Cerpen : Cari jodoh

Cerpen : Cari jodoh
Nama Pena : Mail

Jam telah menunjukkan pukul 2.30 pagi, namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Aku termenung di katil bujangku, teringat akan peristiwa malam tadi. Aku dijadikan bahan jenaka dan ketawa oleh rakan-rakanku hanya kerana tidak punya satu itu.

++++

Macam kebiasaan, aku pergi melepak malam tadi. Sesampainya aku di tempat lepak tu, aku terus memarkir motorku dan pergi ke arah teman-temanku.

"Fuiyo, jejaka teruna sudah sampai. Wiwit." kata Is disambut oleh gelak ketawa yang lain sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di sebelahnya..
Belum sempat ketawa mereka reda, Akim pula menegurku. " Mak ko tak marah ke Im keluar malam-malam ni? Anak dara tak baik keluar malam-malam tau. Hahahaha."
"Ala…." belum sempat aku menjawab, Khairul telah potong kata-kataku.
"OK kawan-kawan, aku ada lagu khas untuk kawan kita yang masih suci ni. Nak dengar tak??"
"Aku main gitar, korang backup k."

Khairul memandang ke arahku, dan tangannya terarah kepadaku. "untuk Zahim, terimalah"
Khairul terus memetik tali gitar kapoknya dan menyanyi.

"Ini cerita, cerita Zahim,
Yang masih solo dan kesunyian,
Rupa Si Zahim, sangatlah suci,
tapi solo sehingga kini.
Ohh..Ohh.Ohhh..
Zahimlah makhluk Tuhan yang tak laku sehingga kini"
"ohh..ohh..ohh.." yang lain lain membackup lagu yang mengikut rentak lagu makhluk tuhan paling seksi yang Khairul nyanyikan. Serentak mereka ketawa setelah menghabiskan lagu tersebut. Aku hanya tersenyum.

"Best2. Pandai korang wat lagu." kataku setelah ketawa mereka hampir reda.
"Ok, lagi satu lagu untuk ko." tiba-tiba Is bersuara.
"Rul, bak gitar ko tuh."
"Nah." Khairul memberikan gitarnya pada Is.
"Sape nak join, join k. hahahaha. Im, lagi satu, terimalah." Is buat gaya macam pakwe tujukan lagu khas untuk awek. Aku geleng kepala. Aduss. budak-budak nih..Aku mengeluh.

"ok..1,2,3." Is terus memetik gitar tersebut. Kali ni ikut lagu lama P. Ramli pulak, ape ntah tajuk eh..
"Yang mana satu, pilihan kalbu,
sudah penat, kami menunggu."
Is mula nyanyi. Akim sambung.
"yang macam mana, pilihan Zahim,
badan gemok, atau keremping??

Khairul dah berdekah-dekah ketawa. Aku dah tak leh buat apa. Senyum kelat jek la. Nak marah, kawan. Aku tak betah nak lepak lama-lama malam td. Selalunya, selagi tak pukul 12, kitorang tak balik. Lagi lama aku stay, lagi teruk aku kena bahan. Malam tadi jugak merupakan sejarah dalam hidup aku lepak tak sampai setengah jam.

"Weh, aku blah lu aa." kataku
Is yang dengar aku nak balik, terus berhenti ketawa. "Alamak ai. Baru pukul 11 beb. Pe kes nak balik awal-awal? Ke nak gi usha awek kilang balik kerja? hahahaha."
Khairul dan Akim ketawa. Aku buat bodoh je.
"Nak carik awek, dapat ke oi?? Kot2, Limah gemuk anak Pak Hamid tu pon tak pandang kat ko. hahahaha."
Aku malas nak layan. Aku terus menghidupkan enjin motorku, dan berlalu dari situ dan meninggalkan mereka.

++++

Aku tak tahu kenapa semenjak dulu ini, semua orang mempersoalkan akan status diriku. Salah aku kah tak ada pasangan. Masakan aku taknak ada awek. Aku jugak nak jadi macam Akim dengan Lia. Khairul ngan Tasha. Is dengan Teha. Bila cuti, hujung minggu, spend time sama-sama. Tengok wayang. Keluar makan. Ada orang ambik berat, sayang.. Bahgia je rasanya. Tapi apakan daya, tak ada yang mahu dan menginginkan diri aku ni.

Tak tahu sama ada aku atau ibu bapa aku yang salah, semua perempuan tak nak kat aku. Hidup aku dirundung kesunyian. Aku ada lah rupa jugak. Sedap je mata memandang. Kalahla Akim dengan IS. Aku jugak bukan budak jahat, tapi takdelah baik sangat. Normal je. Aku tak kaya, setakat duit simpanan 3 ribu lebih dengan motor 125Z sebijik. Beli sendiri guna duit kerja aku. Tapi tetap takde yang nak. Kawan-kawan aku naik motor je gak, parent pulak yang belikan. Tapi ada je yang nak. uh oh..

Bukan aku tak pernah usaha, macam-macam usaha aku buat, biar aku ada awek. Tapi sampai sekarang tak ada hasil. Siap pergi mandi bunga lagi, kononnya biar buang sial. Tapi keputusannya sama sahaja.

++++

Pernah dulu, aku ikut Akim balik kampong dia semata-mata nak kenal dengan sepupu dia, Eton. Semangat gila aku time tu.
"Betul ke Kim, sepupu ko tu single lagi?" tanyaku pada Akim.
"A’ah. Nama dia Eton. Dia muda 2 tahun dari kita. 22."
"oh..Dia duduk umah nenek ko ek?"
"Yup."
"kalau gitu, aku nak ikut ko balik kampong la eh. Boleh??" tanyaku penuh mengharap pada Akim.
Akim terkejut. "Ko biar betul?? Aku balik naik motor jek. Jauh tu. 5jam perjalanan"
" Ala..takpe. Aku tak kesa. Boleh ehh Kim??"
"hmmm.. OK.penat, jangan komplain k."
"Baik Boss!"

Aku ingat lagi, hari kitorang nak balik kg Akim tuh, aku gila excited. pagi2 lagi dah datang umah Akim. Bukan macam selalu, dia yang tunggu aku bersiap kalau nak pergi mana-mana. Akim belum bangun lagi pun time aku sampai umah dia. Terkejut beruk dia bila mak dia kejut bangun dia cakap aku tunggu dia kat bawah. hehehe..

Tapi kat kampung Akim, semua tu tak seperti yang aku harapkan. Si Eton tu sikit pun tak nak layan aku. Aku jek yang cam terhegeh-hegeh. uh!! Dahla muka banyak jerawat, tapi sombong nak mampus. Macam cun sangat.

++++

Usaha aku bukan setakat itu. Aku juga pernah berkenalan dengan orang yang aku dapat nombor fon dari majalah dan komik. Orang Pahang. Lama jugak kitorang kawan. Adalah 6 bulan. kitorang berhubung guna handset jek. Msg. Calling2. Siap MMS gambar lagi. yela.. takut dia taknak kat aku bila tau camne rupa aku. tapi dia ok jek, sampaila kitorang jumpa dekat Seremban. lepas dari tu, dia seakan jarakkan diri dari aku. Bila aku msg, dia tak balas. Bila aku tepon, dia nak tak nak jek layan aku. Sampaila satu hari aku dapat mesej dari dia,

=sori Zahim, I ase kite takley truskn hbgn kite nih..
aku tepon dia banyak kali time tuh, dia reject. Aku balas msg dia.
=nape xagkt I call?? hmm.. tapi nape?
=hbgn jrk jauh susah nk kekal.
=xkn sbb 2 jek?
=yup. sori zahim. tq 4 evrything tke k.

++++

Aku tak putus asa. Aku positifkan diri aku. Kalau jauh tak berjaya, maknanya aku kena carik orang dekat-dekat. Aku usha budak-budak taman aku, tak dapat. Aku try pulak minah-minah kilang. Diorang pon sama. Tak pandang aku sikit pun.

Pernah sekali tu, aku mintak permission Pak Hamid nak tackle anak dia. Gentleman jek aku. Punya suka Pak Hamid ada orang offer diri nak tackle si Limah gemok tuh. Tak sangka orang tua tu setuju. Gemok pun gemokla. Janji ada. Takdelah malu sangat dengan kawan-kawan jadi single lagi.

Aku pun mula operasi aku. Aku selalu ayat Limah tu, bagi bunga, ajak bual2, ajak kluar. tapi semua tak menjadi. Sampailah satu petang, bila aku nak ajak Limah berbual.
"ko ni apsal Im? nak ngurat2 aku pulak."
"alaa Limah. Salahke? Tak payahla sombong2." kataku.
"pergilah cermin diri tu."
"Tak sedar diri."

Lepas jek Limah cakap cam tu, aku terus balik. Cermin diri aku. Aku belek. Hidung, mata, telinga semua cukup. ada. Muka takdelah huduh. Handsome jek. Badan tak busuk, tak gemok. hmm..ntahlah.

++++

Ting..ting…ting..ting..ting.. dentingan jam berbunyi sebanyak 5 kali, menandakan jam sudah pukul 5 pagi. mataku menunjukkan tanda-tanda mengantuk. tapi aku mesti cari jalan agar aku dapat awek, dan perkara malam tadi tidak lagi terjadi.

aku ingat aku nak wat pengumuman bertulis la. Tampal muka aku kat kertas. tulis
"SEORANG WANITA DIPERLUKAN UNTUK MENJADI KEKASIH KEPADA MOHD ZAHIM DALAM TEMPOH YANG LAMA.
BERMINAT SILA HUBUNGI : NO TELEFON : 013 3698874
EMAIL : ZahimNBC@gmail.com

Korang rase OK tak?? Ke korang nak mengofferkan diri korang jadi awek aku??

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.