Cerpen : Terima Kasih Cili padi

Aku sedang menyalahkan diriku sendiri kerana waktu sudah pun malam tetapi aku masih belum ketemu rumah Kisha. "Betullah aku ni! Dahlah tak pernah memandu kereta langsung sejak aku baru dapat lesen dekat Singapura. Ni, sengaja pulak aku nak cari pasal memandu sorang-sorang dari Singapura hingga ke Melaka! Kalau dekat takpe jugak" Padanlah dengan muka aku ni sebab nak tunjuk "Terorr" pun tak kene tempat."

Aku pun tidak berapa pasti dimana aku berada tetapi yang pastinya aku tahu yang aku kene cepat melangkah keluar dari keretaku. Kalau tidak, habislah udara di dalam keretaku yang akan tercemar dengan toksin gas. Dahlah, alat hawa dingin di keretaku rosak, tingkap keretaku juga tunjuk mogok. Kalau aku tak keluar kereta untuk membuang gas-gas didalam badanku , sudah tentulah, udara didalam keretaku ada tercemar. Bisik hatiku sambil tertawa.

Tiba-tiba pula, perutku membuat ragam. "Aduh! Kenapalah perut aku ni buat hal sekarang? Klau ye pun, tunggulah...sampai aku dapat jumpa rumah Kisha.Sakitnya perutku ini, ni mesti pasal aku dah ngatah lauk lemak cili padi siang tadi."Keluh diri ku. Tanpa berlengahkan masa, aku mempercepatkan langkahku untuk mecari tandas yang terdekat sambil tanganku memegang perutku yang sakit.Namun, usahaku sia-sia sahaja kerana tiada tandas yang dapat aku temui. "Ee....e... geramnya, kenapalah bila aku tengah "Desperate" nak cari tandas ni, tapi tak ada satu tandas pun. Tapi kalau aku tak perlukan tandas, berduyun-duyun ada!"Jerit hatiku.

Aku meneruskan misiku untuk mencari tandas sambil mengimbas kembali kisah siang tadi dimana aku dimana aku telah membubuhkan lebih dalam 10 cili padi kedalam lauk lemak cili padi untuk sarapan pagi. " Tulah, degil sangat, taknak dengar cakap mak yang menyuruh aku mengurangkan cili padi semasa memasak lauk tersebut kerana dia tahu yang perut aku ini memang sensitif." Getus hatiku. Namun, aku memang seorang yang tidak makan saman kerana aku memang tidak boleh berpisah dengan makanan ynag pedas. Sebutkan apa sahaja jenis masakan dan makanan. Dari mi sup, roti canai, sup ayam. Semuanya akan aku bubuh dengan cili padi supaya semua masakan aku itu akan menjadi lebih "Success" lagi.

Ouch....!Tanpa aku sedari, aku terjatuh apabila aku terlanggar dengan seseorang ini hingga menyebabkan buku-buku dan peralatan tulis dia terjatuh dan berseparan disana-sini. Memang sudah personaliti diriku ini yang Ego dan tidak suka mengaku salah walaupun aku tahu yang aku memang bersalah dalam hal ini. Aku segera bangkit dan mula melemparkan kata-kata geram kepadanya.

"Oi! Apa ni, tak nampak orang ke?" Tetapi dalam hatiku ini menyesal pulak aku bertanyakan soalan itu kepada dia kerana baru aku teringat yang aku ni memang "camouflage" dengan waktu malam. Maklumlah kulitku ini memang terlampau "cerah" sangat. Sebab itulah orang selalu terlanggar denganku di tempat-tempat yang gelap dan terutamanya pada waktu malam. "Jalan ni besar-besar tapi kau masih jugak nak jalan dekat sini.... Sengajalah tu?......" Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, lidahku menjadi kelu tidak terkata apabila aku sedari orang yang telah aku langgari adalah seorang menusia.

"Yelah, memanglah aku terlanggar dengan manusia, kalau tak, takkan aku terlanggar dengan binatang pulak? Ini bukan dekat taman haiwan!". Jerit hatiku.Lelaki yang telah aku langgari ini memang unik dan lain dari apa yang pernah aku lihat selama ini. Kerana keunikkan dirinya jugaklah ia telah dapat mengubati perutku yang sakit sebentar tadi jadi tak payah lah lagi aku nak mencari-cari dimana tandas yang berdekatan disini."Apasal eh sakit perutku tiba-tiba je pulih bila bertentang mata dengan mamat ni?Peliknye...." Apabila aku sedang asyik melayan fikiranku, aku tidak sedari bahawa di telah memanggilku.

Mamat itu: "Maafkan saya sebab terlanggar awak tadi. Saya tak sengaja."
Aku: "Eh, takpe, takpe. Saya yang salah terlanggar dengan awak." (Dah kenape dengan aku ni? tadi beriya-iya nah tak nak mengaku salah tapi bila dah jumpa dengan mamat ni terus mengaku salah. He..he.. )
Mamat itu: Awak ok ke?
Aku: Saya ok, memang dah terlebih ok sangat sampai perut saya yang sakit tadi pun dah Ok.(Oops...ape yang aku cakap ni?)
Mamat itu: Ape cik cakap tadi?
Aku: eh... takde ape-ape ah...(tersenyum)
Mamat: Nama cik siapa? , tinggal dekat mane? , orang sini ke? Ape buat malam-malam dekat sini?
Aku: Banyaknya soalan awak. Tanye saye macam nak buat survey pulak.. Nama saya ialah Rahsia. Saya dari Singapura tetapi datang sini nak cari rumah kawan saya tapi tak jumpa-jumpa. Nama die, Kisha. Saya sebenarnya jalan daerah sini pasal nak ca.... cari....
Mamat: cari ape?
Aku: Cari..... Awak..... ye..ye.. cari awak.( Ape aku merepek ni! Yelah, takkan aku nak cakap dekat die yang aku tadi tengah "desperate" nak cari tandas? Jatuh saham aku..he..he)
Mamat: cari saya?
Aku: Saya nak cari orang untuk tanya arah ke rumah kawan saya tu..
Mamat: Oh...ape alamat die?
Aku: 15 Jalan Manggas....
Mamat: Jalan Manggas?
Aku: Tak....tak.... maksud saya.. Jalan Mangga.(tersasul lah pulak aku ni bila berdepan dengan mamat ni)
Mamat: Apa kata kalau saya hantar awak ke rumah kawan awak tu?
Aku: Ape! Awak nak hantar saya? Boleh percaya ke dengan awak ini?Jangan-jangan awak ini pembunuh misteri, perompak ke?
(Alamak, tak baiknya aku berburuk sangka dengan mamat ini.)
Mamat: Kalau awak tak percayakan saya, tak ape ah saya pun tak salahkan awak.
(Kalau dia tak hantar aku, sampai besok pagi pun belum tahu aku jumpa rumah Kisha tu. )
Aku: Baiklah, awak pandu kereta saya dan hantar saya dekat rumah kawan saya. Tapi..... ada syarat.
Mamat: Lah... saya nak tolong awak, awak nak kasi saya syarat pulak?
Aku: Iyelah, untuk keselamatan diri katakan.
Mamat: Baiklah, apa syarat dia?
Aku: Saya nak tengok kad pengenalan awak.

Selepas aku melihat kad pengenalan Mamat itu, aku pun menelefon Kisha.
Kring, Kring...
Aku: Hello, Kisha ke?
Kisha: Ye, Kisha sini. Kau kat mane? Dari tadi tak sampai-sampai lagi.
Aku: Kejap lagi aku sampai. Aku sesat tapi sekarang ada satu mamat ni nak hantar aku kat umah kau.. Tu sebablah, aku nak kasi kau name die dengan numbor kad pengenalan die. Jadi, kalau aku tak sampai umah kau lagi 2 jam, kau buat laporan polis tau!
Kisha: Oi! Tak pernah dibuat orang sey..Oklah, apa name dia?
Aku: Muhammad Mishbahudin Bin rahmat
Kisha: He..he...
Aku: Ape yang kelakar sangat ni?
Kisha: nanti kau sampai sini, aku ceritakan ok? Jangan risaulah...kau akan selamat sampai ke rumah aku.
Aku: Ade-adejelah kau ni... Ok,then, bye.

Aku pun menyuruh mamat itu mengikutiku dari belakang untuk mendapatkan keretaku yang telah diletakkan di bahu jalan. Namun, lelaki itu mengatakan bahawa dia akan berjalan di depan dan aku akan berjalan di belakangnya.
"Mamat ni, nak buat lawak ke?tu kan kereta aku, jadi patutnya, aku yang jalan depan untuk tunjukkan arah."Bisk hatiku.

Hatiku bertanya-tanya mengapakan dia tidak mahu berjalan di belakang. Aku percaya ada makna yang tersirat disebaliknya. Aku berasa sungguh pelik sekali pada waktu itu kerana aku tidak pernah bertemu dengan seorang lelaki yang berkata demikian.Pada mulanya aku beranggapan bahawa dia mungkin seorang yang penakut kerana die tidak mahu berjalan di belakang. Namun, aku tahu bahwa anggapan aku adalah salah kerana hatiku mengatakan dia bukan lelaki demikian.

Semasa mamat itu sedang memandu keretaku untuk menghantarku ke rumah Kisha, aku pun mengambil peluang untuk berfikir dengan lebih dalam lagi mengapa dia ingin berjalan di depan dan menyuruh aku berjalan di belakang. Akhirnya, aku dapat mencari jawapannya juga tanpa bertanya kepada mamat itu.

Baru beberapa minit sahaja aku mengenali mamat ini tetapi dalam masa sesingkat itu jugalah aku telah dapat mengenali peribadi lelaki ini melalui tindak-tanduknya. Aku memang begitu terpesona dengannya. Bukan kerana rupanya kerana dia tidaklah sekacak pelakon-pelakon Holywood ataupun Bolywood. Tetapi aku dapat merasakan ketenangan apabila meilhat mukanya. Mungkin ketenangan yang terpancar dimukanya juga telah membuat sakit di perutku pulih. Namun, aku memang tabik dengan keindahan adab yang dimiliki oleh mamat ini. Perlakuannya menunjukkan bahawa dia memang seorang yang mempunyai ilmu agama yang dalam. Cara dia berpakaian juga bebeza dengan banyak kenalan lelakiku yang rata-rata memakai T-shirt, seluar Jeans ketat dan seluar pendek. Sebaliknya, mamat ini memakai jubah labuh.

Sedang aku asyik mengelamun dan memikirkan tentang mamat yang sedang memandu di sebelahku, aku tidak perasan bahawa dia sudah memberhentikan keretaku.

Mamat: Awak, kite dah sampai kat rumah kawan awak.
Aku: Terima kasih...
Belum sempat aku meneruskan perbualanku dengan mamat itu, Kisha pun keluar dari rumahnya.
Kisha melemparkan senyuman kepadaku dan mamat itu.
Aku: Awak, nak balik umah naik apa? Kesian awak, malam-malam ni susah nak dapat teksi.
Mamat: saya nak naik tangga ni..(sambil tersenyum)
Aku: Huh?
Kisha: Takpe-takpe, aku ceritakan nanti.
Kisha pun menyampuk perbualan aku dengan mamat itu. Kemudian, Kisha mengajak aku duduk diserambi rumahnya.

Aku: Yang kau dari tadi tu, tersenyum je macam kerang busuk tu apasal?
Kisha:ha..ha..kau tahu siapa mamat tadi tu?
Aku: Aku tahulah,kan tadi aku dah bilang kau, nama dia, Muhammad Mishbahudin Bin rahmat.
Kisha:ha..ha..kau masih ingat lagi tak masa kita tengah kecik-kecik dulu? Kita mandi dekat sungai, main masak-masak dan yang tak dapat aku lupakan bila kau kena kacau dengan budak-budak nakal dari kampung seberang.
Aku: Yes..Aku ingat.
Kisha:Kau masih ingat lagi budak lelaki yang ada rambut "Flat Top"? alah...Lelaki yang kau suka sangat sebab kau kate die "Cute" dan die selalu tolong kau masa kau kene kacau tu...
Aku: Yes, aku ingat...
Kisha.. That is the guy just now!
Aku: Kau biar betul?macam mana kau tahu?
Kisha: Mestilah aku tahu sebab dia itu abang angkat aku. Mak bapak aku ambik die jadi anak angkat bila dapat tahu yang mak bapak die meninggal dalam kemalangan jalan raya dekat kampung seberang.
Aku: Kau serious?
Kisha: Ya.(tersenyum)
Aku: Sebab tulah eh. Kau tak risau pasal aku bile aku balikdengan die.Kecik sungguh dunia ini. Aku tak sangka dapat jumpe dengan die lagi semenjak die berpindah ke kampung lain.
Kisha: Kalau dah jodoh, tak kemana Cik Rahsia oi.....
Aku: nasib baiklah, aku sakit perut tadi, kalau tak, mungkin aku tak terserempak dengan die.Terima kasihlah cili padi.. Ha..ha..
Kisha: Cili Padi apa pulak ni?
Aku: biarlah ia menjadi rahsiaku..(tersenyum)


Cerita ini adalah rekaan semata-mata.. Semoga anda semua terhibur dan dapat mengambil mesej yang tersirat disebalik cerpen pertama saya ini.

Read More..
 
Cerpen : Ada Rindu Di Hati

Mardiah menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Mahu bergegar satu dorm asrama dibuatnya. Namun kemarahan yang terbuku di hati masih belum puas dilepaskan. Semuanya gara-gara jejaka idaman kebanyakan gadis di kampusnya yang sentiasa dianggap gentleman dan tampan. Dia memang pelik bagaimana lelaki sedemekian rupa yang sentiasa menyakiti hatinya begitu disanjung-sanjung. Malahan ada di antara teman-temannya yang sanggup memarahinya kerana menggelarkan lelaki itu 'anak setan'.
" Memang dasar anak setan!! Harap muka je lawa tapi perangai...Selalu menyusahkan orang. Eeeii...geramnya aku!!!" Mardiah mengetap bibir dan mengenggam tangannya menahan geram. Silap hari bulan boleh meletup dadanya kerana memendam kemarahan yang amat meluap-luap itu.
Kedengaran pintu dibuka dari luar. Raihan memerhatikan keadaan Mardiah. Berombak-ombak dadanya menahan marah. Dia menggelengkan kepala sambil menutup pintu biliknya perlahan-lahan lalu duduk di belakang gadis yang dikenalinya 2 tahun yang lalu. Dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke asrama semasa terserempak dengan Athirah, rakan sekuliahnya yang mengatakan Mardiah kelihatan seperti sedang mengamuk. Apalagi, Raihan terus memenjangkan langkahnya untuk mengetahui hal yang sebenar.
" Kenapa ni, Mar? Hakim buat hal lagi ek?" Raihan menyoal gadis yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Sedikit masa berlalu dan pertanyaannya dibiarkan tanpa jawapan. Hanya kedengaran hembusan nafas Mardiah yang masih kasar menandakan gadis bertudung litup itu masih marah.
" Apa yang...anak setan tu buat pada Mar lagi?" Sengaja Raihan menggunakan gelaran itu untuk satu-satunya manusia di kampus UiTM Shah Alam ini yang mampu membuatkan Mardiah naik hantu seperti sekarang untuk menarik perhatian Mardiah. Siapa lagi kalau bukan Aidil Hakim anak Dato' Muhamad merangkap salah seorang daripada teman baiknya.
Sejurus selepas itu kedengaran Mardiah tertawa kecil mendengarkan teman sebiliknya itu menggunakan gelaran itu. Umpan Raihan mengena. Mardiah berpaling dan mengubah posisi duduknya mengadap Raihan.
" Akak kalau tak sanggup nak sebut gelaran tu, baik tak payah sebut. Buat menambah dosa je. Akak tu baik, tak macam Mar ni panas baran..." Ujar Mardiah sambil tersenyum sumbing. Kebaikan gadis yang berambut pendek paras bahu yang berusia 2 tahun lagi tua daripadanya itu sepanjang tempoh perkenalan mereka cukup membuatkan Mardiah tidak senang hati untuk bermasam muka dengan Raihan. Selama ini, Raihanlah tempatdia mengadu semua masalahnya terutamanya anak setan yang selalu membuatkan hidupnya kacau-bilau.
" Adapun suara. Ingatkan putera bunian mana yang dah curi suara berlemak bak buluh perindu adik akak sorang ni..." Raihan manjawab sinis.
" Aww!! Sakitlah bertuah!" Raihan menggosok-gosok peha kanannya yang menjadi mangsa tamparan Mardiah. Kalau kena dengan tangan perempuan sorang ni, memang perit berbisa. Hajatnya untuk membalas balik tamparan tiu terbantut apabila dilihatnya Mardiah kembali murung.
" Apalagi Hakim buat pada Mar? Dia cium Mar ke?" Raihan mengusik, cuba menceriakan suasana.
" Beranilah dia nak pegang Mar! Silap hari bulan ada yang kena cincang sampai lumat dengan Mar. Cubalah..." Serius benar ugutan daripada gadis itu. Mardiah masih mengingati pertemuan pertama dengan lelaki yang digelar anak setan itu iaitu semasa sesi perkenalan antara pelajar baru dengan pelajar lama dalam minggu orientasi. Lelaki itu merupakan mentornya sepanjang minggu orientasi tersebut. Ramai yang mengatakan dia bertuah mendapat lelaki itu namun sebaliknya hanya dia yang tahu betapa kejamnya lelaki tersebut. Malangnya tiada siapa yang mempercayai cerita Mardiah. Sangkanya cukuplah seminggu itu sahaja dia menjadi mangsa buli lelaki tersebut tetapi sehingga kini dia masih lagi terus dibuli, disakat dan diusik. Sudah hampir 2 tahun lamanya dia dijadikan seperti khadam kepada lelaki itu. Dan tahap kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum hari ini.
" Dia ingat Mar ni kuli batak dia ke?! Sesuka hati je dia suruh Mar buat macam-macam. Mar tahu mesti dia sengaja letak kereta mewah dia tu jauh-jauh daripada library. Memang sengaja dia nak kenakan Mar. Panas-panas terik tu mamat tu suruh Mar bawak buku yang dia pinjam dari library sampai kereta dia. Lepas tu, boleh pulak dia suruh Mar pulangkan buku-buku yang dia dah pinjam kat library balik. Selamba dia je Mar bawak buku-buku tu. Bukan sikit kak, menimbun-nimbun. Macam nak semput nafas berulang-alik dari kereta dia pergi library. Berpeluh-peluh Mar dibuatnya. Dah la Mar tengah sibuk buat rujukan untuk assignment yang nak kena hanta minggu depan. Sampai hilang mood Mar nak sambung balik kerja tu. Macam nak juling mata budak-budak perempuan yang tengok Mar jalan dengan anak setan tu. Macam Mar nak sangat dengan mamat mereng tu. Bagi free pun tak hingin Mar nak tengok dia lagi!"
Raihan yang sedari tadi menjadi pendengar setia hanya mampu mengusap-usap belakang badan Mardiah. Perkara biasa yang akan dilakukan ketika gadis itu sedang marah.
" Mar tension tau, kak...Balik-balik nak mengadap muka dia. Lepas tu kena pandang serong dengan kakak-kakak senior yng lain. Mar malu tau, kak..." Suara Mardiah mulai kendur. Bergenang air matanya. Lantas Raihan mendakap erat tubuh genit itu untuk mententeramkan hatinya. Dia tahu mengapa Hakim memperlakukan Mardiah sedemikian rupa. Tapi kalau sampai menyebabkan gadis yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya itu menangis, Hakim memang sudah melampau. Raihan tidak boleh berdiam diri lagi.

****************************************************************

Matanya meliar mencari seseorang di dalam kafeteria itu. Kalau mengikut andaiannya, lelaki itu berada di sini kerana sekarang waktu makan tengahari dan kuliah juga sudah tamat. Pencariannya berakhir tatkala terpandangkan lelaki itu sedang duduk bersendirian di satu sudut kafeteria.Pantas dia mengatur langkah menuju ke situ.
" Assalamualaikum. Aku ada hal nak cakap dengan kau." Tanpa menunggu salamnya dijawab, Raihan terus menarik kerusi kosong di hadapan Hakim lalu duduk dengan raut wajah yang serius. Hakim terpaku dengan aksi spontan perempuan yang sudahpun duduk di hadapannya. Dia seakan dapat meneka tujuan Raihan menemuinya di situ.
" Kau dah makan belum? Kalau belum, pergilah order. Aku belanja." Hakim memulakan mukadimah.
" Tak payah. Aku datang nak bincang pasal Mardiah, bukan nak melantak." Tegas kedengaran suara Raihan.
" Aku dah agak dah. So, apa buah hati aku mengadu pada kau?" Mendengarkan soalan Hakim yang selamba itu membuatkan Raihan mengeluh.
" Sampai bila kau nak buat Mar macam tu, Kim? Kenapa kau tak berterus-terang je dengan dia? Kan lagi senang. Ni sampai menangis budak tu kau buat. Dah dekat 2 tahun, Hakim. Apa faedah kau nak menyakat dia terus-terusan macam ni? Boleh tekanan perasaan, kau tau tak?"
Hakim terdiam tatkala Raihan mengatakan Mardiah menangis. Namun disembunyikan perasaan itu.
" Kau tahukan kenapa aku buat macam tu? Aku rasa bahagia berada dekat dengan dia, Yan. Aku suka tengok muka dia merajuk, masam, marah-marah. Aku suka dengar dia membebel. Tapi aku takde niat nak buat dia menangis." Jujur dia membuat pengakuan itu. Memang benar, setiap kali dia menyuruh Mardiah melakukan sesuatu untuknya seperti menyanyi di depannya dan menemaninya ke library dirasakan seolah-olah ketika itu gadis itu miliknya seorang.
" Kau ni memang lelaki yang paling pelik pernah aku jumpa. Setahu aku, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan bahagiakan dia. Ni tak, kau sakat dia, kau suruh Mar buat macam-macam sampai dia gelar kau anak setanlah, mamat merenglah...Sakit telinga aku ni mendengarnya, tau! Kau ni betul ke sayangkan Mardiah ni?" Untuk sekian ke berapa kalinya Raihan bertanyakan soalan yang sama kepada Hakim. Kalau orang lain pun, mesti tidak mempercayai apa yang sedang berlaku ini.
Hakim merenung Raihan yang sudah bertahun menjadi temannya. Dia faham keadaan sahabatnya itu umpama ditelan mati mak diluah mati bapak.
" Kau tahu jawapan aku kan? Biarlah beribu kali atau berjuta kali kau tanya soalan yang sama, jawapan aku tetap tak berubah dan aku takkan jemu menjwabnya, Yan. Ya, aku memang sayangkan Mardiah. Lebih daripada seorang kawan. Aku tak kisah kalau orang nak cakap aku gila sebab buat orang yang aku sayang macam apa yang aku buat pada Mar sebab diaorang takkan faham apa yang aku rasa. Bila aku tengok wajah dia tengah marah or whatever akulah orang paling bahagia sebab aku rasa dekat dengan dia. Aku tahu dia gelar aku macam-macam. Aku tak kisah sebab asalkan aku dapat tatap wajah dia. Aku ikhlas cintakan dia, Raihan. Belum ada perempuan dalam hidup aku yang buat aku rasa macam ni melainkan gadis kesayangan aku yang bernama Ainul Mardiah binti Zahim." Hakim menundukkan wajahnya. Seolah-olah dia dapat melihat wajah gadis yang dicintainya itu menyanyi di tubir matanya semasa pertemuan pertama mereka dalam minggu orientasi. Ketika itu dia menyuruh Mardiah menyanyikan satu lagu yang jarang didengari olehnya. Muka gadis itu hanya masam mencuka semasa mendendangkan lagu kumpulan Element yang bertajuk Cinta Tak Bersyarat. Sejak itulah hatinya terpaut pada gadis itu dan mula membulinya dengan menyuruh melakukan macam-macam kerja.
" Tapi Hakim, jangan sampai Mar dah tak boleh tengok muka kau lagi baru kau nak terhegeh-hegeh nak beritahu tentang peraaan kau. Mar tu suka memendam rasa. Aku takut lain jadinya nanti. Terus-teranglah dengan dia." Pujuk Raihan. Rasa simpatinya melimpah-ruah.
Hakim meraup mukanya beberapa kali dengan kedua-dua belah tangannya. Tabiat yang biasa dilakukan apabila dia dalam dilema. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sambil mencari jawapan yang sesuai untuk dikatakan. Dia menoleh ke sebelah kirinya lalu menoleh ke arah lain. Namun pandangannya terhenti. Hakim menoleh semula ke kirinya dan dia terkedu seribu bahasa. Jantungnya seolah berhenti berdegup. Nafasnya seolah berhenti menderu. Raihan yang menyedari perubahan itu turut menoleh ke arah yang sama. Raihan turut trpaku.
Ainul Mardiah kaku berdiri di hadapan mereka berdua. Air matanya berlinang. Pandangannya menikam ke kalbu Hakim. Hakim dapat merasakan ada sendu di sebalik renungan mata bundar milik Mardiah itu.
" Mardiah..." Hakim cuba memanggil nama itu namun seolah-olah tersekat di halkumnya.

***********************************************************

Mardiah merenung tasik di hadapannya. Tempat yang sentiasa menantikan kehadirannya tika dia dalam kedukaan. Namun hari ini, ada perhitungan yang harus diselesaikan di situ. Bersaksikan semua ciptaan Pencipta sekalian alam ini.
" Assalamualaikum..." Kedengaran suara lelaki yang memang ditunggu sejam yang lalu. Memang sengaja dia datang awal untuk menenangkan fikirannya di tasik itu.
" Waalaikumsalam..." Perlahan Mardiah menjawab salam itu. Sedikitpun dia tidak berpaling kerana dia yakin itu suara lelaki yang pernah mengharu-birukan hidupnya satu masa dahulu. Namun sejak sebulan yang lalu, lelaki itu sudah tidak menganggunya lagi. Mereka hanya berbalas pandangan dari kejauhan dan setiap kali pandangan mereka bertemu dapat dirasai ada harapan yang cuba disampaikan padanya. Tanpa disedari ada rindu bermukim dalam hatinya terhadap gelagat lelaki itu.
" Terima kasih sebab sudi jumpa abang." Hakim memulakan bicara. Dia sekadar berdiri di sisi bangku yang diduduki oleh Mardiah. Inilah saat yang ditunggu-tunggunya. Penjelasan terhadap semua salah faham yang berlaku.
" Kenapa? Tak puas nak buli Mar lagi ke?" Sinis kedengaran jawapan daripada Mardiah.
Hakim tersenyum mendengar suara yang sekian lama dirinduinya itu. Masih dalam nada yang sama. Tapi dia tidak kisah asalkan dia dapat menghiburkan hatinya yang semakin rawan.
" Abang masih belum jelaskan keadaan yang sebenarnya pada Mar."
" Mar dah tahu semuanya. Mar cuma nak tahu satu perkara saja daripada abang."
" Apa dia?"
" Kenapa abang sanggup nak buli Mar daripada berterus-terang hal yang sebenar?"
" Sebab Kak Yan beritahu abang yang Mar dah macam-macam nama kat abang." Mardiah mengerutkan dahi lalu berpaling ke arah Hakim.
" Pasal tu je?"
" Yupp! Abang lelaki, Mar. Tak lepas daripada perasaan ego. Hati abang makin suka nak menyakat Mar bila dapat tahu Mar gelar abang macam-macam." Hakim jujur mengakui keegoan dirinya. Mardiah mengetap bibirnya.
" Abang tak marah Mar gelar abang bukan-bukan?"
" Bukan abang yang dapat dosa.." Dengan selamba Hakim menjawab. Mardiah menjeling tajam.
' Macam ni pun ada hati nak kenakan aku lagi...Kurang asam betul'
Hakim sengaja ingin membakar peraasan gadis kesayangannya itu. Dia rindu mendengar suara Mardiah yang sentiasa lantang membantah setiap arahannya dulu namun setiap kali itu jugalah Hakim akan menang bertikam lidah dengan Mardiah.
" Betul apa yang abang cakap pada Kak Yan masa kat kafe dulu?" Hakim menoleh ke arah Mardiah. Tidak disangka pertanyaan itu yang akan keluar dari mulutnya. Sangkanya pasti teruk Hakim dimaki hamun oleh Mardiah yang memang sedia maklim dengan sifat panas barannya itu.
" Cakap pasal apa?" Hakim berpura-pura tidak mengerti. Namun apabila tidak mendapat respon daripada Mardiah, Hakim tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
" Ya. Abang mengaku segala apa yang abang buat pada Mar bukan sebab abang dengki atau benci pada Mar tapi sebab abang sayang pada Mar. Abang nak sentiasa dekat dengan Mar..." Hakim mengeluh.
" ...walaupun abang tahu cara abang salah..." Perlahan saja Hakim menuturkan ayat itu menandakan kekesalan kerana perbuatannya dulu.
" Apa yang Mar dapat kalau Mar maafkan abang?" Mardiah sengaja menguji Hakim. Sebenarnya sudah lama dia memaafkan lelaki itu. Tiada gunanya kalau dia menyimpan dendam. Kak Raihan sendiri yang berusaha memujuk dan menyakinkannya bahawa niat lelaki itu memang ikhlas. Dan Mardiah rasa tidak salah sekiranya dia ingin merasai keikhlasan lelaki itu dengan cara yang betul.
" Mar akan dapat kasih sayang dan cinta yang tak terhingga daripada abang. Kalaulah itu benar-benar berlaku, abang dah bernazar nak botakkan kepala abang..."
Sejurus mendengar pengakuan itu, Mardiah terus berpaling memandang muka lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya untuk mendapatkan kepastian namun Hakim hanya berwajah tenang memandang pemandangan tasik di hadapan mereka. Dia terkejut sebenarnya. Sehingga begitu sekali nazar Hakim?
" Kenapa sampai macam tu sekali abang bernazar?"
" Kenapa? Mar nak tinggalkan abang ke sebab abang dah tak handsome nanti? Takpe, jangan risau. Muka abang lepas botak pun masih segak dan tampan sama macam abang ada rambut..."
Mardiah merasakan seperti dirinya dikenakan lagi. Lantas dia bangun untuk menampar lelaki tersebut. Namun Hakim yang memang sedia maklum akan keperitan tamparan Mardiah itu terlebih dahulu menangkap kedua-dua belah tangan Mardiah. Gadis itu cuba melepaskan diri namun apalah sangat kekuatannya berbanding Hakim. Pipi Mardiah mulai merah. Masakan tidak, selama hari ini dia cuba mengelak daripada menyentuh lelaki bukan muhrimnya.
" Abang, lepaslah...Tak elok pegang orang bukan muhrim..." Kata Mardiah sambil menundukkan wajahnya yang sudah dirasakan sudah merah kerana menahan malu. Hakim yang maklum keadaan itu mengambil kesempatan untuk untuk mengenakan gadis kesayangannya itu sekali lagi.
" Abang akan lepaskan tangan Mar dengan syarat Mar kena terima abang dulu."
" Nak paksa-paksa pulak. Suka hati oaranglah..."
" Oh, berlagak eh? Ok, abang tak lepaskan tangan Mar."
" Yela, yela...Mar terima. Dah la, lepaskan tangan Mar..."
" Terima apa?"
" Mengada-ngadalah abang ni...Lepaslah..." Tiada respon daripada Hakim. Pautannya terasa kejap. Akhirnya Mardiah mengalah.
" Ainul Mardiah binti Zahim sedia menerima Aidil Hakim bin Dato' Muhamad sebagai lelaki yang istimewa yang akan disayangi dan dicintai selagi ada jodoh antara kita dan selagi Yang Maha Pencipta merahmati perasaan antara kita ini. Sekarang, boleh saya mintak balik tangan saya?" Mardiah menguntumkan senyuman yang paling manis untuk lelaki yang mula bertahta di hatinya itu. Hakim melepaskan tangan Mardiah sambil tersenyum nakal.
" Dah lama hafal skrip yang Mar cakap tadi?" Hakim tersenyum sinis.
" Abang!!!"

Read More..