Cerpen Kebencian semarak cinta

Memang benar kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Tapi apa guna kenal cuma untuk mencintai dan dicintai. Hati Amira Shuhada seperti tidak rasa apa-apa dek kerana cacian oleh rakan-rakan sekelasnya. Ejekan mereka sama sahaja setiap hari,kalau tak panggilnya debab,pasti gemuk kalau tak daging 3 tan,macam-macam lagi panggilan serta tomahan rakan sekelas Amira yang menyebabkan dia lali dengan panggilan itu. Mamang benar apa kata temannya,saiz badannya lebih besar dari rakan-rakannya menyebabkan dia menjadi bahan gurauan teman-teman.
"Hoi gemuk sini kau!"panggil Azril dengan nada seperti mengarah.
Khairul Azril nama itulah menjadi semangat Amira untuk tidak pernah kenal erti putus asa. Azril adalah lelaki yang pertama memberi cinta kepadanya sejak dari tingkatan 1 lagi,kini mereka sekelas dan berada di tingkatan 3. Azril mungkin tidak tahu tentang perasaan Amira tapi Amirah dapat rasakan kedinginan Azril dan ejekan Azril makin bisa dan kadang-kadang sehingga menusuk sampai ke kalbu.
"Hoi ko apa pasal?Senyap aje?"tanya Azril ngan nada agak lembut dari tadi.
"Waaa.."sergahku
"Opocot setan!Gemuk...ko memangkan nak kene ngan aku."balas Azril
"Ko nak ape Azril?"tanyaku macam tak tau apa yang Azril nak.
"Ko tahukan hari ni ade homework sejarah,geo,bm ngan Bi.Please,buakan utuk aku."
"Aku tahu,buku kau pun kat aku jangan risau esok siap."
"Good gemuk,tomorrow aku belanja makan ok?"
"Pasal makan aku on aje."
Azril meninggalkan aku kerana kawan baiknya Akmal memanggil.Entah mengapa aku setuju untuk menyiapkan kerja sekolahlah sejak dari tingkatan 1 lagi.Mungkin sebab cinta atau sayang aku jadi macam ini kot.Entahlah aku sendiri tidak paham dengan kehendak aku sendiri.

………………………….
"Amira Shuhada binti Dato Karim."sergah Laila
"Hoi Lola janganlah panggil aku macam tu.Aku tak sukalah,biarlah orang tau aku ni Cuma budak gemuk yang tak berharta."
"Iyelah Cik Amira.Tapi tolonglah jangan terlalu rendah diri sangat.Kau bukannya gemuk tapi chubby and cute girl."
"Tolonglah Lola aku tak sanggup dengar , elok sepender aku bersaiz XL jadi XXXL pulak sebab terlebih kembang."
"Tahu pun kau gemuk ko tu terlebih muatan"satu suara yang memang aku tahu.Tak lain tak bukan Azril
"Hoi ko kenapa?Apa masalah kau?Kau jangan nak cakap macam tu kat kawan aku paham!"marah Laila.
"Ape-ape saje lah cik Laila tak sedar diri couple ngan abang from 5 anak datuk…..tut…hahahah"sambung Azril
"Hoi!"Belum sempat Laila nak marah Azril pergi tanpa berita.Maksudnya pergi macam tu aje tak toleh belakang.

"Mira nape ko tak marah dia balik?"tanya Laila dengan hairan.
"Aku dah biasa Laila.Lagi pun aku tak boleh dia orang yang aku…."kata-kata aku mati di situ.
"yang ko suka?Dah lah Amira cukuplah."tambah Laila.
Laila merupakan pelajar from 4 kat sekolah aku entah mengapa aku mejadi baik dengan dia sejak awal tahun lepas.Yang bestnya Laila dah baik ngan ummi ngan baba, abang Long ngan Angah pun dia baik gak.Ummi memang gembira sejak kedatanggan Laila kat rumah banglo kami.Memang kami rapat apa barang aku akan jadi barang dia jugak.Semua rahsia dia aku tahu dia tak pernah simpan.tapi satu aja aku tak tahu dengan sapa dia couple?
"Laila sape abang from5 yang bertuah tu?"tanya aku setelah lama mendiamkan diri.
"Tak ade sape-sape pun.Budak Azril tu tipu aje,ko jangan percaya cakap dia."jawab Laila dengan selamba.
"Iye lah,suka hati kau lah.Laila esok aku nak gi O.U nak ikut?"tanya Amira.
’Habislah ape aku nak cakap ngan Ammar Syazwan kekasih aku tu.’Laila monolog sendiri
"Hello?ko ape pasal?"
"Tak de ape-ape lah."
"Esok aku gi bukan ngan ko sorang aje aku gi ngan along dan angah."
"Iya ker?Ok aku ikut."
"Dah agak dah."
Pin…pin…pin…
"Tu pun Pak Harun.Jom balik Laila."
"Tak cakap pun aku ikut."

………………………………………………..
Baba aku bernama Datuk Karim bin Hj. Isa,baba aku baik sangat selalu pertahankan aku kalau abang-abang aku buli aku.Baba aku berkawin dengan Datin Hazimah bt Hj. Idris tu lah ummi aku.Ummi ibu yang baik,cantik yang paling best tak banyak marah tapi banyak berleter kalau nak tahu berleter tu hobi ummi aku selepas menanam pokok orkid dan kemas rumah.Jahat gak aku ni sebab cakap macam tu kat ummi sorry ummi.Abang long aku bernama Ammar Syaril dia hensem dan dah ada tunang,nama tunang dia Maria memang cantik orangnya.Abang Long aku tu agak baik dan paling susah nak marah kat orang kalau marah dia pendam pastu muka dia mesti merah.Abang Ngah pulak bernama Ammar Syazwan dia ni lagi pelik suka berangan depan buku pastu kalau boring dia buat muka macam mr.bean naik boring aku tengok.Tapi dia ni masih single walaupun hensem sebab tu kalau apa-apa terjadi aku akan libatkan dia ngan Laila.

Masih segar di ingatan Amira sewaktu dia memperkenalkan Laila dengan keluarganya.Ummi lah orang yang paling gembira sebelum along,baba dan last sekali angah.Macam ade benda aje yang tak beres,entahlah,aku pun tak tahu.Laila Jasmin itulah nama penuhnya,aku suka dengan caranya.Dia cantik,kurus dan yang paling aku suka tengok lesung pipitnya memang nampak sangat.Aku selalu berdoa agar Laila jadi kakak ipar ku suatu hari nanti,biarlah dia bersama angah tapi aku tengok angah macam tak minat nak kenal sangat ngan Laila tu,yang peliknya aku jadi terlampau baik sampai solat hajat pun aku doakan diorang ada jodoh.

Khairul Azril memang hensem orangnya,putih,bibirnya cantik macam orang yang tak pernah sentuh rokok tapi kalau nak tahu dia ni supplyer rokok kat sekolah.Memang mulut dia ni tak ade insurant tapi nak buat macam mana kalau hati dah sukakan.

………………………………………………………..
Tahun ni aku from 3 pmr lagi 1 hari aje.Memang penat, study macam nak pecah otak tapi Azril macam tak kesah pun macam 1 tahun lagi pmr nak sampai.

Esoknya aku jawab,dengan tenang lagi baik. Tempat aku jauh dari Azril walaupun jauh.Azril tetap di hati oh sayang ku Azril mehlah duk sebelah aku kita jawab soalan ni sama-sama biarlah kita dapat keputusan yang sama.Tapi itu tak mungkin terjadi.Sebab ni cerpen aku pendekkan lah.

Kepusan pmr keluar hari ni,memang takut tahap cicak tercekek lalat.Syukur aku kepada Allah sebab aku dapat 7A 1B.Tapi Azril dapat dapat 3A 5B aje tak cukup nak bawak dia pergi sekolah sains atau asrama penuh.

…………………………………………………
"Princess meh kat baba.Meh duk sini baba nak kiss sikit."ajak baba sambil aku leka makan cokelat kit-kat peh kegemaran aku tu.Apa lagi inilah masanya untuk bermanja-manja dengan baba.Baba peluk dan cium pipi dan dahi aku tandanya sayang kat aku.
"Angah nak g mana tu?Kan angah kata nak tegok citer ni."sapa aku setelah nampak muka angah masam dan bangun untuk berlalu.Pertanyaan aku dibiar sepi.Aku pandang baba,baba cuma tersenyum.Kadang-kadang aku tak paham ngan angah kejab suka keja marah kejab benci entahlah.Baba selalu cakap angah ada masalah sebab tu angah jadi macam tu.Tapi apa masalah angah?
"Princess sebab princess dapat keputusan pmr yang terbaik dari abang-abang princess.Baba akan tunaikan permintaan princess."ucap baba setelah nampak wajah aku sedikit sedih dengan tindakan angah.
"Princess nak kasih sayang baba and ummi.Pastu princess nak Along ngan Angah sayang kat princess gak.Lagi satu sebab keputusan angah lagi teruk dari princess angah kene keluar date ngan Kak Laila."
"Ok baba akan tunaikan."Sambil tangan baba ligat berpusing macam pari-pari nka tunaikan permintaan.
Malam tu kami sekeluarga bergembira melainkan angah yang hanya duduk kat satu sudut pastu senyap.Dia marah ke pasal tadi atau dia marah pasal aku ungkit pasal keputusan dia tu?

Akhirnya Angah keluar gak ngan Kak Laila,sama padan.Baju pun colour sama biru lagi tu.Akhirnya mereka macam dah boleh terima diri masing-masing.Kadang-kadang aku dapat rasakan diorang ni memang couple kat belakang aku.Nak tahu kenapa diorang malu nak couple depan aku sebab diorang takut aku akan bising pastu bagi tau semua orang termasuk cikgu kat sekolah aku.

……………………………………………..
Aku terima surat tawaran ke sekolah asrama agama di Kuala Lumpur nak gak ajak Azril tapi apakan daya tak dapat ajak.Oh sayang ku Azril kenapa kita perlu berpisah.Aku sayang pada mu.Kenapa hidup aku ini tak sebertuah orang lain.Kenapa kau tak pernah nampak cinta ku pada mu?Mungkin sebab aku bersar sangat kot sebab tu kau tak nampak.Oh tidak!!!!!!!!!!

"Kalau kat sana nanti jaga diri.Jangan lupa solat pastu jangan suka gaduh-gaduh."Amanat ibu ku harus aku akur.
"Princess baba mesti rindu princess.Kalau balik jangan lupa telifon kalau tak telifon ajelah."Macam nak nangis aje aku tengok muka baba aku ni.
"Princess,angah harap princess tak marahkan angah sebab angah selalu marah princess tau."Aku menganguk,aku tahu angah tak benci aku Cuma marah sebab baba lebihkan aku dari dia kot.
"Dahlah!Princess bukan pergi jauh pun kat KL gak kan.Lain lah kalau princess pergi Luar Negara.Dahlah jangan lah nangis."Aku bersuara agak gedik sikit.

……………………………………………….
Kat asrama ni aku paling ramah lagi baik hati,semua suka aku.Tapi yang tak bestnya semua suka buli aku kalau bab makan.Kat sini semua jadi jurulatih untuk mengkuruskan aku,aku dah tak makan nasi dah,dah jarang akhirnya 2 tahun aku di situ aku jadi kurus lebih kurus dari Laila.Ummi paling terkejut sekali pasal berat aku turun mendadak giler.Sampai bila aku balik aje ummi mesti masak kasi sedapnya.

………………………………………………
Tuk…tuk…tuk….
Hilang habis kenangan aku masa sekolah menegah.
"Masuk!"arah aku
"Cik Shuhada,hari ni orang yang akan ganti tempat Puan Laila akan masuk petang ni dalam pukul 2 petang.." Ucap Mila selaku setiausaha aku.
"Ok,ada lagi tak?"senyum ku kepada Mila sebagai tanda cepatlah cakap aku nak sambung baca cerpen kat internet ni.
"Cik Shuhada,Datuk Karim mintak resume pasal projek menyatukan syarikat kita dengan Syarikat Blue Holding."sambung Mila lagi.
"Datuk nak hari ke?"
"Iya Cik Laila,hari ni juga."
"Alamak aku tak siap lagi,ingatkan Datuk nak esok.Aduh mati aku."
"Tu lah Cik Shuhada saya dah ingatkan semalam cik cakap tak ape.Lain kali boleh buat kalau Datuk mengamuk habis cik."
"Alah relax lah baba baik,dia tak akan marah ngan anak dia punya."
"Ikut suka hati cik lah.Saya keluar dulu iya.Sebab nak siapkan laporan meeting untuk esok."

………………………………………….
"Baba,ni resumenya."
Baba membelek sambil membaca.Tiba-tiba muka baba berubah jadi macam orang sembelit aje.
"Amira Shuhada,selama seminggu baba bagi ini aje yang kamu tulis?ini aje idea kamu?ini aje yang kamu boleh buat?"amarah baba semakin kemuncak.
"Sorry baba,Amira baru buat tadi,tu yang jadi macam tu.Seminggu ni Amira busy pasal projek dengan merpati Holding pastu Amira busy dengan kemasukan budak baru untuk gantikan tempat kak Laila tu.Sorrylah baba."panjang sungguh aku cakap.
"Amira tahu tak,inilah resume paling bagus pernah baba jumpa."Baba tersenyum puas.
"Baba,ape ni?Tak baik tau,buat Amira chuak aje."
"Princess ape pun princess buat baba tak marahlah sayang."
"Alamak dah pukul 1."
"Kenapa dengan pukul 1 princess?"
"Masa makanlah baba,Jom kita ajak angah."
Baba menganguk tanda setuju.

Sampai aja kat restaurant aku pesan lamb chop,baba nasi goreng,angah pula nasi ayam.
"Baba,angah.princess rindu kat Along macam mana dia kat Amerika ngan bini Amerika dia tu?kesian kat Kak Maria kan."
"Princess adik angah janganlah ulang cerita lama please?"ucap angah.Baba masih mengangguk.
"Tapi princess tetap gembira sebab doa princess nak satukan kak Laila ngan Angah akhirnya menjadi."
Kami makan dengan aman dan baik.Tak ade sebarang gangguan moral atau fizikal.

……………………………………………………………
"Cik Shuhada,laki tu hensem sangat."
"Wait;ape kebenda kau merpek ni Mila?"
"Pasal orang yang gantikan Puan Laila.Dia lelaki,hensem,tegap kalaulah saya jumpa dia sebelum Haziq mesti saya pikat dia."
"Hey…hey..Sudah-sudahlah berangan awak tu tunang orang bagilah green light kat saya yang masih bujang walaupun sudah 27 tahun paham?"
"Iyelah,ambillah saya bagi.Cik shuhada saya panggi dia iya?"
"Cepatlah panggil saya nak tegok sapelah dia tu?"
Mila memang macam tu selalu bagi aku gembira.Walaupun 10 juta lelaki dia bagi kat aku,aku tetap tolak sebab hati aku hanya untuk mu Khairul Azril.Hari ni genap 15 tahun aku mencintai Azril dan genap 12 tahun aku terpisah ngan dia.

………………………………………………..
Tuk….tuk…tuk…..
"Masuk!’
"Cik Shuhada ni Khairul Azril bin Hj Abdullah pegawai pemasaran baru syarikat kita."
Hampir pengsan aku tengok mamat ni.Dah lah makin hensem,aku jadi tak keruan bila tengok balik dia ni.
"Cik Shuhada?"dia memanggil aku itulah kali pertama dia panggil nama aku selain gemuk.Relax Amira,kita kena cool jangan cepat melatah.Lupa pula aku kan dah kurus macam mana dia nak panggi aku gemuk.
"Iya saya,Selamat datang harap awak akan gembira bila bekerja di sini."
"Saya akan buat kerja dengan baik.Harap cik Shuhada akan tunjuk ajar kat saya."
Mila keluar bersama Azril sebab Mila kena kenalkan Azril dengan semua orang kat sini.Sakit angau aku pasti akan kembali balik selepas aku simpan lama dalam peti yang kemas berkunci.Nama dia juga akan selalu aku sebut kerna dialah orang yang aku sayang.Kenapa mesti dia datang setelah berbelas-belas tahun.Dahlah datang balik makin hensem pulak tu,buat aku makin terpikat.

……………………………………
Dah cukup sebulan aku kerja sampai lewat malam sebab terlampau banyak kerja.Entah apalah malangnya aku asyik tak sempat makan aje.Kalau macam ni bukan kurus dah orang panggil ni dah dikira kebuluran melampau tahu tak?
"Arg………………."first time aku menjerit dalam office selepas pukul 11 malam.Gila tension banyak kerja.Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka ternampak seorang lelaki yang agak tergopoh-gopoh masuk dalm bilik aku dan bertanya.
"Cik Shuhada ok?"tanya Azril
"Im ok.Saje nak jerit tadi sorry kalau terkacau u."
"I ingat ape tadi.Cik Shuhada tak balik lagi?"
"Dah nak balik dah ni."
"Samalah kita,I pun dah nak balik dah taklarat nak sambung kerja lama-lama."

Aku berjalan berinringan dengan Azril.Masuk lift sama,sampai ke parking pun sama.Tapi sepatah pun ayat tak keluar dari mulutku dan Azril.

"Oh no..what the hell?"Menyumpah aku sebaik sahaja nampak tayar aku pancit.
"Cik Shuhada ape kata u tumpang I aje.pasal tayar ni esok aje lah kita selesaikan sebab dah malam ni karang mak u marah pulak sebab balik lambat kan?"
"Yup memang pun,u sudi ke?Bagi tumpangkan I naik kereta u tu?"aku menunjukkan kereta Kia spectra nya yang berwarna hitam itu.
"sangat-sangat sudi tapi tolong temankan I makan dulu.Laparlah please."
"Ok I pun lapar jugak tapi u belanja."
"Ok,I belanja."
"Pasal makan I on aje."
Azril memandang aku sedikit terkejut tapi akhirnya dia tersenyum.Kami makan kat sebuah gerai,dia park kat situ.Aku ikut aje.Aku pesan nasi goreng cina dia pula nasi goreng pataya itu aje yang dia makan kalau dia dah tak ade menu lain nak pilih.
Pesanan kami sampai juga akhirnya,dengan penuh rasa kebuluran aku nak saje nasi tu macam zaman aku sekolah menegah dulu.Tapi tak boleh aku kene coverlah,aku kan dah menjadi seorang gadis,nanti jatuh saham aku depan Azril.Lepas budak pelayan tu blah,Azril keluarkan wallet dia.Aik,tak makan lagi dah nak bayar ker?Biar betul mamat ni?
"Amira,aku nak makan ni.Kita makan sama-sama iya?"
Hampir gugur jantung aku sebab dia panggil aku Amira.Betul ke ape aku dengar ni?Dia dah tahu ke pasal aku?
"Cik Shuhada,ni kawan lama saya."sambil menunjukkan sekeping gambar dalam walletnya itu.Hampir jatuh aku bila aku tengok tu gambar aku masa aku debab tahap maximum punya.
"Dia tu kawan baik I,kitaorang baik dari from 1 sampai from 3.Tapi nasib dia baik dia dapat pergi sekolah agama.U tahu I rindu kat dia,senyuman dia,gelak dia.Bila dia pergi baru I tahu yang I memang sayangkan dia."panjang sungguh pengakuan Azril ni.
"Budak debab ni?U suka?"soal aku.
"Sedebab-debab dia.Dia baik tau,dia bayak mengajar I erti hidup.I tahu dia suka I.Tapi I tak nak balas sebab I takut saham I jatuh.Macam bodoh I ni kan?"
"U tak bodoh mungkin dia tahu U takut terima dia sebab bentuk badan dia."
"Thanks Shuhada,U buat I rasa macam duduk betul-betul sebelah dia sekarang cuma ni Amira versi kurus."
Pecah hila twa aku malam tu.Sebab dia kata Amira versi kurus.Entah apa-apa entah mamat ni.Apa-apa pun aku rasa tak dapat lupakan dia lagi lepas dia kata dia suka kat aku.Ops,bukan aku tapi Amira.

…………………………………………
"Mila dah seminggu Cik Shuhada tak masuk.Dia pergi mana iya?"
"Kau rindu ke Azril?Kalau rindu kau pergi rumah dia kau jumpa dia kan senang."
"Kalau cakap ngan kau ni Mila mesti idea gila kau tu keluar laju aje."
"Aku rasa Cik Amira Shuhada kita tu pergi betapa kot?Iya lah betapa cari laki sape tahu."
"Mila kau cakap apa tadi?"
"Aku cakap Cik Amira Shuhada pergi betapa cari laki."
"Nama dia Amira Shuhada?"
"Lah dah hamper 2 bulan kau kerje sini baru tahu ke?"
‘Ya Allah,diakah yang aku cari?.’Azril monolog sendiri.
"Mila bagi kau alamat dia.Aku nak gi umah dia."
Mila bagi dengan senyuman.Entah kenapa Mila tersenyum Azril tak paham sebab dia tak pernah nak belajar bahasa badan orang perempuan ni.Akhirnya alamat rumah dah dapat apa lagi jomlah pergi cari Amira Shuhada.

………………………………………….
Sesampai di depan rumah banglo 3 tinggkat yang tersegam indah Khairul ternampak susuktubuh wanita yang sarat mengandung.Dia amati wajah wanita itu.,ternyata tekaannya tak salah wanita itu teman dia semasa sekolah menegah dulu.
"Laila!"
"Iya saya,awak ni sape?"sape Laila dengan ramah .
"Akulah Khairul Azril.Kau dah lupa ke?"
"Lah kau Azril,meh lah masuk."
"Thanks.Ni rumah kau ke?"
"Tak lah ni rumah mertua aku,kau ingat Ammar Syazwan tu lah suami aku.Budak yang ko panggil anak datuk tu."
"Lah kawen jugak ngan dia tu?Peh ok lah kau,dari aku terkial-kial cari Amira.Kau kan baik ngan Amira tak kan tak tau mana dia pergi?"
"Meh masuk dulu nanti kau akan tahu."

………………………………………
"Princess,jom turun."ajak Laila dengan manja.
Aku masih terdiam entah mengapa aku terlalu rindu dengan Azril,Aku tidak kepejabat gara-gara kes minggu lepas aku ternampak Azril mesra dengan seorang wanita yang agak seksi.Aku terpaksa berkurung dalam bilik sebab mata aku lebam kerana menagis sepanjang hari.
"Princess,adik kak Laila meh kita turun."ajak Laila tanpa jemu.
"Tak nak lah mata princess lebam.Nanti ummi tanya."jawab ku selamba.
"Ummi tak kan tanya sebab ummi dah tahu anak dia tengah angau."
"Kak Laila janganlah."
"Ouh…sakitnya perut."
"Kak Laila ok?"
"Im ok Baby ni tendang-tendang pulak.Tengok baby pun suruh Princess turun jomlah."
"Ok lah sebab baby Princess turunlah."

Aku turun anak tangga dengan penuh berhati-hati lebih dari kak Laila yang mengadung pulak.Sampai aje bawah aku tergaman sebab ada lelaki kat bawah.Susuk tubuhnya sama macam along jadi aku tanpa soal periksa terus pergi tepuk lelaki tu sambil memnggil nama along.
"Sorry,I tak tahu u datang.sakit ke?"
"Tak ape,sikit aje."Giler kuat minat ni sama macam Amira.
"Azril jemputlah minum,Amira ajak Azril minum."Suara ummi bertandang.
"Terima kasih mak cik."sopan betul suara Azril.
"Jangan panggil mak cik,Azrol panggil ummi boleh iye?"
"Ummi ok."
"Macam tulah,Amira nape senyap aje ni?Layanlah Azril ni.Azril ummi nak ke belakang tengok kak Laila kamu masak dia pandai.Ummi takut jadi apa-apa plak kat cucu ummi nanti."
Ummi berlalu meninggalkan aku dan Azril.hnaya kipas yang berputar hanya angin yang meniup hanya pipit yang menyanyi kami seperti batu tanpa bicara.
"Nape Amira tak nak cakap ngan Azril?"Akhrnya terkeluar gak suara dia yang semahal emas tu.
"Hello saya Shuhada.dah lupa ke?"saje aku berkata begitu.
"Nape mata u lebam ni sayang?"soalannya membuat aku kaku seketika.
"Sayang nape ni?Tak suka jumpa Azril iya?Azril tahu.."tak sempat nak cakap ade suara sumbang yang sahut
"Eh , Azril bakal menantu baba."baba aku masuk tanpa salam.
"Eh adik ipar abang ngah dah sampai?"angah plak.Aku terus berlalu tanpa menoleh.Aku ke dapur.

………………………………………………
Barulah aku tahu Azril iyalah tuning aku sejak aku kecil lagi tapi kenapa ummi dan baba tak cakap kat aku?Nape nak rahsia-rahsia.Baba cakap kalau aku tak suka aku boleh putuskan.Giler ape tak akan aku lepaskan lelaki yang menyebabkan aku separuh giler ni.

"Aku terima nikahnya Amira Shuhada binti Datuk Karim dengan mas kawinnya RM1000 tunai"
"Sah"
Air mata aku hampir gugur kerana cinta aku terbalas jua akhirnya.
Pembatalan air sembahyang akan di langsungkan sekarang.Jari manis aku telah tersarung cincin bertatahkan belian.Cantik tapi tak secantik cinta aku pada mu Azril.Kucupan yang bermakna singgah di dahi aku tanda dia memang benar-benar sayang akan aku.Entah mengapa air mata aku tumpah sekali lagi.Azril mengesat air mata aku.
"Thanks for everything.I love u and I need u for mylife."itulah kata-katanya yang menyebabkan aku terus terseyum walaupun air mata aku terlalu senang tumpah.

………………………………………………
"Sayang..meh sini tidu kat abang."akhirnya suami aku bersuara sambil menepuk-nepuk bantal.
"Tak nak.sebab I tak nak tidur kat sebelah u."jawab aku
"Sayang nape sayang cakap macam tu kecik hati abang."sungguh sedih nada suaranya
"I takut katil tu patah,I kan gemuk."jawab aku selamba.
"Sayang segemuk mana pun sayang,abang ttak kisah,abang sayang kat sayang."
"Dah lah nak keluarlah boring"jawab aku lagi selamba.
Baru berapa langkah aku berjalan nak keluar aku dirangkul suami aku.Ape lagi menjeritlah aku satu rumah.Dia terus menelakkan atas katil dan mulut kami betemu dan………lampu terpadam.Malam pertama memang best.tak ada sapa yang akan tahu macam mana bestnya malam pertama mealainkan orang yang merasa.

……………………………………….
Dah setahun kami bersama makin berseri-seri rumah tangga kami kerana keluarga kami merestuinya dan kak Laila plak tambah lagi seorang anaknya nak masuk dua dah.Aki plak masih begini masih bersama suami aku,ummi dah bising nak cucu dari aku.Nak buat ape lagi?Kami usahalah di medan kamar kami.
Akhirnya aku disahkan mengandung juga.Memang best bakal dapat anak dari benih cinta kita.Yang lagi best aku dilayan macam permaisuru tak leh buat kerja walaupun setapak.Itu cinta aku walaupun kebenciannya lebih dari cinta tapi kebencian itu jugalah telah bertukar menjadi cinta.
jadi ingtlah wahai teman janganlah benci orang tu lebih dari orang lain sebab masa kita benci dia kita akan selalu teringat kat dia menyebabkan persaan benci bertukar jadi kasih.

Read More..
 
Cerpen Ku sayang dia

Aku memandang Ija yang tersenyum-senyum membalas sms yang baru masuk. Almaklumlah sms dari buah hati la katakan..laksa yang depan mata dia buat tak tahu saja sedangkan yang aku punya sudah licin.

"Ija, makan la dulu. Jap lagi kau sambung la bersms tu", ujurku cuak dengan keletah Ija. Petang-petang macam ni nanti sesak pula nak balik rumah. Buang masa ja tunggu dan lihat dia bersms.

"Ya la. Kau ni apahal bad mood sangat? Selalu ok ja. Buah hati buat hal ek", senyuman memekar di bibir Ija. Aku cuba untuk tidak mengambil pusing apa yang dikatakan Ija sedangkan hatiku pada ketika itu berkocak. Setelah menghabiskan laksanya, aku dan Ija melangkah ke kereta. Niat untuk keluar berjoging tepi tasik terpaksa dilupakan apabila Ija beria-ia mengajakku untuk mencuba laksa kedah di kedai yang baru dibuka berhampiran tasik tersebut.

"Kau macam tak ok ja. Ada masalah dengan Farzli ke?", tanya Ija ketika kami beriringan ke kereta.

"Aku tak tahu la nak kata apa. Aku rasa dia dah tak suka aku", perlahan sekali aku meluahkan kata.

"Kenapa kau kata macam tu? Aku tengok korang macam tak ada masalah ja kalau kita berjumpa", memang Ija dan teman lelakinya, Amir akan ada bersama setiap kali aku dengan Farzli berjumpa, double date. Maklumlah Farzli dengan Amir adalah teman serumah macam aku dengan Ija juga. Sebetulnya aku mengenali Farzli pon melalui Ija dengan Amir. Siapa sangka aku yang sering mememani Ija setiap kali kaluar dengan Amir, tersangkut pula Farzli yang sering menemani Amir. Kononnya aku ada kawan juga la kalau diaorang asyik berbual berdua. Nasib baik aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi sekarang hubungan kami sudah semakin hambar.

"Itu yang kau nampak..dia jarang mesej aku. Dia tak pernah kata dia sayang aku. Kadang-kadang aku rasa dia memang langsung tak suka aku", luahku. Aku meluahkan masalahku pada Ija. Ija pantas menarik tanganku ke sebuah banggu berhampiran tasik.

"Sejak bila lagi dia macam tu? Kenapa kau tak pernah cerita semua ni pada aku?", tanya Ija bagaikan tidak puas hati.
"Dah lama dah. Cuma aku malas nak cerita ada kau. Mula-mula aku ingat mungkin cara dia memang macam tu tapi lama-lama aku rasa kami ni semakin jauh pula. Aku tak kisah Ija, kalau dia dah tak nak aku sebab dia dah da girl lain tapi jangan buat aku macam tunggul. Sepanjang kami berhubungn ni aku tak pernah rasa kami ni couple. Aku tak marah kalau dia berterus-terang ja dengan aku. Aku tahu la orang macam dia tu ramai yang nak tapi jangan la seksa perasaan aku macam ni. Aku macam bercinta dengan bayang-banyang", satu keluhan aku lepaskan. Rasa bagaikan lega kerana akhirnya apa yang terbeban dihatiku terluah juga. Air mata yang bertakung di kelopak mata aku sapu dengan hujung lengan baju T-shirt yang aku pakai.

"Sabar ya..", Ija mengusap bahuku. "Tak sangka pula aku nak jadi macam ni. Aku tengok kau di tempat kerja ok ja..", ujurnya lagi, seakan menyesal kerana dia sebagai kawan tidak dapat mengesan keresahan yang melanda diri aku.

"Ish, tak pa la. Aku ok ja. Lega sikit bila dah luahkan semua ni pada kau. Lagipon masa kerja kena kerja, mana boleh nak layan perasaan pula. Nak ikut perasaan ja, sampai bila pon kerja kita ni tak siap", aku tersenyum kepada Ija. Aku menarik tangan Ija meneruskan niat kami untuk pulang

"Kau ni bagus la Nisa", ujur Ija disebelahku dan aku hanya tersengih bagai kerang busuk.
Malam itu, selesai menunaikan solat Isyak aku terus berteleku di meja study. Walaupun tak ada mood nak buat kerja tapi aku tak suka menangguh kerja yang boleh disiapkan. Ija pula sejak tadi tak balik-balik. Katanya pergi beli roti canai dekat kedai mamak depan taman ni, tapi sampai sekarang tak balik lagi. Dia beli roti ke, dia tolong tebar roti sekali ni..huhu..
Di gerai mamak lain pula cerita. Rupa-rupanya nak beli roti canai adalah alasan semata-mata, kerana Ija keluar untuk berbincang dengan Amir tentang masalah Nisa dengan Farzli. Siapa sangka Nisa yang sebelum ini ceria rupanya menyimpan masalah. Sedang menunggu roti canai yang dipesannya siap, Ija berbincang dengan Amir.

" Farzli ada girl lain ke?", Tanya Ija setelah dia menceritakan apa masalah yang melanda Nisa. Bukan niatnya untuk memalukan Nisa tapi kalau boleh dia ingin cuba untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu sahabatnya itu. Tak sanggup dia melihat sahabatnya yang berpura-pura ceria itu.

"Ish, tak kan kot. Farzli biasa ja. Amir tak nampak pon dia mesej dengan siapa-siapa. Di pejabat pon dia asyik dengan kerja dia ja", Amir seakan membela Farzli.

"Kalau betul dia busy tak kan la nak hantar mesej tanya khabar pon tak sempat. Nisa tu dah perpatah arang dah. Dia sanggup nak undur diri kalau betul Farzli ada girl lain. Ija tak faham la dengan diaorang ni. Seorang pendiam, seorang lagi pula pemendam perasaan. Kalau benda ni tak diluahkan sampai bila-bila masalah diaorang ni tak akan selesai", ujur Ija panjang lebar.

"Kita jangan masuk campur dengan urusan diaorang la. Nanti kalau lagi teruk jadinya, kita juga yang dipersalahkan", Amir memberi pandangan.

"Tak boleh macam tu. Kita kena buat sesuatu. Nisa tu sayang sangat pada Farzli. Walaupun dia tak cakap tapi Ija tahu. Nisa ni hati dia lembut. Dia tak suka menyusahkan orang. Amir tolong la tanya Farzli. Kalau betul dia sayang Nisa, dia kena buat sesuatu", ujur Ija. Dia sedaya upaya akan membantu sahabatnya itu.

"Ya la. Nanti Amir tanya Farzli", lemah sekali jawapan Amir. Ikutkan hati malas nak masuk campur urusan orang ni tapi kalau buah hatinya yang meminta tolong tak sampai hati pula nak menolak.
Amir memberi salam sambil menolak daun pintu biliknya. Farzli yang kusyuk melayan laptop menjawab perlahan salam temannya itu.

"Lamanya kau keluar, seronok jumpa Ija?", soal Farzli. Laptopnya ditutup dan dia mencapai pula fail tebal di atas mejanya.

"Biasa ja. Sembang sikit-sikit. Itupun bukan pasal kami tapi pasal kau", lemah sahaja jawapan Amir. Farzli yang baru buka fail tebalnya kembali menutup fail. Raut wajah sahabatnya itu ditatap.
"Korang ngumpat aku ke?", soal Farzli.

"Aku nak tanya ni, kau jangan marah pula. Kau serius ke dengan Nisa?Maksud aku korang ni couple lagi ke?",
"Ya la. Kenapa pula kau tanya aku macam tu?",

"Ija ada crita pada aku tadi..", Amir menceritakan apa yang diceritakan oleh Ija. Ia juga memberitahu Nisa sekarang ragu-ragu tentang perasaan Farzli terhadapnya.

"Kau betul ke sayang dia? Kalau betul kau ada orang lain kau cerita la elok-elok dengan dia. Kesian pula aku pada dia bila Ija cerita pada aku tadi", sambung Amir. Kedengan Farzli mengeluh.

" Aku memang sayang Nisa. Aku bertuah sebab jumpa dia. Dia sangat memahami aku Mir. Bagi aku cukup la ada dia sorang, aku tak akan cari lain. Aku tak nak selalu mesej dia, aku takut aku mengganggu dia. Aku tak nak sebab aku dia tak boleh nak concentrate dengan kerjaya dan kehidupan dia. Aku ingat dia faham kenapa aku buat macam tu", luah Farzli.

"Bagus la tu. Dia tak nak mesej kau takut mengganggu kau. Kau pula tak nak mesej dia takut mengganggu dia. Aduh…korang ni. Aku nak tanya, kau pernah ke cakap pada Nisa, dia penting dalam hidup kau dan kau sayang dia?",

"Memangla tak, tapi aku ingat faham perasaan aku pada dia. Tak perlulah aku ucap semua benda tu. Aku pun tahu malu juga Mir..", lemah nada Farzli. Kala itu hanya wajah Nisa sahaja yang bermain di fikirannya. Siapa sangka sikap diam dirinya membuatkan Nisa berkecil hati.

"Itu masalahnya..Kalau kau tak cakap, Nisa tak tahu Li. Kau kena luahkan. Mana boleh kau harap dia faham ja. Perempuan tak macam kita, diaorang kalau suka diaorang luahkan. Pernah Nisa kata dia sayang kau?", tanya Amir. Farzli mengangguk.

"See..habis kau kata apa bila dia kata macam tu?",
"Aku diam ja",
"Kau tak boleh macam tu Li. Aku rasa lepas ni elok kau luahkan saja apa yang ada dalam hati kau pada Nisa sebelum kau kehilangan dia", Amir seakan-akan mengugut Farzli.
"Kau jangan nak takutkan aku Mir, risau aku ni",
"Ha, tahu pun. Pandai-pandai la kau handle ok. Aku nak nasihat dah", ujur Amir sambil berlalu. Saja membiarkan Farzli seorang diri mengatur strategi bagaimana untuk memujuk hati kekasihnya yang sedang terkilan.
==========================================================
Aku bersandar malas di kerusi empuk dalam pejabatku. Hatiku sedikit lega setelah proposal yang cuba aku usulkan sejak bulan lepas akhirnya diterima. Alhamdulillah. Namun, satu keluhan berat aku lepaskan. Hatiku sekali lagi diusik rindu..pada dia. Aku capai handphone di atas meja. Lantas aku menekan butang menu untuk ke album galeri. Folder gambar aku buka. Dalam beberapa saat sahaja terdampar foto Farzli di screen handphone. Ini sahaja yang mampu aku lakukan setiap kali aku terkenangkan dia. Tubir mataku sekali lagi berair. Apa yang dia lakukan sekarang ya? Air mataku mengalir.
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Terjengul muka Ija. Aku lantas menyapu pipiku yang basah dan melemparkan senyuman yang sedaya upaya dimaniskan kepada Ija.
"Jom balik. Kalau lambat nanti jalan jam pula", ujurnya. Sedikit pon dia tidak menegur keadaanku. Samada dia tidak perasan aku menangis atau dia buat-buat tidak perasan.
"Jom", sahutku pantas sambil mencapai beg sandang dan beberapa buah fail untuk dibawa pulang.
==========================================================
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam tetapi aku masih segar memeriksa kertas kerja yang perlu dihantar esok. Pintu bilikku diketuk dan tanpa menunggu jawapan daripadaku, Ija memonong sahaja masuk lalu berdiri disebelah meja studyku sambil tersenyum-senyum. Apa kes ni???

"Nah, ada orang bagi", ujurnya sambil menghulurkan satu bungkusan yang dibalut kemas sebesar kotak jam tangan.
"Siapa?", aku kehairanan.

"Entah, secret admire kot. Mana aku tahu. Kau buka ja la baru tahu", Ija tersengih lagi. Ish, minah sorang ni aku dapat hadiah dia pula yang terlebih seronok.

"Ok la, aku dah mengantuk ni. Masuk tidur dulu ya. Nite", Ija berlalu meninggalkanku yang masih lagi membeku memerhati bungkusan kemas itu.

Sebaik sahaja Ija menghilangkan diri di sebalik pintu, aku dengan penuh berdebar mumbuka bungkusan tersebut. Terdapat sebuah kotak muzik berbentuk hati didalamnya. Comel…aku tersenyum sendiri. Siapa Bagi ni?",

Aku membuka kotak muzik itu. Nada muzik romantic kedengaran. Terdapat sekeping kad kecil didalamnya. Ketika aku mencapai kad tersebut, aku terpandang sebentuk cincin bertatahkan batu permata yang cantik. Aku tergaman. Apa semua ni? Hatiku semakin berkocak. Lantas aku membuka kad tersebut.

To my only princess, I love you.

Aku semakin berdebar..tiba-tiba handphoneku berbunyi. Aku bergegas mencapainya yang terdampar di atas katil. Tanpa memandang siapa yang membuat panggilan aku terus mengangkatnya.

"Assalammualaikum",si pemanggil memberi salam. Aku terkedu, dia kah itu? Tidak semena-mena air mataku menitis. Hati yang selama ni dilanda panasnya rindu bagaikan sejuk dicurah salji sebaik sahaja mendengar suara si pemanggil.

"Nisa, awak ok ke?", si pemanggil terus bersoal. Hairan kerana salamnya tidak disambut.

"Saya ok", Nisa cuba mengawal suaranya yang kedengaran serak.

"Awak menangis ya…please jangan menangis. Saya minta maaf kerana saya dah susahkan awak", suara Farzli romantik sekali memujuk kekasih hatinya.

"Awak tak salah apa-apa pon..", perlahan sahaja suara Nisa dalam menahan tangisnya. Dia betul-betul rindu akan lelaki itu.

"Saya rindu awak Nisa..saya minta maaf kerana saya sudah lama tidak hubungi awak. Saya cuma tak mahu awak rasa terkongkong dengan kehadiran saya", ujur Farzli lagi.

"Tak apa..saya salah faham pada awak. Saya yang patut minta maaf pada awak",

"Sayang, please jangan nangis lagi. Saya tak pandai nak pujuk ni..", Farzli cuba memenangkan perasaan Nisa. Air mata Nisa semakin laju mengalir sebaik sahaja panggilan sayang keluar dari bicara Farzli. Sekian lama dia ingin mendengar ucapan sayang begitu dari kekasihnya, baru hari ini dia berpeluang mendengarnya.

"Dah dapat hadiah yang saya kirimkan pada Ija? Saya tak pandai cari hadiah saya harap awak suka", ujur Fazli lagi.

"Saya suka..tapi kenapa bagi cincin tu. Mahal. Awak bagi kotak muzik pon dah cukup", ujur Nisa. Kali ini dia lebih mampu mengawal tangisnya.

"Kan saya kata, saya tak pandai nak pilih hadiah. Nak minta pendapat Amir malu pula", kerdengar ketawa manja Farzli di hujung talian. Buat seketika mereka kehilangan kata-kata.

"Nisa..", seru Farzli.
"Ya".
"Minggu depan awak minta cuti ya, balik kampong",
"Nak buat apa? Saya baru ja balik miggu lepas", Nisa kehairanan,
"Balik la. Kalau tak macam mana saya nak hantar rombongan meminang..awak balik ya", Farzli seakan merayu. Nisa terkedu dan air matanya menitis lagi. Air mata kegembiraan.

"InsyaALLAH, saya balik", itu sahaja yang mampu diujurya. Aduh, tiba-tiba saja muka ni bagaikan disimbah dengan minyak panas, malu..

"Saya nak cepat-cepat kahwin dengan awak, kalau boleh tahun ni juga. Saya dah tak sanggup nak tahan rindu pada awak", jujur sekali ucapan Farzli. Buat perama kalinya dia meluahkan kata betapa gadis yang bernama Nisa itu sangat-sangat disayanginya.

"Awak tak kisah kan?". Soalnya lagi.
"Terpulang pada awak. Apa yang baik saya ikut ja", Ya Allah, dalam sekelip mata sahaja mereka sudah merancang untuk hidup bersama di masa hadapan.

"Dah lewat ni, awak tidur la. Maaf saya menggangu awak",
"Tak apa, saya dah biasa tidur lewat",
"Oh..ok la. Night, assalamualaikum",
"Waalaikumsalam",
"Nisa",
"Ya",
"Saya sayang awak", talian terus diputuskan. Nisa sekali lagi terkedu. Namun buat pertama kalinya, Nisa tidur dengan senyuman, berbekalkan mimpi-mimpi yang indah..Ahmad Farzli, saya sayang awak juga..=)

Read More..
 
Cerpen Pernah Kita Berbicara

API kuperlahankan . Emak masuk ke dapur melihat-lihat .Nampak dia puas hati .
" Orang perempuan kalau tak tahu masuk dapur memang tak sah !" kata ibu pendek dan melemparkan senyum tawar .
"Bertuah kau Lin . Anak mereka tu belajar tinggi sampai
universiti . ."Kata emak bangga .
Aku melihat saja kuah yang baru nak menggelegak di atas dapur .
Aku memang bungkam dengan sikap emak .Aku masih beberapa hari lepas STPM tapi semalam emak dah berbicara tentang nikah kahwin.Berbicara tentang jadi isteri anak orang kaya .
"Lin…tengok kuah tu…nanti kuah ke mana awak tu ke mana !!" suara emak yang sedikit tinggi menarik aku ke alam realiti.
Emak tahu aku lah satu-satunya anak emas dia .Sudah berbuih-buih mulutnya meminta aku dapat berkahwin dengan anak orang kaya .
Kalau tak fikirkan keluarga mau saja aku lari mengikut Abang Iskandar di Kuala Lumpur , tapi apakan daya.
" Pergi bersiap …nanti mereka dah nak sampai tu!!" Tukas emak lagi .Aku melangkah malas .Turun ke kali yang ayah lingkari dengan zink lama yang sudah kekuningan .Aku mandi dengan malas sekali . Mak nak anak orang kaya jer….anak orang miskin tak pandang .Anak orang kaya hatinya papa kedana .Itulah kalimah yang tak pernah kulupakan .
Aku duduk dengan terpaksa. Menatap wajah tetamu di hadapan jauh sekali. Ingat lagi pesan mak , jangan angkat muka kalau tak disuruh .
Mereka ketawa gembira. Maklah yang paling gembira. Ayah biasa sahaja . Hitam tidak putih pun tidak.Ayah lebih memahami aku . Tetapi ayah juga lebih mengikut kata mak.
"Lin anak ayahkan.".kata ayah dulu .
" Kalau anak ayah mesti ikut cakap mak tau!! ' Ujar ayah bersahaja .Ayah sayangkan mak.Mak dan ayah sayangkan aku .tapi aku…aku sayang kat Abang Iskandar .
"KAK!!! "… Amran memberikan sekeping nota kecil . Aku terus berlari ke laut . Kunampak kelibat Abang Iskandar . Dadaku kencang, turun naik .Getaran mula merasuk kalbu .
" Lin nak kahwin .Mereka kata " Tujah Abang Iskandar perlahan . Ada sinar kudus dalam matanya yang teduh dan redup.wajah kacaknya seperti hilang ditelan pawana.Senyumnya yang selalu menggetarkan sukma dan membuatkan banyak pelajar sekolah menengah dulu berpaling dua kali kini tidak nampak lagi .
" Siapa cakap?Abang Is tak Tanya Lin sendiri ! Jangan suka dengar cakap orang !! " Tujahku tenang.
Abang Iskandar merenung wajahnku.Matanya yang teduh menikam ketenangan aku yang masih tenang setenang air di kali . Aku dan abang Iskandar berjalan menyusuri pantai .
Amran mengekori dari belakang tetapi membutakan mata dan memekakkan telingan serta berpura-pura sibuk mencari remis .
" kak ..masak remis sayur manis sedap kan!! " Amran memecah sepi antara kami . aku anggguk tanpa suara .Amran diam.
" Lin suka ?? " Tanya Abang Iskandar .
" Lin sukakan cita-cita yang belum terkota ! "
" Nak ikut jejak abang Is belajar sampai puncak menara ! Tapi mak tak faham . Bagi mak asal dapat menantu orang kaya , tak belajar pun tak apa . Yang penting tahu masuk dapur . Abang Is bukan tak kenal mak Lin . "
Aku mengulang ayat yang telah kuhafal semalam dalam hati . Walaupun aku tahu Abang Iskandar tak pernah jumpa atau pandang wajah mak sebelum ini .
" Abang Is jumpa mak Lin?? Nak??" Iskandar menyoal tiba-tiba.
" Abang Is nak mampus!!! …. Mak Lin tak tahu Lin pandai kawan dengan orang lelaki…"
Amran tertawa sendiri .Pelajar tingkatan lima itu mengerti hatiku.Dialah penjejak kasih antara aku dan Abang Iskandar .
" Penjarakan sahaja cinta kita Lin…. tiada guna kita berbicara !! " Kata Abang Iskandar .
Aku tahu benar kata Abang Is.Kalau tak jumpa mak dan cakap hal sebenar, kempunanlah aku nak kahwin dengan abang Is.
Masa kat sekolah menengah dulu Iskandar paling terkenal.Ketua Pengawas sekolah dan pemain bola sepak yang menjadi pujaan ramai.Tetapi diam-diam kami bercinta .Tiada siapa yang tahu .hakikatnya kami merana sendiri .
Kasihan Nita dan Rina menagih cinta Iskandar yang mereka anggap hati batu . Padahal akulah yang mencairkan hati batu itu . Fazlin Natasha Binti Awang Omar ,anak nelayan di Kampung Dukun . Akulah buah hati Iskandar .
" Esok kita jumpa !! " Ucap Iskandar .Aku merenung wajah kacaknya. Mendamaikan jiwa dan raga . Mempesonakan hati dan nurani.
'Abang tetap cintakan Lin sampai ke akhir hayat !! "
Aku,Amran dan Aabang Is berpisah di situ.Pantai yang indah tetap setia menjadi saksi .

"LIN " … kita kena buat cepat …pihak lelaki tak mahu tunggu lama . " Suara mak memecah sepi. Air mata segera kusapu.
Sejam lebih menunggu Abang Iskandar di pantai ,tapi hampa. Mungkin dia dah balik ke Kuala Lumpur . Atau mungkin apa saja . Tak tahu kenapa.
"Kenapa Mak?? " Aku hilang kata-kata .
" Banyak tanya pulak…petang ni kita ke Kuala Lumpur .Semua buat kat sana ." Ujar Mak menghairankan aku .
" Mak ni…biar betul!! "

Sampai di Kuala Lumpur , Mak.ayah , saudara di Kuala Lumpur dan Amran, menemani aku ke banglo besar di Bukit Kenny . Sergam indah dan nian .Tak pernah aku mimpi melihat rumah begitu secara 'live' .
\' Ramainya orang…kita bukan datang nak kahwin hari ni kan mak??" Aku bertanya perlahan tapi terasa sesuatu dalam hati. Debaran memuncak kepada Abang Iskandar . Ingatan padanya tiba-tiba menjadi semakin kuat .Tanpa berita tanpa kata , Abang Iskandar tak tau pergi mana , aku berfikir sendiri .
" Mak!!! " Aku jatuh terjelepuk .
Ruang tamu indah bertukar suram . Perkahwinan yang dirancangkan menjadi majlis pengkebumian .
Abang Iskandar memang tak akan datang di pantai seperti dulu . Aku tak dapat lagi melihat senyum kacaknya, serta teduh matanya dan merasai lembut tangannya menyapu wajah .
"Abang Iskandar dah pergi mak….Dia tak balik dah!!!"
" Lin dan Abang Is tak ada jodoh mak!…"
"kan mak nak sangat menantu anak orang kaya . " Aku bersuara lembut . Emak dan ayah diam berjurus –jurus. Amran pun diam .
Hanya aku yang berbicara dalam hati . Aku berbicara dengan jasad Abang Is yang terbujur kaku .
Aku akan belajar di Kuala Lumpur menyambung perjuanganmu Iskandar .

Read More..