Cerpen : Puteri Balqis Mama Mona

Cerpen : Puteri Balqis Mama Mona
Nama Pena : sharise

"Ma... Balqis nak ikut mama..." Air mata si comel itu masih lagi mengalir di pipinya. Balqis mengesat matanya perlahan. Rambutnya agak kusut masai akibat tidak mahu disikat dan diadun ibunya. Apa yang dia mahukan adalah mengikut Mona keluar dari rumah itu. Sedih benar dia mahu ditinggalkan ibunya. Mona tersenyum pahit. Tidak tahu bagaimana lagi harus dipujuk anak kecil itu. Balqis masih terlalu kecil untuk memahami situasi itu.

"Mama pergi sekejap saja sayang... mama janji mama pulang cepat,ya?" Mona terus memujuk. Balqis menggeleng laju. "Balqis nak ikut mama!" teriaknya. Mona resah. Buntu dia bila Balqis memberontak sedemikian. Selama ini anak perempuannya itu tidak banyak ragam, ikut saja perintahnya walaupun baru berusia 4 tahun, tapi malam itu lain pula tingkahnya. Mungkin itulah yang dikatakan naluri kanak-kanak. Beg pakaiannya diletak di satu sudut. Mona menghampiri Syafiq yang sejak tadi menjadi pemerhati dari ruang tamu.

"i merayu pada you, izinkan i tidur di sini untuk malam ni saja bersama Balqis, awal pagi esok sebelum Balqis bangun i janji akan keluar..." perlahan saja nada suaranya agar tidak didengari Balqis yang masih teresak-esak di sisi sofa. Syafiq menoleh pada Balqis, simpati dia juga melihat anak kecilnya menangis begitu.

"Baik, tapi awal pagi esok i tak nak tengok muka you ada dalam rumah ni!" dengan angkuh Syafiq berdiri dan berjalan menuju ke biliknya di tingkat atas. Mona senyum merenung Balqis. Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia sebagai seorang ibu yang terpaksa meninggalkan puterinya. Mona menghampiri Balqis. Dipeluk anak itu dan didukungnya.

"okey sayang, mama tak tinggalkan Balqis..." dia mengesat air mata sang puteri yang masih bersisa di kelopak mata. Balqis senyum dan memeluk Mona.

"mama promise?"

"mama...err, mari tidur sayang, mama bacakan Balqis cerita snow white, nak?" Mona cuba mengalih perhatian Balqis. Tidak sanggup dia mengukir kata janji kalau besok hati si kecil itu yang akan tercalar dengan janji yang dimungkiri.

"Mama promise dulu!" rengek Balqis. Mona serba salah, namun untuk menyenangkan hati Balqis dia mengangguk juga akhirnya. Balqis didukung ke kamar di tingkat atas bersebelahan bilik Syafiq. Malam itu, dalam kegelapan air mata Mona mengalir deras. Balqis yang sudah lena dipeluknya seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Esok, dia akan pergi dari rumah itu buat selama-lamanya. Dia akan kehilangan anak kesayangannya itu buat selama-lamanya. Mampukah dia untuk hidup tanpa Balqis? Persoalan itu tidak mampu dijawabnya.


_________________


Seawal jam 7 pagi, selepas menunaikan solat Subuh Mona menuju ke bilik Bik Suharti, pembantu rumahnya yang telah berkerja dengannya hampir 4 tahun sejak awal kelahiran puterinya Balqis.

"Bik, Mona tuliskan surat ni untuk Balqis. Balqis tak kan faham situasi Mona sekarang. Bila Balqis berusia 18 tahun nanti, Bik tolong bagikan surat ni pada dia, ya?" Air mata keibunya mengalir lagi. Mona memeluk Bik Suharti erat. Bik Suharti sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Bik Suharti turut merasakan kesedihan Mona. Dia turut sama mengalirkan air mata. Dia ingin membantu tapi apakan daya, dia hanya seorang pembantu rumah yang tidak berkuasa. Kelak dirinya juga yang akan merana.

"Bik, tolong jaga Balqis baik-baik. Sayangi dia sepenuhnya. Mona tak dapat bagi kasih sayang untuk dia lagi." Mona terus merintih. Terhenjut-henjut bahunya menahan esakan. Air matanya terus mengalir. Bik Suharti semakin erat dipeluknya.

"Jangan risau bu, Balqis akan saya jaga sebaiknya seperti puteri saya sendiri!" dia menyakinkan Mona. Mona mengangguk. Dia percayakan Bik Suharti. Dia berharap perpisahan ini bukan untuk selamanya. Suatu hari nanti dia berharap dapat bertemu puterinya semula.

Perlahan-lahan Mona menghayunkan kaki meninggalkan perkarangan banglo itu. Setelah 5 Tahun dia menginap di situ sebagai isteri Syafiq, kini segala-galanya telah berakhir. Belum pun 10 langkah dia pergi, dia sudah merindui Balqis. Tapi apakan daya, dia tidak boleh berpatah semula.

________________

"Mama jahat! Mama tipu Balqis! Mama mungkir janji!" Praanngg!! Pecah berkecai frame gambar Mona dilemparnya. Kaki dihentak-hentak ke lantai. Bik Suharti yang kelam-kabut jadinya. Lekas-lekas dia mengutip kaca yang bersepah takut kalau-kalau terpijak oleh si kecil itu nanti. Walau sudah sebulan Mona meninggalkan rumah, Balqis masih memberontak. Pening Syafiq tidak tahu bagaimana hendak memujuknya. Sudahnya dia pasang enjin kereta dan menghilang. Datin Sofia menjeling tajam cucunya itu. Hendak dipukul tidak sanggup, hatinya sayang pada anak itu. Tapi geram juga dia bila Balqis tak henti-henti mengamuk.


"Balqis, mama Balqis memang jahat! Buat apa Balqis nak ingatkan dia lagi!" Bentak Datin Sofia. Datuk Halim yang sedang membaca surat khabar di ruang tengah menggeleng kepala. Runsing dia dengan situasi itu. Dia mengangkat punggungnya membawa surat khabar ke luar banglo. Sunyi sedikit berbanding di dalam rumah.

"Mama tak sayang Balqis!!" jerit Balqis selantang-lantangnya. Datin Sofia menghampiri Balqis.

"Sudahlah sayang, nendakan ada...biarlah mama Balqis tu nak pergi mana pun, dia memang tak sayang Balqis sebab tu dia tinggalkan Balqis! Tapi nenda sayang Balqis, nenda tak akan tinggalkan Balqis." diusapnya rambut Balqis yang masih menangis. Balqis memeluk nendanya itu. Dia mula membenci Mona. Mamanya itu telah memungkiri janji yang dilafazkan. Tertikam Bik Suharti mendengar kata-kata Datin Sofia itu. Tidak sepatutnya seorang nenek berkata begitu tentang menantu yang juga ibu kepada cucunya. Kalau bukan kerana pangkat Datin Sofia sebagai ibu kepada tuannya dalam rumah itu, mahu sahaja dia menendang perempuan itu keluar dari situ.

"Balqis tak nak sayang mama lagi!" Balqis terus menangis. Datin Sofia tersenyum di sebalik pelukan Balqis yang erat. Puas dia mendengar ungkapan itu. Memang itu yang dia mahukan.

____________


"Mama nak Syafiq kahwin dengan Raina secepat mungkin" runsing Syafiq mendengar ayat yang sama berulang kali. Sejak akhir-akhir ini Datin Sofia tidak jemu-jemu menyuruhnya berkahwin dengan gadis pilihan ibunya itu. Kalau ikutkan hati, dia sebenarnya masih belum dapat melupakan Mona. Tetapi mengenang Mona yang telah berlaku curang mengundang benci di dalam hati. Masih terbayang di kepalanya ketika melihat Mona bersama lelaki di dalam rumahnya beberapa bulan yang lalu. Bencinya membuak-buak terhadap Mona. Kalau tak kerana Mona yang berjasa melahirkan puterinya, Mona sudah ditembak mati. Hanya mengenangkan Balqis dia berhasil mengawal perasaannya.

"Syafiq!" Tamparan Datin Sofia di bahunya mematikan lamunannya. Datin Sofia merenungnya tajam. Ibunya itu mengalah nenek sihir lagi bila merenung orang. Macam hendak ditelannya.

"Ma... nantilah Fiq fikirkan!" Malas dia hendak memikirkan hal itu. Dia rela membujang daripada ditipu oleh seorang isteri. Serik rasanya bila ditipu oleh seorang yang paling dicintainya.

"Fiq! Bukan semua perempuan macam Mona!" Bentak Datin Sofia. Dia kurang berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh Syafiq. Ada saja helahnya hendak lari dari berkahwin dengan gadis pilihannya. Baginya Raina gadis yang paling layak menjadi menantunya. Kalau tak kerana Mona hadir dalam hidup Syafiq suatu ketika dahulu, sudah lama Raina menjadi isteri Syafiq. Ini semua gara-gara perempuan tak guna tu! Marahnya dalam hati.

"Fiq, Balqis masih kecil... dia perlukan seorang ibu. Fiq kena cepat-cepat kahwin dengan Raina supaya Balqis dapat lupakan perempuan tak guna tu!" spontan meja dihentak. Terkejut Syafiq dengan sikap ibunya yang tiba-tiba itu.

"Kenapa Raina?" mengenangkan Raina yang mengada-ngada, manja dan suka bergaya, Syafiq tidak yakin Raina dapat menjadi ibu yang baik kepada Balqis. Suruh buat air teh pun tidak reti bagaimana hendak membuat milo untuk Balqis. Anaknya itu gemar minum Milo.

"Bodohnya soalan kau ni Syafiq, dia yang paling layak dengan kamu! Bukan perempuan miskin yang tak ada asal-usul tu!" benci benar Datin Sofia pada Mona sehingga sanggup mengungkit kisah asal usul Mona. Syafiq terkedu. Dia teringat beberapa tahun dahulu ketika dia membawa Mona untuk dikenalkan kepada Datin Sofia, bukan main marah lagi Datin Sofia. Ketika itu persiapan untuk meminang Raina sudah disediakan tetapi segalanya musnah dengan kehadiran Mona. Kini Raina masih mahu menjadi suri dalam hidupnya walaupun dia pernah melukakan hati gadis itu suatu ketika dahulu. Mungkin ini balasan untuknya kerana tidak mendengar kata ibunya dahulu.

"Baiklah, mama buatlah semua persiapan. Syafiq ikut saja." Demi menebus kesilapan lalu, akhirnya dia bersetuju. Mungkin Raina boleh dibentuk. Sifat mengada-ngadanya itu mungkin datang kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarga yang mewah, jadi semua kemahuannya diturutkan ibu bapanya.

"betul?" Bukan main lebar lagi senyuman Datin Sofia mendengar jawapan itu. Puas hatinya. Tidak sia-sia penantiannya selama ini. Syafiq mengangguk perlahan tanpa merenung ke wajah ibunya.

__________________


Kini Raina sah menjadi isteri Syafiq. Pada awalnya Balqis seperti tidak mahu menerima kehadiran Raina sebagai pengganti mamanya tetapi Raina pandai mengambil hati kanak-kanak itu dengan membawanya berjalan-jalan di shopping complex dan membelikan permainan serta baju-baju yang cantik, sejak itu hubungan mereka menjadi rapat. Malah Balqis nampak lebih bahagia berada di samping Raina berbanding papanya. Syafiq turut lega melihat anaknya itu tidak lagi menangis setiap masa dan sudah kembali selera makan.

"auntie, Balqis nak tu..." jari kecilnya menuding pada board yang tergantung di sebuah booth ice cream atau lebih dikenali dengan New Zealand booth ice cream. Cita rasa mereka sama. Pure ice cream yang diimport dari New Zealand itu juga merupakan kegemaran Raina.

"Yang ini?" Raina menunjukkan satu corak ais krim di dalam menu. Balqis mengangguk laju.

"rocky road dua ya?" Raina membuat pesanan. Pekerja China itu mengangguk dan tersenyum pada si comel Balqis.

"Sedap?" Soal Raina. Balqis mengangguk . Asyik benar Balqis dengan ais krimnya. Habis comot wajah kecil itu dengan krim ais yang melekat di sekeliling mulutnya. Raina meraba-raba tisu di dalam tas tangannya. Mulut Balqis dilapnya. Perasaan sayangnya terhadap anak tirinya itu semakin hari semakin dalam. Balqis sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Sejak menjadi ibu kepada Balqis, dia lebih matang dari sebelumnya. Sudah pandai berjinak-jinak dengan sudip dan kuali. Walaupun ada pembantu, dia lebih gemar memikat hati suaminya dengan masakannya sendiri.

"Sayang, auntie nak minta sesuatu boleh?"

"minta apa?" Balqis angguk.

"nak minta Balqis panggil auntie... Mama, boleh?"

"Hurm...boleh...mama..." perlahan saja suara itu kedengaran. Raina tersenyum senang. Balqis tersenyum manja. Akhirnya dia dipeluk Raina.

________________


"Kalau dari dulu kau dengar cakap mama, kan dah bahagia macam sekarang!" Ucap Datin Sofia. Syafiq di sebelah tidak bersuara. Asyik dengan laptopnya untuk urusan di syarikat. Datuk Halim yang baru muncul duduk di sofa berhadapan Datin Sofia. Bik Suharti datang menatang 3 cawan kopi dan dihidangkan setiap satunya.

"Bik, mana Balqis?" Soal Syafiq.
"Di kamarnya,tuan" Jawab Bik Suharti.
"Puan Raina?" Soal Syafiq lagi.
"Dia juga di kamar Balqis, sedang membacakan buku untuk Balqis" jawab Bik Suharti lagi kemudian berlalu setelah Syafiq mengangguk.

"Rapat betul Balqis dengan Raina." Suka benar Datin Sofia melihat Balqis yang dapat menerima Raina sebagai pengganti kepada menantu yang tidak disukainya itu. Syafiq dan Datuk Halim sekadar berbalas senyuman.

"kau dengan Raina pun jangan tunggu lama-lama... Balqis nak adik!" Tambah Datin Sofia lagi. Syafiq berhenti menaip. Bulat matanya merenung Datin Sofia dan Datuk Halim yang tersenyum-senyum. Dia masih belum terfikir sejauh itu. Baginya berkahwin dengan Raina bukan untuk mendapatkan anak tetapi untuk memberikan ibu kepada anaknya.

"Ayah pun sokong." Datuk Halim membela isterinya sambil ketawa. Syafiq diam. Malas dia hendak berkata apa-apa. Dia kembali meneruskan kerjanya.

_____________________

"Abang, boleh Raina tanya sikit?" Raina melabuhkan punggungnya ke atas katil. Syafiq yang baru selesai mandi menoleh ke arah isterinya itu. Menanti soalan apakah yang ingin diajukan Raina. Dia mengangkat keningnya.

"Kenapa abang bercerai dengan isteri abang?" tersentak Syafiq dengan soalan itu. Perlukah dibangkitkan lagi peristiwa lama?

"Dia curang dengan abang." Raina isterinya kini, dia berhak untuk tahu. Tidak salah untuk mempertahankan dirinya asalkan Raina mengetahui hal sebenar. Sekurang-kurangnya Raina tahu bahawa dia bukan suami yang mengabaikan isteri.

"Curang?" Raina menyoal semula. Syafiq angguk. Rambut yang basah digosok dengan tuala yang tersangkut di leher. Sebelum berbaring di sisi Raina, Tuala sudah disangkutkan di tempat yang sepatutnya. Raina mengiringkan badannya menghadap Syafiq. Suaminya itu tegak merenung syiling. Mungkin bermain dengan kenangan lama.

"abang masih sayangkan dia?" sudah hampir 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga, tetapi tidak pernah sekalipun Syafiq ingin menyentuh dirinya sebagai seorang isteri. Mungkin Syafiq masih tidak dapat melupakan bekas isterinya.

"Kenapa tanya macam tu?" dia tidak selesa dengan soalan Raina. Terlalu peribadi untuk mempersoalkan soal kasih dan sayang. Untuk apa sayang kalau dia dipermainkan?

"Raina tahu abang masih sayangkan dia... sebab tu sampai sekarang abang tak pernah sudi nak sentuh Raina,kan?" Raina kembali menegakkan badannya. Dia turut merenung syiling. Terkedu Syafiq mendengar ungkapan itu. Dia faham apa yang dimaksudkan Raina. Raina isterinya yang sah tetapi dia masih belum menjalankan tanggunjawab zahir dan batin ke atas isterinya itu. Terasa berdosa kerana mengabaikan Raina selama 3 bulan. Malam itu, dia ingin menunaikan tanggungjawabnya. Biar lebih erat hubungan kasih mereka. Dia harus melupakan Mona yang masih bertakhta di hatinya. Mungkin dengan cara itu, dia akan lebih mengasihi Raina dan melupakan Mona. Untuk kali pertamanya mereka bersatu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Dalam kegelapan, Raina tersenyum bahagia. Dia memeluk erat suaminya.


________________


1 tahun berlalu...

Raina bakal melahirkan anak sulungnya. Sementara Syafiq tidak sabar-sabar menanti kehadiran puteri keduanya. Balqis pula bukan main gembira ingin menyambut kelahiran adiknya. Berkali-kali Raina dan Syafiq menasihati Balqis supaya menyayangi adik yang bakal lahir itu sepenuhnya kerana dia adalah darah daging Balqis sendiri yang lahir dari benih yang sama.

"Comelnya baby..." tidak jemu-jemu dikucupnya pipi si kecil dalam dukungan Raina. Balqis semakin ceria dengan kehadiran seorang adik. Hubungan Syafiq dan Raina juga semakin erat dengan kehadiran puteri yang diberi nama Elisa itu. Syafiq semakin menyayangi Raina walaupun dia sendiri tidak dapat membohongi dirinya bahawa dia masih belum dapat melupakan bekas isterinya.

"Mama, Elisya lagi comel dari Balqis..." ujar Balqis bangga dengan kecomelan adiknya tanpa sedar dia telah merendahkan dirinya sendiri. Raina tertawa kecil mendengar celoteh Balqis.

"Mana boleh, puteri sulung mama ni mestilah lebih comel!" Raina mencubit lembut pipi gebu Balqis. Balqis ketawa kecil. Syafiq di sisi turut ketawa. Dia bangga mempunyai isteri seperti Raina yang boleh menerima Balqis dan memberi kasih sayang yang lebih sempurna.

Petang itu Datin Sofia dan Datuk Halim datang melawat. Bukan main gembira lagi Datin Sofia mendukung cucu keduanya itu. Dia lebih bangga dengan cucunya yang itu berbanding Balqis kerana Elisa lahir dari perut menantu pilihannya.

"Comel betul anak kamu ni Raina, sama macam mamanya!" berkali-kali ubun si bayi dikucup. Giliran Datuk Halim mendukung si cucu.

"Mata ikut Raina, Hidung ikut syafiq" ucap Datuk Halim sambil menguis-nguis pipi si kecil yang masih kemerahan. Sesekali bayi itu menguap. Comel.

"Mulut dia ikut Balqis kan atok?" petah Balqis bertanya sambil menarik tangan kiri atuknya.

"Tak samalah, mulut baby lagi comel!" belum sempat Datuk Halim ingin menjawab Datin Sofia lebih dulu mencelah. Raina dan Syafiq saling berpandangan. Terkejut dengan kata-kata Datin Sofia. Tidak menyangkan Datin Sofia sanggup berkata begitu terhadap cucu yang kononnya disayangi selama itu.

"betul!" Balqis setuju. Anak kecil itu langsung dia mengerti maksud di sebalik kata-kata nendanya. Dia cukup suka bila adiknya dipuji walaupun dirinya diketepikan. Memang dia suka melihat wajah kecil Elisa dalam dukungan Datuk Halim itu. Datuk Halim turut merenung tajam isterinya yang bercakap seolah-olah ikut tak punya otak. Dengan cucu sendiri ingin dibeza-bezakan.

_________________________


Episod itu berlalu bagaikan angin yang bertiup membawa dedaunan kering berterbangan dari tempat asalnya. Balqis kini membesar sebagai anak gadis yang cantik dan comel dengan wajah ala-ala kebaratan mewarisi kecantikan asli ibu kandungnya. Setiap kali terpandangkan wajah ayu itu, ingatan Syafiq akan kembali kepada bekas isterinya dahulu. Ke mana agaknya Mona sekarang? Entah kenapa dia rindukan Mona setiap kali memandang wajah puteri sulungnya itu. Walaupun Mona bersalah dan telah menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu tapi Mona tetap ibu kepada Balqis. Dia sepatutnya menghargai Mona dan memberi peluang kepada Mona untuk memberi penjelasan. Ketika itu usianya muda, panas barannya tidak dapat dikawal. Teringat lagi ketika dia melempang Mona sehingga jatuh ke lantai. Lelaki yang bersama Mona di dalam rumah mereka ketika itu lintang pukang lari membawa kasut meninggalkan banglo itu sebelum mukanya pula merasa penangan Syafiq. Ketika itu laju saja mulutnya melafazkan talak 3 sekaligus ke atas Mona dengan bersaksikan Datin Sofia, Datuk Halim, Balqis dan Bik Suharti. Mona tidak diberi peluang memberi penjelasan. Ketika itu dia merasakan untuk apa disimpan isteri yang tidak punya harga diri seperti itu. Depan bukan main sayang tapi bermain kayu tiga di belakang. Lebih memalukan apabila rumah mereka sendiri dijadikan kandang maksiat. Kemarahan Syafiq begitu meluap-luap ketika itu.

"Morning Papa!" ciuman yang singgah di pipi kanannya mematikan khayalan Syafiq. Terbang segala apa yang bermain di fikirannya tadi. Kenapa dia boleh berkhayal sejauh itu sedangkan sudah hampir 10 tahun peristiwa itu dilupakan. Balqis tersenyum sambil menarik kerusi di sebelah papanya. Sarapan pagi yang terhidang nampak menyelerakan. Raina keluar dari dapur menatang semangkuk sosej kegemaran Elisa.

"Mana Elisa ni?" Raina merungut sendiri sambil menoleh ke arah pintu bilik Elisa yang masih tertutup. Berkali-kali dia menggeleng kepala dengan perangai anak bongsunya yang susah hendak bangun pagi itu. Balqis dan Syafiq saling menyengih melihat Raina yang sedang berjalan menuju ke bilik Elisa.

"Papa tak kerja hari ini?" Soal Balqis sambil mencapai sosej yang masih panas dan disuapkan ke dalam mulutnya.

"Papa nak cuti hari ni, nak bawak Balqis jalan-jalan makan ais krim!" jawab Syafiq sambil tergelak. Bulat mata Balqis mendengar kata-kata papanya.

"Pa! Balqis dah besarlah. Janganlah cakap macam tu!" rungut Balqis. Macam budak kecil rasanya mendengar usikan papanya. Dia tahu papanya sengaja mengusik kerana sejak kecil kalau merajuk dia gemar dipujuk dengan dibelikan ais krim. Tapi kini dia sudah besar dan tidak merajuk lagi jadi tak perlu memujuknya dengan ais krim lagi. Buat malu saja kalau didengari kawan-kawan.

"Panjang papa termenung tadi, papa teringat seseorang ke?" seolah-olah dapat membaca fikiran papanya sebentar tadi. Lama dia berdiri di sebelah Syafiq tadi tetapi Syafiq langsung tidak mengendahkannya. Jadi dengan sekali ciumannya barulah Syafiq kembali ke dunia nyata.

"Eh, pandai-pandai je nak kenakan papa balik!" Dipulas manja telinga Balqis. Syafiq cuba mengawal perasaannya. Risau jika Balqis dapat membaca apa yang bermain di fikirannya tadi.

"Alah... Balqis dah besarlah pa, Balqis boleh tahu macam mana muka orang yang tengah berangan!" Balqis ketawa mengekek dengan kata-katanya sendiri. Dia menjeling manja papa di sebelahnya. Syafiq meletakkan cawan kopinya dan menoleh ke arah anaknya itu.

"Balqis, Balqis tak rindukan mama?" berkerut dahi Balqis mendengar pertanyaan itu. Syafiq merengus kasar. Bodohnya dia mengajukan soalan itu. Untuk apa dia mengembalikan ingatan Balqis yang telah hilang terhadap Mama kandungnya.

"Lupakan, makanlah!" Syafiq kembali mencapai cawannya dan cuba mengawal emosinya.

"rindu yang tak ada gunanya papa..." terkejut Syafiq dengan kata-kata puterinya itu. Rupanya Balqis memahami maksud di sebalik soalannya tadi. Balqis tersenyum pahit sambil mengunyah perlahan baki sosej di dalam mulut.

"Balqis, papa..." tak sempat dia hendak menghabiskan kata-katanya, perbualan itu terhenti sebaik melihat Raina datang dengan Elisa yang masih berbaju tidur. Syafiq cuba menghadiahkan senyuman buat isteri dan anak bongsunya itu bagi menutup rasa kalut yang hadir dalam dirinya sebentar tadi. Sementara Balqis di sebelah diam merenung air di dalam cawan.

______________________


Bik Suharti memegang erat sepucuk sampul surat berwarna biru yang telah sekian lama dalam simpanannya. Saat dia mengotakan janjinya telah tiba. Tetapi kekuatannya seakan hilang. Dia takut Balqis akan kembali bersedih setelah membaca warkah yang dikirimkan ibu kandungnya beberapa tahun dahulu. Ketika itu Balqis masih kecil mungkin kerana itu dia memberontak. Tapi sekarang anak itu sudah mencapai usia yang sepatutnya jadi haruslah Bik Suharti melaksanakan amanat bekas Puan Besarnya itu. Dia tidak tahu apa isi yang terkandung di dalam warkah itu. Dia takut kalau isinya akan melukakan hati Balqis. Dia tidak mahu Balqis bersedih setelah bahagia yang datang dalam kehidupannya setelah Raina hadir sebagai pengganti Mona.

Sudah berbelas tahun dia berkerja dengan keluarga itu. Dia mahu bersara. Mungkin dengan terlaksana amanatnya itu, maka dia akan mengakhirkan pengorbanannya untuk keluarga itu selama ini. Dia mahu pulang ke Indonesia, negara asalnya. Dia juga ada anak di sana yang harus dijejaki semula selepas dia bertekad beberapa tahun lalu semata-mata ingin berkerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Sampul itu masih dipegang dan direnungnya. Peristiwa hitam beberapa tahun lalu bermain semula di fikirannya. Ketika itu dia sedang mencuci pinggan di dapur. Hujan lebat dengan kilat berdentam dentum membingitkan telinga. Mona tidak ke pejabat kerana pening kepala. Syafiq selaku bos di tempat kerjanya menyuruh isterinya itu berehat saja di rumah. Ketika itu Balqis sedang lena di dalam kamarnya. Tiba-tiba pintu diketuk seseorang. Bik Suharti bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu. Seorang lelaki yang sudah basah kuyup meminta ruang untuk tumpang berteduh. Sudah memang sifatnya mudah bersimpati dengan seseorang, Bik Suharti membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Ketika itu Mona sedang lena di sofa dan tidak sedar dengan kehadiran lelaki itu. Tidak sampai hati Bik Suharti ingin mengejutkan Puannya itu. Dibiarkan Mona terus lena. Bik Suharti hilang di dalam biliknya untuk mendapatkan tuala buat lelaki yang tidak dikenali itu. Sedang dia mencari tuala kering di biliknya almarinya dia terdengarkan bunyi tamparan yang kuat di ruang tamu. Bergegas dia ke ruang tamu melihat apa yang sedang terjadi. Mona sudah terduduk di depan Syafiq. Syafiq memaki hamun Mona dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Dia mencari lelaki yang menjadi tetamu tak diundang sebentar tadi, sudah hilang entah ke mana. Datin Sofia dilihatnya berpeluk tubuh merenung Mona bagai hendak ditelan. Datuk Halim terduduk di sofa. Sementara Balqis merengek memeluk pintu biliknya di tingkat atas. Cepat-cepat Bik Suharti pergi mendapatkan Balqis. Apa yang terjadi sebenarnya ketika itu dia kurang mengerti. Kenapa Syafiq marah-marah? Sejak bila Syafiq pulang dan kenapa Datin Sofia dan Datuk Halim ada bersama? Kenapa Mona menangis? Di mana lelaki tadi? Adakah bunyi tamparan sebentar tadi adalah bunyi Syafiq menampar Mona? Apa yang telah terjadi? Bik Suharti bingung sejenak.


"Abang! I tak salah, please trust me!" meronta-ronta Mona minta diberi kesempatan untuk memberi penjelasan. Dia menarik-narik kaki Syafiq. Syafiq hilang pertimbangan dan menolah Mona sehingga sekali lagi wanita itu tersungkur. Balqis semakin kuat menangis apabila melihat mamanya diperlakukan sedemikian.

"Isteri tak guna! Tak ada maruah diri! Pening kepala konon, rupanya ada jantan lain!" herdik Syafiq sambil berlari ke dalam biliknya di tingkat atas.

"Kau memang menantu sial! Dalam rumah anak aku kau buat maksiat dengan lelaki lain!" giliran Datin Sofia menempelak Mona. Datuk Halim diam tak terkata. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Berkali-kali dia menggelengkan kepalanya. Tak sampai 5 minit Syafiq datang semula dengan sebuah beg pakaian dan dilemparkan ke kaki Mona.

"Mulai hari ini, Aku ceraikan kau dengan talak 3! Berambus kau dari sini!!" Syafiq berpaling ke belakang. Tidak sudi lagi melihat Mona. Bik Suharti ketika itu cuba menyimpulkan apa sebenarnya yang terjadi. Mungkin lelaki yang datang sebentar tadi cuba melakukan sesuatu kepada Mona yang sedang tidur. Dalam masa yang sama Syafiq pulang dari pejabat. Syafiq telah salah sangka!

"Tuan..." Bik Suharti cuba membuka mulut. Ketika itu Syafiq sudah berlalu dan tidak mengendahkan panggilan Bik Suharti. Hatinya marah. Dia mahu bersendirian. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, dia memandu laju meredah hujan lebat. Menggigil Bik Suharti ketika itu. Dia tahu Mona tak bersalah. Mona teraniaya!

"Bu..." Dia cuba meraih simpati Datin Sofia supaya mendengar penjelasannya. Melihat pandangan Datin Sofia yang mengerikan dia tidak jadi membuka mulut. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia memberi penjelasan. Simpati dia melihat Mona yang merangkak mencapai beg pakaian yang dilemparkan Syafiq sebentar tadi. Dengan tangan kanan memegang pipi. Mungkin bisa akibat tamparan Syafiq masih terasa. Balqis berlari ke dalam pangkuan Mona. Mona dipeluknya erat dan dicium pipi Mona.

"mama sakit ya?" Balqis mengusap pipi Mamanya seolah-olah turut merasakan kesakitan itu.

"Papa jahat! Papa pukul mama" dia menangis lagi. Sebak Mona melihat anaknya menangis di situ. Datuk Halim yang sejak tadi membisu berdiri menghadap Datin Sofia.

"jom balik, saya tak sanggup nak tengok semua ni..." Datuk Halim berjalan terlebih dahulu ke arah keretanya di luar rumah. Datin Sofia cuba memastikan Datuk Halim sudah masuk ke dalam kereta. Pandangannya tajam ke arah Mona dan Bik Suharti bersilih ganti.

"Padan muka kau! Ini akibatnya berani nak kahwin dengan anak aku!" Datin Sofia ketawa. Dia cepat-cepat menutup mulutnya takut didengari suaminya yang sedang menunggu di dalam kereta. Mona cuba mencari maksud di sebalik kata-kata ibu mertuanya itu. Adakah Datin Sofia yang merancang semua ini?

"Suharti! Kau ingat, kalau kau cuba buka mulut, aku akan pastikan anak-anak kau di Indonesia musnah di tangan aku!" ugutan terakhir itu menyentak pendengaran Bik Suharti dan Mona. "Dan kau pula Mona, kalau kau tak mahu anak-anak Suharti mati di tangan aku, baik kau berambus dari hidup anak aku!" Dia merenung tajam ke arah Mona. Rupa-rupanya ini semua telah dirancang dan dalangnya adalah ibu mertuanya sendiri. Balqis yang tidak tahu apa-apa masih memeluk erat mamanya.

Datuk Halim dan Datin Sofia meninggalkan rumah itu. Menggigil Bik Suharti selepas mendengar ugutan itu. Dia tidak mahu terjadi perkara buruk kepada anak-anaknya. Dia memandang Mona. Cuba meraih simpati dari Mona. Menitis air mata mereka saat itu.

"Bik jangan risau ya, Ibu Sofia hanya mahu Mona pergi dari hidup anaknya... "

"tapi..."

"Jangan risau, Mona akan pergi. Dengan cara itu anak-anak bik tak akan diapa-apakan. Ibu simpan saja rahsia ini, ya?" bertambah deras air mata yang mengalir. Balqis yang mendengar kata-kata Mona meronta-ronta. Walaupun masih kecil, dia faham maksud kata-kata mamanya itu.

___________________


Guruh di langit mematikan lamunan Bik Suharti. Dia kembali tersedar. Diraba matanya, terasa basah. Tidak mustahil dia menangis kerana terkenangkan peristiwa itu. Saat itu dia sebenarnya saksi yang seharusnya membela Mona yang tidak bersalah. Tapi kerana ugutan dari Datin Sofia, dia tidak berani membuka mulut. Dia sayangkan anak-anaknya walaupun tiada di sisi mereka. Oleh itu sebagai membalas jasa Mona yang rela berkorban, Balqis dijaga dengan penuh kasih sayang.
Melihat Balqis yang membenci Mona sejak peristiwa itu, mengundang rasa bersalah Bik Suharti terhadap Mona. Keadaan harus diperbetulkan. Mona tidak bersalah. Mona wanita yang dianiayai ibu mertuanya sendiri. Dia harus membongkarkan rahsia itu. Setelah itu dia akan pulang ke Indonesia dan mencari anak-anaknya. Tidak mungkin Datin Sofia dapat menjejakinya di Indonesia kerana anak-anaknya telah dewasa dan mustahil untuk wanita itu dapat mengenali wajah anak-anaknya. Kali ini dia akan pulang untuk melindungi anak-anaknya.


Malam itu, dengan hanya bersuluhkan sebatang lilin, Bik Suharti mengarang sesuatu.

________________


"Puan, bisa enggak bibik yang menyediakan sarapan untuk pagi ini?" hari itu bakal menjadi hari terakhir dia di situ. Bik Suharti ingin menyediakan sarapan buat keluarga itu. Sarapan terakhir yang akan dibuatnya setelah hampir 10 tahun tugas menyediakan sarapan diambil alih oleh Raina. Raina tergelak kecil dengan permintaan Bik Suharti yang dianggap lucu.

"kenapa ni bik, Biar saya tolong bibik ya?"

"Ngak usah,Puan! Bibik bisa ngerjain semuanya. Puan duduk saja di meja bersama Tuan.." Beria-ia Bik Suharti menghalangnya. Berkerut kening Raina kehairanan. Namun dia mengalah jua dan membenarkan Bik Suharti menyediakan sarapan mereka pagi itu.

"Kenapa?" Soal Syafiq kehairanan melihat Raina datang dengan wajah yang sukar diduga.

"Bibik... beria-ia dia nak buat sarapan. Tak bagi Raina tolong pula tu!" rungut Raina sambil duduk di kerusi berhadapan Syafiq. Syafiq tersengih. Baginya tiada apa yang pelik. Apa salahnya Bik Suharti mahu membuat sarapan sekali sekala.

"Balqis dengan Elisa tak bangun lagi?" Soal Syafiq menukar topik. Raina menoleh ke arah pintu bilik yang masih tertutup. Seperti biasa, dia yang akan mengejutkan puteri-puterinya.

"Balqis pun lambat, biasanya dia yang paling awal!" Raina mengomel sendiri. Pagi itu mereka bersarapan dengan makanan yang dimasak Bik Suharti. Bihun goreng udang dengan sambal ikan bilis. Berselera Balqis dengan sarapan hasil air tangan bibik kesayangannya. Tersenyum Bik Suharti melihat Balqis begitu berselera dengan masakannya.

"Wah! Hebat bibik masak!" Puji Elisa. Balqis mengangguk setuju. Begitu juga Syafiq dan Raina. Mereka terus menjamu selera. Seronok Bik Suharti melihat keluarga itu begitu berselera menjamu hidangannya. Anak matanya terhenti pada wajah Syafiq. Tuan Besar itu masih tampan dan segak seperti berbelas tahun lalu ketika dia mula-mula berkhidmat di rumah itu. Sepadan benar dengan kecantikan Mona. Entah bagaiman rupa Mona sekarang, masih bernyawa lagikah wanita itu di muka bumi ini? Syafiq tidak bersalah kerana dia turut terperdaya dengan rancangan ibunya sendiri. Bik Suharti tunduk merenung lantai.

"Bik tak makan?" Soal Balqis mesra sambil menolak pinggan yang sudah kosong. Kenyang dia dua kali bertambah. Kedengaran Elisa bersendawa. Tergelak Raina dan Syafiq dengan tingkah anak bongsu itu.

"Tak apa, bibik makan nanti saja" balas Bik Suharti sambil tersenyum puas melihat pinggan Balqis yang sudah kosong.

_______________


"Bik! Bibik!" berkali-kali dia menjerit memanggil tetapi tiada sahutan. Raina mengeluh. Ke mana saja Bik Suharti menghilang? Dia memulas tombol pintu bilik Bik Suharti yang tidak berkunci. Kosong. Katil yang kemas dengan bantal tersusun rapi. Mata Raina tertancap pada 3 keping sampul surat di atas katil. 1 sampul berwarna biru 2 berwarna coklat. Tidak tertulis apa-apa di atas sampul berwarna biru itu. Namun di atas sampul berwarna coklat ada tertulis nama Balqis dan satunya lagi nama Syafiq. Raina kehairanan. Ke mana Bik Suharti dan untuk siapa surat-surat ini?

Ketiga-tiga sampul itu diberikan kepada Syafiq sebagai ketua keluarga, Balqis dan Elisa duduk di sofa berhadapan Raina dan Syafiq. Syafiq membuka sampul berwarna coklat yang ada tertulis namanya. Perlahan-lahan dirobek sampul itu.

"Elisa, tolong bacakan surat ni." Surat yang sudah dibuka lipatannya diserahkan kepada Elisa. Elisa mencapai surat yang dihulurkan papanya itu.

KEHADAPAN TUAN BESAR SYAFIQ,

BIBIK MEMOHON KEMAAFAN KERANA PERGI TANPA PAMIT. BIBIK TIDAK SANGGUP BERHADAPAN DENGAN PERPISAHAN INI. ADA SESUATU YANG HARUS BIBIK MAKLUMKAN KEPADA TUAN. PERKARA INI SUDAH BERTAHUN LAMANYA BIBIK PENDAM TANPA DIBERITAHU KEPADA SESIAPA. KETIKA ITU KELUARGA INI SEDANG BERANTAKAN. TUAN, DI SINI INGIN BIBIK KATAKAN BAHAWA PUAN BESAR MONA TIDAK BERSALAH. DIA TERANIAYA. SEGALA-GALANYA TELAH DIRANCANG OLEH IBU BESAR SOFIA. BIBIK SAKSI KEPADA SEMUA INI KERANA KETIKA ITU BIBIK YANG BERADA DI RUMAH. WAKTU ITU HUJAN LEBAT, KEDATANGAN SEORANG LELAKI YANG TIDAK BIBIK KENALI MENGETUK PINTU MINTA TUMPANG BERTEDUH. KERANA BERSIMPATI BIBIK BENARKAH DIA MASUK DUDUK DI RUANG TAMU. KETIKA ITU PUAN MONA SEDANG TIDAK SIHAT DAN TERBARING DI RUANG TAMU. KETIKA ITULAH BIBIK MENINGGALKAN RUANG TAMU. SUNGGUH TIDAK BIBIK SANGKA DALAM SEKELIP MATA PERKARA INI TERJADI. LELAKI ITU ADALAH UPAHAN DATIN SOFIA UNTUK MEMERANGKAP PUAN MONA. PUAN MONA TIDAK BERSALAH. DIA SAKIT KETIKA ITU DAN TIDAK SEDAR APA YANG TERJADI SEBENARNYA. DATIN SOFIA MENGUGUT BIBIK DAN MONA. JIKA BIBIK MEMBERITAHU TUAN TENTANG HAL INI, DAN JIKA PUAN MONA TIDAK PERGI DARI HIDUP TUAN, ANAK-ANAK BIBIK DI INDONESIA AKAN DIBUNUH! KERANA ITU PUAN MONA MENDIAMKAN DIRI DAN RELA PERGI. BETAPA MULIANYA HATI PUAN MONA. PERCAYALAH PADA BIBIK. DENGAN NAMA TUHAN BIBIK BERANI BERSUMPAH BAHAWA BIBIK TIDAK MENIPU! DI SINI BIBIK INGIN PERGI KERANA BIBIK TIDAK YAKIN MAMPU BERHADAPAN DENGAN TUAN DAN PUTERI BALQIS SETELAH RAHSIA INI TERBONGKAR. MAAFKAN BIBIK...



Elisa melipat semula surat itu. Syafiq bagaikan hilang kata-kata. Dia rasa kepalanya berat ketika itu. Balqis pula sudah menitik air matanya. Begitu juga Raina dan Elisa. Balqis lebih terasa kerana selama ini dia membenci mamanya dan menganggap mamanya seorang yang tak bertanggungjawab meninggalkan dia keseorangan. Balqis menghampiri Syafiq. Dua beranak itu akhirnya berpelukan. Syafiq tidak dapat berfikir dengan wajar. Ketika itu dia terbayangkan wajah Mona yang sayu meraih simpatinya berbelas tahun dahulu. Ketika itu dia tidak langsung memberi peluang kepada Mona untuk mempertahankan diri malah mengherdik dengan bermacam-macam penghinaan. Wajah Mona bersilih ganti dengan wajah bengis Datin Sofia.

Sungguh dia tidak sangka perasaan benci Datin Sofia terhadap Mona sehingga ke tahap itu. Sanggup menganiayai wanita yang tidak bersalah. Syafiq rasa amat bersalah ketika itu. Dia insan yang membawa Mona ke dalam agama Islam tapi tidak disangkanya Mona lebih mulia dari dirinya yang sejak lahir sudah beragama islam. Kekesalan Syafiq sudah terlalu lambat. Masa itu tidak boleh diputar semula. Syafiq meraup wajahnya berkali-kali. Kakinya bagaikan tidak memijak lantai. Dia tidak tahu apa yang bergelodak dalam jiwanya ketika itu. Dia hanya tersedar tatkala tangan Raina menyentuh bahunya. Raina mengangguk sayu. Isterinya itu sedang cuba memberikan sedikit kekuatan kepadanya. Dia tidak menafikan rasa kasihnya terhadap Raina sudah lama bertunjang di dalam hati tetapi dia tidak pernah mampu menepis rasa cinta terhadap Mona yang masih bernafas di dalam setiap detik nadinya. Apatah lagi kini setelah mengetahui Mona tidak bersalah, dia semakin rasa ingin menjejaki semula bekas isterinya itu tapi tidak tahu di mana. Berkali-kali dia menggeleng kepala seperti tidak percaya dengan kenyataan itu. Kenapa terlalu lama rahsia itu dipendam?

Raina mencapai sampul surat kedua yang ada tertulis nama Balqis. Kini dia tahu surat itu untuk Balqis. Dia menghulurkan surat itu kepada puteri sulung itu. Balqis menggeleng. Dia tidak mampu mengeluarkan suara ketika itu.

"Mama, can you read this for me? Please..." rayu Balqis. Raina bangun dan memeluk Balqis. Perlahan-lahan dia duduk semula di sisi Balqis dan membacakan warkah itu.


KEHADAPAN SI CANTIKKU, BALQIS...

MAAFKAN BIBIK KERANA MENINGGALKAN BALQIS KETIKA INI. BIBIK TERPAKSA KERANA BIBIK TAKUT TIDAK MAMPU BERHADAPAN DENGAN KENYATAAN YANG BAKAL BIBIK BONGKARKAN KEPADA PAPA BALQIS. BALQIS, HANYA SATU PERMINTAAN BIBIK. TOLONG JANGAN MEMBENCI MAMA MONA. DIA IBU TERBAIK DAN WANITA YANG MULIA. KERANA SAYANGKAN BALQIS DAN ATAS PERIKEMANUSIAAN SESAMA MANUSIA, DIA BERALAH DAN MENGUNDUR DIRI. TAPI ITU TIDAK BERMAKNA DIA TIDAK SAYANGKAN BALQIS... BIBIK SAKSI TANGISAN DIA PADA PAGI DIA PERGI MENINGGALKAN RUMAH INI. PERGI CARI IBUMU SAYANG... SEKALI LAGI BIBIK MEMOHON KEMAAFAN BUAT BALQIS DAN SEKELUARGA. SAMPAIKAN SALAM BIBIK BUAT SEMUA...



"WAALAIKUMSALAM..." jawab Raina sambil meletakkan semula surat itu. Dia tersenyum merenung Balqis. Balqis bertambah sebak. Dia memeluk erat Raina yang merenungnya. Dengan penuh kasih sayang Raina membalas pelukan itu. Raina benar-benar menyayangi Balqis. Tapi andainya sudah takdir Balqis kembali pada Ibu kandungnya, dia tidak berhak untuk menghalang.


Kali ini mata mereka tertumpu pada sampul berwarna biru yang tidak tercatat apa-apa nama. Buat siapa surat itu? Raina tertanya-tanya sendiri. Dia menyerahkan sekali lagi surat itu kepada suami tercinta. Biar Syafiq yang membacanya. Setelah helaian dibuka, nama pertama yang dibaca menyentak jiwanya. Tinta biru itu bukan buat dirinya tetapi buat puterinya Balqis. Balqis mengangguk tanda mengizinkan papanya untuk membacakan warkah itu. Syafiq seakan-akan cuba mengingati lenggok tulisan itu. Tidak salah lagi, itu tulisan Mona!


BUAT PUTERIKU BALQIS YANG AMAT DISAYANGI...

MAAFKAN MAMA KERANA MEMUNGKIRI JANJI. BALQIS KINI TELAH DEWASA SAYANG, PASTINYA SUDAH MENJADI GADIS YANG SANGAT CANTIK,kan?. MAMA RINDUKAN BALQIS. MAMA TAK TAHU APA YANG HARUS MAMA KATAKAN, MAMA KIRIMKAN SURAT INI KEPADA BIK SUHARTI SUPAYA HUBUNGAN MAMA DENGAN BALQIS TAK AKAN TERPUTUS SELAMANYA... MAMA TERLALU SAYANGKAN BALQIS... MAMA TAK SANGGUP TINGGALKAN BALQIS TAPI MAMA TERPAKSA...HANYA SATU YANG MAMA PINTA, JANGAN SESEKALI FIKIR MAMA TIDAK SAYANGKAN BALQIS. KERANA TERLALU SAYANGKAN BALQIS MAKA MAMA TERPAKSA PERGI. BALQIS ADALAH PUTERI MAMA YANG TIADA DUANYA. TOLONG JAGA PAPA BALQIS DENGAN BAIK. WALAUPUN PAPA DENGAN MAMA SUDAH TIDAK BERSAMA, MAMA AKAN TETAPKAN KASIHKAN PAPA SEPERTI PERTAMA KALI MAMA BERTEMU PAPA. MALAH BERTAMBAH SAYANG DENGAN KEHADIRAN PUTERI BALQIS YANG SANGAT COMEL. MAMA TAHU BALQIS MUNGKIN BENCIKAN MAMA DENGAN CERITA YANG BALQIS DENGAR TAPI BERILAH MAMA PELUANG UNTUK MENGATAKAN PADA DUNIA BAHAWA MAMA TIDAK BERSALAH. SIAPA YANG BERSALAH BIARLAH TUHAN YANG MEMBALASNYA. ANDAI BALQIS MASIH SAYANGKAN MAMA DAN MAHU MENERIMA MAMA, DATANGLAH CARI MAMA DI RUMAH IBU KANDUNG MAMA DI ITALI. PAPA BALQIS TAHU DI MANA ALAMATNYA KERANA DI SITULAH PERTEMUAN KAMI BUAT KALI PERTAMA DAHULU. MAAFKAN MAMA KERANA MAMA TIDAK BERDAYA KEMBALI SEMULA KE MALAYSIA. TAPI SEANDAINYA JODOH KITA TIDAK PANJANG, DATANGLAH MELAWAT KUBUR MAMA DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DI BULLAMY,SEPANYOL.


Tersentak Balqis dengan ayat terakhir yang dikarang ibu kandungnya itu. Dia mahu berjumpa ibunya sebelum terlambat. Dia tidak mahu kehilangan ibunya lagi. Dia menoleh Syafia yang turut terkedu dengan bacaannya yang terakhir. Betapa mulianya Mona. Tidak mahu menyebut nama insan yang telah menganiaya dirinya. Mungkin kerana tidak mahu Balqis membenci nendanya sendiri. Air mata lelakinya sekali lagi mengalir.


"Papa!! Balqis tak nak kehilangan mama lagi!" kali ini Balqis seakan mahu menjerit. Dia berlari ke dalam bilik mengemas semua pakaiannya. Raina terpaku memeluk Elisa yang turut menangis memerhatikan semua surat-surat di atas meja. Syafiq mengejar Balqis.


_________________


Bagaikan terhenti degupan jantung saat mata mereka saling bertentangan. Melihat wanita yang masih jelita di atas kerusi roda. Kini fahamlah mereka kenapa dia tidak mampu menjejaki Balqis di bumi Malaysia. Balqis berlari memeluk Mona. Ketika itu tiada kata yang terucap selain air mata yang mengalir deras. Balqis memeluk erat tubuh Mona. Syukurlah masih belum terlambat untuk dia bertemu dengan ibu yang paling disayanginya itu. Raina yang melihat dari jauh merasa sebak. Begitu juga Elisa yang sudah teresak-esak melihat kakaknya yang menangis dalam pelukan ibu kandungnya. Mona lesu. Hanya mampu tersenyum dan membalas pelukan anaknya di atas kerusi roda. Dia tidak berdaya untuk berdiri. Nun dari jauh, seorang lelaki yang masih segak datang mendekati. Mona tidak mampu merenung mata itu. Dia malu untuk berhadapan dengan Syafiq. Dia tahu Syafiq membencinya. Dia bersedia seandainya Syafiq masih ingin mengherdiknya. Tambahan pula ketika itu matanya bertemu mata dengan Raina. Isteri bekas suaminya begitu cantik dan sempurna berbanding dirinya yang berkakikan kerusi roda. Dia malu dilihat seperti seorang pengemis. Dia tahu tempatnya di hati Syafiq sudah berganti dengan kehadiran Raina. Dia tidak kisah semua itu kerana apa yang penting kini adalah Balqis. Puteri itu nampaknya sudah memaafkannya dan menerima dirinya semula. Sebak dia ketika Balqis lari ke dalam dakapannya.


"Mona... maafkan abang!" betulkah apa yang didengarinya. Balqis meleraikan pelukannya dan mengangguk kepada Mona. Dia juga mahu memohon keampunan kerana pernah menyimpan benci terhadap ibu yang mulia itu. Mona tidak mengerti, bukankah aku perempuan yang kau anggap curang?

"Abang dah tahu segala-galanya!" Syafiq melutut di hadapan Mona. Mata mereka saling bertentangan. Tidak dihiraukan Raina dan Elisa yang memerhati dari jauh. Syafiq tidak mampu membendung rasa rindunya terhadap wanita itu. Dia menarik Mona ke dalam pelukannya. Mona terkedu. Dalam kepalanya sarat dengan pertanyaan.

"apa yang abang tahu?" Soal Mona.

"Semuanya! Bik Suharti dah ceritakan segalanya. Maafkan abang!" Syafiq terus memeluk erat bekas isterinya. Mona kurang selesa. Dia cuba menolak tubuh bekas suaminya itu.

"Kita bukan muhrim lagi..." sayu Syafiq mendengarnya. Terasa jauh dirinya dengan Mona. Bagi Mona, kalau benar pun segala rahsia telah terbongkar dan siapa yang membongkarkan, itu tidak penting. Hatinya hancur luluh saat Syafiq menjatuhkan talak ke atasnya dulu tanpa mendengar penjelasannya. Suaminya ketika itu langsung tidak mempercayainya. Sedangkan dia jatuh cinta pada Syafiq bukan setakat diri Syafiq malah agama yang dianuti Syafiq. Mana mungkin dia melakukan maksiat di belakang suami. Setelah diceraikan, dia membawa diri ke bumi asal dia dilahirkan. Dengan susah payah dia mempelajari kecantikan islam itu tanpa bantuan sesiapa melainkan Al-Quran pemberian Bik Suharti.

"Mama... please dont do this to us..." rayu Balqis sedih melihat Mona seperti tidak sudi menerima papanya. Dia mahu melihat papa dan mamanya kembali bersatu. Itu harapannya selama ini. Walaupun dia bahagia ada ibu seperti Raina, tapi tidak sama jika dibandingkan dengan nilai seorang ibu yang melahirkan dirinya.

"Bukan begitu... mama dengan papa bukan lagi suami isteri seperti dulu Balqis, mama tak boleh peluk papa!" tegas Mona berbicara tetapi dalam nada perlahan.

"Kalau begitu, kita kahwin!" laju saja ayat itu lahir dari bibir Syafiq. Mona dan Balqis kelihatan terkejut dengan tindakan drastik Syafiq. Entah akal mana yang menjengah dia sendiri tak pasti. Dia hanya mahu Mona kembali semula dalam hidupnya. Dia tidak pernah dapat membuang rasa cinta terhadap Mona yang wujud dalam dirinya walaupun dulu dia marah terhadap wanita itu. Apatah lagi kini wanita itu terbukti tidak bersalah, bertambah-tambah keinginannya untuk bersama Mona semula. Bagaikan tidak sedar yang Raina berada di belakangnya. Balqis merenung Raina. Mungkin Raina terluka mendengar lamaran Syafiq terhadap bekas isterinya. Mungkin juga Raina cemburu. Tapi Raina perlu menerima kenyataan bahawa Mona wanita pertama di hati Syafiq dan perpisahan mereka bukan kerana niat di hati. Balqis mahu mama dan papanya bersatu semula. Tapi dia juga tidak mahu mama Rainanya kesedihan.

"what are you talking about? Between me and you, we are over! Just look at your wife." Tegas Mona malu dilihat Raina dan Elisa. Pantas Balqis mengangkat kepalanya merenung Mona. Tergamak Mona menolak papanya. Menolak papa bererti menolak dirinya juga. Balqis berdiri.

"Mama tak sayang Balqis? If mama tak mahu accept papa it means that you do not love me too!" Balqis sedih. Dia tahu Mona terluka dengan tuduhan palsu papanya suatu ketika dahulu, tapi tidakkah dia sebenarnya masih menyintai bekas suaminya itu? Atau Mona cemburu dengan kehadiran Raina?

Mona serba salah. Dia sebenarnya malu diperlakukan begitu. Dia tidak harapkan pertemuan ini untuk bersatu semula dengan bekas suaminya. Cukup dengan mendapat semula Balqis dalam kehidupannya. Itu lebih bermakna. Dia tidak perlukan suami setelah hampir berbelas tahun dia hidup menjanda.

"Mona...please.. terima lamaran Syafiq..." tidak diduga, Raina bertindak sedemikian. Menjadi pemujuk agar Mona berkahwin dengan suaminya. Elisa tercengang melihat ibunya yang melutut di sisi Syafiq. Syafiq senyum memandang Raina. Kagum dia dengan isterinya itu. Raina jauh sekali dengan Raina sebelum menjadi isterinya dulu. Raina selepas menjadi isterinya seorang yang matang dan lemah lembut.

"awak tak sayangkan dia ke?" soal Mona ingin tahu. Isteri mana yang sanggup melamar wanita lain untuk suaminya?

"of course i do. But he loves you more than anything! Trust me..." Raina menyentuh jari jemari Mona. Cantik benar rupa paras wanita ini. Patutlah sehingga kini Syafiq masih tak dapat melupakannya. Raina tidak menafikan kecantikan itu. Apatah lagi wajah yang anggun dan bersih itu dihiasi dengan sehelai selendang berwarna hitam. Menyerlahkan lagi keayuan di wajah yang cerah itu. Terpegun Raina dengan kecantikan Mona. Terbit rasa cemburu, tapi untuk apa?

"betul cakap mama saya auntie..." Sokong Elisa. Dia tidak takut mempunyai ibu tiri kalau ibu tiri itu adalah wanita di hadapannya. Mona nampak baik dan lemah lembut. Balqis mewarisi kecantikan yang ada pada Mona. Mona mengangkat kepalanya bertentang mata dengan Elisa. Tersenyum dia ketika itu. Gadis muda ini tentunya anak Syafiq dengan Raina. Mona menduga. Dia tidak mahu Elisa mempunyai ibu tiri. Dia sudah lama memaafkan Syafiq. Tapi tak perlu rasanya menyatukan semula ikatan yang sudah bertahun terhurai.

"Mona... kita kahwin semula?" Sekali lagi Syafiq melamar setelah lama membisu. Mereka mengelilingi Mona mengharapkan jawapan yang positif darinya. Mona jadi malu. Namun terpandangkan wajah Balqis yang mengharap dan wajah lembut Raina dan Elisa, hatinya sedikit terusik. Syafiq juga nampak beria-ia. Tapi...

"Mama awak bencikan saya! Nanti akan apa-apakan anak-anak bibik" benar, bagaimana kalau dendam itu bangkit semula? Datin Sofia tak mustahil bertindak di luar jangkaan.

"Mama saya dah pun terima balasannya Mona. Dia kena strok dan sekarang lumpuh satu badan. Dia juga jadi bisu sekarang akibatnya penyakitnya tu. Dia hanya terbaring saja di katilnya. Dia tak mampu buat apa-apa. Mona tak perlu risau..." jelas Syafiq. Begitulah balasannya kalau ada niat jahat. Tuhan itu Maha adil. Setiap perbuatan jahat pasti ada balasannya.

"tak ada gunanya Syafiq, saya tak mampu bahagiakan awak lagi. Saya cacat sekarang!" Mona merendah diri. Sebak Balqis melihat Mona. Dia tahu mamanya itu menderita.

"Abang tetap cintakan Mona. Walau bagaimanapun keadaan Mona, Mona tetap wanita terhebat di mata abang!" bersungguh-sungguh Syafiq ingin menawan hati Mona semula. Raina mengangguk setuju. Dia tidak perlu cemburu dengan wanita sebaik Mona. Malah dia kagum dengan kekuatan dan ketabahan wanita itu. Balqis memeluk Mona untuk memberi kekuatan kepada ibunya itu.

"Mona tak boleh berjalan..."

"Abang akan jadi kaki untuk Mona berjalan..." Mona menangis lagi mendengar ungkapan Syafiq. Syafiq nampak ikhlas. Raina dan Elisa juga seperti berharap. Akhirnya, perlahan-lahan Mona mengangguk setuju. Syafiq begitu terharu. Bertambah dalam rasa cintanya untuk Mona. Setelah berbelas tahun dia berdosa kepada wanita itu, Dia masih sudi menerima dirinya. Dia mengucup jari jemari Mona. Bahagia tidak terucap dengan kata-kata.

"Thank mama!" Balqis memeluk erat mama kesayangannya itu. Bahagia sungguh dia dengan keputusan Mona. Mona turut menarik Raina dan Elisa ke dalam pelukannya. Tidak mustahil di zaman ini masih ada isteri yang sanggup berkongsi kasih dan saling berkasih.

Dalam diam Syafiq mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Dia dapat semula kekasih hatinya. Dia berjanji, sisa-sisa hidup kali ini tidak akan dipersiakan lagi. Tidak akan dilukai lagi hati wanita sehebat Mona. Untuk Mona diberi kasih dan cinta yang dalam sedalam air di lautan malah lebih dalam lagi. Buat Raina diberi sayang yang sungguh bermakna.Kedua-duanya begitu bermakna buatnya. Mona cinta pertama yang menjadi isteri pertama dan terakhirnya...

-THE END-

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.