Cerpen : Mungkin suratan-Nya

Cerpen : Mungkin suratan-Nya
Nama Pena : puspa kemboja

Lama Huda termenung. Sudah dua lamaran yang ditolaknya. Fikirannya jauh terlontar bersama deruan ombak yg semakin kuat menghempas pantai. Menerjah kembali sebuah kenangan tentang hari semalam. Perihal tujuh tahun lalu…
"Assalamualaikum…"
Salam mesra menyentuh gegendang telinga Huda. Syazwan,lelaki seusia dengan Huda,juga teman sekolahnya menyapa. Pantas Huda menghulurkan sebuah senyuman. Ikhlas.
"Waalaikummussalam…"
"Dari mana Huda," ?tanya Syazwan
"Bilik guru tadi…" jawab Huda. Ringkas.
Susah btol Syazwan nak mendekati Huda. Itupun selepas tiga bulan mencube,baharu la mendapat sedikit respon dari Huda. Gadis hitam manis berlesung pipit itu,benar-benar telah mencuit hatinya. Entah kenapa, dan sejak bile. Dia sendiri keliru.
Syazwan tersenyum sendiri, mengingati saat pertama di menegur Huda. Tergagap bicaranya. Namun, atas sokongan padu Biha,kawan kepada Huda,Syazwan berani mengatur langkah. Cermat dan penuh waspada.
"Kau ni,tak gentleman la Wan,si Huda tu bukannya makan orang pun. Tak matinya kalau kau tegur dia," Leter Biha panjang.
"Ala,Biha…aku seram la..Da la dia tu aku tgk cam budak nerd je.."
"Eh,kau ni nak ke x nak? Aku dah tolong kau, banyak la plak kau punya songeh.Seram la,nerd la itu la ini la..aku sekeh jugak kau ni."
Syazwan tersenyum sendiri,penuh makna. Menampakkan barisan giginya yang tersusun bersih. Lantas mengangguk,memberikan jawapan.
"Ish kau ni,mestila aku tak nak……….melepas si Huda tu..hahaha… sasau aku nanti."
"Eleh, kau ni cakap je la yang lebih nye, bertindak aku tengok,habuk pun tadaaaa…" Sindir Biha dengan jelingan tajam, geram dengan sikap Syazwan yang tidak pernah kenal erti serius.
Biha dan Syazwan sememangnya member kamcing sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Masing-masing tinggal berjiran di sebuah kawasan perumahan yang agar mewah di sebuah ibu kota. Hubungan yang terjalin sejak zaman kanak-kanak, telah menyebabkan mereka berdua saling berkongsi masalah suka dan duka bersama.
Hari demi hari terus berlalu. Sudah 2 tahun perkenalan Huda dan Syazwan terjalin. Meskipun hanya sekadar kawan biasa itu sudah cukup membuatkan Syazwan tersenyum girang.
"Huda…" sapa Syazwan yang kebetulan tersempak di dalam library.
"Wan..ye..ade apa?" Syazwan tersenyum dan menggeleng.
"Takde apa,saja tegur je.Dah kebetulan nampak. So,huda da prepared ke untuk exam SPM nanti? 2 minggu je lagi..huhuhu"
"Erm…ada la sikit-sikit wan.Huda ni kadang-kadang studynya last minit jugak." Jawab Huda lalu tersenyum nipis.
Syazwan ralit memandang Huda. Ada gelisah bertandang. Entah kenapa wajah tersebut semakin membalut sukmanya. Dia semakin sukar untuk mengerti. Namun dia tahu dan pasti, dia kini bukan lagi keliru.
Detik-detik menduduki peperiksaan telah mereka lalui. Cuma sekarang, ade kekalutan yang bertandang. Jiwa Syazwan,kacau! Bungkam dengan belenggu jiwa sendiri. Tekad harus ditanam. Atas pertolongan Biha, Syazwan berjumpa dengan Huda. Cuma atas satu alasan!
3 tahun berlalu…
Masing-masing sudah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Syazwan di Utara. Huda melanjutkan pelaran dalam bidang pendidikan. Manakala Biha, ke kolej swasta, hanya kerana course yang diminati terdapat di kolej tersebut. Keadaan yang terpisah itu membuatkan Huda dan Syazwan putus hubungan. Hanya Biha yang menjadi orang tengah.
"Wan ade hal nak gitau Huda."
"Ermmm??Gitau la. Kalau boleh Huda tolong. InsyaAllah."
"Wan.. Wan sebenarnya suka sangat kat Huda…..hmmm.."
Syazwan kelu. Peluh dingin seakan memercik di seluruh tubuhnya. Pucat. Dalam debar Syazwan menanti respond dari Huda.
"La.. Suka,ingatkan apa la tadi. Apa yang salahnya Wan.. Kita kan kawan, kalau suka,sayang dan cemburu tu kan biasa la tu. Tu la tandanya persahabatan kita erat dan utuh."
Tenang Huda membalas. Biarpun ada sedikit getar bila Syazwan menyatakan suka. Syazwan mengangguk kecewa. Bukan itu jawapan yang dia mahukan. Ingin dimintanya contact number Huda, tapi dia tahu kesukaran gadis itu untuk memberikan padanya. Hanya kerana dia lelaki,walaupun atas dasar kawan.

"Eh, Huda oiii..kau tau tak,yang mamat Syazwan tu sambung buat degree kat oversea beb..! Dia buat course accounting kat sana.."
Tiba-tiba Biha membuka kisah teman-teman seperjuangan mereka. Perbualan melalui telefon itu seringkali menjadi hubungan utama dua gadis ini.
"Btol ke?Wah..kire dasat gak la ek Wan tu.Hehehe.."
"Kau tau tak Huda? Mamat tu suruh aku kasik kat kau surat. Surat tu aku da poskan kat kau. Mungkin esok atau luse,sampailah.."
"Aik, pehal si Wan tu bersurat-surat plak dia..?oooOO..heheh,aku tak kasik number,patot la pun.." Huda tersenyum sendiri.
"Kau ni Huda,hadoiii… heran aku..ok la Huda,aku ada hal ni. Nanti aku call kau lagi. Jaga diri. " Pesan Biha sebelum memberikan salam dan memutuskan talian.

Surat yang yang diterimanya, dibuka cermat. Kaget dengan sekeping kad ringkas diterimanya.

Assalamualaikum Huda…
Apa khabar Huda sekarang? Lama betul tidak bersua. Harapnya senantiasa berada dalam kurniaan berkat dari-Nya. Amin.
Tidak banyak Wan nak tulis. Cuma seperkara.
Suka Wan pada Huda, satu masa lalu bukanlah suka sebagai kawan, sayang Wan pada Huda dan juga cemburu Wan pada Huda disebabkan kasih sayang seorang lelaki pada perempuan. Wan dah temui tulang rusuk kiri Wan. Wan harap Huda mengerti dan Wan tahu Huda akan mengerti.
Wan minta maaf,kalau kehadiran surat ini mengganggu hari Huda. Salam.
_Syazwan Mukhtar_
Dicapainya pena biru dan sehelai kertas. Pantas tangan Huda membalas kiriman surat tersebut.
Waalaikummussalam Wan..
Alhamdulillah, Huda dan keluarga sihat walafiat. Begitu juga hendaknya Wan di sana.
Huda minta maaf Wan, sebab lama tak bertanya khabar. Hmm… Huda tahu, dari awal lagi, tp Huda nak kita masing-masing berjaya dalam hidup dulu. Kalau ada jodoh yang tertulis. InsyaAllah. Huda terima Wan seadanya.
_Maizatul Huda_

Senja kian berlabuh. Ombak pantai makin kuat mengganas. Namun Huda masih lagi asyik dengan khayalannya. Entah mengapa dia mengukir senyuman lalu menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Aku tunggu siapa ni, bodohnya aku ni..". Huda bermonolog.
Terasa bingung dengan tindakannya. Hari ini dia terpaksa menerima lamaran dari kawan sepupunya. Lagipun, tidak sampai hatinya untuk menolak buat kali ketiga. Umurnya sekarang dah pun mencecah 25 dan bekerjaya.
Persiapan perkahwinan berjalan seadanya. Meriah tapi sederhana.
"Huda,kau ni kenapa muka semacam je aku tgk?
Biha yang perasan dengan wajah mendung Huda mula menegur. Tangannya ligat membetulkan selendang sutera yang membaluti kepala Huda.
"Mana ada, kau ni macam-macam la Biha. Aku happy ni. Hehe..". Senyumannya dibuat-buat.
"Ke kau ni dok tingat kat mamat akaunten tu?"
Berkerut muka Huda. Ditenungnya Biha.
" Mane ade, dah 4 tahun aku tak berhubung dengan Wan. Kau tu je yang asyik menyampaikan salam dia kat aku. Hampeh je. Nasib baik lah aku ni tak jatuh cinta lagi kat dia. Kalau tak,sampai ke tua aku tak kawin tunggu dia." Ngomel Huda,tidak dinafikan. Ada rindu yang bertandang bila nama itu disebut..
"Ala,aku minta maaf ok. Aku pun tak tau yang gini jadinya. Aku ingat..Hmmm…aku ingat yang mamat tu serius. Mana aku tau dia nak terus menyepi. Aku mintak maaf ek Huda. Aku sebenarnya suke tgk kau ngan dia."
"Takpe la Biha,hal lama tak yah sebut lagi. Aku sekarang da nak kawin pun. Kau tu bila lagi?"
" Hehehe… nanti-nanti la…" Balas Biha malu-malu.
Masing-masing melayan perasaan. Hanya akad nikah dan pembatalan wudhu’ yang akan dibuat. Itupun atas permintaan Huda sendiri,tidak mahukan majlis persandingan!
Huda gelisah sendiri. Kenapa la dia boleh berkawin tanpa kenal lelaki tersebut. Yang dia tahu dari sepupunya dan familynya, lelaki tu merupakan senior sepupunya di universiti 5tahun dulu.
"Assalamualaikum..Huda." Lembutnya menusuk ke kalbu Huda.
Mukanya diangkat,pandangannya tepat ke arah suaminya. Denyut nadinya terhenti. Ada debar yang membaluti dirinya.
"Waalaikummussalam." Jawab Huda perlahan.
"Huda, tidak banyak abang nak cakap. Cuma seperkara. Suka abang pada Huda, adalah kerana cinta, sayang abang pada Huda dan juga cemburu abang pada Huda disebabkan kasih sayang seorang lelaki pada perempuan. Abang dah miliki tulang rusuk kiri abang. Abang harap Huda mengerti dan abang tahu Huda telah mengerti. Abang minta maaf,kalau kehadiran diri ini mengganggu hari Huda."
Suaminya tersenyum. Huda tergamam,bicara itu bernah didengarnya. Ahh..kebetulan mungkin. Otak Huda ligat berfikir. Wajah suaminya ditenung lagi. Lama.
"Wan…??" Berkerut-kerut muka Huda.
"Ya..abang.." Pantas mengangguk perlahan.
"Ya Allah,kecilnya dunia ni.. Huda langsung tak perasan. Wan jauh berubah. Hmm..maksud Huda,Abang. Huda minta maaf."
"Mana taknya. Huda sibuk dok layan perasan Huda. Muka abang langsung Huda tak pandang."
Hari tu, entah kenapa Huda dapat rasakan, dia dapat menerima suaminya seadanya. Senyuman manis terus-terusan terukir di bibirnya. Ada bahagia yang datang bertandang,menyelubungi seluruh jiwanya. Tujuh tahun menghilang, tak disangkanya bertemu kembali dengan lelaki bernama Syazwan Mukhtar. Itupun sebagai suami dan isteri. Dalam hati Huda hanya mampu bersyukur. Atas takdir Tuhan yang Esa, ikatan suci terpatri jua. Terima kasih Ya Allah!

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.