Cerpen : Aku - dia - kamu

"Abang sayang Rina lebih daripada seorang adik Rina!"
Aku menggeleng-gelengkan. Tak percaya dengan apa yang aku dengar! "Abang. Stop it lah. Rinakan adik abang."
Abang Hisham mengeluh. "Adik sepupu Rina. Bukannya adik kandung. Kita bukan muhrim, Rina. Tak salah kalau kita bercinta!" Perkataan muhrim di tekankan.
Aku diam menyusun kata.
"Rina?" tegurnya.
"Tak boleh, abang. Rina minta maaf. Abang dah macam abang Rina. Lagipun kita dah macam adik beradik," ujarku.
"Rina. Abang tak pernah anggap Rina adik abang. Abang sayang Rina lebih daripada tu. Boleh tak Rina faham?" Abang Hisham diam sejenak. "Kalau Rina setuju, abang cadang nak cakap dekat mak dengan abah. Kita kahwin, ya?"

Aku membulatkan mata. "Kahwin? Are you crazy? Rina tak setuju. Abang! Tolonglah faham. Abang tak lebih daripada abang buat Rina. Macam mana Rina nak kahwin dengan orang yang Rina dah anggap macam abang?" marahku.
"Sudahlah. Lupakan perasaan abang tu. Jangan sampai sebab ni, kita putus hubungan, bang. Rina sayangkan abang. Tapi bukan sayang yang macam kekasih."
Abang Hisham terdiam.
"Sudahlah, bang. Lagipun, Rina dah ada pilihan hati. Dah 3 bulan kami serius. Abang baliklah bang. Rina ada assignment lagi nak buat. Esok ada kuiz pulak. Janganlah abang penuhkan kepala Rina dengan benda-benda merepek ni. Hantar Rina balik kolej ok?"
Abang Hisham meraup wajahnya kasar. Wajahnya sedikit kecewa.
"Ok." Perlahan sahaja dia membalas.
Aku mengatur langkah ke kereta milik Abang Hisham. Gila! Semua ni gila! Patutlah kadang-kadang perangai Hisham pelik! Rupa-rupanya... Ah! Aku tak nak ingat lagi!

***

"Awak tengah buat apa?" soal Firdaus di corong telefon.
"Tengah siapkan assignment. Awak? Dah dinner?" soalku kembali. Mata masih setia memandang skrin monitor di atas meja.
"Dah. Tadi makan dengan kawan. Tapi tak selera sangatlah," nada suara Firdaus berubah.
Aku terhenti daripada menyemak tugasan yang baru siap ditaip. "Kenapa?"
"Sebab awak tak ada."

Serta-merta wajahku terasa panas. Hati dah berlagu riang. Aku memandang awan mendung di luar tingkap. Gaya macam nak hujan lebat. Tak lama lagi, bumi Kolej Tun Dr. Ismail (K.T.D.I.) ini atau UTM secara keseluruhannya bakal dibasahi air hujan.

"Yelah awak tu. Okaylah. Saya nak siapkan kerja ni. Esok nak kena hantar. Assalamualaikum."
Firdaus menarik nafas panjang. "Yalah. Wa’alaikumussalam. Jaga diri ye, awak."

Talian mati. Aku tersenyum sendiri. Firdaus. Kenal di internet. Lelaki yang bekerja sebagai peguam di Kuala Lumpur itu baru beberapa kali aku berjumpa sewaktu dia ada kerja di Johor Bahru. 3 bulan lepas dia ajak kami serius. Mak dengan ayah memang aku tak cerita apa-apa. Takut kena marah sebab semester ni, semester akhir aku.

Aku juga pernah menceritakan tentang Abang Hisham kepadanya. Ah, Abang Hisham! Entah apalah khabarnya. Sejak petang itu, terus dia tak menghubungi aku. Kecewa barangkali! Mak dengan abah pun ada juga bertanya kenapa Hisham dah tak datang ke rumah. Aku mengeluh. Abang Hisham...

Hujan sudah mula turun. Dari renyai-renyai kepada mencurah-curah membasahi bumi. Petir sudah berdentum di dada langit. Aku bangkit daripada duduk untuk menutup tingkap bilik yang berada di aras 3 ini. Ayu, rakan sebilikku masih belum balik sejak pukul 3.00 petang tadi. Ada ‘group discussion’.Telefon bimbit yang berdering minta diangkat mematikan pergerakan aku.

RUMAH
Calling...

Aku tersenyum lalu butang hijau ditekan. Mak memberi salam di corong telefon. Aku menjawab salam sambil berjalan menuju ke tingkap yang masih terbuka. Rumah fellow dapat dilihat dari tingkap bilik ini. Belum sempat aku menutup tingkap, terasa sesuatu menyambar telefon bimbitku. Aku terbaring tidak sedarkan diri.

***

Sayup-sayup aku mendengar seseorang memanggil nama ‘Rina’ Siapa itu? Aku cuba membuka mata yang terasa berat. Tak berjaya. Sekali lagi aku berusaha. Mataku terbuka. Silau lampu kalimantang memaksa aku menutup mata kembali.

"Rina! Rina dah sedar?" soal seorang mak cik yang duduk di sebelah katilku bingkas bangkit daripada duduk.
Aku terpinga-pinga. Siapa Rina? Mak cik yang sudah memeluk tubuhku aku tolak perlahan. "Saya minta maaf. Mak cik siapa?"

Terkaku mak cik itu mendengarkan soalan aku. Matanya tiba-tiba berair. Aku menelan air liur. Aku ke yang buat dia menangis? Tapi, siapa dia? Aku dekat mana ni? Aku cuba bangkit dari pembaringanku. Wajah-wajah yang tak aku kenali berdiri mengelilingi katilku. Siapa mereka ni? Mak cik tadi berdiri membelakangi aku. Kedengaran esakan kecil daripadanya.

"Rina," panggil seorang lelaki. Aku menoleh ke arahnya.
"Siapa Rina?" soalku masih tidak puas hati.
Lelaki itu tersenyum pahit. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Dalam. "Awak ingat siapa nama awak?"
Aku mengangguk. "Ingat. Saya..." kata-kataku mati. Siapa aku? Terasa perit untuk mengingat kembali.
"Apa nama awak?" soal lelaku tadi lembut.
"Nama saya..." Aku masih cuba untuk mengingat kembali. Ah! Apa nama aku? Kenapa aku tak ingat apa-apa? Aku terasa ingin menjerit sekuat hati!
"Saya tak ingat," perlahan aku menuturkan kata.

Mak cik tadi kembali memusingkan badan menghadapku. Wajahku diusap perlahan. Dahiku dicium lembut. Aku terpinga-pinga. Perasaan sayu mencuit hatiku apabila melihatkan pipinya lencun dengan air mata.

"Rina. Rina anak mak. Itu abah nak. Yang perempuan tu, Ayu roomate Rina dekat UTM. Rina tak ingat?" soalnya dengan suara bergetar.
Aku menggeleng. Mak? Abah? Ayu? Aku memandang ke arah 2 orang lagi insan yang berdiri berdekatan. "Itu atuk dengan nenek?" Aku meneka.
Mak cik yang mengaku sebagai emak aku tadi mengangguk. "Rina dah ingat?" matanya kembali memancarkan sinar gembira.
Aku menggeleng. Mak? Abah? Ayu? Atuk? Nenek? Lepas ini apa? Abang? Kakak? Adik? Argh! Aku benci semua ni. "Saya nak tidur." Aku kembali meletakkan badan di atas tilam dengan mata terpejam.

"Biarlah dia rehat dulu. Kita tak boleh nak push dia ingat semua benda," suara lelaki yang mengaku dirinya abah bersuara perlahan. Kemudian, aku mendengar derapan kaki keluar dari bilik ini dan pintu ditutup perlahan.

***

Hari-hari berlalu seperti biasa. Mak sering meluangkan masa bersamaku. Menunjukkan gambar-gambar saudara-mara yang ada di dalam simpanan kami. Aku terasa seperti baru dilahirkan semula. Belajar mengenali ahli keluarga. Nasib baik aku anak tunggal dan tiada adik beradik lain.

"Rina tengah buat apa?" tegur abah sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Aku melemparkan sebuah senyuman. "Tengok gambar," balasku.
Abah mengambil tempat di sebelahku. Kepalaku diusap perlahan dan dahiku dicium lembut. "Dah boleh ingat apa-apa?"
Aku menggeleng. "Tak. Langsung," balasku dalam tertawa.

Namun hujung mata terasa panas. Tak lama kemudian, perlahan-lahan air mata jatuh ke pipi. Kenapa sampai macam ni sekali dugaan-Nya? Ya Allah. Aku tak sekuat mana.
Aku mendapat cuti selama 2 minggu daripada menghadiri kelas. Pada mulanya abah mahu aku tangguhkan ke semester hadapan. Tetapi, apabila mengingatkan carita Ayu yang kami sudah di semester akhir, membuatkan aku tidak mahu menangguhkan pelajaranku lagi. Biarlah aku berusaha keras sedikit.

"Kenapa sedih ni?" lembut abah bertanya.
Aku mengesat air mata yang mengalir. "Tiba-tiba terasa sedih."
Abah mengusap belakangku perlahan. "Rina tak payah belajar dulu ya? Kita tangguhkan," pujuk abah.
Aku menggeleng tidak bersetuju.
Abah mengeluh. "Abah tak nak Rina tension. Jangan paksa diri nak ingat semua, Rina. Abah yakin, satu hari nanti, ingatan tu akan datang juga."

Mak datang ke ruang tamu dengan menatang dulang. Air untuk abah dihulurkan. Abah menyambut. Perlahan-lahan air kopi itu dihirup. Aku mengambil air milo yang sudah dihidang oleh mak.

"Rina betul nak sambung belajar?" soal mak menginginkan kepastian.
Aku mengangguk yakin. "Ya. Tak apa. Rina akan usaha juga. Tak nak lah tahun depan. Lagipun lagi sebulan je lagi nak final exam."
Mak dengan abah dah tak tercakap apa.

Ya! Aku akan berusaha walaupun agak susah. Tinggal sebulan sahaja lagi untuk peperiksaan akhir. Ayu pun dah setuju nak membantu. Insya Allah, kalau ada rezeki aku akan mendapat ijazah sarjana muda dengan kelas 2 bawah paling kurang pun.

***

Aku bersiap-siap untuk balik ke kolej. Ayu baru menghantar mesej memberitahu yang dia akan menunggu aku di bilik. Beg pakaian aku letakkan di tempat duduk belakang. Mak mengambil tempat di sebelah abah. Abah memandu tenang ke UTM. Namun, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia berat untuk menghantar aku.

Sebaik sahaja sampai, abah memakirkan kereta bersebelahan dengan blok asramaku. Ayu keluar perut blok M27 lalu berjalan menuju ke arahku. Sebaik sahaja dia bersalam dengan mak dan abah, aku berjalan mendapatkan mereka.

"Belajar elok-elok. Kalau rasa tak boleh bawak, cakap dengan abah. Ok?" ujar abah dengan tangannya mengusap-usap kepala aku.

Aku menghadiahkan senyuman buat abah sambil mengangguk. Cuba menenangkan hatinya. Kemudian, aku berjalan ke arah mak untuk bersalam. Pesanan yang sama turut diberikan. Tidak lama kemudian, kereta abah hilang daripada pandangan.

Aku menbontoti langkah Ayu untuk ke bilik. Aku terpaksa menaiki tangga sehingga tingkat teratas sekali blok ini. Akhirnya, kami berhenti di hadapan pintu bilik. Ayu membuka pintu bilik dan melangkah masuk.

"Ini bilik kita," ujarnya. "Itu katil, meja, almari Rina. Yang side sini semua barang Ayu." Tunjuk Ayu dengan senyuman yang manis.
Aku duduk di atas katil bercadar pink milikku. Tersenyum. "Macam mana Rina dulu, ya? Kita mesti rapatkan Ayu?" soalku.
Ayu mengiyakan. "Kita roomate since tahun 2, Rina. Masa tahun 1 Rina roomate dengan Fatin. Rina pun rapat juga dengan Fatin. Fatin sekarang dekat K.T.H.O (Kolej Tun Hussein Onn)," cerita Ayu.

Kemudian aku berjalan ke meja belajarku. Bingkai gambar comel terletak elok di atas meja. Aku mencapai kesemuanya. Gambar mak dengan abah, gambar aku dengan Ayu, gambar kami bersama beberapa lagi rakan lain yang aku tak ingat.

"Ini siapa?" Aku menunjukkan gambar kami beramai-ramai.
Ayu melihat gambar di tanganku. "Oh, inilah Fatin. Yang berdiri belakang baju hijau tu Hana. Yang ini..." Jari telunjuk Ayu tegak menunjukkan seorang gadis berbaju merah hati yang duduk di sebalahku. "Aina. Hah, yang ni Ayu, ini Rina," ujarnya dengan ketawa kecil.
Aku turut sama ketawa. "Kalau Ayu pun Rina tak kenal, dah kes teruk ni. Gambar ni ambil dekat mana?"
"Dekat taman tasik. Kalau Rina perasan, masa nak masuk UTM kat sebelah kanan."
"Oh. Ada nampak tadi."

Aku meletakkan kembali bingkai gambar di tempat asal. Kemudian almari baju aku buka. Melihat keadaan di dalam. Kemas. Bersusun. Ayu memerhatikan setiap tingkahku. Aku kembali duduk di sebelah katil.

"Ayu," panggilku.
Ayu menyahut.
"Dulu Rina macam mana orangnya?" soalku.
Ayu diam sejenak. Berfikir. "Erm... Rina pendiam. Memang tak suka bercakap sangat. Lagi, Rina perahsia orangnya. Tapi yang paling pelik, Rina suka sangat chatting."
Keningku terangkat. Pendiam, perahsia tapi chatting?

***

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ayu sudah lena dibuai mimpi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan tidur lewat menyiapkan kerja. Tambahan pula, dengan keadaan yang macam ni, makin bertambah kerja aku. Kerja mengingat kembali apa yang aku lupa dahulu.

Aku terasa dadaku sebu. Mata sudah mula terasa panas. Ah! Aku tension! Dalam masa sebulan nak kena ingat semua. Akhirnya aku teresak sendiri. Lama. Nak cakap dengan abah dengan mak, mesti diorang suruh tangguhkan belajar.

"Rina?" suara serak Ayu menyapa gegendang telingaku.
Ayu terpisat-pisat bangkit dari baring. Matanya digosok dengan tangan. Ayu melangkah kepadaku. "Kau okay?" soalnya.
Aku masih teresak. Ayu duduk disebelahku. Bahuku diusap memberi semangat.
"Menangislah Rina. Luahkan apa yang kau rasa. Biar tenang sikit hati kau," ujar Ayu yang masih terpejam matanya. Namun tangannya masih tak berhenti bergerak. Ah! Beruntungnya aku ada kawan seperti dia.

Akhirnya saat yang aku takuti berlaku jua. Minggu peperiksaan sudah mula berjalan. Aku lebih banyak blur daripada menjawab soalan. Nak fahamkan satu soalan pun makan masa. Tetapi, alhamdulillah sebab sebelum peperiksaan, boleh dikatakan semua pensyarah membantu aku dengan memberi aku tips.

***

Tengah hari itu aku terpaksa memantau kerja di tapak pembinaan. Walaupun baru beberapa bulan menghadiri konvokesyen di Dewan Sultan Iskandar UTM, rezeki aku mendapat kerja agak mudah berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

Aku menamatkan pengajian dengan mendapat ijazah kelas kedua atas. Kalau tak kerana pensyarah yang banyak membantu, aku rasa aku hanya mendapat kelas kedua bawah atau kelas ketiga. Nasib baik juga markah kuiz dan assignment turut diambil beberapa peratus dicampur dengan markah peperiksaan akhir. Alhamdulillah.

Aku berjalan keluar dari tapak pembinaan. Masa untuk lunch! Langkah kuatur ke restoran berdekatan. Selesai memilih lauk, aku mengambil tempat duduk. Belum pun sempat aku berbuat apa-apa, seseorang memanggil namaku. Aku menoleh.

"Makan seorang?" tegur lelaki yang berkemeja biru laut itu.
Aku terpinga-pinga. "Tak. Dengan kawan. Encik siapa?"
Nyata riak wajah lelaki itu berubah. "Rina. Ini abanglah! Takkan setahun tak jumpa dah tak kenal?"
Kalut aku cuba mengingatkan kembali wajah itu. Rasanya dalam gambar keluarga, tak ada pun dia ni? "Tapi saya anak tunggal," balasku dengan senyum tak yakin.
Lelaki itu mengeluh. "Rina, takkan sebab abang beritahu Rina perasaan abang, Rina terus mengaku tak kenal abang?" soalnya tak puas hati.
Aku diam. Perasaan? Apa ni? "Err, saya minta maaf. Saya betul-betul tak kenal awak." Diam. "Err, saya nak makan. If you don’t mind..." aku tak meneruskan kata. Faham-faham sendirilah!
Hisham sedikit bengang. Aku meneruskan acara makan tengah hari. Baru suapan pertama mahu masuk ke mulut, tangan kananku di tarik kasar.
"Ikut abang!" marahnya. Habis berterabur nasi yang berada di tanganku tadi.
Aku meronta minta dilepaskan.
"Apa ni?! Saya nak makanlah!" marahku. Mata pelanggan lain setia melihat drama sebabak kami.
"Ikut!"

***

"Sebab tu Rina tak ingat apa-apa." Abah menghabiskan ayat terakhirnya.

Abang Hisham meraup wajahnya. Jelas di wajahnya riak kesal, terkilan, sedih. Bercampur baur. Aku hanya menjadi pendengar setia. Huh! Tak pasal-pasal aku ambil MC hari ni. Teruk punya orang betul! Last-last makan dekat rumah.

Abang Hisham merenung ke wajahku. Aku menjeling ke arahnya dengan perasaan tak puas hati. Kemudian Abang Hisham membuka mulut ingin bersuara. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Mak, abah. Kalau tak keberatan, izinkan saya sunting Rina menjadi isteri saya. Saya akan cuba bantu dia mengingat semula. Insya Allah."

Ikhlas kata-kata yang keluar dari mulut Abang Hisham. Aku terkelu. Kahwin? Dengan lelaki yang baru aku kenal? Yang kononnya abang sepupu aku dan merangkap abang aku? Alahai!

Mak dengan abah berpandangan sama sendiri. Kemudian, pandangannya dihalakan ke arah aku. Aku menjadi kalut sekejap. Wajah Abang Hisham aku jeling. Wajah yang penuh mengharap. Aku menelan air liur.

"Rina?" serentak mak dengan abah bersuara.
Aku menjeling Abang Hisham sekali lagi. Matanya masih tak lari dari wajahku. "Kalau mak dengan abah rasa itu yang terbaik, Rina ikutkan aje."
Senyuman memekar di wajah Abang Hisham. "Kalau macam tu Hisham, hujung minggu ni, ajak mak dengan ayah datang rumah ni. Kita tetapkan tarikh bertunang dengan nikah sekali."

***

Aku merenung cincin yang tersarung di jari manisku. Cincin itu aku usap sayang. Terbayang-bayang wajah Abang Hisham tatkala menyarungkan cincin ini tadi. Aku tersenyum senang. Terasa hati aku terisi dengan kehadiran Abang Hisham.

Ah! Begitu mudah aku jatuh sayang kepadanya. Sebaik sahaja dia melafazkan akad nikah pagi tadi, serta merta perasaan sayang menggebu datang. Baru sebulan lepas dia hadir dalam hidupku dan hari ini, dia sah menjadi suami aku. Subhanallah! Perancangan Allah tak siapa yang tahu! Harapan aku kini agar ingatan aku kembali pulih.

***

"Sayang buat apa?" tegur Abang Hisham sebik sahaja melangkah masuk ke dapur sebaik pulang daripada Solat Jumaat.
Aku menghulurkan air minuman kepada Abang Hisham dengan senyuman manis. "Tak buat apa. Eh! Ini baju mana ni? Tak pernah nampak abang pakai?" tegurku merujuk kepada baju melayu cekak musang berwarna biru tua yang tersarung di tubuhnya.
Abang Hisham tersenyum. "Baju ni, abang dah lama tak pakai. Tiba-tiba terasa nak pakai balik." Abang Hisham masih tersenyum.
Aku sedikit kabur dengan jawapannya. "Kenapa?"
"Baju ni, buah hati abang yang jahitkan."
Terasa riak wajahku berubah. "Ni tengah rindu kekasih hatilah ni?"
Abang Hisham ketawa. "Cemburu ke? Okaylah. Nak abang cerita?"
Aku memuncungkan mulut. "Tak payahlah. Buat apa nak dengar cerita pasal perempuan lain." Aku memusingkan badan untuk ke peti ais.
Namun Abang Hisham lebih tangkas, tanganku di tarik lembut sebelum aku melangkah. "Nama dia Siti Syarina binti Sabtu. Dulu buah hati, sekarang isteri abang dunia akhirat. Insya Allah." Lembut Abang Hisham menutur kata.

Aku tersenyum senang lalu menghadiahkan ciuman di pipinya. Tangan aku di genggamannya aku tarik. Langkah aku atur ke peti ais. Menyambung kembali kerja aku yang tergendala.

***

"Abang," panggilku lembut.
Abang Hisham menyahut. Namun mata masih tak berganjak dari skrin televisyen.
"Abang!" panggilku lagi.
"Ya? Kenapa sayang?" barulah Abang Hisham menoleh ke arahku.
Aku melentokkan kepala ke lengannya. "Bila la agaknya Rina dapat ingat semula kan?" soalku.
Abang Hisham sedikit tersentak. "Kenapa?"
"Tak adalah. Sejak Rina habis belajar, sampailah sekarang. Banyak yang Rina lupa," ujarku sayu.
Abang Hisham mengusap bahuku. "Rina nak ingatan Rina balik ke? Tak payah lah."
Aku mengerutkan dahi. Tak payah? "Kenapa, bang?"
Abang Hisham mengeluh. "Sebab abang takut Rina tinggalkan abang."
Aku menunggu untuk Abang Hisham meneruskan kata. Namun dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Ah! Apa sahajalah yang dia tengah fikir sekarang?

***

Pagi itu, aku menyiapkan kerja-kerja di pejabat sebelum ke tapak pembinaan untuk lawatan pada sebelah petang. Bunyi handset di dalam beg tangan menandakan mesej masuk aku biarkan. Jam yang tergantung di dinding aku jeling. Abang Hisham agaknya. Biarlah! Aku tengah sibuk ni.

5 minit kemudian handset aku kembali berbunyi. Kali ini panggilan pula. Kalut aku mencari handset di dalam beg tangan. Dapat! Aku melihat skrin. Keluar nombor. Maknanya tak kenal. Siapa ni? Butang hijau ditekan.

"Hello?"
Bising. Bunyi kenderaan.
"Hello. Siapa ni?" soalku sedikit kuat.
"Rina..." suara si pemanggil yang menyebut namaku membuatkan aku tersentak. Siapa ni? Siap tahu nama aku?
"Rina..." panggil orang di hujung talian.
Aku menelan air liur yang terasa berpasir. Kenapa ni? Dada dah berdebar-debar. "Siapa ni?" akhirnya aku bersuara.
Dapat di dengar bunyi nafas pemanggil di talian. Ya Allah! Siapa ni?
"Rina... Ini Firdaus... Rina dah lupakan Firdaus?" sayu suara pemanggil.
Aku terpinga-pinga. "Firdaus?" Siapa ya?
"I’m from your past Rina. I really want to see you Rina. If you don’t mind, kita jumpa petang ni?" Firdaus bersuara penuh mengharap.
From my past? "Kat mana?"

***

"Abang... Kita singgah tasik sekejap," ujarku.
Abang Hisham memandangku dengan penuh tanda tanya. "Ok!" Namun dia tak pula nak bertanya.

10 minit kemudian, aku tiba di tempat yang dijanjikan. Dada dah berdebar. Adakah aku bakal mendapat semula ingatan aku? Aku dan Abang Hisham berjalan perlahan-lahan mengelilingi tasik. Tangan kiriku berada kemas di dalam genggaman Abang Hisham Terasa diri di sayangi.

Aku membelok ke arah jeti yang sedikit mengunjur keluar ke tasik. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang berdiri membelakangi kami. Aku yakin itulah Firdaus! Aku menarik tangan Abang Hisham untuk terus mengikuti langkahku.

"Firdaus?" lelaki itu menoleh. Berubah terus wajahnya apabila melihatkan tangan aku di dalam genggaman Abang Hisham.
"Rina? Siti Syarina Sabtu? Apa semua ni?" soalnya bertubi-tubi. Dia memandangku dengan riak tidak percaya.
Aku menoleh ke wajah Abang Hisham di sebelah. Wajahnya sedikit kabur.
"2 tahun saya cari awak Rina. Sampai hati awak buat saya macam ni. Siapa dia Rina?" soal Firdaus lirih.
Aku menelan air liur. "Err... Firdaus. I don’t really remember what happened between us in my past. I’m so sorry. By the way, meet my husband, Hishamuddin." Aku menjeling Abang Hisham. Nyata dia terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Mata Firdaus membulat. Terkejut barangkali. "Is that Abang Hisham, Rina?"
Aku terkejut. Dia tahu. Aku mengangguk.
"Rina. Don’t you remember me Rina? How could you do this to me. Ya Allah. Rina, your Abang Hisham dah ambil kesempatan, Rina."
"Ambil kesempatan?" Aku menoleh ke arah Abang Hisham. "Apa yang dia cakap ni, bang?" soalku.
Abang Hisham tergamam. "Rina, abang tak tahu apa-apa, Rina."
Aku kembali memandang Firdaus. "Siapa awak sebenarnya?" soalku kepada Firdaus.

Firdaus menghulurkan satu sampul surat yang sedikit tebal dengan isinya. Aku menyambut. Sampul surat itu aku buka. Gambar-gambar aku dengan Firdaus. Aku menelan air liur.

"Saya terjumpa Ayu hari tu. Dia yang cerita semuanya. Semua perkara awak tak ingat. Pada mulanya, saya sangka masih boleh contact awak dengan email. Tapi tak sangka pula yang password pun awak lupa. 2 tahun saya cari awak Rina. Saya sayangkan awak. Sayangkan hubungan kita. Kembalilah pada saya," ucapnya lirih.

"Hisham, kalau betul awak sayangkan Rina, awak lepaskanlah dia. Biar dia bahagia dengan pilihan dia. Awak pun tahu yang awak bukan pilihan dia sebelum dia hilang ingatan, bukan?" tambahnya lagi.

Aku memandang wajah keruh Abang Hisham.
"Rina..." panggil Firdaus lembut. "Kembalilah pada saya. Saya akan bantu awak mengingat kembali. Antara kita banyak kenangan yang manis Rina," pujuknya.
Aku diam tak berkutik. Yang Firdaus kata begitu... Abang Hisham pula diam je sepanjang tadi.
"Rina..." akhirnya Abang Hisham bersuara. Aku menoleh. "Abang minta maaf. Mungkin Rina sangka abang ambil kesempatan. Tapi percayalah, abang memang sayangkan Rina sejak dulu lagi."
Diam.
"Rina, memang betul kata Firdaus. Abang memang bukan pilihan Rina." Tangan aku diusap lembut. Kemudian dibawa ke mulutnya lalu dicium. "Rina berhak dapatkan apa yang Rina mahu. Rina buatlah keputusan. Abang ada kat rumah kalau apa-apa."

Serentak dengan itu, tanganku di lepaskan. Aku terkedu. Abang Hisham dah berjalan pulang dengan wajah yang penuh kehampaan. Aku memejam mata sejenak. Cuba berfikir secara rasional. Tanpa berfikir panjang, aku membuatl keputusan. Tangan kanan Firdaus aku pegang. Firdaus tersenyum senang.

"Firdaus," panggilku dengan senyuman.
Firdaus menoleh. Wajahnya cukup ceria. "Ada apa Rina?"
Aku menarik nafas dalam. "Sungguh, saya tak ingat apa-apa tentang awak." Diam. "Saya minta maaf."
Firdaus mengangguk. "Tak apa. Lepas ni kita cuba ingat sama-sama, ya?"
Aku tersenyum senang. "Saya hargai itu. Tapi Firdaus, saya minta maaf sebab saya tak boleh."
Mati senyuman di wajah Firdaus. "Maksud awak?"
Aku menepuk-nepuk tangan Firdaus perlahan. "Saya sayang Hisham. Mungkin antara kita tak ada jodoh Fir. Kalau boleh, saya mahu jadi isterinya dumia akhirat," ujarku lembut. Cuba untuk tidak melukakan hati insan yang baru aku kenal itu.
Firdaus memandang aku dengan riak tak percaya. Aku melepaskan tangannya.
Aku cuba untuk menyusun ayat. "Mungkin antara kita banyak kenangan manis." Diam. "Tapi saya yakin, antara saya dengan Hisham pasti lebih banyak. Saya tak tahu berapa lama saya kenal awak. Tapi yang pasti, saya kenal Hisham jauh lebih lama."
Firdaus membuang pandang ke arah tasik.
"Dan kalau Allah hendak memberikan kembali ingatan saya, pasti kenangan saya dengan Hisham jauh lebih banyak. Sekalipun saya tak hilang ingatan, kalau awak bukan jodoh saya, kita tetap tak ada." Tambahku.

Firdaus mengangguk tanda faham. "Pergilah!"
Aku teragak-agak untuk mengejar Abang Hisham. "Pergi!" sekali lagi Firdaus bersuara. Aku cuba untuk melihat wajahnya.
Aku tergamam sendiri apabila ternampak pipinya tercemar dengan air mata.
"Pergi. Tapi tinggalkanlah gambar-gambar di tangan awak itu. Berilah saya tinggal dengan kenangan awak Syarina."
Aku memasukkan kembali gambar-gambar itu di dalam sampul surat. Kemudian aku tinggalkannya di atas lantai papan itu. Laju aku melangkah untuk mengejar Abang Hisham yang sudah jauh di hadapan. Abang Hisham! Tunggu Rina!

Read More..
 
Cerpen : Andaiku tahu

Amira Sazwani, wanita anggun yang selalu mendapat perhatian para jejaka. Keanggunannya ditambah dengan kelembutan dan keayuannya yang tidak terperi. Ramai yang cuba untuk mendekati tetapi paksi dan batasan imannya masih utuh. Amira seorang pakar psychiatric bebas. Hai lelaki ! Sudah-sudahlah. Ingat Allah! Aku tidak mahu menjadi elemen yang melalaikan kamu daripada mengingati Allah ! Itulah ayat-ayat yang sering dilaungkannya tatkala ada yang cuba mengugat imannya.

'Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.'
( Hamka ).

" Cik Amira, ada seseorang sedang menuggu Cik di dalam pejabat." Sapa Anita, setiausaha Amira. Orangnya kecil sahaja berbanding Amira yang tinggi lampai dan kurus bentuk badannya.
" Tunggu saya ??" Amira pelik. Beberapa kedutan terhasil di dahinya. "Siapa ya Anita?? Saya rasa hari ini saya tiada sebarang temujanji kan? " Ya, Sebelum makan tengah hari tadi Amira sudah melihat jadualnya dan tiada sebarang temujanji yang ada pada hari ini. Lagi pula niat di hati hanya mahu menyelesaikan tugasnya yang masih belambak di pejabat keduanya ini. Amira mengeluh.
" Maaf, Cik saya tak pasti. Tapi Encik tu cakap dia kawan lama Cik. Jadi saya benarkan dia masuk pejabat Cik " jelas Anita.
Encik?? Kawan lama? Amira kaget. Siapa agaknya? Amira masih berkira-kira. Setahu dia hanya Amir saja rakan lelakinya. Sejak peristiwa lima tahun dahulu dia sentiasa menolak kehadiran mana-mana lelaki. Baginya serik apabila membiarkan pisang berbuah dua kali.
' Tak mungkin Amir. Dia baru berangkat ke Jepun semalam. Lagipun takkanlah Anita tak kenal bos sendiri' getus hatinya. Amira semakin resah. "Tak mengapalah Anita. Terima kasih. Teruskan kerja awak."
Amirah berjalan menuju ke pejabatnya. Perlahan-lahan daun pintu dikuak. Dia tergamam.

-----------------------------------

Kelihatan seorang lelaki sedang asyik meneliti ruang pejabatnya. Menatap satu persatu koleksi gambar yang disusun rapi di atas meja sudut. Susuk tubuh lelaki ini seakan biasa dia melihatnya.
"Assalamualaikum" Amira memulakan bicara.
Lelaki itu berpaling. "Wa..wa'alaikumsalam. ...Amira ?" terukir senyuman dari bibir lelaki itu yang turut menampakkan kedua lesung pipitnya.
Dia?Amira gumam. Seakan tidak percaya namun dia cuba untuk bertenang.
" Ya, saya Amira. Awak...??" Amira meneliti sekujur badan di hadapannya.
" Haikal ??" Amira cuba meneka. Seakan tidak percaya. Mungkin juga dia tersalah orang. Tetapi, suara garau milik pemuda itu terasa amat dikenali. Masa kan tidak, suara inilah yang sentiasa terngiang-ngiang di corong telinganya tatkala rindu di hati terpaksa dipendam selama ini. Tetapi lelaki di depannya ini agak tegap manakala Haikal yang dikenalinya dulu kurus kering. Tak cukup zat katanya. " Maaf kalau saya tersalah orang. Tapi….." sayu kedengaran. Amira menunduk. Berusaha menutup kegusaran yang kian menapak di dalam ruang hati.
" Betul. Awak betul. Saya Haikal. Muhamad Haikal Azra. Masih kenal??" lelaki itu memotong. Amira terpegun kaku. Lelaki itu tersenyum. Dia kelihatan segak walaupun hanya memakai kemeja putih berlengan panjang yang dilipat hingga ke paras siku,berseluar hitam dan bertali leher hitam. Rambutnya disikat rapi seperti gaya rambut lelaki zaman sekarang, tercacak ke atas dan berwarna hitam bersinar. Kacaknya. Tidak seperti dulu, Haikal gemar mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Seringkali Amira makan hati dengannya kerana itu. Sudah berkali Amira melarangnya untuk mewarnakan rambut tetapi Haikal tetap berdegil. Kini, terlalu banyak perubahan pada lelaki ini. Mata Amira masih tertancap pada tubuh lelaki di hadapannya. Namun, kata hati buat dia cepat tersedar. Kelihatan lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tapi, pantas Amira menyilangkan tangan kanannya di dada tanda tidak boleh bersalaman. Mereka bukan muhrim. Haikal yang tersedar tertunduk malu.
" Oh..maaf.." 'Amira masih seperti dulu' bisiknya.
" Duduklah." Amira cuba berbahasa. Dia duduk di sofa berhadapan Haikal. Hatinya masih bergetar. Namun tasbih menjadi penenang. "Tak sangka saya…yang kita boleh bersua lagi. So, how's your life Haikal ?" debaran di dada tiada siapa yang tahu. 'Amira..relax…'bisik hatinya. Amira kaget sekali. Dia tunduk memandang permaidani yang menjadi hiasan lantai pejabatnya. Kononnya permaidani itu sangat cantik sedangkan sudah tiga tahun usianya. Barangkali itu lebih baik.
" Alhamdulillah, baik. How about you ?" Amira mengangkat muka. Haikal melirikkan matanya tepat pada mata Amira lantas menghadiahkan sebuah senyuman. Senyuman yang dirindui sekian lamanya.
" Baik. Alhamdulillah " Amira mengukir senyuman kelat. Sekadar mahu menutup debar di dada. " Maaf..saya…pelik..kenapa awak…" Amira gagap.
Pantas Haikal memotong. " Ump…macam mana saya boleh tahu awak bekerja di sini dan kenapa saya mencari awak balik ? begitu ??" Dia seakan memahami hati wanita itu. Sama seperti lima tahun dahulu. Dialah lelaki yang paling memahami sehingga Amira tidak perlu untuk berkata-kata dan meminta. Hebat lelaki ini ! Tapi kenapa di saat akhir lelaki ini meniggalkannya. Tanpa pamit. Tanpa alasan yang kukuh. Tanpa penjelasan dia berubah dari haluan yang sepatutnya mereka tuju. Amira kesal. Menabur cinta kepada lelaki ini telah membuatkannya seperti 'penagih cinta'. Tetapi dia bersyukur kerana Allah masih mahu melindungi dirinya. Perpisahan itu ada hikmahnya. Buktinya kini dia menjadi seorang muslimah sejati. Alhamdulillah.
Haikal merenung wajah polos milik Amira. Wajah wanita itu tidak banyak berubah. Tetapi kelihatan semakin jelita. Semakin ayu. Senyumannya, suaranya. Masih sama seperti dulu, mata Hazel itu sentiasa menjadi perhatian. Cantiknya.
'Saya rindukan awak. Sangat rindu, Amira. Tahukah awak saya tak pernah lupakan awak selama ini dan tiada sesiapa pun yang boleh menggantikan tempat awak di hati saya ni.\' Haikal berbicara di hati.
" Haikal!" Amira memanggil. Tegas tetapi lembut. Hati Amira resah apabila Haikal dari tadi begitu asyik merenungnya. Tidak berkelip.
Lamunan Haikal terhenti. Malu." Maaf" dia tertunduk. Wanita di hadapannya sangat mengasyikkan. Sudah berkahwinkah dia? Bahagiakah dia? Soalan itu dibiarkan tidak berjawapan. Baginya masa sekarang bukan masa yang sesuai. Lagipula dia belum bersedia. Banyak lagi perkara yang perlu dia tahu tentang wanita ini. Lima tahun menyepikan diri menjadikan dia seorang perindu.
" Saya..saya cuma mencari kenalan–kenalan saya sahaja. Saya baru pulang dari oversea. Lima tahun kat sana buat saya rindu pada teman-teman saya." Senyuman terukir lagi. " Amira, this is my card. So, if anything you can call me okay." Haikal baru teringat akan meeting yang perlu dia hadiri sebentar lagi. " Baiklah. Kita berjumpa lain kali. Thanks sebab luangkan masa bersama saya. Assalamualaikum." Haikal meminta pamitan. Rindunya terhadap Amira Sazwani sudah terubat.
Amira gumam. Setelah tersedar dia menjawab salam lelaki itu. Sempat dia menoleh ke arah pintu. Hampa. Haikal sudah pergi. Kad nama yang diletakkan di atas meja tadi diteliti. Amira tersenyum dan mengucapkan syukur.
--------------------------
Seminggu selepas pertemuan itu Amira tidak lari dari memikirkan Haikal. Pernah juga hatinya terdetik untuk menghubungi Haikal. Tetapi iman membatasi. Setiap kali wajah lelaki itu menerpa dalam ruang matanya pasti dia akan mengeluh panjang. Mengenangkan peristiwa lampau, hatinya bagai dicarik-carik. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Masih ada sekelumit sayangkah aku padanya?

" Amira.."
Amira yang sedang asyik berbincang dengan rakan kongsinya pantas menoleh mencari tuan empunya suara. Dia terdiam. Amir yang sedang asyik mendengar pun turut mendongak. Dia hairan.
" Eh, Haikal. What are you doing here? Have a seat. Meet my friend, Amir." Amira berbahasa. Perasaan yang dihadapi sukar untuk ditafsir. Gembira? Terkejut? Amir di sebelahnya hanya diam. Pelik. Selama ini setahunya Amira tiada kawan lelaki selain dirinya. Dia termangu apabila lelaki itu menghulurkan tangan. Setelah tersedar baru dia menyambut tangan itu. Haikal hanya tersenyum.
"Thanks. Sama macam awak. Lunch. My friend told me, this is the best restaurant at here. So, I want to try. " masih lagi tersenyum. "Oh ya! Amira can I have your name card. Hari tu lupa pulak nak mintak" kata-kata ditujukan kepada Amira tetapi matanya melihat Amir. Dia kaget.
Setelah mendapatkan kad nama Amira, Haikal terus berlalu. Katanya ada hal penting yang terlupa untuk diuruskan. Tujuannya hanya satu, untuk mendapatkan nombor telefon Amira sahaja. Amira perasan Amir yang mendiamkan diri dari tadi sebenarnya tidak senang dengan kehadiran Haikal. Mungkin Haikal juga perasan lalu meminta pamitan. Mana tidaknya, dari awal lagi Amir merenung tajam ke arah Haikal. Seperti mahu makan orang. Siapa yang tak takut. Cemburu agaknya.
---------------------------

Petang itu amat memenatkan. Setelah selesai perbincangan dengan Amir barulah dia terasa lega. Susah jugak jadi penasihat ni. Amira merengus. Begitulah tugasnya di pejabat A&A Co.. Namun Amira turut mempunyai pejabatnya sendiri sebagai psychiatric specialist. Pada mulanya dia menolak untuk jawatan penasihat itu. Sebelum mengambil kursus Psikologi di UIAM Amira berhajat untuk menjadi kaunselor. Tetapi kerana Amir dia akur. Di samping menjadi penasihat dan rakan kongsi di syarikat Amir dia juga seorang psychiatrist. Jika menjadi kaunselor pasti dia perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarnya sedangkan menjadi seorang psychiatrist membolehkan dia membantu Amir apabila diperlukan. Kasihan Amir. Nak tak nak terpaksalah tolong. Lagi pula Amir lah yang mengubat lukanya lima tahun dahulu. Tetapi Amira tidak mahu hubungan mereka lebih dari seorang kawan. Sedangkan sudah lumrah kehidupan. Lelaki dan perempuan diciptakan berpasang-pasangan. Rasa di hati disimpan rapi oleh Amir. Tidak mahu hubungan yang sudah lama terjalin terlerai dek kerana nafsu hati yang ingin diluak. Amir tahu Amira hanya mencintai lelaki yang meniggalkannya lima tahun lalu. Tetapi Amir tidak tahu siapakah gerangan lelaki itu. Amira pernah bercerita tetapi hanya serba serbi sahaja.
Selesai mandi dan menunaikan solat Asar telefon bimbit Amira berdering. Pantas dia mengangkat.
" Assalamualaikum. Amira.." kedengaran suara seorang lelaki di talian. Amir?
" Wa'alikumussalam. Siapa di sana ?" Amira gusar. Suara Amir rasanya tidak seperti ini.
" Saya ni..Haikal" sayup-sayup kedengaran.
Amira diam. " Oh Haikal rupanya. Ya,ada apa awak telefon saya malam-malam begini Haikal ?? maaflah, saya belum simpan nombor awak lagi." Dalam debaran Amira cuba menjawab dengan tenang.
" Saya rindukan awak.." bisik Haikal perlahan. Antara dengar atau tidak. Ketika itu hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Agak sukar untuk mendengar butir bicara masing-masing.
" Haikal.." suara Amira agak meninggi " Awak cakap apa tadi ? Saya kurang dengar." Semakin nyaring kedengaran.
" Tak ada apa-apa. Saja aje saya telefon awak. Maaf kalau menganggu " ujar lelaki itu. Menutup perasaan yang kian membara. Rindu?
" Amira..boleh saya jumpa awak esok. Lunch ?" Ya..aku tak kan berlengah lagi. Cukuplah lima tahun aku menunggu.

'Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali)'

" Insya Allah..tapi saya tak janji ya Haikal. Takut schedule penuh. Nanti apa-apa saya akan contact awak ya ?" pantas Amira memutuskan talian. Hujan terlalu lebat. Tidak sesuai untuk berhubung ketika ini. Dia teringat akan kejadian yang pernah didengarinya. ' Seorang wanita disambar petir ketika menelefon seseorang dengan menggunakan telefon bimbit '.

---------------------

Dua bulan berlalu begitu pantas. Terasa bagai semalam dia meraih segulung ijazah. Mengambil foto bersama keluarga tersayang untuk dibuat kenang-kenangan. Membuka firma sendiri untuk menjual perkhidmatan kepada orang-orang yang memerlukan khidmatnya sebagai pakar psikatri.
Amira bungkam. Hari-hari yang dijalani kelihatan suram. Dia seakan sudah kehilangan segala-galanya. Kerisauan yang dulu bermaharajalela kini menerpa kembali. Mengetuk pintu kebahagian yang selama ini melindungi pintu kebimbangan yang melampau.

" Doktor, apa sebenarnya penyakit kawan saya ni doktor??" ujar Amir yang kelihatan begitu risau. Pastinya dia bimbang sesuatu yang buruk berlaku pada wanita itu. Wanita itulah yang dipuja selama ini. Hatinya tidak boleh berpaling lagi. Hanya nama Amira yang tersemat di hati. Hanya Amira..
" Sebelum saya beritahu Encik Amir...saya harap Encik Amir dapat bertenang" Doktor Rasdan perasan lelaki di hadapannya ini terlalu cemas. Barangkali kebimbangan merajai hatinya. Masakan dia tidak risau. Sejam lalu dia ke rumah Amira. Kerana terlalu bimbang dia tegar untuk menjenguk Amira yang sudah tiga hari tidak ke pejabat. Walaupun Amira keras menghalang tetapi Amir nekad. Sekiranya Amir tidak menghubungi Anita, setiausaha syarikat pasti dia tidak tahu akan perkara ini. Amira..keras betul hatinya...
Sesampai di rumah Amira, kerisauan semakin mendalam. Lama Amir menunggu Amira untuk membuka pintu. Namun setelah salam ke empat baru pintu dikuak. Kelihatan wajah wanita itu pucat sekali. Tiga..dua..satu.. Amira terjelopok di lantai. Sempat Amir menahan tubuh lemah dan longlai itu. Jantung Amir seakan mahu tecabut apabila melihat perlahan-lahan tetesan darah keluar dari hidung Amira. Tubuh kaku itu dimasukkan dalam keretanya. Kelam kabut Amir dibuatnya. Segera dia menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan keretanya. Amira...
" Sebenarnya..Cik Amira menghidap leukemia " wajah Amir berubah. Kali ini dia merasakan jantungnya benar-benar terhenti! Tak mungkin!!
" dan..tahap sekarang adalah..yang terakhir..." sambung Doktor Rasdan. Nak tak nak perkara ini harus diberitahu! Amir seakan mahu rebah. Benarkah??!!
" Jadi berapa bulan lagi dia boleh bertahan, doktor?? "
" Mungkin dalam tiga atau empat bulan sahaja " ujar Doktor Rasdan. Simpati dia melihat Amir. Tapi apa kan daya. Amira memang sudah tiada harapan untuk sembuh. Melainkan ada keajaiban dari yang Maha Kuasa.
Bagi Amir perkara ini sangat memeranjatkannya. Tetapi lebih memeranjatkan apabila Amira hanya tersenyum apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Amir. Barangkali Amira sudah tahu perkara ini sejak dulu lagi. Pasti Puan Umi dan Encik Razif juga sudah tahu penyakit yang dihadapi anak mereka ini. Tabahnya dia....

-----------------------

" Kenapa Amira ? Saya mahu awak jelaskan " bentak Haikal yang geram dengan tindakan Amira yang menolak pinangannya tempoh hari. Dia takut untuk kehilangan wanita itu sekali lagi. Kali terakhir dia berjumpa Amira ketika di restoran. Selepas itu, Amira sering menolak apabila dia menyatakan hasrat untuk berjumpa. Akhirnya dia hilang sabar. Hasrat di hati terus diusul kepada keluarganya. Tapi , tak sangka yang dia dikecewakan.
" Kenapa??" soalnya lagi apabila Amira dilihatnya masih mahu mendiamkan diri.
Amira membuangakan pandangannya ke hadapan. Memandang tasik yang menghiasi taman rekreasi ini. Kononnya mencari ketenangan. Sedangkan hatinya begitu risau. Tidak sanggup untuk memandang lelaki yang duduk di sebelahnya. Hanya beberapa inci sahaja jarak yang memisahkan mereka. Wajah lelaki itu nampak sugul.
Haikal bangun dari tempat duduknya. Lalu melutut di hadapan wanita kesayangannya itu. Perlahan dia meramas jemari Amira. Dielusnya perlahan."Lama saya tunggu untuk luahkan pada awak, Amira " lembut suara itu menuturkan kata. Boleh mengugat jiwa sesiapa sahaja. Matanya merenung sepasang mata Hazel di hadapannya. Penuh mengharap." Lima tahun Mira saya simpan. Dan bila saya sudah bersedia untuk lakukannya.. awak…"
Amira pantas menarik tangannya. Dosa! Cukuplah saya sudah luangkan masa saya untuk berjumpa awak!!
" Maaf.." Amira menunduk. " Maaf..saya tiada apa-apa untuk jelaskan pada awak, Haikal" Amira bangun dari tempat duduk. Berkira-kira untuk pergi. " Please don't ask me the same question!! Saya penat. Terlalu penat " rayu Amira. " Saya minta diri. Assalamualaikum " Amira mulai mengatur langkah. Haikal terlopong seketika.
" Nanti.."
" Awak kena tahu mengapa saya tinggalkan awak dulu..." Haikal cuba mengumpan. Amira memberhentikan langkah lantas berpaling. Haikal segera mendekati Amira. Namun belum sempat dia menuturkan bicara, Amira berpaling dan mula menghayun langkahnya. Pantas Haikal mencapai pergelangan tangan Amira. Kejap pegangannya. Amira mengaduh tapi Haikal tidak menghiraukannya. Dia harus tahu yang sebenarnya !
" Amira..saya cintakan awak. Terlalu mencintai awak. Percayalah.. please..dengarlah dulu penjelasan saya...saya tahu saya bersalah. Maafkan saya Amira. Tapi...dengarlah penjelasan saya dulu " rayu Haikal penuh mengharap. Dia yakin wanita dihadapannya ini juga mencintainya. Jika tidak masakan wanita ini masih tidak berpunya. Wanita secantik Amira, sesipa sahaja yang melihat pasti cair. Amira kaku.. Imbauan masa lampau mengetuk pintu hati dan terus sampai ke dalam kotak fikirannya. Satu persatu kenangan menjengah. Betapa pedihnya hati ini tatkala ditinggalkan Haikal. Haikal pergi bukan sahaja membawa sekeping hatinya malah turut membawa sebahagian daripada jiwanya. Setelah ditinggalkan dia merasakan jiwanya telah kosong. Butir-butir mutiara sudah membasahi pipi tatkala kenangan itu mulai beransur pergi. Pantas Amira menyeka air matanya. Takut-takut dilihat Haikal. Tak mahu dia dianggap lemah.
Amira menghadap Haikal. Senyuman sinis dihadiahkan untuk lelaki itu. Matanya merenung tajam ke arah anak mata Haikal. Mata mereka berlaga! Dia sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan untuk membalas renungan mata lelaki itu.
" Mudahnya? Mudahnya awak menungkap kata-kata maaf tu. Yelah. Bagi awak segalanya mudah kan? Semudah itu juga awak meninggalkan saya.. sedangkan ketika itu saya benar-benar perlukan awak "
Perlukan awak? Haikal berfikir. Tangkai hatinya mendesak ingin tahu maksud kata-kata Amira tadi. Apa maksud awak? Haikal memberi pandangan tanda tidak mengerti kepada Amira.
" Sudahlah Haikal. Semuanya sudah terlambat. Kalau dulu, saya akui saya tertunggu-tunggu untuk mendengar ucapan tu dari mulut awak. Tapi sekarang tidak lagi Haikal " Amira menggelengkan kepala. Senyumannya masih sinis. Matanya tajam memerhati segenap wajah dihadapannya. Cuaca agak mendung di tasik itu. Seakan memahami gelodak jiwa yang dialami oleh dua insan tersebut.
" Hati saya sudah bukan milik awak lagi. Saya mencintai orang lain " dia berbohong. Haikal terlongo. Pegangannya yang kejap mulai melorot. Kelu lidah untuk berkata-kata. Amira segera berpaling. Tidak mahu kekeruhan di wajahnya dikesan oleh Haikal. Peritnya untuk menafikan sesuatu yang benar! Hatinya dipagut pilu. Terasa seperti disiat-siat. Air mata gugur lagi. Pantas Amira berlari menuju ke arah parking. Memboloskan diri ke dalam kereta dan dia mahu segera pulang. Air matanya tidak henti-henti berjuraian. Menghamburkan segala kesedihan yang selama ini dipendam. Kekecewaan yang selama ini dibiarkan menakung di dada dan...kerinduan yang bukan kepalang.
' Menangislah Amira..menangislah...'

--------------------

" Maaf.."
" Sshhh…" lembut suara itu menuturkan kata. " Kenapa awak tak beritahu saya Amira ? Saya berhak untuk tahu" sambung suara itu.
" Awak tahu..awak dah seksa saya Amira. Perit sangat rasanya.... " Haikal menahan sendu. Matanya mulai bergenang. Hampir empat bulan dia mengurung diri. Melayan lara hati. Membawa diri dan jiwanya ke dalam dunianya sendiri. Tubuhnya semakin kurus. Wajahnya cengkung dan kelihatan tidak terurus. Jambang mulai menghiasi wajah. Rambutnya juga kelihatn kusut. Keadaannya sangat mengambarkan yang emosinya tidak stabil dan kacau. Pasti kerana Amira. Baginya Amira adalah segalanya. Wanita yang sentiasa menjadi inspirasi dalam hidupnya. Dia pergi meninggalkan wanita itu lima tahun dahulu pun kerana terlalu menyayangi wanita itu. Pada mulanya dia kecewa apabila Amira seakan-akan mahu menjauhkan diri darinya.
Tetapi tatkala dia mahu memiliki cinta itu, takdir menidakkannya. Berita yang diperolehi daripada Amir membuatkan segala pertanyaan yang berkumandang dalam jiwanya terjawab.
Kenangan lima tahun dahulu sentiasa menerjah dalam hidupnya selama ini. Amira merupakan pelajar cemerlang. Pastinya dia mahu berdampingan dengan mereka yang setaraf dengannya. Fikir Haikal. Pernah juga Haikal terserempak dengan Amira dan seorang lelaki. Mesra sekali mereka. Namun, apabila ditanya siapakah lelaki yang bersama Amira itu, dia terus melenting. Katanya Haikal terlalu cemburu. Mereka sering berkelahi. Haikal yakin Amira mungkin sudah berpaling daripadanya. Tapi, salah dirinya juga kerana dia sendiri tidak pernah memberitahu Amira yang dia menyukai Amira. Atas sebab itu dia pergi meninggalkan Amira. Pergi membawa diri yang lara dan nekad untuk membuktikan dia juga boleh berjaya. Buktinya kini dia menjawat jawatan pengurus di sebuah hotel terkenal.
" Haikal..saya mohon sangat-sangat. Jangan biar setitis pun air mata awak saya nampak. Saya takut..saya tak dapat pergi dengan tenang." perlahan Amira menuturkan kata.
Namun air mata lelaki itu tidak dapat dibendung lagi. Hatinya pilu. Melihat wanita yang dicintai hanya terbaring di atas katil. Tidak mampu untuk bergerak bebas seperti dulu. Dan yang lebih memilukan apabila dia melihat rambut wanita itu sudah berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya. Hampir semuanya sudah gugur. Diteliti wajah ayu wanita itu. Pucat. Bibirnya tidak merah mekar seperti dulu. Semuanya pucat dan kelihatan tidak bermaya. Tapi...mata Hazel itu masih lagi bersinar seperti dulu. Kerana mata itu dia tertarik pada Amira.
" Amira..maafkan saya ...kerana meninggalkan awak dahulu. Sedangkan awak amat memerlukan saya waktu itu "ujar Haikal dalam kesayuan. Rasa bersalah terlalu dalam. 'Semudah itu juga awak meninggalkan saya.. sedangkan ketika itu saya benar-benar perlukan awak ' baru dia mengerti maksud kata-kata itu.
Dia masih ingat pertemuan terakhirnya dengan Amira lima tahun dulu. Akibat terlalu lama menunggu Amira, Haikal terus beredar. Dia merasa tertipu dan terlalu sakit hati. Mereka berjanji untuk berjumpa. Ketika itu Amira mahu memberitahunya tentang penyakitnya. Ingin sekali dia berkongsi dengan Haikal dan berharap agar cebis-cebis yang entah tinggal beberapa helaian dalam hidupnya dapat dilalui bersama lelaki itu. Tetapi dia hampa. Haikal meninggalkannya.
Nafas Amira mulai mengendur..
" Haikal..maafkan saya. Saya...tak dapat balas....cinta awak...." tutur Amira perlahan satu persatu. " Halalkan segala-galanya. Terima kasih..sebab..mencintai saya..sepenuh hati awak. Jaga diri baik-baik. Terima kasih...sebab bagi saya peluang untuk bersama awak dulu. Saya..saya cintakan awak. Tapi…" kata-kata itu terhenti. Nafasnya mulai perlahan. Perlahan...dan...hilang. Degupan jantungnya terhenti. Amira.....sudah pergi..
Haikal tergamam. Kaku. Tidak percaya. Dia mengerak-gerakkan tubuh kaku Amira.

" Sayang..jangan tinggalkan saya..." laju air matanya mengalir. Dipeluknya tubuh Amira. Kejap. Kemudian diramas-ramas jemari wanita itu dan dicium berkali-kali.

" Bangun sayang..bangun! jangan buat saya macam ni! " digoncang jasad wanita itu berkali-kali. Mengharap masih ada peluang lagi untuk melihat wanita itu hidup.
Goncangan itu makin lemah. Dan akhirnya dia mengalah...
" Amira..jangan tinggalkan saya...." sedu sedan Haikal menangis di sisi jasad itu. Segala kesedihan, kepedihan dan kekecewaan dihamburkan di situ juga. Sudah tidak tertahan lagi.

Amir yang hanya berdiri di suatu sudut melihat kejadian itu. Dia turut menangis. Terharu melihat betapa dalamnya cinta lelaki itu untuk wanita yang bernama Amira. Jika dia meletakkan dirinya sebagai Haikal pasti dia juga akan hilang arah. Cinta yang tidak kesampaian. Nasib mereka sama. Tetapi dia yakin cinta Haikal untuk Amira lebih dalam dari cintanya.
Puan Umi dan Encik Razif hanya memerhati di sisi Amira. Mereka yang berada di dalam bilik itu pasti merasakan bahang kesedihan yang sedang menyelubungi. Mereka reda kerana Amira memang sudah lama sakit. Pasti Allah sangat menyayngi Amira. Kerana itu dia dijemput dulu.

--------------------

" Assalamualaikum. Hai awak! Tengah buat apa tu? Ump..masa awak dengar rakaman ni mesti saya dah tak ada lagi di dunia ni. Maafkan saya Haikal sebab buat awak jatuh cinta pada saya. Tapi..itulah hakikat kehidupan dan kita tak akan lari darpadai itu. Saya ingat kalau awak nyatakan cinta awak dan awak tak tinggalkan saya lima tahun dahulu..mesti kita dapat bersama..walaupun sekejap..kan? tapi..kita hanya merancang dan Allah lah yang menentukan. Awak, sebenarnya saya dah tahu kenapa awak tinggalkan saya lima tahun dahulu. Kawan awak Zul dah ceritakan segalanya pada saya. Awak bekerja di UK lepas tu awak sambung belajar bila duit dah cukup. Saya tak sangka pulak yang awak menganggap saya sudah berpaling dari awak. Sesungguhnya saya setia pada awak. Saya jugak tahu yang awak siasat semua tentang saya selepas awak pulang dari UK. Tak sangka kan yang kita terpisah dek kerana salah faham yang sebegini kecil. Haikal..saya reda dengan ketentuan-Nya dan saya harap awak pun sama. Mungkin kita tidak dijodohkan di alam ini. Haikal, jaga diri baik-baik. Saya maafkan kesalahan awak tu. Maafkan saya juga ya. Percayalah Allah sentiasa ada bersama kita. Wassalam."
Sejurus itu berkumandang lagu ' Andaiku tahu' nyanyian kumpulan Ungu. Lagu kegemaran Amira. Sengaja diset untuk diperdengarkan kepadaku.

Haikal terjelopok di lantai. Hatinya dipagut rindu. Kesal. Dia menangis sepuas-puasnya.
' Amira..Andaiku tahu…akan aku luahkan padamu sepuluh tahun dahulu '
Penyesalan hari ini tidak akan merubah apa-apa. Wanita yang disayangi telah lama pergi. Akhirnya dia pasrah. Kehidupan harus diteruskan.
' Cinta ini hanya untukmu,Amira. Tiada siapa akan ambil tempat awak..sayang...'

Read More..
 
Cerpen : Berakhirnya Sebuah Pantatisme

"Apa ertinya makanan… jika tiada sebarang rasa?

Apa ertinya berjalan… jika tiada wang dibawa?

Apa ertinya cantik… jika semua palsu belaka?

Apa ertinya wanita… jika kehormatan lenyap entah ke mana?" terdengar begitu semangat sekali luahan hati yang tercetus segera dari lubuk hati Cik Natisa. Matanya menyala-nyala dibakar nafsu yang akan memanggang semangatnya lebih berkobar-kobar.

"Tapi nak menyalahkan mereka pun tak boleh, Cik Natisa sebab kerana mereka kaum kita ni muncul di muka bumi. Cik dah lupa ke sejarah tu?" penafian bernas yang dilontar tepat oleh Fira, yang dari tadi menahan kuping telinganya dari dimamah bahang kobaran semangat tiada motif Cik Natisa.

"Betul tu, saya sokong Fira," kedengaran sahutan setuju dari Marni yang dari tadi memperhatikan kedua-dua sahabatnya itu berdebat.

"Eh, kau ni sokong aku ke tak, Marni?" soal Cik Natisa, tidak berpuas hati terhadap Marni, insan berjiwa lalang, tatkala dihembus bayu optimis, dia menurut, namun apabila berhembus tiupan hawa pesimis, dia turut menurut. Marni sekadar mengangkat bahu kerdilnya sambil mengunyah lagi kerepek kentang yang sempat dibelinya tadi. Marni batu api? Teka hati Cik Natisa.

"Setiap makhluk ciptaan Dia mesti ada baik dan buruknya, cik Natisa," tambah Fira sambil sempat mengambil kerepek daripada Marni lalu mengunyahnya bersama-sama.

"Itu betul. Tapi, yang tak betul kita mesti betulkan," balas Cik Natisa, ingin menyuamkan keadaan yang hangat dengan bahangnya yang tiada motif. Kuping Cik Natisa panas seketika.

"Bagaimana caranya?" soal Marni dan Fira, serentak dan ingin tahu.

"Begini. Dari apa yang saya kaji selama ini, saya mendapat satu teori yang bagus untuk situasi tu," terang Cik Natisa, bangga.

"Teori? Takkanlah luar kelas macam ni pun kena belajar pasal teori-meori ni," rungut Marni yang sememangnya tidak menyukai subjek psikologi Cik Natisa. Marni mula mengerutkan mukanya. Air mukanya mulai masam bak cuka. Fira yang perasaan dengan perubahan pada air muka Marni lalu mula menenangkan kawannya yang seorang itu.

"Cik Natisa cipta satu teori baru ke?" soal Fira ingin tahu. Mendengar pertanyaan dari Fira yang nampaknya berminat, Marni menepuk dahinya, kesal. Mula mengutuk Fira dalam hati kecilnya. Menyesal pula kenal dengan dia ni. Marni murung kembali.

"Ya, dan teori ni namanya agak pelik sikit jadi jangan cakap apa-apa dulu sebelum saya terangkan," balas Cik Natisa sambil membetulkan kedudukan cermin matanya yang sudah beralih ke bawah kelopak matanya.

"Apa nama teori tu?" Fira semakin berminat. Marni semakin meluat.

"Saya beri nama teori tu, dengan nama PANTATISME," jawab Cik Natisa dengan sepenuh keyakinan di dalam dirinya. Berasa agal lega dapat memberitahu walaupun tidak ramai tetapi kepada dua orang muridnya tentang teori baru ciptaannya. Keadaan sunyi seketika. Fira dan Marni tergamam mendengar nama teori terbaru ciptaan Cik Natisa. Pantatisme? Kenapa mesti dengan nama itu? Apa kaitannya dengan teori Cik Natisa? Segala macam persoalan mula berlari riang di dalam benak fikiran Fira.

"Saya mesti dapat teka yang kamu mesti tanya dalam hati kenapa saya gunakan nama itu untuk teori saya, bukan?" soal Cik Natisa, yang mahukan respon daripada kedua-dua pelajarnya.

"Kenapa mesti guna perkaaan pantat?" hairan Fira sambil memandang Marni yang masih lagi mengunyah kerepek kentangnya.
"Betul juga tu. Kenapa cik Natisa pilih perkaaan tu? Bila sebut rasa lain macam pula," respon Marni yang akhirnya tertarik apabila mendengar nama teori baru ciptaan Cik Natisa.

"Teori ni saya namakan pantatisme kerana ada beberapa sebab, saya akan terangkan. Seperti yang kita semua tahu kalau sebut perkataan pantat mesti satu perkataan yang tidak sedap didengar bukan. Tapi sebenarnya ia bukanlah seperti itu. pantat sering juga dirujuk sebagai bahagian sulit milik kaum kita dan bahagian paling bawah," terang Cik Natisa panjang lebar tetapi Fira sempat mencelah sebentar.

"Bahagian paling bawah? Tak fahamlah," kata Fira sambil menggaru kulit kepalanya yang tidak pernah dipenuhi sebarang kelemumur.

"Bahagian paling bawah ya," Cik Natisa menyambung kembali penenarangannya. "Antara contohnya bahagian paling bawah ni ialah seperti orang dulu sebut bawah pasu, pantat pasu, iaitu tapak atau dasar pada sebuah pasu. Kiranya bila sebut perkaaan pantat semuanya bahagian yang belakang, yang sulit, yang bawah."

"Apa kaitannya dengan teori cik Natsia?" Fira mula ingin tahu lebih dalam tentang teori baru ciptaan Cik Natisa yang nampak agak menarik juga. Respon yang bagus.

"Ok, macam ni. Kalau awak nak tahu, pantat juga melambangkan maruah seseorang. Malah, ia juga melambangkan kewanitaan tapi ia berbeza dengan feminisme. Ini kerana pantatisme tiada menyentuh aspek mahukan kesamaan taraf dengan kaum Adam sebaliknya menyentuh banyak aspek tentang kaum kita saja. Kalau dah sebut tentang perkara yang paling belakang, yang sulit dan yang paling bawah semestinya tentang maruah kita betul tak," Cik Natsia membalas dengan penerangan yang bernas padanya namun tidak tahu lagi pada fikiran Fira yang belum mencerna segala input yang didengarnya dari Cik Natisa tadi.

"Betul juga. Tapi takkanlah pantatisme lebih kepada maruah kaum kita saja, cik Natisa, mungkin ia lebih kepada pendirian seorang bergelar perempuan," tambah Fira yang mana otaknya sentiasa berjalan, lancar menerima segala input walaupun sering menikmati makanan ringan yang mampu melumpuhkan pergerakan minda.

"Ah, itu pun ada juga dalam teori saya ni. Jadi saya fikir lebih baik teori ini digunapakai mulai hari ini. Apa kata kamu berdua?" cadang Cik Natisa kepada mereka berdua yang kelihatan tercengang. Teori yang dihasilkannya ingin digunapakai segera. Teori yang dicipta atas dasar apa pun tidak diketahui. Namun apa yang pasti parlimen hati Cik Natisa kini telah membuat satu dasar perlembagaan baru bagi sistem pemerintahan dalam dirinya.

Mulai hari ini dengan secara rasminya teori pantatisme diterima pakai menjadi perlembagaan.
Kelihatan satu kepuasan pada air muka Cik Natisa. Mungkin teori yang baru dicipta ini dibuat atas dasar kepentingan dirinya sendiri, atau mungkin juga atas dasar kepentingan kaum sejenisnya, mereka yang bergelar perempuan. Mungkin hari itu menjadi hari baru buat diri Cik Natisa kerana penggubalan satu perlembagaan baru telah pun diguna pakai pada hari itu, menggantikan perlembagaan ortodoks dalam sistem pemerintahan dirinya. Apakah perlembagaan ortodoks itu? Iaitu percaya bahawa cinta akan bakal mengatasi segala-galanya. Cinta? Mungkin dia ingin melupakan Jasman atau Encik Jasman panggilan pelajar-pelajar kepada jejaka impiannya itu.

Namun apakan daya, pada suatu ketika Cik Natisa mendapat satu khabar angin yang tersebar dari mulut ke mulut bahawa Encik Jasman telah pun bertunang dan dalam sedikit masa lagi akan mendirikan sebuah mihrab cinta mereka berdua, Encik Jasman dan tunangnya. Kecewa ketika itu. Hancur luluh segala impian yang menggunung. Hari itu hari payung hitam buat Cik Natisa. Berkabung seketika apabila impiannya yang hidup ceria dirempuh kekecewaan yang sama ada sengaja atau tidak. Mungkin kesan daripada kejadian malang tanpa bau, Cik Natisa mula belajar mengenal diri. Lalu hasil daripada itu, lahirnya sebuah teori dari rahim benak fikirannya tetapi tidak cukup bula kerana ia lahir sebelum cukup sembilan bulan sepuluh hari. Mungkin ia sentiasa diasak keluar oleh tekanan yang sentiasa menghimpit jiwa dan benak fikiran Cik Natisa.

Pada Cik Natisa, sebelum dia mengisytiharkan rang undang-undang barunya itu dia mesti medengar respon orang di sekelilingnya, seperti ingin melintas jalan yang sesak, perlu menunggu lampu hijaunya sebelum melintas. Fira membatukan dirinya seketika, manakala Marni hanya menunggu apa saja jawapan yang bakal dikeluarkan dari mulut Fira. Itulah resmi hidup insan berjiwa lalang, tiada pendirian yang teguh dan tetap. Sentiasa menanti bayu berhembus untuk menentukan arah dalam membuat sesuatu keputusan. Putih kata Fira, putihlah pada Marni. Hitam kata Fira, hitam jugalah pada Marni. Benak fikiran Fira sedang ligat bergerak, mencerna setiap input yang didengar dari Cik Natisa, memilih input yang masuk dengan fikiran logik akal.

"Bagaimana?" soal Cik Natisa, tidak sabar-sabar mahu mendengar respon dari Fira dan Marni. Harapnya ia satu respon yang membina dan positif.

"Sebelum tu cik Natisa, saya musykil sesuatu. Boleh saya tumpang tanya?" akhirnya setelah beberapa minit membatu, Fira bersuara juga tetapi mengandungi kata-kata yang penuh kemusykilan. Mungkin benak fikirannya tidak mampu menghadam input dari Cik Natisa dengan sempurna.

"Boleh saja, silakan," tanpa melengahkan masa, Cik Natisa mahu Fira meneruskan persoalannya. Mungkin dia mampu menjawab soalan Fira. Marni masih tekun, mendengar dengan teliti perbualan Cik Natisa dan Fira. Fira meneruskan pertanyaannya.

"Teori ni lebih tumpu kepada hak waniat untuk mencapai kejayaan tanpa kehadiran lelaki di sisi mereka, bukan," Fira mula memberi pembayang kepada soalannya nanti.
"Ya," balas Cik Natisa ringkas. Fira menyambung lagi pertanyaannya.

"Bukankah setiap wanita perlukan lelaki jika untuk terus berjaya malah teori tu agak mengongkong peribadi wanita terutamanya dari hak untuk mencari pasangan, jadi macam mana pula kesan penggunaan teori ni pada cik Natisa?" Fira mula mengembangkan senyuman di bibirnya.

"Macam mana dengan Encik Jasman?" tiba-tiba kedengaran suara Marni, seolah-olah mengukuhkan lagi pernyataan Fira. Cik Natisa tersentak seketika apabila mendengar nama yang disebut oleh Marni. Jasman. Nama itu amat alah pada gegendang telinganya. Setelah apa yang berlaku padanya dan Jasman.

"Saya rasa ia tak begitu mengongkong kaum kita. Kita tetap boleh berjaya tapi tanpa lelaki juga kita tetap dapat meneruskan cita-cita kita kan?" balas Cik Natisa dan tidak menghiraukan Marni.

"Macam mana pula dengan rumah tangga?" sengaja soalan sensitif ini dikeluarkan oleh Fira bukan bertujuan untuk memerangkap Cik Natisa tetapi bagi membuat Cik Natisa berfikir semula apa tujuannya mencipta teori yang dilahirkan tanpa sebarang motif, tiada sebarang manfaat.

"Aaa… Hmmm…" Cik Natisa tersangkut dengan soalan cepu emas dari Fira. Segala-galanya tersangkut dan terbantut sekarang. Semangatnya yang menyala-nyala dari tadi kini beransur reda secara perlahan-lahan, dari suhu maksimum ke suhu minimum. Benak fikiran Cik Natisa mula menghadam segala kata-kata Fira tadi. Ada juga betulnya soalan itu dikemukakan.

"Encik Jasman…" Marni menyebut nama yang sama lagi. Input yang baru lalu menyusup masuk ke gegendang telinga Cik Natisa dan menghantar input ke dalam otak. Kalau pun Encik Jasman itu tiada jodoh dengannya mungkin dia akan dapat jodoh yang lebih baik daripadanya. Lebih baik dari Encik Jasman. Hati Cik Natisa mula berkecamuk serentak dengan fikirannya. Betapa bodohnya kerana kecewa seorang lelaki sanggup menghasilkan satu teori yang bakal menghuru-harakan keadaan sedia ada tanpa sebarang motif. Imbauan silam terpapar sejenak di layar fikiran Cik Natisa. Semasa dia cuba menegur Encik Jasman di kafe, dia tidak yakin lalu beransur pergi. Apabila sahabat-sahabatnya telah mengaturkan satu temujanji dengan Encik Jasman dia memberi alasan yang wajib, perlu pulang segera bimbang lipan elektronik akan lewat sampai dan dia akan tiba lambat di kawasan rumahnya di daerah sate, ketupat dan kuah kacang.

Apabila diberi nasihat agar berani berdepan dengan Encik Jasman, seribu satu alasan bakal dianyam siap-siap di dalam benak fikiran, cuma mahu dipamer keluar dari mulutnya. Kata-katanya yang mesti dituruti tetapi usul dan nasihat mereka yang lain diendah sebelah mata. Tetapi bab menyakat mereka yang cuba-cuba keluar bersama bakal pasangan, dia gurunya dan entah siapa anak muridnya, mungkin dirinya sendiri juga. Pernah sekali dia menyakat habis-habisan rakannya Malek. Baru mendengar cerita bahawa Malek menyukai seseorang di dalam ruang pejabat kampus, dia yang paling riuh bak ayam muda baru pertama kali bertelur. Kadang-kadang gurauan tidak bermotifnya itu melampaui garis horizon perasaan Malek. Malek mendapat tahu bahawa gadis yang diminatinya itu sudah tahu yang Malek merupakan peminat rahsia dirinya. Tertekan juga Malek setiap hari disakatnya hingga pernah memberitahu kawan-kawannya yang dia semakin segan dengan dirinya sendiri tetapi setelah diberi kata-kata semangat dari rakan-rakan, gurauan tidak berasasnya sudah lali di telinga Malek. Benar juga pertanyaan Fira. Memang kaum sepertinya mampu berjaya mencapai cita-cita walaupun tanpa kaum Adam di sisi mereka namun dalam hal berumah tangga mereka tidak dapat mengelak lagi. Bagaimana ya sekarang ini? Situasi Cik Natisa kini diluah mati mak, ditelan mati bapa.

"Encik Jasman…" kedengaran lagi suara Marni. Menyebut nama yang sama. Apa kena dengannya? Cik Natisa lalu menoleh ke belakangnya dan melihat kelibat Encik Jasman sedang melintas melalui bilik kuliah di mana dia bersama Fira dan Marni berbincang. Encik Jasman terus berlalu pergi.

"Saya ada hal. Apa-apa nanti jumpa di kelas esok, ok," kata Cik Natisa lalu bangun dari tempat duduk di dalam bilik kuliah itu lalu berjalan keluar. Pasti mahu mengekori Encik Jasman lagi. Fira dan Marni hanya berpandangan antara satu sama lain sambil mengankat bahu masing-masing. Mereka juga mula beredar dari bilik kuliah itu. beberapa cebisan kerepek kentang jatuh bertaburan di lantai dari seluar Marni.

Dengan segala hormatnya, teori pantatisme dibubar buat selama-lamanya!

Read More..
 
Cerpen : Bunga Lili sahabat

Suasana kelas 5AS bising dengan suara para pelajar yang bersembang.Pasti tiada guru di dalam,maka ramailah yang mula buka kedai kopi menayang cerita baru.Gelak ketawa jelas kedengaran.
Insyirah kelam kabut di tempat duduknya bertungkus lumus mahu menyiapkan kerja sejarah yang lupa di buat semalam.Selepas rehat,cikgu Suraya pasti akan masuk dan meminta kerjanya,kalau tidak di hantar..Alamat bersedialah dengan sesi kaunseling yang panjang lebar sampai telinga pun penuh,tak tahan nak dengar.
Raiqal mendekati Insyirah dan berdiri di sebelah meja.Insyirah mendongak."Nak per?Aku tengah sibuk ni.."
"Aku nak ajak kau buat study group petang ni.Nak tak?Aku,kau,mail,nani dengan wan.Nak?"
Isyirah memeluk tubuhnya."Susahlah wei.Korang tak pelah tak duduk asrama.Sekarang dah ada peraturan baru,kalau petang nak prep hanya di bilik prep.Tak boleh ke kawasan luar asrama walaupun sekolah.Kalau aku langgar,alamat famouslah nama aku nanti kena panggil dengan warden."
Raiqal mengeluh."Adoi,aku baru ingat nak suruh kau ajar chemistry.Leceh betullah..Aku…"belum sempat Raiqal menghabiskan kata-kata,Cikgu Izian masuk ke kelas bersama seorang budak lelaki.
Raiqal segera kembali ketempatnya.Suasana kelas tiba-tiba menjadi sunyi.Setelah salam di beri,semua pelajar duduk tetapi kepala masing-masing berpesoalan siapakah gerangan pelajar lelaki yang bersama dengan Cikgu Izian.
"Kelas.Ini rakan baru kamu semua.Kenalkan diri kamu."Cikgu Izian membuka ruang untuk memperkenalkan diri.
"Assalamualaikum semua.Saya Affendi Syakir b Ahmad.Boleh panggil saya Syakir.Saya dari Muar,Johor.Saya pindah kat sini sebab ikut mak ayah tukar kerja.Harap semuanya dapat berikan tunjuk ajar kepada saya yang baru dekat sini."sungguh matang gaya percakapannya.
Kacak!Itulah perkataan pertama yang muncul apabila melihat Syakir di hadapan.Isyirah seolah-olah dipukau.Ada sesuatu yang menarik mengenai Syakir.Mata Isyirah mengekori langkah Syakir yang berjalan menuju ketempat duduknya,disebelah Raiqal.Emm,boleh jaga kalau masuk jarum,hehehe..Hati Isyirah berdetik.

Selepas seminggu….
"Syira,boleh tolong ajarkan saya Chemistry?"umpama satu mimpi apabila Syakir datang ke tempatnya dan minta diajar.Mana tidaknya,selama seminggu sebelum ini,Syakir langsung tidak pernah bercakap dengannya.Insyirah hanya mengangguk.
Syakir menarik kerusi dan duduk di sebelah Insyirah…rapat…betul-betul rapat….
"Saya bukannya apa,saya selalu tengok awak dapat jawab soalan yang cikgu bagi.Saya kagum dengan awak.Kalau saya,memang susah nak faham.Awak dahlah cantik,pandai pulak tu.."Kembang kucup Insyirah apabila di puji sebegitu.Insyirah tersengeh kecil.
"Awak tak payahlah nak puji lebih-lebih.Malu saya taw..Emm..mana yang awak nak saya ajarkan?"
"Syira…ajar aku jap…"Raiqal tiba-tiba datang mencelah.Syakir menarik muka.
"Nantilah aku ajar kau ye…Aku nak kena ajar Shakir."memdengar kata-kata Insyirah,Raiqal mendengus dan berlalu pergi.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.Insyirah bersiap-siap mahu ke pusat sumber bersama dengan Raiqal.
"Syira,jom pergi kantin.Saya nak belanja awak sebab awak dah ajar saya."Pelawaan Shakir membuatkan Insyirah serba-salah.kalau ikutkan hati,mestilah dia mahu pergi ke kantin bersama Shakir tetapi janji dengan Raiqal harus ditepati.
"Err,awak pergi kantin dulu,nanti saya datang."Tersenyum Shakir mendengar kata-kata Insyirah dan dia terus berlalu pergi.
Insyirah menuju kearah Raiqal."Qal…aku ingat tak jadilah nak pergi PS sebab aku tak bawa kad pinjaman.Aku ingat nak pergi kantinlah nak makan.Aku pagi tadi tak makan.Aku lapar sangat ni.."
"La…kalau kau tak bawa kad,guna je la kad aku.Macam tak biasa pulak.Lagi pun kau kan tak suka makan kat kantin.Pagi tadi bukan kau makan nasi lemak yang Zurin bagi ker?"sanggahan Raiqal membuatkan Insyirah terkedu.
"Ala lain kali la aku pergi PS ek..Kau pergilah sorang taw…k…"Sejurus,Insyirah terus berlalu pergi.Raiqal berdengus tidak puas hati.


Insyirah melihat jam tangannya.Pukul 5.00.Waktu sebegini,pasti budak-budak bola sedang berlatih.Waktu prep sudah berlalu dan bolehlah dia pergi ke padang.Dia harus bercakap dengan Raiqal.Sudah seminggu Raiqal memboikot dirinya sejak peristiwa dia mungkir janji mahu ke PS.Tembelang penipuan dirinya terbongkar apabila Raiqal secara tidak sengaja ternampak kad pinjaman buku PS yang ada didalam beg Insyirah sewaktu Raiqal mahu mengambil buku matematik kepunyaan Insyirah di dalam beg.Marah benar Raiqal apabila ditipu dan lagilah marah Raiqal apabila mengetahui Insyirah menipu kerana Shakir.
Dari jauh Insyirah dapat menangkap Raiqal yang sedang berehat jauh dari rakan-rakan bolanya.Insyirah menghampiri Raiqal yang duduk di bawah pokok rendang.

"Raiqal…"Insyirah menegur.Raiqal hanya buat tak tahu..Ceh,jual mahallah pulak.Insyirah mengambil tempat duduk di sebelah sahabatnya.
"Aku minta maaf..Aku tahu aku salah.Aku tak patut tipu kau semata-mata sebab Shakir.Kau boleh nak marah aku ikut suka hati kau tapi tolonglah jangan tak cakap dengan aku.Kau sahabat aku yang paling rapat,jangan boikot aku macam ni.Aku janji aku takkan buat macam tu dah.Please forgive me.."Insyirah cuba meraih simpati namun Raiqal hanya buat tak tahu.
Insyirah mati kutu melihat Raiqal membatukan diri.Tiba-tiba akalnya mendapat idea.Insyirah menuju ke penjuru padang Dia memetik 2 batang bunga lili dan kembali kearah Raiqal.
"Nah..ambillah bunga ni..tanda penyesalan aku terhadap apa yang aku buat sebelum ni.Ada 2 kuntum lili,satu aku,satu kau.Aku nak hati kita akan sentiasa putih macam bunga lili ni dalam persahabatan kita.Takkan ada dusta sama selali dan persahabatan kita ni akan terus kekal sampai bila-bila.Kalau kau sudi maafkan aku,ambillah 2 lili ni.Nilah simbol persahabatan kita yang akan kekal sampai bila-bila."Kata-kata Insyirah membuatkan Raiqal tersentuh.Dia memandang wajah Insyirah dan dapat di lihat ketulusan sahabatnya itu.
Raiqal mengambil 2 bunga lili yang ada ditangan Insyirah."Bunga lili,tolong khabarkan pada sahabat baik saya,Nur Yaumul Insyirah yang saya dah maafkan dia.Saya harap lain kali dia takkan buat macam tu lagi dah.Saya tak kisah kalau dia nak kawan dengan sesape pun tapi saya harap dia takkan lupakan saya.Cerita kat dia ye..Dan lagi satu,suruh dia letak bunga Lili atas kubur saya kalau saya pergi dulu.."kata-kata Raiqal mengembirakan Insyirah.Dia memandang sahabatnya,"Terima kasih Qal"
Mereka sama-sama tersenyum.

Waktu rehat,Insyirah ke PS bersama dengan Raiqal.Ajakan Shakir untuk ke kantin juga di tolak untuk memenuhi janjinya bersama Raiqal.Di PS,mereka mencari buku rujukan kerana peperiksaan awal tahun akan menjelma tak lama lagi.
"Aku nak pergi cari Cikgu Amran kat stor buku kejap taw."Raiqal beredar menuju ke belakang PS.Matanya melilau mencari Cikgu Amran namun tidak terlihat.
Tiba-tiba,satu tumbukan melayang hinggap di pipi Raiqal membuatkan dia rebah ke tanah.Syakir tersenyum megah.
"Pe kes kau ni?"Raiqal mula berang.Dia bangkit dan bersiap untuk menyerang.
"Kau tu yang sibuk nak kacau Syira.Hari tu elok jer dia dengan aku.Tiba-tiba jer dia tak mau layan aku.Pe yang kau cakap kat dia ha?"
"Apa yang aku cakap?Ni yang aku cakap."Tumbukan melayang ke muka Syakir.Mereka mula bergelut dan saling tumbuk-menumbuk.Sakit di badan tak dihiraukan janji maruah diri terbela.Habis lebam badan…
"Raiqal!Apa kamu berdua buat ni?"Sergahan Cikgu Amri membatukan mereka."Ikut saya ke bilik disiplin sekarang!!!"


Peristiwa pergaduhan Raiqal dan Shakir tersebar pantas.Rata-rata menyalahkan Insyirah yang di katakan sebagai punca utama pergaduhan mereka berdua.Insyirah berasa sangat tertekan.Raiqal dan Shakir cuba menjelaskan hal sebenar kepada Insyirah namun dia enggan bercakap dengan mereka berdua.Dia benar-benar sesal dengan kelakuan Raiqal dan Syakir yang tidak matang.Bergaduh atas perkara yang tak munasabah.Hatinya mula rasa sebal pada 2 lelaki yang membuatkan hidupnya kucar-kacir.
Perasaannya sangat tertekan dengan apa yang berlaku.Ramai mula memandang serong dirinya terhadapa apa yang berlaku.Mana tidaknya,2 lelaki kacak bergaduh gara-gara dirinya.Pasti ramai berfikiran dia terlibat dalam cinta 3 segi.TAKKKK…TAKKK sama sekali!!!
Insyirah menyesal rapat dengan Syakir.Dia pasti Syakir yang mulakan pergaduhan itu sebab Raiqal takkan menyerang kalau tak di serang.Tapi,dia tetap geram pada Raiqal yang tak mampu bersabar.AHHHHH…..


JUMPA DI TAMAN INDAH PETANG NI PUKUL 5 PETANG.ADA YANG TERISTIMEWA MENANTI.
Begitulah bunyi surat yang Insyirah terima pagi tadi.Hatinya berbolak balik untuk pergi atau tak.Siapa yang nak jumpa???Itulah persoalan yang menghampiri benak fikiran Insyirah.Hatinya kuat mengatakan Raiqal ataupun Syakir yang menghantarnya.Insyirah menarik nafas….Aku akan pergi,biarlah benda ni diselesaikan dengan cara baik.Hati Insyirah berdetik.

Terkejut Insyirah apabila melihat orang yang ingin berjumpa dengannya.Bukan Raiqal atau Syakir tapi Syakir dan Raiqal.
"Syira…kita bertiga kena bincang."Syakir memulakan mukadimah,Raiqal berwajah tenang hanya mengangguk.Insyirah mengerutkan mukanya,dah baik ke diaorang ni?
"Kami tahu kau marah kat kami.Kitaorang minta maaf Syira.Maaf sangat.Waktu tu kitaorang memang dah kena kuasai dengan amarah syaitan,hati rasa marah.Bila Syakir tumbuk aku,aku rasa dia memang dah melampau.Aku memang tak boleh nak terima pa yang dia buat.dan,sebab pergaduhan kami,nama kau tercemar dan hubungan kita jadi renggang.Aku rindukan sahabat aku yang dulu."Raiqal merayu.
"Raiqal betul.Saya yang salah sebab sangka yang bukan-bukan.Saya ingat awak dah tak sudi nak kawan dengan saya sebab Raiqal racuni awak.Saya ikhlas nak kawan dengan awak.Rasa suka dan sayang saya pada awak memang rasa untuk sahabat.Saya hilang pertimbangan tengok awak bagi bunga lili kat Qal.Saya takut saya tak dapat kawan dengan awak.."
Penjelasan Raiqal dan Syakir membuatkan Insyirah terdiam.Dia tak tahu hendak cakap apa.
"Kau tak maafkan ker?Tunggu kejap…"Raiqal pergi berjalan menyeberangi jalan,Syakir juga turut ikut.Mereka mahu mencari sesuatu istimewa yang ada di taman seberang jalan.Insyirah hanya memerhati tanpa memberikan sebarang respon.
Kelihatan Raiqal diseberang jalan membawa lili putih ditangan.Wajahnya sangat gembira dan dia terus melintas jalan tanpa melihat kenderaan.
"Raiqal"Insyirah menjerit apabila melihat sebuah kereta laju dijalan.Raiqal seolah-olah tidak mendengar jerita Insyirah.Tiba-tiba muncul Syakir dan dia terus berlari kearah Raiqal dan menolaknya mengelak dari kereta laju itu.
Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas.Shakir dilanggar kereta dan Raiqal jatuh,kepalanya terhantuk kuat pada batu besar di tepi jalan.Kedua-duanya tak sedarkan diri.
Insyirah tergaman.Dia amat berharap apa yang dilihatnya adalah ilusi semata-mata.Namun………
"Raiqal...............!Syakir………….!"Insyirah rebah tak sedarkan diri.
Dan bunga-bunga Lili bertaburan di bumi………………….


TELAH TIBA SAAT WAKTU PERPISAHAN KITA,
KERANA TAKDIR YANG MAHA ESA TELAH MENETAPKAN,
Nasyid nyanyian Kumpulan Hijjaz terngiang-ngiang ditelinga Insyirah.Air matanya tumpah lagi.Hatinya benar-benar sesal dan sedih atas apa yang berlaku…Benar-benar yang teramat.Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

"Raiqal….aku sayangkan kau sangat-sangat.Kau sahabat aku yang sangat istimewa.Aku harap kau bahagia…..Jangan kau ingat aku akan lupakan kau….Pergilah,pergi…..itulah yang terbaik….Aku sedih tapi aku redha….Aku akan selalu ingat dan doakan kau….Kau sahabat aku sampai bila-bila,dunia dan akhirat…"
"Syakir…walaupun pertemuan kita singkat,tapi aku hargai persahabatan kita…Aku hargai saat kita berkongsi bersama..Aku pun sayangkan kau…Kau sahabat aku…Kau sanggup korbankan nyawa kau nak selamatkan Raiqal tapi……."
Air mata Insyirah jatuh lagi….Dia mengeluarkan Bunga lili dan menaburkannya ke atas kubur Raiqal dan Syakir….Sedunya kedengaran lagi.
"Waktu kau cakap taburkan bunga lili atas kubur kau kalau kau pergi dulu,aku ingat kau main-main tapi benda tu jadi kenyataan Qal…."
Insyirah terus menangis dan menagis lagi………………………………………

Read More..
 
Cerpen : Gitar Akustik

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita
Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Terciptalah lagu kita

Kaki Azam melangkah sedikit ke hadapan dari tempat dia berdiri ketika menyanyikan bait-bait lagu Aizat itu tadi. Merapati seorang gadis sunti yang ditemani oleh kakaknya barangkali.

"Hai.." Azam menyapa ramah. Kepala dicondongkan sedikit. Gadis itu buta. Patutlah dari tadi cik kak kat sebelah ni tak pernah lepas pegangan tangannya.

Suria menguntum senyuman. "Hai." Balasnya sepatah.

"Suria, hari dah petang ni. Nanti ayah Suria marah kalau kita balik lambat." Farizah berbisik di telinga Suria.
Hari ini dia dipertanggungjawabkan oleh majikannya itu untuk membawa anak gadisnya keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Kata Tuan Malik, Suria sudah lama tidak mengambil angin di luar selepas peristiwa setahun yang lepas yang membuatkan Suria kehilangan deria penglihatannya. Hampir setahun juga Suria hanya terperap duduk di rumah. Pergaulannya juga sudah terbatas. Farizah tidak kisah. Dia sedia berkhidmat bila masa diperlukan. Perkara ini dia telah bersedia dari awal lagi. Dari awal dia menerima jawatan sebagai pembantu peribadi Tuan Malik lagi. Seawalnya Tuan Malik telah memberi peringatan yang kerjanya tidak hanya terbatas di pejabat, tetapi dia juga perlu bersedia andai diminta untuk melayan karenah Suria yang satu itu. Asalnya memang agak mengerikan. Mahu melayan seorang gadis buta yang dulunya amat-amat bermasalah. Yang hidup lintang pukang tunggang langgang berkawan dengan manusia yang berperangai tidak semenggah. Itu apa yang dia tahu dari staff-staff di pejabat mengenai sikap dan perilaku Suria Az Zahra. Apalah sangat dengan pandangan pertama. Kali pertama dia ditugas untuk menjaga Suria, gadis ini tidaklah sesusah mana pun untuk dikawal. Mungkin disebabkan Suria sudah hilang penglihatannya menyebabkan gadis itu boleh berubah secara total. Itu cuba anggapan dia sahaja.

"Nantilah kak. Suria nak dengar abang ni nyanyi lagi." Mendatar Suria berkata.

"Macam mana adik tau abang yang nyanyi?"

"Sebab suara abang. Saya boleh cam."

Azam ketawa kecil. Ya gadis sunti ini memang buta. Tapi mata hatinya jelas celik dan terbuka.

"Suria jom balik. Akak takut nanti ayah Suria bising." Farizah berkata sedikit tegas.

"Tak mau." Suria keras di situ. Sikit pun dia tidak berganjak dari tempat dia berdiri walaupun ditarik oleh Kak Izah.

"Suria jangan degil." Farizah sedikit hilang sabar. Kalau tak sebab mamat gitar kapak ni, mesti keadaan tak jadi macam ni. Ni semua mamat ni punya pasalah.

"Cik kak apa salahnya cik adik ni nak dengar suara saya." Azam berkata. Sarkastik sekali.
Farizah menjegilkan anak matanya.

Azam buat-buat tak tau. Sikit pun dia tak takut, atau terasa nak lari menyorok dalam tandas lelaki bila cik kak sorang ni buat mata macam tu.

"Adik nak dengar abang nyanyi lagi?" Azam bertanya sambil mata memandang wajah kakak cik adik ni.
Suria mengangguk laju.

Azam tersenyum bila melihat muka kakak cik adik ni tadi dah jadi merah bila adik kecilnya itu mengangguk laju.

"Okey. Abang akan nyanyikan satu lagu khas untuk adik." Ujar Azam. "Dan untuk kakak adik sekali." Dia seakan berbisik untuk ayat yang nombor dua itu.

Farizah mencebek. Sorrylah. Tak layan lagu-lagu macam ni. Aku layan lagu omputeh ajer.

"Jom. Ikut abang." Tangan gadis sunti itu ditarik lembut. Alah. Bukan nak ambil kesempatan. Dia sekadar nak bagi pertolongan. Nak suruh si gadis ini duduk di kerusi hadapan temapt dia bermain gitar di sini. Kalau yang cik kak tadi dia pergi tarik tangannya memang sengaja tempah tiket nak kena katuk dengan kasutlah jawabnya.

Farizah tiada pilihan. Sama ada nak atau taknak memang dia kena ikut jugak kehendak Cik Muda kat depan ni. Dia turut sama melabuhkan punggung disebelah Suria.

Azam mula memetik gitar akustiknya. Mengalunkan irama indah dengan bait-bait kata yang sungguh syahdu. Telinga yang mendengar pasti tangkap lentok jadinya. Ini lagu baru. Lagu yang dia baru cipta. Ikutkan dia mahu perdengarkan pada semua yang lalu lalang di Pasar Seni ini minggu depan sahaja. Tetapi, disebabkan kehadiran gadis istimewa ini, dia mainkan juga pada hari ini.

Suria menepuk tangan usai sahaja penyanyi yang dia tidak nampak itu mengalunkan lagu.

"Macam mana?" Azam bertanya. Cik kak disebelah dipandang sekilas. Amboi… dari tadi muncung duk menjuih macam tu. Tak krem ker bibir buat macam tu.

"Best." Suria menjawab dengan yakin. Memang petikan gitar dan alunan suara abang ni sedap. Masakan dia ingin menipu. Seninya halus. Lagunya punya makna yang terselindung. Betullah orang kata. Bila dah jadi macam ni, banyak benda yang dilihat dari mata hati. Mata hati tak pernah menipu.
Farizah menjuling mata ke langit. Sudah-sudahlah tu Suria. Jangan dipuji orang ni melambung-lambung. Bernanah telinga aku ni mendengarnya.

"Suria jom balik." Farizah bingkas bangun. Hari betul-betul sudah nak lewat petang ni. Owhhh yer.. Cik abang main gitar ni tak tau nak balik ker. Tak tau nak ke masjid ker. Maghrib makin hampir ni. Sarkastik Farizah berbahasa sendiri di dalam hati.

"Okeylah abang. Minggu depan orang datang lagi."

Azam mengangguk. Gadis ini tak nampak apa yang dia lakukan. Mungkin juga anggukkan ini untuk cik kak yang kat sebelah ni.

"Okey. Nanti ajak akak temankan. Nama abang Azam. Panggil Abang Azam."

"Orang Suria. Ini Kak Izah." Suria meraba-raba Kak Izah disebelah.

"Next week abang tunggu Suria dengan Kak Izah datang. Standby la lagu request apa-apa pun. Abang boleh nyanyi untuk Suria dengan Kak Izah."

Izah mencebek lagi. Please ar mamat… Panggil aku Kak Izah pulak. Apa dia tak cermin diri atas bawah ker. Atau kat rumah memang tak ada cermin muka ker. Tak nampak ker yang dia tu yang sudah tua ada hati panggil aku kakak. Kak Izah konon.

"Betul ni?" Suria bertanya. Sedikit girang.

"Betul."

**********

"Kak Izah…."

"Apa dia."

"Abang Azam tu pandailah kan main gitar. Suara dia pun boleh tahan."

"Yer ker. Akak rasa biasa-biasa ajer."

"Alah akak ni. Buta seni betulah."

Farizah hanya mendiamkan diri. Dia layan sendiri dengan alunan irama radio yang Pak Man pasang. Apaper ajerlah Suria. Akak dah penat ni. Dah tak larat nak layan karenah awak.

"Kak Izah…" Suria memanggil manja.

"Apa dia.." Suria itu bos. Dia ini hanya pekerja yang diamanahkan untuk menjaga cik muda itu sahaja. Dia terpaksa jugalah melayan karenah cik muda sorang ni.

"Tidur rumah hari ni. Boleh kita berborak. Orang boringlah. Tak ada kawan. asyik-asyik dengan ayah dengan Mak Ton, dengan Pak Man ajer."

Pak Mat yang sedang memandu tersengih memandang Farizah disebelah.

"Mana boleh. Akak ada rumah sendiri."

"Boleh lah kak. Lepas Suria jadi macam ni, dah tak ada pun kawan-kawan yang rajin datang melepak kat rumah. Dulu masa semuanya okey, dia orang ada ajer keliling orang. Sekarang bila jadi macam ni, dia orang semua hilang. Semua tak nak kawan dengan orang buta macam Suria." Suria berkata datar.
Memang dia bengang sangat dengan kawan-kawan dia yang dulu. Hampeh. Semasa bersuka ria, time jolly sakan, time merempit, time clubbing dulu bukan main lagi. Semua pakat sama-sama. Sekarang, bila dia jadi macam ni akibat kemalangan malam itu, semua buat tidak kisah ajer. Itulah lumrah. Teman ketawa memang ramai. Tapi teman menangis bersama satu dalam sejuta pun susah untuk kita jumpa. Nasib ada Kak Izah. Kak Izah tidaklah tua mana. Kalau tua pun. Dalam tua empat tahun ajer daripada dia. Sebab itu dia senang bercerita itu ini dengan Kak Izah. Pendek kata, Kak Izah dah jadi kawan dia semenjak dia jadi macam ni.

Farizah menggaru kepala yang tak terasa gatal. Ayoyoii dik.. Janganlah buat drama televisyen swasta tak berbayar kat sini. Budak dah merayu. Boleh ker aku nak kata taknak. Buat dia mengadu pada ayah dia. Mahu aku kena potong gaji. Aku memanglah pembantu peribadi serba boleh. Memang sungguh-sungguh sedia berkhidmat siang dan malam. okey. Isi borang kerja overtime.

"Yerlah." Farizah menjawab lemah. Hushhh…

************
"Kau dah makan ubat."

Azam menganguk. Dah tak lalu nak telan ubat yang macam-macam bentuk, yang macam-macam warna ni. Kalau dah tau diri tu tak boleh hidup lama, tak bolehkah kalau tak payah nak telan semua ubat-ubat ni. Makan ubat pun, dia tetap akan mati. Dia ingin mengelat. Tapi tak boleh. Menyesal pulak duduk serumah dengan Dr. Asyrik ini.

"Azam." Panggil Asyrik.

"Yup." Azam menjawab sepatah. Dia masih lagi memetik-metik gitar akustiknya itu. Sesekali tangan kanannya menulis sesuatu pada buku muzik di hadapan. Idea sedang dicerna did dalam kepala. Idea datang tak kira masa. Tiba tang satu pagi ni dia dapat ilham nak buat lagu, memang dia akan terus bangun capai gitar, pen dan buku muzik. Tak tidur sampai ke pagi pun tak apa.

"Kau patut jadi composer. Sebab kau ada bakat. Aku pun pelik macam mana dulu kau boleh studi engine sedangkan kau memang cenderung dengan benda-benda ni." Asyrik berkata.

"Kau tak tidur ker. Esok tak kerja ker?" Azam tidak menjawab. Sebaliknya dia pulak yang mengajukan soalan kepada Asyrik. Patutnya time tak dapat oncall la doctor ni boleh pergi berehat sepuas-puasnya. Ini yang baik sangat nak temankan aku apa hal.

Asyrik menggeleng. "Aku belum nak tidur. Ehh.. Kau tak jawab lagi apa aku Tanya tadi."

Tanpa memandang Asyrik, Azam selamba menjawab. "Apa ajer orang yang dah tahu ajal dia ni boleh buat."

Azam berkata lemah. Selemah petikan gitarnya sekarang. Dia sendiri sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Kerana itu, jawatannya sebagai jurutera system di sebuah syarikat terpaksa dia lepaskan bila mana dia tahu ajalnya hanya tinggal buat beberapa waktu sahaja. Lagipun, orang sakit barah otak macam dia, manakan boleh melakukan kerja-kerja begitu lagi. Dia akur dengan takdir tuhan. Tapi sebelum dia pergi untuk selama-lamanya, biarlah dia buat apa yang dia suka. Muzik dan lagu. Itu jiwa dia yang sebenarnya. Dia sudah tidak kisah mengenai wang ringgit. Biarlah seni dia seni free, dia tidak kisah. Janji dia puas. Janji yang mendengar terhibur. Itu sudah cukup.

"Kita bukan tuhan Zam yang boleh tentukan hidup mati." Asyrik berkata datar.

"Kau jugak cakap macam tu dulu. Sekarang kau nak suruh aku buat apa. Letak angan-angan tinggi melangit. Macamlah aku boleh hidup seribu tahun lagi." Bentak Azam keras. Dia memang sering emosional bila Asyrik membangkitkan hal penyakitnya itu. Tak bolehkah aku hidup macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Aku bercakap macam tu sebab aku kawan kau. Bukan sekadar doctor yang merawat kau Zam. Kita sama-sama membesar kat Darul Hikmah. Kita tak ada saper-saper. Kita sama-sama menyokong satu sama lain." Sela Asyrik. "Seni kau boleh jual. Ada value. Rugi dibiarkan macam tu ajer." Sambung dia lagi.

"Aku dah tak fikir soal duit dah Rik. Biarlah aku macam ni. Aku happy. Aku bahagia." Suara Azam sudah mula kendur. Dia tahu. Apa yang Asyrik katakan itu benar. Dia sendiri pernah menerima tawaran untuk merakamkan album. Dia terpaksa menolak. Dia tidak terdaya untuk semua itu. Dia mahu berseni cara dia sendiri. Dia tidak tamak harta. Biarlah dia macam ni. Sekurang-kurangnya dia masih punya masa untuk beribadat pada tuhan dari sibuk mencari duit tak ingat dunia.

Asyrik melepaskan keluhan lemah. Mungkin Azam ada sebabnya yang tersendiri. Dia sekadar teman yang membesar bersama di rumah anak yatim Darul Hikmah itu. Walau apa pun yang Azam lakukan, dia tetap akan menyokong. Macam Azam dan dia selalu ungkapkan. ‘Kita kawan sampai mati.’

*******

Mereka duduk di satu sudut medan selera Pasar Seni itu. Suria yang beriya-iya benar mahu mengajak Abang Azamnya itu untuk keluar makan tengah hari bersama-sama. Izah sekadar menurut sudah yang bagi arahan tu anak bos sendiri. Janji makan free. Janji semua bil Tuan Malik yang setlekan.

Bukan main lagi Suria bersembang dengan Azam. Itu ini. Pot-pet-pot-pet. Dari sejarah silam dia sehinggalah kepada fasa dia bertukar menjadi manusia seperti ini. Azam pula hanya menjadi pendengar setia, yang sesekali mengangguk dan sesekali tersenyum bila mana ada cerita Suria yang dirasakan mencuit hati. Farizah pula dari tadi memang hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia perlu menjaga keselamatan Suria. Satu lagi kerja yang tergalas dibahunya. Jadi pembantu peribadi kepada ayah Suria. Jadi pengasuh kepada Suria. Hari ini dia jadi pengawal peribadi pula buat Suria. Dari gaya Azam ni, nampak macam menakutkan. Dengan snow cap yang menutup kepala, dengan seluar jeans yang koyak dilutut. Siapa yang tak takut. Dia sendiri rasa gerun untuk duduk semeja dengan Azam. Macam mana Suria boleh layan mamat ni pun dia tak tau. Mungkin Suria dulu tergolong dalam golongan begini kut yang membuatkan dia boleh masuk sekepala dengan Azam. Astagfirullahulazimmm.. Beristigfar dia di dalam hati bila terlintas perkara itu. Tak baik Izah. Budak tu dah berubah seratus kali lebih baik dari yang dulu. Kenapa mesti dibangkitkan soal itu lagi.

"Nak apa?" Farizah bertanya perlahan bila lengan bajunya di tarik Suria. Dirapatkan telinga ke mulut Suria. Adalah benda nak suruh aku buat tu.

"Nak kencing." Bisik Suria perlahan.

"Jom akak teman."

"Tak payah."

"Betul ker ni?"

Suria mengangguk. Tongkatnya dipanjangkan. Dia bangun. Berjalan menuju ke tandas. Ini sudah kali ke tiga dia masuk ke toilet. Tadi Kak Izah temankan. Bila sudah dua kali berjalan ke tempat yang sama dia pun sudah boleh hafal jalan mana yang harus dia tuju.

*******

"Izah dah lama kerja dengan ayah Suria?" Azam membuka mulut. Memecahkan sunyi sepi yang membelenggu mereka dari tadi.

Farizah hanya mengangguk.

"Kesian saya tengok Suria. Muda-muda dah terpaksa menjalani hidup macam tu."

Farizah hanya mendiamkan diri.

"Saya rasa Suria memang minat pada muzik." Azam masih lagi bersembang sendiri walaupun dia tahu orang kat depan ni bukan nak layan pun. "Saya rasa dia boleh belajar muzik. Di sekolah muzik yang popular. Lagipun ayahnya orang berada, tentu tak ada masalah." Sambung dia lagi.

Farizah memandang Azam. Wajah lelaki itu tenang. Cuma snow capnya sahaja yang sedikit terkebelakang. Lah. Botak berkilat rupanya kepala pakcik ni. Patutlah bulat ajer snow cap yang dia pakai. Pandai-pandai betul Azam nak mengatur hidup Suria tu. Ayahnya sahaja ingin gadis itu menjadi ahli perniagaan kerana Suria waris tunggal untuk perusahaan yang diusahakan. Yang Azam ni pulak yang buat-buat pandai suruh budak ni belajar muzik apa hal.

"Jangan pulak awak usulkan benda ni pada Suria." Akhirnya Farizah bersuara jua.

"Kenapa?"

"Encik Azam, Suria pewaris tunggal untuk syarikat ayah dia. Masakan pewaris tunggal syarikat besar macam tu kena belajar muzik. Jadi ahli muzik." Kata Farizah keras. Azam kena tahu siapa Suria. Suria bukan anak orang sebarangan. Dia anak ahli perniagaan yang berjaya.

"Awak pandang hina ker pada kerja saya."

"Tak cakap apa-apa pun." Farizah menggeleng kepala laju. Takkan golongan macam ni pun cepat tersentap.

"Awak jangan pandang orang tak pakai mata Cik Izah."

Farizah diam. Ada orang pandang orang pakai hidung ker, pakai telinga ker, pakai mulut ker kalau tak pakai mata jugak.

"Saya tahu apa yang Suria suka. apa yang dia minat. Awak yang saban minggu dengan dia pun takkan tak boleh perasan."

"Saya cuma bekerja untuk dia. Dah saya tahu apa yang ayah dia inginkan untuk Suria. Tak perlulah awak pandai-pandai mengatur hidup budak tu pulak." Suara Farizah mula meninggi. Mamat ni lebih-lebih pulak. Siapa dia nak mempertikaikan kerja aku. Aku taulah apa yang aku buat.

"Apa yang bising-bising ni." Suria bersuara dari belakang.

Farizah terus jadi senyap. Azam jugak. perang mulut tiba-tiba berhenti walaupun tak ada yang menyarankan untuk melakukan gencatan senjata.

"Macam besar ajer isunya." Suria menyambung. Dia kembali duduk di tempat asalnya.

"Tak adalah. Isu semasa dik." Azam membalas. Cover line.

Tersengih Suria mendengarnya.

"Suria minat muzik?" Azam bertanya dengan sengaja.

"Minat."

Farizah mengetap bibir bila melihat Azam tersenyum gaya orang baru menang main galah panjang. Dia mengacah gelas air tembikai yang tinggal separuh itu ke muka Azam. Ini kalau lost control ni mahunya mamat ni aku mandikan dengan jus tembikai. Sudah dipesan jangan dibangkitkan hal ini. lagi dibuatnya. Ketegak tak bertempat.

"Nak belajar muzik. Main gitar?"

"Nak..Nak.."

Farizah menggenggam penumbuk.

"Abang ajarkan nak tak?"

"Nak..Nak.."

Berapi makcik..aku tengok mamat ni. Dia menang bagi sebab Suria setuju. Orait. Tak ada hal. Suria setuju. Tu belum ambil kira kenyataan Tuan Malik lagi. Tunggu dan lihat ajerlah.

**************

"Belajar muzik?" Tuan Malik bertanya.

"Yer ayah."

"Dengan saper?"

"Abang Azam."

"Siapa Azam, Farizah?" Tuan Malik bertanya tegas. Matanya memandang Farizah disebelah.
Punyalah dingin air cond dalam pejabat ni tak beri kesan apa-apa pun pada dia sekarang ni. Kenapalah Suria datang ke sini hari ini. Kenapalah hari ini, dekat pejabat, Suria pergi mintak izin dengan ayahandanya. Tak bolehkah hal anak beranak bincang di rumah. Tak bolehkah dia yang berstatus orang luar bukan ahli keluarga tak masuk sekali dalam kes ni.

"Ermmm…A…A…" Farizah tergagap-gagap. Apa kes ni. Tuan Malik punya mata macam nak telan orang ajer.

"Abang Azam tu, pandai main gitar ayah. Semua alat muzik dia tau main." Sampuk Suria.

Farizah menghela nafas lega. Pandai pun cover. Tapi bila masa Azam tu pandai main semua alat muzik.

"Kat mana dia mengajar muzik?" Sekali lagi Tuan Malik bertanya kepada Farizah.

"Errrmmmm…." Awatlah jadi gagap ni.

"Suria mintak Abang Azam tu mengajar kat rumah kita." Pantas Suria memotong.

Sekali lagi Farizah menghela nafas lega. Gud answer.

"Rumah kita?" Tuan Malik angkat kening.

"Rumah kitalah. Kan senang ayah."

"Baiklah. Ayah izinkan. Farizah akan teman Suria semasa sesi pembelajaran tu nanti." Putus Tuan Malik.

Hahh!!... Izinkan? Dan aku jadi peneman. Bukan. Jadi pengawal pemerhati Suria. Tak ker sepatutnya Tuan Malik kena cakap Tak Boleh kat anak dia ni. Kenapalah aku selalu jadi mangsa keadaan dalam situasi macam ni.

******

"Suria ada impian?"

"Ada."

"Apa dia?"

"Kalau boleh, Suria nak melihat semula."

Azam terdiam.

"Abang Azam." Tangan Suria meraba-raba. Mencari Azam disebelah.

"Yer."

"Abang suka kat Kak Izah ek…"

Azam tersengih. Dia sukakan makcik yang garang tu? Tak betul. Dia anggap Izah sekadar temannya sahaja. Lagipun sekarang Izah tak adalah garang macam dulu lagi. Cuma ayat dia tu agak-agak berbisa dan tak boleh blah.

"Mana ada. Kita orang kawan ar."

"Yer ker…" Suria menduga. Senyum sinis.

"Kita orang kawan okey. Jangan fikir yang bukan-bukan pulak." Sampuk Izah dari belakang. Dia memang pasang telinga ajer tadi masa membantu Mak Ton mencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari tadi.

"Kawan ajer.."

"Kawan!!" Serentak Izah dan Azam berkata memandang tepat ke muka Suria.

******

"Taknak masuk dulu." Azam mempelawa.

"Gila apa nak masuk dalam rumah awak. Taknaklah."

"Ajaklah Pak Mat sekali."

"Jangan nak mengada. Pak Mat nak hantar saya pulak lepas ni."

Azam tersenyum. Makcik ni lah. Nasib kepala dia jenis senang masuk jugak walaupun mula-mula dulu garangnya macam singa betina ajer. Tapi tu lah, bila dah kenal lama-lama tak lah teruk sangat singa betina ni.

Azam memegang kepala. Tiba-tiba dia rasa pandangannya berpinar. Jadi hitam.

******

"Macam mana kawan saya doctor?" Farizah bertanya. Dia pun tak tau apa dah jadi. Tadi tiba-tiba Azam pengsan. Nasib dia dan Pak Mat belum pergi lagi.

Asyrik memandang wajah gadis dihadapannya. "Cik ni siapa?"

"Kawan dia?"

"Saya doctor Asyrik. Teman serumah Azam. Sekarang masa rehat saya. Ikut saya ke kafe. Saya akan ceritakan perkara sebenar."

Farizah mengangguk. Doctor muda itu dia ikut dari belakang.

*********

"Kenapa tak bagi tau awak sakit?" Farizah bertanya. Sudah lama berkawan, hari ini baru dia dapat tahu yang Azam mengalami penyakit yang serius. Baru hari ini dia dapat tahu siapa Azam itu. Itu pun setelah lama dia dan Doktor Asyrik duduk berborak di kafe hospital sementara menunggu Azam sedar.

"Malaslah."

"Malas?"

"Bagi tau pun keadaan tetap sama." Kata Azam lemah. "Izah, awak kawan yang baik. Sentiasa ada dengan saya saat-saat macam ni. Saya malas nak besar-besarkan perkara ini."

Farizah mengetap bibir. "Suria cari awak." Tidak bernada dia berkata.

"Awak cakap apa?"

"Saya cakap awak ada show. Sebab tu tak dapat datang ajar dia?" Farizah bersuara datar. "Tuan Malik dah tau."

Azam mengangguk. "Janji jangan sampai Suria tahu."

Farizah melepaskan keluhan. "Awak tak boleh buat macam ni. Awak inspirasi dia. Yang buat dia ketawa balik lepas apa yang terjadi."

"Biar keadaan terus macam ni. Saya keluar wad nanti, saya akan mengajar seperti biasa."
"Baguslah tu. Buat orang macam tu."

Azam hanya diam. Sakit-sakit pun kena ceramah free. "Izah…"

"Apa dia."

"Kalau saya mati nanti, saya nak dermakan mata saya pada Suria."

Farizah tersentak.

******

Suria masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu dengan pandang mata luas ditebarkan disegenap ruang. Sungguh dia rindu untuk melihat keadaan di dalam rumah ini. terima kasih yang tidak terhingga pada orang yang begitu mulia itu kerana sudi mendermakan sepasang mata kepadanya. Dia menghampiri piano yang terletak disatu sudut ruang tamu. Tangannya menekan lembut piano tersebut. Beralih pula dia pada sofa tiga seater. Dia tersenyum. Sini tempat dia belajar bermain gitar.

"Akak."

"Yer saya."

"Mana Abang Azam. Dia tak pernah datang melawat Suria pun selama kat hospital."

Farizah hanya mendiamkan diri. Dia memandang Tuan Malik. "Suria penatkan. Apa kata masuk bilik. Berehat." Itu ajer yang mampu dia luahkan. Biarlah Suria tahu sendiri.

*********

Mata tertancap pada sebiji gitar akustik dan sampul surat berwarna merah hati di atas katil. Suria duduk di atas katil. Gitar itu dipegang. Dipetik sekali. Kemudian dia diletak semula. Sampul surat dikoyak cermat. Isi dalam dikeluarkan. Warkah dibaca.

Buat adik abang,
Assalamualaikum. Semasa warkah ini adik baca, abang sudah tiada lagi di dunia ini. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat mengajar Suria bermain muzik lagi. Suria punya bakat. Teruskan usaha. Pasti Berjaya.
Suria tentu sudah boleh melihat sekarang. Jagalah mata yang abang berikan ini dengan sebaik-baiknya. Buatlah apa sahaja perkara yang Suria impikan tapi ingat jangan kembali kepada sikap lama.
Abang sudah tiada apa ingin dikatakan lagi, mengenali Suria, mengenali Izah, mengenali Tuan Malik perkara yang cukup indah dalam hidup abang. Abang tidak ada adik. Suria telah abang anggap macam adik abang sendiri. Tuan Malik, Izah seperti saudara abang sendiri kerana mereka-mereka ini setia bersama abang sehingga ke akhir hayat abang.
Gitar ini abang hadiahkan buat Suria. Doakan abang sejahtera di sana.

Salam sayang,
Azam.

Warkah dilipat kembali. Berjujuran air mata jatuh ke pipi.

"Kak…" Lirih Suria memanggil Farizah. Segera dia memeluk Farizah yang sudah menahan sendu.

******

Suria merebahkan badan di katil. di satu sudut kamar tidurnya bersandar tegak sebuah gitar. Sudah hampir tiga tahun gitar itu bersama-sama dengannya. Suria kembali bangun. dia menghampiri gitar tersebut. Dibawa ke atas katil. di situ dia duduk. Memainkan kembali lagu yang pernah diajar oleh Abang Azam dulu. Lagu yang dia suka. yang dia minat. Dia mengalunkan irama muzik lagu itu dengan mulut turut sama menyanyikannya.

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu
Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita
Oh..oh..oh
Oh..oh..oooh
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Terciptalah lagu kita

Ini lagu kita. Lagu dia. Lagu Kak Izah. Lagu Abang Azam. Petikan gitar ini yang membawa dia kepada seorang insan seni yang berjiwa cekal seperti Abang Azam. Yang membawa dia sama-sama merasa nikmat ada seorang yang bernama abang. Yang membawa dia melihat kembali dunia ini.

Suria tersenyum sendiri. Dia bahagia dengan apa yang dia ada kini. Dia bangga dengan apa yang dia lakukan kini. Dia bukan sahaja salah seorang ahli lembaga pengarah di syarikat ayah, malah dia juga merupakan seorang composer yang telah banyak menghasilkan lagu-lagu yang boleh dikatakan popular jugak. Ini semua kerana tunjuk ajar dari Abang Azam.

Kak Izah juga berbahagia. Kak Izah sudah punya keluarga sendiri. Dia ada Dr. Asyrik. Mungkin dua-dua saling jatuh cinta semasa sama-sama menjaga Abang Azam dulu kut. Itu andaian. Tapi sudah jodoh mereka. Betul cakap Kak Izah. Berkawan tidak semestinya bercinta. Memang semasa hayat Abang Azam dulu mereka hanya kawan sahaja.

Pada Abang Azam, terima kasih untuk semuanya. Doa Suria sentiasa menemani abang disana.

**********************************************
Assalamualaikum... Siap satu lagi cerita pendek. Sekadar hiburan semata-mata. Maaf kalau cerita ini tidak memenuhi kehendak pembaca sekalian (kenaper ayat sangat skema) Okey. straight ajerlah. Kalau korang rase cerita ini bosan sampai tahap tak tau nak cakap aper, sorry sesangat. Kalau korang rase cerita ini macam melampau sebab sampai 2x copy-paste lagu budak Aizat ni, sorry sesangat. Kalau korang rasa penceritaannya sangat serabut, sorry sesangat. Kalau korang rasa cerita ni tak ada adegan-adegan romantika de amor yang boleh buat korang nak gelak+senyum+khayal, sorry sesangat. Cerita ini dikarang tanpa sebarang plot, tanpa sebarang perancangan. Main belasah ajer apa nak tulis dan apa yang terlintas. Biasalah orang barukan. Masih banyak kena belajar. Kalau suka terima kasih. Kalau tak suka pun terima kasih. Hehehe... Salam.

pesanan penaja: Saya peminat lagu ni...(hhehehehe..)

Read More..