Cerpen : Cabaran Demi Cabaran

SEJAK ada jalan raya tersebut, kehidupan keluarga Ali bertambah maju. Ayahnya mula membeli sebuah kereta untuk kemudahannya.
"Baru saya cakap, dah sampai di depan rumah kereta ayah kamu," kata Harun.
"Kereta setengah pakai, bukan kereta baru keluar dari kilang," jelas Ali dengan senang hati.
"Ada juga kereta, tak macam ayah saya, hanya beli motosikal setengah pakai," komen Harun.
"Bersyukurlah, dari mengayuh basikal lebih baik menunggang motosikal, nak bawa udang galah dan ikan sungai ke pasar," Ali menjelaskan dengan serius.
"Nampaknya di antara keluarga kita berdua sudah ada perubahannya," kata Harun.
"Hanya kamu yang pandai membuat perbandingan, tapi kamu tak nak tengok apa yang diusahakan ayah saya dan ayah kamu," tegas Ali dengan berani.
"Hmm, betul juga, ayah kamu ada ternak lembu, kambing dan ayam itik, tapi ayah saya hanya bertani semata-mata," Harun mengakui.
"Itulah, lain kali ukur baju di badan sendiri, jangan ukur baju di badan orang lain," Ali membahasakannya pula.
"Jangan lupa, cuti yang akan datang ni kita ke rumah nenek kamu," Harun mengingatkan Ali.
"Insya Allah!" balas Ali pula.
"Kalau boleh bawa udang galah untuk nenek..." syor Ali sinis.
"Hah, saya nak janji dengan ayah dulu...kalau tidak habis dijual semua..." terang Harun dengan serius.
"Biasanya berapa harga sekilogram udang galah yang besar?" Ali ingin tahu terlebih dahulu.
"Rasanya tak lebih RM20, tapi kalau yang kecil dedikit boleh dapat RM15," terang Harun sambil mengangguk.
"Oh, tinggi juga harga udang galah... kalau ikan sungai seperti ikan baung tu berapa harganya?" Ali masih ingin tahu lagi.
"Tak mahal, lebih kurang RM5 begitulah..." kata Harun sambil tersenyum.
"Saya nak beli dulu...esok hantar ke rumah saya," Ali memberi kata putus petang itu.
"Dua kilogram tiap satu, boleh?" Harun ingin kepastian terlebih dahulu.
"Hmm, udang galah RM40 dan ikan baung RM10, cukup-cukup RM50... Okey boleh!" Ali menghitung secara congak.
"Kita pergi dengan kamu ke?" soal Harun sambil tersengih.
"Hai, dah ada kemudahan, gunakanlah kesempatan itu..." jawab Ali sambil menepuk bahu kiri Harun.
"Tak sangka cempedak jadi nangka..." Harun membahasakannya pula.
"Lain kali kena banyak membaca, biar banyak dapat peri bahasa..." saranan Ali.
"Saya tahu... di perpustakaan tu banyak lagi buku yang belum dibaca..." ujar Harun sinis.
Ali hanya tersengih. Dia memang tahu perkara itu. Malah dirinya pun demikian jua kerana tinggal dan belajar di suatu tempat di bandar. Pendek kata apa pun tidak boleh disembunyikan. Sebabnya, walau ke mana mereka tetap bersama sahaja. Jadi, apa-apa pun di antara mereka dapat mengetahuinya.
Apa yang belum Harun ketahui kampung halaman nenek Ali. Perkara itu yang akan ditinjau dengan lebih dekat lagi. Hatta kegiatan nenek yang dikata mempunyai kepakaran dalam membuat tempe dan lain-lain. Inilah yang akan dikorek rahsia nenek dari awal hingga ke hari ini.
Pertama-tama tentang meneroka hutan hingga menjadi sebuah kampung dan mempunyai tanah yang luas melaut-laut. Sudahlah begitu ada anak ramai yang terdidik dengan baik ilmu dunia dan akhirat. Sepatutnya Ali terjemahkan ke dalam sebuah buku biografi untuk tatapan anak cucu nenek di sana sini.
Perkara itu akan dibincang dengan Ali apabila sudah berjaya mendekati nenek pada suatu hari nanti. Sebabnya, dia pernah membaca biografi dan rasa tertarik untuk menulisnya. Semoga dengan adanya Ali mengajak dirinya ke rumah nenek maka akan dapat diusahakan. Itu yang dinamakan 1001 Impian, fikirnya.
Dia hendak menulis tentang neneknya sendiri tidak punya bukti yang kukuh. Apatah lagi ayahnya pun tidak punya kepandaian yang boleh dibanggakan. Hanya sekadar seorang nelayan sungai. Tetapi jika tentang ayahnya mungkin boleh kerana sanggup berpanas dan berhujan demi mencari rezeki yang halal untuk menyara isteri dan anak-anak.
Harun tida boleh lupa pada apa yang pernah dibaca. Semuanya masih terbayang di ruang matanya dengan jelas. Andainya diberi peluang duduk dengan sebatang pena dan buku, pasti boleh diturunkan apa yang diingat. Di situ yang membuat dirinya terlalu prihatin akan ilmu yang dipelajari sejak masuk ke sekolah berasrama.
Latif dan Mokhtar yang tinggal sekampung sudah berhijrah ke tempat lain. Katanya mengikut abangnya yang bekerja di Cameron Hinglands. Begitu juga dengan Kudin dan ramai lagi. Mereka sudah tidak mahu menyambung persekolahan di atas sebab kemiskinan yang amat sangat. Dalam perkara itu ibu bapa Ali tidak mampu untuk memberi bantuan seperti dirinya.
Harun itu pun, ibu bapa Ali datang ke rumah memohon keizinan mereka. Sebab Harun anak orang dan tiada pertalian persaudaraan hanya saudara seIslam. Jika tidak Harun memang tidak ada pelung belajar di bandar.
Apabila mengenangkan nasib dirinya, air matanya bagaikan hendak gugur setitis demi setitis. Tetapi dia tetap tabah menghadapi semua dugaan hidup yang amat sangat. Sebab itu apa yang ada di hadapannya boleh dilakukan dengan mudah. Mungkin kerana Ali sering mengingatkan dirinya supaya sentiasa ingat kepada Allah. Allah itu yang menjadikan semua di muka bumi ini!
"Aku tak sangka orang lain macam Ali dan keluarganya sanggup membimbing aku..." bergema di dalam dadanya.
Harun tidak dapat menahan sebaknya itu. Diurut-urut dadanya sehingga Ali menyedari akan apa yang dilakukan. Tersipu-sipu malu dibuatnya tetap apa yang hendak dikata kerana itu suatu kenyataan yang tidak boleh disembunyikan. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengakui akan kebenaran dengan dada yang lapang.
"Memang tak ada siapa yang tahu, tapi Ali dan keluarganya tahu..." gerutu di hatinya pula.
Apa yang diingat lagi, dia akan membalas jasa baik Ali dan ibu bapanya. Di sebabkan mereka dirinya sudah muncul sebagai pelajar yang baik. Diharap dari tahun ke tahun akan lebih meningkat lagi hendaknya. Semuanya bergantung kepada kecekalan hatinya menghadapi ujian demi ujian.
"Aku tak mahu jadi orang miskin lagi," gerutu di hatinya.
Dia memang tahu pedih dan sengsaranya menjadi orang miskin. Bangaimana bapanya boleh menghadapi dugaan hidup yang begitu rupa? Apakah kerana sudah tidak ada jalan lain untuk mencari kekayaan? Mengapa tidak mahu mencari pekerjaan di bandar? Apa di bandar lebih banyak cabaran demi cabaran?
"Hai, entahlah... aku tak tahu semuanya itu..." keluh Harun dengan sedalam-dalam hatinya.
Fikirnya lagi, di bandar itu ramai orang yang kaya raya. Rumah besar dan kereta mewah. Anak-anak mereka berbelanja sekolah semahu-mahunya. Tidak seperti dirinya yang tersiput-siput untuk kegunaan hari-harai mendatang. Pun bukan itu sahaja tetapi ada dibekalkan telefon bimbit yang canggih.
Harun memang tidak berani memegang telefon bimbit kawannya. Dia takut terjatuh di atas simen hancur berkecai. Bagaimana dia hendak menggantinya kerana tiada wang seperti mereka? Sebab itu dia kecut perut apabila ada kawan-kawan yang cuba mempermain-mainkan dirinya. Akhirnya dia lebih senang berada di sisi Ali yang mengetahui keadaan dirinya dari A hingga Z.
"Bila ayah kamu nak ke rumah nenek?" Harun mengajukan soalan.
"Esok lusa, boleh kamu ikut?" Ali menjawab dengan senang hati.
"Oh, mak kamu nak masak udang galah dan ikan baung tu dulu?" ujar Harun sambil tersenyum.
"Hai, anak menantu kesayangan ibu mertua...bukan kamu tak tahu..." terang Ali sambil membalas senyuman Harun.
Harun tidak terkata lagi. Dia amat senang hati mendengar akan kata-kata Ali yang menyatakan tentang ibunya dengan neneknya.
"Kalau begitu kemesraan mereka, sudah tentu tak ada apa yang tersimpan di dalam hati..." Harun mengandaikannya pula.
"Memanglah...dalam keluarga kami tak ada perkara yang menyakitkan hati..." jelas Ali dengan serius.
"Bertuahnya kamu dapat ibu dan nenek yang baik hati..." cetus Harun.
Ali agak kaget kerana jarang mendengar kata-kata seperti itu. Terbit di benaknya ingin bertanya kepada Harun, tetapi khuatir harun berkecil hati. Akhirnya apa yang dirasa digenggelamkan di dasar hatinya.
"Aku tak mahu mengetahui semuanya itu," bisik di hatinya.
Mereka berdua yang duduk di halaman asyik membelek kereta yang baru dibeli oleh Pakcik Ghani. Dari warnanya merah saga sudah menandakan tuan yang punya berani berjuang. Makcik Esah turun dengan pakaian yang kemas lagi cantik.
"Mak nak ke mana tu?" Ali bertanya dengan penuh harapan.
"Mak nak ajak kamu keluar ke bandar sekejap," jawab Makcik Esah sambil mengamit Harun.
"Harun, mari kita ikut sama," ajak Ali sambil menarik tangan Harun.
"Boleh juga," Harun meluru masuk ke perut kereta buatan Malaysia.
Pakcik Ghani mula menghidupkan enjin dan memandu dengan penuh berhemah. Di simpang hadapan rumah Harun, kereta diberhentikan kerana ayah Harun ada di tepi jalan.
"Esok sediakan udang galah tiga kilo dan ikan baung pun sama, ini duitnya kalau tak cukup esok saya tambah," kata Pakcik Ghani.
Ayah Harun menerima dengan senang hati. Tetapi dia agak tercengan kerana harun ada di dalam kereta Pakcik Ghani.
"Kami nak ke bandarr sekejap, langsung bawa Harun sekali..." Makcik Esah memberitahu.
"Baiklah kak..." jawab ayah Harun sambil mengangkat tangan.
Mereka pun meninggalkan kampung dengan megah. Itulah kali pertama mereka menaiki kereta dari dalam kampung. Sebelum itu memang tidak siapa yang memiliki kereta.
Tiba di suatu kedai runcit Pakcik Ghani berhenti dan mengeluarkan sebuah kotak. Tahulah Ali dan Harun bahawa kerepek ubi tiga rasa dijual di situ. Selesai berurusan dengan tauke kedai, Pakcik Ghani terus memandu lagi. Lebih kurang lima buah kedai yang disinggahi atas urusan jualan makanan ringan yang selama ini dijaja oleh Ali dan Harun. Sementara telur masin di hantar ke kedai-kedai makan sahaja.
Begitulah hal keadaannuya sehingga tiba ke bandar. Pakcik Ghani memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Kemudian mengatur langkah menujur ke pasaraya. Kepalang kagetnya Ali dan Harun kerana mereka di bawa ke tempat membeli belah.
"Apa nak beli ni?" soal Harun agak kehairanan.
"Tak beli tengok-tengok saja..." jawab Ali sambil menoleh ke kiri dan ke kanan.
Orang ramai membuat mereka agak bingung sedikit. Tetapi Pakcik Ghani sudah seperti selalu masuk ke pasaraya. Makcik Esah pun agak kekok kerana banyak sangat jenis barangan yang hendak dipilih.
Kemudian dari satu tingkat ke satu tingkat mereka naik ke atas dengan tangga yang boleh berpusing sendiri. Pada mulanya memang rasa gayat tetapi lama kelamaan menjadi seronok dan ingin turun naik selalu.
"Beli buku nak?" Ali bertanya kepada Harun.
"Ini buku untuk kanak-kanak sekolah rendah saja," terang Harun yang sedang mengamat-amati buku tersebut.
"Kita baca buku di perpustakaan saja sudah," putus Ali sambil menarik tangan Harun menuju ke arah bahagian pakaian kanak-kanak.
"Mak nak beli pakaian untuk siapa?" Ali bertanya sambil membelek pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan.
"Adik-adik Harun..." jawab Makcik Esah.
Harun terkedu. Dia memang tidak menduga begitu mulia hati Makcik Esah.
Kemudian Ali dan Harun mengasingkan diri. Mereka ke bahagian kasut pula. Tetapi tidak berani menyentuh kasut yang tersusun indah.
"Kasut kita masih elok lagi bukan?" Harun minta pengesahan Ali.
Ali hanya mengangguk. Dia memang tahu tidak mahu menyusahkan ibu bapanya berbelanja dengan boros.
Sejurus kemudian mereka beralih ke tempat permainan kanak-kanak. Di situ Harun menggeleng kepala. Adik-adiknya yang masih kecil tentu akan menjadi asyik dengan permainan yang ada.
"Mengapa ni Harun?" Ali bertanya dengan jujur.
"Tak boleh, tak boleh dibelikan budak-budak dengan permainan macam ini, bahaya," jawab Harun dengan serius.
"Hah, marilah tengok tempat lain..." ajak Ali pula.
"Ayah kamu ke mana tadi?" Harun rasa kehilangan orang yang membawa dirinya ke bandar.
"Ada cari barang dapur agaknya..." Ali menyatakan dengan suara perlahan.
"Kalau begitu mari kita cari dia," ajak Harun.
"Jom!" Ali meluru ke tangga untuk turun.
"Mak kamu tak turun lagi?" Pakcik Ghani ingin tahu.
"Belum... ada apa yang nak dibeli ke ayah?" soal Ali dengan penuh harapan.
"Nanti tunggu mak kamu turun dulu..." jawab Pakcik Ghani sambil mengisi barangan di dalam troli.
"Tak apa, biar saya panggil mak turun," ujar Ali sambil berlari anak mendaki anak-anak tangga pusing.
Pakcik Ghani tidak berkata apa. Biarkan mereka berseronok di masa terluang. Lagi pun selalu turun ke bandar bersama keluarga. Nanti mereka akan terbiasa dan tidak kekok dengan keadaan yang begitu merumitkan.
Ali dan Harun yang menurut Makcik Esah, terpegun kerana mendapati sudah sarat kedua-dua belah tangannya. Lantas mereka segera menyambut untuk menjinjing beg-beg plastik.
"Ayah nak beli barang, tunggu mak turun..." ujar Ali serius.
Makcik Esah hanya mengangguk sahaja.

Read More..
 
Cerpen : Aku yang Ketiga

Aku yang ketiga. Hmm, maknanya apa? Ops! Bukan bukan. Aku tau apa yang korang fikir sekarang. Bukan bini ketigalah. Nak jadi bini pertama orang pun susah nak jadi bini ketiga? Hai, tiga kali nyawa aku tercabut pun aku tak sanggup (kalau nyawa ada lebih dari satu la, haha).

Aku ni anak ketiga. Dari 6 beradik. Hmm, so, mesti korang fikir apa la yang bagus sangat dengan cerita aku ni kan?

Macam ni. Aku ni anak ketiga. Ada kakak, abang, dua orang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Orang selatan, belajar kat utara. Lagi satu, aku ini perempuan yer, harap maklum!

Nak dijadikan cerita, aku ni anak kesayangan family, selain abang aku la. Kakak aku? Hmm, antara aku dan dia, family aku yang lain lagi rapat dengan aku mungkin sebab aku ni pandai melayan orang. Kakak aku garang sikit orangnya.

Tapi, disebabkan aku ni jadi favourite diorang, aku terseksa. Huhu. Kenapa?

Masa kecik-kecik, sebenarnya benda ni tak ketara sangat sebab aku dengan kakak aku yang jarak umur Cuma 2 tahun saja memang kamceng. Jatuh longkang sesame, panjat bumbung rumah sesame, jatuh basikal sesame, kena kurung kat luar rumah sesame, kena cubit and rotan sesame sampai lah dia masuk sekolah menengah. Masa tu, aku dah mula tak sebulu dengan dia. Mujurlah, karang naik pelamin sama-sama dengan laki yang sama hah, baru SAMA! Mujur diharamkan adik beradik bermadu. Hehe.

Aku ingat lagi, masa aku darjah 6, masa tu abang aku kat asrama, kakak aku pun. Pengasuh aku baru saja berhenti and bukak nursery (tapi nursery dia sejengkal je jaraknya dari rumah aku). Mak and ayah aku memang sibuk sangat.

Mak aku pulak, mungkin sebab dah biasa ada pengasuh yang jaga rumah, dia pun tak berapa mengatur rumah sangat dan sepanjang tahun aku drjh 6, aku balik sekolah pukul 4. Dengan baju sekolah tak bukak, aku sidai kain, kemas rumah, segala-galanyalah sebab aku takut mak aku balik rumah penat-penat, marah rumah dah kalah rupa tongkang pecah.

Penat? Pergh! Memang gila aku masa tu. Dengan adik 3 orang, memang sakit jiwa. Aku pernah terduduk lepas sidai kain menangis sebab kepenatan disamping risaukan mak aku mengamuk. Hidup aku memang kelam kabut. Tudung sekolah satu je. Pagi nak pergi sekolah kadang-kadang baru sempat basuh, siap boleh kering lagi! Haha, aku iron sampai kering, jahanam iron tu masa tu. Kerja aku lah.

Masa tu, aku berazam, aku akan tinggalkan rumah. So, masuk lah aku asrama bila aku form 1 dan sejak tu, aku dah tak pernah belajar sekolah harian sampai dah masuk u.

Aku ni baik, pandai ambik hati orang tua. So aku jadi rapat dengan mak aku dan pengasuh aku. Pernah sekali, nenek aku belah mak, kampungnya jauh jugak di Sarawak. Kitorang balik Sarawak sekali tu, aku memang rajin tolong dia. Masa nak balik, tau dia cakap apa kat mak aku?

"aku mau yang ini." Dia tunjuk kat aku. Aku gelabah nak mati. Biar betul nenek aku ni!
Masa tu aku dah membayangkan kehidupan aku di Sarawak, dapat pakwe Sarawak, tapi… tak nak!!! Aku tak
sanggup tinggalkan semenanjung tanah airku!

Mak aku pun terkulat-kulat. Dia pun tak nak lepaskan aku. Yelah, telinga yang lembut itulah yang kerap dipulas. Orang yang mendengar kata itulah yang orang suka, betul tak?
Mak aku Tanya kat aku yang dah muka macam nak kena pancung.

"nak tinggal dengan nenek?" muka mak aku pun tak ikhlas je aku tengok.

"tak nak." Aku jawab perlahan je.

Pergh! Mujur nenek aku separuh hati je Tanya. Kalau dia bersungguh hai hai bye bye je la semenanjung.
Fobia giler aku. Hmm.. ops, tak habis lagi cerita aku ya.

Masa kat u apa jadi?

Penat aku tak habis jugak. Disebabkan aku rapat dengan family aku dan aku memang kakak yang baik dengan adik-adik aku, (berbanding abang dan kakak aku), maka masa aku kat u, satu sem aku tak balik. Memang tahan. Bila balik sekali-sekala, ingat nak rileks, tak boleh jugak…

Adik-adik aku suka gaduh dengan kakak aku, bertengkar dengan mak aku, yelah, budak-budak laki, akulah jentera pengaman tak bergaji. Bagi kaunseling, pujuk-pujuk, rasuah-rasuah, sampai naik sakit jiwa raga.
Bukan tak ikhlas tapi you all kalau balik rumah cuti sem mesti ingat nak berehat dari segala benda, tul tak? Macam tu lah aku tapi susah betul.

Aku balik kadang 2-3 hari je pun jadi jugak. Ada sekali, adik aku gaduh dengan mak aku, memang teruk jugak la. Mak aku dah buat nada sedih cakap tak nak balik rumah.

Sapa tak sakit jiwa? Aku jugak. Air mata dah meleleh-leleh dalam selimut (aku berkelubung konon dah tidur padahal bantal basah) dengar mak aku cakap macam tu. Ayah aku pun datang kat aku cakap,

"pujuklah adik suruh mintak maaf dengan mak."

Aku pun diam je, kalau tak cakap aku dah tau tu memang tugas tak bertauliah dan tak bergaji aku. Aku pun cakap-cakap dengan adik aku, baru dia minta maaf dengan mak aku.

Kalau kakak aku gaduh dengan adik-adik aku pun camtu jugak. Sampai kakak aku pernah buat statement,

"adik-adik semua dengar cakap Amy, semua benci kakak!"

Kecik hati aku yang dah sedia kecik ni. Tapi aku pun tau itu hakikat. Hmm… apa nak buat…jadi favourite pun susah jugak la kak…

Tapi memang aku tak banyak berkira dengan adik-adik aku, macam kakak mithali la (kenapa tak ada wat anugerah tu? Aku rasa aku yang pertama kat bumi ni yang layak kot? Haha perasan pulak!). mintak duit bagi, nak apa-apa aku bagi, sentiasa beralah sebab bagi aku nak gaduh kenapa kan? Aku kakak. Mungkin sebab tu adik-adik aku lagi mudah dengar cakap aku.

Aku ingat kakak aku pun pernah claim cam ni kat aku,

"tengoklah adik-adik kamu tu!"

Aku dengan selamba dan badaknya menjawab,

"adik Amy bukan adik kakak ke?"

"kakak tak ada adik macam tu!"

Hahaha hairan! Camana aku leh jadi adik dia pastu dia ada sorang je adik bila aku ada 3 lagi adik? Ok, do the maths sampai juling-juling ye.

Jadi bosan jugak bila kadang-kadang aku pulak kena jadi kakak pada kakak aku jugak. Hmm. Tak best la sebab aku expect aku ada kakak yang aku boleh wat rujukan tapi terbalik pulak jadinya.

Tapi aku memang sayang family aku yang serba-serbi ni. Walaupun aku penat duduk rumah, (baru je balik u dah mak aku call Tanya, bila nak balik? Dah nak jawab apa?) tapi aku memang enjoy dalam penat.

Lagi satu, bila balik rumah, mak aku memang susah nak lepas aku ke mana-mana dah sebab aku dah jadi mak kedua dalam rumah tu.uruskan rumah, masak, segala bendalah. Dah jadi tugas aku. So kalau nak meronggeng habis-habisan sebelum habis sem la, kalau tak, harapan je la…

Adik aku sorang tu, punyalah favour aku sampai dia pernah cakap,

"nak cari isteri macam kak Amy."

Bangga di dalam hati tak terkata! Hahaha, hmm, itulah adik aku.

Penat sebenarnya bila kita tau orang berharap pada kita sebab kalau kita musnahkan harapan orang, kita juga yang sakit jiwa tapi bila turut pun double sakit jiwa!!

Sekarang? Alhamdulillah, sekarang family aku dah ok, masing-masing dah besar, walaupun adik-adik aku masih merujuk aku dalam segala hal, adik laki aku dua-dua nak nikah dan tunang siap cakap nak aku yang urus semua. Gila ke apa? Kalau aku memang ada butik kahwin tak apa jugak! Alangkan butik kahwin baju kahwin pun aku pinjam je time aku kenduri dulu tau!

So, hal dengan family memang dah aman, dah tak ada gaduh-gaduh tapi khidmat aku sebagai kaunselor tak bertauliah masih on..(Cuma dh advance sikit caranya, dulu jumpa depan cakap, skrg video call! Takpun chat ym or email!)…zamam berubah kita pun kena berubah beb!

Hmm, tulah serba sedikit.

"Amy!"

Alamak, my hubby dah panggil!

"tengok Farish ni!"

Apa pulak Farish dah buat? Ops, lupa pulak!

Hmm, aku mungkin dah aman dengan family aku tapi aku dah dapat kerja baru, jadi kaunselor untuk 3 ORANG anak aku. Hero pulak tu semua!

Adoi, memang penat. Tak habis-habis kan dunia ni? Hmm, tapi, luahan hati tu lain cerita, ini sekadar luahan saja tau (my hubby mesti bengang aku tak turun-turun lagi. Dia pun tak ngam dengan anak-anak aku, semua nak mamanya je). Pengajarannya, ikhlaslah dalam semua benda. Jangan ungkit-ungkit, tak baik. Kalau orang hargai kita, Alhamdulillah. If not, Allah ada untuk reward kita, don"t worry, but stay happy tau.

Next time, aku tulis lagi yer. (if boleh lari dari sesi kaunseling la)

Ok, sekian cerita aku yang ketiga dan ibu kepada yang tiga….

p/s: my other stories -HONEY, I HATE YOU- -ONCE, FOR SAMUEL- -KISAH KITA, QISTINA- -MASIH ADA WAKTU-
my novels -KIRA AYUMI- -KAU PENAWARKU-

Read More..
 
Cerpen : Aku seorang guru praktikal

Pada semester ini, semua guru pelatih ambilan Januari 2006 akan berpraktikal selama 4 bulan.
"Asalamualaikum cikgu" Azri terdengar suara murid-murid SK Temerloh Jaya di sekelilingnya memberi salam kepadanya.
"Arh..kenapa la mereka panggil aku cikgu. Aku bukannya ajar mereka pun. Tak payah la susah-susah nak panggil orang yang tak ajar mereka cikgu." Getus Azri dalam hati. Azri sebenarnya dalam perjalanan ke pejabat Sekolah Kebangasaan Temerloh jaya untuk melapor diri sebagai guru praktikal di sekolah itu.
Setelah sampai di pejabat Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya (SKTJ),
"Asalamualaikum, boleh saya bantu cikgu?" Tanya Atikah, gadis genit berambut panjang separas bahu. Senyuman dilontarnya mampu membuatkan perasaan geram Azri tadi hilang begitu sahaja. Tambahan lesung pipit di kiri pipi gadis tersebut mampu mencairkan hati Azri yang kepanasan sebelum ini.
Atikah telah menjadi kerani di SK Temerloh Jaya. Atikah memanggil Azri dengan gelaran cikgu kerana penampilan dan gaya Azri yang tidak tumpah sebagai seorang guru. Dengan tanda namanya, berkemeja lengan panjangnya, lengkap bertali leher dan membawa sebuah buku besar berwarna biru yang bertulis ‘Buku Rancangan Mengajar’ yang biasanya hanya dibawa oleh seorang guru semasa ke sekolah.
"Waalaikumussalam, boleh saya jumpa dengan guru besar?" Tanya Azri ringkas
Azri sebenarnya tidak pernah berminat menjadi guru. Namun atas sebab-sebab tertentu, Azri telah mengambil keputusan memasuki Institut Pendidikan Guru 3 tahun lalu.
"guru besar dekat perhimpunan cikgu, duduk la dulu atau cikgu boleh ke tapak perhimpunan di…"
"hm..takpelah, saya tunggu disini saja." Pantas jawab Azri untuk mengelakan diri ke tapak perhimpunan. Maklumlah, kalau ke perhimpunan, sudah pastinya dia akan menjadi tumpuan kerana dia adalah orang baru di sini.
"hm..Biasanya perhimpunan habis pukul brapa ek cik Atikah ?" Tanya Azri lagi.
"lebih kurang pukul 8.00 nanti, sebab kelas pertama hari isnin mula pukul 8.05"
"jap..jap….macam mana cikgu boleh kenal nama saya?" Sambung Atikah lagi.
"Cik Atikah, tuhan dah bagi kita mata. Guna la baik-baik mata tu. kan ada nama Atikah atas meja Cik Atikah tu" balas Azri ambil menunjukan tanda nama Nur Atikah Bt Adnan atas mejanya.
Tanpa membuang masa untuk menunggu ketibaan guru besar, Azri mengambil tempat duduk di sofa sambil membaca Buletin Pendidik di meja sofa tersebut.

-------------------------------

"Bangun……Asala..mualai..kum cik...gu" suara ketua kelas memecah kesunyian tatkala murid-murid terlihat guru besar di hadapan kelas mereka tadi. Lantas seluruh kelas 4 Dedikasi turut mengikuti sapaan yang di ucapkan oleh ketua kelas terhadap Azri.
"Waalaikumusalam..baiklah, duduk" ringkas balas guru besar, Azri
"Terima ka..sih cik…gu" jawap semua murid dari kelas 4 dedikasi dengan jawapan yang meleret-leret.
Arh…meleret je jawapan budak-budak ni, membazir masa je. Azri bermonolog sendirian. Azri tidak suka akan keadaan kelas tersebut. Mana taknya, matanya meliar dan terlihat sesetengah murid dalam kelas ni dalam keadaan agak comot, kasut terkoyak, rambut dalam keadaan kusut malah ada yang tidak mempunyai pemadan dan pembaris pun.
"Ok class, today we are going to learn about multiplication of four digit numbers with two digit numbers. Have you learnt about multiplication before?" ujar Azri memulakan pengajarannya buat kali pertama.
Suasana kelas 4 Dedikasi yang sebelum ini cukup terkenal dengan keadaaan hingar-bingar, menjadi sunyi sepi seperti negara dilanggar garuda.
"Ok, look at here, read the number sentence 578 x 22 =" sambung Azri lagi.
"Hello…are you listen what I said before?" soal Azri.
"Cikgu, kami…kami.. kami tak faham la cikgu" jawab seorang murid dalam kelas 4 D.
"Takkan itu pun tak faham? Siapa nama kamu?" tanya Azri tegas sambil memandang penampilan Ashraf. Azri terlihat kasut yang dipakai oleh Ashraf sudah terkoyak.
"Ashraf Bin Adnan, cikgu."
"Ashraf, saya ke sini ajar matematik bukan bahasa inggeris, awak sepatutnya dah kuasai bahasa inggeris sebelum saya ngajar awak ni"
"Tapi cikgu…."
"Tak ada tapi-tapi lagi, saya akan tetap terus ajar, faham ke tak faham, awak tetap kena faham" Azri mencelah.
"Hm..budak-budak ni, aku ajar benda senang pun tak faham, guna ayat-ayat inggeris yang mudah pun tak faham. Susah la aku macam nie." Ngeluh Azri di dalam hati. Ditambahkan dengan sifat kurang minat menjadi guru dengan pelajar yang kurang menguasai bahasa inggeris, dia semakin tidak berminat untuk menjadi guru.

-------------------------------

Pada suatu pagi yang dingin. Hujan yang bermula sejak subuh tadi sudah mula berhenti. Bunyi burung-burng berkicauan menjadi satu irama yang cukup enak di dengari setiap pagi. Bunyi burung-burung menghiasi perjalanan Azri ke bilik guru SK Temerloh Jaya. Tatkala Azri menjejak kaki masuk kedalam bilik guru, azri terlihat sekeping kertas berwarna biru diatas mejanya.
"ait? Pagi-pagi lagi aku dah dapat surat?" getus Azri apabila terlihat sekeping surat diatas mejanya dibilik guru.


Asalamualaikum cikgu yang dihormati, kami berharap cikgu dapat mengajar kami menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kerana kami semua tidak dapat memahami pengajaran cikgu dalam bahasa inggeris. Jika kami tidak dapat faham pengajaran cikgu, maka kami akan menghadapi masalah dalam menjawab soalan peperiksaan nanti. Ilmu yang cikgu beri akan kami gunakan sebaik-baiknya dimasa hadapan.
sayang cikgu Azri..


Tersentuh hati kecil Azri kerana tidak menyangka masih ada muridnya yang menyanyanginya walaupun Azri selalunya bersikap tidak mengendahkan kekurangan muridnya. Sejak itu, Azri mula sedar yang tanggungjawab dan tugas seorang guru bukanlah di dalam kelas semata-mata, malah ilmu yang diberikan oleh seorang guru akan digunakan sepanjang murid itu mengharungi kehidupanya sendiri walaupun guru yang telah memberikan ilmu itu tiada dimuka bumi ini.
Azri juga sedar bahawa gelaran "cikgu" yang telah dipakainya akan tetap terlekat di hadapan namanya sampai bila-bila dan sudah pastinya dia tidak akan mampu menghilangkan gelaran tersebut dari dirinya. Dikesempatan yang masih ada, ketika itu juga, Azri bermuhasabah diri. Rasa kesal menyelubungi jiwanya kerana terlupa yang tanggungjawabnya guru adalah memberi ilmu. Azri sedar dia sepatutnya mengambil kira faktor kelemahan muridnya dalam bahasa inggeris semasa mengajar.
Lantas disebalik kesedaran tugas sebagai pendidik, tanggapan Azri terhadap bidang perguruan mula berubah. Azri akan bersemangat setiap pagi untuk menghadirkan diri ke sekolah. Malahan, jika ada masa terluang atau guru yang tidak hadir, Azri tanpa disuruh meminta untuk menggantikan guru tersebut. Azri berbuat demikian agar dapat lebih rapat dan mengenali murid-muridnya kerana sering dapat bertemu selain dari waktu Matematik sahaja.

---------------------------

"Asalamualaikum Ika. Boleh saya duduk kat sini" Sapa Amir tatkala terlihat Atikah di kantin sekolah.
"Waalaikuumsalam, duduk la, dah lama kita tak sembangkan. hm…sihat?"
"Sihat alhamdullilah, Ika sihat?" tanya Azri lagi, tujuannya tak lain dan tak bukan ialah nak memanjangkan perbualan dengan Ika sahaja.
"Sama la, sihat je. Semalam Ika nampak Azri…."
"kat mana? Kenapa tak tegur Azri? Azri tak perasan pun" ujar Azri lagi.
"banyak betul soalan, mana satu yang Ika nak jawab ek?"
"hm..semalam Ika nampak Azri kat surau, lepas isya. Ala, macam mana la dia nak nampak kita ni, dia asyik dengan anak murid dia je."
"Eh, takdelah. Saja je Azri buat kelas tambahan dekat budak-budak kelas 4 Dedikasi. Azri buat je la kat surau. Lagipun, dengan cara itu, budak-budak ni akan rajin la datang ke surau untuk solat berjamaah sebelum kelas tambahan"
"Azri buat kelas tambahan itu, budak-budak tu kena bayar berapa ringgit ek sebulan?" Pancing Atikah, sedangkan sebenarnya adiknya sendiri, Ashraf juga turut menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh Azri sejak 3 bulan yang lalu tanpa sebarang bayaran.
"Eh, tak payah bayar apa-apa pun, saja je buat kelas tambahan tu. Lagipun lagi lusa Azri dah kena balik IPTAA, dah tak boleh mengajar dah"
"Seronok tak balik IPTAA?" tanya Ain
"Secara jujurnya dulu Azri memang rasa 4 bulan ni akan belalu dengan perlahan, tapi..tup..tup..dah habis 4 bulan, lepas ni, Azri kena balik IPTAA dan dah tak dapat jumpa Ika lagi"
"Azri, kenapa Azri buat kelas tambahan tak minta bayaran ek?" sambung Atikah sekali lagi.
"hm.. macam ini ceritanya. Lebih kurang tiga bulan lepas, Azri dapat surat dari salah sorang dari budak kelas 4 Dedikasi, isi surat itu menyedarkan Azri yang tugas guru ini bukan dalam kelas sahaja, bukan untuk mengajar sahaja, malahan sebenarnya, ilmu yang Azri berikan itu akan mereka guna sampai bila-bila"
"Siapa yang tulis surat tu?" soal Atikah lagi.
"entah la, tapi Azri tak rasa murid Azri sebabnya gaya penulisan dan ayat dalam surat tu bukan level murid-murid Azri" ujarnya panjang lebar.
"sebenarnya, surat tu….." ujar Atikah yang kemudiannya terhenti apabila mendengar bunyi loceng.
Kring….. loceng berbunyi memotong perbualan mereka.
"ika, Azri nak masuk kelas jap, nanti nak balik, Azri pergi pejabat, kita sembang lagi ek"

-------------------------------

Hari ini adalah hari terakhir Azri menjadi seorang guru praktikal di SK Temerloh Jaya. Suasana pagi ini sungguh hening, tidak seperti selalu. Cepat benar rasanya masa berlalu dan hati Azri sangat terharu untuk ke sekolah pada hari ini. Kini Azri lebih menghargai profesion keguruan yang sebelum ini kurang diminatinya. Azri perlu pulang ke IPTAA, meninggalkan segala kenangan mengajar selama 4 bulan di SKTJ. Pada hari terakhir ini, Azri membawa sepasang kasut sekolah bersaiz 34 untuk Ashraf. Azri ingin menghadiahkan kasut itu kerana surat Ashraf telah mengubah perspepsinya terhadap profesion keguruan.
Setibanya di pintu pagar SK Temerloh Jaya, Azri terdengar satu suara memanggil namanya.
"Cikgu Azri...Cikgu Azri.."Tatkala dia mencari-cari arah suara itu, Azri terlihat seorang muridnya, Ashraf berlari kearahnya. Pada masa yang sama sebuah kereta kancil merah dengan kelajuan yang agak tinggi melintas dihadapan mata Azri sendiri. Dalam beberapa detik, Azri mendengar satu jeritan dan bunyi dentuman yang agak kuat. Azri kaget dan tergamam. Dengan tidak disangka-sangka kasut sekolah berjenama Bata yang ingin dihadiahkan kepada Ashraf terlepas dari tangannya. Masa berlalu sangat perlahan, belum pun sempat plastik merah yang berisi kasut itu mencecah ke jalan tar yang masih sejuk dipagi hari, Azri terus berlari ke arah suara jeritan yang semakin lama semakin perlahan.
Baju sekolah berkedut yang berwarna putih kekuningan yang dipakai oleh Ashraf kelihatan bertukar warna menjadi merah. Suasana pagi yang selalunya bising dengan suara kanak-kanak berkejar-kejaran ke pintu sekolah sudah berubah. Suasana sepi seketika.
"cikgu, surat ni saya tulis untuk cikgu, saya tulis sendiri. Saya tak minta Kak Ika tolong pun"
Itu adalah ayat terakhir yang didengari oleh Azri sebelum ashraf ‘pergi’ meninggalkannya.

Cikgu, hari inikan hari terakhir cikgu jadi cikgu saya. Saya mohon maaf atas kenakalan dan susah payah cikgu mengajar saya selama ini. Oleh itu, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Terima kasih kerana sudi mengajar saya dan saya harap cikgu dapat jadi abang saya. Ingat kak Atikah, ingatlah saya Ashraf Bin Adnan.

Read More..
 
Cerpen : Ain & Zunnun

22hb. Feb. 1999, Rabu

Suasana kelas 1 Gama riuh rendah tanpa kehadiran Cikgu Rashidah. Aku tengok dikelilingku masing – masing dengan kumpulan masing – masing ber’huha-huha’ dan bergelak ketawa. Ntah apa yang kelakar aku tak pasti. Yang aku tahu, laporan untuk kelab media ni mesti aku siapkan sebelum Kak Farha bising. Aku pun tak faham dengan Kak Farha tu, punya la banyak manusia senior dalam kelab tu, aku yang baru 2 bulan kat sekolah menengah ni jugak yang jadik mangsa. Kes buli junior ke?

Ini semua sebab mulut si jahat yang perasan handsome yang sakit otak tu. Siapa lagi kalau bukan Zunnun Lutfi Abdul Rauf. Disebabkan dia la aku terpaksa pikul tanggungjawap setia usaha pada usia yang setahun jagung ini. Echehchehcheh…. Tapi macam tak logik la kan bila budak Form 1 pegang jawatan besar? Tapi ini hakikat tau tak? Tau tak apa alasan Kak Farha bila aku Tanya kenapa jawatan yang sangat menyiksakan ini diserah pada aku?

" Ain kena belajar. Nanti tahun depan senang kami nak serah tugas."

Huh…??? Ingat aku kemaruk dengan jawatan ke? Aku masuk pun sebab keterpaksaan aje lah. Aih… nasib kau la Zunnurain, muda – muda dah kene darah tinggi.

Ha… aku tau apa yang bermain dalam kepala korang semua. Mesti korang tertanya – Tanya kenapa nama aku dekat – dekat nak sama dengan hamba Allah yang sorang tu kan? Ditegaskan kat sini, aku Zunnurain Syifa Mohd Syazwan tiada kena mengena dengan pelesit yang merosakkan dunia aku itu.

Dari tadi aku dok membebel aje kan? Aku tak a sampaii ke tahap benci sampai nak membunuh. Tapi aku cuak dengan Zunnun ni. Atas alasan yang utama, sebab hamba Allah ini terlebih peramah. Aku takut dengan orang yang terlebih baik dengan aku, terutama bila orang itu terlalu kacak sampaikan ada kelab peminat sendiri. Seriau lah….


12hb. Jan 2000, Rabu

" Ain, kau dah fikir ke kelab nak buat ape tahun ni?" Teguran yang tanpa salam itu betul – betul buat aku rasa nak sekeh aje kepala anak Pak Rauf ni.

" Wa’alaikumsalam, aku tak fikir lagi." Sengih pulak sewel ni. Zunnun dah tarik kerusi duduk berdepan dengan aku. Aku dah mula tak senang duduk, aku tak tahu kenapa aku tak boleh lari langsung dari budak sengal ni. Sudah la kelas bersama. Kelab pun bersama. Aku masuk kelab Media, dia pun nak masuk jugak. Aku masuk bulan sabit merah, mamat ni sibuk nak mengendeng jugak. Nasib baik aku tak masuk mana – mana sukan. Tu pun jenuh dia nak seret aku masuk bola tampar. Sengal betul la anak Pak Rauf ni. Tak nampak ke badan yang sikit punya comel ni, tak kan aku nak menyiksa diri.

" Kenapa kau tak fikir? Kau kan presiden?" Zunnun dah buat muka comel dengan aku. Er… Bleh tak aku nak cepuk dia ni?

" Siapa ntah yang gatal – gatal mulut pergi canang nama aku jadi presiden? Aku bukan nak pun." Zunnun tersengih. Aku tak buat lawak la dol. Geram betul aku dengan hamba Allah ni. Tapi, yang peliknya, aku tak boleh nak marah dia la. Dia manderem aku ke? Ha…. Untuk soalan ni aku tak dapat nak jawap.

" Ain, kau tau kan yang kau tak boleh marah?" Zunnun mengeluarkan kata- kata sambil ketawa. Keji betul bunyinya. Aku dapat rasakan yang mamat ni nak kenakan aku.

" Eh? Kenapa aku tak bleh marah?" aku tengok Zunnun dengan senyuman kecil. Ei…. Rasa nak bunuh orang. Boleh?

" Sebab kau comel bila marah." Heh? Apa punya alasan tu? Tiba-tiba aku Nampak Zunnun depan aku ni jadi kecik aje. Kenapa ek? Tiba – tiba jugak Si Zunnun yang sengal tu gelak besar macam tak cukup nafas.

" Ain, jangan buat muka macam tu. Karang aku tergoda." Sah. Mamat ni nak kenakan aku. Eik… geramnya. Dah la. Malas nak layan dia. Baik aku balik.


9hb. Julai 2001, Isnin

" Ain, tunggu la aku." Zunnun berlari mengejar aku yang sedang berjalan seperti hendak berlumba jalan kaki menuju ke perpustakaan.

" Ain…" Kali ini, mahu tau tidak aku terpaksa menghentikan kaki apabila mamat ini tiba – tiba berada depan aku. Apa lagi yang mamat ni nak? Aku tak paham sebenarnya.

" Aku rasa kita perlu bercakap." Zunnun menarik aku masuk dalam perpustakaan. Mujurla tak ramai yang perasan dengan kehadiran kami. Cuma beberapa mata yang mengambil berat pasal Zunnun yang menegak kepala.

" Duduk." Aku tak tahu kenap aku patuh pada arahan Zunnun. Tapi aku akui, aku bukanlah benci pada dia. Cuma kurang selesa.

" Aku tau kau marah pada aku." Aku tidak berkutik pun pada kata – kata Zunnun. Hakikatnya, aku bukan marah. Aku cuma tak selesa. Aku tak suka diperkatakan. Aku tak suka diberi perhatian. Tambah – tambah denngan orang macam Zunnun. Biar la orang kata aku kera sumbang ke, apa –apa sekali pun, aku tak peduli.

" Aku mintak maaf…" Zunnun sudah mula memandang aku dengan wajah yang aku rasa sukar untuk seorang remaja berusia 15tahun untuk mentafsirkan. Ah.., jangan pandang aku macam tu Zunnun. Kau buat aku rasa tak senang duduk. Tapi aku hanya mampu menjerit dalam hati.

Zunnun Lutfi. Seorang yang lengkap sebagai pelajar. Sebagai seroang pelajar, sebagai seroang yang berusia 15 tahun, aku betul – betul cemburu pada Zunnun. Siapa yang tak kenal dengan Zunnun. Sedangkan kakak-kakak tingkatan 4 dan 5 malah tingkatan 6 pun sibuk nak mengambil dia sebagai anak ikan, er… maksud aku adik angkat. Disebabkan popularity Zunnun sebagai pemain utama pasukan bola tampar sekolah, pelajar cemerlang dan berkebolehan. Ditambah pula dengan wajah yang kacak.

" Ain, aku betul – betul minta maaf. Aku tak berniat pun nak permainkan kau, atau pelekehkan kau. Aku ikhlas dengan apa yang aku ucapkan." Kata – kata Zunnun seraya menarik aku yang hanyut dalam dunia aku. Aku lihat Zunnun mula menekup muka pada meja setelah aku dan dia bertentangan mata buat seketika. Aku dapa lihat dengan jelas telinganya memerah biarpun aku tak pasti riak wajahnya bagaimana.

Ah… Zunnun Lutfi setul – betul seorang yang pelik. Masakan orang yang lengkap berpakej seperti Zunnun Lutfi tiba – tiba mengatakan " Ain, aku suka kat kau" pada seorang Zunnurain Syifa yang ntah apa – apa ni. Sudah la montel, konservatif dan suka berada dalam dunia sendiri. Serta merta aku teringat perbualan kami yang menyebabkan aku rasa nak lari jauh – jauh Zunnun Lutfi.

Beberapa hari lepas, aku dan Zunnun sibuk di Bilik Kelab Media, menyiapkan pengeditan buletin sekolah.ntah kenapa mulut baik hati bertanya.

" Zunnun, aku nak tanya sikit."

" Apa dia?"

" Aku pelik la. Kau tak dengar ke orang dok cakap yang kau dengan aku ada affair?"

"Ada, tapi abaikan aje lah."

" tapi aku pelik la jugak. Kenapa kau sekelas dengan aku padahal kau budak pandai. Kenapa kau satu kelab dengan aku sedangkan kau bleh masuk kelab lain. Kenapa kau sibuk – sibuk masuk BPC sedangkan kau aktif."

" Jawapan yang simple."

" Apa?"

" Sebab aku senang ada dekat dengan kau."

" kenapa?"

" Sebab aku suka kau."


19hb. Okt 2001, Jumaat.

Aku memandang Zunnun yang tengah seronok berkejaran dengan kawan – kawannya di tengah gelanggang bola tampar. Aku tak tahu virus apa yang menjalar dalam salur otak aku, tapi aku suka tengok Zunnun bila dia bermain. Macam kanak – kanak yang dapat bola. Sesekali terdengar jerit pekik dan gelak tawa mereka bergema dalam gelanggang.

" Ain, kau tunggu aku?" Makaih… terkujat aku. Mamat ni memang tak reti bagi salam agaknya.

" Wa’alaikumsalam…. Tak la. Aku dengar bunyi bising sampai ke library, jadi aku turun nak bagi hukuman. Tak reti bahasa ke? Kan orang lain nak study, hormat la sket. Minggu depan kan dah nak start PMR." Zunnun ketawa besar. Samapi buat aku rasa nak terajang aje budak ni. Nasib baik aku pakai baju kurung.

" Jom main sekali…." Zunnun dah tarik tangan aku. Selamba badak aje mamat ni. Kawan – kawan dia dah bersiul-siul. Aku cepat – cepat tarik tangan aku balik.

" Beragak sikit bleh? Aku nak main pakai baju kurung ke?" Zunnun tersengih.

" Alah, setakat pukul bola, bukan suruh berlari satu padang. Bagi keluar peluh sikit. Takde la terperap dengan bukku aje." Wa’ala…. Memang selamba tahap tak ingat la dia ni. Memang aku dengan Zunnun dah mula berbaik. Tapi soal hati tolak ke tepi. Aku muda lagi. Tapi aku mengaku, aku betul – betul senang berkawan dengan Zunnun.

" Tak payah la. Aku sayang lemak aku." Zunnun dah gelak besar. Macam firaun pun ade.

" Ha’ah. Nanti kalau kau kurus, kau dah tak comel." Ei… geramnyer. Aku ingat nak usik dia, akku jugak yang terkena ballik. Benci betul aku.


14.hb Feb. 2002, Khamis.

" Happy Valentine’s Day." Pagi – pagi lagi aku dah dikejutkan dengan coklat Cadbury. Macam tau – tau aje tu memang kegemaran aku. Aku sambut aje rezeki depan mata.

" Bahagian kau dah dapat, bahagian aku mana?" Pertanyaan Zunnun membuatkan aku tersengih. Sambil – sambil itu, tangan aku dah laju dah mengoyak pembalut coklat. Hari masih gelab. Yela, aku antara insan yang sampai awal ke sekolah sebelum matahari terbit.

" alah… Aku tak payah bagi la. Bahagian kau banyak nanti. Tunggu aje peminat – peminat kau yang dari setiap peringkat umur tu bagi kat kau sat lagi." Aku tersengih keji sambil mengulum cklat ditangan. Aku lihat wajah Zunnun seakan kecewa. Aku ketawa besar. Comel la pulak mamat ni.

" Nah…" Aku mematahkan coklat lalu duhulur pada Zunnun. Zunnun tersenyum hambar. Namun, coklat tetap disambut.

" Ain, aku akan ingat hari ni sampai bila – bila." Ucapan Zunnun buat aku terpinga – pinga. Sudah la aku ni jenis yang lembab.

" Kenapa?" Zunnun hanya tersenyum. Kemudian kepala digeleng perlahan. Dia tak pandang aku. Aku tak pasti apa yang dia pandang . tapi pandangan itu terlalu sukar untuk aku yang lampi ini untuk faham.

" Ain, kau ingat tak hari yang aku cakap yang buat kau marah kat aku?" Mana mungkin aku lupa hari itu. Aku pandang Zunnun. Yang pasti aku meminta kepastian pada persoalan yan dia timbulkan.

" Aku tak bergurau. Perasaan aku masih sama." Eik? Mamat ni kenapa? Aku memang tahu hari ini hari untuk ber’kasih’an. Tapi kenapa pula tiba-tiba? Aku baru aje ringan mulut nak bertanya, Zunnun dah bangun, tinggalkan aku termangu-mangu sorang – sorang.


14. Feb. 2009, Sabtu

Aku tutup diari berkulit hitam setebal 700 muka surat itu. Biarpun diari itu sudah menemani aku hampir sepuluh tahun semenjak di tingkatan 1 lagi, belum separuh pun tertulis. Aku Cuma menulis perkara yang penting saja. Sekeping gambar yang terselit dalam helaian diari itu aku tarik. Wajah yang tersenyum itu turut buat aku tersenyum. Macam mana agaknya dia sekarang? Dimana dia sekarang? Zunnun Lutfi. Nama itu kembali meniti di bibir aku.

Sejak Valentine itu, kini, sudah 7 tahun berlalu. Kenangan itu masih kukuh terpahat dalam sanubariku. Dia, kawan aku yang pertama. Dia, sahabat au yang pertama. Helaian diari aku selak lagi. Pembalut coklat Cadbury Hazelnuts itu aku belek. Sudah lunyai. Mungkin kerana sudah 7 tahun dia menemani aku. Mungkin juga saban tahun pada hari ini aku membeleknya.

Aku tahu, perkara yang bak dalam hidup kita tak kan berkekalan. Aku masih terbayang – banyang raut wajah Zunnun pada hari itu. Masih terngiang – ngiang kata – katanya pagi itu.

" Ain, aku akan ingat hari ni sampai bila – bila."

" Kenapa?"

" Ain, kau ingat tak hari yang aku cakap yang buat kau marah kat aku?"

" Aku tak bergurau. Perasaan aku masih sama."

Kesilapan yang paling besar pada masa itu adalah kebodohan aku. Kesilapan aku tak dapat mengagak kemungkinan ini. Kesilapan aku tak perasan perubahan sikapnya. Kesilapan aku sendiri kerana tidak berterus terang dengan dia tentang perasaan aku.

Bila dikenang kembali, biarpun masa berlalu pantas, biar kawan bertali arus, biar teman silih berganti, biar cinta dating dan pergi, kenangan aku dengan Zunnun betul – betul membuatkan air mata seorang Zunnurain Syifa menjadi teramat murah, mengalir laju menuruni pipi jatuh ke bumi.


16hb. Mei 2009, Sabtu.

" Syifa, cepat la siap." Jeritan Mira, roommate aku di kampus ini membuat aku kelam kabut.

" Sabar la. Bagi la aku ikat rambut kejap." Ucap aku pantas menocangkan rambutku yang panjang hampir mencecah pinggang. Aku ikat ponytail. Senang, dan ringkas. Kemudian sweater aku capai.

" Yang pergi ikat rambut tu kenapa? Biar la lepas. Lagi cantik. Yang bantai sweater tu kenapa? T-shirt dah la." Mira dah start membebel. Suka hati aku la. Aku hanya menjulingkan mata ke atas. Malas nak layan. Sweater pendek Adidas warna putih itu aku sarung tanpa mempedulikan Mira. Mira sudah mencebik bibir.

" Ha… cebik la bibir tu. Aku cancel tak ikut karang baru tahu." Aku menggertak Mira. Cepat – cepat Mira senyum. Huh… saje je minah ni. Suka ganggu aku punya cuti. Bagi la ku rehat. Dah la weekday macam nak pecah kepala otak aku, hari yang takde kelas pun nak kacau aku jugak?

" Ala… Syifa, jangan la macam tuh. Aku nak kenalkan kau dengan pakwe aku. Nanti, takde la kau tersialap tergoda dengan kehenseman pakwe aku tu." Aku menepuk dahi. Hek’eleh pompuan ni… setakat muka Hakim tu, takdenyer aku nak terpikat. Lagipun aku tak gila lagi nak kacau pakwe member.

" Kau jangan nak mengada. Aku naik balik sat lagi…." Aku tak berura-ura nak berpatah balik.

" Jangan la… Diorang dah tunggu kat bawah tu."

" Diorang?" Mira tersenyum keji. Aku dah agak dah. Kali ni jantan mana pulak yang diseret untuk jadi mangsa aku.

" Hm… Hakim dengan Luth. Budak Building Survey." Aku hanya mengangguk. Tak kuasa nak layan dah. Terima aje la.

Sesampai kami di bawah, kelihat dua orang lelaki sedang menunggu di tempat letak kereta bersandar sambil berbual pada kereta Satria Neo warna hitam yang telah dimodifikasikan. Sesekali terdengar gelak tawa mereka. Ntah kenapa, tawa itu seperti selalu aku dengar. Tapi aku sendiri tak pasti bila.

" hi Guys…." Panggilan Mira membuatkan kedua mereka berpaling. Wajah itu. Wajah itu muncul kembali depanku. Kali ini di alam nyata. Sekian kalinya air mata ini menjadi murah semurah-murahnya.
17hb. Mei 2009, Ahad.

Kenangan semalam menjelma kembali di depan mataku. Aku buntu.

Aku lihat Mira menjadi kalut. Begitu juga dengan Hakim. Cuma dia saja yang tenang. Berjalan perlahan menghampiriku, perlahan tubuhku dirangkul erat. Esakanku semakin kuat. Dalam pada itu, aku lihat Mira seakan terpinga – pinga. Begitu juga Hakim.

" Ain…. Really miss you." Kata – kata ringkas itu membuatkan air mataku bertambah lebat. Aku menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan. Dia aku tolak kuat. Satu penampar yang aku kira agak kuat aku lepas ke wajahnya.

" Mana kau pergi selama ni? Kenapa tiba – tiba hilang kemudian muncul balik dalam hidup aku?" Kata – kata yang bersulam tangisan aku lempar kepadanya.

" Aku tak berani nak hadapi kenyataan. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang sedih disebabkan aku. Aku mintak maaf." Kata – kata itu membuatkan aku terkedu.Begitu juga pemerhati kami, Mira dan Hakim.

" Syifa, aku dah tahu semua. Luth dah cerita pada aku." Aku hanya memandang Mira tanpa kata. Aku masih tak dapat terima yang selama hampir 3 tahun aku di kampus ini, aku sekampus dengan dia, yang berbeza Cuma fakulti.

" Syifa, samapi bila kau nak hukum Luth? Aku tahu dia sayang kau. Tak pernah berubah pun sejak dulu." Mana kau tau dia tak berubah Mira? Tapi kata – kata itu Cuma terbungkam dalam hati.

" Syifa, aku membesar sama – sama dengan Luth di UK. 7 tahun aku dengan dia. 7 tahun aku berusaha dapatkan dia. Tapi, yang ada dalam hati dia Cuma budak montel itu jugak. Sungguh aku tak tahu itu kau Syifa. Aku Cuma tahu, dia panggil budak tu Ain. Tak kan kau tak faham lagi Syifa?" Kata – kata Mira aku sambut sepi.

* * *

Aku memeluk lutut mengadap langit. Suasana di kawasan kolej kediaman ini sepi. Jam menunjukkan angka 10. Masih awal untuk naik ke billik. Telinga aku masih terngiang – ngiang kata – kata Mira, kata – kata Hakim, dan kata – kata Luth a.k.a Zunnun Lutfi. Tiba – tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda ada mesej baru masuk.

~xbek termenung mlm2. Nnt mimpi buruk. Aku berkerut dahi. Siapa pula hamba allah yang baik hati bagi aku nasihat free ni?

~did I know u?

~ did u 4get ur 1st luv? Aku terpinga. Zunnun? Mana dapat nombor aku. Ni mesti keje Mira.

~ xkenal. Xmoh layan.~ Pantas aku membalas mesej itu.

~Ain, kau masih seperti dulu. Comel dan manja. Gulp… sah. Memang Zunnun.

~kau ada masalah dengan attitude aku?

~ xde. B’coz that I’m in luv with u. Buat sekian kalinya aku meneguk air liur aku yang tiba- tiba jadi pekat ni.

~ But I hate u

~no syg. U luv me. Just admit it. Sayang? Alamak, kenapa aku rasa muka aku panas? Kene simbah dengan asid? Aku tengok kiri kanan, cari kut – kut la aku boleh Nampak Zunnun menyorok kat mana. Takde la pulak. Aku cepat – cepat angkat kaki naik ke bilik.

~ cepatnya naik? Dh surrender ke? Aku tak nak layan. Jantung dah macam nak pecah. Nak cepat – cepat sampai ke bilik.

~ that’s cute. That’s my Ain. Sah… Zunnun ni nak kenakan aku lagi. Aku dah nazak dah ni. Memang la aku marah pada dia. Tapi dalam marah ada sayang. Hek’eleh…. Tetibe aje Zunnurain Syifa jadi minah jiwang. Aku tersenyum sorang – sorang. Tiba-tiba deringan telefon buat senyum aku yang paling comel itu tadi termati. Alamak. Zunnun calling. Mati aku. Perlahan – lahan aku angkat jugak.

" Hello…."

" Hm…." Aku tak leh nak jawap panjang – panjang. Gugup.

" Dah nak tidur?"

" Hm…." Lepas tu lama jugak la Zunnun diam. Dia buat aku rasa macam duduk dalam sauna.

" Ain…." Akhirnya setelah 10 minit, bersuara juga dia.

" Hm…." Aku masih tak tahu nak jawap macam mana.

" I love you…" Serentak itu juga talian diputuskan. Aku terpinga sekejap. Perlahan – lahan senyuman tersungging pada bibir. Sekelip mata aku teringat keadaan 8 tahun sudah dalam perpustakaan sekolah. Comelnya apabila Zunnun Lutfi malu. Terutama tellinga yang merah itu. I love you too…. Ucapku. Biarpun Cuma sekadar bergema dalam hati, aku yakin dia memahaminya.

Read More..
 
Cerpen : Cinta Hindustan

Deruan angin laut menambahkan lagi rasa sayu di hatiku ini…. Air mata yang kutahan selama ini jatuh juga akhirnya..

Wahai hatiku.. mengapakah sayu?? Wahai cintaku mengapakah tinggalkan daku??
Sedangkan aku kesunyian... aku menderita. Seperti tiada apa lagi dalam hidupku.. aku seperti orang yang tidak normal.. tiada rasa apa-apa perasaan ketika ini....

Herm.. aku ni bermonolog sendiri pula.. terbawa-bawa kisah hindustan..cuba berlakon seperti aku heroin di dalam filem hindustan...
Hihihi....

---------------------------------------------------------------------
"Irna..oo..Irna... turun sini makan."jerit ibuku memanggil makan tengahari
"ye mak.. Irna datang ni.. " aku turun ke dapur dan memberi satu kucupan sayang ke pipi emakku...
"mak ni.. kata nak masak sama-sama..tetahu dah terhidang.. lain kali biarla Irna bantu mak.. Irna tahu masak la.." aku menjuihkan bibir seperti merajuk kerana sikap emakku yang sentiasa tidak mahu aku membantunya di dapur.Katanya,aku masih belajar,perlu tumpu sepenuhnya pada pelajaran,padahal aku sudah besar panjang,masak lebih dari CHEF pon aku mampu.hihi.... perasan la pulak...

"erm..sedap mak masak... ok..petang ni Irna masak.. mak jangan buat macam ni lagi...petang ni Irna masak special untuk mak..."
Emak mengangguk senyum..seraya berkata"iyela sayang..."

======================================================
Seminggu kemudian.....aku kini duduk di rumah untuk beberapa bulan menunggu result STPM ku...tiba-tiba..

"Irna.. emak nak cakap sikit ni.. "
Sapa emak ketika aku sedang asik melayan hindustan cerita kegemaranku.
"apa dia mak.."senyumku sambil baring di atas peha emak.
"Ish budak ni..manja betol.. "
"Petang semalam emak dapat satu panggilan dar Puan Salmah,ingat lagi tak?"
Aku terpinga-pina cuba mengingati nama itu...
"ooo.. jira kita wakt Irna sekolah rendah dulu ye mak? Waktu kita duduk di Pandan Indah tu?"
Emak menganggukkan kepala mengiakan kata-kataku...
"kenapa emak? Erm.. dia rindu emak ye..."
“memangla.. itukan kawan baik emak.. tapi ada satu lagi.. dia nak emak tanya Irna.. dia nak jodohkan dengan Hashim anak dia yang baru pulang dari Australia..Irna setuju tak?"
Aku terkedu dengan pertanyaan emak.. memangla aku tak setuju,,sebab aku dah lama tak jumpa mamat tu.. tapi kalau aku bangkang... aku bukan ada special boyfriend pun...

"er.... Irna bukan tak nak mak.. tapi Irna da lama tak jumpa pon Hshim tu.. kami kawan dari kecil sekejap je.. lepas je darjah enam..terpisah..seganla mak.. tah2 Hashim dah ada pilihan dia.."
“ish anak emak ni.. main cakap je.. Puan Salmah bgtau mak… Hashim yang beria suruh mak dia pinang Irna.. sebab dia cakap..dia sayangkan Irna dari berkawan dulu lagi"

Hari pernikahan yang dinantinanti telah tiba… dadaku berdebar.. hanya Tuhan yang tahu…

Setelah selesai akad nikah..air mataku menitis..aku seperti tidak percaya kini aku dimiliki seorang lelaki bergelar suami dan emak sudah memberikan tanggungjawabnya menjaga aku kepada Hashim.

Aku tidak menafikan Hasyim sememangnya seorang insan yang benar-benar baik,dia menerimaku seikhlas hatinya.. dan secara tidak aku sedar,aku juga amat menyintainya. Mungkin kerana kelembutannya yang memujukku,membuatkan aku cair untuk menerima cintanya…

SETELAH 6 bulan perkahwinan kami..

“abang.. Irna nak bagitahu sesuatu pada abang…"
“ye sayang… apa dia.. cakapla… kalau pasal Irna.. abang sanggup dengar… tak tidur pon takpa.."senyum nakal Hashim kepadaku..
“ish abang ni.. sebenarnya…. Er,,,, sebenarnya…"
"apa dia sayang?? Cakapla... saja je buat abang nervous la.."
"sebenarnya Irna mengandung... usia kandungan 2bulan.."jawabku laju tersenyum
Hashim tergamam seakan-akan tidak percaya dengan kata-kataku..

"Alhamdulilah... "Hashim mengucup dahiku... pertama kali aku melihat air mata lelakinya jatuh...
"kenapa abang menangis ni... "
"tak da apa.. abang syukur... berjaya juga kita hasilkan sesuatu tanda cinta kita.."
Aku tersenyum dan mengesat air matanya...
Aku semakin cinta kepadanya.. dia sememangnya cukup romantik..
Aku akui..jika ada wanita yang memandangnya,..aku agak cemburu
Kerana dari raut wajahnya yang hensem.,Hashim juga seorang yang cukup sopan menjaga adab dan kata-katanya...

"sayang.. abang nak pergi kerja ni..."
"ok.. baik-baik bang.. jangan laju sangat bawa kereta tu ye..."
Kami saling berpelukan dan Hashim singgahkan ciuman mesra di dahi ku..


"kring...kring...."
Telefon rumahku berdering...
"assalamualaikum.boleh saya bercakap dengan puan Irna bt Irfan?"
"wa’kumsalam..ye saya bercakap.."
Tidak sempat aku bertanya..
"saya harap puan sabar... suami puan Hashim bin Hisham telah meninggal dunia kerana kemalangan dan mati ditempat kejadian. Sila tuntut mayatnya segera.."

Astaghfirullahalazaim..
Benarkah apa yang aku dengar ni?
Duniaku gelap seketika...
Suamiku.... tiada lagi.. anak yang bakal lahir??? Bagimana??
Ya Allah besar ujian yang Kau berikan kepadaku..
Duniaku ku rasakan gelap seketika..


"Irna.. sayang... Irna...."
"Abang??? Abang ke ni?? Abang... Irna sayangkan abang.. jangan tinggalkan Irna bang...."aku memeluk erat Hashim..sambil menangis...

"apa sayang mengarut ni?? Abang la ni.. sayang ni.. tu la.. tidur lagi waktu tengahari.. mimpi la tu.. " senyum Hashim kepadaku...
"ha...?? sayang bermimpi ye bang??"
Aku kebingungan seketika...

Dalam hatiku..
Alhamdulilah Ya Allah ini sekadar mimpi dan ku pohon kepada MU.. jauhkan la segala kecelakaan dan lindungilah kami sekeluarga...

Aku tersenyum melihat suamiku... yang pasti punca aku mimpi ini semua kerana sebentar tadi aku menonton filem hindustan, mungkin kisah cinta dan sedih filem itu ku terbawa-bawa di dalam mimpi ku...

Oh...tidak..aku mengurut perutku.. aku terasa tendangan dari bayi dalam perut...
Kini usianya mencecah 5 bulan...
Aku mengusap perutku perlahan-lahan sambil berbisik kepada baby di dalam..
"shhh... sayang mummy jangan bagitahu daddy ye... "
Aku tersenyum sendiri..ku pasti bayiku juga tahu apa terjadi..

Read More..
 
Cerpen : Dalam hatinya ada aku

"Along." Seru emakku. Tangannya lincah mengadun tepung untuk dibuat donut. Hidangan pada petang ini. Favourite aku tuh!! Aku menoleh. Remote control ditekan punat off. Kelam televisyen di hadapanku.
"Kenapa mak?" Aku bangun menuju ke kaunter di sudut dapur. Aku melabuhkan punggung di hadapan orang tua itu. Emakku tersenyum. Kemudian, dia beredar ke ketuhar lalu dihidupkannya. Mataku masih pada wajah emak. Awat pulak ni? Macam saspen je gaya!

"Along bila lagi nak ada teman? Mak tengok kawan- kawan Along semua dah ada makwe. Anak mak ni bila lagi?" Kan aku dah cakap. Mesti ada benda yang bukan- bukan punya. Sebab dah dapat detect bila aku perhati cara mak dok tengok aku. Haish!

"Mak ni. Relaxlah. Along kan muda lagi? Buat apa lah nak serabut kepala otak nak fikir benda- benda yang tak ada faedah. Cukuplah kepala Along nak naik biul dok fikir pasal patient Along kat hospital tu.Pasal tak nak makan ubat satu hal. Pasal tak nak buat operation sebab takut mati satu hal. Ni nak fikir pasal benda- benda cenggini? Buat sakit otak je." Aku dah start membebel. Emak aku pula aku tengok macam nak lempar je adunan tepung tu kat muka aku. Membebel kalah perempuan!

"Muda lagi Along cakap? Tu anak Uncle Farid tu. Sebaya kamu. Dah ada anak sorang dah pun." Ish, mak aku ni. Punyala aku dok pot pet pot pet, ingat nak habis dah isu kahwin tu. Rupanya baru intro ke?
"Bukannya apa. Mak dah berkenan dengan anak Auntie Sarah kamu tu. Masa mak pergi rumah Auntie Sarah hari tu, mak ada nampak dia. Lawa sungguh. Sopan pulak tu." Hah! Sudah! Mak aku dah mula nak kenen- kenen aku dengan anak kawan dia pulak. Lawa ke? Lawa saja tak cukup. Kena ada iman dalam dada jugak.
"Ek?"aku bertanya acuh tak acuh. Sorrylah mak. Anak mak ni tak minatlah. Entah minah manalah yang malang tu. Aku ada kenal anak Auntie Sarah. Semua perempuan. 3 orang. Yang sulung muda aku dua tahun. Entah nama apa entah. Aku dah terlupa. Aku pernah kawan dengan dia. Masa sekolah rendah. Dulu, memang selekeh gilalah minah tu. Baju pun kalah belacan. Kedut macam tak beriron sebulan. Itu dululah.
"Dia baru balik dari oversea. Ambil medic macam kamu jugak." Wahh…doktor! Not bad! Tapi…nanti mesti sibuk je semedang! Macam aku sekarang. Mana boleh! Cukuplah aku je yang sibuk. Jangan bini aku sekali yang sibuk. Nanti mana nak urus rumah tangga, nak fikir makan minum aku, anak- anak…wuish, sampai ke situ pulak aku fikir?? Aduyai…

Bukk!! Automatik tangan aku turut naik ke muka si malaun yang tumbuk bahu aku tadi. Refleks.
"Adoiiii!!" Padan muka! Sapa suruh tumbuk aku? Hilang wajah mak yang masam sebab aku main-main dengan kata- katanya. Hanya ada wajah Zulfahmi. Eh, salah. Dr. Zulfahmi. Orang- orang yang ada di kafetaria hospital terus memandang aku dan Fahmi. Aku mengukir sengih. Ucapan maaf meluncur laju dari bibirku. Fahmi mengambil tempat di hadapanku.
"Di, apa yang kau melamun sampai aku panggil pun tak dengar?" Huh? Tak dengar pun dia panggil. Nak kelentong akulah tu.

"Bila masa kau panggil?" Fahmi tersenyum. Macam kambing pun ada rupa senyuman tu. Aku angkat kening.
"Minah mana pulak buat kau lentok ni, Di?"soal temanku yang baru berkahwin setahun. Anak? Hemm..tunggu masa nak keluar tengok dunia. Tapi, tak pelah jugak. Bini dia ustazah. Mana ada sibuk macam doktor ni a.k.a calon menantu mak aku tu!

"Mak aku." Kemudian, aku pot pet pot pet ulang balik cerita yang mak aku cerita petang kelmarin. Fahmi apalagi. Ketawa macam dunia ni ana yang punya. Alamak! Silap lagi. Macam dunia ni dia yang punya. Asparagus tak cukup masak punya kawan! Ada pulak dia sedap- sedap gelak kat aku. Aku hanya mencebik. Kepala aku lagi pening bila mak aku dah ajak Auntie Sarah satu family makan malam kat rumah aku malam ni. Mak dan Auntie Sarah dah buat gaya macam dah jadi besan je diorang tu. Ayah aku dengan Uncle Rizman pun sama je macam mak dan Auntie Sarah. Parahlah!!

Nur Hani Adliya berdiri tegak mematung depan pintu rumah Auntie Noreen dan Uncle Rahman. Mama dan papanya dan Nur Hani Azkia, adiknya sudah hilang di balik rumah itu. Pintu terkuak dari dalam. Terjengul wajah mamanya.

"Marilah masuk. Auntie Noreen dah tunggu tu." Adliya menapak perlahan. Malas betullah. Kenapa nak paksa- paksa datang rumah ni? Macam ada agenda tersembunyi je..?
Fuh!! Cun jugak minah ni!! Jatuh cinta lagi! Eh? Bila masa aku pernah bercinta ni? Huhu..balik kepada cerita aku..Nak terbeliak tengok wajah cantik milik Adliya. Betullah apa yang mak aku cakap. Hehe…aku cuba sembunyikan senyuman. Aku usha Adliya yang manis bertudung yang duduk dengan mamanya itu. Segenap inci aku pandang. Wahh..bersarung kaki lagi tu!! Pakai pulak baju kurung. Sejuk hati aku tengok.
"Rifdi! Buat apa kat dalam bilik komputer tu lama- lama. Kita ada tetamu ni. Laung makku. Hai, mak ni. Terkujat aku. Cepat- cepat aku melangkah. Adliya hanya menunduk. Deyy makcik…jubin rumah aku tak cukup kilat lagi ke? Aku tersengih dalam hati.

Mesej dari Rifdi a.k.a tunangnya dipandang sepi. Aku tengah tak cukup tanah berkejar sana sini mau lagi mesej- mesej. Adliya mengeluh. Sudah dua bulan cincin tunang terletak elok di jari manisnya. Haila..dah nasib badan. Balik oversea terus kena sambar dengan family Auntie Noreen. Afiq Rifdi, teman sepermainan sewaktu dia yang masih hingus meleleh tanpa kata hanya mengangguk kepala tanda setuju walaupun tanpa rela tentang ikatan ini bila dia datang dinner di rumah Rifdi.

"Dr. Adliya. Ada orang tunggu dekat kaunter." Stetoskop yang melurut turun, dimasukkan di dalam poket jubah. Dia melangkah ke kaunter jururawat yang berdekatan. La…mamat ni ke? Rifdi hanya tersenyum manis. Adliya mencebik di dalam hati.
"Sibuk ke?" Adliya angguk. Malas nak keluarkan suara. "Dah makan?" Kali ini dia menggeleng. "Jom, Di belanja." Bagai nak gelak bila tengok muka cemberot Adliya. Lagi dua bulan, mereka akan berkahwin. Itupun puas nak apply cuti tambah- tambah minah ni. Biasalah freshie. Susah sikit. Kebetulan pula, mereka satu hospital.
"Tu. Cuba Hani tengok tu."tanpa banyak soal, Adliya menoleh. Aku cepat- cepat menepuk perlahan muncung tudung Adliya. Terkelepet jadinya. Adliya menjerit. Aku sudah lama mengangkat kaki. Mau tidak, tangannya tu agak bisa kalau dah bawa keluar pengepit ketamnya. Sempat pula main aci lut dengan minah ni di kawasan hospital. Nasib baik bukan dalam ER. Kalau tak, kena sound dengan doktor- doktor senior. Huhuhu…ada bahagia menyelinap di dalam hati.

"Di, bangunlah. Lambat karang. Liya masuk awal hari ni."Adliya menggoncang tubuh Rifdi. Hai…liat sungguh mamat ni. Dah jadi laki pun, macam ni gaya. Kalau dah jadi bapak, macam mana pulaklah..alamak! Apa aku melalut ni?? Kat hospital kaki cam tak jejak tanah, ni nak beranak pulak? Memang cari balalah.
"Ala…baru je nak tidur lama- lama. Semalam kan abang on-call. Sikit je. Please!!"aku bukak mata sikit. Namun, terkatup balik. Letih giler! Tengah syok peluk- peluk Adliya, tiba- tiba Fahmi telefon. On-call. Ada pesakit aku perlukan operation segera. Nak tak nak, atas dasar tanggungjawab, aku bangkit. Meninggalkan Adliya yang masih tidur. Bini aku tu pun tak cukup tidur. Ye la. Aku pun pernah jadi freshie dulu. Bila dah dapat jadi doktor, selamat sikit. Takdelah macam jejak angin, tak pijak tanah sibuknya. Kurang sikit berbanding dulu.
"Kalau macam tu, biar Liya yang bawa kereta." Mata yang kelat, cepat- cepat terbuka. Ugutan tu!! "Tak boleh. Tunggu kejap. Abang pergi mandi." Adliya tersengih apabila kelibat Rifdi hilang di bilik air. Tau takut!

Firdaus! Satu nama yang masih segar terukir di hati. Namun, kehendak mama dan papanya tersayang membantutkan hasratnya untuk menganyam kebahagian bersama lelaki yang dicintainya. Figura lelaki itu ditenung dari arah belakang. Tiba- tiba lelaki itu berpusing. Bertaut pandangan. Lelaki itu tersenyum. Adliya cepat- cepat berpusing. Melarikan diri kalau boleh. Langkah kakinya terhenti apabila lengannya dipaut.
"Daus. Kita tak boleh macam ni lagi. I dah ada suami." Pautan cuba dileraikan. Firdaus mengejapkan pegangan. "Nope, until you fall in love with him. You masih cintakan I, im I right?" genangan air mata mengaburkan pandangan. Nasib baik bukan dekat hospital. "Kita bawa haluan masing- masing, Daus. I tak cintakan you lagi." Tipu. Tapi itu je cara aku melepaskan diri.
"Honey, you boleh tipu I, tapi you tak boleh tipu hati you, diri you." Firdaus meleraikan pegangan. Dia ingin memeluk perempuan yang bertakhta di hatinya. Namun, dia mengalah. Perempuan di hadapannya begitu mementingkan soal agama. Itulah keistimewaan Adliya di matanya.
"Please, cari orang lain, Daus. Kalau betul you sayangkan I." Adliya berlari meninggalkan Firdaus. Namun, hati lelaki itu tidak berputus asa. Ingin sahaja Firdaus menyanyikan lagu Irwansyah, Ku tunggu jandamu. Huhu…biarpun Adliya bergelar janda, dia akan menerimanya.

Potret wajah Adliya ditenung. Ligat tangannya mengabadikan wajah itu dalam bentuk lukisan. Sudah lama dia tidak mengasah bakat pelukis yang ada di dalam dirinya. Sejak dia memegang stetoskop, makin berkubur bakatnya sebagai pelukis.
Aku nak hadiahkan kat dia. Mesti dia terharu. Pintu bilik tidurnya dikuak. Dia dapat mendengar dengan jelas walaupun dia dari bilik sebelah. Cepat- cepat aku menghabiskan sisa lukisan. Aku cepat- cepat menutup pintu bilik. Pintu bilik aku buka. Adliya hanya menunduk. Aku tergamam melihat dia mengesat sesuatu di wajahnya. Menangiskah? Sebab apa?
"Honey, kenapa ni?" Aku nampak Adliya kalut mengesat air mata. Walaupun dia cuba menyembunyikannya. "Tak ada apa- apa." Aku dapat rasa yang dia tipu. Tanpa berfikir panjang, aku memeluk tubuhnya. Pinjam sedikit semangat. Mana tahu, dia menangis sebab pesakitnya meninggal ke? Aku dulu pun sedih bila pesakit yang aku anggap macam abang aku meninggal. Huhu..sentimental sekejap.
Air mata Adliya makin laju tanpa Rifdi sedar. Terharu dengan keprihatinan Rifdi. ‘Macam mana ni? Hati aku masih pada Daus. Rifdi macam mana pula? Tak ada ruang langsungkah dia untuk menghuni hatiku? Aku tak boleh macam ni, tapi…ya Allah, bantulah hambaMu ini.’ bisik hati Adliya. Adliya mengesat air mata. Dia meleraikan pelukan. Rifdi tersenyum.
"Dah ok? Jom kita makan. Di dah masak. Special untuk isteri Di." Aku memimpin Adliya. Adliya menurut. Aku lihat wajahnya macam terharu melihat juadah yang aku masak. Hehe..masakan favourite yang aku korek dari mak mertua aku. Kalau nak harap Adliya yang bagitau, hermm, berjanggut lagi panjang dari janggut sejemput aku sekarang ni. Hehe..
"Mana tau, ni semua kesukaan Liya?" Dia mengunjuk pada asam pedas ikan tongkol, sup sayur campur, dan paling penting, ikan masin. Dah lama dia tidak makan ikan masin. Terliur dia dengan semua masakan itu. "Jom makan."

"Di, Liya turun jap je. Nanti lepas beli, Liya masuk balik." Adliya menghalang aku dari mengikutnya. Takut betul. Mana taknya, Adliya cakap aku selalu memalukan dia depan orang ramai. Betul ke? Setakat pegang- pegang tangan dia yang sentiasa sejuk beberapa saat aku genggam tangan dia adalah..huhu..bini sendiri pun, kan?? Aku tersengih sendiri. Ringtone dari handset menjerit sakan. Aku menyeluk poket mencari handset aku. Eh, bukan handset aku. Aku terpandang handset Adliya atas dashboard. Nada terhenti. Kemudian, menjerit kembali. ‘Penting kot.’ Bisik hatiku. Aku segera mengangkat. Belum sempat aku memberi salam, si pemanggil menerjah tanpa salam.

"Kak Hani, abang…abang Daus accident! Teruk! Dia..dia ada di hospital akak sekarang." Kemudian, aku tak dengar apa- apa lagi yang dibicarakan oleh si pemanggil yang bernama Fahima itu. ‘Siapa Daus?’aku tertanya- tanya. Sepintas, akal aku berpusing ligat sebelum menaip mesej kepada Fahima. Agar Adliya tidak mengesyaki bahawa dia telah mengetahui tentang ‘sesuatu’. Bukan niat untuk menuduh perempuan yang amat aku cintai, namun rasa was- was membuatkan aku perlu menyiasat. Sebelum terlambat. Mana tahu, aku terpaksa mengorbankan rasa cintaku padanya demi kebahagiaannya. Kebahagiaan Adliya lebih penting dari nyawaku. Lebih penting dari nyawaku. Ya! Aku mengaku. Aku amat mencintai Adliya.
Aku tersentak apabila Adliya memasuki ke dalam perut kereta. Bau ayam goreng dari KFC membangkitkan selera. Aku tersenyum kepada Adliya. "Lamanya beli." Adliya tersengih. Manisnya senyuman gadis itu. Bunyi nada mesej mematikan sengihannya. Aku lihat mukanya berkerut. Aku dapat merasakan mesej dari Fahima.
"Di, Liya…"dia kelihatan takut- takut. ‘Adakah Daus orang yang dia sayang??’ Automatik, hatiku berdebar. Aku berpura- pura tenang. "Apa, sayang?"sengaja aku tekankan perkataan ‘sayang’ itu agar dia mengerti.
"Liya ada kerja. Di, balik dulu ye. Kalau nak makan dulu pun tak pe. Jangan tunggu Liya." Belum sempat aku membuka mulut, Adliya sudah terkocoh- kocoh keluar dari kereta. Dia segera menahan sebuah teksi yang kebetulan berhenti di situ. Aku lihat dia begitu terkocoh- kocoh untuk ke hospital. Tanpa Adliya sedari, aku mengekorinya. Bukan niat untuk mengintip, namun untuk mempastikan sesuatu.
Adliya masuk ke salah satu wad dengan air mata berlinang. Hatiku luluh. Bersaksikan mata ini, aku lihat isteriku sendiri menangisi seorang lelaki bukan muhrimnya. Pedihnya hati. Rupa- rupanya, aku bukan lelaki pertama yang dia cintai sepertimana aku. Adliya merupakan perempuan pertama yang aku cintai. Aku melangkah meninggalkan hospital dengan langkah longlai.

Sebak aku rasakan hatiku apabila aku membaca diari milik Adliya. Diari itu aku temui di dalam almari pakaian Adliya. Selepas aku selongkar mencari bahan bukti. Air mata lelaki aku hampir menitis pabila mengenangkan Adliya begitu mencintai Firdaus, kekasihnya sewaktu mereka belajar di luar negara.
Malam itu, tanpa pengetahuan Adliya, aku pulang ke rumah emak. Emak tercengang melihat aku yang tiba- tiba balik. "Mana Adliya?" emakku menyoal. "Duty. Kenapa mak? Along dah tak boleh balik sorang lagi ke?"soalku sambil menghadiahkan emak sekuntum senyuman. "Mana Achik?" aku segera mencari adik ketigaku di bilik setelah mendengar jawapan emak.

"Achik!" Pen yang dipegang Afriza terpelanting jatuh. Dia berpaling. "Along! Hisyh, terkejut Achik."cubitan hinggap di lengan aku sebagai balasan. Mak oiii…sakit siot. Aku meluku perlahan. "Ni study ke mengelamun?"saja aku mengusik. Melihat wajahnya merona merah, aku tahu, dia marah. Marah dengan tuduhanku yang melulu. Hehe..aku tersengih dalam sedih. ‘Achik, Along tak kuat.’bisik hatinya. Pertama kali dia bercinta, pertama kali juga dia terluka. Achik terpinga- pinga melihat ada air mata bertakung di tubir mata. Segera dia mendekati aku.

"Along bergaduh dengan akak Hani ke? Kenapa nak menangis- menangis ni? Along, jangan buat Achik takut. Apa punya lelaki la. Menangis macam perempuan." Aku tahu Achik terkejut. Aku tanpa segan terus memeluk adik yang aku sayang ini. "Achik, sorry. Along ambil masa sikit. Boleh, Along tidur atas riba Achik?" Aku buntu memikirkan cara bagaimana ingin membuatkan Adliya sukakan aku. Segala jenis cara aku buat dahulu, namun hatinya masih ada nama Firdaus. Aku menceritakan kesemuanya pada adikku kerana segala rahsia aku simpan padanya. Walaupun dia lagi muda dariku, namun dia lebih matang. Huhu..malu aku dengan dia. Sepatutnya emak lahirkan Achik lagi awal dariku. Haha..salah timing..
"Adliya! Cepatlah! Apa yang bersiap lama- lama tu?"aku sudah menjerit. Sekarang, aku sudah berubah. Dari mesra kepada dingin. Itu semua hanya untuk membuatkan Adliya membenciku. Itu matlamat aku. Agar aku tidak terkilan apabila aku melepaskannya nanti. Asalkan dia bahagia, aku turut bahagia.

"Ni, apa masin sangat ni? Rumah ni banyak sangat ke garam?" aku lihat wajah Adliya kelat berhadapan aku yang angin ini. Namun, jauh di sudut hati, aku sakit hati. Sebab aku pernah nampak Adliya menyiapkan semula sayur yang aku katakan masin itu dengan linangan air mata. Mahu sahaja aku mengesat air mata itu. Tetapi, egoku menghalang. Kalau nak buat sesuatu, kena buat sampai habis. Itu prinsipku. Huhu..even hatiku sakit.
Aku lihat Adliya makin menjauh dariku. Jauh dan semakin jauh. Ya Allah, apa aku buat ni? Aku dapat tahu yang Firdaus sudah keluar hospital. Mereka pula aku tahu yang mereka keluar secara curi- curi di belakang aku. Dayuskah aku bila melihat isteri curang di depan mata tanpa melepaskannya? Aku pening memikirkan. Di hospital, kami tidak lagi makan bersama. Apatah lagi makan berdua- duaan, berkongsi makanan seperti selalu. Tertekan dengan ini, aku mengambil cuti tanpa pengetahuan Adliya. Aku mahu menenangkan fikiranku yang serabut.

Adliya mengeluh. Sejak Rifdi tidak pulang ke rumah dua hari lepas, dia tidak nampak akan kelibat suaminya di hospital. Dia pula segan nak bertanya lanjut pada Dr. Fahmi mengenai suaminya. Dia diberitahu yang suaminya cuti. Cuti? Kenapa langsung tidak diberitahu? Dan kenapa kebahagiaan dia bersama Rifdi, diragut dengan cepat tanpa sempat dia mengenali lelaki itu dengan lebih lanjut? ‘Aku ada buat salah ke?’
"Liya, jom teman Di makan,"Rifdi merengek. Mulanya dia terasa meluat melihat kemanjaan yang dipamerkan Rifdi namun dia telah biasa dan terasa ada bahagia di hatinya. "Kongsi? Dekat kafe? Di, Liya malulah." "Apa nak malu. Kita kan da kahwin." Dalam malu- malu, dia tetap juga makan walaupun berebut- rebut dengan Rifdi. Ye la, asyik dia yang dapat makan ayam, aku ni dapat makan sup je. Dalam geram, dia tersenyum bahagia.

Itu dulu. Sekarang, dia tidak tahu apa salahnya. Firdaus pula semakin rapat dengan Suri. Tak sia- sia dia mengheret Suri ke dalam wad Firdaus tiap- tiap hari sehingga Firdaus nampak akan kebaikan Suri yang telah lama menyukai Firdaus sejak mereka di universiti. Dia bahagia melihat mereka berdua. Tapi…dia? Baru dia hendak bahagia, Rifdi meninggalkannya begitu sahaja dan sekarang suaminya cepat marah. Di, mana awak? Liya nak awak balik…Liya nak kita makan kongsi lagi. Tak kiralah Di nak berebut ayam dengan Liya sampai Liya hanya makan sup pun, Liya tak kisah. Liya nak Di. Liya sayang Di. Liya…sudah jatuh cinta dengan Di!
Aku lihat rumah sunyi. Mana Adliya? Duty kot. Aku melangkah ke bilik. Cuti dah habis. Aku dah buat keputusan. Aku akan melepaskannya. Antara rela atau terpaksa. Beg terlepas dari tangan. "Liya!"aku segera ke katil. Adliya aku lihat lembik di atas katil. "Liya, kenapa ni?" Aku meraba dahinya. Panas! Demam? Aku segera berlari mendapatkan kotak first aid. Termometer dikeluarkan lalu disumbat ke dalam mulutnya. Ya Allah!

"Liya, bangun sayang. Mari makan." Mata Adliya terbuka sedikit. Kemudian luas. Aku tergamam pabila dia memelukku. "Di, awak pergi mana? Kenapa tak bagitau Liya? Liya…" Aku merungkai pelukan. Tidak mahu aku makin jatuh sayang padanya. "Di tak pergi mana- mana. Nah, makan dulu."aku suakan bubur. Dia nampak begitu terkilan dengan tingkahku. Ada air mata bergenang di situ. "Liya tak nak makan. Biar Liya mati. Kalau macam tu yang Di nak. Dia menepis mangkuk bubur sehingga jatuh. "Apa ni Liya? Aku cakap makan, makanlah! Kau tu tak sihat!"aku sudah meninggikan suara. Terpejam mata Adliya mendengar tengkinganku. Bersama air mata. Dia menolak aku lalu cepat- cepat turun dari katil. Dia ingin berlari. Dengan gerak perlahan, aku lihat Adliya terjelepok jatuh. "Liya!!!"

"Tahniah, Dr. Rifdi. Wife you pregnant three month. Apa la kau ni, nama je doktor, isteri mengandung pun tak tau."ujar Dr. Wani, rakan sekuliahku sewaktu di universiti. Aku terkejut. Makin sukar aku nak melepaskan Adliya. Aku hanya ingin melihat dia bahagia bersama Firdaus. Aku lihat Adliya hanya terkebil- kebil di atas katil. Dia ditahan di wad. "Liya, mari makan." Adliya menggeleng. Masih terasa dengan tengkinganku barangkali. "Please Liya, ingat tentang kandungan itu sama." "Tak nak! Liya cakap tak nak, tak naklah." "Liya!!!" Serentak itu, air mata Adliya kembali menitis. "Sorry, sayang. Di tak berniat nak tengking Liya." Aku cuba menggapai tangan Liya namun ditepis. "Liya benci Di. Liya benci!!! Tak suka! Benci! Benci!"dia memukul dadaku kuat. Sakit gila minah ni tumbuk aku. Aku menariknya ke dalam pelukan.
"Sorry,honey." "Liya benci Di. Di tahu tak, Di banyak buat Liya sakit hati."luahnya tersekat dengan esakannya. "Baliklah pada Firdaus."Entah kenapa ayat itu meluncur laju dari bibirku. Adliya cepat- cepat merungkai pelukan. "Apa? Firdaus?" Aku lihat wajahnya kelihatan terkejut. "Mana Di tahu?" Aku tersenyum sebelum melangkah pergi. Aku tak nak dengar sesuatu yang menyakitkan sekarang. Langkahku terkunci apabila Adliya memelukku dari belakang. "Liya hanya cintakan Di sejak kita berkahwin." "Jangan tipu diri sendiri Hani Adliya." Aku merungkai pelukan lalu beredar. "Afiq Rifdi…Hani Adliya cintakanmu."Tersentuh aku mendengar jeritannya. Namun, aku tetap melangkah. Ke mana? Aku nak solatlah. Plus sujud syukur. Aku kan bakal jadi ayah. Huhu…

Liya? Hilang? Aku mengetuk pintu bilik air yang ada di dalam wad. Tiada sahutan. "Dr. Rifdi. Dr. Adliya dah keluar." "Pergi mana?" "Entah." Liya, mana pula awak pergi ni? Dia berlari mencari. Rasanya baru setengah jam dia keluar dari wad Adliya. Aku ternampak Adliya. Apa yang dia pegang tu. Angin kuat membuatkan kertas yang dipegang melayang ke atas jalan. Aku cepat- cepat memegang tangan Adliya yang berkira- kira hendak pergi mengutip kertas itu. Adliya terkejut dengan kehadiranku. Aku menariknya ke dalam rangkulan. "Jangan tinggalkan Liya. Tu kad jemputan perkahwinan Daus dengan Suri. Liya nak tunjukkan pada Di. Liya tak nak ada salah faham." Aku memeluknya makin erat. "Liya tak salah. Di yang terburu- buru."ujarku. Lega. Memang betul dia cintakanku sehingga sanggup bergadai nyawa untuk mengambil kad jemputan itu untuk membuktikan padaku.

"Di, tell me that you love me too." Hai, main arah- arah orang pulak minah ni. Hehe…dah terbalik pulak. Sepatutnya aku yang luahkan dahulu. Aku cepat merungkai pelukan. Aku lihat Adliya menarik muka. Aku tersenyum. "Jom balik." Aku memimpin Adliya. "Tutup mata." Adliya menurut. Langkahnya aku pimpin. "Okey, buka." "Tak de apa- apa pun." "Tarik tu." Adliya menarik gebar yang menutup. Terpampang wajahnya di atas kanvas. "I love you more than you know. Everything about you. Saranghae."ku bisikkan ayat keramat itu di telinganya. Air mata terharu menitis perlahan sebelum ku seka. "Thanks honey." "For what?" "Sebab cinta Di berbalas." Aku merasakan Adliya tersenyum di balik bahuku.

Read More..
 
Cerpen : Diari Hati

"Anak kamu tu bila nak berlaki? Kamu tak takut ke dia jadi anak dara tua?" Suara Mak Nah dapat ku dengar dari bilikku. Rumah kampung yang dibina daripada kayu pasti membolehkan suara menembusi dinding rumah ini.
"Entahlah, Kak Nah. Saya pun dah tak tahu macam mana nak nasihatkan si Sarah tu. Bila saya tanya bab kahwin je, pandai dia mengelak," keluh mak. Aku mendiamkan diri. Sengaja hendak mendengar perbualan mereka.
"Kalau susah-susah sangat biar akak je yang carikan. Kamu setuju?" tanya Mak Nah.
Aku tidak dengar mak menjawab. Tak lama kemudian barulah dia bersuara. "Tak payah lah, kak. Tak ada maunya si Sarah tu. Dia tu sibuk dengan kerja. Kejap ke sana, kejap ke sini."
"Kerja tu tak ke mana. Kalau perempuan tetap perempuan. Belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus pun, balik rumah tetap ke dapur. Kan ke bagus kalau dia kahwin," Mak Nah sudah mula membebel. Alahai, ini yang rimas kalau sesekali balik kampung! Bukannya orang nak faham. Aku sekarang ni tengah usaha supaya dapat serap jadi pekerja tetap. Kalau dah kahwin, kurang komitmen kat kerja, macam mana?

Tapi itulah. Aku kesian juga kat mak. Terpaksa dengar cakap orang. Bukan aku tak tahu, ramai yang dok mengata cakap aku buat kerja tak senonoh kat bandar tu. Dah dapat apa yang aku nak tu yang tak nak kahwin. Hai, mulut orang! Kalau mulut tempayan, aku dah tutup dah. Letak batu kat atas jangan sampai terbuka sekalipun ditiup angin!

"Biarlah dia Kak Nah, sampai jodoh nanti, berlaki jugak dia tu," suara mak menyebelahiku. Terima kasih, mak!
"Takkan lah sampai ke tua nak tunggu jodoh datang Yah, oi! Kita kena usaha juga cari! Ni ha, anak Abang Mail kat hujung kampung tu tua 2 tahun dengan anak kamu. Kira sesuai lah tu. Kerja bagus. Kamu tak nak ke?" Mak Nah cuba memprovok mak.
"Bukan Yah yang nak kahwin, kak. Si Sarah tu. Buatnya dia tak setuju? Kalau saya, saya setuju aje. Nak kahwin sekarang pun boleh. Lagipun saya dah lama menjanda," mak ketawa. Aku tergelak dalam hati. Tak dapat bayangkan muka Mak Nah bila mak cakap macam tu.
"Isk kamu ni. Kak Nah cakap betul-betul kamu buat main pulak!" marah Mak Nah.

Aku berbaring di atas katil. Menghilangkan penat memandu hampir 5 jam. Baru je balik dah dengar orang bising pasal kahwin. Yang Mak Nah tiba-tiba ada kat rumah aku ni pun nak buat apa? Hrm... Biarlah dia. Tanpa sedar aku terlena.

***

"Sarah? Kau nak join tak trip ke Langkawi tu?" soal Wani yang duduk di hadapan ku. Aku mengangkat muka dari kertas kerja.
"Bila ek? Aku lupa lah," tanyaku kembali. Wani hanya mnggeleng-gelengkan kepala.
"Kau ni Sarah. Kerja, kerja juga. Hal dunia cubalah ambil tahu sikit. Trip tu 2 minggu lagi. Company kita cawangan Johor pun join jugak," ujar Wani. Kemudian di berjalan menuju ke mejaku dengan sehelai kertas."Join lah. Boleh pergi dengan aku. Kita duduk sebilik. Borang ni kau isi." Kertas itu diletakkan di atas mejaku.
Nak ke tak nak? Aku menimbang-nimbang di dalam kepala. "Jomlah!" gesa Wani.
"Ok," aku memberikan keputusan. Wani tersenyum senang.
"Isi. Bagi aku nanti." Wani berlalu ke mejanya. Kertas di atas meja ku capai lalu ku isi.

Tak apalah mak Sarah tak balik bulan ni. Dah lama tak bercuti. Balik kampung pun dengar orang bercakap. Walhal aku baru je 27 tahun. Dah orang sibuk-sibuk aku tak kahwin lagi. Kalau 37 satu hal lah jugak!

Dua minggu telah berlalu. Hari yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba juga! Kami menaiki feri di jeti Kuala Perlis. Ramai juga yang ikut trip ni. Campur dengan company dari Johor, dekat 100 orang jugak. Company awal-awal dah booked hotel kat area Pantai Chenang. Aku duduk sebilik dengan Wani, Ina dan Yana.

Hari pertama di Langkawi, kami di bawa ke pekan Kuah. Sempat juga aku membeli pinggan mangkuk untuk mak. Tapi tak banyak. Kalau banyak leceh nak bawak balik! Waktu aku tengah membelek-belek mana yang aku berkenan, bahuku di langgar oleh seorang lelaki. Nasib baik tak jatuh pinggan kaca yang aku pegang ni.
"Ouch, Sakitlah!" marahku. Bahu yang terasa pedih kuusap.
"Sorrylah! Bukannya sengaja! Tak ada maknanya saya nak langgar awak!" melengking suara lelaki itu.
Aku memandang wajah lelaki itu. Aik, dah langgar aku nak tengking-tengking aku pulak. Dah la depan public. Beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Malu sungguh!
"Tak beradab betul. Dah langgar nak tengking kita balik. Bajet bagus sangatlah!" rungutku perlahan. Tak mahu dia dengar.
"Memang bagus pun!" tiba-tiba lelaki itu bersuara. Aku terkejut. Malas mahu memanjangkan cerita, aku melangkah ke rak lain. Gila punya orang!

Sebaik sahaja kami pulang ke bilik, aku menceritakan semuanya kat Wani. Dia hanya ketawa dan menyuruhku bersabar. Katanya, ‘mamat tu baru lepas putus cinta kot.’ Aku tergelak. Putus cinta sampai nak marah aku pulak! Bukan aku ni awek dia.

***

Keesokannya, kami bersarapan di hotel sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Makanan di sediakan ala buffer. Aku mencedok sesenduk nasi goreng dan mengambil secawan kopi. Sewaktu sedang makan, mataku terlepas pandang ke arah lelaki yang melanggarku semalam. Dia sedang memandangku. Aku tidak memberikan apa-apa reaksi dan meneruskan kunyahanku. Apabila dia memandang ke arah lain, aku mencuit siku Wani.
"Mamat yang putus cinta semalam," bisikku perlahan. Wani mengangkat kening bertanya.
"Yang pakai t-shirt dark blue tu. Duduk betul-betul bertentangan dengan aku," terangku.
"Oh, ok! Dah nampak." Dan kami meneruskan kunyahan.

Aktiviti pagi itu adalah menaiki cabel car. Aku sudah mula cuak melihatkan ketinggian yang bakal dilalui. Wani sudah menarik tanganku. Mengajakku sama-sama beratur untuk naik.
"Aku tak nak. Gayat!" kataku. Peluh sejuk dak mula keluar. Itu belum naik lagi!
"Jomlah. Rugi tau tak naik!" ajaknya.
Akhirnya aku setuju. "Aku nak ke toilet dulu." Wani hanya tersenyum. "Cepat sikit!"

Akhirnya, tiba giliran kami untuk memasuki cabel car. Ina dan Yana dah selamat kat atas agaknya. Tinggallah aku dan Wani. Disebabkan ramai, pihak pengurusan meminta kami naik berenam. Kemudian, aku dan Wani terpaksa naik dengan 4 orang lelaki yang turut beratur di belakang kami tadi.

Setelah empat orang lelaki itu masuk, giliran kami berdua pula yang masuk. Wani mendahuluiku dan duduk di sebelah pintu. Mahu tak mahu terpaksalah aku duduk di antara Wani dan salah seorang lelaki tadi.

Pada awal perjalanan, aku tidak merasa apa-apa. Apabila kereta itu sudah mula menaiki gunung, barulah aku terasa gayatnya. Peluh sejuk sudah keluar. Aku terasa ingin patah balik sekarang juga. Dek kerana takut yang amat, aku memejamkan mata. Tanganku mencapai tangan Wani di sebelahku. Terasa tangan Wani erat memegang tanganku. Mengurangkan rasa takutku.

Sampai di stesen pertama, pintu kereta ini terbuka sendiri. Tiada seorang pun yang keluar. Tanganku masih selamat di dalam tangan Wani. Aku masih tidak membuka mata dan hanya menunduk ke bawah.

Tiba di stesen kedua, pintu sekali lagi terbuka. Waktu itu barulah kami berenam keluar. Aku membuka mata dan nampak 3 orang lelaki di hadapanku tersenyum-senyum melihatku. Aku menarik tanganku. Peliknya Wani tak melepaskannya. Aku menoleh. Lah! Aku salah orang! Mati-mati aku ingat yang aku pegang itu tangan Wani. Rasa malu mula menerjah. Cepat-cepat aku menarik tanganku dan keluar dari kereta itu.

"Sampai hati kau," kataku kepada Wani. Wani tersenyum-senyum melihatku.
"Dah kau yang pegang. Aku nak cakap apa," balasnya.
"Patutlah yang lain senyum-senyum tengok aku. Rupa-rupanya aku pegang anak teruna orang." Dan malangnya oarang itu adalah lelaki putus cinta malam tadi
"Dia tu sebenarnya kerja kat company sama dengan kita. Tapi cawangan Johor," cerita Wani.
"Mana kau tahu?" soalku pelik.
"Adalah. Eh, aku nak pergi kat jambatan tu. Kau nak ikut?" Wani menunjukkan arah yang ingin dituju.
"Tak nak! Gayat!" balasku. Wani tersengih.
"Kalau macam tu, kita jumpa kat sini nanti kalau dah nak turun. Kau tunggu eh," kata Wani sebelum dia mengorak langkah.

Aku melemparkan pandangan ke arah laut yang terbentang. Subhanallah. Lawa sungguh. Tanpa aku sedar, ada seseorang di sebelahku.
"Hai," tegur si dia. Aku menoleh. Ek?
"Err, hai," balasku. Mukaku dah terasa panas. Malu! "Sorry tadi. I ingat tangan kawan I. Gayat sangat sampai tak perasan."
Lelaki itu tersenyum. "Tak apa," katanya pendek.
Huh, memanglah tak apa! Sebab perempuan yang pegang tangan kau. Bukannya nyah!
"Sebenarnya dari semalam saya cari awak." Tiba-tiba dia bersuara. Aku mengangkat kening. Cari aku?
"Saya nak minta maaf sebab marah awak malam tadi. Saya tengah tension. My girl mintak putus. Dah 5 tahun kitorang couple, tiba-tiba dia ada yang lain. Tu yang saya marah sangat tu." Panjang dia menceritakan kisah dia dan aweknya. Aku tersengih. Tak sangka betul cakap Wani. Lelaki putus cinta!
"Kenapa awak senyum?" tegurnya. Aku tersentak. Erk, hehe...
"Sorry. Tak apalah. Mungkin ada yang lebih baik," kataku. Mataku lekat melihat pemandangan yang indah tadi.
"I’m Akmal by the way," katanya. Tangan dihulurkan tanda persahabatan.
Aku menyambut hulurannya. "Sarah. Maisarah, but you can call me Sarah."
"How about Mai? Sound cute. I like it," katanya. Terjalin sudah sebuah persahabatan.
Mai? Itu untuk suami aku je. Haha... "It’s up to you," kataku. Lain di mulut, lain di hati!

***

Semenjak trip ke Langkawi berapa bulan sudah, aku semakin rapat dengan Akmal. Apa yang aku dapat simpulkan dari sikapnya, Akmal seorang yang sangat bertimbang rasa, penyabar, protektif dan romantik. Ahah, suka yang terakhir tu.

Kerjaku berjalan seperti biasa. Sebagai assistant engineer, aku lebih banyak bekerja di site. Tapi rezeki untuk diserapkan sebagai pekerja tetap masih belum ada. Terpaksalah aku berkerja keras sedikit.

Suatu malam tu, Akmal menelefonku. Menyatakan hasrat hatinya. Katanya tak nak berkawan lama sangat nanti melepas. Katanya lagi, dia mahu kami bercinta selepas berkahwin. Percintaan yang memang dah lama aku bayangkan.

Mak gembira betul bila aku beritahu keluarga Akmal hendak datang hujung bulan ni. Tersenyum meleret dia. Mak kata, tak payah nak lama-lama. Terima, bertunang terus. Alahai, mak! Seronok betul dia. Kena pula aku ni anak tunggal. Macam bakal meriah je kalau walimah nanti.

***

Cukup tempoh 3 bulan bertunang, akhirnya aku dan Akmal disatukan. Mak tersenyum je sepanjang majlis walaupun aku tahu dia penat. Mak Nah pun senyum je melihat aku dengan Akmal bersanding. Tak ada lagi mulut mereka yang sering mengutukku. Biarlah mereka.

Setelah 5 bulan kami hidup bersama, Akmal masih lagi bekerja di Johor. Hanya di hujung minggu kami akan bertemu. Hari Jumaat itu Akmal memberitahuku yang dia akan pulang malam itu. Terpaksalah aku pulang awal sedikit daripada hari-hari yang biasa.
"Assalamualaikum," suara Akmal memberi salam. Aku bangkit dari kerusi dan membuka selak di pintu. Briefcase Akmal ku ambil dan tangannya ku salam. Seperti biasa, dia akan mencium dahiku setiap kali kami berpisah atau bertemu.
"Dah sampai Akmal, Sarah?" soal mak dari dapur.
"Dah mak," jawabku. Wajah Akmal nampak letih dan pucat. Aku meraba dahinya.
"Abang tak sihat, ya? Eh, abang demam ni," kataku sebaik sahaja dapat merasakan dahinya panas.
Akmal terus baring di atas sofa di ruang tamu. "Abang dah 3 hari demam," jelasnya.
"Ya Allah, dah tahu tak sihat kenapa balik juga? Nasib baik tak apa-apa."
"Abang rindu," katanya pendek. Aku menarik tangan Akmal. Menyuruhnya bangun.
"Jom masuk bilik. Salin baju. Nanti Mai ambil kain lembab. Letak kat dahi abang. Ok?" aku memapah Akmal ke bilik.

Selepas membaringkan Akmal, aku bangkit untuk keluar. Akmal menarik tanganku. Aku menoleh.
"Kenapa?" soalku pelik.
"Bila agaknya abang dapat jadi papa, sayang?" soalnya tiba-tiba. Aku menelan air liur. Tak pernah-pernah kami bincang pasal anak. Bukannya dia tak tahu yang aku sangat mementingkan kerjayaku.
"Ada rezeki, adalah," kataku lalu berjalan keluar bilik. Harap rezeki itu masih belum ada! Amin. Sekurang-kurangnya biarlah aku dapat jadi pekerja tetap dahulu. Pekerja kontrak bila-bila masa saja akan diberhentikan.

Esoknya, demam Akmal mula kebah. Aku pula yang berjangkit daripadanya. Badanku seram sejuk. Dengan tekak rasa mual. Perut menolak apa sahaja yang aku makan. Akmal menyarankan aku ke klinik, tetapi aku enggan.
"Jangan degil! Karang kalau makin teruk siapa yang susah?" marahnya. Mahu tak mahu aku terpaksa juga menurut kehendaknya.

"Tahniah, puan mengandung." Kata-kata yang keluar dari mulut doktor benar-benar mengejutkanku. Perkara yang paling aku tak mahu akhirnya berlaku. Akmal tersenyum sahaja mendengarkan berita itu.
"Dah berapa bulan doktor?" soal Akmal. Tanganku diusap-usap.
"2 bulan. Nanti saya akan bekalkan puan vitamin. Puan boleh tunggu diluar," kata doktor perempuan itu sambil tersenyum manis.
Kami duduk di sofa yang disediakan sementara menunggu namaku dipanggil. Aku menanti dalam resah. Terbayang-bayang kerjaya aku bakal musnah disebabkan anak ini. Ah, aku sangat-sangat tidak mahukannya!

Aku hanya mendiamkan diri sehingga kami sampai di rumah. Aku hanya duduk di bilik dan tidak keluar-keluar sehingga mak menjadi pelik dengan tingkahku.
"Sayang, kenapa ni?" lembut Akmal menyoalku.
Aku menangis. Akmal benar-benar inginkan anak ini sedangkan aku ingin membuangnya. "Abang, Mai tak sedia lagi nak anak."
Akmal terkejut melihatkan tangisanku. Tangannya mengusap-usap bahuku. "Kenapa ni? Sayang nak honeymoon lagi ke?" Akmal sengih mengusik.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. "Mai sayangkan kerja Mai. Kalau Mai pregnant, susah. Mai nak tumpukan dulu pada kerja sampai Mai dapat jadi pekerja tetap. Kontrak ni bang, bila-bila masa boleh berhenti," aku melahirkan kebimbanganku.
"Syyy... Jangan fikir yang bukan-bukan. Mana tahu anak ni menambahkan rezeki. Tak apa. Sekalipun sayang berhenti, gaji abang cukup nak sara hidup kita sekeluarga, insya Allah," pujuknya.

***

Sudah 9 bulan aku membawa kandunganku. Kerjaya aku berjalan seperti biasa. Masih tiada tanda-tanda akan diserapkan sebagai pekerja tetap. Aku menjadi semakin perlahan membuat kerja memandangkan kandungan ku membataskan pergerakanku. Ah, kalau dari awal aku gugurkan kandungan ini mesti hidup aku tak serumit ni!

Pada satu malam perutku mula terasa sakit. Akmal yang kebetulan berada di rumah membawaku ke hospital. Rasa sakit yang datang sekejap-sekejap itu merimaskanku. Akhirnya subuh itu aku melahirkan seorang bayi lelaki. Haikal.

Melihatkan wajahnya yang putih bersih, aku terus jatuh sayang kepadanya. Jika sebelum ini aku tidak dapat menerima kehadirannya, aku sudah mula menyayanginya. Janjiku, aku akan menjaga Haikal dengan penuh kasih sayang dan akan menggadaikan nyawa untuknya.Akmal senang sekali melihat perubahanku. Sebelum ini, dia terpaksa mendengarkan rungutanku dan terpaksa memujukku supaya aku bersabar.

"Sayang, baby nangis. Nak susu agaknya." Akmal membawa Haikal yang sedang menangis dekat denganku. Aku mengambil Haikal daripada pegangan Akmal. Kucuba menyusukannya. Tetapi Haikal menolak. Aku menjadi pelik.
"Dia tak mahulah, abang. Cuba abang tengok pampers dia?" soalku. Haikal kuberikan kepada Akmal yang berdiri di tepi katil.
"Tadi baru tukar pampers baru. Takkan lah kejap sangat dah nak tukar balik?" Akmal mengusap-usap kepala Akmal.
"Sayang, kepala Haikal benjol sedikit. Ada terhantuk kat mana-mana ke?" soalnya pelik.
Aku terkejut. "Tak adalah. Mai tak perasan pula kepala Haikal benjol. Besar ke, bang?"
"Tak sangat. Eh, Haikal ni pun tak berhenti menangis. Anak papa kenapa sayang?" Akmal cuba memujuk Haikal.

Akhirnya, Haikal kembali senyap selepas lama menangis. Bila dia tersedar sahaja daripada tidur Haikal kembali menangis. Aku menjadi risau dengan keadaannya. Seharian Haikal menangis akhirnya kami mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital.

Tiba di hospital, Haikal di masukkan ke wad kecemasan. Dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya, aku menguatkan diri untuk terus tunggu. Akhirnya setelah puas menunggu, seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Akmal terus mendapatkan doktor tersebut. Aku mengikut dari belakang.
"Macam mana anak saya doktor?"
"Awak ayah dia ke?" soal doktor itu. Menginginkan kepastian.
"Ya."
"Ada ketunbuhan di kepala anak encik. Saya terpaksa meminta tanda tangan encik untuk membenarkan kami mengeluarkan ketunbuhan di kepala anak encik." Doktor muda itu menyuakan sehelai kertas dan pen. Aku sudah mampu menahan air mata.

Sebaik sahaja Akmal menanda tangani borang kebenaran itu, doktor itu kembali masuk ke wad. Aku dan Akmal menunggu penuh cemas di luar wad. Ya Allah, selamatkanlah anakku. Sesunggunya baru sekejap aku bermain dengannya, ya Allah.

Dua jam kemudian, pintu wad kecemasan dibuka. Doktor yang sama keluar dari wad dan berjalan menuju ke arah kami. Kami bingkas bangkit daripada duduk.
"Macam mana doktor?" soal Akmal. Wajahnya penuh mengharap dapat mendengar berita yang baik.
Doktor muda itu menggeleng-geleng. Aku memegang erat tangan Akmal. "Saya minta maaf. Kami dah cuba yang terbaik. Allah lebih sayangkannya. Bersabarlah."
Aku terasa badanku ringan sebaik sahaja doktor itu berkata-kata. Kakiku sudah tidak mampu untuk menanggung badanku. Aku terjelepok jatuh.

Pagi Jumaat itu aku dan Akmal sama-sama menziarahi pusara Haikal. Tanahnya masih merah. Aku mengusap-usap batu nisan yang tegak berdiri. Air mataku tumpah lagi. Aku telah kehilangan anakku. Anak yang aku tak mahukan kehadirannya. Dan kini dia telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Kerjaya yang aku kejar dahulu masih lagi begitu. Dan mungkin akan kekal begitu.

Read More..
 
Cerpen : Hati Saya Milik Awak

" Saya tak nak dengar apa-apa lagi..cukuplah…".
" Tapi..tak adil bagi saya wak, saya perlu jelaskan pada awak kedudukan sebenar."
" Tak adil awak cakap?? Jadi adil lah bagi saya terima semua ni? Macam tu? Saya tak sangka kesetiaan saya di balas begini. Saya dah tak nak dengar apa-apa. Hati saya sakit awak tahu tak?sakit…". Kata-kata itu dihabiskan dengan air mata. Teresak-esak dia menangis. Entah kenapa sudah seminggu dia tetap begini, masih tidak kuat berdepan dengan lelaki yang pernah menyentuh hati dan hidupnya dulu. Kini? Dia sendiri takut dengan bayangan cintanya.
" Nur, jangan menangis sayang, kesedihan awak meruntun hati saya". Tubuh gadis kesayangannya itu ingin di dakap erat. Dia memang mencintai gadis itu sepenuh hatinya. Namun dengan pantas gadis itu menghalang.
" Jangan sentuh saya, awak tak layak dan tak berhak…tinggalkan saya..pergi!!!". Makin deras air matanya mengalir.
" Nur…jangan seksa diri awak…saya tak sanggup tengok awak macam ni..".
" Seksa diri saya?? Tak sanggup awak kata…siapa yang buat saya jadi macam ni? Siapa? Saya betul-betul tak sangka orang yang paling saya sayang dan percaya sanggup buat saya macam ni. Apa kurangnya saya Fir? Apa salah saya? Awak tahu tak betapa dalamnya cinta saya pada awak, kenapa saya wak? Kenapa awak??". Nur menghamburkan marahnya dalam tangisan. Firdaus kaku dan kelu untuk berkata. Sungguh dia tidak pernah melihat Nur marah dan sedih begini. Dia tahu memang dia telah melukakan hati gadis itu. Memang tidak layak untuknya memohon kemaafan lagi, namun dia ingin gadis itu jelas tentang keadaan sebenar.
" Hati saya sakit..saya tak boleh terima semua ni…sampai sekarang entah kenapa saya tak dapat percaya awak telah menduakan cinta saya. Awak bukan lagi milik saya, awak kahwin dengan dia…awak kejam Fir..kejam..".
" Nur sayang…to..".
" Jangan panggil saya sayang. Saya jijik dengan panggilan tu".
" Nur..tolonglah dengar penjelasan saya, saya tak mampu nak menolak Nur…saya berkahwin dengan dia hanya kerana mahu menolong…dia perlukan perlindungan Nur."
" Perlindungan awak kata? Sedangkan awak gembira buat semua tu kan? Perlindungan apa yang awak maksudkan sampai awak mengorbankan rasa kasih saya pada awak? Kesetiaan saya..penantian saya..kepercayaan saya..pernah awak fikir semua tu sebelum awak buat semua ni hah?? Saya kecewa dengan awak..tinggalkan saya..pergi". Nur menangis dan terus menangis. Firdaus tidak mampu. Langkahnya di atur meninggalkan gadis itu. Dia tidak tega sebenarnya meninggalkan gadis kesayangannya itu, namun jika dia terus berada di situ Nur Kaisara akan tetap terus menangis. Demi Tuhan dia amat menyintai gadis itu. Apakah cerita di sebalik kisahnya ini ada penghujung bersama gadis itu.
‘ Kenapa awak pergi Fir? Kenapa tak pujuk saya macam selalu..saya perlukan awak dalam hidup saya, saya tahu awak terpaksa melakukannya, hati saya sakit..saya tahu dia bukan perampas kebahagiaan saya dan awak..tapi untuk menidakkan kekecewaan saya tentang semua ni saya tak pernah mampu’..

Nur terus menjalani hidupnya seperti biasa. Dia memaksa dirinya meredhakan pemergian Firdaus. Untuk kesekian kalinya dia terpaksa akur Firdaus bukan miliknya lagi. Pernah dia terserempak dengan Firdaus dan isterinya. Firdaus tidak mampu menatap pandangan mata Nur. Sedangkan isterinya Humaira melayan Nur dengan baik. Dia tahu kisah Firdaus dan Nur Kaisara. Dia tidak meminta untuk menjadi perampas kebahagiaan orang. Namun, pengorbanan yang telah di lakukan Firdaus amat di hargainya. Dia Nampak Nur Kaisara merasai penderitaan itu. Begitu juga Firdaus.
" Abang, boleh tinggalkan Maira dengan kak Nur? Maira balik naik teksi nanti ye bang??".
" Jangan..nanti abang ambil Maira, da selesai nanti telefon abang..abang pergi dulu..assalamualaikum". Firdaus berlalu namun sempat memandang Nur. Jauh di sudut hatinya dia amat merindui Nur. Namun dia tidak boleh terus menyeksa gadis itu. Dia juga agak keberatan dengan permintaan Maira untuk bersama Nur, yang lebih di bimbanginya Nur akan terus terseksa. Nur pula dapat melihat sikap ambil berat dan rasa kasih Firdaus pada Maira. Sejujurnya dia cemburu. Namun siapalah dia untuk merasakan begitu. Dia berjanju dengan dirinya yang dia akan cuba untuk menerima takdir yang telah terlakar untuknya.Maira pula dapat melihat lirikan mata Firdaus pada Nur. Dia tahu suaminya itu masih menyintai Nur, dia tidak pernah menyalahkan atau merasa kecewa kerana Firdaus masih begitu. Dia juga dapat melihat penderitaan Nur dan ketabahan hati wanita itu.
" Kak, akak cintakan abang Fir?". Soalan itu menjerat Nur.
" Mari Maira kita duduk kat kedai tu sambil minum-minum..". Nur terus melangkah tanpa menunggu jawapan daripada Maira. Maira mengikut langkah Nur dan mereka duduk di sudut yang agak tersorok.
" Maira tahu akak masih cintakan abang Fir kan? Maira pun tahu abang juga ada perasaan yang sama dengan akak. Maira tahu kak, Maira dah merampas hak akak..Maira…".
" Sudahlah dik, perkara dah berlaku..sekarang abang Firdaus milik Maira..Maira tak rampas hak akak, da memang dia jodoh Maira yang Allah tentukan dalam hidup ni".
" Tapi kak..Maira rasa kejam, Maira dapat melihat penderitaan yang akak lalui. Maira juga dapat rasa kak pada abang Firdaus. Maira tahu dia perlukan akak..". Maira memegang tangan Nur. Nur memandang dan dapat merasai gadis itu ikhlas dan jujur.
" Kak. Akak kahwin dengan abang Firdaus ye..Maira izinkan". Nur terus melepaskan tangannya daripada genggaman Maira. Sungguh dia begitu terkejut dengan kata-kata Maira.
" Tidak dik..akak takkan…".
" Akak…Maira nak lihat akak bahagia, Maira sayangkan akak…entah dari mana lahir perasaan ni, tapi Maira betul-betul nak lihat akak tersenyum dan gembira".
" Maira, akak gembira dengan hidup akak, Maira tak payah risau pasal akak..akak dah terima kenyataan ni…sudahlah..Maira telefon abang Firdaus sekarang..akak tunggu sampai dia datang ambil Maira".
" Tapi kak…Maira..".
" Maira, kalau Maira sayangkan akak telefon abang Firdaus sekarang". Maira mengambil telefon bimbitnya dalam beg.
" Hello abang, Maira da siap..Maira tunggu abang kat kedai depan tadi..". Sejurus Firdaus sampai Nur terus melangkah pergi. Firdaus dan Maira pula terus pulang. Dalam perjalanan mereka hanya diam, sehinggalah Miara menimbulkan perkara ini.
" Abang…abang sayang Maira kan?".
" Maira kenapa Tanya soalan tu? Abang memang sayangkan Maira."
" Kalau macam tu, Maira nak abang kahwin dengan kak Nur. Masa Maira da tak lama bang..Maira nak lihat abang dan kak Nur kahwin." Sugguh Firdaus terkejut dengan permintaan Maira.
" Maira apa yang Maira cakap ni? Abang tak suka.."
" Tak pela bang, abang fikir dulu.". Mereka masing membius setelah itu sehingga sampai rumah.
---------------------------------
" Nur..kita kahwin..".
" Mudahnya awak cakap kan..tolong fikir perasaan Maira. Saya tak nak dia kecewa dan menderita macam saya dulu.".
" Nur, abang pasti Nur juga tahu pendirian Maira..berilah saya peluang untuk membahagiakan awak."
" Tidak Fir, saya takkan rampas awak daripada dia"/
" Nur…saya tak mampu nak pujuk awak atau paksa awak terima saya. Awak tahu kan saya mengahwini Maira hanya kerana dia perlukan perlindingan. Dia sakit Nur. Dia perlukan seseorang untuk jaga dia.Saya tak ambil kesempatan, saya buat semua ni atas kewarasan saya sebagai seorang manusia.Saya tak pernah berhenti untuk menyintai awak. Awak fikirlah..".
Sudah lama Nur memikirkannya. Dia tidak mampu menidakkan perasaannya pada Firdaus, namun dia juga tidak mampu untuk mengelak daripada berfikir tentang kesannya nanti.
---------------------------------
" Kak, terima kasih sebab tunaikan permintaan Maira..Maira sayang akak dunia akhirat". Nur tidak mampu menahan air matanya. Dia semakim menyayangi gadis itu. Semakin hari dia merasakan tidak mahu berpisah dengan gadis itu.
" Maira, akak pun sayang Maira…jangan tinggalkan akak dik". Makin laju air matanya. Firdaus hanya memandang. Dia sendiri merasa sedih dengan situasi itu. Sudah tiga bulan dia mengahwini Nur dengan kerelaan hati Maira. Hari ini entah mengapa dia dapat merasakan dia akan kehilangan Maira pula. Gadis itu sudah lama menderita kanser otak.
" Abang…boleh abang peluk Maira untuk kali terakhir..boleh kan kak?" Sayu hati Nur melihat Maira. Gadis itu masih meminta kebenarannya sedangkan gadis itu berhak berbuat demikian. Mereka berkongsi kasih.
" Abang..peluklah Maira bang.." ujar Nur dalam tangisan.
" Akak, Maira nak akak pun peluk Maira..Maira..Mai..", suaranya tersekat-sekat. Lantas Nur dan Firdaus terus memeluk Maira. Masing-masing mengongoi dan menangis. Dan akhirnya Maira pergi..Pergi yang takkan kembali.
---------------------------------------
" Bang..".
" Ye sayang,".
" Nur rindu pada Maira…abang pun kan..". Firdaus menghampirinya isterinya dan mendakap erat.
" Nur…kita sama-sama sayangkan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dah lima tahun dia pergi. Kita yang masih hidup ni selalu lah sedekahkan Fatihah dan Yassin pada dia ye Nur.".
" Terima kasih bang sebab bahagiakan Nur..Nur hargai pengorbanan Maira.".
" Abang pun hargai pengorbanan Nur..".
" Bang..".
" Mama..mama..tak aci tul la asyik mama je kena peluk dengan papa". Tiba Aiman muncul dengan muncung yang panjang.
" Meh sayang papa ni…ala la sayang..merajuk lah tu konon..da besar pun nak merajuk ye..meh meh papa peluk Aiman pulak.". Firdaus terus memeluk anaknya dan mendukungnya.
" Aiman..Aiman tak boleh selalu manja macam ni tau..Aiman da besar.."
" Mama pun da besar apa..kenapa papa selalu manjakan mama jugak". Ahh anak ini terlalu banyak keletahnya. Namun ini lah yang menambah keserian rumah tangga Nur dan Firdaus.
" Meh kat mama pulak..Aiman terus memeluk mamanya dengan kuat."
" Aduh..sayang..janganlah kasar-kasar macam ni…sakit mama…". Nur mengerutkan dahinya menahan kesakitan.
"Nur??". Firdaus terus mengangkat Aiman daripada tubuh Nur .
" Nur ok bang, jangan risau.".
" Mama sakit ye..sory ye mama..Aiman tak sengaja…". Lantas Aiman terus mencium pipi Nur.
" Papa pulak sayang..". lantas Aiman mencium pipi papanya berkali-kali. Namun Firdaus menghentikan Aiman apabila melihat Nur Nampak tidak selesa sambil memgang perutnya.
" Aiman..pergi masuk dulu ye..pergi kat nenek..cakap kat nenk suruh mandikan Aiman.."
" Mmmm..yelah.." Aiman terus masuk ke dalam rumah.
" Nur? Nur ok tak..abang tengok Nur Nampak macam tak ok..da sampai masa ke??".Firdaus cemas.
" Nur ok bang..jangan risau belum sampai masa lagi..Cuma anak abang ni suka menendang.". Nur memandang sambil tersenyum.
" Ish anak papa ni sian mama tau".Firdaus mendekatkan kepalanya ke perut Nur, sambil mengusap perut Nur yang memboyot. Mereka Nampak bahagia.
" Papa!!Mama!!owh..pandai..tak aci betul…masuk…". Firdaus dan Nur yang terkejut akhirnya ketawa melihat muncung Aiman.
" Nakal betul anak abang tu..tengok tu..dah pandai mengarah kita masuk".
" Anak awak jugak kan…hehe". Firdaus bangun dan membantu Nur untuk bangun dan masuk ke dalam rumah. Mereka sangat bahagia. Kehadiran Maira dalam hidup mereka tidak akan pernah di lupakan. Walau Maira tiada lagi namun mereka masih tetap mengingati.‘Terima kasih Maira…..

P/S :- hIdUp memang begini..kadangkala kita terpaksa merasai kesakitan dan kekecewaan sebelum bertemu dengan kebahagiaan…Kasih jangan kau pergi…sayang hadirlah selalu…Rindu temanilah daku…Cinta marilah bersatu…Bahagia menarilah denganku…
** Saya nak ucapkan terima kasih pada sape2 yang sudi baca cerpen saya yang ke-2 ni..n sudi la komen ekk..saya mengalu-alukannya..mmm…cerpen saya yg pertama keluhuran cinta…thnks a lot…k..bye2…gud luck 2 everyone…nice to meet u..**

Read More..