Cerpen : Maafkan Aku Kerana Mencintaimu Kawan

Cerpen : Maafkan Aku Kerana Mencintaimu Kawan
Nama Pena : msm oman

5 February 2009,hari pertama Oman mula menghubungi Zira.Banyak kali dicubanya namun tak juga Zira mengangkat telefon bimbitnya.Oman tidak tahu yang Zira tidak akan melayan panggilan yang tidak dikenalinya.Akhirnya Oman menghantar sms untuk mengenalkan diri pada Zira.Mungkin dia dah penat untuk menunggu panggilan yang tak dijawab langsung oleh Zira.Ditunggu-tunggu juga smsnya tadi dibalas,namun masih tidak dibalas."dah tidur agaknya dia ni"bisik hati Oman.
Esok harinya sekali lagi Oman menghantar sms pada Zira.Entah kenapa teringin benar dia mendengar kabar sahabat sejak dari tadikanya dulu.Akhirnya dibalas juga pesanan sms yang dinanti-nantikan Oman.Tersenyum lebar Oman melihat nama yang dinanti-nantikan dah pun membalas pesanan smsnya.
Sejak hari itu Oman dan Zira rapat seperti mereka di sekolah rendah dahulu.Oman dan Zira adalah rakan sejak mereka tadika hingga ke sekolah menengah.Namun Zira mendapat tawaran untuk bersekolah di sekolah teknik.Oman dan Zira tidak begitu rapat semasa mereka di sekolah menengah.Selepas tamat SPM,Zira menyambung belajar di Politeknik Sabak Bernam.Oman pula,terus bekerja.Katanya dia takut nak sambung belajar,takut kalau-kalau dia bukan nak belajar,tapi sebaliknya.Oman tak pernah mengambil tahu tentang Zira sejak masing-masing menjejakkan kaki di sekolah menengah.Tamat SPM,Oman hanya dapat tahu yang Zira belajar di Politeknik Sabak Bernam,itu pun dia mendapat tahu melalui rakan-rakan sebayanya yang lain.
Zaman persekolahan Oman dan Zira dah pun lama berlalu.Kini,Oman dan Zira masing-masing sudah bekerja.
"asslammualaikum.."oman memulakan perbualan di telefon.
"waalakummussalam..ha..oman,ada apa telefon aku malam-malam ni..?"zira menjawab,dia musykil dengan perangai kawannya yang seorang ni.Tak pernah-pernah dia begini.
"takda apa,saja nak kacau kau.dah lama kita tak borak-borak..nak tau apa perkembangan kau sekarang.."oman mencari topic untuk dibualkan.
Zira memang seorang gadis yang peramah,periang,suka bergurau dan kadang-kadang agak kasar,namun hatinya lembut..Gadis ini tidak pernah lalai untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba pada Allah yang satu.

Malam itu agak panjang juga mereka berbual.Maklum la,dah lama tak mendengar suara masing-masing.Mereka pun dah meningkat dewasa,jadi banyak perubahan yang berlaku pada mereka berdua.
Zira baru seminggu mendapat pekerjaan baru di Puncak Alam.Setiap kali Oman menghubungi dia,ada saja yang dirungutkannya.
"oman...aku nak berhenti la...tak tahan keje kat situ.straight sangat.."keluh zira pada oman.
Puas sudah Oman mendengar keluhan Zira itu,timbul pula rasa kasihan pada gadis yang suka ketawa ni. "kesian kt kau zira"bisik hati oman. "kenapa dengan tempat tu?ala..kan kau baru je kerja..biasa la tu.."oman cuba menaikkan semula semangat zira. "kuatkan semangat sikit..apa ni lemah sangat..biasala baru-baru memang rasa macam tu.lama-lama nanti ok la.."oman terus menaikkan semangat Zira agar dia dapat bertahan dengan tempat yang baru Zira bekerja.

Tibalah hari yang Oman tunggu-tunggukan,hari lahir zira pada 14 February.Oman dah lama membeli hadiah untuk kawannya ini.Mereka bertemu di tepi jalan sebelah rumah Oman saja.Zira membawa adiknya Farah.Zira bukanlah gadis yang suka untuk keluar dengan mana-mana lelaki walaupun yang dia jumpa ini adalah rakan sejak dari tadikanya dulu.Oman telah memberi hadiah pada Zira dengan hati yang cukup gembira.Entah kenapa perasaan Oman benar-benar bahagia.Dilihatnya pula gadis yang berada di depannya sekarang ini cukup manis. "kau makin manis zira..padanla dengan sikap kau yang masih berpegang teguh pada agama."bisik hati oman. "selamat hari jadi zira..sweet 22.."ungkapan itu saja yang terkeluar dari mulutnya."terima kasih oman.."zira membalas ucapan.
Sejak malam hari lahir Zira,Zira kerap menghubungi Oman kerana dia mendapat panggilan percuma dari celcom sempena hari lahirnya.Telefon bimbit Zira tidak akan dimatikan ketika mereka hendak tidur.
Perasaan Oman yang selama ini berbunga tidak disangka akan menitiskan air mata pada suatu malam.Oman telah meluahkan segala perasaannya pada kawan lamanya ini.Betapa terkejutnya Zira mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kawannya yang selama ini banyak ketawa.Tak sangka dia,yang Oman akan serius dalam sekelip mata.Mereka berbual ditelefon.
"zira,aku tak tau perasaan ni wujud masa bila,tapi makin lama ia makin mendalam..aku suka kat kau zira..aku sayang kau..kalau boleh aku nak luahkan depan-depan kau" kata-kata ini terpaksa oman lontarkan kerana dia dah tak mampu lagi untuk menahannya.
"terima kasih oman sebab kau sayangkan aku..tapi oman,aku harap kau faham dengan apa yang aku nak cakapkan ni.aku takkan dapat terima cinta kau sebab......."tak sempat dia menghabiskan kata-katanya.
"sebab apa zira..?"pintas oman dengan suara yang agak sayu. "mak aku pernah pesan kat aku,supaya cari calon suami yang lebih matang dari aku supaya dapat bimbing aku.."perlahan zira meluahkan kata-katanya.dia tau dia akan mengecewakan kawannya ini.
"tapi aku tak pernah nak ambik port apa yang mak aku kata..tapi aku tak nak lawan cakap mak aku..hope kau faham oman..mungkin mak aku nakkan begitu sebab dia dah ada pengalaman.."berhati-hati zira untuk berkata-kata.takut benar dia oman akan tersinggung.tapi apa yang dia boleh lakukan,nak tak nak terpaksa juga dia menyatakan pada oman.
Oman masih terdiam ditalian,air matanya dah pun mengalir sejak dari tadi.Puas dia cuba menahan air matanya agar tidak mengalir,namun apakan daya,dia tidak dapat mengawal perasaan yang cukup sedih dalam dirinya. "maafkan aku oman,aku tak niat nak kecewakan kau.Aku harap kau dapat faham situasi aku.."itu saja kata-kata yang mampu zira katakan.Jauh sudut hatinya,dia bersimpati dengan kawannya ni.
"aku ni tak layak ke untuk kau zira...?" akhirnya sambil teresak-esak,dengar juga suara oman yang sejak dari tadi berdiam diri. "hmmm...."zira mengeluh kecil,bukan begitu maksud sebenar gadis ini. "bukan camtu oman...sekarang ni bukan masalah layak atau tak,tapi kau fahamkan apa yang aku cakap tadi..?bukan aku nak semua ni..tapi aku tak mampu nak halang apa yang mak aku hasratkan.."lemah zira berkata. "sekali pun kau terpaksa terseksa dengan pilihan mak kau..?"lagi sekali persoalan ditujukan oleh oman. "mungkin..dan mak aku pernah cakap,kalau aku tak jumpa sesiapa calon suami masa aku umur 23 tahun,mak aku akan carikan calon suami untuk aku..."dengan nada yang berani zira terpaksa berterus terang dan kali ini hati oman benar-benar seperti dihiris-hiris.
"aku cintakan kau zira.....aku sayangkan kau...." sekali lagi oman meluahkan apa yang dia rasakan pada gadis yang sedang bercakap dengannya ini. "ok..aku tau oman,tapi aku harap kau faham keadaan aku..kenapa mesti aku oman..?kenapa...?"semakin berani dia untuk mendapatkan kepastian oman.Bukan untuk menyakitkan lagi hati kawannya,tetapi dia nak kawannya tahu keadaan sebenar.Kuat gadis ini mempertahankan air matanya dari jatuh ke pipi. "sebab kau cukup segalanya bagi aku zira.."cukup jelas suara oman yang beserta dengan tangisan mengiring kata-katanya.Luluh benar hatinya tak dapat menahan kesedihan yang dirasakan.Air mata lelakinya tidak lagi dihiraukan untuk terus mengalir dan tanpa sedar didengar jelas oleh seorang gadis.
"maafkan aku oman..aku tak berniat nak kecewakan kau.Aku tak sangka kau ada simpan perasaan dengan aku..."sekali lagi zira menjelaskan pada oman dengan apa yang dah terjadi.Dia sedar sekarang ni bukanlah keadaan yang diinginkannya.


"baiklah zira,aku faham..aku sedar aku ni siapa.Aku memang tak layak untuk kau.."terhenti kata-kata oman. Zira memintas kata-kata oman."bukan camtu oman,tak baik kau cakap camtu.Mungkin aku bukan orang yang layak terima cinta kau..tolongla oman..jangan macam ni.."rayu zira.
Lama mereka berdiam ditalian,yang terdengar hanya tangisan seorang lelaki yang masih teresak-esak menangis sendirian.Sedih benar perasaannya,tak dapat dia nak menahan air mata lelakinya dari terus mengalir. "dah la oman..jangan la macam ni..kitakan kawan.."zira cuba memujuk.
"ye,kita memang kawan,tak lebih dari seorang kawan..maafkan aku zira.maafkan aku sebab ada perasaan macam ni dengan kau..tapi percayalah,aku tak paksa ia datang.."sayu suara oman. "aku faham dan aku percaya yang kau tak paksa perasaan tu datang,tapi aku berharap sangat kau faham dengan apa yang aku cakapkan tadi.."tenang gadis ini cuba menenangkan kawannya.
"zira,aku akan cuba buangkan perasaan ni jauh-jauh.Lepas ni,aku tak dapat nak caring kau lagi macam selalu..Tak dapat la aku nak dengar kau ketawa...bergurau...tak dapat nak bersaing pergi tempat kerja..aku pasti aku akan rindukan itu semua..aku tak berdaya zira,tapi aku terpaksa lakukan juga demi menjaga persahabatan kita..aku tak nak bermusuhan dengan kau.."panjang kata-katanya kali ni.Sambil teresak-esak dia menyuarakan kata-katanya.Zira hanya diam mendengar apa yang dikatakan oleh Oman.Air matanya sudah mula berlenang.Akhirnya,mengalir juga air mata gadisnya.Sayu dia mendengar apa yang dikatakan oleh Oman sebentar tadi.Seolah-olah mereka takkan berjumpa lagi.
Malam itu,Oman dan zira tidak dapat mengawal perasaan masing-masing.Oman pula tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam.Teringat dia pada akhir kata Zira tadi sebelum mereka memutuskan talian. "oman,aku minta maaf sangat.Aku harap kau faham situasi aku.Kau rehat la oman,jangan fikir sangat.kalau ada apa-apa,kau ‘fun talk’ je aku ok.."
Selepas kejadian malam itu,Oman masih belum dapat membuang terus perasaannya pada Zira.Masih terasa peritnya dengan apa yang dia rasakan.Mereka masih berhubung Cuma keadaannya tidak sama seperti dulu.Oman cuba untuk tidak kerap menghubungi Zira sperti dulu.




2 Mac 2009,Oman menemani ibunya ke Tesco untuk membeli barang keperluan rumah.Entah kenapa,hari tu tangan Oman gatal menekan nombor telefon Zira.Banyak kali dia mendail nombor gadis itu,tetapi tak berjawab. "tengah buat apa agaknya dia ni..sibuk ke?"oman mengomel keseorangan,langsung tak dihirau ibunya yang makin jauh menuju ke pintu masuk Tesco.Oman menghantar sms pada Zira. "askum..ngah watpe tu..?".Tak lama kemudian,Oman menerima satu pesanan sms.Dilihatnya di skrin telefon bimbitnya tertera nama Zira.Terkejut Oman membaca mesej yang dikirim oleh Zira. "hye,bz skit..mak wat kenduri sempena nak sambut bakal menantu anak sulungnya..".Hati Oman seperti tercabut.Luluh hatinya melihat sms yang dikirim oleh Zira.Oman terus menelefon Zira.Dua,tiga kali baru diangkat panggilannya. "betul ke apa yang kau masej aku ni..?".tak sabar Oman,sampai lupa dia nak memberi salam. "betullah...kau kat mana? Lalu la depan rumah aku.Ramai orang..." bersahaja Zira menjawab pertanyaan Oman.
"aku kat Tesco,bawa mak beli barang dapur..macam mana nak tengok...tapi betul ke?."sekali lagi Oman bertanya pada Zira.Cemas betul dia. "betullah...."zira ketawa kecil. "kenapa kau gelak..?"semakin tak tentu arah Oman dibuatnya. "tak ada lah....aku buat kenduri sempena aku sebulan bekerja kat Puncak Alam tu...Ko kenapa Oman..?kalau betul pun,tak salah kan..?".zira bertanya sambil ketawa kecil. "errrrr..tak ada apa-apa lah.."agak gugup Oman untuk menafikannya.Ternyata jauh sudut hatinya,dia belum berjaya membuang ke semua perasaannya pada gadis ini.Sebab itu dia agak cemas mendengar perkhabaran yang diberitahu zira tadi.Itu ah Zira,dia suka benar bergurau.Kadang-kadang sampaikan dia tidak sedar gurauannya tadi mencemaskan kawannya.
Tanpa mereka sedar,hubungan mereka agak rapat semula semenjak kebelakangan ini.Zira pula tak putus-putus memberitahu hasratnya untuk berhenti di Puncak Alam tu. "aku nak berhenti juga lah man..tak tahan aku..dah la akak yang dah lama kat situ dah berhenti,semua kerja dia aku yang kena ambik alih.teruk la macam ni.Next week aku nak pergi temuduga tentera kat Sungai Buloh.."panjang Zira mengomel pada Oman.Oman hanya bersetuju dengan keputusan Zira.
Sampailah hari untuk Zira di temuduga.Tapi malang nasibnya kerana dia diperintah keluar dewan kerana tidak membawa sijil kelahiran. "oman.......................!!aku tak dapat nak temuduga tentera tadi...".zira mengadu pada oman. "la..kenapa pulak..?"oman kebingungan. "aku tak bawa surat beranak aku..aku tak tau pulak dia nak benda tu..." seperti hendak menangis saja suaranya. "aku tak kira,sok aku nak pergi temuduga kat Gombak pulak..itu je la yang terakhir..."zira merungut.Oman hanya senyum disebalik talian mengenangkan kawannya ni agak kelam kabut. "zira-zira...."bisik hati oman.
"dah kemas dah barang-barang yang nak di bawa sok..?jangan ada yang tertinggal lagi.."tanya oman agak tegas mengingatkan gadis ini. "dah....." ringkas saja jawapan gadis ini.
Nama Oman tertera di skrin telefon bimbitnya. "hah..macam mana temuduga siang tadi?bila keputusan keluar..?"tak sabar oman nak tahu tentang keadaan zira. "ok la...semua berjalan lancar..keputusan bulan 5 nanti la.."agak geram zira bila oman bertanya soalan seperti itu.Oman ketawa kecil di sebalik talian.Berjaya juga dia mengenakan gadis ini.
Jun 2009,hubungan mereka berdua agak rapat tanpa mereka sedari.Mungkin bagi Zira tiada apa yang berbeza kerana sikap dia memang begitu,tapi Oman dapat merasakan sesuatu kelainan dalam hubungan mereka.Terjadi sekali lagikah?
Petang sabtu tu Oman dapat tahu yang Zira hendak keluar bersama Oji rakan sekolah mereka juga dahulu.Puas Oman cuba memujuk Zira untuk bersama-sama mereka berdua,namun sikit pun tak dihiraukan Zira.Tetapi nasib menyebelahi Oman,dia berjumpa dengan Syarul yang juga rakan mereka sejak tadika.Akhirnya Zira dan Oji akur dengan Oman dan Syarul untuk minum bersama di Restoran Rasa Ibu di pekan Ijok.
Oji adalah pelajar di UPM Serdang,manakala Syarul bekerja di Petaling Jaya dan akan menyambung pengajian di UKM Bangi.Antara mereka bertiga,hanya Oman saja yang tidak menyambung pengajian.Terpinga-pinga juga la Oman bila mereka bercerita tentang University. "kau tak mintak sambung belajar ke hari tu zira..?"Tanya Syarul pada Zira. "tu la,kawan-kawan aku ada bagitau aku dia orang semua dapat sambung belajar,aku tak apply satu pun..mood nak belajar dah takda la rul.."bersahaja zira menjawab soalan. "ada la tu yang di hajatnya.."oman menyampuk tiba-tiba.Ketawa mereka berempat. "eh,aku nak berhenti kat tempat aku keje tu,kau apply la kat tempat aku tu..dia nak cari staff baru..try je.."Syarul menyuarakan pandangan. "ha..pegi la zira,kau pun cakap kat tempat kau sekarang ni tak ok kan?"Oji setuju dengan apa yang dicadangkan Syarul. "haah la,orait gak tu Zira,try je dulu..dapat ke tak,tu belakang kira ok.."oman pula menyuarakan rasa setujunya.Namun jauh di sudut hatinya begitu berat dia nak biarkan Zira pergi.Masakan tak berat hatinya,dia boleh dikatakan selalu sahaja menemani gadis ini pergi ke tempat kerja di Puncak Alam tu.Namun dia terpaksa akur,dia tak sepatutnya begitu dengan Zira.

Malamnya Oman menghubungi zira untuk mengetahui apa keputusan gadis ini. "macam mana dengan apa yang Syarul cakap siang tadi..?" "entahla..aku tak tau lagi,kalau aku pergi kat tempat Syarul tu,and kalau dapat,aku nak dok mana..?"dia merungut. "hmmm..payah gak eh..tapi nak buat macam mana..."oman turut kebingungan. "tengok la nanti macam mana..kau tak payah risau..."zira dah malas nak berfikir.



Pagi tu mereka masih lagi pergi bekerja bersama.Oman bekerja di Sri Hartamas,namun sanggup saja dia menemani gadis ini.Risau benar dia kalau-kalau ada apa-apa yang berlaku pada kawannya ini. "cik zira,boleh anta email utk send resume kau ni..."oman menghantar sms pada zira.Malam tu Zira meminta Oman membantunya untuk emailkan resume untuknya ke tempat Syarul bekerja.Lama kemudian,Zira membalas sms Oman.Walaupun berat untuk Oman emailkan resumenya,namun dia terpaksa juga.Malam tu Oman dan Zira seperti biasa berbual ditelefon.Malam tu Oman kena cukup-cukup dengan Zira. "padan muka kau,malam ni aku buli kau.."puas gadis ini mentertawakan Oman. "yela..ko kena kan la aku puas-puas..takpe-takpe.."seakan-akan merajuk nada Oman.Tapi sikit pun tak di hiraukan Zira.Inilah yang membuatkan oman cukup gembira bila berbual bersama gadis ini.Cukup kelakar,namun gadis manis ini masih kenal batasan.
Seperti biasa Oman akan menunggu Zira di stesen minyak BHP.Nampak saja kereta Persona lalu di hadapannya,dia terus mengekori kereta tersebut.Sudah tentu yang bawa kereta itu gadis yang selalu dihubunginya.Persona yang dipandu Zira menuju ke stesen minyak Petronas. "kenapa man?macam moody je..?apa dah jadi..?"tanya zira pada oman.Agak pelik gadis itu melihat oman yang tak seperti selalu.Sedangkan malam tadi mereka berbual ditelefon dan bergurau. "oman terasa ke dengan aku..?"bisik hati Zira.Takut juga gurauan dia malam tadi menyinggung Oman. "tak ada apalah...aku ok je..."jawab oman menafikan apa yang dikatakan zira. "oman,kau nape?mudy je..you tell me why?"oman mendapat sms dari zira. "mana ada moody,aku ok jela..tak ada apa ok.."ringkas oman membalas sms zira. "aku cuma penat sikit je zira..."hati oman berkata-kata sendiri.

Hari yang sama,Oman ke Sungai Buloh kerana ada tugasan di situ.Dia berehat di sebuah warung kerana tekaknya berasa begitu kering.Jam sudah menunjukkan 12.30 tengah hari.Telefon bimbitnya berbunyi,ada mesej masuk.Tertera nama Zira di skrin. "aik?tiba-tiba je sms ni..ada apa..?"oman bertanya dalam hati. "jgn mudy2 lg ek..emm..i think you..hbs hbsla hbs hbs..hehehehe.."tersenyum sendirian oman membaca sms dari gadis yang istimewa dalam hidupnya.Dia langsung tidak peduli akan orang sekeliling melihat dia tersenyum sendirian.Dibalas mesej "takla..mane ade mudy..ok dah..pose tak ni..?"Zira berpuasa rejab katanya hari ini.Inilah yang amat menarik hati Oman kerana gadis ini tetap berpegang teguh pada agama.Rajin gadis ini mengamalkan perkara-perkara sunat yang dituntut Allah.Lama Oman menunggu smsnya dibalas.Tapi tiada juga,namun Oman masih tersenyum.Berulang kali dibaca sms yang diterimanya tadi.



Zira mendapat panggilan dari Petaling Jaya tempat Syarul bekerja,menyatakan dia perlu hadir untuk di temuduga jumaat ini.Dalam masa yang sama dia juga mendapat panggilan untuk bekerja di Shah Alam. "man,klu kat Shah Alam tu,1 haribulan 7 ni dah kena start keja.Kalau tempat Syarul tu aku dapat la kan,aku nak dok mane?"persoalan itu juga yang keluar lagi.Oman hanya mendengar saja rungutan gadis manis ini. "macam ni la,sok kau pegi je kat tempat Syarul tu dulu,try macam mana..kalau tak dapat tak apa la kan,kalau dapat sekali pun,still boleh fikir lagi sama ada nak pegi ke tak kan...?"oman memberi cadangan.Namun seperti dari awal lagi,Oman begitu berat untuk melepaskan Zira pergi.
Jumaat pagi tu Oman mengambil cuti,kononnya dapatla dia teman gadisnya ini untuk ke temuduga.Tapi ternyata,Zira memang seorang gadis yang baik.Tak semudah itu untuk dia keluar bersama lelaki. "kenapa ko cuti hari ni man...?" tanya zira,dia agak hairan mengetahui oman cuti. "takda apa,aku nak pegi buat buku asb aku..buku tu hilang,so aku cuti la nak buat buku tu..."ternyata itu hanyalah alasan kedua dia.Oman begitu risau akan keselamatan zira.Kalau boleh dia nak saja bersama-sama zira,dan mengetahui keputusan temuduga itu segera.Oman menelefon Syarul berkali-kali bertanyakan tentang Zira.Naik pelik Syarul melihat kerenah Oman.
Malam itu sekali lagi Zira menyatakan yang dia akan berhenti di Puncak Alam lebih-lebih lagi dia dapat tahu dari rakan sekerjanya yang pengurus di tempat kerjanya sudah marah kerana dia kerap bercuti.Itu menguatkan lagi untuk dia berhenti. "man,aku nak buat surat resign,isnin aku nak bagi kat manager aku..."zira agak tegas menyatakan hasratnya kali ini. "ok,kalau dah macam tu,berhenti je la..so,ko akan bekerja kat Shah Alam rabu ni..?"tanya oman agak sayu.Dia tahu yang dia tak akan berpeluang untuk bersaing lagi ke tempat kerja.Mana taknya,Zira akan keluar seawal 7 pagi,dan Oman pula akan keluar 8 pagi.Memang dia tidak akan lagi berpeluang untuk melihat gadis ini seperti biasa.
Hari ini adalah hari terakhir Zira akan bekerja di Puncak Alam.Pagi tu Oman dapat rasakan yang dia akan kesunyian selepas ini.Mereka berhubung malam tu ditalian. "zira,sok kau dah keje kat tempat barukan...?jage diri baik-baik ye..aku dah tak dapat nak ‘caring’ kau lagi macam dulu,sedangkan kalau boleh aku nak ‘caring’ kau selalu.Kau pun dah besar kan?aku pecayakan kau..jaga diri baik-baik..drive hati-hati masa pegi and balik keje..jangan lupa mesej aku.jangan lupa aku...kalau ada apa-apa,bagitau je..."panjang oman memesan pada zira.Ternyata,risaunya kali ini lebih mendalam dan dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku antara mereka. "thank oman......kau pun keje elok-elok ok..take care always.."zira juga memesan pada oman.Sekali lagi air mata lelaki Oman mengalir.Tidak tahu kenapa hatinya sedih sekali.


Pagi itu ,zira menghantar sms pada oman. "oman,aku dah sampai da..weh,nk mintak tlong ni,topupkan aku dulu,nnt aku bayor blk..nk tepon akak tu.."tersenyum oman melihat sms dari zira. "eh,macam tau-tau je kau ni,aku baru nak telefon kau.."bisik hati oman. Malam tu Zira agak keletihan kerana berulang tempat yang agak jauh.Gadis ini tak biasa untuk berulang sejauh ini.Namun dia menyatakan pada oman yang dia seronok bekerja di tempat barunya.Oman juga tumpang gembira. "Alhamdulillah....semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan perlindungan pada kau zira.."oman berdoa dalam hati.Sememangnya nama gadis ini tidak pernah lekang dari bibirnya ketika dia memohon doa pada Allah.


Hari kedua Zira bekerja di Shah Alam,malam itu Zira tak dapat dihubungi Oman.Tertera di skrin telefon Oman ‘call waiting’. Oman berbisik dalam hati "dengan siapa dia bercakap ni..?".Fikiran Oman berkecamuk,tak tentu hala dibuatnya.Oman melalui depan rumah Zira,kelihatan Zira baru saja sampai.Di cubanya berkali-kali menghubungi zira,ternyata zira masih bercakap di dalam talian.Sekali lagi air mata oman berlenang namun kali ini dia tak rela menitisknnya.Oman teringat akan kata-kata Oji, "oman,kalau kau nak ada hubungan serius,zira bukan untuk kau.Carilah orang lain..bukan aku nak cemburu,aku cakap camni pun sebab aku tak nak kawan-kawan aku kecewa oleh kerana situasi...kau tak salah kerana cintakan dia,dan dia jugak tak salah kerana zira memang bersikap macam tu.dia mesra man,dia mudah bergaul..keadaan yang wat korang jadi macam ni..dan kau tau kan sebab-sebabnya..?tapi kenapa kau nak ulang untuk kali yang kedua?sedangkan kau tau apa keputusannya..tak salah kau nak mencuba,tapi aku faham benar man,zira tu macam mana.."terngiang-ngiang suara oji ditelinga oman.Ternyata oji benar-benar faham akan sikap sahabat baiknya itu. "arrrrrrggghhhhhhh.............!!!!!!!!!!!!!!!!! kenapa dengan aku ni????? Bodohnya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..."oman menjerit keseorangan.
Sabtu itu benar-benar pahit untuk Oman telan.Apa yang di rasakan selama ini,benar-benar terjadi dan dia sedang menghadapinya.Petang itu selepas asar,Oman dah berada di hadapan pejabat Zira.Dia sendiri tak tahu kenapa dia bersikap sampai begitu sekali.Dengan hati yang kuat,Oman menanti Zira keluar dari pejabat.Tepat jam 7 Zira keluar.Oman terus ke kereta Persona milik Zira yang sejak dari tadi dia menunggu tuannya. "oman?dari pukul berapa kau tunggu aku ni..?"zira agak terkejut melihat Oman berada di situ. "dalam 4 lebih tadi..3 kali aku ada kat sini.."memang benar katanya,3 kali dia berulang alik ke Shah Alam semata-mata menunggu gadis itu.Ternyata perbuatan Oman itu silap. Oman menerima sms terakhir dari Zira pada malam itu.. "aku xde ape nk ckp lg.aku da solat n da mandi.xyah risau ok.terima kasih banyak2..nite..". Hati oman bagai tercabut entah ke mana.Dia hilang arah.Oman terpaksa akur untuk kali yang ke dua.Semua kegembiraan bersama Zira selama ini hilang tiba-tiba.Hingga kini mereka masih tidak berhubung.Namun oman tidak pernah lupa untuk memesan pada zira akan keselamatannya.Dia tetap risaukan kawannya ini.
"bodohnya aku...kenapa aku buat semua ni..?aku hanya menyakitkan hati kawan aku sendiri..sekali pun zira membenci aku oleh kerana kebodohan dan kesilapan aku sendiri..Kau bodoh oman!kau bodoh!sanggup kau sakitkan hati kawan kau sendiri..! apa yang kau dapat bila kau buat macam tu?memang patut kalau zira nak benci atau marah kau...memang salah kau..semua ni kebodohan kau man!kebodohan kau!!...." oman marah akan dirinya sendiri.Kali ini air matanya dikeluarkan sehabis-habisnya..
Apa lagi yang boleh Oman lakukan.Dia hanya berpegang kata-katanya sendiri walaupun dia terpaksa hadapi.. Oman tidak mahu kehilangan kawan yang dirasakan cukup baik baginya.Puas dia mohon maaf pada zira,namun tak pernah dibalas lagi sms-sms dari Oman,apatah lagi panggilannya. "marah betul kau kat aku zira...maafkan aku zira...maafkan aku..." oman berbisik dalam hati.Air matanya terus mengalir....

"zira,terima kasih isi ruang hidup aku walaupun aku seorang yang merasakannya..dan kau tetap kawan aku sampai aku mati...!"oman menangis sendirian.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.