Cerpen : Takdir cintaku

Cerpen : Takdir cintaku
Nama Pena : angles

Selepas mendapat keputusan SPM,Izara telah menerima tawaran daripada salah sebuah kolej di Bukit Jalil.
"Izara Binti Mohd Arif??"Ridhwan melaung memanggil nama itu..
"Ulang suara,Izara Binti Mohd Arif!!!mana perempuan yang saya sebut tadi??tak dengar ke saya panggil??"kemarahannya memuncak tatkala pemilik nama itu masih belum muncul di hadapannya.."Woi!!pekak ke??"merah muka Ridhwan menahan marah..
"Dia tak ada abang Ridhwan..Dia pergi toilet sekejap.."Tasya teman baru Izara menjawap sebelum Ridhwan bertambah marah apabila masih tiada yang menyahut..
"Dia balik nanti suruh terus jumpa saya..Paham Tasya??"
"Paham-paham abang.."ni pahal mamat nie tetiba nak naik angin..Taw la senior nak buli junior la tu..Habis la ko Zara..Time-time orentasi ni la ko nak g toilet..Selang 30minit,Zara kembali..Entah kenapa perutnya memulas-mulas..
"Ko ok ke Zara??macam tak ok je??"
"Ok-ok Sya..Korang wat pe ni??"kalut Zara apabila melihat semua sudah ada group masing-masing..
"Oh Zara,tadi abang Ridhwan cari ko..Dia panggil nama ko tadi tapi ko tak de..Dia mengamuk.."beria-ria Tasya menerangkan pada Izara tentang pesanan seniornya..Sapa tidak kenal Ridhwan pelajar semester 2 Bachelor Biotech..Terkenal dengan panas baran..
"Relaks la ko Sya..Nak takot ngan mamat tu nape..Tak makan orang tak die.."tenang jawapan Zara setenang wajahnya..Setelah itu,kakinya terus melangkah ke pentas di depan..
"Ridhwan,saya Izara..Kawan saya kate awak panggil saya.Ada ape??"Rihwan yang sedang khusyuk menulis sesuatu terhenti mendengar nama itu..Lama dia memandang sedang Izara lemas dalam pandangan Ridhwan..Lawa jugak budak ni..
"Helo.."Izara melambai-lambaikan tangannya di hadapan Rihwan..Ridhwan yang perasan ketelanjurannya memandang gadis di hadapannya terus tersedar..
"Ha!awak Izara Binti Mohd Arif??"terkejut Izara di sergah begitu..Mamat nie kenapa??tadi sikit punye terpagun tengok aku ni main sergah-sergah pulak..Skru tercabut agaknya..
"Ye??saya Izara..Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Ek ele minah nie..Aku yang patutnye tanye die,nie die tanye aku balik..
"Awak kenal sape saya??"
"Kenal..Senior saya..Mohd Ridhwan Bin Masri..Semester 2,Bacelor Biotech..kan??"
"Betul..Jadi,panggil saya abang..Abang Ridhwan sebagai tanda awak hormat pada saya,senior awak.."haha..Padan muke ko pompuan..Belagak lagi ngan aku..
Izara terus kembali kepada Tasya.." Mamat tu nak pe Zara??"Tanya Tasya pabila melihat muka Zara juga merah padam..
"Nak mati kot..Belagak betul..Setakat sem 2 pe la sangat.. Jadi,panggil saya abang..Abang Ridhwan sebagai tanda awak hormat pada saya,senior awak.."ajuk Izara dengan kata-kata Ridhwan tadi..
"Hahaha..Elok la korang bedua..Same-same keras kepala.."Tasya ketawa sambil memegang perutnya seolah-olah terlalu geli hati..
"Entah la..Mula-mula tenung aku pastu men sergah-sergah..Terkejut aku.."
"Die da syok kat ko la tu..Saje nak menahan perasaan agaknye.."selesai Tasya menyakat Izara,satu cubitan singgah di pehanya..Selapas itu,dua-dua ketawa..Mungkin betul kata temannya itu..Ish,perasan pulak aku..
Keesokan harinya,dia terserempak dengan Ridhwan di kantin..Kelihatan Ridhwan merenungnya sedari radi di meja hujung sana..Izara tidak mahu mengalah..Dia juga membalas pandangan Ridhwan tanda tidak mahu mengalah..Serasa ada perasaan yang mengalir di hati Izara pabila dua mata bertatapan..Cepat-cepat Izara mengalihkan pandangan sebelum menjadi semakin rumit..Ah sudah,mamat nie menghala ke sini nak wat ape??aduh..Gelabah Izara..
"Hai..Sorang je??"sah-sah mamat ni mental..Semalam marah-marah aku..Tetapi tetap memaniskan muka menjawap.."Hai.."ternyata,memang ada perasaan begitu..Hensem pulak die dok depan aku ni..Semalam aku tak perasan..Tanpa sedar,aku masih menatap wajahnya..
"Hensem sangat ke saya nie,sampai tak berkelip tengok saya??"sebenarnya,Ridhwan gembira dengan situasi begitu..
"Ha??perasannya..Saya tengok orang kat belakang awak tu.."aduh..malunye aku..macamane aku boleh tak sedar nie..
"Tak pe Zara,saya benarkan.."Ridhwan menyumbangkan senyuman yang paling manis..
"Ei,perasan ABANG Ridhwan nie.."sengaja Izara menekankan perkataan abang tu..biar mamat nie sedar dah marah-marah aku semalam..
"Maaf la Zara..Semalam saya sengaja menyakat awak..Tapi nak panggil abang Wan pun takpe..Lebih mesra gitu.."sejak itu,mereka semakin rapat..Satu ikatan terjalin antara mereka.Ya ikatan kasih..
Ridhwan bergegas ke pejabat setelah Akmal,rakan sekelasnya menyampaikan pesan dari supaya segera ke pejabat.."Mohd Ridhwan Bin Masri,ni surat awak..Berdebar-debar Ridhwan pabila menerima surat itu..Tersenyum kembang dia apabila membaca surat yang menyatakan dia layak menyambung pengajian ke Palmona University di United State..Namun,senyumannya mati bila mengenangkan kekasih hati..Aku mesti segera jumpa Zara..
Handphone di tangan di pandang penuh kasih apabila tertera nama kekasihnya di skrin..Pantas jari menekan ok.
-Syg,abg nak jmp syg ptg nie..-
Hai cik abang aku nie..Baru pagi tadi jumpa takkan da rindu..Senyuman Izara meleret..Aku tahu dia juga sayang aku macam aku sayang dia..Lantas dia membalas..
-ok syg..-
"Sayang,abang dapat tawaran ke Palmona.."terhenti jantung Izara seketika..
"Abang,takkan abang nak tinggalkan Zara.."sedih Ridhwan mendengarkan keluhan si jantung hatinya..Tapi apakan daya,dia mesti pergi..Ini peluang untuknya..
"Abang kena pergi sayang..Cita-cita abang mesti capai..Ni harapan keluarga abang.."sedaya upaya Ridhwan cuba meyakinkan Izara..
"Sampai hati abang.."Izara sudah tidak dapat menahan perasaan..Airmata pilunya tertupah jua..Dia merasa seakan berat untuk melepaskan Ridhwan..Serasa Ridhwan akan pegi buat selamanya dari sisinya,dari hatinya,dari jiwanya..
"Maafkan abang Zara..Zara tunggu abang balik ye..Abang pergi 2 tahun je..Tunggu abang sayang.."kasihnya hanya pada gadis ini..Aku sayang padanya..
2 tahun dah berlalu..Tiada langsung khabar berita dari Ridhwan di Palmona..Tidak di duga,Izara juga mendapat tawaran untuk menyambung bachelor di tempat yang sama..Gembiranya Izara kerana akan berjumpa Ridhwan..Ya,di Palmona United State,dia sama university dengan Ridhwan..
"Betul ke papa dengar dari mama yang Zara terima tawaran TPM ke Palmona??"pertanyaan Encik Arif mengejutkan Zara yang sedang khusyuk menonton televisyen.
"Ye papa.Zara ke sane untuk 2 tahun je pa.."
"Tak boleh ke sambung kat sini je??banyak lagi tempat kat Malaysia ni.."
"Zara nak hidup berdikari papa.Nak cuba hidup di tempat orang.."Izara tetap berdegil.Biar lah aku pergi membawa diri..
Riak wajah Encik Arif berubah.Terpaksa berpisah dengan anak kesayangan.Izara merupakan satu-satunya waris tunggal keluarga Encik Arif.Melepaskan Izara pergi merupakan keputusan yang paling berat dalam hidup Encik Arif.
Adakah aku terpaksa melepaskannya juga??Encik Arif meraup wajahnya yang kusut.Adakah dia boleh hidup ber sendirian di tempat orang??sebagai bapa,hatinya benar-benar risau akan keselamatan anaknya.Ketika tersedar kekeruhan wajah papanya,Izara terus duduk di sebelah Encik Arif lantas memeluk kasih dan mencium pipi papanya.
"Papa janganla risau..Zara boleh jaga diri Zara.Nanti,hari-hari Zara call papa..2 tahun tu sekejap je pa..Teknologi kan da maju.Tak pun,papa pasang wireless kat dalam rumah ni.Boleh kite hari-hari chatting."ada nada lucu di hujung kata-kata Zara..Papa juga tersenyum tapi senyuman paksa..
Ya,aku terpaksa melepaskannya juga. Izara Mohd Arif adalah anak gadis yang memiliki wajah seiras wajah isterinya Puan Syira.Lesung pipit penghias pipi kedua-dua insan tersayang dalam hidupnya.Dia rela melepaskan segalanya tapi bukan dua insan ini.
"Janji ngan papa,jangan lupakan papa bila da sampai sane.."dia terpaksa..
Izara senyum sambil memeluk Encik Arif dengan linangan airmata..Pantas di seka moga tidak di lihat Encik Arif.
"Terima kasih pa..Zara sayang papa.."serasa papa melakukan pengorbanan yang begitu besar demi permintaannya..Terima kasih atas kasih sayang mu papa..
Cintanya pada Ridhwan, membawa Izara ke Palmona Universiti di United State.Menyambung kembali pengajiannya di sana setelah 2 tahun berada di salah satu kolej di Kuala Lumpur.Atas alasan itu juga Izara menerima tawaran yang jauh di pelusuk negaranya.Encik Arif pun sudah memberikan restu..
Segala persiapan sudah tersedia..Gembiranya Izara sudah tidak sabar untuk bertemu Ridhwan di sana..Setibanya di sana,Izara cuba menghubungi Ridhwan tetapi tidak dapat..Sesampainya di Palmona university,Izara terus menjejaki Ridhwan..Namun hatinya hancur berkecai apabila mengetahui Ridhwan mengkhianati cinta mereka.Ridhwan sudah mendirikan rumahtangga setahun yang lalu bersama seorang gadis melayu juga pelajar di university yang sama..Lebih menyakitkan hati,Ridhwan mendirikan rumahtangga di Malaysia dan kembali semula ke US setelah di ijab kabulkan.YaAllah begitu berat dugaanmu yaAllah..
Kepada Mohd Ridhwan Bin Masri,tega sungguh kau hancurkan hatiku yang tulus menyayangimu.Adakah cintaku ini tidak cukup hinnga kau berpaling pada yang lain.Pergilah kau dari hatiku.Pergilah kau dari jiwaku sayang..

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.