Cerpen : Facebook O Facebook

Cerpen : Facebook O Facebook
Nama Pena : puding karamel

"Angah minggu depan balik rumah boleh? Ada hal sikit mak nak bincang?"
"Bincang?bincang apa mak? Angah sibuk sikit sekarang, banyak projek yang tengah berjalan sekarang.Susah untuk angah mintak cuti. Mak cakap je dalam phone ni boleh?"
"Alah angah, baliklah. Kesian kan mak sorang-sorang kat rumah ni. Mak rindukan angah tau"
"Hehe, angah pun rindukan mak jugak, angah teringin sangat nak balik. Dah setahun lebih tak balik, cukup buat angah rindukan mak. Anyway, angah dapat rasakan mak nak bagi tahu sesuatu. Apa dia mak?"
"Macam ni angah,dulukan angah pernah bagi tahu mak, kalau angah tak kahwin-kahwin sampai umur 27, mak boleh carikan calon. Kebetulanlah sangat ni, ada orang masuk merisik. Jadi, kalu angah balik, boleh kita bincang. Balik ye angah?"
"Kahwin?Huhuhu, mak angah tak habis bermanja dengan mak lagi….
"Tapi angah, mak berkenan dengan budak ni.Cikgu yang mengajar dekat….
"Cikgu?Mak, anak mak ni engineer. Kalu duduk office tak kisah. Ni duduk turun naik laut. Macam mana dia nak…
"Alah angah.Dia dah tahu semua tentang angah. Mak selalu cerita dengan dia tentang anak mak sorang ni. Dia …
"Tapi kan mak…"
"Tak da tapi-tapi. Mak nak angah balik, kalu angah tak balik, mak yang akan buat keputusan. OK?"
"Makkk.Ok-ok .Macam ni boleh tak mak. Angah fikir-fikir dulu, nanti angah confirm balik dengan mak.Bolehlah mak"
"alah ni yang mak tak suka ni, angah selalu macam ni,
"Angah janji mak, insyaAllah secepat yang mungkin angah bagi tahu mak. Eh mak eh. Sayang mak"
"Yelah, yelah mak tunggu.Mak dah agak apa yang kamu nak cakap. Kamu tu baliklah, along je yg balik jenguk mak".
"Mak janganlah macam tu. Angah rasa tak sedap ni.Angah minta maaf banyak-banyak. Angah cuba. Masa free je angah terus book tiket balik. Cadangan mak tu, Insya-Allah angah cuba pertimbangkan"
……
Aduhai ni dah kes dera ni. Manalah datang cikgu ni. Suka-suki mengharu-birukan hidup anak dara orang. Sapa aku nak tanya ni. Tak sukalah bila aku kena menerima seseorang padahal aku tak pernah kenal. Tapi, kata orang, pilihan mak bapak selalu mendatangkan kebahagian.Huaaaaa ni yang nak nangis ni.
‘Ting’.Yes! Along.Along mesti kenal budak tu. Mak kata dia selalu balik.Hihihi.
‘Salam.Along?Sihat.Angah ada masalah besar ni’
Alahai lamanya kakak aku ni. Pergi mana pulak ni.
‘Waalaikumussalam. Yes Dear. Lama hilang.Ada problem baru cari alongkan. Time senang tak pernah nak tanya sihat ke tak along ni.’
‘Alah along.Bukan tak nak, orang sibuklah sekarang, banyak project. Along pun sama, kalu angah tak message, along senyap sunyi je. Kesian kat adik along kat KK ni tau’
‘Alah bucuk2.janganlah merajuk, ni apa prob nyer. Kalu along dpt tolong, along bantu.’
Hahaha, seronok aku main sms dengan along. Tapi yang tak bestnya, along duduklah puji budak laki tu berbakul-bakul. Dia kacaklah, baiklah, suka tolong oranglah, rajin ke suraulah, macam-macam. Aku nak ‘X factor’ biar senang nak reject budak laki tu. Sudahnya, siap kena tembak dengan along. Dulu suka nasihat dia buat isthikarah bila tak dapat buat keputusan. Now, apa jadi dengan aku. Ye tak ye jugak. Malam nantilah. Aku kena berusaha ni.
……..
"Siti, ooo siti", sayup-sayup kedengaran suara Laila.
"Ya Allah, kau ni suka sangat sergah aku macam tu"
"Kau yang mengelamun depan facebook tu sapa suruh.Kerja punya sikit bertimbun, tapi tak sedar sapa lalu. Dibuatnya bos kau lalu, ko nak buat apa?"
"Alah kau ni, tak bagi can aku nak rehat sikit. Tadi aku baru je meeting dengan client, petang karang meeting dengan supplier.Kau tahukan, client kita tu nak bukak platform baru. Plus, they want to implement new technologies to their processes. Muka ni juga yang kena turun naik KL dan JB tengok potential for that project. Itu tak campur lagi kena jenguk fabrication yard dekat Kuantan. Sudahlah semalam baru naik dari laut. Penat tau tak.Bagilah aku can rehat kejap.Tak boleh?"aduku pada Laila.
"Yelah-yelah nak buat macam mana. Nama pun process engineer. Kalu salah buat decision nanti sapa yang rugi. Kita juga. Tak mengalir minyak tu. Tak payahlah merungut. Ni aku tanya, apa yang ko buat termenung depan Facebook ni?"

"Facebook ni?Hahaha.Lawak sangat weh.aku teringat, tahun lepas aku ada buat quiz "ADAKAH ANDA LAYAK BEKERJA DI PELANTAR MINYAK". Boleh kau tahu jawapan dia, anda TIDAK LAYAK. Tapi sekarang cuba kira dah berapa pelantar minyak aku pergi sejak kerja. Then, tahun lepas jugak, aku buat kuiz lain pulak. Yang ni memang kena batang hidung aku, jodoh aku ditentukan oleh orang tua tapi nak betulkan sikit. Aku terima bukan kerana dipaksa tapi aku rela"
"Lah itu ke. Nama pun kuiz.Mengarut je semua tu. Kadang2 terkena, kadang2 salah. Tapi tulah, aku still tak puas hati.Takkan sebab kuiz tahun lepas buat kau termenung ni?"
"Bukanlah. Itu hah.Aku tengah buat kuiz yang lain. Nak ramal gak macam mana bakal mak mertua aku.Hihihi"
"Ya Allah, kau ni.macam budak-budaklah.Kalau dengar dek bakal laki kau….
"siti…"
"Weh bos panggil tuh.cepat"
"ok-ok.aku gerak dulu. Ko datang balik tempat aku before 430 tau.Nak bincang pasal handover aku. Ko jangan lupa, flight aku 6.15 ptg ni. Terlepas flight tak kahwin aku nanti. Nangis bakal laki aku"
"Yelah,yelah.Membebel pulak.Cepatlah, bos panggil banyak kali tu"
"ok!"
------
"Assalamualaikum.Mak,ooo mak, anak mak dah balik ni."
Hatiku macam tak sedap je. Sambil buka sandle, aku kerling ke dalam rumah. Sunyi sepi je. Uishh pelik ni. Hampir je ke pintu, PANG! Terlepas beg aku. Opsss, macam kenal je mamat depan ni. Dahlah air muka bersih je. Jangan! Jangan siti. Ko nak kahwin dah, tunduk-tunduk. Tak baik anak dara pandang orang laki macam nak telan.
"Ya Allah Siti. Kenapa menjerit-jerit ni. Malu dengan tetamu tu. Kamu macam mana sihat? Ni, mari mak kenalkan ayah dah mak sedara bakal suami kamu."
"Yang ni Pak Mail. Sebelahnya Mak Mah. …
"Assalamualaikum pak cik makcik. Siti masuk dulu ye. Nak angkut beg tu dulu, nak buat air sekali"
"Eh, tak pelah siti. Kamu baru je sampai. Sudahlah turun naik kapal terbang dua kali. Mesti penat lagi. Duduklah dulu"
Dua kali?Memanglah dua kali.Lupa pula aku. Satu dari KK dan satu lagi dari KL. Walaupun aku selalu turun meeting dekat KL, tapi tak pernah berkesempatan balik Kelantan ni. Aduhai rindunya dekat mak ni. Eh! Jap-jap, lupa pula pada tetamu.Hihihi.
"Takpe makcik tak pe. Kejap je. Saya masuk dulu ye"
Tanpa sempat dengar sepatah kata dari mulut mak, terus aku angkat kaki. Aku tak nak, lama-lama kat sini, tak jadi kahwin aku esok. Nak aku kata kurang ajar, ikutlah, yang penting aku kena lari cepat. Makin lama makin cair aku kat mamat sebelah Mak Mah tu.Ya Allah, selamatkanlah hatiku ini.Huh.
……
Malam itu, malam yang panjang buat aku. Siapkan yang mana patut untuk kenduri esok. Berinai, mandi lulur, dan macam-macam lagi. Sepatutnya aku balik seminggu sebelum kenduri. Last-last terpaksa tunda sebab projek yang menimbun. Nak tunda tarikh, kad dah hantar masa tu. Berdoa jelah, aku tak jadi Sleeping Beauty esok.Hahaha.
……
"Aku terima nikahnya Siti Nur Hani binti Kamaruddin dengan mas kahwin 50 ringgit tunai".sayup-sayup suara bakal pengantin lelaki. Eh kejap, suami akulah. Siti, siti, dah kahwin pun macam budak-budak lagi.Ni padahnya bila tak cukup tidur.
Suara tadi mengingatkan aku tentang seseorang pada 12 tahun yang lepas. Masa aku masih di tingkatan tiga. Dia yang …
"siti. Ya Allah budak ni, mengelamun lagi. Kemas sikit diri tu, laki kamu nak masuk ni."
Dalam tertunduk dan debaran di dada, aku meneka-neka gerangan suami aku. Berdasarkan nama yg mak bagi, macam senior aku.
"Assalamualaikum".sayup suara suamiku. Tak sempat aku balas, orang keliling dah menjawab dulu. Merah muka aku tak dapat lagi disembunyikan.
Kucupan di dahi dihadiahkan oleh suamiku setelah aku menyalaminya. Aku angkat muka memandangnya. Ya Allah, ni mamat semalam. Suami aku?Senior aku dulu ni. Bukan ke dia study engineering?. Sejak bila jadi cikgu ni?
"Sayang. Terkejut eh, tengok muka abang"
……
Malam itu banyak perkara terungkai. Dah lama rupanya Mohd Zaffirul Hakim Mohd Hanafi aka suami aku ni, memerhatikan aku di FACEBOOK selepas terjumpa nama aku di profile kenalannya. Hah?FACEBOOK? Maknanya dia tahulah segala apa yang aku dah buat selama ni, dengan kuiz yang merapu-rapunya. Malunya. Tentang title cikgu tu pulak, dia sanggup ambil cuti tanpa gaji, pohon jadi guru sandaran kat kampung ini semata-mata untuk pikat hati mak aku. Macam-macamlah keletah suami aku ni.
Paling best, dia bakal follow aku dalam awal tahun depan. Itu pun sebab dia baru kena transfer ke regional office Kota Kinabalu milik company yang dia tengah kerja sekarang. Sukanya aku. Ya allah aku bersyukur dengan kurniaanMu ini.
‘Laila, mesti kau tak percaya apa yang aku nak cerita. Its all about FACEBOOK and me. Just wait it honey. Sekarang aku sibuk uruskan kenduri untuk esok.Bye, see you next two weeks.’sms aku pada Laila di KK.
Hidup tak seperti yang kita jangkakan. Kadangkala, perjalanan hidup yang kita atur, tidak semuanya akan terjadi. Tapi bagi aku, kebetulan antara aku dan Facebook, rupanya itulah jodoh yang telah ditentukan oleh Ilahi.Semoga percaturan ini diberkati Olehnya dan dipanjangkan umur dan moga rezeki kami terus dikurniakan.Facebook Oh Facebook.

Facebook, Inc.Facebook Wikipedia

Read More..
 
Cerpen : Aduhh..jatuh lagi

Cerpen : Aduhh..jatuh lagi
Nama Pena : diadila

Aduhhh jatuh lagi.

"cikgu…darius pukul saya"

"cikgu..tengok anis dia ambil pensel saya"

Adriana memegang kepalanya, lepas satu masalah satu masalah yang menimpa kelas si celik ini. Baru seminggu dia bertugas sebagai guru tadika tapi rasanya maca setahun lamanya. Satu tangisan yang kuat kedengaran dari sudut kiri kelas.

"kenapa tu Darius?"

"cikgu dia nangis sebab dia berak dalam seluar cikgu" kedengaran darius bersuara diikuti dengan ketawa dari kawan-kawannya yang ada di situ.

"hah?? Berak..tak apa saya panggilkan Mak Cik Piah"

"tak nak....nak cikgu cebukkan.." kartika berkata perlahan sambil air matanya masih mengalir.

Dahi adriana berkerut. Aduhhh kena lagi, dia memandang tajam wajah Darius, memang budak itu sengaja mengenakannya. Sejak dia bertugas lagi di situ darius adalah murid yang paling sukar dikawal. Nakalnya mengalahkan kanak-kanak belasan tahun. Malah dalam diam dia tahu muridnya itu adalah seorang kanak-kanak yang bijak.

"diam semua malaikat lalu" kata-kata yang pernah keluar ketika hari kedua dia menjaga kelas. Saat itu dia tersenyum apabila berjaya membuatkan anak muridnya yang nakal itu senyap.

" cikgu!! darius ambil pensel saya" suara Hanis menjerit sambil menangis.

"Darius kenapa ambik pensel Hanis? Pensel Darius mana?"

"hilang cikgu"

"hilang kemana?" adriana mula meninggikan suaranya.

"tadi malaikat lalu dia ambik pensel saya cikgu" adriana tersenyum mendengar kata-kata yang lahir dari mulut anak muridnya yang comel itu. Akhirnya dia ketawa. Darius bijak menyelamatkan diri.

Langkah adriana laju menuju ke kereta kancilnya. Hujan renyai-renyai membuatkan dia menutup kepalanya dengan fail hijau yang dipegang. Separuh dari kain baju kurungnya sudah basah semakin laju semakin jauh rasanya tempat letak keretanya. Tiba-tiba sebuah BMW series hitam merempuhnya. Dia menjerit kuat.

"aduhhh.." dalam hujan renyai dia dapat merasakan darah yang mengalir di siku. Sakit. Baju kurung yang dipakai koyak menampakkan luka yang sudah berdarah,

"maaf saya tak sengaja" pemandu kereta sudah berada di depannya. Cuba membantu tapi ditolak perlahan. Dia masih boleh bangun sendiri tanpa pertolongan.

"awak tak apa-apa?" tanya lelaki itu lagi. Dalam masa yang sama bunyi hon kereta kedengaran. Seorang wanita masih berada di dalam kereta yang melanggarnya tadi.

"saya bawa cik ke klinik?"

"emmm tak apalah sikit je ni" adriana melihat luka di sikunya walaupun pedih namun masih boleh ditahan.

"sure?"

"yes" dia menghantar langkah lelaki itu dengan ekor mata. Bunyi hon kereta dapat didengar lagi. Hishhh perempuan ni tak tahu ke aku ni sakit agak-agaklah nak hon pun, hatinya menyumpah perlahan. Dia terus berjalan mendapatkan kereta

"apa yang you buat lama sangat tu?" Tasha bertanya geram .

"you tak nampak ke I terlanggar orang tadi?"

"alaa bagi je duit dahlah"

"you ingat semua benda boleh beli dengan duit?" tasha mencebik.

***
Adriana mengemas buku-buku yang bersepah di meja kecil itu. Memang sepanjang dia menjadi cikgu di tadika ini banyak yang secara tak langsung dipelajari. Apa yang paling penting dia belajar mengawal emosinya sendiri. Semua muid dah balik kecuali darius yang masih asyik bermain dengan buku dan pensel warna di tangannya.

"darius kenapa tak balik lagi?"

"papa tak sampai lagi" jawabnya perlahan, ada nada sendu di hujung bibirnya.

"emmm selalunyakan darius balik awal?"

"selalu pak mat yang ambik"

"habis hari ni pak mat pergi mana?"

"jemput Atuk" adriana mengangguk perlahan tanda faham. Dia meneruskan kerjanya.


"nampaknya papa darius lambat hari ni"

"papa memang selalu macam ni"

"emmm apa kata cikgu hantarkan nak?" anak kecil itu mengangguk laju.

Kereta kancilnya membelok masuk ke kawasan perumahan elit. Memang betul kata Puan hajah semua murid di tabika kasih datangnya dari keluarga berada. Satu persatu rumah bak mahligai dipandang. Kalau dibandingkan dengan rumah sewanya mesti macam langit dan bumi. Rumah Teratak Impian sudah di depan matanya. Mengikut alamat dari maklumat murid inilah rumah darius.

"inikan rumah darius?"

"mana cikgu tahu ini rumah saya? Pandailah cikgu ni" anak kecil itu menolak pintu kereta. Dia tersenyum memandang ke arah cikgu barunya itu.

"terima kasih cikgu"

"sama-sama pergi masuk" darius berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang wanita tua sedang menatinya di pintu pagar. Wanita itu tersenyum ke arah adriana. Dapat dilihat darius melambaikan tangan ke arahnya sebelum dia pergi.

’patutlah nakal anak manja rupanya’ bisik hatinya. Gelagat darius sering menjadi perhatian semua cikgu. Budak bijak yang nakal.

***

"kan papa dah cakap papa jemput kenapa tak tunggu papa?" marah Fahkrul Naim. Kadang-kadang sikap anaknya itu sangat memenatkan.

Darius hanya diam dalam pelukan neneknya, Datin Kalsom. Matanya masih memandang ke arah papanya yang sedan marah.

"sudahlah Im kan dia dah selamat ada dekat rumah ni"

"tulah mama selalu sangat manjakan dia"

"kalau tak mama yang manjakan dia nak harapkan kau...hari-hari sibuk dengan kerja tengah malam baru nak balik" Naim diam terasa terpukul dengan kata-kata mamanya. Memang dia sibuk tapi tak bermakna dia tak sayangkan anak tunggalnya itu.

"darius ingat lain kali kalau papa lambat sekalipun jangan pandai-pandai naik kereta orang lain"

"bukan orang lainpun..Mak Kiah cakap dia balik dengan cikgu dia"

lega hatinya mendengar kata mamanya. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Hanya tuhan saja yang tahu macamana gabranya dia bila tak ada seorang pun dekat sekolah tadi bila dia sampai. Merata tempat dia mencari anaknya itu. Sehinggalah dia mendapat panggilan dari mamanya menyatakan yang darius sudah balik ke rumah. Tali leher dilonggarkan perlahan. Dia meninggalkan ruang tamu tanpa sepatah kata, dia nak darius tahu apa yang dikatakan adalah serius.

"sudah sayang mari ikut nenek tidur, papa tu sayangkan darius, dia risau sebenarnya" anak kecil itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Papanya memang sering marah-marah.

Gambar ditangannya dipegang lama, ada air mata menitis di pipi keciknya. Perlahan disapu dengan tangan tapi ia tetap mengalir. Disentuh gambar yang tersenyum indah di dalam frame berbentuk hati itu.

"mama Ius rindu mama" bisiknya perlahan. "papa marah Ius" sambungnya lagi dalam sendu. Selalu dia begitu. Sebaik saja dia yakin tiada mata yang memandang airmata anak kecil itu akan mengalir.

***

"kenapa ni sayang cikgu tengok monyok je masam macam cuka?"

" Ius rindu mama"

"mama? Laa mama darius pergi mana?"

"papa kata mama meninggal lepas lahirkan Ius" bulat mata adriana mendengarnya. Kenapa dia tak tahu. Dia mengeluh perlahan. Lama dia memandang mata anak kecil itu.

"darius nak tahu tak?" mata kecil itu setia menatap wajah adriana, perlahan tangan adriana mengusap rambut darius.

"cikgu pun dah tak ada mama dan papa.. tapi bila cikgu rindukan mereka mesti cikgu akan berdoa pada Allah supaya allah sentiasa jaga mereka dekat sana nanti"

"nenek pun selalu suruh Ius berdoa"

"emmm semua apa yang kita buat mestilah mulakan dengan doa..kita makan, tidur, mandi bila nak keluar dari rumah pun kita kena berdoa..tahu tak"

Darius mengangguk faham. Adriana melihat jam di tangannya sudah menunjukan jam 1.00.

"emmm mana Pak mat ni tak datang lagi ke?" darius mengelengkan kepalanya tanda tak tahu.

"kalau macam tu cikgu hantarlah"

"papa marah" darius bersuara perlahan.

"papa marah cikgu hantar darius?" kepala itu mengangguk lagi.

"kalau macam tu kita tunggulah"

"kenapa muka ni masam je? Darius ada masalah?" cuba berkompromi dengan muridnya yang satu itu. Darius diam , tunduk memandang ke lantai. Matanya kelihata redup.

"Darius selalu mimpi ada mama...boleh cikgu jadi mama darius?" soalan itu membuatkan adriana terkedu. tapi akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan, membiarkan anak kecil itu memeluk tubuhnya. Dia seakan dapat merasakan sesuatu.

***

Satu persatu buku di depannya diteliti. Novel terbaru diteliti satu persatu. Dia tersenyum apabila ada yang menarik minatnya.

"aduhh..." dia mengutip buku yang jatuh.

"sorry saya tak nampak" lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

"emm tak apa..." adriana menjawab perlahan, dia tunduk meneliti novel yang ada di tangan bimbang kalau ada kerosakan.

"ehhh saya macam pernah tengoklah awak ni" kata-kata itu membuatkan mata mereka bertentang. ’laaa dia ni ke’ bisik hati adriana.

"awak ingat saya?"

"emmm maaf " adriana berpura-pura mengingati lelaki di depannya itu. Tak mungkin dapat dilupa lelaki yang hampir melanggarnya. Nyaris tak mati je.

"saya yang hampir langgar awak tu" sekali lagi lelaki itu cuba mengingatkan adriana.

"saya minta diri dululah" adriana berlalu tanpa sebarang kata. Fakhrul mencebik. Elehh tak ingat ke buat-buat tak ingat.

Adriana menutup pintu keretanya. Aduhh nasib baik dapat lari sejak dia hampir dilanggar oleh lelaki itu dia seakan sering ditimpa musibah. Bukan dia percaya kepada semua itu tapi dia merasakan adalah lebih baik dia menjauhi lelaki itu. Kereta dihidupkan di diundur ke belakang. Keadaan sesak hari ini membuatkan adriana berhati-hati.. tapi..
Debommm.....

"aduhhhh" melihat Honda CRV hitam. Dia yakin, pasti belakang keretanya yang rosak teruk.

"awak lagi..." sekali lagi adriana melepaskan keluhan berat.

"bukan salah saya sepatutnya awak kena tengok dulu sebelum keluar" adriana melihat kereta milik lelaki itu tiada kerosakan yang jelas. Tapi kereta kancilnya yang kecik molek nilah yang jadi mangsa.

"tak apalah awak tak payah bayar apa-apa" lelaki itu belagak profesional.

’memanglah yang rosak teruk bukan kereta dia, tapi kereta aku’ rungut adriana di dalam hati. Hishh memang aku kena mandi bunga kalau macam ni.

"tak nak ucap terima kasih ke?"

"terima kasih? Kenapa?"

"saya tak salahkan awak?" adriana mencebik. Malas dia melayan lelaki di depannya itu.

"emmm...terima kasih"

"tak apalah saya call kawan saya untuk selesaikan kereta awak ni" naim menawarkan bantuan.

"emm tak apalah" jawapan yang sama keluar dari mulut lelaki itu.

"kalau awak tak nak kena tipu baik awak terima saja pertolongan saya ni"

"dan boleh percaya ke yang awak tak tipu saya?" persoalan adriana membuatkan Fakhrul ketawa.

"suka hati awak untuk percaya atau tidak"

"emm oklah" fakhrul Naim tersenyum. Pantas poket seluarnya diseluk mencari telifon bimbit.

****

"nenek... cikgu Ius baik, cantik, ius suka cikgu"

"ya..."

"cikgu Ius pandai nyanyi...dia nyanyi sedap" sekali lagi anak kecil itu memuji cikgunya.

"amboi..susah cucu nenek ni nak puji orang.. mesti cikgu Ius baik sangatkan"

Fakhrul Naim memasang telinganya di sebalik Khabar Utusan yang dibaca. Perbualan anaknya itu menarik perhatiaannya, selama ini tak pernah anak tunggalnya itu memuji terutamanya orang yang baru dia kenal. Sebelum ini ada saja yang tak kena. Cikgu tualah, cikgu tak cantiklah, macam-macam lagi lahir dari mulutnya.

"nanti bolehlah Ius jemput cikgu makan malam dekat rumah" Datin Khalsom memberi Idea kepada cucunya.

"emmm...nenek boleh ke Ius ajak cikgu?"

"kenapa pulak tak boleh....nenekpun nak juga berkenalan dengan cikgu cantik, baik Ius tu" Ketawa darius kedengaran lagi,

"sukanya cucu atuk ni...cerita pasal apa?"

"pasal cikgu dia bang" Dato Latiff duduk di sebelah isterinya. Cucunya sedang asyik ketawa, menariknya untuk turut serta.

"emmm ni mesti pasal cikgu yang dari semalam dia duk cakap ni"

"siapa lagi bang..." senyuman manis datin khalsom mengundang senyuman yang sama di bibirnya.

"nenek tahu tak cikgu dah jadi mama darius, dia setuju jadi mama darius" Datin Khalsom dan Dato latiff terdiam. Naim merenung tajam wajah anaknya.

"apa Ius cakap ni? Ini ke yang cikgu Ius ajar? Siapa kata dia akan jadi mama Ius?"

"siapa cakap?"

"cikgu cakap" anak kecil itu tersenyum lagi, Naim berdengus geram, tapi tak mungkin dia melepaskan marahnya kepada darius. Apa jenis cikgu ni..ada hati nak jadi isteri aku? Ajar anak aku bukan-bukan. Hatinya berbisik jahat.

***

Adriana memandang sekeliling kawasan teratak kasih, akhirnya dapat juga dia masuk ke rumah ini selama ini hanya berdiri di pagar.

"jemputlah duduk" pelawa seorang wanita dalam lingkungan 50 an. Mungkin nenek Darius. Dia terpaksa menerima jemputan makan malan itu kerana darius yang beria-ria. Tak sanggup dia nak menghampakan perasaan murid kesayangannya itu.

"emmm terima kasih datin" ucapnya perlahan.

"ehhh saya bukan Datin, saya Mak Kiah orang gaji dekat sini, datin ada dekat atas sikit lagi dia turun" adriana tersenyum. Malu dengan sikap terburu-burunya. Tapi tak apa bukan dia kenalpun sesiapa dalam rumah ini jadi tak salah kalau dia tersilap orang.

"hooo awak nilah dia cikgu yang ajar anak saya bukan-bukan...rupanya dah banyak kali kita jumpa tapi tak kenal" Naim tiba-tiba muncul dari belakang. Adriana hairan tak tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki di depannya itu.

"apa Encik cakap ni?" dia dapat melihat wajah itu dengan jelas..laaa mamat ni ke apa hubungan dia dengan darius?

"apa yang awak ajar anak saya? Sampai awak suruh dia anggap awak sebagai mama dia?" adriana terkedu. Ini ke tujuan keluarga ini menjemputnya?

"saya tak faham apa maksud Encik?"

"untuk pengetahuan dan makluman awak tak mungkin ada yang akan mengantikan tempat mama darius, dan apa yang pasti awak tak akan dapat menjadi isteri saya" adriana bertambah hairan. Hishhh ni drama apa pula ni.

"Encik hina saya"

"terpulang baguslah kalau cikgu rasa terhina...dan berapa ramai anak murid yang cikgu hasut mindanya untuk cikgu mencari lelaki kaya?"

"encik jangan melampau..." lelaki itu sudah melangkah mendekatinya, adriana mengundur selangkah menjarakkan dirinya.

"dah lama cikgu sampai?" sapaan dari belakang membuatkan adriana berpaling. Kali ini dia yakin inilah nenek Darius, dari pakaian dan gayanya menampakan dia kelihatan lebih muda. Naim terus menuju ke tangga. Hatinya masih belum puas.

"baru je" darius yang memegang neneknya berlari mendapatkannya. Tangan cikgu muda itu dicium lembut. Adriana mengusap kepala anak kecil itu.

"terima kasih sebab cikgu sudi datang..bukan apa mak cik teringin juga nak tengok siapa yang boleh jinakkan budak baik darius ni"

"emmm sama-sama, sepatutnya saya yang berterima kasih pada datin sebab sudi jemput saya" adriana merendah diri.

"panggil mak cik, tak payah nak berdatin-datin.." sekali lagi Adriana tersenyum. Baik nenek darius ni.

"marilah kita ke meja makan...Ius panggil Atuk dengan papa turun makan" belum sempat arahan dari neneknya habis, darius terlebih dulu meluru ke tangga.

Datin Khalsom dan adriana beriringan ke meja makan yang agak jauh dari ruang tamu tadi. Namun belum sempat mereka duduk satu jeritan kedengaran dari arah tangga.

"Ya Allah cucu aku" jerit dato borhan. Datin dan Adriana berlari sebaik saja mendengar suara seakan memanggil.

"Ya Allah abang kenapa?" kelihatan tubuh kecil itu terdampar di lantai ada darah mengalir di kepala dan mulutnya. Dato Borhan menjerit memanggil satu nama yang dia sendiri tidak tahu siapa.

***

"macamana anak saya Doktor?" tanya Naim cemas. Dia meraut rambutnya beberapa kali. Duduknya tidak senang sekejap dia berjalan sekejap dia berdiri. Hanya tuhan yang tahu perasaannya apabila melihat tubuh kecil anaknya terbaring lesu dan berlumuran darah.

"macamana doktor cucu saya?" giliran Dato Borhan pula bertanyakan soalan yang sama.

"anak Encik kehilangan banyak darah, buat masa ni pihak hospital sedang berusaha mencari stok darah jenis O dan mungkin kita perlukan penderma, harap Encik dapat bersabar dan berdoa "

"darah jenis O?" ada kesal si hatinya, kenapa dia tak memilik jenis darah yang sama?

"saya boleh menderma doktor" semua mata meluru ke arahnya. Adriana memgangguk perlahan. Meyakinkan mata yang memandangnya.

Penantian disulami dengan kebisuan. Hanya mata mereka saling berpandangan namun tiada kata-kata. Doktor Amir keluar dari bilik ICU dia menanggalkan sarung bajunya.

"macamana dokor?"

"alhamdulillah...semua selamat" Fakhrul melepaskan nafasnya perlahan. Senyuman kembali di wajahnya.

"syukur Ya Allah" kedengaran suara datin Dan Dato yang memeluk anak mereka.

"terima kasih cikgu"

"tak apa Mak cik mungkin ini hari darius mana tahu esok lusa hari saya..lagipun dia murid saya"

Mata Naim tak lepas memandang ke arah adriana, tak sangka inilah dia cikgu yang sering dibangga-banggakan oleh anaknya. Tak sangka juga wanita ini akan menyelamatkan anaknya. Rasa bersalahnya semakin menebal. Tapi bukan rasa itu yang merunsingkan hatinya tapi ada satu perasaan halus yang dia sendiri tidak sedar.

***

"kau nak tunggu apa lagi? Nak tunggu rambut tu beruban sampai gigi tu dah tercabut semua baru nak kawin?"

"alaaa mak Rina muda lagilah mak"

"sebab mudalah mak suruh kau kawin"

"mak jelah yang kawin.."

"hishhh budak ni kita pulak yang nak di ajar, umur kita ni semakin tua bukan muda kau tu aku tengok dekat dengan lelaki pun tak..kau nak cari yang macamana?"

"emmm yang macam arwah ayah...seorang ayah yang bertanggungjawab dan bijak memberi kasihnya" ucapan adriana membuatkan Mak som terdiam. Perlahan airmatanya mengalir.

"kau memang sengaja nak bagi aku sedihkan dok teringatkan ayah kau tu... tengok au dah nangis.."

"ala-ala...ok Rina mnta maaf...mak soal jodoh ni biarlah tuhan yang tentukan kalau ada jodoh rina akan kawin mak jangan risau ek"

Adriana tersentak. Dia kembali ke alam nyata, baru semalam maknya membebel. Entah kenapa ibu kesayangannya itu terlalu risau dengan hal perkahwinannya. Macamlah dia tua sangat. Umur 25 baru nak kenal dunia. Wad d234 diketuk.

"haiii"

"cikgu..bila cikgu datang?" kelihatan darius sudah cergas dan tersenyum sihat. Namun anak kecil itu masih di atas katil. Ketika itu hanya darius yang ada di dalam bilik.

"darius sorang je ke dalam bilik?" adriana bertanya hairan. Tak mungkin darius di tinggalkan seorang diri.

"emm papa pergi solat sekejap" Adriana menganggu perlahan, senyumannya dilontarkan kepada anak muridnya itu.

"darius dah makan?"

"emm dah tapi sikit..tak sedap" adriana ketawa kecil.

"cikgu tahu, makanan dekat hospital memang tak sedapkan" adriana mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawa.

"cikgu ada buatkan bubur nasi special untuk Darius...bubur nasi ni special, sedap nak rasa?" melihat anak kecil itu mengangguk tangannya cepat memasukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.

Adriana menyuap perlahan bubur ke mulut kecil itu. Dia tersenyum apabila darius kelihatan berselera menikmati bubur yang dimasak.

"seleranya anak papa makan?" adriana pantas berpaling. Kelihatan Naim sudah berada di belakangnya. Dia bergerak sedikit ke belakang menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

"sedap papa..cikgu masak.." ada rasa malu apabila mendengar pujian muridnya.

"ya ke... papa nak rasa boleh?"

"emmm boleh...papa suruhlah cikgu suapkan" kata-kata itu membuatkan denyutan jantung adriana bertambah pantas. Matanya tak lepas memandang senyuman di wajah Naim. Cishhh dia ni ambil kesempatan pulak, sengaja nak kenakan aku ni, rungut hatinya.
"emmm tak apalah kalau Encik naim nak ada lagi dalam bekas tu" cepat adriana mengelak. Naim tersenyum.

"tak apa saya bukan nak awak suapkan pun" perlahan dia berbisik di telinga adriana. Ketika itu terasa kakinya tak mampu untuk berdiri. Terasa longgar segala sendinya.

Darius hanya senyum melihat telatah papanya. dia akan membuka mulutnya setiap kali adriana merapatkan sudu bubur. Berselera anak kecil itu menghabiskan bubur nasi yang dimasak cikgunya.

"ok darius cikgu balik dulu"

"alaaa...cikgukan baru datang?"

"emmm tak apa sayang nanti cikgu datang lagi ek..lagipun cikgu ada hal" dia pantas meninggalkan bilik itu.

"papa pergilah pujuk cikgu" mendengar kata itu membuatkan Naim tersenyum. Anaknya seakan dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

"Cik Adriana tunggu.."
"nak apa?"

"saya ada sesuatu nak cakap dengan awak"

"emmm Encik Fakhrul Naim..kalau ada lagi hinaan yang terbuku di hati tu tolonglah simpan..lagipun untuk pengetahuan encik Naim bukan semua hubungan kasih dan sayang perlukan ikatan. Saya kasihkan darius bukan sebab-sebab bodoh yang Encik Naim fikirkan...saya sayangkan dia sebab dia seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang saya..dan kalau saya di beri pilihan sekalipun saya tak mungkin akan hampakan harapan dia sebab saya sayang dia" ucapan panjang lebar adriana membuatkan Naim tersenyum.

"apa masalah awak ni?" benci dia melihat senyuman Naim.

"masalahnya saya dah jatuh cinta dengan awak...dan saya dah putuskan awak sebagai isteri saya" adriana terkedu. Jantungnya seakan berhenti. Wajah Naim dipandang lama.

"apa encik naim merepek ni" wajahnya masih berona merah.

"bila pula saya merepek...saya Fakhrul Naim cintakan awak Nur adriana a.k.a cikgu Rina"

"gila"

"saya akan hantar rombongan meminang awak Minggu depan.." Adriana berlari meninggalkan Naim.

***

Rombongan merisik memenuhi rumahnya, adriana terkedu melihat Naim dan darius yang tersenyum. ’ehhh apa pula mamat ni nak buat ni hishhhh’.

"Ya Allah Naim dia dah lari ikut pintu belakang" kata mak som sememangnya dia juga bersetuju berpakat dengan Naim. Tak sangka anaknya akan lari.

"lari?" Naim berlari mendapatkan keretanya, sempat dia mendukung anak kesayangannya masuk ke dalam kereta.

"nak pergi mana papa?"

"kejar mama.." Naim tersenyum. Darius ketawa kecil.

"awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke? Berapa kali awak nak langgar saya? Awak nak saya mati ek?" Adriana memuntahkan amarahnya. Wajah Fakhrul naim di pandang lama. Kalau ada pisau di tangannya dah lama di tusukkan ke perut lelaki itu. Nyaris kereta lelaki itu merempuhnya.

"awak marah ke?"

"habis tu awak nampak saya tengah meloncat-loncat suka" geram dia apabila mengetahui rancangan pakatan Naim dan ibunya. Ingat aku ni anak kucing ke nak kawin-kawin paksa ni.

"aikkk anak saya kata cikgu dia ni baik sabar"

"anak dengan bapak sama je menyusahkan orang"

"amboi merungut nampak"

"saya peduli apa" adriana bangun dia berjalan pantas ingin meninggalkan Naim, tapi entah di mana silapnya kakinya tersadung sesuatu.

"aduhhh...jatuh lagi" adriana mengosok pinggangnya yang terasa sakit.

"nampaknya awak dah tak boleh pergi jauh dari saya.. sebab kalau awak jauh sikit dari saya mesti awak jatuh" Naim tersenyum. Wajah Adriana masih lagi masam.

"adriana sudikah awak menjadi mama kepada Mohd darius bin Fakhrul Naim?"

"jadi sebab Darius awak pilih saya?"

"kalau nak jadi mama Darius kenalah kawin dengan papanya," adriana tersenyum

"bodoh"

"apa awak cakap?" Naim berdiri di depan adriana. Dapat dilihat wajah yang selama ini hadir dalam mimpinya, akhirnya wajah itu jelas dimatanya.

"cikgu..." kedengaran satu suara dari belakang. Darius tersenyum sambil datang memeluk adriana.

"kenapa awak nak menipu lagi?"

"apa?" tanya adriana marah.

"awakpun cintakan sayakan?"

"siapa cakap saya cintakan awak?" adriana bertanya lagi. Matanya cepat-cepat dilarikan dari bertentang dengan mata Naim.

"dahlah...jangan nak berlagak lagi...mata awak dah menyatakan segalanya"

"cikgu" panggil darius lagi.

"bukan cikgulah sayang...mama" adriana berbisik perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Naim. Mereka berpandangan lalu tersenyum.

"boleh awak sayang darius macam darah daging awak?" soal Naim perlahan.

"darah saya memang dan mengalir dalam tubuh dia" sekali lagi mereka tersenyum.

-The end-

Read More..
 
Cerpen : Alahai Doktor

Cerpen : Alahai Doktor
Nama Pena : Shakira Johari

Keadaan kelam kabut seketika,wad kecemasan hospital Sultanah Aminah itu mula diselubungi dengan pelbagai reaksi dan emosi si keluarga pesakit.Si ibu meraung-raung meminta anak gadisnya diselamatkan setelah anak gadisnya ditimpa kemalangan akibat dilanggar sebuah MPV.Si bapa pula hanya menenteramkan si ibu yang sedang dalam keadaan seperti 'histeria' itu namun di sebalik wajah tuanya,terpalit wajah kesedihan,maklumlah,anak gadis tunggal.Beberapa orang jururawat lalu-lalang di laluan kecemasan itu.Masih ramai lagi pesakit yang memerlukan rawatan.Kondisi mereka bermacam-macam.ada yang mengalami pendarahan teruk,tidak kurang juga hanya mengalami kecederaan ringan.Kebiasaannya hospital kerajaan ini memang selalunya menjadi pilihan orang,almaklumlah,hendak pergi ke pusat rawatan berbayar,harga sesetengahnya tinggi.Kalau setakat bekerja sebagai seorang pekerja bawahan,sudah tentu separuh pendapatan akan lari,ini kerana caj yang selalu dikenakan oleh pusat rawatan berbayar selalunya tinggi!

Ketika si ibu seakan-akan di'rasuk' sambil teresak-esak menunggu di luar pintu bilik rawatan,pintu tiba-tiba dikuak.Seorang doktor lelaki,lingkungan 27-28 keluar dari dalam bilik rawatan.
"Doktor,Macam mana anak saya?"Si ibu tidak menyempat-nyempat,terus meluru kearah doktor muda itu.Air mata si ibu deras.
"Alhamdulillah makcik,dia selamat.Cuma kaki dan tangannya patah.Kami hendak meminta izin makcik,pakcik untuk menandatangani borang supaya kami dapat menjalankan pembedahan ke atas anak makcik dan pakcik."Doktor muda yang bernama Raziq itu bersuara tenang.Raut wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Si ibu terduduk.Dalam kegembiraan anak gadisnya selamat,terselit juga rasa sedih,kedua anggota kaki dan tangan anak gadisnya harus dibedah untuk dmasukkan simen bagi menguatkan semula kaki dan tangan anak gadisnya itu.Si bapa mengucapkan syukur.Tidak mengapalah,walaupun harus anak gadisnya dibedah!Demi kesenangan anak gadis tunggalnya juga.
"Bagaimana?"Raziq mengangkat kening,menunggu jawapan daripada warga emas yang dalam lingkungan 50 tahun ke atas itu.
"Urrmm…Kami setuju."Jawab si bapa tenang.
"Kalau begitu sila isi borang di kaunter secepat mungkin.Saya pergi dahulu."Raziq mengukir senyuman kecil.Dia berlalu,seketika kemudian raut wajah doktor itu berubah kembali.Dia menggaru-garu kepalanya.Malam ni,dia sudah berjanji dengan kekasih hatinya untuk bertemu.Semenjak akhir-akhir ini,hubungannya dengan seorang jururawat muda yang sudah boleh dianggap kekasih itu tidak menampakkan sebarang tindakan seterusnya.Raziq sibuk dengan 'emergency'nya.Manakala kekasih hatinya,Damia,sibuk dengan tugasnya sebagai seorang jururawat.Macam tiada perubahan yang akan berlaku dan seperti hubungan yang masih belum sah ini tiada penghujungnya.Raziq mengeluh kecil.Dia berjalan pantas,membuka pintu,memasuki biliknya.Dia menghempaskan tubuh di atas kerusi kerja berwarna biru di biliknya itu.Seketika kemudian,fikirannya terganggu lagi.Semenjak akhir-akhir ini,Dia mengalami sedikit kesulitan dalam wang.Duit gajinya sebagai seorang doktor yang baru sahaja lepasan universiti hanyalah RM 3000 sahaja.Baginya tidak mencukupi kerana Johor Bahru ini juga merupakan sebuah Bandar.Semestinya semua perlukan duit!
Raziq mengeluarkan dompetnya.Dia membelek-belek dompetnya yang berwarna coklat kehitaman itu.Seketika kemudian,dia mengeluarkan dua helai not hijau kebiruan lalu meletakkan di atas meja.
"Hmmm..dalam dompet aku ni Cuma ada RM100 aje.Heiii..entah cukup ke tak lepas bulan ni?"Raziq termenung melihatkan not berwarna hijau kebiruan yang terletak kemas di atas meja kerjanya itu.Lebih-lebih lagi,malam ini,dia akan berjumpa dengan Damia!
"Ya Allah!"Raziq menepuk dahi.Sudah tentu Damia akan mengajaknya pergi ke restoran mewah!Dia bukan tidak mengenali teman wanitanya itu.Semuanya 'branded'.Asalkan gerai sahaja,tak mahu.Barang RM 2 pun tidak ada 'class' bagi minah seorang ni.Selalunya pertengahan bulan,Damia akan mengajaknya membeli-belah.Tetapi menggunakan duit doktor itu!Sekali barang yang dibeli,harganya mesti RM 50 ke atas!Raziq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu lagi.Apa punya nasiblah dapat awek macam ni?Raziq mengomel dalam hati.Geram betul dengan perangai teman wanitanya yang kononnya berlagak kelas atasan ataupun 'high class' itu.Akhirnya sekali,doktor itu juga yang sengkek,terpaksa berhutang sana-sini!Sampai hendak tunjuk muka kepada ibubapanya serta adiknya juga sudah naik malu.Nanti mereka akan kata,kaki meminjam sahaja!Adik-beradik doktor itu juga pelik.Kerja bukan main tinggi lagi,doktor di hospital,tetapi sengkek,selalu berhutang!
Raziq mendengus.Lantas memasukkan semula not hijau kebiruan itu ke dalam dompetnya.Dia segera bangun dari kerusinya lalu keluar dari biliknya itu..

**********************************************
"You,kenapa pergi gerai je ni??Tak de ke restoran mewah lagi kat Malaysia ni?Tak 'standard'lah kat sini.."Damia merengek seperti anak manja.Meluat betul Raziq dengan perangai si minah seorang ini.
"Asalkan boleh makan cukup."Jawapan Raziq yang ringkas memanaskan hati wanita berusia 25 tahun itu.Dia menjeling tajam seperti tidak puas dengan jawapan teman lelakinya itu.
"Eh,betullah,syukur jelah dengan apa yang ada."Raziq cepat membidas,seketika dia melihat Damia menjeling tajam ke arahnya.
"Alah..you ni 'dirty minded' sangatlah.Takkan nak pergi restoran mewah sikit dah namanya tak bersyukur!"Damia menghentakkan sebelah kakinya.Geram betul dengan perangai doktor yang seorang ni.
"Ooh…you ingat you tu 'clean minded' lah yek?Haa..boleh,tapi youlah yang bayar.I tak nak masuk campur."Raziq mengangkat-ngangkat bahu memperli.Biar perempuan ini terkena sikit.
"Isssyyyhhhh..you ni kenapa?Semenjak akhir-akhir ni,you macam dah tak pedulikan I lagi.You dah tak kisah kalau kita tak berjumpa lagi.You ni kejamlah!"Damia menampar-nampar belakang Raziq.Sakitnya hati!
"Ohh..i ni kejamlah kat you selama ni?Ok,fine,I balik dululah ye?,bye."Raziq berjalan pantas menuju ke kereta Satria Neo miliknya itu yang diparkir di belakang gerai makan yang mereka berada sekarang ini.Kalau boleh mahu lari sahaja dari perempuan ni!Orang tengah 'pokai' ni,ada hati pulak dia nak makan tempat mewah-mewah ya!Doktor muda itu mengomel dalam hati.Lagi jauh dari perempuan sihir ni,lagi aman hidupnya!
"Heiii,you nak pergi mana?Eh,kata nak belanja,YOU!!!"Damia menjerit memanggil Raziq tanpa menghiraukan sudah beberapa mata yang memerhatikan pasangan itu.Damia mengejar laju belakang Raziq.Seketika kemudian,Raziq sudah berada di dalam kereta.
"You!!!Kenapa ni?Siapa nak hantar I balik ni???"Damia mengetuk-ngetuk cermin kereta milik lelaki itu.Raziq menurunkan separuh cermin keretanya.
"I dah tak ada seleralah,you pergilah sendiri kalau you nak.You pandai-pandailah naik teksi."Raziq menjawab tanpa rasa bersalah.Seketika kemudian,dia menghulurkan dua keping not merah kepada Damia.
"Nah,you ambil ni!Buat belanja teksi.I pergi dulu."Damia mengambil duit dua puluh ringgit dari tangan Raziq itu dengan cara kasar.Geram betul.
"Eh,you!!!Bawaklah I sekali!!!"damia menjerit seperti hendak keluar anak tekaknya ketika Raziq meninggalkan tempat itu begitu sahaja.
"AAArrrrrrrrggghhhhhhh!!!!"Damia menendang-nendang tayar sebuah kereta yang terparkir di sebelah kereta Raziq sebelum ini.
"Tak guna punya jantan!"Damia beremosi.Mukanya kelihatan begitu marah sekali.Seketika kemudian,Seorang lelaki menegur Damia.
"Cik,cik ingat kereta saya ni beg penumbuk apa?suka hati aje cik nak tendang-tendang tayar kereta saya ni!"
"Eh,sorry encik,hehe..tak sengaja.Sorry.."Damia tidak dapat menahan malu.Mukanya merah.Ini semua angkara Raziq.Tidak mengapa,hari ini hari engkau!"Damia berjalan kaki menuju ke perhentian teksi dengan perasaan marah.
****************************************************

"Mak,nak pinjam duit."Dengan muka serba salah Raziq meminta ibunya.Malu usah diceritakan.Tetapi,sekarang ini,dirinya memang benar perlukan wang.
"Kau ni,kalau balik tak lain,tak bukan,nak pinjam duit aje.Mak tak ada duit."Hajah Asnah tidak melayani permintaan anak terunanya itu.Raziq menggarukan kepala.
"Tapi mak,pleaselah mak….Raz tak ade duit ni…tolonglah mak.Dapur kat rumah tu dah lama tak berasap,mak!minggu depan tuan rumah datang hendak minta sewa.Mak,tolonglah.."Raziq merayu seperti anak kecil.Tidak mustahil ibunya berperangai begitu,kerana setiap kali dia berjumpa ibunya,pasti dia akan meminjam wang wanita tua itu walaupun hanya RM 5!
"Tak de,tak de.Mak kata tak ada!Mana pergi duit kau."
"Sssebbenarn….."Belum sempat Raziq menghabiskan kata-katanya,Hajah Asnah menyampuk.
"Mesti Damia yang kikis duit kau kan?Heiii..tulah mak kata,dari dulu lagi mak taksetuju kau pilih budak tu.Kau degil.Sekarang,padanlah muka kau."Hajah Asnah menjawab dengan begitu pedas sekali.
"Mmak,tolonglah."Raziq merayu lagi.
"Mak bagi pinjam kat kau dua puluh ringgit aje."
"RM 20 je mak?Nak beli apa?"Raziq menaikkan kening.Inilah padahnya.Kalau dulu dia mengikut kata-kata ibunya itu,supaya tidak memilih Damia,tidak akan jadi begini.
"Eh,boleh beli apa kau kata?Sekurang-kurangnya makan kau seorang lepas!"Bertambah lagi kesakitan hati Raziq.Ada dua puluh ringgit saja?
"Mak…tolonglah.."
"Berapa kau nak?"
"RM400..hehe"Raziq tersenyum kambing.Banyak juga jumlah yang dimintanya.
"Hah!empat ratus!"Hajah Asnah seperti terkejut beruk.
"Yep,empat ratus.."
"Mana mak nak cari duit empat ratus?"Hajah Asnah mengerutkan dahi.Pening betullah dengan masalah anaknya yang seorang ni!
"Alaa..kan ayah ada duit hasil jualan buah-buahan kat kebun tu.Raz dengar dalam bank ayah sudah ada RM 100000.Takkan nak bagi pinjam kat anak RM400 pun tak boleh.Nanti Raz bayarlah balik."Raziq merengek seakan anak kecil,dia tahu hanya dapat meminjam wang.
"Eh,pandai-pandai je kau.Kau ni,nama je doktor!Tapi pokai!nak lagi berhutang dengan mak bapak.Bukan nak rawat hati mak bapak kau ni!"Hajah Asnah menggelengkan kepalanya.Dia mengurut perlahan dadanya yang sesak dengan masalah anaknya itu.
Raziq merayu lagi.Kali ini dia memandang ibunya dengan wajah yang sedang menggarap simpati.
"iyyy..yelah,yelah.Nanti mak cakap dengan ayah kau!"Hajah Asnah bangun tergesa-gesa malas nak melayan karenah si bujang seorang ni.Raziq tersenyum.Moga-moga ayahnya,Haji Salleh,memberikan sedikit pinjaman itu kepadanya.Raziq tersenyum tenang selepas gelabah sebentar tadi.

**************************************************

Raziq melepaskan keluhan lega setelah duit sewa rumahnya yang tertunggak selama dua bulan telah dilangsaikan.Nasib baik,ayahnya mahu meminjamkannya sedikit wang,kalau dicampurkan dengan wang simpanannya yang hanya beberapa kerat itu,lepaslah segala keperluannya.Raziq menarik nafas.Dikira lagi lebihan wang yang hanya berbaki RM150 sahaja di depan matanya itu.Lantas dia menyimpan kembali wangnya di dalam sebuah tabung khas untuk duit simpanan dirinya.Heii..apalah mahu jadi?Sudah besar-besar pun simpan duit dalam tabung lagi!Raziq tersenyum.Manusia sebayanya ada yang sudah mampu membeli rumah walaupun hanya sebuah flet kecil!Dia?Hmmm..entah bila.Sebentar nanti,hutang ibubapanya juga perlu dilangsaikan juga.Raziq tidak mahu ibubapanya yang telah berjasa kepadanya itu kecil hati dengan tindakannya yang lewat membayar hutang mereka balik.Raziq menghidupkan enjin Satria Neo miliknya itu.Dia mahu berjalan-jalan sebentar mahu mengambil udara luar.Biar kepalanya lapang sedikit.Kebetulan hari ini,dia masih belum menerima sebarang panggilan kecemasan dari hospital yang memerlukan dirinya.Jadi biarlah dia merehatkan kepalanya dahulu.
************************************************
Raziq memberhentikan kereta di sebuah kawasan parkir yang terletak di sebuah taman tasik itu.Raziq memulakan langkah perlahan,menikmati panorama petang,menghirup udara segar.Seketika kemudian,langkah doktor itu terhenti.Itu Damia!Dia bersama seorang lelaki yang dari luarannya kelihatan mewah juga!Buat apa Damia dengan lelaki yang berwajah kacukan itu di sini?semeluat-luat pun Raziq terhadap Damia,dia tetap mengasihi wanita itu.Perasaan cemburunya timbul,makin lama-makin menebal,tanpa sabar,dia menerjah mereka secara tiba-tiba di belakang.
"woi!!Kau buat apa dengan makwe aku ni???"Raziq menerjah.Kedua Damia dan lelaki berwajah kacukan itu terkejut seketika.
"Teman lelaki awak ke tu?"Lelaki itu menyoal Damia seakan-akan tidak menghiraukan percakapan Raziq ketika itu.
"Dululah sayang,dia nilah yang I ceritakan tu.Tak bertanggungjawab langsung!"Damia menjeling.Puas dapat menyakitkan hati Raziq.Biar teman lelaki barunya itu tahu.
"Sayang?"Raziq mengangkat kening.
"Baru beberapa hari aku tinggalkan kau,kau dah ada sayang yang lain??"Raziq keliru.memang sah selama ini Damia tidak pernah memikirkan hubungan mereka.
"So what?You're the one yang kata hari tu yang you kejam kat i.So I carilah pengganti.I dah bosan dengan you!"Damia menuding jari tanpa rasa hormat terhadap Raziq.Raziq tidak dapat mengawal kemarahan.Dia mengangkat telapak tangan,hampir sahaja mahu melempang perempuan sihir ini.Belum sempat penampar Raziq singgah di pipi Damia,satu tumbukan sebaliknya singgah di pipinya.Raziq tertujah ke tepi.teman baru Damia yang melepaskan tumbukan kepada Raziq.Raziq ingin membalas,tetapi belum sempat,satu tumbukan lagi dirasainya.Mulutnya Raziq berdarah.Dalam menahan kesakitan,dia bersuara.
"Kurang ajar kau ya!Kau kikis duit aku sampai kering.Kau tinggalkan aku."Raziq melepaskan tumbukan sulung ke muka teman baru Damia itu.Damia terkejut.perasaan takut mula tumbuh di dalam hati Damia.
"Hoii!!!Kau ingat muka aku ni kaca ka?Orang dah tak suka tu,sudahlah.Jangan terhegeh-hegeh!Dia milik aku sekarang!"Lelaki itu meninggikan suara.Sudah ramai memerhatikan gelagat mereka bertiga.
"Sudah,sudahlah!Raziq,you balik jelah..i dah tak nak dengan you!"Damia menghalang Raziq daripada melepaskan sekali lagi tumbukan kepada teman lelakinya itu.Raziq mendengus.Dia meninggalkan perkarangan taman tasik itu dengan penuh rasa kecewa.Begini cara kau membalas aku ya!Raziq melepaskan nafas marah.Dia masuk semula ke dalam kereta.Suasana petang itu,bertukar menjadi suasana yang penuh dengan kekecewaan.
Raziq memandu dengan perasaan yang bercampur sedih dan kecewa.Tidak sangka yang Damia sanggup memeperlakukan begini terhadapnya.Segala apa yang dicurahkan kepada Damia selama ini hanyalah sia-sia.Damia tidak pernah menghargainya.Seketika Raziq sedang melayani fikirannya,tiba-tiba,sebuah kereta Kancil keluar dari persimpangan.raziq cuba mengelak dalam keadaan panik,akhirnya dia terbabas ke tepi dan keretanya berlanggar dengan sebatang pokok.Kepala Raziq pusing.Betapa malangnya dia!Dahinya luka,seketika kemudian matanya kabur.Sebelum menutup mata,Raziq terpandangkan wajah seorang perempuan muda yang cuba menolongnya.Seketika kemudian,Raziq pengsan.

*****************************************
Raziq membuka mata.Dia memerhatikan betul-betul tempat yang kini dia berada.Memang sah,hospital!Kepalanya berdenyut-denyut.Kali ini,dia pula yang menjadi pesakit!Doktor itu memicit-micit kepalanya,berbalut!Di sebelah kirinya,kelihatan wanita yang sama yang dilihatnya ketika dia dalam keadaan hampir pitam hari itu.Sungguh ayu wajahnya.Tetapi tiada sebarang perkataan keluar dari mulutnya.Raziq tersenyum.Siapa pula dia ini?
Beberapa minit kemudian,seorang doktor masuk bersama-sama seorang jururawat hendak memeriksanya.Doktor itu rakan sekerjanya juga,Cuma dia bekerja di bahagian wad,namanya Doktor Azri.Dua tahun tua darinya.
"Ha..sedar pun kau.Macam manalah kau boleh terlanggar pokok pinang tepi jalan?Heii..macam-macam.."Doktor Azri menggelengkan kepala.Lucu pun ada,Dari seorang doktor,kini berada di katil pesakit.
"Aku tak taulah,Ri.Macam mana aku boleh terbabas tepi jalan."Raziq menggeleng-gelengkan kepalanya yang sedari tadi berdenyut itu.
"Hmm..ape-ape jelah.Mari,biar aku periksa kau dulu."Dr.Azri bersuara.Seketika kemudian,Dr.Azri memeriksa Raziq.Raziq diam seribu bahasa.Entah apa yang difikirkannya.
"Ri,"Sahut Raziq yang sedari tadi diam membisu.
"Yep."
"Siapa perempuan yang ada kat sebelah aku tadi?"Raziq bersuara.Teringat pula dia akan wanita yang sudah dilihatnya dua kali itu.
"Oh,dialah yang selamatkan kau.Sebenarnya dia yang keluar dari persimpangan masa kau hampir berlanggar dengan kereta dia tu.Tapi dia sempat brek,kau terbabas kat pokok pinang terus."Dr.Azri tersenyum kceil.
"Kenapa?Dah minat ke?"Dr.Azri menyambung lagi.
"Kalau ok,aku sapu je…hehe"Raziq tersengih.Sempat juga menggatal pada waktu begini.
"Hmm..sekati kaulah.Memang padan pun dengan kau..haha.Apa yang aku mengarut ni?"Dr.Azri berjenaka seketika.Setelah memeberitahu tentang perkembangan kesihatan Raziq.Doktor yang berusia tiga puluh tahun itu keluar dari wad.
Raziq termenung seketika.

*************************************
Pagi itu terang.Matahari menyinar sana-sini.Raziq membuka mata perlahan-lahan.Satu hari lagi di hospital.Doktor mengatakan,yang Raziq masih perlu tinggal di hospital untuk rawatan selama tiga hari lagi,baru boleh pulang.Teruk jugalah kemalangan itu berlaku.tetapi alhamdulillah,dia selamat-diselamatkan oleh seorang wanita yang amat asing baginya.Raziq memandang ke belah kirinya lagi.Wanita misteri yang menyelamatkannya itu berada di sebelahnya sekali lagi.raziq tersenyum.Belum sempat Raziq membuka bicara,wanita misteri itu keluar dari wad dengan tergesa-gesa.Alahai!Mengapa begitu cepat?

Beberapa minit kemudian,seorang jururawat masuk untuk melihat keadaan Raziq.Raziq tenang duduk seketika.Seketika kemudian,dia bersuara.
"Urmm..nurse,saya nak tanya awak boleh tak?"Raziq memulakan.
"Doktor nak Tanya apa?"Jawab jururawat itu sambil mencatat sesuatu di atas satu rekod kesihatan.
"Awak kenal dengan perempuan yang selamatkan saya hari tu?"
"Perempuan?"Jawab jururawat itu kehairanan
"Yep.Perempuan.Kenapa?Awak hairan?"Raziq juga hairan apabila melihat reaksi jururawat itu.Seperti ada sesuatu yang memusykilkan dirinya.
"Maksud doktor,ibu doktor.Dia baru datang sini.Tapi masa tu doktor masih tidur."Jururawat itu memberitahu perkara yang sebenarnya.
"Bukanlah…alah….awak tak tahu ke?Perempuan..takkan hantu kot!Saya nampak perempuan tu sebelah saya,lepas tu dia keluar,tak lama selepas itu,awak pun masuk.Takkan tak tertembung?"Raziq semakin bingung.Apa sebenarnya yang berlaku ini?Takkan dia seorang sahaja yang dapat melihat wanita itu?
"Ohhh..maksud doktor,perempuan 'mix' lelaki tu ke?"Jururawat itu mula mendapat idea.
"Apa maksud awak?Perempuan 'mix' lelaki?"Raziq semakin terkejut.Takkan ada dua jantina kot?
"Haha..Kesian.Doktor dah suka kat dia ka?Sebenarnya dia tu MAK NYAHlah doktor!!!!Orang jumpa dia salin masuk bilik salinan lelaki,pakai baju perempuan,keluar jadi lelaki!!!"Jururawat itu tergelak besar.Raziq terlopong.Apalah nasibnya?Baru nak bermekar-mekar bunga-bunga cinta.Raziq lentok semula.
Jururawat itu memandang Raziq.Kesian betul dengan doktor yang boleh tahan jugalah tampan di ni.Alang-alang,nasibnya memang malang.
"Alahai doktor!"Jururawat itu keluar membiarkan Raziq tidak sedarkan diri di dalam wadnya itu.

Read More..
 
Cerpen : Antara Kaca & Permata

Cerpen : Antara Kaca & Permata
Nama Pena : Org Ganu

Aku tersenyum sendirian melihat gambar-gambar kenangan manisku bersama Azrul iaitu teman lelakiku semenjak di bangku persekolahan lagi . Penuh dengan keriangan, penuh dengan kemanisan dan penuh dengan kasih sayang . Sudah lebih 5 tahun kami dipisahkan oleh dua benua . Lebih 5 tahun kami terpaksa memendam perasaan rindu yang mendalam . Aku terpaksa berpisah dengannya kerana melanjutkan pelajaran di benua Eropah atau lebih tepat lagi di negara Ireland, sebuah negara yang ternyata jauh dari tanah tumpah darahku . Hanya kenangan lama yang menyuburkan rasa cintaku terhadapnya . Walaupun kami berjauhan, namun kami tidak pernah berhenti berhubung antara satu sama lain baik melalui emel, sms mahupun surat.

Hari ini adalah detik bersejarah bagiku kerana aku bakal menerima ijazah dalam bidang doktor perubatan dan sekali gus menamatkan pengajianku di sini .Setelah lebih 5 tahun berhempas pulas mengerah tenaga dan minda untuk bergelar seorang doktor, akhirnya aku berjaya mencapai matlamatku yang satu itu. Alhamdulillah..Allah telah mempermudahkan segala urusanku.Tidak lama lagi aku akan pulang ke tanah air untuk menemui kedua ibu bapa tercinta dan yang paling aku nantikan adalah untuk menemui Azrul, jejaka yang aku rindui setelah sekian lama. Kini dia sudah bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selaku jurutera . Dia pernah berjanji sewaktu ketika dahulu yang dia akan menantiku hingga ke akhir hayatnya dan dia pasti akan menjadikan aku suri hidupnya sehingga ke anak cucu. Janjinya tidak pernah aku lupa dan aku pasti Azrul tidak akan memungkirinya kerana Azrul yang aku kenali adalah seorang yang tidak pernah mengenal erti mungkir janji. Senyumanku semakin melebar apabila mengingatkan janji itu.

Mataku berkalih pula kepada sampul surat berwarna pink yang bercop pos Malaysia yang belum aku lihat lagi isi kandungannya . Surat ini sudah seminggu aku terima namun dek kerana terlalu sibuk untuk menyelesaikan urusan graduasi, aku hampir terlupa kepada surat ini. Aku tersenyum simpul. Pasti ini surat dari Azrul kerana hanya dia yang tahu yang aku memang suka kepada warna pink sehinggakan sampul surat dan surat pun berwarna pink .Aku terus membukanya. Tidak sabar-sabar aku untuk mengetahui isi kandungannya . Aku menarik perlahan kad yang turut berwarna pink . Baunya wangi semerbak . Di samping kad itu terdapat surat berwarna putih. Aku membaca sekilas surat itu .Ops ,sangkaanku ternyata sekali meleset kerana surat itu sebenarnya dari kawan baikku Hana . Sebaik sahaja membaca surat itu, aku melonjak riang . Gembiranya hatiku apabila mengetahui Hana akan berkahwin tidak lama lagi . Rupa-rupanya kad yang aku terima itu adalah kad kahwinnya . Ish, tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa bakal suaminya yang bertuah itu.Setahu aku Hana adalah perempuan yang tidak mudah untuk jatuh cinta . Tidak sangka pula dia lebih cepat kahwin dari aku. Berita gembira yang aku terima membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk pulang ke tanah air. Aku pasti datang ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung 2 minggu lagi .

---------------------------

Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Kini aku di rumah orang tuaku. Gembiranya hati mereka tidak terkata sebaik sahaja menerima kepulanganku. Aku tidak sangka pula mereka membuat kenduri doa selamat yang agak besar juga mengalahkan kenduri kahwin . Kehadiran Azrul di situ turut menambahkan lagi kegembiraan hatiku. Dia semakin segak dan kacak di mataku. Cintanya kepadaku masih seperti dulu,malah semakin mekar walaupun berjauhan. Aku begitu teruja melihat kesetiaannya kepada cinta kami.

" Hai Leeya, termenung panjang nampak..teringat kat abang ye..," sapaan Azrul mematikan lamunanku yang entah sampai ke mana .

" Tak adalah..Leeya penatlah..belum dapat rehat lagi sejak semalam. Balik-balik je ada majlis..terkejut jugak," jawabku ceria . Sesungguhnya penat dan lenguh-lenguh badan akibat terlalu lama duduk atas kapal terbang masih bersisa. Sekarang ditambah pula penat melayan tetamu yang datang . Tapi , tidak mengapa..bukan selalu pun majlis ini berlangsung.

" Kesiannya kat Leeya abang..tapi sayang mesti seronok kan dapat jumpa abang?" katanya lantas duduk di sebelahku. Suaranya yang garau dan lembut cukup romantis di telingaku . Aku tersenyum manis kepadanya.

" Mestila seronok. Dah 5 tahun abang..5 tahun kita berpisah . Leeya rindu sangat kat abang..," kataku tanpa segan silu. Aku mesti meluahkan apa yang terbuku di hati .

" Abang lagila..orang kata apa macam mandi tak lena, tidur tak basah.."

" Ish abang ni, mandi tak basah ,tidur tak lena la..kata Bahasa Melayu dapat 1A. Tapi peribahasa yang famous pun boleh tersalah..," kataku diselangi dengan gelak tawa. Azrul turur tertawa mendengar kata-kataku.

" Yela..abang kan dah lama tak sekolah. Dah lupa la..hehe.."

" So , apa plan abang sekarang?" Soalku penuh makna . Jauh di sudut hatiku mengharapkan Azrul akan menyentuh soal kahwin .

" Plan apa tu?" soalnya kembali. Senyuman nakal mula terukir di bibirnya .Riak wajahnya seperti sudah dapat menangkap maksudku.

" Tak ada apa-apa.." aku cuba berselindung. Buat-buat tak tahu pula si Azrul ni.

" Cakapla wahai Puteri Leeya sayang..plan apa yang tuan puteri maksudkan..," dia melunakkan suaranya membuatkan aku geli hati.

" Betul la..tak ada apa-apa..," jawabku acuh tak acuh.

" Plan apa?!"

" Kahwin!" Sergahan daripada Azrul yang tiba-tiba membuatkan jawapan yang terbuku di hatiku terpacul keluar dari bibirku. Aduhh malunya..Azrul sudah tergelak sakan melihat telatahku. Sikapnya yang suka menyergahku begitu memang tidak pernah berubah . Boleh sakit jantung aku dibuatnya.

" Abang ni! Terukla!" Marahku tetapi dengan nada manja.

" Hah, kan senang macam tu. Straight to the point.Tak payah la nak sembunyi-sembunyi..," katanya dengan tawa yang masih bersisa. Terasa pipiku panas menahan malu.

" So?" Dalam malu, aku masih ingin tahu apakah jawapannya.

" So kita kahwinlah..," jawabnya selamba.

" Bila?"

" Amboi..tuan puteri ni macam tak sabar-sabar je nak kahwin dengan abang. Sabarla dulu..benda ni tak boleh dibuat tergesa-gesa," dia kembali mentertawakan aku. Tidak sabar-sabar ke aku ni? Lagipun aku kini sudah berusia 25 tahun, tidak salahkan bercakap soal kahwin? Sekali lagi pipiku membahang panas. Uwaaa…malunya. Azrul tidak habis-habis mahu mengenakan aku.

" Dahla, malas nak cakap dengan Abang!" Rajukku lantas berdiri mahu meninggalkannya namun lenganku lebih pantas dipaut.

" Sorryla sayang..abang bergurau je..Erm..buat masa ni abang tak boleh nak cakap lagi.Tapi percayalah sayang, abang pasti kahwin dengan Leeya..Cuma abang perlukan sedikit masa lagi..But please trust me okay..," suara Azrul mula berubah serius .

" Up to you..," jawabku sepatah lalu berlalu dari situ cepat seakan masih merajuk dengannya.

" Leeya! Nak ke mana tu? Tunggu abang!" Sahutan Azrul tidak aku hiraukan.Aku saja nak mengenakan dia. Aku cuba menyembunyikan senyuman .Sebenarnya itulah jawapan yang aku nantikan dari tadi tapi aku tidak akan mempamerkan reaksiku kepada Azrul kerana aku tidak mahu dikatakan lebih-lebih pula dalam soal ini. Walaupun waktu yang tepat untuk kami membina mahligai bahagia dalam satu ikatan yang halal belum ditetapkan namun harapan yang Azrul berikan kepadaku sudah cukup untuk membahagiakan aku.

---------------------------

Suasana majlis perkahwinan Hana cukup meriah sekali dengan lagu-lagu baru dan lama didendangkan berselang seli, menyerikan lagi majlis persandingannya . Aku sedikit terlewat menghadiri majlisnya kerana aku pergi ke jabatan perkhidmatan awam untuk melaporkan diri berkenaan kepulanganku di tanah air . Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Pasti rombongan pihak lelaki sudah pulang kerana Hana memberitahuku mereka akan datang dalam lingkungan pukul 2 petang. Aku mencari kelibat Hana. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengannya setelah sekian lama kami terpisah jauh. Hana merupakan teman seperjuanganku ketika kami sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara di utara Malaysia. Dialah teman yang sanggup berkongsi suka dan duka denganku. Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor namun nasib tidak menyebelahinya kerana keputusan SPMnya tidak memberangsangkan . Kini dia berkerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota. Bakal suaminya aku tidak tahulah kerja apa.Yang aku tahu, dia merupakan senior aku semasa di MRSM dulu.

" Leeya!" Aku tersentak apabila mendengar namaku dipanggil.Sepantas kilat aku menoleh ke belakang.

" Hana! Ya Allah lamanya tak jumpa kau," aku terus memeluk erat Hana yang lengkap berpakaian pengantin .Tanpaku sedari air mata terharu mengalir membasahi pipiku. Girang sekali hatiku dapat bertemu teman baikku ini.

" Leeya..thanx datang. Tapi kenapa lambat sangat?" Leeya turut menangis terharu.

" Soryla..aku ada hal sikit tadi. Oh my Godness, kau betul-betul berubah sekarang. More beautiful! Sweet…Macam model pulak aku tengok," pujiku. Dia ketawa mendengar pujianku. Benar, Hana semakin cantik sekarang dan semakin kurus .Dulu dia berbadan gempal sehingga digelar ‘budak gemuk’ semasa di MRSM.Raut wajahnya benar-benar berubah berbanding di waktu sekolah dulu.

" Ish mana ada..kaupun apa kurangnya . Makin jelita dan cun .Slim pulak tu.." aku tergelak mendengar pujiannya yang langsung tak bertepatan dengan penampilanku kini.Aku tak pernah berasa diriku cantik.

" Hah, nak bodek aku la tu..Member kita yang lain tak datang ke?"

" Diorang semua dah datang tadi tapi kau tu yang lambat . Diorang semua tanya kau kat mana..ish melepas lah kau.."

" Alamak..ruginya aku..rindu betul la nak jumpa diorang. Wah..tak sangka kau kahwin awal dari aku.."

" Yela..dah ada orang nak, aku kahwin je lah.."

"Eh, mana husband kau?Dari tadi tak nampak batang hidung pun .Cepat! Aku nak tengok!" kataku tidak sabar-sabar .

" Huish kau ni, kok ya pun makan la dulu. Tak kan larinya husband aku tu.."

" Tak kira, aku nak tengok sekarang!" Tegasku dalam tawa .

" Kau ni kan..perangai tak pernah berubah. Kalau dah nak tu, tak sabar-sabar.." kata-kata Hana disambut dengan gelak tawaku.

" Hah itupun husband aku, handsome tak?" Aku terus menoleh ke arah yang Hana tunjukkan .Kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian tradisi pahlawan berwarna krim seperti warna pakaian Hana sedang berborak mesra dengan tetamu yang hadir. Senyumanku yang mekar di bibirku mati tiba-tiba . Bagaikan halilintar membelah langit, waktu bagaikan berhenti berputar seketika . Adakah aku sedang bermimpi? Adakah itu suami Hana? Adakah itu Azrul? Jejaka yang aku puja selama ini? Seketika kemudian lelaki itu menoleh ke arah kami. Hana melambai ke arahnya supaya dia datang kepada kami. Dia menghampiri kami perlahan-lahan .Semakin dia menghampiri ,semakin jelas wajahnya .Dia juga kelihatan tergamam melihatku. Benar, aku tidak salah lagi..suami Hana adalah Azrul, teman lelakiku! Ya Allah, katakanlah ini semua mimpi! Katakanlah ini hanya ilusi!

" Abang, kenalkan ini Leeya, kawan baik Ana..and Leeya..kenalkan ,Azrul.." kata Hana manja membuatkan hatiku semakin terguris. Mataku sudah bergenang dengan air mata namun aku cuba menahannya .Aku tidak mahu Hana mengetahui perasaanku ketika ini.

" Oh, hai..," jawabnya teragak-agak.Dia menggigit bibir . Tangannya dihulur untuk bersalam denganku namun aku tidak menyambutnya .Mataku tajam merenungnya tanpa mempedulikan Hana yang berada di situ. Sampainya hati Azrul menipu aku selama ini. Apa makna semua ini? Di mana janji manis yang dia taburkan kepadaku selama ini? Di mana hilangnya prinsip hidupnya yang tidak pernah memungkiri janji? Di mana?! Jika ikutkan hati ingin sahaja aku pergi dari sini.Aku tidak sanggup berdepan dengan jejaka idamanku yang sudah menjadi suami kawan baikku sendiri kini. Aku kecewa..benar-benar kecewa. Ternyata aku tersalah anggap kepadanya selama ini. Ternyata dia bukan seorang lelaki yang setia!

" Leeya, kau ok ke?" soal Hana hairan . Aku cepat-cepat kembali ke alam nyata .

" Hana, maaf lah ye..aku ada hal sekarang dekat rumah. Baru teringat. Ini hadiahnya . Maaf ye tak boleh lama di sini.." aku cuba berbohong kerana aku tidak sanggup berdiri di sini lama. Hadiah itu aku hulurkan dengan tergesa-gesa.

" La Leeya..kalau ye pun..makan la dulu..Kau belum makan lagi tu," Belum sempat aku beredar dari situ Leeya menghalang. Azrul hanya mendiamkan diri seolah-olah lidahnya kelu untuk berkata-kata . Aku tahu dia berpuas hati kerana selama ini dia berjaya menipu aku dengan janji manis yang rupa-rupanya pahit isinya!

" Maafkan aku Hana.Dah lewat ni..lain kali ye aku datang lagi, assalamualaikum.." kataku sambil melurutkan gengaman Hana di lenganku. Aku beredar dari situ laju tanpa menghiraukan sahutan Hana . Air mata yang kutahan dari tadi akhirnya tumpah jua . Keriangan yang bersarang di hatiku seketika tadi telah berganti dengan kesedihan dan kekecewaan yang tidak dapat aku gambarkan keperitannya . Sampai hati Azrul berbuat begitu kepadaku. Sampai hati…

-----------------------------

Aku memerhatikan bunga ros merah yang terdampar di atas mejaku. Aku memerhatikan ucapan yang tertera di kad bercorak bunga mawar yang terletak pada bunga itu.

Leeya my sweetheart...

I always love you where ever I go.
Please forgive me..I didn’t meant it..
I miss you so much sayang..

Azrul

Aku mencebik. Azrul ni memang tidak sedar diri! Sudah beristeri tetapi masih ingin bermain kayu tiga . Sudah masuk 3 bulan aku menerima bunga-bunga daripadanya dan selama itulah bunga-bunga itu tidak pernah aku simpan sebaliknya sentiasa menjadi makanan tong sampah dan kadang-kadang aku hadiahkan kepada staffnurse di sini. Haram aku nak bawa balik bunga daripada lelaki itu . SMS dan panggilan telefon daripadanya tidak pernah aku balas . Tidak guna aku melayannya . Cukuplah dia mengkhianati janjinya kepadaku, aku tidak mahu dia mengkhianati cinta Hana padanya pula.

‘Jangan mimpilah Azrul, sekali kau dah menghancurkan hatiku, selama-lamanya aku tidak akan maafkan kau!’ Gumanku di dalam hati. Parut luka dihatiku yang dia tinggalkan masih tidak kering darahnya . Kesetiaan yang aku sanjungi selama ini terang-terangan dikhianati. Tidak kusangka panas yang aku harapkan hingga ke petang rupa-rupanya berakhir dengan hujan di tengah hari . Walaupun hatiku masih terasa ngilu, namun aku bertekad tidak akan membiarkan air mataku menitis lagi kerana lelaki yang tidak guna itu!

" Leeya!" Hampir terjatuh bunga dalam peganganku apabila disergah begitu . Yang ni lagi seorang , suka sangat menyakat aku dan selalu muncul tiba-tiba di saat aku tengah mengelamun. Aku merengus geram.

" Faiz, you ni kan selalu macam ni!" Marahku. Aku tengah panas hati ni boleh pula dia menjerkahku begitu.

" Im sorry..Tak adalah..I tengok you dari tadi dok renung bunga tu je. Macam nak makan pun ada.Your boyfriend kasi ye..," Faiz mula menyerkap jarang . Dia kemudian duduk di atas meja bersebelahan denganku.

" Boyfriend? Mana ada? Entahlah , monyet mana entah yang hantar kat I. Malas I nak layan," jawabku selamba dan kemudian berjalan ke tong sampah lalu membuang bunga itu di situ.

" Hey Leeya! What are you doing? Kenapa you buang bunga tu?Sayangnya.." Terkejut bukan kepalang Faiz melihat aku membuang bunga itu. Aku hanya tergelak melihat reaksinya.

" I nak simpan buat apa? Buat menyemak je.."

" You ingat bunga tu murah ke? Bunga hidup pulak tu. Kesian orang tu, kasi bunga tapi you buang macam tu je. Ish, kalau I punya girlfriend macam tu la..I tak suka!" Ish, menyibuk pula Faiz nih. Aku mencemik. Suka hati akula.

" Habis tu ,dah tahu I tak suka bunga tapi dia kasi juga . So, salah dialah. Bila I tak nak I buanglah," jawabku tanpa rasa bersalah.

" Ish I tak faham lah dengan you ni. You ni..bla..bla..bla..," panjang betul leterannya namun kata-katanya ibarat masuk ke telinga kiri ,keluar ke telinga kanan. Nama je lelaki tetapi berleter mengalahkan mak nenek .Aku tidak menghiraukan leterannya yang masih belum habis,sebaliknya aku kembali meneliti folder pesakit di hadapanku. Faiz merupakan teman sekerjaku. Aku mengenalinya ketika mula-mula aku menjejakkan kaki selaku House Officer di Hospital Selayang . Dia Medical Officer di sini. Walaupun dia lima tahun lebih tua dariku namun keramahannya dalam berkomunikasi menyebabkan aku senang berkawan dengannya .Dia tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar kepadaku sepanjang aku bekerja di sini.Cuma, kadang-kadang aku rimas dengan sikapnya yang terlalu banyak cakap sehingga tidak larat aku hendak melayan setiap butir bicaranya . Rasa hendak bengkak gegendang telingaku mendengar ceritanya yang berjela-jela . Banyak modal betul nak cerita . Mungkin sebab tu lah dia tidak berkahwin hingga sekarang kerana sikapnya yang banyak cakap.Perempuan malas nak layan.Hehe..sempat lagi aku mengutuk.

" Hah! Ni mesti tengah mengumpat I dalam hati!" Suara Faiz yang tiba-tiba berubah nada menyebabkan senyumanku mati. Tidak perasan pula ,aku tersenyum seorang diri sehingga dapat dihidu oleh Faiz.

" Ish you ni, jangan menuduh I sebarangan.Mana ada I mengumpat you!" Aku cuba menyembunyikan fikiranku.Macam ahli nujum lah si Faiz ni, semua yang aku fikir dia seperti tahu aje apa yang terkandung dalam fikiranku.

" Eleh, you senyum-senyum pun I dah tahu la..tengok pipi dah merah dah, macam pelakon opera.Haha..so cute..," sempat lagi dia menyakat aku. Aku menjegilkan mata sambil menampar bahunya dengan folder di tanganku.Geram melihat gelak ketawanya . Dia buat lawak, kemudian dia ketawa sendiri .Tak lucu pun.

" Aduhh Mak! Sakitla! Hai macam mana you nak jadi isteri I nanti kalau gurau sikit pun kena pukul.." Aku mencebik mendengar kata-kata perasannya.

" Huh, tak ingin I jadi isteri you..tak larat I.."

" Kenapa? Tak larat nak peluk I ke? Yelakan I ni sekali dah terpeluk susah nak lepas.." Katanya sambil tersenyum nakal . Dengan spontan aku menghadiahkan cubitan ketam pada lengannya.

" Adoiii ama..sakitla mak cik!Ganas betul la tangan you ni!" Marahnya sambil menggosok lengannya.

" Padan muka! Melalut sangat..Malas I nak layan you..dah la I banyak kerja, you datang kacau pulak. Nanti kalau bos tahu I tak buat kerja , naknya I nanti.." Aku meneruskan agendaku yang tergendala sebentar tadi.

" Tak apa, I boleh back up. Bos kita tu kawan lepak I je..So, tugas you sekarang kena layan I..nama lagi bakal isteri..hehe.." aku menjeling tajam kepadanya .

" Tak ada masa!" Kataku sambil terus melangkah meninggalkannya di situ. Malas aku nak layan perangainya yang kali ini agak menjengkelkan.Kedengaran gelak ketawanya yang penuh makna.Menyampah! Tak habis-habis hendak gelakkan aku.

-------------------------------------

" Enough! Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi!" Tegasku. Hilang sudah panggilan manjaku padanya . Azrul kini seperti sedang gila bayang tahap kritikal . Aku sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi . Kini , dia sudah berani datang menjengah ke tempat aku bekerja . Mahu menagih kasih dariku. Aku tidak tahu apa lagi yang dia mahu dariku .

" Leeya..please maafkan abang..tolonglah kembali kepada abang. Percayalah sayang..abang kahwin dengan Hana bukan atas kehendak abang tapi mak ayah abang yang paksa..please trust me Leeya..," rayuan Azrul langsung tidak berbekas di hatiku. Tangannya yang cuba memaut tanganku aku tepis dengan kasar.

" Cukup! Awak kahwin paksa ke tak ke, I don’t care! Awak sedar sikit, awak tu dah jadi suami orang, tak lama nak jadi bapa! Please..saya tak mahu awak ganggu hidup saya lagi!" Gertakku . Hatiku membahang panas lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang Hana sudah mengandung 2 bulan .Huh, tak cinta konon.Kahwin paksa konon tapi tup tup dapat anak jugak. Ternyata Azrul penipu besar!

" Leeya, tolong lah jangan macam ni.Kita kahwin ye.."

" Awak dah gila ke Azrul? You ingat I ni apa hah? You nak jadikan I madu? No..no! That’s not me! Awak dah salah orang..," wajahku terasa semakin membahang. Tidak sangka Azrul akan mengutarakan cadangan bodoh itu.

" Betul.Abang betul-betul nak kahwin dengan Leeya .Abang nak Leeya jadi isteri abang yang sah..I love you sayang..really love you..," Mendengar perkataan cinta yang diungkapkan, hatiku menjadi sayu. Sedikit demi sedikit, kenangan manis zaman sekolah dulu menerjah ke ruang benakku . Dulu kata-kata itulah yang memekarkan cinta kami .Dulu..namun kini..segala-galanya telah berakhir.

" Tidak! Habistu Hana macam mana? Awak nak buang dia macam tu je seperti mana awak buang saya dari hidup awak? Macam tu?" Aku cepat-cepat kembali ke alam nyata. Aku tidak akan benarkan diriku tenggelam dalam perasaanku sendiri.

" That’s not the matter..abang tak pernah buang Leeya dari hidup abang. Apa yang penting sekarang abang nak Leeya jadi isteri abang..please..I beg on you..hidup abang tak sempurna tanpa Leeya .." rayuannya membuatkan pendirianku semakin goyah. Suara romantisnya cukup menggetarkan jiwa wanitaku.

" Dahla awak..baliklah..jaga Hana, kawan baik saya tu elok-elok.Dia sedang mengandungkan anak awak. Tolonglah awak...Hana adalah segala-galanya bagi saya..saya tak sanggup lihat dia kecewa..," pedih rasa hati apabila menuturkan kata-kata itu walaupun jauh di sudut hatiku aku mengharapkan ini semua mimpi dan mengharapkan Azrul masih lagi milikku .

" Tapi..Leeya lah segala-galanya bagi abang. Bagaimana abang nak hidup tanpa sayang?" Dia belum berputus asa memujuk hatiku yang keras bagaikan besi kini.

" Kenapa awak tak fikir semua itu sebelum awak kahwin dengan Hana? Kenapa?" Soalku dalam sebak. Air mataku hampir menitis . Emosiku kini berubah mendung.

" Masa tu abang buntu. Mak ayah abang paksa abang kahwin dengan anak kawan dia. Abang nak beritahu Leeya tapi masa tu Leeya tengah sibuk exam. Abang kecewa kerana Leeya tak melayan abang ketika itu sedangkan abang perlu bincang pasal ni dengan Leeya. So, tanpa fikir panjang, abang terima aje cadangan mak ayah supaya abang kahwin dengan Hana..maafkan abang Leeya.Abang benar-benar menyesal kerana ambil keputusan terburu-buru.." hatiku semakin sakit mendengar penjelasannya.

" Saya sibuk untuk exam cuma sebulan? Tak kan tu pun awak tak boleh tunggu? Selama 5 tahun awak sabar menanti saya, kenapa tidak waktu sebulan tu? Kenapa? Sudah la awak, stop say nonsense! Whatever you told me later, I won’t trust you anymore..never!" Itulah kata-kata terakhir sebelum aku berlari meninggalkan Azrul tercengang di situ. Dia cuba mengejar tetapi aku lebih pantas meninggalkannya . Hatiku yang baru mahu beransur tenang bergolak kembali. Pertemuanku dengannya kali ini menghadirkan rasa benci yang mendalam terhadapnya .Azrul sesungguhnya lelaki yang tidak bertanggungjawab! Sanggup melupakan isteri kerana kepentingan diri sendiri! Semata-mata ingin menagih cinta lama.

--------------------------------------

Aku baru sahaja menerima SMS daripada Hana untuk bertemu denganku . Hampir setahun aku tidak bertemu dengannya semenjak dia kahwin dengan Azrul . Aku hairan apa tujuannya mahu berjumpa denganku. Adakah ini ada kaitan dengan Azrul? Adakah dia tahu yang Azrul sering bertemu denganku? Pelbagai andaian dan persoalan bermain di fikiranku.Aku mengharapkan pertemuan ini berlaku secara harmoni walaupun mungkin isu Azrul mungkin timbul. Namun tujuan utama aku bersetuju untuk bertemu dengannya adalah kerana ingin melepaskan rinduku padanya, kawan baikku yang aku sanjungi selama ini. Ketepikan siapa suami dia, yang pasti persahabatan kami tetap terpelihara walau apapun yang berlaku.

" Leeya..," sapa Hana yang tiba-tiba muncul entah dari mana .Wajahnya kelihatan suram.

" Owh, Hana..how are you?" Soalku sambil menghulurkan salam untuk bersalam. Dia merenungku tajam .Dalam sekelip mata, tangannya hinggap di pipiku. Terasa perit sekali .Tidak aku sangka Hana akan menamparku sebegitu rupa.

" Hana..why?" Soalku hairan.Air mata mula bergenang di tubir mataku.

" Kau tanya kenapa lagi? Kau tu perampas suami aku! Aku tak sangka kau musnahkan hidup kawan kau sendiri! Kawan jenis apa kau ni hah!" Bertubi-tubi herdikan yang dilontarkan kepadaku dengan tiba-tiba.Aku terkesima.

" Hana..apa maksud kau. Aku tak pernah nak rampas suami kau. Dia hak kau..dia tak ada kena mengena dengan aku..," kataku sebak .Sungguh tidak sangka yang Hana akan menuduhku melulu.

" Ooo tak pernah nak rampas ye..tak ada kena-mengena ye..ini apa hah?! Gambar kau bersepah-sepah dalam bilik dia!" Hana melemparkan beberapa keping gambar ke wajahku. Hana benar-benar berang denganku. Aku memerhatikan wajah-wajah di dalam gambar tersebut. Ye..itu adalah gambarku bersama Azrul sewaktu ketika dahulu dan beberapa gambarku sewaktu aku belajar di Ireland. Aku mengutip perlahan-lahan gambar itu .Ternyata Azrul masih menyimpan kenangan kami bersama. Azrul masih tidak dapat menerima kenyataan yang aku bukan lagi miliknya.Air mata yang kutahan akhirnya tumpah jua.

" Leeya..sampai hati kau. Kenapa kau buat aku begini?" Suara Hana semakin mengendur. Seketika kemudian terdengar esak tangisnya.

" Hana..dengar dulu penjelasan aku..," kataku dalam sendu sambil cuba memegang bahunya namun dia pantas menepis.

" Sudahlah! Kerana kau aku keguguran! Kerana kau rumah tangga aku hancur! Kerana kau Azrul tinggalkan aku! Kaulah punca semua penderitaan aku! Kau pemusnah hidup aku! " Hana seperti terkena serangan histeria . Dia menjerit seperti orang tidak sedarkan diri. Orang ramai yang lalu di situ mula memberi tumpuan kepada kami.Aku semakin tertekan. Hatiku semakin terguris mendengar kata-katanya. Hana keguguran kerana aku? Azrul tinggalkan dia kerana aku? Akulah puncanya? Soalan-soalan itu aku ulang di dalam hati yang sekali gus menyesakkan dadaku. Aku kelu.Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Bukan aku yang minta semua itu berlaku.

" Kenapa diam?! Betul kan apa aku kata? Sekarang, suka hatila kau tengok aku macam ni kan.Kau memang perempuan sundal! Tak ada laki lain ke kau nak cari?!Kenapa laki aku jugak kau nak?! Apa salah aku kat kau hah sampai kau buat aku macam ni?! " Aku semakin tergamam. Kata-kata kesat yang menyentuh telingaku benar-benar membuatkan hatiku panas lebih-lebih lagi apabila semakin ramai orang yang menonton adegan pertengkaran kami.Tidak kurang juga ada yang memandang jelek kepadaku.

" Stop!" Aku menjerkahnya tiba-tiba. Hana terdiam seketika, terkejut apabila disergah begitu. Air mataku semakin lebat mengalir. Terasa diri aku begitu hina. Aku kecewa kerana orang yang menghinaku itu adalah kawan baik aku sendiri. Walaupun begitu, aku tekad akan menceritakan hal sebenar kepadanya. Aku tidak sanggup lagi dihina.

" Hana..Dengar sini. Kalau kau nak tahu , Azrul bekas teman lelaki aku.Sudah lebih 7 tahun Hana kami bercinta..semenjak kita di MRSM lagi. Tapi kami merahsiakan hubungan kami kerana kami tidak mahu menimbulkan kontroversi di sekolah kita. Dia pernah berjanji ingin kahwin denganku 5 tahun dulu, sebelum aku pergi Ireland tapi bila aku balik sini tak sangka dia menjadi suami kau. Aku sangat kecewa masa tu Hana..aku lebih kecewa dari kau sekarang.Bayangkan penantian aku selama 5 tahun berakhir begitu sahaja..tapi Hana..tak pernah terniatpun dalam hati aku untuk mengkhianati persahabatan kita .Tak pernah terniatpun nak merampas kembali dia dari kau.Tak pernah..Ye benar..Azrul banyak kali cari aku tapi aku sedar, dia dah jadi suami orang, suami kau. Aku tak pernah layan segala rayuan dia selepas kau kahwin..aku tak mahu kau kecewa..tapi tak sangka dia sanggup tinggalkan kau macam tu. Percayalah Hana nasib kita serupa..kita sama-sama dikecewakan oleh lelaki yang sama, lelaki yang tidak bertanggungjawab.Pentingkan diri sendiri," sayu aku menuturkan kata-kata itu dalam sendu. Hana seperti tergamam mendengar ceritaku . Dia terduduk di situ kerana terlalu terkejut. Aku tahu dia tidak pernah tahu yang lelaki bernama Azrul pernah muncul dalam hidup aku kerana salah aku juga enggan menguar-uarkan kepada sesiapa tentang hubungan kami sehinggalah ke hari ini.

" Kenapa kau tak cakap awal-awal..maafkan aku Leeya..aku.." suaranya seperti tersekat di kerongkong. Pipinya basah denga air mata .Aku menyekanya perlahan.

" It’s okay Hana..yang pasti kau sahabat aku dunia dan akhirat..," kataku lembut dan terus memeluk Hana. Hana tidak berhenti-henti melafazkan ucapan maaf kerana berkasar denganku sebentar tadi. Syukurlah Hana faham akan situasi aku. Biarlah aku kehilangan cintaku namun aku tidak sanggup kehilangan sahabat baikku. Kata-kata penghinaan yang dia lontarkan kepadaku sebentar tadi sedikit demi sedikit hilang dari ingatanku. Aku tidak mahu memikirkannya lagi . Kejayaan mengekalkan hubungan persahabatan kami yang hampir rapuh sudah cukup menyembuhkan luka di hatiku.

-------------------------

" Awak nak apa lagi? Tak boleh ke awak berhenti ikut saya?" Aku sudah letih melarikan diri daripada Azrul yang kini semakin kerap mengekoriku walau ke mana sahaja aku pergi. Sedang bersiar-siar seorang diri di taman ini bagi menenangkan fikiran di hujung minggu, alih-alih Azrul turut berada di sini. Dia seperti mata-mata gelap yang megintip setiap gerak-geriku. Aku rimas.

" Abang tidak akan berhenti ikut Leeya selagi Leeya tak terima lamaran abang..," selambanya Azrul berkata.Aku merengus geram .Tak reti bahasa betul la mamat ni. Setelah apa yang dia lakukan kepadaku dan Hana, aku sudah tawar hati untuk menyentuh soal hati dengannya .Bagiku , rasa cintaku padanya sudah terkubur semenjak dia bergelar suami Hana biarpun kini dia sudah bergelar bekas suami.

" Awak ingat senang-senang ke saya nak terima awak lepas awak hancurkan hati saya dan lepastu awak musnahkan cinta Hana pada awak? Dahlah awak yang menyebabkan anak awak mati, kini awak nak apa lagi? Tak cukup lagi ke?!" Aku membentak keras . Hatiku bertambah sakit apabila mendapat tahu Hana keguguran kerana terjatuh dari tangga akibat ditolak Azrul ketika mereka bertengkar.

" Leeya..saya ceraikan dia kerana saya ingin bersama awak. Lagipun dia bukan perempun yang baik. Awak jangan percaya kata-kata Hana..dia hanya mahu memutarbelitkan cerita. Saya tak ada di rumah masa dia jatuh tangga hari tu..," aku mencebik apabila Azrul cuba menafikan kata-katanya.

" Putarbelit apanya..memang ada saksi yang nampak. Ada bukti! Nasib baik Hana masih sayangkan awak, dia tidak buat laporan polis kerana cintakan awak…"

" I don’t care about that.What I care now is I love you so much..Abang nak bersama Leeya..tolonglah Leeya..Terimalah lamaran abang.."

"Azrul..saya pun nak minta tolong. Tolong terima kenyataan yang hubungan kita dah berakhir. Allah dah tetapkan yang kita memang tak ada jodoh . Kembalilah kepada Hana..saya sangat kenal perangai dia macam mana .Dia adalah wanita yang paling baik pernah saya jumpa. Hana bukan seorang perempuan yang mudah jatuh cinta. Sekali dia mencintai seseorang lelaki itu, dia akan mencintainya sehingga ke akhir hayatnya. Dan..awak bertuah kerana menjadi lelaki pertama yang dia cintai.., awak benar-benar rugi kerana mensia-siakannya..Tolonglah jangan sakiti hati dia.." kali ini aku ikhlas menuturkan kata-kata itu yang lahir dari lubuk hatiku. Aku benar-benar berharap Azrul akan merujuk Hana kembali sebagai isteri. Aku mahu melihat sahabatku dan juga Azrul bahagia.

" Leeya.."

" Kalau awak cintakan saya..tolong kembali kepada Hana dan tolong lupakan saya..," belum sempat Azrul mengungkapkan kata aku lebih pantas memintas.

" No..No..I won’t do that!I love you honey..please be my beloved forever.." Terkejut aku apabila Azrul tiba-tiba memelukku .Gila! Aku bukan muhrimnya! Aku cuba melepaskan diri namun pelukan sungguh kemas.Sukar untuk aku meloloskan diri.

" Lepaskan saya Azrul.Jangan jadi gila!" Tegasku.

" I love you..," kata-kata itu diulangi tanpa menghiraukan arahanku.

" Lepaskan dia!" Pelukannya serta-merta terlepas apabila tiba-tiba Faiz muncul di situ. Aku terus berlari mendapatkan Faiz. Aku menarik nafas lega .Nasib baiklah Faiz ada di sini, jika tidak ,entah apa lah yang jadi selepas ini.Nanti tidak pasal-pasal kena tangkap basah. Huish…naknya aku nanti..

" Hei, kau siapa?!" Gertak Azrul .Mukanya berubah riak . Faiz mahu membuka mulut tapi aku lebih pantas menyampuk.

" Dia tunang saya.Tak lama lagi kami akan kahwin!" Jawabku tegas. Azrul tergamam. Begitu juga Faiz yang tidak tahu menahu apa permasalahan yang aku hadapi kini. Aku tahu Faiz pasti menyakatku nanti .

" Leeya..please jangan main-main..bila masa Leeya bertunang. Abang tak tahu pun. Abang tahu Leeya berbohong kan?" Azrul mulai resah .

" Apa pulak berbohong. Leeya memang tunang aku. Mulai hari ni kau jangan ganggu Leeya lagi!" Aku sedikit terkejut melihat ketegasan yang dipamerkan Faiz. Selama ini, dia tidak pernah serius dan menengking orang seperti ini tetapi kali ni..ternyata sikap dia berlainan sekali.

" Arghh! Kau jangan nak tipu aku! Leeya hak aku!! Don’t you dare to touch her!" Azrul kini sudah menarik kolar baju Faiz .Mukanya merah menyala menahan marah . Aku terpempan melihat reaksi Azrul yang sedang berang. Inilah kali pertama aku melihat dia benar-benar marah . Faiz tidak berdiam diri. Dia terus menolak kasar tubuh sasa Azrul sehingga dia terdorong ke belakang.

" Leeya hak aku! Ini buktinya!" Faiz menghulurkan sekeping kad jemputan kahwin kepada Azrul. Azrul pantas mencapainya.Aku hairan. Kad kahwin? Biar betul.Kad itu terlepas dari tangannya apabila melihat nama yang tertera di kad itu. Wajahnya berubah mendung.Aku turut membacanya dalam diam . Leeya & Faiz..hah?! Mustahil!

" Leeya..walau apa pun yang berlaku, abang tetap cintakan sayang..abang akan tunggu Leeya sampai bila-bila pun..," katanya sayu sambil merenung dalam anak mataku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Bagiku kata-kata itu sudah tidak berguna lagi. Segala-galanya sudah terlambat. Seketika kemudian, Azrul perlahan-lahan meninggalkan kami dengan langkah longlai. Walaupun ada sedikit rasa simpati menjengah ke dalam hatiku namun aku terpaksa padamkan kerana aku tidak mahu kekecewaan itu datang lagi.

" Wow! Bestnya jadi tunang you!" Lamunanku mati apabila mendengar sorakan daripada Faiz .Aduhh….habislah aku kali ni kena sakat.

" Hello..tunang berlakon je tau. Not the real one.." jawabku lantas berlalu mahu meninggalkannya yang sedang tersengeh macam kerang busuk.

" Depan staff pun you nak I berlakon jadi tunang you ke? I no hal..lagi I suka..kalau boleh I nak beritahu satu hospital.Hehe.." aku menghentikan langkahku dan menjelingnya tajam.Perasan!

" Huh! tak payah la susah-susah. Anyway thanx sebab tolong I tadi. I dah penat layan dia tadi..he follow me where ever I go..rimaslah"

" Who’s him?" Wajah Faiz berubah serius. Sejak bila dia serius bila bercakap ni.Hairan aku.

" Ex-boyfriend I.."

" Oh I see..kenapa dia tinggalkan you?"

" Entahlah..panjang ceritanya..," aku tidak berminat untuk mengungkit kisah lama. Biarlah ia terkubur begitu sahaja.

" Eh, mana you dapat kad kahwin tu? Dahla ada nama I dengan you pulak tu.." Aku cuba mengubah topik ditambah pula rasa ingin tahu .

" Itulah kan kad kahwin kita.." katanya dengan senyuman yang melebar.

" Heh, you jangan nak mengarut!" Buntang mataku mendengar jawapan itu. Sah dia nak main-mainkan aku.

" Betul la..you ingat tak rombongan peminangan yang datang rumah you bulan lepas, you terima kan?"

" A’ah . So?" Aku tidak dapat menangkap maksud soalan itu.

" Itu rombongan dari I la tu..So that’s mean kita dah bertunang!!" katanya dan terus berlari meninggalkanku.

" What?!!" Aku terlopong dan terdiam tidak terkata . Aku mengejarnya untuk mendapatkan kepastian . Aku memandang sekilas cincin yang tersarung di jari manisku sejak bulan lepas.Tidakku sangka lelaki yang ibu bapaku sering sebutkan sejak akhir-akhir ini adalah Faiz . Memang benar bulan lepas ada rombongan peminangan dari Kuala Lumpur datang bertandang ke rumahku .Aku menerima pinangan itu tanpa banyak soal dan tanpa mengetahui siapa gerangan jejaka yang akan aku kahwini kerana aku sudah malas memikirkan soal hati dan perasaan lagi.Aku sudah serik. Justeru, aku redha dengan siapa sahaja yang bakal menjadi suamiku asalkan lelaki itu boleh menyayangiku sepenuh hati. Aku begitu yakin pilihan ibu bapaku adalah paling tepat. Bagiku ,biarlah cinta itu mekar selepas kahwin kerana itu adalah lebih diberkati. Tetapi, tidak sangka pula jejaka yang akan bergelar suami dalam masa tidak sampai sebulan lagi adalah Faiz . Oh tidak!!Ini mimpi ngeri! Larat ke telinga aku nak dengar dia membebel sepanjang masa? Alamatnya menanah la telinga aku.Amaaa…tak mahu!!!


p/s : ini cerpen kedua dari saya.sorry lah, cerpen ini agak panjang. Saya cuba memendekkan cerita ni tapi tak tahu macam mana nak pendekkan . Apa pun semoga terhibur..terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membaca karya saya..=)

Read More..
 
Cerpen : Ara rindukan Abang

Cerpen : Ara rindukan Abang
Nama Pena : Miss Gurl Mia

"Abang,abang sibuk tak hujung minggu ni?".Tiba-tiba soalan dari mulut Ara terpacul ketika Anuar sedang asyik menonton television.

"Erm,kenapa sayang tanya ni?Haa…ni mesti nak ajak abang jalan-jalan kan?".Anuar tahu,sejak kebelakangan ini dia telah banyak menghabiskan masanya di pejabat.Kerjaya sebagai doctor amat memerlukan pengorbanan dari semua aspek termasuklah masa dengan isterinya.

"Ermmm…mesti tak boleh kan??"..Fatima Azzahra bertanya kembali..

"Sape cakap tak boleh?Ok,hujung minggu ni kita pergi jalan-jalan kat pantai nak??".Anuar tidak mahu isterinya terus kesepian ditinggalkan.

"Yeka ni abang!!!waaaaa sayangnyaaa kat abangg.."terus Ara memeluk kemas suaminya itu.
...................
Mereka berjalan menyusuri pantai.Ara sangat gembira hari ini.Suaminya membawanya berjalan-jalan.

"Abang,semalam abang janji nk belikan aiskrim?"."Eh,ade ke abang janji macam tu?"Saja Anuar ingin mengusik isterinya.."Alaaa abang nii..semalam kn ade abang janji..bencinya.."Ara menarik muncung yang panjang."Alalalalala merajuk dah dia.."Sikap manja isterinya itulah yang menjadikan Anuar bahagia sepanjang berada di samping Ara..

"Alalala…tengok tu…langsung tak nak pandang muka abang. Meh abang belikan.Abang gurau je la..sayang niii.."

"Hehehehehehehehe….baby nk dueeee.."."Amboi,banyaknya..tak boleh!1 je cukup.Nanti makan banyak-banyak sakit perut pulak.Perut sayang tu bukannya kuat sangat".Anuar memarahi isterinya.

"Yela-yela..Kuat bebel la abang ni".Ara tersenyum lebar apabila mendapat askrimnya.
....................

"Sayang,nak dengar cerita tak ni?Tanya Anuar ketika mereka berehat di balkoni rumahnya.

"Apa die?".."Arini abang nak cerita pasal "niat" .Semalam ada sorang ustaz ni cerita masa abang solat zohor.Nak dengar tak?"…"Nakk…abang cerita la.."Ara sangat suka mendengar suaminya bercerita tentang-tentang agama.Dia tahu dia sangat cetek agama.Dengan adanya Anuar die boleh mengetahui banyak ilmu agama.Bersyukurnya dia dikurniakan suami sebaik Anuar.

"Tahu tak cerita pasal burung ababil?"..Dengan perlahan Ara hanya menjawab dengan gelengan.

"Ok..dulu kan,ada tentera arbahah namanya.Mereka nak serang kota Mekah.Pastu ada sorang ni,abang lupa name die,Abdul Mutallib tak silap,Dia bagitau,Allah takkan melepaskan Kota Mekah hancur macam tu je.Akan ada pembalasannya.Tiba-tiba,masa dieorg nak serang Kota Mekah tu,Allah turunkan burung ababil yg bawa 3 biji batu kecil dari neraka.Sayang paham-pahamlah kan,sekecil mana pon batu tu,tapi kalau dari neraka,memang besarla azabnya.Semua tentera arbahah dan penduduk kat situ mati tau.Then,Aisyah tanya la nabi,apa hukum penduduk yg mati tu.Nabi jawab,atas niat mereka.If mereka ada kat situ sbb nk berdagang,so dieorg masuk syurga.Tapi yang niat tak betul tu masuk neraka la…."panjang lebar Anuar menceritakan kisah itu kepada isterinya .

"Ooooooooooo…..jadi semua atas niat kan abang?"Ara berminat untuk bertanya.

"yer sayang..jadi semua yang kita buat kena la ada niat yang betul..Sayang..meh sini kat abang".Anuar menarik tangan Ara dan terus mendudukkan Ara di atas ribaannya.Anuar memeluk kejap isterinya.Ara sangat selesa diperlakukan begitu.

"Haa…sekarang abang nak sayang cerita balik kat abang".Anuar sengaja mahu melihat reaksi isterinya

"Ala abang ni…Ara fahamla bang..".."Kalau faham kena la cerita balik kat abang"..Anuar hanya tersenyum kecil melihat isterinya itu tergagap-gagap menceritakan balik kisah tadi.Tangan Ara tak henti-henti menggusap2 lengan Anuar dan akhirnya dia dapat menceritakan semuanya dengan betul

"Muaaah…kan pandai isteri abang ni..".."Hehehehehe…yerlaaa…ni kan sayang abang..mestila pandai"Terus Ara merangkul tengkuk Anuar dan memeluknya manja..
....................

"Ara,kau nak pegi camping tak?"Tanya Aisyah kawan sekuliahnya dulu.Mereka sangat rapat.walaupun alam kuliahnya di Universiti Malaya dah lama habis,mereka tetap berhubung sampai sekarang.

"Camping kat mana?.Ramai ke yang pergi?.Kat mana camping tu?".Bertubi-tubi soalan dari Ara

"Kot ye pon bagila aku jawab satu-satu.Ramai la jugak.Kawan-kawan satu kuliah ngan kite dulu.Tapi yang anjurkan camping ni,budak UPM.Sape eh name die…Tuan Muhammad ape ntah…"Aisyah sememangnya lupa nama lelaki yang menganjurkan kem itu.Tetapi,tidak bagi Ara.Jantungnya tiba-tiba berdebar-debar.

"Aisyah,sape nama laki tu?Cuba kau ingat balik Sya..pleaseeee…"Ara merayu kepada Aisyah
"Esh,yang kau ni kenapa?Yela-yela.Aku tengah ingat la ni..Tak silap aku Tuan Mohd Hakimi kot!".

Ara seakan mahu pengsan mendengar nama itu.Dia yakin itulah orangnya.Orang yang tidak dapat dilupakan selama 12 tahun lamanya.Kimi,kekasih pertama nya ketika zaman sekolah rendah.Walaupun perasaan sayang telah di curahkan sepenuhnya kepada Anuar,tetapi dia tetap menginginkan satu pertemuan dengan Kimi.Semua tahu cinta pertama sukar dilupakan.

"Sya,aku nak pegi gak"Ara memberi jawapan tanpa meminta izin dari suaminya dahula.Biasanya Ara tidak akan berkelakuan begini.

"Aiii…takkan tak tanya suami tercinta dulu kot.Biasanya selagi mamat tu tak kasi,kau takkan nak nya pegi".Aisyah yang perasan akan perubahan Ara menjadi pelik."Takpe.Nanti aku bagitau la die".Ara menjawab ringkas
....................

"Abang,hujung minggu ni Ara nak pegi camping ngan kawan-kawan kat Sekayu.Boleh yer".Ara meminta izin tanpa memberitahu perkara sebenar.

"Camping?Aii…sejak bila pulak isteri abang suka camping-camping ni.Tak payah pegi la sayang.Jauh tu.Nanti jadi apa-apa susah tau".Anuar merangkul pinggang Ara kemas.

"Ala abang…takpela..Ara bukan pegi jauh pon.Ara tahu la jaga diri.Ara nak pegi jugak.Ara dah janji ngan kawan Ara".Ara membantah kata-kata suaminya.Tanpa disedarinya,Anuar berkecil hati.Tidak pernah Ara melawan kata-katanya begitu sekali.DIa melepaskan pelukan dan turun kebawah untuk menenangkan hati.
....................

Pagi esoknya,Ara sibuk mengemas barang-barangnya untuk pergi camping tanpa menghiraukan Anuar yang sedang menjeling ke arahnya.Dia gelisah sebenarnya.Dia takut.Dia tahu dia tidak sepatutnya melanggar arahan suaminya.Tapi,hati kecilnya tetap menginginkan pertemuan itu.Tiba-tiba hon dibunyikan.Ara bergegas ke pintu.

"Aisyah!.Masuklah dulu.Aku tengah kemas ni."Ara melaung dari dalam rumah
"Abang layan Aisyah dulu yer.Ara nak kemas sikit lagi ni"
"Ok…Aisyah..masuklah.Lama ke korang pegi ni?Macam besar sangat je beg kau tu?".Anuar bertanya
"Eh..takkan Ara tak cerita kot ngan kau.Haha..takdelah lama.3 hari jer.".Aisyah tersenyum malu ditegur begitu
"Beriya-iya je korang nak pegi ni?.Best sangat ke?"Saja Anuar menginginkan kepastian
"Esh…aku biasa-biasa jer…tu ha…isteri kesayangan kau tu…Dengar je nama pengurus camping ni terus nak pegi..Kawan lame dia kot."

"Sape?"Ringkas Anuar bertanya…"Tuan Mohd Hakimi"…Terkedu mendengar jawapan itu.Tapi Anuar sengaja tidak mahu menunjukkan reaksi negatifnya…."oh…tu memang kawan lamanya.."Sedih di hati hanya Tuhan yang tahu.Dia tahu isterinya tidak akan menduakan dia.Dia yakin Ara hanya mahu berjumpa..Dia tahu Ara tidak mahu mengecewakan hatinya itulah sebab Ara tidak menceritakan hal sebenarnya. Tapi,hati kecilnya tetap sedih.Sedih dengan sikap Ara yang tidak mahu berterus-terang.Selepas Ara pergi,Anuar kembali bersiap-siap.Dia ada kursus selama seminggu.Kesempatan ini akan digunakannya untuk menenangkan fikiran.Sengaja dia tidak memberitahu Ara terlebih dahulu.Jiwanya tengah kacau.."Biarlah Ara gembira dulu.."Hatinya bermonolog sendirian.
...................

Semasa camping itu,mata Ara tak henti-henti melilau mencari seraut wajah yang dia ingin sangat berjumpa…

"Cik dah check in tempat?"..Seorang lelaki tiba-tiba menyoal sambil melemparkan sebuah senyuman.
"Belum..nantilah saya check in.Saya tengah tunggu kawan saya.".Ara menjawab malas.Yang dia inginkan adalah satu pertemuan!...Aisyah meluru mendapatkan Ara..

"Eh,asal kau tak cakap ngan dia?"Aisyah bertanya dengan muka penuh minat.Dia ingatkan Ara akan senang bila berjumpa dengan kawan lamanya itu…"Kenapa aku kena cakap ngan dia pulak?"Ara pelik dengan pertanyaan kawan baiknya itu.

"Laaa…diakan kawan lama kau.Tuan MOhd Hakimi.Pengurus camping ni!"…Rupa-rupanya Ara telah tersilap..Orang yang dimaksudkan oleh Aisyah bukanlah orang yang ingin dijumpainya.Tiba-tiba,muncul wajah suami tercinta di benak fikiranya..Rasa bersalah terus menghambat dirinya.Tiba-tiba,kakinya tersepak kayu tajam dan menyebabkan luka yang dalam.

"Ya Allah….sakitnyaaaaaa!!!!"..Ara meraung sekuat hati…Ya Allah…inilah balasan yang Kau tunjukkan kepada ku kerana melanggar arahan suami…Sakit ya Allah…Abang…tolong Ara…Kemudian Ara pengsan..Ara tidak sedarkan diri ketika dia dibantu oleh Aisyah dan kawan-kawanya yang lain.

"Elok kita bawak balik je dia ni.Takpe,nama korang nanti saya gantikan dengan peserta lain.".Bagitau pengurus itu kepada Aisyah

.........................

Sudah 3 hari suaminya tidak balik ke rumah.Ara sangat rindukan Anuar..Pagi tadi Aisyah telah datang dan membersihkan lukanya dan memasak untuknya.Dia tidak larat untuk bangun walaupun sekajap.DIa hanya mengagahkan diri untuk bangun solat sahaja.Kakinya masih bengkak,di tambah lagi dengan demamnya.Deman merindukan Abang Anuar.Sudah puas mereka mencari Anuar.Tapi sorang pon tidak dapat memberi jawapan.Ara juga sudah tahu yang Abang telah pun mengetahui niatnya ke camping itu.Perasaan bersalah begitu terasa.Dia hanya menginginkan suami tercinta pulang ke rumah.

Malam itu,Ara tidur sendirian lagi.Biasanya dia akan tidur berbantalkan lengan Anuar dan berselimutkan tangan Anuar yang pasti akan melingkari tubuhnya.Walaupun banyak kerja,Anuar akan menidurkan Ara terlebih dulu.Kalau Ara tertidur di sofa,suaminya itulah akan mendukungnya masuk ke dalam bilik.Ara merindukan semua itu…

"Abang…Ara rindu abang…bile abang nak balik…Ara tak boleh tidur..Ara takut tidur sorang-sorang…abang balik la…".Ara bercakap seorang diri.Tiba-tiba,perutnya sakit.Mungkin sebab tidak makan tengahari tadi.Rindunya kini lagi mencengkam jiwanya kerana kebiasaannya,ketika dia sakit perut,pasti suaminya akan mengurut-urut perlahan sampaila dia terlena.Anuar tahu cara handle isterinya yang manja itu.Kalau sudah terlena takdela bunyi merengek-rengek sakit dari mulut comel isterinya itu.Ara merasakan dirinya sangat beruntung.suaminya terlalu baik untuk dirinya.Dia tidak sabar menunggu kepulangan Abang Anuar dan ingin meminta ampun.
...................

Seminggu kemudian.Ting tong!Ting tong!..Bunyi loceng rumah Ara berbunyi.Ni mesti Aisyah lupa bawak kunci ni.Walaupun kesihatan Ara makin pulih tetapi Aisyah tetap menjenguk kawan rapatnnya tiap-tiap hari..Begitu akrabnya hubungan mereka.
Loceng menjerit lagi…

"Kejap la…Aku turun ni Sya.."Dia tidak boleh jalan laju-laju.Kakinya masih lagi terasa sakitnya.Apabila dia membuka pintu,wajah yang amat-amat dirinduinya sedang tersenyum manis ke arahnya.Ara tanpa membuang masa memeluk Anuar dan terus menangis teresak-esak di dada bidang suaminya itu..

"Ara rindukan abang sangat..Ara mintak maaf"Perlahan suara Ara terdengar di sebalik tangisannya itu.Anuar hanya tersenyum…
"Yer sayang ….abang tahu…abang pun rindukan isteri abang ni..Dahla nangis…tak comel la.."Anuar ingin mengusik Ara.Dia tahu nanti ada je yang menjerit tu.."Aaaaaaaaaaaaaaaaa….Ara comel laaaaaa…"…"Kan dah cakap..Hehehe.."..

"Apa yang abang cakap?"Tanya Ara pelik..

"Takde pape la…peluk abang kat dalam la sayang..malu orang tengok depan pintu ni..Meh abang dukung masuk baby yang manja ni.. lain kali niat kena betul tau tak.Tak ingat dah apa abang cerita dulu pasal niat?Haa.tengok,niat tak betul nk pegi camping ni...tu la kene kaki ni.. sakit lagi ae kaki ni sayang??Hehehehe"…

"Abang tanya apa?Ara hairan macam mana suaminya tahu tentang itu semua.

"Takde apa la sayang..Muaah…Jom masuk".Ara tengelam dalam pelukan suaminya.Soalannya tadi terbiar begitu sahaja.Anuar mencium pipi isteri kesayangannya itu..

Sebenarnya Aisyah telah Berjaya menghubungi Anuar sejak kejadian kaki Ara terkena kayu tajam tu.Tapi Anuar mintak dirahsiakan dulu.Tiap-tiap hari Aisyah ditugaskan Anuar untuk menjaga Ara.Dia lah yang suplly semua ubat yang difikirkan Ara,Aisyah yang mengambilnya di klinik.Anuar tahu keadaan Ara kerana Aisyah menceritakan semua kepadanya.Dia juga tahu betapa Ara menyesal atas perbuatannya.Anuar bersyukur rumah tangga nya diselamatkan Allah.Semoga mereka dirahmati oleh Allah….
SEKIAN…

Read More..