Cerpen : Pengorbanan Ayah

Cerpen : Pengorbanan Ayah
Nama Pena : Org Ganu

Aku memerhatikan gambar-gambar pada album usang itu. Pelbagai kenangan lama dari aku kecil sehinggalah dewasa tersimpam rapi di situ.Mataku terencap pada satu gambar yang sudah pudar warnanya. Kelihatan wajah seorang lelaki muda yang sedang tersenyum bahagia sambil meriba seorang kanak-kanak perempuan di samping seorang wanita yang turut tersenyum di sisinya .Hatiku tiba-tiba menjadi sebak. Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Itulah potret mak dan ayahku ketika aku berusia 2 tahun .Gambar itu aku tatap lama .Aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu dan tidak sempat mengenalinya sejak kecil kerana ayahku kata ibuku meninggal akibat denggi berdarah ketika aku berumur 3 tahun. Semenjak itu hanya ayahlah yang menjadi tempat aku bergantung, ayahlah segala-galanya bagiku tapi aku tidak pernah menghargainya.Aku benar-benar menyesal kini kerana sering menyakiti hati ayah. Aku sering membuatkan ayah susah hati. Dengan serta-merta kenangan lama menerjah ke ruang ingatanku..

-----------------------------------

Ketika aku berusia 5 tahun..

Aku terpegun melihat mainan Barbie milik teman sepermainanku ketika berkunjung ke rumahnya. Dia merupakan anak orang kaya. Aku ingin bermain dengan mainan itu namun temanku itu tidak membenarkan kerana dia takut aku akan merosakkannya memandangkan mainan itu baru sahaja dibeli. Aku sungguh terkilan dengan sikap temanku itu. Dengan rasa kecewa dan sedih, aku berlari pulang ke rumah yang terletak di satu kawasan penempatan setinggan di pinggir ibu kota dan terus mendapatkan ayahku yang ketika itu baru sahaja pulang dari kerja . Aku terus merengek pada ayahku supaya membeli mainan Barbie padaku. Kelihatan wajah ayah begitu runsing mendengar permintaanku. Namun,aku ketika itu masih tidak mengerti .

Ayahku menyatakan yang dia tiada duit buat masa itu untuk membeli mainan itu untukku tapi aku tidak faham kata-kata ayah.Ayah aku hanyalah bekerja sebagai buruh binaan . Gajinya hanyalah RM130 sebulan hanya cukup untuk makan dan minum kami berdua sahaja sedangkan harga mainan Barbie ketika itu berharga RM60 Tapi ,tanpa mempedulikan kata-kata ayah, aku merajuk dengan ayah apabila ayah masih enggan belikan aku mainan itu. Aku memberontak. Aku berdegil tidak mahu pergi ke tadika sekiranya ayah tidak membelikan aku mainan itu. Hampir sebulan aku begitu. Makanan yang ayah belikan langsung aku tidak sentuh .Berkali-kali ayahku memujukku namun aku tetap berdegil. Akhirnya ayah mengalah. Dia terpaksa mengikat perut selama sebulan demi untuk memenuhi kehendak aku. Akhirnya aku mendapat mainan yang aku inginkan dan aku tidak dapat bayangkan betapa gembiranya hatiku ketika itu . Ayah juga turut gembira melihat aku kembali ceria.Sumpah, ketika itu kesusahan ayah langsung tidak aku pedulikan .

-------------------------------

Ketika aku berusia 7 tahun…

Aku cemburu melihat rakan-rakanku semua ada kasut yang cantik dan baru, baju baru,kain baru,kotak pensel lawa-lawa dan macam-macam lagi. Aku pula, hanya ada baju sekolah terpakai dan kasut usang yang ayah beli semasa jualan lambak di pasar malam .Hanya itu yang ayah mampu beli untukku. Hari pertama persekolahan aku sangat menyakitkan hati. Aku menjadi bahan gelak ketawa rakan-rakan semasa sesi suai kenal.Puncanya ,aku memberitahu semua orang dalam kelasku yang ayahku bekerja sebagai buruh . Semua cakap yang aku ini anak pengemis jalanan apabila melihat pakaian aku yang agak lusuh, tidak seperti baju mereka yang putih bersih. Aku cukup malu ketika itu dan akhirnya aku menangis . Tidak cukup dengan itu teman sekelasku yang kebanyakannya anak orang kaya sering kali membuliku. Pelbagai macam perkara yang mereka arahkan aku buat termasuklah membersihkan kasut mereka setiap hari, membuat kerja sekolah mereka dan memberikan mereka duit 30 sen sehari sedangkan duit sakuku setiap hari hanyalah 50 sen .Kerana itu, aku hanya boleh membeli air sirap setiap kali tiba waktu rehat.

Aku sungguh terseksa tapi aku masih bersabar sehinggalah aku darjah 2. Kerana tidak tahan dengan pelbagai hinaan yang dilontarkan kepadaku, aku terpaksa meluahkan kepada ayah .Ayahku terkejut mendengar ceritaku. Dia memeluk aku erat .Aku dapat melihat mata ayah berkaca menahan sebak. Ayah menasihatkan aku supaya bersabar dengan semua itu kerana dia mengatakan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Tapi aku tidak mengendahkan nasihat itu sebaliknya aku merayu-rayu supaya ayah membelikan aku baju baru, kasut baru, dan kotak pensel cantik . Aku mahu jadi setaraf dengan mereka. Aku tidak sanggup dihina lagi. Akhirnya,aku menangis di ribaan ayah .Ayah termenung panjang mendengar rayuanku .

Seperti biasa, akhirnya ayah terpaksa akur dengan kehendakku. Dia terpaksa mengambil upah mengangkat tong gas yang berat setiap petang selepas pulang dari kerja demi mencari duit lebih untuk memenuhi permintaanku .Kadang-kadang aku lihat ayah menyapu minyak ubat pada belakangnya pada waktu malam kerana sakit belakang.Tapi aku langsung tidak peduli kesakitan yang ayah alami kerana aku rasa perkara itu bagi ayah ,sudah biasa. Beberapa bulan kemudian, ayah menghadiahkan aku pakaian sekolah baru dan alat-tulis yang baru sempena hari jadiku yang ke-8. Aku bukan main seronok ketika itu apabila mendapat apa yang aku mahukan selama ini. Tetapi aku lupa tentang satu perkara..aku lupa mengucapkan terima kasih pada ayah..

----------------------------------

Ketika aku berusia 9 tahun..

Aku berterusan diejek oleh rakan-rakanku .Mereka kata aku ni memang tak layak datang ke sekolahku kerana aku anak orang miskin. Mana tidaknya, setiap hari ayah akan memboncengku dengan basikal tuanya .Sementara mereka pula ,mak ayah hantar dengan kereta besar. Paling kurang pun mereka mempunyai basikal sendiri yang agak cantik. Pada awalnya aku mengendahkan segala ejekan mereka kerana ayah cakap pedulikan apa orang kata, yang penting kita datang ke sekolah untuk belajar, bukan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri. Ayah cakap aku kena belajar sungguh-sungguh biar suatu hari nanti aku akan berjaya dan jadi kaya seperti mereka.

Nasibku semakin hari semakin malang. Semakin lama, semakin teruk aku dihina hinggakan mereka sanggup lempar batu sebesar ibu jari kepadaku setiap kali aku turun dari basikal tua ayah. Pernah ayah menengking mereka, tetapi mereka langsung tidak takut sebaliknya mereka mengatakan yang ayahku ini orang gila! Aku malu , sungguh malu! Aku tidak pernah pinta untuk dilahirkan sebagai seorang yang miskin.

Aku membentak ayah .Aku paksa ayah belikan aku basikal supaya aku tidak perlu lagi membonceng basikal buruk ayah itu dan supaya aku tidak diejek lagi. Ayah termenung lagi. Dia runsing memikirkan permintaanku. Berapalah sangat gaji ayah jika dibandingkan dengan harga basikal yang bukannya murah pada waktu itu.Harganya ternyata jauh lebih mahal dari gaji yang ayah perolehi setiap bulan. Tapi aku seperti biasa, aku langsung tidak faham akan kesusahan ayah walaupun berkali-kali ayah mengatakan yang dia tidak mampu membelinya.

Kerana aku terlalu mendesak ,ayah terpaksa berhutang dengan Along .Aku tidak tahu berapa ayah pinjam daripada mereka .Yang aku tahu, ayah membelikan aku basikal ‘racing’ untukku beberapa hari kemudian. Duniaku bagaikan penuh dengan warna warni apabila permintaanku yang satu itu dipenuhi . Namun kegembiraan itu tidak lama kerana beberapa bulan kemudian ayah dipukul oleh kuncu-kuncu Along sehingga dia dimasukkan ke hospital kerana dia tidak mampu membayar hutangnya dengan mereka. Aku meraung kuat apabila melihat ayah tidak sedarkan diri dan wayar-wayar berlikaran di sekeliling ayah. Aku benar-benar takut kehilangan ayah. Aku takut jadi anak yatim piatu kelak. Namun, Allah itu Maha Besar, ayah skhirnya sedar setelah koma selama hampir sebulan dan dia pulih sepenuhnya tidak lama selepas itu.Semenjak dari itu, aku berjanji tidak akan menyakiti hati ayah dan tidak akan memaksanya untuk memenuhi permintaanku lagi.Aku benar-benar menyesal. Kerana aku,ayah hampir maut.

Namun begitu, penyesalanku hanya bertahan sehingga aku berusia 11 tahun iaitu setelah ayahku berkahwin dengan Mak Cik Som ,jiran sebelah rumahku .Dia juga merupakan janda beranak satu. Aku benar-benar tidak boleh terima yang Mak Cik Som yang aku tidak pernah bertegur sapa sebelum ini menjadi ibu tiriku. Aku merasakan ayah sudah tidak sayangkan arwah mak lagi kerana mengahwininya, aku merasakan kasih sayang ayah terhadapku bakal berkurangan selepas ini.

Walaupun Mak Cik Som menjaga segala makan minumku dan ayah tapi itu langsung tidak mendetikkan hatiku untuk berbaik dengannya. Langsung tiada sekelumitpun perasaan sayang dalam hatiku padanya. Dia memang baik tapi aku rasa dia hanya pura-pura baik untuk menarik perhatianku. Hatiku bertambah sakit apabila duit sakuku terpaksa dikurangkan kepada 40 sen sehari apabila adik tiriku yang baru sahaja berusia 7 tahun mula bersekolah . Mulai hari itu aku jarang bercakap dengan ayah apatah lagi Mak Cik Som kerana terlalu geram dengan sikap ayah yang tidak berlaku adil! Dia melebihkan keluarga tiri daripada aku! Aku mula tidak menghormati ayah dan selalu mengingkari perintahnya .


-----------------------------

Ketika aku berusia 12 tahun…

Kelasku akan membuat lawatan ke Genting Highland. Aku ingatkan percuma tapi rupa-rupanya setiap pelajar perlu menyediakan wang sebanyak RM30 sebagai tambang pergi balik ke sana. Aku mulai risau, boleh ke aku pergi? Ayah ada duit ke? Bagaimana aku nak pujuk ayah ni kerana sudah lama aku tidak bercakap dengan ayah? Aku teringin sangat nak pergi ke situ kerana rakan-rakanku cakap tempat itu banyak mainan, boleh naik keretapi berpusing, boleh tengok serkas dan macam-macam lagi. Oleh itu, pulang sahaja ke teratak usangku, aku terus mendapatkan ayah . Aku tanpa segan silu merayu pada ayah supaya ayah membenarkan aku pergi ke sana dan memberi aku duit sebanyak yang diperlukan untuk ke sana. Ayahku membantah keras permintaanku kerana dia cakap tempat itu tidak elok. Membazir duit je kalau aku pergi ke sana. Aku marah ayah, aku kata ayah kejam.Ayah tak pernah nak bawa aku jalan-jalan apatah lagi ke sana. Hanya dengan lawatan ini sajalah aku dapat berkunjung ke tempat itu.

Tapi ayah tetap membantah, ayah cakap duit itu hanya cukup untuk membayar yuran peperiksaan UPSR aku yang akan berlangsung akhir tahun ini dan juga yuran persekolahan adik. Tapi, aku tidak puas hati dengan alasan ayah .Aku memaksa ayah lagi .Aku cakap ayah kedekut duit, aku cakap ayah banyak habiskan duit kerana Mak Cik Som dan adik tiriku, aku cakap ayah lebih pentingkan Mak Cik Som dari aku. Aku cakap ayah sengaja tak nak bagi aku hidup senang . Kebencianku pada Mak Cik Som bertambah-tambah. Aku merasakan kehadiran Mak Cik Som benar-benar menganggu kebahagiaan hidup kami.Kerana dia , apa saja permintaanku kini sukar dipenuhi. Bagiku, dia memang perempuan tak sedar diri!

Sebaik sahaja aku menghina Mak Cik Som, ayah menampar aku kuat. Aku terkejut dengan tindakan ayah. Kelihatan wajah ayah benar-benar marah padaku. Dalam tangis, aku berlari keluar dari rumah. Sahutan ayah langsung aku tidak hiraukan. Aku benci ayah! Ayah memang tak sayangkan aku!

Kerana kebencianku pada ayah dan Mak Cik Som, aku mula tidak memberi tumpuan pada pelajaranku dan sengaja tidak menjawab betul-betul semasa peperiksaan kerana aku rasakan sia-sia sahaja aku ikut nasihat ayah supaya belajar bersungguh-sungguh. Aku tahu tiada gunanya aku berusaha keras sekalipun kerana tiada ganjaranpun untuk itu melainkan hanya dapat menyenangkan hati ayah. Oleh kerana itu, keputusan UPSRku jatuh merudum, aku hanya memperoleh 1A,1B,2C dan 1D .Ayah begitu kecewa.Ayah begitu marah padaku sehingga menitiskan air mata. Mak cik Som hanya berdiam diri.Mungkin suka hati melihat kegagalanku. Aku langsung tidak menghiraukan kekecewaan ayah .Leteran ayah bagaikan masuk ke telinga kiri dan keluar di telinga kanan, langsung tidak berbekas di hatiku.

----------------------------

Ketika aku berusia 13 tahun..

Masuk sahaja sekolah menengah yang letaknya berdekatan dengan rumahku,aku ditempatkan di kelas kedua tercorot daripada 7 kelas yang ada di situ. Di sekolah itu, aku menemui ramai rakan-rakan yang semuanya nakal-nakal dan satu kepala denganku kerana mereka juga tidak suka belajar, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Aku sungguh seronok berkawan dengan mereka kerana mereka seperti sangat memahami aku .Aku sering menghabiskan masa dengan mereka setiap kali selepas habis sesi persekolahan tanpa pengetahuan ayahku . Semenjak dari itu, aku mula menjadi liar dan mula terikut-ikut dengan hampir semua benda yang mereka lakukan termasuklah cara mereka berpakaian yang agak tidak senonoh di dalam atau luar sekolah ,terlibat dalam gejala ponteng sekolah, merokok dan tidak lupa juga berpelesiran di kompleks membeli belah tanpa arah tujuan .

Status aku sebagai pelajar perempuan tidak menghalang aku untuk melakukannya. Perangaiku tidak ubah seperti lelaki kerana rakan-rakanku kebanyakannya lelaki. Aku sering pulang lewat malam ke rumah dan apabila ayah bertanya ,aku terpaksa berbohong. Aku akan menjawab yang aku pergi kelas tambahan sekolah dan kadang-kadang mengatakan aku pergi membuat kerja rumah di rumah kawan. Aku tidak mempamerkan perangai sebenar aku ketika berada diluar pandangan ayah kerana setiap kali keluar rumah atau balik ke rumah, aku akan segera menukarkan pakaianku kepada pakaian sekolah.Dengan itu, aku dapat mengaburkan mata ayahku tentang aktiviti seharianku. Ayahku ternyata mempercayai aku bulat-bulat. Aku apa lagi, semakin seronok menipu ayah.

--------------------------------

Naik tingakatan 2 , aku semakin berani membuat kerja jahat. Aku mula belajar mencuri. Mula-mula mencuri duit saku rakan-rakan ,kemudian mencuri duit tabung masjid dan akhirnya aku berani menjadi peragut jalanan bersama rakan-rakanku. Aku sungguh seronok apabila melihat banyak duit yang aku perolehi hasil pekerjaan baruku itu. Sebelum ini tidak pernah aku memegang duit sebanyak ini. Duit itu aku gunakan untuk membeli handphone , pakaian yang tak senonoh dan mp3 . Sekolah memang aku tidak pergi langsung kerana bagiku cikgu-cikgu di sekolah amat membosankan. Mereka hanya lebihkan kelas yang pandai-pandai je, kelas aku pula mereka mengajar gitu-gitu je .Baik tak payah belajar langsung.

Tidak cukup dengan aktiviti mencuri, aku diperkenalkan pula dengan kumpulan Black Metal . Bagiku kumpulan itu amat menakjubkan kerana setiap malam pelbagai aktiviti yang dilakukan termasuklah upacara ritual dan menari gila-gila dengan disertai alunan music hard rock daripada kumpulan Black Metal . Aku merasakan seolah-olah hidup ini aku yang punya. Arak sudah menjadi minuman tradisi kumpulanku .Pil khayal menjadi santapan wajibku. Duniaku penuh dengan warna-warni dan aku merasakan aku sedang berada di syurga dunia. Aku rasa benar-benar bebas kini.Tidak perlu lagi memikirkan soal Tuhan, agama dan pelajaran!

----------------------------------

Ketika aku berusia 15 tahun..

Aktiviti harianku akhirnya terbongkar jua apabila guru kelasku datang bertandang ke rumahku untuk memberitahu ayahku tentang ketidakhadiran aku ke sekolah. Ketika itu aku tiada di rumah. Ayah sungguh terkejut dengan berita yang dia langsung tidak sangka .Sebaik sahaja aku pulang ke rumah pada suatu malam, ayahku terus menghadiahkan satu tamparan hebat pada pipiku. Aku memandang ayah tajam . Hatiku panas. Tidak sangka ayah menyakitiku. Aku menengking ayah. Aku mula bercakap kasar dengan ayah.

Ayahku kemudian seperti dirasuk,dia memukulku berkali-kali sehingga aku jatuh tersungkur di situ.Ayah ingin meneruskan pukulannya tapi sempat dihalang oleh Mak Cik Som yang tiba-tiba datang di situ. Mak Cik Som memarahi ayah kerana memperlakukan aku sedemikian rupa. Kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat pululan ayah, aku menangis teresak-esak.Badannku terasa ngilu akibat dipukul kuat. Ayah ternyata benar-benar marah denganku. Dia marah kerana selama ini aku membohonginya.Dia memaksa aku supaya menjelaskan kepadanya apa aktiviti aku yang sebenar. Ke mana aku pergi ketika waktu persekolahan . Ayah cuba merampas beg sandang di belakangku tetapi aku menghalang. Namun ternyata ayah lebih kuat, dia akhirnya dapat merampas beg itu dan terus membukanya.

Amarah ayah memuncak apabila melihat pakaian dan pelbagai barangan tidak senonoh berada dalam begku itu. Dia menolak kasar Mak Cik Som lantas meneruskan pukulannya padaku. Ayah kata aku memang anak tak guna! Ayah kata aku bukan anak dia! Ayah kata anak dia tak kan sejahat itu! Ayah kata aku anak sial! Aku tersentap mendengar kata-kata ayah. Kerana terlalu geram dengan kata-kata ayah, dengan sekuat hati aku menolak ayah sehingga ayah jatuh tersungkur di atas tangga rumah . Ayah mengerang kesakitan namun aku tidak peduli! Aku terus berlari keluar dari rumah itu .

Tangisanku semakin kuat.Aku tekad tidak akan pulang ke situ! Ayah sendiri yang kata aku ni tak layak jadi anak dia..Aku pun tak ingin ada ayah macam dia! Di tengah malam yang hitam pekat aku meraung seperti orang gila di tengah jalan. Aku kemudian berlari mendapatkan rakan-rakan seangkatan denganku dan mulai hari itu aku tinggal bersama mereka .Aku rela tinggal di rumah yang busuk dan penuh dengan sampah sarap daripada tinggal di rumah neraka itu!

Aku kini sudah tidak punya sesiapa..nasib baiklah aku ada mereka.Merekalah yang menjadi tempat aku meluahkan perasaan, merekalah segala-galanya bagiku kini .Aku lagi rela menyuntik dadah yang mereka hulurkan kepadaku, mengambil rokok yang dilemparkan kepadaku dan meminum arak yang disediakan oleh mereka. Dengan itu aku dapat melupakan segala penderitaan jiwa yang aku alami .

Setelah dua minggu aku menetap di situ ,ayah tiba-tiba muncul dengan langkah yang terhinjut-hinjut. Sebelah tangannya memegang tongkat. Rupa-rupanya kakinya patah semasa dia jatuh tersungkur tempoh hari akibat ditolak kuat. Namun, aku hanya memandang ayah kosong. Dendam di hatiku pada ayah masih membara. Ayah berkali-kali memohon maaf dan merayuku agar aku pulang namun rayuannya sedikitpun tidak menyentuh perasaanku. Aku marah ayah balik,aku tengking ayah dan aku tolak ayah sehingga ayah jatuh. Aku kata ayah tak layak jadi ayah aku, aku kata ayah macam-macam sehingga aku nampak ada air mata lelaki mengalir dari kelopak matanya. Tapi, aku tidak peduli semua itu! Ngilu pada tubuhku akibat pukulan ayah masih terasa . Kata-kata keras yang ayah lemparkan padaku masih terngiang-ngiang di telingaku.

Melihat tindakanku, rakan-rakanku yang berada di situ menambahkan lagi kesakitan ayah dengan menendang dan menumbuk ayah tanpa belas kasihan . Aku terkejut dengan tindakan mereka yang langung tidak aku duga. Aku cuba menghalang namun mereka tidak mengendahkan. Mereka kata ayah aku menyebabkan salah seorang rakan mereka dipenjarakan .Aku meraung sekuat hati apabila melihat darah pekat mengalir dari kepala ayah. Ayah tidak sedarkan diri. Aku mulai panik melihat ayah begitu, begitu juga mereka. Rakan-rakanku itu lari lintang pukang dari situ.Mereka tinggalkan aku seorang diri setelah puas dia kerjakan ayah .


Aku menggenggam erat tangan ayah yang koma, air mataku lebat membasahi pipiku. Aku benar-benar menyesal ketika itu. Inilah kali kedua ayah mengorbangkan dirinya keranaku . Kerana aku, ayah menderita . Kerana aku, ayah terseksa. Aku tidak habis-habis menyalahkan diriku atas apa yang menimpa ayah. Apa lagi apabila mendengar cerita sebenar daripada Mak Cik Som.Dia kata , ayah sangat sayangkan aku dan tidak pernah bencikan aku. Hidup dia tidak sempurna tanpa aku kerana aku adalah hasil cintanya pada arwah mak. Ayah tidak sanggup kehilangan aku, kalau boleh biarlah dia pergi dulu sebelum aku. Ayah benar-benar ingin melihat aku berjaya dalam hidup, dia tidak mahu aku mendapat nasib yang sama dan hidup miskin sepertinya .

Tangkai jantungku bagaikan direntap kasar mendengar kata-kata Mak Cik Som. Aku meratap pilu.Benar kata ayah. Aku anak tak guna! Aku anak yang tak mengenang budi! Aku tak pernah menyenangkan hati ayah. Aku memang anak yang paling teruk dalam dunia ini!


Dengan izin Tuhan, ayah masih bernafas dan sedar kembali setelah koma hampir setahun namun apa yang menyedihkan aku, ayah tidak lagi bisa bergerak seperti dulu kerana dia disahkan lumpuh kedua-dua belah kakinya akibat retakan pada tulang belakangnya yang turut mencederakan saraf tunjangnya . Semenjak dari hari itu, aku berjanji pada diriku tidak akan menyakiti hati ayah lagi dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berjaya seperti yang ayah harapkan. Janji itu bukan lagi janji kosong seperti semasa aku berumur 9 tahun tetapi itu adalah janji yang disertai dengan keazaman yang kuat. Dengan azam itulah aku berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana muda perubatan dan kini berjaya mendapat gelaran doktor.

Namun, ternyata Tuhan benar-benar ingin mengujiku. Beberapa hari setelah hari konvokesyenku , ayah tiba-tiba mendapat serangan sakit jantung . Aku yang ketika itu masih mentah dalam dunia kedoktoran, mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ayah tetapi sakit jantung ayah telah sampai tahap kritikal . Pelbagai cara aku lakukan untuk mengembalikan fungsi jantung ayah tapi sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya, akhirnya dia meninggal dunia di depan mataku. Aku tergamam, seperti tidak percaya yang ayahku telah tiada. Aku meraung sekuat hati seakan tidak boleh terima yang ayah sudah meninggal dan hari itu,sepanjang hari aku meratapi pemergiannya. Jauh di sudut hatikuku ,sedikit terkilan kerana ayah aku menyembunyikan kesakitannya bertahun-tahun dari pengetahuanku.

--------------------------------

" Maria..," sapaan Mak Cik Som mematikan lamunanku . Aku menyeka air mataku perlahan-lahan . Mak Cik Som sedang berdiri di sebelahku kini dan memandang sayu kepadaku .Dia duduk di sebelahku lantas memeluk bahuku.

" Mak cik..Mar bersalah pada arwah ayah..," kataku sebak. Gambar ayah aku genggam erat lalu dibawa ke dada.

" Sudahlah Maria..arwah ayah kamu sentiasa maafkan kamu.Dahla jangan fikirkan benda yang dah jadi..," kata Mak Cik Som lembut. Aku melentokkan kepalaku pada bahunya .Aku ternyata salah sangka pada Mak Cik Som selama ini .Dia sebenarnya seorang wanita yang sangat penyayang, penyabar dan bertanggungjawab.Aku begitu menyesal kerana menuduhnya bukan-bukan sewaktu ketika dahulu. Ayah sebenarnya amat beruntung kerana mempunyai isteri sepertinya .Hanya aku yang tidak pernah menghargainya.Aku tahu ayah tentu kecewa kerana aku mensia-siakan Mak Cik Som.

" Mak cik..bagaimana Mar dapat tebus kesalahan Mar? Mar nak tebus segala kesilapan Mar pada arwah ayah..," aku merintih lagi. Aku benar-benar terkilan kerana tidak sempat membalas kasih sayang ayah selama ni.

" Mar..doalah pada Allah banyak-banyak. Hanya Allah yang boleh membalas semua budi baik ayah kamu..Hanya Dia Mar..banyakkan bersabar ye..," pujuk Mak Cik Som.Dia turut menangis sambil mengemaskan lagi pelukannya pada bahuku.

" Arwah ayah kamu dah cukup gembira kerana dapat melihat kejayaan kamu sebelum dia pergi..dia sangat bangga ada anak macam kamu..," sambung Mak Cik Som lagi.Esak tangisku makin kuat mendengar kata-kata itu. Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku yang Allah..Walaupun sudah lebih 14 tahun peristiwa hitam berlaku namun aku rasakan bagi semalam berlaku. Peristiwa itu membawa seribu satu penyesalan dalam diriku .


" Selamat hari bapa abang…," sepatah perkataan meniti di bibir Mak Cik Som. Baru aku sedar Mak Cik Som sedang menangis .Aku terkedu. Baru aku teringat yang hari ini adalah hari bapa. Bagaimana aku boleh lupa hari yang amat bermakna ini.

" Selamat hari bapa ayah..," aku turut mengucapkan ucapan itu .Gambar ayah aku kucup lama dan air mataku menitis lagi.

" Terima kasih ayah..," kataku lagi. Mak Cik Som menggosok lembut belakangku. Aku tersenyum kepadanya dalam sendu. Dalam diam, aku bersyukur kerana ayah sempat melihat kejayaanku yang tidak seberapa ini. Aku bersyukur kerana mempunyai ayah sepertinya.Kerana ayah, aku terselamat dari terus hanyut dalam dunia kehancuran. Kerana ayah, aku menjadi manusia yang berguna kini. I love you dad!!Thanks for everything!


p/s : saya menulis cerpen ini sempena hari bapa sebagai menghargai semua insan yang bernama bapa. Hargailah bapa kita..janganlah mensia-siakan kasih sayang mereka terhadap kita sementara mereka masih hidup. Marah dan herdiknya bukan bererti mereka tidak sayangkan kita, tetapi adalah untuk menjadikan kita insan yang berguna..Tiada satupun bapa di dunia ini yang tidak sayangkan anaknya..percayalah.
Di sini saya ingin ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada ayah saya dan semua bapa di luar sana...

wassalam

Read More..
 
Cerpen : Harga Sebuah kesabaran

Cerpen : Harga Sebuah kesabaran
Nama Pena : Kayaizzat

Sebuah Kenangan

Huruf itu telah kucantum satu persatu menjadi perkataan bermakna. Gembiranya aku,bangganya aku bila melihat Cikgu Khalid tersenyum memandangku. Kembangnya hati kecilku bila segerombolan tepukan gemuruh tersangkut di gegendang telingaku. Meleret-leret senyumanku bagaikan tak bertepi.

Setakat hari ini,selamat aku dari hentakan maut suara cikgu Khalid. Kecutnya hatiku waktu hari pertama persekolahan. Malangnya aku…….,tidak seharipun tapak sekolah pernahku pijak, biar cuma Tadika Kemas kebanggaan penduduk kampungku. Namun hatiku berbunga mekar saat terpandang wajah Cikgu Khalid yang kacak dan tinggi lampai. Sukanya emak melihat leret senyuman Cikgu Khalid. Pagi itu,cikgu Khalid melayanku penuh kemesraan. Hilang perasaan takutku. Ternyata kata-kata Abang Hairil meleset sama sekali.

Seminggu dua,tak sabar-sabar aku mahu ke sekolah. Itulah hebatnya Program Transisi yang memakan masa selama 3 bulan. Kerja tak banyak. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya aku berada di tahun 1 Ariff. Seronoknya aku hingga termimpi, ngigau kemersaan Cikgu Khalid. Tapi aku lupa,cikgu Khalid juga manusia,seteguh mana hatinya,akhirnya punah juga tembok kesabarannya. Silapnya aku,terlalu dungu dan mengada-ngada. Anggapanku, tentu Cikgu Khalid macam Abang Latif,penyabar dan boleh dimakan hidup-hidup. Belum pun tiga bulan program dilaksanakan,kemarahan Cikgu Khalid telah meledak memecah kedamaian kelas 1 Ariff. Terasa berdentum-dentum suara lelaki itu menghancurkan keindahan pagi.

Pagi itu,kain yang kupakai telah lencun dengan air kencingku. Ku cuba membendung air mata dari mengalir,namun tembok yang kubina telah roboh akhirnya. Malunya aku,seorang gadis sunti terkencing di depan anak teruna. Kalau mak tahu,maut aku disesahnya.

Terasa…kemarahan lelaki itu menyentap seluruh urat sarafku. Betapa daif dan kerdilnya aku tika itu. Tak kuduga suara merdu cikgu kesayanganku meledak hebat merobek gegendang telingaku. Hatiku tak ubah seperti dedaun layu menyembah ke bumi. Kejamnya lelaki itu menghamburkan kemarahan pada gadis kecil seperti aku. Rasanya silapku kecil,,buat-buat lupa dan terlupa mengingat huruf keramat yang telah kusebut dan kubaca berulangkali. Lalainya aku,pelupanya aku,benda sekecil bi-bi telah kusebut menjadi" babi". Malunya aku suku kata semudah bo-bo ku sebut "bodoh". Ku perhatikan wajah lelaki itu tak ubah seperti singa lapar. Matanya bulat membutang. Giginya meryeringai mengetap-ngetap tidak ubah seperti pontianak harum sundal malam. Lidahku kelu membisu.
Kesiannya aku kepada lelaki itu. Berhari-hari dia menahan kesabaran mengajar aku membaca. Berminggu-minggu dia meniup ubun-ubunku dengan kalimah suci . Siapa menduga keikhlasan hatinya tercalar juga dek kemalasan diriku sendiri. Itulah harga yang terpaksa aku bayar akibat kemalasanku sendiri.


Nasibku baik,pelempang mautnya tidak singgah pada pipiku yang gebu. Tanganku digenggam erat oleh Cikgu Khalid. Dapatku rasakan gengaman lelaki itu begitu kuat mencengkam. Lelaki ini mengatur langkah pantas seolah-olah mahu mencampakkan aku ke dalam api neraka. Terasa sakit pergelangan tanganku. Senduku tak tertahan lagi.

Sebaik tiba di dalam tandas,satu persatu pakaian kubuka. Aku menangis semahunya. Suara Cikgu Khalid yang mendehem-dehem kecil di luar tandas , mematikan terus tangisanku. Alangkan seksanya menahan sebuah tangisan. Kejamnya lelaki itu membiarkan aku sendirian di dalam tandas yang busuk dan gelap. Dapatku rasakan beberapa ekor hantu jemalang dan syaitan biru bertanduk dua sedang tertawa girang memerhatikan tingkahlaku ku yang tak ubah seperti Yuyu Si Pelawak bodoh. Air mataku tak henti-henti mengalir. Berbakul-bakul sumpah seranah ku hambur buat lelaki itu. Rasanya mahu kuadukan kepada mak dan abah perlakuan biadab lelaki itu . Mahu tidak mahu aku mengikut sahaja arahan lelaki itu . Aku tidak punya pilihan.

Tanpa belas kasihan,cikgu Khalid menghulur sehelai tuala dan sebuku sabun cap kapak kepadaku. Saat itu,dapat aku rasakan,betapa hinanya diriku dimata Cikgu Khalid. Air yang kujirus di atas tubuhku terasa panas membara membakar seluruh kulitku. Buih sabun yang memutih dirambutku terasa tajam seperti berus dawai,menikam-nikam ubun-ubunku yang lembut dan suci. Alangkah geramnya aku,..... hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kini tubuh mungilku telah lengkap berpakaian sukan yang sengaja disimpan oleh Cikgu Khalid di dalam begnya. Pipiku dilumur dengan losyen,rambutku kemas disisirnya. Terharunya aku dengan layanannya,namun air mataku tetap mengalir ketika tiba di kelas. Namun, kemurnian hati lelaki itu gagal memadam api kebencianku. Aku dapat bayangkan,wajahnya kini tidak ubah seperti talam dua muka. Depan sempurna,belakang hancur berderai. Tanpaku sedar, lelaki itu sudah memegang penyapu membersihkan kelas kami dengan muka masam mencuka. Rasanya, ini kali ke empat lelaki itu mencuci najisku. Perasaanku bercampur baur antara benci,dendam dan juga sekelumit simpati.

Apa yang mampu kulakukan cuma menitiskan air mata dan secara tidak sengaja kulihat air mata lelaki itu bergenang di kelopak matanya. Wajah lelaki itu kelat tak bermaya. Entah mengapa,tiba-tiba hatiku tersentuh. Aku cuba memandang wajahnya,namun dia mengalihkan pandangan ke arah jendela. Aku
tahu lelaki itu cuba membendung kesabarannya yang telah mula retak dan hampir berderai. Mungkin…….. masih ada secebis kekuatan yang bersarang dihatinya. Ku lihat lelaki itu begitu tabah dan kuat meredah gelora.

Bangkit kembali

Kini segalanya telah berubah. Senyuman cikgu Khalid sudah mula hilang sedikit demi sedikit. Aku dapat rasakan,dihadapanku kini bukan cikgu Khalid yang dulu,cikgu yang penuh kasih sayang,cikgu yang kaya dengan senyuman. Andai masa dapat diputar kembali,ingin rasanya ku kutip kembali sisa-sisa kenangan,ingin rasanya ku cantum-cantum semula memori bersama lelaki itu. Aku terlalu merindui saat-saat yang telah berlalu. Apakan daya semuanya sudah terlambat walau pelbagai gelagat telah kami pamerkan di hadapan cikgu muda itu. Apa yang pasti perbuatan kami tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi.

Entah mengapa perutku tiba-tiba mengembang. Terasa isi perutku berkeroncong menyanyikan lagu kepiluan. Kubawa buku "Bacalah Sayang" menuju ke arah lelaki itu. Kakiku terasa lemah longlai bila terpandang lelaki itu. Kalau ikutkan hati,lama sudah kubuka langkah seribu. Namun maruah juga perlu
dipertahakan. Kata emak"anak dara sunti macam Mira kena jalan sopan santun". Kata-kata emaklah yang sebenarnya telah menjulang kembali semangat juangku yang mula goyah bila terpandang lelaki itu.

"Duduk !!! . Buka muka surat satu,cepat". Terasa luluh tangkai jantungku mendengar gema suara lelaki itu. "Apa terkebil-kebil,cepat jangan buang masa saya". Seperti pesalah jenayah berat,aku menurut sahaja arahan lelaki itu." Ka-ki……..kaki, ku....ku…….kuku.,ko ..ko……..koko. "Kuat sikit!!!". Suara lelaki itu yang nyaring seperti suara gergasi membuatkan tali perutku terbelit-belit lalu menjerut kerongkongku sendiri. Terasa isi perutku sudah berada dihujung duburku. Kembang kempis nafasku menahan khazanah berharga miliku.

"Ha……..,apa lagi,baca pulak petikan yang bawah tu". Kualihkan bebola mataku pada deretan ayat tunggal di hadapanku. Mataku mulai kelabu. Berjuta-juta bintang berkerdipan muncul secara tiba-tiba di mindaku. Aku menggigil ketakutan. Rasanya aku tidak mampu mendendangkan walau sebaris ayatpun, buat lelaki itu untuk kali ini."Cepat,apa terkebil-kebil ". Menyesalnya aku kerana tidak mendengar kata emak malam tadi. Kulihat lelaki itu menguis-nguis sepatunya yang besar dan berat. Kuingat lagi macam mana takutnya kami bila lelaki itu menendang sepatunya sendiri kearah Leong yang gagal mengingati apa yang dibacanya seminggu yang lalu dan kuingat lagi bagaimana takutnya Leong
memandang kasut lelaki itu jatuh betul-betul di hadapannya. Dapat kuperhatikan wajah Leong pucat- lesi seperti mayat Tapi hari ini Leong menjadi lelaki terhebat di mata cikgu Khalid. Cemburunya aku.

Air mataku mula mengalir selebat salji di Gunung Fujiyama . Mungkin.....masanya telah tiba,sebuah penampar Jepun akan singgah di pipiku yang gebu ini atau sepasang sepatu hantu milik lelaki itu akan terhentak di atas mejaku membenam seluruh perasaanku yang mula berkembang biarpun aku dapat rasakan ia sekadar kembang kuncup sahaja. Ku lihat mata lelaki itu. Renungannya setajam mata pedang yang bisa menyiat-nyiat dan menghancurkan tulang -temulangku. Azabnya hatiku mengenang segala kebarangkalian yang mungkin terjadi.

"Dah berapa kali cikgu ajar,dah berapa kali cikgu suruh baca kat rumah,agak telinga awak dah sumbat atau awak sendiri buat-buat pekak!!!!". Pedihnya gegendang telingaku. Marah benar lelaki itu kali ini. Air mataku semakin deras membasahi tangkai hatiku. "Sikit-sikit nak nangis,sikit-sikit nak nangis,tu yang awak tahu. Awak ingat awak seorang je yang ada perasaan !!!!!". Aku menangis tersedu-sedan. Terasa ada cecair hangat mengalir laju di pangkal pehaku. Kali ini,kubuang perasaan malu mengatur langkah seribu menuju ke tandas. Biarlah mak kata aku tidak sopan,biarlah nenek kata aku tak berbudi bahasa,namun sanggupkah aku menahan malu membuang najis di dalam kelas sendiri dengan disaksikan oleh lelaki bengis yang berada di hadapanku. Cukup sekali aku diheret ke tandas dengan hati yang luluh berkecai. Apa yang pasti….aku mesti berani merubah nasib sendiri. Itulah azamku.


Teguh

Kini,segalanya telah berubah. Aku bukan lagi Fatin Nadira yang kuat melalak. Aku bukan lagi gadis sunti yang mudah melatah bila digertak bertalu-talu dan aku juga bukan gadis yang tak bermaruah menabur kekotoran di sana sini.

Biarlah lelaki itu memakiku hingga pecah gegendang telinga ini, biarlah lelaki itu menghentak sepatu hantunya di atas mejaku,aku tidak akan gentar melawan segalanya. Bagiku,apa sahaja yang dilontarkan adalahlah untuk kebaikanku sendiri. Ibarat mentimun,aku rela menadah onak dan duri demi sebuah kejayaan yang aku angan-angankan.

Aku perlu kuatkan semangat,aku mesti tabahkan hati melayan segala macam karenah lelaki itu. Sudah masanya aku membalas kembali segala susah payahnya mengajar dan mendidik aku selama ini. Janjiku,biarlah lelaki itu bisa mencerikan kembali perasaannya dengan bunga-bunga yang berkembang dan harum baunya. Cukuplah ku panggang hatinya mencuci najisku hingga panas membara perasaannya beberapa bulan yang lalu, dan cukuplah sekali ku lihat air matanya mengalir deras dipipinya ketika dia menghadap jendela dahulu.
Janjiku,……..akan ku tebus kembali kepayahannya dengan kesabaranku sendiri. Cukuplah rasa bersalah bernanah di hati. Biarlah ia terhenti setakat ini,tak tertanggung azab untukku memikulnya lagi.

Kusapu air mata yang mula merembes dipipi gebuku. Bersyukurnya aku,kini segalanya telah berubah. Lelaki itu telah mula membentuk senyumannya kembali biar dapatku rasakan itu sekadar secalit cuma. Dapatku rasakan kini,kelas 1 Ariff penuh dengan kemersaan. Tak kuduga,rupa-rupanya lelaki itu memiliki sekeping hati yang begitu luhur. Bahagianya aku dapat merebut kembali kemersaan lelaki itu yang telah hilang 5 bulan yang lalu. Pengajaran yang cukup bermakna kuperolehi ialah jangan menilai seseorang dari luarannya sahaja.


Manisnya sebuah kesabaran

"Pelajar terbaik UPSR 2009 ialah Fatin Nadira Aiman". Aku tergamam mendengar pengumuman itu,air mataku mengalir tiba-tiba. Tidak ku duga akhirnya aku berdiri di atas pentas Sekolah Kebangsaan Durian Chondong sebagai satu-satunya pelajar yang mendapat 5A di sekolah kami. Ternyata perjalananku ke puncak kejayaan terlalu beranjau dan berliku. Kutatap kembali slip keputusan yang dihulurkan oleh Cikgu Rizal kepadaku.Siapa menyangka,siapa menduga seorang kanak-kanak yang tidak pernah kenal huruf,bebal dan tidak pernah memijak tanah sebuah sekolah tadika akhirnya mencipta kegemilangan.

Kuperhatikan satu persatu wajah guru kami,jelas terpancar kepuasan diwajah mereka. Akhirnya pandanganku tertumpah pada seraut wajah lelaki di hadapanku. Wajahnya tetap sama seperti dahulu. Kurenung matanya,ada butir-butir jernih yang bertakung di kelopak matanya. Pandangan kami bersatu dan tanpa disuruh air mataku meluru laju memecah kolam mataku.

Lelaki itulah yang mengubah seluruh hidupku,lelaki itulah yang sering meniupkan semangatku,lelaki itulah yang sering mengubat luka dihati saat aku tersungkur dipintu peperiksaan. Besarnya pengorbannya dalam usaha meroboh tembok keegoanku. Tanpanya...….entah di lembah mana aku berada dan tanpanya aku bukan siapa-siapa.

Kurenung kembali wajah lelaki itu. Kuatur langkahku dengan begitu sopan sekali. Sebagai gadis sunti yang jelita,aku perlu menjaga setiap langkah dan sikapku. Bersaksikan beratus-ratus pasang mata,bersaksikan unggas dan pepohon menghijau disekeliling kami,kudakap tubuh lelaki itu dengan erat sekali. Terasa inginku dakap tubuhnya buat selama-lamanya.

Kali ini,kubuang perasaan malu demi meraikan kejayaan ini. Tangisku tidak dapat kutahan lagi. Aku menangis teresak-esak lagi seperti enam tahun lalu ketika lelaki ini menyepak sepatu hantunya ke arahku. Bezanya kini,aku mengalirkan air mata demi sebuah kejayaan yang tidak pernah termimpi dalam kamus hidupku. Sayang...kemanisan ini tidak dapat kuraikan bersama abah. Namun,aku terlalu bersyukurnya bila pintu kejayaan tersenyum manis di hadapan. Kulihat ada bunga yang telah mekar menebarkan haruman Firdausi di taman hatiku. Mungkin,ini yang dikatakan emak,kemanisan yang akan kutuai di atas kesabaranku meredah onak duri,menampan ribut gelora lewat musim lalu.

Kuperhatikan senyumannya kali ini terlalu indah. Senyuman itulah yang kunanti-nantikan setelah lama ia pergi. Kini,ia mekar kembali mewarnai bumi indah sekolah kami. Beruntungnya aku,lelaki itu akhirnya menghadiahkan air mata kesyukuran buatku seorang. Jelas terbayang ketulusan hatinya . Terlalu tinggi kesabarannya melentur dan membentuk aku menjadi buluh yang mahal harganya, Pengorbanan mendidik, mengasuh,tidak dapat kunilai dengan emas permata. Sampai matipun, budinya mungkin tak akan terbalas... "Cikgu Khalid...terima kasih atas segalanya...". Air mataku terus mengalir dan aku kehilangan kata-kata. Hanya tepukan gemuruh bergema di ruang udara sekolah kami.

Read More..
 
Cerpen : Abah

Cerpen : Abah
Nama Pena : Shakira Johari

Peluh kelihatan menitik di dahi abah.Keringatnya yang semakin uzur itu dipaksa juga demi mencari sesuap nasi untuk diberi kepada anak-anaknya yang sedang dalam kelaparan menahan lapar setelah beberapa hari mengikat perut.Abah mengayuh perlahan beca tua yang menjadi punca rezeki bagi abah untuk menyara diri anak-anak dan dirinya.
Walaupun begitu,abah tetap bersyukur dengan rezeki tuhan ini walaupun kadang-kadang terpaksa mengikat perut demi mengenyangkan perut anak-anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak melukai hatinya.Abah tidak pernah berkira dengan anak-anaknya.Malahan,bagi abah,anak-anaknyalah penawar dan racun baginya.Semenjak kematian umi tercinta akibat penyakit lemah jantung,kesihatan abah pula makin terjejas.
Abah selalu batuk-batuk tidak menentu pasal sehingga menimbulkan kerisauan dalam diri anak-anak abah.Abah,ketahuilah,kami semua sayangkan abah.Abahlah ayah dan emak bagi kami semenjak kematian umi.Abah banyak berjasa terhadap kami.Kami tidak mampu membalas jasa abah yang mana bagi kami terlalu besar dalam mengerti erti sebuah pengorbanan.Pengorbanan yang abah cucurkan tidak dapat dibayar walaupun dengan seguni emas,permata,intan walaupun berlian!Abah,kami sayang abah.Kami akan cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti abah.Asalkan abah perlu tahu,Abah tidak perlu memberi harta duniwai kepada kami,cukuplah dengan kasih sayang seorang ayah yang kami dahagakan selama ini.Untung kami dapat abah, yang memahami diri kami yang masih terkapai-kapai di dalam kirmizi yang masih tidak nyata mana punca dan tujunya.
Abah,anak-anakmu,Dahlan,Dahlia,Durrah,Dzul,Damiyya,Danial dan Durrani tetap menyanjungi abah.Kami adik-beradik telah bersumpah sesama sendiri untuk menjaga abah apabila suatu hari nanti kami telah berjaya menggapai bintang di langit.Dalam masa itu,mungkin abah sedang menikmati sisa-sisa hidup abah.Kami akan melimpahi abah dengan pelbagai bentuk kebahagiaan kerana itu sahaja yang termampu bakal kami lakukan terhadap abah walaupun tidak setanding dengan budi dan bakti yang abah curahkan kepada kami adik-beradik selama ini,abah.

Abah memberhentikan beca tuanya itu di hadapan rumah yang boleh dianggap sebagai pondok,yang mana tidaklah sebesar rumah dan tidak layak diduduki oleh keluarga yang yang besar semacam abah.Abah turun dari beca,di tangan kiri abah,tergenggam kemas plastik yang di dalamnya mengandungi bungkusan makanan untuk dijamukan kepada anak-anak abah yang sedari tadi menunggu kepulangan abah dalam keadaan perut yang hanya beralaskan angin.Kami minta maaf abah!Kami banyak menyusahkan abah.Namun,apakan daya kami abah,kami ini hanya manusia biasa yang memerlukan keperluan asas sebagaimana manusia lain yang begitu juga darahnya merah seperti kita, abah.Danial dan Durrani,sepasang kembar yang berlainan jantina,umurnya mereka belum pun mencecah lima tahun.Tetapi mereka harus menempuh hidup yang berliku yang mana penuh dengan onak dan ranjau berduri ini.Terpaksa tidur di bawah sinaran lampu minyak tanah,menahan lapar hari-hari dan yang paling menyedihkan mereka juga belum puas merasai kasih sayang seorang ibu.Umi meninggalkan kami ketika Danial dan Durrani masih berusia satu tahun.Itu satu cubaan yang berat buat kami,abah!Tetapi,bila difikirkan balik,kami masih mempunyai abah!Kami tahu,abah tidak mensia-siakan kami.Kami percaya dangan kesetiaan abah terhadap umi.Oleh kerana itu,abah masih tidak mencari pengganti umi.Lagipun bagi kami,umi tiada galang gantinya.Nampaknya abah faham perasaan kami walaupun hidup tanpa pasangan kelihatan susah kerana semuanya perlu diuruskan seorang diri.Abah,kami memohon ampun sekali lagi,kudrat kami masih tidak menjangkau untuk membantu abah dalam mencari walau setitik rezeki.Tetapi kami berjanji,kami akan cuba membalas semula terhadap apa yang abah telah lakukan kepada kami.

*************************************

"Abah,dekat sekolah,kawan-kawan Dzul,semua ada buku latihan ni.Dzul sorang je yang tak de."Dzul bersuara lantang sambil mulutnya mengunyah dengan lajunya.Kelihatan dia lapar benar.Abah kelihatannya mengeluh pendek.Sebolehnya abah tidak mahu anak-anak mengetahui kesusahan abah dan abah juga tidak mahu anak-anak abah mempunyai kelengkapan yang tidak cukup sepertimana anak-anak yang lain mempunyai keperluan yang mencukupi.
"Nanti abah bagi duit.Dzul jangan risau."Abah cuba menyedapkan hati Dzul.Abah tidak mahu anak abah ketinggalan.Dzul kelihatan senang hati selepas itu.Ah!Dzul masih kana-kanak,dia tidak akan mengerti apa pun penderitaan abah.Dahlan selaku anak sulung bersuara,
"Ayah,kami semua kesian tengok ayah.Ayah pun tak berapa sihat sangat.Apa kata kalau Alan berhenti sekolah?Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan penderitaan abah.Kami tak mahu abah susah."Dahlan menyatakan hasratnya.Seketika kemudian,raut wajah abah berubah.
"Alan!Apa Alan cakap ni?Abah tak pernah susah.Abah tak nak anak-anak abah tercicir pelajaran!Baik Alan tarik balik kata-kata Alan!"Semua terkedu-abah meninggikan suara.Tidak pernah mereka melihat abah beremosi seperti itu.Tetapi mereka tahu,niat abah baik.
"Maafkan saya abah,saya tak bermaksud nak sakitkan hati abah."Dahlan meminta maaf seraya kelihatan mulutnya terketar-ketar.Gerun dengan abahnya yang tiba-tiba beremosi.Tetapi abah tidak salah.Manik-manik jernih mula kelihatan di kelopak mata abah.Abah tidak mahu anaknya berada di belakang kejayaan,abah tidak mahu anak-anaknya gagal dalam hidup kerana abah.Walaupun,niat anak-anak abah sememangnya
murni hendak membantu abah.Abah memeluk Dahlan dengan penuh rasa bersalah kerana telah meninggikan suara.Sepatutnya kami yang berasa bersalah abah!Bisik hati kecil Dahlan.Damiyya,Danial dan Durrani hanya memerhati.Mereka bertiga terlalu kecil dalam memahami erti sebuah kehidupan.Abah bersuara lembut selepas itu.Mereka anak-beranak meneruskan suapan yang seterusnya.Suasana sunyi seketika.Mata abah sayup memandang setiap wajah anak-anak yang menjadi harapan abah.Ketahuilah anak abah,abah sayangkan semua anak abah.Tak pernah berbelah bahagi.Biarlah abah susah seketika kerana abah akan nampak kepuasan abah di masa hadapan.Abah berkata dalam hati.Abah sanggup melakukan apa sahja demi anak-anak abah.Walau berkorban nyawa sekalipun.

*********************************************

20 tahun kemudian…………..

Nampaknya pengorbanan abah tidak sia-sia.Hari ini,semua hasil titik peluh abah menampakkan hasil,Anak kembar abah,Danial dan Durrani telah berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang bio-kimia.Abah tersenyum bangga.Anak sulung abah,Dahlan,sekarang ini adalah seorang pensyarah dalam bidang sains sosial di sebuah universiti tempatan dan telah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata,Dahlia pula sekarang ini seorang tentera darat yang berpangkat mejar.Durrah seorang kakitangan kerajaan kelas A.Manakala Dzul sedang menyambung pelajaran di Ireland dalam bidang pediatrik di salah sebuah universiti di Ireland dan akan pulang ke Malaysia sebagai seorang pakar kanak-kanak seketika pulangnya setelah berjaya mendapat gelaran Doktor Falsafah.Damiyya pula sekarang sudah menjadi ahli farmasi yang berjaya.Abah menguntum senyum dalam kegembiraan meraikan kejayaan abah mendidik anak-anak abah yang seketika dahulu penuh dengan ujian yang akhirnya menampakkan hasil seperti sekarang.Setelah dua puluh tahun abah,dan kini abah telah menjangkau usia 60-an,abah masih menganggap yang usaha abah tidaklah sebesar mana.Abah selalu berterima kasih kepada anak-anak abah kerana bersusah payah dalam mencapai kejayaan,sepatutnya kami yang berterima kasih kepada abah kerana telah mengizinkan kami untuk menyambung pelajaran dan sanggup berkorban tenaga dan mengerah keringat demi memastikan kami berjaya, abah.Kami akan mengotakan janji kami,abah.Kami akan menjaga abah dalam abah yang sedang meniti hari tua abah.Kami akan berikan seberapa kasih sayang dan kebahagian yang pantas abah perolehi daripada kami yang pada mulanya berpayungkan abah.Kami berjanji abah.Sekiranya kami mungkir,memang patutlah kami berdosa sepanjang hayat sehingga kealam akhirat,abah!

***********************************

"Abah,tak payahlah kayuh beca lagi.Abah tinggallah dengan kami.Abah boleh pilih dengan siapa abah nak tinggal.Kami adik beradik sepakat nak jaga abah.Kami tak mampu membalas jasa abah."Dahlan menyatakan cadangannya kepada abah.Semua anak-anak abah menanti keputusan abah dengan tidak sabar-sabar.Mereka tidak mahu abah bersusah payah mengayuh beca lagi dan tinggal di dalam rumah yang tidak seberapa ini.Sepatutnya,di usia emas abah ini,abah sudah merasai semua ksenangan dari kesusahan yang abah tanggung selama ini.Abah tergelak kecil.
"Hmm…abah bukannya tak mahu tinggal dengan anak-anak abah.Cuma biarlah abah di sini sahaja.Abah sayangkan pekerjaan abah sebagai penarik beca.Lagipun sudah tiga puluh tahun abah melakukan pekerjaan ini.Tidak mungkin abah nak berhenti begitu sahaja.Menarik beca sudah sebati dengan diri abah.Lagipun,kerja inilah yang banyak membuatkan abah belajar ertinya sebuah kehidupan.Melalui hasil dari kerja ini jugalah,abah berjaya memberi makan anak-anak abah.Kamu semua pulanglah.nikmatilah kejayaan anak-anak abah sepuasnya kerana anak-anak abah telah bersusah-payah untuk merasai kesenangan seperti sekarang ini."Abah menyatakan ketidak setujuannya dengan panjang lebar.Air muka anak-anak abah berubah seraya kecewa dengan keputusan abah.
"Tapi bah,tak ade siapa yang jaga abah kat sini.kami tak mahu jadi anak derhaka,abah."Dahlan mula risau akan siapa yang mahu menjaga abahnya yang semakin dimamah usia itu.
"Kamu semua jangan risau.Abah pandailah jaga diri abah.Lagipun,kita banyak jiran kat sini.Jangan risau."
"Tapi,bah…"
"Dahlan,biarlah abah tinggal di sini.Abah mahu habiskan sisa-sisa hidup abah di sini!"Abah memang pantang dibangkang keputusannya.Sekali abah menunggikan suaranya yang serak akibat usianya yang sudah bertambah itu.Anak-anak abah tidak mampu berkata apa lagi.Kalau putih,putihlah kata abah.
"Tapi bah,sekurang-kuranya bagilah kami peluang walaupun sedikit.Kami nak baiki rumah ni."
"Itu terpulang pada kamu semua,anak-anak abah.Abah tidak pernah mengharap."Abah mula menurunkan sedikit suaranya.Anak-anak abah diam seribu bahasa.Tidak tahu bagaimana harus memujuk abah mereka itu lagi.

******************************

Pagi itu,anak-anak abah berkumpul di rumah anak abah,Dahlia.Anak-anak abah mahu pulang ke kampung hendak menjenguk abah.Apa khabar abah di sana?Semoga abah sihat sentiasa.Anak-anak abah pulang ke kampung dengan menaiki sebuah van.Tidak usah banyak-banyak kenderaan kerana kawasan rumah abah terletak dalam kawasan kampung.
Seketika dalam perjalanan,anak-anak abah sudah tidak sabar hendak berjumpa dan memeluk abah yang banyak berjasa kepada mereka itu.Sesekali,keletah cucu-cucu abah,anaknya Dahlan,Delia dan Danish memecah kesunyian di dalam van itu yang masing-masing sedang melayani fikiran masing-masing.Satu jam setengah kemudian,sampailah anak-anak abah di negeri Melaka yang penuh dengan sejarah ini.Anak abah,Dzul,yang pulang seketika ke Malaysia kerana cuti semester sudah tidak sabar-sabar hendak berjumpa abah kerana hendak meminta doa dan restu abah supaya anak abah yang seorang ini berjaya dalam mengejar impiannya sebagai seorang doktor pakar.Kelihatan sebuah van merah yang dipandu oleh anak abah,Danial memasuki perkarangan rumah abah.Beca abah yang sudah tua itu kelihatan terletak di hadapan rumah.Pintu rumah abah tertutup rapat,tetapi tidak berkunci.Anak-anak abah memberi salam namun tiada sebarng jawapan,lalu memasuki rumah tua abah yang baru dibaiki sebulan lalu itu.Cucu-cucu abah,Delia dan Danish berlari masuk.Seketika kemudian
Delia dan Danish mendapatkan papa meraka,
"Papa,Atuk tengah solat."Si comel Danish bersuara.
Anak-anak papa Dahlan,Dahlia,Durrah,Dzul,Damiyya,Danial dan Durrani memasuki bilik abah kerana hendak menjenguk abah yang sedang solat.Alangkah terkejutnya mereka apabila abah masih sujud begitu lamanya dan seketika cucu abah Delia,mengusik bahu abah yang bersujud itu,abah jatuh rebah.Abah kaku.Esak-tangisan anak-anak abah mula kedengaran.Selamat tinggal abah!

~TamaT~

Read More..
 
Cerpen : Sebenarnya cinta

"Lissa, ini Aeril. Dia pekerja baru galeri ni. Aeril, ni la Lissa.." Imran memperkenalkan lelaki yang berdiri disebelahnya. Erm…boleh tahan mamat ni. Hati kecilku berbisik nakal.
"Saya Melissa tapi panggil je Lissa. Kawan Imran kan?" soalku tanpa menyambut salam yang dihulurkan Aeril. Hai, tak nampak ke aku yang sopan bertudung ni? takkan nak bersalam dengan bukan muhrim pulak. Ngomelku dalam hati. Aeril menarik tangannya kembali dengan wajah sedikit merah.Malu agaknya. Aku kembali ke tempat dudukku menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi.

Jam menunjukkan pukul 1 tengahari. Perutku mula menyanyikan irama keroncong hujan.
"Mana si Imran ni. Janji nak lunch sama-sama," Aku memandang sekeliling galeri. Tak nampak pun Imran. Aku mengeluh. Ingatan ku terbang kepada kenangan 5 tahun lepas sewaktu aku dan imran mula-mula menubuhkan galeri ini. Imran, teman rapatku di universiti. Minat kami sama walaupun kami berbeza jurusan. Aku mengambil jurusan hiasan dalaman manakala Imran mengambil jurusan fotografi. Sebaik saja tamat pelajaran, kami sama-sama nekad untuk berkongsi perniagaan. Kerja Imran lebih tertumpu kepada tempahan foto perkahwinan manakala aku pula banyak menguruskan hiasan rumah para pelanggan. Aku tersenyum sendiri mengingatkan suka duka yang terpaksa kami lalui untuk memajukan galeri ini.
"Lissa." panggilan Aeril mematikan terus lamunan aku.
"Eh, Aeril, dah lama ke awak kat sini?" Aku cuba berlagak tenang. Mintak-mintaklah dia tak nampak aku senyum sorang-sorang tadi. Nanti dia ingat aku ni gila ke apa senyum sengsorang tengahari buta ni.
"Ni Imran ada bekalkan awak lunch. Makanlah," Aeril menghulurkan beg plastik yang berisi polisterin.
"Awak lunch dengan Imran tadi?. Dia kat mana sekarang?"
"Dia pergi jumpa klien."
"Ok, thanks ya!" ujarku. "halabau punya Imran! Kalau ye pun tak jadi lunch sama-sama, takkan tak boleh mesej, wat penat je aku tunggu!", aku berbisik kecil memarahi Imran.
"Ape dia Lissa?" soal Aeril melihatkan aku membebel sendirian.
"Tak de apa-apa. Thanks for this lunch!"
"No problem." Aeril mula berlalu. Baru beberapa langkah, Aeril berhenti dan memusingkan badannya ke arahku.
"Lissa, awak memang selalu senyum sorang-sorang ke?"
"Hah?" aku terpinga-pinga dengan soalannya.
"Erm, jangan selalu amalkan. Takut nanti ada yang jatuh cinta." ujarnya dan berlalu meninggalkan aku dengan dahi yang berkerut seribu.

*******
"Hai, takkan merajuk ngan aku lagi kot?. Sorila…" pujuk Imran apabila melihat aku buat dek dengan kehadirannya ke bilikku. Aku buat-buat sibuk tanpa memandang sekilas pun kearahnya. Biasanya kalau Imran datang ke bilikku, mesti ada saja perkara yang kami bualkan. Sampai tak siap kerja pejabat dibuatnya. Tapi kali ini aku tak mahu mengalah. ‘Ermm, menggelabah jugak Imran ni kalau aku tak layan dia. Padan muka!’ hatiku tersenyum puas.
"Kau betul tak nak maafkan aku?. Janganla macam ni. Aku lupa nak bagi mesej kat kau. Lagipun aku nak cepat tadi." pujuk Imran lagi.
Imran tak senang duduk dibuatku. Biarlah. Ingat aku ni ape? Tunggul? Siapa suruh tak mesej aku? Sia-sia je pakai handset mahal kalau tak guna. Aku memanjangkan muncung.
"Okey, nak buat macammana kalau orang tak nak maafkan kita kan. Aku keluar dulu," Imran bangun mahu beredar. Entah macam mana dia terlanggar fail yang bertimbun di penjuru mejaku. Huh, apalagi? Habislah berselerak.
"Kau ni kalau tak ganggu aku sehari boleh tak?" suaraku kepada Imran berbaur kemarahan. Serentak dengan itu tanganku pantas mengemas fail yang jatuh tadi. Aku mengeluh tidak puas hati.
"Satu hal pulak aku kena kemas fail ni." marahku lagi.
"Tak reti-reti nak tolong ke?" tempelakku kerana melihat Imran sekadar memerhati.
Tiba-tiba tanganku terhenti apabila terlihat satu kotak panjang kecil berbalut cantik disebalik timbunan fail yang jatuh tadi. Aku memandang Imran. Dia tersengih. Hati-hati aku membuka kotak itu.
‘happy 27th bes-Day, Melissa Nurailis.
May Allah bless U.
ikhlas abadi, Imran Hakimi’.
Aku tergamam. Ya, aku tahu hari ni hari jadiku, tapi aku tak pernah terfikir yang Imran mengingati ulangtahun aku apatah lagi memberiku hadiah. Aku tersenyum memandang Imran.
"Selamat hari lahir." ujar Imran dengan senyuman.
"Thanks, kau buat aku terharu," air mata mula bertakung di kelopak mataku.
"Hisyh.. no tears ok? Today is your day right!" Imran mula menggelabah. Kelam kabut juga dia ni tengok perempuan menangis. Aku tergelak melihat dia kelam kabut ingin mencapai sapu tangan di poket seluarnya.
"Laa..ketawa pulak?" soal Imran pelik. "Sori ya pasal tadi." sambungnya. Aku tersenyum mengangguk. Mahu saja aku beritahu Imran yang aku merajuk tadi adalah kerana planku untuk celebrate birthday dengannya masa lunch tadi tak menjadi. Tapi entahlah, tak terkeluar pula suaraku.

**********
Aku merenung pen dan kad pemberian Imran. Buat kali ke-100 agaknya aku membaca lagi kad berwarna pink ini. Zapp! Aku tersentak apabila Linda merampas kad itu dariku.
"Wei, apa ni? Bak la balik kad tu.." aku mngejar Linda.
"Oh, kad dari Imran Hakimi rupanya. Kau dah bagitahu dia?" soal Linda sambil memberikan kad itu kepadaku. Aku mendengus. Sempat lagi aku menampar teman serumahku itu. Geram dengan perangainya.
"Bagitahu ape?" aku berpura-pura tidak memahami maksud Linda.
"Buat-buat tak faham pulak. Sampai bila kau nak macam ni? Kau suka Imran, Imran pun suka kat kau. Terus terang jela."
"Takkan la aku nak bagitahu dia dulu. Seganla, aku ni kan perempuan’,
"Pompuan ke lelaki ke yang start dulu bukan soalnya la Lissa, sekurang-kurangnya dia tahu perasaan kau terhadap dia. Aku yakinla yang Imran tu ada hati kat kau." panjang lebar Linda memberikan pendapatnya.
"Tengoklah." ringkas aku menjawab. Tapi aku terfikir untuk berterus terang tentang perasaanku terhadap Imran sejak kami belajar universiti lagi.

****************
Seperti biasa Imran datang ke pejabatku. Hatiku berdebar-debar. Aku menggelabah.
"Kenapa dengan kau ni Lissa? Tak sihat ke?’,
Alamak, dia perasan ke aku berdebar ni.
"Imran, aku ada benda nak bagitahu kau." ujarku mencari kekuatan.
"Apa dia? Kau ni buat aku berdebar pulak," Imran cuba bergurau.
"Aku…aku…"
"Aku……aku?aku ape?"
"Aku sayangkan kau lebih dari kawan." ujarku sambil menutup mata. Tidakkk! Apa aku buat ni?. Malunya. Aku berlari keluar dari bilikku. Arghhh, macam mana boleh terkeluar ni. Tak sayang mulut la aku ni. kakiku melangkah laju ke tandas.
Setengah jam juga aku berkurung di tandas. Malu yang teramat aku rasa,macam mana aku nak berhadapan dengan Imran lagi. Akhirnya aku keluar juga dari tandas. Sampai ke pejabatku, aku terus mencapai begku.
"Aeril, hari ni saya cuti setegah hari. Esok pun saya cuti tau." beritahuku kepada Aeril. Sempat aku mejeling ke arah Aeril yang terpinga-pinga melihat aku bergegas keluar.

******************
Dua hari selepas kejadian ‘ngeri’ itu, aku kembali ke galeri. Aeril memberitahu bahawa Imran tak datang galeri hari ni. Pelik tapi biarlah, bolehlah aku buat kerja dengan tenang hari ni.
Aku keluar Lunch dengan Aeril. Aku pun pelik dengan sikap Aeril yang selalu mengajakku keluar makan semenjak dua menjak ni. Tapi aku tak kisah, bukan aku yang bayar pun. Aeril selalu bayarkan lunch aku. Pada mulanya aku menolak, tapi dah tak kuasa dah. Akhirnya, aku ikutkan je.
Aku memandu pulang sendiri sementelahan Aeril ada urusan dengan klien. Teringin pula makan donut. Aku menuju ke kedai donut bersebelahan kafe kegemaranku dengan Imran. Kakiku terhenti tatkala terpandang Imran dengan seorang gadis cantik sedang berbual mesra di kafe itu. Air mataku mula menitis melihat Imran meghulurkan sebuah kotak kecil bebaldu merah kepada gadis tadi, Ya, seperti yang kuagak. Cincin. Kulihat Imran dan gadis itu tersenyum bahagia. Aku kembali ke keretaku. Pandanganku terasa kabur dan aku menangis semahunya dalam kereta. Hati, tabahlah!

****************
Keesokkan harinya, aku ke galeri dengan mata yang bengkak.
"Masuk." laungku apabila terdengar pintu bilikku diketuk. Aeril melangkah masuk.
"Kenapa Aeril? Ada masalah ke?" soalku.
"Takde. Cuma saya ada sesuatu nak beritahu kat awak."
Aku memandang Aeril. Dia menarik nafas.
"Melissa, saya cintakan awak. Saya jatuh cinta pada awak sejak hari pertama kita jumpa lagi,"
Aku tergamam. Pen ditanganku terjatuh
"Sudi tak awak jadi isteri saya, Melissa Nurailis Mohamad?" serentak dengan itu Aeril menghulurkan sebentuk cincin. Aku mencari kejujuran di mata Aeril. Ya, aku nampak kejujuran itu.
"Saya nak ke tandas kejap." aku mahu melepaskan diri sebenarnya.
Aku terkejut apabila terlihat Imran di depan pintu bilikku.
"Dah lama ke kau kat sini?" soalku melihatkan Imran yang nampak macam menyembunyikan sesuatu.
"Tak…tak."
"Ok, tak kisahlah. Aku cuma nak tanya pendapat kau. Erm, Aeril lamar aku. Macam mana ni?" tanyaku. Aku ingin menduga Imran sebenarnya. Jika dia merasakan perasaan yang sama denganku, sudah tentu dia menyuruhku menolak lamaran Aeril.
"Ye ke?. Baguslah. Aeril baik orangnya. Aku yakin dia boleh buat kau bahagia." Aku tersentak mendengar jawapan Imran. Dan aku mula sedar siapa aku di hati Imran Hakimi.


*****************
3 bulan berlalu dan kini aku mula belajar menerima Aeril dalam hidup aku. Aku cuba menguburkan perasaan cintaku terhadap Imran. Tinggal lagi 2 bulan untuk aku dan Aeril disatukan. Hubungan aku dengan Imran juga tidak serapat dulu. Dia jarang berada di galeri. Ada kerja luar katanya. Aeril pula sentiasa cuba menyenangkan hati aku. Aku cukup bertuah sebenarnya dicintai lelaki seperti Aeril. Kacak, baik hati dan hormat oarng tua. Itulah yang selalu diberitahu oleh keluargaku.

Dan tibalah masanya aku disatukan dengan Aeril. Aku mencuba sebaik mungkin untuk gembira di hari bahagiaku. Mataku tak lepas memandang Imran yang merupakan fotographer rasmi di majlis pernikahanku.
"Tahniah Lissa. Kahwin juga kau akhirnya. And you Aeril, jaga kawan aku ni baik-baik. Siap kau kalau kau buat setitis air mata Lissa tumpah," gurau Imran disambut gelak ketawa Aeril. Hatiku sayu demi mendengarkan kata-kata Imran.
"I will. And I promise that you can kill me if I do that!" Aeril memandangku penuh makna.
"Dan kenalkan ni Fara, kawan lama aku’, sambung Imran memperkenalkan gadis cantik disebelahnya. Aku rasa aku pernah lihat gadis tadi. Ya, gadis yang bersama Imran di kafe hari itu. Kawan lama konon!
"Hai, you look beautiful!" Fara menghulurkan tangan. Aku menyambut dengan senyuman.

*******************

"Takkan satu ni je Imran?" aku tak puas hati apabila Imran hanya menghulurkan hanya satu album foto perkahwinanku.
"Betol, ni je yang ok. Yang lain semua tak elok."
"3 bulan kau ambik masa, ni je yang kau boleh bagi?" aku mengeluh lagi. Aku semakin tak faham dengan perangai Imran yang jarang ada kat galeri, kalau datang pun mesti datang lewat.
"Lissa, aku mintak maaf."
"Imran, kenapa dengan kau ni? Aku tengok sejak akhir-akhir ni perangai kau dah berubah. Kau ada masalah ke?Cuba kau bagitahu aku," aku cuba merungkaikan persoalan yang bermain di benakku. Imran memandangku.
"Tak adalah, mana ada. Dah la, aku kena pergi ni. Nak jumpa klien. Bye!" Imran meninggalkan aku dengan seribu persoalan.
Seminggu kemudian Imran tak datang galeri. Mesejku langsung tak dibalas. Aku telefon pun tak diangkat. Aku dan Aeril mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Imran.
"Lissa masuk dulu, setengah jam lagi abang datang balik. Abang ada hal." ujar Aeril sebaik saja menerima satu panggilan telefon. Aku mengangguk
"Assalamualaikum." aku memberi salam.Harap-harap ada la si Imran ni.
"Waalaikumsalam. Eh lissa, apa kau buat kat sini?" Imran tidak menyembunyikan rasa terkejut melihat aku di depan pintu rumahnya.
"Yang kau tu kenapa seminggu tak pergi galeri?"
"Aku…aku.."
"Kau tak nak ajak aku masuk ke?. Aku datang dengan Aeril. Dia ada hal sekejap. Lepas ni dia sampailah." terangku melihat Imran serba salah dengan kehadiranku.
"Ok la, kau masuk dulu. Aku naik atas jap. Tukar baju,"
"Okey." aku melangkah masuk.
Aku memandang sekeliling rumah Imran
‘Hmm, boleh tahan jugak rumah kawan aku ni. Cantik. Rumah photographer la katakan’, pujiku dalam hati melihat hiasan di sekeliling rumah Imran.
Pandanganku terhenti pada rak video bersebelahan tv plasma kepunyaan Imran. Dua video tape tertulis ‘Lissa’s weeding ’ menarik perhatianku. Pelik, Imran cakap tak ada apa-apa rakaman pada hari pernikahanku. Tanpa membuang masa, aku memainkan video tersebut. Aku tersenyum melihat rakaman Imran. Bermula dengan akad nikah sampailah kepada majlis resepsi, semuanya nampak sempurna dirakam Imran.
Tapi…...ada sesuatu yang tak kena. Aku menuju ke bilik Imran untuk minta penjelasan darinya. Langkahku terhenti melihat sebuah bilik kecil bersebelahan ruang dapur rumah Imran. Tubuhku menggeletar tatkala melihat seluruh bilik itu dipenuhi dengan gambarku. Ya, gambar aku. Tapi kenapa?.
"Lissa!!" aku mendengar laungan Imran mencariku. Dia terkejut melihat aku berada di bilik itu.
"Lissa…let me explain first," pinta Imran melihat aku mula menangis.
"No, you listen to me! Apa semua ni Imran? Kenapa kau buat aku macam ni? Ni, tape ni, kenapa hanya ada gambar aku je?" soalku dalam kemarahan dan esak tangis.
"Lissa, aku mintak maaf."
"Maaf? Senang je kau mintak maaf kan?Kau musnahkan hidup aku, kau suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak cinta sedangkan kau tahu aku cintakan kau!. Sakit hati aku ni Imran. Selama ni aku ingat aku sorang je sayangkan kau, cintakan kau separuh mati. Rupanya...." aku tak mampu meneruskan ayatku.
"Ya, aku cintakan kau Lissa, dari dulu lagi. Cuma aku tak mampu nak luahkan kat kau. Aku…aku…"
"Enough! aku dah tak nak dengar apa-apa. Mulai hari ni kau jangan jumpa aku lagi. Aku nak letak jawatan. And don’t you ever to call me again!" aku belari keluar dengan tangis yang bagaikan tak mahu berhenti.
"Lissa tunggu!" imran mengejarku.
Tanpa aku sedari Aeril melihat kejadian tadi. Aku mencium tangan Aeril memohon maaf darinya. Aeril mengangguk tanda faham. Aku terus berlari keluar. Aku tak kuat nak berhadapan dengan semua ni. Dan Imran terus mengejarku.
Dummmm…
Aku terhenti demi mendengarkan bunyi dentuman tersebut. Hatiku berdebar-debar. Aku berpaling dan melangkah kearah sekumpulan manusia yang mengerumuni sesuatu. Kakiku tak mampu berdiri lagi melihat badan Imran yang dipenuhi darah. Dan pandanganku mulai gelap.

**************************
"Lissa dah bangun," lembut suara Aeril ditelingaku. Aku membuka mata.
"Lissa kat hospital ni sayang, Lissa pengsan. You know what? I’m going to be father!thanks my dear." serentak dengan itu Aeril mencium dahiku.
"Abang, Imran mana?" tiba-tiba aku teringat kejadian semalam.
"Lissa, abang harap Lissa tabah. Imran dah tinggalkan kita. Dia tak dapat diselamatkan." hati-hati Aeril menyusun bicara.
Ya Allah, dugaankah ini?. Aku menutup mata membiarkan air mata turun dan turun lagi. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Aku menangis tanpa esakan. Hanya air mata yang tak henti-henti mengalir.
Sudah seminggu aku ditahan di hospital. Aku merenung ke luar tingkap, mencari kekuatan diri setelah apa yang berlaku dalam hidupku. Lamunanku terhenti tatkala pintu bilikku dikuak.
"Lissa, awak macam mana?" Fara memulakan bicara. Aku tersenyum.
"Okey, sehari dua lagi saya boleh keluarla kot."
"Erm, saya ada sesuatu nak bagi kat awak. Saya nak cepat ni. Saya pergi dulu." fara berlalu pergi tanpa sempat aku bersuara.Surat. Dan aku cukup kenal dengan tulisan pengirimnya.

Untuk pesanan: Hati…Melissa Nuralis Mohamad

Ku persembahkan satu cintaku
Setulus hati hanyalah untukmu
Dan kulakukan semampu aku untuk menyayangimu
Hingga kau merasa jadi pujaanku
Meski bercinta kadang tak indah
Tapi untuk buktikan kau yang terindah
Dan kupastikan I’m the lucky one
Nikmati cinta lebih dari segalanya
Jiwaku dulu yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan rasa hingga ku tak mampu untuk jauh darimu
Kerna kau yang bisa buatku bahagia…

Lissa,
Kau tahu bukan? Cinta tak semestinya bersatu. Aku cintakan kau dan aku tau kau juga mencintaiku. Mungkin sudah tertulis jodoh bukan milik kita. Semua yang berlaku ada hikmah, lissa. Dan hikmahnya aku dapat tau yang aku tak mungkin hidup lama. Aku menghidap kanser otak, dan aku hanya mampu bertahan selama 3 bulan. Mana mungkin aku pergi dengan aman sekiranya aku biarkan kau menderita atas pemergianku? cukuplah aku mengetahui yang kau juga mencintaiku. Akhir kata, terimalah cincin ini tanda kenangan yang aku pernah ingin merisikmu. Semoga doamu sentiasa mengiringiku. Ingatlah, doa restuku sentiasa disampingmu.
Yang mencintaimu,
Imran Hakimi.

Kupandang kotak baldu merah ditanganku. Tangisanku mulai berhenti. Benar Imran, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan kau tetap di berada tempat yang paling dalam dihatiku kerana kaulah cinta pertamaku. Semoga kau ditempatkan bersama dengan hamba yang dikasihi-Nya. Aku memandang ke langit. Kulihat senyuman Imran merestui hidupku. Doakan kebahagiaanku Imran!!!

Read More..
 
Cerpen : Sahabat Terbaik

Persahabatan yang sejati adalah untuk selamanya. Aku mempunyai tiga orang sahabat karib. Kami sentiasa bersama. Tetapi pada penghujung semester 4, Sazira mengambil keputusan yang amat mengecewakan aku. Dia membuat keputusan untuk berkahwin dan meninggalkan alam pengajian ini. Sudah puas aku, Fifi dan Lisa menasihatinya tetapi dia tetap berpegang teguh pada keputusannya. Akhirnya, dia mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya. Kami hanya mampu berdoa agar dia sentiasa bahagia selamanya. Tinggallah aku, Fifi dan Lisa meneruskan perjuangan kami untuk mendapatkan segulung diploma di institusi pengajian ini.

Aku, Fifi dan Lisa sentiasa bersama. Walau adakalanya kami sering berselisih faham tetapi persahabatan kami tetap kukuh. Aku sangkakan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengahari. Dalam sekelip mata, persahabatan kami hancur. Dan aku sendiri. Mesti korang tertanya-tanya bagaimana persahabatan kami boleh hancur begitu saja. Inilah dugaan dalam persahabatan. Aku sangkakan selama 2 tahun, aku bersama Fifi dan juga Lisa, mereka telah dapat memahami aku, rupa-rupanya tempoh itu tidak cukup untuk mereka. Aku banyak menyakiti mereka dengan sikap aku. Ekoran daripada itu, aku telah berpindah keluar daripada bilik yang dihuni oleh kami. Biarpun kesunyian yang bakal menghiasi hari-hari aku, aku telah redha. Apa salahnya aku berkorban sedikit untuk menyenangkan hati kawan-kawan aku tersebut.

Peperiksaan akhir bakal menjelma. Keadaan didalam kelas masih seperti biasa. Hiruk pikuk dengan gelagat kawan-kawan aku. Terutamanya dengan gelagat Geng 6 Sekawan tu. Ada saja lawak yang diorang buat. Aku hanya melihat dan tersenyum. Geng 6 Sekawan tu sebenarnya kawan-kawan baik aku juga. Dioarang adalah Farid ( si gemuk ), Hazwan ( mat sengih ), Hakiman ( mat Jawo ), Hafiz ( mat Stim ), Faqimie ( Datuk ) dan Aswan ( Boss ). Gelaran ni bukan aku yang bagi tetapi satu kelas sepakat panggil diorang macamtu. Jadi, aku pun panggil je lah. Tetapi dalam ramai-ramai tu, yang paling rapat dengan aku adalah Hazwan dan yang paling tak suka tengok aku senang adalah Farid.
" Woit Fira!! Apasal dengan kau ni? Dari tadi asyik duk termenung je..."
" Kau ni kan kalau tak sergah aku tak boleh ke? Kot ya pun....bagi lah salam dulu.."
Kus semangat!!! Kan aku dah bagitahu tadi si Gemuk tu memang tak leh tengok aku senang. Selalu je datang mengacau. Hantu betul!!!.
" Saja je nak mengacau kau, tak boleh?"
Tengok tu...boleh tanya lagi macam tu...kurang asam betul si Gemuk ni!! Ah! Malas aku nak hiraukan dia. Aku terus mendiamkan diri dan membiarkan pertanyaan si Gemuk tu tidak dijawab. Aku menoleh ke sebelah. Kelihatan Ema sedang bercakap di telefon. Ni mesti sedang bergayut dengan buah hati. Bahagianya orang ada pakwe. Aku pun ada pakwe tetapi masa kami amat terhad. Sesekali aku ingin dimanja, ingin berkongsi suka dan duka tetapi entahla...tetapi aku tetap bersyukur adakalanya sidia mampu membuat aku bergelak ketawa ketika aku dilanda kesedihan. Biarpun bukan selalu tetapi itu sudah memadai bagi aku.

" Opocot mak kau!!!!" Aduh........sakitnya pinggang aku. Kurang ajar punya Gemuk. Digeleteknya aku.
" Woi...kau ni apasal ek?" Geram betul aku.
" Marah nampak? Aku tengok kau moody je..sebab tu aku kacau kau,jangan marah ye.." Farid datang menghampiri aku dengan kerang busuknya. Ni yang buat aku cair ni. Sengih dia tu macam ada ‘power’ yang boleh redakan kemarahan aku. Lantas aku berpaling ke arah lain. Aku betul-betul tak ada mood hari ni. Kesihatan aku juga sedikit terganggu. Aku sering sakit kepala dan muntah-muntah. Mungkin aku banyak tertekan dengan masalah yang melanda diri aku akhir-akhir ini. Adik-adik kat umah sewa tu dah banyak kali suruh aku pergi klinik tetapi aku masih lagi berdegil. Tunggulah dulu. Lagipun ni hanya sakit kepala yang biasa-biasa je.
Dari satu sudut yang lain, aku melihat dua kawan baik aku sedang berborak. Malah, diorang nampak gembira sekali. Aku hanya melihat. Kalau dulu, kitorang sering bergurau senda dan ketawa bersama-sama. Ada saja cerita yang mencuit hati. Tetapi itu dulu......ah! biar je lah...asal diorang gembira. Mungkin ini yang patut aku terima atas apa yang aku buat kat diorang.
Aku tak mampu menerima kawan baru Lisa yang merupakan seorang tomboy datang mendiami rumah sewa kami. Mulai dari situlah, aku,Lisa dan Fifi sering bertengkar. Laila ( tomboy tu lah) memang baik dan kepala pun gila-gila. Pada mulanya aku ok je dengan dia. Aku tak nafikan kebaikan Laila tu. Tetapi semakin hari, keadaan menjadi semakin tertekan. Lisa dan Fifi pun mula berubah dengan kehadiran tomboy tu. Aku rasa keseorangan. Tetapi aku tak salahkan mereka. Mungkin aku bukan kawan yang terbaik untuk mereka.
" Fira...jomlah kita pergi makan. Aku dah lapar ni."
Sapaan Ema mengejutkan aku.
" Jomlah....." Aku segera berlalu dari kelas tersebut. Mujurlah aku ada Ema sekarang ni. Ada juga peneman untuk aku kemana-mana.

Sebulan lagi aku dan kawan-kawan bakal menghadapi peperiksaan akhir. Semalam, aku menghadiri majlis makan malam kelab DEM ( Kejuruteraan Mekatronik ) dengan kawan-kawan aku. Aku telah dimekap oleh Ema dan Uya. Lain benar rasanya. Kekok pun ada. Aku menunggu Lisa dan Fifi menyertai makan malam tu. Berjam-jam lamanya aku menunggu mereka. Tetapi hampa. Kelibat mereka langsung tak kelihatan. Aku benar-benar kecewa. Dan hari ini, aku terdengar desas- desus yang mengatakan aku menyebarkan cerita-cerita buruk tentang Lisa dan Fifi. Tetapi aku buat tak kisah je. Sebab aku tahu walaupun persahabatan kami dah tak serapat dulu, Lisa dan Fifi lebih percayakan aku daripada khabar angin tersebut.

" Fira...boleh aku masuk?" ketika aku sedang menelaah pelajaran, Lisa dan Fifi datang menemuiku.
" Masuk la...ada apa ni??" aku dapat rasakan sesuatu yang tak elok bakal terjadi.
" Aku nak tanya kau ni...apa yang kau buruk-burukkan kat budak-budak kelas pasal aku dan Fifi?"
" Aku dah agak dah. Aku ingatkan korang lebih percayakan aku daripada khabar angin ni. Aku tak pernah berniat nak buruk-burukkan korang.............."
" Ah! Sudah la..semua dah heboh tau tak..kau yang sebarkan cerita pasal kami. Kau saja je kan nak minta simpati diorang. Hebat sungguh kau sampaikan sanggup buat cerita murahan pasal kami..!!!" Kak Husni datang dan menghamburkan kata-kata tersebut pada aku. Kak Husni merupakan watak sampingan dalam hidup aku. Disebabkan dia kawan rapat Lisa, aku juga mengenalinya.
" Eh! Apa masalah kau sebenarnya ni? Selama ni aku hanya diam je, sebab aku ingat segala kebaikan kau terhadap aku tapi sekarang apa hak kau nak masuk campur dalam masalah ni? Seingat aku, aku tak pernah kacau hidup kau. Aku hanya ada masalah dengan Lisa dan Fifi je. Yang kau nak sibuk-sibuk ni apasal?" Kesabaran aku mula menipis. Hilang sudah panggilan ‘kak’ terhadap Kak Husni. Sejak awal perselisihan aku dengan Lisa, dia pula yang lebih-lebih. Bukan aku tak tahu awal-awal pertelingkahan aku dengan Lisa, ( sebelum kehadiran tomboy tu ) macam-macam cerita yang aku dengar. Tetapi aku hanya diamkan diri sampai sekarang sebab fikirkan Lisa. Nampaknya tak berbaloi aku sabar dengan minah sekor ni.( maafla terkasar sikit..teremosi...)
" Aku tak faham lah dengan kau ni Fira... sampai hati kau buruk-burukkan cerita kami kat dalam kelas. Tak cukup dalam kelas, kat dalam rumah ni pun kau sebarkan cerita aku ni lesbian. Apa yang kau tak puashati sangat dengan aku ni?" Lisa mula bersuara.
Ya Allah...........astagfirullahalaazim....rupa-rupanya Lisa telah terpengaruh dengan khabar angin tersebut. Aku tak pernah buruk-burukkan dia. Mungkin ada juga sesekali aku luahkan kesedihan aku pada Ema, Hazwan dan Amran tetapi aku tak pernah buruk-burukkan dia dan Fifi. Aku cuma sedih atas layanan mereka terhadap aku. Itu saja.
" Apa yang kau mengarut ni Lisa? Aku tak pernah cakap kau lesbian malah seingat aku diorang yang cakap kat kau macamtu. Tetapi aku tetap pertahankan kau sebab aku kenal kau. Tapi tak sangka kau boleh tuduh aku macamni sekali. Tak guna rupanya aku mempertahankan kau selama ni.." Aku mula sebak.
" Ah! Tak kisahla. Aku nak kau dengar sini baik-baik, aku rasa dah tak guna aku ada kawan macam kau lagi. Mulai sekarang, cukuplah persahabatan kita setakat ini. Jangan sesekali muncul dalam hidup aku lagi. Aku rasa aku dah tak perlu bertolak ansur dengan kau lagi sebab kau memang tak kenang budi. Tak pernah nak bagi peluang kat orang lain dan terlalu pentingkan diri sendiri. Jadi, cukuplah.!!" Lisa segera berlalu dari situ. Fifi masih mendiamkan diri. Kak Husni pula tersenyum mengejek. Ya Allah.............kepalaku mulai berdenyut-denyut. Aku melihat ke arah Fifi.
" Aku tak nak masuk campur sebab kau sendiri yang dah tak mengaku aku ni kawan kau. So, apa yang terjadi kau kena terima lah. Ini semua disebabkan sikap degil dan ego kau tu.!!" Akhirnya Fifi bersuara. Memang aku dah putuskan persahabatan aku dengan Fifi tapi tak terfikir ke dia walaupun aku mengambil tindakan tersebut, aku masih menghubunginya dan sentiasa menyayanginya. Aku membuat keputusan itu sebab aku terkilan sangat dengan dia kerana terlalu takut untuk berdepan dengan aku dan mempertahankan pesahabatan ini. Tetapi.....
" Hei!! Apasal kau diam? Kau nak tahu satu rahsia tak?Aku rasa rahsia ni, boleh juga kau sebar-sebarkan kat semua orang. For your information, selama kau tak SMS dengan pakwe kesayangan
kau tu, boleh pula dia SMS dengan Lisa. Tapi Lisa tak layan pakwe kau sebab dia fikir kau akan cakap dia perempuan gedik, nak jadi perampas kekasih orang tetapi nampaknya pakwe kau tu pula yang terhegeh-hegeh nak berhubung dengan perempuan lain. Dulu kau kata kat orang lain tak setia tapi sekarang tengokla...!! Dahlah kau tak payah berpura-pura sedih. Airmata palsu je semua tu!!!" Kak Husni pula berkata-kata lalu menarik tangan Fifi keluar dari bilik.
Ya Allah........betulkah apa yang aku dengar ni?? Ya Allah, Kuatkanlah semangat aku agar aku tidak tersungkur untuk melepasi tempoh ini. Tabahkanlah aku dalam menghadapi cubaanMu Ya Allah. Airmataku tak henti-henti mengalir. Kepalaku terasa teramat sakit. Sekarang, segala ubat sudah tidak berkesan bagi diriku, kesedihan ni melumpuhkan aku. Peritnya berdepan dengan kenyataan yang melukakan hati.
" Kak.......kenapa ni? Akak...muka akak pucat je ni..."
Alya, adik angkat aku datang menjengukku.
" Alya........akak dah tak ada sesiapa...semua orang dah tinggalkan akak..." Aku terus memeluknya dan menangis didalam dakapannya.
" Alya dah dengar semuanya akak...tak apalah kak..biarkan diorang, akak masih ada Alya..Alya akan jaga akak k..akak tak boleh terus macamni..akak kena kuat. Tengok, muka akak dah pucat ni..akak sakit kepala lagi kan? Dahla kak..jangan disebabkan mereka, akak jadi lemah. Alya masih ada untuk akak." Alya cuba menenangkan aku.
" Terima kasih adik....akak cuma tak sangka........."
" Dahla akak..akak rehat ye...jangan banyak berfikir...akak kena ingat pesan doktor hari tu. Kalau tak, macamana akak nak sihat."
Betul juga kata-kata Alya tu. Aku kena kuat untuk melepasi dugaan ini. Bila-bila masa sahaja aku akan dijemput sakaratulmaut. Aku kena tabah. Allah masih bersamaku.

Alya menutup pintu bilik Sufira perlahan-lahan. Kakak angkatnya itu baru sahaja terlelap selepas menelan ubat. Hanya dia yang tahu penderitaan yang dialami Sufira. Penyakit yang ditanggung oleh Sufira bukan penyakit biasa. Dia mengetahui perkara ni pun kerana menemani Sufira ke hospital. Kalau tak, jangan harap kakak angkatnya itu akan bercerita penyakit yang dialaminya. Dan itulah yang merisaukan dia. Dia tidak mahu kehilangan kakak yang banyak berbudi padanya sepanjang dia tinggal dirumah sewa ini. Dia pernah cuba untuk memberitahu keluarga Sufira tentang semua ini, tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh Sufira. Katanya, dia tidak mahu keluarganya risau dan membebankan mereka dengan semua ni. Akak.......Alya harap akak dapat kuatkan diri akak. Alya takkan tinggalkan akak. Desis Alya dalam hati.


Hari ini hari terakhir ‘ final exam’ dan juga merupakan hari terakhir aku menjejakkan kaki di institusi ini. Selama 3 tahun, aku menuntut disini......banyak kenangan yang terpahat dihati. Hubungan aku dengan pakwe aku pun masih samar-samar. Dan aku memilih untuk berdiam diri. Kesihatan diri aku juga semakin merosot. Aku cuba bertahan untuk menghadapi ‘last paper’ hari ni dan alhamdulillah aku dapat menjawab dengan baik.

" Akak dah balik.........macamana dengan exam? Ok tak?" Alya menyambut kepulangan aku dengan senyuman.
" Ok je....akak penatla...rasa penat sangat...." Aku rasa betul-betul letih. Sinaran matahari membuatkan kepala aku berdenyut-denyut.
" Akak dah makan ubat ke belum ni? Nak Alya ambilkan air tak?"
" Dah....tak apa lah dik...akak nak rehat sekejap." Alya memang prihatin dengan keadaan aku. Mujurlah Alya masih ada menemani aku dalam rumah ni. Walaupun kami baru je kenal semester ni, hubungan kami akrab. Aku amat menyenangi sikap Alya. Dia banyak membantu aku. Dan dia jugalah yang mengetahui segala rahsia aku.

Keesokkan harinya, aku menunggu kawan ku, Hazwan datang menjemputku. Aku akan pulang ke rumah. Semalam aku berborak panjang dengan Alya. Aku pasti akan rindukan dia nanti. Sejak ‘final exam’ bermula hinggalah sekarang, aku cuba menjauhkan diri aku daripada Lisa dan Fifi. Aku tak akan muncul didepan mereka lagi. Aku ingin sekali memeluk mereka buat kali terakhir tetapi keadaan tak mengizinkan. Kalaulah umurku tak panjang, apa yang aku kesalkan adalah persahabatan ini. Aku tak mampu menggembirakan mereka. Aku juga bukanlah sahabat terbaik untuk mereka.
" Akak.........kenapa ni??"
Sapaan Alya mengejutkan aku. Aku cepat-cepat menyeka airmata yang mengalir.
" Akak nangis ek? Ala...janganla sedih...Alya tahu akak berat hati nak tinggalkan adik akak yang comel ni.."
" Alahai perasannya adik akak ni...comel sangat ke?"
" Mestilah comel....sebab akak dia pun comel gak." Alya...Alya...ada saja kerenah dia yang membuatkan aku tersenyum.
" Alya......akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Alya kerana selama akak kat umah ni, Alya sentiasa ada untuk akak. Walauapapun yang terjadi pada akak nanti, ingatlah..akak sayang sangat kat Alya." Aku lantas memeluk Alya dengan seeratnya. Aku tidak dapat menahan airmata yang mengalir.
" Akak......akak kena kuat. Walaupun kita berpisah, Alya nak akak jaga kesihatan diri tu. Alya tak nak akak tinggalkan Alya. Akak kan dah janji nak tengok Alya bersanding dengan Fahmi...Akak kena tunaikan janji akak tu..Alya pun sayang sangat kat akak."
Tiada kata-kata yang mampu aku keluarkan. Aku tidak tahu aku mampu atau tidak untuk menunaikan janji tersebut. Maafkan akak dik........


Setahun berlalu.........

Hari ini merupakan hari konvekesyen Sufira. Begitu juga dengan Alya. Keadaan di luar dewan riuh rendah sekali. Kelihatan Lisa dan Fifi sedang berpelukan. Mungkin sedang melepaskan rindu yang sekian lama tak berjumpa. Di satu sudut pula, kelihatan Ema, Farid, Hazwan dan Faiz sedang berborak diselangi dengan gelak tawa. Bahagianya mereka. Senyuman ibu bapa mereka tidak pernah lekang dibibir. Bangga terhadap kejayaan anak mereka yang bersarung jubah konvokesyen itu. Tetapi bagi Alya, semua itu seakan tidak memberi makna tanpa kakak tersayang disisi.

Penganugerahan Sijil dan Diploma mengikut kursus dimulakan....
Giliran Lisa dan Fifi sudah selesai. Tetapi mereka masih tercari-cari kelibat Sufira. Mungkin hairan kenapa Sufira masih tidak muncul-muncul lagi. Dan sekarang, tibalah giliran Sufira...

" Dipersilakan wakil kepada Allahyarhamah Nur Sufira Imran untuk menerima Penganugerahan Diploma. Bagi pengetahuan semua, Nur Sufira telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lepas kerana menghidapi barah otak. Al- Fatihah untuk Allahyarhamah." Disaat itu, ayah kepada Kak Fira bangun melangkah untuk mendapatkan segulung bagi pihak anaknya. Kelihatan dia sedang menyeka airmata yang mengalir. Alya faham perasaannya. Terlalu sedih apabila anak yang diharap sebagai pendorong keluarga pergi meninggalkan mereka dalam sekelip mata. Malah, arwah Kak Fira juga mengingkari janjinya pada Alya. Alya hanya memandang dari jauh
Aku kena kuat. Aku dah janji dengan arwah Kak Fira takkan menangis lagi. Desis Alya dalam hati. Diperhatikan pula gelagat Lisa dan Fifi...mereka sedang berpelukan. Lisa sedang menangis teresak-esak. Ah! Kalian menangis pun sudah tidak mampu mengembalikan arwah Kak Fira. Tiba-tiba Alya rasa marah dengan Lisa dan Fifi. Tetapi apabila teringatkan amanah arwah, Alya tetap kena bersemuka dengan mereka. Dia ingat lagi pada malam itu, arwah Kak Fira bersungguh-sungguh ingin menemuinya.

Imbas Kembali.....
Setelah mendapat panggilan telefon daripada ibu Kak Fira, Alya terus bergegas ke hospital. Kak Fira berada dalam keadaan tenat. Sesampainya dia disana, dia terus merapati Sufira.

" Assalamualaikum Kak......" Alya terus mencium pipi Sufira yang cengkung itu.
" Waalaikumussalam dik...datang juga Alya...maafla kalau akak menyusahkan Alya..."
" Tak ada apalah kak...Alya tak kisah pun..."
" Alya....akak nak minta tolong Alya..Alya pun tahu umur akak tak panjang...."
" Kak....apa yang akak mengarut ni? Hidup mati kita semuanya ketentuan Allah kak..." Alya cuba menyedapkan hati Sufira.
" Akak tahu tu......tetapi dik...sebagai permintaan terakhir akak, adik tolong berikan surat ni kepada Lisa dan Fifi ye.....Akak takut akak tak sempat menghadiri majlis konvokesyen dan tak sempat nak jumpa diorang nanti.....tolong ye dik...." Sufira menghulurkan sepucuk surat kepada Alya. Agak lama juga Alya mengamati surat itu sebelum mengambilnya. Lantas dia terus memeluk Sufira dengan seeratnya. Airmata seakan-seakan tidak berhenti mengalir.
Dan malam itu merupakan malam terakhir dia berborak dan bergurau senda dengan Sufira. Pada keesokkan harinya, selepas azan subuh berkumandang, Sufira pergi meninggalkan semua buat selama-lamanya. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya dia disaat itu.

Ah!melamun je aku ni.... majlis konvokesyen pun sudah selesai. Alya bangun dari tempat duduknya. Matanya melilau mencari kelibat Lisa dan Fifi. Tetapi dia terpandang ibu bapa arwah Kak Fira yang dikerumuni oleh kawan-kawannya. Mungkin mereka sedang bertanya khabar dan mengucapkan takziah diatas apa yang terjadi. Tidak jauh dari situ, kelihatan Lisa dan Fifi sedang menangis. Manakala Kak Husni hanya diam membisu. Lalu, Alya segera menghampiri mereka.

" Tak usahla menangis, arwah dah tak ada pun, malah dah takkan kembali kepada kita, buat membazir je airmata tu!!" Alya tidak dapat mengawal kemarahannya. Terbayang-bayang wajah arwah kakaknya. Hingga saat terakhir arwah, dia tidak pernah lekang menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat menjadi kawan terbaik untuk Lisa dan Fifi. Tetapi mereka, hanya tahu mengadili sesuatu tanpa usul periksa. Sekarang, baru nak sedar, dah tak berguna.

" Kami menyesal Al...kami tak tahu langsung yang dia sakit. Kami ingat kami masih sempat meminta maaf dan berbaik dengan dia. Tetapi....." Lisa tidak dapat menahan sebak didada. Dia tidak menafikan dia amat menyayangi Sufira. Sudah lama dia menunggu saat ini untuk meminta maaf atas segala kekhilafan lalu tetapi Sufira terlebih dahulu meninggalkan dia. Bukan untuk sekejap tetapi untuk selama-lamanya. Sungguh, dia terkejut dengan pemergian Sufira.

" Baru sekarang Kak Lisa nak menyesal? Tak payahla..semuanya dah terlambat. Akak hanya tahu mengadili sesuatu perkara tanpa usul periksa sedangkan waktu itu, keadaan arwah amat memerlukan sokongan daripada kawan-kawan baik dia. Tetapi apa yang akak buat kat dia?? Langsung tak hiraukan dia. Tetapi, dia tak pernah mengeluh walhal hatinya amat sedih...." Alya masih tidak puas hati dengan Lisa.

" Kami pun sayangkan dia Al......" Fifi mula bersuara.
" Ah! Tak ada gunanya akak bagitahu semua tu kat saya..kalau akak sayangkan arwah..akak lebih percayakan dia daripada orang lain. Tetapi akak hanya tahu menyalahkan dia je. Dahla, tak guna cakap perkara yang dah tak dapat merubah apa-apa. Sebelum arwah meninggal, dia amanahkan saya untuk memberi surat ni kepada kedua-dua sahabat terbaik dia. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Setelah menghulurkan surat kepada Lisa, Alya segera beredar daripada situ. Dia tidak betah untuk berlama-lama disitu.



Assalamualaikum sahabat terbaikku, Lisa dan Fifi...

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian kerana sudi meluangkan masa untuk membaca warkahku ini. Mungkin disaat ini, aku sudah tiada didunia. Seboleh-bolehnya aku ingin menemui kalian buat kali terakhir tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Sahabat-sahabatku,
Aku harap kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia. Aku ingin meminta maaf atas apa yang terjadi dalam persahabatan kita. Dulu, kita pernah berjanji untuk bersama-sama mengekalkan persahabatan ini. Tetapi, takdir yang menentukan segalanya. Aku telah memungkiri janji itu. Sesungguhnya, aku tidak menyalahkan kalian atas semua ini. Aku terlalu ego. Aku terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak pernah menyelami perasaan kalian. Aku suka mengarah kalian untuk mengikut caraku. Aku meminta maaf.. aku tahu dan cukup sedar bahawa aku bukan sahabat terbaik kalian.
Apabila aku disahkan menghidap kanser otak yang sudah sampai ke tahap kritikal, tiada kata-kata yang dapat ku ungkapkan kesedihan hati ini. Namun, aku kuatkan diri untuk menikmati sisa-sisa hidup ini dengan kalian dan keluarga. Tetapi, dugaan datang bertimpa-timpa. Bukan niatku untuk memutuskan persahabatan aku dengan Fifi. Hati ini sedih sekali. Aku mengharapkan seseorang yang mampu menerangkan keadaan tegang diantara aku dan Lisa tetapi Fifi terlalu penakut. Walaupun aku mengambil keputusan terburu-buru itu, aku tetap menyayangi Fifi. Dan sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui. Lisa membuang aku daripada hidupnya. Hatiku cukup sedih.......tetapi aku tak salahkan kalian. Kalian berhak memilih sesiapa sahaja untuk menjadi sahabat kalian. Walaupun hari demi hari,keadaan aku semakin teruk, aku tetap mengharapkan peluang untuk memeluk kalian buat kali terakhir itu akan ada. Saat ini, kepalaku sudah hampir botak. Ingatanku juga semakin lumpuh.Tetapi, kenangan kita bertiga amat segar dimindaku. Ingatkah kalian, kita pernah menyanyi lagu ‘ Cannot Smile’ dan meniru gaya kartun tersebut untuk menggembirakan diantara satu sama lain. Lisa cute sangat semasa meniru gaya kartun tu...ingatkah kalian, kita berebut nak makan megi. Sedangkan waktu tu hanya ada sebungkus megi. Tetapi akhirnya, kita makan sama-sama. Ingatkah Fifi, kita pernah gelak habis-habisan melihat gelagat Lisa yang terlanggar tiang akibat terlalu asyik SMS..dan ingatkah Lisa, disaat aku dan Fifi memarahinya kerana selalu cuai dalam pelajaran....terlalu banyak kenangan antara kita. Kadangkala aku tersenyum sendirian mengingatkan kenangan tersebut.

Lisa..Fifi....
Entah mengapa aku dapat rasakan ajalku semakin hampir. Kepala aku sakit sangat. Sekali lagi, aku meminta maaf kerana tidak mampu menjadi sahabat terbaik kalian. Dan aku ingin tegaskan, walaupun aku ni suka bergosip dan nakal tetapi aku tak pernah memburuk-burukkan kalian. Mungkin ada keluhan aku yang telah disalah anggapkan. Aku harap kalian halalkan apa saja yang pernah aku guna, pinjam, makan atau minum selama aku menjadi sahabat kalian. Persahabatan ini akan aku ingat sehingga nafas terakhirku. Aku tidak pernah menyesal mempunyai sahabat seperti kalian. Tiada sekelumit pun dendam pada kalian dihatiku.
Andainya aku pergi dulu sebelum kalian, janganla sesekali menyesali apa yang terjadi diantara kita, kerana Allah itu Maha Besar. Segala yang terjadi ada hikmahnya.

Akhirkata...................
Wan Nur Alisa....Fifi Farhana.........sahabat terbaikku, aku amat menyayangimu.

(Nur Sufira Imran)
-8 April 2009 3.30a.m-



Seusai membaca surat arwah Sufira, Lisa meraup mukanya beberapa kali. Masih segar diingatannya kenangan-kenangan mereka bersama. Terngiang-ngiang gelak tawa arwah saat dia meniru tarian kartun ‘Cannot Smile’ tu. Ya Tuhan...tempatkanlah arwah Nur Sufira dikalangan orang-orang yang beriman. Airmatanya terus mengalir dengan laju. Pilu hatinya mengingatkan masa lalu. Dia berpaling ke arah Fifi. Dilihatnya Fifi sedang menekup muka. Lalu, dipeluknya Fifi dengan erat.
Maafkan kami Fira..........

You know i can’t smile
Without you..
I can’t smile without you,
I can’t laugh and
I can’t sing,
I’m finding it hard
To do anything,
You see I feel sad
When You’re sad
I feel glad when
You’re glad
If you only knew
What i’m going through
I just can’t smile without you
You came along
Just like a song
And brightened my day
Who would’ve believed
That you were part of a dream
Now it all seems light years away
And you know I just can’t smile
Without you...

Read More..
 
Cerpen : 3 Jam 30 Minit 39 Saat III

AD… Dah lama giler tak jumpa dengan dia. Kali terakhir kami jumpa, masa last day kat sekolah. Satu hari yang aku sendiri tak nak simpan dalam kotak memori. Hari 'bodoh' aku. Hmm… Sapa sangka, lepas 8 tahun, kami jumpa lagi. Tapi kali ni lain pula peranan yang kami pegang. Bukan senior dan junior lagi. Tapi suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Aku langsung tak pernah terfikir nak berkongsi apapun dengannya. Nak-nak lagi lepas apa yang jadi masa kat sekolah dulu. Ironinya sekarang, kami terpaksa berkongsi hidup pula.

Demi Allah, masa mula-mula jumpa, aku langsung tak kenal AD. Tudung kepala yang dipakainya benar-benar mengubah penampilan AD. Tak macam zaman sekolah dulu. Tomboy. Rambutnya dipotong pendek. Perlakuan dan bicaranya pun kasar. Masa lafaz akad nikah, time sebut nama pengantin perempuan tu, masa tu la aku baru sedar yang Adrianna Mayesa tu adalah AD. Nama pelik macam AD tu, sapa pun akan ingat. Nak-nak lagi, dia 'musuh' aku dulu.

Dalam berfikir-fikir tu, Farriel sampai juga ke halaman rumah. Di situ, berdiri seorang gadis cantik yang tampak ayu berkebaya. Pukul 3 pagi berkebaya? Salute!

"Saya Lisa, kawan Marina. I am supposed to be your 'girlfriend'." Dia memperkenalkan diri.

Hmm… Kalo yang ni, aku percaya la boleh jadi 'balachi' si Marina tu. AD memang out of list. Langsung tak ada ciri-ciri nak jadi menantu kerabat; walaupun bau-bau bacang aje. Jap! Abis tu, AD tu sapa? Macam mana dia boleh… Oh my God! Maknanya, AD memang tak tahu menahu fasal rancangan bodoh Marina ni. She's innocent!

"Mana Marina?"

Lisa mula gelisah bila Farriel menyoalnya seperti seorang pesalah.

"I tak tau. Last dia called dan jumpa I pagi semalam. Dia menangis. Dia cakap dia perlu pergi ke satu tempat untuk tenangkan diri. Then, dia suruh I 'ganti' tempat dia, jumpa parents you. And she paid me for some amount of money…"

"Yeah. I know that 'part'… Agreement, money, bla bla bla…"

Farriel lepaskan keluhan. Tenangkan diri? Perlu ke nak tenangkan diri? Patutnya dia terlompat-lompat gembira. Selepas tiga tahun bercinta, pakwe ajak kawin, berkenalan dengan bakal mak ayah mertua, bukankah dia patut gembira? Ini dibuatnya macam game police sentry; kejar dan tangkap. Yang menambahkan bengkak di hati, dia boleh suruh orang lain gantikan tempat dia. Hilang akal ape?

"Tengku Farriel, I cari you kat Hotel Kris Mas… I tak tau pulak majlis you all tukar tempat. So, what am I suppose to do now? Meet your parents now?"

Ish, jangan la sangat! Dah tidur agaknya orang tua tu. Pompuan ni tak tahu tengok jam apa?

Lisa nampak teruja dengan 'watak' yang diberikan. Farriel melemparkan pandangan ke segenap halaman. Mujur halaman rumahnya yang sebesar ¾ padang bola sepak dah lengang. Cuma tinggal dua tiga orang pekerja rumah aje. Caterer, orang pasang khemah, saudara-mara, sepupu-sepapat semuanya dah balik. Yang tinggal pun dah masuk rumah. Tengah syok tido atas katil agaknya. Jadi agak mudah untuk dia berbicara dengan Lisa.

"Actually, last minute kami tukar tempat. Apapun, 'khidmat' awak dah tak diperlukan lagi!"

Lisa terkejut mendengar kata-kata Farriel.

"Excuse me? Napa? Sebab I datang lewat? Kalo itu, I minta maaf la. Tak de sesiapa bagitau I. I cuma berpandukan maklumat yang Marina bagi aje!"

Farriel mengurut-ngurut pelipis mata. Rasa mengantuk mula mengasak mata.

"Bukan macam tu! Ada orang dah amik tempat you tu. In fact, gadis tu dah jadi isteri I pun tiga jam lepas!"

"What?"

Bagai nak terjojol biji mata Lisa. Ala… Tak payah la rasa terkejut sampai macam tu sangat. Aku yang kena kawin mengejut. Bukan ko… Sakit kepala fikir. Kawin. Tak pernah terfikir pun nak kawin dalam masa terdekat ni. Memang la rancang nak kawin tahun ni. Tapi dengan Marina. Bukan AD! Ya Allah, apa yang Kau cuba tunjukkan pada hambaMu ni?

Ahh…! Marina... Kenapa ko buat aku macam ni? Naik sasau aku dibuatnya.

"So, macam mana sekarang?" Soal Lisa. Ada riak terkilan di wajahnya.

Laa… Apsal slow sangat CPU kepala dia proses maklumat?

"Kira cancel la job awak tu. Balik rumah and enjoy the money! Kalo Marina tanya, awak cakap aje awak dah buat seperti yang disuruh. End of story. Okey, good night…"

Lisa masih terpinga-pinga di tengah laman. Farriel atur langkah ke dalam rumah. Lepas satu, satu. Lepas ni entah apa pulak lagi, getus hatinya. Saat itulah dia terdengar suara Ihsan dan AD di sebalik pasu besar dari China.

@~@~@~@~

"Saya tau awak bukan girlfriend Aril…!"

Mulut yang ternganga cepat-cepat aku tekup. Senyuman Mr. Charity dah berubah bentuk. Sinis dan penuh misteri. Sapa Mr. Charity ni ek? Adik-beradik Farriel ke? Kalo tengok muka, ada rupa sket. Masa makan tadi pun dia duduk kat meja utama. Mesti someone yang rapat dengan Farriel ni.

Kedua-dua belah tangan Mr. Charity dah melekap ke dinding. Mengepung tubuhku supaya tidak lolos darinya. Ah, sudah! Rileks, Adry… Dia wat gimik je tu… Saja nak gurau-gurau. Biasa la, sedara-mara kan… Kalo tunjuk muka takut, lagi galak dia mengusik nanti. Cool, bebeh!

"Perlu ke saya wat any declaration depan awak, Mr. Charity? Like I said before, I don't know you. I don't even know your name!" Sindirku dalam keadaan separuh berani.

"Ooo… Sorry! I ingat you dah kenal I. Hi, I'm Tengku Ihsan Nur Qayyum… Awak boleh panggil saya Ihsan. Saya abang sepupu Aril..."

Patut la busybody semacam… Aku hampir terlepas pandang kenyitan nakal dari matanya. Maklumlah, pencahayaan kat sini memang teruk.

"Back to the topic, awak cuma berlakon sebagai girlfriend Aril, kan? Entah-entah kawin tadi pun, kawin kontrak…" Serkap jarangnya memang bertempat. Aku cuba berlagak tenang.

"Napa awak cakap macam tu? Saya punyalah cinta kat sepupu awak tu… Sampai sanggup kawin mengejut tau!"

Dia senyum lagi. Aku segera kalih muka ke kiri, mengelak bila mukanya dirapatkan ke mukaku. Eii… Nak cakap, cakap aje la! Perlu ke sampai nak bersentuh pipi?

"Sebab awak bukan girl yang dia kejar kat KLIA tadi. Nasib baik flight saya delay. Kalo tak, mesti saya pun tertipu macam orang lain!"

Aku tepuk dahi. Dah tentu dia tau. Dia Mr. Charity! Dia nampak aku kejar Miss Karen sampai terlanggar dia. Dan Farriel… Farriel pulak kejar awek dia yang cun tu… Nak goreng apa lagi ni?

"Sayang, kat sini rupanya awak… Puas I cari kat bilik!"

Ahh… Itu dia! Suara 'penyelamat'! Buat pertama kalinya aku bersyukur Farriel ada di hadapanku. Aku meloloskan diri dari Ihsan dan mengambil tempat di belakang badan Farriel. Tangan Farriel melingkar di bahuku. Merapatkan tubuhku ke tubuhnya. Aku wat-wat batuk. Kot-kot la dia teringat yang aku ni berlakon aje jadi isteri dia. Bukan betul-betul. Haram dia nak dengar. Ish… Kuatnya bau minyak wangi. Naik sesak pulak nafas aku bau…

Farriel dan Ihsan. Masing-masing diam, cuma beradu mata. Macam ada 'cite' aje antara diorang ni…

"Ihsan, kot iye ko nak ber'ramah-mesra' dengan isteri aku pun, tengok-tengok la masa. Lain kali, okey?" Senada aje bunyi suara Farriel.

Ihsan angkat dua-dua belah tangan. Tanda surrender. Matanya tepat memandangku. Pandangan 'tak sabar nak korek rahsia awak' betul-betul merimaskan aku. Senyuman diberikan. Bukan pada Farriel. Tapi pada aku.

"Okey, dear… Lain kali kite sambung chit-chat kite. Have a 'gud nite'!"

Mata dikenyitkan sebelum berlalu pergi. Farriel angkat tangan dari bahuku. Aku pantas menjarakkan diri.

"Bini orang pun dia nak 'ayat'!" Rungutnya. Anak matanya terus mengekori Ihsan sehingga Ihsan berlalu ke tingkat atas.

Matanya kembali singgah ke wajahku. Masam.

"NAIK BILIK!"

Woi… Tempias la!

@~@~@~@~

4.30 pagi.

Seingat aku, inilah malam yang paling panjang dalam hidup aku. Suasana banglo dah senyap sunyi. Kalo ada syiling jatuh, gerenti aku boleh dengar punya. Cuma suara Farriel yang kedengaran sekarang. Membebel gara-gara tindakan aku yang nak cabut lari tadi.

Kelopak mata aku tongkat dengan jari telunjuk. Badan aku pun dah mintak nyawa dah dek keletihan. Pagi siapkan tempahan baju yang berlambak. Maklumlah, tak lama lagi cuti sekolah. Cuti sekolah bermakna ramai orang wat kenduri kawin. Bukan pengantin aje nak bergaya. Mak ayah pengantin, adik-beradik pengantin, makcik pakcik, datuk nenek, anak buah, anak sedara, kawan-kawan, jiran sekampung pengantin pun nak gak melaram masa kenduri kawin tu. Kalo aku tokei butik, memang la aku suka. Orang datang bawak duit. Tapi aku ni kuli aje. Memang la aku suka menjahit, sulam-sulam ni semua. Bakat yang tak pernah aku terfikir aku miliki. Tapi bila dah berlambak-lambak, tengok aje pun dah tak lalu.

Letih-letih menjahit, aku kena pulak berkejar ke KLIA. Menghantar baju fashion show. Pastu, berkejar pulak ke banglo mewah ni. Cite baru pulak mula. Aku disangka awek si Farriel gemok ni! Last-last kena kawin paksa-rela dengan dia pulak. Huwargh…! Kalo kurus, hensem, mulut tak menyakitkan hati tak pe la gak. Ini tak!

Senior Farriel ni memang dari dulu tak sebulu dengan aku. Dia macam ada simpan dendam kat aku. Dia benci tengok aku. Masa sekolah dulu pun macam-macam dia cuba buat kat aku. Dengan harapan, aku dibuang sekolah. Mujur nasib baik selalu menyebelahi aku. Yang peliknya, aku tak pernah wat apa-apapun kat dia. Tapi, apsal dia benci sangat dengan aku??

Aku ingat, bila dah abis sekolah, abis la penderitaan aku dengan dia. Tak tau pulak lepas 8 tahun aku boleh jumpa dia balik dan sambung balik penderitaan aku ni…. Apalah malang sangat nasib aku ni…

Sekarang ni pun dia tengah mendera aku. Tak dibaginya aku tido. Aku ni dah mengantuk tahap cipan dah ni! Kalo disorong bantal, gerenti lelap punyalah mata aku ni. Lupa semua benda. Tapi, bila teringat ada Farriel, rasa tak selera pulak nak tido. Jadi takut pulak. Tak pernah seumur hidup aku berdua-duaan dengan lelaki. Dalam bilik pengantin pulak tu. Ei, selisih malaikat 44!

"Ko tak kisah kan kalo aku cakap kasar dengan ko? Kite bukan tak biasa bercakap dulu, kan…" Soalnya bersahaja. Kata ganti nama diri yang digunakan dah bertukar. Bukan 'saya-awak' lagi.

Aku angkat bahu. Haah… Memang kite biasa bercakap pun. Tapi tak tau la cara kite bercakap tu boleh diklasifikasikan bercakap atau bertekak. Paling habis baik pun, dalam nada menyindir.

"Aku nak kite adakan perjanjian."

Perjanjian lagi? Seumur hidup aku ni, aku memang kena terikat dalam perjanjian aje ke? Jadi fobia pulak dengar perkataan perjanjian ni!

"Suka hati ko la…"

Tak larat aku nak melayan. Apa dia cakap, aku angguk aje. Ala… Cliché la syarat-syarat perjanjian ni! Adat la kan orang kawin kontrak ni. Balik-balik itu-itu aje syarat yang dikenakan. Semuanya sama macam dalam novel dan cite yang aku tengok. Semuanya memang aku boleh jangka. Tapi satu syarat ni memang pelik sket.

"Aku nak ko improve kan gaya penampilan, cara percakapan ko dan pengetahun ko!"

"Woi! Apa, ko ingat aku ni buruk sangat ke? Bebal sangat ke?" Buntang biji mata aku balik. Underestimate orang sesuka hati. Macam bagus aje dia ni!

"Bukan! Masalahnya, gaya ko langsung tak menyakinkan aku, apatah lagi diorang. Marina Irriani, seorang pramugari. Dia penah keje dan tinggal kat US selama 5 tahun. Ko tengok gaya ko. Langsung tak macam dia. So, untuk jadi dia, ko kena la improve diri ko…"

"Ko kata ko tak cite banyak fasal Marina Irriani ni kat famili ko. So, ada ape masalah? Tak payah la kalut tak tentu fasal!"

Farriel meraup wajahnya untuk kesekian kalinya.

"Lebih baik kita prepare for the worst things, kan… Lagipun, ramai orang dalam famili aku ni nak tengok aku 'jatuh'."

"Yaa… Yaa… Yaa… Ape-ape je la. So, aku kena buat ape?" Tudung kepala aku garu kasar.

"Nanti aku fikir macam mana nak improve that 'part'. One more thing, aku nak ko belajar balik."

"Huh?" Aku buat muka beruk.

"Ko belajar sampai mana? SPM?STPM aje, kan?"

"STPM. Mana ko tau?"

"Huh… Tengok gaya aje pun tau!"

Ei… Nasib dia jauh dari aku. Kalo tak, lepas gak sedas dua penumbuk.

"Aku nak ko sambung belajar. Paling kurang ada ijazah."

"HELLO… Ko sibuk-sibuk suruh aku wat itu-ini ni, macam la aku nak jadi bini ko untuk SEUMUR hidup! Kontrak perkahwinan ni tamat bila Marina ko tu balik pada ko, kan… Aku rasa tak payah la kot… Malas la nak belajar. Otak dah berabuk!"

"Nop! Ko kena sambung belajar jugak. FULL STOP. No more objection!" Katanya seraya mengoyang-goyangkan jari telunjuk.

"Okey! Kalo macam tu, aku ada syarat untuk ko jugak!"

"Ape?"

"Ko kena kuruskan badan ko. Aku nak badan ko saiz M aje. Bukan XXL, okey?"

Dia ingat dia sorang aje boleh letak syarat merepek? Jadi isteri kontrak dengan belajar, ada kene-mengena ke?

"Apa kena mengena dengan badan aku pulak ni…" Tingkah Farriel. Tak puas hati la tu!

"Tak setuju tak pe!"

"Badan kurus ke gemuk ke ape kena-mengena dengan ko?"

"Tak setuju tak pe! Aku pun tak nak sambung belajar!" Sengaja aku lagukan kata-kata tu. Biar dia naik geram.

"Ko ingat orang gemuk ni tak de orang suka ke? Berderet nak kat aku tau tak?"

"Tak setuju tak pe! Aku pun tak nak ubah gaya."

"Tak setuju tak pe! Aku pun tak nak improve knowledge aku."

"Okey! Okey! Okey! Aku akan kuruskan badan…" Akhirnya Farriel mengalah jugak.

"YES!!! Deal!"

Read More..