Anak cina itu memandangku lama. Aku mengerutkan dahiku. Apahal pulak apek ni? Dipegang pagar rumah yang memisahkan antara rumahku dengan rumahnya. Dia menghulurkan kereta mainannya melalui celahan pagar. Teragak-agak aku untuk mengambilnya. Gila apa? Nak bagi mainan kat orang. Aku masih tidak berganjak dari buaian pokok mangga yang dibuat papa setahun lalu. Aku memandangnya sepi. Dia mengunjukkan kembali mainan itu. Aku menggeleng perlahan dengan harapan dia mengerti aku tidak mahu kereta mainan. Kalau diunjukkan patung Barbie ataupun set masak-masak pasti aku tidak teragak-agak untuk menerimanya. Mata sepetnya masih lagi terlekat di wajahku. Comel sangatkah aku? Hehe, perasan sorang-sorang la pulak. Kemudian kedengaran suara amoi (ibunya tapi kupanggil amoi sahaja) memanggilnya. Dalam bahasa inggeris pulak tu.
"Lee, come in. What are you doing there? Come in." amoi memanggil. Lee cuma memandang sekilas ibunya di dalam rumah. Dia memandangku kembali.
"Wo bu yao. Wo hen xihuan ta." Itulah balasannya kepada panggilan ibunya. Aku yang sememangnya anak Melayu tulen ini sudah pasti tidak faham cakapnya. Apa yang ibunya cakap pun aku tak faham. Apatah lagi apa bahasanya itu. Aku memandangnya lagi. Tidak berapa lama kemudian ibunya keluar, bertujuan mahu membawanya masuk. Dia berkeras tidak mahu menurut. Tangannya masih menghulurkan kereta mainannya. Amoi memandangku sekilas. Dia tersenyum seraya berkata,
"Sarah, hari panas woo. Tak mau masuk rumah ka? Kalau kamu tak masuk, Lee pun tadak mau masuk ma." Ujarnya. Masih bergelut dengan Lee yang enggan beredar dari tepi pagar. Aku cuma memandang kehairanan. Sibuk pulak amoi ni. Mak aku pun tak kisah aku lepak kat luar ni. Ni rumah aku, suka hati la nak duduk dalam ke, luar ke, atas bumbung ke, kenapa kau kisah. Tapi, aku jadi kasihan melihat Lee. Seringkali dia menanti di situ bila aku duduk di buaian ini. Tiada apa yang dibuatnya. Cuma memandang aku. Dan apabila amoi memanggil masuk dia akan bergelut begitu. Seringkali juga dia akan menjawab "Wo hen xihuan ta". Di rumahnya tiada pokok mangga, yang ada cuma bonsai-bonsai dalam pasu. Kerana itulah amoi selalu melarangnya keluar. Anak cina tak boleh main panas. Takut jadi hitam. Mak aku pernah cakap macam ni dulu. Lainla aku, aku duduk je bawah pokok ni. Nak jadi hitam pun tak risau sebab aku memang anak Melayu. Akhirnya, aku mengalah. Okla, aku masuk. Longlai aku atur langkah masuk ke dalam rumah. Lee masih merenung aku. Tapi, pandangannya sayu sangat hari ni. Kenapa ya? Aku bertanya sendiri.
Esoknya, banyak lori datang, bukan ke rumah aku tapi ke rumah Lee. Aku tengok ramai abang dan pakcik mengangkat barang. Diorang nak mencuri ke? Terdetik dalam hati aku. Tapi aku buat tak kisah je sebab aku nampak amoi kat situ mengarah-arah diorang. Takkan nak mencuri kalau amoi ada dengan diorang? Aku tercari-cari Lee tapi dia tak muncul-muncul. Ni petanda buruk ni. Firasatku mengatakan (padahal baru umur 6 tahun). Setelah hari senja (aku tunggu diorang angkat barang sampai petang, tunggu Lee punya pasal), barulah kelibat Lee kelihatan. Dia nampak kemas dengan kemeja dan seluar barunya yang tak pernah aku tengok dia pakai (yela selama ni mengendap aku kat tepi pagar pakai short je). Dia pegang lagi pagar tu, macam selalu, dan kereta mainan semalam dihulurkan lagi melalui celahan pagar. Aku tak tahu lah kenapa tapi kali ni firasat aku kuat menyuruh ku bangun dan mengambil kereta mainan tu. Aku pun bangun dengan gaun kembang ku berjalan ke arah pagar dan kereta mainannya ku capai. Dia tersenyum menampakkan gigi rongaknya. Aku pun apa kurangnya. Tersengih-sengih malu. Almaklumla, dapat kereta mainan dari pakwe cina. Baru nak beromantik sikit ibuku keluar dan menegur amoi. Apa yang dibincangkan pun aku tak tau tapi wajah Lee dah berubah mendung. Dia cuba berbicra denganku tapi dia sekali dia cakap bahasa alien da. Aku tak faham sepatah pun dia cakap. Katanya,
"Wo bu yao qu buguo wo yiding yiqi wo de baba he mama qu nali. Cong zheli zai nali hen yuan. Wo hen xihuan ni. Wo yiding hui zheli. Deng wo, hao ma?"
aduh, kan bagus kalau aku faham apa dia cakap. Muka dia macam mengharap aku mengangguk je, aku pun mengikut firasat aku dan mengangguk-angguk macam nak gila. Lepas tu, amoi tarik tangan dia dan mereka masuk ke dalam perut kereta. Dia melambai-lambai dan aku pun lambai balik. Tak faham pun kenapa tapi aku ikut je gerak dia. Kang tak lambai nangis pulak. Perlahan-lahan wajahnya hilang dari pandangan.
15 tahun kemudian....
"Sarah, pergi ambil papa. Hujan ni. Nanti papa basah lenjun kalau jalan kaki. Naik motor cepat sikit." Aku yang baru hendak bermalas-malas setelah pulang dari kolej mengeluh perlahan. Nasibla jadi anak tunggul macam ni. Papa ni pun satu. Kereta bukan tak ada, yang rajin sangat nak naik komuter tu kenapa? Marahku sendiri. Kucapai dua helmet dan kunci motor di atas para. Tudung disarung. Lantas aku keluar dan menghidupkan enjin motor Ego kesayanganku. Stesen komuter tidak jauh dari rumahku namun aku terpaksa melalui jalan besar juga kerana tiada jalan pintas dalam taman yang boleh digunakan. Sampai di sana, papa baru sahaja melangkah keluar dari stesen. Baru sampailah tu. Ku berfikir sendiri.
"Laa, kan papa boleh jalan?" ujar papaku risau.
"yela tapi papa macam tak tau mama tu. Dia risau sebab hujan nanti papa lenjun pulak. Naikla. Sarah bawak, papa bonceng." Arahku. Papa mencapai helmet dan dipakainya, namun tidak diikat dengan betul. Sebaik dia menaiki motorku hujan turun bertambah lebat dan aku memecut lebih laju supaya cepat sampai ke rumah. Kang dua-dua lenjun, dua-dua demam lagi naya. Namun malang tak berbau, sebaik sampai ke selekoh masuk ke tamanku, sebaik aku membelok pandanganku sempat menangkap sebuah lori yang datang laju dari arah bertentangan dan lantaran terkejut, brek kutekan kuat. Aku mendengar suara papa yang semakin lama semakin sayup dari pendengaranku.
Sebaik aku membuka mata, mama berada di sisiku, teresak-esak. Di mana papa?
"mama, mana papa? sarah nak minta maaf dengan papa. mesti papa tengah sakit sekarang sebab Sarah bawa laju tadi. Mama..." mama cuma terus-terusan menangis. Aku dapat melihat wajah pak long dan mak long, kakak papa di sisi ku. Mereka memandangku sayu.
"pak long, papa ok? Sarah nak jumpa papa." rintihku. Mendengar bicaraku, tangisan mama bertambah kuat. Mak long menenangkan mama dan aku dapat melihat kepayahan mak long menahan tangisnya. Kenapa mama menangis lagi? Hatiku mula merasa tak sedap.
"Sarah," pak long bersuara. Aku dapat menangkap nada itu. Nada berat untuk memberitahuku sesuatu.
"pak long, cakaplah papa ok, pak long. Cakap papa ok!" nada suaraku bertambah kuat dengan sendiri. Pak long masih diam. Jangan cakap....
"Sarah, papa...dah tak ada...3 hari yang lepas...papa meninggal Sarah....sarah dah koma 3 hari...jenazahnya dah dikebumikan. Maafkan kami, kami tak pasti bila Sarah akan sedar. Kami tak boleh tunggu." Bicara pak long putus-putus. Aku tergamam. Mustahil! Mustahil papa tak ada! Mustahil!
"pak long tipu! Pak long tipu! Papa!!!!!"
*********
Lama aku berteleku di kubur papa. mama setia menantiku. Air mataku tumpah lagi untuk kesekian kalinya pada hari ini. Pilu kerana tidak sempat meminta maaf kepada papa, tidak sempat memberitahunya aku sayangkannya yang teramat sangat, tidak sempat mengucup dahinya buat kali terakhir. Papa.... Sedu-sedu kecil kedengaran dari arah mama. Maafkan Sarah mama, ni salah Sarah. Kalau Sarah tak bawak laju, mesti papa masih ada dengan kita. Kita tak perlu datang sini mama. Aku sedar ini takdir tapi rasa sesal masih menghantuiku. Papa, mama, maafkan Sarah.
"Sarah, jom, kita balik." Ajak mama lembut. Aku akur. Bingkas ku bangun lalu langkah diatur ke pintu pagar kawasan perkuburan ini. Dalam sendu yang masih bersisa, aku terpandang seorang lelaki cina bercermin mata hitam berdiri tegak di tepi pagar. Matanya yang ditutup dengan kaca mata itu membuatkan aku sukar meneka ke mana arah yang dilihatnya. Eh, tapi orang cina tak boleh masuk kubur Islam. Getusku sendiri. Ah, lantakla dia. Lantas dia membiarkan diri dibuai rasa sedih yang kembali bertandang.
*********
"Sarah, ada apek cari kau." Hairan aku mendengar kata-kata Azli, teman sekelasku.
"kat mana?"
"kat ruang legar. Kau tengokla yang pakai sunglasses, tu dia la." beritahu Azli lagi.
Aku pantas melangkah ke ruang legar kolejku di mana para pelajar suka berkumpul beramai-ramai. Mencari-cari insan yang memakai sunglasses. Tak ada pun.
"Miss Sarah Razali, looking for me?" satu suara menegurku dari belakang. Kus semangat!
Ku pusingkan badanku menghadap satu wajah lelaki cina yang macam pernah aku lihat namun tak dapat ku ingat di mana.
"and you are?" tanyaku kehairanan.
"Lee, Lee Beng Tat." Dia mengukir senyum padaku. Manis.
"sorry, I don’t think we know each other but may I know, how do you know my name? and yet, that’s my full name." tanyaku lagi kehairanan. Tak puas hati betul aku. Entah stalker mana entah. Dia tersenyum lagi.
"I know you, Sarah. Have you really forgotten me? I can’t believe it." Dia seakan-akan kecewa dengan sikapku. Apa nak buat? Aku sumpah tak ingat sapa mamat ni. Aku mana pernah ada kawan cina.
"come on! Toy car? Short? Lee? The fence?" dia berusaha lagi membuatkan ingatanku kembali. Tapi, cam familiar je semua benda yang dia sebut tu. Aku merenungnya kosong. Tiba-tiba...Alamak! Macam tau je dia ni sapa!
"Lee! Lee!" aku menyebut namanya berulang kali. Dia mengukir senyum lebar.
"now you remember!"
**************
"hei, kenapa muram je?" tegur Lee. Aku mengukir senyum nipis.
"teringat my papa la." entahla, tiba-tiba sahaja aku teringatkan papa. Dan bagaimana pula aku boleh berada dengan Lee? Sejak our reunion hari tu, we all jadi rapat sebab dia ada kereta and mama dah tak benarkan aku merempit. So aku tumpang dia ke kolej hari-hari. Kebetulan pulak, tempat kerja dia pun berdekatan. So sekarang ni dia setia and sedia temankan aku ke mana-mana. Mama pun tak ada pilihan. Mama pun tumpang sekali apa? Pergi pasar! Hehe...
"Sarah, let by gone be by gone. Jangan diingat kembali. I believe you believe in Qadha’ and Qadar right?" aku tersentap. Biar betul dia ni. Tahu aje. Hari tu dia lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Lailahaillah dengan lancarnya. Hari ni nak bercakap pasal Qadha’ and Qadar pulak? Sungguh aku hairan. Jika kami keluar bersama, pasti dia akan mengingatkan ku tentang solat. Aku yang Islam ni pun selalu terleka tapi dengannya mesti diingatkan.
"you didn’t do your homework about my religion, did you?" ku ajukan soalan ini juga akhirnya. Mahu menjawab persoalan-persoalan di dalam kepalaku ini. Aku lihat dia menggelabah sedikit.
"err, I did, a little."ujarnya sambil tersenyum.
"but you know more than a little I think." Dugaku lagi.
"well, selama ni pun I ramai kawan Muslims, I learned from them. I don’t think that’s the point la Sarah. You must remember, as a Muslim, you should not be like this. It is not right, am I right?" aku mengangguk lemah.
"yes I know Lee. It’s just that... I miss him. That’s all."dia mahu meneruskan bicara namun telefon bimbitnya berbunyi.
"wait, ok?" katanya seraya menjawab panggilan itu.
Dia bercakap dalam bahasa mandarin, bahasa bertuturannya dengan kaumnya. Tiba-tiba aku terdengar satu ayat yang familiar.
"wo xianzai yiqi ta. Mama, wo hen xihuan ta. Hao, hao. Ok, bye, bubbye." Dia mematikan talian. Aku masih merenungnya.
"what?" tanyanya. Hairan melihat renunganku.
"I remember that sentence. You used to say it every time your mother called you during those times." Wajahnya yang cerah merona merah tiba-tiba.
"what? What sentence?" tanyanya. Namun pertanyaan itu tidak kedengaran ikhlas di telingaku. Aku pasti. Tapi aku mana reti cakap mandarin!
"That sentence. Say it again." Desakku. Aku dapat mengecam ayat itu jika dituturkan orang. Dia terpinga-pinga.
"Sarah, which sentence? I uttered a lot of sentences you know. How could I know which one you are referring to?" ujarnya lagi. Aku mengeluh perlahan.
"forget it." Kataku dan tanpa aku sedari, Lee menarik nafas lega.
************
Aku dan mama melangkah masuk ke kawasan perkuburan. Lee menanti di dalam kereta. Usai kami menziarah kuburan, kami kembali ke kereta. Lee masih setia menanti di dalam.
"pokok yang you tanam tu dah tumbuh kan?" tanya Lee sebaik kami masuk ke dalam keretanya gen2 nya.
"yes, dah tumbuh." Aku menjawab pertanyaannya. Eh jap! Macam mana dia tahu aku tanam pokok kat kubur papa? dia tak pernah masuk kawasan perkuburan ni kan? Betul ke? Tiba-tiba aku teringat something. Lelaki cina kat kubur masa aku pergi ke kubur ayah for the first time!
"you were the man, weren’t you?" tanyaku. Dia yang sedang menghidupkan enjin keretanya terpinga-pinga sebentar.
"who?" tanyanya lagi. Dia juga seakan-akan mengelak bertentangan mata denganku.
"how did you know I planted something on my dad’s grave?" dia menjungkit bahu.
"well, err...I saw you tadi." Jelasnya. Aku merenungnya lagi. Tapi, dia bukan Islam la. Takkan la. Lantas aku membiarkan sahaja perkara itu berlalu.
*************
"you tak ada boyfriend ke?" tanya Lee suatu hari.
"you pernah tengok I ke hulu ke hilir dengan lelaki except you? Sebelum ni I tak tau la kenapa but I really don’t have the heart to get involved in such thing. Sekarang pun I hairan bila mama senang-senang bagi I ikut u ke hulu ke hilir. Mungkin sebab you are Chinese. So dia tak kisah." Aku membuat andaian sendiri.
"I know. You are waiting for someone." Lee berkata perlahan. Aku merenung wajahnya. Serius sahaja, tidak seperti selalu.
"why did you think so?" tanya ku. Dia menarik nafas dalam.
"because he told you to wait for him. Don’t you remember?" sapa pulak yang apek ni maksudkan? Ish, pening aku. Aku masih memandangnya. Keliru.
"Sarah, he told you that he will come back for you. Seriously Sarah, you have forgotten his vow?" nadanya kecewa. Apa yang apek ni merepek ni?
"Lee! Apa yang kau cakap ni? Who is ‘he’? I don’t get it Lee." Aku merenungnya dalam. Cuba mencari jawapan. Dia tersenyum nipis.
"the small Lee. He has come back for you. But in bigger size." aku terdiam. Cuba memproses apa yang cuba disampaikannya. The small Lee? Tapi...oh my God!
************
"Wo bu yao qu buguo wo yiding yiqi wo de baba he mama qu nali. Cong zheli zai nali hen yuan. Wo hen xihuan ni. Wo yiding hui zheli. Deng wo, hao ma?"
Maksudnya: Saya tak mahu pergi tapi saya perlu pergi bersama ibu bapa saya ke satu tempat yang jauh. Saya sangat sukakan awak. Saya pasti pulang ke sini. Awak akan tunggu saya kan?
***********
"mama, mama, wo hen xihuan ni!" petah anakku yang berusia 4 tahun itu berbicara. Suamiku yang sudah 5 tahun ku kahwini mendekati kami sambil tersenyum lebar. Aku juga turut tersenyum.
"my baby, wo ye hen xihuan ni!" ucapku pada anakku dan dia terkekek-kekek ketawa.
Suamiku memelukku dari belakang lalu menghadiahkan ciuman mesra di pipiku.
"my baby, wo hen ai ni!" bisiknya ke telingaku. Aku cuma tersenyum bahagia mengenangkan dia suamiku yang tidak lagi bergelar Lee Beng Tat tetapi Muhd Farid Lee Abdullah sejak 14 tahun yang lalu.
Tini mendepangkan tangan justeru keletihan menghadap komputer seharian. Beberapa minit lalu dia menghabiskan ayat terakhir untuk puisinya. Puisi yang dilakar pabila fikiran berserabut. Setelah mengemaskan alat-alat tulis yang berselerakan di atas meja, Tini segera mencapai kunci kereta wiranya. Pukul 5 petang begini biasanya jalan mula jammed dan pergerakan menjadi begitu lambat. Dia harus segera sampai ke Taska RC Junior untuk mengambil buah hatinya yang seorang itu. Walau Kissy baru berusia 3 tahun, tetapi kepetahan anak kecil itu kadang kala merimaskan Tini untuk melayaninya.
Lampu di traffic light bertukar merah. Tini mendengus. Huh! Pasti lambat lagi. Semalam dia tertidur lalu terlewat mengambil Kissy dari taskanya. Pekerjaan sambilan ini memang dia tidak gemar, tetapi apa nak buat. Sudah takdirnya terpaksa menjadi orang gaji selama dua minggu kerana ibu bapa Kissy mengerjakan umrah di Tanah Suci.
"Mami Tini, lambat...?" tak tahu samada itu pertanyaan atau pernyataan dari mulut kecil Kissy.
"Maaf sayang! Jalan jammed." Tini mendukung Kissy dan menyangkutkan beg sikecil di bahu kanannya.
"Ada orang marah ke kalau ambil lambat?" Tini berkata berbisik.
"Tak! Teacher cuma tanya..." jawab kissy selamba.
Tanpa disengajakan Tini terpijak sepasang kaki yang baru memasuki pintu pagar taska. Kasut lelaki! Tini memandang sekilas. Kelihatan lelaki itu mengerutkan dahi. Cepat-cepat Tini mengangkat kakinya dan bergegas menuju ke kereta yang di letakkan di seberang jalan. Malunya...
Insiden terpijak kaki lelaki tidak dikenali siang tadi meninggalkan satu perasaan aneh di sanubari tini. Satu perasaan yang sukar digambarkan oleh sekuntum bunga atau seperti kenyang apabila makan, contohnya. Ah! Tak mengapalah, esok lusa hilanglah rasa itu. Detiknya.
Takdir Tuhan tidak siapa menduga apabila malamnya di Jusco menemukan Tini dengan lelaki tidak dikenali itu lagi. Tini sedang membelek sebuah buku pengurusan untuk tujuan bahan studinya apabila sepasang tangan turut mengambil buku di rak yang sama.
"Nak beli buku ke baca buku..?" satu soalan terasa begitu dekat singgah di telinga Tini.
Siapa pulak ni!
"Tengok dulu..." Tini menjawab dahulu kemudian mencari rupa empunya suara.
Orang tidak dikenali ini? Buat apa kat sini? Nak pijak kaki aku pulak ke? Pelbagai soalan menerjah diri Tini.
Tini tersenyum pahit, sekelat pisang mentah yang tidak sengaja termakan semasa di kampung dahulu.
"Saya Hairi. Salam perkenalan." Salam bersambut.
"Minta maaf siang tadi tu. Saya nak cepat. Anak saya tak suka dijemput lambat..." Tini berbasa basi tanpa sengaja tersalah sebut Kissy sebagai anaknya.
Ada perubahan pada wajah Hairi tetapi disembunyikan. Setelah beberapa minit bertukar cerita kosong, Tini segera minta diri. Dia perlu pergi secepat mungkin bagi mengelakkan fikiran dan perasaannya bertambah gemuruh. Entah apa lagi yang tersalah cakap nanti. Tini tidak mahu itu terjadi.
"Nama you..."
"Tini. Assalamualaikum..."
"Ini nombor saya. Wa\'alaikumussalam." jawab Hairi perlahan sambil menyerahkan nombor telefon yang di tulis di atas saputangan birunya.
Tini serba salah untuk mengambil saputangan itu, tetapi demi menjaga air muka Hairi kepada orang yang lalu lalang di dalam MPH itu, dia menerima juga dengan terpaksa.
CERPEN: AKU BUKAN DIA - 2
Beberapa minggu kebelakangan Tini sibuk menguruskan kemasukan pelancong dari Singapura dan Jerman yang menggunakan ajensinya. South View Holidays sentiasa mengutamakan pelanggan yang berurusan dengan mereka. Sudah hampir sebulan dia tidak berpeluang bertemu dengan anak buahnya si Kissy setelah diambil semula oleh kakakknya.
Entah apa khabarnya si kecil itu. Tini berkira-kira untuk singgah di rumah kakaknya petang nanti dan segera menyiapkan sedikit kerja yang tertangguh. Dalam perjalanan ke rumah kakaknya, Tini singgah di sebuah pasaraya membeli sedikit buah tangan untuk si Kissy.Apabila jam telah merangkak ke angka enam, barulah Tini sampai di rumah kakaknya.
"Dari tempat kerja ke?" sapa Tina kepada adik perempuannya itu.
"Ha ah! Singgah kat Jusco sekejap beli epal dan anggur untuk Kissy. Mana dia?" mata Tini melilau di sekitar ruang tamu rumah teres 4 bilik itu.
"Ikut abang Zakri ambik kawan dia kat airport. Baru je keluar tadi. Tak jumpa kat simpang tu." jawab Tina.
"Tak de pulak. Saya kalau drive mana tengok kiri kanan kak! Main redah je..." sampuk Tini ketawa.
"Ya lah tu. Sebab tu sampai sekarang kau masih solo. Tak tengok mana-mana lelaki yang berkenan. Asyik kerja! kerja! kerja!" bebel Tina pada adiknya itu.
"Apa lagi nak buat. Tak de orang nak kat Tini."
"Bukan tak ada, Tini yang menolak mentah-mentah mereka semua kan..." Tina masih bersoal jawab dengan Tini.
Tini malas hendak menyambung perbualan tersebut dan terus masuk ke bilik tetamu untuk membasahkan diri sebelum Maghrib beransur tiba. Setelah usai solat dan berehat seketika, Tini keluar menuju ke dapur untuk membantu Tina menyediakan hidangan malam.
"Wow! What a surprise. Siapa nak makan lauk pauk banyak macam ni..." terjah Tini menyebabkan Tina terkejut.
"Kau ni kan...terkejut akak! Dah lah cepat. Tolong angkat nasi kat dapur tu. Kawan abang Zakry nak tumpang tidur kat sini. Tu yang ambik kat airport. Sekejap lagi sampai la dia orang." jawab Tina lancar.
Tentu kawan abang zakri lelaki, takkan dia nak ajak kawan perempuannya tumpang tidur kat sini. Tini berilusi sendiri.
CERPEN: AKU BUKAN DIA - 3
Kedatangan yang tidak diundang. Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang. Apakah yang ingin Allah tunjukkan kepadaku? Apakah hikmah dan rahmat yang tersembunyi. Aku tidak tahu. Sehingga kau lorongkan kaki lelaki itu ke jalanku. Ya Allah... Tini terkesima. Terkedu tidak terkata-kata apabila kawan lelaki abang iparnya adalah Hairi. Peristiwa berbulan lepas terpancar diruang minda, lelaki yang tidak dikenali, yang telah dipijak kakinya oleh Tini.
"Jadi, Tinilah orang yang kau ceritakan pada aku tu Ri.." abang Zakri pecah tawanya bila mengetahui kami telah berkenalan terlebih awal.
Hairi dengan penuh hemah mengangguk. Merenungi Tini yang duduk tidak jauh darinya. Dan memang dia sengaja berbuat begitu. Setelah berbulan hatinya rawan mencari-cari si gadis. Rupa-rupanya dia adalah adik ipar kawan baiknya sendiri. Biar Tini gelisah dengan renungan matanya, biar gementar tutur katanya, tetapi untuk menolak dari memandang gadis itu jauh sekali. Pertemuan ini meleraikan rindu, walau nanti dia tahu keputusannya. Walau ditolak rindu ini jauh ke gaung benci, dia tetap akan merindu.
Berbual-bual dengan Hairi di halaman rumah, berbasa-basi menghabiskan waktu malam sebelum mengantuk mengundang, menyebabkan perasaan gemuruh dan seribu lagi perasaan yang bercampur baur menghuni diri Tini.
"I believe that I had been fallen to you...Tini. I can\'t say much, but my heart always bergetar bila teringatkan you..." orang dewasa selayaknya berterus terang.
Tini tersenyum kelat dalam gelap. Hanya lampu jalan yang menerangi persekitaran mereka. Kakak dan abang iparnya masih menonton tv di dalam dan membiarkan pintu terbuka.
"Berbulan I cari you, at last... Allah temukan dengan you kat sini. You sebenarnya dekat tetapi keadaan yang menjarakkan kita. Do you feel the same?" Hairi bertanya untuk kesekian kalinya.
Tini hanya mengangguk. Tiada respon dari ulas bibir nipisnya.
"Esok I dah nak balik. Can you give me an answer now, tonight..."
Tini bungkam. Tak tahu apa yang hendak diperkatakan.
"Hari tu masa jumpa kat taska, apa you buat kat situ..." Tini mengalih topik perbualan mengimbas pertemuan berbulan lepas.
Hairi diam. Lambat memberikan jawapan. Satu keluhan berat dilepaskan. Bersedia untuk bercerita, meluah rasa.
"Sebenarnya I ambil barang-barang tunang I. I mean... dia dah tak ada. Meninggal dalam kemalangan kereta. Dia bekas part time teacher kat situ." Hairi bercerita dengan suaranya yang amat perlahan dan seakan berbisik.
Hairi menyerahkan telefon bimbitnya dan menekan punat \'on\' kepada Tini. Di atas skrin terpampang seraut wajah yang amat serupa dengan dirinya. Bila masa dia ambil gambar aku? Gambar aku ke ni? desis Tini kebingungan.
"Itulah gambar arwah, dan you mengingatkan I pada dia...semuanya hampir sempurna sama seperti you, Tini."
Tini menyerahkan telefon itu balik kepada Hairi. Hatinya yang bergetar tadi semakin laju getarannya dek apa yang didengar dari mulut Hairi. Cinta kerana pelanduk dua serupa! Cinta itu datang kerana ada alasan...
"I bukan dia. I tidak boleh jadi dia. I tak mahu you suka I kerana dia. Ini semua mengarut! Kenapa you tak simpan je cerita you tu supaya I tak sakit hati and... I can honestly loving you from the deep of my heart. Now...I have to think back. To hold back my feeling...Sorry!"
Tini terus masuk ke dalam dan menuju ke biliknya. Hairi hanya mengekori dengan langkah yang longlai. Tersilapkah dia kerana berterus terang.
