Cerpen : Kasih Tercipta

Hari ini genap sebulan aku menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tak pernah aku cintai.Masakan lelaki itu yang menjadi suamiku sedangkan kami tidak pernah kenal apatah lagi berhubungan antara satu sama lain.Dia lelaki asing yang hadir dalam hidupku tatkala aku di awang-awangan.Lalu aku diijabkabulkan tanpa rela kepada seorang lelaki bernama Danish.

"Sekarang kita suami isteri.Tapi aku tak nak tengok muka kau 24 jam ada depan mata aku.Faham?"

Gila ke apa dia ni?Ingat aku nak sangat tengok muka dia tu?Tolonglah.Banyak lagi kerja yang aku boleh buat.Tak ingin aku.Loya tekak aku ni ha.

"Kau faham tak apa yang aku cakap ni?"

"Tapi saya peliklah.Awak pandai psikologi orang.Kalau awak nak tahu,saya pun tak nak tengok muka awak.Loya tekak saya ni,tahu tak?"

"Aku memang pandai psikologi orang,lagi-lagi orang bodoh macam kau ni.Dah!Aku nak pergi kerja.Nanti mengamuk pulak bos aku kat pejabat."

"Awak kena pergi kerja ke?Tak ada rehat ke?Awak cutilah sehari,paling tidak pun seminggu."

"Ohh..cuti seminggu?Habis tu,awak nak saya makan apa?Pasir?"

Danish membulatkan matanya.Aduh..susah dapat bini macam ni.Dahlah bodoh,bengap pulak tu.Kalau macam nilah baik tak payah ada bini langsung.Buat sakit hati je.

******************************************************

"Apasal aku tengok muka kau macam tension aje?Apa masalah?Ceritalah bro.Aku pun nak tahu."

"Huh!Sakit jiwa aku.Nasib akulah dapat bini macam dia.Kau tahu tak?Dia tu macam terencat akal.Ada ke patut dia tanya soalan bodoh kat aku.Huh!Nasib..nasib.."

"Kau ni pun satu.Susah sangat ke nak jawab soalan dia tu?Dia tanya kau jawab.Kalau kau tanya dia jawab.Susah ke?"

"Kau cakap senanglah.Kau tu tak ada bini.Macam aku ni,masaklah aku kalau aku kena layan dia macam tu.Boleh jadi gila aku lama-lama.Tak nak aku."

"Tapi lawa apa bini kau.Sedap mata memandang,cantik,pandai masak.Kalau akulah dapat bini macam tu,aku tak kisah dia siapa.Orang gila pun aku sanggup ambik."

"Wei melampaulah tu.Kau ni tak agak-agak.Orang gila pun kau ada selera.Dah..dah..Aku malas nak dengar pasal dia lagi.Mana fail yang aku mintak tadi?"

"Ni failnya.Nasihat aku bro,kau cuba rapatkan hubungan antara kau dengan dia.Mana tahu lama-lama tersangkut.Boleh dapat anak cepat."

Danish membaling fail di tangannya.Bertaburan kertas di lantai.Saiful cepat-cepat keluar dari bilik itu.\'Arif dengan perangai Danish yang malu tapi mahu.

*************************************************

"Assalamualaikum..Ada orang tak?"

"Kejap,kejap.Saya tengah salin baju ni.Tunggu kejap."

Afirah memakai pakaian ala kadar.Baju kurung yang disematkan ke badan menampakkan kejelitaan yang disembunyikan selama ini.Dia menempek bedak di tangannya.Cukuplah tu.Dah lawa dah pun..Afirah tersenyum.

"Kejap,kejap.Saya ambil kunci.Saya letak mana tadi?Awak tahu tak kat mana?"

"Kenapa pulak kau tanya aku?Manalah aku tahu kau letak kat mana.Lain kali letak dalam bilik mandi baru tak hilang."

"Haa!Baru saya ingat."Briefcase di tangan Danish terlepas.

"Yang kau jerit tak tentu pasal ni kenapa?Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu?"

"Saya minta maaf,ye?Terima kasihlah sebab ingatkan saya.Betullah awak cakap tadi.Saya letak dalam bilik air masa saya mandi tadi,takut orang lain curi.Kalau terjadi apa-apa,siapa yang susah?Awak jugak kan?"

"Dah tu,yang kau tunggu kat sini lagi kenapa?Pergilah ambil kunci tu.Huh!"

Seketika Afirah muncul bersama kunci di tangan.Muka Danish merah menahan panas yang membahang.Afirah tergopoh-gapah membuka gril dan akhirnya gril itu dapat dibuka.

"Huh!Dapat bini macam ni.Nasib baiklah kau kahwin dengan aku.Kalau dengan orang lain aku rasa malam ni kau kena tidur kat luar.Biar tahu rasa!"

"Habis tu malam ni saya kena tidur kat luar ke?"

"Dah!Aku malas nak layan orang tak betul macam kau ni.Aku nak naik atas dulu,mandi.Aku nak keluar malam ni.Kau jaga rumah."

Danish meninggalkan Afirah di ruang tamu.Nasib dialah dapat bini yang kurang sikit dari perempuan lain.Tapi kadang-kadang dia terfikir macam mana dia sanggup beristerikan orang yang sama sekali tidak dikenalinya.Pertemuan yang tidak sengaja dan langsung tidak pernah diharapkannya ternyata akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

***************************************************

Tumpuan Afirah terganggu apabila telefon di ruang tamu berbunyi.Afirah bingkas bangun mengangkat gagang.Suara kasar lelaki kedengaran di hujung talian.

"Hello.Puan Afirah ada?"

"Ye,saya sendiri."
"Saya Inspektor Zamri.Encik Danish kemalangan.Dia ada kat hospital sekarang ni.Kalau Puan Afirah nak tengok keadaan dia silakan."

Gagang telefon terlepas di tangan.Danish kemalangan?Entah-entah polis salah orang tak?Tapi..Afirah pantas menyarung tudung.Hujan yang lebat beserta kilat sabung-menyabung tidak Afirah peduli.Fikirnnya hanya tertumpu kepada Danish sahaja.Ya Allah,Kau selamatkanlah suamiku.Doanya tak putus-putus.

Pintu bilik dibuka menampakkan tubuh Danish yang kaku.Serta-merta air matanya menitis di pipi.Tidak sanggup rasanya melihat orang yang disayanginya terbaring di katil itu.Adakah dia mencintai Danish?Sedikit sebanyak perasaan itu hadir di dasar hatinya.

"Awak bangunlah.Saya datang ni.Bukalah mata tu cepat.Jangan buat saya risau.Tolonglah demi saya."

Afirah mencapai tangan suaminya.Mulanya dia teragak-agak tapi disebabkan situasi tika itu,dia terpaksa.Tak apalah,bukannya orang lain pun.Suami aku jugak.

Bagaikan ada semangat baru Danish membuka matanya.Melihatkan Afirah di sebelah bertemankan air mata di pipi membuatkan dia tersenyum.Tiada lagi herdikan mahupun kata-kata kesat yang keluar dari mulut Danish.Afirah hanya tertunduk malu pantas melepaskan pautan tangan Danish.

"Maafkan saya.Saya tak bermaksud.."

"Shhh..Abang tak nak dengar apa-apa lagi.Tak salah kan kalau Afirah pegang tangan Abang.Terima kasih sebab teman Abang malam ni."

Abang?Aku kena panggil dia macam tu ke?Karang tak pasal-pasal aku pulak yang kena marah.Tak payahlah.Panggil saya,awak ajelah.

"Teruk ke awak accident sampai nak kena masuk hospital?Saya tengok tak adalah teruk sangat.Luka sikit aje."

"Mestilah teruk sayang.Kalau tak,tak adanya Abang masuk hospital malam ni.Boleh Abang mintak sesuatu dari sayang?"

"Apa dia?Cakaplah."Afirah tidak selesa dipanggil sebegitu.

"Boleh panggil saya Abang tak?Abang kan suami Afirah.Tak salah kan?"

Alamak!Dia suruh panggil Abang pulak.Nak ke tak nak?Nak ke tak nak?Alah..susah-susah sangat panggil ajelah.Habis cerita.

"A..bang.Okay?"

"Haa barulah Abang boleh tidur.Thanks sayang."

"Tapi.."

"Sayang tidur okay?Esok Abang dah boleh keluar.I love you."
Dia ucap I love you kat aku?Bestnya.Tak pernah aku rasa macam ni.Afirah meleret senyuman manis.

"I love you too."

Afirah membalas ungkapan yang sama.Danish,seorang insan yang sanggup berkongsi hidup bersamanya sehinggalah ke malam ini.Malam yang membuatkan Danish dan Afirah meluahkan apa yang terpendam di hati.Bagi Afirah,kasihnya bukan atas rasa simpati tetapi cinta yang perlahan-lahan mulai membelai-belai jiwanya.Danish pula enak dibuai mimpi,mengharapkan wajah Afirah sentiasa menemaninya di kala tidurnya.Afirah cukup istimewa di matanya dan kasihnya hanya untuk Afirah seorang,tidak mungkin ada galang-gantinya.Dia akui takdir yang telah tercipta untuknya mempunyai hikmah-Nya dan dia kini mengharapkan kebahagiaan yang berpanjangan bersama isteri yang dicintainya,Afirah.

Read More..
 
Cerpen : Ruang Rindu

Hujan yang turun ini mengimgatkan aku pada satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.
Pagi yang sepi ini membawa aku ke alam lamunan."Hai,boleh saya tolong?"dia tersenyum sambil menghulurkan sapu tangannya."Awak basah,kenapa awak lambat balik?"tanyanya."Terima kasih,macam mana awak tahu yang saya balik lambat?"jawabku lembut."Oh,saya dah lama perhatikan awak.Nama saya Ariel."Dia menghulurkan tangannya sambil tersenyum.Aku menjabat tangannya sambil berkata "saya adila,panggil adi je..."hmmm,cute nama,macam orangnya"jawabnya.Aku tersenyum malu.Masa yang seketika itu telah membawa aku kedalam sebuah perkenalan dan menciptakan kenangan yang terindah.

"Eh,bas dah datang.Jom Arie..."kataku."walau seribu lukisan indah di hampar didepanku,pasti takkan dapat melawan indahnya wajahmu.Setiap kata-kata yang terucap dari bibirku ini hanya buatmu,wahai sang rerama sepi."romantik tak?hehehe...."kata arie."eleh,tak terpikat pun...."Hari itu,aku dan dia berkejaran di taman."Eh,cepatlah.Dah lewat lah."kataku."Eh,mana ada.Awak kenakan saya ye...jam awak tu rosak kot."Eh,betul lah..."kataku."jom lah.awak tahu tak,tak lama lagi pmr tau...baik kita belajar..."nasihat Arie."Ok,kita belum ulangkaji subjek geografi kan?"tanyaku."yelah tu makcik..."usiknya.

Tanpa aku sedari,persahabatan kami telah berlanjutan sehingga kini.Sudah dua tahun kami bersahabat.
Dia banyak membantu aku dalam pelajaran dan dalam menyelesaikan masalahku.Dia seorang yang genius.Aku bangga punya teman sepertinya."Kau tahu tak aku nak jadi apa nanti?aku nak jadi peguam.Aku nak belajar tinggi-tinggi.Hah,lepas tu aku nak bawak mak bapak aku pergi haji.Aku nak kumpul duit banyak-banyak.Hehehe,lepas tu aku nak masuk meminang kau.Kau tau tak?hehehe..."Kata Ariel."Oh,wah...berwawasan rupanya kawan aku ni...tapi yang part last tu yang aku tak percaya tu.."kataku."Eh,kita kenalah berwawasan.Jangan jadi sampah masyarakat."kata Ariel."Kalau aku,aku nak pergi ke Mesir.Aku nak belajar kat sana,aku nak tinggal kat sana tau,aku nak ada sebuah rumah kat tepi sungai nil.Aku pun nak bawa mak bapak aku ke Tanah haram.Tapi,aku tak nak jadi peguam.Aku nak jadi doktor.Hah,bila aku dah berjaya nanti...aku nak kau ada sama meraikan kejayaan aku."kataku."Kenapa kau tak percaya kalau aku cakap yang aku nak melamar kau one day nanti?"tanya Ariel."Eleh,macam la aku tak kenal kau ni.Habis Niesha tu,kau nak lamar dia bila?lepas aku ke?hikhikhik...."
"Percayalah,aku tak tipu...Niesha?dia tu aku anggap macam adik je..."kata Ariel."Tapi dia cakap korang dah jadi pasangan kekasih...nengnengneng"percayalah Adi konon,hekhekhek"apa lah kau ni,kalau nak kelentong tu tengok la orang dulu..."kataku."Dahlah,malas aku nak cakap lagi.Kau cakap la apa kau nak cakap.Kalau nak percaya,percaya.Kalau tak,terpulang."Ariel berlalu pergi meninggalkan aku."Hai,merajuk lah tu."kataku.Sebenarnya,jauh disudut hati ini,wujud namanya.Mohd Ariel Hisyam.Tapi aku ada wawasan,ada cita-cita,ada hala tuju.Come on la wei,aku tak mungkin melayan perasaan ni dulu.Aku nak belajar dan cuba kejar cita-cita aku.
Tahun ni spm.Aku takut nak main-main lagi.Hari itu,aku berjalan pulang sendirian.

Dalam perjalanan pulang,aku telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang menunggang motorsikal."Hai cik adik,nak tumpang?"Hoi,korang ni.Takde kerja lain ke?"kataku."Kalau kite orang ni ada kerja,takkan la kite orang ni nak kacau kau."Hish,jangan lah kacau!"Aku mengeluarkan pisau."I warn you,back off!!"aku cuba mengancam."Huuuuu,back off...wei,yang ko ni speaking ngan kite orang ni apa hal?kite orang mana lah faham.. hahaha"kata salah seorang dari sekumpulan lelaki itu."Tolong!!!!"jeritku."Hoi,jangan lah kacau dia.apa hal korang ni?"kata seorang lelaki yang tidak aku kenali."Kau ni sape hah?!suka hati kite orang lah nak kacau dia.Dia tu kiut sesangat.Kau bla lah mat jambu."kata salah seorang lelaki "Ok,kau yang bla!"Eh,bunyi macam nak cari gaduh je"yahhhhhhh!"Tolong"jeritku.Mereka bergaduh.Akhirnya sekumpulan lelaki bermotorsikal itu beredar.Aku mendapatkan lelaki tadi,dia sepertinya cedera teruk."Takpe,saya cedera sikit je."Eh,tak boleh.Awak dah tolong saya,saya kenalah tolong awak.Terima kasih lah sebab awak dah tolong saya.Kalau awak takde tadi,tak tahu lah..."kataku."Takpe saya ok.Siapa nama awak?kenapa awak jalan sorang-sorang?lain kali jangan jalan sorang-sorang.Bahaya tau.Saya Zarul."Katanya."Saya Adi."Jawabku.Aku dan Zarul berjalan pulang bersama.Dia seorang peguam dan penulis novel.Aku senang kenal dengannya."Tulis novel tu kerja part time saya.Saya mula menulis waktu umur saya 18 tahun.Tapi,saya pilih bidang guaman untuk tahap mengukuhkan kewangan saya.Saya lebih suka berdikari dan hidup sendiri."kata-kata Zarul itu masih lagi ku ingat hingga kini.

Diam tak diam tinggal 7 bulan lagi spm dan sudah 4 bulan aku menjadi kekasih Zarul.Ariel kini sibuk menguruskan Niesha.Hai,aku akui yang aku cemburu.Aku jadi kekasih Zarul pun sebab aku nak buat Ariel cemburu.Tapi,sampai sekarang Ariel tak tahu.Satu kata yang tak pernah dapat aku akui ini kadang-kadang tak dapat aku tahan.Namun,dia punya Niesha.Siapalah aku lagi kini di sisinya.Hari ni adalah hari pelajar tingkatan 5 dan aku telah dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan sebuah lagu and guess what,hari ini juga merupakan hari lahir Ariel.Aku ingin hadiahkan lagu itu nanti untuknya.

"Dipersilakan Adi untuk menyanyikan lagu pilihannya iaitu "dan sebenarnya",terimalah."Lagu ini saya tujukan kepada kawan saya yang tercinta iaitu Ariel."Ariel nampak terkejut.Dia tersenyum.Aku senang melihatnya tersenyum.Dia duduk disamping Niesha.Mereka kelihatan begitu akrab."Happy birthday,Ariel..This is for u"
:1,2,3.....(lagu dan sebenarnya)
Selepas menyanyikan lagu itu,aku terus beredar.Aku ada date dengan Zarul.Walaupun aku tidak ikhlas melakukan semua ini,aku tetap ingin melakukannya.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat semua ini.Aku duduk ditaman bersama Zarul.Tanpa aku sedari,rupa-rupanya Ariel mengekoriku."Oh,ni lah hadiah hari jadi untuk aku.Terima kasih lah Adi.Kemana pergi cita-cita kau?hah!"tak ku sangka sang rerama ku kini berubah,ibarat mesir yang kian berubah dan meninggalkan nil sepi sendirian."
Ariel terus beredar.Aku mengejarnya."Wei,rilex lah."kataku.Dengan perasaan marah,Ariel melafazkan segala yang terbuku dihatinya"Kau tu yang rilex.Kau ingat akuni apa hah?aku ni siapa buat kau?kenapa kau tak bagi tau aku?patutlah akhir-akhir ni kau macam dah berubah.Kau asyik nak lari je dari aku!!"

"Habis tu,aku ni?kau asyik fikir perasaan kau je.Kau tak fikir perasaan aku ke?Niesha tu siapa bagi kau?Aku pulak siapa bagi kau?kau ingat best ke sorang-sorang.Kau senang-senang dengan Niesha,habis aku nak kena tunggu kau macam orang bodoh ke?kenapa dengan kau ni?Kita kawan dah lama.Takkan kau tak faham perasaan aku?Jawablah!!kenapa kau buat aku macam ni???!!!"kataku."Wei,aku selalu cakap yang aku sayangkan kau!!!Kau faham tak???Aku tak tipu."kata Ariel."Oh,tak tipu.Andainya kau cakap dan buktikan kata-kata kau ni dulu,aku takkan macam ni!!Habis Niesha tu??sebelum kau nak mengakui perasaan kau tu kat aku,kau tanya diri kau dulu siapa Niesha dan siapa pulak aku kat dalam hati kau tu."Aku beredar pergi.Aku dan Ariel tidak pernah bergaduh seteruk itu.Hari tersebut merupakan hari yang paling tidak dapat aku lupakan.Aku tak faham kenapa semuanya jadi seperti ini.Kenapa dengan aku sebenarnya?persoalan itu sentiasa menghantuiku.

Esok spm.Aku sudah bersedia.Oh ya,tentang hubunganku dengan Zarul.Ibu dan ayah sudah tahu dan mereka merestui hubungan kami.Janji ku pada Ariel pula tinggal kenangan.Sudah dua bulan aku tidak menemuinya.Apalah khabarnya sekarang. Sesungguhnya aku amat sepi tanpanya disisi.Namun,dia menghilang.Hilang membawa keraguanku.Aku masih ragu tentang perasaan sebenarnya padaku.Setiap kali aku pergi kerumahnya,ada saja alasan dari ibu dan bapanya.Apa pun,hidup mesti diteruskan.

"Spm dah habis!"aku menjerit kegembiraan.Aku merasa seperti ada orang yang sedang memerhatikanku.Ariel.Aku mengejarnya."Ariel!!spm mungkin dah habis,tapi soalan aku pada kau belum terjawab.Susah sangat ke soalan aku?Macam ni ke bakal peguam nak jawab soalan aku?dengan melarikan diri?jeritku.Ariel menoleh.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat setitis darah jatuh dari hidung Ariel.Aku berlari mendapatkan Ariel."Ariel,kau tak apa-apa ke?kenapa kau tak cakap kat aku yang kau sakit?"Aku menangis."Ma..af...k..an a....ku.."kata Ariel lemah.Aku menjerit meminta tolong.Ariel dikejarkan ke hospital.Kata doktor,Ariel menghidap barah hati.Jantung dan hatinya rosak teruk.Harapannya untuk hidup amat tipis.Dia cuma ada masa 3 minggu lagi untuk hidup.Oh,hanya tuhan yang tahu betapa hancurnya hatiku."Betul cakap kau.Aku memang tak boleh dipercaya.Dulu,aku janji nak meminang kau.Sekarang aku pulak yang mungkiri janji tu.Hehehe.Aku gurau je lah.Aku tak sakit pun." Tanpa aku sedari air mata membasahi pipiku mendengarkan kata-kata Ariel."Eh,ada permata jatuh ke pipi kau lah.Tak baik tau nangis.Aku bukan nak pergi mana-mana pun.Apa pun yang akan terjadi,kau kena teruskan hidup kau dan teruskan cita-cita kau.Aku harap kau bahagia dengan keputusan kau.Aku nak kau tahu yang aku sentiasa sokong kau.Aku dah dapat jawapan bagi soalan kau."I love you"aku nak kau tahu tu.Aku sayangkan kau lebih dari segalanya.Niesha,aku cuma anggap dia kawan je.Maafkan aku sebab selama ni aku dah kelirukan kau."Aku tersenyum dalam tangisan"masa macam ni pun kau masih boleh buat aku senyum?"kataku."ini untuk kau"sedalam-dalam lautan,sedalam itulah sayang ku padamu.Kau ibarat bulan yang takkan pernah aku miliki.Aku mahu kau tahu bahawa kau masih lagi rerama sepiku yang dulu.Hiduplah untukku wahai cinta,agar rerama ku ini tidak kesepian."kata-kata terakhir Ariel akan ku pahat dihati.

Hari itu,aku menangis.Semua memoriku bersama Ariel muncul diingatanku.Aku mencintaimu.Itulah kata yang kuucapkan padanya dihari-hari terakhirnya di dunia.Terima kasih Ariel.Aku kini berjaya mencapai cita-cita ku.Kau datang dan pergi begitu saja,semua ku terima apa adanya,mata terpejam dan hati menggumam,diruang rindu kita bertemu.Akan ku kenang dirimu sehingga akhir hayat hidupku.

"Sayang,mama nak pergi pasar ni.Nak ikut tak?"Aku tersentak dari lamunanku.Air mataku berlinangan."Tak ma"jawabku.Hujan sudah reda.Mungkin Ariel sudah hilang dimataku namun,kenangan bersamanya tidak akan aku lupakan.Ariel,kau sentiasa hidup dihatiku.Zarul pula.Dia telah punya hidupnya sendiri.Aku sudah mengatakan kebenaran kepadanya.Dia sudah berkahwin dan dia bahagia sekarang.

Read More..
 
Cerpen : Sambungan Antara Dua Hati

RIFHAN membuang pandang ke luar jendela. Tiada apa yang dapat menarik perhatiannya. Mungkin kerana hatinya diterpa rawan. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan perlahan-lahan juga dia menghembuskannya. Dia cuba bertenang. Cuba menimbal semula apa yang berlaku dalam hidupnya kebelakangan ini. Puas ditilik diri, apakah yang kurang namun tidak ketemu jawapan. Mengapa, nasibnya dalam bercinta selalu dirundum malang? Bunyi ketukan di pintu tidak sedikit pun menganggunya dari terus hanyut dalam lamunan sehinggalah bahunya disentuh, baru dia tersentak.
"Bie..."
"Kau okey?" tanya Habibah.
Rifhan diam. Tidak langsung berniat untuk menjawab soalan Habibah. Sebenarnya, dia tidak punya jawapan yang pasti.
"Sabarlah, sekurang-kurangnya kau tidak melangkah terlalu jauh. Lebih baik sedar sekarang dari terlambat," nasihat Habibah.
"Mungkin betul apa yang awak cakap, tapi bagaimana dengan perasaan saya? Bagaimana dengan cinta dan rindu yang sarat dalam hati untuknya? Saya tidak mampu menanggungnya Habibah, saya tak kuat!" rintih Rifhan.
"Han, kita masih muda. Masih bersekolah lagi. Aku fikir, apa yang kau rasa tu hanyalah mainan perasaan. Satu tarikan dan bukannya cinta," ujar Habibah.
"Mudahnya awak bercakap. Jadi, perasaan awak pada Anas Zainal juga adalah tarikan? Begitu?"
Habibah terpana! Rifhan terlanjur kata. Adakah dia menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku beberapa bulan yang lalu?
"Ah, maaf. Saya tak patut berkata begitu," ujar Rifhan setelah menyedari perubahan riak pada wajah sahabat baiknya itu.
Habibah menyentuh tangan Rifhan lalu menggenggamnya erat seakan memberi kekuatan pada gadis itu itu terus teguh berdiri. Dia faham, perasaan Rifhan sedang bercelaru kala ini dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menemani Rifhan, memberi dia semangat agar tidak jatuh rebah.
"Jadi, apa yang kau nak buat sekarang?" soal Habibah.
"Saya tak tahu. Benar-benar tak tahu..." hanya itu yang mampu Rifhan katakan sebagai jawapan.
"Rifhan, telefon!" laung ibunya dari bawah rumah.
"Siapa mak?" tanya Rifhan.
"Katanya kawan kamu. Rahman namanya!" balas ibunya.
Pantas, darah merah menyerbu muka Rifhan. Habibah juga terkejut dengan kata-kata ibu sahabatnya sebentar tadi. Mata bertentang mata. Apa pula yang lelaki itu inginkan lagi?

* * * * *

"RIFHAN masih bersekolah ke?" Rahman bertanya pada gadis berambut panjang separas bahu yang sedang duduk menikmati aiskrim di sebelahnya.
"Yup! Form 5. Encik ni mesti dah bekerja, kan?"
"Pandai Rifhan teka. Saya baru lagi bekerja. Seorang pegawai bank," jawab Rahman.
"Biasalah, saya tengok dari pakaian encik pun saya dah tahu. Er... boleh saya tanya sesuatu?" soal Rifhan.
"Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Rasa macam dah tua pula. Panggil Abang Man cukup. Rifhan nak tanya apa?"
"Maaflah, saya bukan nak masuk campur urusan peribadi encik, maaf, Abang Man. Tapi saya tengok Abang Man macam ada masalah je. Banyak kerja ke?" Rifhan bertanya.
Rahman mengukir secarik senyum. Sememangnya ada sesuatu yang meresahkan hatinya. Namun, fikirnya tidak perlu untuk dikongsi dengan gadis yang usianya masih mentah ini.
"Biasalah, orang baru bekerja, masih belum sesuai dengan keadaan," balas Rahman.
"Rifhan seorang ke?" sambung Rahman lagi.
"Dengan kawan tadi. Okeylah Abang Man, saya balik dulu. Terima kasih untuk aiskrim ni," ujar Rifhan.
"No problem. Terima kasih juga sebab sudi temankan abang. Semoga kita dapat jumpa lagi,"
"Kalau ada jodoh, Insyaallah..." balas Rifhan lalu melangkah pergi dari situ.
"Masih ingatkan dia lagi?"
Teguran dari Habibah melenyapkan lamunan Rifhan serta-merta. Wajah sahabat baiknya itu ditatap. Dia benar-benar keliru saat ini. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Perlukah diturut kata hati, atau biarkan rindu ini berlalu pergi?
"Aku rasa kau patut berputus asa sahaja," ujar Habibah.
"Mungkin, tapi kata-katanya dalam telefon tadi, seolah-olah memberi aku harapan,"
"Jangan dijolok sarang tebuan Han. Ingat, kita ni masih muda. Sekolah pun belum habis lagi. Tahun hadapan kita nak ambil SPM," Habibah memberi sedikit peringatan.
"Aku tahu, tapi bagaimana dengan hati aku, perasaan aku?"
"Belajarlah mengawalnya dengan elok. Perasaan dan hati perlu seiring, perlu rasional. Aku bukanlah tidak menggalakkan kau bercinta tapi kau perlu tengok keadaan juga. Kau yakin andai bersama dia, kau takkan berduka? Kau sanggup bahagia atas penderitaan orang lain?" duga Habibah.
Rifhan terdiam mendengar bicara Habibah. Sebenarnya, dia sendiri tidak yakin sama ada dia akan bahagia andai hubungan ini diteruskan. Perlahan-lahan, dia kembali digamit kenangan dulu...

* * * * *

"RIFHAN! Nak balik rumah ke?"
"Oh, Abang Man rupanya. Ha’ah, nak balik rumah,"
"Jomlah, abang hantarkan," pelawa Rahman.
"Eh, tak apalah bang. Sekejap lagi datanglah bas tu," balas Rifhan cuba menolak dengan sopan walhal sudah hampir empat puluh lima minit dia duduk terpacak di situ menunggu bas.
"Jomlah, abang hantarkan. Boleh abang tahu Rifhan tinggal di mana. Nanti senanglah nak jumpa," ujar Rahman.
Hati Rifhan berdebar mendengar kata-kata Rahman sebentar tadi. Nanti senanglah nak jumpa? Apa maksudnya? Lantas, tanpa berfikir panjang, Rifhan membuka pintu kereta Proton Pesona itu lalu masuk dan duduk di tempat duduk belakang. Rahman tergelak kecil membuatkan Rifhan kebingungan.
"Kenapa abang gelak?"
"Duduklah di depan. Nanti orang ingat abang ni driver pula," jawab Rahman dalam sisa tawanya.
Rifhan tersengih. Ada-ada sahaja lelaki seorang ini. Lalu, dia keluar semula dan kemudian mengambil tempat di tempat duduk hadapan. Kereta rona hitam itu meluncur laju membelah jalan raya meninggalkan perhentian bas dengan segelintir pelajar yang masih menahan panas menunggu kelibat bas yang entah bila akan tiba.
Sejak itu, Rifhan mulai rapat dengan Rahman. Jika hari Rifhan ada kelas tambahan, Rahman sudah siap menunggu di hadapan pintu pagar sekolah untuk menghantarnya pulang. Sekali-sekala, Habibah akan turut serta. Rifhan tahu, Habibah kurang menyenangi pergaulannya dengan Rahman kerana lelaki itu sepuluh tahun lebih tua dari mereka. Namun berkali-kali Rifhan tegaskan yang Rahman seorang lelaki budiman dan dia percayakan lelaki itu.
Pernah sekali Rahman ingin membelikannya telefon bimbit tetapi ditolak sopan oleh Rifhan. Masakan dia mahu menerima pemberian semahal itu dari lelaki yang baru dikenali. Kata Rahman, senang untuk berhubung, untuk mengajaknya keluar. Tidak perlu lagi menggunakan telefon rumah. Tapi, Rifhan lebih selesa andai mereka tidak terlalu rapat. Bukan apa, tanpa disedari, hatinya mula terpaut pada layanan dan sikap penyayang lelaki itu. Rifhan tidak mahu cinta disemai dalam hati namun dia tahu, kudup-kudup rindu mula berputik dalam jiwanya.
Sehinggalah, suatu hari, dia menerima kedatangan seorang wanita yang mengaku sebagai tunang Rahman. Kala itu, dirasakan dunianya tunggang-terbalik. Hampir rebah dia mendengar berita itu. Silapnya juga kerana tidak menyiasat latar-belakang lelaki itu. Rupanya, sekali lagi dia silap memilih lelaki untuk jatuh cinta. Sekali lagi, dia menyerahkan hatinya pada lelaki yang sudah berpunya.
Lantas, pada Habibah diceritakan segalanya. Apa yang mampu Habibah lakukan hanyalah memberi semangat dan kekuatan agar Rifhan terus tabah. Dia juga terkejut pada mulanya walau sudah menyangka yang Rifhan menyimpan perasaan pada lelaki itu. Cuma, Habibah tidak sangka lelaki itu sudah dimiliki. Kasihan Rifhan, pasti dia amat terseksa.
"Kau termenung lagi," Habibah memegang bahu sahabat baiknya itu membuatkan Rifhan kembali ke alam realiti.
"Perlukah saya berjumpa dengan dia Bie?"
"Terpulanglah. Mungkin itu jalan terbaik untuk kau dan dia mencari jalan penyelesaian. Tapi kau kena ingat, jangan terlalu ikutkan perasaan. kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa," pesan Habibah.
Rifhan membuang pandang ke arah jendela. Hatinya berbolak-balik. Ingin berjumpa, takut hatinya tidak mampu menahan rindu. Tidak berjumpa, sampai bila harus berdepan dengan masalah ini? Oh, Tuhan, bantulah aku, doa Rifhan di dalam hati.

* * * * *

HARI ISNIN tiba jua membuka lembaran baru dalam hidup para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Saujana itu dan tidak terkecuali Rifhan dan Habibah. Selepas tamat perhimpunan rasmi pagi itu, mereka berdua bergerak menuju ke kelas Sejarah di Blok B. Melangkah masuk ke dalam kelas, Rifhan dikejutkan dengan kehadiran nota kecil di bawah mejanya. Perlahan-lahan nota itu dibuka. Hampir hendak terkeluar kedua-dua biji matanya membaca kata-kata di dalam nota tersebut. Habibah segera merampas nota kecil itu setelah melihat reaksi Rifhan yang mencurigakan. Habibah, turut sama dicengkam kejutan.


"Betina gatal! Tak sedar diri! Sekolah pun tak habis dah gatal nak berlaki! Oii!!! Cermin muka tu dulu. Setakat muka macam kau, berlambak kat kelab-kelab malam tau! Muka GRO!"


Terketar-ketar tangan Rifhan memegang kejap tubuhnya. Pertama kali dia menerima kata-kata sekesat itu. Dari siapa dan yang penting bagaimana dia tahu apa yang berlaku pada dirinya kala ini? Rifhan memerhati sekeliling. Tiada wajah yang dapat menghadirkan ragu-ragu. Justeru, siapakah pengirimnya?
"Ini dah melampau! Siapa yang bagi surat ni hah?" bentak Habibah membuatkan setiap pasang mata yang berada di dalam kelas itu tertumpu ke arahnya.
"Aku!" sahut satu suara.
Kali ini tumpuan mereka beralih pula pada gadis yang ditocang rambutnya ekor kuda dan bercermin mata itu.
"Suraya?"
"Attention class!!! For your information, Rifhan, persis perempuan Melayu terakhir ni, sebenarnya perempuan tak sedar diri! Perempuan perampas! Perempuan gatal!" cemuh Suraya.
"Suraya!" jerit Habibah.
Semua pelajar dalam kelas tersebut masih diam, tidak bersuara. Masing-masing tertanya-tanya drama apakah yang sedang dipentaskan di hadapan mereka waktu ini.
"Kenapa? Salah ke apa yang aku cakapkan?" perli Suraya.
"Apa masalah kau sebenarnya?" tanya Habibah.
"Aku tak ada masalah. Kawan kau tu yang bermasalah. Dasar perempuan murahan!"
"Suraya!" Habibah bangkit dari kerusi ingin menyerang Suraya tetapi pantas dihalang oleh Rifhan yang sejak tadi hanya senyap.
Habibah memandang Rifhan yang menundukkan mukanya. Tidak terasakah gadis itu dengan segala tohmahan yang Suraya lemparkan padanya? Ah, Rifhan terlalu lembut. Gadis itu tidak suka mencari gaduh tetapi, bukankah Suraya terang-terangan menuduh yang bukan-bukan terhadapnya? Tidakkah hati Rifhan tersentuh walau sedikit?
"Duduk Bie. Biarkan dia..." ujar Rifhan.
"Tapi..."
"Saya kata biarkan..."
Habibah duduk semula ditempatnya sambil memandang geram pada Suraya yang sudah bercekak pinggang. Apa kaitannya Suraya dalam hal ini? Dari mana gadis itu mengetahui tentang apa yang berlaku pada Rifhan?
"Oi! Kau dengar sini ya! Jangan harap kau boleh rampas tunang kakak aku! Langkah mayat aku dulu! Sedarlah Rifhan! Kau tu budak-budak lagi! Tak layak pun nak bersaing dengan kakak aku! Baik kau hentikan niat jahat kau tu! Dasar perempuan tak sedar diri!" tengking Suraya.
Nah! Di situ rupanya jawapan yang dicari-cari. Tunang Rahman adalah kakak kepada Suraya. Jadi, tidak mustahil untuk dia mengetahuinya. Satu kebetulan yang menarik! Rifhan yang mendengar segera mengangkat wajahnya. Tunang Rahman, kakak kepada Suraya?
"Wei, Rifhan! Kau dengar sini ya! Jauhkan diri kau dari Abang Rahman. Kalau tak, kau tahulah apa akibatnya!" tengking Suraya.
"Awak tak perlu menjerit. Saya masih belum pekak lagi. Beginilah Su, sampaikan pesan saya pada kakak awak, may the best woman win!" ujar Rifhan lalu melangkah keluar dari kelas meninggalkan Habibah dan Suraya dengan mulut yang terlongo!

* * * * *

LANGIT malam itu tidak berbintang. Bulan pula seakan malap cahayanya seperti merasai kesedihan yang menyelubungi hati Rifhan kala ini. Dia sendiri tidak percaya dengan kata-kata yang diungkapkan pada Suraya sewaktu di kelas pagi tadi. Selepas dia keluar dari kelas, dia terus ke tandas. Membasuh muka agar segar sedikit. Setelah memastikan ketenangan kembali berada dalam dirinya, dia keluar dan melangkah masuk ke kelas semula. Tidak sedikit pun dipandang wajah para pelajar di dalam kelasnya itu.
Sehinggalah sesi pengajaran dan pembelajaran tamat hari itu, tida kada seorang pun yang menegurnya apatah lagi Habibah yang turut sama mendiamkan diri. Rifhan tahu, pasti Habibah marah dengan keputusannya untuk bersama-sama Rahman tapi hanya itu yang terlintas di fikirannya waktu itu. Dia hanya mahu menutup mulut Suraya yang terlalu lancang. Selebihnya, dia tidak sedar akibat kata-katanya tadi.
Rifhan masih teringat kata-kata yang diucapkan oleh Rahman dalam panggilan telefon tempoh hari. Masih segar diingatannya pujuk-rayu lelaki itu yang ingin bersua-muka dengannya.
"We need to talk. Ini tentang masa depan hubungan kita," ujar Rahman.
"Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Abang dah bertunang. Dah ada tanggungjawab. Kenapa nak kusutkan masalah lagi?"
"Pertunangan ni bukan atas kehendak abang. Semua diatur oleh keluarga. Nak tak nak, abang terpaksa ikut," terang Rahman.
"Saya faham bang... tapi..." Rifhan tidak sempat menghabiskan kata.
"Tak ada tapinya lagi. apa yang abang tahu, abang sayangkan Rifhan," tingkah Rahman.
"Sayang tak bererti cinta,"
Rahman terpana. Kata-kata Rifhan menyedarkannya akan hakikat itu. Adakah cinta dalam hati untuk gadis berambut paras bahu itu?
"Kenapa diam?" duga Rifhan.
"Kita kena jumpa juga,"
"Untuk apa?"
"Kepastian,"
"Saya tak mahu!" Rifhan membantah.
"Kenapa?"
Giliran Rifhan pula diam. Dia sebenarnya takut. Takut mendengar ucapan perpisahan dari lelaki itu. Takut andai mereka berjumpa, perasaan cinta itu tiada lagi.
"Rifhan..." ucap Rahman, sayu.
Talian dimatikan. Rahman melepaskan keluhan. Dia sendiri keliru sebenarnya. Antara kehendak ibu bapa dengan kehendak dirinya sendiri, yang mana perlu diutamakan?
"Rifhan!" laungan dari luar rumah mengejutkan Rifhan dari angannya.
Rifhan memandang ke bawah. Habibah sedang melambaikan tangan ke arahnya. Di sebelah gadis itu ada Anas Zainal. Sudah agak lama juga dia tidak bertemu lelaki itu. Sejak kebelakangan ini, Anas Zainal agak sibuk dengan latihan bola keranjang untuk perlawanan peringkat daerah tidak lama lagi. Habibah juga ada merungut tentang Anas Zainal yang selalu menolak apabila diajak keluar berdua kerana sibuk dengan latihan. Namun Rifhan tahu, cinta antara mereka tetap utuh kerana kedua-duanya punya perasaan menyayangi dan disayangi tetapi dia? Tenggelam dalam lautan keliru dan ragu-ragu.
"Turunlah!" arah Habibah.
"Kenapa?"
"Turun jelah!" arah Habibah lagi.
Rifhan melangkah malas menuju ke pintu biliknya. Entah apalah yang Habibah mahukan malam-malam begini. Pintu bilik dikuak. Dia turun ke tingkat bawah lalu memberitahu ibunya yang dia hendak ke halaman rumah. Sampai di hadapan pintu pagar, dia diterjah gelisah. Apa yang lelaki itu buat di sini?

* * * * *

"ABANG tak sepatutnya datang sini!" marah Rifhan.
Rahman yang berbaju belang oren dan putih serta berseluar panjang hitam hanya mengukir senyum. Hatinya tercuit melihat reaksi Rifhan yang terkejut dnegan kehadirannya di situ.
"Susah sangat nak jumpa Rifhan. Nasib baik ada Habibah," ujar Rahman.
Rifhan mengalihkan pandangannya pada Habibah. Habibah membalas pandangannya kosong. Habibah lantas menarik tangan Anas Zainal pergi dari situ, meninggalkan Rifhan dan Rahman untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Abang Man nampak kurus. Tak sihat ke?" soal Rifhan.
Sekali lagi secarik senyum menghias bibir Rahman. Gadis itu masih mengambil berat tentang dirinya. Rifhan seorang yang pemurah. Murah dengan kasih sayang. Itulah yang membuatkan hati Rahman terusik.
"Sakit sikit. Sakit rindu..." gurau Rahman.
Rifhan tergelak kecil. Rasanya sudah lama dia tidak ketawa sejak terlibat dalam masalah ini. Semua baginya terlalu berat untuk ditanggung bagi seorang yang baru berumur setahun jagung sepertinya. Terlibat dalam kisah cinta orang dewasa. Rasa seperti mimpi.
"Abang dan berbincang dengan Salina. Pertunangan kami dah diputuskan," beritahu Rahman.
Rifhan tersentak. Benarkah apa yang didengarinya?
"Maksud abang?"
"Antara abang dan Salina dah tak ada apa-apa lagi,"
"Habis tu, macam mana dengan Salina?"
"Dia tak dapat terima. Sekurang-kurangnya abang berlaku jujur. Jika kami teruskan juga, abang tak yakin yang kami boleh bahagia. Lagipun, hubungan kami memang bermasalah pun sebelum ni," terang Rahman.
Rifhan tidak pasti apa yang dirasakan saat ini. Gembirakah? Sedihkah? Tapi apa yang Rifhan tahu, ada kelegaan yang menjalar di segenap ruang nadinya. Tidak seharusnya dia berperasaan begitu kerana dia juga perempuan. Tahu peritnya sebuah perpisahan. Namun, perasaan bukanlah sesuatu boleh dipaksa. Tiada gunanya bertepuk sebelah tangan. Tidak akan berbunyi.
"Jadi, boleh Rifhan terima hasrat hati abang?"
"Saya perlukan masa untuk berfikir," jawab Rifhan.
"Ambillah seberapa lama masa yang Rifhan perlukan Cuma abang harap jawapannya nanti tidak mengecewakan," balas Rahman.
"Saya masih muda. Masih banyak lagi yang belum saya tempuh. Abang sanggup tunggu?"
"Rifhan tak percayakan abang?"
"Saya percaya, sebab ia adalah abang," jawab Rifhan, tulus.
"I miss you,"
"Miss you too..." balas Rifhan.
Deru angin malam menghantar sedikit kedinginan dalam hati Rifhan. Entah mengapa, hatinya tidak tenteram. Serasa hubungan ini tidak akan bertemu penyudah yang bahagia. Oh, Tuhan, usaikanlah ragu dari hati ini...

* * * * *

"SAYA merayu... saya benar-benar berharap agar hubungan kami diberi peluang sekali lagi," ujar Salina membuatkan Rifhan kelu tanpa kata.
"Awak masih muda. Masih banyak peluang untuk bercinta. Ramai lagi orang yang awak akan jumpa. Tapi saya... saya hanya ada Rahman. Hanya dia lelaki yang saya kenali sejak dulu. Kami berkawan sejak di universiti lagi. Keluarga kami juga bukannya orang asing. Masing-masing dah kenal antara satu sama lain. Jadi, saya mohon, tolong lepaskan Rahman, kalau bukan demi saya, fikirlah demi kebahagiaan Rahman," panjang lebar bicara Salina.
"Maksud cik?"
Salina memerhati beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain gelongsor tidak jauh dari kerusi yang sedang meraka duduki. Kedatangannya untuk bertemu Rifhan petang itu punya satu tujuan. Untuk memastikan Rahman menjadi miliknya.
"Kalau pertunangan ni diputuskan, keluarga Rahman mungkin akan jatuh muflis. Hanya dengan bantuan kewangan dari papa saya yang boleh menyelamatkan syarikat milik keluarga Rahman. Apa, dia tak beritahu awak tentang perkara ni?" soal Salina.
Rifhan terkejut! Sungguh, dia tidak tahu apa-apa tentang perkara itu.
"Rahman, bukan bekerja sebagai pegawai bank?" Rifhan bertanya.
Salina tergelak besar mendengar pertanyaan Rifhan sebentar tadi menyebabkan Rifhan sedikit kebingungan.
"Awak memang naif Rifhan. Patutlah mudah diperdayakan... for your information, Rahman is an executive in Karisma Holdings milik Dato’ Omar Amiah. Dia adalah satu-satunya pewaris yang akan menggantikan Dato’ selepas ini," terang Salina.
Rifhan beranjak sedikit ke belakang. Benar-benar tidak menyangka yang Rahman adalah anak kepada seorang tokoh perniagaan yang disegani. Kenapa lelaki itu tidak memberitahunya tetang perkara itu dan yang paling persoalan, mengapa mesti berbohong?
"Nampak sangat yang dia tak percayakan awak. Sudahlah Rifhan... saya yakin Rahman hanya gunakan awak sebagao tempat untuk dia melepaskan kesunyian sahaja memandangkan kami bergaduh kecil. Sedarlah, awak tu tak layak untuk berdampingan dengan lelaki sepertinya," kali ini nada suara Salina mulai berubah, seolah yakin yang dia sudah menang.
"Maaf, saya harus pergi. Ada hal yang perlu diuruskan," ujar Rifhan lalu meninggalkan Salina keseroang di taman permainan berhampiran rumahnya dengan hati yang walang.

* * * * *

RAHMAN menundukkan wajah, tidak mampu bertentang mata dengan Rifhan. Kata-kata yang Rifhan muntahkan sebenar tadi benar-benar menyesakkan dada. Pasti Salina yang membongkari segalanya. Ah, gadis itu memang sukar mengalah selagi tidak dapat apa yang dihajatinya.
"Saya rasa, lebih baik kita berpisah..." ucap Rifhan.
"Abang minta maaf,"
"Saya dah maafkan cuma saya rasa dikhianati,"
"Rifhan tetap dengan keputusan yang dibuat?" tanya Rahman, inginkan kepastian.
"Ya, saya pasti. Saya yakin dengan keputusan saya,"
"Betul?"
"Ya,"
"Bagaimana dengan hati Rifhan?" Rahman bertanya.
"Dah tawar,"
"Bukankah kita saling menyayangi?"
"Ya, saya sayangkan abang, tapi hanya sebagai sahabat. Tiada cinta. Semuanya hanya satu tarikan," dalih Rifhan.
Rahman memandang wajah sayu Rifhan. Dirinya benar-benar tersepit dengan keadaan. Antara kebahagiaan keluarga atau kebahagiaan dirinya. Rahman tidak mahu syarikat papanya jatuh muflis. Rahman tidak mahu melihat adik-beradiknya hidup di tepi-tepi jalan menagih simpati. Tapi bagaimana dengan perasaan cinta dalam hatinya yang mula berputik untuk gadis di hadapannya ini?
"Baiklah, kalau itu keputusan Rifhan, abang terima. Walau apa pun, abang nak Rifhan tahu, perasaan sayang dalam hati abang untuk Rifhan tetap utuh, tiada gantinya," ujar Rahman.
Rifhan dilanda sebak namun ditahan air matanya dari jatuh berjuraian. Dia tidak boleh kalah pada perasaan lagi. Mungkin sudah ditakdirkan antara mereka tiada jodoh. Mungkin benar kata Salina, dia masih muda. Masih panjang liku-liku dalam hidupnya. Rifhan yakin, suatu hari nanti, cinta sejatinya akan muncul juga.

* * * * *

LOCENG berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Rifhan memasukkan kotak pensil ke dalam beg sekolahnya. Habibah juga turut melakukan perkara yang sama. Selepas ketua tingkatan mengucapkan terima kasih pada Cikgu Salmah, guru Matematik kelas 4 Sains 1 itu, lalu diikuti oleh para pelajar yang lain, mereka mula bergerak keluar dari kelas. Habibah berjalan bergandingan dengan Rifhan menuruni anak tangga Blok B itu. Mereka menuju ke tempat letak motorsikal. Di sana, Anas Zainal sudah menunggu dengan senyuman.
"Maaf ya Han. Hari ni kau terpaksa balik seorang," mohon Habibah.
"Tak apa, saya dah biasa. Anas, bawa motor jangan laju-laju. Awak tu Bie, balik sebelum Maghrib. Nanti mak awak tanya, tak tahu pula saya nak jawab apa," pesan Rifhan.
"Yes madam Rifhan!" ucap mereka berdua serentak.
Rifhan tergelak kecil. Dia hanya menghantar pemergian Habibah dan Anas Zainal dengan pandangan matanya. Bahagianya mereka. Ada sedikit cemburu yang menjalar di hatinya. Tidak apalah, Rifhan sudah cukup gembira melihat Habibah bahagia bersama-sama dengan lelaki yang mencintainya. Langkah kaki diatur menuju ke perhentian bas. Lima minit berjalan, peluh mula merenik di mukanya. Cuaca agak hangat petang itu. Rifhan mengeluarkan sapu tangan dari saku baju kurungnya.
Hatinya diulit debar tiba-tiba. Sapu tangan itulah yang menyebabkan dia berkenalan dengan lelaki yang mencuri hatinya. Segugus nafas berat diluahkan dari dalam dada. Hilang segala debar dalam hatinya. Sudah hampir dua minggu berlalu sejak pertemuan kali terakhir dengan lelaki itu. Sejak itu, langsung tiada khabar dari Rahman. Mungkin dia sudah kembali pada Salina kerana Suraya tidak lagi bising-bising di dalam kelas. Rifhan sentiasa mendoakan kebahagiaan lelaki itu.
Bayu laut bertiup kencang, menerbangkan sapu tangan milik Rifhan. Rifhan segera berlari untuk mengejar sapu tangannya dan langkahnya Terhenti tiba-tiba. Dia merasakan masa seolah-olah turut sama terhenti. Serasa tidak percaya melihat susuk tubuh di hadapannya. Perlahan-lahan lelaki itu mendekati Rifhan dengan sehelai sapu tangan yang digenggam di tangan kanannya.
"Lama tak jumpa. Awak sihat?" tegur Rahman.
Lidah Rifhan kelu. Tubuhnya seakan melayang. Rindu di hati terubat jua. Melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu, membuatkan hati Rifhan lapang-selapangnya. Hilang segala gundah yang menyelubungi hati.
"Hei, sejak bila jadi bisu ni?" tegur Rahman lagi.
"A... a... apa yang awak buat kat sini?" tanya Rifhan, gugup.
"Nak hantar awak baliklah,"
"Hah?"
Rahman menyerahkan sapu tangan itu kepada Rifhan. Tangannya memegang erat tangan Rifhan membuatkan gadis itu diserbu malu.
"Sapu tangan ni amat bermakna. Jangan hilangkannya," ujar Rahman.
"Awak..."
"Saya tak akan lepaskan tangan ini lagi,"
"Tapi..."
"Semuanya dah diuruskan. Awak tak perlu risau. Tanpa pertolongan Salina, syarikat papa saya tetap boleh bangun semula andai kami berusaha. Kami sekeluarga tetap boleh hidup walau tanpa syarikat tersebut tapi saya... Saya tak boleh hidup tanpa awak," jelas Rahman.
Manik-manik jernih mula berjuraian jatuh di pipi Rifhan. Sungguh, dia tidak menyangka hubungan mereka akan menemui pengakhiran yang begini. Rahman melekapkan kepala Rifhan di dadanya. Rifhan terus menangis dan menangis. Antara dua hati, bunga-bunga cinta mula rekah, mewarnai hati Rahman dan Rifhan, dengan haruman yang mempersona!

TAMAT

Read More..
 
Cerpen : Sesejuk dinginnya gerimis pagi

Dia menapak. Melangkah melewati barisan orang ramai yang sedang mengerumuni meja tersebut. Mencari-cari siapakah yang sedang dikelilingi itu. 'Ramai betul. Apa yang berlaku di sini? Ada jualan langsung ke?' Irani terus terhendap-hendap melihat sekumpulan lelaki yang duduk di sepanjang meja tersebut. 'Siapa ni? Artis ke?'

"Sabar ye, semua sila beratur! Diminta bertenang semua!" Satu pengumuman yang tiba-tiba itu hampir meluruhkan jantungnya. 'Kurus semangat..'

"Ira..! Aku dekat sinilah. Kau cari apa lagi?" Shadah tiba-tiba muncul menjinjing beberapa beg kertas yang berisi barang-barang yang telah dibeli.
"Tu. Siapa tu?" Shadah memandang ke arah meja yang dikerumuni tersebut.
"Oh...biasalah..ada sesi autograflah tu. Ramai penyanyi suka buat benda-benda macam tu dekat sini. Emm.." Shadah terus memerhatikan beberapa lelaki itu.
"Penyanyi kumpulan. Entah, tak pernah nampak pun..Naughty bear..oh..orang baru agaknya. Tengoklah tu, nama kumpulan pun macam budak-budak je.." Shadah terus tertawa.
"Ish, kau ni, tak baik gelakkan nama orang."
"Apa pula..bukannya nama diaorang. Nama kumpulan. Siapa punya idealah letak nama macam tu?" Irani hanya memerhatikan dari jauh. 'Naughty Bear?' "Ira, jom makan. Aku dah laparlah."
"Jomlah."

"Kenapa masam je ni?" Pertanyaan Adi memutuskan lamunannya. Haikal menyapu wajahnya yang sedikit berpeluh.
"Tak ada apalah. Aku penat je."
"Penat? Baru kena layan peminat sikit, dah penat? Macam mana ni bai..?"
Ashraf pula mencelah. Haikal hanya tersenyum. Usikan sebegitu memang biasa diterima dari Ashraf. Rakan baiknya sejak sekolah menengah itu memang seorang yang aktif. Tiada apa yang memenatkan baginya. Malah, tidak pernah merungut keletihan atau kepenatan. "Rileklah, Kal. Bukan selalu kita nak buat sesi bertemu peminat macam ni. Tengok aku ni, ha.." Ashraf menunjukkan otot pada lengannya dengan riak wajah yang spontan.
"Sudahlah kau! Tak letihlah kononnya tu. Nanti sampai je dekat studio, terus membongkang. Tak ingat dunia! Tu belum sampai rumah lagi.." Adi pula menyampuk.
"Kau pun sama je..!" Van syarikat berwarna ungu muda itu terus meluncur membelah jalan. Menuju ke Crystal & Pearl, syarikat rakaman yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu. Sebuah syarikat baru yang menaung beberapa penyanyi berkumpulan yang aktif melalui lagu-lagu yang disiarkan di laman blog masing-masing.

Lyana hanya memerhatikan Haikal. Riak wajah lelaki itu telah berubah. Tidak seperti sebelum sesi autograf tadi. Lyana benar-benar ingin bertanya kepadanya. Namun hasrat itu disimpan sahaja mengenangkan keletihan yang jelas terpancar pada wajah teman istimewanya itu.

"Kal, nah.." Lyana menghulurkan sebotol air mineral. Haikal mengukir senyuman yang agak tawar.

Botol air dipelukannya. Tidak diminum setitik pun. Fikirannya menerawang. Memikirkan gadis yang dilihatnya tadi. Seraut wajah yang amat dirinduinya selama ini. Dia masih bingung. Bagaimana gadis itu boleh berada di situ? Dalam pengetahuannya, gadis itu telah mengikut keluarganya berhijrah ke Kanada. Suatu sudut dunia yang melebarkan jarak antara mereka. Jauh memisahkan mereka. Jauh dari cinta yang suci. Yang disemai sejak mereka mula mengenal erti kasih sayang. Antara dua insan dalam pertemuan yang sukar ditafsir akal waras. Bagaimana wajah itu tiba-tiba terlakar semula dihadapan matanya? Sekian lama cinta itu cuba dilupakannya. Dibuang jauh-jauh.
"Haikal, letih ke?" Soal Anne, pengurus kepada kumpulan tersebut. "Biasalah tu. Kenalah berkorban tenaga sikit."
"Yelah, kak Anne."

Haikal terus melayan perasaannya sendiri. Biarpun alasan letih cukup untuk menutup keresahan dihatinya, namun Lyana masih boleh membaca fikiran Haikal. Bukan keletihan yang menjadi masalahnya. Bukan kepenatan yang sedang ditanggungnya. Dua tahun mengenali Haikal, setiap gerak-geri lelaki itu telah dapat dibacanya. Setiap riak yang terpamer bisa ditafsir biarpun payah untuk lelaki itu meluahkannya.

"Lepas ni, kamu dapat cuti dua minggu. Lepas dua minggu nanti, kita ada show. Ingat, rehat betul-betul. Jangan ada yang jatuh sakit pulak. Kak Anne tak nak ada apa-apa yang mengganggu persembahan kamu nanti."
"Baik, kak Anne!" Jawab Adi dan Ashraf serentak.

Helaian demi helaian diselak. Album foto itu terus ditelitinya. Mencari-cari wajah Irani Fatiha. Sekian lama album itu disimpan. Kelihatan kian lusuh. Beberapa foto juga telah pudar dan kabur. Haikal duduk di sebuah kerusi di sudut bilik stor itu. Tiga buah album diambilnya dari dalam kotak. Menyapu debu-debu yang meyeliputi album-album tersebut. Sekali sekala kenangan zaman sekolah terlintas dalam fikirannya. Salmi. Qazem. Zuraida. Suhani. Ying Hua. Lilian. Francis. Badri. Fizri. Amin. Semuanya begitu indah. Indah dalam memori yang sukar dilupakan. 'Di mana agaknya mereka sekarang?' Sekeping foto yang diambil semasa majlis perpisahan direnungnya. Gambar beberapa rakan baiknya terpahat di situ. Namun wajah yang dicari masih gagal ditemui. 'Tak ada langsung ke?' Haikal terus meneliti album yang lain pula. 'Memang tak ada langsung. Emm..' Dia masih tidak percaya. Irani muncul dihadapannya tadi. Secara perlahan-lahan rindu itu mula berputik semula. Satu rasa yang telah lama tidak dirasakannya. Hatinya tiba-tiba ingin benar menemui gadis itu. Menyemai semula benih kasih yang telah layu dan kering.

"Assalamualaikum." Satu ucapan salam dari luar mengejutkannya. Haikal melangkah ke muka pintu. Terpacul Lyana membawa sebuah bakul yang ditutupi dengan kain berwarna putih berbunga biru.
"Waalaikumsalam. Yana. Buat apa di sini?" Lyana melangkah masuk ke dalam bilik stor itu.
"Yana pergi rumah Kal tadi. Mak Kal kata Kal ada dekat sini. Wah..banyaknya barang dalam ni! Semua ni dah tak nak guna ke?" Lyana meletakkan bakul yang dibawanya. Dia terpandang sebuah kotak yang telah terbuka terletak disebelah kerusi. "Kotak apa ni?"
"Album lama. Gambar sekolah dulu."
"Gambar sekolah? Gambar Kal masa sekolah dulu ye?" Haikal hanya mengangguk. Lyana mengambil album-album tersebut dan meneliti foto-foto yang terdapat di dalamnya. "Ini gambar Kal dulu? Comelnya.."

Lama dia melihat-lihat foto tersebut. Sekali sekala Lyana menjeling ke arah Haikal. Redup wajahnya masih kelihatan. Haikal memegang sebuah majalah sekolah ditangannya. Seolah-olah membacanya. Lyana mencari-cari santun yang sesuai untuk mengajukan soalan kepada Haikal.

"Oh ye! Yana ada sesuatu nak bagi pada Haikal." Lyana mengangkat bakul yang dibawanya tadi. "Nah! Bukalah."
"Apa ni?" Haikal meletakkan majalah ditangannya. Mengambil bakul tersebut. Dan membukanya. Dua ekor arnab putih dan hitam terdapat didalamnya.
"Arnab ni untuk Kal."
"Untuk Kal? Untuk apa? Mana Yana dapat ni?"
"Kawan ayah Yana buka pusat penjagaan haiwan. Yana nak beli arnab-arnab ni, tapi dia hadiahkan je. Free.."
"Tapi kenapa nak bagi pada Kal? Kan Yana suka arnab ni."
"Actually, Yana beli untuk Kal. Yana memang nak hadiahkan pada Kal."
"Hadiah? Birthday Kal dah lepas. Hadiah ni untuk apa?"
"Group kita dah berjaya. Ini semua hasil kerja keras kita semua. So, Yana nak hadiahkan sesuatu pada Kal."
"Itu jasa kita semua. Kenapa Kal saja yang dapat hadiah? Yang lain?"
"Yana dah bagi hadiah. Yana belanja diaorang makan besar tadi. Kal tak nak ikut. Yana tak tahu macam mana nak raikan dengan Kal. Ini saja cara yang Yana ada."
"Tak payahlah susah-susah bagi hadiah macam ni. Kal tak kisah pun. Yana pun terlibat juga dalam group ni. Yana banyak berjasa. Kami semua tak tahu macam mana nak balas jasa Yana."
"Yana suka dengan kumpulan ni. Ada semangat setiakawan. Kumpulan ni banyak mengajar Yana bagaimana menghargai sesebuah hubungan. Lagipun, Yana ikhlas membantu. Yana berharap sangat Kal dan yang lain akan terus stay dalam group ni. Jangan berpecah." Cermat Lyana menuturkan kata-kata. Masih mencari-cari cara untuk merungkai keresahan dihati Haikal.

"Emm, Kal. Boleh Yana tanya satu soalan?"
"Boleh. Nak tanya apa?"
"Kal nampak muram. Ada masalah ke?"
"Masalah? Tak adalah. Kenapa Yana fikir macam tu?"
"Yana tengok Kal nampak sedih je. Kalau Kal ada masalah, Yana boleh tolong."
"Tak adalah. Kal tak ada apa-apa masalah. Cuma akhir-akhir ni, letih sikit. Yelah, banyak show kena pergi. Masa cuti kena buat kerja juga. Rehat pun tak banyak."

Alasan itu masih digunakannya. Haikal tahu, Lyana cuba mengasaknya untuk berterus terang. Lyana bukanlah seperti gadis lain. Dia kagum dengan semangat gadis itu yang sanggup mengeluarkan wang simpanannya sendiri bagi membiayai bayaran rakaman lagu mereka. Tanpa Lyana, Naughty Bear mungkin hanya sekadar sebuah nama. Lyana juga seorang yang bijak menilai hati seseorang. Agakan gadis itu tepat sekali kerana dia memang sedang bingung memikirkan keraguan yang tiba-tiba menghantuinya.

"Betul ke ni? Yana tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Kal. Tapi kalau Kal ada apa-apa masalah, beritahulah. Yana ni bukan orang lain kan?"
"Yelah."
"Kalau Yana tak boleh tolong pun, sekurang-kurangnya beban tu dah ringan sikit kalau Kal luahkan pada seseorang. Jangan simpan masalah berat terlalu lama."

Kata-kata Lyana menambahkan kerunsingan dihatinya. Haikal serba salah. Kasih Lyana padanya tidak pernah putus. Gadis itu banyak merawat luka yang dialami bertahun lamanya akibat pemergian insan kesayangannya. Cinta yang baru berputik dalam dua tahun itu bagai sebuah taman indah yang sentiasa terbuka untuknya. Bagaikan taman yang pernah dihuninya bersama Irani Fatiha. Taman yang kini hanya tinggal semak-samun dan lalang yang terbiar tidak terurus.

"Nah. Simpan arnab ni! Ini tanda sayang Yana pada Kal."

Soalan masih tinggal soalan. Jawapan masih tidak diperolehinya. Haikal enggan meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Namun cintanya pada lelaki itu terus kukuh dan utuh dihatinya. Cinta yang bisa menggetarkan jiwanya. Melunturkan biasan keresahan yang terkadang dirasainya.

*************************************

Irani duduk mendepani Irma. Café yang biasanya sunyi sepi itu dipenuhi golongan remaja yang duduk melepak di situ.
"Kenapa ramai sangat orang hari ni? Selalu tu, dua meja pun belum tentu ada orang."
"Kak Ira tak tahu? Ada persembahan malam ni. Band underground datang buat show. Tengok, pentas pun dah siap." Irma bersuara. Adik perempuannya itu begitu teruja kerana dapat menyaksikan persembahan kumpulan kegemarannya.
"Ada show? Café kecil ni? Ada ke artis nak datang menyanyi di sini?"
"Adalah. Best..!" 'Emm, patutlah Ima ajak aku datang ke sini..'

Sebentar kemudian, tepukan yang gemuruh menggemakan setiap sudut café tersebut. Sekumpulan penyanyi remaja melangkah naik ke atas pentas.
"Dipersilakan..Naughty Bear!" Muzik dimulakan. Sebuah lagu rancak dinyanyikan.
"Wah..handsomenya vokalis dia.."
Penyanyi bercermin mata hitam itu terus memetik guitar dan menyanyi dengan penuh penghayatan.
"Tengok tu kak Ira. Wah.."

Ashraf menyanyi dengan penuh perasaan. Suaranya memang lunak dan boleh mencapai nada yang sangat tinggi. Lyana dan Adi dibelakangnya bermain guitar kedua dan bass. Manakala Haikal pula dibelakang sekali bertindak sebagai pemain dram. Lagu pertama berakhir.

"Ya..!!"
Mereka menerima tepukan gemuruh dari semua hadirin yang berada di dalam café.
"Terima kasih kerana sudi hadir ke sini hari ni. Kami amat menghargai sokongan anda semua. Tanpa anda semua, siapalah kami.." Sekali lagi tepukan bergema.
"Baiklah. Sekarang, terimalah lagu kami yang seterusnya.." Lagu kedua disampaikan.
"Kak Ira, Ima nak ambil autograf. Kak Ira tunggu di sini ye!"
"Eh.." Pantas Irma berlari duduk di meja yang lain. Lebih dekat dengan pentas persembahan.

Haikal asyik dengan persembahannya. Tanpa memandang peminat yang hadir. Selesai menyampaikan lagu yang ketiga, mereka berehat untuk seketika.
"Chap, aku keluar ambil angin sekejap." Ashraf mengangguk. Lyana hanya mengekori langkahnya dengan anak mata.

Haikal keluar ke hadapan pintu masuk café tersebut. Beberapa orang peminat mereka tiba-tiba berkumpul disekelilingnya. Meminta untuk bergambar. Autograf. Seketika kemudian, Haikal berjalan jauh sedikit dari café tersebut. Pandangannya tiba-tiba tertumpu pada seorang gadis yang berdiri tidak jauh dari situ. 'Irani?' Dia berjalan. Menuju ke arah gadis itu. Irani terkejut memandang Haikal apabila dia menoleh ke belakang.

"Ira.." Suara Haikal agak perlahan.
"Haikal?"
"Irani? Irani Fatiha..?"
"Ye, saya. Ira. Irani Fatiha."
"Saya ingat Ira..Ira kan dah ke Kanada?"
"Emm..Ira.." Satu panggilan memutuskan perbualan mereka.
"Kal, cepatlah. Dah nak start!"
"Ye, ye.." Haikal memandang Irani. Wajah itu tidak pernah berubah. Haikal mengambil kertas di dalam koceknya dan menulis sesuatu.
"Ini nombor saya. Jangan lupa contact."
Haikal berjalan perlahan dari situ. Melangkah masuk semula ke dalam café. Pandangan matanya tidak lekang dari kelibat Irani. Gadis itu masih terpegun. Tidak pernah disangkanya akan menemui Haikal di situ.

Tumpuannya tiada langsung terhadap persembahan mereka selepas itu. Haikal masih teringatkan Irani yang ditemuinya sebentar tadi. Fikirannya menerawang memikirkan gadis itu. Bilauan perasaannya kian memuncak. Dia mesti mencari kepastian. Satu jawapan yang lebih tepat. Agar kelirunya berakhir.

~Maaf..~

Mesej ringkas itu ditelah adalah Irani. Haikal cepat-cepat menghubunginya. Namun tiada sebarang jawapan. Irani hanya membisu.

~Ira?~

Juraian air jernih meniti dipipinya. Irani memejamkan mata serapatnya. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan persoalan-persoalan yang mungkin perlu dijawabnya.

~Irani Fatiha..~

Mesej kedua dari Haikal diterimanya. Irani masih membisu.

~Maafkn ira, haikal.ira prgi x bgtau.ira mnta maaf..~
~Knp,ira?~
~ira x boleh bgtau dsini.boleh kta jmpa?~

*************************************

Pertemuan itu bagaikan memaksa Irani untuk keluar dari persoalan yang ditinggalkan ke atas Haikal. Seraut wajah Haikal di tenungnya. Pasti. Itulah insan itu. Insan yang sekian lama memenuhi ruang hatinya. Dia kaget tiba-tiba. Janggal menguasai perasaannya. Haikal hanya memandang ke dalam kawasan belukar dihadapannya. Fikirannya jauh menerawang. Hatinya pilu. Tujuh tahun dirasakan begitu lama. Pemergian Irani benar-benar melukakannya.

"Maaf.."
Hanya itu yang mampu diluahkannya. Irani memandang wajah redup Haikal. Lelaki itu memaku pandangannya. Bagaikan enggan memandang wajah Irani.
"Ira.." Haikal duduk diatas tunggul kayu di tepinya.
"Apa dia, Ira?" Haikal bersuara. "Dah tak sudi nak bercakap dengan Haikal?" Haikal memandang gadis itu. Redup matanya menampakkan garis-garis sepi yang ditanggungnya selama ini.
"Ira..Ira tak tahu macam mana nak terangkan." Kelu lidahnya untuk meluahkan yang terbuku dihati.
"Ira terpaksa. Maafkan Ira."
"Maaf? Berapa kali Ira nak minta maaf? Cukuplah dengan lafaz yang pertama tu. Sekarang beritahu Haikal, apa yang memaksa Ira untuk tinggalkan Malaysia? Sampai terlalu jauh untuk Haikal cari Ira. Haikal ada buat salah dengan Ira?"
"Bukan, bukan sebab salah Haikal. Haikal tak pernah salah dengan Ira. Ira cuma.."
"Susah sangatkah nak luahkan? Dengan Haikal pun nak berahsia?" 'Bukan. Ira..'
"Ira ada sebab Ira sendiri.." 'Kenapa susah sangat aku nak terangkan?'

Haikal masih menanti. Hati yang bagaikan telah pasrah itu kini menunggu tanpa debaran. Biarpun cinta itu masih kekal dalam hatinya. Biarpun cinta itu telah menghidupkan nalurinya semula. Kebisuan Irani memutuskan keinginannya untuk terus mempersoal. Soalan yang sekian lama tersimpan.

"Sebab apa, Ira?" Haikal masih menantikan jawapan.

Irani menarik nafas panjang. 'Aku mesti kuat. Haikal mesti tahu! Aku tak boleh sembunyikan hal ni lagi. Tak boleh!'
"Ira pergi sebab..Ira sakit."
"Sakit? Sakit apa?" Berkerut kening Haikal mendengarkan kenyataan dari Irani.

Irani diam seketika.

"Jangan terus membisu, Ira. Cakap. Ira sakit apa?" Soal Haikal lagi penuh mengharap.
"Kanser tulang." Haikal terkedu. Tidak terkeluar kata-kata dari bibirnya. "Dua tahun. Dua tahun sebelum Ira kenal Haikal, Ira dah tau pasal sakit ni. Mulanya, Ira fikir, mungkin biasa saja. Lepas kita kenal, kanser tu dah mula merebak. Ibu suruh Ira ikut Pak Long ke UK untuk terima rawatan. Tapi Ira tolak. Lama-kelamaan, keadaan Ira makin teruk. Doktor pun nasihatkan supaya Ira terima rawatan."

Irani menahan sebak. Air jernih kian menakung dikelopak matanya.

"Kebetulan, ayah kena transfer ke Kanada. Ayah cari tempat rawatan penyakit ni di sana. Lepas tu, family Ira terus berpindah ke sana."
Air mata tidak tertahan lagi. Irani terus melepaskan tangisan yang setia ditahan.
"Pada hari kita janji nak jumpa tu, Ira pengsan. Dan, malam tu, Ira berlepas ke sana. Ira ada tuliskan nota untuk Haikal. Tapi tak sempat tulis sampai habis..Maafkan, Ira, Haikal. Ira pergi tak bagitahu. Ira terpaksa.." Haikal terus memeluk Irani. Seeratnya. "Haikal.."
"Tak. Ira tak salah. Ira tak bersalah.." Terasa tubuh Haikal menggigil. Irani memejamkan matanya. "Syukurlah, Ira selamat." Pelukan dilepaskan.
"Kenapa Ira tak pernah bagitahu pada Haikal? Kenapa nak sembunyikannya? Ira patut ceritakan segala-galanya. Haikal bukan orang lain. Kan kita dah janji.." 'Janji?'

Irani menjauh sedikit daripada Haikal. Langkahnya terundur ke belakang. 'Janji?' Hatinya tidak keruan. 'Apa patut aku buat?' Irani memalingkan pandangannya. 'Ya ALLAH, berilah aku kekuatan..'

"Kenapa, Ira?"
"Maaf.."
"Maaf? Ira tak bersalah. Untuk apa minta maaf?"

Irani mengangkat tangan kirinya. Menghulurkan ke arah Haikal. Haikal masih bingung. Keliru.

"Maaf.." Hanya itu ungkapan yang mampu diucapkannya.
Melihatkan cincin yang tersarung dijari manis Irani, Haikal mula mengerti. 'Kau bukan milikku lagi.'

*************************************

"Maaf." Haikal mengukir senyuman. Masih terngiang-ngiang ungkapan itu ditelinganya.
"Siapa dia?"
"Anak kawan ayah. Dia banyak menolong Ira sekeluarga masa di sana. Ayah nak balas budinya. Sebab tu, Ira ditunangkan dengan dia."
"Sejak bila?"
"Dah tiga tahun." Haikal mengangguk.
"Ira setuju?" Irani memandang Haikal. Sambil mengangguk perlahan.
"Baguslah kalau Ira yang setuju. Semoga bahagia." Irani hanya mampu melihatnya dari belakang. Haikal melangkah longlai. Menuju ke keretanya.

Bintang di langit bagaikan enggan menampakkan sinarnya. Haikal terus memandang ke muka langit. Hatinya rawan. Segumpal awan hitam menutupi beberapa bahagian langit. Terasa angin malam menyentuh mukanya. Sesejuk dinginnya gerimis pagi. Haikal melepaskan keluhan. Bibirnya terus mengukir senyuman. 'Semuanya dah tertulis.' Bisik hati kecilnya. Beberapa buah majalah sekolah diletakkan di atas meja tulisnya. Haikal bersandar dikerusi. Merenung skrin komputer dihadapannya. Cursor digerakkan. Ke kiri. Dan ke kanan. Ke mana rindu itu telah menghilang? Mengapa hatinya telah kosong? Kosong tanpa kasih..Dan sayang..Bertahun dia menyimpan rindu itu. Adakah hanya sesaat sahaja telah cukup untuk melenyapkannya? Terus dari hatinya? Segenap perasaannya?

"Haikal.." Haikal menoleh. Ibunya berdiri di sisi katil.
"Mak." Haikal bangun. Duduk disebelah ibunya. Merebahkan kepala di riba wanita itu.
"Kenapa ni? Dari siang tadi, mak tengok asyik termenung saja. Ada masalahkah?" Haikal hanya tersenyum. "Kenapa senyum?"
"Dah lama tak tidur di riba mak. Rindu pulak.."
"Add-ada saja."
"Mak.." Haikal membetulkan kedudukannya. Selesakan kepalanya. Ibunya mengusap wajah Haikal. "Mak pernah rasa cinta pertama?"
"Apa? Cinta pertama?" Ibunya mengerutkan kening.
"Ya. Cinta yang susah nak lupa. Cinta yang boleh menggetarkan seluruh jiwa. Cinta yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Cinta yang hanya wujud dengan penyatuan dua hati walaupun baru pertama kali bertemu. Cinta yang hanya boleh dirasa oleh sesetengah orang saja.." Hajah Rokiah tersenyum. "Kenapa senyum?" Soal Haikal meniru mimik muka ibunya sebentar tadi.
"Kenapa? Anak mak ni dah jatuh cinta?"

'Ya. Tapi bukan hari ini, mak. Dah lama. Dah lebih sepuluh tahun. Terlalu lama cinta itu menjadi cinta pertama.'

"Siapa gadis tu? Cantik?"
"Apalah mak ni. Tanya soalan tu pulak."
"Bertuah sesiapa yang dapat Haikal."
"Kenapa?"
"Arwah ayah Haikal dulu. Macam Haikal. Saling tak tumpah." Haikal mendengar penuh minat. "Itulah cinta pertama mak. Insan yang telah memberi segala-galanya kepada mak."
"Apa perasaan kita bila kehilangan cinta pertama? Sejauh mana kesakitan tu?"
"Kesakitan itu, adakalanya bagaikan telah membunuh seluruh perasaan kita. Jiwa kita bagaikan telah mati. Kosong. Senyum pun macam terpaksa. Pahitnya terpaksa kita telan." Hajah Rokiah memandang wajah Haikal. "Kenapa ni? Haikal.."
"Tak adalah."
"Walaupun mak terpaksa telan semua tu, mak bersyukur sangat, mak masih ada Haikal. Dan Aliya. Kamu berdua saja yang dapat mengubat luka dalam hati mak. Semangat mak ada pada kamu berdua. Itulah yang menguatkan mak. Untuk terus tabah."

'Aku? Dan Liya? Bagaimana pula dengan aku? Siapa pula yang menjadi semangatku? Kekuatanku?' Cinta pertama itu telah pergi. Bukan hari ini. Tujuh tahun. Tujuh tahun lamanya. Cinta pertamanya telah lenyap. Yang tinggal hanyalah kenangan. Sebuah taman yang terbiar tak bertamu.

*************************************

Irani duduk di tebing sungai itu. Arus deras yang mengalir mengalunkan suara alam. Irani menyelak helaian demi helaian majalah sekolah ditangannya. Wajah Haikal di satu sudut majalah tersebut menarik pandangannya. Terus ditenungnya.

"Apa?"

Haikal berlari. Irani mengejarnya dari belakang. Rambutnya lembap dibasahi renyai hujan. Beg galasnya dibetulkan. Irani terus berlari. Membuntuti Haikal yang jauh sedikit ke hadapan.

"Apa ni..? Tak adillah macam ni..Mana boleh..Haikal..!" Haikal terus berlari sambil memeluk beg sekolahnya. Pakaiannya telah kuyup. "Haikal..Bagilah balik..!"

Langkahnya terhenti tatkala Irani berhenti mengejarnya. Muncung Irani memanjang.

"Laa..merajuk.." Irani duduk dibangku perhentian bas berdekatan. Sambil meletakkan beg galasnya disisi. "Janganlah merajuk, tuan puteri.." Haikal mendekatinya. Duduk di sebelah Irani. Irani terus memandang ke arah lain. Enggan memandang wajah Haikal.
"Alaa..sikit pun nak merajuk..Nah.." Haikal menghulurkan kotak hadiah yang diambilnya dari tangan Irani tadi.
"Merajuk lagi ke..?" Usikan Haikal melembutkan hatinya. Irani mengambil kotak tersebut. Senyuman terukir diwajahnya. Irani menjeling ke arah Haikal.
"Marah lagi..?" Irani menggeleng. Sambil menundukkan wajahnya. Kotak hadiah itu dipeluknya. Erat. Haikal bersandar. Puas hatinya dapat mengusik Irani.
"Jangan bagitau sesiapa di sekolah tau. Ira nak bagi hadiah ni pada dia."
"Yalah..Haikal ni siapalah kan. Tak dapat hadiah, kena marah pulak. Dapat jelingan tajam pulak tu. Aduh..Sedihnya nasib diri ini.."
"Jangan cakap macam tu. Birthday Haikal nanti, Ira bagi. Ye?"
"Secret admire..Dia tak sedar ke yang Ira ni dah suka sangat kat dia? Kalau Haikal, dah lama Haikal tinggal. Tak appreciate langsung!"
"Bukanlah..Ira tak nak dia tahu. Kalau tak, bukan secret admire namanya.."
"Yelah tu..Entah-entah dah ada awek."

'Biarlah dia nak ada awek, bukannya aku nak jadi awek dia pun! Aku admire kan dia saja. Takkan tu pun tak boleh.'

"Kenapa? Haikal cemburu?"
"Mana ada. Jangan nak mengarutlah." Haikal bangun. Melangkah meninggalkan Irani. Irani menurutinya. Hujan yang renyai kian menyejat.
"Habis tu? Kenapa marah sangat Ira bagi hadiah kat Iqbal?" Haikal hanya berdiam. Terus berjalan dengan selamba.
"Sebab, kalau Iqbal dah ada awek, siapa yang nakkan Ira yang pendek ni..!" Haikal terus berlari sejurus menarik sedikit rambut Irani yang bertocang.
"Haikal..!"

"Kak Ira..Duduk kat sini rupanya." Menungannya terhenti. Irma duduk disebelahnya. "Dah lama kak Ira buat kerja ni?" Irani mengerutkan dahi. "Duduk termenung kat tepi sungai ni.."
"Oh.."
"Mak panggil."
"Ha?"
"Mak panggil. Abang Aidil nak datang rumah malam ni. Mak suruh kak Ira balik, masak." Irani menarik nafas. "Kak Ira rindukan abang Aidil ye..?"
"Ish!..."
"Ha..! Betullah tu.." 'Ke situ pulak.'

******************************************

"Wah..cantiknya, kak Ira.." Hiasan di sanggul dikemas rapi. Penutup kepala diletakkan. Irani anggun dengan busana pengantin berwarna putih. Hari ini bakal mengubah seluruh hidupnya. Irani memandang wajahnya di cermin. Serasa baru semalam dia mengenali Aidil. Insan mulia yang telah banyak membantu dia dan keluarganya. Majlis nikah telah berlalu selama seminggu. Dan hari ini adalah hari persandingannya bersama Aidil. Sukar untuk dia menggambarkan hati dan perasaannya yang bercampur baur. Ikatan telah terjalin. Namun jiwanya kekal bebas. Ingin terbang kepada insan lain. Insan yang amat dirinduinya selama ini. Biarpun dirinya telah bergelar isteri, dia masih mengharapkan cinta itu. Mungkinkah akan bertaut semula? Irani kian tenggelam dalam angannya. Mimpi yang tak pasti.

"Jom." Lamunannya terhenti. Irma tersenyum ke arahnya. "Jom, kak Ira. Tetamu dah lama tunggu. Kak Ira kena naik pelamin." Irani hanya mengikut. Dia diapit Irma dan Shadah.
"Macam tak percaya saja. Kau dah kahwin, Ira." Bisik Shadah ketelinganya. Irani hanya tersenyum tawar.

Acara menepung tawar pun bermula. Seorang demi seorang tetamu yang hadir bersalaman dengan pengantin. Tanda restu di atas kebahagiaan mempelai. Irani tunduk. Selepas beberapa lama, pengantin di bawa ke meja santapan. Para tetamu juga sibuk menjamu selera. Sambil memerhatikan pasangan raja sehari itu.
"Makan, sayang." Bisik Aidil ketelinganya. Irani terpempan. Dia memandang Aidil. Lalu mengangguk perlahan. Aidil menyuapkan makanan kepada Irani. Gadis itu kekok. Kekok dengan layanan mesra suaminya.
"Okey, para tetamu, saya minta perhatian sekejap. Okey, hari ni kita ada persembahan khas. Special lah kata orang putih. Erm..persembahan ni ditujukan kepada raja dan ratu sehari kita yang sedang bersantap di sana." Suara Azman, adik kepada Aidil, bergema melalui pembesar suara. "Okey, dipersilakan..kumpulan Naughty Bear..!"
Irani terkedu. 'Naughty Bear?' Seraya dia bangun. Aidil yang leka menyuap makanan agak terkejut.
"Kenapa, Ira?" Soal Aidil. Irani diam. Sambil memerhatikan Haikal yang sedang bermain drum di belakang sekali. Terasa kabur pandangan matanya. "Ira.." Irani memandang Aidil. Matanya berkaca. Dia duduk semula. Aidil yang masih terpinga-pinga turut duduk. Dia memerhatikan isterinya itu. Ada garis duka yang terlukis di wajahnya. Hendak disoal, namun dia mematikan niatnya melihatkan Irani yang kekal membisu.

"Amin.."
Irani mencuba. Dengan sedaya upaya membuang Haikal dari hatinya. 'Cinta itu dah hilang. Aku mesti buang sisa-sisanya. Aku tak boleh simpan lagi!' Perasaan itu meruntun jiwanya. Bagai menghiris hati. 'Bukan satu. Tapi dua. Hati Aidil. Hati Haikal..'
"Sayang.." Aidil menutup pintu. Keletihan melayan tetamu masih terasa. Irani menanggalkan kain telekungnya. Dia melemparkan senyuman ke arah Aidil. Aidil duduk dikerusi di sisi katil. "Letih?"
"Tak sangat. Ira kan duduk dalam bilik pengantin ni saja." Irani melangkah ke meja solek. Direnung wajahnya sendiri. Terasa ada secalit dosa. Yang masih kekal di situ. Kelopak matanya sedikit berair.
"Abang..Abang dah tahu pasal Haikal." Irani menoleh. Memandang Aidil. Degupan jantungnya kian pantas. "Ini.." Aidil menghulurkan sebuah hadiah. "..Haikal suruh abang bagi pada Ira." Irani mengambil hadiah tersebut. Dan membukanya.

Selamat Pengantin Baru kepada
Aidil Izwan dan Irani Fatiha.
Semoga kekal ke akhir hayat.

Sebuah buku bertajuk 'Membina Rumahtangga Bahagia' dikeluarkan dari pembalutnya. Sepucuk surat diselitkan di dalam buku tersebut. Irani membacanya. Tubuhnya menggigil.

Ira,
Bersama buku ini, Haikal sampaikan doa setulus hati Haikal. Haikal mendoakan Ira dan Aidil akan bahagia. Biarlah cerita kita tamat di sini sahaja. Haikal menerimanya dengan hati yang terbuka. Haikal redha. Cerita kita dah lama berlalu, Ira. Dah tamat sejak tujuh tahun yang lalu. Sejak Ira pergi jauh. Jauh dari sisi Haikal. ALLAH dah tentukan jodoh kita, Ira. Sedalam mana pun kita mencintai seseorang, kita takkan mungkin bersama dengannya. Andai takdir menghalang, kita hanya mampu menerima. Dengan hati yang pasrah.

Azman dah ceritakan segala-galanya pada Haikal. Aidil lebih lama menyimpan perasaannya pada Ira. Sebelum kita kenal, Aidil terlebih dahulu menyerahkan hatinya pada Ira. Aidil lelaki yang baik. Janganlah kerana kenangan kita, kasih sayang insan ini dipersiakan. Bukanlah dalam masa yang singkat kita dapat membuang segala-galanya. Tapi, inilah permulaan yang baru buat Ira, Aidil, Haikal dan semua. Layarilah bahtera ini dengan tenang dan harmoni. Semoga berbahagia.

Tulus dan Ikhlas dari,
Zarif Haikal.

Air mata terus jatuh. Jatuh berjujuran bagai melepaskan segala duka. Irani terduduk.
"Sayang.." Irani terus memeluk tubuh Aidil. Kehangatan dakapan Aidil menenangkan tubuhnya yang dingin. Dingin kerana memori yang lapuk disimpan. Kehangatan itu bagai membuang satu-persatu cebisan ingatan terhadap kasihnya yang telah lama berlalu.
"Maafkan Ira..Maafkan Ira.."

*************************************

Sidang media telah berakhir. Ashraf bersandar. Kepenatan.
"Tak sangka. Dah ada reporter nak temuramah kita. Aku ingatkan, band underground macam kita ni, tak ada orang nak ambil peduli." Adi bersuara.
"Ha'ah. Ramai pulak tu yang datang. Tak menang tangan nak melayan." Ashraf meneguk air mineral yang diberi oleh Lyana. "Sampaikan kak Anne kena ketuk meja nak tenangkan diorang tu semua. Agresif betul diorang tanya soalan." Lyana tergelak kecil.
"Itu ertinya, kita semakin dikenali ramai. Kalau tak, takkan kita dijemput ke sesi-sesi yang macam ni." Lyana pula bersuara. Sambil matanya menjeling ke arah Haikal. Haikal tersenyum. Wajah Lyana ditenungnya. Gadis ini terlalu setia. Setia kepadanya yang masih menyimpan perasaan terhadap insan yang lain. Dia semakin kagum terhadap Lyana. Gadis yang cekal. Cekal melayan kerenahnya yang kadang kala menyakitkan hati.

"Yana tak kisah, Kal. Biarlah Yana sukakan Kal. Yana tak kisah andai Kal menjadi milik orang lain suatu hari nanti. Biarlah perasaan ini hilang dengan sendirinya di kemudian hari. Tapi, andai insan itu tidak di sisi Kal, izinkan Yana berada di sisi Kal. Ye."

'Kau terlalu naïf, Yana.' Haikal mula menyedari. Biarpun Irani pergi darinya, cinta itu masih sukar untuk diberikan kepada Lyana. Entah mengapa perasaan itu hanyalah sebagai seorang kawan dan sahabat. Tidak wujud langsung perasaan cinta itu terhadap Lyana.
"Ha..lagi satu, ada reporter yang tanya, kenapa nama group kita ni Naughty Bear? Aku pun dah lama tertanya-tanya pasal ni." Adi memandang ke arah Haikal. "Kenapa, Kal?" Semua mata memandang ke arahnya. "Tadi kau kata, biarlah menjadi rahsia. Apa yang rahsianya?"
Haikal hanya mengukir sebuah senyuman.

"Nantilah. Suatu hari nanti aku cerita. Buat masa ni, biarlah menjadi rahsia dahulu."
"Alaa...." Adi mencebik. Ashraf menjeling ke arah Haikal. Seakan mengerti. 'Ya..Biarlah ianya terus menjadi rahsia. Rahsia Haikal, Irani dan Iqbal.'

Read More..
 
Cerpen : Cinta yang pasti

Kerja??alamak ni yg aku lemah ni sesangat ni.mak ni pun satu.Tak bg chance langsung r.Baru sebulan balik program latihan

khidmat negara dah nak kerja lak.
"Dah.tak payah nak wat muncung itik tu.Bukan tambah cantik pun"mak terus g dapur tinggal aku sorang2 kat ruang tamu.

"Camne kerja kat sini?ok tak?"tanya hafiz.
"Boleh lar.so far so good"aku jawab selamber je.dah nak dekat 2 bulan aku jadi kerani kat tempat ni.nak kate seronok pun xde

r gak.tapi disebabkan kakak aku dah beria-ria sangat aku kerja kat sini.aku ikut kan je r.at least aku dapat gak

pengalaman.cewah!
Eh ko nak ikut ke x petang ni?alah ni yang aku bosan ni.mulalah tu nak wat muka seposen die.Dah bape ari hafiz ajak aku g

beli barang rumah die sebab mak die nak datang umah bujang die tp aku x bagi jawapan lagi.
"tu lar ko.elok2 dok umah mak ko sibuk nak nak sewa rumah sendiri.Berdikari konon."aku sebenarnye malas nak kluar r.yang aku

tau balik kerja mandi,makan,tengok tv pastu tidur.
"ala.boleh r anne.ko bukan xtau aku mane suke g shopping sorang-sorang.boring lagipun kalau ko ikut same kite leh

borak2.makan2,jalan2 dulu pastu.."bersemangat tol hafiz ni kalau bercerita.saje nak
ambik ati aku r tu.
"Dah.dah.jangan na merepek. nanti aku g r tp k tau kan limit aku"saje aku nak duga si hafiz ni.
Ntah r nape.aku baru je kenal ngan hafiz ni tapi aku sebenarnya selesa ngan die.saje je wat garang2
depan die.tapi die ni penyabar tau.aku suke.
"aku tau,ko xle nak balik lewat2"hafiz tau sangat peraturan cik ANNE NORSHAZIRA ni.xle balik lewat.
tapi aku respect kat die walaupun dok dtengah kota raya macam ni tapi die pandai meletakkan
dirinye.
"jom r.time rehat dah nak habis ni.kang x pasal2 kene sembur ngan cik naga kat atas tu"aku
terus bangun.tak banyak aku makan hari ni walhal lauk pauk restoran Selera Timur ni banyak sediakan
favourite aku.Hafiz pun bangun menyaingi langkah aku ke pejabat di tingkat 7 bangunan Menara Sentosa yang setinggi 10

tingkat.

"Kite nak g beli barang kat mane ni?"aku memulakan perbualan sebaik saje aku memasuki perut
kereta Myvi milik Hafiz.
"kite g Giant je lar k"hafiz memandang aku sekilas sebelum meneruskan lg pemanduannye.Sepanjang jalan kami hanya berdiam diri

melayan lagu kenangan terindah-Samsons.Nasib baik aku dah call mak
sebelum balik td supaya mak x risau.
Lebih kurang 3 jan aku menemani hafiz membeli barang makanan rumahnye yang sudah kehabisan
stok,yang paling banyak d beli adalah stok makanan segera.confem malas masak..
Sepanjang jalan banyak yg kitorang bualkan,sebelum balik hafiz ajak aku makan kat KFC.
Saemntara hafiz mgambil pesanan.aku duduk dmeja yang agak tersorok sikit.saje nak privacy...

"Ai.sorang je ke?"aku terus menoleh.macam pernah nampak tp aku tol xingat.aku hanya membalas
senyumannye saje.sape ni ek?
"saya amirul.hari tu kite ade terserempak kat lif Menara Sentosa"die memperkenalkan dirinya bile
tengok aku macam x ingat die.(memang tak ingat pun).Oh ye..aku baru teringat insiden yang memalukan tu.
mane tak nye,alu terpakse bersesak-sesak dlm lif higga aku terpaksa bsandar pada tubuh sasa
lelaki itu.malu aku bile ingatkan kitorang terlalu rapat hingga desahan nafas die aku rasakan begitu hampir.muka aku terus

merah tapi aku senyum gak kat die.Die sudah duduk dsebelah aku sambil tersenyum.Slamber nye lelaki ni,aku xpelawa pun.Hafiz

ni g mane,nape lambat.desis hati aku.
"saya Anne"aku membalas huluran tangannye sebagai tanda perkenalan.
"Ehem.."Hafiz sudah berdiri didepan aku dan amirul.lain macam saje mukanye.
"Hafiz.ni Amirul dan Amirul,ni Hafiz,rakan sepejabat Anne."mereka bersalaman seketika.
"Saya ganggu ke?"cepat saje amirul bangun dan mengundurkan diri.Hafiz masih memandang aku.aku hanya diam membisu.

Hari ni aku bosan sangat.biasa nya Hafiz sentiasa ada untuk menghiburkan hari aku.Pagi-pagi lagi aku sudah menelefon hafiz

menanyakan keadaannye.dengar suara lemah sangat dan kadang-kadang die batuk kecil.mungkin demam nye blum kebah.
Balik kerja aku terus ke rumah sewa hafiz.mase aku sampai die nga tidur kat sofa rumahnya.nampak lemah sangat.kesian aku

tengok.aku keluar semula dan membiarkan die rehat tapi aku baru nak melangkah..
"Anne.hafiz sayang sangat kat anne.jangan tinggalkan hafiz,anne.."teresak-esak suara nya dpendengaran ku.
aku terdiam disitu,aku xmenyangka apa yang baru aku dengar.mimpikah aku?aku terus keluar.aku terus memandu pulang.macam-macam

yang aku fikir.aik..sape lak yang call malam-malam ni.
"hello"
"hello Anne.Amirul ni"amirul?mane lak die ni dapat no aku.
"Amirul dapat mane nombor sy?"
"adelah,saya mintak dengan kawan-kawan anne.anne marah ke?pelan saje suara nye.aku diam seketika.
Hampir pukul 1 baru aku tidur itupun setelah aku cakap aku mengantuk,tapi aku gembire dapat call dari die walaupun aku

xmenjangkakannya.serba sedikit aku sudah mengetahui tentang die dan keluarganya.Rupanya
die seorang yang pandai berjenaka dan romantik.hehe..

"Anne,saya nak jumpa awak time lunch nanti boleh x?sayu saje suara hafiz.inilah kali pertama die tegur aku selepas die sihat

dari demamnye tempohari.aku pun xtau nak cakap ape dengan die selepas ape yang aku dengar tempohari dirumahnya.akhirnya aku

bersetuju untuk berjumpa die direstoran kesukaan ku.
Sekali lagi aku terserempak dengan amirul didalam lif.mungkin die juga mahu keluar makan tengahari.dia berdiri disebelah

ku.kami saling berbalas senyum.
"nak makan same leh x?"die masih merenung ku.merah muka aku apabila direnung begitu.bergetar hebat hati aku apabila

bertentangan mata dengan die.
"maaf,saya ah janji dengan kawan"aku merenung die lagi.Indahnya...sungguh indah ciptaan-Mu ini Tuhan.
matanya yang berwarna hazel..hidungnya yang mancung..kening yang lebat..jelas sekali kedua lesung pipit dipipinya apabila

tersenyum..nampaknya lelaki sudah mula mgetuk pintu hati ku.aduh!..
"nanti saya call awak ek?"romantik nye suara...laju aje aku anggukkan kepala.aku terasa terbang diawangan seketika.aku terus

ke restoran yang dijanjikan bersama hafiz.ketika aku sampai hafiz sudah duduk termenung di meja.wajah nya sugul.

"dah lama sampai?"aku menegurnya sambil menarik kerusi untuk duduk.hafiz menggeleng sambil tersenyum.aku direnung

sedalam-dalamnya.
"Anne,saya ada benda nak cakap dengan awak."makanan yang diorder sudah habis.die menarik nafas perlahan.
risau juga aku.aku rindukan wajahnya yang sentiasa ceria.
"Saya...sa.saya cintakan anne"kelegaan terpancar pada wajahnya setelah die meluahkan rasa hatinya.tapi aku?aku terkedu..walau

sudah ku jangkakan ini tapi aku belum bersedia.Apakah aku sanggup melukakan hati teman ku ini.aku amat senang bile

disampingnya..lelaki ini amat memahami aku..lelaki ini sabar melayani segala kerenahku..lelaki ini sentiasa ada disaat aku

mgalami kesulitan..dan kini..lelaki ini lah juga yang mencintai aku.tapi aku sendiri tidak pasti apa perasaan aku

padanya.cintakah aku padanya walau kadangkala aku tidak menafikan aku merinduinya..
"hafiz,saya akan memikirkannya ok?itu saja yang boleh aku katakan saat ini.hafiz tersenyum senang.jawapan itu sudah cukup

baginya.aku membalas senyuman itu.

Malam itu amirul call lagi.banyak yang aku bualkan..lame juga kitorang berbual tp aku terkejut bile lelaki itu juga meluahkan

perasaannya padaku.
Banyak yang aku pikirkan.dua orang lelaki yang ada dihatiku.aku benar-benar buntu saat ini.puas aku memikirkannya.sehingga

aku tertidur.pukul 3 pagi aku terjaga..segera aku mgambil wuduk\' dan menunaikan solat istikharah.meminta petunjuk agar

dibukakan pintu hatiku,mendoakan jalan yang terbaik untukku.aku pasrahkan segalanya pada-Nya....

Seminggu berlalu,aku biarkan saja amirul mahupun hafiz menunggu jawapan dariku..kejam kah aku pada keduanya?tapi mereka

seperti memahami keadaan ku kini..
"Assalamualaikum,Anne"
"Waalaikumsalam mak"aik..tbe-tbe je call.biasenye mak xpernah call time aku kerja macam ni..pelik..
"Anne.mak nak tanye ni.tadi ade rombongan meminang anne.tapi mak xbagi jawapan lagi.diorang tengah tunggu anne

ni."meminang???sape lak datang meminang aku ni?
"Anne ikut mak aje.baik kate mak,baik lar pada anne."ku serahkan semua pada mak.mungkin inilah jodoh ku dan aku akan terima

walau siapa jua bakal suamiku nanti seadanya.
Ketika pulang ke rumah,mak menceritakan segalanya.mak telah menerima lamaran itu.Dan majlis pernikahan yang akan diadakan 1

bulan akan datang.nampaknya bakal suamiaku (Ops,mak kate name die Hakimi) itu tidak sabar-sabar agaknya...hehe..aku x pernah

melihat muka bakal suamiku itu.Berita ini juga telah aku sampaikan pada hafiz dan amirul.mereka nampaknya dapat menerima

keputusanku dengan baik dan persahabatan antara kami bertiga masih terjalin erat.aku bersyukur..

Sebulan berlalu amat pantas.tarikh 4 April telah dpilih sebulat suara oleh kedua belah pihak iaitu tinggal 3 hari lagi.aku

semakin berdebar-debar menanti hari pernikahan ku.mujurlah keluarga pihak lelaki telah menyediakan segalanya malah baju

persandingan juga dipilih oleh mereka.Tibe hari yang dnantikan,aku kini sah menjadi isteri kepada MOHD HAFIZ HAKIMI.alangkah

terkejutnya aku apabila hafiz menyarungkan cincin beratahkan berlian dijari manisku dan aku menyalam serta mencium

tangannya.Terasa panas air mataku mengalir ke pipi saat die mencium dahiku.aku amt bahagia saat ini.lantas die menyeka air

mataku sambil tersenyum.

"Terima kasih,sayang"bisiknya perlahan...

Read More..
 
Novel : Aku dan Cinta Kambing 3

Bab3***
Aku berteleku di meja. Melayan sisa-sisa tidurku. Ngantok! Ni sume sebab bergosip dengan roommate ku mlm tadi.Sambil menghabiskan mase bersame menonton dvd korea. Hampes tol Farah. Ko pengaruh aku tgk dvd, skang ko sedang bersenang lenang berkuak lentang dikatil sedangkan aku terpaksa datang kuliah harini. Lecturer yang mengajar dihadapan ku lihat samar. Mataku seakan digam.

Bukk!!
Semua mata tertancap kearahku. Lecturer yang sedang mengajar di hadapan turut berhenti bersyarah. Aku segera duduk tegak sambil menggosok mata. Terpisat-pisat.
"Jasmin! Wake up and go to toilet. Wash your face," Dr Hanim memberi arahan. Aku akur bersama perasaan yang sedikit malu. Malu ke?? HUrm.. dengan budak-budak kelas ni sudah lagi tiada perasaan malu. Aku bangun dan terus keluar.

Bersama wajah yang sedikit segar, Aku melangkah perlahan masuk ke dewan kuliah. Tiba-tiba aku terpandangkan wajah kambing tua yang sedang tersenyum sinis kea rah ku. Siot!! Sukelah tu tengok aku macam nih..

Terasa lama kuliah habis harinih. Aku sudah berangan-angan untuk pulang kerumah dan menyambung tidurku. Katil yang empuk, bersama bantal busuk ku. Opps.. ter pecah rahsia plak kat sini..Ah.. Nyamannya. Skip lah kelas petang ni. Tak tahan gile ngantok nih.Wawawawa... besh nye titon.
Kelas berakhir tanpa aku sedar. Sekelip mata aku lihat Dr. Hanim sudah tiada dihadapan. Entah bila dia keluar aku sendiri kurang pasti. Aku mengemaskan kertas-kertas di meja. Tiada sebarang nota yang aku catit. Seketika kemudian hanset ku berbunyi. Segera aku membaca mesej yang diterima.

"Belanja aku minum. Semalam aku da tolong kau. Aku tggu kat luar. Cepat sket nenek rimau. Jangan terhegeh2 cam mak nenek"
Aku terpinga-pinga. Eh.. mamat ni ke? Bile plak die tau nombor fon aku??

Aku lantas membuka pintu. Kelihatan Haziq yang menyeringai di hadapan pintu. Dengan longlai aku melangkah ke arahnya.
"Woi.. mane ko dapat no aku ni?"
"Huh.. kalo iye pun lap la dulu air liur basi tu"
Dengan spontan aku mengelap pipiku dengan hujung lengan baju seraya menerbitkan hilai tawa dari Haziq.
Siot ko kambing tua. Kene kan aku plak.

"Ko pehal?? Nak ape? Cepatlah.. aku nak balik ni" Tanya ku ringkas. Malas aku nak layan mamat sengal nih.
"Belanja aku minum. Semalam kan aku dah tolong kau"
Hish.. tak ikhlas langsung.
"Alah.. nanti2lah.. aku nak cepat ni. Ko ni berkire la" Mamat ni.. kacau betul.
"Takde benda yang free kat dunie ni. Aku tak kira. Hei.. tu kire ok la aku tak cas ko tambang minyak tumpangkan ko semalam"
Hello... ko yang beriye nak tumpangkan aku smlm.. Hish.. Aku lesing kang!! Ngok ngek tol. Namun kata-kata itu tak terkeluar dari mulutku.
"Ha.. yelah2.. jap je.."
Aku melangkah ke keretanya beriringan dengannya.
***



"Order la ape yang ko nak."
Haziq menyengeh. Segera buku menu di capai lalu meng order pade pelayan yang sedia menunggu.
"Ha.. ko nak makan ape?"
Aku hanya membalas pertanyaannya dengan gelengan.
"Bing.. aku blah dulu la.. ko makan la.. Aku bayar"
"Hek eleh.. relek la dulu. Bro, tambah lagi neslo same mee goreng tuk nenek rimau ne ek."
Abang mapley tu menggaru kepale. Memandang ke arahku dan akhirnya berlalu. CSoot betul mamat nih. Dengan mamat Nepal ni pun ko nak bahasekan aku.
Dan aku turut menggaru-garu kepala ku sebijik macam mamat nepal tadi.. Haik.. camner plak dia tau fevered aku ni??
"Alah Bing... kau makan sorang dah la. Aku nak blah ni"
"Jangan nak mengade-ngade. Teman aku makan." Jawab Haziq sambil menyandar di kerusi.

Mataku yang layu menjadi segar pabila melihat Haziq yang tersenyum sinis dihadapan. Geram! Bengang betul aku ngan mamat ni. Yang aku ni plak asal harini ikut je cakap dia?? Ni yang masalah kalau dah terhutang budi ngan orang ni.Tiba-tiba aku merasa sedikit malu pabila memandang Haziq di hadapan. Al-maklumlah.. Selalunya bertekak. Ni tetibe makan semeja. Bertentang mata pulak tu.
Aku lantas mengalih pandangan kea rah lain. Haziq tiba-tiba ketawa.
"Asal?? Malu ke melihat wajahku yang kacak lagi bergaya ni?" Kata Haziq mungkin menyedari perubahan wajahku. Kolar bajunya sengaja di betulkan.
"Kacak?? Eeww..." Balasku sambil menjelirkan lidah. Tawa Haziq semakin panjang.
Aduhai mamat ni.. sudah-sudah lah tu gelakan aku ni. I’m blushing da nih....
"Comey gak muke ko kalo ngantok kan.. Innocent je.. Kalo tak garang je muka cam nenek rimau." Suara Haziq kemudian.

"Baru tau ke aku comey? Semua orang dah tau la.. Even satu universiti ni dah tau" Kataku selamba. Eleh... kalo ko leh prasan hensem, aku pun leh prasan comey. Ko jugak yang cakap aku comey.. haha..
Haziq senyum mendengar kata-kata ku. "Kereta ko aku dah panggil mekanik baiki. Siap da pun"
Tiba-tiba baru aku teringatkan kereta ku.Oh God.. camane aku bley lupe.. Owh.. boyprenku...
"Hak alah.. tak payah lah susah-susah. AKu leh buat sendiri la"
"Takder pe yang susah.. Tadi sebagai balasan atas kemuliaan hatiku ini, ko kene blanja aku camni tiap-tiap hari selama seminggu.. Deal??"
"Seminggu??? Ko gile ke ape?? Ko ingat aku cop duit? Yang ko pandai2 panggil mekanik soh baiki tu pesal?"
"Alah.. lek la Mau... sehari 5 hengget. Lima hari baru 25 hengget. Ok la tuh. Aku bayar upah mekanik dah brape.."
Aku memeluk tubuh. Menahan geram yang memuncak di hati. Ko dah la pandai-pandai repair kereta aku tanpa aku suruh. Pastu sesedap rase je nak meletak syarat.. Mudah je ko memper budakkan aku eh kambing!
"Aku tak setuju. Ko yang pandai-pandai. Aku tak suruh pun." Kataku kurang setuju. Ah!! Memang tak setuju. Apa ke hal nya. Aku memang la tak kesah nak blanja stakat 25 hengget seminggu ni untuk dia. Tapi aku tak sanggup tiap hari terpaksa bertentang mata melihat dan meneman mamat ni makan. Oh Tidaaak!!!

Read More..
 
Novel : Benci Bilang Cinta 11

BAB 11

Anisah kembali mendapatkan sahabatnya di kedai makan berhampiran. Dia menghilangkan penat sebelum memesan minuman. Beg plastik yang dipenuhi dengan novel dan majalah diletakkan di kerusi sebelahnya.

"Lamanya kau beli buku?" tegur Fatin. Azrin di sebelah hanya tersengih sahaja.

"Banyak sangat nak kena pilih, tu yang ambil masa.." jawab Anisah tersenyum.

"Mau makan apa? Roti tulur ada, capati ada.." tanya mamak yang sudah sedia dengan pen dan kertas untuk mengambil pesanan.

"Tak mau makan. Minum saja!" seloroh Anisah.

"Mau minum apa kici?" tanya mamak itu lagi yang agak-agak blur sedikit.

"Kasik saya teh o suam satu.." pinta Anisah. Mamak itu hanya menggoyangkan kepalanya tanda faham. Kemudian dia segera menyampaikan pesanan itu dengan 'bahasa' mereka kepada kawannya. Anisah hanya tersengih sahaja.

"Buku apa Nisa beli?" Azrin mencelah.

"Buku novel.." pendek sahaja jawapan Anisah. Sedang mereka berbual, tiba-tiba matanya tertancap ke arah lelaki yang terlanggar dia di kedai buku tadi. Kelihatan lelaki itu sedang bergurau mesra dengan gadis di sebelahnya. Matanya hanya memandang sahaja pasangan sejoli tersebut.

'Siapa dia?', tanya dia dalam hati.

"Nisa, awak pandang siapa?" tanya Azrin apabila melihat Anisah leka memandang ke arah lain. Dia langsung tidak mengambil port perbualan mereka.

"Err.. takde apa-apa.."

Setengah jam berlalu, mereka segera ke kaunter bayaran. Kebetulan pula, lelaki yang melanggar Anisah di kedai buku tadi juga ingin membuat bayaran. Sebaik mereka bertembung, lelaki itu terkejut.

"Awak perempuan yang saya langgar dekat kedai buku tadi tu, kan?" tanya lelaki itu. Anisah hanya mengangguk. Azrin dan Fatin saling memandang. Mereka tidak memahami.

"Sorry for that incident. Saya nak cepat tadi.." jelas dia.

"It's ok.."

"By the way.. what's your name?" tanya dia meramahkan diri.

"Sorry ye, encik. Kami nak cepat ni.." Anisah sengaja tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Selesai membuat bayaran, dia segera menarik tangan Fatin untuk meninggalkan tempat itu. Azrin hanya mengangkat bahu lantas mengikut sahaja langkah mereka. Lelaki itu terpinga-pinga.

"Siapa lelaki tu, Nisa?" tanya Fatin tidak puas hati apabila mereka jauh dari kedai tersebut.

"Aku pun tak kenal. Dia terlanggar aku masa dekat kedai buku tadi." jawab Anisah.

"Seems familiar muka dia.." Azrin pula mencelah. Anisah hanya membisu. Dia merasakan amat berlainan sekali perasaannya apabila bertemu dengan lelaki itu.

'Siapa dia? Kenapa suaranya seakan-akan suara Amsyar? Tapi wajahnya..' hati Anisah kembali resah. 'Mustahil! Ramai orang mempunyai suara yang sama..' bisik hatinya lagi.

******************

Anisah hanya menatap gambar perkahwinan mereka. Teringat segala memori mereka dahulu. Di saat awal perkahwinan mereka sehinggalah ke hari terakhir mereka berjumpa. Air matanya mengalir ke pipi. Sungguh! Dia rindukan saat itu..

'Kau ni buat aku rasa geram, je! Lama-lama bila tengok.. comel juga kau, ni!' itulah pujian kali pertama dan terakhir yang diberikan oleh Amsyar kepadanya. Walaupun hanya sekali tetapi dia berpuas hati. Akhirnya Amsyar perasan juga akan kecantikan wajahnya sepanjang perkahwinan mereka.

'Kau rasa apa yang perlu aku buat dengan benda alah tu?' tiba-tiba rasa malu pula bila memikirkan insiden pakaian dalamnya berada di dalam bilik Amsyar. Dia tersenyum sendirian. Amsyar.. walaupun kadang-kadang dia agak serius, namun bila datang 'gila'nya pasti ada je yang tak kena.

Anisah membuka pintu bilik Amsyar. Sudah lama bilik ini terbiar kosong. Dia duduk di atas katil. Melihat di segenap pelusuk bilik.

'Kalau Amsyar tahu aku masuk bilik dia tanpa pengetahuannya, tentu dia akan bising!' seloroh Anisah dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan kontrak yang mereka buat suatu ketika dulu. Segera Anisah bangun. Dia perlu mencari kontrak tersebut. Anisah bergerak ke meja komputer Amsyar. Laci dibuka dan dibelek. Takde! Kemudian dia beralih ke laci sebelah lagi. Juga tidak ada!

'Mana Amsyar letak kontrak tu?' bisik dia. Dia mencari untuk kesekian kalinya.

Hampir setengah jam menggeledah, dia hampir berputus asa. Anisah kembali duduk di atas katil. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah almari bilik.

'Agaknya dekat dalam almari, kot?' tanya dia dalam hati. Anisah bangun dan terus menghampiri almari pakaian Amsyar. Dia membuka almari itu, begitu banyak pakaian Amsyar yang tergantung kemas. Amsyar memang pembersih dan kemas orangnya. Bau haruman minyak wangi yang terlekat di baju Amsyar membuatkan Anisah rasa tenang. Dia rindukan bau minyak wangi ini. Tangannya menguis-nguis laci di dalam almari tersebut.
Lima minit mencari akhirnya dia jumpa fail yang mengandungi kontrak tersebut.

Masih dalam keadaan baik walaupun hampir 2 tahun benda itu berlaku. Setiap peraturan dibaca satu persatu.

"Abang, sampai sekarang Nisa akur dengan kontrak ni. List makanan yang Nisa selalu buat tu siap Nisa binding lagi. Sebagai bukti sepanjang ketiadaan abang.. Nisa rindukan abang.. Pulanglah abang! Nisa yakin abang masih hidup" Anisah mengesat air matanya.

Dia sambung membaca. Dan sampailah ke peraturan yang terakhir.

Terakhir: Setelah tiga tahun berkahwin, sekiranya tidak ada keserasian.. pasangan boleh menuntut cerai.

Anisah tersenyum lagi. Sudah setahun tujuh bulan berlalu.

'Aku masih ada setahun lebih lagi sebelum tamat tempoh perkahwinan kami.. Adakah aku masih ada jodoh dengan Amsyar?'

Anisah memandang ke arah tandatangannya. Dan kemudian ke arah tandatangan Amsyar.. Tekadkah Amsyar ingin menceraikannya selepas tiga tahun ni? Kalaulah Amsyar ada, tentu dia akan cuba memikat hati Amsyar.

Serius! Berat badan Anisah kembali susut dari hari ke sehari. Kini beratnya hampir 45kg. Dulu beratnya 75kg.. Tidak sia-sia dia berdiet.. bukan diet sangat pun. Maybe sebab rindu membuatkan dia tidak lalu makan. Pertama kali dalam hidupnya, dia rindu yang teramat sangat kepada lelaki yang pernah menjadi musuh ketatnya suatu ketika dulu. Kerana Amsyar dia tekad kuruskan badan.

'Kalau abang lihat Nisa sekarang, tentu abang janji takkan cari lain..' seloroh dia. Dia mengetap bibir apabila teringatkan permintaan melampau Amsyar untuk berkahwin lain. Sampai sekarang dia tidak tahu siapa gadis yang dicintai suaminya. Sampai akhir hayat lelaki itu, perempuan itu tidak datang bersemuka dengan dia mahupun keluarga Amsyar.

Anisah mencapai gambar Amsyar di meja sisi. Memang tidak dinafikan. Wajah Amsyar seiras Zachery X-Factor. Smart dan handsome. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki petang tadi. Lelaki itu memakai cermin mata hitam dan bermisai. Tidak pasti wajah sebenarnya. Tetapi dia berkulit cerah seperti Amsyar. Suaranya.. Ya Allah! Adakah lelaki itu Amsyar? Tapi siapa perempuan di sebelahnya tadi? Tidak kenalkan Amsyar padanya? Ya Allah, andaikata itu adalah Amsyar.. Kau temukanlah kami kembali..

********************

"Arrrggghhh!!!" Zarif terjaga dari tidur. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia bermimpi lagi. Mimpi yang sama.. Dia cuba mengingati apa yang berlaku namun setiap kali dicuba otaknya bagai nak pecah.

"Abang mimpi lagi?" tanya Melisa. Dia agak terperanjat apabila secara tiba-tiba lelaki di hadapannya meronta-ronta. Masuk kali ini sudah berapa kali lelaki itu bermimpikan perkara yang sama. Namun sehingga sekarang menemui jalan buntu.

Masih Melisa teringat sewaktu ayahnya membuat research berkaitan tumbuhan liar di hutan dulu dan terjumpa Zarif yang terbaring tidak sedarkan diri. Wajahnya luka dan penuh dengan darah. Lelaki itu lemah. Segera dia meminta pertolongan orang asli di situ untuk membawa pulang dan dirawat kecederaannya. Hampir 5 hari Zarif tidak sedarkan diri. Bila dia sedar, dia tidak mengenali siapa dirinya.

Sehingga kini dia cuba membantu Zarif mencari identitinya. Gambarnya sudah dihantar di surat khabar namun tiada seorang pun ahli keluarganya yang menuntutnya.

Zarif termengah-mengah. Dia berkeringat. Melisa segera mencapai tuala kecil lantas diberikan kepada Zarif.

"Sudah banyak kali abang mimpikan perkara yang sama.."

"Entahla, Mel. Abang mimpi masa abang bertarung dengan maut. Tapi kali ini lain sedikit.."

"Apa yang lain?"

"Ada perempuan dalam mimpi abang.. tapi abang tak nampak wajahnya.. Kabur.."

"Abang rasa dia tu siapa?"

"Entah la.."

Timbul rasa cemburu di hati Melisa. Adakah perempuan itu isteri abang Zarif? Atau teman istimewanya? Hmm.. hopefully bukan!

"Abang nak air?" tanya Melisa apabila melihat Zarif kembali tenang. Lelaki itu tersenyum lantas mengangguk.

"Sayang juga Mel dekat abang, ye? Ni yang buat abang sayang sangat dengan Mel" gurau Zarif lalu dicuit hidung tunangnya. Melisa hanya tersipu-sipu malu.

"Siapa lagi nak sayangkan abang kalau bukan bakal isteri abang ni.." balas Melisa pula. Zarif hanya ketawa. Melisa meninggalkannya sendirian. Zarif mengeluh. Kenapa sehingga sekarang dia tidak mengenali siapa dirinya?

'Aku mesti cari identiti aku, kalau tidak susah la untuk aku mengahwini Melisa..' janji Zarif di dalam hati.. 'Tapi.. siapakah perempuan yang wujud dalam mimpiku tadi? Pentingkah dia dalam hidupku sebelum ini?' Pertanyaan itu hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan..

***********************

Read More..