Cerpen : Under My Umbrella

"what? No, I don't think she is the one." Rina membantah keras. Afiq mengeluh. Dia sudah menjangka penolakan itu.

"rina, please don't be like this. Kau kawan aku kan?"

"but I don't think she is sincere with you. Afiq, I know her. We all know what type of person she is. You know how she is but still, you want to accept her? Just like that? I can't believe you!" suaranya tegas.

Rina tidak sanggup. Dia telah berkawan baik dengan afiq sejak mereka di semester 1 dan dia tahu, afiq menyimpan perasaan pada atirah yang merupakan kwn sekelas mereka juga Cuma tidak pernah diluahkan. Atirah aktif dan cantik orangnya, namun dia seorang yang pemarah dan suka mengarah. Hampir semua orang tidak suka padanya namun atirah tidak pernah kisah. Dan kini, apabila pemilihan perwakilan pelajar semakin hampir, semakin ketara sikap orang pada atirah yang merupakan salah seorang calon fakulti rina. Dan secara tiba-tiba, dia menunjukkan minat pada afiq. Apa kes? Selama ni atirah tidak pernah kisah. Itu yang menghairankan rina.

"kau tau, selama ni, dia tak pernah kisah dengan kewujudan kita. Dia layan kau macam sampah. Mintak kau tolong tu, hantar ni tapi tak pernah dia appreciate kerja kau. Dan sekarang, tiba-tiba dia nak kat kau? Apa kes? Aku tak faham la."

"rina, aku tau perangai dia ramai orang tak suka. Tapi mana tau satu hari dia boleh berubah? Kita tak tau kan?"

"that is totally nonsense ok? Dia takkan berubah, never ever! Afiq, aku kawan kau. Aku tak kisah kau nak ada teman wanita. Aku faham tapi bukan dia fiq. Sekarang ni, kau nak ke tak kat dia? Kau pilih, dia atau aku. Cinta kau atau sahabat kau. Kau hanya boleh pilih salah satu saja fiq. I'm sorry. If you were to be with her, that's it. That's the end of our friendship. We will still be friend, but just like that." Tegas rina. Dalam hati dia mengharapkan jawapan afiq memihak kepadanya.

Afiq diam. Menekur lantai. Serba salah.

"rina, aku minta maaf." pantas afiq bangun dari tempat duduknya dan melangkah pergi, meninggalkan rina terpinga-pinga.

*********

Rina dan afiq sudah tidak semesra dan serapat dulu. Ramai yang bertanyakan dan ramai yang hairan dengan hubungan rina dan afiq yang sudah semakin suram. Tak kurang juga yang jelik melihat afiq bersama atirah. Bagi rina? Hidupnya kosong. Sahabatnya sudah pergi darinya. Sungguh tegar dia. Sanggup memutuskan persahabatan sekian lama kerana seseorang yang tidak disukainya.

Hakikatnya, hati rina bagai disayat-sayat setiap kali masuk ke kelas melihat mereka berdua. Namun dia bijak menyembunyikan perasaan. Dia ketawa dan berjenaka seperti biasa dengan teman yang lain. Dengan afiq dia masih berbicara tapi bicaranya terbatas apabila atirah berdekatan. Jarang juga dia bertemu afiq yang semakin sibuk menguruskan hal pilihanraya kampus menemani atirah. Dengarnya dari teman yang lain, atirah memperlakukan afiq seperti kuli tapi afiq Cuma menurut. Rina menggigit bibir. Itulah yang ditakutinya. Sahabatnya itu diperkulikan.

"afiq, kau macam mana sekarang? Sibuk Nampak?" tanyanya pada suatu hari. Atirah tidak hadir pada hari itu.

"hmm, ok je. Kau? Dah lama kita tak bersembang kan rina?"

"hmm…korang macam mana? Aku dengar kau memang disibukkan habis-habisan. Kau, tak menyesal?"Tanya rina lagi. Cuba mengorek isi hati afiq. Afiq tersenyum.

"mana ada la. Aku tolong tira la, bukan disibukkan. Kenapa nak menyesal? Kitorang ok la rina." Yakin suaranya.

"hmm….bagus la." Bicara terhenti apabila pensyarah masuk ke kelas.

*********

"Aku tengok kau dah tak rapat dengan afiq. Sebab tira?" Tanya amni suatu hari. Teman sebiliknya.

"hmm….menyampah aku nak ngadap muka tira tu. Buat sakit hati je."

"rina, aku nk Tanya sikit. Budak-budak ni ada bercakap pasal kau. Aku pulak, tak nak serkap jarang, so aku nak tau dari kau sendiri. Kau, suka afiq ke?" teragak-agak amni bertanya.

"hah? Apa maksud kau?"

"tak la. Korang dah kawan lama, ke mana berdua. Takkan tak ada perasaan kot?" rina telan liur. Suka afiq?

"hmm…perasaan? Aku memang sayang dia, sayang sangat. Sebagai seorang sahabat. Tapi yela, aku sedih la jugak bila kami dah tak macam dulu. Aku sedih sebab keadaan dah berubah, bukan sebab aku ada hati kat dia. Aku memang tak ada hati kat dia langsung." Tegas rina. Namun, dia sendiri ragu dengan kenyataannya. Suka? Sayang?

"hmm, cam tu ke? Ok la, aku faham la sekarang. Sory la ku Tanya ek."

"eh, tak apa. Kau nakkan penjelasan. Tak salah." Di fikirannya, keraguan dan kecelaruan mula timbul. Sayang?

Selama ini, hal itu tidak pernah timbul dalam fikirannya kerana afiq sentiasa dekat dengannya. Kini, dia mengerti, ada perasaan lain yang membuatkannya mula tidak keruan. Dia rindukan afiq. Rindukan perbualan mereka, usikan afiq, usikan teman tentang keakraban mereka dan banyak lagi. Dan kini dia juga tahu apa rasanya melihat orang yang disayangi bersama dengan insan lain. Kepedihan itu mulai terasa. Dia ternanti-nanti saat afiq menegurnya di dalam kelas. Dia mencuri-curi melihat afiq di dalam kelas. Semuanya dilakukan secara senyap. Tidak mahu orang tahu, tidak mahu siapapun tahu bicara hatinya dan afiq, masih tidak dapat meneka semua itu. Afiq tetap dengan atirah dan dunianya yang kini terpisah jauh dari rina. Rina tau afiq tidak merasakan perkara yang sama. Jika afiq juga menyukainya, pasti dia akan memilih rina kala itu.

Semenjak bermulanya pilihan raya kampus, kerap kali afiq tidak hadir ke kelas dan orang yang pertama dicarinya ialah rina. Dan rina pula, sering kali bersedia membantu walau terpaksa menjadi pengunjung perpustakaan semata-mata kerana ingin membantu afiq. Hanya itu saja masanya dia dapat bersama afiq tanpa atirah bersama.

Marahnya pada atirah tidak seteruk dulu apabila melihat kebahagiaan afiq. Biar afiq tidak menceritakan secara terperinci hubungan mereka, rina tidak kisah kerana dia tidak rela mendengar cerita kemesraan mereka. Hatinya tersayat. Melihat sahaja sudah cukup. Bagi rina, kebahagiaan afiq itu kebahagiaannya juga biar bukan dia yang berbahagia bersama afiq. Kenangannya bersama afiq yang menjadi peneman hidupnya.

Di dalam kelas, selepas nama afiq, tiada lagi nama rina disebut sebaliknya ianya telah bertukar kepada atirah. Atirah semakin diterima ramai dan rina akur menerima bahawa afiq hanya untuk atirah.

Suatu hari dalam perjalanan pulang dari kelas, sebaik pilihanraya tamat di mana atirah telah mendapat undian terbanyak dan secara rasminya dilantik menjadi ahli majlis perwakilan pelajar, rina telah terserempak dengan atirah yang sedang berbicara dengan seorang wakil pelajar yang lain di keretanya. Pada awalnya, dia berhasrat untuk membiarkan sahaja lantaran baginya, dia tidak perlu menghiraukan mereka. Namun, apabila dia terdengar nama afiq disebut, langkah rina terhenti.

"aku gunakan dia je la. Kau ingat aku nak ke kat dia? Harap la. Tapi sekarang ni, susah la. Aku dh tak nak dia tapi aku tak boleh buang dia cam tu je. Dia tak boleh tau yang aku gunakan dia je selama ni. Kalau tak kau ingat orang nak undi aku ke? Pengaruh dia tu yang penting sebenarnya. Bukan dia." Rina tersentak.

"aku dah agak dah. Kau ni memang tak boleh setia. Hahaha! Tapi kau tak kesian ke kat dia?"

"nak kesian kenapa? Dia ada rina. Mesti rina ambik dia balik. Aku pinjam je. Malas la aku nak layan cinta sekarang. Cita-cita aku lagi penting dan sekarang, apa yang aku nak, aku dah dapat." Membuak-buak hati rina menahan marah. Aku dah agak!

Lantas, sebelum rina sempat memikirkan tindakan selanjutnya, kakinya telah melangkah dulu ke arah atirah yang ternyata terkejut dengan kehadirannya.

"eh, rina." Gugup suaranya.

Pang! Rina menampar kuat pipi atirah yang terus tersungkur di atas but keretanya. Perit tangannya, perit lagi hatinya.

"kau memang jahanam! Sanggup kau main-mainkan dia yang separuh mati sayangkan kau? Manusia apa kau ni ha? Memang tekaan aku betul, kau hanya nak mainkan dia namun afiq memang malang sebab dia tak pernah dapat meneka busuk hati kau tu. Jangan risau tira, aku sendiri akan tolong kau beritahu afiq yang kau nak tamatkan hubungan ni. Aku harap lepas ni, kau jangan muncul lagi depan aku kalau kau nak selamat. Faham!" lantas dia berpusing mahu berlalu pergi namun atirah lebih pantas menghalang.

"rina, jangan la macam ni. Tolong jangan beritahu dia. Rina, aku merayu dengan kau." Rayu atirah.

"kenapa? Malu dengan dia? Dengan orang lain? Tak nak orang tau jahatnya kau? Tak nak orang tau jawatan kau ni datang dari hasil titik peluh afiq? Kasih sayang dia? Kau betul tentang satu perkara, memang aku akan terima afiq kembali, sebab aku sayangkan dia lebih dari segala-galanya. Selama ni, aku biarkan dia dengan kau sebab aku fikirkan kau jujur dengan afiq tapi aku salah. Sekarang, tolong serahkan afiq kembali pada aku tira, dan jangan harap aku akan biar dia datang pada kau lagi." Atira tergamam.

Dia cuba menarik tangan rina namun direntapnya. Sedang mereka bergelut, sebuah kereta menghampiri laju. Rina yang sudah berdiri di bahu jalan masih tidak menyedarinya. Begitu juga atirah.

BUM!

"rina?????!"

*********

Afiq masih setia di sisi rina. Sudah 2 hari rina tidak sedarkan diri selepas pembedahan dibuat. Rina kini dalam keadaan stabil. Namun afiq tetap resah. Masih terngiang-ngiang kata-kata atirah apabila dia tiba di hospital 2 hari lepas. Dia bergegas datang apabila atirah menelefonnya memaklumkan kemalangan tersebut.

"afiq, tira ada perkara nak cakap." Atirah memulakan semasa mereka sedang menunggu rina di dalam bilik pembedahan.

"apa dia?"

"afiq. Tira nak minta maaf. Tira sebenarnya, tak pernah ada hati dengan afiq. Tira gunakan pengaruh afiq untuk menang pilihanraya. Dan kemalangan hari ni, salah tira fiq. Kalau tira tak buat macam ni pada afiq, pada rina, semua ni takkan berlaku." Afiq tergamam. Tidak tahu reaksi apa yang patut diberikan.

"tira, apa tira cakap ni? Tira tipu afiq kan? Jangan la main-main, afiq tak suka la. Tira cakap macam ni sebab rina ke?"

"tak afiq. Tira serius. Sebenarnya, tira memang jahat afiq. Tira tak fikirkan perasaan afiq. Tira harap, kita boleh tamatkan sandiwara tira ni. Tira tak layak untuk afiq. Ada yang lebih layak untuk orang sebaik afiq."

"tira, fiq tak sangka…." Afiq terdiam. Bagai ada batu di kerongkongnya. Sampai hati atirah.

"fiq, tira minta maaf sangat. Fiq maafkan tira?"
Tiada jawapan. Afiq seakan-akan di dalam dunianya sendiri.

"fiq, sebelum tira pergi, tira nak beritahu fiq satu perkara. Rina sayangkan fiq, bukan hanya sebagai kawan, tapi dia sayangkan fiq lebih dari segala-galanya. Dia beritahu tira tadi, sebelum kemalangan ni terjadi. Tira harap fiq buka mata dan renunglah ke dalam mata rina. Tira pasti cinta yang fiq cari ada pada rina. Jangan sia-siakan dia seperti mana yang tira dah buat dengan fiq. Tira doakan kalian bahagia, dan fiq, tira ucapkan terima kasih untuk segala-galanya dan maafkan tira juga untuk segala-galanya."

Lantas atirah bingkas melangkah keluar dari bangunan hospital meninggalkan afiq yang termangu-mangu.
Mengingati kembali layanan rina terhadapnya, barulah dia sedar yang rina sentiasa ada untuknya. Sepanjang masa di kala suka atau duka. Rina...

\"Afiq,\"

Afiq yang sudah terlelap di atas kerusi terjaga apabila dia terdengar namanya dipanggil. Dipanggung kepalanya dan dia melihat rina sedang tersenyum padanya.

"rina, kau ok? Dah dua hari kau tak sedar, aku pun dah risau kalau-kalau…"

"kalau apa? Aku tak bangun? Kau kan ada tira?" duga rina. Nak cakap ke tak? Mana atirah?

"tira? Dia tak sama dengan kau."

"memangla tak sama sebab aku rina, dia tira."

"rina, jangan main-main macam ni. Fiq dh tau semuanya." Rina terdiam. Senyumannya mati.

"apa yang tira cakap dengan fiq?"

"semuanya. Antara kami dah tak ada apa-apa lagi."

"hmm, aku simpati dengan kau. Aku tau, kau sayang sangat kat dia. Fiq, pasti ada yang lebih baik untuk
kau." Rina menenangkan. Itu aja yang tira beritahu? Bukan semuanya? Dalam hati ada pilu.

"hmm, aku dah jumpa yang lain. Kali ni, aku nak kau tolong aku. Sebab aku dah tak nak kecewa lagi." Rina tersentak.

"cepatnya?" tersayat hatinya tika itu.

"haah. Kau nak tau nama dia? Aku baru berkenalan dengan dia tadi. Sementara tunggu kau sedar."ujar afiq lagi. Menduga.

"hmm, sapa pulak orangnya?" Tanya rina mahu tak mahu.

"Sabrina Sufian."rina tersentak.

"fiq…."

"ya rina. Tira dah beritahu semuanya. Kenapa rina tak cakap awal-awal?"rina melepaskan keluhan kecil.

"fiq, kalau rina beritahu fiq sebelum semua ni jadi, fiq akan terima rina ke? Rina pun tak pasti. Bagi
rina, melihat fiq bahagia, rina turut bahagia. Itu dah memadai fiq."

"rina, terima kasih." Afiq tersenyum manis.

"kenapa pulak?"Tanya rina hairan.

"sebab jadi payung fiq selama ni. Izinkan fiq memayungi rina pula. Fiq janji, fiq takkan sia-siakan rina."

"hmm…ok, tapi, kalau payung ni dh rosak boleh ganti tak?" usik rina.

"rina?!" dan mereka ketawa bahagia.

Read More..
 
Cerpen : Sayang,akhirnya kau pergi jua

"Baik kau buat keputusan cepat.Aku dah tak boleh tunggu ni.Aku nak nikahkan jugak Ezman dengan Maria.Aku tak kira.Samada kau setuju ataupun tak,itu terpulang pada kau."

"Kenapa Mama buat saya macam ni?Apa salah saya?Saya mintak maaf banyak-banyak kalau saya ada terkasar dengan Mama.Tolong jangan buat saya macam ni."

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi.Sekarang ni keputusan di tangan aku.Aku yakin Ezman akan ikut cakap aku nanti.Masa tu,kau dah tak boleh buat apa-apa lagi."

Solehah hanya membatu di atas kerusi.Keputusan yang dibuat Puan Nuraisyah benar-benar menyesakkan jiwanya.Apakah dia harus setuju tanpa berfikir panjang sedangkan ini melibatkan kehidupannya nanti?Tapi sebenarnya hanya Ezman yang layak membuat keputusan itu.Solehah pasrah walau apa jua keputusannya.

"Haa turun pun kamu Ezman.Mari sini.Mama ada benda nak bincang dengan kamu."

"Kenapa Mama?Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Banyak yang tak kena.Kenapa kamu tak pernah nak ikut cakap Mama?Mama buat semua ni untuk kebaikan kamu,tahu tak?Cubalah faham Mama ni,Ezman."

"Apa yang Mama cakap ni?Ezman betul-betul tak faham."

"Mama nak kamu nikah dengan Maria bukannya perempuan yang tak tahu asal-usul macam Solehah.Mama tak pernah izinkan kamu bernikah dengan perempuan ni.Mama tak boleh terima dia sebagai menantu Mama,faham?"

"Tapi Mama.Ezman nikah dengan Solehah sebab Ezman tak nak tengok dia.."

"Abang,kalau Abang nak nikah lain,Leha izinkan.Lagipun Leha tak nak tengok Abang dengan Mama berkelahi anak-beranak.Tak apa kalau itu yang Mama nak."

Solehah cuba menahan tangis.Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan dua insan yang disayanginya.Puan Nuraisyah hanya tersenyum.Puas hati apabila Solehah memahami kehendak hatinya.

"Leha!Apa yang Leha cakap ni?Leha tahu kan Abang sayang sangat pada Leha.Abang tak fahamlah dengan Leha ni."

"Kalau semua dah setuju,bolehlah Mama hantar rombongan meminang ke rumah Maria esok.Mama betul-betul hargai keputusan kamu.Tercapai jugak hasrat hati Mama selama ini."

Puan Nuraisyah segera berlalu.Senyuman terlihat di bibirnya.Tidak sangka Solehah akan menyetujui permintaannya.Sekurang-kurangnya dapat juga dia melihat Ezman naik pelamin dengan calon menantunya,Maria.

***************************************

"Apa yang tak kena dengan Leha ni?Cuba cakap dengan Abang.Abang tak sanggup menduakan Leha.Tolonglah Leha.Jangan paksa Abang buat macam ni."
"Maafkan Leha,bang.Leha tak bermaksud nak paksa-paksa Abang buat macam tu.Leha Cuma tak sanggup hampakan harapan Mama.Itu aje."

"Abang betul-betul tak faham Leha.Apa yang Leha nak sebenarnya?Abang takkan buat kerja gila macam tu.Takkan sesekali."

Ezman menegaskan pendiriannya.Solehah adalah satu-satunya wanita yang dia cintai.Dia takkan menduakan kasih Solehah.Wanita itu telah begitu banyak berkorban untuk dirinya dan mana mungkin dia akan berkahwin dengan seorang wanita yang sama sekali tidak dicintainya.

"Abang pun tahu kan?Leha tak mampu jadi isteri yang baik untuk Abang.Leha sakit bang.Mungkin cadangan Mama patut kita terima buat masa ini.Sekurang-kurangnya Abang ada teman kalau-kalau Leha dah tak ada besok."

"Leha!Abang tak suka Leha cakap macam tu.Setiap penyakit ada ubatnya.Selagi kita berusaha,Insya’Allah,Allah akan Bantu kita.Leha jangan cakap macam tu lagi.Abang tak suka dengar."

Solehah rebah di pelukan Ezman.Dia tidak mampu melawan kehendak takdir.Penyakit barah otak yang dihidapinya setahun lalu mulai mencapai tahap berbahaya.Bila-bila masa sahaja dia akan pergi meninggalkan kehidupannya dan suami yang sentiasa berada di sisinya di kala duka dan suka,Ezman.

*********************************

"Jadi,kamu setujulah kalau Ezman nikah dengan Maria?"soal Puan Nuraisyah.

Solehah memandang Ezman.Pandangan mereka bertaut.Ezman cuba untuk memberitahu sesuatu tetapi mata yang menyimpan seribu ketenangan itu membuatkan dia gugup.Solehah pula tidak mahu menghancurkan impian Puan Nuraisyah.Biarlah kali ini dia yang berkorban.Dia rela andai Maria yang menggantikan tempatnya apabila dia tiada nanti.

"Leha tak ada apa-apa bantahan Mama.Abang Ezman pun setuju.Leha terima kalau Leha dimadukan dengan Maria."

Ezman hanya berdiam diri.Bukan dia bersetuju dengan segala apa yang telah dirancang Puan Nuraisyah,tetapi ketegasan Solehah sendiri memaksa dia membuat keputusan paling sukar dalam hidupnya.

"Baguslah kalau begitu.Mama dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu.Tak payah tunang,kita nikah terus.Betul tak,Ezman?"

Ezman hanya tersenyum tawar.Mata Solehah dilihat berkaca menahan tangis.Kemudian terlihat senyuman manis menghiasi bibirnya,menyembunyikan kesedihan yang bertapak di hati.Ezman mengelus lembut jemari Solehah lantas dikucupnya.Solehah di sisi hanya tersenyum.

*************************************

Malam itu menyaksikan segalanya.Maria sah sebagai isteri Ezman hanya dengan sekali lafaz.Solehah hanya berupaya mengulum senyuman.Dia memicit-micit kepalanya.Apakah waktunya telah tiba?Ya Allah,aku redha andai aku kembali pulang kepadaMu.Bahagiakanlah suamiku bersama Maria.Ampunilah segala kesalahan kami,doanya.

"Leha!!!!!!!!"

Majlis terhenti buat seketika.Semua mata tertumpu ke arah Solehah.Solehah rebah di pangkuan Ezman.Air matanya mula menitis.Dalam kepayahan dia cuba tersenyum.Solehah menggenggam jari Ezman.Kuat,sekuat cintanya yang tulus ikhlas.

"Abang,maafkan Leha.Mungkin sudah sampai masanya Leha pergi.Mama,maafkan Leha seandainya Leha tak mampu nak jadi menantu terbaik untuk Mama."

"Jangan cakap macam tu sayang.Abang bawak Leha jumpa doctor.Kita pergi ye sayang?"

"Tidak bang.Leha terpaksa pergi.Maafkan Leha."

Tangan beralih.Tiba giliran Puan Nuraisyah memangku Solehah.Air matanya mula mengalir laju.Tidak sanggup menatap mata Solehah yang redup.Puan Nuraisyah kemudiannya mengucup dahi Solehah lembut.Solehah hanya menerima kucupan kudus itu.

"Maafkan Mama sayang.Mama tak tahu.Mama banyak buat salah dengan Leha.Maafkan Mama."

"Mama tak salah.Leha yang salah.Maafkan Leha sebab tak mampu jadi menantu yang baik untuk Mama..."Solehah kemudiannya menyambung.

"Maria jadilah seorang isteri yang baik untuk Ezman.Abang.."

"Ye sayang.Abang dengar ni.."

"Abang,ma..maafkan Leha sebab tak da..dapat ja..jadi seorang is..isteri yang ba..baik untuk a..abang.Leha per..pergi dulu.Se..selamat pengantin ba..baru."

Solehah mengakhiri kata-katanya.Pandangannya semakin kabur.Perlahan-lahan matanya terkatup..dan pergilah seorang hamba kepada Tuhannya.Ezman memeluk Solehah hiba.Tidak menyangka pemergian Solehah selama-lamanya dari hidupnya merupakan hadiah perkahwinan yang diterimanya malam itu.Dia redha dengan kehendak Ilahi.Ezman percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik semua yang berlaku.Dia pasrah atas ketentuan Ilahi.

Read More..
 
Cerpen : Bukan isteri Gelapku

Ikhwan memandang wajah nabila penuh kesayuan. Dia tidak tergamak untuk memutuskan hubungannya dengan Nabila tapi dia terpaksa. Nabila hanya membisu seribu kata. Sememangnya nabila seorang perempuan yang polos dan nalf. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang senget. Dia tidak berani memandang wajah lelaki yang sering dipuja-pujanya.
"Nab, kita terpaksa putuskan hubungan kita ini!" terasa berat mulut Ikhwan mengatakan sebegitu. Dia tahu hati nabila pasti hancur dengan kata-katanya itu.
"Nab, kenapa diam jer? Ini demi kebaikan semua, bersuaralah sayang!" sejak mereka bertemu di Restoran Aliff itu tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir mungil Nabila. Sedangkan selama ini bibir itu yang sering berkata-kata tanpa henti hingga membuatkan Ikhwan gembira.
"Apa lagi yang perlu dikatakan? Saya dah tiada pilihan lain! Hak untuk bersuara pun sudah mati!’ kata-kata Nabila itu cukup menusuk hati Ikhwan. Serba salah jadinya lelaki itu. Ikhwan melihat ada mutiara jernih yang keluar dari mata bundar wanita itu. Sesungguhnya dia juga terasa ingin menangis tetapi egonya menghalang. Dia perlu kuat didepan wanita itu.
"Abang, buat keputusan ini sebab tak nak melukakan hati Nab dikemudian hari. Nab pun tahu perangai Nisa tu macam mana?" Ikhwan cuba memberi penjelasan kepada Nabila. Dia tahu isterinya pasti melakukan sesuatu yang buruk pada Nabila. Tambahan pula, ibunya memang benci terhadap nabila yang dituduh anak luar nikah kerana tinggal dirumah anak yatim sejak kecil lagi.
"Saya cukup faham! Memang saya ni cuma tempat persinggahan," ucap Nabila lalu meninggalkan Ikhwan terkontang-kanting di restoran itu. Hati Ikhwan cukup pedih untuk meninggalkan wanita itu. Dia bukan suami yang curang. Dia seorang lelaki yang menurut kata isteri dan ibunya. Namun semuanya punah juga disebabkan ibu dan isterinya. Ikhwan mula teringat permulaan yang berlaku dalam kekucaran yang berlaku dalam hidupnya ini..
Khairunnisa menangis semahu-mahunya. Air matanya hampir kering kerana terlalu banyak menangis. Ikhwan hanya mampu bersimpati dengan nasib isterinya. Semua yang berlaku telah ditakdirkan. Dia redha dengan apa yang berlaku terhadap keluarganya tetapi tidak isterinya. Ibunya pula hanya mampu mengusap belakang isterinya. Sejak tadi ibunya hanya mendiamkan diri. Mungkin turut bersedih diatas perkara yang berlaku terhadap mereka suami isteri.
"Nisa, sudahlah! Jangan asyik menangis jer, kita kena terima qada’ dan qadar! Banyakkan berdoa,"Ikhwan cuba menasihati isterinya.
"Awak apa tahu? Saya yang menanggungnya! Dekat tiga tahun saya tunggu nak dapatkan anak untuk kita. Tapi semuanya sia-sia! Kita takkan dapat anak lagi!" habis saje kata-kata Khairunnisa dia terus meraung seperti orang gila. Dia amat sedih dengan apa yang berlaku terhadapnya. Akibat terjatuh dari tangga, anak yang dikandungnya keguguran. Ditambah lagi dia tidak boleh mengandung lagi kerana rahimnya telah pecah. Kekecewaan dihatinya memang sudah tiada penawar. Tiada lagi Isma Syahir ataupun Syarifah Syahirah. Nama yang ingin digunakan apabila anaknya lahir nanti.
Puan Baizura, ibu kepada Ikhwan keluar dari bilik anaknya untuk memberi ruang kepada mereka berdua. Kehadirannya disitu tidak mampu berbuat apa-apa. Tinggalah Ikhwan dan Khairunnisa berdua. Tiba-tiba Khairunnisa berhenti menangis. Dia memandang wajah suaminya. Ikhwan terkejut dengan tingkah isterinya. Raut wajahnya sukar untuk dibaca.
"Abang kena dapatkan anak untuk kita!" lancar saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa. Sama ada itu permintaan atau arahan.
"Apa maksud Nisa? Kita memang takkan dapat anak lagi!" Ikhwan terkejut dengan kata-kata isterinya. Sememangnya dia hairan dengan kata-kata isterinya.
"Bukan dengan Nisa tapi dengan perempuan lain!" Yakin sekali kata-kata yang dilancarkan kepada suaminya. Dia langsung tidak berasa bersalah.
"Apa yang Nisa merepek? Nisa nak abang kahwin lain?" Ikhwan bertanya kebingungan. Selama ini Khairunnisa memang tidak ingin hidup bermadu. Dia pernah mengatakan dia rela mati dari hidup bermadu.
"Yelah abang kena kahwin. Lepas dapat anak abang ceraikan dia, jadi kita tetap dapat anak dari benih abang."selamba saja Khairunnisa meluahkan kata. Kata-katanya seperti orang yang tiada perasaan. Ikhwan serba salah. Dia dapat melihat ada sinar kebahagiaan dalam mata isterinya. Adakah dia harus menolak atau mengikut saja? Dia buntu.

"Terima saja cadangan isteri kau tu! Ibu rasa ada betulnya, sekurang-kurangnya kau orang dapat anak dari benih kau juga!" Puan Baizura menyokong tindakan menantunya. Tidakkah mereka terfikir perasaan perempuan yang bakal dikahwininya?
"Tapi ibu. Bukan senang nak cari perempuan yang nak buat macam tu,"Ikhwan meluahkan kegusarannya.
"Kau bagi dia duit kan senang, kacang jer kalau kamu buat macam tu. Perempuan sekarang ni materialistik!" kata-kata ibunya itu menunjukkan bahawa perkara itu mudah sepeti memakan kacang. ‘Sedangkan nak makan kacang pun kena buka kulitnya. Takdelah senang sangat,’ kata Ikhwan dalam hati.

Ikhwan memandu keretanya tanpa arah tuju. Perasaannya berbaur. Sedih, marah, geram dan sakit! Dia memang cintakan Khairunnisa teapi cintanya juga mula berputik untuk nabila. Nabila. Entah bila cintanya mula berputik kepada wanita itu. Mulanya wanita itu hanya setiausahanya. Dia seorang yang rajin dan bijak walaupun dia anak yatim piatu. Dia juga seorang yang cantik walaupun tanpa mengenakan sebarang mekap. Natural beauty.
Ketika itu dia tidak mempunyai calon. Puas dia dan Khairunnisa mencari calon yang mahu dengan kehendak mereka. Entah mengapa, apabila Ikhwan sekadar bergurau untuk menjadikan Nabila sebagai isteri, wanita itu memberi persetujuan. Sememangnya Ikhwan hairan, tetapi dia juga gembira kerana ada perempuan yang sanggup melakukannya.
Awal perkahwinan mereka, khairunnisa dan Puan Baizura boleh menerima kehadiran Nabila. Dia dilayan sebaik mungkin. Layanan Nabila kepadanya sebagai seorang isteri juga sangat menyenangkan hatinya sehinggalah menerbitkan rasa cinta. Kadangkala layanan yang diberikan Nabila lebih dari Khairunnisa. Sehinggalah Nabila melahirkan Adam Daniel. Sikap Khairunnisa dan Puan baizura berubah. Nabila disuruh melakukan segala kerja-kerja rumah. Manakala mereka berdua sibuk bermain dengan Adam. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada Nabila melimpahkan kasih sayang kepada anaknya.
Suatu hari, Khairunnisa mula meluahkan apa yang terpendam dihatinya selepas kelahiran Adam. Ikhwan yang asyik menonton perlawanan bola sepak diantara Manchester United dan Chelsea. Sememangnya dia kipas susah mati pasukan MU.
"Bila abang nak ceraikan perempuan tu?" Tanya Khairunnisa tanpa ada riak bersalah.
"Apa ni Nisa? Kenapa abang kena ceraikan Nab?" Tanya p;ula Ikhwan kebingungan.
"Yelah, kitakan setuju cuma nak anak dia jer lepas tu bagi duit suruh dia pergi. Habis cerita! Menyampah saya tengok muka dia," mudah saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa. Dia sudah dapat apa yang dia nak. Sekarang dia mahu singkirkan wanita itu kerana dia tak mahu adam tahu yang wanita itu ibu kandungnya. Tambahan lagi suaminya seperti sudah jatuh cinta pada wanita itu.
"Abang tak sanggup buat macam tu. Kesiankanlah nab tu, apa salahnya dia jadi isteri abang?" luah Ikhwan cuba mendapatkan simpati dari isterinya.
"Perempuan tu cuma isteri gelap abang! Lagipun Nisa tak nak hidup bermadu. Apa yang Nisa tahu esok abang ceraikan dia kalau tidak tengoklah apa yang jadi dekat perempuan tu!:" lantang suara Khairunnisa seperti mengugut suamin ya.
"Nisa nak ugut abang? Jangan berani kau sentuh Nabila!" tiba-tiba kemarahan Ikhwan meledak. Dia telah hilang sabar. Khairunnisa sudah berlebihan. Khairunnisa kecut perut apabila melihat kemarahan suaminya. Dia terus berlari kebiliknya.

"Wan cepat! Bini kau tu nak bunuh diri!" jerit puan Baizura pada anaknya sedang membasuh kereta Toyota vios yang baru dibelinya dua hari lepas. Ikhwan terus berlari masuk kerumah mendapatkan isterinya. Dia melihat isterinya sedang memegang sebilah pisau dan ditarakan kearah nadi tangan.
"Nisa sabar! Apa yang Nisa buat ni? Nisa dah gila ker?" Ikhwan cemas melihat situasi tersebut,. Isterinya telah hilang akal.
"Memang Nisa dah gila! Nisa gila sebab abang! Kalau abang tak ceraikan perempuan tu, Nisa akan toreh tangan ni!" Khairunnisa mengugut. Ikhwan serba salah. Nabila disebelahnya hanya menunduk. Ada air mata yang mengalir dari matanya. ‘Adakah diriku ini tak layak untuk berada dirumah ini?’ bisik Nabila didalam hati. Dia tidak mahu keadaan menjadi semakin teruk.
"Abang, maafkan Nab. Halalkan makan minum Nab selama Nab berada di rumah ni. Biarlah Nab keluar dari rumah ni jika itu kemahuan Kak Nisa," selesai saja ungkapan nabila dia terus berlari meninggalkan rumah tersebut. Khairunnisa hanya tersenyum sumbing melihat Nabila meninggalkan rumahnya.
Ikhwan memandu menuju kerumahnya. Sememangnya dia memerlukan rehat untuk melupakan segalanya. Sekurang-kurangnya dia berasa tenang buat seketika. Sampai saja diperkarangan rumah, dia melihat Khairunnisa sedang memarahi Nabila. Muka Puan Baizura pula masam mencuka.
"Ini anak aku! Kenapa kau nak ambil anak aku?" marah Khairunnisa apabila nabila mahu mengambil Adam darinya.
"Dia anak saya kak, saya berhak ambil dia. Tak lama lagi abang Ikhwan akan c eraikan saya,"lirih saja suara Nabila.
"Memang patut kau kena cerai! Asal usul pun tak tahu datang dari mana, entah-entah anak luar nikah!" lantang suara Puan Baizura yang menuduh buruk status nabila.
"Ibu! Apa ni? Kenapa ibu hina isteri Wan?" tiba-tiba Ikhwan terus meluru ke halaman rumah. Sakit hatinya apabila ibunya berkata sedemikian terhadap isterinya.
"Memang betul pun. Apa yang awak nak pertahankan? Saya tak izinkan betina ni ambil anak saya!" jari Khairunnisa menuding tepat kearah muka nabila.
"Saya ada hak pada Adam. Dia anak saya! Dia lahir dari rahim saya! Berilah saya peluang untuk memberi kasih sayang kepadanya selagi ada nyawa dibadan," Nabila cuba mempertahankan haknya. Dia cuma ada Adam kerana tak lama lagi dia akan diceraikan.
"Dasar tak kenang budi. Orang dah bagi duit masih tak nak berambus!" Khairunnisa menolak tubuh nabila kuat. Dahi nabila terhantuk di pasu bunga. Ada cecair merah yang pekat menghiasi dahi wanita itu. Ikhwan yang melihat kejadian itu terkaku sebentar. Nabila mengaduh kesakitan. Ikhwan geram dengan sikap isterinya. Dia meramas tangan Khairunnisa kuat. Giliran Khairunnisa mengaduh kesakitan.
"Kenapa dengan kau hah? Dah gila? Nama saja Khairunnisa, sebaik-baik perempuan tapi perangai macam orang tak siuman. Kau tak layak guna nama tu!" meledak kemarahan Ikhwan. Selama ini dia tidak pernah berkasar terhadap isteri-isterinya. Ikhwan melepaskan tangan Khairunnisa. Wanita itu menggosok-gosok tangannya yang kesakitan. Ikhwan ingin mendapatkan nabila tetapi wanita itu telah tiada. Dia berlari-lari mencari wanita itu tetapi gagal. Ikhwan sedih kerana tidak dapat membantu Nabila. Terbit kekesalan dihatinya.

6 Bulan kemudian...
Sejak peristiwa itu, nabila tidak pernah ikhwan temui. Dia berasa risau terhadap gadis itu. Enam bulan bukan jangka masa yang pendek. Kegusaran dihati semakin meluap-luap. Ikhwan keluar dari rumahnya dan terus kearah peti surat. Banyak hutang yang perlu diselesaikan, kad kredit, astro dan macam-macam lagi. Sedang asyik melihat surat-surat yang diterima, dia melihat ada sekeping surat yang berwarna biru muda. Ikhwan terus membuka surat tersebut dengan ingin tahu. Dia terus membaca isi perut surat tersebut.

Assalamualaikum, abang..
Nab menulis surat ini hanya ingin memohon keampunan kepada abang jika ada kesilapan yang menyakitkan ketika Nab menjadi suri dihati abang. Sememangnya tiada niat dihati untuk menyakiti sesiapa. Nab ikhlas menjadi isteri untuk abang. Bukan duit yang Nab impikan tapi kasih sayang dari orang disayangi. Nab menerima abang kerana memang ada cinta untuk abang dihati ini. Nab memang ingin disayangi tambahan ada Kak khairunnisa dan ibu. Nab selama ini hanya menunpang dirumah anak yatim. Nab ingin sekali rasa disayangi dan menyayangi tapi sememangnya Nab berada ditempat yang salah. Bukan abang tempat nab untuk mendapatkan kasih sayang. Nab hanyalah pemusnah rumah tangga abang. Maafkan nab sekali lagi.
Abang yang kucintai...
Memang Nab tahu perjanjian yang dilakukan. Tapi nab ingat itu hanyalah sekadar janji kosong kerana Kak Khairun nisa dan ibu sangat baik dengan Nab. Tapi selepas Nab melahirkan adam, mereka berubah sama sekali. Abang, Nab bukan ingin merampas Adam dari kalian tapi ingin memberi kasih dan sayang untuk anak Nab sendiri kerana selepas itu Nab dah tak mampu. Selepas kelahiran Adam, Nab telah menghidap kanser rahim. Sepatutnya Nab tidak boleh melahirkan adam tapi melihat kenginan abang sekeluarga nab tak sanggup menghampakan harapan itu. Setelah Adam lahir, kanser itu sudah berada ditahap bahaya. Nab ingin mengambil adam hanya untuk seketika bukan untuk selamanya. Sekurang-kurangnya izinkanlah Nab mencurahkan kasih sayang seorang ibu. Tapi Nab tak salah kan sesiapa. Nab faham perasaan Kak Nisa. Bukan mudah seorang isteri memberi suami berkahwin lain. Abang tolong minta Kak Nisa maafkan Nab jika nab melukankannya. Nab sudah menganggap dia sebagai seorang kakak kerana Nab tak pernah ada kakak dan tidak pernah merasa kasih seorang kakak. Tapi kak Nisa telah memberinya kepada Nisa walaupun cuma hanya sementara. Begitu juga pada ibu. Nab dah anggap ibu seperti ibu Nab.
Abang yang sentiasa dihati...
Kutahu ku hanya isteri gelapmu tapi aku bahagia dengan kasih yang kau curahkan padaku. Layanan tak pernah kurang padaku. Sememangnya kau suami yang terbaik. Nab harap abang dapat menjaga Adam dengan baik bersama kak Nisa. Tapi jangan luputkan kehadiran Nab dihati Adam. Itu saja pinta Nab.
Selesai saja abang membaca surat ini, nab telah aman di dunia baru. Kemaafan dari abang yang Nab pinta supaya nab tidak digelar isteri derhaka. Nab harap abang doakan kanlah Nab. Selamat tinggal suamiku yang tersayang.. dan juga pada Anakku tercinta Adam Daniel.
Ikhlas dari,
Isteri Gelapmu.
Ikhwan mengalirkan air matanya untuk kali pertama. Sesungguhnya dia suami berdosa yang tidak dapat menjaga hak isterinya. Khairunnisa yang melihat suaminya menangis sendirian mula mendekati. Dia bertanya kepada suaminya. Tetapi lelaki itu hanya menggeleng dan menyerahkan surat tersebut. Khairun nisa membacanya.
Selesai membacanya, Ikhwan bersuara. "Nab tak ambil pun duit tu!"
Khairunnisa hanya memandang suaminya dengan penuh kekesalan. Air matanya mengalir laju. Sememangnya dia insan yang paling berdosa. Ikhwan memeluk isterinya dan meluahkan segala yang terbuku. Buat kali pertama Khairunnisa melihat suaminya menangis. Dia berasa amat bersalah. Didalam hati dia memohon kemapunan dari Allah kerana bersikap kejam terhadap madunya.
"Dia bukan isteri gelapku!" lirih suara Ikhwan berkata.
"Ya bang, dialah isteri yang paling baik. Sepatutnya dialah Khairunnisa, sebaik-baik perempuan," kata Khairunnisa dengan sendu. Dia terus mendakap suaminya dan menangis. "nab maafkan akak, sayang!" ucap Khairunnisa dalam hati...

Read More..
 
Cerpen : Bahagia bersama

Hari ini aku nak pergi menonton wayang bersama dengan rakan-rakan aku. Inilah rutin mingguan aku dan rakan-rakanku apabila tiba hujung minggu. Aku dan rakan-rakanku mempunyai minat yang sama dan sebab itulah kami masih bersama hingga sekarang.
Bermula dari sekolah tadika hinggalah kami berada di peringkat pengajian tinggi. Pejam celik dah hampir 17 tahun persahabatan kami. Aku rasa bertuah sebab ada rakan yang bersama aku melalui hari-hari yang senang dan juga susah.
"woi dah siap ke belum? Cepatlah nanti terlambat pula. Tak pasal-pasal tiket wayang habis nanti baru padan muka." Jerit rakanku, nana kepada aku dan dua lagi rakanku iaitu nena dan picah.
"yela kitaorang datanglah nie. Takkan tak boleh sabar kejap." Jawab kami serentak
"Ha bersiappun nak lama bukannya nak keluar dengan pakwepun" komen nana kepada kami
"alah takkan orang yang ada pakwe je boleh bersiap lama?" balas picah.
"dahlah jom kita dah lambat nie. Kesian kat pula kat hero dan heroin cerita tue nanti" sela nena
"apasal pula nak kesian kat diaorang?" Tanya aku
"La kau nie sam buat-buat tak tahu pula.kesianla sebab diaorang kena tunggu kita baru boleh berlakon dengan jayanya" jawab nena.
"sempat lagi kau nak buat lawak yea. Dahla jom kita gerak sekarang. Siapa yang nak drive hari nie?" Tanya aku
"hari nie biar aku jea yang jadi driver korang" balas picah
Hari nie kitaorang banyak sangat aktiviti nak buat terutama sekali kitaorang nak pergi jogging sebabnya dah lama sangat kitorang tak pergi. But before that after kitaorang tengok wayang kitaorang pergi makan dululah. Lapar tue.
"cerita tadi bestlah. Tapi yang sedihnya diaorang kena lalui banyak betul halangan before they can be together. Hero diapun hensem." Komen picah
"memangpun tapi aku geram dengan member heroin tue ada ke patut dia buat fitnah kat hero tentang heroin. Kalau ada depan aku memang teruklah aku kerjakan dia." Balas nana.
"hey relaxlah don’t be to emotional. It only an acting." Nena bersuara.
"korang nie tak nak order lagi ke perut aku dah berkerongcong mak minah dah nie. Cepatla karang ada yang jadi makanan tengah hari aku karang." Omel aku.
"yalah jom kita pergi makan kat tempat biasa. Aku belanja" nana membuat tawaran
"kenyangnya aku. Thanksla nana cause belanja kitaorang hari nie." Picah tersenyum
Malasnyala bila tiba hari isnin. Nak kena bangun pagi pastu bersiap nak ke kelas pula. Tapi nasib baik jadual hari nie tak berapa padat. Petang nie bolehlah aku nak rehatkan mata aku nie. Banyak gila kerja yang aku tak siap lagi nie. Inilah akibatnya kalau buat last minute. Hari ini aku nak pergi library nak siapkan kerja aku.
"wei korang balik dulu aku ada kerja nak siapkan hari nie jugak."cadang aku kepada mereka bertiga
"habis kau nak balik nanti macam mana?" Tanya mereka
"aku naik bas je nanti. Jangan risaula."balas aku
Akhirnya siap jugak kerja aku. Pantas juga aku siapkan. Akhirnya dapat jugak aku balik awal hari nie. Apalah diaorang bertiga buat kat rumah. Mesti tengah tidur nie. Jealousnya aku. Alah time nielah bas takde pula. Orangpun takde kat sini. Ke bas dah lepas. Arghhhh nie yang boring nie.
"hai tumpang tanya boleh?" aku terdengar satu suara disebelah aku.
"alah mamat nie time nie pula nak tanya aku."bebel aku
Dengan malas aku menjawab pertanyaan dia."ye kau nak tanya apa?"jawab aku
"kau tahu tak bas datang pukul berapa? Dari tadi aku tunggu tak nampakpun batang hidung bas." Tanya mamat tue.
"entahlah akupun baru jea datang jadi aku tak tahu pukul berapa dia datang" jawab aku
Arghhhhh......penatnya hari nie tak pasal- pasal aku kena berdiri hari nie....bila aku tak nak naik ramai pula yang naik....tapi hari nie memang mencabar kesabaran aku....dah malupun dapat...harap-harap aku tak jumpa dah mamat tue....malu siot....
"woi lambat kau balik hari nie? Pergi dating ke?" perli nena
"banyaklah kau punya dating. Bas lambatlah hari nie."
"kau nak ikut kitaorang tak? Pergi makan" Tanya nana
"taklah aku penatlah. Korang tolong tapaulah kat aku" jawab aku
"Ok. Eh jomlah nanti melepas aku nak tengok abang tukang masak tue...hensem tue...bagai nak gugur jantung aku tengok dia...."sela picah.
Hari nie yang naik bas punyalah ramai. Terpaksa aku berebut dengan diaorang dan tak pasal-pasal aku kena berdiri....arghhhh apa nak jadi dengan aku hari nie....dah lah ramai orang terpaksa berhimpit pulak dalam bas nie....
Eh eh....apalah driver bas nie dah tahu traffic light ada kat depan still lagi nak memecut....nasib baik aku tak jatuh kalau tak malulah aku...taubat tak naik dah bas nie....paling lama sebulan...hehehe...nanti kejap kalau aku tak jatuh, kat tengah bas nie mana ada tiang habis aku pegang siapa? Alamak mamat tadilah.....malunya....
"Sorry aku tak sengajalah. Tadi rasa nak jatuh. Aku ingatkan aku pegang tiang tapi......... Sorry yea." Pinta aku kepada mamat tadi
"It’s okey...aku faham.."jawab mamat tue.
Tetiba peristiwa tadi muncul dalam ingatan aku....akupun hairan macam mana aku boleh peluk mamat tue...padan hal dia duduk jauh dari aku...malunya aku kat dia...
"woi menung apa kau nie dari tadi kitaorang tengok...senyum sorang-sorang, kerut dahi macam ada problem jea.." kejut picah
"woi terkejut aku. Korang nie dah tak pandai nak bagi salam ke?" jawab aku
"wah wah dia yang berangan sampai tak sedar kitaorang balik."nena menjawab
Rasa malas menyelubungi diriku bila tiba waktu pagi....tapi nasib baik hari nie kelas aku start pukul 10 bolehlah aku nak bangun lambat sikit....
"sam, kau nak ikut kitaorang tak pergi kelas?" kejut nana
"taklah aku pergi naik bas hari nie. Korang pergi dulu. Kita jumpa kat kelas nanti." Jawab aku
"oklah kalau gitu. Nanti hati-hati naik bas tau" sampuk nena.
Hari nie terpaksa aku naik bas kalau ikutkan hati mahu jea aku ikut diaorang naik kereta tapi aku penat sangat semalam....so, jawabnya naik baslah aku hari nie....
Setiap hari bas nie akan penuh dengan orang..mana yang nak pergi kerja,mana yang nak ke sekolah,mana yang nak ke kelas dan yang penting mana yang nak pergi ke bandar....
"ada orang kat sebelah kau nie?"Tanya satu suara
"takde duduklah kalau nak duduk"jawab aku
"Thanks...anyway how are today?"Tanya suara tue
"Eh mamat nie tetiba tanya aku ok ke tak nie kenapa pula....kenalpun tak" aku merungut dalam hati
"maksud aku lepas incident semalam kau ok ke?" balas suara tue lagi
Aku terkejut lalu memandang sebelah aku dan yang teruknya dia adalah mamat semalam.....aku hanya boleh melemparkan senyuman aku kepada dia...tak berani aku nak tengok muka dia lepas tue....baik aku pura-pura tidur taklah dia tanya aku macam-macam nanti.
"Eh bangun dah sampai nie. Kau tak nak turun ke?" kejut mamat tue
Aku rasa ada seseorang yang menggoncang badan aku...dengan malas aku membuka mata dan aku lihat aku sedang memeluk tangan mamat tue....dengan pantas aku melepaskan tangan aku dan terus berdiri untuk turun dari bas......
"Anyway thanks cause kejutkan aku tadi....sorry once again aku tak sengaja." Aku memberitahu mamat tue.
Dan yang paling teruk dia cuma tersenyum memandang aku....akupun turun bas demi melarikan diri aku daripada mamat tue...tak tahan aku dia pandang macam tue...
"Hey my name is ejai....only for your information" mamat tue memperkenalkan diri dia kepada aku
Aku terus berjalan tanpa menghiraukan kata-kata mamat tue.....arghhhh malunya aku kenapa nie asyik jadi pada aku?
Hari nie macam biasa. Nasib baik takde homework hari nie dan yang bestnya petang nie kelas batal....bolehlah aku balik tidur kejap lagi....hehehehe..
"opssss, sorry tak sengaja terlanggar..." Pinta aku tanpa memandang tuan punya badan
"It’s okey... Akupun salah jugak sebab tengah jalan boleh main melawak lagi dengan member"balas tuan punya badan tue.
Sebelum sempat aku dan rakan-rakan aku pergi, aku terdengar suara tue bercakap dengan aku.... "Anyway nie dah kali ke tiga kita bertembung....is it right?"
"Third time? Sam what is going on?" serentak nana,nena dan picah mengajukan soalan kepada aku
"So sam is your name?" tanya mamat tue
"Sorry aku kena pergi...bye" jawab aku
Arghhhh malumya...kenapa asyik berlanggar dengan mamat tue je....
"sam siapa mamat tadi? Macam mana kau boleh kenal dengan dia?baik kau bagitau kitaorang" tegas nana..
Akupun terpaksa menceritakan insiden tue pada mereka bertiga.....
Peristiwa tue dah berlalu bagaikan ia tak pernah berlaku....hari ini adalah hari penamat bagi sesi pengajian kami berempat....dan yang paling penting adalah hari terakhir kami bergelar mahasiswa.... aku happy sangat sebab lepas nie takde lagi buku nota....
Apa yang paling menyedihkan adalah kami terpaksa berpisah buat selamanya...lepas nie kami terpaksa bertanggungjawab atas life masing-masing....and this will never be forgetten...

Selang beberapa tahun
Lepas tamat je kitaorang punya pelajaran, aku meninggalkan member2 aku di tanah air dan menyambung pelajaran aku di negara orang.... dah lama aku tak dengar cerita tentang member2 aku... Bukannya tak nak contact tapi masing2 sibuk menguruskan hidup masing2...dan yang paling penting tak lama lagi aku akan pulang kembali ke tanah airku....
Hari ini aku terima email dari member2ku di tanah air...aku happy sebab dah lama kitaorang tak dapat berjumpa so bila dapat email dari diaorang aku happy sangat...rasa macam nak terbang balik je malam nie ke tanah air untuk berjumpa dengan member2ku...tapi aku tetap tabahkan diriku... Tunggu Malaysia kepulangan ku...
Arghhh penatnya hari nie seharian suntuk aku kat dalam kapal terbang...sampaikan rasa nak patah pinggang aku nie... Akhirnya sampai juga aku dekat tanah airku...
"oppss sorry,aku tak sengaja." Kataku
"tak pe tak cedera manapun." Balas mamat tue
Belum sempat aku membelahkan diri aku daripada situ tiba-tiba mamat tue bersuara
"rasanya macam kenallah... Kalau tak silap sam kan?" Tanya mamat tue
Alamak mana pula mamat nie tahu nama aku nie...baru je balik Malaysia dah bikin masalah... Macam mana aku nak larikan diri nie...
"rasanya kau nie dah silap oranglah..." Jawab aku
"Okay okay.. hai takkan dah tak kenal dengan orang yang kau selalu langgar nie?" Tanya mamat tue
Akupun mengangkat kepalaku untuk melihat siapakah gerangan yang menegur aku...tiba-tiba aku jadi terpaku tak terkata apa-apa....masalah muncul kembali....apalah nasib aku nie asyik bertembung dengan mamat nie aje....dah macam takde kerja lain pulak...
"Hello takkan tengok aku pun boleh termenung sampai macam tue.." tegur mamat tue
"Sorry once again.... I have to go now....bye" kataku untuk melarikan diriku
"Hey wait...bila pulak kita boleh jumpa lagi... I mean dalam keadaan yang terancang like a date? " Tanya mamat tue
"kita tengoklah kalau ada jodoh maybe kita boleh keluar sama-sama" jawab aku acuh tak acuh
"Ok aku tunggu waktu tue datang...bye sweetheart" senyum mamat tue kepada aku
"What? Crazy man"aku mencelah
Aku masih tak dapat melupakan peristiwa yang berlaku semasa di lapangan terbang tadi.... secara jujurnya aku sudahpun jatuh cinta pada mamat tue tapi aku tak tahu kenapa tiap kali kami bertembung aku akan jadi tak keraun dan sering hilang kata-kata.... Yang paling teruk aku selalu memalukan diriku di depan dia...
Apa yang pasti sejak dari pertama kali aku bertembung dengan mamat nie aku dahpun rasa satu perasaan yang aneh... Dan sejak dari hari tue sampailah sekarang aku sentiasa merindui dia... Begitu jugakla semasa aku berada di negara orang...
Tiba-tiba telefon aku berbunyi minta diangkat...
"Hello..sam kau dah sampai ke Malaysia?" Tanya picah
"aku dah ada kat airport nie.. kau kat mana? Rindulah aku kat korang semua." Jawab aku
"yeke rindu kat kitaorang? Jangan-jangan dalam hati tue rindu kat orang lain" perli picah
"banyaklah kau.. eh aku nak cari teksi nie.. malam nie kita jumpa nak?" cadang aku
"Ok kita jumpa kat port kita...nanti yang lain aku akan informkan..kau baliklah berehat dulu...bye..miss you" kata picah
"Ok..miss you too" balas aku
"hai takkan rindu kat member kau aje...dekat aku tak rindu ke?" Tanya satu suara
"Apasal pulak orang kat sebelah aku nie...dah gila apa?" bisik aku
"kalau aku gilapun aku gilakan kau.." jawab mamat tue
"Eh kau nie kenapa..kenal pun tidak tetiba aje" marah aku sambil melihat kepada gerangan yang bersifat kurang ajar tue....
"alamak mampus aku...dialah" terkejut aku..
"kau nie garanglah...tapi takpe aku suka.."kenyit mamat tue pada aku...
Aku menjadi kelu tidak terkata apa-apa..rasa nak lari jea daripada situ..belum sempat aku melarikan diri aku terasa tangan aku ditarik....
"apa kau buat nie ejai? lepaslah" kata aku
"opsss sorry...kalau aku tak buat macam nie tentu aku tak tahu yang kau masih ingat nama aku.... tapi takkan kat aku kau tak ingat langsung?" Tanya ejai untuk mendapatkan kepastian
Aku pulak tak dapat nak jawab soalan tue...kalaulah kau tahu tiap hari aku memang selalu ingat kat kau ..tetapi aku tak tahu nak katakan macam mana... Aku harus cari idea nak lepaskan diri aku nie... Tapi macam mana pulak mamat nie boleh ada kat sini...
"Ha...sorry aku tengah kejar masa nie...aku gerak dulu lah yea..." kata aku
"Ok tapi aku nak kau tahu yang aku takkan lepaskan kau macam tue jea" balas ejai
"giler ape mamat nie..." Rungut aku
Malam yang aku tunggu akhirnya tiba juga....malam nie aku akan bertemu kembali rakan-rakan lamaku.. rindu giler kat mereka maklumlah dah berapa tahun tak jumpa...macam manalah diorang sekarang?
"Hoi sam kat sinilah..." Jerit nana kepadaku
Akupun bergerak ke meja mereka.... belum sempat aku sampai dekat mereka tiba-tiba aku dapat rasakan ada satu tubuh yang berdiri tepat dihadapan aku...nasib baik aku dapat elak kalau tak mahu aku peluk tubuh tue nanti..tapi siapa yang begitu berani buat aku macam nie..
"Excuse me kau blocking jalan aku" kata aku
"yeke...sorry memang aku sengaja.."balas mamat tue
"aku takde masa nak main-main... So boleh aku jalan sekarang?"kata aku
Nie memang dah mencabar tahap kesabaran aku nie... Dah blocking jalan aku ada hati pulak nak buat lawak kat sini...takpe kau tengok aku ajar kau sekarang.
"hello encik aku rasa kau nie dah salah stage kot....kalau nak buat lawak bukannya kat sini... Sini tempat orang makan...so boleh ke tepi sekarang? Aku tengah kejar masa nie" kata aku
"kau nie makin marah makin lawa pulak aku tengok" usik mamat tue
"biar aku bagitahu something kat kau...kalaulah cara nie kau guna nak pikat orang baik tak payah...dah basi kau tahu" balas aku sambil melihat ke arah mamat tue
Alamak ejailah...macam mana nie...kantoi aku...kenapalah mana aku ada kat situ dia ada...asyik bertemu dalam keadaan yang selalu memalukan diri aku...malunya...
"hehe...apa yang kau buat kat sini? Sorrylah aku tak tahu pulak kau rupanya" perlahan aku bersuara
"tak pe...yang sebenarnya kawan kau, picah yang kata kau ada kat sini malam nie...tue yang aku datang nie...nak lepaskan rindu kat kau" terang ejai
"picah? Kau kenal dengan picah?" terkejut aku
"kenal sangat... Dia tue adik aku...dan dia yang selalu tolong aku dalam hal nie start daripada first time kita jumpa kat bus stand dekat university dulu sampailah sekarang...."senyum ejai
"jadi semua nie adalah rancangan kau dengan picah? Tapi kenapa? Aku tak fahamlah?" pening aku
"senang je...yang sebenarnya aku dah lama jatuh hati dengan kau sejak mula-mula picah tunjukkan gambar korang berempat dekat aku... Dan sejak tue aku minta tolong picah kenalkan kau dekat aku tapi dia tak mahu jadi aku suruh dia informkan dekat aku setiap aktiviti korang supaya senanglah aku nak dekati kau...." balas ejai
"tapi aku tak tahupun yang kau nie abang picah...sebab masa aku tengok gambar family dia kau punya gambar takdepun yang ada cuma adik dia je" kata aku
"kalau pasal gambar tue.... aku yang suruh picah tunjukkan gambar yang tue kat kau sebab aku taknaklah pasal picah kau nak kawan dengan aku...lagipun masa gambar tue ditangkap aku ada exam..so takdelah aku dalam gambar tue... "balas ejai
"sekarang baru aku tahu...rupanya kau nak mempermainkan dan nak memalukan aku depan adik kau sendiri? Memang aku tak sangka kau nie jenis yang macam tue... For your information aku tak nak kenal dan memang tak mahu kenal dengan orang macam kau nie...." marah aku
"sam nanti...percayalah aku takde niatpun nak permainkan dan juga nak malukan kau depan adik aku...aku ikhlas nak kawan dengan kau...tolonglah sam dengar penjelasan aku nie..." Pinta ejai
"cukup aku dah tak nak dengar apa-apa lagi pasal kau....dan jangan ganngu aku lagi" balas aku
Ya Allah kenapa Kau duga aku sebegini sekali... aku memang tak dapat nak terima semua nie... Tapi aku redha dengan ujian-Mu....
"sungguh aku tak sangka begini jadinya...aku ingatkan kau jejaka idaman aku tapi rupanya semua nie dah dirancang oleh kau rupanya...aku tak nak jumpa kau lagi" kata ku
Aku beredar meninggalkan ejai keseorangan dan masih dalam keadaan yang agak hampa...aku bergerak ke meja kawan-kawan aku yang berada tak jauh dari tempat aku dan ejai bertembung....
"hai guys....miss giler aku kat korang....apa citer terbaru pasal korang" Tanya aku
"hei sam kau kenapa tadi...lama giler kau berborak dengan mamat tue...aku tengok mula-mula ok tapi last last kau marah giler kat dia aku tengok..." Tanya nana
"tade apalah....apa nie aku datang nak jumpa korang tapi korang tanya pasal mamat tue pulak.... tukar topiklah...." kata aku
"Ok ok....kitaorang miss giler kat kau...amacam study kau kat sana ok..."Tanya nena sengaja menukar topik walaupun masih tidak berpuas hati pasal peristiwa tadi....
"aku kat sana ok je...best rasa macam tak nak balik je sini tapi pasal aku rindu tahap gaban dengan korang tue yang aku balik jugak....picah kau kenapa senyap je tak kata apapun dari tadi aku tengok..." Tegur aku
"Eh aku ok lah.... Cuma aku tak puas hatilah dengan kau,sam...." kata picah
"apasal pulak...marah nampak...janganlah marah karang aku suruh saiful pujuk baru tahu" balas aku
"apa nie tiba-tiba saiful pulak kau sebut... Bukanlah, kau lama sangat tadi... Aku dah lapar tau tunggu kau" balas picah
"yela jom kita pergi makan aku belanja kali nie..." Ajak aku
"eh bukan kita nak makan kat sini ke?" Tanya nana
"tak jadi, aku bawak korang tempat yang lagi best...kat sini banyak gangguan" kata aku bila terlihat ejai datang menghampiri kami
"oklah kitaorang ikut je kau yang nak belanja kitaorang" balas picah
Sebelum sempat aku masuk dalam kereta picah menarik tangan aku seolah-olah ada sesuatu yang dia ingin cakap........
"sam aku tak sampai hatilah nak buat abang aku macam nie...kesian pulak aku tengok dia"kata picah
"alah kau jangan risaulah...aku bukannya buat betul-betul...aku suka tau kat abang kau...Cuma aku nak tengok sejauh mana ikhlas dia dekat aku....kau tentu nak tolong aku kan....jangan risau nanti au pujuklah abang kau balik" terang aku
"kalau kau dah cakap macam tue tenang sikit aku...aku akan teruskan lakonan nie....kau pun jangan risau...tapi aku tetap nak minta maaf dengan kau pasal baru sekarang aku bagitahu kat kau tentang rancangan abang aku....aku sentiasa support dan doakan kau dengan abang aku" bals picah
"aku tak kesah lambat atau cepat janji kau bagitahu aku...akupun memang dah lama tangkap cintan dengan abang kau...alah kau pun tahukan...time kasih bab doakan aku"kata aku
"woi apa yang korang borakkan nie...kitaorang dah lapar nie..cepatlah" omel nana dan nena
"yelah kitaorang datang nie...eh picah akupun nak doakan kau dengan saiful hidup bahagia sampai akhir hayat" kata aku
"kau nie sam sempat lagi nak kenakan aku..anyway thank" balas picah
Akhirnya malam nie dapat juga aku menghabiskan masa dengan member-member aku....tak sangka walaupun dah lama tak berjumpa masih banyak lagi perkara yang kami dapat kongsi bersama........ aku memang tak dapat lupakan saat nie sampai bila-bila.... apalah yang ejai buat sekarang....kesian pulak aku tengok dia bila aku buat dia macam nie....dan yang paling aku tak sangka rupanya picah dah lama sorokkan perkara nie dari aku...kalau aku tahu dah tentu dari awal lagi aku yang mengorat ejai dulu... Tapi aku tak kisah sebab aku dapat tahu perkara nie sebelum ejai bagitau aku...kalau tak tentu aku tak dapat nak kenakan si ejai....hehehehe

Seminggu kemudian
Dalam tempoh nie macam-macam cara ejai lakukan untuk memujuk aku tapi aku sengaja tak layan sebab aku nak dia tahu yang aku tak suka ditipu....yang paling pentin tentulah aku nak tengok sejauh mana keikhlasan ejai terhadap aku....aku bersyukur sebab picah sanggup membantu aku dalam hal ini
Akhirnya tiba saat yang aku tunggu...hari nie aku sendiri yang akan pujuk ejai balik....dan aku nak dia tahu yang sebenarnya aku amat cintakan dia...aku ambil keputusan nak telefon dia
"hello, siapa di sana" Tanya ejai
"hello ejai ada?" balas aku
"ya bercakap tapi siapa nie?" Tanya ejai
"hai takkan tak kenal dengan aku? Cepat betul kau lupakan aku?" bals aku
"kau nie siapa? Tiba-tiba aje...aku rasa kau nie dah salah nombor kot...sorry aku takde masa nak layan kau..." Kata ejai sambil cuba untuk memutuskan talian
"ejai nanti...aku nie sam" aku memperkenalkan diri
"sam? Mana kau dapat no. phone aku nie?"Tanya ejai
"picah yang bagi aku"terang aku
"sam kau dengarlah dulu penjelasan dari aku...aku betul-betul sukakan kau...aku takde niatpun nak permainkan dan malukan kau....tapi kalau kau tak dapat nak terima aku....aku akan berundur dan aku takkan kacau kau lagi...tapi tolonglah maafkan aku"jelas ejai
"ok aku maafkan kau...aku nak kau tahu sebenarnya akudah tahupun perkara yang sebenarnya daripada picah sendiri" kata aku
"apa? Kau dah tahu tapi kenapa kau marah aku masa tue?" ejai meminta penjelasan daripada aku
"aku sengaja buat macam tue sebab aku nak tahu sejauh mana kau ikhlas dengan aku seperti yang kau cakap dengan aku....anyway aku dah pun maafkan kau...aku buat macam nie pun aku nak bagi kau tahu betapa susahnya kalau kau cuba dekat dengan aku melalui cara yang kau buat tue...sebab aku lebih suka kalau kau datang dan berterus terang dengan aku....lagi buat aku bertanbah sukakan kau" terang aku
"jadi kau pun sukakan aku?" balas ejai
"yup" kata aku
"boleh aku tahu sejak bila?"Tanya ejai
"itu rahsia tapi kalau kau nak tahu....kita jumpa kat taman dalam masa 10 minit....kalau kau sampai dalam masa tue aku akan bagitahu segalanya tentang perasaan aku....boleh"kata aku
"baik aku setuju"balas ejai
"ok 10 minit dari sekarang" cabar aku
Belum sempat aku matikan talian aku terdengar suara di belakang aku.....dan bila aku menoleh ejai dah ada di belakang aku
"now aku dah ada kat sini....sekarang giliran kau pulak" kata ejai
"untuk apa?" Tanya aku
"untuk meluahkan perasaan kau terhadap aku....dan aku nak tahu segala-galanya" senyum ejai kepada aku
Itulah kisah cinta aku dan ejai akhirnya aku dapat bersama dengan ejai dalam melalui ranjau kehidupan ini....aku amat berterima kasih kerana picah sanggup menolong aku dan ejai sampailah hubungan kami seperti sekarang....hidup member-member aku pun bahagia disamping insan yang diorang sayang... Yang paling aku tak sangka hubungan picah dan saiful yang dulunya bagaikan musuh paling ketat berakhir dengan perkahwinan...akhirnya impian nana menjadi kenyataan bila lelaki yang dulunya paling glamour masa di universiti menjadi suaminya seperti yang dia pernah bagitahu kami semua.... nena pulak bahagia dengan jodoh yang memang dah ditetapkan oleh family dia masa kecil dulu... Lagu taman rasidah utama tetap menjadi tugu cinta dan lambing persahabatan antara kami sampai bila-bila........
"hai apa yang sayang abang menungkan tue? Dari tadi tak kelip mata tue? Ingatkan abang ke?" usik ejai
"adalah abang nie...sayang tak sangka akhirnya kita bersama jugak...." kata ku
"abang lagi tak sangka" senyum ejai
"abang"panggil aku
"ye"jawab ejai
"sayang nak abang tahu yang buat selamanya sayang cintakan dan saying akan sentiasa bersama abang" kata aku
"abangpun sama jugak macam sayang" balas ejai
Terima kasih ya Allah...sememang Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umat-Mu...aku betul-betul bersyukur ke hadrat-Mu.... Amin

Read More..
 
Cerpen : Itally London Ukraine (II) : ArBSCaNe

"Write chemical equations for reactions in stages II and IV." Puan Norhayati membuang pandangan ke arah seisi makmal chemistry. "ALLAH! Senang jer." Puan Norhayati menulis sesuatu di papan putih. "stage II: SO2 + O --> SO3. stage IV: H2S2O7 + H2O --> H2SO4. paham dak?"
Anne tekun mendengar sambil otaknya cuba menghadam apa yang cikgu tengah tulis. Bincang pasal kertas ujian bulan satu sebenarnya. Terkantoi soalan tu. Hehe.. Apa la Anne. soklan mudah pun boleh kantoi!
Menda alah ni pun tak dapat pick up lagi ke? Billy duduk merenung luar tingkap. Bosan nyer..
"Paham!!!" seisi kelas menyahut.
"cikgu yang tu kan, kenapa jadi macam tu?" Syifa bertanya dengan muka berkerut.
"Yang ni kan dah belajar tahun lepas.. Takkan tak pass lagi? macam mana nak SPM ni nant.."
TUK! TUK! TUK!
Puan Norhayati terhenti. Kemudian memandang KP (Ketua Pelajar. Kalau kat sekolah lain prefects.) yang berada di luar kelas. Cikgu mengangguk. Rihana masuk. "Assalamualaikum cikgu. Nak jumpa Amira Nur Farihana bt Adlan."
Anne yang masih lagi tunduk menulis sesuatu kekal tunduk. Dah macam inertia la pulak. Body at rest tends to stay at rest. Haha. ada kena mengena ke? Macam ada jer.
"wei Anne." Dell menyiku Anne.
Anne muka tak paham. Blank. Semacam.
"Ada orang nak jumpa." Dell menunjuk ke arah Rihana dengan pensil tekan.
"ouh." Anne bangun dan berjalan menuju Puan Norhayati yang tak pakai spek hari tu kemudian meminta izin dan terus menghilang bersama Rihana.
"Menda?" Anne bertanya pada Rihana. Masing-masing sedang berjalan ke hujung tingkat dua blok Bima Sakti. Ni dah macam.. nak bawak aku gi jumpa..
"Ketua guru disiplin." Rihana jawab. Serius. Ustaz Solah namanya.
***********

"Mana la nak tersedak ustaz. Nak tergelak ada la!" Anne meneguk ais blended. Kalau masa tu aku tengah minum air mungkin la kut. Dell, Paan, Skin dan Syifa gelak jer. Masa rehat biasalah tu. Bising tu memang common. Ustaz nak Anne jadi pengawas. Macam lawak.
"Lepas uh kau cakap apa?" Paan menyuap mee sup dalam mulut.
"Ustaz, hari ni, saya rasa saya kena jumpa pakar telinga la ustaz." Anne buat muka serius.
Sekali lagi meja tu pecah dengan gelak.
"Gila berani." Skin masih lagi menekan perut. Sakit perut aku gelak!
"Tapi yang tawaran second tu kau terima x?" serius Dell bertanya.
***********

"Kau ke yang cadangkan dia?" Bonzer memandang Billy.
"Ha'ah. Macam kesian jer tengok markah koko dia." Billy jawab sambil makan biskut.
"ke......" mata Billy memandang Bonzer yang tengah baring kat atas lantai dorm. menunggu Bonzer menyambung ayat. "...kau dah suka kat dia?"
Billy tercekik biskut.
*********

"Boleh la ye bu?" Anne kelip kelip mata macam Shin chan nak mintak mama dia benda.
"Duk sini okey je kan?" Puan Noraida mengangkat kening. Pandangannya mengalih dari sayur sawi yang sedang disiang ke Anne yang tengah duduk di meja makan.
"Tapi bu.. pengalaman sekali seumur hidup bu." Anne menapak ke arah ibunya. "Lagipun, cikgu yang kata ada kosong. Boleh la bu.."
"Tanya yah." Puan Noraida memutuskan. Menyambung kerja-kerja menyiang sayur. "Ibu tak kisah. Ibu on je." Puan Noraida menarik senyum ke arah Anne.
Anne sengih. "Saaaaaayang ibu." Pipi Puan Noraida dicium. "Yaaahhhh..." Anne berpaling menuju ke ruang tamu.
***********

"Aku dorm sama dengan kau la Dell! Syok aaa!" Anne memaut bahu Dell.
"Wei, tudung aku dah tak cun aaa..!" Dell senyum gembira. Tangan membetulkan tudung yang dah tak cun."Mesti best kan. Eii, tak sabarnya. Bila nak masuk asrama?"
"Jumaat ni." Anne sengih.
************

Billy berkerut. ALLAH! Nak keluar dah ni. "Diak toilet."
Diak angguk.
Sakit mak.. Billy berjalan cover habisan. Tapi sangat cepat. Cepat nak arwah. Alim sikit bahasa tu. Hehe.
"Tu la pasal.. aku pun tak sangka ada kebetulan macam tu." Anne bercakap. Matanya meniti anak tangga. Baru lepas jumpa cikgu Gayah kat bilik unit kokurikulum kat tingkat dua.
Anne dah transformer dah.. baju dah tukar colour. Dah majuuuu..KP la katakan.. ketua pelajar a.k.a prefect. siap tittle budak dalam lagi. Budak asrama la maksudnya.
Tangga.. tangga.. tangga puteri je la! Billy mengambil selekoh tajam dan terus menuruni tangga puteri. "Excuse."
Eh! Dia? Anne himpit ke tepi sebelah kanan. Dell ke kiri rapat ke dinding. Billy lalu di tengah-tengah. Muka macam berkerut semcam jer. Dell dan Anne sama-sama berpandangan. Dell berkerut kening. Pelik KU neh. dan kaki terus menghayun langkah yang terhenti tadi.
Anne sengih Nenek Black Magic. Habis la kau KU.. berkakai lebar lah sangat.. langgar jugak peraturan sekolah! Apa kes putera lalu tangga puteri? Hehe.. Anne senyum. Walaupun tak tertulis dalam buku peraturan yang putera tak boleh lalu tangga puteri, namun aku rasa bertanggungjawab untuk memelihara tangga puteri dari dicemari oleh kaki-kaki putera. Elemak! Bahasa buku la pulak! Anne menggeleng sendiri.
"Kau pahal?" Dell memandang Anne pelik. Sengih sensorang, geleng2 kepala. Ish! Demam ke? tangan Dell naik ke dahi Anne.
******************

Peperiksaan percubaan SPM..
Bismillah.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Surah al-Fatihah dibaca. Anne menadah tangan berdoa. Selesai ummul kitab, surah al-Insyirah, kemudian ayat 81 dari surahal-Anbiya’. Anne mendahului dan menutup doa dengan puji-pujian bagi ALLAH dan selawat ke atas Rasul. Bismillah.. tangannya menyelak kertas satu Chemistry. Ya ALLAH, permudahkanlah bagiku.. dan mata pencil menari di atas kertas OMR.
"Pssst.."
Anne mengangkat muka. Pandangannya terarah kepada suara tu. Apasal?
Kertas aku jatuh bawah kerusi kau. Kena tiup angin tadi. Billy meluruskan jari telunjuk kea rah kertas Chemnya.
Eh? Anne tunduk menjenguk bawah kerusi. Oh.. Anne mencapai kertas jawapan itu. Nah. Kertas dihulur.
Tangan Billy baru hendak menyambut kertas itu dengan senyum lega. Thank you Amirah Nur Farih..
"Awak meniru ya Farihana?!" Suara cikgu Mai memetir.
Anne yang masih memegang kertas Billy dan Billy yang sedang memegang kertas Billy sendiri memandang cikgu Mai yang berada di belakang, ditengah-tengah antara kerusi Anne dan Billy. Seluruh isi dewan mengangkat muka dari kertas soalan. Ratusan biji mata memandang Cikgu Mai.
"Cikgu, kertas dia.."
"Cikgu dia tolong ambilka.."
Cikgu menggeleng sekali. "Billy Zachuan Abdul Aziz, Amirah Nur Farihana Adlan, kamu tak boleh ambil peperiksaan ini." Muktamad!
"Cikgu!" serentak Anne dan Billy bersuara.
Cikgu mematikan kata mereka dengan pandangan mata yang macam naga tu. "Bilik saya."
Billy dengan Anne berkerut.
"Now."

"Fine! dia tiru saya!" Dada Billy ganaz berobak. Berapa juta kali aku nak kata Anne tak tiru aku? Sabarnya sudah menipis. Anne tak meniru!
Anne tersetak. Dia memandang Billy di sebelah. Apasal aku pulak? Muka merah gila. "Wei, aku tau aku siapa! Tak sepandai kau. Tapi aku tak meniru! Aku tak pernah meniru! Never!" Tegang wajah Anne ketika itu.
Billy berkerut serba salah. Patutnya aku tak yah cakap camtu.. "Wei, ak.."
"Sudah! Sudah!" Cikgu Mai tinggi suara. "Anne, takkan awak nak kata KU meniru pulak?" Nada sinis tu terasa macam menyalai hati Anne. Puan Maisalamah, cikgu ingat KU bagus sangat?! Perlu ke nak side manusia yang menuduh orang lain buat salah?
Anne rasa macam nak nangis. Anne menundukkan kepala merenung genggaman tangannya di riba. Kalau ni exam pertengahan tahun tak pe, tapi ni trial. TRIAL SPM! Takkan sesedap rasa je nak burn kertas chemist cam tuh? Penat gila aku baca! Billy kejam!
Anne, sabar Anne. Takkan kau nak nangis depan cikgu? Depan Billy? Nak malu sepuluh abad ke? no! kau kuat! boleh buat. ALLAH takkan bebankan kau dengan something yang kau tak mampu. Yakin je la. ALLAH tau kau. Biar la pun kalau cikgu Mai nak kata apa.
Anne mengangguk dalam hati. Ya. Biarlah. ALLAH tau. ALLAH tau aku tak salah. Anne mengangkat muka. "Cikgu, saya tak meniru dan saya takkan mengaku saya meniru sebab saya tak pernah meniiru." Anne menghela nafas. Serius. "Biar apa pun cikgu nak kata, ALLAH tau siapa yang betul dan siapa yang salah." Billy terpempan. "Saya mintak maaf jika terkasar bahasa. Waktu exam chemist paper 2 nak mula. Saya mintak diri."
************************

Dell buat muka pelik. "Wei Anne, bangun." Tak pernah dibuatnya Anne tidur awal. Selalunya lepas baca al-Mulk mesti bukak nota bio. Tapi ni bukan bukak. Ni tidur bersama buku bio! Ish! Anne ni pahal. "Anne,, kau kenapa ni?" Dell duduk di sisi Anne yang masih baring membelaknginya dengan nota bio menutup muka. "Anne,,, please. Jangan macam ni.."
Dell sori, aku tak dapat nak tutup paip lagi. suara Anne hanya bergema dalam hati. "Takde pape. Tension la asyik studi jer. nak lelap jap." Anne menelan liur. Menipu.. sori Dell. "kejut aku lagi lima minit." Datar suara itu menutur.
"Anne, kau sedih pasal markah chem kau eh?" Dell mengelus rambut Anne. Anne senyap. "Tak pe la.. aku percaya kau tak salah. I’ll stand beside you no matter what." Anne jadi tugu negara.
Mana tak sedih. Tadi dapat markah chemist. Chemist aku 69! Billy 98! Bayangkan markah chemist tanpa 50 soalan objektif? 50 markah burn camtu jer. Cikgu Mai tak adil. Billy boleh repeat paper 1 chem. Aku tak boleh. Kenapa dia mesti pilih kasih? Bukan cikgu jadi pelindung budak2 kat sekolah ke? cikgu Mai bukan ada masalah dengan aku pun. sihat walafiat je masa belajar sejarah dengan dia. Air mata Anne mengalir lagi. tau la aku bukan teacher’s pet. Aku pun taknak jadi teacher’s pet pun! tapi ni diskriminasi antara murid!
"Anne,,, jangan la macam ni.. aku nak jadi kawan kau through thick and thin." Lirih Dell bersuara. Budak2 dorm dah selamat naik kapal mimpi.
Ah.. Dell.. setianya seorang kawan. "Dell, aku okey la.." tapi paip air mata ni loose. Tak dapat nak tutup. Menyampahnya tengok muka billy dalam kelas. Rasa macam nak kelar2 dengan garfu DM! eiiii!!!! Kejam! Menuduh perempuan baik meniru!
"Anne. Okey ke tak ni?" Dell memaut bahu Anne. Dell memang tahu Anne paling suka kat Chemistry. Anne pernah kata, "Chemistry lah creature paling handsome pernah aku jumpa!" Periodic table memang dah khatam, memang dah hafal, memang tutup mata pun boleh lukis balik sebijik macam periodic table yang lengkap gila. Matapelajaran yang Anne takkan tidur. Sepanjang dua tahun kat sekolah, masa chemist memang Anne paling khusyuk. Paling paham. Paling happy jer masa belajar.
"Okey, la.. nak tido jap. Karang kejutkan aku pukul 4.30. kita qiam macam biasa pastu sambung studi." Anne bercakap tanpa memandang Dell. Nota bio masih menutup muka. Rasa-rasa paip dah mula slow mengalir. Takpelah Amirah Nur Farihana,, reda jelah. Ada hikmahnya. Hmm.. aku reda. tapi Billy tetap manusia paling aku benci dalam dunia ni lepas george bush dengan orang israel dengan abu jahal, abu lahab, yahudi dengan nasrani!
Dell masih tak berganjak dari tempatnya. "Anne."
"Hmm.."
"betul ke kau nak tidur dengan encik bio?"
"bole jugak.."
**************

Semua tunduk. Sambung balik baca QS. Dorm Archimedas tu hanya ada Dell, Anne, Skin, Paan, Ayan dan Syifa. Budak-budak lain dah balik rumah cuti akhir tahun. Tinggal budak-budak form five jer. SPM lagi tiga hari. Peace. Takut!
"Aku tertekan aa.." Ayan bercakap pada buku QS di riba.
"Aku terpijak aa." Skin buat muka tertekan.
Serentak semua tergelak.
"Aku terpenyek aa..." Paan pun join jugak.
Gelak lagi.
Senyap balik. Semua menumpu pada hafalan yang tergendala. QS dengan Syariah tinggal nak ulang balik je ni. Semua subjek dah start hafal betul-betul lepas trial hari tu. Bios logos punya paper lagi dua minggu. Minggu depan kertas yang ringan-ringan jugak lah. Tapi yang ringan-ringan kalau tak ambil berat pun tak boleh jugak. Karang yang subjek sains dapat 1A, bahasa Melayu pulak kantoi. Buat malu Hang Tuah sungguh la.
"Aku tak sabar nak habis SPM.." Skin mendongak ke siling. Boleh patah leher kalau asyik tunduk aje!
Lima kepala angguk. "Emm!" Mata masih bertumpu pada QS.
"Korang nak kahwin umur berapa?" Skin memandang jadual SPM di tepi katil.
Lima kepala angkat muka on the spot.
"Umur 23." Paan senyum.
"24." Dell sengih.
"25. Ikut sunnah." Ayan senyum nampak gigi.
"Ha’ah.. Rasulullah kahwin umur 25 kan, dengan Siti Khadijah." Skin angguk dua kali tanda faham. "Kau Anne?"
"Lepas dapat result." Anne bercakap pada buku.
Huh? Muka semua penuh dengan tanda ‘?’
Dan Semua gelak tak dapat tahan.
"Buat lawak betul." Paan sambung gelak.
"Sakit perut aku gelak." Skin tekan perut guna tangan.
"Pipi aku sakit jugak." Dell pegang pipi. Macam kena botox la pulak sakit pipi bila gelak.
"Kau nak nikah dengan siapa nanti?" Ayan terguling-guling atas katil. Gelak sakan.
Anne nyata masih dengan muka toya. Menjongkit bahu kemudian beralih ke tajuk QS seterusnya. "Tengok jela."
Dell pandang Paan. Paan menghantar pandangan ke Skin. Skin angkat kening ke Ayan.
"Serious ke Anne?" Dell memegang bahu Anne dengan tangan kanan sambil mata tepat memandang mata Anne. Macam nak mencari kejujuran lah konon.
Anne masih tak beriak. Empat pasang mata tu memandang Anne dengan perasaan curosity yang membuak-buak.
"Kau biar bonar.." Ayan dah keluar sleng Minang dia.
"Gila!"
"Awal tak agak.." skin buat muka kesal. Siap geleng kepala lagi.
Anne tak dapat menahan diri dari tersengih. "Hee.. joke je.." Tapi ibu jugak yang kata kalau nak fly overseas kena berteman dulu. Teman sehidup semati. Macam seram je nak kahwin ni.
"Kau.." Ayan mengangkat telunjuk ke muka Anne. "Kalau makbul karang.." Anne dah menepis telunjuk Ayan.
"Apa?" Anne berkerut.
"Jangan lupa jemput aku makan nasi minyak." Ayan sengih.
"Keh! Ingatkan amende.." Anne dah lega.
"Pastikan pengantin lelaki tu......" Anne berkerut pandang Paan. "...Billy..." Paan menyelit rambut ke belakang.
"Mintak dijauhkan!" dan bantal spongebob pun melayang ke arah Paan.
************************

Dua tahun lepas result SPM keluar...
"Lama gila tak keluar sama-sama!" Dell dah teruja habis peluk2 dorang depan orang ramai kat tingkat 3 sunway piramid. Gila malu!
"wei aku nak tong oxygen!!!" Anne dah rasa macam nak kena asma. "dah cukup2. karang tak sempat main lak kat sini." Pelukan dilepaskan.
Dah setahun tak keluar sama-sama lepas amek result tahun lepas. Alhamdulillah, semua straight A’s! omedeto! Gila pandai! Masa jumpa tahun lepas, macam-macam cerita keluar.
Adila Adelila si anak sedara Galileo Galilei (bajet gila Dell masa aku buat statement uh). Pandai gila physics! Dell dengan cerita jadi orang gaji kat rumah sendiri. Fuh! Gila penat dia kata. Tapi tetiap minggu dapat duit aaa.. seminggu rm500. comey doh bapak dia. Duit berkepuk2. tapi moral of the story yang Dell dapat is jadi suri rumah is soooooo tired! Tetiap masa kena wat kerja.
Nur Farhana Mohd. Rakbi a.k.a Paan, jadi mechanic kat bengkel abang dia. Siapa sangka budak pempuan bertudung boleh menyarap-nyarap bawah kereta check benda2 yang tak kena. Siap ada mamat mana tah propose dia sebab impress ada pempuan boleh buat kerja laki.
Syifa Shahrul, si Syifa, main saham kat rumah. Trade? Traiding? Mendetah. Tengok2 sok untung sampai 700 ribu pound. Esok2 pulak rugi sket. Sok2 untung balik. Aku pun ta paham main ape benda. Tapi nampak cik kak tu senyum ke telinga je setiap hari.
Cell kulit mati, Sakinah Ridzuan or Skin plak jadi cikgu. Segala jenis cikgu dia bolot! Cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, ustazah tahfiz, cikgu tuisyen, ustazah ngaji,,, semua lah! GiPang betul la.. gila pangkat.
Anne pulak jadi tukang masak kat restoran pak ngah dia. Fuh~ jadi chef dah sekarang. Semua dia reti masak. masakan thai, barat, timur, tengah laut, perancis, italiano, kek, biskut, roti.. etc,etc. Hebat betul! Tapi..
"Karang aku nak pergi dah." Anne menutur perlahan.
Hmm.. semua senyap.
"Kena pisah eh?" Skin sengih sedih.
Huh.. senyap lagi..
"Ala lepak aaa.. macam nak keluar gi belajar kat zuhal je. UK tu dalam bumi aaa.. kau berenang merentas laut karang sampai la. aku tau kau rindu aku.." Anne mengusik. "Ala, macam kau tak fly jer."
Skin sengih. "Karang kita gi umrah sama-sama tau."
"Hmmm!" serentak semua mengia.
"Wei, aku teringin main ice kating macam time kita outing form 4 dulu." Paan memandang Syifa, Dell, Skin dan kemudian Anne.
"Kau neh..! memang la kita datang sini nak main skate." Syifa kata.
"Tapi aku serik jugak la weh." Anne tiba-tiba suara macam kesal semacam.
"Ape?"
"Karang jatuh lebam lagi macam hari tu. Seminggu aku tidur senget ke kanan tau!"
Ketawa. Kaki dah sampai pintu masuk ice skate.
"Orang kaya belanja." Anne pandang Syifa. Yang lain pun pandang Syifa.
"Wei,,,,,,,,,,,,,,,,," terketar2 Syifa keluarkan not2 rm50 dr purse.

"Wei korang." Anne panggil.
"Hmmm?" Semua bley ckp hmm je. Syifa, Skin, Paan, Dell, Anne pegang tangan sama2. kalau jatuh kat ice ni, macam domino la. licin! Licin! Macam nak terbalik je. cepat2 Skin mengemaskan genggaman tangan Paan dan Syifa.
"Aku nak bagi tahu ni." Anne jalan sikit2. yang lain pn same. Gila licin menda neh. tangan Anne macam nak loose. Dell pegang kasi kukuh.
"Ha." Semua jwab serentak. Semua pun berkerut-kerut tahan kasi tak jatuh. Dell yang berada paling tepi memegang tepi gelanggang ice kating uh kuat2. Ya ALLAH selamatkanlah kami dari jatuh buat kali ke 25!
Anne cuba imbang badan. ALLAH! Licin gila. Wuuuu..jangan jatuh.. jangan jatuh.. "Aku nak kahwin."
Serentak semua terjatuh masa tu.
"Kahwin???"
***********

"Bu, kalau tak tu.." Anne dekatkan jari telunjuk kanan dengan kiri banyak2 kali dekat depan ibunya. "..tak boleh ke? orang lain pergi je overseas, selamat je balik malaysia balik walaupun tak kahwin sebelum pergi sana." Anne buat muka convincing gla-gila. Haraplah ibu aku ni boleh terconvince. Amin!
Puan Noraida pandang Encik Adlan. Encik Adlan macam memeikir sesuatu. "K-Na, yah dengan bu risau sebenarnya. Kalau jadi apa-apa kat sana takde orang yang kami percayai untuk jaga K-Na."
"Tapi yah, takkan la sekarang?" Anne buat muka tak percaya. "Sekarang. Umur 20? Awal sangat!"
"ibu kahwin dengan ayah umur 18 lagi tau. Lepas SPM punya result terus kahwin. Okey jer.." Puan Noraida pulak buat muka convincing. Harap-haraplah anak aku neh terconvince. Amin!
"Ala K-Na. kahwin je. k. a. h. w. i. n. apa benda yang K-Na risau sangat neh..?" Mayam sengih nakal pada Anne. Pantas tangan Anne memiat lengan Mayam. Adik Anne. "sakit la K-Na! habis lah hubby K-Na nanti,,," Mayam buat muka tak boleh blah.
"Bayam! Kureng tol!" Anne geram. Bantal kusyen dibalingnya pada adik.
"Gaduh pulak dah." Puan Noraida menegur.
"Habis tu, K-Na kena kahwin dengan siapa?" Anne tanya. Muka terpaksa terima hakikat perlu kahwin before terbang ke UK. Tapi since ibu pun dah bagitahu awal-awal pasal menda kahwin ni, so macam boleh fikir dan digest la awal-awal jugak. Anne merenung ayah dan ibunya.
"Billy Zachuan Abdul Aziz." Encik Adlan jawab. Anne terus pengsan.
****************

"Jumpa balik kat tempat ni lagi lima tahun." Anne memutus.
Billy memandang sekitar. Cantik. Taman bunga. Lepas kahwin hari tu, dorang terbang pergi UK. Atas permintaan Billy, Anne terpaksa jugak jalan-jalan dengan Billy lepas dah sebulan belajar dekat Uni. Asyik terserempak jer dengan Billy ni kat library. Room-mate Anne yang lain langsung tak pernah tau dia dah kahwin. Tapi Dell, Skin, Paan, Syifa dengan ex-5 K tau la.
Oleh sebab ibu bapa kedua-dua Anne dan Billy tu kawan, dan kebetulan anak mereka dapat tawaran pergi ke negara yang sama untuk further study, dan kebetulan jugak waktu terbang yang sama, maka termeterailah ikatan perkahwinan antara Anne dan Billy. Nak tak nak, kena nak jugak. Puas dah Billy solat istikharah. Jawapannya Anne jugak. Tapi dia tahu, takkan lah si Anne tu setuju nak kahwin dengan dia. Tengok-tengok Anne setuju. Hush! Tak sangka!
Anne dilemma. Berulangkali ayat 216 dari surah kedua dalam al-Quran dibaca.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pahadal ia amat baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Solat istikharah pun dah buat banyak kali. Tak sangka jawapan dia Billy. Tapi dia serahkan semuanya pada ALLAH. Okey, fine. Kahwin!
"Lagi lima tahun?" Suara Billy kedengaran. Matanya masih pada bunga-bunga yang bermacam warna. Subhanallah. Cun!
"Hmmm." Anne memandang pada sepokok bunga ros yang berwarna merah dalam kalangan kelompok bunga ros kuning. Tu di tanam ke tumbuh sendiri tu? Kontra betul. Anne senyum sendiri. Comel jer kat tengah-tengah warna kuning tu.
Tiba-tiba ada orang petik bunga ros merah di antara bunga ros kuning yang sedang di pandang Anne. Hilang lenyap terus senyumannya tadi. nafas hampa dilempas kasar. Biar kat situ je kan okey. Rungutnya sendiri.
"Nah." Anne berpaling ke kiri. "Untuk you." Billy senyum sambil menghulur bunga ros merah yang baru dipetiknya tadi.
Anne hanya memandang. Laa.. dia ke yang petik. Anne buat dunno. Pandang taman bunga tu. Tapi tangannya capai jugak bunga ros yang Billy kasi!
Billy sengih. Laa.. ingat kan tak nak amek. "I’m sorry." Billy berhenti. Ingin melihat reaksi Anne.
Anne tugu negara.
"Sorry pasal markah chemist masa form 5 dulu. I know how sellfish I was bila buat camtu kat you. Jadi pengajaran dekat I sebenarnya." Billy terus merenung Anne yang sedang memandang bunga-bunga. Baru sedar! Pimples dia dah hilang! "you.. maafkan i?"
Huh! Kau buat aku nangis tiga hari tiga malam pasal chemist aku tu tau tak?! "hmm." Anne mengangguk sedikit. tapi bila pikir-pikir balik, macam terlalu tak matang lah pulak nangis sebab markah exam. Macam tak pernah fail jer. haha.
Billy mengucap syukur dalam hati. Dah maafkan pun! at last! "jumpa lagi lima tahun ey?"
"yer la."
"so I nak your phone number, akaun number, email. Karang senang nak bagi duit tiap2 bulan."
Anne duduk di bangku yang tersedia. "Ada kertas?" anne bertanya. Billy duduk di sebelah. Bunga ros tadi tu letak kat atas riba. tangan Anne mencapai pen dalam beg selempang.
"tak ada." Billy menghulur tangan kanan. "Atas tangan je la."
Eh? Seram la pulak! Tapi Anne buat muka selamba dan menulis menda-menda yang Billy nak tau.
Mak aih! Lembut nya tangan! Billy merenung wajah isterinya. Dah beristeri aku.. tak sangka.. Anne,,, "I love you.."
Anne terkaku kejap. Berdebar-debar jantung rasanya. Tapi terus disambungnya kerja-kerja menulis di atas tangan Billy. nak, tak nak. Nak, tak nak. Nak la! Anne berkira-kira di dalam hati. Mata pennya berlari menulis Fe Li Be. Harap-harap Billy tak paham!
"dah." Anne mengangkat muka dari tangan Billy. Matanya bertembung dengan mata Billy. Jantung macam terskip satu beat. Okey, Anne. Pandang tempat lain! kalau pandang lama-lama mau tak berdegup jantung!
"okey.. thanks."
"hmm.." Anne dah bangun dari bangku.
"See you next five years!" Billy turut bangun sambil memandang Anne.
Anne tak tau ekspresi mukanya apa kala ini. "okey." Dan Anne berjalan pulang ke library. Matanya lekat pada bunga ros ditangan..
Billy merenung tulisan Anne di tapak tangan kanan. Fe Li Be? Ape neh?

Fe- Iron
Li- Litheum
Be- Berylium.

extra.

"Eureka!" Dell naik suara. muka Dell memang serupa dengan Galileo Galilei masa reka jam menggunakan bandul untuk mengukur pergerakan masa siap. Jam pertama yang boleh di harap waktu tu.
Anne pandang Dell dengan pandangan senget. betul ke idak kawan aku neh? tadi tekan-tekan calculator bagai nak rak. lepas berkerut semacam macam fikir penyelesaian kes conan. hesh! aku risau dengan Dell neh. "Kau kenapa Dell?"
"Wei, kau tengok neh. aku jumpa penemuan yang baru!" Dell gembira semacam. "Tengok haa..." Dell menulis sesuatu di atas buku nota.

Ar + B + S + Ca + Ne
RAM Ar, 40; B, 11; S, 32; Ca, 40; Ne, 20.
143= I love you.
Ar + B + S + Ca + Ne= 40+11+32+40+20=143

therefore, ArBSCaNe=I love you=143.

Ar argon, B boron, S sulfur, Ca calcium, Ne neon.

Anne berkerut pelik. "Mana kau jumpa neh?"
"Hey, ni anak sedara Galileo Galilei la...!" Dell dah start dah...

Tammat

Read More..
 
Cerpen : Sudah Tiada Tunasnya

Sekelip mata sahaja raut wajah itu berubah rupa.Kalau tadi bagai tiada masalah tapi kini bagaikan Tsunami yang melanda.Ada sesuatu yang diselindungkan dari dua mata itu,sementara sang gadis diam membisu.Bukan niatnya buat lelaki itu jatuh rahang dek terkejut dengan rancangan yang kebetulan jadi itu.Si gadis pun tidak menyangka apa yang dihajati termakbul walaupun dia sebenarnya tak mahu lagi ada pertalian atau bersemuka lagi dengan lelaki yang pernah buat dia menangis.Sesungguhnya dia merindui wajah lelaki itu.Wajah lelaki yang pernah melabelnya ’perempuan murah’.Lelaki itu yang pernah mencintainya itu mudah sekali berubah setelah masalah melanda.Dia rela memilih pilihan keluarga,dan atas rela si gadis itu merelakan walaupun baginya lelaki itu ’Cinta Pertamanya’.Namun semua sudah ketentuannya.walaupun dia menyayangi lelaki itu,tak mungkin kembali.Lagi pun prinsip hidup,BERCINTA BUKAN MEMILIKI.Walaupun dia pernah berjanji cinta,setia,itu hanyalah palsu.Seandainya sudah memiliki pun dia pasti mudah goyah kalau hatinya tak teguh.

"Wah....macamana sekarang."soal rakan kepada sepupu yang berada sebelah.Aku yang memakai baju ala-ala kimono berwarna merah dan seluar putih dan bertudung dipandang jauh oleh rakan sepupuku yang tadi.Sempat pula tu main mata dan kenyit-kenyit.Nakal betul lelaki zaman sekarang.

Hish...aku sepak karang mamat nih.Ada kena serampang dua mata jugak.Tak tahu ke aku pernah ambil silat chimande Malaysia ni. Nak try meh lah
Getus hatiku.Sepupuku bercerita serba sedikit apa yang ditanya rakannya itu.Sepupuku ini pendiam orangnya.’Mulut Emas’ kata orang.Kalau nak cakap biarlah yang penting sahaja.Kadang-kadang boring jugak,sebab aku ni becok jugak,tapi tak lah lazer.Namun,aku dah cukup masak dan empuk dengan sikapnya itu buat donno ajelah.

Dari jauh aku dapat lihat anak matanya memandang tepat kearah ku.Naik rimas pulak aku.Nak makan pun tak senang.Konsentrasiku hilang tiba-tiba.Menyampah ada,rindu pun ada.
Bunyi kompang bergema.Rombongan ahli kompang dan sepasang pengantin dua sejoli berbaju berwarna biru laut melalui gerbang pintu.Sebenarnya kami dalam majlis perkahwinan rakan sepupuku.Agak pelik jugaklah sebab kami sudah buat keputusan tak pakai baju kurung,bukan melanggar adat tapi memandangkan kami nak melawat Bandar Melaka bersejarah jadi kami menimbangkan agar memakai baju paling ringkas dan sopan.Bak kate orang pun,menyelam minum lah ayaq sekali...bukan selalu.Ea dak??Kami mencari tempat untuk menjamu hidangan buffet,aku bangun untuk menambah sedikit lauk ayam masak merah kegemaran ku.
Alamak......diapun bangun jugak.aduhai....
Aku bagai tahu apa akan terjadi seterusnya.Dia berdiri sebelahku.Jangkaan ku tepat.
"Assalamualaikum.."
Aku hanya menjawab dalam hati.Entah mengapa aku diserbu marah dan menyampah bila wajah itu telah mendekatiku.Teringat kata-kata yang pernah terlontar dari bibir lelaki itu.
"Ayuni...apa khabar?"soalnya cuba berbicara.
Aku buat endah tidak sahaja,kerana dibelakangku ramai beratur menunggu giliran ingin mengambil hidangan.Segera aku ke mejaku tadi.Diapun disebelahku,rakan sepupuku hanya memandang seribu bahasa lakonan kami tak berbayar itu.
“Ayuni...awak apa khabar?"soalnya lagi tak jemu.Nak layan ke tak eh...ish...macamna ni...mamat ni,potong trip tol lah.
“Kalau awak nampak saya boleh makan,boleh berjalan dan hidup lagi tu sihat walafiatlah maknanya."Aku menjawab dalam nada sindiran.Dia diam,aku tahu dia cukup ego.Biarlah,kalau dia rasa tersindir dia akan angkat punggung jauh dariku...tapi...eh????
Dia buat muka tak bersalah makan nasi dipinggannya disebelahku.Telifonnya berbunyi.Aku hanya buat taktahu je,walau timbul perasan nak tahu siapalah tu.

“Apalagi...boleh tak awak ni jangan nak menggongkong saya?Bosanlah,eee..rimas."Dia bernada agak tinggi.
Aku buat tak tahu jugak walaupun perbualan itu menghilang tumpuanku pada ayam masak merah dihadapanku itu.Macam gaduh aje.Serta merta wajahnya bertukar mood.
“Dah lah Diya...Apalagi you ni nakkan.You sengaja nak buat I marah kan?You sendiri cari pasal mengadu dengan umi i.You ingat I ni apa ha?"Suaranya meninggi.
Aku batuk kecil memberi isyarat mata,Jangan Ganggu Konsentrasi Orang Yang Tengah Syok Makan ni...Pantang nenek moyang tol lah bila tengah mqkan ada gangguan.nak-nak gangguan yang macam nih...sengaja je nak buat aku jadi hulk Hogan gaknya.
“Sudahlah,cukuplah semua ni...kalau macam ni sikap you,biarlah I tak kahwin sampai mati dari dapat orang macam you..."flip telifon sony ericsson dimatikan.

Dalam hatiku membentak,lelaki ini keras.Syukur!!!..dia bukan jodohku dulu.

Hei perempuan,dah lah bodoh.Cuba kau cermin diri kau sikit.Perempuan murah.Kaulah yang memporak perandakan hidup aku.kau memang tak boleh tengok aku senang kan??

“Sorry..erm...dengar kata Ayuni sekarang jadi nurse ea?"
Tanpa rasa malu dan bersalah dia bertanya lagi kepada ku.Cuba bernada macho.

Memang dia ni takkan rasa bersalah,macam yang dia buat kat aku dulu.
“Macam tulah rasanya..."malas aku melayan dia.Rasa saat ini nak ketuk aje dengan kasutku yang 2 inci ni.Nasiblah kau tinggi,kalau tak dah lama dah.
“Amboi...dua orang je bual,kat abang sini tak mau layan ke?"soal rakan sepupuku.Disebelahnya itu rakan yang bersama lelaki bernama Amirul Nizam tadi.Efa namanya,kawan sekolej sepupuku dahulu waktu di IKM.
“Woi...anje..korang bual apa ngan Ayuni tu.Bengang betol aku,aku dok usha kau pulak yang dapat..Kau tu dah nak jadi laki orang jangan nak merenyam."rakan sepupuku tadi mengiat.Anje nama panggilan manjanya.Aku tahu dari dulu,dia disayangi oleh letcurenya.
Gurauan tu agak berbisa gak kalau aku lah tadi yang hamburkan...gerenti mamat ni akan bla...dan yang pasti dia akan rasa aku cabar dia.
Sah...dia dah bertunang....macam nak nangis pulak...tapi,Biarlah aku dah tak heran.Bertunang ke kahwin ke...aku dah tak nak dah.
Ceh...macam merajuk pulak bunyinya.
“Hang Kawa ble tak diam dok makan..sebelum tulang ayam ni tepat-tepat masuk lubang hidung hang."wajahnya marah dan cuba berlawak tak jadi.Tapi lebih kepada marah.
“eleh...anje..hang ni emo pulak..’
Aku diam sahaja.Buat tak da persaan dan tak dengar.sebenarnya rasa remuk rendam jugak bila tahu dia memang dah tunang,tapi ah......syooooooooh,jangan nak cari pasal.Ingat apa yang dia cakap dulu tu Ayuni!Ludah jangan jilat balik...ok?Sepupuku pun diam sahaja.Tak da respon pape,dan memang pun dia ni kan pendiam.aku nak buat macamana.
Aku cepat-cepat menghabiskan nasi dipinggan.Sebelum pulang dari majlis kami pergi ke bilik pengantin.
Tangan Amirul memegang jemariku.Cepat-cepat aku menarik pantas.
"Alangkah bahagia kita yang bersanding tadi."
Aku diam,malas layan dan tak ambil pusing.Biarlah....SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.Tujuanku pun nak buat dia rasa aku dah kuat sekarang,tapi sebenarnya bolehkah aku bertanya kepada diriku sendiri....cukup kuatkah ku??...Sedangkan aku bagaikan orang gila.Walaupun aku sudah ada yang punya tapi..dia masih diminda ku.Kuat sangatkah aku??..Entahlah..,.malas aku terlalu berfikir.
Air mata ku bagaikan sudah memenuhi inner dan outer cantosku.esh...tak leh jadi ni...Kalu biarkan gerenti empangan yang aku buat kukuh ni akan musnah.Aku tak nak jatuh lagi...
“Amirul selalu rindukan Ayuni..Amirul yang salah buat Ayuni macam ni.Amirul rasa terbeban dengan semua yang berlaku tu..Mirul sedar tak ada siapa dapat atndingi Ayuni..Dia...punca segalanay."
Katanya sewaktu berdiri dibelakangku.Aku terkesima.Jantungku berdegup kencang.
“tapi amirul buat semua ni demi keselamatan Ayuni.Biarlah Amirul tanggung."
Aku diam..ah..tak da maknalah.Aku menarik jemari ayng berada ditangannya.
“Boleh tak awak bersopan sikit..."
Aku rimas mata yang memandang tepat kearah kami.apatah lagi Efa dari tadi menjeling kami berdua.Ah....bencinya.Asal Efa ni...cungkil biji mata tu baru tahu.
“Saya nak Ayuni balik boleh...?"sedapnya dia cakap,tak memikir masa depan langsung!
Aku diam..macam nak terbakar pulak hati aku ni bila dengar ucapan tu.Dia nak aku balik.Apa dia ingat aku ni barang yang boleh buang dan amik?Recycle aje?
“saya..."
“Dah lah...boleh tolong Senyap sikit tak.."
Aku berlalu,emosiku jadi kelam kabut.Lain aku harap,lain jadinya.Bukankah tadi aku nak cari pasal.Aish...tak sukanya..
Entah macamana pula aku yang tadi menaiki kereta Kawarizmi terpaksa berpindah kereta Kelisa miliknya.Kenapa eh?Sebabnya si Efa ni mengada nak naik dengan Kawa.Aku pun tak tahu,sebab amirul yang sampaikan pada ku.Ataukah dia hanya mahu ambil kesempatan untuk berbual dengan ku.Akur dan terpaksa aku turutkan,pelbagai alas an sudah aku beri namun dia berkeras mahu juga dan alasannya melebihi alasanku dan aku tak tahu nak patah kata-kata dia.Mungkin ada baiknya bincang.
Deretan kereta yang bagai kereta api menyusuri jalanraya membuatkan dia mengeluh.Aku hanya mematikan diri,kerana bagiku tiada apa hendak diborakkan.Nak bual bagai kawan lama,macam rasa ada sesuatu tersekat tapi kalau diam je...rasa boringlah pulak.Tetiba telifon bimbitku berbunyi.Panggilan dari Rizal menghentikan lamunanku.Aku mengangkat tanpa ragu,terlupa pulak yang member sebelah sedang perhatikan lagakku dari tadi.
“Walaikumsalam abang."
“Dekat Bandar Melaka ni,baru aje habis makan nasi minyak."
(gelak kecil)...
“Apasal pulak abang tanya Ayu...Tunggulah Ayu tamat belajar dulu abang.Alahai,abang ni..tetiba plak tanya macamna pulak dengan kita...kenapa dengan kita pulak..."
“Ea ke..maknanya hujung bulan depan abang balik semenanjung ya?"
“Kalau macam tu Ayu beritahu mak nanti eh..Takdalah dia terkejut bila tengok bakal menantu dia datang rumah.."
(gelak kecil lagi...)
“Ok..sampaikan salam Ayu dengan mak abang ea?abang jaga diri abang.Assalamualaikum"
Aku memasukkan semuala telifon ku kedalam beg.
“Siapa..?"
Soalan tu buat aku terkejut yang aku rupanya ada yang memerhatikan.
“Hem..kita nak kemana ni?’
“A Famosa..."Jawabnya pendek endah tak endah.Dan aku faham kenapa. Biarlah dia layan fikirannya.Aku malas nak berbicara dengannya.Masing-masing diam.Sehinggalah hari semakin gelap dan sepupuku mencadangkan kami pulang dan aku pun bertukar kenderaan.Namun aku dapat dengar dia cakap biarkan dia menghantarku,tapi sepupuku memberi alasan takut ayahnya bertanya dimana pula aku.Payah pula nanti,banyak soalan kena jawab.Aku melayan fikiran.Sehinggalah jam 10malam barulah sampai kerumah sepupuku.Letih,usai mandi dan solat aku pun lena.Lena yang asyik.Biarpun sebenarnya tadi dia tak puas hati kerana rancangannya tak berapa menjadi,sebab dia sendiri tergoyah dengan kehadiran lelaki itu.Buatnya rasa terubat rindu,apatah lagi lelaki itu merayu kembali.


Aku biarkan wajahku dibasahi hujan yang lebat.Aku rasa makin tenang.Hilang rasa sakit didada yang mencengkam.Hilang rasa kekalutan.Apakah ini semua silapku kerana ciptakan pertemuan?Ah....lupakan dia.
Selepas mandi aku pun tidur berselimutkan comforter.Mulalah rasa seram sejuk,tanda badan mula beri negative feedback.Aku memutar kipas dan membuka semula comforter.Menelan dua biji paracetamol.Esh.....nak demamlah ni.Tekak pun rasa perit.Terus aku mencapai Lozenges di atas meja belajarku.Padan muka sendiri,cari pasal.Konon nak tunjuk hati tengah frustlah tu...Hidung mula berair,bersin tak berhenti.Ah....sudah..nasib aku betul.Dengan malas aku membuka loker dan mencari Menthol Crystal untuk menyedut wap.Teknik ni bertujuan untuk melegakan selsema dan sebenarnya boleh digunakan untuk sinus,batuk yang tak reproduktif.Selain kita makan ubat,kita boleh guna cara yang selamat ini.Lega,aku pun kembali memeluk bantal busyuk ku.Hehehe.Baru sahaja mataku lelap telifon berbunyi.Aishhh...sapalah mengganggu tidur aku ni.Aduyaaai...
“assalamualaikum...ble saya tahu ni siapa?"
“waalaikumsalam"jawab yang memanggil.
“Siapa ni?"agak kasar sikit nada aku.Geram aku.Sekeh karang.Nak main-main plak.Ingat aku punya nombor ni balai prtanyaan apa.
“Amirul"
“Mirul mana ni?"
“kenangan silam awak.."
Aku terdiam,lama ku berdiam.
Jap aku pikiak balik kat kamus aku,aku rasa macam penah ada nama Mirul.Ish...ramai,adik angkat aku,anak sedara aku...Apalah makhluk allah ni,cakap tu biar terang...
“awak sihat?’
Tanpa mukadimah dia terjah...dah lah tu bukan nak tengok kiri-kanan.Sakit barah larink aku macam ni...ada ke pulak.tapi,macam aku tahulah siapa.Tapi siapa ya???
Aku mula gelabah.Terus aku menekan butang off menamatkan panggilan.Aku sendiri tak tahu kenapa aku berbuat demikian.Aku bagaikan takut mendengar suaranya.Ah...janganlah ganggu.Aku jadi macam ni sebab kau...kepala yang berdenyut itu ku Alaskan dengan bantal kecil.Sekali lagi telifon ku berbunyi,dari panggilannya.Aku menekan mode silent.Fikiran aku benar-benar celaru.Kacau dan penuh rasa sesak.Antara rasa cinta dan rasa benci.Menyampahnya..


Mengapa aku masih tak dapat lupakannya.Makin hendak ku lupakannya,makin aku rindu.Mungkinkah akan selamanya bayangannya tak dapat ku hapuskan.Astagafirullahhalazim...
Ya tuhan kau tetapkan hatiku..kenapa dia datang kembali?kenapa???mana dia dapat nombor aku ni?Aku merenung gambar Rizal.Seorang lelaki yang tak jemu mencintaiku.Mencuba menawan hatiku.Namun kadang kala aku rasakan perasaan ini masih tak dapat melupakan Amirul.Makin ku cuba usir makin dekat dia datang.Kenapa macam ni pula?Kenapa saat aku hampir mengecap bahagia dia pula datang kembali?kenapa dengan aku ni...Airmata yang berguguran ku seka.


Sepupuku diam,aku pun lagilah terdiam.Apa ramalanku benar.Ternyata dia sebenarnya telah di’guna’ oleh gadis itu.Ternyata gadis itu bukanlah orang yang boleh dipercayai.Ah...susah aku nak terima kenyataan bergini.Bertambah aku rasa terhiris apabila sepupuku menyatakan dia buat begini kerana aku.Kerana tak mahu aku menjadi mangsa.Wallahualam.Selepas berita itu aku dengar,aku jadi bagai orang tak siuman.Asyik sahaja memutar kenangan.Tidak memikirkan langsung Rizal.sungguh tak adil bagi pihak Rizal kerana aku ini masih lagi meraguinya sedangkan dia tak langsung begitu.Panggilan dari Rizal aku jawab dengan malas dan dingin.Kasihan dia.Berkali dia bertanya apa silapnya.entahlah,Rizal...berikan aku masa.Kerana hatiku bagaikan lemas didalam lautan aku sendiri.Air mata ini senang benar gugur walaupaun hal yang remeh,dan aku jadi perasa.Ada sahaja akan aku terasa hati dan berjauh hati.Emo sungguh aku sekarang ni.


Petang itu hujan lebat,namun tak melunturkan hasratku ingin bertemu Amirul.Tanpa aku memberitahu Rizal bahawa aku keluar bersama lelaki lain,dalam kata lain mantan pacarku.Entah kenapa senang sahaja aku setuju untuk bertemunya.
Kereta kelisa membawa kami ke Taman KLCC.Entah apa ada kat situ pun aku tak tahu,sebaik Amirul mencadangkan aku setuju sahaja.Kami berjalan beriringan.Aku banyak diam.Hilang sifatku yang kuat bercakap ni.
“abang tahu agak terlewat abang datang...abang seolah terlupa adanya Ayuni.Abang sayangkan Ayuni tapi...abang dah bertunang."
Aku diam.Bukan itu aku mahu dengar.Namun kata-kata tadi cukup mengingatkan aku pada mimpi ku,mimpiku tentangnya.Mimpiku bertemunya.Adakah semua sudah terjawab.aiyoo..aci...macamnalah ble aku diam aje.Cakaplah.Ayuni...kata kau nak maki dia balik..Cepatlah.Come on baby.
“Abang tahu Ayuni benci abang,sampaikan tak pernah Ayuni angkat abang telifon.Ayuni berhak hukum abang."
Alahai...dia buat muka kesian pulak.Ish...tak mo dengar...nanti cair.Tak mo....
“Abang masih simpan gambar Ayuni.Abang terseksa Ayuni."
Ah...p lantak awak le nak simpan,gambar awak aku dah buat bungkus sambal belacan.Bajet nsem..bla lah.Karang aku sepak laju-laju karang.Tercabut gigi.
“abang tertanya kenapa tuhan tak ambil sahaja nyawa ni...Rasa seksa sungguh.Tapi,abang rasa bahagia sangat bila tengok Ayuni masih ceria walau abang dapat tengok ada yang tersimpan.Abang rasa tenang bila Ayuni tersenyum kerana bagi abang Ayuni mampu hidup biarpun tomahan yang abang lemparkan agak tak wajar."
Aku diam.Membiarkan dia luahkan segalanya.Dalam hati ni tuhan aje tahu.
“kalau abang teruskan cinta kita tu,antara kita akan terkorban.Abang rela biarkan pilihan umi itu.Entah macamana abang pun mula tertarik jatuh hati padanya,dan menerima cadangan umi untuk bertunang dengannya.Sedangkan malam hari abang diburu wajah Ayuni.Umi cakap Ayuni nak porak perandakan hidup abang.Ayunilah yang buat abang muntah darah,Umi cakap Ayuni hanya nak harta abang.Umi cakap Ayuni dah racunkan abang. Tapi semua bukan salah umi,ini semua salah perempuan tu.Perempuan tu sengaja buat begini."
“Ayuni...kadang-kadang abang rasa terlalu rindu pada Ayuni,tapi bila sahaja abang ingat Ayuni,serta merta akan menjadi benci."
Aku diam lagi.Entahlah.aku pun tak mampu bersuara apa lagi.Lelaki ini...entahlah.
Aku biarkan dia bercerita kerna aku lebih berminat menjadi pendengar setia.
“sampailah satu tahap abang dapat tahu ini semua gara-gara dia."
“Abang terima balasan abang ni Ayuni."
Setitis airmata ku akhirnya gugur.ku seka cepat-cepat.Tapi makin laju.Dia menarik ku kedadanya.
“Menangislah...Ayuni layak menangis." aku terdengar dia pun menahan sebak.Bajuku pun rasanya ada titis air mata yang gugur.Sekian lama aku pendam air mata akhirnya ia gugur jua.Bagaikan semuanya hilang.Rasa lega hatiku.Tapi rasa macam bodohnya.Menangis kat dia.patut kat Rizal.Ya allah..ampunkan aku.
.

Aku memandang telifon sepiku,tiada lagi panggilan dari Rizal.Mungkinkah dia terasa hati?Ya allah apa aku dah buat ni.Tapi,bagaimana pula dengan Amirul.Dia pun membawa diri jauh dariku juga ataukah dia sedang sibok melangsungkan perkahwinannya 3minggu lagi.Entahlah..Semuanya datang secara serentak.Semua ini membuat aku makin tertekan.Dimana Amirul?Dan dimana pula Rizal.Entahlah rasa persoalan ini menjerut leherku sendiri. Aku sendiri tak tahu siapa yang aku cinta.Aku sendiri jadi tak tahu apa aku mahu.Malam itu,aku membuat keputusan menunaikan solat istikharah,dan berharap ada petunjuk darinya.

Ya allah,Seandainya dia terbaik buatku,demi agamaku,kau satukan kami.Namun andainya dia bukanlah yang terbaik demi agamamu,kau jauhkan aku darinya.Biarkan aku dannya dalam istilah persahabatan.Kau berilah aku petunjukmu.Kau hapuskan perasaanku padanyaSesungguhnya kau amat tahu siapa yang terbaik buat hambamu yang lemah.

Aku mengharapkan agar petunjuk itu dating kepada ku.


Panggilan dari Rizal menyentapkan lamunanku.
“assalamualaikum sayang."
“walaikum salam abang."seakan malas menjawab
“Abang minta maaf sebab 2 minggu ni tak hubungi Ayu.Abang masuk hutan,abang baru balik hospital ni."
Terjatuh rahangku.Kenapa balik dari hospital?Sakit lagikah dia?Dahulu dia ada mengadu batuknya berdarah.Tapi bukan pula Tuberkulosis(TB).Kata doktor dia kepenantan.Oksigen dalam alveoli sedikit.Sebab itu kadang-kadang dia sesak nafas dan mengadu sakit dada.
“Kenapa?’
“Entahlah sayang,abang mungkin terlampau memikirkan sayang sampaikan abang silap mendarat semasa buat terjunan payung."
Serta merta berderu jantung ku.Sudah dua kali dia hilang tumpuan begini.Pertama sewaktu aku mahu putus dengannya.Rasa bersalah menggigit naluriku.
“Abang...kenapa ni?Maafkan Ayu."
“Abang tak salahkan Ayu.Abang faham,sukar Ayu nak lupakan semua yang dah pernah terjadi.Apatah lagi dia yang Ayu anggap cinta pertama.Abang nak dengar dari mulut Ayu sendiri untuk kepastian.Siapakah yang Ayu pilih antara abang dan dia?"
Aku terdiam.
“macammana Abang tahu?"
“Ayu tak mungkin akan beritahu abang,sampai bila-bila pun abang takkan tahu."
Aku diam membisu.Kata-kata itu benar sekali.Terdetik rasa bersalah menyisihkan Rizal yang begitu ikhlas mencintaiku.Mana janjiku untuk pelajari menyintainya.Aku ni hipokrit.Aku tak nak jadi munafik.Astgafirullahalazim.
“Abang tak paksa Ayu beri keputusan.Ayu berhak memberi masa diri berehat.Okay lah sayang,Jaga diri.Jangan Lupa Solat.Jangan lupa mengaji .Assalamualaikum."
Klik....talian tamat.Aku mati kata. Ayatnya berlegar dimindaku.


Tumpuanku tidak pada lecture yang sedang menerangkan fungsi system endokrin.Fikiran ku benar-benar celaru.Entahlah.Rasa macam tak ada apa tapi rasa jiwa ini tak tenang.
“Ayuni...Amirul dah putus tunang."terngiang suara itu dikotak mindaku.
“Kenapa?"
“Ayuni...abang cintakan Ayuni.Semua ni abang buat demi Ayuni."
Entah betul entah tidak.Hati ini bercampur rasa.Semua bersatu jadi satu.
“Ayuni...percayalah abang buat ni sebab abang nak tebus segalanya."

Jiwa ini terpenjara dengan tiada kepastian.Sampai bilakah aku harus macam ni?
Perlukah aku tinggalkan semua?Aku rimas.Aku lemas.Macam da putui fius aku dibuatnya.Macam nalah aku boleh terjebak dengan kisah macam ni.

Tumpuanku tidak dihadapan,hasilnya apa yang diterangkan aku langsung tidak faham.Aku leka memikir perihal hidupku.Adakah aku sudah benar-benar memporak perandakan hidup Amirul?Soalan itu berlegar-legar.Oh hati...siapakah yang aku sayang?.


Aku termenung lagi.Tadi keputusan semestar 5 telah keluar.Aku mendapat 2 4plat dan yang lain-lain lingkungan 3.70.dan GPA aku 3.89.agak kecewa juga kerana aku sudah hampir utuk mendapat semua 4 plat.tapi ku tetap mengucapkan syukur..Alhamdulilah...Namun fikiran aku masih bergetar.Lagi tadi serasa ada saja yang tak kena.Rasa bagai jantungku cepat sahaja berdetak,bagai ada perkhabaran tak elok.Aku jadi serba tidak kena.Moody tidak bertempat.Kan bagus ada Nitrous oxide bagi aku gelak sampai 24jam.Hesh..asyik fikir je..muka aku jadi berkedut.Aku berjalan perlahan ke koridor.Lama aku termenung di koridor.

Entah mengapa fikiran ku jadi tiba-tiba celaru.Wajah Rizal datang kembali.aku rindukan kesungguhannya.Aku rindukan kesabarannya.Aku rindukan semangatnya.Sayangnya aku rasa Rizal semakin jauh membawa diri.Oh tuhan aku sudah menyebabkan hati seorang insan tidak bersalah itu jauh dari ku.Dia mungkin mahukan aku fikirkan waktu,tapi kenapa Amirul suka menekankan aku.Suka buat aku serba salah.Ada kemungkinankah dia akan buat yang sama seperti dulu?Ah...aku tak mahu itu terjadi.Aku rasakan maruahku sudah berderai jatuh dimata keluarganya.Adakah mereka akan terima aku walaupun Amirul berkeras.Tidak mungkin sekali.Dia bukan begitu.Dia sukar menerima keadaan yang tegang.Mungkin dia akan salahkan aku lagi.

Malam itu,aku menelifon Hafiz Rizal.Hafiz Rizal yang beri aku kekuatan saat aku tersungkur dek cemuhan Amirul.Dialah yang kenalkan aku erti cinta yang sebenar.Dia tak jemu menasihatiku.Tak jemu memaafkan aku biarpun aku sering menyakitkan hatinya.Dia tak pernah memarahiku,biarpun sikapnya panas baran.Dia sanggup memberi ruang pada hubungan biarpun dalam kesibukkan.
“Assalamualaikum Abang."
Sapaku lembut seperti selalu.
Dia menjawab salam ku.Ceria sekali.Dan hubungan kami kembali seperti dahulu.
Alhamdulillah.


Setelah 2 bulan,Amirul menelifonku semalam.Katanya dia dalam kebuntuan.Uminya menguggut mahu membunh diri sekiranya dia tak mahu terima menantu pilihannya.Dia meceritakan padaku.Hari ini katanya dia mahu bertemu ku.Aku bersetuju kerana aku mahu memutuskan kata padanya.Biarlah aku dan dia hanya ‘kenangan silam’.Aku tak mahu lagi.Biarkan dia.Kerana dia memang bukan untukku.

Aku mengenakan baju oren petang itu,dan tudung putih.Warna yang mampu membuat aku ceria biarpun aku gementar.Aku rasakan jantungku berdebar.Aku menunggu dengan sabar.

“Ayuni...Abang Rindukan Ayuni."luahnya.Aku menarik tangan kasar.Dia terkejut kerana sebelum ini aku tak pula terlalu berkasar begitu.
“What wrong with you Ayu?"
“Saya ada sesuatu nak cakap..Important.Awak dengar elok-elok.Mungkin nanti kita tak kan berjumpa lagi."
“Apa maksud Ayuni?"
Aku menghulur kad berwarna ungu.Dia memandang ku tanda tanya.Aku tersenyum.Dia membaca isi kandungan kad itu.Wajahnya pucat,seolah mayat yang tunggu post mottom.Aku hanya diam membisu,dan berlalu.Biarkan dia dengan dunianya.

Dari celah-celah aku dapat lihat kelibatnya.Hatiku makin berdebar,namun kelibat itu makin menjauh.Keributan majlis ku membuat aku membunuh ingatan ku padanya.Berdiri di sampingku seorang lelaki bertubuh kurus dan memakai baju berwarna putih.Dia hanya tersenyum,dan senyumannya cukup buat aku terasa bahagia dan tenang.Bagiku aku akan menghargai seseorang yang mecintaiku ikhlas dari yang pernah menyakitiku.Namun Izikan namamu Amirul di hati ini.Menjadi kenangan dan akan aku khabarkan kisah kita ini untuk tidak berulang pada anak dan cucuku.Biarlah aku jadi pemusnah cinta daripada mebiarkan seorang anak musnahkan hubungan keluarga demi cinta.

Sebuah message dari telifon bimbitku akhirnya buat air mata ini menitis.

“Maafkan abang kerana pernah hancurkan hatimu,Terima kasih kerana pernah buat abang bahagia."

Ku seka airmata,simpan kenangan ku jauh-jauh.Cukuplah dahulu aku menangis kerananya.Aku tak mahu rasa keliru lagi,kerana aku sudah pasti insan yang sederhana disebelahku mampu juga buat aku bahagia.

Sebelah ku,lelaki yang tak pernah merungut tentang keburukan ku,lelaki sebelah ku ini adalah satu kurniaan yang tak ternilai bagiku.Biarlah aku kuburkan kenangan ku itu,dan
ku doakan dia bahagia.Tidak terselit rasa dendam padanya.Untuk mengesali percintaan kami itu bagiku terlambat kerana semua ini datang dari sebuah PERTEMUAN.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang telah diberikan untuk hambanya.
Rizal..seandainya semalam aku sudah hilangkan kepercayaanmu,maafkan aku.Namun percayalah sayang sekiranya kau memberi peluang untukku,akan aku terus belajar mecintaimu.

Read More..