Cerpen : Hati Sang Pencinta
Nama Pena : abg aloha
"Salam apa kabar? Sihat ke? Semalam awak buat apa?" Bertubai-tubi persoalan yang ditekskan kepada JD sewaktu membaca sistem pesanan ringkas pada skrin telefon bimbitnya.
JD tidak terus membalas teks tersebut, sebaliknya hanya berfikir dan termenung jauh menunggu masa yang sesuai untuk membalas pesanan ringkas tersebut. Fikiran masih lagi teringat dengan perlakuannya beberapa hari yang lalu.
"Siapa yang mesej tadi?" Tanya Rina yang duduk disebelahanya sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain. JD tidak terus membalas sebaliknya hanya duduk terdiam membisu.
"Kau ni pun, kalau tak balas tu faham-faham aja la. Kan dia dengan Zila tengah berperang besar" Sampuk Omar.
"Kau ni JD, kenapalah selalu gaduh macam ni. Aku pening dengan perangai kau orang ni" Ujar Rina dengan nada nasihat tetapi pada masa yang sama menyindir.
"Boleh tak kau jangan menyampuk dengan masalah dia orang. Nanti baiklah tu. Macam tak tahu aja" Omar menolong menjawab pertanyaan Rina.
JD hanya diam dan terus mendiamkan diri tanpa membalas pertanyaan daripada Rina. Buku ditangannya dibelek satu persatu, tiada rasa mahu mencari maklumat di dalam belekan itu. Fikirannya masih lagi melayang dengan perkara yang berlaku beberapa hari yang lalu.
Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Omar masih lagi rancak berdebat dengan Rina, JD terus bangun dan beredar dari situ tanpa mengendahkan perdebatan yang tiada penghujungnya. Langkahnya yang penuh dengan kekesalan, pergi menjauhi rakan baiknya itu. Omar dan Rina memandang kelibat JD yang semakin menjauhi daripada pandangan mereka.
"Kenapa dengan JD tu?" Tanya Rina.
"Entah, kau kalau tak tahu pucuk pangkalnya jangan nak buat-buat andaian. Aku rasa kali ini mesti ada masalah besar yang JD tak nak kita tahu." Jelas.
"Apa ek masalahnya?" Rina mula memikrikan perkara yang sukar baginya.
"Aku harus mencari punca?" Benak Omar.
* * *
"Kenapa tak angkat call saya? Saya ada buat salah ke?" Pesanan ringkas itu tepat setelah JD menyelesaikan solat maghrib, Zila sekali lagi menghantar pesanan ringkas. Tetapi kali ini, JD membalas pertanyaan Zila itu.
"Awak, saya minta maaf. Buat masa ini, saya perlukan masa. Saya betul-betul tidak bersedia lagi. Saya minta maaf. insyaAllah, nanti kalau panjang umur saya akan ceritakan kepada awak. Apa yang awak perlu tahu, saya sayangkan awak" panjang mesej yang dibalas oleh JD. Tetapi mesej itu jugalah mesej yang terakhir diberikannya setelah itu.
JD pergi jauh tanpa diberikan khabar berita. Zila yang benar-benar mencintai JD menunggu dirinya kembali menjelma tanpa ketahui perkara yang berlaku. Begitu juga dengan Rina dan Omar, merekalah yang menjadi penjaga kepada Zila sesuai dengan amanat yang diberikan oleh JD, sepeninggalannya.
Juah ke utara JD merantau, dari keriuhan kota metropolitan, dia merantau ke desa yang terpencil iaitu salah satu desa di negeri Perlis. Di sana dia mencari kedamaian dalam hatinya. Mencari nur dan ketenangan jiwa yang sedang berkocak. Hatinya mula menangis dan merindui kedamaian yang semakin samar menghilang.
"Jika mencari kedamaian, jangan difikrikan perkara yang telah lalu". Nasihat daripada seorang kawan sering diingatinya. Dengan nasihat inilah membuatkan JD mengambil keputusan mencari kedamaian hati. Perasaan yang bercelaru membuatkan hatinya semakin berdesir. Mulutnya tidak lepas daripada bertasbih dan kalimat yang tidak lekang keluar memuji-muji nama Tuhan Pencipta. Begitu berdosa JD kepada ibu, bapa, Zila malah kepada Tuhan Yang Esa.
"Maafkan saya, Saya tidak sengaja melakukannya. Saya tidak sanggup menceritakan perkara yang sebenarnya kepada awak, kerana Saya takut kehilangan awak. Saya ingin mencari kedamaian dan mendapatkan kembali keberanian yang telah hilang. Saya tidak sengaja. Saya minta maaf Zila. Saya minta maaf." Sepeninggalan JD ke Perlis, dititipkan satu perenggan kata hati daripada JD yang menyatakan dirinya akan pergi buat sementara waktu.
Dengan sepucuk surat walaupun isinya tidak dapat memuaskan hati Zila, tetapi dia tetap hargai keputusan JD yang ingin pergi jauh mengembara walaupun tidak dapat dihubungi. Sikap Zila yang seorang bertolak ansur dan memahami. membuatkan hubungan mereka kekal sebagai pasangan kekasih walaupun usia yang terikat itu mengalami keretakan. Sikap JD yang berubah, membuatkan Zila tidak mengenali lelaki yang dikenalinya itu hampir 4 tahun yang lalu.
"Walau apa yang berlaku aku akan tetap menjadi pendamping kepada dirinya meski pun diri aku tidak mengetahui perkara yang sebenarnya" Kalimat itu sering kali ditasbihkan menjadi penenang hati yang kian pualam.
"Aku akan berikan dia masa, mungkin ada masalah yang ingin diselesaikan" Zila meneguhkan kata-katanya itu.
Setiap hari dirinya merindui kekasih hatinya yang tidak mengirimkan khabar berita. Zila telah beberapa kali Cuma menghubungi JD untuk melepaskan kerinduan, namun usahanya sia-sia kerana telefon bimbitnya dimatikan. Ayah dan ibu JD juga keliru dan buntuh dengan perubahan drastik anak bongsunya itu. Khabar juga tidak dikirimkan kepada mereka apatah lagi kepada Rina dan Omar.
"Abang, mari kita cari JD, Mah risaulah dia tak pulang-pulang. Dah seminggu dia tak pulang ke rumah, khabarnya pun kita tak dengar" Maimunah mengusulkan pendapat kepada suaminya.
"Kita nak cari dia di mana? Di kampung? KL nilah kampung kita. Nak cari di rumah kawan-kawan dia? Dah semua rumah kawan-kawan dia kita pergi, tapi masih tak ada juga." Jawab Nasir seorang pegawai askar yang aktif lagi memberikan khimatnya kepada negara. Ketegasannya mendidik membuatkan anak-anaknya lahir menjadi seorang yang berdisiplin.
"Ala, kita telefon polis aja. Mah risau sangat-sangat ni"
"Awak ni, kan dia kata dia nak bersendirian, tak guna kita telefon polis. Saya yakin anak kita tak apa-apa"
"Awak ni, langsung tak risaukan anak kita!"
"Saya ni ayahnya, mestilah saya bimbang dan risau. Mah, kali ini kita ikut aja rentak dia. Dia mungkin ada masalah dan kita perlu berikan dia semangat dan berikan dia ruang waktu untuk menyelesaikannya"
Maimunah terduduk di atas sofa dan berdiam diri. Kata-kata suaminya ada benar juga. Anak bongsunya itu telah mencecah hampir 23 tahun, sudah dewasa dan berfikiran waras, dan seorang yang pandai berdikari. Tidak hairanlah jika dicampakkan ke mana-mana, anaknya masih lagi dapat meneruskan kehidupan.
Kebimbangan Maimunah ditenangkan oleh Nasir. Saban hari hati wanita berusia pertengahan umur itu bercelaru dan bimbang memikirkan keselamatan anaknya itu. Nasir walaupun tampak tenang, tetapi JD itu tetap anaknya. Perlakuannya terhadap kesemua anak-anaknya dididik seperti seorang askar, tetapi jauh disudut hatinya, dia amat menyayangi anak-anaknya termasuk JD. Setelah selesai solat, Nasir ratib dan bertasbih menyebut kalimat-kalimat suci kepada Ilahi. Doa tidak pernah terlepas dan menjadi pelengkap kepada solatnya.
Air mata kejantanan Nasir mula terbit, bermunajat kepada Ilahi supaya anaknya itu selamat dan bersama dengan orang-orang yang soleh.
* * *
"Assalamualaikum..."
Tiba-tiba satu suara menerpa muka pintu rumah sewa Zila dan Rina. Mata tetamu yang datang tidak diundang itu menjeling-jeling dari tingkap mencari kelibat penghuni rumah. Terlihatnya ruang tamu kosong tanpa ada sosok tubuh di dalamnya.
"Assalamualaikum..." Sekali lagi tetamu itu memberi salam, akhirnya kali ini salamnya berbalas tetapi bukan dari dalam rumah, tetapi daripada belakangnya.
"Waalaikumusalam, ya awak cari siapa?" Jawab Zila kehairanan. Payung ditangannya dilipatkan. Walaupun cuaca tidak hujan atau gerimis, payung setia disamping Zila menapis sinaran mentari yang membakar umbun-umbun kepalanya.
"Awak Zila ke?" Tanya tetamu itu.
"Ya saya, awak siapa?" Balas Zila kehairanan.
"Siapa saya itu tak penting. Saya ada sesuatu perkara mahu ceritakan kepada awak" Ujar tetamu itu.
"Baiklah, kita bincang di dalam. Jemput masuk"
"Ehh...tak apalah. Kita berborak di luar. Lagi pun saya tak akan lama"
"Baiklah, awak terangkan apa hajat awak datang ke sini?"
Tetamu itu mula memandang ke seliling sebelum memulakan ceritanya. Melihat ke bumbung, bahangan mentari kian memanaskan keadaan. Tetamu itu khuatir masuk ke dalam rumah, dia takut dimarahi dan dicaci oleh Zila sebaik sahaja mendapat berita yang ingin dikhabarkan.
"Zila, sebelum saya memulakan cerita, saya ingin memohon maaf kepada awak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya kenal dengan teman lelaki awak, JD. Kami baru sahaja berkenalan beberapa minggu yang lalu. Saya dapat tahu alamat rumah awak, kerana saya bertanya dengan rakannya, Omar. Sepatutnya saya telah jumpa awak atau JD beberapa minggu yang lalu, tapi saya tak sangka perkara yang berlaku ini membuatkan JD pergi jauh." Terang tetamu itu dengan nada yang kesal.
"Perkara yang berlaku? Saya tak faham? Apa awak cuba katakan kepada saya sebenarnya?" Pinta Zila. Permintaan Zila itu membuatkan tetamu wanita itu menelan air liurnya beberapa kali sebelum meneruskan topik perbincangan yang sudah mencapai klimaks.
"Baiklah biar saya berterus terang kepada awak. Saya dengan JD baru berkenalan, dan saat pertama kali berkenalan saya telah terlanjur dengan dia" Tetamu perempuan itu terus menundukkan kepalanya. Dia sedia terima kemarahan dan cacianya yang bakal diterima oleh Zila.
Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Zila tidak memberangkan dan membengiskan kemarahannya. Dia hanya terdiam dan membisu. Dalam terdiam itu, air matanya mula menitis, raut wajahnya disulami dengan kegelapan dan kesedihan. Kekesalan berita yang baru diterimanya kian menebal. Zila terus melangkah, mengeluarkan kunci daripada poketnya untuk masuk ke dalam rumah.
"Zila, tunggu dulu Zila." Tetamu itu cuba menerangkan keadaan yang sebenanrnya. Tangisan sendu wanita itu mula terbit dan membising. Zila terus diam, diamnya itu penuh dengan pelbagai makna. Air matanya menderai dengan derasnya. Hatinya luluh dan rapuh.
"Saya minta maaf Zila, saya minta maaf zila. Saya sujud awak Zila, ini semua berlaku tak sengaja dan saya minta maaf Zila"
"Jangan!!! Jangan awak sujud kepada saya. Hanya yang layak disujud adalah Dia Yang Esa." Zila mula mengalah. Rengekan dan raungan tangisan wanita itu membuatkan hatinya kian berhela nafas panjang.
"Bangun. Jangan pegang kaki saya. Bangunlah" Zila membangunkan wanita itu yang masih lagi melutut dan memegang kaki kanan Zila.
"Saya minta maaf Zila. Saya tahu semua ini salah. Saya minta maaf. Saya betul-betul nak berubah dan saya nak awak tahu, yang JD amat menyayangi awak" Jelas wanita itu.
"JD? Awak tahu dia di mana?" Zila mengesat air matanya. Wanita itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Saya minta maaf Zila"
"Baiklah, saya maafkan awak. Tapi dengan beberapa sayarat. Awak bawa saya berjumpa dengan dia dan selepas perkara ini selesai, saya nak awak pergi sejauh-jauhnya daripada hidup kami."
"Baiklah saya berjanji Zila" Air matanya kian terbit sepuas-puasnya. Dipeluk Zila kerana memaafkannya yang telah membuat dosa yang amat besar. Zila cuba menenangkan wanita itu dan memberikan kata nasihat atas perbuatannya.
Zila sedar, setiap manusia ada buat salah. Dan ini adalah salah satu daripadanya. Walaupun amat perit bagi Zila menerima berita ini, meskipun berat hatinya memaafkan wanita itu, tetapi perkara itu sudah berlaku dan tidak boleh diputar kembali waktunya. Biarkan yang berlalu terus berlalu, jika wanita itu sudah insaf tidak salah jika Zila memaafkan mereka. Bagi Zila kemaafan itu tiada hak baginya. Itu adalah hak Yang Kuasa.
* * *
Perkara yang sebenarnya berlaku telah diketahui, kini tiba masanya untuk Zila mencari JD ke desa yang dimaksudkan oleh wanita itu. Sebelum ke desa tersebut, Zila membawa wanita itu kepada ibu dan ayahnya JD. Zila menceritakan perkara yang sebenarnya kepada orang tua JD, dan sebab kenapa JD pergi menjauh.
Walaupun malu dan rasa berdosa, tapi ini adalah salah satu cara bagi wanita itu daripada dihantui dengan rasa serba salah sepanjang hidupnya. Wanita itu akhirnya nekad untuk memberitahu perkara yang sebenarnya.
"Apa! Kurang ajar" Bentak Nasir sebaik mengetahui perkara yang sebenarnya.
"Sabar pak cik" Zila menghalang Nasir daripada menyepak wanita itu.
"Kalau pak cik bunuh dia sekali pun, masalah ini tak akan selesai. Yang penting sekarang kita tahu di mana JD dan dia selamat." Jelas Zila.
"Betul kata Zila tu, bang. Yang penitng anak kita." Sokong Maimunah.
"Baru Zila tahu sekarang kenapa JD pergi menjauh. Dia bukan seorang penakut, dia perlukan masa untuk menjelaskan semuanya. Tetapi tanpa diduga, perempuan ini datang berjumpa dengan Zila dan ceritakan perkara yang sebenarnya. JD bukan takut, dia malu. Malu untuk berjumpa dengan Zila setelah apa yang berlaku. Perangainya berubah drastik. Dia menyesal dengan apa yang berlaku. Zila faham itu, sebab tu dia menjauh dan cuba menghindarkan diri daripada Zila." Zila menjelaskan semuanya.
Maimunah datang mendekat dan terus memeluk kekasih kepada anaknya itu. Air mata Zila kian mengerimis pada baju Maimunah. Nasir hanya melihat dan bergerak ke arah Wanita itu.
"Pak cik minta maaf kerana berkasar dengan kamu. Pak cik harap kamu betul-betul berubah dan bertaubat."
"Saya bertaubat dan saya kesal dengan semuanya. Saya minta maaf pak cik" Balas Wanita itu.
"Terima kasih kerana menjadi peneman dan kekasih yang setia kepada anak mak cik. Mak cik betul-betul kagum dengan pendirian aku" Maimunah memuji Zila.
"Saya betul-betul serius dan amat mencintai anak mak cik, sebab tu saya akan terima baik buruknya. Jawab Zila.
* * *
Setelah selesai urusan dengan ibu bapa JD, Zila bergerak sendirian memandu kereta menuju alamat yang diberikan tanpa ditemani oleh wanita itu. Zila bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Perlis. Semangatnya untuk berjumpa dengan kekasih hatinya semakin berkobar-kobar. Api cinta yang semakin malap, kini akan menerangi cahaya yang menderang.
Zila memandu dengan seribu nafsa cinta, sejuta harapan, berlipat kali ganda kerinduan pada sang pencinta. Cinta sang puteri kepada sang putera akan hilang rindunya tika bertemu, mata bertentang mata. Cinta yang dibina hampir beberapa tahun, seteguh cinta laila dan majnun, walau apa yang berlaku, yang dapat memisahkan mereka hanya maut dan kuasa Ilahi. Tika dalam perjalanan ke perlis, Zila teringat kembali saat pertama kali dia dan JD berkenalan dan mula menjalani ikatan cinta.
Begitu teguh cinta seorang sang ratu pencinta. Walau derita yang perit ditanggung oleh hati, namun cintanya mengalahkan semuanya. Dia faham dengan perangai JD, setelah mengetahui cerita yang sebenarnya, JD menjauhinya kerana rasa malu dan serba salah yang menebal. Tetapi hati seorang pencinta, walaupun berdarah hati ini, lambat laun akan terubat juga. Sedang asyik berlamun kisah silam, tanpa disedari Zila termasuk ke lorong jalan yang bertentangan.
"Aaaaahhhhh...." Jeritan kuat Zila. Namun jeritan itu terus diam.
Satu bunyi dentuman kuat kedengaran. Kereta yang dipandu oleh Zila berlanggar dengan sebuah van sehingga menyebabkan keretanya terbabas ditepi jalan. Zila tidak sedarkan diri. Dia hanya diusung ke hospital, dalam keadaan koma.
Berita kemalangan itu akhirnya sampai ke pengetahuan JD, JD terus bergegas pulang ke pangkuan Zila dan meminta maaf atas segalanya yang dirahsiakan. Tetapi keadaan Zila tidak sedar, tidak dapat mendengar kata-kata semangat daripada JD. JD menangis tidak henti-henti melihat keadaan Zila yang mati koma kaku di atas katil. Ibu bapa Zila, dan ibu bapanya cuba menenangkan keadaan JD.
Zila terus koma sehingga beberapa hari lamanya. JD terus menunggu kerana dia merasa serba salah. Disebabkan dirinya, Zila kemalangan. Telah banyak dosa yang telah dilakukan kepada Zila, dia memohon kemaafab daripada Zila atas semua perkara yang berlaku.
"Awak bangunlah, bangunlah awak. Dah 2 minggu awak tidur. Awak bangunlah, saya rindukan awak. Saya nak minta maaf daripada awak" Kata-kata JD setiap hari tidak pernah mematahkan semangatnya untuk mendampingi Zila setiap masa.
"Saya cintakan awak. Saya tahu awak cintakan saya. Saya nak hidup bersama awak. Saya minta maaf kerana meninggalkan awak. Cuba awak lihat jauh disudut hati saya, disitulah ada awak. Hati saya ini khas untuk awak. Kerana awaklah sang pencinta saya"
Kata-kata yang lahir daripada hati sang pencinta, didengar oleh Zila. Dalam koma, Zila mencari cahaya untuknya keluar daripada satu tempat yang aneh baginya. Dia mendengar suara daripada sang pencintanya, JD. Yang memanggilnya, memanggil cintanya. Zila terus menuju ke arah suara dan cahaya itu, kaki yang kaku dia kerahkan seluruh keringat kering dan akhirnya Zila dapat keluar daripada kawasan aneh itu. Matanya teramat silau sekali, sukar untuknya buka mata tetapi dibuka juga matanya.
"Awak, awak dah sedar? Awak bangun awak. Ni saya, saya rindukan awak. Terima kasih Ya Allah. Mak, abah, pak cik, mak cik, Zila dah sedar" Jerit kecil JD sebaik sahaja melihat Zila mula menggerak dan membukakan matanya.
"Syukur alhmadulilah" ucap syukur oleh Nasir.
Zila terus membukakan matanya, beberapa minit kemudian, Zila telah sedar sepenuhnya. Tanpa membuang masa, JD akhirnya mengulangi kata-katanya sewaktu Zila dalam keadaan koma.
"Awak, saya minta maaf dengan semuanya yang berlaku. Saya berjanji, saya tak akan ulangi perbuatan itu lagi. Saya juga berjanji tidak akan meninggalkan awak seorang diri. Saya amat mencintai awak. Hati ini hanya untuk seorang sang pencinta sahaja, iaitu awak" Jelas JD dengan penuh perasaan yang romatis.
"I Love you to" Jawab ringkas Zila walaupaun dalam keadaan yang sedikit sukar.
Cerpen : Itulah Cinta!!
Nama Pena : NUQYQA
"Faz…tolonglah aku…Please…I beg you."Akhil masih cuba nak rayu.
"Tak mau!Idea kau ni mengarut tahap dewa.Aku tak mau!"Aku meningkah.Lantaklah orang lain kat kafe ni nak tengok pun.Ada aku kesah??
"Aku dah tak tau nak cari sape lagi.Kau sorang jelah harapan aku.Kalau kau tak nak,hancur masa depan aku.Sanggup kau tengok kawan kau merana?"lemah kedengaran suara Akhil.Aku berdengus.
"O…waktu kau senang,tak ada pun kau nak ingat kat aku.Bila dah ada batu besar,baru kau nak minta tolong aku.Aku tak peduli,aku tak mau.Bukannya aku dapat apa pun kalau tolong kau.Masa depan kau tak ada kaitan dengan aku walaupun seinci!!"keras suaraku.Lantaklah…dah aku tak nak..
"Aku rayu kat kau….Please…Aku dah tak tahu nak cari sape lagi..Kau je sorang.Please.."ada riak tulus dimata Akhil.Aku menongkat dagu.Teh ais Limau aku hirup dan benak fikiranku berputar-putar.
"Ok..aku tolong."kata putus aku berikan.
"Yes!!Thanks Faz..Kaulah kawan aku dunia akhirat.Dia meraup mukanya tanda syukur.
"Tapi…"kata-kataku mematikan reaksi gembiranya."Aku tolong kau sekali ni jer..Aku dah tak mau tolong lain kali!"
"Tak pe…Aku janji.Sekali ni jer."Dia meningkah.Aku Cuma mengangguk.
"Jom!"Akhil menarik lenganku.
"Kemana pula?"Blur ni..
"Aku nak carikan baju yang sesuai sikit dengan kau.Takkan kau nak jumpa mak aku pakai cam ni."Akhil memandang aku dari atas.Pe salah ke baju yang aku pakai?Stail aku.Trek bottom,tshir besar dan topi dikepala.kasut…sport shoes la beb!
"Eh…asal sampai nak ubah pakaian aku??Bukan nak jumpa menteri pun."aku menunjukkan rasa kurang senang.
"Salihah Fazrina oi,kalau nak jumpa mak mertua,kenalah pakai baju elok sikit.Pakai baju kurung,heels and…tudung!"
What??Baju kurung??Heels??Tudung??Oh tak…sume tu tak ada dalam kamus hidup aku!!Merepeklah."Susah sangat nak girlfriend kau ni.Malaslah aku tolong.Dahlah kena berlakon sekali,Eiii.Sengal tau!"
"Kau dah janji!"Keras kedengaran suara Akhil.
"Tu sebelum kau nak ubah imej aku.Kalau aku tahu memang aku tak hingin."aku membela diri.
Akhil berdengus."Tak palah.Senang cite,aku kahwin jelah dengan Milah tu.K bye!"Akhil menapak meninggalkan aku.Alahai,sianlah pulak kat mamat ni.Hm…
"Akhil!"langkahnya terhenti bila nama dia aku seru.Dia memalingkan wajah tanpa mengubah posisi badan.
"Aku tolong kau!"dan secara automatic,senyuman terukir di wajahnya.
"Tinggi sangatlah heels ni.Matilah aku."Aku berdengus apabila Akhil menyuakan heels 4 inci.Nak mati ker pakai kasut tinggi cam tu?Baling kat anjing pun lari punya.
"Alah…kau pakai kejap jer.Keluar dari keta,masuk rumah,keluar rumah.Then,siap!Pastu,kau bole simpan heels tu,nelah tau pasni nak jadi gadis ayu pulakkan?"Amboi,sedap ngutuk aku!Tawanya pula kuat,ngalahkan perempuan galak.Amoi seller ni,sengeh jer tengok perangai tak cukup hormone Akhil.
Biarlah dia berkeras nak aku pakai heels,aku tetap juga nak pakai kasut yang tak bertumit.Akhirnya,kasut flat yang aku dapat.Kira oklah dari heels.Ingatkan lepas tu dah habis.Rupanya dia heret aku pergi butik pula.Suruh cari baju kurung dengan tudung.
Dia ingat aku tak ada baju kurung ker?Tapi kalu tudung,memang kena belilah.Sebabnya,aku Cuma ada 2 helai tudung putih.Tu pun dah berzaman,elok buat kain buruk pun.Pandai dia pilih baju untuk aku,baju kurung biru dengan tudung senada.Ada citarasa!
"Penatnya.."aku mengeluh bila kami melabuhkan punggung di atas kerusu pabjang kat mall ni.
"Ai,bukan perempuan tak ada istilah penat ke kalau shopping ni?"Dia menujah..Uh..ada jer..Belum sempat aku nak jawab,telefon bimbit Akhil berbunyi.Diri bangkit menjauhkan diri dan menjawab telefon.Sebentar kemudian,Akhil kembali.
"Abang aku tepon.Dia ingatkan pasal rancangan esok.Nak bawak bakal ‘adik ipar’ dia"Akhil bercerita tanpaku pinta.Siap tekan lagi perkataan ‘adik ipar’.
"Kan abang kau tu tak kahwin lagi,asal mak kau kalut suruh kau kahwin?Nak langkah bendul pulak..Ke ni petua baru?"soalan kulontarkan.Akhil berdengus.
"Ni semua pasal Datin Lina lah, bestfriend mak aku.Konon nak eratkan lagi tali persahabatan,nak berbesan.Masalahnya,anak dia si Milah yang gedik tu nak kat aku.Hish..minta simpang la aku nak dapat bini cam dia.Dah tu,mak aku suruh aku cari calon kalau tak nak kahwin dengan dia.Tu yang aku cari kau."penjelasan Akhil membuatkan aku seperti burung belatuk.Terangguk-angguk.
"Jomlah balik."aku hanya mengangguk,bersetuju.
"Ingat…panggil aku Abang and bahasakan diri kau Faz."Akhil berbisik ke telingaku bila keretanya sudah sampai di rumah ibunya.Alahai,rasa kecut pun ada.Semalam aku sampai rasa tak nyenyak nak tido mengenangkan pertemuan hari ni.Dahlah kena ubah personality aku 100%.Wa…penyamaran besar!!
Aku sebenarnya sangat kagum dengan reka bentuk rumah ni.Memang cantik.Derap kaki kami semakin menghampiri masuk.Tercegat seorang wanita separuh abad di hadapan pinti.Aku yakin,ni mesti mak Akhil.Dengan yakin,aku hulur tangan.
"Assalamualaikum mak cik..Sihat?Akhil salu cerita pasal mak cik.Memang dia bagus.."ha…aku dah bacakan skrip ni.Tapi yang tak syoknya,mak Akhil ni wat muka seposen.Ai,salah ker?Terasa badanku di siku.
"Ni bukan mak akulah!"Lor…patutlah.Aku tersengeh.
"Dah samapi diorang Kiah?"kedengaran suara wanita.Elegen walaupun dah tua.Ni memang kompem Mak Akhil.Dan…aku salamlah…
Mak dia Nampak cam ok jer tapi dalam hati tak tahulah kan?Aku duduk di sofa diruang tamu.
"Angah,panggil Along kat taman belakang,ajak sekali sini."Mak Akhil a.k.a Datin Saudah mengarah.Akhil hilang dari pandangan.
"Dah lama kenal Akhil?"tu soalan pertama.Aku mengerutkan wajahku.
"Lama tak lama jugalah mak cik"Huhu…dengan penuh sopan santunnya aku jawab.Tak lama,sorang laki separuh abad turun.Ni mesti ayah si Akhil a.k.a Datuk marzan.Cam peramah jer.Aku rasa Datin Saudah ni nak soal aku lagi,nasib baik Akhil dah datang.Belakang dia,muncul pulak watak tambahan.Kacak!Ni mesti abang dia a.k.a Afzan.
"Datuk,datin,makanan dah siap.Jemput makan."Pembantu rumah mencelah.Dengan isyarat mata Akhil,aku bangun dan membontoti diorang ke ruang makan.
Tah macam mana,kaki aku tersadung kat karpet mewah rumah ni dan badanku hilang imbangan,terhoyong-hayang dan bakal mendarat macam nangka busuk.Tapi,kat mana ada heroin,mesti ada hero!Badanku disambut dan aku di pegang kemas.Bukan Akhil tapi Afzan!Nafasku berkocak hebat taktala mata kami bersatu.Pegangan tangannya di pinggangku seolah-olah mengalirkan arus elektrik tahap 300 mega watt!!Sedeti.Dua deti.Tiga detik.
"Along!"
"Faz!"
Seolah-olah baru bangun dari tidur,kami sama-sama tersentak.Aku pantas menolak kuat dadanya.Pipiku terasa hangat.
Dimeja makan,aku terasa serba tak kena.Dahlah aku memang tak biasa makan pakai sudu,garpu bisau dan bendalah yang lain.Tambah pula mata Afzan yang asyik tenung aku.Ei,bulu hidung aku terkeluar ker?Aku meraba hidung.
"makan pun nak usik hidung?Kalu keluar benda lain,macam mana nak makan?Gelilah macam ni"
Tet!!Tet!!Tet!!Macam peluru berpandu kata-kata Datin Saudah.Hish!Ada jer nak tegur aku.Aku sekadar memaniskan muka.Akhil ditepiku hanya menyiku lenganku tanda amaran dan Afzan….masih senyum!!Aku meneruskan acara makanku.
"Faz…"aku mendongak bila namaku diseru.Yup!!Datin Saudah…"Kalau makan bole tak jangan nak bunyikan segala pinggan mangkuk.Tak biasa makan ker?"wah….ni agak melebih ni…Kalau ikut hati aku nak jer bagi hadiah tapi….hai hati,sabarlah…
Memang Nampak sangat yang Datin Saudah tak berkenan kat aku.Sampai tak terlintas pun di benak hati,limpa,jantung dia nak hantar aku keluar rumah.Cuma pembantu rumah jer yang iring aku.Afzan,aku tahu dia ushar dari tingkat atas bilik dia.
"Aku minta maaf tau.Mak aku memang cam tu"ada nada kekesalan dalam suara Akhil.Pemanduannya masih tenang.Aku sekadar tersenyum.Dahlah,aku malas nak pikir.
Hari ni,entah apa yang aku mimpi,aku boleh pula nak berjalan-jalan kat shopping kompleks.Salunya,berat sangat kaki aku nak melangkah kat lubuk wanita ni.Huhu…tak per,bole cuci mata.
Langkahku terhenti bila bahuku terasa dicuit.Aku memalingkan wajahku dan….kejutan!!Afzan!!Alahai,kenapalah dalam berlemon orang,aku bole terserempak dengan dia?Entah apalah yang dia pikir bila tengok pakaian aku ni.Trek bottom,tshirt n sport shoes.Tudung,tak ada!!
Aku cepat-cepat melangkah mahu meninggalkan dia tapi dia lagi cepat.Paut lengan aku.
"Kenapa nak lari dari saya?"Gulp….Akhil…sorry,tembelang pecah!!
"Awak menyamar?"bulat mata Afzan bila aku ceritakan perkara sebenar.Hurm…aku sekadar memandang Teh O Ais yang ada kat depan aku ni.Ramai pula orang kat kafe ni.
"Saya tolong Akhil jer.Dah dia tak nak kahwin dengan si Milah tu.."aku cuba mempertahankan diri aku.Afzan berdengus.
"Sebab awak tolong Akhil,saya pulak yang kena kahwin dengan Milah,tahu?"keras suaranya.Eleh…tak takut pun.
"Saya rasa elok juga kalau awak kahwin dengan Milah sebab saya sure 100% tak akan ada perempuan lain boleh tahan dengan perangai mak awak tu"dump!!aku pula bagi ayat bek punya…
Dia sekadar tersenyum.Ai,tak marah pun…Ingat aku buat lawak ker?
"Hm…awak bole pula tahan dengan kata-kata mak saya.Kalau cam tu,awak jer lah yang kahwin dengan saya."Dia mengelip mata.Sungguh!Aku memang terpana dan jantung aku jadi laju cam orang baru lepas lari 1000 km!!Alahai…hati,kuat!!
"Tak hingin!"Berjaya pun aku meningkah.Dia senyum lagi.
"Kalau kahwin dengan saya,awak selalu disambut!cam heroin Hindustan tau.."Wow,ni lagilah buat muka aku jadi panas.Kalau bole,nak jer aku ambik ais dalam cawan ni,letak kat muka aku.
"Dahlah,malas nak layan awak."Aku bangun."Kita dah tak ada hal lagi,saya nak pergi dulu."Aku menapak tapi kembali berpaling bila dia menyeru.
"Salihah Fazrina…nama yang cantik seindah orangnya.Tapi alangkah bahagianya bila wanita yang menjadi hiasan dunia seperti awak bertudung.Lebih cantik dan ayu.Lambang muslimah sejati."dia mengenyitkan mata.Dan lagi sekali…aku terpana.Kata-katanya meresap jauh ke dalam hati.Betul-betul meresap.Kenapa?Adakah sebab kata-katanya yang berhemah?Atau mungkin…..Ahhhhh….Dan dia….dah menghilang…Biarlah.
Terkocoh-kocoh aku menapak kedalam restoren bila tengok Akhil yang dah bosan menunggu.
"Mamak,teh O ais satu!"Aku melaung."Kau pe sal?Macam kucing nak beranak jer aku tengok."Aku melontarkan soalan.Memang Nampak serabut betul mamat kat depan aku ni.Da masalah hormone ker??
"Mak aku nak kahwinkan Afzan dengan Milah.!"
O…mulutku bulat.Ada perasaan sedih.Kenapa?Aku pun tak tahu.
"Lah…baguslah tu,kan kau tak suka Milah."aku memulangkan paku buah keras.
"Ada masalah besar kat situ!"Dia cakap cam tu,aku kerut muka.Memang tak faham.
"Senang citer,nanti hari Sabtu aku datang rumah sewa kau!"Ha?dia nak datang rumah sewa aku?Mana boleh!
"Aku datang dengan someone.Memang penting.Hari Sabtu jer aku bole citer."Cam bole baca fikiran aku jer mamat aku ni.
Aku hanya mengangguk.
Hari Sabtu…..
Ketukan di pintu menggangu aktiviti menonton tv.Dengan langkah malas,aku buka pintu dan…..suprise!!!Akhil and….bukan dengan someone tapi dengan many one!!Siap bawa dulang lagi.Pe ni?Paling penting,Datin Saudah dengan Datuk Marzan pun ada..Ni betul-betul cam nak minang!
Dengan kepala yang penuh seribu persoalan,aku jemput diorang masuk.Lepas tu,aku ketuk pintu bilik housemate aku yang lain,nak suruh diorang buat pa yang patut.Sempat juga aku tukar baju yang suai sikit.
"Kenapa datang ramai-ramai ni?"soalan ku lontarkan.
"Aku nak jawab persoalan kau hari tu."Akhil menjawab.Nak jawab persoalan aku sampai kena bawa rombongan Kak Kiah!!
"Ada masalah besara kalau mak aku nak kahwinkan Afzan dengan Milah.Sebab…."
"Sebab saya Cuma nak kahwin dengan awak…"
Kata-kata Akhil disambut satu suara lain.Pandangan mataku bergerak kearah pintu dan disitu ada Afzan!!Permainan apa ni??
"Maaf ye…ni bukan gelanggang Raja Lawak nak buat lawak.Saya rasa semua ni tak kena."Aku meningkah.
"Faz…ni semua betul.."giliran Datin Saudah menyampuk.
"Mak cik…saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku kat sini.Tapi…bukan ke mak cik tak berkenan dengan saya?Dan untuk pengetahuaan mak cik,saya bukanlah Faz yang ayu berbaju kurung,bertudung!!Saya tak macam tu!"aku beremosi.
"Faz….mak cik pertama kali jumpa Faz,mak cik dah berkenan kat Faz..Mak cik saja buat cam tu,nak uji Faz…"Datin Saudah berkata.Aku hanya menggeleng.
Afzan menghampiriku.
"Awak tahu…saya pun terpaut pada awak kali pertama jumpa..Tapi,awak milik Akhil.Tapi bila saya tahu awak menyamar,saya seronok sangat.Saya yakin yang awak memang untuk saya!Saya memang suka kat awak!"Seram sejuk aku mendengar pengakuan Afzan.Ye….aku suka!Tak….tak suka!
"Saya tak suka awak!"ego ni.
"Saya sayang awak!"
"Saya tak sayangkan awak!"
"Saya cintakan awak!"
"Saya…"kata-kataku termati disitu.Tak boleh nak sanggah…Entahlah..
Afzan tersenyum.Dia melutut dihadapanku.
"Salihah Fazrina…hati saya tak menipu bila terdetik untuk suka pada awak…Mulut saya tak menipu bila mengaku cintakan awak..Mata saya tak buta bila lihat awak sebagai bidadari saya..Telinga saya tak tuli bila asyik dengan suara awak…Cinta ni saya nak!"Aku betul-betul terharu.Dahlah jadi drama depan orang ramai ni.Yang lain mengangguk-angguk memberi isyarat menyuruh aku menerima.
"Kahwin dengan saya….."
Aku menarik nafas."Tapi…saya tak kenal awak…"
"Perkenalan selepas perkahwinan lebih indah.Diredhai dan halal!"dia meningkah.
"Saya tak pakai tudung…"
"Saya akan bimbing awak!"
Dan sekarang…aku memang tak ada alasan…Aku angguk dan…
"Alhamdulillah…"seisi rumah mengucap syukur…
Hm…memang pelik kalau bicara pasal cinta…Ada yang bercinta punyalah lama tapi tak bersatu.Ada pulak yang baru 3 jam 30 minit 30 saat[Ad+Iz]jumpa terus kahwin…Cam aku,pertemuan singkat membawa erti besar bila hati saling bersatu.Hm…memang perkenalan selepas kahwin lebih indah dan yang paling penting diredhai ALLAH..
Doakanlah aku,Salihah Fazrina akan berbahagia selama-lamanya bersama Afzan Aklil.Amin…
Lupe plak…Akhil dengan Milah cam ne ek??Ok gak kalu depa menjadi…Huhu….Sebenarnya,depa tu nikah selepas aku dengan Afzan naik pelamin…Hek eleh Akhil…kata dulu tak mau kahwin dengan Milah….Ni,dia pula yang gila baying…haha…Itulah CINTA!!
