Cerpen : Tak Faham!!!
Nama Pena : sang ratu
"Mak……!!!!!" teriaknya. Hajah Munah terkial-kial mendapatkannya.
"apa dia...??"
"kasut Mila dah koYak ni..bila nak beli yang baru??" soalnya garang. Hajah Munah tersenyum.
"mana ada..ni..sikit je/..."
"ape pulak sikit...nanti kawan Mila ejek...malu la..." hajah Munah mengusap ubun-ubun anak kecil yang berusia 11 tahun itu.
"nanti mak beli kan ye..." kata. Anak kecil bernama Mila itu senyum.
"Okey...mak dah janji ye...." anak kecil itu terus berlari menuju ke kereta yang sudah tersedia terbuka untuknya.
19 July 1995
"hey...Mila....kenapa datang lewat ha?" soal Irfan. Mila menjelingnya.
"sibuk apa kau........suka hati aku laaa..." mereka melangkah ke bilik darjah. Irfan hanya menggeleng.
"Irfan...kau boleh tolong aku tak??" soal Mila. Irfan mencekik pinggang.
"pemalas lah kau ni....."
"bukan pemalas laaa...aku sibuk semalam dengan baby doll aku..." kata Mila. Irfan mencebik.
"nanti kau bodoh baru tahu......"katanya lalu mengeluarkan buku mathematicnya.
"aahhh..aku ni bijak..bukan macam kau......."kata Mila penuh angkuh.’
"kalau bijak...kenapa...malas buat kerja....bdoh namanya...." kata Irfan perlahan, tapi cukup di dengar oleh Mila.
"hey..jaga sikit mulut kau ye......kurang asam....!!!" jerit Mila. Irfan menutup telinganya. Pekak la telinga aku macam nih..
"Nur shamila....!!!" panggil cikgu Sarah. Mila mencebik.
"mana kerja kamu...??"
"tak siap..." selamba sahaja dia menutur.
"kamu ni..tak ambil berat langsung..tahu depan dah nak UPSR...sedar sikit Shamila....!!" bebel cikgu Sarah. Mila melihat dan menelek jarinya.
"cikgu ni...saya yang ambil periksa bukan cikgu...." katany a perlahan saja. Tapi Irfan menyikunya. Dia menjelir Irfan kerana tidak menolongnya.
" kamu...sekarang...keluar....pergi kat tengah padang sana..buat sampai siap..." kata cikgu.satu arahan veto.
"macam mana saya nak buat cikgu..tak Fahamm..." katanya. Cikgu Sarah makin pening dengan budak sombong ni sorang.
"Irfan.....tolong ajar dia...." kata kali ini. Malas dah layan.
"baik cikgu....." Irfan hanya menurut.
July 2001
"Irfan,,,,!!!" teriak satu suara. Irfan berpaling. Serena??
"kenapa?"
"nanti dulu....balik sama-sama....." Irfan hanya mengangguk. Serena memandang sekeliling.
"mana Mila...selalunya kau balik dengan dia....?" soalnya hairan.
"ohh..aku ada hal jap...biar lah dia...boleh balik sendiri......"serena mengangguk.
"boleh aku soal satu soalan??" soalnya. Irfan mengangguk.
"kenape eak..kau boleh tahan dengan perangai Mila.......??aku sendiri sebagai perempuan lagi tak tahan tahu..budak2 laki lain semua kutuk dia....tapi..hairan dengan kau ni......" Irfan dia sejenak.
"kau ada adik Ina?"s oalnya. Serena mengangguk hairan.
"so...apa kau rasa kalau dia sakitkan hati kau??macam tu lah..aku anggap dia adik aku.....kesalahannya aku maafkan....." katanya. Serena masih tak berpuas hati.
"aku tengok...dia tak layan kau macam abang pun......" Irfan tunduk., langkahnya makin laju.
"Fan........................!!!" panggilnya.
Segera Irfan pulang. Surat di peti surat di capai. Untuk
"MODH IRFAN HAJI SALLEH"
"Mak...ni ada surat dari Pak cik Daniel....." katanya. HajaH Manhaj mendapatkannya.
"hmm..bace lah apa yang di tulis...mak nak dengar......"katanya. dengan lafaz bismillah Irfan terus buka.
"kehadapan anak saudara pak cik yang pakcik sayang.....
Pakcik di Australia sihat,...kawasan kenctucky kelihatan sangat tenang, dan amat mendamaikan jiwa yang gundah, bissneess pakcik dah maju hingga ke tiga buah negara banyaknya, semuanya dalam keadaan stabil, tapi.....bsnees di Australia kurang pengurusannya. Dengan tulus niat pakcik mempelawa Irfan untuk bekerja sambil belajar disini,,...Irfan ada mewarisi sikap arwah abang Salleh,..pandai dalam perniagaan. Pakcik berharap sekali Irfan dapat terima, tentang bayaran Irfan jangan bimbang....biasiswa di bawah syrikat Pakcik....mohon pertimbangan
Pak cik Daniel"
Huh...satu hembusan nafas di lepaskan . hajah Manhaj diam. Dia juga.
"mak tak kisah Fan......pergilah....." wajah Irfan berkerut.
"maakk...siapa nak jaga mak kat sini?" soalnya bimbang.
"sudah lah Irfan..mak dah redha.....pergilah menuntut ilmu dan mencari rezeki yang halal......"itu satu pesanan. Irfan masih bingung.
Dia melangkah ke kamarnya. Duduk di birai katil, dan mencapai satu frame gambar, di air terjun, dia dan /.....Mila..sahabat lamanya,
"perlu ke..aku tinggalkan Mila???arwah bapanya pesan kepada aku..supaya jaga dia...tak kira apa pun yang berlaku....tak...aku tak leh tinggalkan dia....." katanya sendiri. Akhirnya entah bila dia terlelap.
"hey....Makan lah...." kata Mila keras. Irfan hanya memandang nasi lemak di hadapannya.
"tak de selera lah..."
"eeiii..mengadalah kau ni..jangan nak manja2 dengan aku ye..." kata Mila. Irfan tersenyum.
"ape salahnya buat kali terakhir??" soalnya. Dahi Mila berkerut,
"Ops....ok..aku makan...."katanya.
"cepat sikit...dah lewat ke sekolah ni........pagi ni subjek Chemi......" katanya. Irfan hanya mengangguk.
"ha..Irfan..kau pernah dengar tak pasal talian kimia yang cikgu cakap tadi?aku rasa hairan,,tak sangka manusia pun ade talian kimia kan?aku ingat mende2 kimia je ade, "
"maksud kau...."
"isy..kau ni..tak dengar ke cikgu cakap tadi??kata dia, contohnya, bila kau ade kat tempat jauh...kau teringatkan aku......secara automatik aku pun terinngat kat kau.......tapi..kalau dekat macam mane//?" soalnya sendiri.
"kalau dekat.....mesti salah seorang je yang rasa..........atau...kalau seorang rasa sakit...mybe dy rasa sakit gak....." kata Irfan lagi. Mila mengangguk.
"ehh...baru teringat aku nak tunjukkan kau sesuatu..tapi bukan untuk kau...."kata Mila. Mereka melangkah ke taman sains di belakang sekolah. Ada kolam disitu.
"apa dia Mila....??"
"tu....." Mila menunjuk pada seekor anak kura-kura yang berenang-renang dalam kolam.
"hey..dari mana dia datang?" soal Irfan Hairan.
"aku jumpa dalam semak sana...kesian la......kat parit pulak tu..jadi..tak kisahkan.aku bawak kat sini??" soalnya. Irfan tersenyum, timbul rasa kagum apa gadis itu.
"nama dia apa kau bagi?" soalnya.
’ermmm..nama dy eak??Milary??" soalnya, dahi Irfan berkerut.
"nama ape tu....??"
"kau dan aku...Mila...dan Ir..Fan..." katanya. Irfan tersenyum senang.
"dah..jomlah……..biarlah dia berenang kat situ….." kata Mila,
1 January 2002
KLIA....
"tak nak bagitahu Mila ke Fan?" soal Hajah Manhaj. Irfan senyum, suasana di KLIA, agak bingit memandangkan ramai yang akan bertolak ke Autralia juga.
"jangan risau la mak...dia bukan amik tahu pun pasal Fan..Cuma..."
"Cuma apa?"
"er...tak ada apa...mak kirim salam kat dia ehh..."
RUMAH IRFAN
"Asslamualaikumm...." teriak satu suara. Hajah Manhaj menjenguk dan tersenyum, lama benar tidak lihat gadis itu.
"wsalam..naik lah Mila..." Mila melangkah naik, dada nya berkocak. Ditangannya ada bekas, ada Milary dalam nya.
"duduk lah dulu Makcik buat air.."
"ehh...tak pe....tak susah payah2.....ni...mana Irfan mak cik?" soalnya. Hajah Manhaj terpaku. Ternyata memang dia tak tahu pasal Irfan
"er..Irfan dah lama pergi...." tiba-tiba bekas itu terjatuh ke lantai.
"pe...pergi...??" dia mengangkat kembali bekas itu dan letak diatas meja.
"pe..gi mana makcik?" soalnya lgi.
"Australia....dah seminggu lebih Mila....." Mila diam. Entah...tak tahu apa yang dirasanya. Sepi, luka?sedih?kehilangan?rindu?marah?benci? tak tahu..dia tak tahu... terus dia lari keluar. Dan terus berlari. Tangisan makin lebat. Lebat.dan lebat.
‘penipu...!!!!!!!!!!!’ hanya hatinya yang menjerit. Tiba-tiba........
KENTUCKY
"Mila...!!!" dia terjaga dari tidur.
"Astaghfirullah...." dia meraut wajahnya. Terus dia mencapai telefonnya. Menekan punat selaju yang mungkin.
"mak...??" soalnya. Hajah Manhaj sedang tersedu,
"er....Fan......ada apa...?"
"mak...apa dah jadi,,,kenapa mak menangis?" soalnya cemas. Hajah Manhaj serba salah.
"Fan.....semalam.....Mila...terjun ke parit dalam........"
"Astaghfirullah.....kenapa Mak??"
"lepas dia tahu kamu ke Australia........." Irfan Hairan,
"mak..macam mana dia sekrang??"
"masih belum sedar, badannya luka-luka....pulanglah jenguk dia Fan....masih meracau..nama Fan.........." kata Hajah Manhaj tersedu. Irfan meraut wajahnya.
"mak..nanti Fan bincang dengan uncle Daniel dulu......."
HOSPITAL BESAR KLANG:MALAYSIA.
Dari jauh dia menatap Mila penuh kasih. Sahabatnya. Mengapa jadi begitu. Mila di suap makanan oleh ibunya. Wajahnya penuh luka.
"Fan..masuklah..." katanya Hajah Manhaj. Irfan hanya mengangguk. Perlahan dia menolak pintu bilik itu. Mila memandangnya.begitu juga Hajah Munah. Mata Mila bulat. Siapa di depannya. Tak tahu apa perasaannya. Gumbira?marah?sakit hati? Benci?suka?? dia tak tahu. Lama dia memandang tubuh itu berjalan kearahnya. Bibirnya bergetar. Irfan memandangnya tenang.Hajah Munah menyerahkan mangkuk bubur itu kepada Irfan. Kemudian tergesa-gesa keluar.
"apa khabar.......??" soalnya. Mila diam.
"apa kau buat kat sini...bukan ke kau kat Australia?" soalnya.
"mila..kenapa kau jadi macam ni/??" dia menyentuh wajah gadis itu., penuh luka. Tiba-tiba air mata Mila menitis, segera di kesat.
"aku....terjatuh laaa......." dalihnya. Dia memalingkan muka. Kearah lain, tak mahu pandang Irfan.
"Mila.......aku minta maaf....." Mila hairan.
"tak de kaitan dengan kau......."
’ada...!!" Mila kaget.
"arwah ayah kau pernah pesan pada aku suruh jaga kau......." katanya. Mila diam.
"Ayah??" dia mengangguk,
"tapi aku tak mampu Mila.......maaf....." katanya. Dia bangkit.
"Fan...kau nak pergi mana?" soalnya. Irfan membelakanginya.
"carilah orang yang mampu bahagiakan kau.....aku bukan layak jaga kau...." katanya, tiba-tiba Mila turun dari katil dan mendakapnya dari belakang. Irfan kaget.
"Jangan Fan...Jangan....Jangan Tinggalkan aku........!!" tangisnya. Ini kali pertama dia lihat gadis itu menangis dan merayu padanya.
"please..aku merayu fan....tolong Fan...jangan pergi......." rayu nya lagi. Ahh,,,air mata Irfan hampir tumpah. Dia memandang belakang dan meleraikan dakapan Mila.
"kenapa Mila?" soalnya,
"seb.....seba.....b......aku ta....k ...tahu....!!!!" katanya kuat. Dia memegang kepalanya.
"Irfan..aku tak boleh kehilangan kau.......jangan tinggalkan aku......" langkah refleks, Irfan terus mendakap Mila, demi menenangkan gadis itu, rasa serba salah, sebab tidak beritahu gadis itu.
"tenang Mila....kita kan kawan..tak mungkin aku akan tinggalkan kau..." kata Irfan sebak.
"aku takut Fan....."
"takut apa?"
"kau pergi dari aku....a..aku..minta maaf..atas kelakuan aku yang tak..........."
"shu........." dia meletak jari di bibir Mila.
"aku tak pernah persoal tentang tu Mila.......aku sayang kau........." Mila hanyut dalam dakapan Irfan. Mustahil dia akan lepaskan Irfan. Benci...kenapa perasaan gila ni datang.??jatuh egOnya.
BLUEGRASS AND PENNYROYAL.:Australia.
"PAPA...!!!Look that white horse......I wanna it,...I wanna...!!" teriak Farah, anak sulung mereka. Irfan tersenyum.
"no ….Farah…..get inside nOw….." marah Mila. Anak kecil itu muncung panjang.
"ohh..really beautifulll" ejek Mila bila Farah bemuka begitu.
"papa…did mama jeolus??" soalnya pada Irfan. Irfan gelak kecil. Mila mencekak pinggang.
"Farah…..look….mama beautiful when her angry right??" soalnya. Farah tersenyum dan mengangguk.
"papa...did my Face like mama??" soalannya itu membuatkan Mila tertawa.
"yess my dear....."
"Ok..Father and daughter...lets get in....already late to solah maghrib....." katanya. Mereka sama2 melangkah masuk.
Cerpen : This I Promise You
Nama Pena : Dahlia
Dalam diam, terasa air mata bertakung di kelopak mataku. "Berangan ape tu Cik Zaira? Teringat buah hati ke?" sergah Aina. Hampir menitis air mataku! mujur aku sempat mencapai sehelai tisu di atas meja. "Pandai la kau Aina, aku tengah feeling dengar lagu ni la" balasku sambil menanggalkan headphone yang terpakai di kepalaku dan mengesat air mata yang tak sempat gugur. "Kau jangan nak coverline la Zaira, aku tau kau rindu kat mat saleh celup tu, kan? Aina membalas dengan senyuman manis sambil beredar ke pantry. Sabar Zaira, inhale…
Sudah bertahun-tahun aku menunggu dia pulang. Adam Zafir McSmith, anak kacukan Melayu-Inggeris yang aku kenal 15 tahun dahulu. Semuanya bermula apabila keluargaku menjadi jirannya ketika di Birmingham. Kedua ibu bapaku melanjutkan pelajaran di England sewaktu aku berusia 10 tahun, dan dari usia itulah aku mula berkenalan dengan Zafir. Pada awalnya aku sukar menyesuaikan diri di tempat baru, tambahan pula dengan Brummie accent yang menyukarkan aku memahami pertuturan masyarakat di sana. Tapi Zafir tak pernah lelah mengajar aku, dan sebagai balasan, aku pula perlu mengajar dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Tak ubah seperti ayam dan itik, tapi itulah titik permulaan persahabatan kami.
Hampir 5 tahun di England, mama dan abah mengambil keputusan pulang ke Tanah Air. Aku kecewa pada mulanya, kerana aku sudah serasi dengan kehidupan di sana, dan untuk pulang ke Malaysia, bermaksud aku akan berpisah dengan sahabatku, Zafir. Rutin harianku pasti berubah selepas itu, tiada lagi jogging di waktu petang, tiada lagi lawatan ke muzium dan galeri seni pada hujung minggu, dan tiada lagi teman menonton wayang setiap kali filem baru ditayangkan. Zafir turut menyatakan yang dia akan kehilangan kawan, dan dia berjanji untuk datang ke Malaysia sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke universiti.
Kehidupan di Malaysia tidak banyak berubah, walaupun 5 tahun aku dibesarkan di England, aku masih mampu menyesuaikan diri dengan cepat pada sistem pembelajaran di Malaysia. Masalahnya cuma satu, setiap kali matapelajaran Bahasa Inggeris berlangsung, aku lah pelajar yang akan mendapat jelingan tajam pelajar-pelajar lain. Bukan niatku untuk berlagak, tapi 5 tahun sudah cukup membuatkan lidahku lentur mengikut dialek Inggeris. Maaf ye kawan-kawan, tak berniat pun…
Sepanjang aku di sekolah menengah, aku sering berhubung dengan Zafir melalui e-mail, dan pada cuti panjang selepas peperiksaan SPM, dia telah mengkhabarkan berita yang aku nantikan 2 tahun lamanya. Malah, berita yang aku terima adalah lebih baik daripada apa yang aku harapkan. Dia dan keluarganya akan berpindah semula ke Malaysia. Saat itu, aku lah insan paling gembira, aku akan berpeluang melakukan semua aktiviti yang kami gemar lakukan ketika di Birmingham. Cepatlah pulang Zafir! I miss you dearly.
Mungkin pada usia 17 tahun, aku masih terlalu mentah untuk jatuh cinta. Aku sedar mata-mata yang memandang setiap kali aku keluar berdua dengan Zafir. Ada sahaja perempuan yang tersengih-sengih ingin berkenalan dengannya, tapi Zafir tetap cool. Tak pernah pula aku melihat dia menggunakan wajahnya untuk mendapatkan mana-mana perempuan. Memang banyak perubahan pada dirinya selama 2 tahun kami tidak berjumpa. Dia semakin tinggi, rambutnya yang perang dan dipotong pendek itu menyerlahkan anak matanya yang biru. Zafir lebih mewarisi ciri-ciri Inggeris ayahnya berbanding ibunya. Mungkin juga kerana ibunya, Aunty Sophia, merupakan kacukan Melayu-Cina, membuatkan wajah Zafir memang manis dan menarik pandangan mana-mana gadis remaja. Tapi aku hanya mampu memandang dia sebagai seorang kawan.
Hanya setahun setengah dia berada di Malaysia sebelum dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya semula di University of Birmingham. Pada mulanya aku jadi marah, sedangkan di Malaysia terlalu banyak IPT, perlukah dia kembali ke tempat kelahirannya untuk ke universiti? Tapi aku hormati keputusannya, sedangkan dia tidak pernah masuk campur dalam pilihanku untuk belajar dalam bidang sastera inggeris, takkan aku pula menghalang cita-citanya menjadi seorang arkitek.
Beberapa hari sebelum dia pulang ke Birmingham, dia mengajak aku untuk keluar jogging. Seperti biasa, aku tidak menolak pelawaannya. Selepas berjogging, kami berjalan bersebelahan tanpa sebarang kata, kedua-duanya lebih senang melayan perasaan masing-masing. Dan sedang aku leka memerhati orang ramai beriadah, dia menarik tanganku perlahan untuk duduk di sebuah bangku. Buat pertama kali selepas hampir 10 tahun kami berkawan, aku berasa kekok dengan perbuatannya itu. Hati aku menjadi berat mengenangkan perpisahan kali kedua yang bakal kami hadapi.
"I'm going to miss Malaysia you know. Tapi kalau ada peluang, Zafir balik lah masa cuti semester nanti, ok?" nadanya seakan memujuk. Seolah-olah dia tahu, aku benci kehilangannya. "What if you found yourself a girlfriend back in Brum? Mesti lupa terus pada Malaysia kan? And this friend of yours…?" aku bertanya seakan menunjukkan rasa protesku. "Zaira,remember the e-mail thatI forwarded to you?" balasnya. "Which one? I still have hundreds of emails from you." Antara acuh dan tidak aku bertanya. "Wanita ibarat sebiji epal? Masih ingat? " dia cuba mengingatkan aku. Segera aku cuba mengingati isi kandungan e-mail tersebut, tapi apa kaitan dengan soalan aku tadi? "And your point is…?" aku mahu dia menjelaskan maksudnya yang tersirat. "I think i have found that particular apple on top of the tree, and I want to have it. Tapi bukan sekarang. I need to have a stable life, a future. Then only, will I think about having a girlfriend, you silly!" dia mencuit daguku dan tertawa. Aku tak pasti apa maksudnya. Otak yang segar selepas berjogging nampaknya gagal mencerna maksud kata-kata Zafir tu. Usai tawanya, dia mengajak aku pulang ke rumahnya untuk bersarapan.
Seharian aku membantu dia mengemas barang-barang yang akan dibawa, meskipun tidak banyak yang akan dibawa, masa yang diambil lama kerana Zafir sering mengusik aku dengan jenakanya. Dua hari sebelum dia berlepas ke Birmingham berlalu dengan begitu pantas. Entah kenapa aku berat hati untuk melepaskan dia pergi. Atau mungkin aku takut melepaskan sesuatu yang bukan milikku? Malam itu, aku mengikut keluarganya ke lapangan terbang. Walaupun kami tiada hubungan yang lebih daripada sebuah persahabatan yang akrab, aku tidak pernah kekok bersama keluarganya, seolah-olah aku sebahagian daripada keluarga itu dan dia sebahagian daripada keluargaku. Uncle Zarith, Aunty Sophia dan adiknya, Sarah melayan aku cukup mesra.
"This is for you" dia menghulurkan sebuah kotak kecil bersampul pembalut bewarna hijau lembut kepadaku. "it's nothing much, but incase if you miss me…" dia menyambung. Air mata di kelopak mataku sudah mula bertakung. Bodohnya aku kerana tidak membelikan apa-apa untuk dia! Entah bagaimana aku boleh terlupa. Mujur aku terpandang key-chain berbentuk monumen Perrott's Folly yang tergantung pada begku. Key-chain yang aku beli dahulu ketika kami melawat sebuah galeri seni. "I have nothing in return, but do you still remember the time we bought this?" aku tidak menoleh sedikit pun ke arahnya. Sambil menahan air mata daripada jatuh, tanganku ligat cuba menanggalkan key-chain tersebut daripada begku. Akhirnya, Zafir yang menanggalkan key-chain tersebut daripada begku. Pastinya kesedihan aku terpancar ketika dia melihat tanganku yang menggigil ketika cuba menanggalkan key-chain tersebut. Akhirnya dia pergi juga, dan kali ini dia membawa separuh hatiku bersamanya. Ataupun, hanya aku yang telah memberikan separuh hatiku kepadanya.
_______________________
5 tahun berlalu, dan aku tidak lagi mendengar khabar berita darinya. Setahun dia di sana, kami semakin jarang berhubung, dia tidak pernah pulang bercuti dan kali terakhir aku mengirim salamku padanya melalui Sarah ketika mereka sekeluarga berpindah semula ke Birmingham 3 tahun yang lalu. Aku benar-benar terluka, tapi aku hanya mampu meluahkan perasaanku pada adikku, Hana. Hanya dia yang tahu bahawa aku menyedari perasaanku sebenar pada Zafir ketika malam dia berangkat. Dan hingga hari ini, hanya Hana yang tahu aku mencintai Zafir dan menunggu dia pulang ke tanah air. Aku tahu, penantian aku mungkin tiada penghujungnya. Mama dan abah juga sudah mula bertanya soal jodohku. Tapi aku masih mahu menunggu Zafir, walau usiaku kini menginjak 25 tahun. Hanya alasan demi alasan mampu ku berikan, tapi perasaanku pada Zafir masih menjadi rahsia daripada pengetahuan mama dan abah. Lamaran demi lamaran aku tolak demi Adam Zafir.
Semalam Aina berjaya mengorek kisah aku dan Zafir. Semua gara-gara kesilapanku apabila dia terlihat aku membuka semula nota yang diberikan oleh Zafir bersama pemain mp3 yang dia hadiahkan kepadaku. Memang satu kesilapan bila sesuatu seperti itu berlaku, Aina terkenal dengan mulutnya yang banyak celoteh, habis semua rahsiaku di bongkar. Mujur saja dia tidak membaca nota itu sekuat hatinya di pejabat semalam.
Dear Zaira,
Remember the apple on top of the tree? To me, it is you. I may not be brave enough to get you today, but wait till I have owned the braveness. Don't you ever lower down your dignity to get some love from a man. Give me the chance to be the man in your life. Wait for me, and I will come for you. I will take you from the top of that tree in the sweetest way. This I promise you.
Your knight in shining armor,
Adam Zafir McSmith
Nota tersebut disertakan dengan pemain mp3 yang berisi lagu-lagu kegemaran aku. Lagu pertama ialah lagu nyanyian Nsync, This I promise you. Selainnya, lagu-lagu yang kami kongsi bersama ketika membesar di England. Dengan apa yang dia berikan, aku mampu menunggu dia pulang, walaupun berpuluh tahun lagi. Hana sering menganggap perlakuanku seperti si dungu. Dia merasakan Zafir sudah melupakan aku, dia hanya mempermainkan perasaanku, menipu aku dengan kata-katanya. Tapi entah kenapa, hatiku merasakan sebaliknya. Pasti ada sebab dia masih belum pulang. Mahu sahaja aku menjejaki dia di sana, tapi aku masih belum mampu dengan gajiku yang kecil sekarang. Suatu hari nanti. Mungkin.
______________________________
Suatu hari, sepulangnya aku dari pejabat, aku di sambut dengan senyuman Hana yang tak ubah umpama kerang busuk di pintu pagar. Apa kena adik aku ni? "Along, I was wrong." Katanya sambil menghulurkan sepucuk surat bersampul biru. Jantungku hampir gugur melihat alamat pengirim. Perlahan-lahan aku membuka sampul surat itu, sedang seribu soalan mula menari ligat di dalam mindaku.
Sepucuk surat yang meleraikan segala kegusaran aku selama 5 tahun. Zafir menyampaikan berita kepulangan Uncle Zarith dan Sarah ke Rahmatullah 2 tahun yang lalu akibat sebuah kemalangan. Kemalangan yang juga meragut semangat dan kekuatan Aunty Sophia. Aku turut bersedih dengan kehilangannya, dan aku bersyukur kerana kesabaran aku selama ini punya hikmah tersendiri. Dia mengambil masa yang lama untuk menghubungiku kerana dia tidak mahu aku melihatnya sebagai seorang insan yang lemah. Beberapa bulan selepas dia mengirimkan surat tersebut, dia pulang bersama ibunya. Tiada lagi penantian, pernikahan aku dan dia berlangsung secara sederhana. Kami sekeluarga menetap di Malaysia hampir setahun sebelum Zafir mendapat panggilan kerja di Birmingham.
Hari ini, sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi Birmingham bersama cahaya mataku, Sarah Aliya binti Adam Zafir McSmith. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan aku seorang suami setabah Zafir, seorang yang berpegang pada janjinya dan meletakkan kedudukan tinggi buat wanita yang di kasihinya.
Sayang, this I promise you...
When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when its gone
The one you should call,
Was standing here all along..
And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
