Cerpen : From russia with love

"bie,yayang rindu bie. Yayang tak sabar-sabar nak balik Malaysia laa..huhu..bila lah nak musim panas ni."
"sabar lah sayang. Lagi beberapa bulan je ni. Yayang belajar lah elok-elok ye. Nanti balik Malaysia boleh lah enjoy puas-puas. Yayang, bie nak smbung belajar dulu ye. Nanti bie da sudah, kita skype OK? Tata sayang..I LOVE YOU SO MUCH".
Tuutt…nada telefon diletakkan kedengaran.
Balqis melihat skrin komputernya dengan hati yang sedih. Belum puas lagi dia berbual-bual dengan kekasih hatinya,namun dia memahami keadaan Qushairy yang sentiasa sibuk dengan pelajaran. Balqis melayan perasaan rindunya terhadap semua yang ada di Malaysia, tanah kampungnya. Terasa amat berat rindu yang mengasak jiwanya belakangan ini. Namun bagaimana caranya untuk mengubati rasa rindu yang kian kronik ini. Tak pernah lekang dari dugaan. Terkadang ada berita gembira yang mahu dikongsi bersama,namun yang tinggal hanyalah ucapan serupa dari mulut insan yang sama…BIE BUSY SAYANG…Qushairy seorang pelajar akaun dari university terkemuka tempatan,terpilih untuk berada dalam trek pantas yang mana setiap pelajarnya mempunyai bebanan dua kali ganda berbanding pelajar biasa. Balqis faham itu, tapi mana mungkin menghadap buku semata 24/7.Habis dia macam mana. Sebagai pelajar perubatan, sudah tentulah Balqis jauh lebih sibuk. Balqis sebal. Sudahlah keluarganya juga sibuk sentiasa, buah hatinya pun sama. Pembetulnya, Balqis rela bersendirian melayan kegembiraan malah kesedihan sendirian.
ALLAH,tabahkanlah hati ini. Aku percaya KAU maha mengasihi hamba-hambanya dan sentiasa mahukan yang terbaik buat umatnya yang beriman. Begitulah Balqis berdoa setiap kali selepas solat. Balqis teringat pesanan kakak usrahnya;" if I asked for strenght, ALLAH gave me difficulties to be strong". Dia lekapkan amanat itu di hatinya supaya masih boleh bertahan dia terhadap ujian itu. Dia percaya adanya hikmah terselindung di sebalik semua yang dia hadapi. Dia juga sedar terpilihnya dia untuk melanjutkan pelajaran di bumi Rusia ini memang ada kebaikan walaupun terpaksa berjauhan. Andai jarak itu ditentukan ALLAH sebagai medium perantaraan antara mereka,Balqis terima dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya,mereka dapat mengelakkan diri dari maksiat. Maaf ya, bukan maksiat itu, tapi setakat berpegang tangan sudah terkelompok sebagai maksiat. Balqis sangat bersyukur.

++++++++++++++++++++++++++++

Buku-buku di atas meja masih tidak disentuh. Kertas-kertas nota leksi masih bersepahan di sana-sini. Langsung tidak tersusun. Cawan kopi semalam,masih tegak di situ,tidak berbasuh. Kalau ditengok dek orang, sahlah dikutuk masak-masak seperti bukan anak dara yang punya meja. Balqis sedang terbaring lesu di atas katilnya. Komputer ribanya terpampang di hadapannya. Berat terasa kepala Balqis. Anis yang melihat turut merasa simpati. Sebagai seorang teman sebilik, Anis segera memberi Balqis paracetamol untuk melegakan sakit kepalanya.
"kau ni kenapa Qis. Macam orang mati laki pun ada aku tengok? Ada masalah ke ngn Qushay tu?"
" Aku rindu la Anis. Dahla semalam aku try call ibu aku, tp xdpt. Frust tau aku. Pastu aku call Qushay, dia x angkat pun. Siap off handphone lagi. Aku tak tahulah kalau dah habis bateri, tapi susah sangat ke nak cas semula?"
" terganggu sangat ke kalau aku call dia Anis. Kalau aku call sekejap sekadar nak hilangkan rasa rindu ni, membebankan sangat ke? Kalau ya, kenapa beria-ia nakkan aku dulu".
" Ala Qis, dia tu busy selalu kan. Kau kata dia ada final exam beberapa minggu lagi. Chill la. Lagipun kan dia dah apply nak sambung CPA dia tu di Australia, jadi kau kena lah sokong dia. Kalau dia tahu kau macam ni, tentu lemah semangat dia nanti".

+++++++++++++++++++++++++

Balqis hanya mampu tersenyum, membenarkan kata-kata Anis. Hakikat yang pasti, Anis tidak tahu apa tersirat dalam hati Balqis. Balqis cemburu melihat Qushairy belajar bersama-sama kawan-kawannya yang hampir semuanya perempuan. Siap boleh pergi keluar makan bersama-sama. Pernah sekali, Qushairy berkata dia pergi belajar dengan kawan di kampus, tapi, setelah diselidik, barulah dia mengaku yang mereka pergi ke pertunjukan belon udara panas di Putrajaya. Bukan tidak boleh,silalah bergembira dengan kawan-kawan itu,releaselah tensi, tapi seberat batu apakah yang menimpa mulutnya untuk memberitahu Balqis tentang itu. Benar, Qushairy belum menjadi suami yang sah buat Balqis,tapi,salahkan untuk menyampaikan niat untuk berhibur sekejap,sekadar menyedapkan hati Balqis,yang dikatakan kekasih hati kononnya itu. Bukan untuk menunjukkan kuasa queen control, tp setidak-tidaknya memujuk hatinya yang sentiasa berduka. Akhirnya Balqis menyimpan perasaan sedihnya sendiri sekali lagi.
Sebagai salah seorang peserta percintaan jarak jauh ini, Balqis akur tentang dugaan-dugaan yang datang bertandang. Sungguh mencabar. Hati mana tidak tersentuh melihat pasangan lain bergembira bersama melalui kehidupan suka duka. Hidup sentiasa melengkapi satu sama lain. Biar belum ada ikatan halal itu, tapi mereka tetap bahagia,hidup saling bergantungan. Mana yang lebih baik, ada antara mereka yang akan berkahwin. Balqis sakit hati. Bukan sakit hati kerana kebahagiaan mereka, tapi sakit hati kerana perlu cemburu dengan mereka. Insane tersayang ada di samping selalu.

+++++++++++++++++++++++

Peperiksaan-peperiksaan dan pelajaran Balqis telah mula terumbang-ambing. Kenangan-kenangan telah sekian lama bermain-main dalam kotak memorinya. Terkadang air matanya gugur jua
"ALLAH,tolong redakan hatiku yang gundah ini YA ALLAH. Kau kuatkanlah hatiku supaya dapatku melepasi ujianMU ini dengan tabah. Hatiku merinduinya setiap hari".
"jika beginilah rinduku padanya, aku pasti rindunya padaMU YA ALLAH juga sekuat ini. Kau tingkatkanlah keimanannya.Tidak mahu aku labuhkan cinta kepada orang yang lupa tentang siapa penciptanya,tentang tanggungjawabnya terhadap agama syumul ini..aamiinn". Balqis bermonolog dengan Tuhannya
Semenjak perkenalan Balqis dengan Qushairy semasa masih dalam tingkatan empat di sekolah yang sama dulu, memang telah tertanam niat di dalam hatinya untuk mengubah Qushairy menjadi seorang insan. Seorang manusia berguna. Manusia yang ada hala tuju dan wawasan dalam hidup, cemerlang dunia dan akhirat. Sejak itu, Balqis terus-terusan cuba memujuknya untuk tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Biar pada masa itu mereka berhubung melalui khidmat pesanan ringkas yang mana tidak dibenarkan digunakan dalam kawasan sekolah. Tapi bagi Balqis, hukum manusia,manusia biasa sepertinya yang menggubah.tapi hukum ALLAH,tidak akan ada seorang pun mampu mengubahnya. Niatnya pegun. Qushairy pula telah mula menunjukkan perubahan-perubahan positif. Dia mula menjaga setiap waktu solatnya,Al-quran sudah menjadi teman dan Balqis sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada pencipta. Sesungguhnya dia mahukan perubahan itu berterusan, bukannya hangat-hangat tahi ayam dan usahanya, dia rasakan memang tidak sia-sia.
Balqis mula tertarik pada diri Qushairy. Tambahan pula Qushairy merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah tentulah dia sudah biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang. Sememangnya dia seorang yang berani, tegas, tetap pendirian dan sangat berdikari. Itulah apa yang mengikat hati Balqis kepadanya. Qushairy pula sejak awal perkenalan,memang dia telah mula menyucuk jarum, tapi Balqis cuma buat muka sepuluh sen, tidak melayan. Memang, Balqis jual mahal orangnya. Setelah dua tahun berlalu barulah Balqis terima Qushairy. Itu pun setelah Qushairy mengaku bahawa Balqis hadir dalam mimpinya setelah dia berdoa kepada ALLAH di tanah suci Raudhah semasa menunaikan umrah beberapa tahun dahulu. Terusik hati Balqis,maka mendapat tempatlah Qushairy di hati kecil Balqis. Itupun selepas diletakkan satu syarat yang mana Qushairy mesti berjanji untuk menjadikan Balqis teman hidupnya pada suatu hari nanti. Bukan apa, Balqis tidak mahulah dirinya dijadikan mangsa permainan cinta entah apa-apa dari lelaki entah siapa-siapa. Tepatlah kata paradigma islam dahulu, wanita ibarat buah epal di atas pokok. Lagi tinggi buahnya,lagi tinggi nilainya,lagi susah untuk dicapai.

+++++++++++++++++++++++

Balqis terus menghubungi Qushairy sejurus selepas pulang dari kampus yang tidak jauh dari pangsapuri kediamannya. Betapa gembiranya hati Balqis mendengar suara lelaki kesayangannya itu
" Hai Bie!!..Yayang rindu sangat tau kat Bie.Bie ni sombong tahu! Sudahlah busy je memanjang. Sibuk mengalahkan orang yang belajar medic".
"hehe..Bie pun rindu kat Yayang la sayang. Tapi Bie memang busy. Banyak sangat kerja kena siapkan. Lagipun Bie tak ada kredit nak mesej Yayang.Internet ni dah la mcam gampang,Bie nk call guna internet-call pun susah. Geram tahu!nasib baiklah Yayang call ni. Kalau tak, Bie ni dah tak tenteram dah,Yayang".
Hati Balqis gembira tak terkata tatkala mendengar suara itu. Dan mereka pun berbual-buallah, bercerita macam-macam,melepaskan rindu masing-masing. Sebelum menamatkan talian, Balqis sempat bertanyakan Qushairy alamat rumah sewanya dengan alasan ada kawan yang juga tinggal di Shah Alam mahu bertandang ke rumah untuk kirimkan barangnya. Balqis juga sempat meyakinkan Qushairy tentang tarikh kepulangannya ke Malaysia adalah pada tarikh hari lahir lelaki kesayangannya itu. Akhirnya talian diputuskan dan Balqis menguntum seulas senyuman nakal penuh makna, penuh isi tersirat. Ada agenda tersendiri yang telah Balqis atur untuk memberi kejutan kepada lelaki yang bertakhta dihatinya itu.
Jari-jemari Balqis ligat bermain-main di papan sentuh komputer ribanya. Matanya melilau-lilau ke kiri ke kanan membaca data-data elektronik yang tertera pada skrin. Mulutnya sekejap-sekejap tersenyum. Dahinya tak sudah-sudah berkerut. Anis yang setia pada bukunya pelik melihat sahabatnya itu. Sudahlah tak belajar, sempat pula nak main-main komputer.
"Wei Qis, kau ni kenapa? Dari tadi macam orang gila aku tengok. Dah dah lah tu. Pergi belajar. Esok ada ujian anatomi kan.cepat off laptop tu!".
"Ala Anis.sekejap je. Aku nak cari kek Black forest untuk Qushay aku la…nak order,pastu sekali dengan penghantaran.dia suka kek tu. Tak lama lagi ulang tahun kita orang yang ke-3. Aku ingat nak bagi dia surprise.hehe..tadi aku dah mintak dia alamat rumah dia kat Shah Alam tu!".
"Oh!haha.. apa-apalah Balqis ku sayang. Tapi jangan lupa study tahu!esok tak pass exam anat tu baru padan muka kau!".
"Baik boss ku Anis!.tapi lepas ni aku nk tulis surat kat dia pulak tau.surat cinta. Esok kau boleh teman aku pergi pochta kan? Aku nak poskan surat cinta aku nanti."jawab Balqis sambil ketawa mengekeh-ngekeh.
"okay okay…cepat buat benda tak berfaedah tu..lepas ni belajar!faham x budak?."

++++++++++++++++++++++++++

25 Mei 2008,sebuah Satria Neo hitam muncul di hadapan rumah sewa sekumpulan pelajar UiTM Shah Alam.
"Assalamualaikum, ni rumah Encik Qushairy? Ni ada kiriman istimewa dari jauh. Bau macam sedap".
"Waalaikumussalam, ya saya la Qushairy.kiriman? Oh,baik,baik. Terima kasih".
Sebiji kek Black Forest.Terselit sekeping kad comel pada tepi kotak kiriman itu;
‘Selamat ulangtahun ke-3 bie.
From Russia with love, yayang.’
Qushairy lantas memandu keluar mencari pusat WiFi di sekitar Shah Alam untuk menghubungi insan kesayangannya. Dalam hatinya cuma ada satu; terima kasih sayangku Balqis!Bie sayang Yayang!.
Restoran Starbucks di seksyen 9 menjadi pilihan. Setelah melabuhkan punggung di satu sudut , Qushairy segera mengakses internet di komputer ribanya, mancari link internet-calling, dan mendail no telefon Balqis. Namun,tiada jawapan darinya. Dua tiga kali mencuba,tetap sama sunyi,tiada suara di hujung talian.Qushairy cuba pula menghubungi Anis, teman sebilik Balqis.
"helo, assalamualaikum. Anis ya.Balqis mana ya? Qushairy sini. Dah cuba call dia tadi tapi takde orang jawab.Ni, nak bagitau Balqis kek dia kirim tu, Qushay da terima.Cantik!.nak ucap terima kasih kat dia. Terharu sangat. Boleh tolong panggilkan dia sekejap, Anis?."
Dari jauh,tidak kelihatan mata kuyu Anis yang telah basah. Mata galak itu telah dicemari air mata kesedihan yang tidak terbendung. Anis senyap di hujung talian.
"helo,helo Anis. Ada tak tu?"
Anis terasa bersalah untuk bercakap. Dia macam dalam dilema. Tersepit antara mahu cerita perkara sebenar atau diamkan sahaja. Akhirnya atas dasar tidak sampai hati untuk merahsiakan dari pengetahuan Qushairy, Anis beritahu jua.
"helo,Qushay. Anis ada ni". Anis memulakan bicara dengan nada yang sebak.
"Qushay, sebenarnya ada hal Anis nak bagitahu ni. Tapi Anis nak Qushay sabar ye. Apa yang Anis nak cakapkan ni mungkin sesuatu yang tak patut Qushay terima,tapi ini lah takdir ALLAH."
"takpe takpe,cakaplah Anis. Qushay dengar aje ni."jawab Qushairy dengan teruja.
" Qushay, semalam Balqis masuk hospital. Dia pengsan masa dekat kampus. Pihak universiti terus bawa dia pergi hospital. Masa tu, doktor cakap keadaan Balqis dah kritikal. Peluang untuk hidup pun tinggal dua puluh peratus. Doktor sahkan Balqis ada tumor dalam otak, Qushay. Qushay, Anis minta maaf sebab tak jaga Balqis sebaik mungkin. Selama ini, dia mengadu sakit kepala, Anis cuma beri dia paracetamol je. Anis tak pula terfikir nak ajak Balqis jumpa doktor. Anis minta maaf sangat sangat. Pagi tadi Balqis dah tinggalkan kita semua selama-lamanya. Dia dah tak ada Qushay. Tak ada!." Jawab Anis dalam suara yang sudah disertai sedu-sedan.
Qushairy terkedu. Mati segala percakapan. Terasa bak tangkai jantungnya disentap rakus. Rasa seperti nyawanya dicabut sesaat. Matanya mula menerbitkan kolam-kolam air mata sendu. Talian dengan Anis telah diputuskan. Seraya Qushairy menyebut nama wanita kesayangannya perlahan-lahan. Perasaan sedih sudah menguasai dirinya. Dia lantas mengemas komputer ribanya dan bangkit cepat-cepat menuju ke kereta dan menghidupkan enjin. Pemanduannya seperti orang hilang arah akhirnya berjaya juga dituju ke destinasi. Setibanya di rumah, salah seorang teman serumahnya menghulurkan sepucuk surat yang baru diterima semasa ketiadaan Qushairy. Bersetemkan Russian Federation. Hanya satu dalam fikiran Qushairy.BALQISku

"Bie ku sayang,Qushairy..
Terima kasih kerana sudi menjawab panggilan Yayang kali ini. Sudah lama Yayang tahan rindu ini. Yayang saja tulis surat sebab kalau Yayang e-mail atau chat, mesti Bie tak sempat nak melayan Yayang.Akhirnya Yayang juga yang kena pujuk diri sendiri. Tapi takpe pun. Yayang dah biasa dah. Bie tu bukan tau pun macam mana nak pujuk Yayang..hehe..:P..tak adalah, Yayang gurau je.
Bie, tadi kan, Yayang sengaja tipu Bie tau..Yayang minta alamat rumah Bie.hehe..sorry sayang.Yayang kata ade kawan Yayang kat Shah Alam nak jumpa Bie kan, sebenarnya Yayang minta sebab nak bagi b surprise cake ni.orang delivery tu minta alamat rumah.Tadi dalam telefon, Bie kata Bie teringin nak makan Black Forest kan, dah, Yayang dah carikan kek untuk Bie. Nanti kalau Bie dah terima, Bie telefon Yayang tahu!.Yayang nak dengar suara gembira Bie lagi. Ok lah Bie. Bie belajar lah dulu. Bie busy kan. Mesti exam memanjang.Bie doakan Yayang sentiasa sihat di sini, belajar ok dan paling penting, doakan kesejahteraan kita berdua dunia akhirat.
Kirim salam mama,ayah dan adik beradik Bie.kalu terjumpa adik Yayang kat Mid valley tu, bagitahu dia yang Yayang suruh belajar, balik hostel. Jangan asyik nak habiskan duit ibu abah je..hehe..tunggu Yayang balik 25 Jun nanti..:)

Yayang,
Balqis..020408"

Begitulah isi kandungan surat dari Balqis untuk Qushairy yang ditulis genap sebulan dari tarikh penerimaan kek tempahan istimewa darinya. Qushairy yang sudah tak tertahan sebak, terus mengalirkan air mata lelakinya. Padanya tidak perlu rasa malu untuk menangis kali ini. Air mata yang ini tidak akan mengalir jika peristiwa menyedihkan ini tidak akan berlaku hari ini. Tidak ada kerendahan ego seorang lelaki yang terang-terangan mengabaikan perasaan kekasih hatinya. Namun,hanya Qushairy yang tahu isi hatinya sendiri. Tidak siapa tahu betapa sayangnya dia kepada Balqis. Tidak perlu dia kisah apa orang lain kata tentangnya. Cuma satu, Balqisku sayangku.
Qushairy menghidupkan enjin kereta semula,menuju ke tempat mereka selalu merehatkan minda,tempat mereka berdua berjoging bersama. Dalam fikiran Qushairy kini hanya ada kenangan-kenangan lalu yang sudah pasti tidak akan dating kembali.lagu-lagu kegemaran Balqis terpasang di corong radio kereta. Air mata Qushairy mengalir lagi. Hatinya teramat sedih.sesedih lagu kegemaran Balqis, sieze the day nyanyian avenged sevenfold; ‘seize the day or die regretting the time you lost its empty and cold without you here too many people to make over’. Dan seluruh liriknya memang menyentuh lubuk hatinya, menyebabkan Qushairy benar-benar mahu menukar stesen radio. Dan pada saat itu, sebuah lori yang dipandu laju datang dari belakang dan menyodok belakang kereta Qushairy yang dipandu perlahan itu. Dalam sekelip mata kereta Qushairy terdorong ke tengah jalan dan dilangggar oleh sebuah lagi kereta mewah dan bammmm!!!!....

020508….tarikh kedua-dua pasangan Qushairy dan Balqis meninggalkan dunia buat selama-lamanya, meninggalkan seribu kenangan dan impian yang tidak mungkin dicapai lagi…

Read More..
 
Cerpen : Istana Kristal

Sungguh ku harap matahari itu menyinar terang hingga tiba saat ia tenggelam di ufuk barat namun manusia ini hanya mampu merancang tapi takdir tuhan menentukan segalanya kerna mendung itu selalu ada dan akhirnya membawa hujan lebat yang entah bila kan berhenti. Andai itu takdirnya hidup ini, ku cuba menerimanya dengan tabah. Ayah, tindakkan mu benar-benar menghancurkan jiwa kecilku. Memusnahkan hati yang masih tandus. Keresahanmu ibu benar-benar memukul perasaanku. Tidak henti airmata ini mengalir saban malam ketika embun mula bertaburan. Sungguh hati ini sakit. Ku cuba mencari penawarnya namun dimana ia. Duniaku terus diwarnai kegelapan. Cahaya itu bagaikan begitu jauh dariku. Aku ada ibu, ada ayah, tapi aku merasakan diri ini tetap keseorangan. kesepian. Rumah tangga yang sekian lama dibina menjadi suram. Aku merintih. Cuba menagih kasih yang hilang. di sisiku menjelma insan-insan yang tidak pernahku kenali. aku tidak berdaya. Aku terlalu lemah. Tubuh kecilku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat hancurnya istana kristalku.istana kristalku yang cantik di pandangan tapi berderai dek hentakan

Terlalu ramai yang hadir menghulurkan kasihnya buatku, namun ku tolak bulat-bulat. Aku tidak mahu bermain dengan buih-buih sabun. Kelihatan cantik dipandang tapi hanya seketika Cuma. Suatu detik ia akan pecah. tanpa aku sedar, aku menjadi musuh cinta. Cinta di dunia ini tiada ertinya buatku. Jika rasa sakit yang menjadi balasannya. Aku tidak sanggup.

Sudah terlalu lama dia hadir dalam hidupku. Selalu ingin mencuri perhatiaanku. Walaupun tidak pernah ku hiraukan. Namun dia manusia gigih. Makin jauh kakiku berlari makin hampir dia mengejar. Dia bagai tidak mengerti. Aku tidak mahu memberikan harapan palsu pada dia yang bernama Zakrul. Zakrul mengertilah aku insan yang kalah dimedan kasih. Adakah perlu aku terus berjuang sedangkan aku sudah kalah sebelum berperang. Fahamilah hati ini sudah terlalu sakit untuk dicalarkan. Jangan kau calarkan lagi ia. Biarkan aku melangkah tanpa perlu kau menghulurkan tanganmu padaku. Ku pasti aku mampu walaupun sendiri.

"hani, sudikah kau menjadi permaisuri hatiku?" masih ku ingat pertanyaanmu dulu. Ku tahu niatmu tulus. Melamarku untuk menjadikan kau lelaki yang sempurna. Ku tahu Hawa diciptakan untuk Adam. Dan aku tahu kau juga memerlukan wanita untuk menjadi peneman hidupmu. Tapi aku tidak mampu. Kasihmu ku pandang sepi. Langsung tiada harganya bagiku. "aku tiada masa untuk berkasih. Aku mahu penuhkan masa muda yang ada dengan ilmu. " ujarku padanya. Seribu alasan ku taburkan untukmu agar kau berputus asa hingga sanggup ku katakan yang aku sudah menemui pria idamanku. Tidak dapatku bayangkan betapa kecewanya dirimu hingga kau sanggup pergi dariku.

Dan disaat kau pergi jauh dariku, aku mula mencari kasihmu. Sungguh aku insan yang haus dalam pengembaraan yang panjang di tanah gersang. Aku dahagakan kasih sayang yang telah lama tidak ku rasai. aku merinduimu, Zakrul. Kembalilah pada aku. Siramilah bunga cinta yang kian mekar dihatiku. Namun rajukmu tiada ubatnya lagi. Padaku kau katakan. "hatiku sudah tawar untuk menerimamu." Aku cuba menagih kasihmu kembali. Ku cuba memujuk. Pelbagai cara telah ku usahakan. Namun kau tetap jua teguh dengan katamu. Akhirnya aku kecewa sendiri. Lelah menbaiki hatimu yang telah ku hancur lumatkan. Namun aku nekad, aku mahu membina kembali istana kristalku yang musnah dahulu. Biar berapa lama pun masa yang kau perlukan aku tetap kan menunggu. "andai sudah tersurat jodoh antara kita, kita akan bersama jua. Biarlah masa yang menentukan segalanya" itulah kata putus darimu. Mungkin kau berasa simpati padaku yang tak pernah jemu mengharapkanmu.

Kakiku lemah untuk menampung tubuhku. Aku terjatuh di lantai saat kad undangan bewarna ungu itu ku baca. Kau mengundangku ke hari bahagiamu bersama teman lama. Waktu itu seribu penyesalan terasa memburuku. Sudah tidak terbilang berapa banyak mutiara jernih mengalir dari kolam mataku. Musnahlah segala impianku. Hati ini terasa amat pilu. Namun segalanya tidak mungkin akan berulang lagi. istana kristalku tidak mungkin mampu ku dirikan tanpamu Zakrul. Bersama kad yang harum itu kau sertakan kertas putih berlipat kemas bersama coretanmu.

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkanmu
Seperti mereka yang punya cinta

Hani, sejuta kemaafan ku pohon darimu kerna cintaku telah ku hadiahkan pada dia yang sudi. Nor khalisah namanya. Dia teman sepermainanku dulu. Ku harap kau sudi hadir di hari perkahwinan kami
Yang ikhlas,
ZAKRUL
Walau seberat manapun kaki ini melangkah, tetapku gagahi juga ke majlismu. Ku lihat kau tersenyum bahagia disamping dia yang bergelar isteri. Ku hadiahkan sebuah senyuman padamu disaat mata kita bertentang. Namun senyum itu sekadar menjadi hiasan dibibirku bukan lagi penyeri di hatimu. Dia memang padan denganmu. Wajahnya Nampak tenang tidak sepertiku selalu merombak kencang. Padamu kuhulur sebuah hadiah tanda persahabatan yang akan ku ingat sampai bila-bila dan ku titipkan sebuah lagu untuk menjadi halwa telingamu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohan maafkan aku
Aku menyesal telah mu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan memintakan hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Rossa : Aku Bukan Untukmu

p/s : moga anda terhibur dengan cerpen ke 2 sy. terima kasih di atas kesudian anda memberi komen pada cerpen Siapa Dihati.

Read More..
 
Cerpen : Kasih Bersemi

Jemputan ke Majlis Reunion '4 Kepala Bengong'
-Haiqal, Zaim, Aiman, Asyraf-
Tarikh: 18 April 2009 (9.00 malam)
Tempat: Bora Ombak, Damansara
Kehadiran bersama TEMAN WANITA adalah diwajibkan.
(Termaktub dalam perjanjian reunion '4 Kepala Bengong')


Setahun sudah berlalu. 18 April datang lagi. Genap sudah setahun dia menerima ijazah dan pada tarikh keramat ini juga dia dan tiga lagi teman rapatnya telah berjanji untuk bertemu semula. Dengan membawa teman wanita masing-masing. Sebenarnya, dia sangat menantikan saat ini. Saat di mana dia dapat bertemu semula dengan teman seperjuangannya ini. Tetapi, dia terlupa sesuatu. Mereka berempat telah bersetuju untuk membawa teman wanita masing-masing semasa perjumpaan ini.

Siapa? Siapa? Dan siapa? Siapa yang perlu dibawanya bersama? Hatinya diserang perasaan risau. Pertemuan itu akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi. Siapa yang sudi untuk menjadi teman wanitanya pada malam itu? Mindanya mula berputar. Mencari nama-nama gadis yang dirasakannya boleh membantu menyelesaikan masalahnya ini.

Emylia. Kepalanya tergeleng-geleng. Dia menaruh perasaan pada gadis cantik itu. Mereka bekerja di bawah satu bumbung, berlainan jabatan. Emylia tidak pernah sedar akan kewujudannya. Lalu, bagaimana dia harus memulakan langkah?

Husna. Ya. Husna. Hanya Husna sahaja yang dapat membantunya. Gadis yang dikenalinya sejak sekolah menengah itu susah untuk menolak setiap pertolongan yang dipinta. Hubungan mereka mula rapat sejak mereka bertugas di sini.

Senyuman mula memekar. 50 peratus masalahnya sudah selesai. Dia segera mengatur langkah ke pejabat Husna untuk melaksanakan lebihan 50 peratus lagi. Pintu bilik diketuk beberapa kali. Sebelum mendapat permintaan gadis itu, kakinya dengan selamba sahaja melangkah masuk.

"Kau kena tolong aku. Aku ada masalah..." bicaranya terhenti apabila menyedari Husna mempunyai tetamu.

Mata Husna dan tetamunya melekat padanya. Mungkin, terkejut menerima kehadirannya tanpa diundang. Pandangan mereka membuatkan dia jadi malu sendiri. "Sorry, aku keluar dulu."

"It’s okay. I’m done with Miss Husna," tetamu itu menjawab bagi pihak Husna.

Aiman tersengih malu. "Betul ke dah selesai? Saya ni mengganggu urusan encik dengan Husna sahaja."

Lelaki itu bangun. "Abang jumpa Husna lain kali. Take care of yourself. I love you," ucap lelaki itu.

Aiman ternganga mendengar ucapan itu. Siapa sebenarnya lelaki ini? Adakah lelaki ini kekasih Husna? Persoalan itu bermain lagi dibenaknya. Selama ini, tidak pula dia lihat Husna keluar dengan mana-mana lelaki keculai dirinya. Perasaannya mula tidak menentu. Cemburu? Adakah dia cemburu? Tidak. Dia tidak pernah menyimpan perasaan pada Husna. Dia hanya mencintai Emylia. Dia menyakinkan hatinya.

"Abang pun jaga diri elok-elok. Selalulah datang sini, jenguk Husna. Husna pun sayang abang juga," balas Husna, kedengaran amat manja sekali.

Aiman tidak dapat menahan dirinya. Dia ingin menjadikan Husna sebagai teman wanitanya untuk malam itu nanti. Tetapi, apa yang dilihatnya sekarang? Kemesraan Husna dengan kekasihnya. Kekasihnya, dalam erti kata yang sebenar. Kenapa perlu dia berperasaan sebegini sedangkan dia hanya menganggap Husna sebagai sahabat sahaja?

"Saya balik dulu, ya," ucap lelaki itu ketika melewati dirinya yang sedang menahan perasaan.

"I’ve told you so many time. Lain kali, terjahlah lagi bilik aku," Husna bersuara, menyindirnya.

Dia tersengih. "Manalah aku tahu yang kau ada tetamu," balasnya. Kerusi di hadapan Husna ditariknya dan terus duduk tanpa dijemput.

"That’s mean aku kena letak sign board ‘I have guest right now. Please come again later. Macam tu?" soal Husna.

‘Aku yang sakit hati tengok kau bermesraan dengan lelaki lain, kau pula yang berangin,’ bisik
Aiman di dalam hatinya.

"Husna, Husna. Aku tak cakap pun macam tu. Can we just forget about this silly thing and focus on my problem?"

Husna menayang muka selamba. Faham dengan peragai sahabatnya yang satu ini.

"Aku akan jumpa dengan kawan-kawan aku Sabtu depan. Masalahnya, aku kena bawa teman wanita," beritahunya.

"So, kau nak minta tolong carikan seorang gadis yang boleh jadi teman wanita kau untuk malam tu?"

"No. I’ve found her."

"So? Apa masalahnya?" tanya Husna geram.

"Aku nak minta kau tolong cakap, ya, aku setuju untuk temankan kau malam tu."

Husna mengerutkan dahinya. "What?"

"Aku tak suruh kau cakap macam tu. Please, aku hanya ada kau untuk tolong aku," Aiman mula memujuk Husna untuk menerima pelawaannya itu.

Husna mengeluh perlahan. Dia memandang wajah Aiman. Mungkin, gadis itu sedang memikirkan kewajarannya untuk menerima permintaannya ini atau pun menolaknya.

"Tak boleh ajak orang lain ke?"

"Bukannya kau ada kerja pun malam tu. Tolonglah aku. Siapa lagi yang boleh tolong aku kalau bukan kau?" Aiman merayu, penuh dengan pengharapan agar Husna menerima.

Wajah Husna serba-salah. Dia hanya perlu merayu lagi sehingga Husna mengatakan ya. "Atau kau ada date dengan lelaki tadi tu?"

Husna ketawa. "Aku? Ada date dengan lelaki tadi tu? Mengarutlah kau ni."

"Habis tu? Kenapa susah sangat nak cakap setuju?"

"Ya. Aku setuju, wahai Muhd Aiman. Puas hati?"

Bibir Aiman melakarkan senyuman. "Thank you, my princess."

"Yelah tu."

Aiman tersenyum lagi. Harinya sentiasa disulami keceriaan dengan kehadiran Husna. Gadis itu seorang yang dapat menghiburkan hatinya dengan gelagat-gelagat selambanya.

*****

Aiman dan Husna beriringan masuk ke dalam ruang restoran Bora Ombak. Buat kali pertama di dalam hidupnya, dia berasa sangat bengga berjalan di sisi Husna. Sedikit calitan mekap pada wajah bujur itu sudah menaikkan keayuan gadis itu. Husna kelihatan sangat anggun malam ini. Sungguh berbeza dengan penampilan biasanya ke pejabat. Berbaju kurung setiap hari. Rupa-rupanya, Husna tahu juga untuk berfesyen.

Sesekali, matanya dapat menangkap beberapa pasang mata nakal lain asyik menoleh ke arah Husna. Saat itu, jari-jemarinya mula menggenggam erat jemari runcing Husna. Menghantar isyarat bahawa Husna adalah miliknya. Walaupun, hanya untuk malam ini.

"Depan kawan-kawan Aiman nanti, Husna pretend kita ni macam loving couple, ya. Tak ada ‘kau’ atau ‘aku’ lagi," bisiknya ke telinga Husna.

"Alright. I know my job."

"Thanks, for being such a good friend for me."

Husna membalas dengan senyuman. Aiman terpana. Senyuman itu sangat manis. Dan baru malam ini, dia menyedari Husna mempunyai senyuman yang sangat manis. Malam ini, barulah dia menyedari bahawa teman rapatnya ini merupakan seorang gadis yang cukup sempurna untuk dimiliki. Kenapa dia tidak pernah lihat nampak kesempurnaan Husna selama ini? Sayangnya, Husna sudah ada lelaki lain di dalam hidupnya.

"Hei, kawan-kawan! Tengok siapa yang datang ni?" jerit Asyraf.

Aiman kembali ke alam realiti. Dia tersenyum ke arah sahabat-sahabatnya. Matanya memandang ke arah sahabat-sahabatnya yang sama-sama menunutut di US dahulu. Asyraf, nampaknya masih lagi bersama Adilia. Zaim pula berjaya mendapatkan Syafira dan Haiqal datang bersama... gadis itu. Emylia. Haiqal datang bersama Emylia, gadis yang dipujanya dalam diam.

"Hoi, Aiman! Kau tak nak kenalkan buah hati kau pada kami ke?" sergah Zaim.

Aiman sedaya upaya mengawal dirinya. Dia mengingatkan dirinya bahawa malam ini, dia dan Husna adalah sepasang kekasih. Lupakan segala perasaannya terhadap Emylia.

"I rasa I kenal dengan you. Husna right? Kita satu pejabat, lain department. Selalu juga I nampak you dengan this guy. Apa nama dia? Aiman? Betullah sangkaan I selama ni, you dengan dia ada hubungan istimewa," celah Emylia.

Husna tergamam. Dia baru perasan bahawa salah seorang daripada wanita di situ adalah Emylia. Patutlah Aiman diam seribu bahasa. "Emy ke? Setiausaha Encik Ahmad?"

Emylia mengangguk.

"Husna, mereka ni kawan-kawan Aiman yang Aiman selalu cerita tu. Asyraf, Adilia, Zaim, Syafira dan Haiqal," Aiman bersuara tenang.

Husna menghadiahkan senyuman buat mereka semua.

"Tempoh setahun mengubah Encik Aiman kita ni. Korang semua ingat tak dulu, Aiman ni mana layan perempuan. Sekali dia kenalkan awek cun pada kita semua," seloroh Haiqal.

Asyraf, Adilia, Zaim dan Syafira mengangguk-angguk. Bersetuju dengan pendapat Haiqal. Aiman hanya tersenyum. Matanya menjeling ke arah Husna di sisinya. Wajah gadis itu merah, menahan malu mungkin.

"Aku bukannya tak ada nafsu pada perempuan. Sebab aku dah ada Husnalah, aku tak layan perempuan lain," jawab Aiman.

"Oh! I ingat you kenal dengan Husna sejak kerja. Dah kenal lamalah ni, maksudnya?" soal Emylia.

"Sejak sekolah menengah lagi. Kita start couple lepas SPM, kan Husna?" Aiman mula mereka cerita.

Husna tersentak. Seingatnya, dia dan Aiman tidak pernah bertegur sapa walaupun setiap tahun mereka berada di dalam kelas yang sama. Dahulu, dia sangat pendiam dan tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Hubungan mereka mulai akrab sejak bertugas di tempat yang sama. Walaupun begitu, kepalanya mengagguk juga. Membenarkan sahaja setiap kenyataan Aiman.

"Kau tak pernah kenalkan pun pada kami semua. Pandai betul kau sorok awek kau daripada pengetahuan kami."

Aiman hanya tersenyum. Sesekali matanya memerhatikan Haiqal dan Emylia. Mereka memang sangat sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Biarlah, dia tidak akan sekali-kali meretakkan hubungan Haiqal dan Emylia. Hubungan persahabatan mereka berempat lebih beharga berbanding dengan gadis yang bernama Emylia itu.

Dia ada Husna. Gadis yang setia menemaninya malam ini. Gadis manis yang sentiasa ada ketika dia memerlukan pertolongan. Tiba-tiba wajah lelaki yang menjadi tetamu Husna muncul di dalam benaknya.

"Abang pun jaga diri elok-elok. Selalulah datang sini, jenguk Husna. Husna pun sayang abang juga."

Kata-kata Husna pula menerjah kotak fikirannya. Husna juga sudah dimiliki. Dia hanya meminjam Husna malam ini. ‘Kenapa semua perempuan yang aku suka milik orang lain?’ keluh hatinya. Dia terasa dirinya begitu kerdil sekali. Semua sahabat-sahabatnya berjaya menyunting gadis idaman mereka. Hanya dia sahaja yang tidak berjaya.

*****
"Siapa lelaki yang masuk bilik Husna hari tu? Pak we ke?"

"Mana ada. Kawan aje. Husna dah lama kenal dia. Sejak sekolah lagi, tapi dulu tak berapa baik. Sejak bekerja ni, baru mula rapat," terang Husna.

"Abang rasa dia macam sesuai je dengan Husna."

"Pandai-pandai je abang buat andaian macam tu. Main rasa-rasa."

Husin tergelak. "Betul, abang tak tipu. Abang nampak dia sangat sesuai dengan Husna."

"Kami kawan je. Sesuai ke tidak, hubungan kami tetap tak lebih daripada seorang kawan," Husna berkata tegas.

"Apa-apalah. Husna belum jawab lagi soalan abang. Siapa nama budak lelaki tu?"

"Aiman," jawab Husna malas.

"Aiman. Husna. Okey what?"

"Abang ni, cukup-cukuplah tu. Boleh pula abang matchkan nama dia dengan Husna," marah Husna.

Husin tersenyum. Suka dia melihat wajah merah adiknya ketika menahan malu.

*****
Husna menyerahkan sepucuk kad kepada Aiman. Aiman terkejut menerimanya. Sampul surat bewarna pink. Kad kahwin. Hanya itu sahaja yang terlintas di mindanya. Adakah ini bermakna Husna bakal berkahwin? Dengan lelaki itu, mungkin. Tidak. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Sukar untuk dia menerima kenyataan ini. Dia mula menyedari bahawa hatinya sebenarnya menyintai Husna sejak malam itu. Sejak dia menerima kenyataan bahawa Emylia tidak tercipta untuknya. Hatinya betul-betul hancur berkecai kali ini.

Pantas kakinya melangkah keluar daripada bilik Husna. Kolam air mula bertakung di tubir matanya. Pertama kali di dalam hidupnya dia menangis kerana seorang perempuan. ‘Husna, kenapa Husna tak pernah beritahu Aiman semua ni? Kenapa Husna biarkan hubungan kita terjalin rapat tanpa memberitahu Aiman bahawa Husna bakal menjadi milik orang lain?’ hatinya merintih sayu.

Sesampainya di dalam biliknya, dia terus mencampakkan kad itu di atas meja. Dia masih belum boleh menerima kenyataan ini. Wajah lelaki itu datang, mengejeknya kerana gagal mendapatkan Husna. Muncul pula wajah Husna di sisi lelaki itu sambil tersenyum manis.

"Ah!"jeritnya geram.
Dia meraup mukanya berkali-kali. Tali leher sudah dilonggarkannya. Keadaanya benar-benar tidak terurus sekarang ini. Semuanya kerana Husna.

*****

Aiman,
Maafkan abang sekiranya kehadiran nota ini membuatkan Aiman rasa terganggu. Sebagai seorang abang, abang ingin melihat adik abang bahagia. Pada pendapat abang, Aiman adalah lelaki yang paling layak untuk membahagiakan Husna. Abang dapat melihatnya daripada sinar mata Husna. Dia amat mencintai Aiman. Kalau boleh, abang nak dia hidup di samping Aiman.

Mungkin, permintaan abang ni agak keterlaluan, tapi Aiman cuba fikir-fikirkan, ya. Kalau Aiman tak sudi, lupakan sahaja nota abang ni. Jemputlah datang ke majlis perkahwinan abang.

Yang benar,
Husin.

Aiman membelek kad jemputan kahwin itu. Husin bin Hamdan dan Afiqah binti Daud. Jadi, bukan Husna yang akan berkahwin? Dia tersenyum. Semuanya kerana dia bertindak melulu. Menyangka yang bukan-bukan.

Kakinya melangkah ke bilik Husna. Sejak menerima kad itu, inilah kali pertama dia menunjukkan mukanya pada gadis itu. Selama seminggu dia tidak menegur gadis itu. Ada juga sesekali Husna mengajaknya keluar makan tengah hari bersama, tetapi dia menolak. Ketika itu, memang hatinya sangat sakit sehingga tidak sanggup untuk menatap wajah gadis kesayangannya itu.

Pintu bilik gadis itu diketuk perlahan. Seperti biasa, sebelum mendapat arahan masuk, dia sudah pun meloloskan dirinya ke dalam bilik gadis itu. Husna yang sedang sibuk menaip terhenti. Aiman terus duduk di hadapan gadis itu.

"Abang awak ke yang nak kahwin?" soal Aiman.

Setelah malam itu, dia senang membahasakan dirinya ‘saya’ dan ‘awak’ dengan Husna. Nampak agak sopan sedikit berbanding ‘kau’ dan ‘aku’.

Husna tergelak. "Yelah. Takkan saya pula kot. Saya ni buah hati pun tak ada lagi, nak suruh saya kahwin dengan siapa?"

Aiman tersenyum. Berbunga hatinya mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Husna. Peluangnya untuk memiliki gadis itu terbuka dengan luasnya. Abang Husin juga merestui hubungan yang bakal terjalin di antaranya dengan Husna.

"Abang awak tu, yang datang sini hari tu ke? Yang masa saya terjah bilik awak sebab nak minta tolong awak jadi kekasih saya tu."

"Aah. Tulah abang saya. Kenapa?"

"Tak ada apalah. Saje nak tahu," balas Aiman. Di dalam hatinya, dia malu sendiri kerana menganggap abang kandung Husna sebagai kekasih gadis itu. Kemudian, dia menganggap Husna akan berkahwin dengan lelaki itu pula. Kenapalah dia tidak bertanya sahaja dengan Husna?

"Yang awak ni, kenapa baru hari ni awak tanya pasal majlis perkahwinan abang saya tu? Bukan ke dah seminggu saya kasi kad jemputan tu?" soal Husna pelik.

"Baru baca tadi. Hari tu tak sempat nak baca. Banyak sangat kerja," tipu Aiman.

Dia malu untuk mengatakan yang dia telah tersalah anggap sebelum ini. Kerana kecewa, dia tidak membaca kad jemputan itu sehingga hari ini.

Husna terangguk-angguk.

"Betul ke awak tak ada buah hati lagi?" soal Aiman. Kali ini, dia sudah nekad untuk meluahkan perasaannya pada Husna.

Husna ketawa. Pelik apabila Aiman mengajukan soalan itu. "Siapalah yang nak kat saya ni. Saya ni, bukannya cantik sangat pun."

"Tak cantik ke?"

Husna terdiam seketika. Perasaannya mula berubah. Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh Aiman? Nada percakapan Aiman sedikit serius berbanding hari-hari biasa. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

"Emm...maksud saya, kecantikan saya ni taklah sehebat artis-artis yang selalu menjadi pujaan orang ramai tu. Emm...awak rasa saya ni cantik ke tidak?"

Aiman tersenyum. ‘Artis tu cantik kerana wajah sebenar mereka disaluti mekap yang tebal. Tapi, kecantikan awak adalah kecantikan semula jadi, wahai Husnaku sayang.’ "Cantik," jawab Aiman pendek.

"Kalau saya cantik pun, takkanlah saya nak announcekan yang saya ni cantik. Nanti orang kata saya ni perasan cantik pula."

Sengaja dia mengubah mood perbualan mereka kepada suasana yang santai seperti selalu. Dia terasa kekok untuk berbual dengan Aiman dalam keadaan seperti ini.

Aiman tergelak. Husna memang pandai menghiburkan hatinya.

"Saya tak nak awak announcekan pada orang lain yang awak ni cantik. Nanti, berduyun-duyun yang datang nak berkenalan dengan awak."

"Apa salahnya?"

"Awak, tak boleh. Saya tak benarkan," ujar Aiman tegas.

"Kenapa?"

"Sebab...sebab..." tergagap-gagap Aiman ketika cuba meluahkan perasaannya pada Husna.

"La, sebab apa? Cakap ajelah," desak Husna.

"Sebab saya cintakan awak. Saya nak kahwin dengan awak," luah Aiman.

Husna terlopong seketika. Adakah dia sedang bermimpi ketika ini? Benarkah apa yang didengarinya sebentar tadi? Aiman telah melamarnya untuk dijadikan isteri.

"Saya betul-betul cintakan awak. Saya tak main-main. Bukan sebab saya kena bawa isteri untuk majlis reunion atau apa. Saya memang nak awak jadi isteri saya."

"Aiman, saya...saya tak tahu nak cakap apa."

"Please say, yes."

Husna memandang wajah Aiman. Lama sekali. "Yes, I do."

Aiman tersenyum bahagia. Akhirnya, berjaya juga dia memiliki gadis idamannya. Kali ini, dia tidak lagi bertepuk sebelah tangan. Dia berjaya membuatkan tangan Husna turut bertepuk dengannya.

Read More..
 
Cerpen : Kembali Pulang

Qaisara tersenyum teringat kisah lamanya bersama Aziff.Sungguh indah saat itu. Namun keadaan mengubah segalanya. Perlukah dikenang kenangan lamanya bersama Aziff yang telah pun berlalu selama 4 tahun itu? Masih wujud kah perasaan sayang nya pada Aziff? Bahagiakah Aziff di samping Lisha sekarang? Adakah Aziff rindu padanya? Persoalan-persoalan itu sering bermain di fikirannya. Tanpa disedari air mata nya mengalir. Seringkali Qaisara menyesali apa yang terjadi namun, dia sedar yang dia tidak seharusnya berperasaan begitu. Segala yang terjadi adalah ketentuan Qada & Qadar. Dan jika dia tidak melakukan kesilapan pada satu waktu dahulu, dia takkan pernah memiliki Luqman sekarang.

"Ya Tuhan kami berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"
(Al Baqarah : 201)

-----------------------------------------------------------

"Sayang, nanti kalau kite kahwin saya nak pelamin warna putih n purple tau…."
Ujar Qaisara pada Aziff sambil tersenyum.
"Hehehe… Baik sayang. Tapi bila nak kahwin nye… Saya tak cukup duit lagi? "
"Takpe, saya tunggu awak. Tak kisah berapa lama pun… Saya akan tunggu awak… I love you sayang" Seikhlas hati Qaisara menuturkan ucapan sayangnya pada Aziff… Aziff tidak membalasnya namun hatinya berbisik lembut – " I love you too Qaisara… Deeply in love with you" ….

Deringan telefon bimbit nada lagu nyanyian dari Jason Myraz menyentakkan lamunan Aziff pada kenangan lamanya bersama Qaisara 5 tahun lalu. Dia pernah hampir dapat melupakan wanita itu pada satu waktu dahulu.Di awal perkahwinannya dengan Lisha. Namun, cuma pada waktu yang singkat. Dan 18th April 2005, tarikh yang telah mengubah segalanya.

Malas Aziff bangun menjawab panggilan telefon bimbitnya. Terpapar nama Shafiq di skrin telefon bimbitnya. Aziff tersenyum sendiri teringatkan kawannya.

"Hello" ringkas Aziff menjawab panggilan telefon dari Shafiq.
"Hello bro. Kau busy ke? " kedengaran suara garau Shafiq di corong telefon.
"Kalau aku busy macam mane? Kalau tak busy pulak macam mane?" seloroh Aziff sambil tersenyum.
"Kau ni, aku tanya serious kau main-main pulak. Kalau kau tak busy....."
"Kalau aku tak busy kau nak ajak aku lepak kat Secret Recipe kan? Aku jumpa kau kat sana dlm masa sejam lagi" Aziff memintas percakapan Shafiq. Selantas itu Shafiq ketawa.
"Kau ni memang best la bro. Ok, jumpa kau kejap lagi. Salam"

--------------------------------------------------------------

"Sedap tak saya masak? Cubaan pertama" jelas terpapar kerisauan di wajah Qaisara. Aziff menahan tawa di dalam hati nya. Dia gemar mengusik Qaisara. Dia mempamerkan wajah yang berkerut-kerut pada Qaisara. Membuatkan gadis itu makin tak keruan.
"Tak sedap ke? Masin ke? Apa yang tak kena sayang?" Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir mungil Qaisara. Risau jikalau masakannya membuatkan Aziff serik untuk merasa masakannya lagi. Dia makin risau apabila melihat wajah Aziff berkerut-kerut tanpa Aziff menjawab soalan-soalannya.
"Hmmmmmm...." Qaisara masih menanti jawapan dari Aziff namun hanya sepatah yang di dengarinya.
"Sayaaaang.... " Qaisara makin hilang sabar. Digoncang lembut bahu Aziff sambil mencebikkan bibirnya. Aziff hampir-hampir tergelak besar melihat kerisauan gadis kesayangan nya itu.
"Awak lulus! Hahahah! Sedaplah sayang… Saya usik awak je tadi... Hahahah!!! "
Serentak jari Qaisara mencari sasaran untuk mencubit Aziff. Geram benar dia dengan sikap Aziff yang gemar mengusik dia. Namun, itulah sikap Aziff yang menceriakan hubungan mereka. Dia gemar mengusik Qaisara, dan bila Qiasara merajuk, dia akan menggunakan pelbagai cara untuk memujuk Qaisara.
Aziff mengaduh bila lengannya dicubit Qaisara. Qaisara pula tidak mengalah, di cubit lengan Aziff sepuas hatinya.
"Aduuuh…. Sakitlah Qai… Awak tak sayang saya lagi ke?" di dalam kesakitan, Aziff sempat ketawa.
"Sebab sayang lah saya cubit awak" selantas itu Qaisara menurunkan tangannya. sambil tersenyum.
"Oooo… Suke ek dapat cubit orang…."
"Awaklah, suka main-mainkan saya" cebik Qaisara.
"Alolololo…. Panjangnye muncung…. Panjang lagi tak boleh ke? Hahaha!" Aziff masih tidak berhenti mengusik Qaisara.
"Tengok tu…." Jari Qaisara sudah bersedia untuk mencubit Aziff. Pantas tangan Aziff menahan tangan Qaisara dari mencubitnya.
"Mencubit je keje die….." kata-kata Aziff terhenti… Dia menatap wajah Qaisara dan merenung ke dalam anak mata Qaisara. Tangannya menyentuh lembut rambut Qaisara yang lembut dan panjang. Dahi Qaisara berkerut Aziff tiba-tiba berkelakuan demikian.
Aziff rasa bertuah memiliki kekasih seperti Qaisara. Yang setia dan tulus menyayanginya. Dia yakin. Dan gadis itu berusaha berbagai cara untuk menggembirakan hatinya walaupun dia akui, dia agak rimas dengan benda-benda yang baginya Qaisara tidak perlu lakukan untuk memenangi hatinya kerana Qaisara telah pun berjaya menambat hatinya. Namun dia akui juga, dari situ dia tahu betapa Qaisara menyayangi nya.
Lembut Aziff menarik Qaisara ke pangkuannya dan memeluk erat Qaisara sambil jari-jemarinya mengusap-usap rambut Qaisara. Qaisara kehairanan namun dia selesa diperlakukan begitu. Terasa tenang dipeluk Aziff, lelaki yang amat di cintainya. Terasa seperti ada aliran kasih sayang dari Aziff yang mengalir dari pelukan Aziff dan menyentuh ke hati nya. Sesungguhnya dia benar-benar menyayangi lelaki itu.
‘Saya sayangkan awak Qaisara – Saya benar-benar sayangkan awak. Saya akan cuba untuk membahagiakan awak sehingga ke akhir hayat saya’ – bisik hati kecil Aziff. Sesungguhnya Aziff seorang lelaki yang sukar untuk menyatakan prasaan nya pada Qaisara namun, dia yakin hatinya benar-benar menyayangi Qaisara.
Deringan nada lagu ‘Sebelum Cahaya nyanyian Letto’ dari telefon bimbit Qaisara kedengaran, namun tak dihiraukannya. Dia mahu terus di peluk Aziff...

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta


"Bro, kau ingat aku ajak jumpa kau ni nak tengok kau termenung je ke?" suara Shafiq memecah masuk ke fikiran nya. Aziff tersentak.
"Engkau ok ke Aziff?" soal Shafiq.
Aziff mendengus perlahan sambil menatap mee kari kegemarannya di atas meja.
"Aku teringat masa Qaisara suruh aku rasa masakan dia. Masakan pertama yang dia masakkan pada aku mee kari sebab dia tahu aku suka mee kari." Aziff tersenyum hambar.
"Kau rindukan die ke Aziff? Kau cubalah cari dia. Aku tahu kau masih tak dapat lupakan dia. Aku yakin dia pun masih sayangkan kau. Lagipun aku ada dengar-dengar cerita dia baru pindah balik ke KL 2 bulan lepas, tanpa Haikal. Mungkin ada sesuatu yang jadi pada hubungan diorang. Maybe macam kau dengan Lisha ke?" bersungguh-sungguh Shafiq cuba memberi dorongan pada rakan karibnya yang dikenali sejak 8 tahun dahulu. Dia kadang kala bersimpati dengan nasib Aziff. Segala kisah tentang Aziff, sebelum Aziff mengenali Qaisara, jatuh hati pada Qaisara dan kehadiran Lisha yang meruntuhkan istana cinta Aziff dan Qaisara diketahui nya.
"Entah lah Shafiq. Pernah satu ketika dulu aku berharap sangat aku dapat berjumpa dengan dia. Dapat bersama kembali dengan dia macam waktu-waktu dulu. Tapi aku sedar, masa berlalu… Banyak benda dah berubah dan semua tu takkan dapat mengembalikan kebahagiaan aku dengan Qaisara macam dulu. Semuanya silap aku" mendatar tutur bicara Aziff.
"Sampai bila? Sampai bila engkau nak menyalahkan diri kau? Apa yang dah jadi, biarkan lah berlalu. Yang lepas tu, lepas. Yang masih tak terlepas ... haaa... kau janganlah lepaskan.... Kau fikirlah Baik-baik and pandai-pandai kau la Aziff. Kalau kau cakap apa yang jadi silap kau, then jangan buat silap lagi. Dapatkan kebahagiaan kau balik selagi sempat" tegas Shafiq menasihati sambil menepuk bahu Aziff.


"Luqman sayang. Makanlah ubat ni...." pujuk Qaisara agar Luqman membuka mulut untuk makan ubat yang baru di ambil dari klinik pagi tadi.
"Luqman demam... Luqman makanlah ubat ni ye..." Qaisara masih tidak berputus asa memujuk Luqman. Luqman menggeleng lemah. Qaisara menyentuh lembut dahi Luqman. Panas.
Risau dia dengan keadaan Luqman. Dia tahu mengapa Luqman berkelakuan sedemikian. Hatinya tiba-tiba sayu. Satu memikirkan Luqman. Satu lagi hatinya tiba-tiba terkenangkan Aziff....
‘Mengapa susah benar untuk aku melupakan Aziff...’ keluh hatinya sendiri....

------------------------------------------------

"Sayang... Makanlah ubat ni...." pujuk Qaisara pada Aziff.
"Taknak.... Tak sedap..." rengek Aziff manja. Pada permulaan perkenalan Qaisara dengan Aziff, langsung dia tidak pernah menyangka Aziff itu agak manja orangnya disebabkan perwatakannya yang agak kasar dan berbadan tinggi tegap. Namun setelah mengenali hati budi Aziff, barulah dia tahu Aziff seorang yang tegas, kelakar dan manja. Namun jarang benar Aziff mempamerkan sifat manjanya. Aziff cuma akan berkelakuan begitu dengan ibunya dan Qaisara sendiri.
"Ubat memanglah tak sedap. Tapi kenalah makan kalau nak cepat baik ye... Buka mulut cepat... Aaaaaa...... " Qaisara sabar memujuk Aziff. Memang sudah masak dengan sikap Aziff yang takut makan ubat kalau sakit. Hairan juga Qaisara.
"Ok, kalau saya makan ubat ni awak kena janji awak akan sayang saya sampai bila-bila" ujar Aziff. Qaisara tertawa kecil dengan sikap Aziff. Memang pada satu ketika dia akan berkelakuan seperti budak kecil.
"Baik, baik.... Kalau awak makan ubat ni, saya janji saya akan sayang awak sampai bila"
serentak Aziff membuka mulutnya. Sedia untuk di suapkan ubat. Tawa Qaisara kuat dari yang sebelumnya. Dahi Aziff di kucupnya selepas Aziff meneguk air.

-------------------------------------------------------

"Mama…. " suara halus Luqman menyentakkan lamunan Qaisara.
"Ye sayang…." Qaisara bersuara sambil mengusap-usap pipi Luqman, anak kesayangannya yang baru berusia 3 tahun itu.
"Mama menangis sebab Luqman tak dengar cakap mama ke? Luqman nak sihat, tapi ubat ni pahitlah mama… Tapi Luqman tak nak mama menangis. Mama suapkan ye…" Hati Qaisara tersentuh. Airmata cuba di tahan, namun tetap mengalir keluar.
"Mama janganlah menangis lagi. Luqman makan ubat ni. Tengok" tangan kecil Luqman mencapai ubat dari tapak tangan Qaisara dan dia memasukkan ubat itu ke mulutnya. Mukanya berubah disebabkan rasa ubat yang pahit itu. Qaisara tertawa kecil dengan keletah Luqman.
Laju tangannya mencapai air untuk Luqman. Risau kalau-kalau tercekik pula Luqman.
"Tengok mama. Luqman dah makan. Mama jangan menangis lagi ye. Luqman janji Luqman akan dengar cakap mama lepas ni" Luqman mengukir senyum. Bibirnya pucat. Qaisara agak risau mulanya namun selepas Luqman nampak sedikit ceria berbanding pagi tadi, Qaisara mula lega.
Hatinya tekad untuk melupakan Aziff dan memulakan hidup baru bersama dengan Luqman. Kadang kala kasihan dia pada anak kecil itu yang terpaksa membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Namun, baginya semua adalah dugaan dari Tuhan untuk menguji keimanan nya.
Tiga bulan selepas melahirkan Luqman, Qaisara dikejutkan dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan suaminya dengan seorang wanita yang amat dikenali nya, Zara – kawan baiknya. Suaminya Haikal dan Zara meninggal di tempat kejadian. Dia yang terkejut dengan berita tersebut hairan kerana Haikal memberitahunya dia ke Hong Kong atas urusan perniagaan dengan rakan kongsinya, Azman. Namun kemalangan tersebut terjadi di Cherating, Pahang.
Setelah disiasat baru Qaisara tahu semenjak dia mengandungkan Luqman, Zara telah menjalinkan hubungan dengan suaminya, Haikal.
Hancur luluh hatinya apabila rahsia itu terbongkar. Dalam masa yang sama hatinya bertambah sedih Luqman terpaksa membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Dan di sebabkan itu juga dia menyesali perbuatannya yang meninggalkan Aziff tanpa mendengar sebarang penjelasan dari Aziff selepas berita Aziff ditangkap khalwat bersama Lisha – kekasih lama Aziff terpampang di muka hadapan Metro.
Dia meninggalkan Aziff begitu sahaja dan menerima lamaran dari Haikal 2 bulan selepas itu. Masuk bulan kelima usia perkahwinan mereka, Haikal mengajaknya berpindah ke Singapura kerana Haikal berjaya mengembangkan perniagaannya dah membuka cawangan baru di Singapura. Qaisara tidak mempunyai apa-apa halangan memandangkan arwah ibunya telah meninggal dunia ketika umurnya mencecah 20 tahun dan arwah ayahnya menyusul 3 bulan selepas itu kerana sakit tua. Dua kakaknya telahpun berkeluarga. Pada waktu itulah dia berkenalan dengan Aziff.

Setahun selepas mendirikan rumah tangga bersama Haikal, Lisha menghubunginya dan memohon maaf darinya. Lisha menjelaskan bahawa sebenarnya dia yang telah memerangkap Aziff kerana dia masih menyayangi lelaki itu tanpa Haikal sendiri mengetahui dia diperangkap. Dan rancangan nya menjadi. Haikal mengahwini nya selepas Qaisara meninggalkan nya. Namun, Lisha dibelengu dengan perasaan bersalah. Tambah-tambahan Aziff sering meracau dan menyebut nama Qaisara di dalam tidurnya. Lisha sedar, Aziff pernah menyayanginya sepenuh hati pada satu ketika dahulu sebelum dia menemui Qaisara namun Lisha tidak pernah setia dan jujur pada Aziff. Setelah Aziff mengetahui bahawa Lisha sering menipunya dan curang padanya, Aziff bertindak nekad memutuskan hubungan mereka.
Pada mulanya Lisha tidak merasakan Aziff penting dalam hidupnya namun selepas Aziff bersama dengan Qaisara, dia mula merasai kehilangan Aziff dalam hidupnya dan dia dapat merasakan dia cemburu dengan hubungan mereka. Tambah-tambahan Aziff benar-benar seorang lelaki yang baik, berbeza dengan lelaki-lelaki lain yang menjalinkan hubungan dengannya ketika bersama Aziff dan selepas Aziff memutuskan hubungan mereka.
Pernah dia menghubungi Aziff ketika Aziff bersama dengan Qaisara dan memujuk Aziff kembali padanya namun Aziff menegaskan bahawa tiada lagi perasaan sayang, cinta atau rindu pada Lisha. Dari situ Lisha tekad untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk mendapatkan Aziff. Aziff sabar melayan karenahnya selama ini, Aziff banyak menceriakan hidupnya, banyak membimbingnya dan Aziff sentiasa menjaga maruah dirinya dan tidak pernah melampaui batas-batas yang tertentu.
Dari hujung corong telefon, Qaisara dapat mendengar Lisha menangis. Hatinya bagai di panah petir. Tidak di sangka dia telah bersalah sangka pada selama ini.
Ditahan sebak di dadanya dan dia memujuk Lisha agar menjaga rumahtangga yang telah di bina bersama Aziff. Lisha terdiam seketika dan berterus terang Aziff telah pun menceraikannya setelah rahsianya terbongkar.
Qaisara beristighfar panjang mendengar segala penjelasan dari Lisha, namun hanya kemaafan yang mampu dia berikan pada Lisha. Sebagai manusia biasa, dia tak patut menghukum Lisha dengan tidak memaafkan kesilapannya. Lebih-lebih lagi Lisha berani menghubunginya dan mengakui kesilapannya. Walaupun Lisha telah melakukan kesilapan yang telah menghancurkan hatinya, dia kagum dengan keberanian Lisha memohon kemaafan darinya. Hati kecil Qaisara memohon keampunan dari Tuhan kerana telah berburuk sangka pada Aziff.


"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
(Al A\'raf : 23)


"Qaisara, I betul-betul harap you dapat maafkan kesilapan I. I terlalu ikutkan hati I waktu tu. Hati I tak tenang selagi you tak maafkan I dan you tak kembali bersama Aziff macam dulu. I tahu dia masih cintakan you. Dia tak dapat lupakan you." Masih teringat perbualannya dengan Lisha pada malam tersebut – 19th April 2008. Qaisara tergamam seketika.
‘Aziff masih cintakan aku? ‘ detik hati kecilnya.
"Qaisara, are you still there?" soal Lisha apabila Qaisara diam membisu. Qaisara menghela nafas panjang sebelum membuka bicara. Perasaannya bercampur baur. Pagi tadi dia mendapat khabar berita yang amat menggembirakan hatinya. Jam 8 malam tadi, semua makanan kegemaran Haikal terhidang di atas meja, dimasak sendiri oleh Qistina. Sementara menunggu kepulangan Haikal, deringan telefon berbunyi dan Lisha di hujung talian.
"Lisha, Qai dapat maafkan Lisha tapi Qai takkan dapat bersama dengan Aziff kembali. Qai dah bahagia dengan Haikal. Haikal seorang lelaki yang baik dan benar-benar sayangkan Qai. Qai terima segala yang terjadi sebelum ni dengan redha. Lisha jangan risau lagi, Qai tak pernah berdendam atau bencikan Lisha. Lupakan lah apa yang telah terjadi. Yang lalu biarkan berlalu. Lagipun memang tak mungkin bagi Qai untuk kembali bersama Aziff kembali. Haikal bakal menjadi seorang ayah pada kandungan Qai." Tenang Qistina menutur bicara. Hatinya getar menahan sebak di dada.
Itulah perbualannya yang pertama dan terakhir dengan Lisha. Malam itu Haikal menerima khabar berita tersebut dengan ceria sekali, namun semenjak kandungannya masuk bulan kelima, Haikal semakin berubah dan sering sibuk dengan urusan perniagaan nya dan kadang-kadang terpaksa meninggalkan Qaisara sendirian di rumah berhari-hari lamanya.
Qaisara sentiasa memahami suaminya, di penuhi segala keperluan Haikal penuh kasih sayang. Dengan perutnya yang semakin membesar, segala makan minum, pakaian Haikal di jaga dengan baik walaupun Haikal makin dingin dengan nya. Namun Qaisara tidak pernah buruk prasangka pada Haikal kerana disangkakan Haikal mempunyai masalah di dalam syarikatnya dan penat bekerja. Zara pun semakin jarang bertandang ke rumahnya. Jika tidak setiap minggu pasti dia akan menerima kunjungan dari Zara.
3 bulan selepas melahirkan Luqman, segalanya terbongkar. Namun jawapan hanya tinggal jawapan apabila Haikal dan Zara pergi meninggalkan dia dan dunia ini selama-lamanya.

-------------------------------------------------

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan kubawa dia terbang
Damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan
Dan takkan kulepaskan

Fikiran Aziff melayang jauh menghayati lagu nyanyian band Indonesia Kangen Band – Kembali Pulang sambil memandu Mitsubishi Lancer putihnya.
Dalam masa yang sama fikirannya menerawang jauh memikirkan gadis ayu bertudung yang berselisih dengannya sebentar tadi. Wajahnya mirip Qaisara namun apabila bertentang mata, pandangan mata gadis itu ke arahnya seolah-olah mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Aziff tergamam dan terdiam seribu bahasa. Cuba dikeluarkan suara untuk menegur gadis tersebut namun lidahnya kelu seribu bahasa. Akhirnya gadis tersebut berlalu begitu sahaja.
‘Mungkin orang yang wajah seiras. Ataupun aku terlalu memikirkan Qai sampai aku terbayang wajahnya di wajah orang lain.... Aahh!!! Tapi Qaisara bukan kah tidak pernah mengenakan tudung? Mungkin dia bertudung selepas berkahwin....?’ Aziff bermonolog sendirian. Fikirannya makin berserabut.
‘Shafiq!’ tiba-tiba dia teringatkan Shafiq. Rakannya pernah memberitahunya Qistina sudah pulang dari Singapore 2 bulan lepas. Pantas jarinya mendail nombor telefon bimbit Shafiq. Namun belum sempat habis mendail, dia mendapat sms dari Shafiq.

Shafiq
18-Nov-2008 14:05

Bro, aku tunggu kau kat tempat biasa pukul
3 kalau boleh. Aku ada benda nak cakap
tentang Qaisara.

Wajah Aziff tiba-tiba pucat. Jantungnya berdegup kencang. Nama dan wajah Qistina bermain-main di fikirannya. Hatinya tidak sabar untuk berjumpa Shafiq.

--------------------------------------------------------

"Mama! Gelilah! Hihihihi! " Luqman tertawa sambil badannya meliuk-lentuk ke kiri kanan. Geli di geletek Qaisara. Qaisara tertawa besar melihat keletah anaknya.
"Siapa suruh kejutkan mama tadi? " tangan Qaisara masih lincah menggeletek pinggang buah hatinya. Segalanya bermula apabila Qaisara dikejutkan dengan sergahan dari Luqman dari belakang pintu bilik tidurnya. Qaisara yang waktu itu sedang mengelamun memikirkan Aziff yang ditemui tengahari tadi. Hatinya berdegup kencang apabila ternampak kelibat Aziff dari jauh dan kebetulan Aziff berjalan dari arah bertentangan dengannya.
Hatinya berbunga-bunga setelah dapat melihat wajah lelaki yang amat dirinduinya selama ini. Ingin sahaja dipeluk Aziff pada waktu itu namun, tetapi entah mengapa Qaisara tidak dapat melakukan semua itu waktu itu. Aziff di pandangnya seolah-olah mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Laju langkah kakinya mengarah ke keretanya.
"Mama, Luq nak tunjuk sesuatu pada mama. Kejap ye…" Luqman bingkas bangun dan berlari-lari anak ke bilik nya. Tak lama kemudian, Luqman muncul dengan segulung kertas di tangannya.
"Luqman lukis ni masa tunggu mama dalam kereta tadi. Cantik tak?" Qaisara tersenyum melihat lukisan orang lidi yang di lukis Luqman. Hatinya tersentuh apabila melihat lukisan dua orang lidi yang berpegangan tangan. Dia tahu Luqman menggambarkan dirinya berpegangan tangan dengan Luqman kerana Luqman masih tidak tahu menulis.
"Cantik sayang. Tapi kenapa mama kurus sangat ni? Tak cantik lah." Usik Qaisara pada Luqman.
"Mama cantik la. Mama Luqman cantik. " Luqman pantas memeluk mamanya.

‘Qai, Luqman perlukan kasih sayang dari seorang ayah. Walau sebanyak manapun kasih sayang yang Qai dapat beri pada dia, tak sama dengan kasih sayang dari seorang ayah Qai. Qai fikirlah baik-baik. Kalau Qai tak hiraukan kebahagiaan Qai sekalipun, jangan rugikan kebahagiaan Luqman. Shafiq yakin Aziff boleh menerima Qai dan Luqman seadanya dan seikhlas hatinya. Shafiq tahu sangat hati budinya dan perasaan dia pada Qai yang tak pernah berubah selama ini.’ Masih terngiang-ngiang perbualannya dengan Shafiq yang tak di sangka bertembung dengannya ketika singgah membeli kuih untuk sarapan paginya tadi.
Setelah berbual panjang, Qaisara menceritakan serba sedikit tentang Lisha yang menghubunginya, kemalangan yang melibatkan Haikal dan Zara dan Haikal yang curang padanya. Shafiq sempat meminta nombor telefon rumah Qaisara sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing, Shafiq menghala ke office nya manakala Qaisara menghala balik ke rumahnya. Luqman kelihatan senang berbual dan bergurau dengan Shafiq.
Qaisara akui Shafiq benar-benar seorang rakan yang baik dan memahami.

‘Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah yang terbaik untuk kesejahteraan aku dan Luqman. Amin’ detik Qaisara di dalam hatinya.


"Ya Allah! Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat."

---------------------------------------------

"Mama, tadi Luq tengok dekat tv, ada sorang budak lelaki tu dapat hadiah banyak sangat. Lepas tu ada kek gambar Spongebob atas tu. Bila Luq nak dapat hadiah dengan kek macam tu mama? Luq teringin lah mama..." soal Luq pada suatu petang. Qaisara tersenyum manis pada Luq. Anaknya memang petah bercakap dan bijak berfikir. Ini diwarisi dari sikap arwah suaminya Haikal. Qaisara berfikir sendirian. Kawasan perumahan yang di diaminya itu, Taman Batu Indah, baru 2 bulan di dudukinya. Tidak ramai jiran-jiran yang kenalinya. Namun, Qaisara memang murah dengan senyuman walaupun agak pendiam. Ramai penduduk di Taman Batu Indah senang dengan sikap Qaisara.
Fikiran Qaisara berfikir-fikir bagaimana mahu memenuhi permintaan Luqman tambah-tambahan hari lahir Luqman yang ke-4 makin hampir. 1st Jan 2009. Kebetulan 3th Jan, Qaisara akan memulakan tugasnya sebagai seorang perunding kecantikan di salah sebuah satu syarikat di Kuala Lumpur. Selama ini Luqman langsung tidak pernah menyambut hari lahir, kini dia menyedari Luqman semakin membesar. Kata-kata Shafiq tempoh hari masih terngiang-ngiang di fikirannya. Alangkah bagusnya kalau Aziff berada di sisinya sekarang hidup bersama-sama dan dapat membesarkan Luqman bersama-sama? Tapi, sudikah Aziff? Sudikah Aziff membesarkan dan menjaga Luqman yang bukan dari darah dagingnya sendiri? Dapatkah Aziff menyayanginya seperti dahulu? Adakah Aziff masih benar-benar mencintainya sedangkan Aziff masih boleh mendapatkan banyak anak gadis yang lebih muda, bekerjaya di luar sana berbanding dirinya yang sudah beranak satu?
Masih teringat Aziff yang ditemuinya sebulan yang lalu, semakin tampan. Aziff gemar berambut pendek kemas dan sentiasa memastikan jambang tipisnya rapi. Tubuhnya yang tinggi sasa nampak segak ber t-shirt kolar putih dan jeans biru. Sewaktu berselisih dengan Aziff, Qaisara dapat menghidu wangian ‘Giorgio Amani –Aqua’, wangian kegemaran Aziff sejak dari awal perkenalan mereka. Tidak pernah sekalipun Aziff menggunakan wangian lain.
Adakah Aziff sepertinya? Banyak yang menghulurkan cinta namun Qaisara dapat merasakan hatinya sudah tidak dapat menerima cinta dari mana-mana lelaki lagi. Kadangkala dia serik untuk mencintai dan dia tidak menipu perasaannya sendiri yang sering mendambakan kehadiran Aziff ke dalam hidupnya kembali seperti dahulu.
"Mama ni... suka sangat berangan sekarang ni…" Luqman bersuara lantang sambil bercekak pinggang menatap Qaisara. Tak lama selepas itu, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Qaisara tertawa kecil dengan sikap Luqman yang sentiasa mencuit hatinya. Luqman mula membuka langkah apabila melihat Qaisara sudah mula mahu menggeleteknya.
Sejenak gelak tawa dua beranak itu memecah suasana sunyi ruang tamu rumah 2 tingkat itu.

--------------------------------------------------

"Comelnye anak you. Suka menyakat orang pulak tu. Mana ayahnya? Selama ni I tak nampak pun ayahnya?" soal salah seorang dari jiran yang baru dikenali Qaisara 3 hari lalu ketika Qaisara menghantar kad jemputan ke majlis hari jadi anaknya. Ramai penduduk di situ kadang-kadang bosan dan muak dengan sikapnya suka mengambil tahu perihal rumah tangga orang lain dan gemar menyampaikan cerita yang buruk pada jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya sampaikan dia digelar "mami jarum".
Senyum Qaisara yang tadinya ceria dengan kehadiran ramai tetamu kini sedikit hambar. Lambat-lambat lidahnya menjawab soalan tersebut.
"Ayahnya ada di sini" satu suara tiba-tiba mengejutkan Qaisara. Suara yang amat di kenalinya. Tak mungkin dia…….
"Sorry saya lambat sayang" kali ini suara tersebut makin jelas kedengaran dan membuatkan Qaisara laju berpusing ke belakang. Aziff melangkah tepat ke arahnya sambil tersenyum. Jantung Qaisara berdegup kencang.
"Hi, saya Aziff. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang ke majlis hari jadi anak saya. Mujurlah saya sempat balik dari outstation. Rindu saya pada isteri saya ni. 3 bulan kena tinggal. Kalau orang lain, dah kena baling keluar kain baju saya agaknya" seloroh Aziff pada "mami jarum" mengundang tawa para tetamu. Qaisara terdiam kaku di situ.
"Awak takkan dapat lari dari saya kali ni. Saya dan Shafiq dah plan segalanya untuk pastikan awak akan jadi milik saya" bisik Aziff pada Qaisara yang membuatkan mata Qaisara terbeliak besar.
"Papa!!!!" tiba-tiba suara Luqman kedengaran. Luqman berlari anak kea rah Aziff dan memeluk Aziff. Kali ini mulut Qaisara ternganga. Memang sah, ini kerja Shafiq.
"Rindu nampak nya Luqman dekat saya ni. Hahaha. Kesian juga pada dia asyik kena tinggal dengan saya. Tapi bulan depan, saya akan membawa isteri dengan anak-anak saya bercuti sebulan. Dah lama tak bercuti rasanya " ramah Aziff berbual dengan "mami jarum".
"Bertuah betul Qai ni dapat suami yang baik dan penyayang macam ni. " puji "mami jarum" pada Qaisara. Qaisara makin bingung dengan setiap pernyataan Aziff.
"Qai ok ke? Diam je dari tadi?" "mami jarum" kehairanan dengan riak wajah dan sikap Qaisara yang tiba-tiba berubah seolah-olah tidak suka dengan kepulangan suaminya. Jikalau betul, dia sudah ada modal gosip baru yang dapat dia sampaikan pada jiran-jirannya.
"Saya ok. Biasalah, dah lama tak jumpa suami kan? Rindu benar saya pada dia " Qai akhirnya bersuara sambil tangannya curi-curi mencubit Aziff. Aziff terpaksa menahan sakit dan selepas itu tertawa kecil apabila mengenangkan Qaisara tetap seperti dahulu yang gemar mencubit.
"Suka benar saya tengok pasangan Aziff dan Qai ni. Saya minta diri dulu ya. Terima kasih banyak-banyak lah sudi jemput saya" ujar "mami jarum" pada Aziff dan Qaisara sendirian.
"Bulan depan kita nikah. No objection! " pernyataan Aziff pada Qaisara membuatkan mulut Qaisara ternganga lagi sekali.
"Saya bakal jadi suami dan boss awak nanti. Awak tak perlu kerja, cuma buat kerja di rumah ni untuk saya. Nanti claim segala belanja untuk hari jadi ni sebab saya dan Shafiq yang rancang dari awal." Ujar Aziff sambil memandang ke arah Shafiq yang sudah pun berada si sisinya.. Luqman di pangkuan Aziff tersenyum pada Qaisara. Qaisara mula melentikkan jarinya untuk mencubit Aziff.
‘Eh! Tunggu… tunggu… Awak tak boleh cubit saya je… Awak kena cubit Shafiq dengan Luqman jugak sebab diorang terlibat jugak dalam rancangan ni."
"Luqman?!!!" Qaisara separuh berbisik namun dapat di dengari oleh Aziff.
"Ye, anak kita yang pandai ni. Setiap hari dia berbual dengan saya di talian telefon setiap kali awak mandi" serentak Luqman tergelak kecil dan kali ini Qaisara ternganga besar.
Tidak di sangka kepandaian anaknya melebihi dari apa yang di sangkakannya.
"Tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti" Seloroh Aziff yang mengundang tawa Shafiq dan Luqman. Qaisara mula menagngkat tangannya mahu mencubit Aziff namun terhenti, tidak di sangka-sangka Aziff dan Luqman dipeluknya tanpa di hiraukan tetamu yang ada.
"I miss you Aziff. Really miss you…" Qaisara berbisik sayu pada Aziff.
"I miss you too Qai. Awak dah kembali pulang ke pangkuan saya, so please… Never ever leave me anymore"……………

KEMBALI PULANG

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan kubawa dia terbang
Damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan
Dan takkan kulepaskan

Read More..
 
Cerpen : Keperian Hatiku

Ombak laut berombak dengan kecil.Begitu luas laut tersebar seluruh dunia.Seluas laut kita dapat nampak tapi sedalam manakah laut itu kta tidak tahu.Begitu juga dengan perasaan dan hati manusia yang sering ditimpa masalah.Manusia ada tahap untuk menerokai dalam lautan yang luas.Hati dan perasaan manusia juga ada tahap orang lain dapat lihat.Orang luar tidak akan tahu apa yang kita rasai setiap masa and waktu.Ia satu misteri pada semua orang tentang apa yang kita rasai sekarang.Aku rasa semua orang mahu kekuatan untuk membolehkan mereka membaca hati dan perasaan orang sekitar mereka terutama sekali pasangan mereka.

Burung-burung berterbangan dengan suka ria.Aku tidak mahu kekuatan yang membolehkan aku membaca perasaan orang lain.Aku cuma mahu melepaskan diriku dari cengkaman binatang yang amat buas dari terus menghantui hidupku ini.Aku mahu jadi seperti burung yang bisa berterbangan ke sahaja mereka mahu.Aku mahu bebas.Setiap detik dan saat aku pinta dan berdoa pada ALLAH s.w.t untuk lepaskan aku daripada cengkaman binatang itu.Aku tidak mahu hidup ketakutan.Aku tidak mahu!!!Aku sudah penat hidup dalam serba idak bebas.Aku seperti rasa aku diawasi ke mana sahaja aku pergi.Aku bosan.

Astaghfirullah!Masa berlalu tanpa aku sedari hampir pukul 9 malam.Aku harus pulang.Aku bergegas mengorak langkah.Tanpa berfikir dua kali aku terus menahan teksi.Hati aku berdengup dengan kencang sekali.Aku rasa ketakutan menyelubungi hatiku yang sedang sakit.Aku bergegas menuruni teksi dan berlari pulang.Aku mengeluarkan kunciku.Dengan tangan yang menggeletar, aku buka pintu.Rumahku gelap.Terasa lega.Binatang buas itu belum pulang.Aku masuk ke bilikku.Kunciku yang digenggam jatuh bila seseorang sergahku dari belakang.Aku toleh dengan perlahan.Binatang itu sedang menungguku.Wajah bengis menyambutku.

"ANA KAU PERGI?!"tengking binatang itu.

Aku mendiamkan diri sahaja.Jika aku jawab tentu parah keadaan.Aku ditarik dengan kuat dan ditolak ke katil.Aku merayu supaya maafkan aku.Binatang itu tidak peduli.Tanganku diikat di penjuru katil.Pakaianku dikoyakkan.Airmataku mengalir dengan deras.Aku tidak melawan.Aku tidak mampu melawan lagi.Aku sudah tidak terdaya lagi.Aku terasa sejuk dan aku tahu tiada sebenang tali menutup badanku.Aku pejam mataku.Aku tidak sanggup lagi melihat wajah binatang itu.Hatiku minta tolong.Lalu kesakitan membuatku terpekik.Kesakitan yang sudah sebati dengan badanku.Aku tetap rasa kesakitan itu.

"tolonglah hentikan!Sakit!Tolonglah,ayah!"perkataan terakhir itu melukai hatiku.

Binatang buas yang sedang menjamah tubuhku tanpa belas kasihan ialah ayahku sendiri.Hampir setiap hari tubuhku jadi tempat dia melepaskan nafsunya yang seperti binatang.Ibuku kerja syif malam.Dan setiap ibuku syif malam ayahku akan bersetubuh denganku.Jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan dia akan melakukan apa sahaja cara untuk memuaskan nafsunya.Bermacam-macam cara aku lakukan untuk lepas dari genggamannya tetapi gagal.Aku gagal.Ibuku tidak akan percaya apa yang aku kata.Aku adalah anak paling bongsu.Aku punyai seorang abang yang tidak pernah lekat di rumah.Aku merana dalam kesepian.Di depan orang ramai ayahku tampak baik.Semua saudara-maraku hormatnya.Namun,dia adalah syaitan bertopengkan manusia.Aku tidak tahu bila seksaan ini akan berakhir.

Akulah mangsanya.Ayahku telah memberi amaran jika aku beritahu sesiapa aku akan terima padahnya.Bilaku difikirkan, jika kau laporkan ini pada polis ayahku akan didakwa.Dan keluargaku akan menyalahkan aku.Aku perlu jaga hati mereka.Hatiku yang semakin parah tiada siapa yang peduli.Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa.Aku tidak perlu perhatian.Aku hanya mahu sendirian.Aku mahu hadapi ini sendirian.Setelah dia puas menjamah tubuhku,dia lepaskan ikatanku.Aku terbaring di situ.Aku menarik selimutku dan menutupi tubuhku.Airmataku mengalir dna terus mengalir tanpa henti.Aku bangun perlahan dan menarik tualaku dan ke bilik air.Aku berjalan dengan perlahan kerana pedih.Aku rasa jijik dengan tubuhku sendiri.Aku benci pada diriku sendiri.BENCI!!Aku menggosok badanku berkali-kali walaupun aku tahu aku tidak boleh merubah apa yang terjadi.Kesucianku telah diragut oleh ayahku sendiri yang menggelapkan masa depanku.Aku tidak yakin jika aku akan bahagia pada masa hadapan.Kerana pintu kebahagiaan untuk aku sudah tertutup.Pintu hatiku sudah tertutup juga.Aku tidak mahu terjerat lagi.

Tidur malamku tidak pernah nyenyak.Aku sering takut.Takut jika ayahku masuk dan memuaskan nafsu sekali lagi.Aku sering terjaga dengan mimpi buruk yang menghantui tidur malamku.Selepas terjaga aku pasti menggigil.

* * *

"dik,asal badan kau naik nih?"tanya abangku,Rizal.

Aku hanya diam sahaja.Memang aku sendiri rasa badanku ada sedikit perubahan.Aku terus ke klinik dan berjumpa dengan doktor.Aku rasa gementar dengan pemeriksaan doktor.Aku tidak mahu dengar berita itu.Tidak mahu!!

"saya dapati awak mengandung.Kandungan awak sudah 3 bulan,kata doktor itu.

Aku tergamam.Berita itu berita yang aku tidak mahu dengar.Hamil!Aku sudah hamil 3 kali tetapi semuanya aku gugurkan atas perintah ayahku.Ia dirahsiakan oleh ibuku.Setelah membayar yuran doktor,aku pulang ke rumah.Aku tidak perlu beritahu ayahku tentang kandungan ini.Kerana dia pasti akan kata benda yang sama.Gugurkan bayi itu!Aku menguncikan diriku di bilik.Kandunganku yang lalu digugurkan oleh doktor bidan.Aku tidak mahu melakukan ia lagi kerana doktor itu memberi aku amaran jika aku gugurkan kandungaku sekali lagi aku dalam bahaya.Aku tidak mahu.Sedang aku melayan fikiranku,aku terdengar ketukan di pintuku.Aku buka dan ayahku berdiri di hadapan.Lalu dia beriku sepaket ubat.

"gugurkan kandungan itu dengan ubat ini.Ia berkesan.Aku tak sanggup lagi hendak bayar yuran pengguguran kau lagi!Aku akan keluar negeri.Ingat jangan beritahu sesiapa!"risik ayahku di telingaku dengan nada tegas.

Aku mengangguk sahaja.Ubat itu aku letak di atas meja solekku.Aku baring di atas katilku.Haruskah aku melakukan ia sekali lagi?Haruskah aku mengugurkan bayi yang tidak berdosa?Haruskan aku?Aku bangun dan mengambil ubat itu.Aku baca cara mengambil ubat itu.Dengan tawakal di hati,aku menelan semua ubat yang di dalam paket itu.Aku pun baring di atas katilku.Aku terlelap seketika.Kesakitan menjagakan aku dari tidurku.Aku rasa sakit yang amat perit sekali.Aku tidak mampu untuk bangun.Aku menuju ke pintu bilikku dan buka lalu menuju ke bilik air.Aku duduk di jamban.Kelihatan darah mengalir.Aku rasa seperti pisau telah menusuk ke perutku.

"duh!!Sakitnya!!rintihku sendiri.

Aku keluar dari bilik air.Lalu, kelihatan Rizal diluar.Aku takut jika dia perasan bahawa aku dalam kesakitan.Mungkin Rizal tidak akan peduli tentang aku.Aku jalan perlahan sambil menahan kesakitan yang sedang mencanak.Rizal sedang mencari benda untuk makan.Aku harap-harap dia tidak peduli tentangku supaya aku boleh masuk ke bilikku.Sedang aku berjalan keluar dapur,Rizal menegurku.

"dik,kau ok?"anya Rizal.

Aku mendengus di dalam hati.Kenapa sekarang dia peduli?Aku tidak pun toleh hanya menjawab bahawa aku tidak apa-apa.Aku menyambung masuk ke bilik.Tiba-tiba,aku terasa sakit lagi.Pandanganku seakan berpinar-pinar.Aku memegang tembok supaya aku tidak jatuh.Kesakitan itu melemahkan kakiku.Aku terasa seluruh badanku menjadi lemah.Pandanganku bertukar gelap.Apa yang aku tahu Rizal meribaku dan memanggil namaku.

* * *

Lampu putih yang menyala menyilaukan mataku.Perlahan-lahan segalanya kembali terang.Aku lihat wajah ibuku dan Rizal.Kelihatan ibu baru habis menangis.Aku cuba untuk duduk.Aku lihat ibu dan Rizal seakan marah dan sedih.

"ila adik akan beritahu ibu dan abang tentang ayah?"tanya Rizal dengan nada yang agak tegas.

Airmataku mengalir tanpaku sedari.Aku lihat wajah ibuku.Aku hanya mendiamkan diri.Aku tidak mampu berkata-kata lagi.

"aafkan ibu!"cap ibuku.

Aku tidak kata apa-apa hanya tangisan yang membalas kata-kata ibu.Ibu mendekatiku dan memelukku dengan erat.Aku tidak sedar betapa rindunya aku dengan dakapan ibu yang lama aku tidak rasa.Aku tidak mahu lepas dari dakapan ibuku.Aku lihat wajah abangku.Aku memanggilnya.Aku tahu dia rasa menyesal.

"alau dari dulu abang tahu yang dia binatang,dah lama abang belasah dia!Kenapa adik tak cakap dari dulu?Kenapa rahsiakan dari kita?tanya abangku.

Aku terus memeluknya.Dia bisik ke telingaku dan kata bahawa ayah sudah ditangkap polis dan dia akan menerima balasan yang berat.Terasa lega di hatiku.Akhirnya aku bebas.Bebas dari nafsu binatang buas itu!!!Aku bisa terbang seperti burung.

Read More..
 
Cerpen : Kuasa Cinta

"Assalamualaikum.."Dilla memberi salam kepada kawan-kawannya yang sedang menunggu di port biasa mereka iaitu di pondok cendawan yang disediakan oleh pihak universiti...

"Waalaikumsalam.."Syikin, Erin dan Eida menjawab salam serentak..

"Cepat sampai hari ni? Dah naik kematu kita orang tunggu kau tau tak..", Syikin bersuara sinis..

"Sorry-sorry.. Traffic jam.."

"Traffic jam ke tertidur?"Eida pula menyampuk..

"Mana-mana yang kau rasa betullah cik Eida oii.."

"Korang ni banyak tanya pulak.. Macam korang tak kenal je Dilla ni.. Ada masa free je mesti lelap.. Suka terlajak masa pulak tu.. Entah bila nak berubah.. Bosan tau tak asyik kita orang je yang kene tunggu kau .." marah Erin.. Geram juga dengan sikap rakannya yang sering terlambat..

"Haah.. Betul tu.. Aku sokong.. Aku ni, kau tau sentiasa berdoa supaya Allah beri petunjuk kat kau.. Biar kau sedar betapa tak baiknya asyik lambat je.."sambung Syikin pula..

"Iye-iye.. Aku mintak maaf.. Hari ni aku belanja korang makan nak, sebagai tanda aku mintak maaf.."kata Dilla sambil menayang muka kesiannya..

"Itu jelah kau tau.. Kau tengok, kita orang ni dah makin tembam tau tak asyik makan free je.."kata Syikin..

"Yela.. Tak nak sudah.. Aku belanja ni.. Tolak tuah betullah korang ni.."

"Siapa cakap aku tak nak.."Erin dan Eida bersuara serentak..

"Dah agak dah.. Pasal makanan laju aje.."Guman Dilla dalam hati sambil tersengih..

"Tadi Syikin cakap tak nak.."

"Aku bukan tak naklah.. Aku nak.. Dapay makan free, sape tak nak.. Cuma saja je cakap macam tu.. Aku tengah marah lagi ni.."kata Syikin seolah-olah merajuk..

"Ala-ala.. Merajuk pulak dia.. Takpe-takpe, kau gemuk sekalipun Syafik takkan tinggalkan kau punye.."pujuk Dilla.. Erin dan Eida hanya menganggukkan kepala.. Dah macam burung belatuk gayanya..

"Dahlah, lupakan pasal makan tu.. Janji kau tak lupa nak belanja sudah.. Jom kita mulakan discussion.. Ingat, idea kena bernas, kalau tak sikit je markah kita dapat nanti dengan pensyarah kedekut tu.."sambung Syikin pula..

Masing-masing mula mengeluarkan kertas kerja dan mengemukakan idea mereka.. Dilla, Syikin,Erin dan Eida merupakan siswazah semesta ke lima dalam bidang perakaunan di UPM..

#####################

"Korang, aku nak pegi toilet jap ye.. Ada siapa-siapa nak ikut?".. Dilla bersuara setelah setengah jam mereka berbincang.. Ketiga-tiga rakannya menggelengkan kepala..

"Ok, tunggu aku tau".. Dilla menyambung..

######################

"Haih.. Tak tahan pulak.. Jauhnya toilet ni..",Dilla membebel sambil mempercepatkan langkahnya.. Tiba-tiba………

"Aduh!!!!! Apa ni!!" Dilla menjerit marah apabila kepalanya dibaling dengan tin minuman… Matanya yang sepet dikecikkan lagi bagi mencari pesalah..

"Akanku pancung kepala orang yang melukakan kepala aku yang bulat ni.."marah Dilla dalam hati..

"Saya mintak maaf.. Kepala awak ok ke? Saya tak sengaja.. Saya nak baling tin tu dalam tong sampah sebelah awak ni." Seorang lelaki tiba-tiba berada di sebelahnya dan bersuara..

Dilla berpaling ke arah lelaki tersebut.. Dia tergamam……….

"Cik.. Hello.. Ok ke ni?", lelaki itu melambai-lambaikan tangannya tepat pada mata Dilla..

"Handsomenya!! Aku mimpi ke ni.. Tak pernah tengok pun muka dia ni.. Bidadara ke?? Mama, tolong Dilla mama.." Dilla berkata dalam hati.. Tiba-tiba Dilla merasakan pandangan matanya semakin kelam.. Dunianya semakin gelap dan badannya seperti disambut oleh seseorang…

######################

Dilla tersedar dan mendapati dirinya sudah terbaring di bilik rawatan..

"Aduh! Peningnya.. Macam mana aku boleh ada kat sini ni.."Dilla bermonolog sendirian..

"Hah!! Dah sedar pun kau.."Erin tiba-tiba bersuara..

"Ahhhhh!!!"Dilla menjerit..

"Kau ni, terkejutlah aku.. Cuba bagi salam dulu.." sambung Dilla sambil mengurut dadanya..

"Hehehe… Sorry-sorry.. Tak sengaja.."

"Dilla, kau ni nak kata pura-pura pengsan, lama jugak kau baring tak sedarkan diri.. Nak kata betul, takkan setakat terkena tin boleh pengsan.. Kau memang saja-saja kan? Pandai kau berlakon depan mamat handsome tu.." Syikin pula menyampuk dengan wajah penuh kemusykilan..

"Banyaklah kau punya berlakon.. Kepala aku tengah pening ni, boleh pulak kau cakap macam tu.. Eh!! Jap, mamat handsome mana pulak ni?"

"Kau tak ingat ke Dilla.. Atau kau pura-pura lupa?"kata Eida sambil tersenyum sinis..

"Betullah.. aku tak ingat.. Yang aku ingat sebelum masa aku nak pergi toilet tadi…… Hah!!! Macam mana aku boleh terbaring kat sini?", tiba-tiba Dilla menjerit.. Syikin, Erin dan Eida terkejut, serentak mengurut dada mereka apabila Dilla tiba-tiba menjerit..

"Kau ni, kalau tak jerit tak boleh ke? Lemah jantung kita orang tau..",tutur Eida..

"Entah kau ni, Nak balas dendam ke?,"Erin menyampuk..

Dilla hanya tersengih.. Memang itu sifatnya, suka menjerit apabila teringatkan sesuatu.. Sebab itu jugalah dia tidak suka mengadakan sebarang perbincangan di perpustakaan..

"Dilla, tadikan mamat handsome tu cakap dia terpaksa cempung kau masuk bilik ni.. Dia tak tau nak buat apa dah.. Lepas tu, baru dia panggil kita orang.. Dia cakap dia terperasan kau dengan kita orang sebelum tu… Dia pesan tolong sampaikan salam maaf dia sebab sentuh kau.. Dia betul-betul tak sengaja..", bersungguh-sungguh Syikin menerangkan .. Eida dan Erin sekadar mengangguk.. Itu aje kerja dorang.. Mengangguk, mengangguk dan mengangguk….

"Owhhhhhhhhhh…"itu sahaja perkataan yang mampu dikeluarkan oleh Dilla.. Dia masih terkejut dan terbayang-bayang wajah penyelamatnya itu.. Penyelamat? Rasanya dia baling tin kena kepala aku.. Penyelamat ke tu?

"Owh je? Kau ni ok ke tak ni?" soal Erin..

"Kepala aku peninglah.. Aku nak balik.. Lain kali aku belanja korang boleh?"

"Boleh je.. Risau pulak aku tengok kau ni.. Jomlah kita orang hantar kau balik.."pelawa Eida… Syikin dan Erin mengiyakan kata-kata Eida.. Mereka membantu Dilla untuk berdiri..

"Hah!!!!"sekali lagi Dilla menjerit..

"Aghhhhh!! Dilla!!!"Eida menjerit akibat terkejut.. Syikin yang sedang cuba membantu Dilla untuk berdiri hampir-hampir terjatuh..

"Fuh!! Nasib baik tak jatuh.. Dillaaaaaaaaa….. Lama-lama boleh ada sakit jantung aku ni.."kata Syikin..

"Bukan kau je.. Aku pun.. Hah!!Kau nak cakap apa?"soal Erin sambil mengurut dadanya..

"Aku lupa aku belum buang air lagilah.. Nak terkucil ni.. Jom teman aku.."kata Dilla sambil tersengih seperti kerang busuk..

######################

Dilla memerapkan dirinya dalam bilik selepas makan malam bersama keluarganya.. Dirinya menjadi tidak keruan selepas kejadian petang tadi.. Sekejap baring, sekejap duduk, sekejap menghadap cermin kemudian baring lagi..

Tuk.. tuk.. tuk..

"Dilla, mama ni.. Mama masuk ye.."Pn Faridah bersuara..

"Masuklah mama.."

\'Dilla.. Kenapa ni sayang? Mama tengok dari tadi Dilla diam je..\'tegur Pn.Faridah setelah mendapatkan Dilla yang sedang baring..

\'Takde papelah mama..\'

\'Iyalah takde pape.. Dilla jangan tipu mama.. Mama tak bagi kamu makan dan tak bagi duit belanja nanti..\'

\'Mama ni.. Tak baik ugut tau..\'

\'Takdelah, cuba cerita dengan mama..\'

\'Tadikan mama, ada lelaki ni baling tin terkena kepala Dilla.. Lepas tu dia mintak maaf.. Bila Dilla tengok muka dia je kan mama, Dilla terus pengsan tau mama..\'Dilla bercerita dengan penuh bersemangat..

\'Pengsan? Buruk sangat ke muka dia sampai anak mama pengsan ni.. Kepala Dilla ada sakit lagi?\'kening Pn. Faridah berkerut sekerut-kerutnya.

\'Bukan buruklah mama.. Handsome.. Tapi tak tau kenapa Dilla boleh pengsan.. Time tu kan mama, Dilla rasa macam terjumpa bidadara je.. Kepala Dilla ok, mama jangan risau sangat ye..\'

\'Owh.. Ni kes terjatuh hatilah ni.. Patutlah senyap je, rupanya hati tertinggal kat sana ye..\'

\'Mama ni saje je.. Tapi betul ke jatuh hati mama?"Soal Dilla persis kanak-kanak..

\'Betul sayang.. Syukur anak mama dah jatuh cinta.. Akhirnya…. Nanti-nanti kena belajar masak dengan mama ni.. Dapat jugak mama turunkan ilmu memasak mama ni…\'

\'Mama ni… Macamlah Dilla tak boleh nak belajar masak kalau tak jatuh cinta..\'

"Nak ke Dilla belajar.. Agaknya kalau mama sakit ke, hari-hari makan bungkus je.. Betul tak?"

Dilla hanya tersengih..

"Sayang, dengar sini, mulai hari ni, Dilla kena belajar pikat dia tau..\'

\'Hah! Dilla pikat dia.. Malulah mama.. macam perigi cari timba pulak..\'

"Buat apa nak malu sayang.. Mama dengan abah dulu pun macam tu tau.. Jenuh mama pindah-pindah perigi tuk cari timba yang abah kamu pegang…"kata Pn.Faridah sambil tersenyum..

"Mama ni buat lawak pulak.."

\'Anak mama ni… Dilla, sanggup ke Dilla tengok dia melepas kat tangan orang lain.. Dilla sendiri pun tau yang Dilla ni susah nak jatuh hati kan.. Janganlah mama tak dapat rasa nasi minyak anak mama sendiri.. Entah gam apa yang Dilla guna sampai tak boleh tanggal hati tu.. Mama pun pelik..\'

\'Saja je mama ni.. Perli Dilla nampak.. Emmm.. Tapi mama, kalau dia dah ada girlfriend macam mana?\'Dilla mula menunjukkan minat..

\'Dilla risik dululah.. Kalau dia dah berpunya, Dilla janganlah kacau dia lagi.. Kumbang bukan sekuntum kan.. Yang penting Dilla dah mencuba..\'

\'Betul jugak kan mama.. Dilla cuba ye mama..\'

\'Good luck untuk anak mama ni.. Mama doakan Dilla berjaya.. Tapi, janji jangan abaikan pelajaran Dilla dan jangan melampaui batas-batas pergaulan…\'

\'Thanks mama.. Dilla janji…\'

#####################

Setelah seminggu menjadi ahli perisikan, akhirnya usaha Dilla dianggap berjaya kerana beberapa maklumat telah dikumpulnya dan perkara utamanya ialah status mamat tersebut adalah single.... Langkah pertama untuk memenangi hati Mohd Ashraf Haiqal yang mengambil jurusan kejuruteraan dalam semesta terakhir sudah dimulakan iaitu pertemuan yang telah dirancang di pondok cendawan.. (macam takde tempat lain je)

"Ada pape yang boleh saya bantu?"

"Pelik betul perempuan ni.. Tiba-tiba ajak jumpa.. Nak suruh aku bayar ganti rugi sebab cederakan kepala dia ke.. Tapi aku tak sengaja.. Tapi kenapa dah seminggu baru nak jumpa.. Deee", Berapa banyak tapilah.. Takkan dia minat kat aku, bahaya ni.."Guman Haiqal dalam hati..

"Hah!! Errrr… Errr… Boleh-boleh…Eh!! Ada-ada…"kata Dilla ketakutan.. Bukan nak bagi salam dulu.. Apelah…

"Ok.. Cakaplah cepat.. Aku ada banyak kerja nak buat ni.."

"Aik, lain pulak bahasa dia ni.."kata Dilla dalam hati..

"Err, awak duduk dululah.."

"Takpelah, aku tak suka duduk sebelah perempuan.."

"Hah!!"Dilla terkejut apabila mendengarkan pernyataan lelaki itu tanpa menyedari mulutnya terngaga.. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu telah mendarat di dalam mulutnya..

"Puih-puih!!" Dilla melihat benda yang diludahnya..

Lalat!!!!!! Dilla sudah hampir mahu memuntahkan segala isi perutnya.. Cepat-cepat Dilla berlari mencari toilet yang terdekat sebelum isi perutnya terburai di situ.. Haiqal hanya tergamam.. Tiba-tiba perutnya pula memulas.. Segera dia mengikut jejak langkah Dilla.. Maka, pertemuan mereka berakhir begitu sahaja..

######################

"Aduh!! Sakitnya perut.. Tak pasal-pasal termuntah pulak.. Dahlah aku tak makan lagi pagi ni.. Haih, lemah lutut aku ni.. Emmm.. Apa maksud Haiqal tak suka duduk sebelah perempuan ye.. Entah-entah dia Gay.. Eeeeee… Eh!! Tak!! Dia lelaki sejati.. Kira beriman juga dia ni.. Bagus-bagus, memang sesuai jadi calon suami aku.. Hehehe…"Guman Dilla dalam hati..

"Cis!! Tak guna punya lalat! Macam takde tempat lain je dia nak mendarat.. Eeeeeeeeee.. Gelinya aku…"kata Dilla dengan nada marah..

"Wei!!!"

"Apa!!!"balas Dilla dengan nada menjerit..

Opps!! Dilla segera menutup mulutnya.. Badannya yang membongkok sejak dari tadi tiba-tiba menjadi tegak apabila menyedari Haiqal yang memanggilnya..

Haiqal sekali lagi tergamam dengan sikap gadis di hadapannya.. Dia tidak menyangka gadis itu akan menjerit terhadapnya..

"Comellah pulak dia ni.. Mata sepet tiba-tiba jadi bulat.. X sesuai… Hehe.. Tapi comel jugaklah.. ",sempat Haiqal memgutuk Dilla dalam hati..

Dilla terasa dunianya berputar dan semakin lama semakin gelap….. "Dunia gelap datang menjemput aku lagi..",sempat Dilla berkata di dalam hati..

"Alamak! Pengsan lagi.. Jenuhlah aku macam ni.. Kenapalah asyik pengsan je kerja dia ni.. Dahlah perut aku tengah sakit ni.. Haih… Terpaksalah… Tapi mana aku nak cari kawan dia ni…" tutur Haiqal sambil mencempung Dilla ke bilik rawatan.. Otaknya ligat berfikir tempat mana yang perlu dituju untuk mencari rakan-rakan Dilla..

###################3

"Dah sihat ke budak tu ye.. Haih, asyik pengsan je.. Ade penyakit ke dia.."Haiqal bermonolog sendirian di dalam biliknya.. Dilla…. Nama tersebut didengari dari mulut rakan-rakan Dilla ketika melawatnya di bilik rawatan.. Comel juga perempuan tu.. Walaupun tak setanding dengan Suhaila yang memegang gelaran ratu cantik UPM, namun hatinya tetap terusik dengan tingkah laku Dilla yang pelik.. Kadang-kadang serius, kadang-kadang gopoh, kadang-kadang normal… Sejak pertemuan yang tidak disengajakan itu, Haiqal sering tercari-cari kelibat Dilla..

"Apasal pulak aku fikir pasal dia ni.. Dah mereng apa otak aku ni… Takkan aku nak amik perempuan suka pengsan tu jadi bini aku.. Susahlah hidup aku nanti…"Haiqal masih lagi bermonolog sendirian dan berfikir..

"Eh!! Apasal fikir sampai bini ni… Kenal dia pun tak… Arghhhhhhh!!!!!!!!!! Haiqal!!! Kau ni dah gila ke!!!!"Haiqal menjerit sekuat hati.. Mujur hanya dia sahaja di rumah..

"Baik aku tidur… Tidur… Tidur…."Haiqal baring di atas katil bujangnya dan menutup muka dengan bantal… Sesaat, dua saat, tiga saat….

"Arghhhhhh!!!!! Apasal tutup mata pun boleh keluar muka dia ni!!!! Akhirnya, Haiqal menghabiskan masa tidurnya dengan bermain video game…

#######################

"Dilla, macam mana dengan perkembangan kau dengan kekasih hati kau tu?", soal Erin ketika mereka berkunjung ke rumah Dilla..

"Emmmm.. Macam biasa je… Takde perkembangan pape lepas aku pengsan kali kedua tu.."Dilla menjawab dengan acuh tak acuh…

"Hah!! Kau tak jumpa dia ke lepas tu?", Syikin pula menyoal.. Dilla sekadar menggelengkan kepala…

"Macam mana nak jumpa… Dah malu melebihi segala-galanya…"kata Pn.Faridah yang tiba-tiba muncul..

"Emmm.. Sebab tu ke… Haih.. Kau tak boleh macam ni Dilla.. Takkan kau nak buat kerja separuh jalan… Lagipun aku tengok si Haiqal tu macam minat jugak kat kau.."Syikin menyambung…

"Emmmmm…..", itu sahaja yang dikeluarkan dari mulut Dilla.. Masing-masing mendiamkan diri…

"Hah!!!! Aku ada idea… Dilla, kau nak kita orang tolong kau tak?"Eida bersuara memecahkan kesunyian…

"Apa dia?"Dilla menjawab dengan reaksi teruja.. Begitu juga dengan mama Dilla, Syikin dan Erin memandang Eida dengan reaksi yang sama...

"Kau nak tau pe perasaan Haiqal kat kau kan?"Eida menyambung.. Dilla mengangguk..

"Ok, mulai hari ni kita akan bekerjasama membantu Dilla untuk mengecapi kebahagiaannya.. Mak cik pun terlibat ye.. Hehehe.."tutur Eida dengan penuh bersemangat…

#####################

"Haiqal!! Haiqal!! Kau kena tolong kita orang… Dilla.. Dilla.. Dia… dia…"Syikin bersuara seperti kepenatan.. Puas dia mencari Haiqal, rupanya mamat ni dekat library..

"Dilla!!Kenapa dengan Dilla? Dia pengsan lagi ke?"tutur Haiqal dengan nada kerisauan..

"Dilla… Dia… Dia kena culik…. Aku tak tau nak mintak tolong siapa ni.. Kau je lelaki yang kita orang kenal..", Eida pula bersuara.. Haih, ni dah menipu ni, takkanlah Cuma dia je lelaki yang aku kenal.. Harap-harap dia tak perasan..

"Apa!!! Kena culik!! Macam mana boleh kena culik?",Haiqal mula bertindak seperti kucing hilang anak.. Tanpa disedarinya, senyuman terukir di bibir makhluk yang melihat keadaannya…

"Haah.. Tadi dia ada dengan kita orang.. Lepas tu dia cakap nak pergi toilet.. Tapi lama sangat kita orang tunggu.. Tiba-tiba ada orang call Eida, dia cakap kalau nak Dilla selamat jumpa dia dekat taman.. Kita orang takut nak pergi.. Tu yang nak mintak tolong kau.."terang Syikin sambil ketakutan..

"Apa!!! Tunggu apa lagi.. Jomlah bawak aku jumpa dia!!"Haiqal sudah berlari meninggalkan mereka..

"Eida, dia tau ke taman mana?"soal Syikin kebingunggan..

"Entah.. Apa tunggu lagi.. Jomlah kejar…" Mereka berlari sambil mengukir senyuman di bibir..

######################

"Dilla!!!" Haiqal menjerit sambil mencari-cari kelibat Dilla… Hampir satu taman dipusingnya..

"Dilla, mana kau?"Haiqal bermonolog sendirian sambil terbongkok-bongkok kerana kepenatan…

"Haiqal…"Dilla bersuara..

"Dilla! Kau ok? Macam mana kau boleh terlepas ni? Mana penculik tu?"soal Haiqal tidak putus-putus.. Namun reaksinya berubah setelah melihat Dilla tidak kelihatan seperti orang yang baru diculik.. Malah semakin pelik apabila melihat Dilla menguntum senyuman manis..

Sah!!!!!!!

"Dilla ok.. Dilla tak kena culik.. Tu semua rancangan Dilla dengan kawan-kawan.. Dilla nak tau Haiqal sayang Dilla atau tak.."Terang Dilla dengan senyuman tidak putus-putus di bibirnya..

"Owh.. Sekarang apa jawapan yang Dilla dapat?", Tanya Haiqal dengan wajah serius..

"Dilla rasa Haiqal sayangkan Dilla.. Kalau tak sayang, Haiqal takkan bersusah-payah cari Dilla kan.."jawab Dilla dengan wajah yang ceria..

"Betul tu.. Memang Haiqal sayangkan Dilla.. Haiqal pun tak pasti bila perasaan ni wujud.. Tapi, ini balasan yang aku dapat!!! Hah!!!" Haiqal sudah mula meninggikan suara.. Dilla yang tersenyum sejak dari tadi terkejut dengan perubahan bahasa dan intonasi Haiqal..

"Haiqal….."tutur Dilla dengan suara yang hampir tidak keluar.. Air matanya sudah bertakung dan hanya menanti untuk digugurkan..

"Cukup!! Jangan panggil nama aku.. Aku benci tau tak!! Sampai hati kau buat aku macam ni.. Hah!! Kau ingat aku ni barang permainan yang boleh kau uji-uji.. Hah!! Lepas ni aku tak nak tengok muka kau.. Kau faham tak!!"Haiqal terus meninggalkan Dilla.. Marah sungguh dirinya dipermainkan begitu.. Air mata Dilla akhirnya gugur jua.. Eida, Erin dan Syikin yang menyaksikan kejadian tersebut terus menghampiri Dilla.. Mujur tidak ramai orang yang lalu di kawasan itu..

"Dilla…."

"Syikin… Haiqal marahkan aku… Dia tak nak tengok muka aku lagi.."ngadu Dilla yang sudah berada dalam pelukan Syikin sambil menangis teresak-esak..

"Syhhhh. Jangan nangis lagi Dilla.. Dia bukan taknak tengok muka kau.. Dia Cuma tengah marah tu.. Esok lusa oklah tu.. Aku tahu dia sayangkan kau.."" Syikin berusaha memujuk Dilla…

Eida hanya termanggu di tepi sambil menyesali diri.. Dia tidak menyangka rancangannya telah mengeruhkan lagi keadaan.. Dia berjanji dengan dirinya untuk memulihkan keadaan.. Eida berjanji…

####################

Dua minggu telah berlalu, Dilla masih tidak berjaya memujuk Haiqal.. Eida juga telah menerangkan perkara sebenar kepada Haiqal, namun Haiqal masih dengan egonya tidak mahu berbaik semula dengan Dilla..

"Dilla, aku mintak maaf.. Sebab rancangan bodoh aku tu, korang jadi macam ni.. Aku betul-betul mintak maaf.."tutur Eida dengan penuh penyesalan..

"Takpe Eida.. Aku pun tau kau buat semua tu demi kebahagiaan aku kan.. Cuma tersalah sikit je.. Aku yakin Haiqal sayangkan aku tapi dia tak boleh terima apa yang kita buat ni je.. Aku takkan berputus asa untuk pujuk dia balik.. Lagi-lagi aku dapat sokongan dari korang dengan mama aku… Lagi bersemangat aku jadinya…"terang Dilla dengan penuh keyakinan..

"Harap-haraplah.. Aku doakan kau berjaya.."

"Emm… Eida.. Aku nak pergi toilet jap ye.. Tunggu Syikin dengan Erin ni, buat aku nak terkucil je.. Hehehe…"

"Ok.. Hati-hati tau.."

#########################

"Eida, betul ke Dilla pergi toilet? Lamanya.."soal Syikin setelah hampir setengah jam menunggu Dilla..

"Betullah.. Tadi dia cakap dengan aku.." jawab Eida..

"Aku rasa dia tertidur kat toilet kot.. Hehehe…"Erin pula menyampuk..

"Banyaklah kau.. Takkanlah sampai macam tu.. Aku pergi cari dia jap.. Korang tunggu kat sini tau.."kata Eida.. Handphone Eida berbunyi ketika dia ingin memulakan langkah menandakan terdapat mesagge masuk.. Eida menjadi kaku setelah membaca message tersebut..

"Eida, kau ni kenapa?"soal Erin..

"Eida.. Kau dengar tak aku panggil ni…?",Erin menyambung apabila melihat Eida masih lagi kaku.. Erin dan Syikin segera mendapatkan Eida dan mengambil handphone yang berada di tangannya..

"Apa!!!!!!"Syikin dan Erin menjerit serentak dan mereka saling memandang antara satu sama lain..


########################

"Haiqal, kali ni kita orang tak tipulah… Dilla memang betul-betul kena culik…"kata Erin dengan nada penuh kerisauan..

"Dahlah, korang tak payah kacau aku lagi.. Aku takkan tertipu.."jawab Haiqal selamba.. Hatinya masih sakit kerana ditipu bulat-bulat.. Dirinya terasa dipermainkan… Namun masih ada terselit kerisauan di hatinya..

"Ingat aku percaya ke.. Huh! Boleh blalah… Tapi kalau betul-betul macam mana…", guman Haiqal dalam hati..

"Betullah!!!!Kali ni kita orang tak main-main.. Kalau kau tak percaya, kau tengok mesagge ni..",Eida menghulurkan handphone nya kepada Haiqal.. Haiqal sekadar memandang dengan sekilas sahaja..

"Setakat macam tu, kau ingat aku percaya.. Kalau betul pun bawak pergi balai polislah.. Biar dorang tolong kawan korang tu..",Haiqal masih lagi dengan egonya…

"Huh!! Kau tak nak tolong sudah!! Daripada mintak tolong kau dan bazir masa dekat kat sini.. Baik aku mintak tolong pak guard sebelum Dilla kena bunuh!!!!" Syikin mula meninggikan suaranya dan mengorak langkah mencari penyelamat.. Perkataan bunuh itu ditekankan supaya Haiqal merubah fikirannya..

"Bunuh…. Bunuh… Dilla aku nak kena bunuh… Tak!!!! Tak sanggup aku nak kehilangan Dilla..", hati Haiqal menjerit..

"Tunggu!! Bagi handphone kau!!"

######################

"Dilla.. Bangunlah Dilla.. Jangan tinggalkan Haiqal…Haiqal sayangkan Dilla…", tutur Haiqal.. Air mata lelakinya sudah menitis… Egonya ditolak tepi..

Syikin, Eida, Erin dan kedua-dua ibu bapa Dilla memandang sayu ke arahnya… Dilla mengalami pendarahan yang teruk akibat ditikam di perutnya.. Kisah yang berlaku di hadapan mata takkan dilupakan mereka dimana rakan mereka hampir kehilangan nyawa..

Dilla telah diculik oleh Iqbal yang meminatinya sejak dari semesta pertama.. Namun Dilla tidak menyimpan sebarang perasaan terhadapnya dan telah menolaknya dengan cara baik.. Mereka langsung tidak menyangka Iqbal telah menyimpan dendam malah semakin dalam apabila mengetahui Dilla mencintai Haiqal.. Akibat terlalu mengikut hawa nafsu, Iqbal telah bertindak untuk menikam Haiqal namun sempat dihalang oleh Dilla.. Tikamam tersebut tepat mengenai perut Dilla.. Haiqal juga mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dan disepak secara bertalu-talu oleh sekumpulan orang yang merupakan kawan Iqbal.. Apabila polis tiba di tempat kejadian, Dilla dan Haiqal sudah rebah manakala polis sempat menangkap kesemua pesalah..

Kini, empat hari sudah berlalu, namun Dilla masih tidak menyedarkan diri.. Haiqal pula sudah beransur-ansur pulih..

"Haiqal.. Mak cik rasa baik kalau Haiqal balik rumah rehatkan badan.. Haiqal pun belum sihat sepenuhnya kan.. Esok Haiqal boleh datang tengok Dilla lagi.."kata mama Dilla.. Kasihan dia melihat keadaan Haiqal yang tidak terurus..

"Betul tu.. Nanti kalau ada apa-apa berita kami akan inform Haiqal.."Ayah Dilla menyokong..

"Baiklah mak cik, pak cik.. Tapi kalau ada apa-apa berita makcik mesti cepat-cepat bagi tahu saya ye.." kata Haiqal lemah.. Haiqal sempat memandang Dilla sekilas sebelum meninggalkan hospital tersebut..

########################

Setelah dua minggu berlalu, akhirnya Dilla telah bangkit dari koma.. Semua yang mengenali Dilla mengucapkan kesyukuran terhadap Illahi.. Haiqal adalah antara insan yang paling gembira sehimgga terlompat-lompat seperti kanak-kanak Ribena.. Mereka yang menyaksikan aksinya itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala..

######################

"Sayang.. Buat pe tu sampai Haiqal panggil pun tak dengar?" Haiqal mendapatkan tempat di sebelah Dilla..

"Takde watpe.. Saja lukis-lukis ni dan saja buat-buat tak dengar.."tutur Dilla tanpa memandang wajah Haiqal.. Sengaja tidak mahu menyahut panggilan Haiqal.. Hatinya geram kerana telah hampir setengah jam menunggu..

"Ala bucuk-bucuk ni.. Merajuk ke sayang.."

"Taklah.. Mana ada merajuk.. Nanti hodoh muka Dilla ni, Haiqal lari pulak.."

"Sayangnya dia kat Haiqal sampai tak sanggup merajuk, takut mukanya hodoh.."

Dilla hanya mematungkan diri..

"Aduhai, merajuk pulak pengarang jantung hati aku ni.."guman Haiqal dalam hati..

"Sayang.. Walau macam mana tak cantik pun Dilla, Haiqal tetap sayangkan Dilla.. Percayalah cakap Haiqal.. Haiqal mintak maaf, tadi ada hal sikit.. Dilla.. Taknak pandang muka Haiqal yang handsome ni ke?"tangannya menyentuh muka Dilla supaya memandang ke arahnya..Dilla menepis tangan Haiqal, hatinya masih masih marah dengan kelewatan Haiqal..

"Owh.. Tak kira hodoh mana pun aku ye.."hati Dilla berkata-kata.. Lalu wajahnya dipalingkan menghadap Haiqal..

"Uaggggghhhhhh!!!!!"

"Arghhhhhhh" Haiqal menjerit dan tersungkur atas tanah kerana terkejut dengan tindakan Dilla yang berpaling ke arahnya secara tiba-tiba dan mengeluarkan suara hantu... Wajahnya juga boleh dikatakan hodoh.. Matanya dibuat seperti mata hantu, hidungnya dikembangkan, mulutnya dibuat seperti mulut ikan.. Ya Allah, betul ke awek aku ni…

"Hahahahahaha.. Padan muka.."Dilla ketawa senang tanpa rasa bersalah.. Tiba-tiba wajahnya diseriuskan..

"Tadi kata hodoh macam mana pun, Haiqal tak kisah kan.. Tapi tengok, baru buat sikit dah terkejut.."kata Dilla dan dia merajuk semula..

"Aduh! sakitnya.. Boleh pulak dia gelak je.. Bukan nak kesiankan aku.. Sambung merajuk pulak tu.."Haiqal juga merajuk.. Lalu Haiqal bangun dan meninggalkan Dilla seorang diri..

"Eh!! Dia bla macam tu aje.. Bukan nak pujuk aku.. Tapi macam salah aku je.. Alaa, cianlah pulak dia jatuh tadi.."Dilla mula rasa serba salah.. Mahu dikejarnya Haiqal, namun kakinya kaku dan kapalnya ditundukkan menghadap tanah.. Air matanya telah mula bertakung.. Tidak dapat dipastikan sebab dia perlu menangis…

Tiba-tiba terdengar petikan gitar dan seseorang telah mengalunkan lagu I"m Yours.. Dilla terkejut, namun masih tidak mengangkat kepalanya.. Dia pasti lagu itu ditujukan kepadanya kerana Haiqal pernah mengatakan begitu ketika lagu tersebut diputarkan di radio.. Lama juga dia menghayati lagu tersebut.. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua..

"Sedap juga suara boyfriend aku ni.. Dulu suruh nyanyi malu-malu.. Romantik juga dia ni.. Untung aku dapat kau.. Terima kasih kepadaMu kerana telah mempertemukan aku dengan Haiqal.."kata-kata tersebut terluah di dalam hati.. Dilla masih tidak mahu mengangkat kepalanya..

"Sayang, kenapa menangis ni?"tiba-tiba seseorang telah bersuara da hadapannya dan Dilla dapat melihat kaki manusia tersebut di hadapannya.. Seseorang juga masih mendendangkan lagu I"m Yours..

"Macam kenal je kasut ni.. Suara pun macam pernah dengar je.. Eh!!! Kan Haiqal ni.. Habis tu sapa yang nyanyi tu.."keraguan terbit di dalam hati Dilla.. Dilla segera mengangkat kepalanya bagi menjawab keraguan tersebut..

Ceh!! Orang lain yang nyanyi..

Menurut penerangan Haiqal, Iham iaitu orang yang mendendangkan lagu tersebut telah diupah untuk meromantikkan suasana.. Sebagai background music katanya.. Konon, cakap jela suara tak sedap.. Hehe.. Tetapi Haiqal juga romantik, kalau tidak, masakan dia boleh cair..

"Sayang… Jangan marah Haiqal lagi ye.. Haiqal mintak maaf sebab lambat.. Tu, Ilham yang lambat.. Haiqal nak wat kejutan tuk Dilla.. Jangan nangis lagi ye sayang.."pujuk Haiqal… Dilla hanya mengangguk.. Bibirnya menguntumkan senyuman yang paling manis..

Mereka berpandangan antara satu sama lain buat seketika meluahkan isi hati mereka melalui pandangan mata..

"Dilla….. Dilla……"terdengar suara memanggilnya dari sisi..

"Hish!! Siapa pulak yang ganggu ni.. Sibuk je orang nak romantik-romantik.."guman Dilla dalam hati..

"Dilla………"

"Apalah!! Sibuk je!!"marah Dilla dalam hati.. Kepalanya dipalingkan ke ke arah suara tersebut....

"Hah!!"terjerit Dilla dalam hati.. Matanya yang sepet dibulatkan.. Diperhatikan Pn. Faridah yang memanggilnya, kemudian pandangan matanya dialihkan ke setiap wajah yang berada di dalam ruang tersebut.. Ibu Haiqal, Syikin, Eida, Erin, saudaranya, saudara-saudara Haiqal dan akhirnya sekali pandangannya tertumpah pada wajah insan yang amat disayanginya….

"Dilla, dah lama Haiqal melutut tu.. Dia nak sarung cincin tu.. Dilla berangan pe tadi?"terang Pn. Faridah.. Pelik dengan perangai anaknya.. Haiqal telah lama masuk ke bilik tersebut untuk upacara pembatalan air sembahyang.. Namun Dilla hanya diam sahaja.. Nak kata tidur, matanya terbuka.. Sekejap tersenyum, sekejap masam.. Sah!! Beranganlah tu..

"Malunya!!!!! Sempat aku berangan lagi… Teruk betullah…",marah Dilla dalam hati.. Terdengar suara-suara ketawa mengusiknya.. Bertambah-tambah malunya.. Kepalanya semakin ditundukkan menghadap lantai..

"Klaka betullah isteri aku ni.. Time-time ni boleh pulak dia berangan.. Sakit lutut aku tunggu dia habis berangan.. Nasib baik ramai orang, kalau tak mau aku cium biar sedar.."guman Haiqal dalam hati.. Diangkatnya wajah Dilla supaya menghadapnya.. Senyuman manis diberikan.. Disarungnya cincin dan dicium dahinya lama…

Saat itu, air mata Dilla sudah pun tumpah ke bumi.. Malunya telah hilang, suara-suara nakal mengusiknya juga tidak dihiraukan… Hanya satu perasaan yang dirasai ketika itu, iaitu kebahagiaan setelah tiga tahun menunggu… Kini dia telah sah menjadi isteri kepada Mohd Ashraf Haiqal.. Alhamdullah… Semoga kebahagian akan menjadi miliknya selalu.. Amin….

"Hah!!"Dilla menjerit sambil tangannya ditegakkan ke atas.. Haiqal yang khusyuk mencium dahi Dilla hampir jatuh terbaring akibat terkejut.. Begitu juga dengan saudara-saudara yang berada dalam bilik tersebut.. Masing-masing mengurut dada..

"Abang, berapa kali tadi?"soal Dilla bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan reaksi manusia-manusia di sekitarnya.. Akibat terlalu khusyuk mengingati kisah lalu, Dilla tidak perasan berapa kali ucapan baru Haiqal melepasi halangan berhadapan dengan Tok Kadi..

"Haih.. Inilah isteri aku.. Bukan nak tanya aku ok ke tak, terus tanya berapa kali.. Nasib baiklah aku cintakan kau Dilla… Dengan kuasa cinta ni, aku akan menerimamu seadanya sayang…"kata-kata itu hanya diluahkan dalam hati…

Read More..