Cerpen : Sayang Abang

Cerpen : Sayang Abang
Nama Pena : WenWen



Orang tua kata, syurga dibawah telapak kaki ibu. Tetapi bagi aku, syurgaku adalah dari kasih abah. Kasih abah yang abadi, dan tiada tolak gantinya.
Dahulu, akulah anak kesayangan abah. Namun selepas kedua kakakku mengecapi kejayaan abah seakan2 menidakkan kehadiran aku. aku sering dibandingkan dengan kakakku. Kata abah, aku tak secerdik Kak Ila. Kak Ila pandai..itu..ini..
Semuanya telah berubah. Sama sekali sudah berubah. Aku bukan lagi anak kesayangan abah…

" kau nak makan apa dengan result macam ni?" sergah abah ketika abah melihat keputusan SPM aku.
" oklah tu bah.. 5 credit, boleh masuk U pun.. kalau tak pun boleh apply govt.."
" kau apply jadi cleaner pun tak lepas"
Aku tergamam. Sampai hati abah…
"cuba kau lihat keputusan kakak2 kau dulu. Straight A.. engkau? Apa dapat?" abah menyergah aku lagi.
Airmata aku menitis perlahan. Cepat2 aku lap.
" abah jahat! Abah tak sayang Awen lagi!!" aku meninggikan suaraku pada abah..
PAP!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan ku. Terketar2 jari abah. Aku mengelap kesan darah yang mengalir dihidungku. Perasaan benciku semakin meluap2.
" Awen benci abah! Awen benciiiii!" aku lantas mengambil beg sandang Body Glove yang dihadiahkan oleh abah sempena harijadi aku tahun lepas.
" Awen..Awen.." sayup2 kedengaran suara abah memanggil aku. Namun atas dasar ego aku terus berlari dan ingin melepaskan segala masalah.

Sehingga jam 12 tengah malam barulah aku kembali semula ke rumah. Aku sangkakan abah sudah tidur. Perlahan2 aku membuka pintu. Dan serta merta itu juga lampu ruang tamu terang berderang. Aku kaget.

"Abah.." abah sedang duduk di sofa. Tajam sekali matanya. Usai aku menutup pintu aku terus sahaja melangkah ingin meninggalkan abah..
" Duduk Awen. Abah ingin katakan sesuatu.." lembut sekali tutur kata abah. Namun sayang, aku memang seorang anak yang degil. Aku terus sahaja berlalu meninggalkan abah. Aku dengar abah mengeluh…


Jam 2 pagi aku terjaga. Terasa badanku sudah lencun dengan peluh. Aku berkira-kira untuk menuju ke tingkat bawah untuk meminum air.
Ketika kakiku melangkah ke anak tangga terakhir aku mendengar seperti suara tangisan. Sayup-sayup kedengaran. Aku cuba mencari dari mana arah bunyi tangisan itu. Aku melangkah ke ruang tamu dan aku melihat Abah.

"Abah?" Aku agak terkejut.. apa abah buat pagi2 mcm ni. Abah belum tidur lagi ker?
Aku menghampiri abah. Aku melihat seperti abah memegang sesuatu.
Bingkai Gambar!! Tapi gambar siapa?..
Aku melangkah lagi dan kini aku betul2 berada tepat dibelakang abah. Aku teragak2 untuk menegur abah. Tapi yang pasti tiada lagi suara yang kedengaran. Sayup2 tangisan dari abah juga sudah tiada.
Aku memegang bahu abah.
"Abah.." tiada sahutan. Aku memanggil lagi.
"Abah…Abah…" Buppp.. Abah jatuh.
"Abahhhhhhhhhhhhh!!!!!"

Di hospital…

Aku berdoa agar tiada apa2 yang berlaku kepada abah. Abah masih dirawat oleh Doktor Ravi. Abah kritikal. Itu sahaja yang Doktor katakan padaku tadi.
Ketika aku menyentuh bahu abah tadi, abah tiba2 jatuh dipangkuanku. Abah pengsan dalam tangisan apabila aku masih melihat titisan airmatanya yang tidak diseka. Abah tak pernah pun mengadu sakit dan aku tak pernah melihat abah dalam keadaan begini. Hatiku diruntun sayu dan seribu penyesalan. Abah…


1 jam berlalu..Aku belum lagi mendapat apa2 perkembangan dari doctor yang merawat abah. Ya Tuhanku..kau selamatkanlah abahku dari malapetaka. Aku berjanji jika abah kembali sihat, aku akan menjadi anak yang berguna untuknya. Akan aku taati perintah abah.. Kau selamatkanlah dia Tuhanku…

Tiba2 lampu merah padam. Dan Doktor Ravi keluar dari bilik pembedahan. Segera aku menerpa kearah doctor.

"Keadaan pesakit kritikal. Dia diserang stroke.."
Bagaikan halilintar kata-kata dari doctor sebentar tadi. Tak mungkin. Mungkin doctor silap.
"Tapi..dia tak pernah pun mengadu sakit doctor. Saya tak pernah lihat abah makan ubat atau apa2pun…" kataku kepada Doctor Ravi. Aku lihat Doctor Ravi angkat kening.

"Ok..lets me explain to you more detail. Sebenarnya ayah awak sudah lama berubat dengan saya. Dan selama ini dia menghidap penyakit darah tinggi yang kronik dimana jika tidak mendapatkan rawatan ia akn memudaratkan pesakit. Saya harap awak bertenang. Sentiasa berada disisinya. Berikan sokongan kepadanya selagi ada hayatnya. Buat masa ini, keadaan ayah awak memang kritikal dan keadaannya akan menjadi semakin lemah dan lemah… Hanya kita boleh mengharapkan keajaiban berlaku kepada ayah awak.." panjang lebar Doktor Ravi menerangkan keadaan abah. Aku seperti berada diatas angin. Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada aku sekiranya abah tiada… Oh Tuhan..sekali lagi aku memohon janganlah kau ambil nyawa abah..kau sembuhkanlah dia…

Aku menghampiri katil abah. Banyak wayar2 yang melekat diseluruh badan abah. Di kedua2 lengannya dicucuk jarum. Satu untuk memasukkan darah dan satu lagi untuk air. Hancur luluh hatiku melihatkan keadaan abah sebegitu. Kenapa abah harus terseksa begini. Tidak cukupkah penderitaan yang selama ini abah tempuhi?? Kenapa berat sangat seksaan untuk abah.. Aku menangis sepuas2nya disisi katil abah. Seribu penyesalan berebut2 menghantui tangkai jantungku kini.

Aku menyesal kerana melawan kata-kata abah.
Aku sering meninggikan suaraku kepada abah jika keinginan ku tidak dipenuhi oleh abah.
Aku kecewa kerana aku belum menunaikan tanggungjawap sebagai anak kepada abah. Abah inginkan aku berjaya. Abah tidak mahu aku hanyut dengan dunia remaja yang tiada hala tuju.

Ahh..aku memang anak yang degil. Aku masih ingat, kerana terlalu marahkan abah aku sanggup tidak memasakkannya sebarang juadah. Aku tidak pedulikan makan minum abah. Betapa derhakanya aku kepada abah. Aku tidak pernah pedulikan perasaan abah. Aku tak pernah mengambil kira walau sekumit pun kata-kata abah. Aku anggap abah suka berleter. Aku kira abah sudah bencikan aku. Ternyata aku benar2 silap.. Abah..maafkan Awen….

"Awennn…" begitu lemah dipendengaran.
Mataku terpisat2. lantas aku buka mataku luas2. aku seakan tidak percaya. Abah yang terbaring lesu malam tadi sudah terjaga dari lenanya. Abah dah sedar..

"Abah..abah dah sedar? Kejap ya bah, Awen pergi panggilkan doctor kejap. Abah tunggu tau, jangan tidur lagi ya bah…" aku lihat abah mengukir senyuman tipis. Setitik airmatanya mengalir. Lantas aku terus memanggil Doktor Ravi untuk memeriksa abah. Aku diarahkan untuk berada diluar sebentar. Aku menunggu dalam gelisah. Minta-minta abah sudah sembuh. Beberapa minit kemudian Doktor Ravi keluar. Dia tersenyum padaku.

"Doktor, ayah saya bagaimana? Dia dah sihatkan doctor?" aku terus menerpa Doktor Ravi dengan soalan2ku..
"Setakat ini saya hanya boleh mengatakan aya awak sudah melepasi tahap kritikal. Dan saya tidak menjaminkan kesembuhan beliau 100%. Ini adalah keajaiban."
"Syukurlah doctor… Yang penting sekarang abah dah sedar." Kataku dalam tangisan. Aku benar2 bersyukur.. nampaknya doaku dimakbulkan Tuhan. Terima kasih Tuhanku…

Aku berlari mendapatkan abah. Aku lihat sudah tiada wayar2 yang melekat diseluruh tubuh abah. Aku lihat abah senyum padaku dan aku terus memeluk abah. Sekali lagi airmataku tumpah. Aku menangis semahu-mahunya ditubuh abah.

"Awen..kenapa ni..? abah tak mati lagilah.." Abah masih ingin bergurau. Padahal abah tak tahu keadaan aku semalam bagaikan sudah ingin turut mati sekali dengan abah…
"Abah jahat..kenapa abah sakit tak pernah kasitahu pada Awen?" aku mengongoi seperti budak umur 5 tahun.
"Abah taknak Awen risau. Awen kan nak exam. Sekarang abah dah sembuh kan.."
" Abah..Awen janji Awen akan jaga abah. Awen akan jaga makan minum abah. Awen janji, Awen tak akan tinggalkan abah. Abah satunya harta paling bernilai buat Awen. Awen akan tunaikan tanggungjawab Awen kepada Abah.. Awen janji, bah…." Aku tersedu-sedu menuturkan segala janjiku kepada abah. Biarlahku hamburkan segala janjiku agar abah punya semangat untuk kembali sihat.

"Betul Awen nak jadi budak baik?"

Aku angguk.

"Janji takkan merajuk dengan abah lagi?"

Aku angguk. Berkali-kali aku mengangguk. Abah senyum. Abah seperti tidak sakit. Pandai betul abah menyembunyikan segala rasa dihatinya.
"Kakak kamu mana? Kenapa dorang tak datang?"
"Dorang kata sibuk, bah.. Tak dapat datang." Aku melihat airmuka abah berubah.
"Biarkan mereka bah.. Awen kan ada. Awen akan jaga Abah.." Aku memujuk abah. Aku tahu hati tuanya terguris dengan sikap kakakku. Aku lihat abah senyum.
"Dahla, bah..Abah rehat yer..Abah baru nak sembuh. Awen ada disini kalau abah nak apa2 ekk…" aku mengucup dahi abah. Lama. Segala kasih sayangku tertumpah disitu. Tiada tandingan kasihku pada abah.








Abah beransur pulih. Syukurlah.. Dan yang paling pasti akulah insan yang paling gembira dengan berita ini. Walaupun begitu, abah mengalami lumpuh separuh badan. Namun bagiku tidak mengapa. Aku lebih sanggup menjaga abah dalam keadaan apa sekalipun asalkan abah tidak tinggalkan aku. aku sudah tidak punya sesiapa lagi melainkan abah..

Kakak-kakakku yang lain, hanya sekali melawat abah di hospital sepanjang sebulan abah terlantar sakit. Alasan mereka sibuk. Kakakku yang sulung sibuk dengan bisnes spa yg baru beroperasi berapa bulan. Dan kakakku yang kedua bekerja di salah sebuah syarikat yang termuka. Mereka sangat bangga dengan kedudukan mereka sekarang sehingga sangup mengenepikan keadaan abah yang sakit.

Abah hari-hari bertanyakan bila kedua kakak ku itu datang menjenguknya. Aku hanya mampu memujuk abah untuk tidak terlalu memikirkan hal remeh itu namun aku tidak mampu untuk memujuk kedua kakakku yang degil itu.

Suatu petang….
" Hello.."
"Hello Sabrilla speaking.."
"Akak..Awen ni.."
"Emm..Awen. Apahal kol akak ni? Tak tahu ke akak tengah layan customer kat sini?" angkuh sungguh bunyinya. Kalau tak kerana duit abah, tak mungkin engkau berjaya seperti sekarang, bentak hati kecilku.
"Awen tahu.." balasku pendek.
"Dah tu??"
"Awen nak akak balik. Jenguk abah. Abah setiap hari tanyakan akak dan Ima."
"Bagitahu kat abah, akak sibuk. Akak tak dapat nak datang dlm masa terdekat nii.."
"Kejap jer kak.. Hujung minggu ni akak balik ekk..bawa kak Ima sekali. Kesian kat abah kak…." Sayu sekali hatiku menuturkan kata2 begitu. Aku kesal dengan sikap kakakku yang langsung tak fikirkan keadaan abah.
Akak tak janjilah..Akak benar-benar sibuk ni.. Tengoklah nanti.."
Tut..tut..tut..



Talian diputuskan. Aku melihat riak muka abah sudah berubah. Ada mendung terlukis diwajah tua itu. Ketika aku berbual dengan kakakku td, aku telah memberikan loudspeaker atas permintaan abah. Abah bilang, kalau kak Ila tak mahu datang sekurang-kurangnya rindu abah terbalas mendengar suara Kak Ila..

Aku mendekati abah. Aku pegang tangan abah. Abah hanya senyum. Aku tahu abah sedih.
" Abah..kita pergi jalan2 kat taman, nak?"
Abah mengangguk. Segera aku mengalihkan kerusi roda abah kemuka pintu. Perlahan-lahan aku menyusuri jalan2 disitu. Sudah ramai budak2 kecil yang bermain ditaman rekreasi tidak jauh dari rumahku. Abah tergelak kecil.

Aku dan abah duduk disebuah pondok yang berhadapan dengan tempat permainan kanak2. aku melihat abah ketawa kecil.
"Apa yang abah ketawakan tuu.." aku bertanya kepada abah. Terasa pelik sedikit aku kira.
"Lihat budak tu..Nakal.." lantas aku melihat pada kanak2 yang ditunjukkan abah. Aku juga turut ketawa melihat keletah kanak-kanak itu.
"Macam tu lah Awen dulu.. Nakal, degil, suka2 saja nak bermain..Bila abah nak bawa Awen balik, Awen menangis sampai terkeluar semua air liur hingus.."abah mengimbas kembali kenangan lama. Ya aku masih ingat. Akulah anak abah yang paling degil.
"Mana ade bah..Abah ni.."rengekku manja disisi abah. Lengan abah aku paut.
"Tengok..dah besar panjang macam ni pun masih nak bermanja dengan abah."
"Kalau bukan dengan abah, dengan siapa lagi Awen nak bermanja bah.."
"Awen cari boyfriend laa.." Aku terkedu. Pandai betul abah ni nak korek rahsia..
"Awen mana ada boyfriend bah.. Kawan ramailah…"
" Awen carilah sorang. Sampai bila Awen nak menyendiri begini. Awen nak membujang sampai ke tua kee…"
"Awen lebih rela membujang sampai ke tua, dari Awen terpaksa tinggalkan abah sorang2. Awen tak nak perhatian Awen berubah selepas berkahwin. Awen takut suami Awen tak memahami. Awen tak sangup lukakan hati abah lagi.. Awen sayangkan abah.." ada sendu dihujung kata-kataku. Aku lihat abah mengangguk.
"Abah..kita balik. Hari dah petang sangat ni. Nanti abah demam pulak." Kataku pada abah selepas lama abah mendiamkan diri. Apa yang difikirkan abah pun aku tak tahu.

Agak-agaknya abah terkenangkan kedua-dua kakakku. Mungkin dia teringat zaman kanak-kanak kami dahulu.

" dulu..Awen, Ila dan Ima, suka main kat taman. Selalu kamu adik beradik, suka keluar ke taman ni tanpa beritahu abah dahulu. Kak Ima kamu tu, dialah yang selalu mendukung kamu kesini.." Ahh..abah mengimbas kembali kenangan lama. Rupa-rupanya abah masih memikirkan Kak Ila dan Kak Ima..

"Kenapa abah kenang kisah lama? Awen kan ada.." aku agak berkecil hati. Walaupun aku berada dekat dengan abah, namun abah masih tidak berhenti dari memikirkan kedua kakakku yang tidak mengenang budi itu.

"Abah tahu..Tapi mereka juga anak abah. Abah rindukan mereka..Kenapa mereka lama tak jenguk abah? Mereka tak rindukan abah ke?" kata-kata abah meruntun tangkai hatiku. Ya, aku tahu abah sangat rindukan kedua kakakku. Namun..apa yang boleh aku buat?..

"Abah nak Awen buat apa bah..? Awen akan penuhi permintaan abah.."
"Abah nak, esok kita ke Bandar jenguk kakak kamu. Sebelum abah menutup mata abah nak berjumpa dengan mereka dulu.."

Menutup mata??!!

"Kenapa abah kata begitu?"
" Dah la..esok kita ke Bandar ya, nak.." Abah memujukku..
Aku mengangguk. Tanda faham. Dan aku terus membawa abah beredar dari taman.

Sesudah aku menjalankan tanggungjawap aku pada abah, aku mencapai telefon bimbitku. Aku ingin memaklumkan niat abah kepada kakakku. Aku harap kakakku itu menerima baik cadangan abah. Aku tak mahu abah tersinggung lagi. Aku ingin abah gembira.

Aku mendail nombor Kak Ila. Lama..tak berangkat dan akhirnya talian terputus sendiri. Agaknya Kak Ila benar-benar sibuk atau Kak Ila sengaja tidak mahu menjawap call dari aku.

Aku mendail pula nombor Kak Ima. Tak lama kemudian panggilan aku dijawap oleh seorang lelaki yang tidak aku kenali.

"Hello.."sapa suara dihujung talian.
"Hello..Kak Ima ada?"
"Ima sibuk layan I. U siapa?" Layan??!!
"err..erk..Saya..saya..adik dia, Awen.." jawapku tergagap – gagap.
Dan seketika aku mendengar suara membisik. Dan kurang jelas. Ada juga aku mendengar namaku disebut dan lepas itu suara Kak Ima menyapa.

"Awen..apahal kol akak nih? Tak tahu orang nak tidur ke??" Kak Ima seperti mengamuk. Aku seperti dipersalahkan kerana menganggu kerjanya yang sedang ‘melayan’ seseorang.
"Siapa yang jawap kol tadi tu akak? Kenapa dia kata akak tengah layan dia tadi? Akak sedang buat apa?"
"Kau kecik lagi. Tak tahu aper.. Dah..Dah..Straight to the point. Apa kau nak?"
"Abah dan Awen esok nak turun Bandar esok. Nak jumpa akak dan Kak Ila. Tadi Awen kol Kak Ila, tp tak angkat. Akak free tak besok?" Aku cuba menerangkan keadaan sebenar walaupun dihatiku terasa amat gusar apabila aku dapat menangkap suara erangan dari lelaki tadi.
"Laa…tak tahu ke yang akak ni sentiasa sibuk? Akak mana ada masa nak layan abah nanti? Kerja kat pejabat banyak yang menanti, ni nak tambah dengan kehadiran abah pulak?" Kak Ima merungut.
"Kak..abah rindu sangat dengan korang berdua. Takkan akak tak rindu kat abah pun? Biarpun akak dah berjaya sekarang jangan lupa dengan asal usul akak dahulu..Kalau tak kerana abah, Kak Ima takkan kecapi apa yang Kak Ima lalui sekarang ni.."
"Yelah..Yelah..Nak datang, datang ajerlah.. Tapi akak tak janji akak ada masa ke tak besok.." Klik..

Bagaimanalah aku hendak menerangkan keadaan kepada abah. Aku tak mahu abah kecewa.. Maafkan Awen, bah…



Keesokkan harinya, aku dan abah sudah bersedia untuk ke Bandar. Abah nampak riang sekali. Tak putus-putus abah mengusikku. Kata abah, muka aku macam Nora Danish..nanti kalau dah sampai kat Bandar mesti ada lelaki yang ikut aku balik rumah. Abah..abah..dah lama aku tak dengar abah begurau macam tu..

Lain benar abah hari ini.. Gembiranya bukan main. Dah macam rupa aku waktu kecik dulu. Takkan ada sesuatu kot… Abah..janganlah buat Awen risau bah..

"Awen..dah siap,nak? Jom lah kita berangkat sekarang.. nanti taklah kita lambat sampai disana.."
"Baik, bah.. Tunggu jap, Awen ambilkan kunci kereta.."

Perjalanan dari rumahku ke Bandar tidaklah mengambil masa yang lama. Hanya 1 jam setengah. Aku memandu berhati-hati kerana aku takut jika aku bawa laju abah akan mabuk. Aku lihat dari sisi cermin abah tak berhenti-henti senyum. Mungkin abah dah tak sabar untuk bertemu dengan kedua2 anaknya itu. Kalaulah abah tahu, mesti abah akan bersedih dengan kelakuan anaknya.

Aku membelokkan kereta ku kearah parking kereta. Aku dan abah sudah berjanji dengan Kak Ila dan Kak Ima untuk bertemu di Restoran Muara. Itupun mereka masih memberikan alasan yang sama. Sibuk!!

Susah payah aku mengangkat abah untuk duduk di kerusi rodanya. Nasib baik ada seorang pemuda yang sudi mengangkat abah. Aku hanya mengucapkan terima kasih padanya sahaja selepas dia menolongku tadi. Masih ada jugak insan yang baik hati.. Fikirku..

Aku menolak kerusi roda abah. Tidak begitu ramai pengunjung disitu. Aku memilih tempat dihujung bersebelahan dengan tingkap. Agar nanti abah dapat melihat kedatangan Kak Ila dan Kak Ima, itu kata abah.

Aku lihat abah asyik menilik jam dipergelangan tangannya. Sekejap2 abah mengintai dari balik tingkap. Resah benar hati abah. Kak Ila dan Kak Ima pun satu. Dah tahu janji pukul 10, sampai jam 11 pun belum datang. Kasihan abah.. Kalaulah abah tahu yang kedua anaknya itu sudah jauh benar berubah, mesti abah akan merasa sangat kecewa.

"Abah..kita makan dulu nak.." kataku pada abah.
Abah mengangguk.
"Nanti Awen ambilkan makanan untuk abah ye..Abah tunggu sini k.."
Lantas aku mengangkat punggung lalu menuju kearah buffet yang sudah tersedia disitu. Banyaknya lauk..guman hati kecilku.

Selesai aku mengambil makanan dan membayar di kaunter, aku lihat Kak Ila dan Kak Ima sudah sampai. Mereka duduk menghadap abah.

"Dah lama sampai kak?" aku sekadar berbasa basi. Meluat.
"Baru je sampai. Awen dan abah dah lama tunggu ke?" tanya Kak Ila.
"OO..Awen dah abah pun baru sampai. Pukul 10 tadi dah sampai sini. Agak-agaknya sekarang pukul berapa ekk.." Kak Ila menjelingku dengan mata yang amat tajam. Aku langsung tidak mempedulikan amarannya itu.

"Anak abah berdua ni sihat tak? Kenapa lama tak jenguk abah nak..?" Abah menyusun kata.
" Ila sibuk bah.. Bisnes Ila baru nak berkembang. Kalau Ila tak ada siapa nak jaga hal pejabat?" Kak Ila sudah memberikan alasan yang sangat bernas. Dan Abah mengangguk sambil tersenyum…
"Ima pun sibuk,bah.. Projek baru banyak masuk. Ima seorang yang handle."
"Kesian anak abah..kesihatan mesti terus dijaga. Jangan ingat kerja aje.. Tak sia-sia abah besarkan kamu berdua dulu.." Aku terkesima. Aku berpaling pada abah. Dan abah menepuk-nepuk tangan aku. Aku faham.
"A..ah.. bah, tak macam orang tu..SPM pun tak kemana, duduk je goyang kaki kat rumah.." Lantang sungguh kata2 Kak Ila. Aku berkecil hati. Abah tak pujuk aku pun.. Lantas aku hanya berdiam diri sepanjang mereka berbual-bual. Aku seperti tiada mood lagi menghadap muka kakakku yang hipokrit itu. Depan abah bukan main mereka taking care. Sedangkan selama ini, tak pernah sekali pun mereka bertanya tentang abah.

"Abah..Ila dah nak balik ni. Lagipun dah lama Ila keluar.."
"Ima pun begitu, Bah.."

Ketika didalam kereta, aku hanya berdiam diri. Abah pun. Aku masih berkecil hati dengan kata-kata kakakku td. Dan mungkin juga aku terasa hati kerana abah tidak memenangkan aku didepan kakakku yang hipokrit itu.

Aku masih belum boleh memuaskan hati abah ke?
Atau..
Abah inginkan mereka berdua yang menjaganya…
Atau..
Aku bukan anak pilihannya??

Abah..kenapa buat Awen macam ni. Awen bukannya nak apa-apa pun dari abah. Awen Cuma nak jaga abah sehingga diakhir nyawa abah. Biarlah Awen menyendiri sampai ke tua asalkan Awen sudah penuhi tanggungjawap Awen pada Abah. Aku merintih dalam hati. Airmataku perlahan2 menitis.

"kenapa Awen diam?" abah menegurku.
"Kan Awen tengah memandu ni, bah.."
"Abah tahu, Awen kecil hatikan td dengar Kak Ila kamu tu? Dah la,jangan merajuk lagi..Apa-apa pun Awen tetap anak abah yang paling comel…"
"Tapi..Awen tak sepandai Kak Ila dan Kak Ima kan, bah... sebab tu Abah tak menangkan Awen tadi kan…" Aku memprotes. Aku luahkan isi hatiku pada abah.
"Awen tetap anak abah. Biarpun Awen tak pandai, Awen tetap buah hati abah. Hanya Awen anak abah yang sanggup abadikan hidupnya untuk abah yang dah tua ni. Esok harijadi Awen kan.. Esok kita sambut sama-sama. Awen masak sedap2. nanti kita boleh jemput org kampong makan ramai-ramai.."
Aku tersendu. Jauh sungguh fikiranku menyimpang. Berdosanya aku pada abah..
"Tak payahlah bah..Cukuplah abah berada disisi Awen selalu.."
"Abah nak gembirakan hati anak abah nii..Abah hanya boleh berikan kenangan terindah buat Awen..agar nanti bila abah dah tak ada Awen boleh kenang saat manis ketika abah masih ada…."
"Abah nii…" Aku memuncungkan mulut.

Abah senyum. Dan selepas itu abah tidak berkata-kata lagi. Aku teruskan dengan pemanduan sehinggalah sampai dirumah. Aku memarkirkan keretaku di garaj. Aku membuka pintu rumah dahulu agar senang bagiku nanti mengangkat abah. Abah pula tidak memanggilku seperti biasa. Selalunya abah tidak betah duduk lama dalam kereta. Rimas katanya. Tapi kenapa hari ini abah nampak lain. Segera aku mengatur langkahku menuju kereta. Ketika aku membuka pintu kereta, abah sudah terjelepok jatuh.

Abah pengsan!!! Aku memanggil abah berulang-ulang. Aku gerakkan badan abah. Aku goncangkan tubuh abah agar abah sedar.
"Abah..jangan la main2 ngan Awen macam ni, bah… Abah sedarlah bah…Abah,abah sakit ke..biar Awen picitkan kepala abah yee..Abah lapar tak, Awen masakkan untuk abah yee..tapi janganlah abah tinggalkan Awen..Abahh…"
Aku terus-terusan merintih. Namun tak sekalipun abah sedar. Sehinggalah orang kampong datang menenangkan aku. mereka kata abah dah tiada. Tiada denyutan nadi pergelangan tangannya. Dan saat itu juga aku terjelepok jatuh. Abah dah pergi…

"Sampai hati abah tinggalkan Awen..Baru tadi abah kata Awen buah hati abah. Abah nak sambut harijadi Awen. Abah tak tunaikan janji abah..Awen belum puas untuk jaga Abah..Awen pernah janji bah, Awen nak jaga abah..tapi kenapa abah pergi dulu..Awen sayang abah..Abah…baliklah bah..Awen tak rela… Abahhh…" Emosiku menjadi tidak menentu. Aku bagaikan orang yang hilang akal. Aku tidak redha dengan pemergian abah..



"Tak payahlah kita sambut harijadi Awen bah..asalkan abah balik semula kepangkuan Awen.. Awen nak abah…Abah…." Aku terus-terusan merintih. Sehinggalah disaat abah dikebumikan aku masih tidak dapat mengawal emosiku. Dan kedua-dua kakakku menyalahkan aku diatas pemergian abah. Mereka kata aku tak pandai jaga abah..Abah terseksa. Dan mungkin juga rasa hormatku sudah tiada maka aku menampar mereka agar mereka sedar..

"PAP!! PAP!!" kedua-dua tanganku bertindak menampar 2 makhluk yang berada didepanku.
" Akak tahu tak..sepanjang abah terlantar sakit hanya nama kakak berdua yg disebut-sebut oleh abah. Abah menanggung rindu dalam kesakitan.Tak sekalipun kakak datang sini jenguk abah, biar sekejap pun.. Kakak mengejar harta dunia sedangkan abah yang membesarkan korang berdua dengan penuh kasih sayang korang lupakan.. Abah dah tiada pun akak masih tidak mahu mengaku kebodohan sendiri??!!" Aku meluahkan isi hatiku. Tak sedikitpun kata-kataku tadi dibalas oleh mereka…

Kini sudah 6 tahun abah pergi. Dan aku masih disini. Mencurah bakti ditanah sendiri. Abah meninggalkan aku sebidang tanah yang luas. Abah ingin aku berbakti pada tanah. Kata abah, kalau kita berbakti kepada tanah,hasilnya lumayan. Dan abah inginkan aku menjadi petani moden. Ya..aku sudah pun menjadi seperti yang abah inginkan. Aku berjaya walaupun tanpa abah. Tetapi aku pasti, jika abah masih hidup pasti aku akan lebih berjaya…
Kalaulah abah berada disini, dan betapalah aku sangat merindui abah.
Satu yang ingin Awen tanyakan pada abah..

Abah bangga tak dengan Awen??...

Read More..
 
Cerpen : Sesuci Kasih Munirah

Cerpen : Sesuci Kasih Munirah
Nama Pena : Shakira Johari

Munirah melepaskan keluhan.Dipicit-picit dahinya yang sedikit mencucuk itu.Tugasan perlu diselesaikan segera.Sesekali dia menguap panjang.Matanya terasa berat sekali.Hampir terkatup dibuatnya.Sudah tidak tertanggung lagi keasyikkan nafsu tidur ini.Lantas Munirah mengemaskan buku-bukunya yang berselerak di atas meja.Lalu melangkah laju keluar dari perpustakaan kampus.Suasana malam amat suram.Sesekali kedengaran bunyi burung hantu bernyanyi sana-sini menyebabkan bulu romanya sedikit naik.Tetapi terpaksa dia tempuhi juga.Dia mahu lekas pulang ke rumah,dia tidak mahu meninggalkan ibunya seorang di rumah,membuatkan hatinya bertambah gusar.Keadaan ibu semakin parah semenjak kebelakangan ini.Rambut ibu mula gugur.Sejak ibu disahkan menghidap tumour otak,hati Munirah tidak keruan,apa yang dibimbangkannya adalah kesihatan ibunya!Dia tidak mahu kehilangan ibunya,cukuplah dia kehilangan ayahnya yang tercinta pada tahun lepas kerana ayah kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid.Munirah masih trauma dengan peristiwa itu.Dia terlalu merindui ayah.Ayah telah banyak berkorban untuknya selama ini.Tetapi ayah pergi belum sempat dia membalas segala jasa ayah selama ini walaupun dia tahu dia tidak akan dapat membalas jasa ayahnya itu.Fikiran Munirah,tiba-tiba teringatkan Hafiz,rakan sekampusnya.Baru siang tadi,Hafiz melafazkan perasaan cintanya terhadap Munirah.Munirah hanya terdiam.Tidak mampu berkata apa-apa.Rupa-rupanya selama ini,Hafiz menyimpan perasaan terhadapnya!Tidak disangka,Hafiz yang selama ini dianggapnya sebagai abang,menaruh hati padanya.Munirah tidak memberi reaksi.Apa yang difikirnya sekarang hanyalah kondisi ibunya!Munirah tidak mahu lalai,tidak mahu lewa dalam menjaga ibunya.Soal cinta?Biarlah ditolak ke tepi dahulu.Bagi Munirah,tiada apa yang lebih bermakna selain ibunya.

Munirah melambai-lambai menyuruh sebuah teksi yang lalu di situ berhenti.Dia mahu pulang ke rumah dengan segera.Rasa keseraman mengalir di dalam urat nadinya memandangkan malam itu sungguh sunyi sekali.Munirah menaiki teksi yang telah berhenti di situ,lalu teksi Proton Saga itu meninggalkan kawasan luar kampus.



* * * * *

"Assalamualaikum,Irah."Satu suara menyapa Munirah ketika dia sedang asyik mengelamun di kafeteria,Munirah amat mengenali suara itu.
"Hai,awak."Munirah membalas lembut.Hafiz yang kini di depan matanya membalas senyuman Munirah.Anak mata teruna itu seakan-akan ikhlas memandang dirinya Munirah.
"Boleh saya duduk?"
"Duduklah."
Hafiz menarik kerusi perlahan.Dia duduk bertentangan dengan Munirah.Dilihatnya Munirah hanya diam seribu bahasa,tanpa sebarang bicara.
"Irah,kalau ada masalah,ceritalah dekat saya.Insyaallah saya akan tolong."Hafiz mengukir senyuman kecil,tidak mahu Munirah terus diam membisu.
"Atau awak marah ke yang saya cakap saya cinta awak?"Hafiz membuat andaian.
"Irah,saya ikhlas mencintai awak.Tapi saya tidak memaksa awak.Saya akan tunggu awak sehingga hati awak terbuka untuk saya."Begitu mendalam kata-katanya si Hafiz.Munirah mendongakkan kepalanya,memandang tepat ke anak mata Hafiz.Ah!Dia kalah apabila bertentangan mata dengan lelaki.
"Bukan Fiz,saya Cuma…"Munirah tidak dapat menyelesaikan ayatnya.Hanya tergantung begitu sahaja.
"Pasal ibu awak?"Hafiz memotong,membuat andaian.
Munirah tunduk semula.Tidak sanggup lagi ditatapnya wajah lelaki itu.
"Irah,segala apa yang berlaku,semuanya ujian,Irah kena banyak bersabar.Irah tak boleh terus menerus diam begini.Irah,Irah lupa ka?Segala bentuk ujian yang ALLAH datangkan kepada hambanya itu merupakan tanda kasih sayangnya."Hafiz mengingatkan Munirah yang dalam keadaan tidak menentu itu.Rasa kasihan terhadap Munirah yang yatim itu menebal.Alahai Munirah!Aku mengerti perasaanmu.Janganlah dikau menyiksa diri.Buruk padahnya.Kalau kau bersedih,aku juga bersedih.
"Terima Kasih,awak.tapi,saya tak mahu kehilanagan ibu saya,dialah satu-satunya keluarga saya yang tinggal."Munirah bersuara lembut.Tetapi tiada senyuman mengiringi kata-katanya.
"Saya akan selalu bersama awak."Hafiz membisik perlahan.Baginya,Munirah adalah segala-galanya.
Munirah hanya melemparkan senyumnya yang muram.Dia tidak mampu berkata lagi.Beku.Jika Hafiz benar-benar menyintainya,itu haknya,Munirah tidak mempunyai hak untuk menentukan cinta seseorang.Hafiz bangun dari kerusi,meminta izin untuk beredar membeli makanan seketika.Langkah Hafiz,diperhatinya Munirah.Hafiz,bukannya aku tidak mahu menerima cintamu,tetapi,keadaan yang masih belum mengizinkan daku berperasaan demikian.Fahamilah diri ini,Hafiz.Munirah melepaskan keluhan kecil.

* * * * *
"Hai,Irah….!!!"Satu sergahan singgah di belakang Munirah.Munirah menoleh ke belakang.Kelihatan,Sara sudah tersengih-sengih di belakangnya.
"Kau ni,tak tau bagi salam ke?"Omel Munirah melihat gelagat kawan baiknya Sara itu.
"Alaaa..yelah cik Munirah,Assalamualaikum.."Sara memperli.Dia mencuit perlahan bahu Munirah.
"Haaa..camtulah..waalaikumussalam….Eh,best balik melancong?"Munirah bertanya seakan-akan benar minat.Sara tersenyum.
"Best…huh..dapat release tension."
"Ehemm..tak ada onde-onde untuk aku ke?"Munirah menjeling.Sengaja mahu mengenakan sahabatnya yang sudah lama dikenalinya semenjak zaman persekolahan itu.
"Eleh…cukai orang je kerja kau ni yek?Adelah..mana boleh aku lupa kau,kita kan friends..hehe.."Sara mencubit comel pipi Munirah.Mereka bersenda seketika.Seketika kemudian masing-masing hanya tergelak kecil.
"Wey..aku dengar cerita,Hafiz mengaku cinta kat kau..Ehemmm..betulke?"Sara tiba-tiba mengutarakan pasal itu.Dia menjeling sindir kea rah Munirah.Munirah hanya sekadar mengangguk perlahan.Malas hendak membangkitkan kisah itu.
"Alaa..tak bestlah camni.Aku yang syok kat dia,kau pulak yang kebas.Tak adil betul!"Sara mencebik.Tidak puas hati betul!Hmmm..Tidak mengapalah.
"Irah,jangan marah,aku gurau je..aku ingat nak melawak tadi..sorry..Irah.."Sara mula perasan yang kata-katanya seperti ingin Munirah semakin jauh dari Hafiz.tapi itu memang kenyataan,Sara sudah meminati Hafiz semenjak tahun pertama lagi.Tapi,semua itu dipendamnya,kerana dia tahu yang Hafiz memang susah dimiliki.Hafiz terlalu menjaga maruahnya sebagai seorang lelaki.Hanya wanita yang bertuah sahaja yang mampu menawan hati lelaki itu.Tetapi,setakat ini,hanya Munirah yang menjadi tawanan hati Hafiz.
"tak delah,takkan aku nak marah kau kot.Aku faham kau."Munirah mengerti akan keadaan kawannya itu.Pernah satu masa dulu,Sara menghantar surat layang yang beirsikan surat cinta kepada Hafiz.Apabila hafiz mengetahui yang Sara menghantar surat itu,Hafiz hanya buat tidak tahu sahaja.Semenjak peristiwa itu,Sara segan hendak mengejar-ngejar lelaki itu lagi.
"Habis?"
"Habis apa?"
"kau terima tak cinta dia."Sara tersengih.Munirah menghembuskan nafas perlahan.Susah hendak dijawab.Tipu kalau dia tidak cintakan Hafiz,Hafiz bagi dirinya sudah lengkap,baik hati dan penyayang.Tetapi,untuk mengaku cinta di hadapan lelaki itu amatlah berat,kerana masih belum waktunya,Munirah harus menjaga ibunya yang sakit dahulu.Munirah tidak mahu mementingkan diri sendiri.Dia sayangkan ibunya.
"Aku tak beri jawapan lagi."Munirah menjawab perlahan.Pandangannya dialihkan ke luar tingkap.Angin petang sesekali menampar pipi gebunya.
"Apasal kau tak bagi jawapan lagi?Rugilah..Orang dah suka tu terima jelah.."Sara membalas lantang.Terlalu rugi baginya untuk menolak cinta seorang lelaki seperti Hafiz.Seperti mendapat tuah,lalu dilepaskan pergi.
"Sara,kau tak fikir ke?Aku kena jaga ibu aku.Aku lebih sayangkan ibu aku.Manalah tenang hati aku nak bercinta sedangkan fikiranku masih di tempat lain?"Munirah mengerutkan dahi.Mengharap pengertian dari kawannya itu.
"Oh..sorry,Irah,aku lupa pasal ibu kau.Aku tak terfikir langsung,maaf ya."sara terasa bersalah.Sepatutnya sebagai kawan baik,dia harus memberi semangat kepada kawannya itu,bukannya menambahkan lagi lukanya.Lebih-lebih lagi,sekarang ibu Munirah sudah terlantar di katil hospital,menghabiskan sisa-sisa hidupnya.Tumour ibunya Munirah sudah membesar.Amat sukar untuk diubati.
"Doktor kata ibu aku hanya bertahan dua bulan je lagi."Kelopak mata Munirah mula bertakung.Tidak sanggup untuk melafazkan ayat yang didengarinya daripada doktor yang merawat ibunya itu dengan telinganya sendiri.Munirah mahu menghabiskan masanya dengan ibunya itu di saat-saat akhir hayatnya.Kalau tidak Munirah akan kesal dan menyesal seumur hidup.
"Astaghfirullahalazim..Ya allah,betul ke?Munirah!"Sara terkejut seketika,tidak percaya dengan apa yang didengarinya dari mulut kawannya itu.Ibu Munirah baginya,sudah dianggap seperti ibunya sendiri kerana,ibu Munirah dahulunya selalu menghantar nasi lemak ke rumahnya,ibu Munirah seorang penjual nasi lemak dan ibunya juga berkawan rapat dengan ibu Munirah.Munirah mengangguk lemah.Air matanya tidak dapat ditahan lagi,kolam mata Munirah tumpah juga akhirnya mengenang kesedihan dan tidak lama lagi dia akan menjadi yatim piatu.
"Sabar,ya,Munirah.Aku pun tak percaya semua ni.Terlalu pantas.Sabar.Banyakkan berdoa."Sara mengurut bahu Munirah menenangkan si rakan karibnya yang sudah dianggap seperti kakanya sendiri itu.Esak tangisan Munirah kedengaran jelas.Sara juga tidak mampu menahan air mata,lalu tumpah juga.Matahari berlayar,senja berlabuh,cahaya matahari semakin menenggelam di ufuk barat.Bunyi bising luar kampus semakin berkurangan.Petang itu,air mata sahabat karib itu,senantiasanya mengalir.Sedih.

* * * * * *

Ibu semakin tenat,nafasnya turun naik,Munirah sudah membasahi separuh mukanya dengan air mata,matanya lebam akibat mengeluarkan air mata semenjak ibunya kelihatan sudah nazak benar sedari tadi.Munirah kaku tidak bersuara.Hanya esak tangisannya yang kedengaran.Tiada satu perkataan yang bisa diucapkannya ketika itu.Sara dan Hafiz juga setia berada di sisinya semenjak pagi tadi,Air mata Sara juga tidak berhenti mengalir.Sedih.Wajahnya Hafiz juga sedih melihatkan keadaan Munirah yang sudah tidak terkawal itu.Dalam nada tersekat-sekat,Munirah membacakan surah Yasin.Air matanya beberapa kali menitis di atas kitab suci Allah itu.Sara menenangkan Munirah.Dia mengurut belakang Munirah meminta rakannya itu bersabar.Munirah menggenggam tangan ibunya dengan erat.Mukanya sudah basah.Matanya sudah merah.Air matanya mengalir deras.Ibu seperti sudah nazak benar.Hafiz kemudiannya memanggil doktor,seketika kemudian,seorang doktor wanita berserta seorang jururawat masuk.Munirah bangun dari kerusi apabila doktor wanita itu sedang bertungkus-lumus menyelamatkan ibunya Munirah.Munirah hanya mampu melihat,tidak mampu berbuat apa-apa.Ibu sudah tenat benar.Sara meletakkan kepala Munirah di atas bahunya itu.Dia mengurut-urut kepala Munirah.Tangisan Munirah semakin kuat apabila melihat ibunya semakin nazak.Seketika kemudian,garis denyutan nadi di alat denyutan nadi itu,bergerak lurus.Ibu sudah tiada bernafas lagi!Doktor wanita itu tunduk menggelengkan kepala.Ibu sudah tiada!Jururawat mematikan segala alat-alat bantuan,lalu menutup mayat ibu dengan selimut perlahan-lahan.Munirah berlari mendapatkan ibunya yang sudah kaku itu.Dia mencium dahi ibunya buat kali terakhir.Sara juga mula beresak-esak.Hafiz tunduk.Hafiz memeluk perlahan,menenangkan Munirah yang seperti histeria itu

* * * * * * *

"Munirah,bagaimana sekarang ini?"Hafiz bertanyakan tentang hubungannya dengan Munirah sekarang ini.Munirah menoleh.Mengambil nafas.
"Fiz,saya bukannya tak cintakan awak,Cuma,ibu saya baru meninggalkan saya enam bulan,rasanya seperti kematian ibu baru berlaku semalam."Munirah memandang wajah Hafiz.Dia tahu Hafiz amat mengaharapkan cintanya.Hafiz melepaskan nafas.
"Saya faham keadaan awak."
"Tunggulah sampai kita tamat belajar nanti,Fiz.Selepas itu,kita bolehlah bincangkan hal ini."Munirah mendekati Hafiz.Melemparkan senyuman kecil kepada teruna itu.
Hafiz membalas dengan senyuman kecil.Dia sanggup menunggu Munirah,walau berapa abad lamanya.Cintanya sekarang hanyalah pada Munirah,tiada yang lain bertakhta di hatinya.Munirah berlalu,setiap berlalunya langkah Munirah,Hafiz perhatikan.Cintanya terhadap Munirah semakin mendalam.Baginya,Munirah sudah mempunyai segala cirri-ciri yang dikehendakinya dari seorang perempuan.Hafiz mengalih pandangan.

* * * * * * *

3 tahun kemudian……

Bunyi muzik riuh sana-sini.Makcik-makcik yang menjaga di bahagian belakang,sibuk memasak,membasuh pinggan.Yang lelaki sibuk memotong daging.Ada yang menghias-hias meja tetamu.Sementara itu di bilik pengantin,
"Wahh,akhirnya,kahwin jugak kau dengan Hafiz ye."Sara bersuara sambil membetulkan solekan pada muka Munirah.Munirah nampak ayu dalam busana songket pengantin berwarna kuning,melambangkan raja sehari.Munirah tersenyum simpul,hari bahagia datang jua akhirnya,sebentar lagi,keluarga Hafiz,rombongan pengantin lelaki tiba,mak andam,sibuk menghias-hias diri Munirah.Dipakaikannya gincu,celak,aksesori rambut.Sara selaku ‘kawan baik’juga ingin menyempil sekali.
"Eh,kau jangan usiklah..aku dah solek elok-elok ni."Mak andam bersuara melihat telatah Sara yang dari tadi hanya meng’komplain’ solekannya.Dia mak andam,tahulah dia menyolek pengantin.
"A’ahh..kau ni,kesian mak andam."Munirah cuba berjenaka.Sara mencebik.
"Haaa..yelah..Aku tahulah aku ni tak pandai solek..isk..isk..nak ngajuklah.."Sara memperli.Seketika kemudian mereka ketawa.Lucu agaknya.
Beberapa minit kemudian,ibu Sara masuk,wajahnya pucat,seperti sesuatu telah berlaku,dengan tergesa-gesa dia mendapatkan Munirah.
"Ira,Ira kena banyak bersabar ya…"Ibu Sara bercakap tergesa-gesa.raut wajah Munirah berubah.
"Kenapa makcik?"
"Hafiz,kemalangan,dia meninggal…."
Bagai halilintar menyambar.Segala istana impian berkecai..Hari persandinagn menjadi hari kematian bagi suaminya yang baru diijabkabulkan dengannya pagi tadi.Bunga yang dipegang Munirah terlepas ke lantai.Sara kaget.wajahnya pucat.mak andam mengucap panjang.Munirah berdiri,langkahnya perlahan.Mengapa kejutan begini terus-menerus menerjah hidupnya?Beberapa langkah perlahan,Munirah rebah ke lantai dengan lemahnya yang mana di dalam dirinya sudah tertanggung terlalu banyak penderitaan.


~Tamat~

Read More..