Cerpen : Cinta Yang Terlarang

Cerpen : Cinta Yang Terlarang
Nama Pena : norzaira

Kau dah fikir hal tu, Dila?"
Ema menatap wajah Dila yang sedang mencuka. Bukan niat Ema untuk mencampuri urusan Dila tapi sebagai kawan Ema perlu memberi pendapat jika itu melibatkan banyak pihak.

"Entah la.."
Dila cuma mengeluh panjang. Dia menyebamkan muka di atas bantal. Tiba-tiba dia rasakan dadanya sesak.

"Dila, kau jangan macam ni. Sampai bila kau nak biarkan semua ni. Kau perlu buat keputusan secepat mungkin."
Ema mengusap lembut rambut Dila. Bagi Ema, Dila perlukan sokongan untuk menghadapi semua ini.

"Aku akan cuba. Bagilah aku masa."
Airmata Dila mengalir perlahan di pipinya.

****************************

Syg, nk jmpa x?
Abg rndu..
SMS dari Adam. Hati yang gusar tiba-tiba lapang semula. Cepat-cepat dia membalas SMS itu.

Nk la.
Tmpt biasa, k.

Dila segera bangun dari pembaringan. Dia perlu berjumpa Adam. Sudah banyak hari dia menjauh dari lelaki itu. Tapi semakin ingin dia lupakan Adam semakin kuat ingatan terhadap Adam. Setiap saat dan ketika dia ingatkan Adam.

****************************

Dila masuk ke dalam kereta Iswara Adam sebaik saja dia mengunci keretanya. Adam tersenyum.

"Kenapa ni, sayang? Kenapa buat Abang macam ni?"
Di pandang wajah Dila penuh kasih sayang. Sejak beberapa hari lalu, Dila langsung tidak menjawab panggilannya malah SMS pun tidak dibalasnya.

"Abang, kenapa takdir kita macam ni?"
Dila terasa sebak. Dia cuma menundukkan wajah memandang HP di tangannya.

"Takdir apa? Dila pun tahu, Abang sayangkan Dila. Kenapa ni?"

Adam memegang lembut tangan Dila.

"Tapi hubungan kita ni tak akan ke mana. Dila dah tak sanggup macam ni."

"Kan abang dah kata. Macam mana pun abang akan kahwin dengan Dila. Cuma Dila perlu bersabar."

"Tapi macam mana dengan Fitrah? Anak-anak abang?"

"Abang akan berterus terang dengan Fitrah. Dah la, jangan macam ni. Abang tak suka tengok Dila sedih macam ni."

Airmata di pipi Dila disapunya penuh kasih sayang. Adam tahu, keputusan ini bukan saja akan melibatkan Fitrah dan anak-anaknya tapi juga melibatkan semua pihak. Keluarganya dan keluarga Fitrah akan tahu hal ini tapi bagaimanalah hendak dielakkan lagi. Hal ini sudah terjadi.

Dia sendiri tidak menyangka perasaan seorang sahabat tiba-tiba bertukar kepada kasih hanya sekelip mata. Bukan simpati tapi kasih itu lahir tanpa diduga sedangkan bukan baru hari ini dia mengenali Dila bahkan dah lebih dari sepuluh tahun. Malah selama itu, dia sedikit pun tidak pernah ada perasaan begini terhadap wanita itu.

"Dila dah tak sanggup, Abang.."

Adam menarik Dila ke dalam pelukannya. Dia harap dengan pelukan dapat mendamaikan perasaan Dila.

Dila sudah tidak mampu untuk menahan segalanya. Lelaki yang berada di pelukannya kini bukan saja suami kepada seorang wanita tapi malah suami kepada sahabatnya sendiri. Sahabat yang pernah dikenali bukan sekejap malah di pelukan wanita itu jugalah dia pernah menangis dan meluah segala duka.

Tiba-tiba kini dia cuba meragut kebahagiaan itu. Dia telah berkali-kali menidakkan perasaan itu tapi dia tidak mampu melawan segalanya. Setelah kasih dulu pergi, dia cuba mengelak dari bercinta lagi dengan mana-mana lelaki namun kehadiran Adam merubah segalanya. Kasihnya tulus.

**************************

"Dila, sanggup kau hancurkan kebahagiaan orang lain hanya kerana perasaan kau tu?"
Ema sudah tidak dapat menahan kemarahan. Dia tidak berniat memarahi Dila.

"Aku tak tahu.. aku terlalu sayangkan dia…"
Airmata Dila mengalir. Di pandang wajah Ema mengharap simpati.

"Fikirlah,Dila. Biar kau sengsara hari ini tapi tidak pada kemudiannya. Dia dah lama hidup bersama Fitrah.. Dia ada anak-anak.. Macam mana pun dia akan tetap lebihkan mereka."

Dila bangun memeluk Ema. Dia menangis di dalam pelukan sahabatnya itu. Dia tahu, seharusnya dia tidak bermain api yang akan membakar dirinya sendiri. Walau sekecil manapun api itu, bahangnya tetap membakar.

"Aku sayangkan kau. Aku tak nak kau hidup merana. Di luar sana masih ramai lagi lelaki yang yang menanti kau."

**************************

Syg, knp ni?
Jgn buat Abg mcm ni.

SMS Adam dibiarkan. Sudah seminggu dia tidak menjawab panggilan mahupun SMS Adam. Dia cuba untuk menjauhkan diri dari lelaki itu walaupun sebenarnya dia terasa amat payah. Petang kelmarin dia ternampak Adam dan Fitrah bersama 2 orang anak mereka di Sunway Carnival. Jelas tergambar kemesraan mereka sekeluarga. Tiba-tiba dia diburu perasaan bersalah yang teramat sangat terhadap Fitrah kerana selama sejak dari dulu lagi wanita itu sentiasa berada di sisi saat dia memerlukan. Kini, dia cuba merampas kebahagiaan wanita itu dan mengkhianati persahabatan mereka.

"Lelaki, Dila.. Mana pernah mengaku kekurangan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai alasan agar kita mempercayai mereka. Kau percaya Fitrah mengabaikannya?"

"Dila, aku tidak akan menghalang dan aku tak akan menggalakkan. Keputusan di tangan kau. Jika aku jadi kau, aku tak akan pilih jalan berliku. Biarlah aku terluka dan merana sekarang dari aku terpaksa menanggung derita berkongsi kasih."

Terngiang kata-kata Ema di telinganya.

Airmata Dila mengalir.

***************************

"Dah lama Dila tak ke sini ye, bang."
Fitrah memandang suaminya yang sedang menonton televisyen.

Adam pura-pura tidak dengar.

"Abang.."

"Mungkin dia sibuk kot.."

"Fitrah rasa dia macam dah jauh sangat dengan kita.."
Fitrah pandang wajah suaminya yang sejak tadi pura-pura tidak mendengar. Hatinya sedikit terguris.

Adam cuma mengangkat kedua-dua belah bahunya. Dia tidak mahu Fitrah menyoal lebih banyak lagi tentang Dila kerana ini akan membuatkan dia terlepas kata. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlepas kata, dia yang akan menanggung akibatnya.

Fitrah merasakan seperti ada yang tidak kena. Adam sering mengelak bila dia bertanya tentang Dila. Seolah ada sesuatu yang disembunyikan. Naluri seorang wanita mula diamuk rasa cemburu.

Entah-entah, mereka ada apa-apa.

Hati kecil Fitrah berkata.

Astaga… Tidak mungkin Dila sanggup buat begitu terhadapnya…

Segera Fitrah mengusir fikiran jahat dari kepalanya…

**************************


"Dila, kenapa ni? "
Adam memegang tangan Dila lembut. Wajah Dila yang muram seperti baru lepas menangis ditatapnya.

"Abang.."
Dila membalas tatapan Adam.

"Dah sampai masanya untuk kita berpisah.."

Kata-kata Dila umpama bom yang baru meletup. Adam terpana seperti tidak percaya.

"Tapi, kenapa? Kan Abang dah janji akan berkahwin dengan Dila. Tolong jangan buat Abang macam ni.."

"Dila…please.."
Adam mula rasa cemas melihat Dila yang masih mendiamkan diri.

Dila sendiri sebenarnya tidak yakin dapat membuat keputusan ini. Adam memang seorang lelaki yang baik. Selama ini, Adam tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Tetapi hubungan dia dan Adam tetap salah kerana Adam adalah hak isteri dan anak-anaknya.

"Kita kena back to normal. Abang. Seperti dulu… Dila tak sanggup nak lukakan hati Fitrah.."
Dila segera bangun dan berdiri di hadapan Adam.

"Abang, maafkan Dila.. Dila memang sayangkan Abang tapi Dila lebih sayangkan Fitrah dan anak-anak Abang.."

Mata Dila dan Adam bersatu. Dila tahu sinar yang terpancar di mata Adam adalah tulus namun dia tidak mampu untuk meneruskan hubungan ini. Betul kata, Ema. Dia tidak boleh pentingkan diri sendiri sehingga sanggup membiarkan hati wanita lain terluka.

Adam mengenggam tangannya.

"Cuma, Dila harap Abang dapat rahsiakan segalanya dari Fitrah jika Abang nak kita berkawan macam dulu."

Dila tinggalkan Adam yang masih terkejut dengan keputusan itu. Airmata bergenang di kelopak matanya. Namun dia tahan jua dari mengalir.

Cinta tidak semestinya kita perlu bersatu dengannya di dalam ikatan perkahwinan. Biarlah cinta itu tersemat kukuh dihatinya. Dan dia berharap Adam dapt menerima semua ini dengan redha. Biarlah dia terluka dari melukakan sahabatnya sendiri.

Bagi Adam, inilah saat yang amat memedihkan. Dia terlalu sayangkan Dila. Sama seperti dia sayangkan Fitrah dan anak-anaknya. Tapi Dila sudah tinggalkannya kini. Meskipun dia tahu, hubungan persahabatan mereka tidak akan putus tapi itu situasi yang berbeza.

Adam menangis di dalam hati.

Read More..
 
Cerpen : Abadi Selamanya

Cerpen : Abadi Selamanya
Nama Pena : Ieka89

Lisa adalah gadis yang berumur 22 tahun. Lisa mempunyai rupa paras yang amat cantik dan digilai oleh ramai lelaki. Tetapi Lisa masih belum mempunyai kekasih hati kerana hatinya masih belum mahu menerima insan yang bernama lelaki dalam hidupnya. Ini gara-gara dia hampir menjadi mangsa kerakusan nafsu abangnya sendiri. Nasib baik bapanya sempat menyelamatkan keadaan. Jika tidak, sudah pasti Lisa akan kehilangan permata yang berharga. Lisa termenung di depan komputernya. Walaupun bos nya lalu, dia tidak perasan. Entah apa yang bermain dalam fikiran gadis itu.

"Woi Lisa..menung nampak..Pikir buah hati ke? Tak cakap pun kat aku yang ko dah ade boyfriend. Ni yang aku nak majuk ni..hehe",Nia adalah kawan sepejabat Lisa yang paling rapat dengannya selalu mengusik Lisa.
"Erm..ko ni. Sebelum sergah, boleh tak bagi salam dulu. Pela…aku mane ade boyfriend la..Saje je menung-menung kosong.. Ne de pikir pape pun.Lain la ko tu..dah ade tunang. Lagi 5 bulan dah nak kahwin. Ko bukan nak cari sorang untuk aku. Ape punye member la ko ni Nia",Lisa menggeleng kepala melihat Nia.
"Eh..aku dah bagi macam-macam calon kat ko tau tapi ko yang taknak. Memilih sesangat. Ha..Kimi yang minat kat ko tu, ko taknak jugak. Padahal, dia keje satu tempat dengan kite. Berpangkat pulak tu",Nia bermain-main dengan pen Lisa.
"Kimi??Ko ni..agak-agak la..dia tu kan baru je kahwin. Takkan aku rela jadi bini no.2 dia kot..Please la…not my taste…",Lisa merampas pen dari tangan Nia.
"Hahaha..aku gurau jelah..Takpe..nanti aku carikan untuk ko k? Tapi jangan memilih sangat pulak.Janji???",Nia merenung muka Lisa yang tak bersemangat.
"Ye.. aku janji. Tapi carila yang senonoh sikit. Taknak la macam hari tu. Merokok 24 jam. Bau badan pun dah melekat ngan asap rokok tu..Eee..geli aku. Kalau dah kahwin, nak cium pun aku tak sanggup tau",Lisa membuat muka geli.
"Hahahahaha…ade-ade jelah ko ni Lisa. Oklah..aku nak sambung buat keje. Ko pun buat keje tu. Jangan dok melangot je sorang-sorang. Nanti ape pun tak jalan. Balik keje ni aku tumpang ko ek? Tunang aku outstation la..Ok..cau",Nia berlalu dari meja Lisa.

***

Beberapa minggu kemudian…

"Lisa, aku ade khabar gembira untuk ko ni. Mesti ko suke punye la",Nia tersengih macam kerang busuk kat depan Lisa.
"Hm..berita gembira ape lagi yang ko nak sampaikan kat aku ni? Mesti berita bukan-bukan kan??", Lisa tidak merenung muka Nia. Dia sudah lali dengan perangai Nia.
"Sepupu aku yang Faris tu baru je balik dari luar Negara. Dia cakap dekat aku, dia nak jumpe ko",Nia menarik kerusi Lisa.
"Woi..janganlah tarik kerusi aku macam tu je..Nasib baik aku tak tersungkur. Sepupu ko? Faris? Aku tak kenal la..macam mana dia kenal aku?".
"La..ko tak ingat ke mase kenduri aku bertunang dulu, dia ade. Ko ade terserempak dengan dia. Ko yang jatuhkan air kat baju dia..Takkan dah lupe kot..Mamat hensem tu",Nia merenung wajah Lisa yang ‘blur’.
"Oh..mamat tu ke? Alamak..dia ingat lagi kat aku?Malu gila aku time tu beb!! Nape pulak dia nak jumpe aku?".
"Itu aku tak tahu. Mungkin dia nak balas dendam kot..hehe..Anyway, ni dia suruh aku bagi no.telefon dia kat ko. Dia nak ko meseg or telefon dia malam ni jugak tau. Dia kate penting",Nia menghulurkan sehelai kertas kepada Lisa.
"Em..thanks..nanti aku meseg la dia malam ni",Lisa mengambil kertas tersebut.
"Good luck for your new love..hehe..aku nak sambung buat keje..bye",Nia meninggalkan Lisa yang masih lagi memikirkan motif Faris mahu berjumpanya.

***

Selesai solat isyak, Lisa baring di atas katil bujangnya. Kertas yang mempunyai no.telefon Faris berada di tangan Lisa. Lisa mengumpul kekuatan untuk terus menelefon Faris daripada memberi meseg. Tangan halus Lisa mendail no.telefon itu. Hatinya berdebar-debar apabila menunggu Faris menjawab panggilan telefon. Panggilannya dijawab.

+ "Hello.. assalammualaikum..Ni Faris ke?",Lisa cuba menyusun ayat untuk bercakap. Hatinya masih lagi resah.
+ "Waalaikummusalam..ye..saya Faris. Ni mesti Lisa kan??".
+ "Macam mana awak tahu saya Lisa? Awak memang dah ade no.telefon saya ke?",Lisa terkejut apabila Faris tahu dia yang menelefon Faris.
+ "Tadi Nia ade bagitahu saya yang awak nak meseg saya malam ni. Tapi, tibe-tibe je awak telefon. Saye agak je awak yang telefon. Tup..tup betul la pulak..",Faris ketawa di hujung talian.
+ "Hm..boleh saye tahu kenape awak nak jumpe saye and kenape suruh saye call awak?? Ade benda nak bincang ke? Atau awak nak balas dendam atas kejadian dulu?",Lisa memeluk bantal peluknya.
+ "Saje je..nak kenal-kenal dengan awak. Takde niat pun nak balas dendam tau..Boleh tak saye nak jumpe awak esok? Esok kan awak cuti. Nia keluar dengan tunang dia. Kite keluar la berdua pulak. Jeles la tengok diorang tu",Faris cuba menghiburkan hati Lisa.
+ "Eleh..makwe awak tahu, mati awak dia kerjakan tau? Tak takut ke?".
+ "Mane ade makwe lagila..Bukan awak ke makwe saye?Hehe..",Faris ketawa lagi.
+ "Hahaha…ni first time kita bersembang tau. Tibe-tibe pulak jadikan saye status makwe awak.. Tak malu ke?Hehehe",Lisa ketawa dengan telatah Faris. Dia sudah dapat biasekan diri bersembang dengan Faris.
+ "Nak malu buat ape..eh..oklah Lisa.Saye ade keje sikit nak buat ni. Esok kita jumpe k? Jangan tak jadi pulak. Kite jumpe dekat Restoran Damai Sutera pukul 5.00 petang esok ye? Bye Lisa…Good night..Assalammualaikum".
+ "Waalaikummusalam Faris",Lisa meletakkan telefon. "Apelah si Faris ni..aku tak cakap pun nak jumpe dia ke tak. Sesuka hati dia je aturkan pertemuan ni. Ah..lantak kau la Faris", Lisa bermonolog sendirian.

***

Faris menunggu Lisa dihadapan restoran yang dijanjikan semalam. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Lisa lewat setengah jam. Faris masih lagi setia menunggu kerana dia yakin yang Lisa akan datang menemuinya hari itu. Lisa menepuk bahu Faris. Faris menoleh ke belakang. Lisa berdiri di belakang Faris. Faris tersenyum melihat Lisa. Wajah yang Faris tidak akan lupakan sepanjang hayatnya. Pertama kali melihat Lisa pada hari pertunangan Nia telah membuatkan hatinya terpaut pada gadis di hadapannya itu.

"Alo..nape sengih tiba-tiba ni?Ade yang tak kena ke kat muka Lisa ni?",Lisa meraba-raba mukanya. Dia bimbang jikalau ade yang tak kena pada mekapnya.
"Eh..taklah..cume terpaku melihat kecantikan Lisa..Itu je",Faris masih lagi tersenyum.
"Merepek jelah awak ni Faris. Eh..Faris belanja Lisa makan kan hari ni?".
"Yelah..Faris lah belanja sebab Faris yang ajak Lisa keluar. Lisa,Lisa boleh ingat lagi muka ni yang Lisa dah tumpahkan air kat bajunya dulu ye?Faris ingatkan Lisa tak boleh cam Faris tadi",Faris mempelawa Lisa masuk ke dalam restoran tersebut.
"Mane ade Lisa ingat muka Faris tu. Cuma malam tadi Lisa mintak Nia send gambar Faris dekat Lisa. Tu yang Lisa cam Faris tadi..hehe",Lisa sibuk memilih makanan untuk mengisi perutnya yang sedang berkeroncong.
"Oh..Lisa dah ade gambar Faris ek?Tak aci la macam ni. Tengok sini. Faris nak tangkap gambar Lisa satu", Faris mengeluarkan henset dari poketnya.
"Taknak la Faris", Lisa menutup mukanya dengan buku menu makanan restoran tersebut.
"Em..takpelah kalau Lisa taknak. Order la apa yang Lisa nak makan. Jangan malu-malu k? Faris tak suka perempuan yang cover kalau makan. Makan je..Jangan malu-malu dengan Faris. Faris sporting k?",Faris memanggil waiter.

***

Sudah setahun Lisa dan Faris kenal. Sekarang ni mereka sudah pun bergelar sepasang kekasih apabila Lisa menerima lamaran Faris untuk menjadi kekasih hati Faris 8 bulan yang lalu. Nia pula sudah pun menjadi isteri orang 7 bulan yang lalu. Faris dan Lisa selalu menghabiskan masa bersama-sama. Lisa selalu menemani Faris bermain futsal pada waktu malam. Faris pula setiap hari menghantar dan mengambil Lisa dari tempat kerja. Percintaan mereka memang indah. Mereka tidak pernah sekali pun bergaduh. Ini membuatkan hubungan mereka makin erat. Faris bersyukur kerana dipertemukan dengan gadis yang amat memahami dirinya. Tidak sedikit pun Lisa memarahi Faris walaupun Faris pernah melukakan hati Lisa. Faris sudah nekad di dalam hatinya yang dia mahu memperisterikan Lisa. Faris bergegas keluar dari rumah apabila Lisa menyatakan mahu berjumpa dengan Faris. Ada perkara penting yang Lisa ingin beritahu kepada Faris. Sampai di tasik yang indah itu, Faris dapat melihat Lisa duduk sambil merenung tasik yang damai itu. Faris datang dan duduk di sebelah Lisa. Tangannya menggenggam erat tangan Lisa.

"Ada apa yang sayang nak cakap dengan abang?Hal penting ke?",Faris merenung wajah Lisa yang agak sugul.
"Penting sangat abang. Harap abang jangan terkejut dan terima dengan tabah k?",Lisa membalas pegangan tangan Faris.
"Ape dia sayang? Janganlah buat abang risau. Sayang nak tinggalkan abang ke?",Faris mengangkat dagu Lisa.
"Sayang taknak tinggalkan abang tapi sayang terpaksa tinggalkan abang",airmata Lisa mula mengalir.
"Sayang..ape yang sayang merepek ni? Kenapa pulak sayang terpaksa tinggalkan abang? Ape salah abang pada sayang? Abang tak mampu buat sayang bahagia ke?",Faris mengelap airmata Lisa yang mengalir di pipinya.
"Tak, abang. Abang memang membahagiakan hidup sayang dari mula kita jumpa. Cuma sayang terpaksa kahwin dengan pilihan orang tua sayang. Mak dan ayah sayang sudah menerima lamaran anak kawan mereka. Sayang sudah menolak tetapi mak dan ayah sayang sudah menetapkan tarikh kami berkahwin tanpa berbincang dengan sayang dahulu. Mereka ingatkan sayang masih tidak mempunyai kekasih. Silap sayang tidak memberitahu mereka tentang hubungan kita. Maafkan sayang",Lisa menangis di bahu Faris.
"Takpelah sayang. Abang faham. Mungkin kita ni takde jodoh. Sayang tak salah sikit pun. Jangan risau k? Abang tak marahkan sayang pun.Abang tahu sayang belum bersedia memberitahu keluarga sayang tentang hubungan kita. Janganlah nangis sayang. Kalau benar sayang ni dijadikan dari tulang rusuk abang, kita akan bersatu jugak. Percaya pada takdir dan jodoh yang Allah berikan pada kita. Mungkin dia adalah yang terbaik dari abang,"Faris meredakan tangisan Lisa.
"Abang, sayang akan berkahwin 3 bulan lagi. Sayang akan jadi milik orang lain. Sayang tak boleh jumpa abang dah lepas ni. Mungkin ni pertemuan terakhir kita. Sayang akan sentiasa menyayangi abang dan merindui abang. Abang, walau apapun yang terjadi, sayang sentiasa sayangkan abang. Sayang takkan padamkan kenangan kita bersama. Abang, sayang kena balik. Mak sayang tak bagi sayang keluar lama-lama kerana sekarang sayang sudah jadi tunang orang",Lisa merenung mata Faris. Lisa dapat melihat mata Faris digenangi air. Faris menahan airmata itu tumpah di depan Lisa.
"Ye sayang. Abang pun akan sentiasa sayangkan sayang. Selamat tinggal Nur Melissa Qistina. Terima kasih di atas cinta sayang pada abang. Abang takkan lupakannya",Faris bangun dan berlalu meninggalkan Lisa. Lisa hanya menyaksikan insan kesayangannya pergi. Itulah pertemuan mereka yang terakhir. Lisa tak henti-henti menangis kehilangan Faris.

***

Hari itu merupakan hari pernikahan Lisa dengan jejaka pilihan keluarganya. Mohd Nizam Zaidi akan menjadi pasangan hidup Lisa. Menggantikan Faris yang sememangnya masih Lisa cintai. Sanak saudara, ahli keluarga dan rakan-rakan telah memenuhi rumah Lisa. Akad nikah akan dijalankan di rumahnya sebentar sahaja lagi. Hati Lisa dirundung resah kerana dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang dia tidak pernah kenal hati budinya. Faris tahu itu merupakan hari bersejarah dalam hidup Lisa. Dia tidak mahu menyaksikan kekasihnya menjadi milik orang lain. Faris nekad mahu ke luar Negara dan menjauhkan diri dari segala kenangan bersama Lisa. Dia tidak mahu menaruh harapan untuk memperisterikan Lisa kerana Lisa akan menjadi milik orang.

Faris membawa diri ke Negara orang. Dia berjanji tidak akan menjejakkan kaki di Malaysia untuk tempoh beberapa tahun. Sudah puas Nia memujuk Faris tetapi pujukan sepupunya itu tidak diendahkan. Nia tahu hati Faris sudah hancur. Dan dia juga tahu betapa Faris menyayangi Lisa. Faris berlalu meninggalkan Nia dan Faris hilang di balik orang yang ramai di KLIA itu. Faris sudah pergi. Pergi bersama hati yang lara dan kenangan bersama Lisa.

***

Sudah 3 tahun Faris meninggalkan Malaysia. Tanah tumpah darahnya. Hari ini dia pulang semula ke Negara asalnya. Faris sudah tidak sabar berjumpa dengan ahli keluarganya dan berjumpa dengan Lisa. Faris tahu Lisa sekarang sudah pasti bergelar seorang ibu. Hati Faris masih lagi kuat mencintai Lisa. Faris berlalu meninggalkan KLIA dan menuju ke rumah keluarganya. Di rumahnya, keluarga Faris terkejut apabila Faris tiba-tiba muncul dimuka pintu. Nia turut berada di rumah tersebut. Nia datang menemui Faris.

"Hai orang jauh.. Balik jugak ko ye? Aku ingatkan, dah tak ingat Malaysia."Nia memerli Faris.
"Mane boleh aku lupa kat tempat aku dilahirkan ni. Suami ko mane?",Faris meletakkan begnya di atas sofa.
"Suami aku outstation la wei. Esok baru dia balik",Nia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Faris duduk di sebelah Nia. Mata Faris terpaku melihat seseorang. Seseorang yang sangat dicintainya, Lisa, berdiri di hadapan tangga. Lisa sedang mendukung seorang bayi. Faris dapat mengagak itu adalah anak Lisa. Lisa tersenyum manis pada Faris.
"Ha..Lisa..duduklah sini. Buah hati ko dah balik ni. Thanks tolong jagakan anak aku tadi", Nia mengambil bayi yang didukung oleh Lisa.
"Same-same..hal kecik je tu.. Hai Faris. Dah lame tak jumpe awak. Sihat ke? Macam mane merantau kat Negara orang?",Lisa merenung muka Faris yang keliru.
"Sihat je..takde yang best pun kat sane tu. Lisa, mane suami awak? Nak jugak saye kenal-kenal. Mane tahu boleh jadi member ke,".
"Mase saye nikah hari tu, taknak datang. Sekarang sibuk nak jumpe pulak", Lisa mencium pipi anak Nia.
"Ala..itu dulu. Sekarang lain la Lisa..",Faris memandang wajah yang amat dirinduinya itu.
"Itulah ko..main blah macam tu je. Lisa mane kahwin lagi. Dia setia menunggu ko tau",Nia tiba-tiba mencelah.
"Ha??Betul ke ni Lisa? Ko tipu aku kan, Nia?",Faris terperanjat.
"Betul apa yang Nia cakap tu. Saye tak jadi kahwin hari tu. Nia telefon saye dan memberitahu saye yang awak nak berlepas pergi ke luar Negara. Terus saya keluar dan menaiki kereta pergi ke KLIA. Saye nak menghalang awak dari pergi tapi saye terlambat. Awak dah pun menaiki kapal terbang mase tu. Saye menangis sebab tidak sempat menghalang awak pergi. Lepas tu, saye balik semula ke rumah. Family saye memarahi saye sebab meninggalkan majlis begitu sahaja. Saye pun memberitahu family saye yang saye taknak kahwin dan saye batalkan majlis akad nikah tu. Sebab, saye teramat cintakan awak Faris",Lisa memandang wajah Faris. Faris bangun lalu duduk di sebelah Lisa.
"Saye pun cintakan awak Lisa. Saye takkan biarkan awak terlepas dari genggaman saye lagi. Saye akan kahwin dengan awak secepat yang mungkin. Saye taknak kehilangan awak lagi, sayang", Faris menggenggam tangan Lisa.

***

Lisa memandang keindahan pantai di tepi chalet sewaannya. Lisa tenang menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Faris menghampiri Lisa. Faris memeluk Lisa dari belakang. Faris merangkul manja tubuh Lisa dalam pelukannya. Lisa hanya tersenyum manja disisi Faris. Mereka sudah pun bergelar suami isteri 3 hari yang lalu. Mereka sedang menikmati keindahan bulan madu bersama.

"Sayang lihat ape kat laut tu? Bukan ade abang pun kat laut tu",Faris mencium pipi Lisa berkali-kali.
"Saje lihat keindahan alam ni, abang. Indahnya alam ciptaan Allah kan?",Lisa menggenggam erat tangan suaminya itu.
"Ye sayang.. memang indah. Seindah manusia yang dicipta Nya..seperti sayang ni. Cantik sangat. Tak jemu abang menatap wajah sayang",Faris menarik tangan Lisa duduk di ribanya.
"Thanks atas pujian tu abang. Sememangnya sayang diciptakan Allah dari tulang rusuk abang. Semoga kita kekal selamanya, abang. Jangan tinggalkan sayang tau",Lisa memeluk leher Faris.
"Abang janji takkan tinggalkan sayang. Sayang, cepat pregnant ye? Abang tak sabar nak menimang cahaya mata ni. Nak tengok rupa anak abang. Mesti comel dan cantik macam sayang kan?",Faris merangkul tubuh Lisa.

Lisa amat bersyukur disatukan dengan Faris. Dia tidak mahu kehilangan Faris lagi. Biarlah cinta dan kasih sayang mereka berdua ‘ABADI SELAMANYA’….

###TAMAT###

Read More..
 
Cerpen : Ada Untukku

Cerpen : Ada Untukku
Nama Pena : Arynna

Di mana ingin ku melarikan diri sekiranya dia sejak kebelakangan ini sering wujud di depanku..Suratan hidup menemukan aku dengan Adie sebagai kekasih..dan sekarang dia bakal menjadi tunangan saudara terdekatku…darah dagingku sendiri..kakakku..Safiyyah Ainsyah.

Memang kalau hendak dibandingkan antaraku…bagaikan langit dengan bumi bezanya..perwatakannya penuh dengan kesopanan dan tatasusila seorang perempuan..namun tidak aku..Kakakku terdidik dengan perilaku lembut..sopan, berbudi bahasa dan lengkap pakejnya sebagai seorang perempuan manakala aku sebaliknya..Kerana kelemahanku inilah aku ditolak mentah-mentah oleh keluarga Adie…..Kukira dengan perpisahan antara aku dengan Adie akan melenyapkan dia dari diari hidupku sekaligus menjarakkan hubungan yang tiada makna ini tetapi betapa terkejutnya aku bila aku tahu tunang kakakku adalah Adie..Salahku juga kerana aku tidak mengambil tahu siapa bakal iparku..yang nyata sekarang sudah terlambat untuk aku terangkan segalanya..Lantas kudiamkan diri ini..dan kerana itu jugalah aku selalu mengelakkan diri sekiranya ada acara keluarga yang melibatkan keluarga Adie dengan keluargaku…

Aku mengasingkan diri dan perlahan-lahan aku merubah diriku untuk lebih baik..dan sekarang penampilanku juga berubah..tiada lagi baju dan seluar yang tidak cukup kain..dan auratku terjaga kini..
Aku berubah kepada kebaikan atas dorongan teman rapatku..
Sudah lama berlalu dan nyata aku tidak selamanya dapat mengelak dari bertemu Adie…
"Sofi.."
"Adie..apa khabar?" Kuajar diriku menjadi insan yang berhemah, berkat nasihat daripada rakan baikku sendiri yang selalu mendorongku malah ahli keluargaku sendiri terkejut dengan perubahanku yang sedrastik ini..
"Macam mana hidup you sekarang Sofi?"
"saya baik..alhamdulillah..Adie apa khabar?" mungkin kata-kataku membuatkan dirinya terkejut..kalau dulu sudah jenuh dia menasihatiku supaya berlemah lembut..nyata tak berhasil..
"You look different"
"Semua berubah..saya berubah..awak pun berubah..Asalkan untuk kebaikan..tak salah kan??"
"You tak sedih..kita berpisah begitu sahaja dulu?"
"Sedih…memang sedih. Mungkin itu dugaan untuk kita..jodoh, pertemuan..hidup, mati..semua di tangan yang maha Esa..Sofi harap Adie bahagia dengan hidup Adie sekarang..Adie bertuah mendapat tunang sebaik Kak Safi.."
"You kenal..Safi??"
"Lebih dari kenal..Sofi doakan Adie bahagia..Sofi ikhlas…kisah dulu, biarlah kita kuburkan sahaja..baik untuk kita semua"
"You nampak semakin tabah sekarang.."
"Ya…seharusnya Sofi ucapkan terima kasih pada Adie kerana memutuskan hubungan kita dahulu..Bukan niat Sofi untuk memerli Adie..jauh sama sekali..Ya, tipulah kalau Sofi cakap Sofi tidak terasa apa-apa..tapi sekarang Sofi redha…malah terasa tenang kini"
"I..I sebenarnya masih sayangkan you Sofi"
"Sayang tak semestinya bersatu…Sofi sedar itu selepas kita berpisah..Sofi pinta, hilangkanlah rasa sayang itu dan berikanlah kepada insan yang layak menerimanya daripada Adie.."
"apa kata kita kahwin Sofi" lantas saje pandangan mataku tepat ke mukanya..dengan kata lain..terlalu terkejut..
"Adie..cukuplah Adie mainkan perasaan Sofi..cukup!! Sofi sekarang sudah lain..Masa yang berlalu tak boleh diputarkan balik..Terimalah kenyataan bahawa antara kita sudah lama berakhir.."
"Tapi I tak sayangkan dia..I sayangkan you!!"pedihnya hatiku mendengarkan kata-kata daripada Adie..Sekarang aku lebih sedih kerana ‘dia’ yang dimaksudkan itu adalah kakakku sendiri..
"Adie..kenapa pendirian awak selalu berubah..banyak perasaan yang akan terluka nanti!! Dulu awak boleh putuskan hubungan kita dalam sekelip mata..saya terima..tapi sekarang kalau awak kata menyesal..saya rasa awak memang tak patut…awak tu tunangan orang..dan kalau awak nak tahu lagi, tunang awak tu adalah kakak saya!! My own blood..Awak boleh sakiti saya, tapi bukan Kak Safi!!"
Aku menangis!!kenapa harus jadi begini!!

Kukira..ceritaku dan Adie akan tamat begitu saja..tetapi mengapa dia sengaja menoreh kembali luka lama itu..Tanpa aku sedar, ia membawa kepada terputusnya pertunangan Kak Safi…Lelaki senang dalam membuat perhitungan..dan mangsanya..seorang wanita!!
"Sofi..ada orang datang merisik Sofi seminggu yang lepas" Aku yang waktu itu sedang menonton terasa kepalaku dihempap batu besar..
"Merisik..un..untuk Sofi?"
"Em..ibu ingat majlis kahwin yang tak jadi tu kita ganti dengan majlis Sofi ya!! Sebab ibu dan papa dah terima!!"
Adakah ini yang perlu aku tempuhi sebagai penyelesaian untuk mengelak dari Adie..Adie kini selalu mengejarku..tetapi bagiku..antara kami sudah tidak mungkin bersama.
"Ibu..mana mungkin Sofi macam ni..Sofi muda lagi!!Lagipun Sofi mana kenal pun!!"
"Ibu dah minta pun mama Hairi pertemukan kamu berdua..Esok Sofi keluar dengan Hairi ya!!"
Siapa pulak Hairi ni!!
***************

Kacak betul si Hairi ni..mahu cair hati aku yang satu ini, tapi untuk aku mengahwininya terasa jauh panggang dari api.
"Kenapa ya..Sofi sekarang menjadi seorang yang begitu pendiam!!" Aku telan air liur..Mana pula dia tahu aku ni jenis yang pendiam..Lagaknya..macamlah dah kenal aku lama.
"Tak sangka bila dah lama tak bertemu dengan Sofi..Sofi jauh berubah..semakin ayu….cantik..sejuk mata memandang"
Sepatah demi sepatah pujian yang Hairi berikan cuma membuatkan aku semakin sesak nafas..
"Mana Hairi tahu tu semua..Hairi memang dah lama kenal dengan keluarga Sofi?" potongku supaya nafasku yang tadi sesak tidak semakin sesak..
"Dulu..lama dulu..tapi Hairi lebih kenal Sofi daripada keluarga Sofi..Sofi yang dulu selalu berlagak macam budak lelaki dan selalu buli abang!!"
‘Aduh!!Bila masa pulak aku jadi kaki buli ni..tapi….Buli? Abang? Takkanlah dia…
"Tapi sekarang abang akan pastikan Sofi takkan buli abang lagi!!"
"abang Iz.." itulah nama panggilannya dulu..Hairi Izham..
"Ingat Sofi dah tak ingat dah pada abang!!"
‘Mana mungkin aku lupa pada budak lelaki yang selalu temankan aku main bola sepak..masuk hutan!! Ingat-ingat balik, buat malu aje. Ye la..mainnya lasak mengalahkan budak lelaki!!’
"Sekarang main bola sepak lagi ke?atau sering paksa orang masuk hutan??"
"Sekarang dah tak boleh…lama dah tak buat macam tu, ibu marah!!tapi kalau masuk hutan tu..ada jugaklah…tapi ramai-ramai"
"That’s my girl..I miss it so much..nanti-nanti kita masuk hutan sama-sama ya!"
"Tak boleh!!nanti ibu marah" dan dia ketawa senang
"Sofi…abang ikhlas mahu ambil Sofi sebagai isteri..Sofi macam mana?"
"Se..sebenarnya semua ni datang mendadak aje..Terus terang Sofi katakan, Sofi belum bersedia..Malah Sofi yang abang kenal dulu dan Sofi sekarang jauh berbeza"
"Tapi bagi abang..Sofi tetap Sofi.."

Setelah yakin dengan keputusan yang akan kuambil..akhirnya aku nekad menerima Hairi sebagai teman hidupku. Bagiku, pilihan mama dan papa adalah keputusan yang tepat untukku. Dan Kak Safi nyata gembira dengan keputusanku ini walaupun impiannya baru sahaja hancur. Tidak kusangka selepas itu kunjungan keluarga Adie yang tiba-tiba itu membuatkan hidupku huru-hara malah semua rahsia aku dan Adie terungkai sudah. Nyata ia mengejutkan mama,papa serta Kak Safi..malah tempiasnya sampai juga pada tunanganku… Puas mama dan papa memarahiku kerana berahsia..kuingatkan hidupku akan dilanda gelap segelapnya namun, jauh dari jangkaanku…mama dan papa lebih menerima penjelasanku dari segala-galanya malah Kak Safi pula menyalahkan dirinya kerana merampas Adie padaku..namun..Kak Safi bukan perampas..dia adalah mangsa keadaan..Papa dan mama pula kini meletakkan segalanya kepadaku sama ada aku mahu Adie sebagai teman hidupku atau Hairi…

"Sofi minta maaf sekiranya kisah silam Sofi mengecewakan abang Iz..Sofi tak salahkan abang Iz sekiranya abang Iz marah atau berdendam dengan Sofi"
"Abang tak kisah tentang kisah silam Sofi..Cuma abang ingin tahu, adakah abang ada di hati Sofi…atau abang sekadar penyelamat keadaan??"
"Abang Iz mahu tahu yang benar??"
"Ya..walaupun ia amat menyakitkan…abang akan terima"
"Ya..abang sekadar penyelamat keadaan.."
"Cukup!!"
"Sofi belum habis lagi!!"
"Abang penyelamat, abang pelindung..dan abang jugalah yang ada di hati ini"

Ya..itulah kebenarannya..Semuanya kerana Adie..Jika tidak kerana Adie aku tidak akan menyedari hakikat ini..Ternyata Hairi Izham tercipta untukku…

Read More..
 
Cerpen : Anod & katod

Cerpen : Anod & katod
Nama Pena : Umi Kalsom

" Nod... ada orang nak jumpa," Anod angkat muka.

"Sapa wei?," soalnya.

" Entah, dia cakap teman sepermainan!," terus je laki tu pergi meninggalkan Anod tertanya-tanya. Sapa yang datang ni?!

Perlahan dia bangkit dari kerusi. Sempat lagi ditilik wajahnya di cermin. Baju kurung yang tersarung di tubuh dibetulkan, begitu juga dengan tudung yang elok tersangkut di kepala. Langkah diatur menuju ke ruang menunggu. Eh, nervous la pulak! Sapa ye agaknya?!

Kakinya berhenti betul-betul di belakang orang yang dimaksudkan. Dia ke?

Tapi, belum sempat dia bersuara, orang tu dah bangun dan berpusing ke belakang. Senyuman ikhlas dilemparkan kepada Anod yang sememangnya terlopong besar di situ.

" Kau?," soal Anod tak percaya. Matanya digosok-gosok beberapa kali. Weh~ aku bukan baru bangun tidur kan?

" Nod... aku la, tak perlu kot gosok mata kau sampai macam tu sekali!," tegur Katod.

" Weh... Tod, rindu gila kat kau," lantas Anod tersenyum lebar.

*****

Anod dan Katod, gelaran yang tidak asing lagi dihadiahkan kepada sepasang sahabat yang begitu akrab. Nak kata sama jantina, tidak. Nak kata kembar pun tidak, binnya lain-lain. Namun, entah kenapa gelaran itu dengan mereka berdua sangat sinonim dari alam sekolah lagi. Annur binti Kassim (Anod) dan Khalid bin Ajwad (Katod). Perumpaan yang nak mengambarkan mereka berdua, bagai isi dengan kulit. Di mana ada Anod, di situ ada Katod. Memang tak boleh dipisahkan langsung.

Sehinggakan ramai yang syak, mereka berdua ada hubungan istimewa lebih dari seorang sahabat saja. Seringkali Anod menafikan, namun takde sapa pun yang percaya. Bagi mereka itu semua hanya alasan semata-mata.

" Tod... aku sedih," adu Anod ketika mereka berdua sedang menjamu selera. Katod terus memandang wajah Anod yang sugul.

" Kenapa wei... jangan cakap yang si Haikal tu buli kau lagi! Itulah aku dah pesan banyak kali jangan layan mamat tu, dia saja nak main-main dengan kau... Aku kenal dialah Nod," terus je Katod menyerbu. Anod mendengus.

" Aku bukan nak cakap pasal tu la ngok!," amik kau! Kalut sangat, bukan nak dengar apa yang aku nak cakap dulu.

" Habis tu?," baru nak tanya. Anod tarik nafas panjang-panjang. Dia tahu perkara ini bakal menjejaskan mood Katod untuk sepanjang hari ini.

" Diorang syak kau dengan aku... ," perlahan Anod menyusun intro dengan hati-hati. Katod begitu setia menadah telinga.

" ada special relation...," pandangan Anod fokus pada wajah Katod. Tak beralih sikit pun. Nyata wajah itu berubah sikit. Aku dah agak!

" Diorang semua cakap tak guna akal dan kau pun tak fikir, then boleh pulak datang cerita kat aku," aik, marah ke? Kenapa tone cakap tak best nak didengar. Tak suka betul cakap dengan pak cik ni kalau mood ceria convert dengan mood beruang kutub dia.

" Aku bagitahu je. Aku pun sedih tau orang cakap macam tu!," luah Anod.

" Let them be... why do we need to care about what people said Nod... aku malaslah nak ambil tahu semua tu. And I hope, you too can ignore whatever they've said. Please Nod....," sayu je suara Katod. Adeh~ sedih la pulak.

" Tod... sorry wei..," pinta Anod.

" Naa... takde apa la. Kau kawan aku..," Katod tersenyum. Anod pun ikut tersenyum jugak.

*****

Mereka melangkah masuk ke sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan pejabat Anod. Katod tolong tarik kerusi untuk Anod. Wah.. sejak bila si Katod ni jadi gentleman... rasa nak gelak pulak! Namun, Anod hanya tarik sengih melihat gaya Katod.

" Kenapa?," Katod pelik. Anod sengih lagi.

" You look different!," komen Anod. Dahi Katod berkerut.

" Apa yang different?,"

" Macam-macam la... wei cepat order makan! Lunch hour aku sejam je...," Anod segera mengingatkan.

" Ha'a kan... ala tak bestlah, bukannya selalu dapat jumpa kau... duduklah lama sikit. Bolehlah Nod?," Katod mempamerkan muka comelnya. Anod mencebik.

" Kau ingat... company tu, bapak aku yang punya! Sesuka hati aku nak masuk lambat semua,"

" Ala... bukan selalu pun..," Katod mengayat lagi.

" Takde maknanya... dah! Cepat order makan.. aku lapar gila ni...," segera Anod memotong.

" Perangai tak ubah-ubah, dari dulu sampai sekarang. Asal nampak makanan je, aku yang hensem ni pun kau tolak tepi!," Anod tersedak mendengar kata-kata Katod. Uweekkk!!!!

" Kau hensem...," Anod gelak besar. " Cermin sapa la yang sanggup berdusta dengan kau ni Katod...hahaha," dia terus gelak sakan di depan Katod. Katod pandang je. Tak cakap apa pun.

" Kau ni, kepala dah bertutup! Tapi gelak kalah aku... aurat wei, jaga sikit!," uish... pedasnya! Amik kau Anod. Itulah, gelakkan orang lagi. Kan dah kena batang hidung aku sebijik. Terus je Anod senyap.

" Nak makan apa ye?," Katod mengubah topik. Dilihatnya wajah Anod dah mula memuncung. Dia tersenyum kecil.

Katod memanggil pelayan di situ untuk mengambil pesanan mereka.

" Nasi goreng pattaya extra pedas dua, fresh orange dengan teh 'o' ais limau," terus dia membuat pesanan dengan yakin. Anod tengok je. Lepas budak pelayan tu blah terus dia menyerbu Katod.

" Confident je bagi order!," sindirnya. Katod relaks je.

" Takkan dalam masa 9 tahun ni selera kau dah berubah?," tenang Katod menyoal. Ni soalan jenis apa ni... macam ada double meaning je. Konfius aku!

" Kenapa kau tanya macam tu?," Anod pelik. Katod hanya tersenyum.

" Takde apalah...," Katod menggelengkan kepala.

" So... amacam life kau? Lama sangat dah aku tak dengar pasal kau....," soal Katod. Anod memerhatikan Katod. Dah lain dah dia sekarang. Makin hensem wei...

" Aku.. macam ni lah. Hari-hari dengan new excitement!," ujar Anod dengan ceria. " Kau.. mesti best kan, selalu fly sana-sini... bahagia betul hidup!,"

" Tak jugak...," perlahan tutur Katod. Erk! Kenapa pulak... jadi pilot, tak cukup best ke?!

" Aku fly selalu, nanti aku kahwin nanti best ke fly tinggal anak bini!," owh... yang tu ke.

" Ala... small matter la, ajak terbang sekali sudah!," pandai je Anod bagi suggestion. Lantas dia tertawa sendiri. Katod juga turut ikut ketawa bersama.

Makanan yang dipesan terhidang atas meja. Memang nampak menyelerakan betul, tambah pula perut kedua-duanya memang dah berkeroncong dengan irama dangdut! heh! Nasi goreng pattaya yang berasap itu disuap dengan penuh nikmat ke dalam mulut.

" Mmmmmm.... sedap gila wei!," komen Anod. Katod gelak je. Minah ni dari dulu sampai sekarang, semua pun dia rasa sedap. Agaknya nasi yang tak cukup garam pun dia cakap sedap jugak.

Anod makan dengan pantas. Katod pandang je.

" Gembiralah tu... dapat escape dari aku!," luah Katod.

" Apa pulak?," Anod tak puas hati.

" Esok aku nak lunch lagi dengan kau. Bermula dari hari ni, kita kena lunch together! Wajib!," Anod tercekik sampai terbatuk-batuk. Pantas teh 'o' ais limau dihirupnya.

" Apa pulak! Sesuka hati je keluarkan hukum Wajib! Tak acilah...," Anod merungut.

" Aci ke... tak aci... aku tak kira," dah masuk dah ditaktor dia!

" Tak risau ke, kalau ada orang marah...," pantas Katod mengangkat muka. Wajah Anod ditenung lama. Dia seakan tidak mahu percaya dengan ayat yang diungkapkan Anod.

" Sapa nak marah?," straight je soalan.

" Tunang aku?!," selamba Anod menjawab. Katod tersedak!

" Kau... dah tunang ke?," terasa debaran hati menjadi kencang selepas mendengar kenyataan itu. Anod... sampai hati kau, tak cakap pun kat aku!

" If I say yes?," aiseh... main tarik tali pulak minah ni.

" Yes or no?," serius Katod menyoal. Anod tersenyum-senyum. Kesian la pulak nak kelentong mamat ni. Anod ketawa kecil.

" Tak!," sejurus selepas itu, satu nafas lega dilepaskan. Namun masih ada satu persoalan lagi yang menyesakkan mindanya.

" Boyfriend?!," Anod menggeleng.

" Betul ke?," Katod tak percaya.

" Kan aku dengan pernah janji, nak kahwin sama-sama! Akad nikah serentak. Tak ingat dah..," Anod meningatkan. Katod berfikir sejenak kemudian baru dia mengangguk. Wajah Anod ditenung lagi. Tidak sangka Anod akan berpegang pada janji lagi. Sedangkan dia??!

******

Dia melangkah mendekati gadis yang duduk di bangku panjang di kantin. Wajah itu kelihatan sugul sekali.

" Kau ni kenapa?," soalnya lembut.

" Tod... Haikal?!," sebaris nama itu mampu membuatkan darah Katod mendidih.

" Dia buat apa pulak?," soal Katod geram. Tak habis-habis anak orang kaya tu nak membuli Anod.

" Dia conteng baju aku!," setitis air mata jatuh di tubir mata Anod.

" Tengokla dia tulis apa. Aku malu, semua orang pandang aku!," Anod menunjukkan bahagian belakang bajunya. Terserlah di situ ' Anod lesbian, Katod gay'.

" Dia ni memang nak kena dengan aku!," Katod terus berdiri.

" Jangan Tod... jangan berkasar! Nanti dia putar belit kat cikgu, kita pulak yang sangkut dengan masalah," rayu Anod. Katod mendengus kuat.

" Inilah masalah kau... asal aku nak pergi ajar dia je, kau tak bagi! Sebab tulah dia naik minyak, dia ingat dia boleh buat apa je kat kau. Hari ni dia tulis kau lesbian, aku gay... Esok-esok, dia fitnah kita berdua macam-macam yang lagi teruk dari ni?! Kau nak... masa tu kalau kau menangis, terus terang aku cakap.. aku lempang je!," marah Katod. Anod mengetap bibir. Air matanya deras mengalir ke pipi. Janganlah marah aku!

" Aku tak nak susahkan kau...," sayu suara Anod. Katod mengeluh.

" Yang kau baik sangat nak defend mamat tak guna tu kenapa? Buang masa jela Nod... Dia semakin kuat, kau je yang makin lemah!," lembut suara Katod namun terselit ketegasan di situ.

" Biarkanlah dia tu, bercakap ikut suka dia! Kita tahu kan kita macam mana..," tenang Anod berkata.

" Hah.... tahu pun! Habis yang beria menagis ni kenapa?,"

" Aku pun tak tahu!,"

" Bertuah," mendengar kata-kata Katod, Anod terus tertawa.

" Lain kali jangan nangis... buat malu dekat budak-budak lower form je!," usik Katod sambil menghulurkan tisu kepada Anod. Anod tersenyum. Malunya wei~

Petang itu, Katod dan Anod berjalan pulang bersama-sama. Kebetulan latihan sukan mereka tamat serentak.

" Katod....,"

" Anod....," serentak mereka memanggil.

Mereka ketawa.

" Kau lah dulu," Anod berkata.

" Eh... mana boleh! Ladies first la...,"

Anod ketawa. Blah la... ladies first!

" Aku ada benda nak tanya kau...,"

" Proceed..,"

" Agak-agaknya, nanti kalau kau dah kahwin dan aku pun dah kahwin, kita still macam ni ke? Care for each other every moment?," soalan itu kedengaran sayu. Namun Anod masih tersenyum manis. Nak cover la tu!

" Mestilah boleh.. kenapa pulak, apa masalahnya kita care for each other?!,"

" Kau kena faham... masa tu, aku dah ada suami, kau pun dah beristeri.. nanti jeles-jeles ke.. kan tak elok...,"

" Kau nak cakap apa sebenarnya?," terus je Katod menyoal. Ni gaya cakap dah lain macam.

" Aku cuma nak tahu je... sampai bila-bila pun kita akan macam ni ke?," Anod menghela nafas berat. Katod dah jadi sebahagian daripada dirinya. Dari kecil lagi, terasa berat pula hati kalau nak lepaskan dia.

" Susah-susah Nod... kita kahwin dua jela. Tak payah nak risau pasal pasangan kita nak fikir apa. Betul tak?," Katod tersengih. Anod dah jegilkan biji mata.

" Otak kau!!!! Jangan nak merapu....," marahnya. Katod ketawa bahagia. Seronok tengok minah ni marah, habis merah hidung!

" Dah la... malas nak cakap dengan kau...," terus je Anod meluru masuk ke rumahnya yang terletak di simpang jalan.

Katod menghantar Anod dengan pandangan mata, sehingga langkah kaki Anod masuk ke dalam rumah.

******

Sandwich tuna siap dibungkus dan diletakkan dalam bekas. Air nescafe pula dah ready dalam termos. Apa lagi ye yang nak kena bawa? Anod pusing-pusing dalam dapur. Melihat kiri dan kanan, kot-kot ada benda yang tertinggal. Dah setel?! Agaknya....

Semua barang tadi dikumpulkan di ruang tamu. Sekejap lagi sampai la agaknya....

Dia terus berlalu ke bilik untuk menukar baju. Blaus labuh bercorak bunga kecil warna pink dipadankan dengan seluar slack hitam. Tudung disarung dan dipakai seringkas mungkin. Tempek bedak sikit! Vaseline disapukan pada bibirnya yang kelihatan kering... Nod.. Nod... minumlah air dengan secukupnya ye! Ok.. dah siap.

Dikerling jam di tangan. Apahal lambat sangat ni... janji pukul 11. Jam dah 11.30. Memang nak kena dah ni, dah la paksa aku ikut. Pastu duk delay pulak!

Serentak itu kedengaran bunyi hon kereta. Ha... dah sampai pun! Anod melangkah dengan pantas. Pintu gril dibuka. Baru saja dia hendak melangkah, tiba-tiba je dia terasa digam! Errr... who' s that?!

" Nod.... cepatlah," jerit Katod dari luar. Anod bagaikan tersedar dari mimpi, dengan segera dia melangkah menuju ke kereta. Namun pandangannya statik pada insan di sebelah seat pemandu. Who's she?! 1001 persoalan dalam kepala.

Dalam kereta barulah Anod dikenalkan dengan insan tadi. Annisa...hhmmm sedap nama. Orangnya pula, sangat cantik. Cantik dia, memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Aku rasa macam bulan kat depan mata. Heh! Guna balagah( kiasan) la pulak. Nod~ jeles ke?! Apa... sorry sikit, takde hari nak jeles dengan si Katod ni!

Tak jeles, tapi mata tak henti-henti melirik kat cik Annisa tadi. Adoi~

" Amacam?," tiba-tiba je Katod menyoal. Anod dah blur. Dia baru je nak suapkan sandwich ke dalam mulut. Annisa pergi ladies.

" Apa?," Anod geram. Bagi salam tidak, terus masuk rumah.

" Annisa tu, macam mana? Okey tak?," owh... tu ke!

" Ok la... cantik, lemah lembut, pandai masak... and pandai buat kuih favourite kau," ujar Anod sambil menayang kuih tepung pelita dalam bekas hasil tangan Annisa.

" Apa lagi yang kau nak.. aku rasa okey!," jujur Anod melahirkan pendapat. Namun ada sesuatu yang mengusik hatinya. Anod... betul ke ni? Apa yang aku cakap?

" So... approve ah?," soal Katod sungguh-sungguh. Gaya macam nak kahwin esok je...

" Approve...,"

******

" Tod... nanti bila kau takde, sapa nak jaga aku?," macam kanak-kanak je Anod menyoal. Aiskrim kat tangan dah nak cair.

" Apa buat ayat sentimental ni? Aku kan ada nak jaga kau.. jangan risau, sapa pun tak berani punya nak kacau kau...," Katod semangat gila bagi jawapan.

" Ngok! Nanti sampai aku tua.. kau ke yang nak jaga?," amik kau!

" Owh... bagi tau la macam tu. Lain kali bersoal, kasi jelas itu ayat...," Katod menggaru kepalanya yang tak gatal. Sapa nak jaga Anod?

" Kau kan suka si Shahrul tu... dia boleh kot nak jaga kau. Aku tolong rekomen nak?," sejurus itu satu jelingan tajam dihadiahkan buat Katod.

" Dah takde orang lain ke dalam dunia ni kau nak rekomenkan aku?!," soal Anod geram!

" Habis tu... rasa-rasa aku la.. dalam semua-semua laki yang kau minat, dia je yang nampak okey sikit! Ada la ciri-ciri nak jadi suami soleh..," ulas Katod. Weh~ bengong la kau ni...

" Habis tu.. kau?,"

" Aku?,"

" Yelah... kau la, sapa lagi?,"

" Aku... tak payah risau la, aku kan jejaka idaman malaya... ramai je yang nak kat aku!," berlagak! Anod menjelirkan lidah.

******
Katod nak kahwin?! Aduh~ kenapa rasa berat sangat hati ni. Maybe sebab lama tak jumpa dia kot? Takpun... tak.. tak.. sebab aku dah lama tak jumpa dia.

Tapi macam tak kena la... kenapa aku resah sangat ni. Eh... apa ni?!Perlahan tangannya dilarikan ke pipi. Air mata... Annur.. kau menangis! Oh tidak~

Kuatkan semangat, Katod nak kahwin dengan gadis yang baik. Janganlah risau bagai nak gila. Tears! Ini yang aku lemah ni... kenapa sampai nak nangis? Aku confused?!

Anod mundar mandir di biliknya. Ya Allah kuatkan semangat aku!

Kedengaran melodi dari handphone. " Katod," perlahan nama itu disebut.

Nak jawab ke? Kalau tak jawab? Susahnya....

Dicapai jugak telefon bimbit itu dan dilekapkan ke telinga.

" Assalamualaikum....," kedengaran salam diberi. Cool Anod! Cool....

" Waalaikumsalam," suara Anod serak. Alamak~ habis la aku, kantoi!

" Kenapa nangis ni?," tenang je Katod menyoal.

" Mana ada! Aku selesema la!," nafinya.

" Bohonglah... macam aku tak kenal kau. Even 9 tahun tak jumpa, aku still kenal kau la Nod... c'mon la, kenapa nangis ni?," pujuk Katod. Anod ketap bibir. Macam mana ni?

" Aku sedih la...,"

" Kenapa?,"

" Kau nak kahwin dah...," Katod tertawa.

" Sebab tu je ke?," Anod mengeluh.

" Aku... sedih....,"

" You suppose to be happy for me,"

" Aku sedih......," ayat itu jugak yang diulang-ulang. Akhirnya Katod mengeluh.

" Tell me the truth la Nod... kenapa nak sedih sangat ni?,"

" Kau kahwin dengan aku jela!," hah! what did I said just now? Alamak, Anod... apa la kau ni!

Katod tersenyum. Nasib baik minah tu takde kat depan mata aku. Aku dah agak dah. Heh!

" Betul ke Nod?," saja nak duga Anod.

Anod senyap. Malu wei~ apa la aku ni...

" Kau tak cakap apa-apa, aku pegang dengan kata-kata kau yang terakhir tu. Ok... assalamualaikum!," tut..tut..tut.. Katod dah letak gagang. " Aku pegang dengan kata-kata kau yang terakhir," weh.... Adoi~

Annur.... apa nak jadi ni?!

******

" Aku terima nikahnya Annur binti Kassim dengan mas kahwin seribu satu tunai," dengan sekali lafaz Annur telah sah menjadi isteri orang. Isteri... Annur... wow~ aku macam tak percaya je.

Khemah di hadapan rumah penuh dengan tetamu jemputan. Maklumlah, kenduri sulung habis semua dijemput!

Di satu sudut kelihatan kawan-kawan sekolah Annur.

" Wei... lawa la kau Nod.. melepas aku! Rugi aku tak tackle kau dulu," gurau Shahrul. Di sebelahnya Asyikin, Dina, Suzy, Wan, Syafie, Bashi... wah ramai sungguh! Anod tertawa kecil.

" Aku dah cakap dulu, dia nak argue gila-gila dengan aku!," sampuk Suzy.

" Aku pun dah agak dah...," Dina dengan Wan.

" Eh.. sudah ye! Aku tak jangka pun tau...," Anod membidas.

" Iyela tu!," serentak mereka menjawab dan terus ketawa.

" Ni kenapa ni? Buli-buli wife aku....," jejaka yang segak berpakaian pengantin berdiri sebelah Annur. Dia melemparkan senyuman mesra.

" Wooooo~ cik abe marah tu," semua bersuara serentak lagi.

" Mestilah...," sengaja mukanya digarangkan. Tapi dia pun ikut gelak sekali.

" Wei... bagitahu kat Nod belum?," soal Shahrul. Anod terpinga. Bagitahu apa ni?! Dipandang wajah suaminya, meminta penjelasan. Namun tiada reaksi.

" Actually... dia ni memang nak kahwin dengan kau pun! Dari dulu lagi...," Anod terlopong. What!!!! Dipandang wajah Katod tidak percaya.

" Dia punya la pulun cari contact number kau, aku tengok dia time tu sekali pandang macam devdas pun ada...," Gelak!

" Korang lost contact lama gila, tapi nasiblah dah jumpa balik kan. Betul kan Katod.... ngaku la cepat kat bini kau yang tercinta ni... kitorang nak tengok jugak live confession," semua dah senyum mengusik. Pipi Anod dah panas.

" Annur... i love you," Katod senyum nakal. Yang lain pun join sekali. Jahat!

" Kau ni... memang~," terus Anod mencubit lengan Katod sekuat hati.

" Sakitlah...,"

" Padan muka....," Anod geram!

" Wei... sudahlah. Dah kahwin pun macam budak-budak lagi!," Wan cuba men'cool'kan keadaan.

" Anod and Katod should be together right? Awak kutub positif, saya kutub negatif... memang melekat punya," ucap Katod perlahan.

" Wehhhh.... saya, awak pulak....," sekali lagi hilai tawa memenuhi ruang khemah. Anod dah malu!


~ THE END ~

Read More..
 
Cerpen : Comelnya Cinta

Cerpen : Comelnya Cinta
Nama Pena : Love Purple Pink

Farisya berlari-lari anak menuju ke bilik air di tingkat atas pangsasiswa 2 tingkat itu. Dia mencapai raga plastik berwana merah jambu. Dia mencuci muka dan memberus gigi dengan pantas. Gel mandian susu kambing diheret masuk ke dalam bilik air dan dia membersihkan diri. Usai membersihkan diri, dia kembali ke biliknya.

"Hoi Isya, tak siap lagi ke?" Sergah Hidayu yang baru keluar dari biliknya.
"Kejap… 5 minit aku siap"
"Tu la, lain kali jangan baca novel sampai ke Subuh. Kan dah lambat bangun."
"Dah ler makcik, jangan ler bebel lagi. Lagi lambat aku nak siap nanti. Kau pergi la wat air dulu. Buat untuk aku sekali yer. Nanti aku bawak biskut" Farisya mengenyit mata.
"Ha, pandai nak bodek orang. Biskut, aku taknak. Bawak bun pandan kaya kau tu kat sini."
"Iyalah…" balas Farisya sambil masuk semula ke biliknya dan bersiap . tidak lama kemudian, Farisya naik semula ke ruang tamu yang bersambung dengan dapur. Dia meletakkan plastik berisi bun kaya pandan kegemarannya di atas meja. Mereka berdua bersarapan bersama.

"Isya, petang nanti lepas kelas kita pergi tengok wayang nak?"
"Cerita apa?"
"Apa-apa aja lah. Aku boring lah."
"Kau dah ajak Linda ke belum?"
"Belum lagi. Jap lagi aku ajak lah."
"Nak ajak siapa lagi?"
"Ajak lah Afiq ngan Hakeem sekali."
"Nantilah tanya diaorang dulu. Takut diaorang ada kelas atau discussion."
"Okey"

Selepas bersarapan pagi, mereka berjalan beriringan meninggalkan blok asrama 2 tingkat itu.
"Linda, kau dah siap belum? Cepatlah, nanti lambat." Laung Farisya dari depan tingkap bilik Linda.
"Dah siap, aku datang la ni" Jerit Linda membalas.
Mereka bertiga berjalan menuruni bukit kolej B. Mereka bertiga berpisah di bangunan Fakulti ekonomi. Linda dan Farisya menuju ke bangunan Sains Matematik manakala Hidayu ke bangunan Sains Laut.

"Linda, petang nanti tengok wayang jom"
"Cerita apa?"
"Entah, apa-apa ajer la… bosan la dok terperap kat bilik jer."
"Wokeh, no problem."
"Hakeem dengan Afiq dah ajak belum?"
"Belum. Nanti aku sms diaorang."



"Woi, mengumpat kitaorang ke?" sergah Afiq.
"Ntahnye, kalo nak ngumpat jangan la sebut nama kitaorang kuat2." Balas Hakeem.
"Ceh, buat terkejut aku jer. Bengong betullah korang nie, kalau yer pun nak terkejutkan kitaorang, bagilah salam dulu " Balas Linda geram.
"Sekarang sapa yang bengong? Kalau dah elok-elok bagi salam, bila masa korang nak terkujut?" Soal Afiq.
"Takperla, kami buat2 ler terkujut.. " balas Farisya.
"Adoi, sengal betulla korang berdua ni. malas nak layan." Afiq tersenyum sinis.
"Apahal dok seru nama kami tadi?" Soal Hakeem.
"Keem, tengok wayang nak petang nanti. Korang ada kelas tak nanti?"
"Wayang? Ko belanja ke Linda?"
"Ah, tak kuasa aku. Nak ikut, sendiri bayar."
"Ooo, pandai korang. Sendiri bayar. Tapi time isi minyak keter nanti, aku bayar sorang kan." Usik Hakeem.
"Ala, kalo kau tak sudi nak tumpangkan pun, kitaorang boleh pergi naik bas." Farisya pura-pura merajuk.
"Ala, cik kak comel ni, marajuk pulak. Jangan la gitu, kang elok2 muka tu comel jadik hijau pulak."
"Apsal lak hijau?" soal Farisya tak mengerti.
"Kang kalau kau dah naik angin bukan kau bertukar ker? Jadi hulk? Hehhehe" usik Afiq
"Kau ni memang nak kena luku ngan aku kan." Balas Farisya geram.
"Dahler, jomlah masuk dewan. Kang Dr Roziah dah masuk, baru terkedek-kedek cam mak itik nak cari tempat." Balas Linda.

Mereka bertiga pun menuruti Linda dari belakang bagai itik pulang petang. Mereka berempat satu fakulti..Tapi mereka berempat berlainan pengkhususan. Ada subjek yang serupa ada yang tidak. Kebetulan pagi ini, subjek yang mereka ambil serupa iaitu subjek ‘Numerical Method’.


"Adoi, hensem betul Tom Cruise tu kan" Isya bersuara.
"Macam tu kau kata handsome Isya, kau ni memang tak ada taste. Ni abang Hakeem ni, lagi hadsome tau." Sakat Hakeem.
"Uwek, nak muntah aku dengar." Usik Hidayu.
"Kalau abang Hakeem tak cukup handsome, ni abang Afiq jejaka idaman Malaya." Afiq pulak taknak kalah.
"Ni lagilah, muka macam cekodok basi. Ada hati nak jadi jejaka idaman Malaya." Balas Farisya meluat.
"Yelah, Isya… aku tau aku ni tak semacho kekasih hati kau Zafrul tu. Tapi apa kurangnya sangat aku ni? bukan kurang banyak pun, kurang sikit jer handsome dari si Zafrul tu." Usik Hakeem.
"Udahlah Hakeem, jangan sebut-sebut nama dia. Malas aku nak dengar." Balas Farisya. Linda menyinggung perut Hakeem menggunakan siku.
"Apa?" soal Hakeem tak mengerti.
‘Zafrul buat hal lagi.’ Hidayu berbisik di telinga Hakeem. Farisya buat-buat tidak dengar.
Mereka semua diam seribu bahasa.

"Apasal korang ni diam? Kena sampuk ke?" Usik Farisya. Yang lain masih diam membisu.
"Aku okeyla, malas nak layan soal hati dan perasaan ni. buat runsing kepala otak aku ni. Dia kat sana dok sedap berdangdut bergumbira, aku nak serabut kepala ngan makan hati buat apa. Baik aku makan Sizzling Mee. Lagi sedap. Tambah lagi sedap kalau abang Hakeem ngan Afiq yang handsome ni belanja. "Usik Farisya.
"Keranamu Isya, bulan bintang pun sanggup aku gapai." Hakeem berbahasa.
"Keem, zaman skang owang dah tak main la bagi bulan bintang.. bagi jer supplementary credit card ker, keter sebijik ker. Baru dahsyat." Usik Linda.
"Kau nak ker Linda? kau mintak kat abang Afiq ekk. Aku kalau nak bagi pun, aku bagi kat buah hati aku Isya ni jer." Usik Hakeem.
"Korang ni bosan ler, asyik-asyik Linda dengan Isya jer. Aku ni, sapa pun tak pernah nak offer." Hidayu pura-pura merajuk.
"Ala ayu, kau tu kami malas nak offer. Buang air liur. Tunang kau tahu nanti, habis kami ni kena sekeh. Lainlah diaorang berdua ni, single and available."
"Pandai ler kau nyer single. Linda tu single la, Isya tu cam mana?"
"Isya tu lain, special case." Hakeem tersengih. Hidayu mencebik muka.
"Alalala, comel sangatla tu mek oii. Janganlah merajuk. Arini makan, semua aku belanja okey." Afiq memujuk.
"Betul ke Afiq? Memang kaulah jejaka idaman Malaya." Usik Linda.
Mereka berlima menuju ke food court dan menjamu selera.


Farisya terasa matanya berpinar dan perutnya memulas. Dia menekan perutnya dan gagahkan diri untuk bangun. Diselongkar laci meja tulisnya dan mencari minyak angin namun tak diketemui. Peluh sejuk mula terbit di dahinya walaupun terasa bahang di luar sana walaupun di malam hari. Tangannya pantas mencapai botol air mineral dan diteguknya air sehingga separuh botol. Dia merebahkan diri di atas katil bercadar biru itu. Dia melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan angka 10 malam. Farisya gelisah. Tiba-tiba dirasakan perutnya memulas lagi dan tekaknya terasa mual. Dia berlari menuju ke bilik air di tingkat atas. Segala isi perutnya terhambur keluar. Perutnya terasa senak. Dia mengetuk pintu bilik Hidayu.

"Ayu, kau buat apa? Dah nak tidur ke?" soal Farisya.
"Belum. Aku tak ada buat apa-apa pun. Selak-selak buku ni aja. Macam tak ada mood nak baca." Balas Hidayu.
"Kenapa kau nampak pucat Isya? Kau tak sihat ke?" soal Hidayu.
"Entahlah, perut aku ni meragam pulak. Kau ada minyak angin?" Soal Farisya.
"Ada. Kejap aku ambik. Kau nak pergi klinik tak?" Soal Hidayu sambil tangannya mencapai minyak angin di dalam laci mejanya. Dia menghulurkan minyak gosok serai wangi itu kepada Farisya. Farisya mengambil minyak itu dan menyapunya sedikit di perut.
"Aku tahan lagi ni, tengok keadaan dululah. Tapi, aku laparlah lepas muntah tadi." balas Farisya sambil menggosok-gosokkan perutnya.
"Jomlah, aku teman kau makan roti dengan milo nak " Balas Hidayu.
"Ala, kau nak tumpang sekaki makan kan." Farisya mengusik. Hidayu tersengih.

Sedang mereka sedang enak minum dan menjamah roti, tiba-tiba Isya menekup mulutnya dan berlari menuju ke bilik air. Hidayu hanya menggelengkan kepala.

"Kau muntah lagi?" Saol Hidayu apabila Isya kembali duduk di kerusi di hadapannya. Farisya mengangguk.
"Jom, pergi klinik." Cadang Hidayu.
"Klinik apa bukak malam-malam ni? nak pergi dengan apa?" soal Farisya.
"Bagitau Warden lah." Cadang Hidayu.
"Ah, malaslah aku. Dah malam-malam ni nak kacau dia. Kita ni dah final year, budak budak-budak first year nak ngadu hal kecik-kecik macam ni." Isya membalas.
"Dah kerja dia." Balas Hidayu. Tapi Farisya tetap berkeras untuk tidak memberitahu warden dan menunggu esok siang sahaja untuk ke pusat kesihatan.
"Isya, takkan nak tunggu esok. Pucat aku tengok muka kau ni. Kalau kau tidur pun, aku rasa kau tak boleh nak lena dengan keadaan kau macam ni." Hidayu membalas.
"Takpelah, aku cuba. Dahlah, pergilah tidur. Esok ada kelas pagi kan." Usul Farisya sambil mengutip mug untuk dibasuh.
"Kau ni memang degil" Hidayu geram. Mereka kemudiannya menuju ke bilik masing-masing. Hidayu tak sedap hati. Dia menyusup pula ke bilik Linda di bangunan hadapan.

"Linda, Isya tak sihat. Malam ni dah dua kali dia muntah. Aku ajak pergi klinik dia taknak. Nak tunggu sampai esok." Gumam Hidayu.
"Nak pergi naik apa malam-malam ni?" soal Linda.
"Aku suruh bagitau warden dia tak mahu." Balas Hidayu.
"Call jer Hakeem or Afiq mintak tolong." Balas Linda.
"Betul jugak tu kan. Lupa pulak aku kat hero dua orang tu. Tapi, malam-malam ni tak kacau diaorang ke?" Soal Hidayu.
"Ala, mamat duaorang tu bukan buat apa pun malam-malam ni. Agaknya dok lepak makan roti canai kat kedai tu." Balas Linda seakan mengerti tabiat dua orang lagi sahabat mereka.
"Betul jugak kan." Balas Hidayu mengiyakan. Telefon dicapai dan speed dial Hakeem didail. Selepas memberi salam dan salam disambut Hidayu memulakan bicara.
"Hakeem, kau tengah buat apa? " soal Hidayu.
"Baru habis main badminton. Tengah pekena roti canai kat kedai." Balas Hakeem.
"Agak dah." Balas Hidayu.
"Kenapa? Nak aku tapaukan ke?" Soal Hakeem.
"Taknaklah. Aku nak mintak tolong sikit. Ada klinik yang bukak 24 jam tak dekat-dekat sini? " Soal Hidayu .
"Aku tak surelah. Tapi aku boleh carikan lah. Kau tak sihat ker? " Hakeem risau.
"Bukan aku, tapi Isya." Balas Hidayu.
"Isya? Kenapa dengan dia?" Hakeem mula cemas.
"Rileksla bro. Dia muntah-muntah tadi. Dah 2 kali malam ni. Makan jer, terus keluar balik." Terang Hidayu.
"Aku datang sekarang jugak. Suruh dia bersiap ye. Jangan lupa bawak Ic dengan student card." Pesan Hakeem sambil pantas mematikan talian.


Isya telah selesai mendapatkan pemeriksaan di klinik. Dia disyaki keracunan makanan dan tekaknya luka sedikit.

"Thanks Hakeem. Sorry susahkan kau malam-malam buta ni."
"Isya, benda kecik aja. Apa guna kawan kalau benda macam ni pun tak boleh nak tolong kan. " Balas Hakeem.
"Zafrul tahu kau tak sihat ni?" Soal Afiq.
"Aku malaslah nak bagitau. Kalau bagitau pun dia bukan boleh buat apa." Balas Isya.
"Ala, sekurang-kurangya dia tahu juga khabar dari kau." Balas Afiq. Hakeem hanya mendengar.
"Small matter jerla. Buat apa nak buat dia pening-pening. Banyak benda lagi yang dia nak fikir. Kerja dia pun baru nak stabil. Biarkan aja dia." Balas Farisya seperti jauh hati.
"Cek oii, bukan susah sangat nak tanya khabar kan. Dah berapa lama dia dia tak contact kau?" soal Linda pula.
"Entah, aku tak kira la pulak. Seminggu, dua minggu…" balas Farisya selamba.
"Adoi, mamat haprak tu. Memang hampeh." Balas Afiq.
"Dahlah, jangan citer lagi kisah aku. Bukan ada yang menarik pun." Balas Farisya sambil menggosok perut. Hakeem memerhatikan gelagat Farisya. Dia tersenyum.
"Isya, kau lapar yea." Soal Hakeem.
"Lapar jugaklah." Balas Isya tersengih.
"Eh korang, jom pergi makan dulu. " Cadang Hakeem.
"Boleh jugak. Pekena tomyam malam-malam buta ni best jugak kan" Balas Linda.
"Ek eleh, orang lain yang sakit. Orang lain yang sibuk beria." Usik Afiq. Linda hanya tersengih. Hakeem dan Afiq pulang semula ke rumah sewa selepas menghantar Farisya, Hidayu dan Linda ke asrama.


‘Linda, aku nak jumpa kau dengan Ayu petang ni kat depan library. Jangan bagitau Isya. ’

Linda membaca sms dari Hakeem tersebut. Dia lekas-lekas mendelete sms tersebut. Bimbang sekiranya Isya ternampak dan salah sangka.

Petang itu di hadapan perpustakaan.
"Kenapa dengan Zafrul Linda?" soal Hakeem.
"Susah aku nak cakap kes Zafrul dengan Isya ni." balas Linda sambil mengerutkan dahi.
"Hari tu, bukan elok aje ke dia dengan Zafrul. ?" soal Hakeem lagi.
"Elok tak elok sangatlah. Kat belakang Isya, ntah perempuan mana dia usung kehulu kehilir." Balas Hidayu.
"Mana kau tau?" soal Afiq.
"Ada orang yang nampak lah. Rina kawan baik Isya masa sekolah dulu yang bagitau. Dia nampak masa dia balik rumah mak dia kat Kuantan bulan lepas. " Terang Linda.
"Ooo Rina kawan si Zafrul tu jugak kan." Balas Afiq.
"Yelah, Rina yang mana lagi. Dia ternampak Zafrul dekat mega mall dengan seorang perempuan ni. Siap pegang-pegang tangan lagi." Jelas Hidayu.
"Isya ada tanya Zafrul pasal budak perempuan tu ke?" Hakeem ingin tahu.
"Kau taulah Isya tu, lembut hati sangat. Kalau aku, dah sembur habis-habis dah kat Zafrul tu. Zaf ni tak pernah bersyukur. Masa dia dumb Isya 1st time aritu, Isya dah maafkan dia. Merayu-rayu nak berbaik semula. Janji macam-macam. Dah elok, Isya tu maafkan dia dan terima dia balik, dia buat hal lagi. Memang tak kenang dek untung. Rina yang tengok dengan mata kepala sendiri pun rasa nak lempang aje si Zafrul tu" jelas Linda.
"Tapi Zafrul tu buat tak kisah aja masa terserempak dengan Rina masa tu. Tak nampak rasa bersalah pun." Terang Linda lagi.
"Tu la yang aku geram tu. Masa dah kecewa kena kikis dan dimainkan dek Julia tu dulu, tau pulak nak datang menyembah mintak ampun dengan Isya. Isya ni pulak, kenapa la lembut hati sangat." Balas Hidayu.
"Korang kan tahu Isya tu macam mana. Nampak jer garang kan, tapi dia lembut hati dan pemaaf. Zaf tu kawan lama dia masa sekolah dulu. Dah lama sangat kenal. Tu yang macam tak sampai hati kot. Kebetulan masa tu dia single, tu yang dia terima balik Zaf tu." Balas Hidayu lagi.
" Kalau aku jumpa budak Zaf tu, memang aku bagi penumbuk jer." Balas Hakeem.
"Keem, kenapa kau tak berterus terang dengan Isya?" Soal Linda.
"Berterus terang apanya?" Hakeem pura-pura tak mengerti.
"Kitaorang tahu kau sayangkan Isya tu kan." Hidayu bersuara.
"Sayang? Sama macam aku sayang korang semua." Hakeem cuba mengalih topik.
"Dahlah Hakeem, kalau taknak mengaku sudah. Kami tak paksa." Getus Linda. Hakeem hanya tersengih bak kerang busuk. Jauh di sudut hati Hakeem, hatinya tersayat pilu.
"Isya, kita jogging kat tasik petang nanti." Usul Hakeem.
"Boleh jugak. Nanti aku tunggu kat foyer yer. Pukul 5.15. Linda dengan Ayu tak ajak sekali ke?" soal Farisya.
"Aku dah ajak, diaorang malas. Nak tengok tv." Balas Hakeem lagi.
"Nak tengok citer melayu siri petang tu la. Mana boleh miss bebudak tu." Terang Farisya.
"Kau tak tengok ke?" Soal Hakeem.
"Aku malas, kalau dah start tengok nanti payah nak berhenti. Mulalah tak boleh lekang depan tv tu. Asal pukul 6 jer kena tercongok depan tv tu. Langsung tak boleh buat benda lain. Aku tengok-tengok macam tu ajerla. Tak ikut sangat." Farisya bercerita panjang.
"Afiq ikut sekali? " Soal Isya.
"Ikut." Balas Hakeem.


Suasana kelihatan tenang di tasik itu. Ramai pelajar sedang beriadah di situ. Ada jugak yang hanya memerhati gelagat orang ramai yang ada di situ.
Mereka bertiga berlari-lari anak mengelilingi tasik itu. Afiq meneruskan larian ke pusingan yang ketiga. Manakala Isya dan Hakeem hanya membuat dua pusingan sahaja. Mereka kemudian duduk berlunjur di atas rumput.

Peluh meleleh dicelahan anak tudung dan mengalir di tepi pipi Isya. Isya mengelap menggunakan lengan bajunya. Hakeem bingkas bangun menuju ke kereta. Dia mengambil sapu tangan dan dua botol 100 plus. Dia kembali mendapatkan Isya dan melambungkan air botol tersebut dan sapu tangan.
"Eee, takmau lah aku sapu tangan kau ni Hakeem. Ntah berapa lama tak basuh." Isya bersuara.
"Cik kak, aku baru basuhlah. Tak pakai lagi ni." Balas Hakeem.
"Betul ni?" soal Isya sambil tersengih. Dia mengelap peluh yang meleleh di pipinya. Memasukkan sapu tangan tersebut di dalam kocek seluar tracksuitnya.

"Thanks Keem." Balas Isya sambil tersenyum manis.
"Hmmm.." Balas Hakeem. Lidahnya tiba-tiba kelu melihat senyuman manis Isya.
"Isya, kalau aku tanya, kau jangan marah ye."
"Tanyalah dulu. Kalau tak, mana boleh cakap aku marah ke tak." Isya sengaja menyakat Hakeem.
"Ni yang aku malas nak tanya ni." Balas Hakeem serba salah.
"Yelah-yelah. Aku tak marah. Tapi, kalau tiba-tiba muka aku jadi hijau tu faham-fahamlah yer." Usik Isya sambil tergelak kecil. Hakeem juga tersengih.
"Kau dengan Zafrul macammana?" Soal Hakeem serius.
"Macam tu lah Keem. Aku telefon cakap la sepatah dua. Lepas tu, macam-macamlah alasan dia. Sibuklah, nak gosok bajulah, nak keluar dah lah. Macam-macam lagilah alasan dia."
"dia betul-betul sibuk kot." Duga Hakeem.
"Keem, kalau dia orang tu betul-betul sayangkan kita sesibuk mana pun pasti boleh luangkan masa. Aku bukan mintak cakap lama pun , tapi 5 minit pun payah nak bercakap dengan dia sekarang." Balas Isya.
"Isya, sampai bila kau nak biarkan dia mainkan perasaan kau? Kali ni dah dua kali Isya, dia buat macam tu. " soal Hakeem.
"Entahlah Keem, agaknya salah aku jugak. Aku ni bukan spesis menggoda kot. Pandai nak mengada-ngada dan merengek manja. Tu yang agaknya dia beralih arah tu." jelas Isya.
"Isya, aku rasa kau dah cukup sempurna." Pujuk Hakeem.
"Tu kau kata Keem, tapi Zaf tak anggap macam tu. Aku tak cantik, tembam pulak tu, tak anggun, tak pandai bergaya, tak menggoda dan tak macam-macamlah lagilah.." balas Farisya.
"Isya, fizikal tak penting. Pada aku, kau comel. Masa kau marah kau comel. Kalau masa kau senyum lagi kau comel. Masa kau serius dengan dahi berkerut pun aku tetap nampak kau comel. Kalau muka kau berubah hijau, yang tu aku tak sure comel ke tak. Hehhee" Usik Hakeem.
"Kau nampak garang, tapi kau sebenarnya penyayang. Kau nampak serius, tapi kau jugak pandai merapu. Kau nampak tabah, tapi kau jugak sensitif dan lembut hati." Hakeem meluahkan apa yang dia rasa.
"Thanks Hakeem." Farisya menghargai usaha Hakeem untuk menceriakannya.
"Isya, aku cakap ni bukan semata-mata nak ambik hati kau tau. Tapi, aku betul-betul ikhlas." Balas Hakeem . Isya tersenyum.
"Tengok tu, kan aku cakap. Senyum kau tu comel." Usik Hakeem. Muka Isya kemerahan menahan malu. Dicampaknya botol 100 plus yang sudah kosong ke arah Hakeem. Hakeem mengelak.


"Woiii, ape ni buang sampah merata-rata? Takder sivik langsung." Jerit Afiq.
"Hakeem ni la, buat lawak ntah apa-apa ntah." Balas Isya.
"Mana ada. Afiq, kau tengok Isya ni comel tak?" Usik Hakeem.
"Comel sangatt… macam kucing siam." Balas Afiq." Farisya berlari anak mengambil semula botol kosong yang dilemparkan tadi dan mengetuk bahu Afiq.
"Nah, amik kau. Berani kau samakan aku dengan kucing Siam yer…"
"Betul apa, kan kucing siam tu comel. Rasa nak picit-picit jer kan. Macam tu jugak aku tengok pipi tembam kau, rasa nak picit-picit jer" Usik Afiq.
"Ceh, bengong la korang nie. Menyampah aku nak layan. Jomlah balik." Balas Farisya geram. Hakeem dan Afiq tergelak nakal melihat Farisya yang terkulat-kulat. Jauh di sudut hati Hakeem, dia tetap mengatakan walaupun muka Isya berubah hijau, pasti dia tetap comel. Dia tersenyum sendiri.


Farisya merenung lama cermin panjang di ruang tamu blok 6A itu. Dia lihat atas bawah. Dia akui, wajahnya tak lawa sangat . Tak tinggi, cuma 5 kaki 1 inci. Bentuk muka bulat. Kulit agak cerah. Badannya agak berisi. Mungkin 8-9 kg lebih berat dari berat idealnya. Tapi tak dinafikan, bak kata Hakeem, dia agak comel cuma dia tak lawa macam model.

Entah mengapa tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat kata-kata Hakeem di tasik tempoh hari. ‘Ahh, Hakeem. Kau memang nakal dan pandai ambik hati aku. Zafrul dulu pun macam tu. Tapi dia dah berubah sejak akhir-akhir ini. Perubahan yang sama seperti dia mula-mula meninggalkan aku kerana Julia suatu masa dulu.’ Farisya tersenyum pahit. Dia menuju ke peti ais di ruang dapur dan menuangkan semug air sejuk dan turun semula ke biliknya di tingkat bawah.

Farisya membelek-belek diari unggu itu. Sejak akhir-akhir ini, tak banyak catatannya. Tiada kisah menarik nak dilarikkan sebagai kenangan. Kalau ada pun, hanya kisah duka antara dia dan Zafrul. Dia sendiri dah naik bosan dengan kisah drama airmatanya itu. Dan, sejak itu dia sudah berhenti menulis. Farisya melayan perasaannya.

‘Agaknya Zafrul malu kot bercinta dengan aku yang tak cantik ni. Aku ni bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan Julia yang pernah bertakhta di hati Zafrul. Tapi dia juga yang beria-ia nak sambung balik ikatan yang pernah terputus suatu masa dulu. Entahlahlah, mungkin dia sunyi waktu itu. Mungkin juga kehadiran aku tika itu hanya sebagai tempat dia mengubat hatinya yang luka setelah Julia meninggalkannya . Tak mustahil jika dia sekarang dah ada pilihan hati.

Tapi, kenapa tak berterus terang sahaja? Bukankah lebih baik dia berterus terang sahaja daripada terus-terusan memberikan alasan yang tak masuk dek akal. Aku bukan bodoh, aku bukan dungu, aku cuma nak dia mengaku dan berterus terang. Aku tak boleh nak menahan dia dari beralih cinta. Soal hati tak boleh dipaksa. Aku mengerti kalau aku bukan pilihannya. Tapi sampai bila dia perlu berahsia begini.

Kalaupun Zafrul dah tak punya rasa kasih dan sayang aku, sekurang-kurangya Zafrul masih ingat aku ni sahabatnya. Dia patut lebih tahu yang aku paling benci kalau ditipu dan ditikam dari belakang. Aku lebih tega berdepan dengan kenyataan walaupun kenyataan itu melukakan hati aku. Walaupun kenyataan itu melukakan kembali parut yang dia tinggalkan suatu masa dulu. Parut yang makin sembuh dek kerana kasih sayang teman-teman yang sentiasa di sisi memberikan semangat. Kasih sayang dari insan-insan yang sentiasa menyayangi aku. Atau akukah yang terlalu naïf dan bodoh kerana memberikan dia peluang dan ruang untuk melukakan hati aku buat kali kedua. Entah, aku sendiri pun tak ada jawapannya.’


Linda, Hidayu, Hakeem dan Afiq berjalan keluar dari pusat bowling itu. Farisya tidak turut serta kerana minggu ini dia ingin pulang ke kampung halamannya.
"Afiq, laparlah. Jom makan." Usul Ayu.
"Nak makan mana?" soal Afiq.
"Food court ajerlah yer. Aku rasa nak makan yong tau fu lah" balas Linda.
"Boleh gak. Aku tak kisah mana-mana pun." Jawab Hidayu.
Mereka berempat beriringan menuju ke food court di tingkat atas sekali bangunan mall itu. Selepas menjamu selera, mereka berempat berpakat untuk menuju ke MPH untuk meninjau-ninjau dan mencari bahan bacaan baru.

Sedang asyik berbual dan dalam perjalanan ke MPH di tingkat bawah sekali, tiba-tiba Linda terpandangkan seraut wajah. Dia amat kenal wajah itu. Tapi, masakan apa yang dilihat itu betul. Setahu Linda, Zafrul dah mula bekerja di Kuantan. Dia mencuit Hidayu.

"Ayu, mata aku salah tengok tak?" Soal Linda sambil memuncungkan mulutnya ke arah subjek.
"Mmmm, aku rasa tak salah dah tu. Memang mamat tu. Amboi bergumbira nampak." Getus Hidayu.
"Keem, kau rasa kau kenal tak mamat tu?" soal Linda pada Hakeem sambil menundingkan jarinya.
"Mamat mana pulak yang kau berkenan ni Linda?" sambil melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Linda.
"Betul tak apa yang kami nampak?" soal Hidayu.
"Aku rasa betul dah" Balas Afiq, sambil mengiyakan. Hakeem hanya menggetap bibir menahan geram melihat Zafrul yang sedang memimpin tangan seorang gadis yang sedang tergelak manja.
"Budak tak kenang dek untung." Getus Hakeem sambil berjalan menhampiri Zafrul. Laungan teman-teman yang lain sudah tak diperdulikannya lagi.

"Zafrul, aku ada hal sket nak cakap dengan kau." Balas Hakeem sambil menarik tangan Zafrul menjauhi gadis yang bersamanya.
"Apahal ni?" Soal Zafrul.
"Perempuan mana pulak kau heret ni ha?" soal Hakeem.
"Girlfriend aku la. Kau ni siapa nak ambik tahu hal aku?" soal Zafrul rimas.
"Aku kawan Isya, Hakeem." Terang Hakeem.
"Ooo, ni la Hakeem yea." Balas Zafrul tanpa rasa bersalah.
"Zaf, kau tak patut buat Isya macam ni?" Hakeem bersuara.
"Aku buat apa kat dia?" soal Zafrul pura-pura tak mengerti.
"Kau mainkan perasaan dia Zaf. Tak kasihan ke kau kat dia?" Nada suara Hakeem mula mendatar.
"Bro, soal hati dan perasaan mana boleh paksa-paksa" balas Zafrul selamba.
"Amboi, senangnya kau cakap. Masa kau dok tagih cinta dia kali kedua hari tu, ada siapa-siapa yang paksa kau ke?" soal Hakeem. Nada suara dia makin meninggi.
"Itu dulu." Balas Zafrul selamba.
"Habis tu, kenapa kau tak terus terang aja dengan dia. bagitau dia hal sebenar. Lepaskan dia dengan cara elok?" soal Hakeem tak puas hati.
"Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Kalau aku lepaskan dia kenapa? Kau pulak nak ambik sisa-sisa aku tu? " Zafrul berkata bongkak.
"Apa yang kau merepek ni Zaf?.Suara Hakeem mula bergetar menahan marah. Kalau diikutkan hati, sekarang jugak ditumbuknya muka lelaki yang tak tahu malu itu. Tapi dia cuba bersabar.
" Kalau aku tak ambik Isya tu jadik awek, kau ingat ada orang lain ke nak ambik dia jadi awek?" soal Zaf sombong.
"Zaf, tak baik kau cakap macam tu. Isya tu budak baik. Dia tu kawan kau jugak Zaf." Balas Hakeem lagi. Penumbuknya digenggam erat. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan. Afiq, Hidayu dan Linda merapati mereka berdua. Afiq memegang erat penumbuk Hakeem. Menahannya dari dilepaskan. Kalau tidak nanti, ada pulak drama tak berpengarah kat khalayak ramai ni.
"Dahlah, malas aku nak layan korang. Korang kirim salam kat kawan korang tu. Hakeem, kalau kau nak sangat kat lsya tu, ambiklah. Aku tak kisah." Balas Zafrul angkuh sambil meninggalkan mereka yang terkial-kial.

"Kurang ajar punya jantan." Getus Linda.
"Budak ni elok terlungkup je tepi jalan." Balas Hidayu.
"Kesian Isya kalau dia tahu orang yang dia sayang cakap macam tu." Balas Afiq. Hakeem hanya membisu seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya luluh dan pilu. Tak dapat dibayangkan kalau Isya sendiri yang dengar kata-kata Zafrul tadi. Hujung minggu mereka yang sepatutnya ceria berubah mendung tiba-tiba. Masing-masing kemudiannya diam seribu bahasa melayan perasaan.


Cuti semester telah bermula. Farisya nekad kali ini. Dalam tempoh cuti selama tiga bulan ini, dia nekad ingin menurunkan berat badannya dengan cara yang sihat. Bukan semata-mata ingin tampil menarik, yang penting dia ingin mengurangkan risiko untuk berdepan dengan penyakit akibat berat badan yang berlebihan. Dia mengatur semula jadual pemakanannya. Dia juga mula mengikuti kelas aerobik di sebelah petang setiap 3 kali seminggu. Di hujung minggu, dia akan berjongging ataupun berlari-lari anak di taman tasik berhampiran rumahnya. Dia kini rasa lebih cergas dan sihat. Saban minggu angka di penimbang digitalnya menunjukkan penurunan. Dia bersyukur usahanya berhasil. Tiga bulan berlalu. Dia akan kembali semula ke kampus pada minggu hadapan.

Dia mula memilih baju-baju yang ingin dibawanya pada semester hadapan. Baju-baju lamanya dicuba semula. Kesemua baju kurungnya kelihatan gelebeh dan agak longgar, namun masih boleh dipakai. Angka 10 kilogram yang hilang dari badannya dalam tempoh 3 bulan itu bukan sedikit. Dan sebagai hadiah atas usahanyanya menurunkan berat badan, Isya membeli 5 pasang kain untuk membuat baju kurung yang baru dan meminta ibunya manjahitkan untuknya. Dia mengacu baju barunya. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin. Dia puas dengan penampilannya kini. Dia masih dia yang dulu, cuma dia nampak semakin yakin dan kelihatan lebih bertenaga dengan fizikal barunya.


Isya mengemas katilnya. Dia meminta pada pihak pengurusan asrama untuk kekal di bilik lama. Kerana dia selesa di situ. Linda dan Hidayu masing-masing pun dah ada di bilik masing-masing. Dia ingin siap berkemas dahulu baru mendapatkan teman-temannya.
Usai mengemas pakaiannya ke dalam almari, dia mencapai beg galas tepi berwarna putih itu. Dia mengunci pintu biliknya dan menuju ke bilik Hidayu di tingkat atas.

"Assalamualaikum" Farisya mermberi salam.
"Waalaikumussalam. Masukla Isya" balas Hidayu dari dalam. Ayu amat kenal akan suara itu.
"Ayu, kau sihat?" soal Isya sambil menguak pintu bilik Ayu dan memeluk ayu keriangan.
"Isya, kau nampak lain lah." Balas Ayu.
"Lain, apa yang lain? aku sama jer macam dulu." Balas Farisya pura-pura tak mengerti.
"Isya, kau dah kurus." Jerit Hidayu keriangan.
"Mana ade, macam biasa jer. Kau tu yang makin berseri-seri. Maklumlah, tinggal tak sampai satu tahun jer lagi. Lepas ni orang tu dah nak naik pelamin. " Usik Isya sambil tersenyum.
"Isya, aku cakap pasal kau, kau cakap pasal aku pulak. Serius ni Isya, berapa kg yang turun ni? Adoi, makin comel aku tengok kau ni Isya."
"Apa, sebelum ni aku tak comel?" Isya bergurau.
"Comel, tapi sekarang lagi comel. Linda dah jumpa the new Isya belum?" soal Hidayu tidak sabar.
"Belum." Balas Farisya.
"Jom, pergi bilik dia. Aku yang tak sabar nak bagi dia jumpa kau. Lepas tu kita lunch ok?" cadang Hidayu.
"Habis, ni taknak kemas ke?" soal Isya sambil menundingkan jari ke arah timbunan pakaian Hidayu yang telah dikeluarkan dari begnya.
"Ala, tu takper, nanti-nanti boleh buat. Cerita sensasi ni tak boleh tunggu lama dah." Usik Ayu. Farisya hanya tersengiih melihat keletah Hidayu yang periang itu. Mereka menuju ke bilik Linda. Reaksi Linda agak stereotaip dengan reaksi Hidayu.

Isya hanya mampu tersengih dan jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana Allah kurniakan dia sahabat yang sejati. Dalam ramai-ramai sahabat, tiba-tiba dia teringatkan Zafrul tiada lagi sendu di hatinya. Dia bebas kini. Khabar itu masih belum disampaikan kepada mereka semua.

Mereka ke Kafetaria di Pusaneka. Setelah memilih juadah dan lauk pauk untuk makan tengah hari, mereka bertiga duduk di meja yang agak tersorok dari laluan orang ramai.

"Isya, kalau la Hakeem dengan Afiq tengok kau sekarang, sure diaorang terkejut beruk." Hidayu bersuara.
"Apa pasal pulak, tak ada bezanya sangatlah aku ni." Balas Farisya merendah diri.
"Tak beza sangat kau kata? Kau tak nampak tadi masa bertembung dengan Abang Yusri? Dua tiga kali dia toleh dekat kau. Macam konfius takut silap orang jer. Lepas kau senyum kat dia, baru dia berani nak segih kat kau." Balas Linda.
"Ala, abang Yus tu, drama jer lebih." Balas Isya sambil tersengih.
"Ni kalau Hakeem nampak kau ni, mau tak tidur malam budak tu. Makin angau ler dia dekat kau." Usik Linda.
"Kenapa pulak dia nak angau dekat aku?" balas Isya tak mengerti.
"Kau ni Isya, takkan tak paham kot. Kan mamat tu suka kat kau." Balas Hidayu. Farisya hanya menjungkit bahu.
"Isya, aku tanya kau jangan marah yer." Linda meminta izin.
"Tanya ler. Takder maknanya aku nak marah. Pasal apa?" soal Isya.
"Zaf." Balas Linda pendek.
"Kenapa dengan Zaf?" Soal Isya. Walaupun dia dah dapat agak persoalan itu.
"Kau dengan dia macam mana? Dia dah jumpa kau lepas kau kurus?" soal Linda.
"Aku dengan dia dah putus. Dah lama dah. Masa awal-awal cuti hari tu. " balas Farisya tenang.
"Serius? Alhamdulillah. Lega aku dengar." Balas Linda lagi.
"Kalau dia nampak kau sekarang ni, mesti menyesal tak sudah mainkan perasaan kau dulu." Balas Hidayu.
"Emm, takde maknaya. Aku ni tak manja ngan menggoda. Mana reti nak liuk-lentok ni. Aku ni bukan taste dia " balas Isya.
"Kalau bukan taste kenapa dia gatal-gatal nak couple dengan kau dulu?" soal Hidayu geram. Farisya hanya menjungkit bahu.
"Mamat tu memang tak sedar dek untung, padan muka pun kalau perempuan kat luar sana tu nak mainkan dia."
"Tak baik doakan yang tak baik kat orang lain tau." Usik Isya.
"Kau tu baik hati sangat Isya, orang buli kau pun kau diamkan jer." Ayu membalas.
"Meminta pada yang ada, merayu dan bermanja pada yang kasih. Buat apa nak susah-susah Fikir ? Baik kita terima orang yang boleh terima kita seadanya. Baik, buruk, susah dan senang." Balas Isya lagi.
"Macam Hakeem?" soal Linda lagi.
"Apa korang ni? asyik-asyik Hakeem." Balas Farisya gelisah namun masih tersenyum.
"Senyum-senyum tu tanda setuju." Usik Ayu. Farisya sengih sambil menghabiskan makan tengahhari itu.


Isya merenung kipas yang ligat berpusing. Dia mencari-cari wajah Hakeem yang lama tak ditemuinya. Tiba-tiba dia teringatkan panggilan telefon dari Zafrul 3 bulan lalu.

"Zaf, sampai bila kita nak terus macam ni? kalau Zaf dah ada pilihan hati lain terus terang ajerlah. Isya boleh terima." Isya memulakan bicara.
"Kenapa? Isya dah tak sayangkan Zaf lagi?" Duga Zafrul.
"Entahlah Zaf, Zaf dah makin jauh dari hidup Isya. Zaf pergi dan datang sesuka hati. Isya dah letih dengan permainan hati " balas Isya tenang.
"Isya tak marah dan bencikan Zaf kalau Zaf cakap Zaf dah jumpa orang lain? " soal Zafrul lagi.
"Zaf, Isya tak nafikan hati Isya ni tercalar dan pedih. Tapi, kalau Zaf terus-terusan bersikap macam ni, pedih tu akan melarat. Sebelum luka di hati Isya ni berdarah kembali, lebih baik kita habis di sini. Tapi Isya tak pernah marah dan bencikan Zaf. Walau apapun terjadi, Zaf tetap sahabat Isya." Balas Isya dengan air mata yang bergenang. Zaf terdiam seketika.
"Isya, Zaf mohon ampun dan maaf atas salah silap Zaf pada Isya. Bukan sengaja nak mainkan hati Isya. Tapi entah macammana, kat tempat kerja, Zaf jatuh cinta dengan orang lain. Zaf tak sampai hati nak bagitau Isya. " Zaf berterus terang.
"Soal hati dan perasaan ni mana mana boleh dipaksa Zaf." Keluh Isya.
"Itu yang Zaf bagitau Hakeem." Balas Zafrul.
"Hakeem? Bila masa pulak Zaf cakap dengan Hakeem?" Soal Farisya hairan.
"Hakeem tak bagitau yang dia ada terserempak dengan Zaf masa Zaf turun KL dengan Ila hari tu?" soal Zafrul.
"Ooo, Ila nama budak tu Zaf? Mmm..Hakeem tak cakap apa-apa pun." Balas Isya sambil mengerut dahi.
"Nyaris jugak muka Zaf ni lebam kena penumbuk dek Hakeem tu. Nasib baik kawan-kawan yang lain ada tahan dia." balas Zafrul.
"Kawan-kawan yang lain?" soal Farisya.
"Linda, Ayu ngan sorang lagi budak lelaki. Apa ntah nama dia." Zafrul cuba mengingati.
"Mmm, Afiq kot. Sampai hati diaorang tak bagitau Isya." Balas Isya perlahan.
"Diaorang taknak Isya sedih kot. Zaf mintak maaf sebab masa tu Zaf ada cakap kasar sikit dengan Hakeem. Tu yang nyaris-nyaris kena penumbuk tu" balas Zafrul.
"Benda dah lepas, biarlah lepas Zaf." Isya berkata lemah. Jauh di sudut hatinya dia bingung kenapa teman-temannya merahsiakan perkara ini.
"Isya, Hakeem tu budak baik. Zaf yakin dia mampu bahagiakan Isya"
"Apa yang Zaf merapu ni?" soal Farisya tidak mengerti.
"Isya, mana ada lelaki yang tiba-tiba aje rasa nak belasah lelaki lain sebab lelaki tu curang." Jelas Zafrul.
"Dia anggap Isya ni kawan baik dan dia ambik berat. Simpati mungkin " Isya menjelaskan.
"Isya, Zaf sendiri nampak dari sinar mata dia. Zaf ni lelaki. Zaf tahu, dia cintakan Isya. Sememangnya dia lebih layak untuk Isya. Dia mampu mempertahankan Isya. Tak macam Zaf." Balas Zafrul lemah.
"Tau tak apa." Usik Isya. Zaf juga tergelak kecil. Kisah cinta Zaf dan Isya tamat di situ. Isya doakan pilihan Zaf kali ini tak silap lagi dan mendoakan kebahagiaannya. Zaf juga mendoakan kebahagiannya dengan Hakeem.

‘Dengan Hakeem? Mungkinkah terjadi? Dia akui Hakeem sangat baik dengannya. Hakeem melayannya dengan baik tanpa jemu. Hakeem sentiasa ada disisinya kala susah dan senang. Dia akui, Hakeem sentiasa menceriakan hari-harinya. Dan tak dinafikan dia gembira bersama Hakeem. Tapi, entahkan dalam diam Hakeem sudah punya pilihan hati.’ Farisya akhirnya lena diulit mimpi.


Hakeem memandang jam di tangan. Entah mengapa hatinya terasa debar untuk bertemu dengan Isya kali ini. Sudah berbulan lamanya dia tidak menatap wajah gadis itu. Dia rindu untuk melihat seraut wajah comel itu. Dari jauh dilihatnya Isya laju menuruni anak tangga. Isya menghampirinya. Hakeem melihat insan di hadapannya tanpa berkelip matanya.
‘Mata akukah yang silap ni? Silap orangkah?’ desis Hakeem sambil menggenyehkan matanya.
"Assalamualaikum." Isya memberi salam.
"Waalaikumsalam." Hakeem menyahut salam. Sah, dia tak silap orang.
"Isya, lain betul aku nampak kau. Ingatkan dah silap orang tadi " Balas Hakeem.
"Kenapa? Kau ingat ntah awek mana yang datang nak berkenalan dengan kau ke?" Usik Isya.
"Aku ingat macam tu la." Balas Hakeem sambil tersengih.
"Pirahh, perasan betul kau ni Keem." Isya berseloroh walaupun didadanya terasa getarnya.
"Isya, comel sangat aku tengok kau sekarang." Tegur Hakeem.
"Selama ni aku tak comel ker?" balas Isya.
"Siapa kata? Dari dulu, dah berapa juta kali aku cakap kau memang comel. Kau aje yang degil, taknak percaya. " Balas Hakeem.
"Afiq mana?" Isya mengalih topik.
"Entah, dia kata nak main badminton petang ni." balas Hakeem.
"Kau tak ikut main sekali ? " Soal Isya menduga.
"Malaslah, aku rindu sangat kat kau ni." Hakeem menyakat. Isya hanya tersengih. Hakeem menuju ke keretanya. Isya hanya mengikut Hakeem dari belakang. Hakeem membukakan pintu untuk Isya dan Isya meloloskan tubuhnya ke dalam kereta.
" Nak pergi mana ni?" soal Isya.
"Jalan-jalan." Balas Hakeem.
"Ala, kita berdua aje ker? Kenapa la budak-budak bertiga ni ada macam-macam hal pulak hari ni? awal-awal sem ni rilek-rilek la dulu." Rungut Isya sambil mengerutkan dahi. Hakeem hanya tersengih mendengar rungutan Isya. Dia menoleh ke arah Isya, ‘Kan aku dah cakap, Isya ni kalau dahi berkerut pun nampak comel.’ hati Hakeem berbisik.

"Isya, kalau aku tanya kau jangan marah yer?" soal Hakeem.
"Ish, bosan betul aku dengan ayat tu. mesti nak tanya pasal Zafrul kan." Balas Isya meneka.
"Mana kau tahu?" soal Hakeem hairan.
"Ala, kau pun sama dengan budak-budak 3 orang tu. Kalau nak tanya pasal Zaf aje, mesti nak mula dengan ayat sopan macam tu." balas Isya sambil tergelak kecil.
"Aik, lain macam jer aku dengar nada tu. Macam happy jer aku dengar. Kau dah berbaik semula dengan dia?" Soal Hakeem.
"Kalau aku cakap dah…?" Isya belum sempat menghabiskan ayatnya.
"Alhamdulillah, Isya. Aku doakan kau bahagia. Aku tak suka tengok kau sedih-sedih." Balas Hakeem ikhlas walaupun raut wajahnya sedikit mendung.
"Kenapa kau tak suka tengok aku sedih-sedih?" Isya bertanya lanjut.
"Sebab… aku tumpang bahagia kalau kau pun bahagia." Balas Hakeem jujur namun sedikit gugup.
"Aku takder kereta ke, motor ke. Macam mana aku nak tumpangkan kau?" sakat Isya.
"Kau ni Isya, aku serius ni. Kau main-main pulak." Balas Hakeem geram. Isya tergelak kecil.

"Keem, turn aku pulak tanya. Kau jangan marah yer." Usik Isya.
"Tanyalah. Apa? Janji aku tak marah." Hakeem angkat tangan tanda berjanji.
"Kau dah ada orang yang kau suka? Maksud aku, teman istimewa." Soal Isya serius.
"Mmm, ada… tapi, aku syok sendiri jer. Dia dah ada yang punya. " Balas Hakeem selamba.
"Dah lama kau suka kat dia? " Isya cuba mencungkil rahsia.
"Lama jugak. Dari mula-mula aku jumpa dia 2 tahun dulu."
"Orang dia macammana? comel macam aku?" soal Isya menduga.
"Mmm, comel sangat… dulu dia comel, sekarang bertambah comel. Kalau tak kerana dia dah berpunya, sekarang jugak aku bawak dia balik kampung aku. Nak suruh mak abah aku pinang dia." Balas Hakeem berseloroh.
"Kenapa bawak balik kampung kau pulak. Nak pinang anak dara orang, pergi kampung dialah." Balas Isya sambil tersengih.
"Umah dia, aku tak tau. Aku bawak balik kampung aku dululah nak kenalkan dengan mak bapak aku." Balas Hakeem taknak mengaku kalah.
"Kau tak tahu umah kat kampung dia ye, meh aku tunjukkan jalan. Mula-mula kau masuk dulu highway. Lepas tu, masa exit kat…."
"Isya, kau main-mainkan aku yer." Hakeem tersedar Isya mempermainkan dia. Isya menahan tawa.
"Isya, tak baik tau main-mainkan perasaan aku." Hakeem pura-pura merajuk.
"Keem, jangan ler merajuk." Pujuknya.

Farisya diam seketika. Hakeem merenung lama wajah Farisya. Farisya masih membatu. Hakeem kemudiannya memberhentikan keretanya di pinggir jalan.
"Isya, kenapa ni?" soal Hakeem tak mengerti.
"Betul kau sukakan aku? " Soal Isya berterus terang.
"Betul.." jawab Hakeem laju tanpa disedarinya. Wajah Hakeem merona merah menahan malu.
"Kalau sayangkan aku?" soal Isya lagi.
"Sayang sangat." Balas Hakeem serius kali ini.
"Kalau betul kau sayangkan aku, Aku tak boleh nak tumpangkan bahagia untuk kau… sebabbb…"
"Zafrul?" Soal Hakeem. Farisya menggeleng.
"Sebabbbb, aku taknak kau tumpang bahagia aku jer. Aku nak kau ngan aku sama-sama lakar bahagia." Jawab Farisya yakin.
"Habis tu, zafrul macammana? tadi kau kata kau dengan dia dah elok balik." Soal Hakeem tak mengerti.
Bila masa aku cakap dah elok? Aku nak cakap dah putus. Aku tak sempat habis cakap lagi, kau dah cakap Alhamdulillah. Teruk betul kau ni." Farisya tergelak kecil.
"Kau jangan main-main Isya." Hakeem gugup.
"Mana ada aku main-main. Aku serius ni Hakeem. Itupun kalau kau sudilah kan." Isya main tarik tali.
"Sudi… sangat-sangat aku sudi." Balas Hakeem gembira. Mereka terdiam seketika.

"Isya, thanks." Hakeem mengucapkan terima kasih.
"Patutnya aku yang ucap terima kasih kat kau. Keem, kau yang selama ni berkorban untuk aku, sanggup susah senang dengan aku, terima aku seadanya. Tq so much yer Keem. Terima kasih jugak sebab pertahankan aku masa kau jumpa Zafrul hari tu. " Balas Isya.
"Mana kau tahu?" soal Hakeem.
"Zafrul bagitau. Kenapa kau tak tumbuk jer dia hari tu? teringin jugak aku dengar Zafrul kena tumbuk." Jawab Isya sambil tersenyum.
"Aku seram jugak nak tumbuk dia. Aku nampak badan dia boleh tahan jugak ‘tough’ " Balas Hakeem sambil tersengih. Isya tergelak kecil.
"Isya, jangan senyum banyak-banyak. Boleh luruh jantung aku ni." Usik Hakeem.
"Selama ni, kau angaukan aku la yer. " Usik Isya.
"Mana ader, aku angaukan si comel kucing siam tu. " Hakeem berseloroh.
"Bencilah aku dengan kau ni. Asyik-asyik samakan aku dengan kucing. Ni Afiq punya idea la ni" Balas Isya geram.
"Isya, jangan marah nanti kau bertukar warna." Usik Hakeem.
"Ala, kalau aku tukar kaler hijau pun aku tetap comel kan." Balas Isya meneka. Hakeem cuma tersengih.
"Isya, sama-samalah kita usaha dan berdoa agar ada jodoh kita dan moga jodoh kita panjang. Amin." Doa Hakeem.
"Semoga, kasih sayang dan cinta kita ini kan kekal mewangi hingga akhir hayat. Amin." Balas Isya.
"Budak-budak bertiga tu tau ke pasal ni?" soal Hakeem. Isya angguk.
"Patutlah masing-masing taknak mengekor hari ni. Kalau tak, pantang ajak." Seloroh Hakeem.
"Diaorang kasi can." Balas Isya. Mereka berdua tertawa kecil. Entah mengapa tiba-tiba terasa ada percikan bunga api dan gemerlapan kerdipan lampu di hati mereka berdua walaupun pesta tahun baru yang penuh warna warni dengan percikan bunga api telahpun lama berlalu.

Read More..
 
Cerpen : Demi Kasih Yang Kubina

Cerpen : Demi Kasih Yang Kubina
Nama Pena : Nurul Munawwarah

Kegelapan malam yang kelihatan samar dan suram menyentuh ruang perasaan hatiku.Angin malam yang menyapah tubuhku membuat jiwaku tergugat.Aku mendongak ke langit yang terbentang luas lantas aku terpaku melihat suasana malam yang amat berbeza seperti malam-malam sebelumnya.Bintang yang bekerdipan tidak kelihatan dan cahaya bulan juga tiada disisi.Walaupun kesunyian itu dapat kurasakan, namun jauh disudut hatiku tercalit sebuah perasaan yang menimbulkan satu kegembiraan."Malam yang mempunyai keistimewaannya walaupun aku sendiri tidak dapat menafsirkan keistimewaan malam tersebut.Walau tidak ditemani bulan untuk menyinari malam.Walau tidak dipenuhi bintang yang bekerdipan, tetapi malam ini tetap istimewa.Malam yang penuh dengan kesayuan dan diiringi bersama ketenangan.Apakah malam esok akan sama seperti malam ini?"Suara hatiku berbisik sendirian.Kini aku berjaya bergelar seorang isteri.Namun akhir kisahku biar Tuhan yang menentukan.

"Ingat! Saya nikah dengan awak sebab mama dan papa terlalu sayangkan awak.Ini rahsia kita berdua.Saya tahu mama dan papa mengharapkan saya mendapat calon isteri yang baik seperti awak, tapi pilihan saya tetap pada Rozita,kerana dia telah banyak mengubah hidup saya!Jangan mimpi awak boleh mencuri hati saya.Oleh itu saya harap perasaan cinta tidak akan pernah terjalin diantara kita berdua.Faham?!Saya hanya ingin memiliki Rozita bukan awak."Kata-kata Irfan yang berbaur penghinaan memasuki corong telingaku.Dia mengibaratkan aku seperti alat boneka yang boleh dijual beli.

"Apakah pernikahan ini satu sandiwara?Sedangkan aku berkahwin untuk menjadi isteri yang soleha dan sentiasa berada disamping suami tercinta.Tetapi mengapah balasan sebegini yang harus aku terima?Apakah dosaku Ya Allah?"Oleh kerana gagalnya mulut memainkan peranan maka emosi yang semakin sendat menggasak pula melalui corong mataku.Segala urat saraf yang menyelirat didalam bola mata memerah darah hingga menjadikan ia merah bernyala.Tekanan yang maha hebat dari amukan emosi yang mendampar mataku begitu hebat sehingga aku kecundang untuk melawannya.Lalu tekanan emosi itu meletus keluar sebagai titis airmata yang bergenang.Aku kecewa.

Hari berganti hari,hidupku ibarat melukut ditepi gantang.Kehadiran yang tidak dirasakan seolah-olah diriku ibarat sebuah perhiasan yang tiada nilainya.Aku bagaikan orang asing disisinya.Dirumah,kami langsung tidak bersara,hidup didalam kebisuan yang kendengaran hanya tiupan angin mahupun titisan hujan.Hidangan sarapan pagi dan malam langsung tiada sentuhan. Hanya itu yang mampu aku lakukan."Tiada guna menagih cinta pada mereka yang tidak mempunyai ruang kasih sayang untuk diri kita.Alangkah bahagianya kehidupan seorang isteri yang sah sekiranya dia mendapat belaian manja daripada sang suami."Malangnya diriku tidak serupa seperti isteri-isteri yang berada diluar sana.Aku bernikah bukan atas dasar cinta.

"Sayang,I yakin You boleh buat mampa I gembira.Buktikan pada mereka yang you boleh jadi lebih baik selain Qiara."Suara Irfan kedengaran bergetar-getar.Dia amat berharap bahawa kekasih hatinya akan membuat keputusan secepat mungkin.Dia akui bukan senang untuk memujuk Rozita yang keras kepala.Perbezaan Rozita dan Qiara amat ketara sekali,dari segi pakaian ternyata Qiara tidak setanding Rozita yang bergaya moden.Kedua-duanya ayu belaka tetapi keayuan Qiara lebih terletak pada kesopanan dan hati budinya.Disebabkan tutur bicara Qiara yang menyenangkan membuat mama dan papa Irfan mengambil keputusan supaya Qiara dijadikan menantu.Apa yang membuat mama Irfan tidak menyenangi Rozita kerana caranya yang mengada-ngada lagaknya seperti orang yang ternama."Kata mama dia inginkan menantu yang berkualiti dan yang mampu jaga makan minumku serta pakaianku setiap hari seperti Qiara."Irfan berbisik sendirian.Bingung fikirannya mengenangkan semua ini.

"Demi cintaku padamu,ku serahkan jiwa dan ragaku...."Alunan suara Amy Search memecah kesunyian malam.Lirik lagu tersebut kuamati sedalam-dalamnya.Pena berwarna biru dikeluarkan dari laciku dan buku peribadiku diambil darii beg lengan yang tersandang dibirai katil.Aku mula menyusun madah,dan setiap madah yang ku coretkan akan ku baca berulang kali agar tiada cacat celah.Lantas puisi yang dikarya oleh diriku,ku baca perlahan-lahan.

Demi...
Demi kerana kasih yang telah berputik,
Kupanjatkan doa agar semuanya berubah.
Demi kerana cinta yang telah bersemi,
Kupohon keinsafan kerana terlalu menyayangi.
Demi kerana rindu yang htelah terjalin,
Ku akui ia hanyalah satu bencana bukan kurniaan..
Demi kerana putera yang ku sanjungi,
Aku berharap agat perasaan yang kian membara tidak akan berakhir sekelip mata.
Jangan ada benci, jika cinta yang dicari sudah terkunci di dalam hati.
Membuai jiwa meruntun perasaan,mengundang ceria segala duka terhimpun disini.
Adakah senyum tercipta atau airmata kesudahannya?
Biarlah Allah s.w.t yang menentukan segalanya.

Aku menatapi potret milik Irfan yang tersandang gah didinding kamarku.Wajah jejaka itu yang ku impikan setiap waktu namun kesemua pengorbananku tidak pernah dihargainya.Tatkala aku khayalan ku sedang berlegar-legar difikiran, daun pintu ku diketuk.Aku disapa oleh buah hati Irfan yang tidak mengenal erti adab dan sopan.

"Hei perempuan!Aku akan bermalam disini jadi aku nak kau keluar dan tidur dibilik yang lain!jangan nak bantah sebab Irfan yang suruh aku halau kau!Dasar perempuan tak tahu malu!Rampas kekasih org.Sundal!"Dengan lancangnya Rozita memaki hamunku.Tahap kesabaranku sudah berada diakhirnya namun belum sempat aku melawan, satu lempangan hinggap dipipiku.Aku meraung kesakitan.Rozita mula bersuara menyatakan aku punca segalanya apabila Irfan datang menghampiri.Irfan merenung tajam kearah ku lantas membawa Rozita berlalu pergi dan meninggalkan aku sendirian. Sakit hatiku masih bersisa.

"Mengapah cinta itu dijadikan buta Ya Allah?Mengapah ia mudah dicemari?"Manik-manik jernih jatuh membasahi pipiku sekali lagi.Akibat kesakitan yang masih terasa dan nafasku seolah-olah tersekat lantas tanpa aku sedari aku terlena dihadapan pintu kamarku.Lenaku bukan sementara waktu.

Keesokkan hari Irfan pulang kerumah dan kini dia pulang sendirian.Dia terlihat Qiara masih lagi terlena dihadapan kamarnya, timbul perasaan simpati melihat isteri yang menderita dalam diam. Semalaman dia tidak mampu melelapkan matanya apabila hatinya diselebungi oleh perasaan bersalah terhadap isterinya itu."Kenapa baru sekarang aku menyedari bahawa Qiara yang terbaik?" Keluh hatinya.Irfan sudah tidak dapat mengawal amarahnya apabila Rozita mengherdik serta menghinanya semalam.Apatah lagi Rozita memburukkan nama keluarganya."You ni memang anak mak agaknya!Asik ikut cakap mak bapak you!Mak you kolot pilih perempuan macam tu.Perempuan tua tu macam tak ada menantu lain pulak kan?!" Tanpa sempat meneruskan katanya tangan Irfan laju ke pipi Rozita.Saat itu baru dia sedar yang mana kaca dan yang mana permata.

"Qi..Bangun sayang..Qi abang minta ampun sayang..Abang tahu abang banyak menyusahkan Qi.Qi...Bangun sayang.."Hati Irfan mula berdegup kencang.Dia mendekatkan telinganya ke dada Qiara namun hampa kerana tiada sembarang denyutan kedengaran."Qi bangun!!!Qiara!!!!"Irfan memeluk erat tubuh isterinya disaat itu dia merasakan satu kehilangan.

"Mengapah saat aku menyedari kesilapanku, engkau hilangkan permata yang tak ternilai harganya daripada hidupku Ya Allah?"Tangisan Irfan semakin kuat namun kali ini tiada disisi kecuali sekujur tubuh milik Qiara yang masih lagi menemani walaupun rohnya telah kembali kepangkuan Illahi.

"Demi cintaku padamu ku serahkan jiwa dan ragaku...abang"

Read More..