Cerpen : Kisah Cinta

Cerpen : Kisah Cinta
Nama Pena : Orentalez

' Hidup pegang pada prinsip bukan keghairahan'

Selama 27 tahun hidup Lisa..dan dalam masa itu dia hidup dengan berpegang pada kata-kata itu. Lisa sendiri dah buktikan yang pepatah yang dipegang selama ini telah membawanya pada tahap sekarang. Penerbit muda dalam sebuah stesen televisyen swasta milik keluarganya. Jangan salah faham pula..dia ni berada pada tahap sekarang bukan kerana dia anak kepada Tan Sri Hashim tapi kerana usahanya sendiri. Bagi Lisa, kerjayanya adalah hidupnya dan tidak ada perkara lain yang dapat memuaskan hatinya selain mencapai sasaran. Satu perkara yang korang perlu tahu tentang Lisa adalah dia cukup pantang kalau ada sesiapa ungkit tentang statusnya sebagai anak pemilik stesen tv itu dan nampaknya setakat ni tak ada sesiapa pun berani..kecualilah…

'Hidup bagai memandang cermin, setiap kali kita hulurkan senyuman..setiap kali itu dibalas'

Ha..ni pula pula kisah Aina, 23 tahun. Prinsip hidupnya mudah dan memang menggambarkan siapa dirinya. Dari sikap dan tingkah si Aina ni, memang semua orang tak percaya dan sebolehnya tak nak percaya yang dia ni adik pada Lisa. Dah memang terlalu jauh bezanya. Seorang manja dan manis dengan senyuman..yang seorang lagi dingin melebihi takat beku.

'Hidup tak ubah sebuah pentas drama..nikmati selagi masih popular'

Hmm..agak pelik dengan prinsip mamat seorang ni.. namun sememangnya padan dengan Aezat. Siapa yang tak kenal dengan pelakon muda(sebaya dengan Aina sebenarnya) yang cukup popular dan punya bakat yang cukup besar. Hidup padanya perlu sentiasa gembira..dan dia cukup selesa dengan apa yang dicapai sekarang. Dengan rupa..bakat..tak mustahil la dia sentiasa digilai. Jejaka idaman Malaya lah katakan.. Dia memang langsung tidak ada kena mengena dengan dua beradik diatas..tapi..

Kisah ini bermula pada satu pagi disebuah rumah mewah yang sunyi. Dah macam cerita seram pula, bukan apa..kalau tidak termasuk pekerja, hanya tiga orang sahaja yang menghuni rumah ni..Lisa, Aina dan Tan Sri. Itu pun bertuahlah kalau nak mereka lekat di rumah.

" Aina! Kau masuk ada masuk bilik akak ke?" soal Lisa dengan wajah serius. Suaranya membuatkan Aina yang sedang bersarapan tersentak. Roti ditangan kembali diletak ke pinggan.

" Sorry la Kak Lisa..Aina nak pinjam skaf ni" Ujar Aina dengan senyuman semanis mungkin walaupun dalam hatinya memang sedikit kecut.

"Mak Na…! mana air saya. Tak tahu ke orang dah lewat ni" suara Lisa lebih kuat dari tadi.

" Tak apa Kak.. Air suam je kan..biar Aina ambilkan" Ujar Aina sambil tersengih kearah Kakaknya seorang yang tak ubah seperti bom jangka. Hanya jelingan dari Lisa mengiringi Aina. Kalau dah Aina ni baik semacam dengan Lisa..memang tak ada lain selain ada benda yang hendak dimintanya.

********

"Kak bolehlah..kasi ar part untuk Aina dalam program tu.." Aina masih mengulangkan permintaan yang sama sejak masuk kedalam kereta tadi.

"Stop it, Aina. Nak Kak Lisa ulang berapa kali?" Ujar Lisa dengan pandangannya masih tertumpu pada pemanduannya. Patutlah si Aina ni beria sangat nak tumpang Lisa sedangkan selalunya dia dihantar pemandu.

"Please Kak.." Aina masih tidak putus harapan. Dia memang benar ingin terlibat apatah lagi bila mendapat tahu lelaki idamannya merupakan artis jemputannya.

"Kau ni gila kan. Entah apa yang kau minat sangat dekat mamat tu..ntah apa nama dia..Aiman..Airi..Aizudin..Aina. Entahlah" Ujar Lisa semakin malas melayan kerenah Aina.

" Kak..yang Aina tu adik akak..nama dia Aezat la. You are so cruel! Patutlah abang Faizal lari dulu"….Ops, lupa pula, ni satu lagi perkara tentang Lisa. Dia Janda..perkahwinan yang diatur Tan Sri itu tidak sempat bertahan sampai setahun pun. Ya lah..memang dasyat la kalau ada orang yang boleh tahan dengan Lisa.

Sebaik sahaja tiba di tempat letak kereta, Lisa terus melangkah keluar namun sebelum terus menapak ke Lobi, dia berpaling kearah Aina.

" Kalau kau lewat seminit pun ke studio nanti..jangan harap kau dapat part dalam program tu" Ujar Lisa sebelum kembali melangkah pantas masuk ke lobi. Aina Tersenyum manis. 'siapa kata kakak aku ni Kejam sangat..tapi mungkin kadang-kadang kot' detik hati Aina. Gembira usah dikata..hanya tuhan sahaja yang tahu.

*********

"Macam mana you manage semua ni? Artis mana yang you pilih ni? You tak bagitahu ke program ni start pukul brapa" Ujar Lisa tegas sambil melihat jam dipergelangan tangannya. Ini lagi satu pantangnya..janganlah ada yang tak tepati masa.

" Tapi Cik Lisa..dia baru lewat 1 minit.. 15 saat.." Ujar Syamil perlahan.

" Perlu ke I terima sebarang alasan? Dan.. 1 minit 15 saat tu bukan 'masa' ke?" Balas Lisa sambil merenung Syamil.

"By hook or by crook..I want it..right..on time!" tegas Lisa sebelum berlalu dari situ. Dia menghala pula kearah pintu ada benda yang perlu diambil di pejabat namun sebaik tiba di muka pintu, seseorang melanggar bahunya. Tidak pasti sengaja atau tidak..sudah semestinya dia belum mengenali Lisa kerana riaknya yang bersahaja.

"Maaf.." tutur Aezat ikhlas. Dalam hatinya memuji wanita cantik dihadapannya. Terdetik rasa ingin mengenali. Itu pada luaran..Dia belum lagi kenal dengan siapa dia berhadapan sekarang.

" Pekerja baru ke? Kalau ya..baik terus dengan kerja you..jangan sampai hari pertama kerja jadi hari terakhir" Ujar Lisa tanpa perasaan sebelum terus berlalu.

Aezat menanggalkan sunglasses nya sebelum memandang Lisa berlalu pergi.

" Dia tak kenal aku? Dari gua mana dia datang ni" Rungut Aezat pada pembantu yang setia disebelahnya. 'Sombong..ingat cantik sangat la tu' Detik hati Aezat.

********
Seminggu berlalu, Aina masih berhubung dengan Aezat atau dalam erti kata lain..Aina menggunakan nama program itu untuk terus berhubung dengan Aezat. Harap itu bukan yang terakhir. Berbeza pula dengan Lisa,dari perjumpaan pertama Lisa sudah meletakkan tanggapan buruk pada Aezat. Dia tidak suka cara Aezat apalagi Aezat tidak dapat menepati masa. Semoga itulah kali pertama dan terakhir dia ada kena mengena dengan mamat tu.

"My God. Kan I dah tetapkan siapa yang akan jadi pengacara program tu" Luah Lisa sambil tangannya membelek profile ditangannya, Syamil menggaru kepala, memang sudah diagak reaksi bosnya..namun rasanya hanya dia sahaja satu-satu pekerja disitu yang paling dekat dan tahan dengan Lisa.

"Tapi rating dia tinggi..Show baru ni confirm naik" syamil masih berusaha meyakinkan.

"Apa kau ingat aku tak tahu buat kerja? Selama ni aku kasi turun show kita ke?" Lisa merenung Syamil yang kaku di depannya.

"Tapi papa pun setuju" Sampuk Aina yang masuk secara tiba-tiba.

"What PAPA? Apa Tan Sri tu tak ada kerja lain selain masuk campur kerja I ke?" Nada Lisa semakin keras. Pantang betul.

"Ala Sis..tak payah fikir benda lain..ingat je berapa keuntungan yang kita bakal dapat"

"Suruh dia datang audition"

"Mesti ke?" Soalan Aina hanya dijawab dengan tatapan dingin Lisa.

"Stay away from me! I mean..both of you" tegas Lisa.
***********

Aezat mencapai jam disisi katil. Memang teruk dia kali ni bila jam sudahpun pukul lapan dan ada audition yang perlu dihadiri pada pukul 9.30. 'Apa guna ada manager kalau macam ni' Aezat pantas kejutkan Naim.Semua ni sebab party malam tadi. Kelam kabut betul..hmm..macam ni lah kehidupan mamat ni. Sekali boleh enjoy..apa lagi yang perlu difikir. Tapi rasanya ini kali pertama rasanya dia terlewat janji.

Memang sudah dicuba..Akhirnya Aezat menjejakkan kaki ke bilik mesyuarat stesen tv itu tepat jam 10..15minit dan 23 saat. Aezat meghulurkan senyuman dan memohon maaf pada tiga orang yang menunggunya disitu. Aina..Syamil..dan Lisa. Ops..kau memang patut tengok horoskop dulu lah Aezat sebelum kau berani senyum pada Lisa. Lisa masih dengan wajah seriusnya seperti tadi. Memang dari tadi tiada siapa yang berani menegurnya mahupun Aina atau Syamil..walaupun sebenarnya Aina seperti tidak percaya yang Lisa dapat bertahan lebih dari setengah jam sedangkan selama ini..satu minit pun azab.

" En.Pengurus..ada apa-apa logik yang perlu I terima sebagai sebab untuk I terus di sini?" Soal Lisa pada manager si Aezat dengan satu senyuman yang membuatkan Aina dan syamil risau. Pantas Aina membuka penutup botol mineral dan letakkan dihadapan kakaknya. Dalam hatinya berdoa supaya Lisa tidak bertukar rupa..mungkin menjadi hulk atau apa sahaja raksaksa.

"Sorry la Puan Lisa..salah I.."

"Kalau En.Pengurus tak ada apa nak dikatakan..I ada banyak masa lagi untuk buat banyak kerja lain. Aina, panggil Tam..Cakap artis terbaik pilihan you all ni dah sampai. I nak pergi buang lagi banyak masa I sekarang" Potong Lisa sebelum sempat Aezat menghabiskan ayatnya. Lisa terus berlalu tanpa memandang langsung kearah Aezat.

"Minah tu apa masalah dia?" Soal Aezat pada Naim. Sakit juga hati bila dibuat begitu..seumur hidupnya ini kali pertama dilakukan sebegitu.

"Sabarlah Aezat.." Naim yang setia disisi dari tadi menepuk perlahan bahu Aezat.

"Maaf ek, Aezat..duduklah, kita bincang" Aina tersenyum manis pada jejaka idaman yang seorang ni. Pantas syamil menyigung Aina supaya kembali kealam nyata. Tak jadi kerja pula nanti kalau Aina asyik pandang Aezat tak lepas.

********

Hampir sebulan tiga orang yang cukup berlainan ini bekerjasama. Walaupun bukan setiap hari berjumpa namun semua kerja berjalan dengan lancar.. Lisa memang seorang yang hebat dan tanpa sedar dia sebenarnya dikagumi.

Aezat mencapai secawan kopi yang baru dihulur si pengurus. Matanya memandang ke satu sudut dalam studio itu. Sepatutnya semua telah selesai pada waktu ini tapi Lisa masih sibuk dengan kertas ditangan dan telefon yang tak pernah hilang dari genggaman. Ya..hari ni hari terakhir rakaman..dan mungkin hari terakhir mereka bekerjasama. Itu pun kalau tak ada season 2 la kan.

"Apa kau Nampak pada dia?" Soal Aezat.

"Bom jangka yang tak dapat dijangka langsung bila akan meletup" balas Naim.

"Kau tak rasa dia cantik ke?"

"Gila kau Aezat? Kau sihat ke tak ni? Baik kau ambik yang tu.." Aezat memandang kearah yang ditunjuk pengurusnya. Kelihatan Aina sedang berbual dengan Syamil. Aezat membalas senyum Aina.

"Yang tu kau nak, kau ambil la" Balas Aezat selamba. Si Naim tersengih..kalau boleh, sudah lama diambilnya..tapi malang yang dikejar Aina..Cuma Aezat. Senyuman Naim mati tiba-tiba bila Lisa kelihatan menghampiri mereka manakala senyuman Aezat bertambah lebar pula.

"You, pengurus and you, artis..jemput ke bilik I sekejap" Ujar Lisa dengan wajah tak berperasaan. Ini satu lagi masalah Lisa, sebenarnya dia memang cukup sukar untuk mengingati nama seseorang..Nak dikatakan ingatan lemah, mustahil..tapi entahlah.

"Stop calling me 'artis'. I ada nama.." Ujar Aezat. Satu-satunya orang yang berani pertikaikan Lisa selain Aina. Tapi rasanya Aezat lebih berani dari Aina.

"Takpe..takpe..teruskan panggil I pengurus. I suka nama tu..memang ingat nak pergi tukar nama pun lepas ni" Sampuk si Naim pula.

"Hurm..Afzan..Aidil..Azhar something…"

"My God..Its Aezat! I cant believe this.." Pintas Aezat sebelum entah apa nama lagi yang keluar dari mulut si Lisa ni. Lisa sekadar mengangguk sebelum terus berlalu dari situ.

"Kau balik dulu..nanti aku pandai-pandailah" Aezat menahan Naim.

"Ha? Okay..tapi jangan lupa.. party dekat club malam ni" Naim yang masih terpinga menghentikan langkahnya.

" Aku tak fikir aku dapat pergi.." ucap Aezat sebelum meneruskan langkah. Naim menggaru kepala memikirkan tingkah ganjil si Aezat.

***********

Aezat melangkah masuk kedalam pejabat Lisa. Kelihatan Lisa yang sedang sibuk mengemas meja sedikit terkejut dengan kehadiran Aezat.

"Tak pernah diajar ke kalau nak masuk ketuk pintu dulu" Soal Lisa serius.

"Tak boleh ke sesekali keluarkan ayat yang boleh menyedapkan hati orang" Soal Aezat tidak mahu mengalah walaupun dia sedar memang salahnya.

"I tak terima nasihat dari budak kecik" Lisa melangkah pula ke almari mencari sesuatu.

" I budak kecik? Setahu I..you tak pernah terima nasihat dari sesiapa pun kan? Apa you ingat bila stesen tv ni papa you yang punya..you boleh layan orang sesuka hati la?" Soal Aezat sedikit sinis namun masih tenang. Dia masih ingin menguji Lisa.

"Apa kaitannya kalau stesen ni papa I yang punya? Selama ni ada you nampak si Tan Sri tu siapkan kerja-kerja I ke?" Aezat benar sudah menguji kesabaran Lisa. Belum pernah ada yang berani cakap begitu padanya sebelum ni.

"So sekarang ni you nak cakap yang you bagus?" Aezat melangkah menghampiri Lisa. Wajah Lisa mula kemerahan menahan marah.

" Hei!.." Lisa menunding jari begitu hampir dengan wajah Aezat yang masih tidak berperasaan. Namun belum sempat Lisa meneruskan kata..Lidahnya tiba kelu bila Aezat menarik tangannya dan genggam.

"I love you!" Ucapan yang keluar dari mulut Aezat memang langsung tidak dijangka. Lisa memandang tepat pada Aezat. Memang dia langsung tak tahu apa yang nak dikata atau lebih tepat dia kurang faham dengan situasi yang dia hadapi sekarang. Lisa menarik kembali tanganya bila genggaman Aezat tidak sekuat tadi sebelum terus berlalu dari situ.

'Memang gila kau Aezat!' dia sendiri masih kurang percaya dengan apa yang diucapnya tadi. Aezat mencapai jaketnya yang diletak atas kerusi tadi sebelum pantas melangkah keluar.

Aezat melajukan langkahnya ke ruang letak kereta..harap betullah kata receptionist yang Lisa ke sana. Dia tersenyum lega bila melihat Lisa sedang duduk di kerusi yang terdapat disitu. Aezat mengambil tempat disebelah Lisa yang seperti tidak sedar kehadirannya.

"I mintak maaf kalau you tak suka..tapi I nak you tahu yang I memang maksudkannya" Kata-kata Aezat membuatkan Lisa berpaling kearahnya.

"Tak payah mintak maaflah..I rasa I yang salah la..sebab kenapa I tak marah bila you cakap macam tu..peliklah" Ucapan Lisa dibalas dengan senyuman nakal Aezat.

"I anggap apa yang you kata tu sebagai jawapan yang you pun rasa yang sama"

"Gila!"

"No.."

"I lebih tua dari you la"

"that's the fact and I tak rasa itu satu masalah"

"I kan garang..kejam"

"I ada nampak macam takut ke?"

\"Kenapa I\"

\"Sebab you adalah lisa dan bukan orang lain\"

"I janda la"

"I teruna idaman Malaya" balas Aezat membuatkan Lisa tersenyum. My God..Lisa senyum..bagai nak luruh rasanya jantung Aezat.

"I love you..I love you..I Love you!" Aezat menarik Lisa kedalam pelukannya.

"Lepaslah. Macam budak-budak" Lisa segera meleraikan pelukan Aezat. Entah bila timbul rasa cinta pada budak dihadapannya sekarang. Benarkah apa yang dia rasakan sekarang dan tepatkah keputusannya dan yang lebih penting lagi layakkah dia.

Aezat merenung wajah dihadapannya, dalam hatinya..dia begitu yakin dengan apa yang dirasanya dan sebagaimana dia yakin..seperti itu jugalah dia akan cuba meyakinkan Lisa yang selama ini hidup dalam dunia ciptaan sendiri supaya memandang dunia.

Hmm..kisah mereka semua berakhir dengan baik. Aezat masih dengan prinsipnya, hidup bagai pentas drama dan kini bahagia heroinnya. Lisa pun sama, masih kuat berpegang pada prinsipnya tetapi walaupun masih garang dan tegas..tapi sudah pandai tersenyum dan menghargai. Kisah si Aina pula..sama juga..masih dengan prinsip cerminnya..dan dengan prinsip itulah dia kini bahagia dengan Syamil. Dia juga merupakan orang yang paling gembira bila dapat tahu hubungan kakaknya dengan hero pujaannya itu. Dan.. rumah mewah yang dulunya sunyi akan bertambah meriah dengan hadirnya penghuni baru. Maka tamatlah kisah ini buat sekarang..


P/S- Kalau suka cerita ni..korang pun akan suka dengan novel oren yg tjknya'BILA'. Kalo korang rasa cite nih x bes..korang kate je kat Orentalez 'Potong kuku lagi best r dari bace cite ko Oren! Wat malu cekgu tadika ko dulu je!'. Okeh? Chiao..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.