Cerpen : Abadinya Sebuah Cinta

Helaian demi helaian album biru muda diselak oleh Fatin Yusrina. Ditatapnya satu demi satu wajah insan-insan yang disayanginya. Mama, abah dan adik-adik. Matanya beralih pula pada wajah teman-teman seperjuangan yang sentiasa di sisi menemani. Lyn, Ayu, Nadia dan Alia. Dia menyelak lagi helaian setebal dua inci tersebut. Kenangan bersama mereka di bangku sekolah masih mekar hingga ke hari ini. Semangat setiakawan yang tersemai sejak bertahun dulu masih kukuh. Nita, Sham dan Shah antara teman-teman yang paling setia walaupun hari ini masing-masing terpisah oleh kesibukan demi mengejar sebuah cita-cita dan merealisasikan sebuah impian.
Air muka Fatin tiba-tiba berubah apabila matanya terpandang pada seraut wajah yang sering menghantui hidupnya. Seraut wajah milik insan yang dicintai sepenuh hati dan paling istimewa di dalam hidupnya. Album itu ditutup dan disimpan kembali ke tempat asalnya.
Fatin bangun dan melihat ke luar. Pandangannya dilempar jauh ke awan biru menyaksikan burung-burung yang bebas berterbangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu mengenangkan perubahan yang berlaku dalam diri Amirul. Fatin mengeluh perlahan. Entah mengapa dirasakan Amirul semakin jauh dari dirinya. Kasih Amirul seakan berubah. Tiada lagi warna-warna cinta di dalam hidupnya. Walaupun Amirul cuba berlagak seperti biasa namun jauh di sudut hati Fatin terasa kepincangannya. Tika ini Fatin rasakan dialah di antara pelakon terhebat. Lamunannya tiba-tiba terhenti apabila bahunya ditepuk lembut. Fatin menoleh. Kelihatan Alia tersenyum di depannya.
"Fatin, kau menangis lagi?" soal Alia yang seakan mengerti apa yang Fatin rasakan. Fatin hanya tersenyum pahit.
"Sudahlah tu, usah dikenangkan sangat masalah tu. Pasti ada penyelesaiannya nanti. Bersabarlah.." pujuk Alia.
Perbualan mereka terganggu apabila Ayu yang baru pulang dari berjogging tercungap-cungap berlari ke arah mereka.
"Haa..kenapa pulak ni Ayu?" soal Fatin hairan.
"Aku...aku..." Ayu tergagap-gagap.
"Eh..apasal nie?" soal Alia cemas.
"Tak ada apa-apa.. saja jer.. aku laparlah.." balas Ayu sambil ketawa kecil.
"Laa..ingatkan kot kena kejar anjing," balas Alia. Nadia dan Lyn yang mengekori di belakang Ayu pun turut meyampuk.
"Bukan apa, aku rasa Ayu tu dah tak sabar nak jumpa mamak perut buncit kat gerai tu.." usik Lyn.
"Hm..patutlah lari macam lipas kudung..rindu kat mamak tu rupanya.." usik Fatin pula. Mereka akhirnya tertawa melihat muka Ayu yang macam susu basi bila disakat teman-teman. Terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung Fatin. Mereka kemudiannya bersiap untuk keluar makan.
* * * * *
Jari jemari Fatin masih lagi ligat menulis di diari kesayangan yang banyak menyimpan rahsia perjalanan hidupnya. Selain teman-teman, diari biru berbunga putih itu jugalah tempatnya meluahkan perasaan dan mengadu. Patah demi patah ditulis menjadi barisan ayat dan satu demi satu helaian dicoret bagi meluahkan segala yang tersimpan kemas di sudut hatinya. Walaupun dia sedar tak mungkin Amirul dapat membaca luahan perasaan dan coretan yang ditulis khas buatnya tapi dia tidak pernah jemu menulis. Untuk diluahkan tidak mungkin kerana dia tak sanggup mengguris hati insan yang disayanginya. Biarlah ditanggung segalanya dan dipendam segala kedukaan dengan harapan semuanya akan berakhir dengan episod bahagia.
Walaupun empat tahun lalu Amirul pernah melukakan hatinya dengan mendampingi insan lain namun di sudut hatinya tidak pernah berdendam apatah lagi membenci. Mungkin takdirnya ketika itu bukan untuk bersama Amirul, tetapi pertemuan yang tidak dirancang setahun lalu membibitkan kembali perasaan sayang yang tidak pernah padam buat lelaki itu. Fatin akui dia terluka dengan perbuatan Amirul namun yang dah berlalu tetapkan berlalu. Dia yakin kebahagiaan yang dicari akan dikecapi bersama Amirul. Namun sikap Amirul sejak akhir-akhir ini benar-benar mengguris perasaannya. Kesan parut luka semalam terasa pedih kembali. Mungkinkah berdarah kembali. Fatin termenung sendiri.
* * * * *
Kesibukan disebabkan tugasan yang bertimbun membuatkan Fatin terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung. Teman-teman di sisi sentiasa memberi perangsang dan semangat menjadikan dia tabah melalui hari demi hari. Fatin juga semakin kurang bercakap dan bersama teman-teman. Dia lebih gemar menghabiskan masanya di dalam bilik. Teman-teman yang lain semakin risau melihat perubahan diri Fatin. Kalau dulu dialah penyeri suasana, bercerita itu dan ini namun kini dirasakan Fatin semakin jauh dari mereka semua. Puas sudah ditanya mengapa dirinya semakin berubah tetapi jawapan yang sering diterima oleh mereka adalah dia terlalu sibuk dengan tugasan. Situasi ini meresahkan teman-teman kerana sesibuk manapun dulu Fatin masih lagi sempat bersama teman-teman untuk menghabiskan hujung minggu. Namun mereka semua tidak mahu mendesak Fatin. Mereka yakin masalah utama Fatin adalah Amirul dan Fatin cuma perlukan masa untuk membiasakan diri dengan sikap Amirul yang semakin hari semakin memeningkan kepala.
Suatu malam yang hening, Fatin mengadu sakit kepala.
"Nadia, kau ada Panadol tak?" soal Fatin.
"Kau tak sihat ke Fatin?" soal Ayu.
"Ala..pening sikit jer.. ada panadol tak ni?" soal Fatin lagi.
"Ada tu ada.. tapi aku rasa elok kita pergi klinik. Aku tengok kau pucat semacam jer.." usul Nadia.
"Tak payahlah Nadia.. pening biasa jer ni.. penat studi.. lepas tidur nanti eloklah tu.." balas Fatin.
"Kau jangan macam ni Fatin, sejak akhir-akhir ni aku tengok kau memang lesu dan tak bermaya..jomlah kita pergi klinik." Pujuk Alia.
"Ish..tak payahlah.. haa..panadol kau tu kat mana Nadia?..Aku pergi ambik yer.." balas Fatin.
"Ada dalam laci tu" balas Nadia. Fatin berlari-lari anak menuju ke bilik Nadia.
Tiba-tiba dirasakan pandangan menjadi kelam. Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan terjatuh berhampiran meja studi Nadia menyebabkan barang-barang di atas meja bertaburan dan berserakan. Teman-teman yang berada di ruang tamu bergegas naik ke atas untuk melihat. Terkejut mereka tatkala terlihat Fatin yang rebah di sisi katil dalam keadaan pucat lesi. Ayu memangku Fatin.

"Jom kita pergi hospital.. Lyn, kau pergi cari \'purse\' Fatin dan ambik tudung dia sekali." Usul Nadia sambil mencapai tudung dan kunci kereta sementara teman-teman yang lain bersiap untuk ke hospital. Mereka mengangkat Fatin masuk ke dalam kereta sementara rakan-rakan lain yang tinggal akan memberitahu \'fellow\' bertugas tentang apa yang berlaku.
Nadia memandu laju meninggalkan perkarangan kolej menuju ke hospital berdekatan. Ayu, Lyn dan Alia masih lagi diam membisu ekoran terkejut dengan apa yang terjadi.
* * * * *
Sudah dua hari Fatin terlantar di hospital tidak sedarkan diri. Seluruh ahli keluarga setia menanti sehingga Fatin sedar. Lyn memandang wajah Pn. Marini mama Fatin. Terpancar kasih sayang seorang ibu yang sabar menanti dan beralih pula kepada seraut wajah bapa yang nampak lebih tenang milik En. Fazlie walaupun hakikatnya tiada siapa yang mengerti. Seluruh keluarga dan teman-teman sentiasa berdoa agar Fatin cepat sedar dan sembuh seperti sediakala.
Lyn, Ayu dan Nadia yang baru pulang dari kelas singgah sebentar untuk melihat perkembangan teman yang disayangi. Sham dan Nita yang baru tiba kelihatan sedang berbincang sesuatu. Nita kemudian menghampiri Ayu.
"Ayu, kau dah contact Amirul?" soal Nita.
"Dah banyak kali aku cuba..tapi tak dapat jugak." Balas Ayu. Sham berjalan menghampiri mereka.
"Mana pulak perginya budak Amirul ni?" soal Sham geram.
"Entahlah Sham, dah jadi macam ni pun Amirul tu tak muncul-muncul jugak." balas Lyn.
"Amirul ni pun satu, kalau nak ke mana-mana tu bagitaulah..ini tak..mak abah dia pun tak tau mana pergi anak bongsu diaorang tu." Balas Nadia.
"Kesian aku tengok Fatin tu sejak akhir-akhir ni. Selalu jer murung, tak bermaya, tak ceria...memang lah dia ada mengadu yang Amirul tu dah lain macam tapi tak sangkalah sampai dah jadi macam ni kelibat si Amirul tu pun tak nampak." Balas Lyn.
"Aku ada jugak tanyakan kat Amirul tu pasal ni, tapi dia tu macam nak mengelak jer.. macam-macam alasan tak logik dia bagi. Malas aku nak dengar temberang dia tu." balas Sham kesal.
"Yelah..Orang lain pun sibuk jugak kan..tapi takkan sampai nak luangkan lima minit sehari tanya khabar kat telefon pun tak boleh..kalau dulu tu berjam-jam boleh pulak.." balas Ayu.
"Kalau aku tahu dia nak buat perangai macam ni, jangan harap aku nak sokong masa dia nak berbaik balik dengan Fatin hari tu. Dia ni tak serik-serik kot," balas Nita yang dari tadi mendiamkan diri. Mereka akhirnya diam membisu melayan perasaan masing-masing.
Tiba-tiba lamunan mereka dikejutkan dengan berita Fatin telah sedar. Mereka menadah tangan tanda bersyukur atas anugerah ilahi. Kedua ibu-bapa Fatin masuk bertemu Fatin dan mereka yang lain hanya menanti di luar. Mama Fatin keluar dari bilik tersebut dan menghampiri sekumpulan teman-teman Fatin yang setia menanti.
"Makcik macam mana dengan Fatin?" soal Sham.
"Alhamdulillah..dia dah sedar tapi doktor kata dia masih lemah dan perlu banyak berehat.." balas Puan Marini.
"Alhamdulillah..Fatin dah selamat..berapa lama lagi dia kena tinggal kat hospital ni?" soal Nita.

"Dalam 3-4 hari..mungkin jugak lebih.." balas Pn.Marini lagi.
"Kalau macam tu tak apalah makcik, kami mintak diri dulu.. lagipun kami ada kuliah malam ni." Usul Nadia.
"Terima kasih banyak sebab dah banyak tolong Fatin... entah macam mana makcik nak balas jasa kamu semua.." Pn. Marini bersuara sayu.
"Ish..jangan cakap macam tu makcik.. kami ni dah macam adik beradik..bukan baru sehari dua kami kenal dia.." balas Ayu.
"Nita..Sham.. terima kasih sebab ambik berat pasal Fatin.." kata Pn. Marini sambil menoleh kepada Sham dan Nita.
"Makcik, tak ada apa yang mampu kami berikan selain kasih sayang seorang sahabat. Kalau tak, apa gunanya persahabatan yang kami dah semai sejak bangku sekolah lagi," balas Nita sayu. Pn. Marini benar-benar terharu melihat keikhlasan teman-teman Fatin. Fatin, kaulah antara insan bertuah di dunia ini sebab punyai teman-teman seperti mereka. Desis hati kecil Pn. Marini. Mereka kemudiannya meminta diri untuk pulang dan bersalaman dengan seluruh ahli keluarga Fatin.
"Sampaikan salam kami pada Fatin ye makcik.." usul Lyn.
"Baiklah.. tapi sebelum makcik terlupa.. Fatin mintak tolong Ayu ambilkan diari biru dia dalam laci meja studI.." pesan Pn. Marini. Ayu angguk. Mereka kemudiannya berlalu.
* * * * *
Suatu pagi Sham terserempak dengan Amirul di sebuah gerai makan.
"Hey Mirul.. Kau pergi mana 4-5 hari ni ha?" soal Sham.
"Apasal marah-marah ni Sham..Aku \'outstation\'lah.." balas Amirul.
"Kalau ye pun, takkanlah sampai \'off\'kan \'handset\' 24 jam. Orang nak \'contact\' pun seksa dibuatnya.."balas Sham lagi.
"Laa..apa hal yang penting sangat sampai kau ribut pagi-pagi buta ni Sham?" soal Amirul selamba.
"Ha..macam mana aku tak ribut Mirul.. kalau si Fatin tu jadi arwah pun kelmarin, kau mana nak sedar..ntah ke mana asyik menghilang.." getus Sham geram.
"Apa maksud kau ni Sham.. kenapa ngan Fatin?" soal Amirul cemas.
"Dia kat hospital, dah 3 hari terlantar kat sana.. semalam baru sedar " jawab Sham acuh tak acuh.
"Aku...aku...aku pergi tengok Fatin dululah Sham..." balas Amirul sambil berlalu.
Sham hanya menggelengkan kepala dan mendengus kecil. Ternyata Amirul telah berubah.
Amirul memandu laju menuju ke hospital di mana Fatin ditempatkan. Amirul membawa sejambak bunga dan buah-buahan. Dia menghampiri Fatin yang sedang leka menulis sesuatu.
"Sayang dah lama bangun?" sapa Amirul perlahan.
"Eh..abang rupanya.. Fatin tak tidur dari subuh tadi.." balas Fatin lembut sambil menyelitkan diari biru tersebut ke bawah bantal.
"Iye ke nie?.. Boleh percaya ke sayang abang ni?" usik Amirul. Fatin tersenyum.
"Fatin tulis apa tadi sampai abang sampai pun Fatin tak sedar..cerpen terbaru ke?"soal Amirul.
"Haah..dah lama dah Fatin tulis tapi entahkan bila boleh habis.." balas Fatin.

"Kenapa?..Fatin tak ada idea ker..selalunya buah hati abang ni cepat dapat idea.." balas Amirul yang sememangnya tahu Fatin memang gemar menulis.
"Bukan tak ada idea, tapi tak tahu bila nak jumpa penghujungnya.." balas Fatin sambil tersenyum penuh erti.
"Em..tak perlah..Fatin tulis perlahan-lahan o.k.. nanti bila dah siap, boleh bagi abang baca.. macam biasalah kan.." balas Amirul sambil tersenyum dan mencuit hidung Fatin yang disayanginya. Bukan dia tak cinta pada Fatin Yusrina. Bukan dia tak sayang pada gadis yang telah mencuri hatinya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi setiap kali kebahagiaan sedang mekar pasti ada sahaja dugaannya. Entah mengapa terasa sukar untuk memiliki gadis istimewa ini. Gadis yang telah banyak bersabar dan berkorban demi kebahagiaannya dan memberinya peluang untuk menebus kesilapan lalu. Kalau dia berada di tempat Fatin, mana mungkin dia mampu menerima kembali insan yang pernah melukai hatinya dengan mengalihkan cintanya pada orang lain. Amirul akui itulah kesilapan paling besar yang dia telah lakukan. Memilih Julia yang baru dikenali dan membelakangi Fatin yang telah lama berada di hatinya. Entah mengapa tika itu dia benar-benar terlupa pada kesetiaan, kujujuran, keikhlasan dan keteguhan cinta Fatin walhal teman-teman di sisi telah menasihati agar tidak tersilap langkah. Amirul benar-benar kesal atas apa yang terjadi dan dia bersyukur kerana Fatin masih memaafkannya dan menerimanya kembali dalam hidupnya.
Dia sedar sejak kebelakangan ini Fatin kecewa dengan sikapnya. Namun apakan daya, dia tak mampu untuk lakukan apa-apa. Hanya membisu seribu bahasa dan mendiamkan diri bila perkara ini dibangkitkan. Dia takut tindakan yang terburu-buru akan lebih mengeruhkan suasana. Amirul benar-benar tertekan dengan apa yang berlaku. Masalah di tempat kerja masih belum selesai, Julia pula muncul kembali merayu dan menagih kasihnya. Sudah puas diterangkan pada Julia bahawa cintanya hanya milik Fatin tetapi Julia mengugutnya untuk menceritakan tentang keburukannya pada Fatin terutama kisah di mana mereka hampir-hampir terlanjur suatu masa dulu. Amirul benar-benar buntu. Menerima Julia bererti dia sengaja menempah sengsara kerana dia sudah serik dengan sikap Julia yang benar-benar menyesakkan hidupnya. Menolak Julia bermakna Fatin akan mengetahui kisah silamnya sekaligus melukakan hati Fatin buat sekian kali. Dia benar-benar tak ingin melihat Fatin kecewa lagi. Cukuplah atas apa yang telah Fatin lalui disebabkan kesilapannya dulu. Dia perlukan masa untuk menyelesaikan segalanya. Dia yakin gadis pujaan hatinya ini mampu bertahan dan cukup kuat untuk menempuh segalanya buat masa ini.
Dia benar-benar menghargai pengorbanan Fatin dan tiada insan lain yang mampu menandingi Fatin Yusrina. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan Fatin selama ini hanya kerana kehadiran Julia yang tidak diundang. Dia berjanji akan melayan Fatin dengan baik dan akan menebus kesilapannya selama ini. Dia sendiri akan berterus-terang dengan Fatin bila tiba saatnya dan kala itu dia redha dengan segala keputusan Fatin. Walaupun Fatin membencinya dia tetap akan terima kerana memang itulah hukuman yang patut diterimanya sejak dulu. Dia akur pada ketentuan Ilahi.
* * * * *
Fatin sudah sihat dan kembali ke bumi ilmuan seperti sediakala. Tiada lagi kemurungan di raut wajahnya dan Fatin telah kembali ceria seperti dulu. Teman-teman yang lain benar-benar gembira melihat perkembangan yang positif pada diri Fatin.

Pada hujung minggu ini, semua teman-teman ingin pulang ke kampung halaman. Fatin juga mengambil keputusan yang sama setelah terfikir yang dia juga telah lama tidak bertemu keluarga yang tersayang. Kebiasaannya Amirul akan menghantarnya pulang, tapi hujung minggu ini Amirul terpaksa menghadiri seminar di Perak. Jadi dia cuma menghantar Fatin ke stesen komuter setelah mereka makan tengah hari bersama-sama. Mula-mula Amirul agak keberatan untuk mengizinkan Fatin pulang sendirian kerana takut Fatin akan diserang sakit kepala secara tiba-tiba dan meminta Fatin menangguh hasratnya untuk pulang ke kampung dan pulang bersama-samanya pada minggu berikutnya. Namun setelah didesak oleh Fatin akhirnya Amirul mengalah.
"Sayang jaga diri baik-baik tau.."pesan Amirul.
"O.k..Fatin janji.."balas Fatin sambil tersenyum.
"Kirim salam pada keluarga..nanti bila dah sampai, Fatin call ye.."pesan Amirul lagi.
Fatin tersenyum lagi. Dah biasa benar dengar kata-kata Amirul yang sedemikian rupa. Fatin menghulurkan tangan untuk bersalaman. Amirul menyambut huluran tangan Fatin.
"Abang, maafkan Fatin kalau Fatin ada buat salah dan silap..halalkan makan minum Fatin yer.."kata Fatin sambil mencium tangan Amirul.
Amirul angguk dan tersenyum. Dah tahu benar dengan kebiasaan Fatin yang akan mengucapkan kata-kata sedemikan rupa di akhir pertemuan. Mula-mula dulu memang rasa janggal dan pelik bila kalimah itu dituturkan oleh Fatin, tapi sekarang ni dah biasa sangat.
"Yelah..apa salahnya Fatin minta ampun minta maaf..manalah tahu umur Fatin tak panjang.. mudah-mudahan atas kemaafan tu, tenang Fatin kat sana nanti.."dia masih ingat itulah jawapan yang Fatin berikan apabila perlakuan itu dipersoalkan.
Fatin meminta diri apabila komuter telah tiba. Amirul melepaskan genggaman tangan Fatin dengan berat hati. Entah kenapa tiba-tiba terasa sebak untuk berpisah dengan Fatin kali ini walaupun dia tahu Fatin cuma hendak pulang ke kampung. Setelah Fatin berlalu dan hilang dari pandangan barulah Amirul melangkah ke kereta dan kembali semula ke pejabatnya kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri.
* * * * *
Selepas mesyuarat Amirul memeriksa telefon bimbitnya. Dilihat ada \'missed calls\'.
Dia terseyum apabila melihat nombor Fatin tertera di situ.
"Em.dah sampai agaknya di rumah" desis hati kecil Amirul sambil mendail semula nombor Fatin.
"Hello..Assalamualaikum.." Amirul membuka bicara.
"Waalaikumsalam.." balas suara dari sebelah sana. Amirul hairan kenapa bapa Fatin yang menjawab panggilan tersebut.
"Apa khabar pakcik?" soal Amirul.
"Khabar baik nak.. Tadi Amirul pergi mana?" soal En. Fazlie tenang.
"Ada mesyuarat tadi.. pakcik, Fatin dah sampai ?..boleh Mirul cakap dengan dia?.." soal Amirul lagi.
"Amirul..pakcik bukan tak nak bagi Mirul nak cakap dengan dia..." balas En. Fazlie lemah.
"Apa maksud pakcik..?" soal Amirul hairan.
"Bersabarlah nak..sebenarnya Fatin di timpa nahas jalanraya.. Dia dah tak ada nak..Fatin dah kembali kepada Tuhan penciptanya.." balas En. Fazlie sebak.

Amirul terduduk mendengar kata-kata En. Fazlie. Terasa gelap seluruh dunianya. Bermimpi ngerikah dia. Baru sebentar tadi Fatin tersenyum manja didepannya. Kenapa ini yang harus terjadi. Air mata seorang lelaki mengalir deras.
"Arwah di hospital mana sekarang pakcik?" soal Amirul tersedu-sedu.
"Seremban nak.."balas En. Fazlie lagi. Amirul mengucapkan terima kasih dan kemudiannya menghubungi keluarganya serta teman-teman lain bagi mengkhabarkan berita duka ini. Keluarganya menasihatinya agar banyak bersabar dan mereka sendiri akan menyusul ke kampung Fatin. Ayu, Lyn, Alia dan teman-teman yang lain menangis tersedu-sedu. Nita yang pada awalnya tak percaya akhirnya meratap pilu dan dipujuk oleh Sham walaupun Sham sendiri bagai tak percaya apa yang berlaku. Pada Shah yang berada jauh di utara juga dikhabarkan berita duka ini. Amirul menuju ke surau berhampiran dan mengangkat wuduk serta menunaikan solat sunat dua rakaat. Dia memohon ketenangan dan berdoa agar Fatin akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amirul kemudian memandu laju meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Seremban. Segala urusan ditangguhkan. Sepanjang perjalanan hatinya meratap pilu dan air mata pun berguguran. Segala kenangan bersama-sama Fatin muncul satu persatu. Amirul meratap hiba mengenangkan apa yang terjadi.
* * * * *
Diari biru peninggalan Fatin diselak lagi. Diari biru itu diserahkan oleh mama Fatin selepas jenazah Fatin telah selamat dikembumikan. Coretan demi coretan dan luahan rasa seorang insan bernama Fatin Yusrina ditatap. Agaknya inilah yang dikatakan oleh Fatin cerpen yang masih tiada penghujungnya suatu masa dulu. Dan kini yang tinggal hanyalah penghujung yang hanya memberi seribu kedukaan. Penghujung yang menyaksikan dia telah kehilangan Fatin buat selama-lamanya. Penghujung yang meninggalkan kesan abadi. Air mata Amirul tumpah lagi apabila bait-bait kata itu dibacanya.
Abang,
Bagaimana keadaan abang hari ini?..Fatin harap abang sihat..Fatin di sini macam biasa.. Abang nak tahu tak, Fatin benar-benar rasa bahagia kerana dipertemukan dengan abang. Fatin bahagia di atas limpahan kasih sayang abang buat diri Fatin. Kalau empat tahun dulu kita pernah terpisah, tak bemakna cinta Fatin telah padam buat abang cuma tika itu Fatin terpaksa menerima kenyataan yang abang bukan milik Fatin. Fatin harus tabah menerima kenyataan walaupun hati Fatin benar-benar terluka. Namun dendam tidak pernah wujud di hati Fatin. Dan kini dengan izin Tuhan kita bersama kembali menjalin ikatan. Semoga kali ini kebahagiaan abadi kan jadi milik Fatin.
Amirul menyelak lagi helaian diari berwarna biru tersebut.
Abang,
Terima kasih atas segalanya. Walaupun Fatin tahu mana mungkin abang membaca luahan hati Fatin di dalam diari bisu ini selagi hayat Fatin di kandung badan tapi Fatin cuma nak abang tahu yang Fatin benar-benar cintakan abang. Fatin berjanji akan menjadi seorang teman, sahabat dan isteri yang baik suatu masa nanti. Fatin akan sentiasa di sisi abang walau susah dan senang. Fatin nak kongsi segalanya dengan abang. Percayalah pada Fatin.
Air mata Amirul mengalir lagi. Tak dapat dibendung kesedihannya. Ingin sekali waktu ini dia melutut memohon keampunan atas segala kekecewaan dan kelukaan yang telah diberikan buat Fatin Yusrina. Sungguh tulus cintamu Fatin. Matanya terhenti pada coretan bertarikh 4 Februari 2000.
Abang,
Genap setahun kita sambung ikatan yang pernah terlerai suatu masa dulu. Dan sudah hampir dua bulan abang seolah-olah menjauhkan diri dari Fatin. Kenapa sejak akhir-akhir ini kasih abang semakin berubah?.. Tiada lagi gurau senda dan tawa mesra. Mana perginya nur kasih yang menyuluh jiwa Fatin selama ini?.. Mana perginya abang?..
Abang,
Fatinkah yang bersalah dalam hal ini?.. kalau benar Fatin yang bersalah mengapa abang takberterus- terang? Kenapa dera perasaan Fatin atau sudah berubahkah kasih abang buat Fatin. Berterus-teranglah abang..tak sanggup lagi Fatin bermain di dalam teka-teki. Puas sudah Fatin merayu pada abang tapi jawapan abang benar-benar mengecewakan Fatin. Abang kata Fatin dah mula pandai mendesak. Salahkah Fatin mengambil berat pada insan yang Fatin cintai sepenuh hati..dan salahkan Fatin untuk mengetahui kedudukan sebenarnya. Kita pernah berjanji untuk susah dan senang bersama. Mana janji-janji abang? Katakanlah abang..mengapa abang terus membisu.
Abang,
Sejak akhir-akhir ini abang banyak berubah. Kadangkala terdetik di hati Fatin, benarkah abang menyintai Fatin ataupun sekadar ingin menebus kesilapan lalu dan mungkinkah diri Fatin ini cuma persinggahan buat abang. Bertahun lamanya Fatin cuba balut luka di hati Fatin tanpa kehadiran abang. Kehadiran abang buat kali kedua tatkala luka di hati hanya tinggal parut. Tegakah abang lukakan kembali parut yang telah Fatin rawat untuk sekian lama. Abang, bukan wang ringgit yang Fatin impikan dari abang cuma limpahan kasihsayang buat Fatin bagi memberi kekuatan untuk Fatin tempuhi hari mendatang dan meneruskan perjalanan hidup ini.
Sham, Nita, Shah,
Akukah yang tersilap kerana memberinya peluang kedua sehinggakan luka lama yang kini cuma tinggal parut terasa pedih kembali. Mungkinkah luka lama yang kalian rawat dengan kasih sayang yang mengambil masa bertahun lamanya untuk sembuh akan berdarah kembali..Aku sendiri kurang pasti. Namun jauh di sudut hati, aku berharap dia akan kembali merawat kepedihan yang makin terasa di hati ini. Bodohkah aku kerana masih menaruh harapan yang terlalu tinggi setelah apa yang telah terjadi.. tapi apa yang aku pasti, aku benar-benar menyintainya..
Abang,
Apa lagi yang perlu Fatin lakukan agar keadaan kembali seperti sediakala. Fatin benar-benar buntu. Ingin rasanya Fatin lari jauh dari kemelut ini. Sudah penat rasanya memikirkan persoalan hati dan perasaan yang tiada kesudahannya. Entah bilakah kan Fatin menemui kebahagiaan abadi. Sampai bila Fatin mampu bertahan dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hati Fatin ini sudah cukup pedih atas apa yang terjadi. Maafkan Fatin abang. Izinkan Fatin undur diri kiranya Fatin tak diperlukan lagi dalam hidup abang. Sebelum pedih di hati melarat menjadi luka parah, izinkan Fatin mencari sebuah kebahagiaan yang abadi. Biarlah masa yang menentukan penghujung cerita cinta kita. Usahlah dikesali perpisahan ini sekiranya ia adalah penghujung cerita cinta kita seperti mana penghujungnya coretan Fatin ini. Cukup sudah hati ini terluka.. Fatin tak sanggup lagi terluka kerana Fatin tak berdaya merawatnya lagi sekiranya ia terjadi buat kali kedua.. Perginya Fatin bukan kerana membenci tapi demi mencari sebuah cinta abadi.. Maafkan Fatin..Namun percayalah..jiwa dan cinta Fatin hanya milik abang..Nama abang telah Fatin ukir indah di sudut hati ..dan ia tak akan terpadam sampai bila-bila..You\'ll always be in my heart.

Salam sayang,
FatinYusrina

Air mata Amirul mengalir deras. Sungguh tak disangka perbuatannya selama ini benar-benar melukakan hati Fatin. Dia terlalu mementingkan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa walaupun Fatin Yusrina yang pada zahirnya kelihatan cekal dan tabah hanyalah perempuan biasa yang punya hati dan perasaan. Insan biasa yang memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dari insan yang amat dicintainya. Dan atas kealpaan itu dia telah mengabaikan tanggungjawabnya pada Fatin dan membiarkan Fatin menempuhnya keseorangan. Walaupun segunung kesalan yang bermain di benaknya tak mungkin dia dapat menebus kembali segala kekecewaan Fatin. Amirul benar-benar terkilan.
Walaupun sudah enam bulan Fatin meninggalkan dirinya, setiap kali menatap diari biru berbunga putih ini hatinya pasti terusik kerana cintanya pada Fatin juga tak pernah padam. Insan seistimewa Fatin tak mungkin ditemuinya lagi. Pintu hatinya juga telah ditutup rapat. Tiada lagi ruang untuk insan lain bertakhta walaupun sudah puas dipujuk oleh keluarga dan teman-teman. Biarlah masa menentukan segalanya. Dan sehingga hari ini Amirul masih lagi menjadi pengunjung setia Fatin walaupun dia sedar yang tinggal kini hanyalah nisan dan jasad yang telah dimakan usia. Hasil laporan kesihatan yang baru diterimanya minggu lepas telah mengukuhkan lagi keyakinan bahawa dia tidak perlu lagi berulang-alik untuk mengunjungi Fatin kerana dia akan menjadi peneman setia Fatin tidak lama lagi. Digulung kembali tikar yang telah digunakan tadi dan jug jernih itu dicapai. Dia melihat jam di tangan, nampaknya sudah lama dia berteleku di situ dan akhirnya dia melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan itu.
Fatin Yusrina. Maafkan abang, abang perlu pergi dulu buat masa ini.. percayalah, abang akan datang kembali.. Dan tika itu abang tak perlu lagi melangkah pergi meninggalkan Fatin sendirian. Abang akan sentiasa berada di sisi Fatin sampai bila-bila. Abang juga nak Fatin tahu yang abang juga menyintai Fatin sehingga akhir hayat abang..

Read More..
 
Cerpen : Antara ilusi dan kenyataan

"kurang ajar!Kau jatuh kan makanan aku.sudahlah aku tumpangkan engkau disini.Tak tahu buat kerja dengan elok kah?!” Mak Cik Nanny memarahi Marien di meja makan.

Dengan hati yang sedih,Marien berlari ke tempat tidurnya iaitu di dalam sebuah reban ayam.Di dalam bilik itu tersipan seribu kesedihan setelah terpisah dengan keluarganya akibat peperangan belanda-china.Walaupun sudah lali dengan jerit-pekik Mak Cik Nanny,tetapi ada ketika nya dia berasa hati yang amat sangat.

Marien menangis tidak henti-henti mengenangkan nasibnya.Setalah lama Marien menitis kan air matanya dia terus tertidur kerana kepenatan seharian bekerja tanpa henti.Sebaik sahaja terjaga dari tidurnya,dia mendapati tempat tidurnya menjadi sebuah bilik yang sangat cantik.Dilihatnya sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni.Dia cuba memetik bunga-bunga itu.Tiba-tiba Marien ternampak seorang pemuda yang tampan sedang bermain pedang di hujung taman bunga itu.

Marien melihat pemuda itu mengacah-acah pedangnya.Dihunuskannya ke kiri dan ke kanan.Dijunamkannya kehadapan.Mata pedang pemuda itu amat tajam.Beberapa pohon bunga terkulai .Saujana mata memandang ialah padang rumput yang amat luas.Umpama padang golf yang dijaga rapi.


Marien terpaku seketika.Wajah pemuda itu dibacanya tetapi kotak fikirannya tidak dapat memberikan sebarang jawapan.Perlahan-lahan Merien mendekati pemuda tersubut.

"Apa khabar?”Marien disapa terlabih dahulu."Ba….baik,”jawabnya sepatah.Terkejut "Siapakah awak?Saya tak pernah melihat awak sebelum ini?”Tanya Jason.Marien hanya membisu.


Lalu Merian menanyakan soalan kepada Jason tanpa menjawab pertanyaan Jason"Dimanakah saya?”Tadi saya tertidur di dalam bilik kecil.Didingnya kian reput dimakan anai-anai.Disekelilingnya adalah semak samun.Kadang-kala binatang bisa menggetarkan perasaan saya.Oh ya!Mak Nanny.Dimanakah dia?”Marien tercari-cari orang yang menjaganya selepas kehilangan kedua ibubapanya.


"Awak dinegara Dome.”
"Dome?”Marien berfikir sejenak dengan keadaan yang agak kusut fikirannya. "Ya,Dome.”Jawabnya sambil senyum "Saya Jason”. Sambungnya lagi.Marien menyambut salam perkenalan yang tiba-tiba itu. "Ayah saya raja negara ini.Itu lah rumah saya.” Marien memandang arah yang ditunjukkan.Tidak disangkanya bahawa Istana yang tidak beberapa jauh daripadanya ialah rumah Jason. "ouh.saya pula Marien”jawab Marien dengan nada suara yang agak manis.
"Marilah saya bawa awak ke rumah saya,saya boleh memperkenalkan awak kepada ayah saya.Manalah tahu jika ayah berkenan kepada awak Merien.hehee” Jason ketawa kecil. "Ada-ada sahajalah awak ni”Marien malu menunjukkan riaksi mukanya. "Jom la kita berangkat”.Marien hanya menundukkan muka sahaja.Mereka terus menaiki kereta kuda tersebut sehingga sampai di istana.Pintu istana terbuka.Lalu mereka masuk ke dalam.Merian berasa amat gembira kerana ini lah kali pertama dia menjejak kan diri di dalam sebuah istana yang amat cantik pemandangan dalamanya.Merian diberikan persalinan yang baru.Dia masih keliru dengan peristiwa yang terjadi.Persalinan tetap dipakainya. "wah!,amat cantik!” Marien memuji dirinya. "Tidak pernah ada pakaian aku secantik ini”kata nya lagi.Sesuai pula dengan tubuhnya yang tinggi da kurus itu.Rambut menggerbangnya di simpul rapi agar kemas.Tanpa tata rias yang lain Marien menjadi tetamu istimewa di meja makan.

"Jangan malu wahai gadis.Duduk lah dan makanlah bersama2 kami.Sebelum itu,kamu pakailah rantai mutiara yang ada dihadapan kamu itu,rantai itu boleh menunaikan apa-apa sahaja hajat kamu,tetapi dengan satu hajat sahaja”.Kata raja sambil menunjukkan rantai tersebut.Marien mengambil sambil mengucapkan terima kasih lalu memakai rantai tersebut.Dia tidak percaya bahawa rantai yang dipakainya mempunyai kuasa semedikian rupa.Baginya itu suma karut.Lalu mereka makan dengan tertibnya.


Suasana menjadi sunyi seketika.Tiba-tiba Marien terkejut.Dia kebasahan.Disapunya air yang terkena dimuka.Dihadapannya Melenda,anak Mak Cik Nanny.Pada tangannya ada sebuah baldi.Ternyata dia disimbah dengan sebaldi air. "Kau jangan asyik nak tidur sahaja,siapkan makanan untuk kami cepat!”herdiknya lalu keluar dari reban ayam tersebut.

Marien terkebil-kebil.Arahan mesti dipatuhi.Marien memegang lehernya.Dia tersentuh rantai mutiara yang diberikan oleh bapa Jason.Marien sedar bahawa dia bukan dialam mimpi lagi.Dia sangat berasa hairan.Tergesa2 Marien terus memakai sepatunya dan dengan pantas dia menuju ke dapur.Pantas pula dia mengambil bahan-bahan untuk dimasak.Ketika itu dia teringat kata-kata ayah Jason "rantai itu boleh menunaikan apa-apa sahaja hajat kamu,tetapi dengan satu hajat sahaja”.Kalau benar ada tuahnya,Marien berhajat agar Mak Cik Nanny dan Melenda melayannya dengan lebih baik lagi.

Marien menghidangkan makanan yang telah siap dimasak.Kemudian dia memanggil Mak Cik Nanny dan Melenda.Dengan pantasnya dua anak-beranak itu datang ke meja makan dengan muka manis mereka.Marien terpaku sejenak. "Marien mari makan bersama kami!”.Tiba-tiba Mak Cik Nanny mempelawanya.Melenda pula menarik tangannya sambil tersenyum.Selalunya Marien hanya dibenarkan makan apabila mereka selesai makan.Ada ketikanya hanya tinggal sisa-sisa makanan sahaja.Marien masih tidak mempercayai perkara sedemikian rupa berlaku kepada dirinya.Mungkin inilah balasan tuhan kepadanya kerana telah tahan dengan sikap Mak Cik Nanny dan Melenda selama ini. "ini lah ilusi!ini lah kenyataan!”kata Marian seorang diri -kayrulAli-

Read More..
 
Cerpen : 1 April

Kad merah jambu itu kutatap berulang kali. Tidak jemu-jemu aku membaca isi kandungan di dalamnya. Sungguh, tidak pernah aku merasa begini sepanjang hidupku. Perasaan gembira, gementar dan takut silih berganti menghantui benakku. Kuulang membaca setiap baris perkataan di dalam kad itu lagi. Dan kali ini, aku menghela nafas panjang. "This is it." Terdengar hati kecilku berbisik.


Kad merah jambu itu bukan sembangan kad. Di dalamnya tersembunyi segala-gala yang aku pendam selama lebih 3 tahun. Selama itu, tidak pernah aku terfikir mahu pergi sejauh ini. Aku bukan gadis yang mudah melafazkan kata-kata cinta kepada seorang lelaki. Tapi akhirnya aku sedar, setelah 3 tahun aku masih tidak mampu melupakan lelaki yang seorang ini. Sudah jenuh aku berfikir-fikir, diakah Mr. Right yang aku cari-cari selama ini? Dan sekiranya dialah Mr. Right itu, akukah Miss Rightnya? Hanya ada satu jalan untuk memastikan jawapan itu.

"Iqbal, em..boleh jumpa?" Suaraku bergetar di dalam talian. Gemuruh benar mahu menyusun kata-kata, akhirnya hanya ayat pendek itu yang terkeluar dari bibir.

"Sure! Tempat biasa eh.." Lega benar aku apabila dia memberi kata persetujuan. Sekarang dugaan terbesar menantiku..


***

Lama dia memandang kad merah jambu itu. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arahku yang hanya mampu tunduk memandang lantai kafe'. Saat itu benar-benar aku gemuruh. Tidak sanggup aku memandang ke arahnya. Kurasa pipi ini terasa begitu panas sekali. Tiba-tiba terdengar seseorang ketawa berdekah-dekah. Kuberanikan diri untuk mengangkat mukaku. Mata bulatku tepat memandang ke arahnya yang jelas sedang mentertawakan aku. Aku jadi hairan. Lucu benarkah ayatku di dalam kad itu?

"Nice try, Sarah. Happy April Fool!" Suara cerianya bergema di akhir tawa. Aku terpempan. Bodohnya aku! Dalam banyak-banyak hari dalam 365 hari, aku memilih 1 April untuk meluahkan perasaan hatiku. Hanya Tuhan yang tahu betapa malu aku saat itu. Malu kerana isi hatiku sudah disalah ertikan sebagai bahan jenaka. Akhirnya, aku hanya mampu tertawa bersamanya.

Jarang aku bertemu dengan Iqbal selepas kejadian memalukan itu. Tidak tahu bagaimana aku hendak memberi reaksi setiap kali aku berjumpa dengannya. Dia bukan lagi seorang sahabat biasa pada pandangan mataku. Dan setelah merasakan seolah-olah cintaku ditolak, aku semakin menjauhkan diri darinya..

Satu petang, setelah hampir sebulan kami tidak bertemu, aku mengambil keputusan untuk bertemu dengannya. Entahlah,mungkin aku rindukan suara dan wajahnya setelah sekian lama. Dia bersetuju. Dan aku jadi gembira tiba-tiba. Langkahku untuk pulang ke rumah jadi ringan saat itu. Sedang aku tersenyum sendirian, aku terlihat kelibat seseorang yang amat aku kenali. Dia sedang berbicara di dalam telefon.

"Kau kat mana ni?" Terdengar suara Iqbal di dalam talian. Orang itu turut sama menggerakkan bibirnya. Benarkah itu Iqbal? Tapi...mengapa dia berjalan berpimpin tangan dengan sahabatku, Maria? Aku jadi kaku tiba-tiba. "Helo, Sarah! Kau dengar tak ni?" Terdengar lagi suaranya di talian. Tapi saat itu, aku tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa. Lidah ini kelu sekali untuk menjawab segala pertanyaannya. Tanpa sedar, air mata mengalir di pipi yang semakin memerah ini..

Sungguh aku tidak pernah perasan wujudnya rasa cinta di antara dua sahabat karibku. Maria tidak pernah membicarakan tentang lelaki idamannya, jauh sekali mahu bercakap tentang Iqbal. Iqbal juga begitu. Tiba-tiba sahaja mereka muncul di hadapanku sebagai pasangan kekasih. Sebagai seorang sahabat, aku mahu benar merasa gembira di atas penyatuan dua hati ini, tapi sungguh, aku tidak mampu. Hati ini terasa pedih sekali setiap kali melihat kemesraan mereka. Waktu itu air mata terasa begitu murah buatku. Namun atas dasar persahabatan, aku gagahkan diri untuk tersenyum apabila bertemu dengan mereka. Terasa seperti patung bernyawa tiap kali aku harus berlakon di hadapan dua sejoli ini.


Aku cuba untuk melupakan Iqbal setelah aku tahu dia kini milik Maria. Pernah aku cuba keluar dengan lelaki lain. Tapi aku tidak dapat mengelakkan diri daripada membandingkan mereka dengan Iqbal. Sukar benar mahu melupakan layanan mesranya terhadapku. Segala kenangan aku bersamanya masih kekal sebagai memori paling indah buatku. Aku terus jadi begitu sehinggalah..


"Sarah, Maria accident..." Perlahan sekali suaranya di dalam talian. Terdengar esak tangis di hujung bicaranya. Aku hanya mampu mengucap panjang sambil kaki pantas melangkah menuju ke kereta. Di dalam hati aku hanya mampu berdoa moga-moga Maria selamat. Sampai di hospital, Iqbal kulihat berada di suatu sudut. Dia terduduk di situ sambil terus menangis. Melihat dia begitu, kerongkongku terasa ketat. Ya Allah, apa terjadi kepada Maria? Setelah hampir 5 minit aku berada di hadapannya, Iqbal mendongak. " Dia koma.."


***

Sehari, sebulan, setahun berlalu pergi..namun Maria masih tidak mahu membuka matanya. Entah apa agaknya yang dia mimpikan. Mungkin mimpi yang sangat indah, sehingga dia masih tidak mahu bangkit daripada lena panjangnya. Aku melawat Maria hampir setiap hari, memandikannya, menggantikan bunga di dalam pasu dan bercerita kepadanya. Setiap kali itu juga aku bertembung dengan Iqbal. Lama-kelamaan, kami jadi rapat semula, seperti di alam sekolah menengah dahulu. Dia menceritakan hampir semua perkara kepadaku. Dan secara tidak sedar, perasaan sayangku kepadanya kembali hadir. Namun aku sedar kedudukanku. Dia hanya sahabat baik dan akan kekal menjadi sahabat baik sampai bila-bila.

Lalu bila satu hari dia duduk di salah satu bangku hospital sambil memegang kad merah jambu yang amat kukenali, aku jadi hairan. Mengapa tiba-tiba sahaja dia mengingatkan aku kepada kenangan 1 April itu?

"Aku..baca balik apa yang kau tulis hari tu.." Kemudian dia tertawa kecil "I'm so stupid..forgive me.." Mata sayu itu memandang aku dengan penuh rasa bersalah. Dia tahu! Setelah sekian lama kad itu berada di dalam simpanannya, akhirnya dia faham isi hati aku. Aku jadi bingung. Tidak tahu apa yang harus kulakukan seterusnya. Sedang aku berusaha mencari kata-kata, dia bingkas bangun. Tangan sejuknya memegang tanganku. "Let's go back to where it should start.." Dan sekali lagi, air mata ini tumpah..

Benar manusia ini tamak. Walau bagaimana sekalipun mereka cuba untuk tidak mementingkan diri sendiri, perasaan itu tetap wujud di dalam diri masing-masing. Mereka mahu segala-galanya yang terbaik buat diri mereka. Dan bagi aku, Iqbal adalah yang terbaik buatku. Lalu bila dia menghulurkan kasihnya, aku jadi tamak. Aku tewas dengan kehendak diri aku sendiri.

Iqbal adalah kekasih yang sempurna. Dia memberikan hampir segala-gala yang aku idamkan. Kami jadi kekasih paling akrab sejak hari itu. Namun tidak pernah sehari pun tidurku nyenyak. Setiap kali dia memandang aku dengan penuh kasih sayang, aku akan lihat bayangan Maria di dalam matanya. Begitu juga setiap kali kami keluar bersama, Maria ada di mana-mana. Nyata aku terperangkap di antara kasih Iqbal dengan persahabatan Maria.
Pernah satu petang aku bertanya kepada Iqbal, bagaimana sekiranya suatu hari nanti Maria sedar daripada koma? Dia tidak menjawab, sebaliknya hanya mendiamkan diri. Sesekali terdengar dia mengeluh berat. Tahulah aku bahawa dia juga merasa bersalah dengan hubungan ini. Sudahnya, kami masing-masing terdiam. Petang itu terasa begitu hambar sekali buat kami.


Suatu hari, waktu aku melangkah ke dalam hospital dengan membawa sejambak bunga mawar putih buat Maria, hatiku jadi gundah tiba-tiba. Aku mempercepatkan langkahku, takut sesuatu yang buruk berlaku kepada Maria. Sampai di depan pintu biliknya, kulihat ahli keluarganya sudah ramai berhimpun. Ibu Maria pantas memelukku sebaik sahaja dia melihatku. "Maria dah sedar! Syukur Alhamdulillah nak..berkat doa kita semua, Allah dah sedarkan dia daripada koma..!" Perkataan ibu Maria bagaikan terawang-awangan di udara. Aku tidak dapat mendengar butir bicaranya selepas itu, kerana yang aku lihat di hadapanku ketika itu adalah Iqbal dan Maria. Mata bundar Maria digenangi air sambil dia erat memeluk Iqbal yang membelakangi aku. Walau aku tidak dapat mendengar bicara Maria, pergerakan bibirnya jelas mengungkapkan "I love you" berulang kali. Saat itu, tidak mampu lagi untuk aku mengalirkan air mata kerana aku sudah tahu, hari ini akan tiba bila sampai waktunya. Bagai dalam cerita dongengan kanak-kanak Sleeping Beauty, Maria akan sedar dari lena panjangnya dan orang pertama yang dicarinya sudah pasti Putera Iqbal. Lalu siapa agaknya aku di dalam kisah ini? Dari situ barulah aku sedar, tidak ada tempat bagi orang ketiga di dalam mana-mana rangkap cerita. Lalu dengan berat, kaki ini melangkah meninggalkan mereka. Beberapa tapak melepasi bangunan hospital, sejambak mawar putih itu masih kugenggam erat..

Malam itu telefon bimbitku dihujani panggilan berulang kali oleh Iqbal. Setelah hampir 10 missed call, aku menekan butang hijau. Perlahan kudekatkan telinga ke gagang telefon. "Sarah, kenapa awak tak angkat telefon?" Suara sayu itu terasa bagai sembilu menikam jantung ini berkali-kali. Aku menangis semahunya di dalam talian. Iqbal jadi kaget. "Let's tell her the truth. She'll know sooner or later." Pandanganku jadi kabur. Aku tahu aku tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan Maria dan menyatakan kebenaran. Tidak dapat aku bayangkan perasaannya apabila dia mengetahui perkara yang sebenar. Baru pagi tadi wajah lembutnya dihiasi cahaya kegembiraan, sanggupkah aku memalapkannya dengan berita cinta aku dan Iqbal?


"Iqbal, saya tak sanggup.." Suaraku bergetar, antara dengar dan tidak. Namun aku pasti Iqbal mendengarnya kerana selepas itu, dia merayu-rayu di talian.

"She's my past, Sarah! You're my present and also my future! Tolong, jangan buat saya macam ni-" Tak sanggup lagi mendengar walau sepatah kata darinya, aku segera mematikan talian. Di atas katil, aku terus menangis dan menangis..

Pagi esoknya, Iqbal sudah tercegat di hadapan apartmentku. Rambutnya kusut masai dan dia masih memakai baju yang dipakainya semalam. Aku menguatkan diri untuk melangkah ke hadapan, menghampirinya.

"Saya tak patut mendampingi dua orang wanita dalam satu masa, tapi jika saya harus memilih, saya akan pilih awak. Awak tahu kan?" Perkataannya satu persatu menghiris hati ini. Di hadapannya, sekali lagi aku menangis. Namun belum sempat aku mahu mengeluarkan kata-kata, telefon bimbit Iqbal berbunyi. Air mukanya berubah serta merta sesudah itu. Aku tahu benar siapa gerangannya di hujung talian. Maria. Nama itu membuatkan kaki ini pantas meninggalkan Iqbal. Dia terkial-kial mengejarku yang sudah berada di dalam kereta. Swift biru memecut laju meninggalkan perkarangan apartment. Melalui cermin pandang belakang, aku melihat Iqbal. Dia masih berdiri di situ. Jelas terlihat riak kecewa di wajahnya. Dan selepas itu aku tidak sanggup lagi untuk menoleh ke belakang.

Menjelang tengah hari, baru aku tersedar sesuatu. Hari ini 1 April. Bermakna hari ini, genap satu tahun aku memberikan kad merah jambu itu kepada Iqbal. Masih aku teringat saat-saat aku mahu memberikan kad itu kepadanya. Gementar sungguh rasa hati ini. Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Tak kusangka,sekeping kad itu telah menyatukan kami.

Memori lama tiba-tiba mati di situ. Aku segera membuka laci dan mengeluarkan satu sampul. Di dalamnya, ada sekeping kad merah jambu. Kad kosong itu lalu kuiisi dengan perkataan. Satu demi satu.

Iqbal,
With one pink card, I started our relationship. And with one pink card, I'll end up this romance. She certainly deserves better, Iqbal. I'm so sorry and thank you for everything. Thank you for every sweet memory you gave me. I'll cherish each and every one of them until the day I die.
Happy April Fool,
Sarah.

Tepat satu tahun dahulu, dia pernah mentertawakanku saat aku memberikan kad merah jambu kepadanya. Dia menganggap aku hanya mahu berjenaka. Benar. Kini aku sedar, ini semua sememangnya hanya satu jenaka. Hubungan ini adalah satu jenaka.

Dan kali ini, aku benar-benar berharap dia dapat ketawa bersama-samaku.

Read More..
 
Cerpen : Arwah mak cik Siti

"Kembalikan anakku!Kembalikan anakkku.....!!!!"masih jelas pada ingatanku akan keadaan Mak Leha yang menjerit-jerit mengulangi ayat tersebut.
Malam ini aku berasa sukar untuk melelapkan mata.Di ruang mataku masih terbayangkan keadaan Mak Leha,janda Pak Samad sebentar tadi.Baru tadi aku dan bapa balik dari rumah jiran kami itu.Pak Samad baru sahaja meninggal dunia empat bulan yang lepas meninggalkan Mak Leha dan anak mereka,Sophia.Arwah merupakan seorang yang disukai ramai kerana sikapnya yang menyenangkan sesiapa sahaja.Namun sebaliknya pula dengan Mak Leha yang tidak begitu digemari penduduk kampung kerana sikapnya yang suka mengumpat dan memandang rendah pada orang lain mungkin kerana Pak Samad boleh dikatakan orang yang mempunyai lebih harta berbanding dengan penduduk lain di kampung kami.Dengan harta peninggalan suaminya,perangai buruk Mak Leha semakin bertambah.Oleh itu,penduduk kampung jarang ada yang mahu bergaul atau bertandang ke rumah Mak Leha.Agaknya disebabkan inilah maka Sophia datang meminta pertolongan bapa kerana bapa dulu berkawan baik dengan arwah.
Masih aku ingat,semasa menyiapkan kerja sekolah petang tadi,tiba-tiba Sophia,anak dara Mak Leha yang cantik itu berlari bagaikan dikejar hantu ke rumah kami.Dengan suara yang terketar-ketar,Sophia meminta bapa agar pergi ke rumahnya tolong lihatkan keadaan ibunya yang berubah secara tiba-tiba itu.Atas dorongan perasaan hairan,maka aku juga memilih mengikut bapaku ke rumah Mak Leha yang letaknya tak jauh dari rumah kami.
Ketika sampai di rumah Mak Leha,aku dapat rasakan bulu roma aku meremang serta-merta dan hatiku menjadi tak senang bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku.Ah,segera aku menepis perasaan yang menyeramkan itu.Baru saja menjejakkan kaki ke rumah Mak Leha,tiba-tiba kami dikejutkan oleh bunyi hilaian yang menyeramkan.Segera Sophia berlari masuk ke bilik ibunya diikuti oleh aku dan bapa.

Aku berasa semakin tak senang hati sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik Mak Leha.Bilik tersebut agak gelap padahal ketika itu cuaca masih terang.Keadaan bertambah menyeramkan dengan keadaan Mak Leha.Mak Leha ketika itu duduk terperosok di sudut bilik dengan matanya yang merah dan rambutnya yang mengerbang itu.Sebaik sahaja ternampak kami,Mak Leha segera menerpa ke arah bapa hendak mencekik bapa.Dengan segera bapa mengucapkan ayat-ayat suci sambil cuba menenteramkan Mak Leha.Aku dan Sophia terpaku melihatkan keadaan itu.

"Kembalikan nyawaku!!!!Kembalikan anakku!!!!Mati kau..mati kau!!!!!!"jerit Mak Leha sambil menarik-narik rambutnya.Ada kalanya Mak Leha bertindak menghentakkan kepalanya ke dinding.Darah merah mengalir setiap kali Mak Leha menghentakkan kepalanya ke dinding lantas dinding bilik berlumuran dengan darah Mak Leha.Keadaan Mak Leha bertambah buruk apabila Mak Leha semakin rancak menghentakkan kepalanya ke dinding sambil diiringi oleh bunyi hilaian yang memenuhi ruang bilik dan menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang berada di situ.Mak Leha ketika itu bagaikan telah berubah menjadi seorang yang amat asing bagi kami.Dalam keadaan yang samar-samar itu,aku dapati kadang kala bagaikan terlihat wajah lain di sebalik wajah Mak Leha.Aku berasa semakin gerun.Memandangkan keadaan Mak Leha yang semakin tak terkawal itu,maka bapa meminta aku pergi meminta pertolongan daripada penduduk kampung yang lain.

Dengan langkah yang pantas,aku berlari selaju-lajunya menuju ke rumah jiran lain.Tak sampai lima minit,berita perubahan Mak Leha yang menakutkan itu sudah tersebar di seluruh kampung.Rumah Mak Leha yang dulunya sepi kerana jarang dikunjungi orang lain kini riuh dengan suara penduduk kampung.Ruang rumah Mak Leha semakin dibanjiri oleh penduduk kampung yang ingin mengetahui apa yang berlaku.Sesetengah penduduk datang dengan hati yang bersimpati manakala sesetengahnya pula dapat aku rasakan datang untuk melihat balasan yang diterima oleh Mak Leha yang buruk sikapnya itu.

"Aku nak balik!!!Aku nak balik!!!Lepaskan aku!!!"ruang rumah bergema dengan jeritan Mak Leha itu.Keadaan menjadi semakin riuh dengan Mak Leha yang ingin meninggalkan rumah tersebut.Tiada siapa yang tahu ke mana dia hendak pergi dan dia hendak balik ke mana.Keadaan Mak Leha amat menakutkan sesiapa sahaja yang memandang.Darah berlumuran membasahi wajah Mak Leha,rambutnya yang mengerbang,matanya yang begitu merah dan tajam menjeling kesemua orang dan kadang-kala pula dia ketawa serta mengilai dan menangis pula secara tiba-tiba.Mak Leha ketika itu juga menjadi seorang yang amat kuat tenaganya.Bayangkan seorang wanita perlu ditahan oleh lima,enam orang penduduk kampung yang besar tubuh mereka untuk mengelakkannya melepaskan diri.Akhirnya Mak Leha tak sedarkan diri setelah iman kampung,Ngah Salleh membacakan ayat-ayat suci diiringi oleh semua penduduk kampung yang berada di situ.Beberapa orang penduduk kampung diarahkan berada di situ menemani Mak Leha dan Sophia.Aku dan bapa bersama dengan penduduk kampung yang lain balik ke rumah masing-masing dengan perasaan yang letih dan gerun.
Jam sudah menunjukkan tepat dua belas malam namun aku masih tak dapat melelapkan mata.Aku tak dapat melelapkan mata kerana masih teringatkan kejadian di rumah Mak Leha petang tadi.Tambahan pula,sejak balik dari rumah Mak Leha,aku berasa serba tak kena dan dapat aku rasakan bagaikan ada sepasang mata yang mengekori setiap pergerakkanku.Bulu roma aku juga sering menegak secara tiba-tiba dan keadaan menjadi dingin padahal malam itu cuaca agak panas.Sayup-sayup pula kedengaran bunyi bisikan di cuping telingaku.Aku menjadi semakin rimas dan tak senang hati dengan keadaan ini.Aku tak sedar bila aku terlelap.

"Min,Min tolong mak cik,boleh tak?Mak cik sejuk,mak cik takut,mak cik sakit,mak cik rindukan anak mak cik...."sayup-sayup aku terdengar rintihan pilu daripada satu suara yang tak pernah aku dengar.Segera aku membuka mata dan dalam kegelapan aku terlihat sesusuk tubuh yang berpakaian baju kebaya berwarna putih berdiri di sudut bilik.Wajah itu agak ayu dan manis dan wanita dengan baju kebaya putih itu sempat melemparkan sebuah senyuman kepadaku.Aku menjadi kaku tanpa sempat memberikan tindak balas.

"Min,Min tolong mak cik ya..."Sebaik sahaja melafazkan kata-kata tersebut,wanita tersebut hilang daripada pandanganku.Tiba-tiba aku tersedar daripada keadaan kaku dan tanpa berlengah aku mencubit lenganku."Adui!"lenganku terasa sakit akibat cubitan tersebut.Serta-merta aku berasa amat takut dan badanku mula menggigil ketakutan.Ini bermakna sebentar tadi aku terlihat hantu.....Tiba-tiba aku tidak sedarkan diri.

"Min,bangun Min..jangan menakutkan mak,Min."Aku terdengar suara emak terngiang-ngiang di telingaku.Aku membuka mata perlahan-lahan.Aku mendapati emak dan bapa duduk di sampingku sambil mulut bapa terkumat-kamit membacakan ayat-ayat suci.Emak segera memelukku sebaik sahaja melihat aku mula sedarkan diri.Selepas berehat untuk seketika,aku mula menceritakan apa yang berlaku kepada kedua-dua orang tuaku itu.Dalam kala aku bercerita, aku masih dapat rasakan ada sepasang mata yang asyik memerhatikan aku.

Emak dan ayah tidak mempercayai apa yang aku katakan dan mereka berpendapat itu hanya khayalanku semasa dalam keadaan keletihan serta khayalan yang direka sendiri lantaran peristiwa di rumah Mak Leha petang tadi.Memandangkan kedua orang tuaku tidak menerima apa yang aku katakan,maka aku memilih untuk mendiamkan diri.Namun begitu dalam hati,aku masih tertanya-tanya perisitwa sebentar tadi.Aku bertekad akan menyiasat apa yang berlaku.

Keesokkan harinya,emak dan ayah mengajak aku bersama-sama mereka bertandang ke rumah Mak Leha melihat keadaan Mak Leha.Emak turut membawa bersama sarapan yang disediakan untuk Sophia dan Mak Leha.Melihatkan kedatangan kami,maka jiran yang bertugas menemani Sophia dan Mak Leha malam tadi pun meminta diri.Keadaan rumah Mak Leha masih sama seperti kelmarin.Suram dan menyeramkan.Sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah mereka,aku dapat rasakan bulu romaku terus meremang.Sophia duduk bersujud di sebelah ibunya di bilik ibunya.Wajah Sophia kelihatan kuyu dan matanya kemerahan-merahan.Agaknya puas menangis akibat keadaan ibunya.Mak Leha pula lebih tenang keadaannya pada masa itu.Mak Leha duduk di birai katil sambil merenung ke luar tingkap.Entah apa yang tenungkannya itu.Rambut Mak Leha kelihatan kusut masai dan ada kalanya dia tersenyum,ketawa secara tiba-tiba dan bercakap seorang diri tanpa mengendahkan orang lain.Emak mengajak Sophia untuk bersarapan dan baru sahaja aku hendak mengekori mereka meninggalkan bilik tersebut,tiba-tiba Mak Leha memandang ke arahku.Aku tidak tahan dengan jelingannya yang tajam itu lalu segera melangkah ke luar bilik.

"Min,Min jangan lupa ya...ha ha ha......."baru sahaja sampai ke muka pintu,tiba-tiba kedengaran suara Mak Leha diikuti dengan hilaian yang menakutkan.Segera aku mempercepatkan langkah ke dapur.Aku menjadi semakin takut dan keliru.Aku binggung sama ada Mak Leha ketika itu merupakan Mak Leha yang sebenarnya ataupun wanita yang aku lihat dalam bilik aku malam tadi.Aku dengan sepenuh usaha cuba menepis perasaan takut itu dan memberanikan diri melangkah masuk ke bilik Mak Leha.Baru saja sampai di muka pintu,Mak Leha terus menoleh ke arahku dengan satu senyuman di mukanya.Walaupun aku berasa takut dengan situasi tersebut,namun aku memberanikan diri melangkah masuk ke dalam bilik.Aku berdiri agak jauh dari katil Mak Leha.Mak Leha mengilai perlahan melihatkan perlakuanku itu.

"Mak Leha...."aku cuba memulakan perbualan dengan menegur Mak Leha."Ahhhh!!!!!Aku bukan Mak Leha...perempuan jahanam tu!!Aku Siti..Siti gadis pujaan Bang Samad..."kata Mak Leha sambil tersenyum kemalu-maluan.Tiba-tiba Mak Leha menangis teresak-esak."Siti rindu Bang Samad,Bang Samad......Siti sakit,badan Siti panas......"aku berasa seram mendengar rintihan pilu Mak Leha itu.Pada masa yang sama,aku binggung dengan apa yang berlaku.Siti?Siapa pula Siti yang dikatakan Mak Leha itu???Tidak dapat aku lupakan riak wajah Mak Leha ketika mengatakan dirinya sebagai Siti dan ketika nama arwah Pak Samad disebut.Wajah Mak Leha kelihatan begitu mesra dan ayu tidak sama seperti Mak Leha yang aku kenali,sombong dan garang.Tanpa berfikir panjang,aku lantas berlari meninggalkan bilik tersebut.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata.Aku berasa cemas dan gelisah.Aku dapat rasakan bagaikan terdapat sepasang mata dengan renungan tajam mengekori setiap pergerakkanku.Aku berasa gelisah dengan keadaan tersebut.Dapat aku rasakan bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku sebentar nanti.Malam semakin larut namun aku masih tidak dapat melelapkan mata.Hujan kini juga mula turun dengan lebatnya.AH...sepatutnya cuaca begini pasti enak tidur,namun entah apa yang menyebabkan aku tidak dapat melelapkan mata.Bagaikan ada kuasa yang melarang aku berehat.Tiba-tiba bulu roma aku meremang dan angin mula bertiup kencang di luar situ.Sayup-sayup kedengaran bunyi salakan anjing dari rumah sebelah.Tiba-tiba pula bilik aku dipenuhi bau harum yang tidak aku pasti.Yang aku pasti, dugaan Allah sudah tiba.
Secara spontan aku membuang pandang ke arah sudut bilik dan sama seperti apa yang telah aku jangkakan,sesusuk tubuh dengan baju kebaya putih berdiri tegak di situ.Aku cuba kuatkan semangat untuk mengamati wajah tuan punya tubuh tersebut.Dalam samar-samar aku mendapati wajah tersebut agak pucat.Namun begitu,wajah tersebut agak manis dan ayu.Aku menjadi takut mendapati susuk tubuh wanita tersebut semakin hampir dengan diriku.Dalam sekelip mata, tubuh tersebut sudah berada di sisi katilku.Aku menjerit sambil menutup diriku dengan selimut dan menutup rapat mataku.Badan aku menggigil dan peluh mula membasahi tubuhku.Aku tidak pasti sama ada tubuh tersebut masih berada di sisi katilku atau tidak kerana aku tidak berani untuk membuka mata.

"Min,mak cik tahu Min takut..tapi jangan risau kerana mak cik tak akan apa-apakan Min."jantungku bagaikan hendak terhenti apabila wanita tersebut mula berkata-kata.Tambahan pula suara tersebut kedengaran amat pilu."Sebenarnya mak cik ingin meminta bantuan Min..Min tolong mak cik ya..kalau Min tak tolong,mak cik akan terus mengganggu Leha.."wanita tersebut mula menceritakan asal-usulnya serta apa yang telah berlaku.Turut wanita tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Siti menjelaskan tujuan kemunculannya serta bantuan yang diperlukan.Aku mendengar dengan sepenuh hati walaupun masih diselubungi perasaan takut.Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi dan tidak lagi kedengaran suara wanita tersebut.Dengan perlahan-lahan aku menurunkan selimut yang menutupi wajahku.Lega rasanya mendapati wanita tersebut tiada lagi dalam bilikku.

Aku menarik nafas panjang cuba menenteramkan diri ekoran apa yang berlaku sebentar tadi.Setelah bertenang,aku cuba mengimbas kembali apa yang berlaku serta kata-kata mak cik Siti sebentar tadi.Aku semakin hairan dengan apa yang berlaku.Perasaan ingin tahu mula menghantui diriku.Kini aku bertekad untuk mencari kebenaran atas segala yang berlaku.Ya,akanku tepiskan segala perasaan takut demi mencari kebenaran atas apa yang berlaku.Aku tidak sedar bila aku melelapkan mata.Namun yang aku pasti aku terlena dengan satu semangat baru dalam diriku.Ya,akanku membantu mak cik Siti.
Keesokkan harinya, awal-awal pagi lagi aku mengajak emak untuk berbual-bual. Aku memulakan cerita dengan menunjukkan minat tentang peristiwa lalu yang berlaku di kampung kami sambil berkisar di sekitar cerita tentang arwah Pak Salleh.Aku berpura-pura menunjukkan minat yang mendalam tentang arwah dengan harapan dapat mencungkil sedikit sebanyak maklumat yang dikehendaki.Aku menjadi semakin bersemangat untuk mencari kebenaran kisah mak cik Siti setelah berbual dengan emak sebentar tadi.Menurut emak,arwah pada asalnya mempunyai seorang isteri yang baik budi pekertinya,iaitu Siti.Namun sebaik sahaja melahirkan seorang bayi,Siti terus hilang.Siti bagaikan telah lenyap dari dunia ini.Semua orang tidak tahu ke mana perginya Siti walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menjejaknya.Tidak lama selepas kehilangan Siti maka arwah telah mengahwini makcik Leha dengan harapan ada orang yang menolong menjaga makan minumnya dan anaknya.Kehilangan Siti lama-kelamaan dilupakan begitu sahaja dan Sophia pula tidak diberitahu tentang ibu kandungnya.Peristiwa kehilangan Siti terus menjadi satu misteri yang akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Setelah mendengar cerita emak,aku cuba membandingkannya dengan dengan apa yang dikatakan oleh mak cik Siti semalam.Peluh dingin mengalir membasahi bajuku dan aku mula berasa takut memikirkan apa yang dikatakan oleh mak cik Siti.Menurut mak cik Siti,mak cik Leha,sahabatnya sejak kecil lagi yang telah membunuhnya.Mak cik Leha berdendam dengan mak cik Siti apabila arwah memilih Siti sebagai teman hidupnya.Hal ini demikian kerana mak cik Leha turut menaruh perasaan terhadap arwah.Maka mak cik Leha sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan mak cik Siti.Walaupun mak cik Siti sedar akan rancangan mak cik Leha,namun dia memilih mendiamkan diri memandangkan persahabatan mereka yang sekian lama.Namun begitu,selepas mak cik Siti melahirkan anak,mak cik Leha menjemputnya ke rumah dengan alasan telah menyediakan hidangan berkhasiat untuk memulihkan badan mak cik Siti selepas bersalin.Tanpa curiga,mak cik pun bertandang ke rumah mak cik Leha dan selepas makan mak cik Siti mula berasa pening kepala.Pada masa itu barulah mak cik Leha menunjukkan belangnya.Dengan kekuatan yang ada tambahan pula pada masa itu mak cik Siti tidak mempunyai tenaga untuk menentang,maka mak cik Leha menggunakan sebatang kayu memukul mak cik Siti secara bertuli-tuli sehingga akhirnya mak cik Siti menghembuskan nafas yang terakhir.
Menurut mak cik Siti,mayatnya ditanam berhampiran kebun kepunyaan arwah.Mak cik Siti turut menjelaskan sebabnya mengganggu mak cik Leha.Semuanya atas dorongan perasaan keibuan.Menurut mak cik Siti,dia dapat merasakan perasaan anaknya yang menderita sejak kebelakangan ini.Rupa-rupanya mak cik Leha ingin mengahwinkan Sophia dengan seorang lelaki kaya dari bandar.Namun,lelaki tersebut telah lanjut usianya.Sophia tidak bersetuju dengan rancangan ibunya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana sikap mak cik Leha yang keras.Mak cik Siti muncul mengganggu hidup mak cik Leha kerana ingin membantu menjamin kebahagiaan anaknya.Mak cik Siti tidak mahu kebahagiaan anaknya dimusnahkan oleh mak cik Leha. Cukuplah dengan dirinya yang menjadi mangsa mak cik Leha.Tambahan pula,mak cik Siti amat menderita kerana mayatnya yang tidak diuruskan dengan baik.Jadi mak cik Siti mengharapkan bantuan daripadaku untuk membongkarkan perbuatan mak cik Leha agar jenazahnya disemadikan dengan baik.Yang penting,anaknya dapat melepaskan diri daripada menjadi mangsa ketamakan mak cik Leha.

Petang itu aku mengikuti ayah berkunjung ke rumah mak cik Leha.Keadaan rumah tersebut masih muram dan menyeramkan.Mak cik Leha terbaring dalam biliknya dengan wajah yang kuyu dan sekali sekala menjerit kecil dengan rupa ketakutan."Pergi!pergi!jangan ganggu hidupku!!!!!"menurut Sophia,itulah kata-kata yang terlontar dari mulut mak cik Leha sejak pagi tadi.Pada ketika itu,aku berasa sedih dengan keadaan mak cik Leha.Kini dia telah menerima balasan atas segala perbuatannya pada masa lalu.Dengan terketar-ketar,aku menghampiri mak cik Leha dan mengusap lembut wajahnya sambil melembarkan sebuah senyuman manis kepada mak cik Leha,dan aku pasti yang memandangku kini ialah mak cik Siti.Segala-galanya akan berakhir tak lama lagi,akanku bantu mak cik Siti memastikan anaknya mencapai kebahagiaan dalam hidupnya dan akuku pastikan juga mak cik Leha menerima hukuman atas perbuatannya.

Read More..
 
Cerpen : Kembalikan kekuatan itu

Keluhan berat dilepaskan sambil memandang keluar jendela. Mengingati peristiwa sedih yang membaluti sekeping hati. Jiwa meronta meminta dilepaskan segala beban yang selama ini bersarang di hati. Sesungguhnya, tidak mudah untuk mengecap sebuah bahagia dan mendapatkan cinta sejati. Sering kali duka hadir di kala bunga bahagia baru tercipta. Pantas tangan menyambar sebatang pen dan buku diari untuk mencoret segala cerita.

***************
"hai syg, tengah buat ape tu?" haikal bertanya.
"takde pape, tengah stadi je ni..awak pulak? Tengah buat ape tu?" puteri membalas.
"baru balik kerja ni. Penatla..nk rehat kejap. Syg, hujung minggu ni kita jumpa nak? Rindu la. Saya kene turun seremban, ada hal sikit. Kita jumpa kat seremban, nak tak?" haikal menyambung.
"boleh je..saya tak kesah.." puteri memberikan jawapan sambil menguntum sebuah senyuman.

Haikal dan Puteri sedang bahagia di alam percintaan. Walaupun berjauhan, namun kasih sayang yang dicipta antara mereka cukup untuk menjadikan mereka pasangan paling bahagia ketika ini. Puteri seorang pelajar, manakala Haikal bekerja sambil belajar di sebuah politeknik. Hubungan yang dimulakan tanpa pernah bersua muka tidak menghalang mereka untuk mencipta kebahagiaan seperti orang lain. Setelah bertemu, walaupun Haikal kekurangan dari sudut fizikal kerana berbadan agak gempal, namun Puteri tidak pernah menjadikan semua itu alasan untuk menolak Haikal dalam hidupnya. Keikhlasan hati dalam menjalinkan persahabatan ini telah mengetepikan sebarang halangan. Niat di hati hanya satu, untuk menjaga hubungan ini sebaiknya dan melalui segala susah dan senang bersama.

"puteri, ko serius ke dengan mamat tu? Kenal pun baru sekejap, berani ko ambil risiko nak kapel dengan dia.." panjang lebar Nadia berleter kepada Puteri.
" ala apa salahnya pun, kami ikhlas nak berkawan, tak kesah la kenal lama atau tak. Yang dah kenal lama pun belum tentu memahami sepenuhnya. Aku bagi peluang pada diri masing – masing untuk buat yang terbaik pada hubungan ni.." puteri berbicara serius.
"yelah, aku bukan apa. Cuma sebagai kawan, aku tak nak tengok kau kecewa kemudian hari. Apepun, jaga diri kau baik-baik. Jangan mudah sangat percaya kepada lelaki. Aku doakan kebahagiaan kau." Nadia mengingatkan Puteri.
"aku faham. Kau jangan risau, aku tau lah jaga diri aku sebaiknya. Apa pun, terima kasih Nadia sebab ambil berat tentang aku. Beruntung aku dapat kawan macam kau.." Puteri meluahkan isi hatinya.
"no hal lah kawan. Anything for you.." tutur Nadia sambil tersenyum.

Nadia, sahabat Puteri yang banyak membantu dan sering menasihati Puteri tentang banyak perkara. Segala rahsia Puteri banyak dikongsi bersama Nadia dan keakraban mereka memang tidak dapat disangkal lagi.

Hujung minggu telah tiba. Hari yang dinanti untuk bertemu kekasih hati akhirnya tiba jua. Puteri menunggu Haikal di Seremban dan tidak lama kemudian, kelibat Haikal kelihatan. Senyuman yang terukir di wajah masing – masing cukup untuk menggambarkan bahagia yang sedang dikecapi sekarang ini.

"sayang dah lama tunggu?" Haikal memulakan bicara.
"tak la. Baru 10 minit je..awak nak pergi mana dulu ni?" Puteri membalas.
"temankan saya pergi pejabat dulu boleh tak? Saya nak ambil borang untuk temu duga.." Pinta Haikal.
"boleh, nak naik apa?" tanya Puteri.
"emm…jalan kaki je boleh tak? Kalau naik teksi mahal la sayang.." tanya Haikal dengan teragak – agak.
"jalan kaki?? Eiii panaslah..nanti gelaplah kulit saya..awak ni selalu seksa saya tau..masa kat Melaka haritu kena jalan kaki jugak!" protes Puteri dan menarik muka masam.
"ala, bolehlah sayang.. nanti saya belanja awak aiskrim..nak tak? Aiskrim coklat..awak kan suka makan aiskrim coklat,sampai comot – comot muka awak.." Haikal memujuk.
"eii saje je tau. Taula saya memang tak pandai nak makan aiskrim elok-elok. Mesti comot. Tak payahlah cakap, malu je saya.." Balas Puteri dengan wajah kemerahan.
"ala, tak pe. Saya yang cakap, tu pun dengan buah hati sendiri, takde orang dengarlah..janganla tarik muka masam..muka awak tu dah cukup comel tau, kalau masam-masam nanti jadi tak comel.." Haikal menambah.
"yela, saya tau saya memang comel.." puteri memuji diri sambil tersenyum bangga.
"hehe sayang ni..ada-ada je..so, boleh tak kita jalan kaki ni?" Haikal mencuba lagi.
"yelah, eii saja je puji lebih-lebih..macam orang tak tau je niat dia tu.Dahla, jomlah jalan. Hari macam nak hujan je. kang tiba-tiba hujan susah pulak" Ngomel Puteri.

Mereka pun berjalan beriringan menuju ke pejabat yang dimaksudkan.Haikal telah berjanji untuk datang mengambil borang untuk temu duga daripada sahabatnya. Setelah penat berjalan, mereka akhirnya tiba. Puteri mengikut Haikal ke pejabat tersebut. Ketika menunggu dalam pejabat, Puteri terdengar kawan – kawan Haikal mengusiknya dengan seorang gadis di pejabat tersebut. puteri hanya mampu tersenyum mendengarkan usikan tersebut, kerana Haikal tidak memperkenalkan Puteri sebagai kekasihnya ketika bertemu kawannya. Rasa curiga mula timbul dihati. Namun, puteri tidak mahu mensia-siakan masa mereka bersama, justeru itu Puteri mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan usikan yang didengarnya itu.

Setelah urusan di pejabat selesai, mereka pun berjalan ke sebuah kafe untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. Sambil makan, mereka berbual mesra dan Haikal telah mengambil telefon bimbit Puteri. Saja nak tengok, katanya. Puteri tidak kesah kerana tiada apa di dalam telefon bimbitnya yang boleh menimbulkan rasa curiga kepada Haikal. Setelah habis makan, Puteri mengambil telefon bimbit Haikal, bukan untuk mencurigai apa – apa. Saja untuk melihat-lihat. Tetapi Haikal menyambar dengan pantas. Puteri terkejut dan cuba untuk mengambil kembali telefon tersebut. dengan rasa tidak puas hati, puteri terus membuka satu demi satu apa yang terdapat di dalam telefon tersebut yang menyebabkan Haikal tidak mahu membenarkan Puteri melihatnya. Haikal hanya memandang pasrah.

Sedang puteri membelek isi kandungan telefon tersebut, tiba-tiba matanya tertancap pada satu ayat dalam mesej yang berbunyi, "bukan macam tu. Saya masih lagi sayang kan awak, cintakan awak..saya rindu kat awak. Janganlah macam ni.." berderau darah Puteri membaca mesej tersebut. dengan serta – merta, puteri menghempas telefon tersebut, mengambil barang-barangnya, dan berlari keluar daripada kafe tersebut. Haikal yang kebingungan lantas mengikut Puteri, cuba untuk mengejar Puteri yang berlari dan semakin jauh menghilang daripada pandangan Haikal. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali tadi benar – benar mengecewakan hati Puteri. Dia nekad untuk tidak mehu meneruskan hubungan itu. Haikal lebih pantas dalam mengejar puteri dan akhirnya dapat memintas Puteri. Puteri dengan sedaya upaya minta dilepaskan, namun Haikal terus merayu untuk menjelaskan perkara sebenar. Akhirnya Puteri akur dan diam membisu sambil mendengar penjelasan Haikal.
"saya tahu awak marah sebab apa. Sebab mesej tu kan? Sebab tu saya tak nak bagi awak belek hp saya. Bukan nak tipu awak, tapi tak nak awak terus buat kesimpulan. Sebenarnya begini. Perempuan tu saya dah lama kenal. Dulu masa kerja part-time saya kenal dia. Kami kawan baik sampailah satu hari dia memberitahu yang dia sukakan saya. Tapi saya tak anggap dia lebih daripada seorang kawan. Lama – kelamaan saya sedar yang saya pun ada hati pada dia. Tapi beberapa bulan kemudian, dia tukar kerja tempat lain, dan berlaku satu perkara yang menyebabkan kami bergaduh dan terus tidak berhubung lagi. Tiba-tiba haritu dia mesej saya, meluahkan kembali apa yang pernah diluahkan dulu. Tapi saya dah ada awak, saya tak pernah berniat nak menduakan awak. Kami berbincang, tapi dia tak dapat terima penjelasan saya. Dia marah-marah dan buat keputusan untuk putuskan persahabatan kami. Sekarang kami pun dah tak ada apa-apa lagi. Percayalah kata-kata saya, Puteri. Sungguh, saya tak tipu.." Haikal menjelaskan kedudukan sebenar.

Puteri hanya mendengar kosong penjelasan itu, kerana baginya, tidak perlu untuk lafazkan sayang dan cinta kepada orang lain jika tiada apa-apa antara mereka. Air mata Puteri kini tidak dapat dibendung lagi, Puteri tunduk dan membiarkan air matanya turun membasahi bumi. Sesungguhnya, dia tidak dapat menerima keadaan dan penjelasan itu sepenuhnya. Baginya, Haikal tetap bersalah kerana menghancurkan hatinya. Puteri tidak mampu untuk berkata apa – apa, bingkas dia bangun dan segera meninggalkan tempat itu. Dia tidak mampu lagi menatap wajah yang disayanginya itu. Haikal menemani Puteri sepanjang perjalanan, namun tiada sebarang butir bicara yang keluar dari bibir mereka. Mungkin Haikal rasa penjelasan tadi sudah cukup untuk melegakan hati Puteri, namun bagi Puteri, penjelasan itu hanya mampu menambahkan lagi kepedihan dihatinya.

************
Hari – hari berlalu tanpa ada pelangi indah yang selalunya menghiasi langit kehidupan Puteri. Segala-galanya terasa kosong dan sepi. Semua panggilan dan mesej dari Haikal tidak diendahkan Puteri. Haikal sudah semakin kebingungan dan mencuba untuk memujuk hati gadis kesayangannya itu. Namun, hati Puteri masih lagi tertutup untuk Haikal dan hari – hari berlalu terasa menyakitkan bagi Haikal. Sesungguhnya, dia tidak pernah berniat untuk melukai hati Puteri apatah lagi menduakannya. Namun dia akur dengan kesilapannya itu dan berharap agar masih ada lagi ruang di hati Puteri untuk menerima dirinya.

Dua minggu berlalu. Hati Puteri mungkin lebih sejuk dan tenang berbanding sebelum itu. Sedang dia leka melayan perasaannya, dia dikejutkan dengan panggilan Haikal. Puteri menjawab panggilan tersebut dengan rasa malas.
"assalamualaikum, awak.." Haikal membuka bicara.
"waalaikumussalam.." jawab Puteri.
"awak apa khabar? Sihat tak?" soal Haikal.
"sihat, alhamdulillah.awak?"
"saya pun sihat. Awak tengah buat apa tu? Saya ganggu tak?" soal Haikal ragu-ragu.
"takde buat apa-apa. Tak ganggu pun. Ada apa call ni?" Puteri membalas.
"dah 2 minggu awak senyap je. Saya call awak tak angkat, mesej pun tak balas. Awak masih marahkan saya? Terus terang la. Jangan terus diam macam ni.." rayu Haikal.
"….." tiada bicara dari bibir Puteri.
"sayang, please. Don’t be like this. Saya tau itu semua salah saya. Saya betul-betul mohon maaf. Seikhlas hati saya. Saya tak berniat nak melukai awak, Puteri.." terang Haikal.
"entahlah..hati saya dah tawar dengan awak. Cinta yang saya bagi selama ini tak cukup meyakinkan awak tentang keikhlasan saya..saya terasa dianiaya.. awak tak berada di tempat saya, awak tak tahu perasaan saya. Saya dah cuba pujuk hati saya untuk maafkan awak, tapi saya rasa saya tak mampu. Kepercayaan yang saya bagi pada awak selama ni awak dah hancurkan sekelip mata. Bukan senang saya nak percayakan orang yang saya tak kenal, tapi awak langsung tak tahu hargai kepercayaan yang saya dah bagi.." luah Puteri seiring dengan rembesan air matanya.
"Sayang, please forgive me. Saya betul-betul merayu dengan Puteri, maafkan Haikal.. Haikal tak sanggup hidup tanpa Puteri…" jelas Haikal.
"tapi Puteri tak mampu, maafkan Puteri, Haikal. Mungkin Puteri tak sempurna untuk Haikal. Puteri minta maaf atas semua kekurangan Puteri. Halalkan makan minum Puteri selama kita kawan. Izinkan puteri pergi daripada hidup Haikal.. Mungkin setakat ni je yang mampu kita pertahankan…" luah Puteri panjang lebar. Tidak!! Bukan ini yang aku harapkan, bentak Puteri dalam hatinya. Namun, itulah takdir yang akhirnya memisahkan dua hati yang saling menyayangi..

Walaupun pahit, Haikal telan jua. Haikal tidak mampu memaksa hati Puteri untuk menerimanya. Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendoakan kebahagiaan Puteri. Aku sayangkan kau, Puteri!!! Terlalu sayang!!! Jerit Haikal.

**********************

Dua bulan berlalu. Kehidupan masing – masing lebih tenang. Perpisahan yang ditakdirkan itu berlaku ketika musim peperiksaan. Dengan segala kepayahan, Puteri gagahkan jua hati kecilnya untuk memberi fokus pada pelajaran. Walaupun keputusannya sedikit terjejas, tapi Puteri bersyukur kerana Nadia sentiasa di sampingnya dalam melalui saat – saat kesedihan itu. Puteri sedang asyik leka membaca cerpen di internet, tiba – tiba dia dikejutkan dengan deringan mesej di telefon bimbitnya.

Setelah dua bulan berlalu, selama itu juga lah dia mencuba untuk melupakan Haikal, langsung tidak terduga bahawa Haikal akan menghubungi nya setelah lama berpisah. Puteri agak keberatan untuk membaca mesej tersebut, tetapi hati wanitanya mendorongnya untuk membaca mesej itu.

"salam, Puteri. Ingat Haikal lagi tak? Puteri apa khabar? Haikal harap Puteri sihat dan terima kasih coz sudi baca mesej Haikal ni..Haikal tak nak panjang cerita, biar Haikal berterus terang. Haikal nak kawan dengan Puteri balik. Haikal tak sanggup hidup tanpa Puteri. Walaupun sebagai kawan, tapi itu pun dah cukup andainya Puteri sudi berkawan dengan Haikal. Haikal sungguh-sungguh tak main-main. Dua bulan ni dah cukup buat Haikal sengsara tanpa Puteri. Mungkin satu hari nanti hati Puteri boleh terima Haikal balik, kita tak tahu kan. Haikal ikhlas nak kawan dengan Puteri…" panjang sekali ayat yang disusun Haikal.
Puteri tidak menafikan sedikit sebanyak dia juga turut merindui lelaki itu. Wajahnya, telatahnya yang suka mengusik Puteri benar-benar membahagiakan Puteri. Akhirnya Puteri membuat keputusan untuk menerima Haikal semula sebagai kawan, dan tidak menolak andainya ditakdirkan mereka untuk bersama kembali.

Hari – hari dilalui seperti biasa tanpa ada perkara-perkara lain yang mengganggu kehidupannya. Puteri kembali bahagia walaupun sedar bahawa Haikal hanyala sebagai kawan. Namun, Haikal sering memberikan harapan agar mereka dapat bersatu kembali sebagai kekasih satu masa nanti. Luka di hati Puteri semakin terubat dengan peredaran masa yang begitu pantas berlalu. Dia menyedari yang dia hanya mencintai lelaki itu, Haikal, itulah satu – satunya lelaki yang mampu memberi seribu satu kenangan pahit dan manis dalam kehidupannya. Walaupun sudah dinasihati Nadia, temannya, Puteri nekad untuk berkawan semula dengan Haikal.

Suatu petang, Puteri cuba menghubungi Haikal, namun panggilannya tidak dijawab. Puteri hairan kerana tidak pernah sekalipun panggilan Puteri tidak dijawab Haikal. Mungkin ada hal kot, getus Puteri. Puteri kemudian menghantar pesanan ringkas kepada Haikal, bertanyakan khabarnya dan berharap Haikal segera membalasnya.

Namun, penantian Puteri hanya sia-sia. Haikal tidak membalas mesej tersebut dan tidak pula cuba menghubungi Puteri. Puteri kebingungan namun cuba mengelak untuk terlalu serius memikirkannya. Suatu petang, Haikal menghubungi Puteri..

"hai Puteri, sihat? Maaf lama tak contact, busy sket la kebelakangan ni. Ada projek semua." Tutur Haikal.
"owh patutlah. Ingatkan kenapa Haikal tak contact. dah lupa Puteri ke.." jawab Puteri.
"mana ada lupa, sentiasa ingat. Puteri, Haikal ada something nak cakap..sebenarnya…" belum sempat Haikal menghabiskan bicara, Puteri segera memintas.
"Haikal sayang Puteri kan? Tu yang Haikal nak bagitahu kan? Puteri pun sayang Haikal…" balas Puteri, manja.
"Emm…mmm..aah betul tu.." jawab Haikal teragak – agak. Puteri menyedari Haikal seakan tidak gembira, namun ditepisnya perasaan itu.
"hehe..thanks Haikal.." sambung Puteri dengan gembira.
"Emmm.. sama-sama, Puteri.." jawab Haikal mengakhiri perbualan itu.

Walaupun Puteri sebenarnya dapat menangkap nada suara Haikal yang berbeza petang itu, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, namun Puteri tidak mahu memikirkan hal yang bukan-bukan. Puteri turut menafikan gerak hatinya yang merasai kelainan itu.

Sehinggalah satu hari Puteri tergerak untuk membuka laman web Friendster Haikal dan membaca komen-komen yang dihantar. Matanya tertancap pada satu komen yang membawanya pergi ke laman web penghantar komen tersebut. Hati Puteri berdegup kencang apabila terpandang gambar-gambar mesra perempuan tersebut dengan Haikal. Mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih. Tangan puteri bergerak pantas ke komen-komen di page tersebut dan satu kebenaran telah terbongkar..’Perempuan itu adalah kekasih Haikal sekarang’…

Hatinya menjerit dan meronta-ronta untuk tidak menerima kenyataan itu. Segala harapan yang diberikan Haikal selama ini hanya palsu! Benar – benar palsu!! Mengapa aku terpaksa melalui semua ini sekali lagi, ya Allah?? Puteri seakan tidak mempunyai kekuatan lagi untuk mengharungi semua itu. Pantas dicapai telefon bimbitnya dan menghubungi Haikal.

"kenapa awak tipu saya selama ini??? Kenapa awak bagi saya harapan palsu?? Harapan yang kita akan kmbali bersatu satu hari nanti?? Kenapa??" segala kemarahan terhambur jua.Haikal yang terkejut dengan keadaan itu, namun pantas menangkap maksud Puteri.
"awak, bukan macam tu. Saya dah cuba untuk terangkan perkara sebenar, tapi takde kesempatan. Saya tak berniat nak tipu awak, Puteri.." terang Haikal bersungguh-sungguh.
"awak tipu saya!!! Awak memang penipu!!! Dah setahun awak kapel dengan perempuan tu, selama tu juga awak dah tipu saya!!! Setahun,awak! Bukan sehari!! Hati saya bukan mainan, Haikal. Saya bukan patung, saya manusia yang ada hati dan perasaan. Sampai hati awak buat saya macam ni..I hate u!!!" jerit Puteri dan disertai tangisan menggila dan menyesali kebodohannya selama ini yang tidak menyedari dan mengakui hakikat yang Haikal memang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Sesungguhnya, hatinya terasa hancur berkecai setelah dipermainkan sebegitu rupa. Puteri terasa ditipu hidup-hidup. Dia sama sekali tidak menyangka Haikal sekejam dan setamak itu. Walaupun sudah mempunyai adlina dalam hidupnya, dia masih lagi memberikan harapan palsu kepada Puteri. Haikal masih cuba menghubungi Puteri untuk menjelaskan keadaan. Dia tidak tahu mengapa, walaupun sudah mempunyai pengganti, hatinya tidak pernah merelakan pemergian Puteri. Baginya, dia tetap mahu Puteri dalam hidupnya. Walaupun dia tahu itu tidak adil buat Puteri, tetapi itulah hakikat sebenarnya. Dia terlalu sayangkan Puteri, tetapi dia juga lah yang telah menghancurkan hati Puteri. Dua peristiwa yang telah berlaku ini telah menyebabkan hati Puteri tertutup sepenuhnya untuk insan bernama Haikal.

Puteri membawa diri dan hati yang berkecai jauh dari orang lain. Mencari ketenangan sendiri, mencari kekuatan yang sudah hilang. Puteri seakan sudah serik untuk menerima kehadiran insan bernama lelaki dalam hidupnya..Berikan kembali kekuatan ini kepadaku, ya Tuhanku..

Read More..
 
Cerpen : Sambutlah cintaku

-Salam. Faiz, kau dah ada kump utk surveing tak?-
-Blom ada lg, asal?-
-Ko msuk kump aq lah. Aq nak lg 4 org laki nie.-
-Asal ko tak tnya org lain dulu?-
-Alah….please, ko tlong crikan bleh tak?-
-Tngoklah dulu, nnti aq try tnya yg lain.-
-Thanks, Faiz.-

"Ha, Mun. Macam mana?" tanya Masyi.
"Ok, dia cakap nanti dia try tanya budak-budak lain. Kita tunggu jelah." Ujarku.
"Kau yakin ke ada orang nak satu kumpulan dengan kita."
"Alah….As, macamlah kita nie teruk sangat. Mesti ada punya yang nak satu kumpulan dengan kita."
"Ha…..Farah punya cakap banyak betul….. Cuma aku harap, Kids tak satu kumpulan dengan kita." Ujarkku sampil memandang kearah semua untuk melihat reaksi mereka.
"Eee……….Aku reject Kids awal-awal" ujar As yang anti dengan Kids.
"Aku pun. Tak nak aku satu kumpulan dengan dia."
"Aku tak kisah, aku terima je sapa yang akan masuk kumpulan kita nanti." Semua mata memandang kearah Farah, pemilik suara itu.
"Yalah, lagipun budak laki kelas kita ramailah yang dah ada kumpulan sendiri."
"Memanglah, tapi sekurang-kurangnya aku tak naklah Kids join kumpulan kita. Aku boleh terima orang lain kecuali Kids je." Ujarku berterus terang.

-Mun, kump ko sape lg?-
-Geng aq lah. aq, Masyi, As dan Farah-
-Ok, ko msukkan nama aq, Ayo, Kids dgn Juju-
-x da org lain ke slain Kids?-
-Asal plak? Ko x ska dia ke-
-Bkan x ska, tp x berkenan.-
-Abis, semua org dah ada kump tinggal kami ber4 je yg x da kump lg. Ko nak ke x nak nie?-
-Oklah, aq msukkan nama korng. Thanks.-

"Hoi, korang nak tau tak sapa ahli kumpulan kita?" Semua mata memandang kearahku. Hehehe….jadi tumpuan kejap.
"Mun, sapa?" tanya As yang kelihatan tidak sabar ingin tahu.
"Em…… nak, tengoklah sendiri." Aku menghulurkan handphoneku kepada Masyi yang berada disebelahku. As dan Farah terus menghampiri Masyi.
"Woi, Kids join group kita?" jerit Masyi terkejut.
"Alah…..nie aku tak suka nie. Kids ada dalam kumpulan kita." Balas As pula.
"Alah….relaxlah. Cuba fikir positif je, mungkin nielah masanya untuk kita rapat dengan dia." Ujar Farah yang paling tua sekali diantara kami berempat.
"Aku rasakan, mesti tak ada orang nak ambil dia. Sebab tu dia join kumpulan kita."
"Em…..Aku setuju dengan As. Kalau Juju, Faiz dan Ayo aku boleh terima lagi, tapi kalau Kids…….sapalah nak ambil dia, dahlah suka sangat bajet." Ujarku memberikan pendapat.

Khamis, Hadapan Makmal Ukur Fakulti Kejuruteraan Sains Geomatik, 7.45 a.m

"Faiz, mana kawan baik kau nie. Takkan kita nak tunggu dia sampai tengahari kut."
"Manalah aku tahu. Aku dah call dia tadi, dia cakat tengah on the way." Ujar Faiz yang merupakan ketua untuk kumpulan surveing nie.
"Banyaklah dia punya on the way. Setakat Kolej 11 dengan sini bukannya jauh sangat." Ujarku geram.
"Takpalah Mun, kita tunggu kejap je lagi. Kalau dia tak datang kita terus ambil barang dan tak payah tunggu dia lagi." Ujar Masyi cuba mengurangkan marahku.
"Ha….betul, aku setuju." Ayo mengiyakan kata Masyi.
"What ever."
"Hai, dah ambil barang?" Kids menuturkannya dengan senyuman kearah kami semua.
‘eee……belacan sungguhlah dia nie. Sakit hati aku, dah lah datang lambat lepas tu siap boleh senyum-senyum kat kita orang lagi. Macam tak buat salah je.’ Gomelku didalam hati.
"Ambil barang apa kebendanya. Mana boleh ambil barang kalau ahli tak cukup." Ujarku geram dan terus melangkah kearah kaunter barang.
"Hoi, asal lambat sangat?" tanya Ayo kepada Kids.
"Aku bangun lambatlah." Kids membalasnya ringkas.
"Semalam tidur pukul berapa? Kau tengok cerita tu sampai habis ke?"
"Ha’alah, pukul 3pagi baru aku balik bilik tidur." Jawab kids.
"Baguslah…..kenapa tak stay up je sampai pagi. Boleh datang awal sikit kat sini." Balasku yang mendengar perbualan mereka.
"Ayo, asal minah tu?" tanya Kids sebaik sahaja Mun hilang dari pandangan.
"Entah, mana aku tahu. Jangan risaulah, biasalah tu perempuan." Ujar Ayo dan terus berlalu mendapatkan Faiz.
"Ayo, nah bawak benda nie. Kau bagi Kids bawak benda nie. Ha, As dengan Farah bawak yang nielah, ringan sikit. Juju kau pegang kayu nie. Mun dengan Masyi, berat tak benda tu?" Faiz memberi arahan sebagai seorang ketua.
"Takpe, benda nie tak berat." Masyi menjawab soalan Faiz dan aku hanya mengangguk kerana kami membawa benda yang sama.
"Ok, jom kita mulakan kerja mengukur. Are you ready girls and boys?"
"I’m ready Tuan Faiz." Hampir serentak kami semua menuturkannya.

"Hoi, kau nie apa hal? Muka depan report pun tak boleh buat ke?" jeritku agak kuat membuatkan semua yang lain memandang kearahku.
"Lah……relaxlah, bukan hari nie pun nak hantar report tu." Ujarnya selamber.
"Memanglah bukan hari nie. Habis tu, esok hantar esok juga baru kau nak buat ke?"tegasku.
"Ha, good idea. Tapi kalau aku buat esok tak lewat sangat ke?" tanyanya semula kepadaku.
"Lantak kaulah, malas aku nak layan. Aku tahu esok dah siap." Malas aku nak melayan mamat seorang nie. Makin dilayan makin menyakitkan hati.
"Taulah." Balas Kids.
"Mun, Kids. Korang nie memang tak boleh baik ke? Dari awal sem sampailah nak habis sem asyik gaduh je. Tak bosan ke?" Ayo yang dari tadi melihat kami bergaduh mulut mula bersuara.
"Ha’alah, korang nie kalau berjumpa tak gaduh tak boleh ke?" Farah pula mula mencela.
"Macam anjing dengan kucing." Faiz pula bersuara.
"Anjing dengan kucing dalam cerita Cat Dog tu ok je, mana ada gaduh-gaduh. Ko tengok tak cerita tu Juju?" Masyi pula bersuara betanya kepada Juju.
"Mestilah aku tengok. Best cerita tu. Dalam cerita tu Dog siap boleh bekerjasama dengan Cat lagi." Juju pula menjawab.
"Itu Cat dengan Dog tapi sekarang nie…. Mun dengan Kids, kan lain bunyi tu. Macam mana korang boleh samakan diaorang dengan Cat dan Dog?" tanya As pada yang lain.
"Betul tu." Hampir serentak Mun dan Kids menjawab. Yang lain hanya memandang sesama sendiri sambil berbalas senyuman.


"Mun, jom pergi Desaru jumaat nie." Ajak Masyi.
"Siapa lagi pergi? Farah dengan As pergi tak?" balasku.
"Mestilah diaorang pergi. Semua ahli kumpulan surveing kita pergi. Jomlah pergi sekali." Ajaknya lagi cuba memujukku.
"Tak naklah pergi, mamat tu mesti pergi sekalikan." Ujarku.
"Jomlah pergi. Lepas nie kita mesti dah tak ada peluang nak keluar sama lagi."
"Oklah, tapi aku taknak naik satu kereta dengan dia tau." Balasku.
"Ok tak ada masalah. Kita orang pun takkan letak korang satu keretalah." Jelas Masyi.

"Ah…….penatnya. Sampai juga akhirnya." Ujar Ayo sebaik sahaja keluar daripada kereta.
"Wah……cantiknya pantai." Aku sangat teruja melihat keindahan pantai itu.
"As, tikar kau bawak tak?" tanya Juju kepada As.
"Ada kat dalam kereta tu, pergilah ambil sendiri." Jeritnya kepada Juju.
"Nak makan dulu ke nak main air dulu nie?" tanya Farah kepada semua.
"Main air dululah, aku dah tak sabar nak mandi pantai nie." Ujarku.
"Ok, tapi makanan dalam kereta nie kena keluarkan dulu." Ujar Faiz yang merupakan ketua untuk perkelahan ini.
"Juju, kau tak payah mandi duduk sini jaga makanan nie." As memberi arahan kepada Juju.
"Aku pun tak teringin nak mandi dengan korang yang tak pernah pergi pantai." Balas Juju kuat.
"Alah….ya lah tu, padan muka tak dapat mandi. Dah tahu nak datang sini, lain kali bawalah baju lebih. Ha, tengok dah tak dapat mandi." As pula membalas kata-kata Juju.
"Dahlah As, jom kita pergi mandi tinggalkan dia sorang-sorang kat sini." Ujarku. Aku dan As pun terus berlalu meninggalkan Juju sendirian. Farah dan Masyi, awal-awal lagi dah pergi bermain air di pinggir pantai. Lagi tiga orang mamat tu tak payah cakaplah, dah macam-macam gaya diorang mandi.
"Mun jom kita berenang." Aku hanya mengangguk mendengar ajakan daripada Farah itu.
"Hoi, korang jangan main jauh-jauh sangat." Jerit Masyi.
"Jangan risaulah, kitaorang tahu berenang." Jeritku kembali kepada Masyi.




"As, sedaplah sandwich nie. Kau buat ke?" tanya Ayo kepada As.
"Oh…sandwich tu, Mun yang buat. Awal dia bangun pagi tadi sebab nak buat sandwich tu." Terang As.
"Pandai Mun buat sandwich. Tengoklah orang tu, dah nak dekat separuh bekas dia makan sandwich tu." Ujarnya sambil mata menghala kearah Kids.
"Eh, Masyi. Mun dengan Farah mana?" tanya Faiz.
"Oh, diaorang masih mandi lagi dekat sana." Masyi menghalakan tangannya kearah tengah pantai. Sebaik sahaja Masyi menuturkannya, tiba-tiba terdengar suara orang meminta tolong.
"Tolong…….tolong……"
Semua menoleh kearah pantai sebaik saja mendengar suara minta tolong itu.
"Eh….Tu suara Farah." Jerit Juju.
Kids dan Ayo telah berlari dulu ke pantai. Manakala yang lain hanya melihat dari pinggir pantai.
"Faiz, Juju. Korang tak reti berenang ke?" tanya As.
"Tahu tapi saja je tak nak tunjuk hero kat sini." Balas Juju.
"Tak nak tunjuk hero konon, kalau tak tahu tu cakap jelah tak tahu." Ujar As geram.
"Kita orang sebenarnya nak bagi peluang dekat Kids untuk berbaik dengan Mun. Sebab tu kita orang biar Kids yang pergi selamatkan Mun." Faiz pula menerangkan.
"Ayo tu pergi buat apa?" tanya Masyi pula.
"Tengoklah tu, Ayo pergi selamatkan Farahlah." Faiz menuturkannya sambil tangannya menunjukkan kearah Ayo yang sedang membawa Farah berenang kedaratan. Semua yang lain membantu menarik Farah kedaratan sebaik sahaja Ayo menghampiri mereka. Beberapa minit kemudian Kids pula muncul membawa Mun naik kedaratan.
"Macam mana nie. Mun macam tak sedar je?"ujar Masyi cemas.
"Bawa bertenang, Mun tak akan apa-apalah." Faiz cuba menenangkan Masyi yang cemas melihat keadaan Mun masih tidak sedarkan diri.
"Kids tahu apa nak buat. Dia pernah belajar benda nie waktu kat sekolah dulu." Ujar Ayo pula.
"Ha’a. Kids nie pernah masuk PBSM dulu waktu sekolah." Juju pula bersuara.

"Mun….Mun…..Mun…….." Bisik As perlahan ke telingaku.
"Em…..As, kat mana nie?" tanyaku kehairanan.
"Mun dekat Pusat Kesihatan nie. Mun ok ke?" tanya As lagi.
"Ok, macam mana pula kita boleh ada dekat sini?" tanyaku lagi.
"Mun lemas tadi. Kids yang selamatkan Mun." Jelas As.
"Kids? Dia macam mana, ok ke?" tanyaku.
"Dia ada dekat bilik depan sana." Jawab As sambil tangannya menunjukkan kearah bilik yang berada dihadapan bilikku. Dari tingkap aku dapat melihat, Faiz, Juju dan Ayo berdiri diluar bilik itu.
"Apa jadi dengan dia?" tanyaku bimbang.
"Dia demam je. Nanti kalau ada masa, Mun pergilah melawat dia." Farah yang baru masuk memberitahuku.
"Mun dah boleh keluar esok, hari nie berehatlah dulu dekat sini." Masyi pula bersuara. Aku hanya mengangguk.

Tuk…tuk…..tuk……….
"Masuk." Jerit seseorang dari arah dalam bilik itu.
"Assalamualaikum." Ujarku perlahan sambil membuka pintu bilik itu.
"Waalaikumussalam. Mun, masuklah." Jawabnya sambil mempelawa aku masuk.
"Duduklah." Dia menuturkannya lagi.
"Terima kasih." Balasku perlahan sambil duduk disisi katilnya.
"Kids, sorry." Ujarku perlahan.
"Sorry untuk apa?" tanyanya kembali.
"Untuk semuanya. Aku minta maaf sebab selama nie aku selalu bergaduh dengan kau. Aku conteng dan hilangkan kau punya nota. Aku letak serbuk lada hitam dalam air kau. Aku buang beg kau dalam tong sampah. Sorry." Ujarku jujur.
"Tak pe aku maafkan kau. Aku pun nak minta maaf sebab sengaja tumpahkan air coklat dekat baju putih kau minggu lepas. Aku pun sengaja pancitkan tayar basikal kau hari tu dan kalau kau nak tahu, sebenarnya aku yang letak katak tu dalam beg kau. Maaflah aku buat kau menjerit dalam kelas En Razani sampai kau kena halau keluar kelas." Ujarnya sambil tersenyum.
"Oh…..aku dah agak dah, nie mesti kerja kau. Memang patutlah kau demam. Menyesal aku datang melawat kau." Jeritku geram.
"Kau ingat, aku nak sangat ke terima kau sebagai tetamu aku. Kalau kau tak datang pun lagi baguslah." Tengkingnya.
"Aku memang tak teringin pun nak tengok kau." Jeritku sebelum berlalu meninggalkan bilik itu.


Kring……kring…….
"Hello, Assalamualaikum. Masyi apa cerita sekarang?" Tanyaku sebaik saja menjawab panggilan itu.
"Waalaikumussalam. Cerita apa kau nak dengar?" tanyanya kepadaku.
"Cerita pasal dialah siapa lagi." Ujarku.
"Dia dah dapat kerja sekarang. Dia kerja dengan ayah dia dekat Johor Bahru. Ha, kau pun kerja kat JB jugakan. Tak pernah terserempak dengan dia ke?" tanya Masyi yang menjadi sumber maklumatku.
"Tak pernahlah pula terserempak dengan dia. Kau pula apa cerita dengan Faiz?" tanyaku kembali kepadanya.
"Dia nak datang hantar rombongan sabtu nie. Aku harap sangat kau boleh datang. Farah dengan As dah conform nak datang." Terangnya.
"InsyaAllah. Kalau tak ada apa-apa halangan nanti aku sampailah kat sana. Tahniah, Masyi." Ujarku.
"Sama-sama. Oklah, nanti aku call lagi. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

"Masyi, tahniah. Nah hadiah kau." Aku menghulurkan hadiah yangku bawa kepadanya.
"Terima kasih. Mun, tu dia ada kat sana." Ujarnya sambil mengisyaratkan mata kearah seorang lelaki yang memakai baju kemeja merah bata itu.
"Dah lama ke dia datang?" tanyaku.
"Baru lagilah. Pergilah teman dia makan. Lupakan jelah perkara yang lepas tu mulakan balik persahabatan dengan dia." Masyi menuturkannya lembut kepadaku.
"Tengoklah macam mana nanti. Farah dengan As mana?" tanyaku lagi.
"Ada dekat sana dengan Juju dan Ayo." Jawabnya.
"Oklah, aku join diaorang dululah. Nanti kita jumpa lagi." Ujarku dan terus meninggalkannya.
"Hai….lama tak jumpa, korang apa khabar?" tanyaku sebaik sahaja menghampiri Juju, Ayo, As dan Farah.
"Alhamdulillah, sihat." Jawab mereka semua hampir serentak.
"Hai, kawan." Kids mengangkat tangan kearah kami sambil berjalan menghampiri kami semua.
"Hai, Kids. Marilah." Jerit Ayo kepada Kids.
"As, tandas dekat mana?" tanyaku kepada As.
"Sana, dekat dapur." Balasnya ringkas.
"Mun nak pergi mana tu?" tanya Kids kepada As.
"Toilet." Jawabnya ringkas.
"Toilet kat mana?" tanya Kids lagi.
"Tu sana dekat dengan dapur." Ujarnya.

"Opps…." Terkejut aku. Aku dahlah nak lari dari dia tapi macam mana pula dia boleh ada dekat sini. Buka je pintu dah nampak muka dia nasib baik aku tak pengsan dekat sini.
"Nak guna tandas ke?" tanyaku memulakan bicara.
"Boleh saya cakap dengan awak kejap?" tanyanya kepadaku. Aku hanya mengangguk dan mengikutnya menuju kearah meja makan didapur itu.
"I miss you." Ujarnya ringkas.
"What?" jeritku. Semua yang berada didapur itu memandang kearah kami. Aku dan Kids hanya mampu tersenyum sebelum bergerak keluar melalui pintu dapur itu.
"Mun, I’m really miss you " ujarnya perlahan kepadaku.
"Dah habis dah? Ok, saya nak pergi makan." Ujarku dan terus berpusing untuk melangkah masuk kedapur. Namun langkahku terhenti, aku kembali berpusing kearah Kids.
"Saya belum habis cakap lagi." Ujarnya sebaik sahaja aku berpusing menghadapnya.
"Saya nak hantar rombongan meminang minggu depan, saya harap awak ada dekat rumah. Jangan pergi mana-mana tau." Tuturnya lembut dan terus melepaskan tanganku. Dia melangkah meninggalkan aku sendirian disitu terpinga-pinga. Terasa sesuatu yang ganjil berada dijariku. Aku mengangkat tangan untuk melihat apa yang pelih, ternyata ada sebentuk cincin tersarung dijari manisku. Aku hanya tersenyum dan terus melangkah meninggalkan tempat itu.

"Mun……..tahniah." jerit Masyi sebaik saja aku menjawab panggilannya.
"Assalamualaikum, sahabat." Ujarku.
"Sorry. Waalaikumussalam. Tahniah. Bila naik pelamin?" tanya Masyi tidak sabar.
"InsyaAllah, bulan depan. Nanti aku hantar kad undangan dekat kau dengan Faiz." Ujarku.
"Hantar dekat aku jelah." Balasnya.
"Oh, lupa pula aku. Masyi, thanks. Kau banyak bantu aku."
"Tak ada hal lah. Kalau kau nak tahu dia pun ikuti perkembangan kau juga." Jelas Masyi.
"Iya ke? Melalui siapa?" tanyaku ingin tahu.
"Faiz. Dia banyak tanya Faiz pasal kau. Kau pula banyak tanya dia dari aku. Em…..memang padanlah korang berdua." Ujarnya.
"Lah…. Kenapa kau tak cakap awal-awal, dia ikuti perkembangan aku." Tanyaku lagi.
"Kami sebagai orang tengah berpegang kepada janji." Ujar Masyi ringkas.

"Nah, untuk awak." Kids menghulurkan aku sekuntum bunga mawar merah.
"Sekuntum je?" tanyaku kepadanya.
"Cukuplah, awak nak berapa banyak?" tanyanya semula kepadaku.
"Kenapa tak bagi sejambak?"
"Sejambak. Kalau saya bagi awak sejambak bunga rose nie pun bukannya aku simpan semuanya tapi awak pergi bagi dekat orang lain, buat apa." Ujarnya sedikit merajuk.
"Bagi dekat orang? Mana awak tahu saya akan bagi dekat orang lain?" tanyaku pelik.
"Ingat tak waktu majlis graduate dulu. Masyi ada bagi awak bunga rose sejambakkan?" tanyanya kepadaku.
"Ha’a. Kenapa?"
"Saya yang minta tolong Masyi bagi pada awak. Kalau saya bagi sendiri dah tentu awak buang bunga tu awal-awal." Ujarnya.
"Lah….awak ke yang bagi bunga tu. Bunga tu cantik sangat, ramai yang nak sebab tu saya bagi diaorang semua." Kataku sambil tersenyum memandang kearahnya.
"Awak nie memang baik hatilah." Ujarnya jujur.
"Thanks." Dia tersenyum memandangku dan menggenggam tanganku. Kami menghabiskan masa petang itu bersama di tepi pantai itu. Cuba melakar semula kenangan yang indah setelah kami bergelar suami isteri. Aku memanjatkan syukur kerana dia sudi menyambut cintaku.

Read More..
 
Cerpen : Cinta Konon...

"Makcik, ko dapat epallah" beritahu Puteh."Biar Betul....." jawab Merah. "Betullah ni. Kot ko tak nak, aku makan ye.... Aku lapar ni". Serentak dengan itu, maka selamatlah buah epal tu masuk ke mulut Puteh yang memang terkenal dengan gelaran Perut Stokingnya tu. Merah hanya memandang tak berkelip, terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. Plastik pembungkus yang bereben merah diambil, ada sekeping kad kecil terselit di situ. Ikhlas drp: Your Secret Admirer. "Heh heh heh... aku ada secrete admirer ke???" Merah tersengih, ada gak mamat rabun yang berkenan kat dia rupanya.

===========================================

Semester kedua baru bermula. Aku dah tak sekelas dengan Puteh lagi. Tapi tak pe, kami sebilik dan dia tetap kawan baik aku. Kelas pertama baru selesai, aku dan Lia berjalan santai untuk ke kelas kedua. Kami sempat singgah di kelas Puteh, bergosip di pagi hari. Tiba-tiba pandangan ku bertembung dengan mata seseorang... Kuch Kuch Ho Ta Hei... Waktu seakan terhenti dan dalam sekelip mata aku telah berada di sebuah taman yang sangat indah. Dikelilingi bunga-bunga berwarna-warni. Maka berkumandanglah lagu hindustan pujaan hatiku... tum pase aye... Aku menggayakan sari berwarna hijau pucuk pisang, bertukar ke warna merah hati, bertukar lagi ke warna ungu muda. Dari taman bunga berpindah pula ke pesisir pantai dan berpindah lagi ke kawasan pergunungan yang indah lagi permai. Dengan lenggok tari yang malu-malu kucing, aku menari sambil direnung oleh hero ku. Tengah syok-syok menari tu, tiba-tiba.... POM!!! "Mak!. Woi ko kenapa? Gugur jantung aku, tau tak?", jeritku pada Puteh."Kah kah kah. Woi, Makcik, ko tu yang tersengeh-sengeh mengalahkan kucing miang tu kenapa?, aku panggil ko buat derk je. Sahlah ko tengah berangan ken... Tulah kalau dah hantu hindustan tu, memanglah masalah", amboi... bukan main lagi minah ni membebel ye. Potong stim betul. "Dahlah, aku nak gi kelas. Jom Lia". Geram betul aku ngan Puteh ni."Ha... merajuklah tu. Jap lagi aku belanja kat kafe!", laung Puteh. Emmmm.. nak pujuklah tu. Sebelum beredar sempat aku bagi jelingan maut kat classmate Puteh yang dok renung aku sampai aku terberangan tadi. Hampeh punya mamat.

==================================================

Aku dapat bunga pulak. Mawar putih. Emm??? siapa lak yang mati ni?? "Puteh, aku dapat mawar putihlah. Apa maksudnya ni? Ada orang meninggal ke?. Puteh yang mendengar soalan bodoh ku melompat turun dari katil. "Woi makcik, ko ingat bunga putih tu untuk orang mati je ke?. Ini agaknya untuk salam perkenalan kot..." Kami memang sama-sama zero bab-bab bunga ni. "Makcik, cuba ko tengok, sape yang bagi?". Tak sempat aku jawab, si Puteh ni dah rampas dah kad kecil kat plastik bunga tu. "Alamak, Yasin lah..., hek eleh mamat ni, bagi bunga apa classs.... Bagilah cokelat ke, burger ke, tak tu koman-koman pun roti canai ke... boleh gak aku tumpang bedal". Rungut Puteh. Aku diam, tak terkata. Buang tebiat apa si Yasin ni bagi aku bunga?. Nama dahlah Yasin, bagi bunga putih lak tu, apelah dia ni.. buat seram je.

"Merah, aku rasa Yasin syok kat ko lah", kata Puteh dengan lagak Nujum Pak Belalangnya. "Ah ah, yelah tu. Dah abis agaknya budak bandar kat kampus ni, sampaikan dia desperate sangat terpaksa pilih aku, budak kampung ni, iye...." jawabku. "Makcik.... kalau dah suka, botol kicap pun dikata botol cuka.... tau tak???. Bukan main lembut lagi ayat yang keluar dari bibir Puteh ni. "Kalau botol kicap ngan botol cuka pun tak boleh nak beza... itu tandanya buta...." jawabku. Memang sah si Yasin ni buta.

===============================================

Minggu depan cuti pertengahan semester. Aku nak balik kampung tapi tak tau macam mana nak beli tiket. Sudahnya aku minta Amirul, classmate aku tolong belikan sebab petang tu dia nak pergi bandar. Selalunya ayah aku yang jemput tapi kali ni, aku nak cuba naik bas pulak. Nak cari pengalaman berdikarilah katakan....

Sampai hari yang dinantikan, macam-macam pesanan aku dapat daripada Puteh. "Merah, ko jaga diri baik-baik. Jangan sampai sesat. Apa-apa hal ko talipon aku, tau tak?". "Yelah, aku taulah jaga diri aku. Ko tak yah susah hatilah. Sampai rumah nanti aku talipon ko ye". Puteh menghantar aku sampai ke pintu bas. Walaupun dia ni brutal sikit dan kuat makan, tapi hati dia baik. aku sayang kat ko, Puteh...

Aku duduk ikut nombor dalam tiket tu. Heh heh heh, kat tingkap, aku suka. Boleh gak layan mata, tengok pemandangan kat luar tu nanti. Tengah aku dok leka, melayan perasaan tu, tiba-tiba aku nampak classmate Puteh yang bertentang mata dengan aku tempoh hari, naik. Aku pandang dia, dia pun pandang aku. Kuch Kuch Ho Ta Hei....Dia berhenti kat kerusi sebelah aku. Aku buat muka confuse. Dia sengeh dan cakap, "Eh eh, sit saya kat sini rupanya...". Alamak! macam mana ni? Mana aku nak lari ni? Puteh.... tolong aku!.
Dia duduk sebelah aku. Aku buat-buat selamba je masa tu. Suasana jadi sunyi sepi. Telinga aku hanya terdengar muzik yang cukup rancak hasil seni jantung aku ni. Dup dap dup dap dup dap. Ya Allah, lindungilah hambaMu ini, ya Allah... doaku dalam diam.

"Hai!", tegurnya. Mungkin dia tahu situasi kalut aku agaknya. "Hai!", aku jawab balik. "Sorang je ke?", hek eleh... dah nampak aku sorang, lagi mau tanya, aku fire gak mamat ni kang. "Taklah, berdua", jawabku spontan. "Hah? sape sorang lagi?" soalnya lagi. "Bayang-bayang", jawabku ringkas. Dia gelak perlahan, macam orang bengang je bunyinya. Nasib ko lah mamat.... Aku harap ko berputus asa untuk mengorat aku ni. Aku tarik nafas lega dan sambung aktiviti melayan perasaan aku sambil menikmati pandangan indah di luar sana. Bas dah bergerak sejak 30 minit tadi. Rasa lenguh pulak leher aku asyik pandang ke kanan aje. Aku betulkan duduk agar lebih selesa. Aku toleh ke kiri, alamak!! mamat ni tengah tenung aku.... Dia ni mabuk ke apa? Aku jadi makin tak keruan. Aku rasa muka ni dah membahang dah. Dia senyum je. Dia bisik kat aku, "Muka awak dah merah, cantik! sesuai dengan nama awak, Merah. Saya suka". Hampehhhh!!!! sumpahku dalam hati. "Nama saya Yasin", sambungnya lagi. "What?! Yasin.... alamak.. dia ni ke secrete admirer aku. Mana nak menyorok ni???".

"Merah, boleh saya cakap sikit? Aku hanya menganggukkan kepala. "Saya nak buat pengakuan yang saya sebenarnya dah jatuh cinta kat awak" lancar sekali ayat-ayat cinta yang keluar dari bibir Yasin. Aku rasa muka aku dah makin kebas. Tak tau nak bagi response yang macam mana. "Merah, awak adalah cinta pertama saya. Sebaik saya terpandang aje awak, jantung saya terus berdegup kencang. Bila malam pulak, saya tak lena tidur asyik terkenangkan awak". Aku mengangkat muka. Pandangan kamu bertaut... Kuch Kuch Ho Ta Hei... Ah.. sudah, penyakit berangan versi hindustan aku dah datang dah ni. Cepat-cepat aku cubit peha sendiri. Stop! jangan Merah... jangan cepat terpedaya. Ko baru kenal dia sehari je, takkan nak jiwang kot... kata hati kecilku. Ye tak ye jugak, takkan aku nak senang-senang je percaya kat mamat ni. Memanglah muka dia handsome tapi manalah tau dia sebenarnya bapak ayam ke... jeng jeng jeng... aku kena siasat ni. Aku senyum kat Yasin. Yasin balas dengan senyuman yang mampu mencairkan hati dan perasaan aku ni. Sabar Merah, sabar... kuatkan iman.

Dua jam berlalu, akhirnya kami sampai ke Puduraya. Aku perlu ambil bas lain untuk pulang ke rumah. Yasin mengekori ku. Tiba-tiba, "Surprise!!!!" jerit seorang gadis gedik. Gadis itu terus memeluk Yasin yang tengah menggelabah semacam je, aku tengok. "Yang, apa you buat kat sini?" tanya Yasin dalam kalut. "Tunggu you lah" jawab si gadis. Cis! bedebah punya mamat. Baru tadi dia kata cinta kat aku, rupa-rupanya dah ada awek dah. Cinta konon.... Nasib baik aku tak fall in love kat ko mamat.... Adios!.

Read More..