Cerpen : Mimpi atau realiti

Cerpen : Mimpi atau realiti
Nama Pena : bulaNSiang

Aku mula berasa bosan. Sejak sampai ke rumah baruku petang semalam aku masih terperuk di bilik. Janjiku pada ibu dan ayah untuk tidak akan keluar dari persembunyianku sedikit goyah. Mereka telah keluar ke pekan sejak sejam yang lalu. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3.00 petang.

"Biarlah Siti tinggal dengan Mak Su di KL. Kat sini tak best la. Kawan-kawan pun ade!" Bentakku pada ibu dan ayah.
"Memang la Siti takde kawan lagi. Kan kita baru je sampai."
"Lagipun udara kat sini kan nyaman,"
"Banyak nyamuk adalah! Abis gatal-gatal badan siti."
"Cuba Siti jalan-jalan. Tadi ayah tengok ade sungai kat depan tu." Teringat aku akan kata-kata ayah.

Apa kata aku ikut cadangan ayah. Ok juga. Pelahan-lahan aku bangun dari katilku. Langkah ku atur menuju ke bilik mandi. Selesai membersihkan diri aku mengenakan T-shirt berwarna biru dan seluar jeans. Topi Nike kegemaranku tidak dilupakan .Erm, mesti panas kat luar ni.

Aku pun memulakan perjalanan untuk menerokai kawasan kampung. Sampai di jalan besar aku membelok ke kanan. Bemacam-macam persoalan yang bermain di kotak fikiranku sekarang. Kenapa ibu dan ayah memilih untuk tinggal di sini? Kenapa aku perlu ikut meraka?Tiada apa pun yang dapat menarik minatku untuk tinggal di kampung setakat ini. Suasananya yang sunyi dan sepi langsung tidak dapat mengubah pendirianku untuk pulang ke KL.

Setelah penat berjalan akhirnya aku dapat mendengar bunyi deruan air mengalir. Inilah pertama kali aku dapat melihat sungai yang jernih airnya. Maklumlah aku dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebuah batu sederhana besar aku jadikan tempat duduk. Tanpa disangka-sangka hatiku terpaut dengan keindahannya. Aku merasa seperti semua kekusutan yang membelenggu mindaku pergi bersama aliran sungai tersebut.

"Hai, sorang je ke?" Tiba-tiba ada suara yang mengejutkan lamunanku. Lantas kualihkan pandanganku ke rah datangnya suara itu. Seorang budak lelaki yang sebaya denganku sedang tersenyum.
"Ermmm…a’ah." Jawabku pendek.
"Awak baru pindah kat sini kan."
"Uhuh."
"Macam mana seronok tak duduk kat sini? Saya dengar awak dari KL kan."
Banyak Tanya pula budak ni. Macam mana dia tahu pasal aku ni. Aku baru hari ini keluar dari rumah. Lagipun aku tak kenal dia. Dia mengintip aku ape?
"Awak nak tak jadi kawan saya?"
Alamak! Dia nak aku jadi kawan dia pulak. Tapi, apa salahnya aku pun tak kenal sapa-sapa kat sini. Ok jugak kalau dah ade kawan.
"Tak ape ke?" giliran aku pulak melontarkan soalan.
"Hehe, Ok le tu. Saya Syah, Akasyah."
"Aku Siti."

--------------------------

Akasyah memang suka menyendiri. Ini kerana dia sering ditinggalkan keseorangan di rumah apabila ibubapanya keluar bekerja.Mereka mempunyai sebuah restoran. Ibubapanya akan pergi bekerja ketika Akasyah masih di sekolah dan pulang ketika dia sudah tidur. Kadang-kadang dia rasa seperti mereka langsung tidak mempedulikannya. Kesunyian adalah teman sejatinya kerana dia anak tunggal.

Pulang dari sekolah dia terus memerap di dalam bilik. Itulah kerjanya hari-hari. Dia banyak menghabiskan masanya melukis. Apa yang bermain di fikirannya itulah yang dilukis. Kadang-kadang dia juga akan melukis apa yang menarik perhatiannya sepanjang hari itu.

Hari ini nampaknya di tiada idea untuk melukis. Jadi dia bercadang untuk menghabiskan masanya di luar. Mana tahu boleh dapat inspirasi. Dia mengatur langkahnya menuju ke arah sungai, tempat kegemarannya sejak dari kecil lagi.

--------------------------

Apabila aku sampai di rumah ibu dan ayah telah pulang dari pekan. Mereka memandangku sambil tersenyum.

"Hai…semalam ada orang tu cakap dia takkan keluar rumah walaupun apa pun yang terjadi…sekalipun rebut taufan melanda…"
"A’ah la bang, patutlah habis semua makanan atas meja tu. Ingatkan tikus yang makan."

Ibu dan ayah memang suka menyakat aku. Lagipun mereka tahu anak tunggal kesayangan mereka kalau merajuk memang tak lama. Aku terus melabuhkan punggungku di sebelah ibu yang sedang duduk di sofa.

"Macam mana? Ok tak kat sini?" soal ibu.
"Boleh la…tadi Siti pergi kat sungai. Siti jumpa dengan sorang budak lelaki. Nama dia Syah.Dia nak Siti jadi kawan dia."
"Ha…ok la tu. Ada jugak orang nak berkawan dengan anak ibu yang ganas ni."
"Ibu!"aku memuncungkan bibirku.
"Jangan la merajuk lagi, sayang. Ibu gurau pun tak boleh. Dah pergi mandi. Lepas maghrib nanti kita makan sama- sama ye. Mesti Siti dah lapar"

--------------------------

Selepas selesai makan, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil menonton berita di televisyen.

"Siti, esok kita pergi ke sekolah ye uruskan kemasukan Siti."
"Baik ayah."

Erm, macam mana ye keadaan sekolah baru aku. Baik ke guru-gurunya? Ada ke orang nak kawan dengan aku. Dahlah aku ni susah nak dapat kawan.Dulu masa kat KL pun Cuma Siti dan Nora saja yang sudi kawan dengan aku. Mereka saja yang dapat tahan dengan perangai aku yang berhati waja ini.Hehe.

--------------------------

Apabila urusan pendaftaranku di sekolah selesai, aku terus dibawa oleh Cikgu Halim ke kelasku. Saat-saat yang mendebarkan pun tiba. Macam-macam telahan yang bermain di fikiranku.

Aku bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Rakan sekelasku semuanya baik-baik. Mereka amat peramah dan sudi membantuku.Aku juga dapat merasakan aku dapat membiasakn diri di sini dengan cepat. Guru-gurunya juga sangat prihatin.

Tapi ada satu persoalan dibenakku yang tidak terlerai. Aku tidak ternampak pula Syah. Mungkin dia berada di kelas yang lain. Aku cuba juga mencari dia di kantin pada waktu rehat tapi bayangnya pun tak kelihatan. Munakin dia tidak makan di kantin. Kalu tidak mesti dia dah menegur aku walaupun aku tak perasankan dia. Tak apalah. Petang ini aku kan dah berjanji nak bertemu dengan dia. Nanti aku tanyalah dia. Aku bersoal jawab sendirian.

-----------------------

Seperti biasa aku berjanji dengan Syah untuk berjumpa dengannya di tempat semalam.

"Jangan lupa ye esok pukul 3.00 kat sini tau."
"Ye…aku takkan lupa punya.Anyway, tq ye sebab engkau sudi nak kawan ngan aku. Maklumlah aku baru je sampai, tak tahu selok belok kampung ni."
"Takpe, Syah memang suka dapat kawan ngan Siti."

Bermula di sungai, syah telah mengajak aku untuk memancing ikan. Aku memang suka memancing. Semasa di KL, ayah sering mengajak aku ke kolam pancing. Cakap saja di mana kolam pancing yang aku tak pernah pergi di seluruh Lembah Klang. Kadang-kadang satu hari suntuk kami pergi. Tapi satu ikan pun tak dapat. Apalagi terpaksalah kami mendengar leteran ibu setiap kali kami pulang lewat. Ibu kata aku ini perempuan tapi perangai macam lelaki. Iyalah, ayah kan tiada anak lelaki jadi aku inilah ‘anak lelaki’ dia.

Aku cukup seronok hari ini kerana banyak yang aku pelajari. Walaupun seperti kebiasaannya aku tak memperolehi sebarang hasil aku tetap seronok dengan pengalaman yang aku dapat. Kata orang, setiap perkara yang kita lakukan mesti ada pertama kalinya kan. Hari ini dalam sejarah, aku pertama kali menggunakan joran buatan sendiri. Syah yang mengajar aku membuat joran dari buluh.

Mula-mula kami pergi ke belukar berhampiran dengan kawasan sungai untuk mencari buluh. Setelah mendapat buluh yang sesuai barulah joran boleh dihasilkan. Syah kata inilah cara paling "best’ untuk memancing. Aku dapat merasakan semakin lama semakin menarik kehidupan di sini. Banyak juga aktiviti berfaedah dapat dilakukan.

--------------------------------------

Selesai memancing, kami duduk berehat di bawah pokok.Aku mengeluarkan bekalan makanan yang aku bawa dari rumah. Dua bungkus roti krim dan dua kotak air soya aku keluarkan dari beg galasku.

"Syah, jemputlah makan."
"Erm, xpelah saya tak lapar."
"Eh, betul ke kau tak lapar ni? Minum lah air soya ni, sedap tau."
"Takpe, awak minumlah…sebenarnya saya alergi dengan soya."ada sedikit getaran pada suara Syah.
"Aku minta maaf. Aku tak tahu. Kalau tak aku bawak air sirap ke…air oren ke. Sori ye Syah,"
"It’s ok."

Baru aku teringat aku nak Tanya Syah sesuatu.

"Syah, aku nak tanya kau leh tak?"
"Apa dia. Tanyalah."
"Tadi kat sekolah aku tak nampak pun kau. Kau kat kelas apa?"
"O…oh!Saya lewat bangun hari ni. Jadi saya tak pergi sekolah."
"La…ye ke?Patutlah. Ni mesti ke tido lambat ni. Kau buat apa? Kau tengok bola ke malam tadi?" Aku cuba mengagak.
" Taklah, Saya siapkan lukisan saya malam tadi."
"Eh! Kau pandai melukis ke? Aku tak tahu pun."
"Dah awak tanya mana nak tahu."
"Kalau macam tu aku ni berkawan dengan seorang artis lah." Aku bergurau. Tapi nampaknya gurauan aku tak kelakar. "Banyak ke lukisan kau yang dah siap?"
"Adalah sikit. Lagipun itu hobi aku aje."
"Aku nak tengok lukisan kau leh?"
"Erm,boleh tapi hari ni tak boleh la ye…"
"Ye lah, lain kali lah." Tiba-tiba aku perasan sesuatu yang lain di dahi Syah.
"Kenapa dengan dahi engkau tu. Bengkak aku tengok. Kau tak ape-ape ke?"
"Sa….saya terjatuh tadi masa nak jumpa Siti.Eh! Dah nak senja ni saya balik dulu ye."
"Ha’ah la. Nanti bising pulak ibu ngan ayah aku."
"Mak bapak saya tak pernah kisah pun."perlahan saja kata-kata itu keluar dari mulut Akasyah.
"Apa kau membebel sorang-sorang tu. Aku tak dengarlah."
"Takde apa. Kayla, Syah blik dlu ye." Syah mula mengangkat kaki sambil aku mengemas barang-barangku masuk ke dalam beg.
"Ok, bye. Esok kita jumpa …" Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku Syah telah hilang dari pandangan. "Aik! Cepat tul mamat ni lesap. Hantu apa?"

-----------------------------

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi. Aku masih belum mengantuk lagi. Entah kenapa aku tidak dapat melelapkan mataku. Nasib baik esok hari sabtu, jadi tak apa kalau aku bangun lewat esok. Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di minda remajaku ini. Dari tadi aku asyik memikirkan tentang Syah. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dia. Dia ada masalah ke? Lain macam je aku tengok dia hari ni. Bila aku tanya macam dia teragak-agak saja menjawab soalan aku. Lepas itu tergesa-gesa pula nak balik bila aku tanya pasal dahi dia yang bengkak . Lagi satu yang menjadi kemusykilan aku ialah baju dia. Aku tengok hari-hari dia pakai baju yang sama. Ah! Mungkin itu baju kesukaan dia kot.

--------------------------

Tiba-tiba aku rasa katilku bergegar. Eh! Gempa bumi ke? Badanku bergoncang ke kiri dan ke kanan. Semakin lama semakin kuat gegarannya.

" Siti…ooo…Siti."sayup-sayup aku mendengar suara memanggil namaku.
"Siti, bangun nak oi…Mak Su dating ni."Perlahan-lahan aku buka kelopak mataku. Kulihat Mak Su berada di sebelahku.
"Mak Su!"jeritku sambil memeluk Mak Su.
"Hei, kenapa ni?"
"Siti mimpi gempa bumi lah Mak Su."
"Erm, tulah tido lagi sampai tengah hari. Kan dah mimpi bukan-bukan. Dah pegi mandi."
"Hehe, ok bos."
Mak Su hanya tersenyum memandangku.

-----------------------------

Alangkah gembiranya aku bila Mak Su kata dia akan duduk di sini hujung minggu ini. Dia tahu aku rindukan dia. Jadi aku bercadang untuk membawa Mak Su menikmati keindahan di kampung ini. Sudah tentu tempat pertama yang akan dikunjungi oleh kami ialah sungai. Sebenarnya aku dah berjanji dengan Syah untuk bertemu petang ini. Alang-alang dah Mak Su pun datang apa salahnya aku kenalkan dia dengan Syah. Mesti Syah pun tak kisah. Akan tetapi, setelah satu jam menunggu Syah tak juga muncul.

"Mana budak Syah ni. Tak Nampak pun batang hidung dia. Selalunya dia tak pernah lambat. Ni dah pukul berapa ni." Aku tengok jam di tanganku sudah menunjukkan pukul 4.00 petang.
"Mungkin dia ada hal lain kot. Tak sempat nak bagitau Siti."
"Siti ingat nak kenalakn dia dengan Mak Su."
"Takpe lah. Takde rezeki."
"Esok Mak Su dah nak balik KL pulak. Mesti tak sempat nak jumpa dia."
"Lain kalilah. Yang Siti beria-ia nak kenalkan Mak Su dengan dia ni kenapa? Siti dah jatuh hati kat dia ke?"
"Mana ade. Mak Su ni saja je tau."
"Mak Su bergurau jelah. Takkan itupun nak merajuk. Tak macholah."

Kami sama-sama ketawa. Walaupun aku agak terkilan kerana Syah tak muncul. Tetapi aku gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama Mak Su.

------------------------------------

Di sekolah aku masih tak nampak kelibat Syah. Sudah beberapa hari aku tidak berjumpa dengannnya. Hatiku berasa tidak tenang. Mungkin sesuatu yang buruk telah berlaku padanya yang aku tidak tahu. Aku mesti pergi ke rumah Syah untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Masalahnya rumah dia pun aku tak tahu. Dia tak pernah membawa aku ke rumahnya. Aku pun tak pernah menjemput dia ke rumahku.

Aku mesti leraikan semua persoalan tentang Syah hari ini juga. Kalau tidak boleh jadi gila aku dibuatnya. Aku mesti tanya salah seorang dari rakan sekelasku. Tapi siapa? Yes! Asmah! Wartawan sambilan kelas 4 Inspirasi.

Selepas tamat waktu sekolah aku bercadang untuk bertanya tentang Syah pada Asmah.

"Asmah, kau sibuk tak sekarang."
"Tak. Kenapa?"
"Aku ada benda nak tanya kau ni."
"Tanyalah. Kalau aku tahu aku jawab."
"Erm.. Kau kenal tak dengan sorang budak laki. Nama dia Syah."
"Syah? Budak kelas apa?"
"Nama dia Akasyah. Aku tak tahu dia budak kelas apa…tapi aku rasa dia sebaya dengan kita."
"Setahu aku kat sekolah ni takde budak nama Akasyah. Tapi…"
"Tapi apa, Asmah?
"Kenapa kau nak tahu pasal budak nama Akasyah tu?"
"Dia kawan aku. Tapi dah lama aku tak jumpa dia."
"Hmmm…macam nilah. Dulu ada sorang budak kelas sebelah nama dia Akasyah. Tapi… sekarang dia dah takde kat sini. Betul ke kau nak tahu pasal dia ni" Asmah seperti enggan memberitahuku.
"Aku cuma nak tahu kat mana dia tinggal je."
"Rumah dia betuk-betul kat depan masjid."
"Ok, tq."

-----------------------------------
Tanpa berlengah aku terus menuju ke rumah Syah. Sebuah rumah batu bercat warna kuning air. Halamannya tiada banyak pokok. Yang ada hanyalah pokok-pokok renek dan pokok-pokok bunga yang hampir mati. Keadaan di sekelilingnya juga sunyi dan sepi.

"Assalamualaikum."
"Wa’alaikumussalam." Terdengar suara wanita sayup-sayup dari dalam rumah itu.

Kemudian muncul seorang wanita berbaju biru tua di hadapan pintu. Aku agak umur wanita itu sebaya ibuku. Ini mungkin ibu Akasyah, detik hatiku.

"Makcik, boleh tumpang tanya? Ini rumah Akasyah ke?"

Kulihat riak wajah wanita itu berubah, tapi kemudian dengan suara yang lemah dia menjawab. "Ya…anak ni siapa?"

"Saya kawan Akasyah. Dia ada tak, makcik?"
"Maaf ye nak. Dia takde. Dia dah lama tak ada."
"Apa maksud makcik." Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.
"Akasyah dah meninggal." Air jernih bergenang di mata wanita itu.

Aku terkedu dan terkejut. "Innalillahiwainnailaihiraji’un." Patutlah dah lama aku tak jumpa dia. Tapi macam mana aku boleh tak tahu ni? "Makcik, boleh saya tahu bila Akasyah pergi?"
"Setahun yang lalu."

Ya Allah! Benarkah apa yang aku dengar?
Adakah semua ini mimpi atau realiti?
Jadi siapa yang aku jumpa di sungai?
-----------------------------------
Aku sekali lagi tidak dapat melelapkan mataku memikirkan apa yang telah terjadi padaku, memikirkan apa yang telah terjadi pada Syah. Aku baru mengetahui Akasyah telah kemalangan setahun yang lalu. Dengan linangan airmata ibu Syah bercerita tentang kejadian yang menimpa anaknya.

Ketika itu pukul 3.00 petang dan Akasyah berada di sungai memancing seperti selalu. Tidak lama kemudian umpannya mengena. Akan tetapi dia mengalami kesukaran untuk mengimbangi badannya dan tergelincir ke dalam sungai. Semasa jatuh kepalanya terhantuk pada seketul batu besar di tebing sungai. Penduduk kampung yang kebetulan lalu di situ cuba untuk menyelamatkannya tapi tak berjaya kerana arus deras dan air sungai yang sangat dalam. Keesokan harinya Akasyah dijumpai terapung di tebing sungai tempat kami mula-mula bertemu dalam keadaan tidak bernyawa.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.