Cerpen : Bahagia milikku jua

Cerpen : Bahagia milikku jua
Nama Pena : Eikabfly

Mereka berjalan beriringan. Mereka begitu akrab. Mereka adalah Erina dan Emira. Mereka berdua adalah sepupu yang paling rapat. Mereka seperti adik-beradik yang berkongsi suka dan duka.
Mereka baru sahaja habis kuliah. "Hey mira, jom teman saya pergi shopping sikit. Saya nak beli barang dapur la," Rina bertanya kepada Emira, sepupu baiknya dari bangku sekolah. "ok, saya pun nak beli barang jugak. Kita pergi ke Mid Valley ok.?," Mira memberi cadangan.

Kemudian mereka sampai disana. "Rina, saya mahu pergi ke kedai kasut ya.," Mira terus pergi ke kedai kasut tersebut. Rina tidak mendengar . Rina terus berjalan dan lama kemudian, Rina baru sedar yang Mira tiada dibelakangnya. Rina tercari-cari kelibat Mira. Tetapi tidak jumpa.

Semasa Rina tercari-cari, Rina terlanggar seseorang. Dan barang-barang yang telah dibeli tadi telah jatuh. Rina juga terjatuh. "Aduh, sakitnya punggung aku," lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk Rina. Rina menyambutnya dengan muka yang sebal. "Saya minta maaf, saya tidak sengaja. Saya tidak perasan awak ada dibelakang saya," lelaki itu serba salah dan meminta maaf. "Dia ingat tidak sakit. Kalau dia jatuh macam aku jatuh tadi, padan muka dia. Tetapi dia tidak jatuh sebaliknya aku pula yang jatuh terduduk," Ngomel Rina dalam hati. Tapi kesian la pulak. Kerana lelaki tersebut beriya-iya ingin meminta maaf.

"Saya juga perlu minta maaf kerana saya juga tidak pandang depan," dia juga salah kerana pandang kiri dan kanan sampai tidak pandang di depan. Kerana asyik mencari Emira. "Nama saya Farish Daniel. Nama awak siapa?," lelaki itu menghulurkan tangan tanda perkenalan. "Nama saya Erina Qistina panggil Rina saja," Rina menyambut huluran Farish. "Sedap betul nama dia," Farish berkata-kata dalam hati.

Kemudian Farish mengajak Rina minum di restauran yang berhampiran. Rina agak seba salah kerana dia mesti mencari Emira yang entah dimana. Rina juga kelaparan kerana selepas keluar kelas sahaja, mereka terus ke Mid Valley. Kemudian Rina bersetuju untuk minum bersama Farish. Mereka memesan hidangan. Kemudian telefon bimbit Rina berbunyi, "Rina kat mana tu? Mira cari tak jumpa pun," "Rina kat McDonalds ni, Mira datang ye. Rina tunggu," Rina menjawab.

Tidak beberapa lama kemudian, Mira tiba di meja kami. Aku telah memperkenalkan Mira kepada Farish. Mereka bersalaman. Farish berkata yang muka aku seiras dengan Mira. Memang dari sekolah menengah lagi, ramai yang telah menegur. Kemungkinan juga aku sepupu dengan Emira. Ketika kami mahu beredar, ada seseorang telah menegur Farish dari arah belakang, dia adalah kawan Farish bernama Hariz. Mereka duduk serumah dan bekerja di tempat yang sama juga.

Aku dan Farish telah menjadi rapat sebagai seorang sahabat. Apabila kami berjalan beriringan, ramai yang memandang kearah kami. Aku mengaku wajahnya telah mencuri banyak perhatian. Dia berkulit cerah. Matanya agak kecoklatan. Bulu keningnya lebat. Orangnya tidak rendah dan tidak tinggi juga. Dan tentu sekali dia macho dan smart. Aku juga tidak kurang hebatnya. Berkulit kuning langsat. Mata hitam penuh dan agak galak. Juga berkening lenting semula jadi. Rambutku berwarna brown, semulajadi lagi. Persis model.

Sudah 4 bulan kami menjadi sahabat. Sepanjang perkenalan kami, dia sungguh baik terhadap aku. Semasa kami mahu keluar bersama, dia akan meminta izin terlebih dahulu dari mama dan papa aku. Sungguh gentlemen. Aku juga mendapat tahu dari Farish yang Emira dan Hariz juga amat rapat. Farish dan Hariz ingin membawa aku dan Mira pergi ke Genting Highlands. Aku berasa sangat gembira.

Kami pergi menaiki Honda Jezz berwarna hitam milik Farish. Kami sampai dan terus main permainan disana samada Indoor juga Outdoor. Aku dan Farish lebih banyak berjalan-jalan dan menikmati panorama yang indah ini. Kami pulang dalam keadaan agak penat tetapi amat menyeronokkan. Farish telah menghantar aku pulang. Dan ingin berkata sesuatu pada aku.

"Farish sayang awak, Rina. Rina telah membahagiakan hidup Farish..," suara Farish lembut. Rina terkejut kerana Farish berkata begitu. Rina kaget. "Farish serius sayang kat Rina. Dari mula kita bertemu, Farish dah mula jatuh hati pada Rina. Mungkin inilah orang kata cinta pandang pertama," Rina mula sedar dari khayalannya sendiri. Dia juga tahu yang dia sudah mula sukakan Farish.

"Rina pun sayang pada Farish," Rina malu-malu dan perlahan. Tetapi dia perlu berkata jujur. Dia tidak mahu kehilangan Farish. Farish sungguh gembira kerana Rina juga sayang padanya. "Rina, apa kata, kita bertunang?" Farish bertanya dengan penuh romantis sambil mengucup jari-jemari Rina.

Farish menyakinkan aku bahawa hanya aku yang dia cintai. Setiap hari ada sahaja bunga ros akan sampai kepadaku. Samada aku dirumah mahupun di kolej. Aku begitu bersyukur kerana mendapat lelaki romantis dan amat menyintaiku. Syukur kepada tuhan.

Kami selamat di tunangkan dalam keadaan yang serba sederhana. Syukur kerana semuanya merestui hubungan kami ini. Mama Farish begitu menyayangi aku kerana adik-beradik Farish semuanya lelaki. Farish adalah anak sulung daripada 3 orang adik-beradiknya.

Ketika aku di pejabat, Farish mengajak aku lunch bersama dia. Aku terus bersetuju. Sementara aku menunggu kehadirannya, aku pergi ke sebuah kedai buku yang berhampiran untuk melihat novel yang terbaru. Ketika aku sedang melihat-lihat buku, ada seorang perempuan telah menegur aku dari arah belakang, dia mengenali aku tetapi aku tidak mengenalinya. Perempuan itu berkata sesuatu pada aku. Aku merasakan yang diri aku telah membuat kesalahan yang amat besar.

Rina telah pulang kerumah lebih awal dari sebelum ini. Rina menangis semahu-mahunya. Mama agak risau kerana Rina terperap di dalam bilik sahaja. Farish telah menelefon Rina dirumah kerana apabila dia menelefon telefon bimbit Rina, Rina tidak menjawab sehingga berpuluh-puluh miss call dari Farish.. Mama memanggil aku kerana Farish datang kerumah. Farish ingin bercakap dengan aku tentang pertemuan kami tengah hari tadi. Aku tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Genab 3 tahun aku berjauhan dengannya. Sekarang aku telah bekerja di Johor Bharu. Aku juga telah memutuskan pertunangan aku dengan Farish. Aku telah menutup pintu hati aku untuk menerima lelaki dalam hidup aku ini. Aku tidak sanggup dikecewakan atau mengecewakan hati orang lain. Aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Semoga Farish bahagia disana.

"Rindu rasannya pada mama dan papa. Bilalah aku mahu pulang menjenguk mama dan papa. Mama, papa Rina minta maaf. Rina sayang sangat pada mama dan papa," Rina berkata sendirian. Sejak dari hari itu, Rina selalu bersendirian dan kurang mempercayai orang yang baru dikenalinya. Rina menulis diari tentang kehidupan sehariannya kerana dia tiada tempat mengadu. Emira dan Hariz juga selamat bertunang 5 bulan yang lepas. Aku tidak pergi kerana tidak mahu berjumpa Farish disana. Aku belum bersedia lagi untuk berjumpa dengannya.

"Mama, Rina minta ampun kerana meninggalkan rumah, mama dan papa. Rina hendak mencari ketenangan mama," Rina memeluk mamanya dan meminta maaf. "Mama tidak marahkan Rina, sayang. Mama cuma berkecil hati kerana Rina tidak menceritakan hal yang sebenarnya pada mama dan papa," Rina menangis dalam pelukan mamanya. "Papa juga tertunggu-tunggu bilalah Rina mahu pulang tengok kami. Kami dah tua, Rina," papa berkata. Hati aku tersentuh sangat. Aku telah berdosa pada mereka. Ampunkan dosa-dosaku, Ya Tuhan.

Rina telah berpindah semula ke Kuala Lumpur. Dia tidak bekerja di Johor Bharu lagi. Mama dan papa Rinalah orang yang paling gembira sekali. Rina dapat melihat kegembiran itu melalui wajah mereka. Aku telah memulakan tugas seperti biasa. Seperti hari sebelumnya. Semasa lunch, aku terserempak dengan Emira dan Hariz. Aku mengajak mereka join sekali kerana aku makan seorang sahaja. Mereka begitu bahagia sekali. Jealous aku tengok. Hariz memberitahu aku yang Farish sekarang berada di Australia menguruskan cawangan perniagaan milik keluarganya disana. Aku bersyukur kerana tidak berjumpanya lagi disini. Kerana belum bersedia lagi.

Ketika aku berjalan-jalan di shopping complex, aku terlanggar seseorang tetapi tidak terlalu kuat seperti dahulu. Aku terdorong sedikit kebelakang. Dia meminta maaf pada aku. Apabila aku pandang sahaja wajahnya, aku terkejut sangat.

"Farish?," aku agak kaget. Dia pun begitu. "Rina sorang saja ker?," Farish bertanya. "yup, Rina sorang aja. Rina beli present untuk papa," Rina menjawab agak perlahan tetapi dapat didengari oleh Farish. Rina perhatikan Farish agak cengkung dari dahulu. Dulu dia tidaklah kurus macam sekarang. Tidak bahagia ke dia. "Rina apa khabar?," Farish bertanya. "Rina baik-baik aja. Farish, Rina dah lambat ni. Rina nak buat persediaan untuk birthday papa malam ni. Rina pergi dulu ye," Rina cuba mengelak.
Kalau boleh Rina mahu sahaja memeluk lelaki yang ada dihadapannya ini. Kerana terlalu rindu. Tetapi dia mesti kawal. Mereka telah berpisah.

Tetapi sebelum Rina berpaling, Farish sempat menyambar pergelangan tangan Rina. Rina memandang Farish. Farish serba salah. "Rina, Farish tidak dijemput ke?," Rina kelu tiada jawapan. Farish sebenarnya ingin mengambil hati gadis pujaannya itu semula. "Ini bukan birthday Rina, ini birthday papa. Kalau papa tahu papa mesti mahu Farish datang. Tetapi kalau birthday Rina, Rina tak mahu Farish datang," Rina menjawab dengan tenang walaupun dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu. Farish tersenyum dengan jawapan Rina. "Kerasnya hati dia," Farish berkata dalam hati.

Setelah semuanya selesai, Rina masuk kebiliknya dan memikirkan peristiwa 4 tahun yang lepas.
Perempuan yang bernama Fara itu mengaku yang dia sebelum ini tunang kepada Farish. Fara telah ditinggalkan oleh Farish kerana aku. Apabila Farish berjumpa aku, Farish terus berubah. Farish juga telah memutuskan pertunangan mereka.

Semasa birthday papa tadi, Farish telah datang bersama mama dan papanya. Mama Farish rindu sangat pada aku. Mama Farish telah menceritakan tentang Fara. Mama Farish menceritakan dari mula sehinggalah akhir. Fara adalah kawan sekolah Farish dan mereka membesar bersama. Mereka amat rapat. Fara menyayangi Farish sebagai kekasih dan Farish pula telah menganggap Fara sebagai adiknya sendiri. Tidak lebih dari seorang adik. Fara tidak dapat menerima pertunangan antara Farish dan Rina. Fara begitu sedih sekali dan telah membuat keputusan untuk menghancurkan hubungan antara Rina dan Farish. Fara telah membuat cerita pada Rina. Kemudian apabila Rina memutuskan pertunangan, Fara begitu gembira. Farish begitu marah pada Fara. Farish membawa hati dan kemudian pergi ke Australia untuk menguruskan cawangan papanya disana.

Aku amat kesal kerana membuat keputusan terburu-buru. Farish telah menderita kerana aku telah memutuskan pertunangan kami. Syukur kerana Farish menerima aku kembali. Fara sekarang telah sambung belajar ke Amerika. Sekarang aku amat bahagia bersama Farish. Dalam masa 2 minggu sahaja lagi Farish akan menjadi suamiku yang sah.

Mulanya kami bertunang hinggalah sekarang, setiap hari Farish pasti memberikan aku sekuntum bunga ros merah. Tidak kira dimana aku berada. Jika dia tidak memberi sendiri pada aku, dia akan mengirimnya pada setiap pagi di pejabat aku. "Rina, Farish sayang pada Rina," itulah kad ucapannya pada setiap kuntum bunga yang diberinya. Semoga perhubungan Rina dan Farish berpanjangan sampai keakhir hayat. Rina mamanjatkan kesyukuran.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.