Cerpen : Hikayat Cinta Arisya

Kereta BMW Amirul Hakimi tidak dapat dikawal. Dia memulas stereng sehabis mungkin untuk mengelak dari berlanggar dengan sebuah lori. Malangnya kereta yang dipandunya melanggar tebing jalan. Hadapan kereta tersebut hancur remuk. Kepala Amirul Hikmi terhantuk di stereng lalu dia pengsan.
"Encik, bangun lar," dia terasa ppinya ditampar. Amirul Hikmi tersedar. Kelopak matanya terasa berat untuk dibuka.
"Encik, are you okay?" soal suara itu lagi. Amirul Hikmi cuba menjawab tetapi gagal. Rahang mulutnya terasa sakit. Setelah itu, dia tidak lagi mendengar suara gadis itu. Barangkali gadis itu sudah pergi.
Selang beberapa minit, dia terdengar pintu keretanya dibuka. Amirul Hikmi terasa badannya ditarik keluar dari dalam kereta. Setelah itu, telinganya menangkap bunyi letupan. ’Kereta aku’ bisik hati kecilnya.
"Encik, bangun lar," suruh suara itu. Suara yang didengarnya mula-mula tadi. "Oh no. Call ambulan cepat," perintah suara itu. Kawannya segera menelefon ambulan. "Dah jom kita pergi," gesa kawannya. Amirul Hikmi memegang erat tangan gadis itu. Dia berharap gadis itu setia menanti disisinya sehingga ambulan tiba. Gadis itu seolah-olah enggan. Gadis itu menarik tangannya dan berlalu pergi. Amirul Hikmi pasrah. Secara tidak sengaja, dia tertarik gelang kayu milik gadis itu.
Selang beberapa lama kemudian, dia terdengar bunyi siren ambulan. Dia terasa badannya diangkat naik ke atas tandu.
*******
Pintu wad itu dibuka dengan kasar. Datin Rokiah terus menerpa ke arah Amirul Hikmi.
"Mi, cam mana boleh jadi macam ni?" soal Datin Rokiah. Dia lah yang paling panik apabila mendapat perkhabaran Amirul Hikmi dimasukkan ke dalam hospital.
"Tak de apa-apa lar mommy," jawab Amirul Hikmi, lemah. "Mommy, Mi nak minum. Mommy tolong belikan boleh?" pinta Amirul Hikmi. Pada mulanya, Datin Rokiah menyuruh Farouq yang membelinya tetapi Amirul Hikmi berkeras mahu ibunya yang pergi membeli minuman. Datin Rokiah segera beredar ke kafe untuk mendapatkan minuman yang dipinta Amirul Hikmi.
"What?" soal Amirul Hikmi kepada Farouq yang sedari tadi merenung dia.
"So, tell me. How did this mess end up like this?"
"Well, you know," Amirul Hikmi tidak menghabiskan ayatnya. Farouq tahu kenapa dia terlibat dalam kemalangan. Pasti lelaki itu mabuk malam tadi. Amirul Hikmi memang begitu. Hampir setiap malam pasti dia akan menghabiskan malamnya di kelab malam. Perempuan keliling pinggang. Agaknya begini anak orang kaya. Suka menghabiskan duit. Pelajaran pula entah kemana.
"Bila lah kau ni nak berubah?" soal Farouq, menggelang kepala. Matanya kini tertancap pada gelang yang dipegang Amirul Hikmi.
"Gelang perempuan mana pulak tu?" soalnya lagi.
"Yang selamatkan aku," Amirul Hikmi berterus terang. " Kalau bukan sebab dia. Aku dah takde lagi kat dunia ni. Kalau bukan dia yang tarik aku keluar , aku dah mati dalam letupan tu," terangnya lagi.
"Well, it seems like I have to thank her," ujar Farouq. "And…,"
"Farouq, aku nak minta kau carikan perempuan tu, boleh?" pinta Amirul Hikmi. Farouq mengangguk, bersetuju. "And aku rasa aku nak berubah lar," sambungnya lagi. Amirul Hikmi ingin berubah. Dia tidak mahu lagi hidupnya di penuhi perempuan dan arak. Dia ingin bertaubat. Dia pernah dihampiri ajal tatkala dia belum bersedia. Dia tidak mahu ajal menjemput dalam keadaan berdosa. Farouq bagaikan tidak percaya. Dia bersyukur rupanya kemalangan itu ada hikmahnya.
******
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Arisya masih lagi tercatuk di di depan komputer. Dia harus menyiapkan tugasan yang diberikan Profesor Amer malam ini juga. Dia kenal benar dengan Profesor Amer. Pensyarah itu tegas orangnya. Setiap tugasan yang diberikan mesti disiapkan tepat pada waktunya. Jari jemarinya masih lagi ligat menari-nari di atas papan kekunci komputer itu. Sesekali dia mematah-matahkan jarinya. Hinggalah sampai satu tahap, keletihan mengatasi segalanya.
"Woi, pompuan. Bangunlah," jerit Anissa sambil menujah-nujah kepala Arisya.
Arisya tersedar. Bukan sebab tujahan itu tapi disebabkan kenyaringan suara kakaknya yang memaksa dia bangun dari lelapnya. ’Sakit lar’ getus hati kecil Arisya.
"Woi, kau dengar tak apa yang aku kata ni?" soal Anissa.
Arisya mempamerkan muka ’blur’. Dia menggeleng.
"Kau dah siapkan assignment aku belum?"
"Sorry, kak. Isya tak sempat nak buat. Kerja Isya pun tak siap lagi," Arisya, berterus-terang. Malam tadi walaupun dia telah bersengkang mata menyiapkan tugasan itu, dia tetap tewas. Akhirnya dia tertidur diatas meja itu. Keletihan pulang dari kampung Qharziah belum habis lagi.
"Arghhh. Aku tak peduli," bantah Anissa.
Bang!
Semua barang yang berada diatas meja komputer Arisya ditolaknya. Barangan tersebut jatuh bersepah. Termasuklah fail-fail milik Arisya. "Ni tugasan kau kan?" tanya Anissa apabila terpandangkan fail tugasan Prof Amer milik Arisya. "Aku nak," ujar Anissa. Tugasan itu diambilnya dan terus berlalu pergi.
"Akak...," laung Arisya. Dia terduduk. Itulah tugasan yang akan dihantarnya nanti. Dia tidak tahu apa lagi alasan yang harus diberikan lagi pada Prof Amer. Sudah kerapkali Anissa perlakukan dia seperti itu. Setiap tugasan yang dia siapkan pasti akan diambil oleh Anissa. Kesudahannya semua kesalahan Anissa akan dijatuhkan keatasnya.
******
"Termasuk kali ini dah termasuk 3 kali awak tak hantar assignment saya pada masa yang saya nak," tegur Prof Amer.
"Maafkan saya Prof," pinta Arisya. Kini, hanya itu yang dia mampu lakukan.
"Maaf. Maaf. Itu je yang kamu tahu,"
Arisya hanya mampu menunduk. Dia tidak berani untuk menatap muka Prof Amer.
"Ini peluang terakhir. Tiada lagi peluang untuk kamu selepas ini. Saya nak tugasan tu berada atas meja saya tepat pukul 2 esok," Prof Amer memberi kata putus. Arisya akur. Kakinya melangkah keluar dari pejabat Prof Amer. Lemah.
******
Arisya mencari temannya Qharziah dan Farhana. Dia mendail nombor telefon mereka. Setelah beberapa deringan, panggilan dijawab.
"Korang kat mana?" Arisya menyoal. Kakinya terus melangkah ke hadapan.
"Kitorang kat kafe ni. Kau kat mana?" jawab Qharziah.
Arisya terus meletakkan telefon. Dia terus menuju ke kafe. Fikirannya jauh melayang. Dia sudah tidak sanggup lagi berjumpa dengan Prof Amer berhubung dengan kelewatannya menghantar tugasan yang diberi. Tiba-tiba perasaan menyesal menyelubunginya. ’Ni semua pasal mamat tu. Kalau aku tak gatal sangat nak tolong dia, mesti aku sempat balik and siapkan tugasan aku dan kak Anis’ gerutu hati kecil Arisya. Kakinya terus melangkah ke hadapan. Tanpa dia sedari, dirinya melanggar seseorang.
"Woi, buta ke?" marah pemuda itu. Dia mengibas-ngibas punggung seluarnya yang kotor akibat terjatuh.
"Sorry. Sorry," pohon Arisya. "Ya Allah, Amirul Hikmi." Arisya terkesima. Amirul Hikmi pujaan hatinya. Yang sentiasa diingatannya. Dia selalu berangan untuk berbual dengan Amirul Hikmi. Angan hanya tinggal angan. Amirul Hikmi terlalu ramai peminat. Tak mungkin Arisya dipandangnya.
"Are you okay?" Amirul Hikmi memecahkan kesunyian yang menyelubungi. Amirul Hikmi khuatir gadis dihadapannya berkecil hati. Almaklumlah, dia baru sahaja pulang dari pejabat Madam Lucy yang meminta dia mengulangi semester itu. Dia agak marah dengan keputusan itu lantas apabila terlanggar Arisya dia naik berang.
"Tak apa-apa," balas Arisya. Dia segera mengutip buku-buku yang jatuh bertaburan. Amirul Hikmi membantunya.
"Betul awak tak apa-apa?" Amirul Hikmi mencari kepastian.
"Betul,"
"Awak nak kemana?" soal Amirul Hikmi lagi. Arisya merasa pelik. Pada masa yang sama, hatinya teruja.
"Ke cafe," Arisya memberitahu. "Okay ar, saya pergi dulu. Kawan-kawan saya dah tunggu," sambung Arisya. Pasti Qharziah dan Farhana sudah lama menunggunya. Dia tersenyum. Ikhlas.
"Okay then. See you next time,"
‘See you next time. Alamak dia nak jumpa aku lagi ke?’ bisik hati kecilnya. ’Eh, tak kot..takkan lah dia nak jumpa aku lagi, siapa lar aku ni..tapi kitorang kan satu kolej’
******
"Wei, apsal Prof nak jumpa kau?" soal Qharziah. Jus oren yang dipesannya dihirup sampai habis. Dia sendiri tidak sedar bila habisnya. Mungkin dia terlalu asyik meminumnya sepanjang dia menunggu Arisya tadi.
"A’ah lar Isya. Kenapa Prof nak jumpa kau?" Farhana turut menyoal, ingin tahu.
"Pasal apa lagi? Ni mesti sebab kakak kau ’cilok’ assignment kau kan?" Qharziah mengagak.
Arisya mengangguk. "Prof bagi aku masa sampai esok tuk siapkan kan assignment dia," Arisya bersuara.
"Mmm. Okay ar tu. Nanti aku tolong kau," Farhana menghulurkan bantuan.
"Aku pun," Qharziah turut menghulurkan bantuan. "So, bila kita nak mula?"
"Malam ni!!!" ujar Arisya dan Farhana, serentak.
"Dah jom ar pergi. Kelas Madam dah nak start dah ni," ajak Qharziah. Mereka bertiga segera beredar dari situ.
*******
Dari kejauhan, kelihatan sekumpulan pelajar berkerumun. Kerumunan itu menarik perhatian Qharziah. Lantas dia bertanya pada salah seorang pelajar yang berada disitu.
"Apsal ni? Apa yang ‘kecah’ sangat nie?" tanya Qharziah.
"Tu," tunding seorang pelajar.
Pandangannya beralih ke papan kenyataan. Dia terpaku disitu. Tanpa disedari senyuman terukir dibibirnya. Setelah usai membaca kenyataan itu, dia beredar mendapatkan Farhana dan Arisya.
"Berita hangat," ujar Qharziah. Farhana dan Arisya mengangkat kening mereka. Tanda tidak faham. "Apa dia?" ujar mereka berdua, serentak.
"Beritanya adalah....Amirul Hikmi akan adakan satu majlis tari menari kat rumah dia sempena hari lahir dia....malam ni...semua student dijemut hadir...,"
"Great," ujar Farhana. "What’s the theme?" soal Farhana, berminat.
"Mask of Zorro," jawab Qharziah. "Don’t forget the mask!" Qharziah mengingatkan. Dia kelihatan sangat teruja.
"I gotta find a great costume," Farhana memasang angan-angan. Angan-angannya pecah berderai apabila pinggangnya disenggol.
"What?" Farhana bertanya.
"Tu," Qharziah memuncungkan bibirnya, cuba menunjukkan sesuatu.
"Lar, kenapa pulak ni?" tanya Farhana. Arisya diam seribu bahasa.
"Korang nak pergi ke majlis tu?" Arisya akhirnya bersuara.
"Mesti lar nak," Pantas Qharziah menjawab.
"Mmmm, Kalau macam tu tak pe lar. Aku balik dulu. Aku ada assignment nak kena submit esok," ujar Arisya, lemah. "Okay ar, Bye." Arisya berlalu pergi.
"Oh, no!" teriak Farhana. Dia menekup mulutnya.
"What?" Qharziah kebingungan.
"We promise Isya to help her tonight," Farhana teringatkan perbualan tadi. "Yang kita janji kat kantin tadi?!" Farhana mengingatkan apabila dia dapati Qharziah kebingungan.
"Oh, God. Macam mana aku boleh lupa ni?" Qharziah menepuk dahinya.
******
Arisya melemparkan beg kuliahnya ke atas katil lalu merebahkan dirinya. Dia mengeluh. Kalaulah Anissa tidak mengambil kertas kerjanya tadi, sudah pasti dia dapat pergi ke majlis malam ini. Kalau dan hanya kalau. Anissa memang begitu. Sejak dari kecil lagi suka membulinya. Dia tahu dan sedar kedudukan dirinya. Dia tahu dia itu hanyalah anak tiri ibu Anissa. Semenjak kematian papanya, ibu tiri dan kakak tirinya yang pada mulanya bersikap prihatin terus bertukar watak.
Mereka sewenang-wenangnya memperlakukan dia seperti hamba. Selama ini semua kerja dan tugasan disiapkan Arisya. Anissa tak pernah melakukan semuanya dengan usaha sendiri. Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya terkuak.
"Oh, Mak Mah rupanya. Ingatkan siapa tadi?" ujar Arisya. Dia bingkas bangun dari katil.
"Termenung jauh nampak Cik Isya,"
"Eh, tak de lar. Cuma teringatkan assignment yang kena Isya siapkan malam ni,"
"Malam ni? Cik Isya tak pergi ke?" soal Mak Mah. Tangannya ligat menyusun pakaian yang baru sahaja selesai dilipat.
"Pergi? Pergi mana?" soalan Mak Mah tidak dijawabnya malah diajukan pula soalan lain.
"Majlis keraian tu. Cik Nissa sibuk shopping membuat persiapan tuk malam ni," Mak Mah memberitahu.
"Tak kot," balas Arisya, lemah.
"Tak pe lar kalau macam tu. Mak Mah pergi dulu ya? Nak pergi masak makanan tengahari," ujar Mak Mah lalu beredar dari bilik itu.’
Huh! Arisya mengeluh lagi. Majlis hari lahir Amirul Hikmi. Dia teringin sangat pergi ke majlis itu. Seumur hidupnya, dia tak pernah pergi ke majlis-majlis keraian. Ada sahaja alasan yang diberikan Anissa dan ibunya. Kesudahannya, dia tidak pernah tahu bagaimanakah rasanya pergi ke majlis keraian.
******
"Ko sure ke gadis yang kau cari tu akan datang malam nie?" Farouq menyoal Amirul Hikmi. Tangannya ligat menyusun buku-buku yang bertaburan di atas meja studi. ’Mamat ni pun satu. Kalau dah siap kerja tu kemas lar sikit meja ni’ gerutu Farouq.
"Apa yang kau bebelkan tu?" soal Amirul Hikmi, melabuhkan pungungnya di atas katil.
"Tak de apa-apa," Farouq mengelak. Dia kenal sangat perangai Amirul Hikmi. Amirul Hikmi tidak mungkin akan mengemaskan meja belajar sendiri kerana selama ini yang membersihkan pun adalah orang gajinya. Maklumlah, anak Datuk katakan. Atau mungkin benar dia telah berubah? Seperti yang dikatakan dulu? Mmmm.
"Entahlah. Aku pun tak tahu. Aku harap sangat dia datang malam ni. Kalau boleh aku nak jumpa dia. Aku nak cakap thanks kat dia. Kalau bukan sebab dia pasti aku dah tak ada kat dunia ni," Amirul Hikmi memulakan bicara. Matanya terpejam.
"Tapi kau sendiri tak tahu siapa dia kan?" Farouq mencari kepastian.
Amirul Hikmi membuka mata. Dia bingkas bangkit lalu duduk. "Memanglah. Tapi aku tak sure sangat. Mungkin ya and mungkin tak,"
"Apa yang buat kau sure sangat gadis yang selamatkan kau tu dia?"
"Entah. Tapi instinct aku kata macam tu," Amirul Hikmi mengakhiri perbualan. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air meninggalkan Farouq yang sedang sibuk mengemas meja studinya.
*****
Ting! Tong!
Bunyi loceng bergema ke setiap pelosok rumah. Mahu tak mahu Arisya menuju ke pintu. Mak Mah tidak ada. Dia ke rumah anaknya di Petaling. Cucunya sakit. Dia harus menjaga cucunya sementara anaknya pergi mencari rezeki. Dia terperanjat apabila disergah oleh dua orang rakannya tatkala dia membuka pintu.
"Suprise," teriak Farhana dan Qharziah.
"Kenapa? Pelik?" Qharziah pula yang mengajukan soalan. Tanpa dijemput, mereka terus masuk ke rumah Arisya dan menuju ke bilik Arisya.
"Mana semua orang?" soal mereka lagi. Pelik kerana mereka tidak nampak kelibat seorang manusia pun dari tadi.
"Ibu dan kak Anis pergi rumah Datin Rokiah. Kan malam ni ada majlis keraian," Arisya, mengingatkan. Dia menyerahkan mug berisi air milo kepada Qharziah dan Farhana.
"Eh eleh. Suka hati dia je pergi sana. Dah lah kerja orang dia ambil. Pastu senang-senang je pergi enjoy. Tak tau ke orang lain kena siapkan kerja dia," gomel Qharziah.
"Eh, kenapa korang datang sini? Korang tak pergi ke party tu?" soal Arisya, Gomelan Qharziah diendahkan.
"Kenapa tak suka ke kitorang datang sini?" soal Farhana. Soalan Arisya tadi dijawab dengan soalan. Arisya menggeleng.
"Kitorang kan dah janji nak tolong kau. So, sebab tu lar kitorang datang ni," Persoalan itu terjawab akhirnya. "Dah, mana kerjanya?" Farhana terus duduk di depan komputer. Dia meneliti hasil tugasan Prof Amer yang telah Arisya siapkan separuh. Monitor komputer itu ditatapnya. "Ni eh?" soalnya. "Mmmm, sikit lagi siap ar ni....kalau kita work together. Ziah, apa lagi keluarkan ar laptop kau. Dah let’s do it now," perintah Farhana, tanpa menghiraukan soalan yang diajukan Arisya. Tanpa berlengah, Qharziah mengeluarkan laptopnya dan tugas dibahagikan. Setelah itu, mereka menyiapkan bahagian masing-masing.
*****
Kediaman Datuk Kamal semakin dipenuhi dengan orang. Dari jauh, kelihatan pelbagai jenis kostum diperagakan. Sedari tadi, dia mencari-cari bayangan seorang gadis. Ya, gadis petang tadi. Gadis yang dirasakan berjaya mencuri hatinya. Gadis yang dia yakin adalah penyelamatnya.
"Dah jumpa dia?" soal Farouq. Tangannya ligat membetulkan `bow tie’ milik Amirul Hikmi. Amirul Hikmi tampak sungguh segak memakai tuxedo. Amirul Hikmi tersenyum, hambar.
"Belum lagi,"
"You gotta find her tonight. If not, you have to forget about her," Farouq memperingatkan tujuan majlis itu diadakan.
Orang ramai kini menumpukan perhatian kearah tangga. Kelihatan Amirul Hikmi dengan segaknya sedang menuruni tangga. Para hadirin memberi laluan. Amirul Hikmi berasa gugup. Tetapi dia bertekad malam ini dia harus mencari gadis itu. Dia menggengam gelang itu seerat-eratnya. Malam ini gelang itulah yang akan mencari tuannya.
*****
Setelah berjam-jam mereka bertungkus lumus, akhirnya tugasan itu selesai. Mereka bertiga terbaring kepenatan. Farhana tersandar di atas kerusi di hadapan komputer. Qharziah di atas katil dan Arisya terbaring di lantai. "Akhirnya, siap juga," Qharziah bersuara. "Isya, pukul berapa?" soal Qharziah.
"Oh, god," Farhana tersentak. Dia bingkas bangun. "Sempat lagi ni," ujarnya. Tangannya mencapai telefon bimbit miliknya. Dia mendail nombor seseorang.
"Sempat? Maksud kau?" tanya Qharziah. Qharziah dan Arisya berpandangan. Meminta penjelasan. "Majlis hari jadi Amirul. Kan habis pukul 12. Sempat lagi," ujar Farhana.
"Oh, no. Kau semangat lagi ke nak pergi? Aku tak sanggup dah. Aku penat. Nak tidur," Qharziah menarik selimut. Dia terlupa dia sekarang berada di rumah Arisya. Farhana melihat Arisya. "Kau Isya?" soalnya.
"Entah ar," Arisya tidak tahu. Kalau ikutkan hati ingin sangat dia pergi ke majlis itu. Tapi dia tidak ada pakaian yang sesuai. Maka, hasratnya terpaksa dibatalkan.
"Alah, jangan ar macam ni," rengek Farhana. Dia berharap sangat Arisya pergi.
*****
Hari semakin larut. Jam di dinding berbunyi 11 kali menandakan sudah pukul 11 malam. Amirul Hikmi masih belum berjumpa dengan gadis itu. Dia sudah menari dengan hampir semua wanita disitu. Tiada satu pun yang memberikan reaksi yang dia mahu. Kalau benar salah seorang dari wanita yang dijemputnya pemilik gelang ini, pasti, si pemilik gelang, itu mengecamnya. Tapi tiada seorang pun yang mengaku. Pada mereka gelang itu tidak bermakna kerana diperbuat dari kayu. Hal ini mungkin berbeza sekiranya gelang itu adalah emas. Amirul Hikmi berhenti menari. Dia menuju ke arah Farouq lalu berkata sesuatu.
Amirul Hikmi memohon maaf lalu meminta diri. Dia kepenatan, Dia runsing tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi langkah seseorang. Dia pantas pusing menghadap gadis itu. ’Gadis itu sungguh cantik. Gaunnya yang berwarna putih membuatkan dia kelihatan sangat suci dan bersih’ getus hati kecilnya. Amirul Hikmi melangkah ke arahnya. Dia menghulurkan tangannya. Gadis itu menyambut huluran tangan Amirul Hikmi. Mereka menari. Sedang asyik menari, Amirul Hikmi mengeluarkan gelang itu lalu ditunjukkan pada gadis itu.
Melihatkan raut muka gadis itu berubah, dia mulai cuak. ’Takkan ar dia ni pun bukan’ bisik hati kecilnya. Dia mengalah.
*******
"Mana awak dapat gelang saya?" gadis itu bersuara. Mereka kini tinggal berdua. Amirul Hikmi mengajak gadis itu bersiar-siar. Mereka singgah di gazebo milik keluarga Amirul Hikmi. Gazebo itu terletak berdekatan dengan rumahnya. Dia perlu bersendirian dengan gadis itu. Keadaan bising diruang tamu itu menarik Amirul Hikmi membuat keputusan tersebut.
Mendengarkan soalan itu, dia berpaling. " Ini gelang awak?" tanya Amirul Hikmi meminta kepastian. Gadis itu membalas dengan anggukan.
"Siapa nama awak?" tanyanya lagi.
"Farisya,"
"Mana awak dapat gelang saya?" gadis itu mengulang soalannya.
"Awak tak ingat?"
"Ingat apa?"
"Peristiwa malam kemalangan tu,"
"Owh, pasal kemalangan tu. Eh, tapi kenapa awak tanya? Macam mana awak tahu pasal kemalangan tu?" soal Farisya, pelik.
"Awak tak ingat siapa yang awak selamatkan?"
Farisya menggeleng. Seingatnya malam itu, dia memang menyelamatkan seseorang tapi dia tidak ingat siapa. Malam itu sangat gelap. Bulan seolah-olah bersembunyi disebalik awan. Malam itu dia bersama-sama dengan Qharziah dan Farhana. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung Qharziah.

******
"Wei, berhenti....berhenti...berhenti," arah Arisya. Qharziah tiada plihan. Kereta itu di berhentikan di tepi jalan. "Kenapa ni?" soal Farhana, dalam keadaan mamai. Dia kelihatannya letih dan hanya tidur di sepanjang perjalanan.
"Ada accident," ujar Arisya. Dia bergegas keluar dari kereta dan pantas mendapatkan kereta tersebut. Dia menampar-nampar pemuda itu. Pemuda itu cedera parah. Dahinya berdarah. "Encik, bangun lar," soalnya lagi. Tiada jawapan.
Arisya terasa tangannya ditarik. "Kau buat apa ni?" tanya Qharziah.
"Kita kena selamatkan dia. Nyawa dia dalam bahaya," terang Arisya. " Tapi dah lewat malam ni," Qharziah mengingatkan. Mereka baru sahaja pulang dari kampung Qharziah. Ada kenduri doa selamat. Kebetulan mereka lalu di jalan itu. "Dah ar jom balik. Kita tak kenal dia pun. Entah-entah dia ni penjenayah ke? Lari masa kejar mengejar dengan polis," Qharziah membuat andaian. Arisya terpaksa akur.
Mereka menuju ke kereta. Langkah mereka terhenti apabila hidung mereka menangkap bau minyak. Serentak mereka menoleh. Minyak bocor! Arisya bergegas lari ke kereta pemuda itu. Qharziah mengekori. Arisya membuka pintu kereta dan menariknya keluar.
"Encik, bangun lar," pinta Arisya. "Oh no. Call ambulan cepat," perintah Arisya. Qharziah segera menelefon ambulan. "Dah jom kita pergi," saran Qharziah. Pemuda itu memegang erat tangan Arisya. Arisya segera menarik tangannya dan berlalu pergi. Tanpa disedari, gelang peninggalan arwah neneknya tertinggal di dalam genggaman pemuda itu.
Selang beberapa lama, dia terdengar bunyi siren ambulan. Dia terasa badannya diangkat naik ke atas.
*******
"Hello, are you here?" tegur Amirul Hikmi. Farisya tersentak. Lamunannya terhenti.
Amirul Hikmi mendekati Farisya. Dia cuba menanggalkan topeng Farisya. Farisya sempat menghalang. Amirul Hikmi mengerutkan dahinya.
Farisya melarikan mukanya. Cuba mengelak dari topengnya ditanggal. "Saya ingin kenal dengan penyelamat saya," Amirul Hikmi berterus-terang apabila mendapati Farisya tidak selesa dengan tindakannya.
"Tak perlu tahu, Saya ikhlas tolong awak. Baiklah. Saya kena pergi dulu. Kalau diizinkan-Nya kita berjumpa lagi.," ujar Farisya sebelum pergi.
"Macam mana saya nak kenal awak kalau saya tak tengok muka awak?" soal Amirul Hikmi.
"Awak akan tahu juga nanti," balas Farisya, tersenyum. Ihklas.
’Aku macam pernah tengok senyuman tu’ bisik hati kecilnya. Senyuman itu mengingatkan dia pada seseorang. Dia juga turut tersenyum.
******
Senyuman terukir dibibirnya. Dia tidak pernah menyangka akan dapat ke majlis keraian. Dia berasa sangat gembira. Malah, yang paling menggembirakan dia adalah ketika dia dapat menari bersama-sama dengan Amirul Hikmi yang selama ini menjadi kegilaan ramai. Setelah berbual dengannya, dia dapat merasakan Amirul Hikmi tidak seperti anggapan pelajar yang lain yang mengatakan Amirul Hikmi seorang yang teruk dan hanya tahu menghabiskan duit ibubapanya. Mungkin benar kata mereka. Tapi dia dapat melihat bahawa Amirul Hikmi telah berubah. Dalam diam, dia perasaannya terhadap pemuda itu semakin mendalam.
*******
Kelas Madam Lucy dibatalkan kerana masalah yang tidak dapat dielak. Arisya, Farhana dan Qharziah bergegas ke pejabat untuk menghantar tugasan Prof Amer. Setelah itu, mereka terus menuju ke cafe. Usai memesan minuman, mereka mencari tempat duduk. Farhana mengajak mereka berdua duduk ditepi tingkap.
"So, how’s last night?" tanya Qharziah. Pandangannya menghala ke Arisya.
"What?" Arisya menyoal kembali. Tidak tahu apa yang cuba ditanya Qharziah.
"Farisya Arisya, apa yang berlaku semalam? Bukan kau pergi ke semalam majlis itu?" soal Qharziah lagi.
"Owh, pasal tu. Memang ar pergi. Mulanya aku nak teman si Farhana ni tapi boleh pulak dia buat hal. Sakit perut lar. Ni lar. Tu lar," ngomel Arisya.
******
"Wei, kau masuk dulu. Aku nak pergi toilet jap. Sakit perut," Farhana memberitahu. Katanya, perutnya memulas-mulas. Dia perlu ke tandas. "Kau masuk dulu ea. Nanti kita jumpa kat dalam," ujar Farhana dan bergegas mencari toilet.
Nak tak nak Arisya harus masuk ke dalam. Bersendirian. Dia menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin dan melangkah masuk. Dadanya berdegup kencang tatkala dia masuk ke perkarangan majlis itu. Semua mata tertumpu padanya. Jantungnya berdegup pantas.
Apa yang membuatkan dia sesak nafas adalah pemuda yang kini berada didepannya. Amirul Hikmi menghulurkan tangan untuk menari dengannya. Inilah peluang keemasan padanya. Dia menyambut huluran tangan itu dan mereka menari bersama-sama.
********
Qharziah tergelak besar mendengar cerita tersebut. Arisya hanya tersenyum. Muka Farhana mulai merah. Telefon Farhana berdering. Panggilan itu dijawab. Arisya dan Qharziah memandang Farhana. "Qharziah teman aku pergi ko-op," pinta Farhana. Qharziah enggan. Farhana menjengilkan matanya menyuruh Qharziah mengikutnya. Qharziah akur.
Selang beberapa minit, Amirul Hikmi tiba dimeja. Tanpa dijemput, Amirul Hikmi duduk. "Awak lupa gelang awak," ujarnya. Gelang itu, Amirul Hikmi letak diatas meja di hadapan Arisya.
Arisya panik. Gelang. Dia mahu mengambilnya tapi.....’Alamak, gelang aku. Aku lupa nak ambik lar semalam. Eh jap. Kalau aku ambil sekarang, mesti dia tahu yang semalam tu aku’ bisik hati kecil Arisya.
Melihatkan tiada reaksi dari Arisya, Amirul Hikmi terus-menerus memasang perangkap. Dia mengajukan pelbagai soalan perangkap.
"Semalam awak pergi mana?"
"Ehm, kat rumah. Siapkan assignmentProf Amer,"
"Betul awak tak kenal gelang ni?"
"Tak," Bohong Arisya.
"Oh, saya ingatkan ni gelang awak. Kalau macam tu, saya buang jelar," Amirul Hikmi memberitahu. Dia bingkas bangkit dan menuju ke tong sampah untuk membuang gelang itu.
"Jangan buang. Tu gelang saya," Akhinya, rahsia itu terbongkar. Dia terpaksa berterus terang kerana khuatir Amirul Hikmi akan membuang gelang peninggalan arwah neneknya.
"Hah, kan senang kalau awak bagitau dari awal-awal lagi," ujar Amirul Hikmi. Niatnya untuk membuang gelang itu dibatalkan. Dia kembali ke meja Arisya dan duduk.
"Jadi awaklah yang selamatkan saya malam tu kan? Semalam tu pun awak kan? Kenapa tak beritahu saya?" Tiga soalan disoal serentak.
"Banyaknya soalan awak," perli Arisya. Kalau diikutkan hatinya, dia tak nak beritahu kebenaran itu. Mana mungkin dia akan mengaku. Lelaki di hadapannya ini sangat popular di kalangan pelajar perempuan. Malah kakaknya juga turut meminati. Sebagai contoh, malam tadi ratusan ringgit diperhabiskan untuk menarik perhatian Amirul Hikmi. Habislah Arisya seandainya, kakaknya tahu.
"Sebab saya tak nak," balas Arisya.
"Tapi apa salah saya?"
"Awak tak salah apa-apa pun,"
"Tak mungkin awak marahkan seseorang itu kalau dia tak buat silapkan?"
"Sebab......" Arisya menelan liurnya.
"Sebab?" Amirul Hikmi menunggu jawapan.
"Dah ar. Malas nak layan awak," Arisya mencapai begnya lantas melangkah pergi dari situ.
"Sebab awak mulai sukakan saya," ujar Amirul Hikmi.
Langkah Arisya terhenti. Menoleh pun tidak.
"Tapi awak takut terluka. Betul tak? Awak takut terluka sebab terlalu ramai yang menyimpan perasaan pada saya," Dia melangkah ke arah Arisya lantas memegang bahu Arisya dan mendorong Arisya untuk memusing menghadpnya.
"Perasan lar awak ni," Arisya mengomel. Sangkanya Amirul Hikmi tidak mendengar ngomelannya.
Suasana kafe berubah. Orang ramai mulai berbisik-bisik.
"Salah tu. Bukan perasan tapi perasaan. Saya tahu tu semua. Saya sendiri dah lama sukakan awak. Cuma saya takde kekuatan untuk luahkan. Sejak kelmarin. Saya bersyukur sangat sebab awak selamatkan saya. Sebab awak saya berpeluang hidup dan berubah,"
"Saya tahu dulu saya player. Tapi sekarang tidak lagi. Pada mulanya saya memang nak berterima kasih pada penyelamat saya tapi akhirnya saya mulai jatuh cinta pada awak akibat ketaksuban saya mencari awak," luah Amirul Hikmi. Arisya terkesima.
"Mana awak tahu semua pasal accident tu," soal Arisya, kebingungan.
"Farhana,"
Rupanya dalang disebalik semua ni adalah Farhana. Dia sengaja memberi alasan sakit perut malam itu. Dia juga yang bersusah payah menyiapkan tugasan Prof Amer agar Arisya pergi ke majlis itu. Dia juga yang mencarikan gaun yang cantik untuknya. Semuanya semakin jelas kini. "Tapi kenapa dia..?"
"Cuba tengok tu!" Arisya menoleh ke arah Farhana. Farouq berdiri disebelahnya. Kini, jelaslah rupanya Farouq dan Farahana berpacaran.
******
"Awak belum jawab soalan saya?" soal Amirul Hikmi.
Arisya yang sedari tadi asyik melihat pelajar bermain bola tersentak. "Soalan apa?"
"Yang betul ke awak mulai sukakan saya?" Amirul Hikmi meminta kepastian.
Arisya mengerutkan dahinya. Berpura-pura tidak faham. ’Mamat ni tak reti-reti ke nak baca fikiran aku. Aku ni kan perempuan. Takkan lah aku yang kena luahkan dulu. Kata dulukan player, takkan tak tahu kot. Tapi betul ke dia dah berubah?’ Ada kekhuatiran bersarang di fikirannya.
Amirul Hikmi memandangnya tepat ke mata. Arisya terasa mukanya merah padam. Dia bingkas bangun dan ingin beredar.
"Saya akan pastikan awak jatuh cinta pada saya. Awak tunggu lar," laung Amirul Hikmi. Arisya merasa gembira tetapi baginya ini masih terlalu awal. Dia sendiri tidak dapat meramalkan masa depan. Tetapi dia akui hatinya kini terpaut pada insan yang bernama Amirul Hikmi.
~THE END~

Read More..
 
Cerpen : Nasuha

Dengarlah insan satu cerita,
Tentang duka dan pahit perjalanan,
Tentang hina dan rapuh pertimbangan,
Tentang penyerahan pada Tuhan.

Naila Aqilah termenung panjang di beranda rumah kecil itu.. memerhati tiap titisan air hujan yang turun sedari tadi. Hurmm sampai bila aku mahu hidup begini? berulit kemiskinan setiap masa, aku perlu pergi ke bandar itu, aku perlu ubah nasib keluargaku, aku mahu hidup mewah macam orang lain, punya rumah besar, kereta mewah, pakaian yang mahal-mahal dan makan yang enak-enak, aku tak mahu terus hidup macam sekarang, makan pun sekadar yang ada, berumah kecil beratap daun nipah yang bila hujan turun airnya melimpah membasahi lantai, aku tak mau, aku tak nak, aku tak ingin selamanya begini.... itulah keluh kesah hatinya hampir setiap hari, jarang dia mensyukuri nikmat Yang Esa, ah manusia, mana pernah tahu erti puas dan cukup, kehendak yang tak terbendung, nafsu yang melangit.

*************

Kamar mewah itu dipandang sepi, kebosanan sendirian di malam-malam minggu begini, dia lelah, dia benci, Darius Zikri, menghempaskan tubuhnya pada sofa yang terdapat didalam kamarnya, sangat bosan tersangat bosan, punya keluarga tapi seolah tiada.. dia meletakkan tangan di atas dahinya, kadang-kadang dia tak faham, kenapa mama dan papanya benarkan dia lahir ke dunia ni sedangkan sedikit pun kehadirannya di pedulikan.. Apa yang mereka tahu hanya beri dia wang, tak cukup dengan wang mereka berikan apa saja yang dia mahukan sehingga dia rasa kehidupan dia seperti tiada apa-apa makna, nothing, zero....!

Deringan telefon bimbitnya memecahkan lamunannya, pantas dicapainya telefon itu..

"Hello, yup...apahal beb?" dia pantas bertanya kepada si pemanggil

"Jom keluar, boring gila kat rumah ni..." terdengar jawapan si pemanggil, sama seperti dia, temannya itu juga punya harta melimpah ruah, tapi kekurangan perhatian dan kasih sayang.

"ok, tempat biasa..." pantas dia memberikan kata putusnya.

Ah siapa peduli tentang aku, mama dan papa tiada, yang ada hanya bibik di rumah ni, dia takkan berani menghalang tiap langkah aku, hatinya bergumam.

Dia bangun menuju ke meja solek, menilik wajah yang sememangnya telah elok sempurna pada cermin, sikat yang terdapat di situ di capai, rambutnya disisir rapi... setelah puas dengan penampilan sendiri, kunci kereta dicapai, pantas kakinya di atur keluar dari kamarnya......

************

Seorang gadis tersungkur di ranjang noda,
Kerana asyik mengejar nikmat dunia,
Demi lupanya pada Yang Kuasa,
Di hujung kembara rasa berdosa.

Kakinya di atur perlahan-lahan, semenjak turun dari bas tadi, dia tidak tahu ke mana arah tujunya, matanya meliar memandang sekeliling, gerun..! kota ini terlalu asing buat dirinya, Naila menelan air liurnya perlahan, terasa pahit, urghh... apa yang aku nak takutkan ni, aku yang buat keputusan begini, aku kena tempuh jugak, kalau tak sampai bila-bila pun hidup aku takkan pernah berubah..pujuk hati kecilnya sambil mengingatkan kembali tujuan asalnya.


"hai, awak, boleh saya bantu awak?"

Tiba-tiba dalam dia kalut sendirian memikir hala tujunya, dia ditegur, pantas dia menoleh, seorang wanita sedang tersenyum memandang kearahnya, mak oi seksinya, sempat hatinya memberi komen tentang penampilan wanita itu.


"Err... saya tengah cari rumah sewa dekat-dekat sini, saya baru sampai dari kampung.." teragak-agak dia menjawab.

Wanita dihadapannya masih seperti tadi, tersenyum mengangguk..

"Oh datang dari kampung lah ni ye? saya Sally, awak?" wanita itu bertanya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.

"saya Naila" jawabnya ringkas sambil menyambut huluran tangan itu.

"ok Naila, apa kata kita berborak dekat dengan restoran tu? kebetulan saya tengah cari housemate baru" ajak Sally

Nailah Aqilah hanya menganguk, mengikut cadangan wanita itu, lagi pun cuaca panas, boleh menggelegak otak aku ni, getus hatinya, mungkin dia lupa, panas dunia yang tak seberapa ni pun tak mampu ditahannya.

*************

Seorang pria terpesong dari kiblatnya,
Tapi sepanjang hayat redha bertaqwa,
Demi takutnya kepada yang kuasa
Menangislah ia sepanjang malam....


Darius Zikri membuka mata perlahan-lahan, dia memegang kepalanya, berdenyut-denyut sakitnya, mungkin kesan air syaitan yang diteguknya malam tadi, dia ingat malam tadi dia bertaruh dengan Remy siapa yang paling banyak minum, Dia bangun perlahan, matanya memerhati sekeliling, dan di sisinya terdapat seorang perempuan yang sedang asyik diulit lena, matanya diliarkan lagi, kelihatan pula pakaian-pakaiannya bertaburan di lantai, dia memerhatikan tubuhnya, sah tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhnya....Aduhh..sakitnya kepala aku, dia mengeluh, tulah siapa suruh minum sampai tak ingat dunia, mereka bertaruh untuk mendapatkan perempuan dan akhirnya dia yang menang.

Dia bangun mencapai pakaiannya yang bertaburan itu, terus disarung ketubuhnya, dompet di saku seluarnya di capai, beberapa keping not 50 di keluarkan dan di campak kearah perempuan itu, tips untuk layanan malam tadi...dan dia berlalu, ingin segera pulang ke villa menyambung lenanya kembali itu yang ingin di lakukan sekarang.


***********


Sally memandang penuh minat ke arah Naila yang sedang asyik menatap majalah sedari tadi, hurmm... lawa jugak budak ni, kalau betul gayanya boleh buat duit aku, hati kecilnya berkata, semenjak pertemuan hampir 3 hari yang lalu, Naila terus menjadi teman serumahnya.. perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati gadis itu.

"hai khusyuk nampak, sampai tak sedar Sally datang..." dia menegur bila kehadirannya tak disedari oleh Naila.

Naila mengangkat wajahnya dari terus menatap majalah yang dibacanya,

"Hai Sally, sory Naila tak perasan tadi..."

"yelah mane nak perasan kalau asyik dok mengadap majalah tu jea, agaknya bom meletup pun Naila maintain tak perasan..." serentak terburai tawa dari Sally dek kerana ayat sendiri dan Naila turut ketawa bersama, dia senang dengan gadis itu, ramah, dan baik hati.

"Naila sebenarnya Sally nak tanya sikit.." Sally memulakan bicara setelah tawa antara mereka mula mereda.

"hurm tanyalah, apanya?" Naila menjawab, mendatar.

"Apa tujuan Naila datang sini sebenarnya?"

"La...Naila kan dah bagi tau hari tu, Naila datang nak cari kerja, nak ubah nasib keluarga.." dia menjawab.

"oh.. eh Naila kebetulan tempat kerja Sally ada kerja kosong, nanti Sally try tanya mummy.." berubah ceria wajah Sally tiba-tiba.

Tempat kerja Sally?, Sally kerja apa? keluar senja balik tengah pagi...isy musykil jugak aku, dan siapa pula mummy? agaknya mak dia kot, hurm mungkin dia kerja dengan family kot.. hati kecilnya mula berkata-kata, sering dia tertanya-tanya tentang pekerjaan teman barunya itu..


***********

"Zack, kamu tak masuk office hari?" tegur Dato\' Zarul ketika melihat anak bujangnya menuruni tangga, dia mengerling jam di tangannya, hurm melewati 11 pagi.
"tak rasenya papa, i\'m not feeling well" dia membery alasan.

"tak sihat? atau sebab kamu banyak minum malam tadi sampai mabuk? bibik kata kamu tak balik malam tadi.." sinis kata-kata yang keluar dari mulut Dato\' Zarul, dan mamanya pula buat-buat tak dengar perbualan di antara mereka, malas nak masuk campurlah tu..

Darius Zikri mengeluh, bosan, tu yang dia tak suka bila orang tuanya ada di rumah, ada jea benda yang tak kena pada dirinya.

"alah... bisinglah papa ni, nampak muka zack je mesti ada je yang tak kena.."

"Kamu ingat papa suka-suka nak membebel ke? hey papa penat-penat kerja, sebab nak bagi kesenangan pada Zack, papa dah sediakan segalanya dan Zack hanya perlu sambungkan apa yang papa dah buat, susah sangat ke nak masuk office tu?" suara Dato\' Zarul mula meninggi.

"Darling...janganlah marah Zack, alah diakan masih muda lagi, biarlah dia enjoy dulu, lagipun kat office tu kan ada pekerja-pekerja kita yang boleh dipercayai..." akhirnya Datin Natalia menyampuk rimas melihat bunga-bunga pergaduhan yang mula terbit antara suami dan anaknya.

Zack tersenyum senang, gembira ada yang membelai dirinya... mamanya memang selalu begitu, sentiasa memanjai dirinya, almaklumlah dia anak tunggal..

"oklah, mama papa Zack nak keluar dululah, kat villa ni "panas"lah rimas..." malas berlama takut perbalahan dengan papanya terus memanjang.


"huh tengoklah tu, cakap sikit jea merajuk, honey pun satu, manjakan sangat budak tu.."
"eh...eh darling ni, jangan babitkan saya pulak ye, dah dia satu-satunya anak kita, mestilah honey manja kan dia..."


*************

"Sally kita nak kemana ni?" hairan betul Naila, dari tadi dia tertanya-tanya tapi sedikit pun Sally tidak mahu memberitahu ke mana arah tuju mereka.

"kau nak kerja kan? so aku bawak kau jumpa mummylah ni...dont worry kerja senang jea, Sally yakin Naila boleh buat punya kerja ni..." akhirnya temannya itu memberitahu juga.

Dia hanya diam, gementar pun ada juga, hisy... kerja apalah yang si Sally dan mummynya nak bagi kat aku ni... debar pula hatinya.

"ha... kita dah sampai pun..." dalam asyik dengan bicara hatinya sendiri dia tak sedar entah bila kereta yang dipandu oleh Sally behenti.

Naila memandang sekeliling, mak oi tempat apa ni, bising semacam je dengan bunyi muzik berdentam dentum dah lah tu busuk pulak tu bau asap rokok bercampur aduk dengan bau masam entah apa-apa entah... dia mengomel dalam hati, tak berkenan langsung. Dia mengekori langkah Sally, belum sempat bertanya apa-apa dia telah di perkenalkan kepada seorang wanita yang pada kirannya awal 40an.. huh seksinya makcik ni...hatinya memberikan komen....

"oh ni lah budak baru yang kau kata tu Sally" wanita itu bertanya.

"ye mummy ni lah budaknya, so macam mana mummy? sesuai tak?" Sally menjawab sambil sesekali matanya melirik kearah Naila.

"Hurmm... sesuai, barang baik ni Sally, sapa nama budak ni?" wanita yang dipanggil mummy itu bertanya lagi, macam makcik polis pencen pun ada jugak, banyak soal...Naila merungut dalam hati.

"Naila, mummy..." dia menjawab pantas sebelum sempat Sally menjawab pertanyaan mummy itu. Dia menghulurkan tangan ingin berjabat dan wanita itu hanya menyambut salamnya dengan menyentuh hujung jari jemarinya. Mata wanita itu merenung tajam kearahnya... hey seram juga mummy ni, pandang aku macam aku ni makanan je....

"Ok Naila mulai hari ni di sini nama kau adalah Nelly ok..." beritahu mummy tegas, dan dia hanya mengangguk faham.

"kerja kat sini senang jea, kau layan pelanggan yang datang di sini, kalau layanan kau baik, kau dapatlah tips lebih, kalau diaorang ajak kau teman sampai ke bilik, terpulang lah sama ada kau nak terima atau tolak, tapi kalau kau nak duit lebih, aku cadang kau teman jea diaorang sampai ke bilik..." terang wanita itu mengenai kerjanya.

Naila menelan air liur, terasa macam di awangan tika mendengar apa yang di kata mummy tadi, Sally disisi dipandang dan temannya itu hanya menganguk.. ah.. terima jelah, lagi pun aku hanya diminta melayan pelanggan yang datang di kelab ni jea, mummy kata aku boleh menolak kalau diaorang ajak aku sampai ke bilik.. putusnya akhirnya tanpa berfikir panjang..

"Ok Sally kau pergi bawak budak ni tukar baju, takkan nak kerja kat sini pakai baju kurung, nanti pelanggan kita lari pulak, ingat ada ustazah sesat kat kelab ni"

"Dah siap ke Nelly?" terdengar laungan Sally dari luar, hampir setengah jam sudah dia berkurung dalam bilik persalinan, segan mahu keluar, belum pernah seumur hayatnya dia pakai pakaian sesingkat ini, sesendat ini, dia malu... pakaian ini betul-betul menjolok mata baginya, menampakkan hampir sebahagian daripada dadanya. Dia melangkah keluar perlahan-lahan... terasa wajahnya memerah menahan malu...

"la...yang pegi tutup dada tu dengan buat apa?" Sally menegur. Dia mengetap bibir menahan rasa.

"Naila seganlah Sally, tak biasa pakai baju macam ni.." dia bersuara memohon pengertian temannya itu.

"Alah nanti lama-lama biasalah tu ok...dah jum kita keluar, nanti bising pulak mummy tu..."


Dengan teragak-agak dia membuntuti langkah Sally, dilihat dari kejauhan, mummy sedang berborak dengan seorang lelaki muda mungkin dalam lingkungan akhir 20an atau awal 30an itu perkiraannyalah....

Ah... apa-apa jelah, lagi pun aku muda lagi, nanti aku dah kaya, dah banyak duit aku bertaubatlah...dia menyedapkan lagi hatinya yang asyik dari tadi bertanya pada diri sendiri, betul ke apa yang dibuat sebentar tadi...


*********

Suasana kelab malam itu hari ini tetap seperti selalu, hingar bingar dengan pelbagai gaya manusia, Darius Zikri tak tahu kenapa dia mencari ketenangan disini sedangkan dia tahu dia takkan mendapat ketenangan yang dicari itu.

Matanya dihalakan pada seorang gadis yang dirasanya baru pertama kali dilihat di kelab itu, hurmm...macam masih kekok-kekok tapi pakaiannya fuh....meleleh air liur.... perlahan kakinya di atur kearah gadis itu. Di pertengahan dia disapa oleh seseorang, dia menoleh, seorang wanita mengahampirinya, siapa lagi kalau tak mummy yang menyapanya, ibu ayam di situ.. Mereka berlaga pipi... heh macam selalu, baginya tiada apa yang membataskan pergaulannya...

"Mummy siapa tu?" dia bertanya sambil menunjuk kearah gadis yang dipandang tadi..

Mummy tersenyum.."hah tu budak baru mummy, Nelly namanya..." jawab wanita itu sambil menggamit kearah gadis itu.

"dah ada yang booking ke? kalau belum I nak booking dia malam ni..." Zack meluahkan hasrat.

"belum lagi Zack, u nak ke? i boleh bagi u discount, sebab u orang yang 1st booking budak tu..."

"yup...sure..." dia menjawab pendek, berminat betul dia dengan Naila.

"Ok Nelly, encik ni dah tempah kau, kau boleh ikut encik ni..." arah mummy pada Naila yang dari tadi hanya diam memerhati urusan menjual beli dirinya.

Dia hanya menggangguk, gugup pun ada jugak, rasa nak lari pun ada, tapi....ah lama-lama nanti aku biasalah...

"ingat, dia pelanggan tetap kat sini, layan elok-elok, jangan sampai memalukan aku, kalau dia komplen apa-apa tentang kau siaplah...." mummy berbisik keras pada telinganya. Naila menelan liur, dan malam itu menyaksikan seorang lagi anak adam yang tersungkur menyembah nafsu hanya kerana mengejar nikmat dunia.


**************

Naila membuka mata perlahan-lahan, aku kat mana ni........ dia cuba mengingati apa yang terjadi akhir malam tadi, tapi tak berdaya. Dia bangun perlahan, masih tak sedar akan keadaan dirinya sendiri... beberapa langkah...baru dia perasan, tubuhnya tiada berpakaian, dan dia bertambah terkejut terdapat seorang lelaki sedang lena di atas katil... Apa semua ni...dia masih tergamam...

Lama dia menekur didalam bilik air... dia ingat malam tadi dia diarah melayan lelaki itu dan tanpa diduga lelaki itu telah menghulurkan segelas air padanya, dan dia tanpa teragak-agak terus meneguk air itu....selepas itu dia merasakan pandangannya berpusing... dirasakan dunianya indah, dengan gelak tawa dan segalanya... dia hanya menuruti kehendak lelaki itu sebab dirinya sudah dilanda mabuk........

Melangkah keluar dari bilik air, dilihat lelaki itu sudah siap berpakaian...

"hye... " Zack menghadiahkan senyuman kearah dirinya..

Naila tersenyum, dia masih lagi tak percaya apa yang terjadi...

"Hurm...ni tips untuk layanan kau," lelaki itu menghulurkan beberapa keping not 5o kepadanya..

"next time boleh layan aku lagi kan?" lelaki itu bangun berlalu menuju ke pintu ingin pulang tetapi sebelum tu sempat menghadiahkan flying kiss kepadanya..


***********

Tiada apa yang perlu dikesalkan bagi aku, Naila memujuk hatinya... lagi pun kerjanya bukan susah, layan jea mereka, lepastu dah, dapat pula upah yang lumayan.. hai tercapai juga impian aku nak hidup senang...

Setelah hampir 5 bulan bekerja bergelumang dengan dosa dia telah berpindah keluar dari rumah Sally...kepada keluarga di kampung, dikatakan dia telah mendapat pekerjaan dan punya bos yang pemurah... Naila tersenyum lagi.. memang kehidupan dia berubah seratus peratus, pakaian yang singkat-singkat sahaja kini tersarung di tubuhnya... dan lebih utama dan paling dibanggakan, dia menjadi kesayangan mummy kini sebab dia yang paling banyak mendapat permintaan antara semua.

Naila memandu tenang, hari ini dia ada temu janji dengan seorang pelanggan tetap kelabnya, sesekali dia menilik wajahnya pada cermin yang terdapat di keretanya, hurm... tiada celanya, beruntunglah dia dilahirkan dengan anugerah wajah yang menawan, yang apabila dipandang sekali tak akan puas rasanya.

Deringan telefon bimbitnya mengganggu tumpuan pemanduannya, tangannya pantas mencapai tas tangannya yang terletak di sebelah tempat duduk pemandu, sedang asyik menggagau cuba menggapai telefon bimbitnya, dia tak sedar kereta yang dipandunya telah memasuki laluan yang bertentangan dan akhirnya......... bangggg...!!!!! terasa ada hentaman yang kuat terjadi, dia kaku, pandangannya menggelap dan akhirnya dunianya menjadi sepi........

**************

Seorang kanak-kanak kecil begitu asyik membantu seorang wanita tua buta melintas jalan, pemandangan itu betul-betul menarik minat Darius Zikri, lama dia memerhati tingkah kanak-kanak kecil itu, sehinggalah kanak-kanak itu hilang daripada pandangan matanya...

Kecik-kecik lagi dah pandai buat bakti, tak macam aku ni.....hurmm untungnya siapa yang jadi mak ayah budak tu...hati kecilnya tiba-tiba berkata-kata memuji sikap kanak-kanak itu...

Tiba-tiba terasa bahunya di tepuk, mematikan terus lamunanya...

"kau ni apahal beb? tak sihat ke? aku cakap kau macam buat tak dengar jea?" Remy temannya menyoal, hairan... apa ke hal lak member aku ni diam jea, tak sihat ke apa....

"takda apalah Remy, cuma.....aku macam takda mood nak keluar and lepak cam biasa, aku jemulah...." perlahan dia menjawab.

"Abis kau tak join lah lepak malam ni?" Remy bertanya.

"Kalau kau takda tak bestlah weh.... kau kan tahu, kau sorang jea yang faham aku ni...alah tak syok lah macam ni.." sambung Remy lagi.

" Hurmm... kau ajaklah member kita yang lain, aku memang betul-betul takda mood nak lepak" dia menyambung malas.

"Kau takda mood or kau angaukan budak Nelly tu? yelah dah 2,3 hari aku tak nampak kelibat dia, biase kan ke kau berkepit dengan dia kat kelab tu.." tanya Remy lagi sembil menyerkap perasaan yang bergolak dalam hati teman baiknya itu.

"hisy... angau? mengarutlah kau ni...klah aku cau dululah, nak balik..." Darius Zikri bangun, ingin berlalu, betul...dia benar-benar tiada mood, entah kenapa peristiwa tadi berjaya mencuri tenangnya...

************

"Hentakkan yang kuat di kepalanya mungkin menyebabkan anak makcik akan terus berada dalam koma untuk jangka masa tertentu...."

Mak Kiah memegang kepalanya, mengurut-ngurut dahinya yang terasa berdenyut tiba-tiba, kata-kata Doktor Anas tentang keadaan anaknya Naila beberapa hari yang lalu masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, selamatkanlah anakku itu, ampunkan dosa-dosanya, ringankan beban-beban yang di tanggung olehnya, sembuhkanlah kecederaan anakku itu, sedarkanlah dia dari lenanya, dialah satu-satunya tempat aku bergantung harap Ya ALLAH, hanya kepadaMu aku memohon dan meminta" Doa Mak Kiah tiap kali usai solat.

**********
Dia termenung di balkoni banglo mewah itu, entah kenapa terasa malam ini terlalu panjang, lenanya pula asyik terganggu dengan mimpi-mimpi yang dia sendiri tak mampu nak tafsirkan. Darius Zikri mendongak memandang langit gelap, terdapat beberapa butir bintang di situ....

Lewat ini dia rasa perasaannya tak tenteram, tak tenang... sungguh semenjak peristiwa terlihat kanak-kanak kecil dan wanita buta itu, sering kali dia memuhasabahkan dirinya, terasa dirinya lebih kerdil dari kanak-kanak itu... yelah seingat dia, sepanjang hidupnya sehinggalah menjangkau sekarang, belum pernah dia berbakti kepada orang lain, usahkan kepada orang lain kepada keluarga sendiri pun rasanya tiada langsung.

Apa yang dia tau ialah enjoy, perasaan orang lain, kesusahan orang lain bukanlah urusan dia, bagi dia orang yang susah ialah orang yang malas berusaha, tak perlu di bantu golongan sebegitu....

**************

Aku kat mana ni..... kenapa peliknya tempat ni.... Naila Aqilah kehairanan, dia berada di sebuah tempat yang terlalu asing...... laluan yang panjang tanpa kelihatan pun penghujungnya..

Tekaknya terasa kering....dia dahaga, perlukan air, tapi di mana dia boleh mendapatkan air? sedang tiada apa yang kelihatan di sini... dia menangis, teresak-esak, ketakutan, kepenatan segalanya bercampur menjadi satu...

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk..."(surah Al-Israa\'32)


Naila tersentak, suara siapa tu? dia memandang sekeliling tapi tiada siapa-siapa, teringat pula dia akan kehidupannya selama ini, dia gementar tiba-tiba, esakannya menjelma kembali kali ini lebih kuat dari tadi,

"Ya ALLAH ampunkan aku, aku bertaubat Ya ALLAH, berilah aku peluang sekali lagi untuk menebus dosa-dosaku...." pohonya.

"Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya, dan ALLAH membiarkan sesat berdasarkan ilmu-NYA dan ALLAH telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihantanya, maka siapakah yang memberinya pertunjuk sesudah ALLAH ( membiarkannya sesat), Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (surah aj-jaatsiah 23).

Naila terpengun mendengar suara misteri itu.....dia betul-betul rasa bersalah, hina dan kerdil, dia terlalu mengikut hawa nafsu sehingga mudah terpedaya dengan godaan dunia.... Ya ALLAH ampunkan aku............ aku bertaubat Ya ALLAH, aku bertaubat Tuhanku, berilah aku satu lagi perluang, aku mohon...

************

"Kenapa mama tengok Zack 2,3 hari ni nampak muram jea? lepas tu asyik berkurung je dalam bilik...Zack ada masalah ke?" Datin Natalia bertanya, dia hairan melihat tingkah anak bujangnya itu.

" Takda apa-apalah ma....Zack cuma letih jea, banyak kerja kat pejabat tu..." dia menjawab perlahan.

"Ok kalau takda apa-apa cuba ceriakan sikit muka tu, ni murung je macam orang mati isteri jea..." sempat dia mengusik anaknya itu...

"hurmmm papa bila balik ma?" dia bertanya

"papa kamu kata nak balik esok, alah dia tu kata je balik esok ntah ya ntah tidak..."

"oh ya kejap lagi mama nak keluar, ada mesyuarat persatuan..."

***************

Alunan surah Yaseen berlagu lagi dibibirnya, surah itu dibacanya berulang kali, mengharapkan anak gadisnya sedar dari lena yang panjang, hampir 2 bulan Naila Aqilah terlantar tak sedar diri, Mak Kiah tahu anak gadisnya mendengar...

Acap kali dia melihat anak gadisnya meronta-ronta dalam komanya, kadang-kadang dilihat anak gadisnya menitiskan air mata seolah menangisi sesuatu...entahlah.... dia hanya berserah kini... dia tahu di sebalik apa yang terjadi mesti ada hikmahnya yang tersendiri.

Dalam masa yang sama...

Naila terduduk lemah diatas padang pasir yang luas itu, terasa teramat dahaga, cuaca terlalu panas, tapi dia tiada pilihan apa-apa, haba pasir itu mencucuk-cucuk tapak kakinya yang sudah mula melepuh tanpa alas..dia hanya berkaki ayam....

Dia menangis lagi, terus menangis dan menangis...


********

"Bibik....!" panggilnya pada bibik yang sedang asyik mengemas ruang tamu. Terkocoh-kocoh bibik menghampirinya.

"Ada apa tuan?" takut-takut bibik bertanya, bimbang dirinya ada melakukan silap.

"Bibik, boleh ajarkan saya mengaji tak?" terus terang Darius Zikri bertanya, memang dia malu punya pelajaran yang tinggi tapi sayang alif, ba, ta pun dia tak kenal.

Terlopong mulut bibik mendengarnya, kok benar sih apa yang ku dengar ni...bibik menelan air liur...

"boleh ke tak bik?" dia bertanya lagi.

"bo....boleh tuan" tergagap-gagap bibik menjawap, masih terkejut, buang tabiat ke apa tuan aku ni? soal hatinya.

Melebar senyuman diwajahnya mendengar jawapan bibik, seingat dia dari kecil keluarga tidak pernah mengambil berat soal agama, yelah tengok rumah dia sendiri pun terdapat mini bar yang bersusun botol-botol arak mahal pelbagai jenama..dan seingatnya lagi sepanjang hidupnya belum pernah sekali pun dia melihat papa dan mamanya sujud menyentuh sejadah..


************

Matanya di buka perlahan-lahan, dia memandang sekeliling, kelihatan ibunya yang terlena di kerusi yang terdapat disitu, mungkin kepenatan menantinya. Naila cuba bangun tapi tak berdaya, dia rasa tak bertenaga seolah sudah berhari-harian dia tidur.....akhirnya di melepaskan keluhan hampa.

"Naila dah sedar nak?" Mak Kiah yang telah terjaga menegur dirinya, tubuhnya diterkam dan sebuah kucupan hinggap di wajahnya...

"Alhamdulillah, doa mak dimakbulkan..." terus dia buat sujud syukur terlalu gembira.

"Naila dah sedar mak, terima kasih sebab sanggup korbankan masa jaga Naila, bacakan Yaseen untuk Naila, Naila dengar semua tu, tapi Naila tak boleh nak bangun buka mata mak, maafkan Naila buat mak risau, maafkan Naila sebab susahkan mak, ampunkan semua dosa-dosa Naila mak....Naila mohon..."

"Naila tak pernah buat silap dengan mak, Naila anak yang baik...dah jangan nangis lagi.."

Ah...mak kalaulah mak tahu apa yang Naila buat semasa di kota mesti mak akan kecewa kan? maafkan aku mak...dia tak mampu meluahkan bicaranya kali ini..


*********

Mereka semua mengadap kiblat,
Menadah tangan kudus air mata,
Memohon pengampunan dariNya,
Atas dosa sebagai manusia.


Kehidupannya akhir-akhir ini dirasakan sedikit tenang, dia kini sudah pandai asas-asas hukum tajwid, solat 5 waktu pun sudah mula ditunaikan....Darius Zikri mengucap syukur didalam hatinya, tak sangka peristiwa kecil begitu mampu memberikan makna yang mendalam buatnya dan mengubah kehidupannya...

Doanya kini moga mam dan papanya juga beroleh hidayah sepertinya...


***********

Setahun berlalu.....

Naila Aqilah kini sudah pulih sepenuhnya, Alhamdulillah.....syukur yang teramat... dia kini menjinakkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun untungnya tak seberapa tapi alhamdulillah, janji halal...itulah yang paling penting kini.

Dia menjalankan perniagaan menjual buku-buku berasaskan agama, impiannya adalah untuk berdakwah....

"Selamat datang encik, boleh saya bantu en....." dia terkaku sebaik sahaja lelaki yang baru memasuki kedainya menoleh....

"Nelly....." lelaki itu menyebut nama yang telah lama hilang dari pendengarannya.

"Zack..." Naila terpempan.


*****************

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh tuhan yang Maha Kuasa
Terima taubat Hamba berdosa

Kuakui kelemahan diri,
kuinsafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah3x taubatku ini..........

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan

Kuakui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah3x taubatku ini

Dihamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima.......


Rangkap kata dalam lagu Taubat Seorang Hamba yang berkumandang dari radio Ikim.fm memecahkan sunyi antara mereka, bagi mereka bait lagu itu terlalu mendalam maksudnya..

Mereka, Darius Zikri dan Naila Aqilah akhirnya disatukan kini dengan sebuah ikatan yang sah.. syukur dengan takdir tuhan yang esa.

Darius Zikri gembira kini, mama dan papanya juga sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan, mungkin kerana setelah melihat perubahan yang berlaku pada dirinya

"sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya"


THE END~ Petikan lirik lagu Nasuha dari kumpulan Barongan dan Lagu Taubat Seorang Hamba dari Hafiz Hamidun sengaja aku selitkan sebab idea untuk menulis cerpen ni wujud waktu aku mendengar lagu2 ni... Harap anda dapat input yang cuba aku nak smpaikan~ aku masih perlu banyak belajar~ " Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu itu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." (surah al-Baqarah 216) ini my 1st islamic cerpen~ Assalamualaikum

Read More..
 
Cerpen : The vampire Vs. The budak syarahan

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu menenangkan perasaan. Dari jauh, kelihatan seorang budak lelaki

dan seorang budak perempuan sedang betengkar.

"Mila, Atan, jangan gaduh.." Jerit Dahlia yang sedang menikmati minum petangnya.

Mila terkocoh-kocoh datang mendekati ibunya. Atan turut serta. Agaknya takut Mila mengadu yang

bukan-bukan kepada ibu saudaranya itu.

"Ibu, Atan ni jahat la. Dia suka sangat kacau Mila. Tak suka la bu" Dahlia tersenyum. Mendengar aduan

Mila, mindanya terbang ke suatu zaman yang tak mungkin luput dalam kenangan.

"Mila dan Atan nak dengar cerita tak" Wajah masam Mila berubah ceria. Dia seronok.

"Nak nak" Serentak Atan dan Mila menyahut. Mila mencebik Atan.

"Sibuk" Mila memarahi Atan. Atan tersengih.

"Dah tu Mila. Ibu nak cerita ni"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Ops.. sorry, tak sengaja" Dahlia menjeling. Dalam hati, dia memarahi budak lelaki itu.

Budak lelaki yang berpakaian serba putih (Uniform budak tingkatan 6) itu hanya memerhati. Entah apa yang

di fikirkannya. Dahlia cepat-cepat berlalu.

Perhimpunan di setiap pagi sungguh memenatkan.

"Dah la panas, ada pulak budak takde mata nak cari pasal" Dahlia menggerutu seorang diri.

"Oi Lia, apa yang kau mumbling sorang-sorang tu" Jerit Mia.

"Aku bengang budak form 6 tu. Cam takde mata je langgar aku. Bongok" Marah betul Dahlia. Mia tertinjau-

tinjau mencari budak yang dimaksudkan Dahlia.

"Dah dah. Kau tak payah nak tengok muka dia. Jom pegi kantin" Dahlia menarik tangan Mia dan terus berlalu

ke kantin. Perutnya yang bekeroncong itu harus di isi dahulu sebelum kelas bermula.

Dahlia dan Mia adalah pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Kembangan. Dahlia merupakan pelajar

yang erm..well-known jugak la di sekolah itu memandang kan keaktifannya dalam pertandingan pidato,

syarahan dan perbahasan.

Dalam perjalanan balik dari kantin, sekali lagi hatinya panas. Budak takde mata tu!

"Isk, berlagak betul. Buwek!" Dahlia menjeling. "Tak tau peraturan sekolah ke. Tak boleh pakai kasut

kulit pegi sekolah. Dah tu, cam handsome sangat pakai vest" Mia hanya melihat Dahlia bercakap seorang

diri.

"Aduh, gile ke apa kau ni Mia" Dahlia mengusap kepalanya yang sakit di pukul Mia.

"Kau ni kena sampuk dengan hantu pengetua ke Lia? Aku tengok dari lepas pengetua bagi ucapan, kau

bercakap sorang-sorang je."Dahlia sengih.

"Jom la. Nanti membebel pulak cikgu Shah tu. Dia tu bukan kau tak tau. Hitler sekolah ni. Huh"

Mereka mempercepatkan langkah. Takut di halau keluar dari kelas. Jatuh saham dowh!


"Haikal, u buat apa tu" Fina yang terkenal kerana kegedikannya itu mencuba nasib mendekati Haikal yang

juga terkenal dengan kehensemannya.

"Apa hal kau ni Fina. Cam ulat gonggok je aku tengok" Fina sudah menarik muncung panjang. Belum sempat

dia membuka mulutnya yang penuh dengan bunga-bunga cinta itu, Fadli, Abu dan Samat mendekati Haikal dan

dengan tanpa perasaan menolak Fina ke tepi.

"Kal, kau cari pasal dengan budak syarahan tu pagi tadi kan" Haikal garu kepala.

"Budak syarahan mana pulak ni. Aku ni kan budak baik. Mana la aku nak cari pasal dengan orang" Samat

duduk atas meja Haikal.

"Yang pagi tadi kau langgar kat perhimpunan tu, dia tu budak syarahan sekolah kita." Haikal cuba meningat

kembali.

"Ooo.. budak yang jeling aku tu. Erm. Budak syarahan rupanya" Terbayang jelingan tajam Dahlia.

"Nama dia Dahlia. Form 5. Dia tu nampak cam senyap je."Samat memperkenalkan Dahlia secara tak langsung

kepada Haikal memandangkan Haikal pelajar baru. Fadli tersengih. Di kepalanya sudah merancang sesuatu.

"Kal, aku ada plan baik punya. Kau akan jadi watak utama dan mangsa kau adalah…" Sengaja Fadli berhenti.

Ingin melihat reaksi kawan-kawannya dan dia berjaya menarik perhatian mereka.

"Dahlia the budak syarahan."Dia tergelak sedangkan Haikal, Abu dan Samat hanya terkedu tanpa idea.


"Mak, Lia nak pegi rumah Roi nak amik nota" Dahlia yang hanya berseluar tiga suku dan ber-T menjengah

emaknya di dapur.

"Pegila. Jangan lambat balik. Dah malam ni" Puan Zara membenarkan.

Dahlia segera pergi tanpa terfikir untuk menukar seluarnya dan memakai tudung. Fikirnya, kan malam ni,

takde orang nak tengok pn..

Di pertengahan jalan, dia terserempak dengan Fadli yang juga merupakan jiran terdekatnya. Fadli hanya

tersengih.

"Alamak, habis la aku" Dahlia menepuk dahi. Esok pasti dia glam kat sekolah. Dahlia budak syarahan pakai

seluar tiga suku tak bertudung jalan-jalan kat kampung.

Dahlia mempercepatkan langkah sambil menyesal tak sudah.



Pagi yang indah itu sepatutnya di isi dengan gelak ketawa dan senyum ria. Tetapi sebaliknya pulak terjadi

kepada Dahlia. Dia duduk di kerusinya sambil mengingati kembali kejadian menyakitkan hati depan bilik

kauseling bersama budak takde mata tu!

"Fewit, semalam kan ada orang tu jalan-jalan pakai seluar tiga suku je. Lawa betul rambut dia di bawah

lampu neon" Haikal menjerit sehingga kan rasanya satu sekolah boleh dengar suaranya itu. Fadli, Samat dan

Abu hanya tergelak.

"Bongok punya Fadli." Dahlia marah.

"Aik, takkan marah kot cik kak" Haikal menyimbah lagi minyak ke api yang sedang membara.

"Kau nak kisah apa. Bukan aku bini kau. Bongok, bongok, bongok dan bongok" Dahlia menuding jari ke satu

persatu ahli Geng-bas- sekolah itu untuk menujukan ucapan istimewa ‘Bongok’ nya.

"Hahahaha…" Gelak mereka panjang bila melihat Dahlia yang bengang.

Suara gelak itu masih terngiang-ngiang di telinga. Bagaikan suara vampire yang cuba menakut-nakutkan

mangsanya. Dahlia menggeleng kepala cuba untuk menghalau suara gelak yang membakar jiwanya.

"Kau ni cam ada masalah jiwa je Lia. Kenapa dengan kau.?Merah semacam aku tengok muka kau tu" Mia mengur.

"Argh.. Aku bengang! Siut betul la Geng-bas-sekolah tu. Di tambah lagi dengan budak takde mata yang

perasan hensem tu. Ee…bengang bengang."Dahlia meluahkan rasa marah.

"Citer la beb. Tak kan nak simpan sorang" Dahlia becok menceritakan kejadian malang yang terjadi padanya

pagi tadi.

Mia tergelak. "Nampaknya mangsa diorang kali ni, kau la Dahlia" Mia pergi. Dahlia tercongok mengenangkan

nasib dirinya yang tak akan aman lagi selepas ni.

Dahlia pelik. Dia bukan la perempuan yang akan menggedik dengan lelaki. Pandang lelaki pun dia tak suka.

Tapi kenapa dia yang dipilih untuk di buli oleh budak-budak tak guna tu. Apa salah dia pun dia tak tau.

Sedih bertamu dalam hati. ‘Aku tak pena kacau orang. Nape orang nak kacau hidup aku’. Hatinya sedih.

Sudahnya sepanjang waktu persekolahan hari itu di habiskan dalam kelas. Malas dia mahu bergerak

kemana-mana. Takut terserempak dengan Vampire.

Esoknya…

"Dahlia, tolong cikgu ambilkan buku latihan kat meja cikgu dalam bilik guru tu" Cikgu Shah mengarah.

Dengan malas, Dahlia bangun menurut perintah. Menentang maknanya habislah riwayatnya dalam kelas

matematik tambahan ini. Dia terlupa sebentar yang dia akan lalu depan kelas si Vampire untuk ke pejabat

guru.

Setibanya kaki di depan tempat menakutkan itu,

"Fewit fewit. Budak lampu neon lalu la wei" Kedengaran suara gelak yang teramat kuat beramai-ramai.

"Bengong campur bongok lagi bahlul" Dahlia terasa seperti hendak menangis menahan rasa sakit hati. Dia

kenal suara yang menjerit itu. Tak lain dan tak bukan, suara budak belagak yang tak menggunakan matanya

dengan betul, Haikal bin Arshad.

Hati sebalnya terbawa-bawa kedalam kelas. Walaupun cikgu mengajar di depan, dia langsung tak boleh nak

fokus. Semua pasal budak tu!


Waktu rehat tiba. Dahlia menarik nafas lega. Dia ingin segera keluar dari kelas itu. Nafasnya tersekat.

Dia ingin menghirup udara segar dan sekaligus ingin mengembalikan konsentrasinya yang hilang. Dalam

perjalanan, malang tak berbau, dia terserempak dengan Haikal di tangga. Ingin segera di hamburkan

kemarahan yang tertahan sejak pagi tadi, tapi dia malas. Malas mahu bersuara. Menyampah pun ada.

"Hehehe..budak lampu neon la.."Haikal sudah memulakan mukadimahnya.

"Tepila orang nak lalu ni" Dahlia segera ingin berlalu tetapi di tahan Haikal.

"Ala, nati la dulu. Kita sembang-sembangla dulu. Aku nak tau jugak apa perasaan budak seluar tiga suku

bawah lampu neon ni rasa" Wajah Dahlia sudah memerah. Muka nak menangis!

"Kau nak tau apa aku rasa, aku rasa TRAUMA tengok muka kau Haikal!" Dahlia menolak Haikal ke tepi dengan

air mata yang sudah menitis ke pipi. Haikal terkedu.



Hari ini Dahlia boleh tersenyum seperti biasa. Haikal and the gang tidak lagi mengganggu nya. Lega.

Selepas kejadian 3 hari lepas, Haikal tidak lagi mengejeknya. Dahlia lalu di depan kelasnya pun, tidak

lagi terdengar suara gelak yang maha kuat dan annoying. Hidup Dahlia senang. Dia kembali menjadi dirinya.

"Dahlia bt Zafrul, ada surat untuk kau" Dahlia menoleh. Walaupun pelik, tetap di ambilnya surat itu.

Surat yang dilipat kemas dan penuh dengan staple itu diperhatikan nya. Di bukanya dengan berhati-hati.

Sempat lagi hatinya menggerutu si pengirim surat yang sengaja menyusahkan dengan mengstapler surat itu

dengan sebegitu sekali.


Kehadapan Dahlia the budak syarahan,
Aku ni Haikal.
Aku tau aku salah sebab kacau kau. Tak de niat pun nak buatkan kau menangis.
Aku suke2 je..hehe..
Aku mintak maaf.

Haikal


"Huh.. Its too late Haikal" Dahlia mengeronyok surat itu dan membuangnya kedalam tong sampah. Sakit

hatinya masih berbaki. Tapi jauh di sudut hati, dia seronok kerana dia menang. Dahlia senyum.



Masa berlalu pantas..

Zaman persekolahan telah tamat dan Dahlia telah pun memperolehi keputusan SPMnya. Alhamdulillah.

Keputusan yang diperolehi olehnya sedikit sebanyak membanggakan keluarga.

Kini dia hanya menanti panggilan daripada IPTA yang dipohonnya.

Tidak lama selepas keputusan SPM keluar, dia menerima panggilan ke salah sebuah IPTA tempatan. Dia pergi

dengan membawa harapan menggunung keluarga. Walaupun tidak pernah berpisah dari keluarga, Dahlia nekad

untuk pergi menyambung pelajaran. Kenangan di zaman sekolah di tinggalkan namun tidak akan luput dari

lipatan memorinya.


Hatinya melonjak gembira saat kapal terbang mula mendarat.

"Yuhu… jumpa mak!" Dia bersorak. Penumpang lain memandangnya. Ada yang pelik, dan ada jugak yang

tersenyum. Dahlia tersengih malu. Dia mengetuk kepalanya sendiri.

Seusai mengambil beg dari tempat menyimpan barang, dia segera mencari-cari kelibat mak yang dirindui.

Dari jauh kelihatan seseorang melambai tangan kearahnya.

"Mak!" Dahlia menjerit. Rindunya tidak terkata. Segera dia mendapatkan emak dan abahnya. Dia menyalami

tangan kedua mereka. Ciuman bertalu-talu hinggap di pipi Puan Zara.

"Kenapa kau gemuk ni Dahlia.?"Dahlia hanya terkekek ketawa bila emak mencubit perutnya.

"Mak dengan abahla. Bagi duit banyak sangat. Lia pun takde kejala selain makan, makan dan makan" Emak dan

abah tersenyum mendengar anak satu-satu mereka itu membebel.

"Alasan kamu la tu Lia" Encik Zafrul menyampuk. Dia tahu perangai Dahlia yang suka makan. Pantang nampak

makanan, segera di serbunya.

Dalam kereta, emaknya berkata.

"Lia kenal tak Samat?" Dahlia segera mengangguk. Dalam hati dia berkata, ‘Camana boleh lupa. Geng-bas-

sekolah tu’

"Hujung minggu ni akak dia yang sulung tu nak sanding. Kita pegi tau."Dahlia tersengih. Inila acara yang

paling dia suka setiap kali balik rumah, pegi rumah orang kahwin! Boleh makan free. Best best.. Dahlia

suka.


Hujung minggu tiba dan acara yang paling di tunggu-tunggu Dahlia pun tiba. Dia sudah lupa dendamnya pada

Samat. Walaupun bukan Samat yang mencari gara-gara dengannya, tapi Samat ahli geng si Haikal tu.

Mengingati Haikal, dia tersenyum sendiri.

"Dah tu Lia. Jangan lama sangat depan cermin tu. Kang kau cantik lagi dari pengantin" Puan Zara

berseloroh.

"Okei mak. Let’s go to the party!" Dahlia mengganding tangan emaknya dan terus menuju kereta abahnya.


Setiba di rumah Samat, kelihatan tetamu sudah memenuhi ruangan yang memang di sediakan untuk para tetamu.

Seperti biasa, tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Tanpa membuang masa, Dahlia mengambil

pinggan dan mengambil semua lauk kegemarannya. Dia berjalan menuju ke tempat duduk mereka sambil matanya

memerhatikan orang ramai. Matanya menangkap satu susuk tubuh yang sangat di kenali, Haikal bin Arshad.

"Oh my gosh!" Seleranya terbantut.

"Why on earth aku kena jumpa muka budak ni kat sini." Dia tahu si Haikal itu pun sudah mulai perasan

kehadirannya di situ. Dia terasa seperti menelan pasir. Serba tak kena!

Sekali lagi dia menoleh ke tempat duduk Haikal, kosong! Hatinya lega. Dia segera menikmati makanannya

dengan berselera sekali.


Bunyi message mengganggu tidur Dahlia. Segera dia mencapai telefon bimbitnya.

Oi…kau makin cantik la sekarang..
kau pakai apa ek..Olay ke?
Sender: +60195467839

"Sape la pulak ni"Segera Dahlia menekan butang reply.

Sape ni? Apa kena mengena Olay ng aku?

Bunyi beep menandakan message masuk.

Aku la Haikal. Kau jangan tak reply plak msg aku.
Takkan trauma lagi ng aku.
Sender: +60195467839

Dahlia tepuk dahi. Dia mencongak sendiri sama ada mahu membalas message itu ataupun tidak. Akhirnya butang reply di tekan jua.

Kau rupanya. Aku cuba la tuk tak trauma ng kau.
=)
Sender: Dahlia the budak syarahan

Haikal tergelak menerima message dingin Dahlia. Entah kenapa hatinya terdetik untuk mengirimkan message kepada gadis itu. Nombor telefon Dahlia yang di mintanya dari Samat itu berguna juga akhirnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Lepas tu ibu, apa jadi?"Mila sudah tidak sabar lagi hendak tahu cerita seterusnya. Atan pun sama.

"Lepas tu biar abah pulak yang sambung" Mila dan Atan menoleh ke empunya suara. Dahlia tersenyum

memandang suaminya. Mila dan Atan sudah beralih kearah Haikal, abah Mila, bapa saudara Atan, suami Dahlia.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Setelah lama berhubung melalui telefon, di pihak Dahlia timbul satu perasaan yang indah. Perasaan

bunga-bunga la konon. Walaupun Dahlia tahu, Haikal menyukai perempuan lain. Oleh sebab itu, perasaan

berbunga itu di tanam jauh ke lubuk hati. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan Haikal.

Cukupla setakat kawan, fikirnya.

Namun perasaan itu semakin lama, semakin sukar di bendung. Dengan tanpa berfikir panjang, Dahlia mula

menaip message.

Kau nak tau citer benar tak Haikal?
Sender: Dahlia the budak syarahan

Haikal membalas.

Apa dia?citerla.
Sender: Haikal Vampire

Dahlia menyusun kata.

Aku pernah suka kat kau. Tapi aku tau kau da ada orang yang kau suka.
Aku xnk jadi pengacau hidup kau. Sebab tu aku menghilang sekejap hari tu.
Erm..pasni jgn plak kau menjauhkan diri dari aku.
Sender: Dahlia the budak syarahan

Haikal terkedu. Tidak disangkanya Dahlia seberani itu. Dia lupa yang Dahlia kan budak syarahan zaman sekolah dulu.

Thanx sebab berani luahkan perasaan kau kat aku.
Dahlia, kau nak x jadi gf aku?
Sender: Haikal Vampire

Dahlia terkejut yang teramat sangat. Berkali-kali dia membaca message itu. Biar betul Haikal ni.

Kau ni x sihat ke?tbe2 je
Sender: Dahlia the budak syarahan

Haikal tersengih. Dia menyoal kembali soalan Dahlia pada dirinya. "Tak sihat ke aku?"

Aku siyes ni
Sender: Haikal Vampire

Dahlia terdiam. Lama dia berfikir. Selepas menimbang tara, dia membuat keputusan.

Okei. Aku jadi gf kau.
Sender: Dahlia the budak syarahan

Bermulala episod separa cinta antara Haikal dan Dahlia. The vampire Vs, The budak syarahan. Walaupun bermulanya cinta mereka dengan api kemarahan, tetapi endingnya dengan bunga-bunga cinta.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * *
"So, Mila, Atan.. Apa moral of this story?" Haikal menyoal. Mila dan Atan berpandangan sesama sendiri.

Mereka menggeleng pantas.

"Jangan suka bergaduh…" Belum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, Dahlia menyampuk.

"dan jangan suka menyakat orang, kang jadi bini padan muka" Atan dan Mila mencebik.

"Tak nak jadi bini si Atan ni. Dah la busuk, jahat pulak tu" Dahlia dan Haikal tergelak. Atan sudah

mengejar Mila mahu membalas dendam.

"Sayang trauma lagi tak tengok abang?"

"Kalau trauma, takdenya saya duk sebelah abang ni"Mila mencuit hidung suaminya.

"I love you, sayang"

"I love you too, abang"

Si Vampire dan si budak syarahan itu pun hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.

Read More..
 
Cerpen : Terlanjur Cinta

Aku terlanjur cinta kepadamu..
Dan telah kuberikan seluruh hatiku..
Tapi mengapa bari kini kau bertanyakan cintaku..
Aku pun tak mengerti yang terjadi..
Apa salah dan kurangku padamu..
Kini terlambat sudah untuk diperslahkan..
Karna sekali cinta..aku tetap cinta..

Lagu terlanjur cinta nyanyian rossa dan pansha ungu ini sudah banyak kali dimainkan window media player laptop aku ni.Tah la,aku cuba nak memahami lagu ni..banyak maksud yang tersurat dan tersirat.Maybe sebab ni lah aku suka layan lagu ni..dengar lame2 leh gak wat cair ati aku ni dengar pansha ungu ni nyanyi..hehe..

Terlanjur cinta??apakah ada istilah terlanjur dalam bercinta ni?aku pun tak berapa nak memahami maksud lagu ni..tp aku try memahaminye ngan maksud yang aku paham sendiri.Terlanjur cinta..maybe aku pernah mengalaminye dulu..biase la first time bercinta.adakah aku terlanjur mencinta kamu dan dia??aku hanyut dengan kenangan-kenangan lame yang menari-nari di kotak fikiranku.

"Fhy!de orang nak jumpa ko ni..dia de kat luar library tu,pegi la jumpa."kata ana.aku yang tengah syok baca komik ni terkejut dibuatnye.dah tau lepak lam library leh plak ana ni terjerit-jerit.nasib baek la pengawas library yang garang tu x kerja ari ni,lau x da lme da kne halau kiteorang ni.aku pun mematikan pembacaan aku yang agak khusyuk kat komik td."ana,sape yang nak jumpa aku tu??suruh la dia dia datang sini,malas la aku nak keluar",kataku."ala fhy,pegi je la jumpa dia..dah lame tu dia tunggu,siap interview aku ag sal ko!ingatkan nk pe la panggil aku".aku tergelak kecil mendengar ana bercerita,ana ni memang klakar orangnya,kalau bercerita memang bersungguh-sungguh,tah betul ke tak pe yang ana cerita tu.selepas habis ana bercerita aku berasa teruja untuk melihat lelaki mane yang nak jumpa aku tu.aku menuju ke pintu keluar..sempat jugak aku menjenguk disebalik pintu,mamat ni ke nak jumpa aku??aku bermonolog di dalam hati dan banyak persoalan timbul didalam kotak fikiranku.tanpa berlengah aku pun keluar dan menegur mamat tu.

"hai,ade ape awak nak jumpa sy ni??",aku menegurnya apabila aku lihat dia sedang termenung jauh,pe yang dia menungkan pun aku xtau.mamat tu sedikit terkejut bila aku menyapanye dari belakang dan melemparkan sekuntum senyuman buaya yang memang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan kat sekolah aku ni.ni la firsttime aku face to face ngan mamat ni secara rasminya.hatiku sedikit terdetik,"memang betol la mamat ni ensem tambah lak ngan senyuman manis tu,fuh!cair aku dibuatnya",..lamunan aku terhenti."tak boleh ke saya nak jumpa awk??ade orang marah ke??..",hai..pandai lak mamat ni psiko aku."eh,xda la..sape nak marah,saya juz pelik la takde angin takde ribut tiba2 lak awak nk jumpa saya...".Oh,saya nak berkenalan ngan awak bleh x??terkejut aku dibuatnya bila dia cakap camtu.E’ein,mamat yang aku penah tengok bermesra2 ngan salah sorang plajar perempuan skolah aku ni dulu skang nak berkenalan dengan aku??biar betol..pelik tapi benar.

"Oh,nak berkenalan..boleh jek,sy da lama dah kenal awk,awk jek yang x kenal saya.yela..orang femes kat skolah ni sape yang x kenal..",aku memerlinya dan melemparkan senyuman sinis kearahnya."hai awk,awk ni perli saya ek?saya pun da lama da la knl awk,awk pengawas yang slalu jaga pagar tempat letak basikal tu kan??sape ckp saya x kenal awk?!",aku lak terkena ni..kalau budak yang selalu datang kesekolah memang kenal la muka aku ni,ape tak nye..aku memang suka tulis nama budak-budak lewat ni termasuk la mamat ni yang memang suka datang lambat walaupun rumahnya xda la jauh sangat!"oh.da lama kenal ek??maaf la saya xtau la plak".kataku dengan selamba."awk,saya nak berkenalan dengan awak dengan lebih rapat lagi boleh x??",mamat ni da mula da mengaplikasikan ilmu buaya dia kat aku."nak no fon awk boleh x??",katanya lagi.aku ngan perasaan terkejut tambah bingung terdiam seketika,maklum la ni jugak first time mamat ensem cam dia ni mintak no fon aku.excited pon de gak..hehe.."erm..sy xda fon la awk,sorry la",tipu sunat la sikit,xkan nak bagi senang2 jek kot.minik mukanye sedikit kecewa bila aku cakap camtu...ala,aku baru cakap camtu da give up,lau xda aku pon kan ramai ag pompuan gilakan dia.

"erm..awk jangan nak tipu,saya tau awak sengaja je tak nak bagi kan??sy bukan nk buat ape pun ngan nombor fon awk tu,sy juz nk berkenalan dengan awak je,salah ke??",dia ni cakap cam aku ni jahat sangat jek x bagi no fon aku kat dia.mengada la plak mamat ni...."erm,k la wak..lau xda pape sy masuk dulu ke??bye!",aku tinggalkan dia camtu je,padan muka!lau nak sangat cari la sendiri..hehe...

Masuk je balik lam library semua kawan aku yang laen da berkumpul nak dengar pe yang aku bualkan dengan mamat yang dikira ngetop kat skolah kami."wei,xda pape la..aku borak2 biasa jek ngn dye,korang ni excited plak!",kataku yang da dapat mengagak soalan pe yang bakal ditanya oleh kawan2 aku ni."ala nini,xkan xda pape kot..sampai da interview aku ko tu da de bf ke blom,de no fon ke x 2 xkan la xda pape ag",kata ana.aku diam,malas nak melayan soalan2 panas d’org tu,mula la 2 nak wat gosip,tah pape...tp dalam hati aku berbunga-bunga bila ingat balik perkara tadi..aku tersenyum sendiri.

Aku merehatkan badan di katil,penat la plak g skolah ni..maklum la bila da abes exam xda keje yang nk buat,keje melepak ni rupanya memenatkan la jgk.beep..bunyi nada mesej dari fon aku kedengaran."sape plak anta mesej ni,da la penat ni..",omelku.."hye awk,ingat sy ag x??akhirnya saya dapat gak no awk..hehe..-e’ein",ceh mamat ni rupanye,sape lak gatal pegi bagi no aku kat mamat ni.erm..aku pon tengah boring gak ni,layan je la.."hye,oh awk..mane lak dpt no sy ni?",dan aku send kan mesej aku.dan kami pun berterusan berhubung melalui mesej memandangkan cuti pon da mula so nk jumpa memang susah la..





Beberapa minggu kemudian..

"awk,sy nk cakap sesuatu kat awk ni..".mesej yang dihantar e’ein agak berlainan plak ari ni..pe dia nk cakap ni.."sy sebenarnye da lme suka kat awak,sy suka tgk awk senyum kat sy bila sy datang lewat,sebab tu la sy suka datang lambat kesekolah,hehe..",aku tergelak kecil membaca mesej pengakuan dari e’ein ni..klaka jugak mamat ni..and sepanjang k’org bermesej dia pon da mengaku yang dia sekarang da xda hubungan ngan mane2 pompuan da.aku xtau lak nk caye ke x kat dia ni tp pe salah dia kat aku yang aku nk judge dye xtentu pasal."nape awk suka kat sy??’,balasku..."tah la.sy tengok awak cam koala,cute sgt..jgn marah..?",hai mamat ni senang2 jek cakap muka aku cam koala,tah pape.."awak 2 bear!koala xpe la cute..hehe",aku tersenyum..timbullah bibit-bibit cinta antara kami dan tercipta la cinta bear dan koala.

Sedar x sedar ngan rasminya kami menjadi pasangan kekasih,dia lah lelaki pertama yang da membuka hati ni dan dia lah first love aku..first time aku merasa bahagia dengan kehadiran insan yang bernama lelaki muncul mencintai aku apa adanya.hari-hari aku lalui bertambah indah.e’ein sememangnye seorang lelaki yang romantik dan klakar.dia juga memahami aku yang x suka diganggu bila menonton cerita korea fevret aku dan e’ein juga tidak pernah jemu mendengar bebelanku tentang cerita fevret aku tu walaupun aku tahu dia tentu bosan tp lantak la,da jadi pakwe aku..ka sape lg aku nk cite..hehe...

"koala,bear nk jumpa jap bleh??bear nak bagi something ni..",mesej dari e’ein yang membahasakan dirinya bear dan aku koala..klakar kan??hehe..pe lak mamat ni nak bg,umah kami pon xda la juah so aku pun pergi ke tempat dating rasmi kami..BUS STOP!hehe..tu la tempat yang slalu k’org date..k’org x penah kuar date,jumpa kat bus stop tu pon d’kira date la jgk kn?

"awk nk bg pe kat sy??",kata ku.."nah ambik ni,tuk awk!",cd??cd pe lak mamat ni bg kat aku.."cd pe lak ni wak??","ala,balik ni awk bukak la..xkan sy nk cakap lak!xsuprise..",e’ein melemparkan senyuman manisnya..cair...hehe..balik dari dating kami td aku tros meliha pe kandungan lam cd yang dye bg td..alangkah terkejutnye aku bila semua lagu lam cte fevret aku de lam cd 2..ble lak dia cari sume lagu ni..ni yang wat aku bertambah sayang kat dia ni..lantas aku m’hantar sms kepadanye.."thanx bear..lov u",hatiku berbuang riang..berkali-kali aku ulang sume lagu fevret aku tu sambil terbayang2 wajah manis "bear" aku tu!hehe..

3bulan kemudian..

Persekolahan telah bermula dan ini telah membuatkan kami kurang masa untuk bersms dan berjumpa memandangkan untuk jumpa disekolah memang aku tak galakkan.lagipun aku tak nak perkara ni d’heboh-hebohkan.so bila terjumpa disekolah k’orang wat cam x kenal je.tetapi lam ati aku rasa nak jek bagitau sume orang yg mamat tu bf aku.aku pon da banyak kali terdengar junior aku cakap2 pasal bf aku tu..panas gak ati ni.hubungan k’org semiakin dingin apabila dia juga mengadu yang dia banyak kali ternampak aku berbual mesra dengan iman,merangkap kawan lelaki aku yang paling baik.sikap e’ein yang makin cemburu agak menggangguku,tapi mungkin kerana menyayangi aku e’ein bersikap begini.

Biasa la,air pun de pasang surutnya.begitulah juga hubungan kami diibaratkan.aku dan dia kerap bergaduh tentang hal yang remeh.dan sekarang perngai buayanya muncul kembali.aku kerap melihat dia berjalan pulang dari sekolah dengan seorang classmatenye..ikha.nama yang memang akan aku sentiasa ingat.aku dengar memang banyak gosip pasal dye ngn bf aku ni..aku xtahu yang sejauh mana hubungan d’org.dan bila aku tanya pada e’ein,dye terus menafikan hubungan mereka.

Aku agak tertekan gengan hubungan kami yang diibaratkan telur dihujung tanduk.Ianya bermula apabila aku terjumpa sms dari ikha yang memanggil e’ein ‘sayang’.hatiku bagai ditoreh2 apabila melihat sms itu.dan aku bernekad untuk memutuskan hubungan ini walaupun susah.walaupun e’ein tidak menerimanya aku sengaja mengelak unttuk berjumpanye disekolah.dan aku memang sengaja bermesra dengan iman utk menyakitkan hati e’ein.

"fhy,e’ein nk jumpa ko,pas kelas jumpa kat tangga k?!",kata farhan merangkap besfren e’ein.hati aku terbuka tuk berjumpa dengan mamat tu walaupun hati ni still lg terluka.seperti yang dijanjikan,e’ein sudah sampai dahulu."ade apa awk nk jumpa sy".aku memecahkan kebisuan antara kami..e’ein kelihatan sedikit gelap dan berkepala botak,maklum la..baru balik dari jambori bomba dan sekaligus mengharumkan nama sekolah..itulah yang telah membanggakan aku.tapi itu tidak dapat mengurangkan kemarah aku terhadapnya apabila banyak cerita yang aku dengar tentang apa yang berlaku antara dia dan ikha sepanjang mereka ke jambori."cakap la cepat,jap ag sy de klas tambahan ni..".kataku.e’ein trus membisu dan memandangku sepi..tanpa berlengah aku meninggalkan e’ein tanpa sepatah kata.

aku trus menuju ke lab chemistry.sambil menunggu ketibaab cikgu chemistry kesayangan aku sempat aku membelek buku chemistry yang dipinjam dari lab.dan aku terjumpa sepucuk surat.dari e’ein..aku segera memasukkan kedalam poket,bimbang de orang laen yang ternampak.sepanjang pembelajaran pada petang itu hati aku tidak tenang.memikirkan tentang kandungan surat tadi.akhirnya kelas tamat dan aku menuju ke tandas sebelum pulang kerumah.hati aku bertambah sakit apabila terserempak dengan ikha.aku segera keluar dan trus pulang ke rumah.

Tibanya dirumah aku terus membuka surat yang diberikab e’ein td.dan aku membacanya perlahan-lahan..

Koala..

Nape skrg koala da brubah??koala da nmpk laen sgt dgn bear skrg..baer tahu bear byk sktkan ati koala..bear xtau nk jelaskan mcm mana,btol ke koala nk putus dgn bear??koala da pk masak2.??bear xnak koala..bear xnak..
Bear pon tgk skrg koala bertambah mesra dgn iman..koala ade pape ke dgn iman??bear balik dari jambori ni ingatkan kita boleh berbaik balik tp ari tu bear nampak koala balik sama dengan iman,hancur hati bear koala..bear balik dari jambori nk tunjuk piala yang bear menang tuk koala,ni hadiah tuk koala tp koala cm x endahkan bear jek..bear sedih sgt..koala pk la yang terbaik..bear terima sume keputusan koala..

I love you..

Bear...

Tanpa disedari titik-titik jernih membasahi pipi aku..luluhnya hati ini bila membaca surat ini,tak sedarkan dia apa yang aku rasa selama ini,sakit,pedih,kecewa dengan sikapnya.koala pun sayangkan bear..sayang sgt2..tp sumenya da terlambat.mengapa baru sekarang dia nk membetulkan hubungan ni.mengapa??!!mengapa dia kembali setelah sekarang aku terlanjur mencintai lelaki kedua yang hadir menghulurkan cintanya kepadaku..

Arif..hadirnya disisiku disaat aku terluka dengan sikap e’ein.perkenalan kami membuahkan bibit sayang antara kami.kehadirannya membuatkan aku lupakan e’ein buat seketika.tanpa pengetahuan e’ein aku menjalinkan hubungan cinta kedua dengan arif.maafkan aku e’ein..diawal perkenalan aku dan arif dia idak mengetahui yang aku sudah mempunyai teman lelaki,tetapi apabila berterus terang ternyata arif dapat menerima dan memahami masalah aku dan e’ein.

Hubungan aku dan e’ein still lagi tergantung,dan sampai saat ini e’ein belum mengetahui perhubungan aku dan arif tetapi dia dapat menghidu ada perkara yang aku sembunyikan.
Aku berbelah bagi..aku ingin berterus terang atapi hati ini tidak sampai hati melukakan hati e’ein.tak dapat dinafikan yang aku masih lagi mencintai e’ein..saat-saat manis bersamanya sentiasa bermain difikiranku.sampai la satu hari e’ein terjumpa sms dari arif apabila dia membelek kandungan telefon bimbit aku.sms i miss u dari arif telah menaikkan kemarahan di hati e’ein..aku terpaksa menipu lagi uuntuk menyelamatkan keadaan dan aku mengatakan yang arif mungkin tersalah hantar atau sengaja nak bergurau dengan menghantar sms sebegitu.Mujurlah e’ein percaya dan dia tidak mahu perkara ini terjadi lagi.

Aku bingung..dengan terjadinya perkara tadi aku percaya lambat laun nanti e’ein akan tahu perkara sebenar.salah aku juga yang memulakan perhubungan dengan arif sedangkan aku tahu yang hubungan aku dan e’ein belum lagi terputus.jauh disudut hati aku masih lagi menyayangi e’ein.tetapi aku juga keliru perasaan aku terhadap arif dan dengan cerita yang aku dengar tentang e’ein juga banyak meyakinkan yang e’ein curang terhadap aku selama ni,mengapa perlu aku mempertahankan hubungan ni.

Di sekolah aku still mengelak terserempak dengan e’ein..marah,sakit,cemburu menyelubungi aku apabila aku melihat dia walaupun tak dapat dinafikan yang aku rindukan kemesraan kami dulu.tetapi semuanya dah berakhir..kini hanya tinggal kenangan belaka.sekali lagi,e’ein meminta untuk bertemu di tempat biasa..setelah setengah jam menunggu e’ein tetap juga tidak muncul."tah pegi dating ngan sape la ni,dia yang ajak jumpa dia lak tak datang!"marahku di dalam hati.aku beredar dengan perasaan marah.

Sampainya aku dirumah aku terus sms e’ein,"kalau tak reti nak tepati janji jangan la berjanji!"puas hati aku.dia ingat aku ape,perasaan marah aku tak dapat dibendung lagi..dah la balik pun sorang2 jek tadi.beberapa minit kemudian aku terdengar ketukan pintu."eh atin,nak ape?da abes klas?sori la aku balik dulu tadi sebab aku penat sangat.."aku menyapa atin yang tiba2 muncul di depan pintuku."erm..fhy,de orang nak jumpa tu,pegi la..aku tunggu ko kat sini je.""sape lak nak jumpa aku ni..??",atin pun berbisik di telinga ku.."e’ein..dia paksa aku teman dia pergi rumah ko,ni yang aku datang ni,ko pegi la setel dengan dia..macam de benda penting je dia nak cakap.",

Aku dengan perasaan nervous pergi berjumpa dengan e’ein yang bersandar di dinding dengan muka yang masam.tiada lagi senyuman manis terukir di bibir lelaki ini."kenapa awak tak tunggu saya tadi,saya cakap nak jumpa saya nak jumpa la,kenapa awak x dapat tunggu??padahal saya dari tadi tunggu awak,nasib baik la saya jumpa atin dan dia cakap awak dah balik,kenapa awak balik camtu jek?!",kata e’ein dengan nada kecewa."awak cakap sekejap??setengah jam saya tunggu tapi batang hidung awak pun saya tak nampak awak tau tak?!",aku mempertahankan diriku.suasana menjadi sepi seketika.

"awak,sebenarnya saya dah tahu pasal hubungan awak dengan arif,kenapa awak sanggup tipu saya selama ni??saya sayangkan awak tapi ni yang awak balas??memang bila saya dengar bulan orang saya tidak mempercayainya tapi dengan hati yang tekad saya pergi berjumpa arif dan dia mengaku yang memang awak dan dia mempunyai hubungan istimewa..kenapa awak buat semua ni fhy...",luahan dari e’ein menentuh perasaan aku,rupanya e’ein sudah pun tahu tentang perkara sebenar.aku diselubungi perasaan bersalah.aku menguatkan hati untuk menatap wajah e’ein yang aku sangat rindui.kelihatan titisan-titisan jernih mengalir di pipi seorang lelaki yang telah aku sakiti.hatiku luluh..e’ein segera menyapu air matanya apabila perasan aku memerhatikannya.e’ein menarik nafas.."tak perlulah awak nak explain apa2 lagi kerana saya tahu semuanya betul,kalau semuanya salah awak mesti membangkang apa yang saya cakap tadi kan??aku terus membisu..."so sekarang saya nak awak pilih antara saya dan arif,walaupun awak dah tipu saya,saya still lagi menyayangi awak fhy..sape yang awak pilih?",e’ein memberikan satu pilihan yang amat berat untuk aku tentukan.aku menyayangi keduanya.dan apabila teringat kembali tentang pelbagai cerita tentang e’ein perasaan aku lebih kepada arif.mungkin ini yang terbaik."awak,saya pilih arif."jawabku dengan nada perlahan.e’ein menatapku sejenak dan terus meninggalkanku.alangkah luluhnya hatiku apabila aku sendiri yang memutuskan perhubungan kami..aku menangis dengan penuh penyesalan.aku telah kehilangan e’ein.hati aku remuk hancur dan hanya tangisan dan kenangan manis kami menemani aku sepanjang hari.hati aku makin tersentuh apabila memasang cd yang dihadiahkan oleh bear..maafkan koala bear..satu penyesalan besar yang terjadi dalam hidup aku.

Hari-hari yang berlalu tetap tidak dapat menghilangkan kesedihan kehilangan cinta walaupun kini arif sentiasa menemaniku disisi.sesekali aku sengaja melihat kearah kelas e’ein yang bertentangan dengan kelasku."nampaknya dia bahagia sekarang.."bisik hatiku sayu.seperti biasa aku berjalan pulang dengan atin tiba-tiba kedengaran seseorang memanggilku."hye.."sapa e’ein dan mengambil buku ditanganku dan menyelitkan sesuatu dan terus berlalu pergi dan melemparkan senyuman yang amat aku rindukan.
Aku melihat sekeping cd "bear-koala" terselit di bukuku.aku segera pulang untuk melihat kandungan cd tersebut.

Alangkah sayu nya hati aku apabila melihat setiap lagu yang terkandung didalam cd tersebut.lagu yang meluahkan perasaan kecewanya terhadap aku dan satu folder yang mengandungi gambar aku dan dia.aku seperti berada didunia aku sendiri..satu persatu kenangan kami kembali bermain di kepalaku.maafkan koala….tapi semua itu tidak dapat mengundur apa yang telah berlaku.tidak mungkin aku dan bear akan kembali..lagu yang terdapat dalam cd tersebut kumainkan berulang kali diselangi tangisan yang entah bila akan berhenti.mungkin sampai disini cerita bear dan koala.beberapa hari kemudian aku mendapat satu voice sms dari e’ein…

Walau kumasih mencintaimu..
Kuharus meninggalkanmu,ku harus melupakanmu..
Meski hatiku menyayangimu..
Ku harus meninggalkanmu..

Lagu dari Samsons yang dihantar oleh bear sekali lagi mengundang tangisan dimataku.tapi apakan daya kini hatiku telah keberikan kepada arif walaupun nalurinya masih lagi kepada cinta pertamaku..dan aku masih ingat ayat bear..’what goes around comes around koala..".baru sekarang aku memahati ayat itu dengan sepenuhnya.

"fhy!atin datang ni..dia ada kat luar tu!lamunanku tentang kenagan cinta yang kini menjadi sejarah.baru aku teringat yang aku berjanji untuk bertemu atin petang ni.begitulah kisahku..cinta yang mengajar aku erti cinta yang sebenar.hubungan aku dan arif bertahan setahun setengah dan kami putus apabila aku sekali lagi curang kerana tidak tahan dengan perangai arif yang terlalu mengongkong kehidupan aku.maafkan aku juga arif..untuk kedua kalinya aku melanggar janji sebuah cinta…dan cinta aku seterusnya semuanya tidak bertahan.bear juga sekarang menjalin hubungan dengan ikha..hancurnya hati aku melihat lelaki yang amat aku cintai menjadi milik orang lain.mungkin ini pembalasan keatas aku.walaupun ramai yang menghulur cinta tapi hati ini tetap tidak menerima kerana aku sudah merasa perasaan diduakan.thanx bear kerana mengajar koala erti cinta..kini aku menunggu sebuah cinta yang sejati untukku dan berjanji tidak akan mensia-siakan cinta lagi.kerana aku tahu "what goes around comes around..".



Aku yang x pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita..
Dan aku juga takkan bisa menepis bayangmu yang selama ini temani hidupku..
Maafkan aku menduakan cintamu..
Berat asa hatiku tinggalkan dirinya..
Dan demi waktu yang bergulir disampingku..
Maafkan diriku sepenuh hatimu..
Seandainya bila ku bisa memilih..
Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya..
Mungkin semua takkan seperti kini..
Dirimu dan dirinya kini ada dihatiku..
Membawa aku dalam kehancuran..

Maafkan aku....

The End

Read More..
 
Cerpen : Sorry seem to be the hardest word

Deringan jam loceng mengejutkan aku, lantas bingkas aku bangun kerana terkejut. Aku melihat jam dengan mata yang masih tertutup kerana tidur lewat malam tadi gara-gara asyik bermain games Freeding Frenzy2.

"Ah, baru pukul 6.50 pagi masih awal lagi"desis hatiku. Lantas aku menyambung semula tidurku yang terganggu sebentar tadi.

"Woi Zul, ko taknak bangun lagi ke? Suara Hafiz yang tinggi mengejutkan aku, segera aku membuka mata dan melihat ke arahnya yang sudah siap berpakaian kemas untuk ke tempat kerja. Hafiz adalah teman serumahku. Kami telah duduk serumah selama 2 tahun sejak aku mula mengajar di sini. Dia bekerja sebagai pegawai bank di Bentong yang jaraknya lebih kurang 15 minit dari rumah. Dia berulang-alik dengan motorsikalnya ke tempat kerja. Dan seorang lagi teman serumahku ialah Arman yang bertugas sebagai Cikgu di sebuah sekolah rendah berhampiran rumah kami.

"Woi dah pukul berapa ni? Tanyaku pada Hafiz dalam nada marah dan mengantuk.

"Sibukla mamat ni aku baru nak mimpikan Liana ugly ni" namun kata-kata itu hanya bergema dalam hatiku bimbang juga aku jika kata-kataku didengari oleh Hafiz, maklumla mat romeo yang sensitive.

"Dah kul 7.15 la, ko takde kelas pagi ke?jawab Hafiz kepadaku.

"Hah,7.15 ? Kenapa ko tak kejut aku dari tadi?" Aku terburu-buru bangun dan melempar selimut yang sedari tadi membalut tubuhku. Segera aku capai tuala dan masuk ke bilik mandi.

"Tak kejut apenye? Telinga aku dah naik pekak dengar bunyi jam loceng ko tu. Boleh lagi ko cakap aku tak kejut?" Dengus Hafiz. Dan aku tidak lagi mendengar apa yang dirungutkannya kerana dalam kepalaku lebih tertumpu untuk segera bersiap supaya tidak terlewat ke kelas. Keluar sahaja dari bilik air aku sudah tidak nampak kelibat Hafiz mungkin dia sudah pergi ke tempat kerja. Segera aku bersiap dan mencapai kunci kereta dan buku yang telah ku tanda semalam.

Sampai sahaja di sekolah aku terus ke bilik guru dan sempat lagi aku mencuri masa menghadap cermin untuk merapikan rambut yang tidak sempat ku sikat tadi.

"Ai, Cikgu Zul lambat lagi arini? Tegur Cikgu Rosa sekadar berbasa-basi denganku.

Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum.

"Biasalah Cikgu, orang bujang takde orang nak tolong kejut" aku menjawab sambil tersengih.

"Itulah ade orang nak jual mahal" Cikgu Rosa kembali mengusikku

"Sapalah yang nak kat saya ni Cikgu" aku membalas gurauannya dan terus meminta diri untuk masuk ke dalam kelas ku. Di pertengahan jalan aku bertembung dengan Cikgu Tafa, guru disiplin di sekolahku. Dengan muka yang garang ni sesuaila dia menjadi guru disiplin. Ku lihat dia berjalan sambil memegang rotan yang memang tidak pernah lepas dari tangan.

"Lambat Cikgu Zul, kalau murid saya dah rotan dah ni" belum sempat aku menegurnya dia sudah menegurku dengan bahasa lawak yang memang boleh membuatkan telinga sesiapa sahaja merah.

"Terlambat sikit arini, jalan jem? Ujarku sambil berlalu dan meneruskan perjalananku ke kelas.

"Jalan jem" aku berkata sendiri.

" Sejak bila pulak Bilut ni jem pagi-pagi, usahkan pagi masa balik kerja pun tak pernah jem." Aku sekadar menggaru kepala yang tidak gatal dengan alasan bodoh yang aku berikan pada Cikgu Tafa tadi. Aku masuk ke kelasku dan memulakan sesi pembelajaran matematik pagi ini dengan topic logaritma. Aku menerangkan kepada pelajarku tentang asas logaritma dan konsepnya bagi memudahkan mereka menjawab soalan dengan mudah. Bagi menambah pemahaman mereka aku turut menunjukkan cara menyelesaikan masalah matematik tersebut. Di akhir pengajaran aku memberikan mereka sedikit kerja rumah untuk menguji kefahaman mereka. Dalam sibuk mengajar sempat juga aku mencuri pandang ke luar kelas melihat Cikgu Amy yang baru melangkah masuk ke kelasnya, mungkin dari bilik air. Aku melihat lenggok langkahnya.

"Comel betul Cikgu Amy ni?" Aku berkata di dalam hati dan tersenyum sendiri. Bunyi loceng menandakan tamat waktu pengajaran meyedarkan aku dari lamunan.

"Sempat juga aku berangan dalam sibuk-sibuk mengajar ni" aku menutup buku teks ku dan setelah menerima ucapan terima kasih dari pelajar-pelajarku aku mengorak langkah ke bilik guru. Bilik guru kosong kerana masing-masing telah masuk ke kelas masing-masing dan mungkin juga ada yang sedang menjamu selera di kantin sekolah. Perutku terasa lapar dan aku melihat jam di tangan sudah pukul 9.00 pagi . "Ah,masih awal lagi nak pergi makan" kata hatiku. Sedang aku leka mengemas mejaku yang penuh berselerak dengan buku-buku , aku terdengar bunyi derapan kaki yang melangkah masuk. Aku mengangkat muka dan dapat ku lihat seraut wajah ayu menguntum senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya.

"Alahai macam manalah aku tak cair" aku terus memerhatikan langkah Cikgu Amy ke mejanya sehinggalah dia duduk di kerusinya.

"Tengok apa tu Cikgu Zul sampai tak berkelip biji mata" satu suara mengejutkan aku dari belakang dan ku lihat Puan Zaharah pembantu tadbir sekolahku sedang tersenyum ke arahku.

"Alamak macam mana boleh kantoi ni" aku jadi malu

"Takde aperla Puan Zaharah tengah tengok luar tu macam nak hujan je"

"Ye ke? Nampak ke hujan dari dinding tu?" usik Puan Zaharah. Aku sekali lagi termalu, masakan tidak pandangan mataku masih lagi terarah ke meja CIkgu Amy yang sememangya dinding di belakangnya. Dalam kalut cuba menutup malu aku bangun dan berjalan ke pintu untuk keluar. Entah kenapa aku terlanggar buku yang di susun di atas lantai di tepi mejaku dan susunan buku itu jatuh bertaburan di atas lantai. Sekali lagi aku mendapat malu. Segera aku capai buku-buku tersebut dan ku susun kembali dalam susunan yang tidak teratur. Aku cuma mahu keluar dari bilik ini.

Keesokan harinya aku kembali ke sekolah dan ternyata aku masih tidak mampu untuk memandang muka Cikgu Amy kerana perasaan malu yang masih menebal. Melihat reaksi Puan Zaharah yang tersenyu-senyum memadangku cukup untuk membuatkan muka ku panas.

Cuti penggal persekolahan yang bermula selama seminggu membuatkan aku ingin pulang ke kampung dan menghabiskan cuti ku di kampung. Di kampung aku menghabiskan masa membantu ayahku di kebunnya. Sejak pencen ayahku menghabiskan masanya di kebunnya. Menanam sedikit sayur-sayuran dan beberapa batang pokok buah-buahan. Ayahku tidak bersendirian menguruskan kebunnya kerana abnagku Munir selalu membantu. Abangku sudah berkahwin dan mempunyai seorang ank perempuan. Beliau tinggal tidak jauh dari rumah keluargaku jadi mudahlah untuk beliau berulang-alik melawat ibu bapaku. Anak perempuannya juga di asuh oleh ibuku semasa beliau dan isterinya keluar bekerja.

"Zul mak nak cakap sikit dengan kamu ni? Percakapan emak pada suatu hari mengejutkan aku.

"Mak nak meminang anak Pak Jad, ala budak Siti tu. Baik budaknya berkenan sungguh mak dengan dia. Sesuai la dengan kamu. Dia kerja kerani kat pejabat pos" aku tidak mampu berkata apa-apa kerana mak kelihatan bersungguh-sungguh dengan hajatnya. Adik perempuanku Dayah yang sedari tadi asyik menonton televisyen tiba-tiba melihat aku sambil tersengih-sengih. Dia sedang belajar di UITM Shah Alam dalam bidang perakauan. Sering juga dia pulang ke rumah sewaktu hujung minggu. Aku jadi geram melihat pandangannya.

"Budak ni aku sekeh juga karang" namun kata-kata itu aku pendamkan sahaja di dalam hati takut jika menimbulkan kemarahan ibu ku kerana ibuku memang pantang jika dia sedang bercakap tapi orang berbual tentang benda lain. Aku mendengar setiap patah kata ibu ku. Ibuku asyik bercerita tentang kebaikan dan budi bahasa Siti yang cukup elok di matanya. Aku terpaksa menurut untuk menjaga hatinya lagipun aku sendiri tidak mempunyai teman istimewa. Segala urusan pertunangan diuruskan sepenuhnya oleh emakku dari memilih cincin hinggalah soal hantaran. Aku Cuma memberikan duit untuk mak membeli barang keperluan. Aku lihat muka mak berseri-seri mungkin gembira hajatnya tercapai ingin melihat aku di tunangkan dengan Siti dan mungkin juga gembira kerana anak terunanya ini tidak termasuk dalam senarai bujang terlajak mengikut jejak langkah Paksu ku. Paksu adalah adik bongsu ibu ku yang kini hidup bujang walaupun telah mencapai umur 40 tahun. Mungkin kerana dia terlalu memilih atau hatinya telah tertutup untuk wanita kerana pernah di kecewakan, aku sendiri tidak tahu. Setelah selesai majlis pertunangan aku menghabiskan masa selama dua hari di kampung sebelum aku pulang ke Bilut. Sesi persekolahan bakal bermula dan aku akan menjadi semakin sibuk kerana pelajar-pelajarku akan menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah. Aku pulang semula ke Bilut untuk memulakan tugasku kembali dan setelah seminggu bercuti agak liat untuk aku kembali bekerja. Rutin harian hidupku berjalan seperti biasa kerana sememangnya tida apa yang isrimewa dalam kehidupan sehari-hariku sehinggalah aku menerima panggilan telefon dari Cikgu Amy pada satu malam. Aku jadi kaget.

"Tidak pernah sekalipun Cikgu Amy menghubungi aku. Ni mesti ada hal mustahak ni" aku mengangkat telefon dan dapat ku dengar suaranya yang cemas di hujung talian

"Hello Cikgu, kenapa Cikgu telefon saya ni? Aku memulakan bicara setelah salamku bersambut

"Saya kemalangan ni. Saya langgar kereta orang. Tak tau nak buat macam mana" Cikgu Amy membals pertanyaanku dalam suara yang tersekat-sekat.

"Oo takpe, bagitau Cikgu dekat mana saya datang ni’ aku memberitahunya dan segera mencapai kunci kereta untuk keluar ke tempat yang dinyatakannya. Sampai sahaja di tempat kemalangan aku melihat wajah Cikgu Amy yang risau dan merah seakan cuba menahan tangis. Belas aku melihat wajahnya. Segera aku mendapatkannya cuba untuk menenangkan keadaan dan aku lihat tuan punya kereta yang dilanggar oleh Cikgu Amy begitu garang dan mukanya seakan-akan mahu mencekik leher Cikgu Amy bila-bila masa sahaja. Aku lihat keretanya hanya mengalami kerosakan kecil sahaja tapi marah macam kereta dia remuk teruk. Aku memperkenalkan diri dan berjabat tangan dengannya. Semasa aku berjabat tangan dengannya pun mukanya masih lagi tegang. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Irwan , Pegawai Kastam yang bertugas di Pejabat Kastam Pulau Pinang. Beliau sekarang sedang bercuti.

"Patutla begitu garang, kastam rupanya." Aku berbisik dalam hati

Kami berbincang dan setelah agak lama berbincang barulah kami mencapai kata putus. Itu pun setelah puas aku memujuknya. Pada mulanya dia meminta ganti rugi sebanyak RM300.00. Terpaksalah aku memujuknya, masakan kerosakan kecil begini kos membaikinya sampai RM300.00. aku sendiri pernah mengecat semula kereta ku yang dilanggar orang dan kosnya tidak sampai pun RM200.00. akhirnya dia mengalah pada pujukanku yang meminta kami sama-sama ke bengkel membaiki kereta dan mengecat semula keretanya dan kosnya di tanggung oleh Cikgu Amy. Aku melihat Cikgu Amy menarik nafas lega dan aku lemparkan senyuman kepadanya sebagai tanda aku bersama dengannya.

Sejak dari hari itu kami menjadi rapat dan sering keluar bersama. Kami sering keluar makan dan ada juga sekali-sekala aku menemaninya membeli-belah.Aku tidak memberitahu statusku sebagai tunangan orang kerana sememangya sedari dulu lagi aku berminat untuk menjadi kawannya. Kami sering berbalas panggilan dan berbalas pesanan ringkas. Sesungguhnya aku merasa bahagia kerana seolah-olah aku sedang asyik di lamun cinta.

"Ai Zul, kau ni tengah angau ke sekarang ni? ’ Asyik senyum sorang-sorang je? usikan Arman seorang lagi teman serumahku aku sambut dengan senyuman.

"Kau ni sibukla, tak boleh tengok orang senang ke?" aku berpura-pura marah.

Arman hanya memandangku dan mula menyanyi. Suaranya yang kadang-kadang sumbang menyakitkan telinga aku. Aku segera membaling kusyen sofa yang aku pegang kepadanya. Namun tindakan aku langsung tidak menganggu nyaniyiannya yang semakin sumbang.

"Jika teringat tentang di kau jauh di mata dekat di hati, masih terfikir untuk kembali walau beda akan ku jalani, tak ada niat untuk berpisah denganmu" Arman menyanyi-nyanyi dengan lirik yang lintang-pukang.

"Pergi mampus la kau" aku menjerit kepadanya dan dia hanya membuat muka selamba dan berlalu masuk ke bilik tidurnya. Malas aku melayan kerenahnya, biarlah dia dan aku kembali menyambung angan yang terganggu dek kehadiran Arman tadi.

Panggilan telefon dari ibuku pada suatu hari membuatkan aku risau. Baru aku sedar yang selama ini aku telah mengabaikan tunangku .

"Ya emak" aku memulakan bicara dengan ibu ku.

"Ada ko telefon Siti, tunang kau tu?" pertanyaan emak membuatkan aku terpaku

"Ada mak" bohongku walaupun sebenarnya nombor telefon tunangku sendiri pun tidak aku tahu. Ada emak bagi kepada aku aselepas majlis pertunangan tempoh hari tapi aku Cuma ambil dan ku letakkan di dalam dompetku. Harap-harap nombor itu masih ada kerana takkan aku hendak minta dari emak. Alamat berleter panjangla ibu ku nanti. Selepas berbual di telefon segera aku mendapatkan dompetku dan mula mengeluarkan segala isi di dalamnya bagi mencari cebisan kertas yang tertulis nombor tunangku Siti.

"Nasib baik kau ada lagi kat sini" aku mengambil cebisan kertas yang mengandungi nombor telefon Siti tunanganku dan segera menyimpan nombor telefonnya di dalam telefon bimbitku. Lantas aku dail nombornya.

"Lebih baik aku telefon dulu sebelum mak aku Tanya sendiri kat Siti’ aku mengambil langkah untuk menyelamatkan diri. Salamku bersambut dan aku terus berbual-bual dengan Siti sekadar bertanyakan tentang khabarnya.

"Kenapa abang telefon siti"

"Kenapa Siti Sibuk ke?"

"Takla hairan sebab dah 5 bulan kita tunang abang baru telefon Siti?"

"Sibuk sikit" aku memberi alasan dan selebihnya dia hanya mendengar aku bercerita tentang pelajar-pelajarku. Sejak dari itu perhubungan ku dengan Siti semakin baik dan akumenyenangi sikapnya yang pendiam tapi dalam masa yang tidak di jangka dia boleh mengenakan aku.

Hujung minggu ini aku akan pulang ke kampung demi memenuhi permintaan ibuku yang menyuruh aku membawa Siti keluar. Aku pulang ke kampung dan sebaik sahaja sampai di rumah ku lihat Siti sudah ada di rumahku. Mesti ibuku yang memberitahu tentang aku yang akn pulang ke kampung. Aku melayaninya dengan baik. Pada petangnya aku membawa dia berjalan-jalan di tepi pantai berdekatan rumahku. Kebetulan Dayah adikku ada di rumah jadi dialah yang menemani kami. Mana mungkin untuk kami keluar berdua sahaja kerana apa pula kata orang kampung nanti. Sedang asyik sewaktu melintas jalan untuk pulang ke rumah entah di mana silapnya aku hamper dilanggar oleh sebuah motorsikal yang di pandu laju, sempat aku mengelak jika tidak mesti dah arwh aku ni. Namun begitu, aku masih bernasib malang kerana aku tersadung batu jalan dan menyebabkan kaki ku terseliuh. Aku melihat wajah Siti yang begitu risau. Dia memapah aku masuk ke dalam kereta dan mendudukkan aku di tempat duduk belakang. Dan perkara inilah yang paling aku tidak suka adiku Dayah memandu kereta. Ku lihat dia tersengih-sengih semasa mengambil kunci kereta dari tanganku. Sempat aku hadiahkan jelingan yang membunuh kepadanya sebagai amaran pandu elok-elok kereta aku. Aku memang tidak percaya pada skill memandu adik aku kerana dia pernah melanggar kereta orang lain semasa ingin keluar dari parking habis calar kereta aku. Dan sebagai ganti kerosakan yang di buat kepada kereta kesayanganku, aku menyuruhnya mengecat rumah sempena hari raya tahun lepas manakala aku dan bapaku bersenang-lenang membakar lemang. Abangku cuba menolong tapi aku melarang keras. Aku biarkan dia mengecat sorang-sorang. Kasihan juga aku melihat dia waktu itu, lucu pun ada kerana rambutnya penuh lekat dengan cat dan tidak boleh ditanggalkan. Akhirnya ibuku mengambil tindakan drastik dengan memotong rambutnya paras telinga seperti stail lelaki dan dia meraung kerana aku memanggilnya Dayat bukan Dayah. Walaupun dia sudah setahun memiliki lesen memandu tetapi skill memandunya memang teruk.

Sebaik sahaja sampai di rumah Siti membantuku masuk ke rumah dan mengurut kakiku. Apalah malang nasibku niat untuk keluar dengan tunang, sudahnya aku yang di jaga oleh tunang. Aku mendapat MC selama 2 hari kerana kecederaan kakiku.dan sepanjang dua hari itu Siti yang rajin menjengukku. Ibu pula seakan member ruang kepada kami untuk terus saling-mengenali. Kebaikan dan kesungguhan Siti menjaga aku sepanjang kaki ku terseliuh cukup membuatkan hatiku terharu. Dan sedikit-sebanyak dia telah berjaya mencuri hatiku. Aku mula merasa bersalah terhadap tunangku dan Cikgu Amy. Mereka merupakan dua orang wanita yang begitu baik kepadaku. Tapi tak mungkin aku akan memberitahu dia tentang statusku kerana aku tidak sanggup. Entah kenapa aku masih mementingkan diri dalam saat-saat begini. Kawan sekolah yang juga merupakan jiranku Fitri ada juga menjenguk aku. Sudah lama kami tidak berjumpa kerana kesibukan tuga masing-masing dan kebetulan kali ini dia pulang ke kampung semasa aku sakit. Mungkin inilah hikmahnya kakiku terseliuh. Banyak juga yang kami bualkan dari kisah masa sekolah hinggalah ke tempat kerja. Fitri memang seorang yang suka berceloteh. Apa saja yang keluar dari mulutnya mengundang tawa di hatiku. Sebaik sahaja kakiku sembuh aku pulang semula untuk meneruskan tugas mengajarku di Bilut.

Aku mengambil keputusan untuk menyepi dan menjauhkan diri dari Cikgu Amy demi menjaga perhubungan ku dengan tunangku dan juga hati Cikgu Amy sendiri. . Aku tidak lagi mengajaknya keluar. Aku juga tidak menghubunginya dan aku juga mula tidak menyambut panggilannya. Aku takut untuk terus melukakan hati dia. Dan aku harap dengan mengambil tindakan mendiamkan diri akan membuatkan dia tahu yang aku tidak mahu lagi kami terus berhubung. Namun begitu pemikiran aku salah kerana dia lebih terluka dengan sikap menyepikan diri aku.

Akhirnya dia mengajak ku keluar dan kami berjumpa di restoran makanan segera KFC.

"Kenapa Zul diam? Zul mengelak dari Amy ke? Amy ada buat salah ye? Pertanyaan yang tidak putus dari mulutnya membuatkan aku jadi kelu. Entah bagaimana dapat aku terangkan kepadanya supaya dia dapat memahami tindakan ku

"Maafkan Zul. Zul yang salah" akhirnya kata-kata itu terluah dari bibirku. Dengan penuh kepayahan aku memulakan bicara. Dan dalam nada yang tertahan-tahan aku cuba untuk memberitahunya tentang kedudukan yang sebenar. Aku lihat dia terkejut. Dengan keberanian yang tinggal sedikit akhirnya aku terangkan perkara yang sebenarnya kepadanya tentang kebisuanku dan tentang status ku sebagai tunangan orang. Aku melihat dia terdiam dan hanya memandangku. Aku menjadi semakin serba-salah. Sesungguhnya aku tidak mengharapkan pengakhiran begini dalam hubunganku dengan Cikgu Amy tapi apakan daya takdir penentu segalanya. Sepanjang perbualan kami dia hanya mendiamkan diri dan aku tidak mampu untuk memujuknya. Kata-kata maaf tidak terucap di bibirku. Hatiku terasa pedih melihat genangan air mata di tubir matanya.

Sejak dari itu Cikgu Amy menjauhkan diri dari ku dan aku tahu kenapa. Aku yang menjadi penyebab kepada kebisuan dan kesedihannya. Dia jadi muram walau tidak pernah dia memarahi aku tetapi kebisuannya lebih menyakitkan hatiku. Aku terima segala ketentuanNya.

Majlis perkahwinanku tinggal 2 bulan sahaja lagi dan ibu bapa ku di kampung sudah sibuk membuat persediaan. Aku bertanggungjawab untuk mengedar kad jemputan kepada kawan-kawanku. Sewaktu aku memberi kad jemputan kepadanya dia mengambilnya sambil tersenyum kepadaku. Segera kad itu di buka dia mengucapkan tahniah kepada ku.

"Maafla mungkin Amy tak dapat pegi kenduri Zul sebab masa ni Amy sibuk nak pindah rumah"

"Pindah? Ke mana? Aku bertanya dengan nada hairan

"Amy pindah sekolah ke kampung Amy. Nak duduk dengan keluarga pulak. Dah lama sangat merantau." Dia berkata dalam nada riang sambil tersenyum. Dan aku merasakan seperi satu beban berat yang menghempap kepalaku. Perasaan bersalah makin menghimpit dadaku.

"Mestilah ianya berpunca dari kumasakan dia sanggup melihat aku berbahagia dengan orang lain." Aku melangkah longlai ke mejaku. Keluhan berat ku lepaskan dan aku hanya memandang wajahnya dari jauh.

"Maafkan Zul" dan kata-kata itu terus bergema di dalam hatiku.

Di majlis persandinganku ramai juga teman-teman sekolahku yang datang bersama-sama ingin memeriahkan majlisku. Dalam kekalutan melayan tetamu, aku sempat menangkap kelibat Cikgu Amy. Dia datang bersama seseorang ke majlisku.

"Zul" sapaan itu menyedarkan aku dari lamunan. Suara itu cukup ku kenal, Cikgu Amy.

"Zul, Amy nak balik dah ni. Kenalkan tunang Amy , Ridwan. Abang ni cikgu satu sekolah dengan Amy, Cikgu Zul" aku berjabat tangan dengan Ridwan dan aku sempat lemparkan senyuman.

"Terima kasihla sebab sudi datang ke majlis Zul. Macam mana dengan pindah rumah?" aku bertanya.

"Dah selesai dah. Abang Wan tolong Amy pindah. Nanti datangla ke majlis Amy."

"Majlis?" aku bertanya untuk kepastian walaupun aku sudah faham makna majlis yang dimaksudkan Amy.

"Ye, Amy nak kahwin hujung tahun ni. Ingat nak pindah duduk dengan keluarga tapi pindah duduk dengan suami pulak." Katanya dengan suara yang ceria dan tertawa kecil.

"Tahniahlah" aku pandang matanya yang redup sebelum dia meminta diri untuk pulang. Aku melihat langkahnya hingga dia hilang dari pandangan

"Maafkan Zul" kataku di dalam hati. Dan aku menoleh dan merenung isteriku di sebelah.

"Kenapa abang? Isteriku bertanya mungkin hairan dengan renunganku. Aku membalas pertanyaannya dengan senyuman, lantas tangannya ku genggam erat.

"Maafkan abang" bisikku di telinganya. Dan dia memandangku dengan wajah hairan. Aku hanya tersenyum dan menarik tangannya ke arah tetamu yang ingin pulang. Semoga bahagia menjadi milikku.

Read More..