ni kecik lagi ke Cik Farah?" perli Adam.

"Bukanlah, maksud besar tu nanti bila kita dah masuk universiti lah," Farah membetulkan silapnya.

Adam, Farah dan Hani baru sahaja pulang dari kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah untuk pelajar tingkatan 3 sebagai persediaan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Kalau nak bentuk kumpulan mesti lah anggota dia kena tahu main alat muzik. Ara main gitar. Hani dengan Adam?" Hani pula bersuara. Dari tadi dia lebih senang mendengar dan memerhati.

"Hai, ada pun suara kau Cik Hani," perli Adam. Hani mencebik.

"Hish, dah la korang ni. Suka sangat gaduh. Adam main dram and Farah main backup gitar. Nanti boleh backup Farah," ujar Farah.

"Gitar? Gitar tu untuk lelaki lah," ujar Hani..

"Siapa kata? Perempuan pun boleh tau. Nanti Farah nak cipta banyak lagu. Farah dah cipta pun lagu untuk kita bertiga,"

"Yeke. Nanti boleh lah mainkan untuk kitorang," Hani melonjak gembira.

*******
Setelah puas dipujuk oleh Hani, akhirnya Adam akur. Hari ini dia akan berjumpa dengan Farah. Dia sangat berharap Farah akan berlembut hati. Dia buat semua ini kerana Farah.

"Assalamualaikum, Farah," Adam memberi salam.

"Waalaikumsalam," Farah menjawab salam itu. Farah yang sedari tadi sibuk mengemas menghentikan tugasannaya. Dia menoleh ke arah suara itu.

Adam tergamam. Dia terpegun melihat Farah. Farah sudah jauh berubah. Farah kelihatan sangat ayu memakai baju kurung. Rambutnya kini telah panjang mencecah bahu. Berbeza dengan penampilannya dahulu. Dia masih ingat lagi betapa kasarnya Farah sewaktu mereka berlanggar dahulu.

"Cari siapa?" soalan Farah memecahkan lamunan Adam.

"Cari Farah," ujar Adam.

"Cari saya?" Farah kehairanan. "Kenapa nak cari saya? Eh, saya macam pernah tengok awak lah," Farah cuba mengingat. “Awak yang saya langgar hari tu kan?" Adam mengangguk. “ Saya minta maaf sangat."

"Adam yang patut minta maaf," Adam bersuara akhirnya.

Riak muka Farah mulai berubah apabila mendengarkan nama pemuda itu.

"Adam tahu Adam tak sepatutnya buat begitu," Adam melahirkan kekesalannya. "Adam tak sangka sebab hal itu, Farah masih marahkan Adam sampai kini. Adam minta maaf sangat-sangat,"

"Tak pe lah Adam. Hal dah jadi. Seandainya Tuhan mengizinkan, sekuat mana kita cuba lari, ia tetap akan terjadi," ujar Farah tenang. Dia tidak mahu membuat keputusan dengan terburu-buru. Cukuplah peristiwa dulu menjadi pengajaran dalam hidupnya.

"Dulu, Farah cetek akal. Hanya tahu ikutkan nafsu. Dan apa yang lebih membuatkan Farah marah dulu adalah apabila dua kawan baik Farah mengkhianati Farah. Orang yang Farah cinta bermain kayu tiga dibelakang Farah dengan kawan Farah sendiri. Mana Farah tak marah. Kemudian, tak lama lepas tu mama Farah pergi tinggalkan Farah. Disaat Farah perlukan kawan Farah, mereka dah tiada. Mereka pergi tinggalkan Farah," Farah melepaskan apa yang terbuku di hati.

******

Adam dan Hani bertepuk tangan setelah Farah selesai menyanyikan lagu untuk mereka. Farah meminta izin untuk pergi ke tandas. Kini, di bilik itu tinggal Adam, Hani dan mama Farah.

"Kalian sanggup ke tengok Farah macam tu? Buku entah kemana...24 jam dengan gitarnya sahaja," luah mama Farah. Bimbang seandainya perkara ini berterusan, Farah akan melupakan pelajarannya.

Hani dan Adam yang baru sahaja selesai mendengar petikan gitar Farah hanya mampu mendengar.

"Mak cik bukannya apa. Mak cik takut kalau Farah tu tak minat belajar. Mak cik tengok lepas dia berkawan dengan kamu dia makin leka dengan pelajaran dia,"

"Mak cik harap lepas ni kamu jangan berkawan dengan dia lagi. Kamu fikir lah demi kebaikan dirinya.

*******

"Niat mama memang baik tapi Farah yang tak reti nak fahami. Lagipun, masa tu Adam dan Hani kan boleh berterus-terang dengan Farah. Tak perlu buat macam tu pun tak pe," Farah merungut. "Tapi tak pe lah, dah jadi pun."

"Farah, maafkan Adam ya?" pohon Adam. Farah mengangguk dan tersenyum. Mana mungkin dia akan memarahi jejaka dihadapannya. Jejaka yang sangat dia cintai suatu ketika dulu hingga kini. Kerana cintanya, dia menyimpan dendam terhadap sahabatnya sendiri dan hampir memusnahkan masa depannya. Mungkin sudah tiba saatnya dia melupakan cintannya itu. Tapi mampukah dia melakukannya? Dia hanya mampu berdoa. "Hani mana?" Farah mengubah topik perbualan.

Hani yang sedari tadi berdiri diluar, mencuri-curi dengar, menonjolkan dirinya. Hani mencapai tangan Adam dan Farah lalu disatukan. "Korang dah lama menderita. Aku sendiri dah saksikan. Jadi rebutlah peluang ini," Hani tersenyum.

"Ingat tak lagu yang Farah cipta untuk kami?" soal Hani. Farah mengangguk. "Well, biar Hani nyanyikan. Sungguhpun, bila Hani nyanyi ni nanti hujan, korang reda jelah ea?" Hani mencapai gitar milik Farah lalu memetiknya dan menyanyikan lagu yang dicipta mereka suatu ketika di waktu mereka masih diawal remaja.

The loneliness of nights alone……the search for strength to carry on…..my every hope has seemed to die……..my eyes had no more tears to cry…...then like the sun shining up above……..you surrounded me with your endless love……..coz all the things I couldn't see are now so clear to me.

Now all my hopes and all my dreams…are suddenly reality…you've opened up my heart to feel…a kind of love that's truly real…guiding light that'll never fade… there's not a thing in life that I would ever trade……for the love you give it won't let go..I hope you'll always know.

~The End~

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.