Cerpen : Hadiah yang terindah

Cerpen : Hadiah yang terindah
Nama Pena : aLaLiLa

Al-Fatihah...

Hari ini ialah hari kiamat bagi aku, insan yang aku seru sudah tiada lagi. Usia perkahwinan aku begitu singkat adakah ini balasan bagi segala dosa-dosa aku yang lampau. Dalam tangisan aku melafaskan ayat-ayat suci YASSIN tanpa henti agar roh beliau sentiasa di cucuri rahmat dan moga beliau di tempatkan di dalam golongan-golongan orang yang bertakwa.
"Sungguh amat aku menyanyimu wahai isteri tercintaku, segala-galanya telah abang curahkan pada ayang sebaik mmungkin, abang tak mahu melihat deraian air mata ayang jatuh berlinang lagi lepas ni, abang akan sentiasa di sisi ayang sampai hujung nafas abang yang terakhir".
"Abang, janganlah cakap yang bukan-bukan, ayang memang amat bahagia dengan abang, sekarang kita sudah menjadi suami isteri yang sah, jadi perkara lepas tu jangan la di kenang lagi, ok".
Alangkah indahnya di saat itu, kami bersama-sama di buai asmara yang penuh dengan keceriaan sehinggalah hari ini.
"Ayang, balik nanti kalau abang lambat, ayang balik sendiri ya. Tak pun tumpang abah ya"
"Baiklah abang, abang nak makan apa hari ni?
" Ayang tak perlu masaklah, abang sayang ayang, nanti jari-jemari ayang rosak pula. Hehehee.."
Masih aku ingat ukiran senyuman di wajah beliau, sungguh manis dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi beliau, sungguh indahnya pagi itu terutama bagi pasangan yang masih lagi di buai mimpi bulan madu. Sebelum kami berpisah aku mencium tangan suami aku dan beliau mengucup dahi aku dengan penuh kasih sayang. Namun siapa akan menyangka itu adalah pertemuan terakhir kami buat selama-lamanya di dunia yang fana ini. Dimana adilannya, ya ALLAH mengapa ENGKAU memisahkan kami, sungguh aku masih tidak puas bersama beliau. Berderai lagi linangan air mata aku melihat sekujur tubuh sasa yang kaku di hadapan mata aku.
"Helo, saya Pn. Syuhada"
"Fara, Ewan dah tak ada"
"Mama cakap apa ni? Mama jangan nak takut-takutkan fara"
"Betul nak. Abah dalam perjalanan nak ambil kamu"
"Abang..."
Aku tabahkan diri, sepanjang berada di dalam kereta Exora abah, kami tidak berkata walau sepatah, hati aku makin kencang melihat ramai orang di rumah, adik-adik beliau memeluk aku erat sekali, kehadiran mama membuatkan kepala aku jadi pening, "Ya ALLAH, apa semua ni?".

"Hei, jangan kacaulah saya interview Shila dulu! Awak belah!"
"Ish, minah ni, bujet cun ingat aku nak sangat pegang dia" Desis Ewan dalam hati.
"Maaf ye tentang tadi, saya bergurau je..hehehe.."
"Eh, no hal. Saya ok je. Maaf sebab terpegang tangan awak" Bapak! Memang manis gila awek ni senyum.
"Woi, umpan da mengena ke? Tu kawan aku, nama dia Fara Syuhada, tapi kita orang panggil dia Cik Merpati." ujar Meon. "Kalau kau nak, aku leh kenen-kenenkan".
"Urmm... Orait gak! Tapi kenapa merpati?"
"Sebab bukan senang tau nak ayat dia, silap-silap dia yang ayat kau balik. Hahhahhahhaa!"

Itulah detik indah sewaktu awal perkenalan aku dengan dia, dan hari ini adalah hari perpisahan kami buat selamanya. Selepas selesai jenazah dikebumikan, aku tak henti-henti berdoa. "Abang, ayang balik dulu ya. Abang jaga cinta kita, ayang sayang kat abang, ayang rindu abang". Di situ juga tertumpah lagi air mata aku ke atas pusara beliau. Sebak sayu hati ini sungguh hening tatkala meninggalkan tanah perkuburan islam itu.

"Abang, janganlah main-main lagi. Ayang takut tengok abang macam ni. Lagi pun abang dah janji takkan tinggalkan ayang lagi lepas kita berpisah masa sekolah dulu kan. Isk...Isk... Ayang sayang abang, tolong jangan tinggalkan ayang, abang. Mengucap abang." Bercucuran air mata aku di saat beliau menghembuskan nafas terakhir, terdengar tangisan di sekeliling aku pada waktu itu, aku tahu mereka juga tidak mahu kehilangan beliau. Beliau amat berharga bagi kami ya ALLAH. Lalu aku bisikkan di telinga beliau kalimah kebesaran ALLAH, beberapa saat sesudah beliau selesai mengucap dua kalimah syahadah itu, maka berakhirlah denyutan jantung dan nadi beliau, keraslah tubuh beliau tanpa pergerakan walau seinci. "Abaangg!!"

Hari kelapan arwah telah meniggalkan aku, tiba-tiba aku di kejutkan dengan kehadiran orang baru. Sedang aku sibuk menyiapkan hidangan untuk kenduri doa selamat di rumah ibunda beliau, kepala aku sakit sangat, muka aku pucat lesi, dan selama seminggu aku tidak menjamah walau sebutir nasi. Penglihatan aku gelap, aku terasa seperti di awangan dan di sambut dengan kehadiran Ewan sedang memeluk aku dengan muka yang sungguh ceria, abangg.. Pabila aku sedar, mama dan adik-adik memeluk aku, aku sememangnya kebinggungan dan bertanya apa telah berlaku. Bersinar-sinar dari pancaran mata mama dapat aku rasakan seperti ada khabar yang amat gembira bakal menerpa ke telinga aku.
"Fara mengandung, sayang"
Aku diam seribu bahasa. Terus aku usap perut aku yang kempis. Benarkah apa yang aku dengari tadi, benih abang ada dalam rahim ayang. Anak abang. Anak kita, abang. dikala itu, berderai lagi air mata aku, gembira mendapat tahu aku bakal melahirkan zuriat beliau. Syukur, Alhamdullah, ayang janji abang, ayang akan jaga anak kita macam mana yang kita rancang dulu.

Genap usia perkahwinan kita tiga minggu 6 hari, abang dah tinggalkan ayang selamanya, abang janji tak akan buat air mata ayang berderai lagi, abang tipu. Ayang percaya pada abang, tapi abang tipu ayang senang-senang, Ayang rindu nak dengar abang gelak, bergurau senda dengan abang, usap kepala abang, urut tubuh sasa abang. Kenapa abang tinggalkan ayang di saat kebahagiaan kita. Ayang tak puas hidup dengan abang lagi. Lihatlah anak kita, macam muka abang ada lesung pipit di pipi. Musafir b. Arzwan, itu nama anak lelaki kita abang. Comel sangat, alangkah indahnya kalu abang ada di waktu ayang melahirkan dia seperti yang kita rancangkan dahulu. Kini dia dah pandai berjalan dan petah bercakap sama macam abang.

Pada suatu ketika, aku telah membawa Musafir ke majlis reunion sekolah aku dulu sewaktu bersama dengan Ewan. Semua rakan-rakan aku kelihatan berbahagia bersama pasangan mereka.
"Comelnya anak kamu dengan Ewan, Fara. Saling tak tumpah macam arwah ayah dia." kata Shela.
"Mari kat Uncle nak." ajak Farid dan rakan-rakan yang lain. Mereka suka sangat bermain dengan Musafir.
Di saat aku hendak mmebawa Musafir pulang, dia berkeras tidak mahu pulang, meronta-ronta agar aku melepaskan dia supaya dia dapat terus bermain dengan Farid. "Papa...Papa...isk...Papaaaa..."
Entah kenapa, sayu sangat aku dengar dia memanggil nama itu. Abang, Musafir panggil abang. Tapi abang tak de di sini. "Nak, kita balik ya..." menahan sebak aku cuba menenangkan Musafir, rakan-rakan aku yang lain turut bersimpati melihat keadaan Musafir yang dahagakan belaian seorang ayah. "Musafir, ekot ummi balik ya, nanti kita main dengan nenek dan atok ya" Dengan sekuat hati aku membawa diri bersama Musafir pergi, di dalam kereta Musafir tak henti-henti esakannya. Setiba di luar rumah mama dia keluar dari perut kereta dan berlari ke pagar. "Papaaaaaaa!!!"
"Ya ALLAH, Musafir, jangan macam ni nak. Ummi sayang Musafir tau." Aku memeluk Musafir di gigi pintu pagar. "Mama sayang Musafir. Jangan buat macam ni nak. Jangan tinggalkan ummi. isk!" Ditika itu kami bersama-sama berderai air mata. Abang, Musafir rindukan abang. Ayang perlukan abang. Ya ALLAH, bagi lah aku kekuatan untuk menempuh dugaan-MU ini.

"Selamat Hari Ibu, Ummmi. Ummi nak apa-apa? Nanti Mus belikan. Ina pun dah masak lauk kegemaran Ummi tu. Jom kita makan sama-sama, Mus rindu nak Ummi suapkan. Boleh ya Ummi."
24 tahun telah berlalu. Abang, itulah anak kita, dah besar, dah kawen pun, saling tak tumpah macam abang, manjanya, kasihnya, terima kasih abang...

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.