Cerpen : Aduh.. Sayang

Adui…sakitnya kepala aku! Dah la assignment En. Naim ni nak kena hantar esok tapi dari tadi dia hanya mampu memandang pada skrin laptop tanpa berupaya untuk menghabiskan ayat-ayat terakhir yang perlu dijadikan sebagai penutup tugasannya. Dia sempat memandang kearah Mimie di sebelah yang sedang kusyuk membaca..ish..telinga temannya itu ada masalah pendengarankah?
Dia menggeleng perlahan. Matannya masih setia menatap pada skrin laptop di hadapanya tanpa ada tanda-tanda yang dia akan berjaya menghabiskan tugasan tersebut pada malam ini.
"…tanpa..cintamu aku resah…tanpa..cintamu aku hampa…"
Suara itu masih kedengaran! Ini tak boleh jadi…tiap-tiap malam asyik nak memekak aje kerjanya. Tak ada sifat responbility pada jiran tetangga lansung! Kalau suara tu best tak apalah jugak..ini macam suara katak panggil hujan! Naik rimas dan bertambah-tambah sakit kepala aku dibuatnya. Memang nak kena ajar mamat sebelah rumah dia ni…dah tahu jiran baru, buatlah cara baru. Ini nak tunjuk samseng..mesti kesedaran sivik tak ada, tak pun diorang perasan suara tu best…dia sempat tersenyum apabila suara hatinya tdak abis-abis mengutuk jiran barunya. Dia melangkah perlahan daripada meja studynya untuk menuju kearah pintu rumah yang hanya beberapa meter sahaja daripada meja study dia dan Mimie.
" eh..kau nak pergi mana ni? Assignment kau dah siap belum?"
" aku nak lancarkan perang-"
" perang? Kau nak berperang ngan sape?"
" jiran sebelah"
Dia terus mempercepatkan langkah menuju ke luar rumah tanpa sedar yang dia hanya memakai baju tidur ala-ala kelawar..
" Dina!"
Bahunya ditepuk dari arah belakang.
" kau janganlah masuk campur, aku dah tak tahan ngan perangai mamat sebelah ni. Asyik nak memekak aje! Aku dah sakit kepala."
" kalau iye pun nak menegur, janganlah macam ni..kau macam nak cari gaduh aje. Risau akau tengok."
Mimie bersuara risau.
" memang aku nak cari gaduh!"
Tarikan tangan Mimie tidak dihiraukan. Langkah kaki makin dipercepatkan menuju ke halaman rumah jiran sebelah rumah. Jaga kau mamat! Suara tak sedap, mesti muka tak hensem..
" assalamualaikum!!!"
Sekuat mungkin suaranya dikeluarkan. Haa..ambik kau! Buat garang sikit, baru diorang akan rasa takut. Eh? Tak keluar lagi? Emm..bukan sahaja suara dan muka tak hensem tapi pekak..kesian…
" Dina, janganlah macam ni..kita perempuan"
" Kita perempuan? So what?"
Dia memandang sekilas pada wajah Mimie yang dah takut-takut. Minah ni pun satu, kalau dah takut, tak payahlah ikut aku tadi..
" orang kat dalam rumah ni pekak atau bisu?"
Dia semakin kuatkan suaranya.
*******************************************************************
Amir tersentak. Serasanya seperti ada suara orang yang memanggil di luar rumah. Dia menoleh sekilas pada Syafiq yang masih kusyuk memilih lagu-lagu untuk dinyanyikan. Tadi dia punya turn, sekarang ni turn Syafiq pulak. Itu yang Syafiq kalut mencari lagu yang sesuai..emm..nak lawan suara aku konon! Dia tersenyum….
" orang pekak! Keluar lah!"
Dia tersentak lagi buat kali yang kedua. Matanya dan mata Syafiq berpandangan. Mulut anak siapa yang terlampau laser tu? Dia bingkas bangun. Ingin melihat suara siapa yang bernada nyaring tersebut..
" ha..ada pun! Ingatkan dah pengsan tadi..sebab dengar suara sendiri yang tak best!"
Ish..ni dah kes melampau…Amir rasa macam nak telan hidup-hidup gadis yang berada di hadapanya saat itu. Matannya tidak lepas dari memandang wajah kedua gadis yang berada dihadapanya. Muka Nampak lembut tapi mulut laser!
" Kenapa ngan awak ni? Tak reti bagi salam?"
Amir masih cuba untuk menahan kesabaran walaupun hatinya terasa pedih dengan ayat yang diluahkan oleh perempuan tinggi lampai di hadapanya itu..
" Salam? Emm…dah nak abis ayat kursi kitaorang baca tadi..awak je yang tak dengar"
Ish..ada jugak aku cium mulut minah ni…
" Ada apa-apa yang kitaorang boleh tolong?"
Syafiq mencelah. Terasa ada aura pergaduhan yang akan meletus tidak lama lagi…dia tidak mahu memanjangkan cerita. Syafiq tahu sangat perangai Amir..bukan boleh sabar sangat. Nanti tak pasal-pasal minah cantik tinggi lamapai ni kena debik..tak ke haru…ish…
" Awak nampak tak rumah sebelah tu?"
Dina menunjuk jari pada rumahnya…
Amir hanya mengangguk. Minah berdua ni datang ke rumahnya pada tengah-tengah malam semata-mata nak tunjukkan rumah mereka kepadanya? Apa kes?
" so..awak sedar tak yang suara korang berdua yang tak best ni boleh memecah masuk kat rumah kitaorang? Awak sedar tak yang kat sini, semua penghuni kebanyakkanya student? Awak sedar tak yang suara korang yang sumbang tu dah menjejaskan halwa telinga kitaorang? Awak sedar tak sejak seminggu yang lalu kiataorang tension sampai sakit kepala? Korang ni tak ada keje lain? Tahu nak memekak aje!"
Dia melepaskan semua kemarahanya di situ. Dia berasa sedikit lega. Matanya masih tidak lepas daripada memandang mata amarah Amir yang tidak lepas pandang kepadanya sejak tadi. Ingat aku takut la tu…
" Dah abis?"
Amir bertanya. Dina hanya terdiam. Malas nak bersuara lagi. Harapanya agar apa yang dah diperkatakanya tadi dapat memberi kesedaran kepada mamat berdua tersebut.
" Awak..ada saya mintak duit awak untuk bayar sewa rumah ni? Ada saya suruh awak dengar kitaorang nyayi? Ini rumah saya, saya punya pasal la nak buat apa!"
Haa..? Dina menahan nafas. Geramnya aku…memang mamat ni tak reti bahasa..boleh dia buat kenyataan macam tu kat aku? Belajar ke tidak? Sah-sah SPM tak pas…
" Memang tak ada..tapi korang dah kucar-kacirkan hidup kitaorang. Kitaorang nak study. Korang apa tahu?"
" Penghuni lain tak kata apa pun. Korang berdua je yang lebih-lebih."
" Kurang ajar!!"
" Sape yang kurang ajar?"
Mata Amir dan Dina saling bertatapan. Di mata keduanya ada rasa amarah yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata...
Di hati masing-masing saling mengungkap satu perkataan..
‘ aku akan ajar kau cukup-cukup!’


**********************************************

Suasana dalam kelas agak kecoh dengan suara-suara student yang tidak tahu untuk diam.
Dina masih tetap setia membaca majalah REMAJA keluaran terbaru yang tidak sempat dihabiskanya malam semalam. Kelas yang bingit tidak sedikitpun mengganggu pembacaanya malah dia makin kusyuk membaca ruangan cerpen yang berada dalam majalah tersebut. Dia hanya berhenti membaca apabila menyedari kelibat sahabat baiknya berada disebelahnya.
" Amboi..kalau dapat baca majalah, mak mertua lalu pun kau buat tak sedar yea.."
Mimie dah ketawa mengekek. Dia hanya tersenyum.
" Mak mertua yang lalu..memang akau tak layan. Lainlah kalau anaknya yang lalu..baru aku angkat kepala..."
Mimie menepuk kuat bahunya.
" Gatal..."
Dia dan Mimie sama-sama ketawa.
" Woi..Puan Radiah dah nak masuk!"
Kedengaran kuat suara Aman yang duduk paling hampir dengan pintu. Emm..nama je duduk kolej tapi perangai sorang-sorang macam budak sekolah! Hatinya menggomel sendirian. Seperti kebiasaanya, kelas akan jadi sunyi sepi apabila tapak kasut tumit tinggi Puan Radiah sudah kedengaran. Semua sudah sedia maklum bahawa Puan Radiah adalah lecture yang paling garang di kolejnya, sekali dia bersuara, tidak ada sesiapa yang akan berani untuk melawan. Tapi yang paling ditakuti oleh semua student adalah disebabkan oleh sikap Puan Radiah yang suka mendenda student yang buat silap. Seingatnya, dia pernah kena sekali pada sem lepas kerana terlewat untuk masuk ke kelas selama sepuluh minit. Bagai terngiang-ngiang lagi di telinganya suara Puan Radiah yang begitu nyaring mejerit memarahinya. Seisi kelas menikus. Ada yang tidak berani untuk mengangkat muka dan ada yang berbisik-bisik sendirian, mungkin menyindirnya. Matanya masih lagi terpaku pada cerpen yang dibaca tanpa menghiraukan tangan Mimie yang dari tadi asyik menampar lengannya. Apa kena ngan minah ni?
" Ok kelas..hari ini kita akan menerima dua orang student baru yang baru mendaftar untuk kos Public Management...sila mengalu-alukan kedatangan mereka ke kelas kita. Hope u all dapat bemberi kerjasama yang baik kepada mereka"
Serentak dengan itu, kelas menjadi begitu gamat. Apa kes ngan budak-budak ni? Tak kan tak biasa terima student baru...Dina mengangkat kepalanya perlahan untuk memberi peluang kepada matanya untuk memandang ke hadapan.
What??
Dina membeliakkan matanya dengan lebih besar agar pandangannya tidak menipu. Dia menoleh sekilas pada Mimie di sebelah yang dah menunjukkan riak terkejut dari tadi. Dia mengalihkan pandanganya semula ke depan dan secara tidak sengaja matanya dan mata pemuda tersebut bertaut...
mamat kurang ajar!
Dia menyumpah dalam hati. Masih terbayang-bayang peristiwa dia dan mamat tersebut bertekak bagai nak putus anak tekak.
Kecinya dunia ni...
Kenapa dia study kat sini? Satu kos dengan aku pulak tu..semakin sakit la jiwa aku.
" Mimie, mata aku tak menipu kan?"
" Yup..apa yang tengok sama dengan apa yang aku nampak. Jiran kita tu
sekarang ni ada kat depan kelas kita. Akan satu kelas dengan kita...kemungkinan
akan dapat satu group assigment dengan kau!"
Mimie sudah tersenyum nakal memandangnya.
Dia terasa seperti mahu pengsan!
******************************************************************
" kenapa ngan awak ni? Saya dah cakap, kita perlu ambik tajuk konsep
pentadbiran diraja sebab banyak isu yang boleh kita masukkan dalam assignment
kita ni..."
Dina tetap mahu berlembut demi markah kumpulan.
Amir hanya mampu tersenyum sinis. Pendek akal betul minah sorang ni..
" awak..skop pentadbiran diraja tu terlalu kecil.. assignment ni membawa kepada
30 markah..terlalu sikit kita nak masukkan kat dalam tu. Kita tak boleh terlalu
bergantung kepada isu...fakta juga penting. Jika kita ambik tajuk pentadbiran
negara..kita boleh masukkan juga paranan diraja sebab Yang DiPertuan Agung
juga terlibat dalam sistem pemerintahan negara..."
Amir dah panjang lebar menjelaskan kenapa dia memilih tajuk kedua berbanding tajuk pertama yang ingin dibuat oleh Dina. Dian hanya terdiam. Dia cuba memaksa otaknya untuk bekerja keras bagi menangkis setiap kata-kata yang terluah daripada mulut musuh ketatnya itu. Apalah malangnya nasib dapat satu group assignment dengan mamat yang lansung tak mahu menerima pendapat orang lain...
" ikut suka hati awak lah..saya dah malas nak berdebat. Awak buat draf, esok
boleh kita tunjuk kat En.Subri..."
" banyak cantik muka awak-"
" memang muka saya cantik pun! Awak yang pandai-pandai pilih tajuk ni..so, awak
lah yang kena wat draf..."
" Kita buat sama-sama la..ini bukan assignment individu..ini group..profesional lah
sikit!"
Dina tersentak..terasa yang ayat tersebut begitu padas di telingannya. Dia hanya menjeling...
Mimie dan Syafiq saling berpandangan. Diorang ni lupa ke buta..yang aku dan Mimie ada kat sini..Syafiq mengeluh dalam hati. Sudah masak dengan perangai Dina dan Amir yang pantang bertemu..ada sahaja yang akan didebatkan. Dia sendiri tidak faham kenapa dua insan tersebut tidak boleh berdamai macam dia dan Mimie...sekilas, pandangan matanya dan Mimie bertaut..segaris senyuman terukir pada wajah comel tersebut. Dia hanya membalas..
" Yang korang berdua ni..jangan nak main mata lak kat sini.. assignment kita
masih tak jalan..."
Syafiq terkesima..aduh..aku lak yang kena..nasib la badan dapat duduk antara dua musuh ketat ni..kita yang tidak tahu menahu pula yang kena. Mimie dah ketawa meledak.
" Macammana assignment kita nak jalan kalau korang berdua ni nak pilih tajuk
pun susah..aku dah lapar ni, jom la Dina. Esok-esok korang sambung balik debat
tadi..jom Syafiq"
Syafiq dah mula bangun dari kerusi tetapi tanganya dipegang oleh Amir kejap.
" Nape Mir..jom la sekali, kita makan ramai-ramai"
" Mama aku pesan suruh kita balik rumah hari ini. Esok birthday papa..jom la
bertolak sekarang.."
Amir bangun setelah menyudahkan ayat tersebut..
Dina tercengang.
" Boleh kau ulang sekali lagi tak ayat tadi? Kau nak balik rumah?"
Amir hanya mengangguk.
Mimie dah gelabah..dia tahu temanya itu akan mengamuk pada bila-bila masa sahaja.
" Awak tahu tak yang draf assignment kita wajib hantar esok? Eh..saya tak faham
la awak ni..tolong berdisplin sikit! Saya paling tak suka ngan orang yang suka
tangguhkan kerja lebih-lebih lagi assignment."
" Awak pilih tajuk awak..saya terlupa tadi..sorryla yea..ok..saya pergi dulu. Jangan
lupa buat draf tu.."
************************************************
Dina dah menangis sendirian..dia tidak tahu mengapa harus air mata itu tumpah..tetapi yang pastinya hatinya terasa sakit. Sakit melihat telatah Amir dan Suzana petang tadi... assignment tak nak buat tapi ber’dating’ boleh...dah la tu, boleh pulak buat muka tak bersalah kat depan mata aku. Apa? Ingat aku tunggul kayu ke..memang dasar mamat tak ada perasaan...
" Dina..."
Terdengar laungan suara daripada Mimie. Dia tidak menyahut, perlahan-lahan dia menarik selimut menutupi mukanya. Dia mahu berpura-pura tidur...bimbang andai temanya itu tahu yang dia menangis.
Seketika dia terdengar ada pintu biliknya seperti dibuka oleh seseorang. Dia hanya membatukan diri, sedaya upaya berlagak seperti orang yang sedang lena dibuai mimpi.
" Dina..."
Bahunya disentuh lembut...dia tahu Mimie seorang gadis yang amat lemah lembut. Berbeza sekali dengan dirinya yang agak kasar dan bermulut celupar. Untungnya Syafiq dapat kau Mimie...hatinya seketika berlagu bahagia..gembira melihat Mimie telah menemui insan yang sehati dengan dirinya. Dia tidak menghalang walaupun dia tahu Mimie bercinta dengan teman baik musuh ketatnya!
" Dina...Amir nak jumpa kau kat bawah. Dia ada hal penting nak cakap kat kau.
Aku tahu kau tak tido lagi..bangunlah. tak baik buat tetamu tertunggu-tunggu
Kat bawah. Lagipun, aku tak nak Amir lama-lama kat rumah kita, nanti apa kata
jiran-jiran. Kau turun ea.."
Ish....menyusahkan betul lah mamat tu..kenapa sampai datang ke rumah? Jumpa kat kolej besok tak boleh ke? Hatinya menggomel perlahan. Yang Mimie ni pun satu..macam tahu-tahu aje aku pura-pura tido...hehe..
" Iye la..jap lagi aku turun.."
Dia akhirnya mengalah...
*******************************************************
Matanya dan mata Amir berpandangan. Dia diam agak lama. Serasanya sudah letih mahu berdebat dengan manusia yang tidak tahu kalah seperti Amir. Entah kenapa..tetiba fikiranya melayang mengingatkan ibunya di kampung yang tinggal keseorangan...ibu tengah buat apa sekarang? Adakah masih dimasjid?dia melihat jam yang yang tergantung di ruang tamu rumahnya. Dah hampir menginjak ke angka sembilan malam...emmm...mengkin ibu dah balik rumah...rindunya Dina pada ibu....
" Hello....aku datang sini bukan nak tengok kau berangan.."
Dina tersentak! Dia memenadang wajah Amir yang dah menunjukkan reaksi kurang senang. Padan ngan muka kau..siapa suruh datang jumpa aku?
" Abis tu? Kau datang rumah aku nak buat apa kalau tak tengok aku berangan?"
Aduh..minah ni..ada jugak tangan akau makan pipi kang..kalau aku cakap ada je nak menjawab..minah mulut laser!
Hati Amir mengutuk.
" aku nak ambik bahagian aku dalam assignment kita. Aku nak ambik kat kolej
tadi tapi aku tak jumpa kau"
Tak jumpa aku? Buta agaknya mamat ni..
" aku ingatkan kau tak nak ambik tahu dah pasal assigment kita tu. Iye la lagi
empat hari nak hantar. Kau memang suka buat kerja last minute ke?"
" aku rasa aku tak perlu jawab soalan kau tu. Itu hak aku..aku dah penat la gaduh
ngan kau. Bagi cepat part aku..esok aku kasi kat kau yang dah siap. Puas hati?"
Amir dah panas hati. Minah ni memang tak nak bagi hati aku senang lansung! Ada aje yang tak kena. Nasib baik aku ni ada kesabaran yang tinggi jugak...
" Ok..kejap. Aku pergi ambik kat bilik"
Dina berlalu meninggalkan Amir keseorangan di situ. Dia sempat menjeling sekilas kepada Mimie yang dari tadi hanya diam membisu. Mungkin temanya itu sudah bosan melihat telatah dirinya dan Amir yang tidak pernah mahu berdamai. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya cepat panas tika berhadapan dengan Amir...wajah itu sering sahaja mengundang kemarahan dihatinya. Suara itu seringkali akan membakar perasaanya. Ah..segalanya tentang Amir akan membuatkan hidupnya yang tenang akan berkocakan!
***************************************
Amir memandang lemah air yang turun dari lubang-lubang batu dan terus mengalir ke arah kolam yang mengandungi ikan kesanyangan mamanya. Entah berapa kali hatinya mengeluh...dia sendiri tidak faham perasaan apakah yang sedang merasuk dan bertandang dihatinya sejak dua hari yang lepas. Seketika, fikiranya melayang mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada dua hari lepas....
" Amir...."
Lembut suara Dina memanggil namanya. Seketika, dia terkaku memandang wajah tanpa mekap tersebut tapi tetap nampak manis..
" Selamat bercuti..doakan aku dan Mimie selamat sampai kerumah. Jumpa lagi
sem depan jika panjang umur..bye!"
Dia tidak membalas apa-apa malahan lambaian tangan Mimie juga tidak bersambut. Apa yang dia tahu hatinya terasa kosong apabila dua wajah tersebut memasuki kereta Kancil milik Syafiq...dia tidak sedar yang hari esok sudah bermula cuti semester. Kenapa otak aku lembab sangat? Dia menyalahkan diri sendiri...kenapa aku tak minta nombor phon Dina? Macammana aku nak hadapi dua bulan ni tanpa mendengar suara amarah gadis tersebut?dengan siapa aku nak bertekak?Dina..hidup aku sunyi tanpa kau..sihatkah kau...hatinya merintih kesayuan...
" Amir..."
Terasa bahunya disentuh lembut...
" Ada apa ma..?"
Puan Salmiah melabuh duduk di sebelah anak bongsunya. Tanganya memegang erat tangan anak yang kelihatan menaggung beban yang amat berat. Sebagai ibu..hatinya juga dipagut runsing apabila anak yang selama ini sentiasa kelihatan ceria telah berubah laku..
" Mama tahu Amir ada masalah..Amir tak mahu berkongsi ngan mama ke?"
Amir hanya tunduk. Ish..tak kan nak bagitahu kat mama yang aku ingat kat Dina? Nanti mama sengat aku baru tau...
Emm..apa kau nak kelentong kat mama yea..otaknya ligat berfikir.
" mama kenal sangat anak mama ni..bila nak mengelak, mesti lambat jawab.
Berapa kali mama pesan Mir..kalau tak nak beritahu perkara sebenar, tak apa
tapi jangan berbohong. Amir anak mama..mama dah masak ngan perangai
Amir..dah, sekarang..beritahu mama..siapa yang dah buat anak mama ni jadi
macam ni..mesti cantik kan?"
Amir tersentak..dia terasa terkena kejutan eletrik. Matanya tepat memandang wajah mama yang sudah tersenyum manis...kuatnya firasatmu mama!
" Dina mama..."
Terluncur laju nama itu dari bibirnya. Mama tetap seperti tadi, masih senyum manis ke arahnya.
" apa nama penuh dia?"
" Indah Irdiana ma...Indah Irdiana Rashid.."
Bibirnya mengukir senyuman tatkala nama Dina terpancul dari bibirnya. Terasa seperti rindunya sedikit terubat pabila nama itu disebut..bagaikan ada aliran kebahagiaan mengalir dalam dirinya.
" Memang sah..."
" Sah? Sah apa mama?"
Dia bertanya pertanya pelik.
" Memang sah yang anak mama ni dah dilamun cinta.."
Dilamun cinta? Amir terkaku...
*******************************************
Nak tanya ke tidak? Emm...Dina berperang dengan perasaan sendiri. Talifon bimbitnya masih setia ditangan...masih tidak diusik sejak tadi. Hatinya serba salah mahu bertanya kepada Mimie tentang nombor phon Amir. Dia malu jika pertanyaanya akan mengundang ketawa kepada sahabatnya itu. Dua minggu berada di kampung telah mengundang rasa rindu pada musuh dan teman tidak rasminya itu...Amir dah bomohkan aku ke?ish..tak kan la kot....dia kan berapa suka kat aku..aku?bukankah aku juga tak suka kat dia?
" kau jangan benci Amir lebih-lebih Dina...nanti jatuh cinta baru tau!"
Masih terdengar kata-kata Mimie pada dirinya di awal semester dulu...aku? Indah Irdiana Rasyid jatuh cinta pada Amirul Asyraf? Haha...dia tersenyum kegelian....
" Dina..senyum dari tadi..baju yang ibu suruh ambik kat ampaian tadi dah siap
letak kat bilik ibu ke?"
" dah bu.."
" mana? Ibu nak lipat sayang..."
Baju ibu? Ya allah..memang aku dah ambik tapi aku tinggalkan dalam bakul kat ampaian....seketika dia bergegas turun dari serambi rumah untuk ke ampaian di belakang rumah...Puan Haryati hanya tersenyum melihat telatah anak gadisnya itu...
*****************************************
" Tak kira...ari tu awak dah janji ngan saya.."
" Bila masa lak saya janji ngan awak...?"
Amir bertanya pelik. Dia memandang Dina yang hanya bertuala di hadapanya. Seketika dia kembali mengalihkan pandangan matanya kearah televisyen di depan.
" Awak...saya cakap ngan awak ni..."
Ish..apa lagi la Dina ni..lansung tak boleh tengok aku senang sikit. Sejak dari jadi musuh, lepas tu bercinta dan sekarang..dah jadi isteri kau tapi perangai tetap tak berubah..suka cari gaduh!
" Sayang...boleh tak kita discuss lain kali? Saya sakit kepala.."
Dina terkejut. Sikat dikepala diletakkan kembali ke atas meja katil. Pantas dia menghampiri suami yang sedang terbaring di atas sofa dalam bilik mereka. Rasa bersalah mula menyelinap dalam jiwa...perlahan-lahan kepala suami dipegang..dipicitnya lembut. Secara spontan Amir merebahkan kepalanya di ribaan Dina yang belum sempat menukar baju.
" Kita pergi klinik nak? Dina minta maaf yea..."
" Tak payah pergi klinik la..saya malas nak drive.."
" Dina drive..."
" Sayang drive? Alamatnya makin sakit la kepala saya..."
Amir dah ketawa kesukaan. Teringat kembali peristiwa bulan lepas yang Dina telah terlanggar tiang lampu di hadapan rumah mereka. Dia yang duduk di sebelah Dina mengalami gegaran otak yang tiga hari baru hilang...
Dina hanya memuncungkan mulut...
" Sayang..."
"Emm...."
" Nah.."
Dina memandang pelik ke arah pengikat rambut yang dipegang oleh Amir. Dia melihat wajah Amir yang sudah tersenyum seperti nak kenakannya.
" Nak buat apa...rambut Dina basah lagi la wak.."
" Untuk ikat muncung awak tu!"
Amir dan Dina ketawa serentak. Seketika Amir mencapai tangan Dina agar urutanya dihentikan. Tangan itu dibelai lembut...dia membawa ke mulut dan menciumnya.
" Awak...saya suka sangat bila awak buat macam tu..tapi saya lagi suka kalau
awak buat macam tu bila awak dah mandi..dah, jom cepat..pergi mandi..lepas ni,
Dina akan urut awak dan belai awak macam baby...."
" bestnya....tapi lagi best kalau...."
Ayat Amir tergantung di situ...keningnya sedikit dijungkit.
" dah..jangan nak buat idea bukan-bukan yea cik abang...Dina dah malas nak
layan"
Dina dah bangun menghampiri almari pakaianya untuk mencari t-shirt kegemaranya. Pingangnya yang dirangkul erat oleh Amir tidak dihiraukan.
" Sayang..nak jadi isteri derhaka ke..."
" Itu aje la modal awak..."
" Saya betul-betul maksudkan ni.."
" Awak..saya dah mandi..sejuk.."
Amir hanya menjungkit bahu. Tanda tidak mahu menerima alasan daripada Dina.
" Ok la..awak memang tak kesiankan saya kan..iye la..siapa la saya ni.."
Dina dah mengorak langkah menghampiri bilik air untuk mandi kali kedua bersama Amir. Perangai Amir yang satu ni memang paling tak disukainya...dasar anak bongsu, semua kena ikut cakap dia..hati aku ni? Dina terasa sedikit sebak tapi ditahan...
" Sayang...kenapa buat ayat macam tu? Saya tak suka dengar...siapa tak
kesiankan awak? Awak tahu tak..saya selalu kesiankan awak bila awak terpaksa
bangun malam-malam untuk selimutkan saya..saya lagi kesiankan awak bila time
makan, awak kena suapkan saya...hujung minggu awak kena urutkan saya. Bila
saya demam..awak lansung tak tidur sebab jaga saya...Dina..saya selalu
kesiankan awak sebab kena lalui macam-macam kesusahan dengan saya..."
Air mata Dina tumpah mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut Amir. Setahun mendirikan rumahtangga, baru hari ini Amir meluahkan ayat yang begitu menghargai segala apa yang dia lakukan untuk suaminya itu. Dia tidak meminta untuk dibalas tetapi cukuplah sekadar dihargai...
" Saya sayangkan awak Dina..saya sayangkan awak lebih dari apa yang awak
bayangkan. Saya tak boleh hidup tanpa kasih sayang awak...i love u so much..."
Dina perlahan-lahan memeluk erat Amir yang hanya mampu memandangnya tanpa henti. Seperti ada air mata yang bergenang dalam kelopak mata suaminya itu...
" Saya juga sayangkan awak...semakin hari rasa sayang saya pada awak semakin
bertambah. Andai ada perbuatan saya yang menyakitkan awak..saya nak awak
tahu, saya juga sakit bila lihat awak terluka.."
**************************************************
Sudah habis satu pekan Jitra dia dan Dina ronda tapi rojak yang ingin dimakan Dina masih tidak ketemui. Tubuhnya dah rasa penat yang amat sangat...iye la dari Pahang dia drive..tak sempat nak tidur, Dina dah memaksanya untuk mencari rojak...
" Sayang..kita sambung esok, boleh tak..saya dah letih..."
Dina tidak menjawab. Sah! Isterinya itu marah..entah mengapa, sejak akhir-akhir ini Dina cepat sangat marah dan merajuk sedangkan merajuk bukan sifat isterinya itu...
" Boleh yea..."
Tanpa persetujuan daripada Dina, Amir dah membelok kereta ke arah simpang rumah ibu mertuanya. Dia menjeling sekilas ke arah Dina yang tetap diam membisu dan pura-pura tidur....Amir hanya menggeleng kepala...dirinya dah penat untuk memujuk. Biarlah..malam nanti aku pujuk la..sekarang ni aku nak tidur, mengantuk sangat....
Sampai sahaja di perkarangan rumah mertuanya, Dina keluar dari kereta dengan menutup pintu kereta kuat. Amir sedikit tersentak..apa kena dengan Dina ni? Tak kan sebab rojak dia marah macam tu...saya letih sayang...ayat itu hanya terluah dalam hatinya.
" Amir..kenapa dengan Dina?"
Ibu mertuanya bertanya lembut. Dia hanya menggeleng..tanda tidak tahu.
" Amir pergi rehat kat bilik tamu..Dina dah kunci pintu bilik. Ibu dengar dia
menangis tadi..biarlah dia reda dulu. Amir pergi rehat..ibu nak siapkan makan
tengahari.."
Amir memandang lemah langkah ibu mertuanya sehingga ke dapur....kenapa ngan awak..
Amir bertanya lemah dan tanpa sedar dia terlelap di sofa....
***********************************
Dina hanya tunduk memandang lantai rumah. Pandanganya tumpah pada sekujur tubuh yang sedang tidur di ruang tamu sebelum matanya beralih memandang wajah ibu yang kelihatan amat marah dengan tindakanya...
" Ibu tanya Dina..siapa yang didik Dina macam ni? Kenapa Dina layan Amir
macam tu...ibu sedih tengok Amir. Dina tak boleh buat macam ni..berdosa. Hari-
hari Dina layan Amir macam ni ke? Jawab Dina..."
Air mata Dina dah bergenang...Dina tak tahu ibu...Dina tak tahu..hatinya berbisik sedih. Dina nak makan rojak, itu aje tapi Amir tak mahu carikan..Dina bukan mintak emas, bukan intan..Cuma rojak..
" Dina..bila ibu tanya, jawab..bukan diam macam ni.."
" Dina tak tahu ibu...."
Dia dah menangis teresak-esak. Amir terbangun apabila mendengar suara tangisan Dina yang agak kuat menampar gegendang telinganya. Dia bangun dan menghampiri Dina dan memeluk erat isteri kesayanganya yang kebelakangan ini terlalu sensitif..sejak dua minggu lepas Dina tidak abis-abis menangis jika ada yang tidak kena dimatanya. Dina tidak bertekak seperti selalu tetapi lebih senang menumpahkan airmata...jika begini, dia lebih rela Dina memarahinya hari-hari daripada terusan menangis begini..hatinya sendiri jadi pilu..
" Awak..Dina letih, Dina nak masuk bilik"
Dia hanya mengangguk...
Tetiba telinga Amir terdengar seperti ada benda jatuh..
Dina!!
**************************************************
" Tahniah..Puan Indah Irdiana dah mengandung..dua bulan.."
Air mata Dina tumpah lagi untuk yang sekian kalinya. Tubuhnya erat dipeluk oleh Amir...terdengar ungkapan al-hamdulillah dari mulut suaminya itu..tanpa segan silu, Amir mengucup lembut dahinya di hadapan doktor muda tersebut.
" Terima kasih doktor..patutlah isteri saya asyik menangis dan nak makan bukan-
bukan. Agak-agak doktor, anak saya ni perempuan tak..iye la..asyik menangis
je..."
Doktor muda tersebut hanya tersenyum melihat telatah pasangan suami isteri di hadapanya itu. Sebagai seorang doktor yang telah berkhidmat selama empat tahun di klinik tersebut, dia telah menemui pelbagai ragam manusia.
" Doktor..boleh saya tahu tak..sampai bila isteri saya akan bersikap pelik macam
ni?maksud saya asyik menangis.."
" sampai melahirkan..."
Doktor teresebut sudah tersenyum sinis...
" Banjirlah rumah kita sayang!!"
Dina hanya tersenyum bahagia...dia menggemgam erat tangan Amir seperti tidak mahu dilepaskan samapai bila-bila. Terima kasih Ya Allah...terima kasih atas segala rahmatmu....
****************************
P/s terima kasih kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca cerpen sy...doakan saya berjaya pada final kali ini...insya-allah..cerpen terima kasih sayang akan ada sambungan...

Read More..
 
Cerpen : Antara Kau dan Dia

"Nina, asal cepat sangat kau jalan? Penat aku kejar kau dari belakang tau siap jerit lagi. Nak terkeluar anak tekak aku ni jerit nama kau." Linda membebel sambil matanya menjeling ke arahku yang asyik mendengar lagu melalui mp4 aku. Lagu best pulak tu, mana tak lagu feveret aku beb. Lagu yang tengah meletup sekarang ni, nyanyian dari Agnes Monica - Shake It Off.
"Kau nak apa ni Linda? Aku nak cepat ni, nanti Bib Bebel kat rumah aku tu akan bersyair dengan rancaknya." Seloroh aku bersahaja pada teman aku, Linda.
"Banyak la kau. Nak cepat konon, padahal ada orang jemput. Aku nak pinjam nota sejarah la. Tadi aku tak sempat nak salin, aku berangan." Linda tertawa mengenagkan sikapnya yang suka berangan.
"Berangan aje kerja kau tu. Bila kau nak sedar dari berangan ni? Nah!" aku menghulurkan nota sejarah padanya.
"Ok, Camtu la kawan baik aku. Ok la, aku chow dulu. Bas dah datang. Bye, take care. Jumpa esok." Sempat dia berpesan pada aku sebelum berlalu pergi. Aku melangkahkan kaki menuju ke arah pokok didepan pagar sekolah menanti kedatangan seseorang. Tak lama kemudian, muncul sebuah kereta Satria berwarna hitam didepan tempat aku menunggu.
"Nina, jom balik. Amir mana?" abang Ady menjemputku naik kereta.
"Entah la bang. Nina tak perasan pulak dia ke mana." Aku mengerling ke arah jam tangan aku yang berwarna merah jambu.
"Kita tunggu kejap la. Nanti muncul la budak bertuah tu." Kata abang Ady.
"Woi........!!!!!!!!!" sergah seseorang dibelakang kami.
"Opocot mak kau meletup........!" spontan aku melatah depan dua makhluk Tuhan paling hensem disisi aku. Bila aku tersedar kembali, aku tengok dua mangkuk ayun depan aku tengah mengekek gelakkan aku. Ini yang panas kejap ni.
"Apahal kau ni, Amir. Sehari kau tak kacau aku tak boleh ke?"
"Tak boleh la. Aku suka kacau kau sebab kau comel macam Comot." Ada pulak dia bandingkan aku dengan kucing belaan dia, Comot. Ada juga yang kena sekeh dengan aku ni.
"Dah korang berdua ni asyik bergaduh je. Nanti aku kahwinkan juga korang ni. Jom balik, karang risau pulak mummy kat rumah tu." Abang Ady cuba meleraikan pergaduhan yang akan bermula kejap lagi kalau dia mengusik aku lagi. Aku berjalan membontoti Abang Ady didepan, tiba-tiba aku rasa pergerakan ak terhenti kerana aku merasakan kepala aku sakit yang amat sangat macam ditarik dengan sesuatu. Aku pusing menghadap belakang.
"Amir...! Sakitlah. Janganlah tarik rambut aku." Amir tetap berdegil dan menarik rambut aku lebih kuat hinggakan getah rambut aku tertarik dan tercabut dari rambut aku. Terurailah rambut aku yang panjang separas ketiak.
"Amir! Aku sekeh kau kang." Gertak aku.
"Sorrylah. Aku sengaja." Kata Amir dan segera masuk ke dalam perut kereta. Aku hanya memandang dengan geram. Aku pun masuk dalam kereta sambil membetulkan rambutku yang terurai.


"Umi, tengok Amir ni. Suka sangat kacau Nina." Aku mengadu pada Umi sebaik saja kami menjejakkan kaki ke dalam rumah.
"Amir, kamu kacau Nina lagi ye?" soal Umi.
"Mana ada Amir kacau Nina Umi. Perasan je, cuba tengok tangan Amir ni."
"Kenapa dengan tangan kamu?" soal Umi yang kepelikan sambil melihat tangan Amir.
"Tengok betul-betul tangan Amir, mana ada senduk kat tangan Amir ni Umi. Macam mana Amir nak kacau dia. Makanya Amir just usik dia jelah bukan kacau." Amir ketawa melihatkan kami yang terpinga-pinga mendengar loyar buruk dia.
"Kamu ni Amir, boleh sakit jantung Umi dengan perangai kamu ni. Dah, pergi naik mandi dengan solat. Pastu turun makan." Ujar Umi pada kani bertiga.
"Dah la tu Nina. Jangan layan sangat Amir tu. Jom naik atas. Umi kami naik dulu ye." Abang Ady meminta diri.
"Yelah." Jawab Umi.

Lupa pulak nak cerita dengan korang, yang sebenarnya aku merupakan anak angkat keluarga ni. Umi, atau Puan Zaharah merupakan emak angkat aku dan Abang Ady dan Amir merupakan abang angkat aku. Aku diambil jadi anak angkat waktu usia aku baru 5 tahun, waktu tu aku ditempatkan di rumah anak yatim.
Aku berterima kasih sangat dengan mereka sebab sudi menjaga aku hingga tahap dimana aku berada sekarang ni. Cuma aku ada satu rahsia yang semua orang tak tahu. Sebenarnya aku ada hati kat Abang Ady, tapi aku pendamkan je sebab aku tak nak kitaorang jadi renggang oleh sebab perasaan aku ni.


*************

Itu semua kenangan 4 tahun lalu. Sekarang aku tinggal dengan Mak Tok aku, iaitu nenek kandung aku. Kenangan bersama mereka tetap segar diingatan aku, aku sekarang hanya bekerja sebagai gadis kilang je gara-gara aku tak sanggup nak berpisah dengan Mak Tok yang semakin uzur.
Mesti korang pelik macam mana aku boleh tercampak kat sini kan? Sebenarnya, entah macam mana rahsia asal usul aku boleh terbongkar. Maka terbukalah sebuah cerita tentang aku yang sebenarnya merupakan anak orang gaji Umi. Ketika usia aku 5 tahun, mak kandung aku terbabit dalam kemalangan dan meninggal ditempat kejadian. Aku pulak terselamat dari kemalangan tu, telah ditempatkan di rumah anak yatim kerana tiada waris yang datang menuntut.
Umi yang mengetahui tentang hal tu segera ke rumah anak yatim dan menuntut hak jagaan ke atas aku. Tapi 4 tahun lalu, ketika kami tengah bergembira menyambut ulang tahun kelahiran Umi, Mak Tok telah datang dan menuntut aku dari Umi. Akhirnya aku telah memilih untuk tinggal bersama Mak Tok memandangkan Mak Tok sudah uzur.
Umi pula terpaksa akur dengan kehendakku, bukan niat aku untuk meninggalkan umi sekeluarga tapi aku juga punya tanggungjawab untuk menjaga Mak Tok. Nasib umi memahami pendirianku. Abang Ady dan Amir pun terpaksa menerima keputusan aku. Sedar tak sedar sejak aku tinggalkan mereka semua aku tak pernah jejak kaki ke rumah mereka kerana aku perlu menjaga Mak Tok yang kadang-kadang sakit tak menentu masanya.
"Nina, apa Nina buat kat beranda tu. Termenung panjang nampak, mari masuk. Sejuk tu kat luar sana." Mak Tok memanggil aku masuk ke dalam rumah memandangkan hari sudah larut malam.
"Takde apa Mak Tok. Nina teringat kat Umi je." Aku melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kalau Nina nak pergi tengok Umi pergi la. Mak Tok tak larang pun, kamu pun dah lama tak jenguk diaorang kat sana. Apa pula kata diaorang nanti." Ujar Mak Tok.
"Nina tak sampai hati la nak tinggalkan Mak Tok seorang diri kat rumah. Siapa nak jaga Mak Tok nanti?"
"Nina tak payah risau tentang Mak Tok la. Pandai la Mak Tok jaga diri, lagipun Mak Ngah kamu nak balik menetap sini dengan anak dia. Boleh la dia tengokkan Mak Tok."
"Kalau dah macam tu Mak Tok cakap. Nina ikut jelah lagipun dah lama tak jumpa Umi. Sedap sikit hati Nina ada Mak Ngah tengokkan Mak Tok. Lagipun Nina ingat kalau tu Nina nak cari kerja kat sana la Mak Tok." Ujar aku.
"Elok sangatlah tu Nina. Mak Tok tak kisah Nina nak kerja kat sana pun."
"Ok. Mak Tok jangan risau. Tiap bulan Nina akan balik jenguk Mak Tok."
"Ok. Macam tulah cucu Mak Tok. Kamu saling tak tumpah macam perangai mak kamu Nina." Mak Tok memeluk aku sambil mencium dahiku.
Cukup bulan lepas itu, Mak Ngah kembali ke kampung halaman bersama anaknya yang bernama Iman. Aku pula mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur minggu depan.
*************
Sedar tak sedar dah sebulan aku menetap dirumah Umi kembali. Masih aku ingat ketika kedatangan aku semula ke sini, Umi begitu gembira dengan kehadiran aku. Umi mencium pipiku bertalu-talu dan memeluk aku seerat mungkin. Abang Ady dan Amir yang kebetulan berada di rumah terkejut dan berasa gembira dengan kedatangan aku.
"Nina, makin cantik la sekarang abang tengok." Puji Abang Ady.
"Mana ada. Amir tengok Nina makin tembam je sekarang. Ni mesti makan banyak sangat ni." Amir mengusik aku.
"Mengada la kau Amir. Aku sekeh kau kang." Kata aku dengan nada geram.
"Sudah la tu Amir. Kamu ni tak habis nak menyakat Nina. Hah! Ady, kamu kata hari tu ada kerja kosong kat pejabat kita. Dah dapat pengganti belum? Kalau belum Umi cadangan biar Nina je yang ganti. Lagipun Nina datang sini pun nak cari kerja." Ujar Umi pada Abang Ady.
"Elok juga tu Umi. Nasib juga takde pengganti lagi. Nina kamu setuju tak kerja dengan kami?" tanya abang Ady.
"Setuju je bang. Nina memang nak cari kerja pun. Mak Tok pun setuju dengan Nina. Lagipun Nina nak cari pengalaman lebih lagi.
"Elok la tu. Esok Nina terus masuk kerja dengan abang ok." Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Abang Ady dan Umi.

"Selamat pagi semua. Hari ini saya nak kenalkan kamu semua dengan staf baru kita iaitu Cik Hanina Binti Hafizi sebagai penolong pengurus. Jadi saya mintak kamu memberikan kerjasama kepada dia. Jangan pula buli dia." Seloroh Abang Ady.
"Ok kamu boleh berkenalan dengan Cik Hanina kita. Saya masuk dalam dulu. " sebaik je abang Ady malangkah masuk ke dalam biliknya. Aku diserbu kaum wanita dan disoal siasat oleh mereka. Seronok juga berkenalan dengan mereka. Sekejap sahaja kami boleh bergurau senda macam kenal lama.
"Nina, jom lunch dengan kami berdua." Ajak abang Ady.
"Berdua?"
"Lupa pulak. Amir la beria-ia ajak keluar lunch katanya nak meraikan Nina dapat kerja. Jomlah kita gerak."
"Ok, jom." Aku mencapai tas tangan dan bergerak seiring dengan Abang Ady.

"Nina, malam ni kita keluar sama nak tak?" soal Amir pada aku.
"Tengoklah macam mana. Kenapa kau nak ajak aku keluar tiba-tiba ni?"
"Ala kau ni. Sportinglah sikit. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Jangan tanya siapa, yang penting kau jadi je keluar dengan aku malam ni ok."
"Oklah. Pukul berapa nak keluarnya?"
"Pukul lapan tepat kita keluar la. Lagipun aku dah cakap dengan Umi kita nak keluar makan malam sama malam ni."
"Pandai je cakap macam tu dengan Umi. Kalau aku tak setuju tadi padan muka kau." Selorohku.
"Aku tahu kau tak sampai hati nak tolak ajakan aku. Oklah. Aku nak buat kerja ni. Jumoa nanti."

"Nina, kau dah sedia ke nak kenal dengan seorang yang aku kata tadi?" soal Amir setelah hampir separuh makanan masuk ke dalam perut kami.
"Lupa pulak aku. Kau ni lambat betul nak kenalkan tadi. Kesian dia, dah la makan tak tunggu dia pula tu." Sungguh aku sendiri terlupa dengan tujuan sebenar kami keluar makan bersama malam ni.
"Mana orangnya?" aku menyoal Amir yang tengah sibuk mengambil sesuatu dari bawah meja.
"Nah, bukak la benda ni dulu. Nanti keluarlah orangnya yang kita nantikan." Amir menghulurkan sesuatu yang berupa kotak yang dibalut dengan kemas. Aku menyambut kotak tu dan membukanya dengan perlahan.
"Amir, kau nak main-mainkan aku ek? Kau nak kena sekeh dengan aku tak?" aku menunjukkan siku aku ke arahnya.
"Apanya? Betullah aku bagi tu." Katanya sambil menunjukkan ‘benda’ yang diberikannya padaku.
"Kau biar betul Amir? Takde pun orangnya? Kau ‘kencing’ aku ke?" soalku dengan nada tak puas hati.
"Nina, kau ni cuba tengok betul-betul. Orang yang kau nak jumpa ada dalam ‘benda’ ni" kata Amir lagi sambil menyuakan ‘benda’ tu depan aku.
"Otak kau dah senget sebelah ke?"
"Nina, kau ni lembap tul la. Tak paham lagi ke? Tengok ni betul-betul. Apa yang kau nampak?" soal Amir sekali lagi.
"Nampak diri aku la." Kataku dengan malas.
"Hah! Pandai pun. Orang nilah yang kau dengan aku nantikan." Amir menunjukkan jarinya pada cermin berbentuk hati dihadapan kami.
"Amir......Kau biar betul?"
"Kau ni, dari tadi biar betul. Betullah. Aku nak kau tahu yang sebenarnya kau terlalu istimewa dalam hati aku dari dulu lagi. Baru sekarang aku berani nyatakan perasaan aku pada kau. Memandangkan umur kita pun dah makin meningkat. Aku nak kahwin dengan kau secepat mungkin." Panjang lebar amir menerangkan pada aku tentang perasaannya. Aku hanya mampu mendiamkan diri kerana aku masih tergamam dengan luahannya secara mengejut.

"Abang, Nina nak cakap sesuatu dengan abang. Semalam Nina keluar makan malam dengan Amir. Amir luahkan perasaan dia pada Nina. Nina tak boleh terima bang. Macam mana Nina nak bagitahu pada dia bang?" soalku pada Abang Ady.
Abang Ady dan aku sebenarnya menyimpan sebuah rahsia dari pengetahuan Umi, Amir serta orang lain tentang kenyataan yang kami ini merupakan pasangan kekasih sejak dari aku kembali ke sini kembali.
"Nina, abang rasa elok Nina terima cinta Amir. Abang tak sanggup tengok Amir terluka kalau dia tahu abang dan Nina adalah kekasih." Ujar Abang Ady dengan tiba-tiba.
"Abang ni dah tak betul ke? Abang tak nak tengok Amir terluka tapi abang sanggup tengok Nina terluka dengan sikap abang macamni." Air mata mula mengalir mambasahi pipiku.
"Nina tak paham keadaan abang sekarang. Abang tersepit sekarang ni antara Umi, Amir dan Nina." Wajah Abang Ady kelihatan begitu tegang sekali.
"Apa maksud abang ni? Kenapa ianya berkait dengan Umi dan Amir?" soalku.
"Umi dah pilihkan calon isteri untuk abang. Dua bulan akan datang abang akan berkahwin dengan pilihan Umi." Terasa mahu gugur jantungku mendengar kata-kata Abang Ady.
"Abang, betul ke ni? Abang sanggup ke lepaskan Nina pada orang lain?" air mataku lebih laju mengalir mengenangkan semua yang berlaku.
"Abang, Nina rasa elok kita berterus-terang dengan Umi tentang hubungan kita. Nina percaya, Umi boleh terima." Pujukku dalam tangis.
"Nina, abang tak mahu Umi terluka sebab yang diharapkan untuk jadi isteri abang tu bukan orang lain. Dia anak pada kawan karib Umi, dan kami dah dijodohkan dari kecil lagi. Abang tak sanggup sakitkan hati Umi. Maafkan abang, biarlah sampai sini je cinta kita. Nina tetap akan berada dihati abang sebagai adik perempuan abang." Ujarnya.
"Baiklah. Kalau itu yang terbaik untuk kita semua. Nina redha bang. Terima kasih atas segalanya." Aku melangkah kaki membawa hati yang terluka.


"Nina, sejak dari hari tu sampai sekarang kenapa kau macam mengelak dari aku?" soal Amir.
"Mana ada, pandai je kau ni.’ Nafiku.
"Baguslah macam tu. So, macam mana dengan lamaran aku hari tu?" soalnya lagi.
Aku mendiamkan diri sambil melontarkan pandangan ke arah tasik di depan. Sengaja kubiarkan dia menanti jawapan dariku.
"Nina...." panggil Amir. Aku memandang ke arahnya dan ku lemparkan senyuman padanya.

"Nina, tahniah abang ucapkan. Selamat pengantin baru." Ucap Abang Ady.
"Akak pun sama juga Nina. Tahniah. Selamat pengantin baru." Ucap Kak Asiah padaku sambil mengucup pipiku.
"Umi mana?" soalku pada Abang Ady.
"Umi kat sini. Mana boleh tak ada time anak perempuan tunggal Umi ni meraikan saat bahagia dia." Umi memeluk aku dan mengucup pipiku bertalu-talu. Mak Tok dan Mak Ngah yang berada ditepiku tersenyum melihat kami.
"Pengantin oit....Siap sedia keluar sekarang. Pengantin lelaki dah sampai." Jerit mak andam yang kebetulan berada di tepi tingkap bilikku.
"Nina, jom turun. Dah sampai pun suami kamu." Kata Umi sambil memimpin aku yang sudah kedinginan kerana gementar untuk naik pelamin sebentar lagi. Mak Tok, Mak Ngah, Abang Ady dan Kak Asiah menuruti kami dari belakang. Kami berjalan menuju ke arah pengantin lelaki, terdengar paluan kompang berbunyi menyambut kedatangan kedua mempelai yang berjalan seiringan menuju masuk ke dalam rumah.

"Nina, tak tidur lagi ke, sayang?" soal suamiku sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik.
"Kejap ya bang. Nina nak baca surat ni kejap." Aku meminta izin dari suamiku.
"Ok. Bacalah, abang duduk sebelah sayang." Katanya.

Buat Hanina,
Aku ucapkan selamat pengantin baru pada kau. Maafkan aku sebab tak dapat hadir pada hari bahagiamu. Aku tak mampu untuk hadirkan diri dihari persandinganmu. Aku hanya mampu berdoa kau bahagia dengan dia yang mampu memberikan kau kebahagian. Doakan aku berjaya selalu dan bertemu insan sepertimu. Semoga berbahagia selalu.....
Ikhlas,
Amir

'Amir aku doakan kau bahagia selalu....' doaku dalam hati.
"Abang, jom tidur. Nina tutup lampu ya bang." Aku berjalan dan menutup suis lampu.
"Nina, abang sayang Nina dari hari pertama kita bersua abang dah jatuh hati dengan Nina." Kata Iman, suamiku yang juga sepupu tiriku sambil memelukku dan mengucup dahiku..
"Nina janji akan cintakan abang seumur hidup Nina." Ucapku mengakhiri malam pengantin baru. Moga kebahagian sentiasa menyebelahi kami selamanya.

Read More..
 
Cerpen : Berangan

Alunan muzik jazz menggamitkan suasana minum petang di restoran Luna Marchantia. Aku duduk di tempat biasa sambil memandang ke luar cermin kaca. Jalan raya di luar itu penuh sesak dengan kenderaan, pastinya semua orang sedang berpusu-pusu balik daripada kerja. Nasib baik aku keluar awal tadi, kalau tidak aku juga akan terperangkap dalam kesesakan jalan yang menyesakkan nafas itu.

Aku melepaskan keluhan kecil. Jam di tangan ku kerling. Sudah lewat 20 minit temu janji ini. Kenapa Helmi belum datang lagi? Apakah dia juga terperangkap dalam kesesakan jalan? Inilah akibatnya kalau buat temu janji pada waktu macam ni. Aku menggeleng kepala sambil tersengih-sengih sendiri. Aku sebenarnya hairan dengan Helmi, biasanya temujanji kami hanyalah hujung minggu saja, dan kalau pun terlalu rindu sangat-sangat, kami akan keluar lepak di restoran favorite kami ni pada hari-hari biasa. Tapi itu pun di sebelah malam iaitu dinner bersama. Hari ini pula aku hairan. Nak jumpa aku waktu macam ni. Katanya ada sesuatu yang penting ingin di sampaikan. Hatiku juga berdebar-debar. Pastinya sesuatu yang mengejutkan nanti.

Helmi nak bagi surprise ke? Nak lamar aku ke?
Ceh, kalau nak propose pun takkan siang-siang macam ni. Tak romantik langsung!
Eh, nak pinjam duit aku ke? Tak mungkin..tak mungkin..selama ni aku je yang asyik pinjam duit dia...
Habis tu nak apa pulak?

Fikiranku masih ligat meneka-neka apakah yang bakal disampaikan oleh Helmi nanti. Aku merenung infiniti ke arah pintu restoran. Mulalah aku mengulangi tabiat ku, si puteri berangan yang mahu menyulam khayalan. Tiba-tiba pintu yang kurenung itu terbuka dan munculnya susuk tubuh yang amat kukenal. Aku mengukir senyum gembira. Kulihat dia datang dengan sut tuxedo putihnya sambil di tangannya memegang sebuah kotak kecil merah. Dari jauh senyumannya juga sudah terukir. Ah, senyum itu hanya dihadiahkan untukku..terharunya..

Dengan segaknya putera Helmiku mengatur langkahnya ke arahku. Terasa suatu debaran dalam hati, jantung sudah mengepam darah dengan laju. Bunyi lub dup jantungku sudah berentak pop rock berkadar songsang dengan alunan muzik jazz klasik. Romantik!
Seraya dia berdiri di hadapanku, dia merendahkan dirinya. Dia duduk melutut dengan sebelah kakinya. Kotak yang dalam genggamannya itu di buka lalu dihulurkan ke arahku. Terpamer cincin emas putih bertakhtahkan batu zamrud.

"Putri, would you marry me?"
Aku tergamam seketika. Aduhai..romantik sungguh. Helmi, kau memang memahamiku, tahu apa kegemaranku. Kau tahu benar cara untuk mengambil hatiku. Tahu apa yang aku suka. Kuaci...Ya itulah bentuk batu zamrud yang tersemat kemas pada cincin dalam kotak. Manalah kau tempah cincin dengan shape kuaci ni? I love you Hel! Betapa di hatiku berbunga riang sekali.

"Yes i do.." tanpa ragu-ragu aku melafazkan kata setuju. Mudah saja untuk aku menerima lamaran ini. Kerana mataku sudah dikaburi dengan cincin kuaci. Aku bukan mata duitan ok, aku cuma teruja dengan kuaci.

"Sorry miss, may i take your order please.."

"Yes i do.." tangan kuhulur.

"Miss, may i take your order pleaseeeessee..."

"Yes i do..sarungkanlah cincin tu, i tunggu ni.."

"Miss, boleh saya ambil order tak nihhh!!!"

"Oppocottt! Oder mak kau! Cincin..kuaci! Ehh!!!!??" Lamunanku terhenti. Spontan saja semua suasana romantik hilang. Lenyap. Helmiku juga sudah hilang entah ke mana. Yang kulihat tercegat berdiri berdiri di hadapanku adalah seorang lelaki tinggi lampai yang sedang memegang pen dan kertas sedang merenungku dengan hairan. Aku melihat tangan sendiri yang terlunjur ke arah lelaki tinggi lampai itu. Cepat-cepat aku tarik dan sembunyikan tangan di bawah meja. Lantas aku memerhati sekelilingku. Beberapa pasang mata pengunjung restoran yang duduk di meja berhampiran sedang tertumpu ke arahku sambil tergelak kecil. Ada yang menekup mulut dengan tangan menahan gelak besar. Aduh...malu..malu..mana nak letak muka ni? putri, kalau kau nak berangan tu bertempat la sikit! Tak malu betol!

Aku menyumpah-nyumpah diri sendiri. Dengan wajah udang terbakar aku cuba tukar sengihan kerang busuk kepada pemerhati-pemerhati sekalian. Juga kepada pelayan lelaki yang masih tercegat berdiri menunggu pesanan.

***

Aku melihat lagi jam di tangan. Entah, sudah lebih seratus kali agaknya aku asyik melihat jam. Naik juling biji mataku asyik tengok jam, kemudian tengok ke pintu restoran, berulang-ulang kali sampai naik pening kepala aku. Naik lenguh juga tengkuk aku ni. Tapi, kenapa kelibat Helmi belum pun muncul lagi? Mana pergi kau Helmi! Suka betul buat aku melangut kat sini sorang-sorang! Kang ada yang kena reject kang nangis plak nanti ni.

Fresh orange juice dalam gelas kurenung. Sudah tinggal separuh. Kusedut lagi jus itu dengan straw yang comel bagi memfreshkan ketidaksabaran dalam hati yang sudah membukit. Comel pula straw ni. Kecil, tapi tak puas hati sebab tak dapat nak sedut dalam kuantiti yang banyak. Nak juga aku teguk saja dari gelas ni tapi..aku kan gadis sopan, gadis ayu..kenalah kontrol sikit. Putri kena kontrol..kontrol..sini bukan rumah ok..sopan..sopan..straw pun strawlah. Dengan lagak sopan aku menyedut lagi jus oren kegemaranku.

"Maaf Putri...lama tunggu?"

Sapaan itu membuatkan aku hampir tersedak. Aku mendongak. Kulihat Helmi sedang berdiri di hadapanku. Dan di sisinya seorang gadis manis dengan rambut teknik rebonding paras bahu. Cantik dan seksi. Who’s this girl? Perempuan mana pula kau kidnap ni Hel?? Takkan nak propose pun kena pakai orang tengah? Tak romatik, .tak romantik langsung!

"Lama tunggu ke?" soal Helmi lagi sambil menarikkan kerusi untuk gadis teknik rebonding itu. Hatiku mula dihujani pelbagai perasaan dan persoalan. Siapakah gadis itu? Kenapa Helmi membawanya ke temujanji ini yang seharusnya hanya aku dan Helmi sahaja. Tidakkah dia tahu aku dan Helmi sukakan privacy? Helmi sendiri juga seharusnya tahu itu. Sepatutnya Helmi bawa cincin bukan budak perempuan teknik rebonding nih! Menyebok ajelah perempuan ni..

"Takdelah lama sangat. I pun baru je sampai beberapa minit tadi..." Aku jawab dengan senyum plastik. Baru apanya..dah berkulat aku menunggu ni. Kalau ada labah-labah dalam restoran ni dah lama aku bersawang...
Aku buat senyum sampai ke telinga lebarnya, cuba menyembunyikan amarah di hati. Putri kena senyum, senyum...

"Sebenarnya I ada sesuatu yang nak sampaikan kat you ni...errrr..." Helmi sudah mahu memulakan bicara topik utamanya.

"Eh, tak nak pesan minum dulu ke?" Aku memintas sambil mengangkat tangan memanggil pelayan. Takkan nak propose secepat ini. Sabarlah Helmi. Kita minum dulu!

"Tak! Takpe, takpe! I tak nak minum. Lagipun I dan Ema kejap je kat sini. I just nak cakap sesuatu yang penting je kat you, lepas tu kitorang baliklah." Helmi memandangku dengan wajah kelatnya kemudian ke arah gadis di sebelahnya yang dikenalkan sebagai Ema. Ema yang cantik itu membalas pandangan Helmi dengan senyuman manja.

Aku kehairanan. Kebingungan. Apa semua ini? Aku tak faham. Takkan nak balik cepat kot lepas propose aku? Baki jus dalam gelas kusedut sampai habis dengan rasa geram. Hujung straw kugigit-gigit sampai lumat. Geram..sebab tak faham..

"Errm..errm..sebenarnya..errm..errr.." Helmi tiba-tiba gagap.
Sindrom ni biasa agaknya yang berlaku pada lelaki bila nak propose gadis..hikhikhik..Terasa ada rerama bertembangan dalam hati. Sambil senyum-senyum aku menggigit lagi straw dalam gelas.

"Putri, hubungan kita berkakhir sampai di sini sahaja..maafkan I Putri.."

"Ok, putri maafkan.." refleks aku menjawab dengan acuh tak acuh.

"Eh, What???!!" Aku pantas mendongak. Dengan straw yang tersangkut di gigi aku membulatkan mata. Betulkan apa yang aku baru dengar tadi? Aku pandang tepat ke wajah Helmi yang langsung tidak menunjukkan riak bergurau. Cepat-cepat tangan Helmi menarik straw dari mulutku dan mencampakkan ke atas meja. Kemudian dia bersuara lagi..

"I’m sorry Putri, I bukan lelaki yang baik untuk you. You carilah lelaki yang lebih baik untuk you..."

"What?" Kata what kuulang lagi. Aku terkesima ketika ini. Itu sajalah perkataan yang mampu keluar dari mulutku. Sedang di dalam kepalaku ada tanda soal yang besar sedang berlegar-legar. Helmi, please, dont make joke ok..

"Hubungan kita berakhir sampai di sini. I dah ada Ema. Dia dah ambil tempat you dalam hati I. I’m sorry Putri..."

"Tapi Hel.." Tiba-tiba rasa sebak. Semakin menjalar dalam hati dan kelopak mata tiba-tiba berat. Shit! I hate this feeling!!

"I tahu you tak boleh terima semua ini tapi inilah hakikat. Hati I sudah beralih arah..."
Kata-katanya itu bagai keramat, membuatkan hatiku seperti dikikir dengan pengikir parut kelapa. Ku pandang Helmi tanpa berkelip. Cukup mudah untuk kau lafaz kata-kata menyakitkan itu padaku. Cukup mudah juga untuk kau beralih arah Helmi. Murahkah harga cinta yang kita bina selama ini? Sanggup kau khianati. Damm you Hel! You..you..you memang HELL!!

"Hel, takkan you sanggup tinggalkan I ?!!" Wajah yang iras-iras Johny Depp itu ku renung tajam. Kemudian gadis seksi yang duduk di sebelahnya itu kujeling. Seksi sangat tapi mata ini seksa melihatnya. Hatiku
seperti dicarik-carik melihat gadis seksa itu meminta-mintal lengan baju Helmi.

"Maaf Putri..." Helmi bangkit berdiri dari duduknya.

"Tapi Hel..you can’t..." Aku mendongak memandangnya.

"Please Putri, terimalah kenyataan ini. Saya dah tinggalkan awak. You and me, no more..awak faham tak ni?"

"Tak boleh! Tak boleh!" aku tetap membantah.

"But why?"

"You tak boleh tinggalkan I hanya semata-mata kerana gadis tenik rebonding ni! Kalau kerana dialah you tinggalkan I, I takkan terima. Dia tak setanding pun kalau nak bersaing dengan I ! You can’t!"

"Why can’t?"

"You can’t Helmi!!"

"Why?"

"Saya kata dah tak boleh, tak bolehlah!!" Aku bangkit dari dudukku sambil kedua tangan kuhentak ke atas meja.

"Oppsss!! Alamak! I’m sorry miss, i’m sorry! I just ask why you said ‘can’t’..I doesnt mean to make you angry.."

Eh????

Aku menoleh ke belakang ke arah suara lelaki itu. Kulihat seorang pelayan lelaki memandangku dengan rasa bersalah. Aku menoleh semula ke depan. Kemudian memandang sekeliling. Semuanya hilang! Semua tadi sudah hilang!

Mana perginya Helmi? Mana gadis teknik rebonding tadi? Apa ni? Aku berangan lagikah?! Oh tidak!!!! Argghhh..bermimpi di siang hari!

Aku memandang pelayan lelaki yang sedang tercegat berdiri dengan wajah pucatnya.

"Tadi saya tengok miss letakkan kepala kat atas meja ni sambil tutup mata..ingatkan miss tidur. Tapi sambil tutup mata tu saya dengar miss bercakap-cakap pula sesuatu. Jadi saya pun heran dan tanyalah. Just to make sure wether you’re sleep or not..but..you..tetiba je..err.. I’m sorry miss..i’m sorry..saya tak berniat untuk ganggu tadi.." Pelayan lelaki itu tunduk-tunduk rasa bersalah.

"No..no..doesn’t matter..I’m just kidding..hehe.." Aku melabuhkan punggung semula ke kerusi. Aku tersengih sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepala. Huh, just kidding apanya..

"Errr, miss..may..may..i take your order please?" Soal pelayan lelaki itu putus-putus. Takut agaknya dengan aku. Riak wajahnya juga kehairanan. Mungkin rasa pelik dengan kelakuanku sebentar tadi.

"Em..just bring me a glass of sky juice please.." sambil memberikan senyuman kepadanya.

"Sky juice??" Pelayan itu tambah pelik.

"Eh, sorry..sorry..i mean cold water..hehehe..just kidding again.."

Aduh! Sejak bila aku pandai main just kidding plak ni?

"Oh, ok miss..." Pelayan itu meninggalkan aku dengan wajahnya yang pucat dan peliknya. Nak tergelak juga aku melihat riak wajahnya itu. Macam baru nampak hantu lagaknya. Teruk sangat ke aku tengking dia tadi?

Sebaik sahaja pelayan lelaki itu berlalu meninggalkan aku, bahuku disapa dari belakang.

"Maaf Putri, lama tunggu?"

Aku menoleh ke arah suara yang kukenal itu. Sesuatu yang mengejutkan!

OH MY GOD!!

Kulihat Helmi dengan seorang GADIS SEKSI DENGAN RAMBUT TEKNIK REBONDING PARAS BAHU berdiri di sisinya. Mak, tolong Putri makkkkk!!! Aku..aku..aku..aku rasa nak pitam...

Read More..
 
Cerpen : Bercakap Dengan John

Sahri menguap panjang. Rasa mengantuknya tidak kebah-kebah biarpun sudah beberapa gelas air kopi diminum olehnya. Mihun goreng yang dibawa dari rumah juga sudah tidak bersisa. Sesekali dia menoleh ke arah jam tangan di pergelangan tangannya. Jarum pendek sudah begitu menghampiri pukul enam petang. Bermakna tugasnya untuk hari itu hampir selesai. Sementara menunggu penggantinya tiba, Sahri membelek-belek jam tangan berjenama terkenal miliknya yang dibeli di pasar malam. Biarpun harganya sangat murah, Sahri begitu menyayangi jam itu.

"Manalah si Tahir ni..?! Selalu masa-masa macam ni dia dah timbul..", rungutnya seorang diri.

Laluan kaki lima tempat dia berteleku itu sememangnya dikerumuni ramai. Tetapi keadaan hiruk-pikuk sebegitu tidak langsung melekakan dirinya. Sudah lama dia bertugas di sini dan sudah acapkali dia bertemu dengan berbagai ragam manusia yang menjadi asam-garam kehidupan di bandar itu. Ada yang jujur, ada yang penuh tipu daya, ada yang baik hati, ada juga yang kejam dan berbagai lagi.

Sahri sudah lali dengan semua itu. Demi tugas yang diamanahkan, dia sanggup terpacak seharian di situ biar apa pun halangannya. Berbekalkan selaras senapang patah, Sahri sentiasa berada dalam keadaan berwaspada. Bila-bila masa sahaja sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dan jika itu berlaku, Sahri akan kehilangan mata pencariannya malah dia juga mungkin akan kehilangan nyawa. Pekerjaannya sebagai seorang pengawal keselamatan di bank itu yang terletak di tengah-tengah kota menuntut dirinya supaya sentiasa berjaga-jaga.

Pernah satu ketika dahulu beberapa orang lelaki berbadan sasa dan bertopeng menceroboh masuk sambil melepaskan beberapa tembakan rambang. Sahri yang pada ketika itu terperanjat dengan tindakan mengejut itu serta-merta menyembunyikan dirinya bersama-sama orang awam yang lain. Ini kerana pada waktu itu dia hanya bersenjatakan cota manakala penjahat-penjahat tersebut bersenjatakan pistol automatik dan juga pump gun. Dia tidak mahu mati katak. Dia tahu peluangnya untuk memberkas penjenayah-penjenayah itu adalah mustahil. Mana mungkin sebatang cota boleh memenangi senjata moden seperti itu.

"Ri.. Ri..!! Woi, pekak ke..?!", jerit Tahir sambil mengoncang-goncangkan tubuh Sahri yang sedang asyik mengelamun.

Sahri pantas menepis tangan Tahir dan berdiri sambil membuka pencak silatnya secara tiba-tiba. Tahir tidak mahu bertangguh lagi. Segera dia menjauhkan diri dari Sahri yang seakan mengamuk. Jika dia tidak berbuat demikian sia-sia sahaja dia menjadi mangsa belasahan rakannya itu. Selepas beberapa ketika, barulah pencak Sahri hilang akibat keletihan.

"Kau rupanya Tahir.. Kus semangat..!! Aku ingat perompak ke, perogol ke tadi..!!", ujar Sahri kelelahan.

"Siapa pulak nak rogol engkau Ri..?! Muka macam belalang tempur pun ada orang yang bernafsu ke..?!", Tahir berjenaka.

"Tak guna kau.. Ni, apasal lambat..?! Naik bersemut ketiak aku ni menunggu kau tau tak..!!", soal Sahri.

"Ini yang aku nak bagitahu engkau ni.. Aku nak mintak tolong engkau jagakan syif aku boleh tak..?! Aku nak kena hantar anak bini aku balik kampung sekarang ni.. Ada kenduri arwah..", Tahir menjelaskan.

"Eh, mana boleh macam tu Tahir.. Aku dah jaga siang, malam engkaulah pulak..!! Lagipun aku penatlah.. Aku nak balik tidur ni..", Sahri menolak.

"Alaa.. sekali ni je aku mintak tolong pada engkau..!! Aku janji, lepas je aku hantar anak bini aku balik ke kampung nanti, aku terus datang sini.. Lagipun bukannya jauh sangat kampung tu.. Dalam satu jam perjalanan je..!!", rayu Tahir pada rakannya yang sedang menggaru kepala.

Sahar mendiamkan diri. Hendak membantu, dia sudah tidak berdaya lagi. Hendak ditolak, kasihan pula. Setelah agak lama dia berfikir, barulah dia bersetuju dengan permintaan sahabatnya itu. Itupun dengan syarat, Tahir mesti kembali semula ke sini setelah menghantar keluarganya ke kampung. Lega Tahir mendengarnya. Setidak-tidaknya ada juga orang yang mahu menggantikan dirinya buat seketika.

Sahri memandang kelibat tubuh Tahir yang semakin menjauh. Mungkin Tahir memakir keretanya jauh dari situ untuk mengelakkan dari dilihat oleh penyelia mereka. Bila saja Sahri teringat wajah penyelianya, bibir Sahri menjuih serta-merta. Mengenangkan perangai encik Herman yang suka marah-marah dan pantang melihat perempuan berdahi licin. Menyampah pula bila membayangkan wajah encik Herman yang bengis, berperut boroi dan renek fizikalnya.

Sudahnya Sahri mengeluarkan telefon bimbit miliknya yang disimpan di dalam kocek seluar. Pantas Sahri menekan-nekan punat pada telefon bimbitnya untuk bermain game. Derap kaki yang melintasi kaki lima itu tidak dapat mengugat tumpuan Sahri bersama telefon bimbitnya. Tidak sedar hari yang remang-remang senja sudahpun berganjak ke malam.


**********************

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Bayang Tahir masih belum kelihatan membuatkan darah Sahri tersirap dengan kemarahan. Nafasnya mendengus-dengus bak seekor lembu laga yang dikibarkan dengan bendera merah. Dia sudah bosan tercangak di situ sendirian sedari pagi. Telefon bimbitnya juga sudah kehabisan bateri. Juga tiada kelibat manusia yang lalu-lalang berhampiran dengannya lantas mengundang rasa bosan yang menyucuk. Sahri bersiul-siul kecil sebagai menghilangkan kebosanan.

"Hello..", sapa seseorang secara tiba-tiba membuatkan Sahri melompat tanpa sengaja.

Sahri mengurut dada. Nafasnya turun naik bersama debar yang masih menggila. Mujur juga dia tidak mengeluarkan buah silatnya di situ. Jika tidak, bukan saja si penyapa yang akan menerima padah malah dia juga akan turut pengsan akibat kepenatan. Sahri menoleh setelah gemuruhnya beransur reda. Satu susuk bertubuh agak besar yang memakai kemeja berbunga-bunga serta berseluar pendek tersenyum ke arahnya.

"What with you..?! I\'m just saying hello..", tegur lelaki itu pada Sahri.

Darah Sahri menggelodak lagi. Bukan dia tidak faham kata-kata lelaki inggeris yang sedang berdiri di hadapannya itu tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Terasa menyesal pula di hati kerana tidak mendengar nasihat ibunya supaya belajarbersungguh-sungguh dahulu. Jika tidak, mungkin sekarang dia berkerja dengan firma-firma besar yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.

"Oh.. You don\'t know how to speak english is it..?! Jangan takut.. Saya boleh berbahasa melayu..", ujar lelaki itu lagi seraya mendekati Sahri.

Sahri terkulat-kulat. Rupanya lelaki inggeris ini boleh berbahasa melayu. Malu Sahri tidak terperi lagi. Bangsa asing berusaha untuk mempelajari bahasa ibundanya yang indah sedangkan dia sendiri langsung tidak mahu belajar tentang bahasa lain.

"Maafkan saya encik.. Saya tak sengaja..", ujar Sahri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tak mengapa..", balas lelaki itu kembali.

"Ada apa yang saya boleh bantu encik...".

"Oh.. Johnson Marciani..!! Panggil saya John sahaja.. Tak usah panggil encik dengan saya..!!", John tersenyum sambil menghulurkan salam. Sahri pantas menyambutnya.

"Sebenarnya saya lihat awak dari tadi duduk seorang diri di sini.. Awak tunggu siapa..?!", soal John.

"Saya tunggu kawan saya.. Sepatutnya dia yang kerja syif malam.. Tapi dia ada masalah sikit..!! Jadi saya kena ganti dia buat sementara..", terang Sahri.

"Awak kerja security guard..?!", soal John lagi.

Sahri mendiamkan diri. Dia malu untuk menyatakan perkerjaannya pada bangsa asing. Takut nanti dituduh sebagai bangsa yang pemalas dan hanya tahu kerja makan gaji sahaja. Sedangkan mereka sudahpun meneroka bidang angkasa.

"Jangan malu.. Saya bukan nak hina awak..!! Saya suka tengok orang macam awak.. Awak tak malu untuk berkerja sebagai security guard walaupun orang lain yang sebangsa dengan awak pandang hina pada awak..!! Saya rasa awak patut bangga dengan diri awak sendiri.. Bukan semua orang seberani awak untuk melakukan kerja seperti ini..", terang John panjang lebar.

Sahri menggaru kepalanya lagi. Terasa hendak menyorok di dalam kasut pula dibuatnya. Memang betul kata John, dia sepatutnya berbangga dengan perkerjaannya selaku pengawal keselamatan. Tanpa manusia sepertinya, tiada siapa lagi yang mahu makan gaji hanya dengan duduk sambil memegang selaras senapang di muka pintu bank seperti apa yang dilakukan olehnya sekarang. Sekurang-kurangnya dia mencari rezeki yang halal.

"Terima kasih John.. Susah nak cari orang macam awak..!!", ujar Sahri sambil tersengih.

"Sama-sama.. Dah lama awak kerja di sini..?!", tanya John.

"Lama tu taklah lama sangat.. Adalah dalam lima tahun.. Sebelum ni saya ikut kawan saya meniaga ayam..!! Tapi lepas semua ayam-ayam kena sakit sampar, kawan saya terus jadi gila.. Saya pulak terus mintak kerja security guard ni.. Maklumlah.. sekolah tak habis..!!", terang Sahri.

"Awak tak takut..?!", tanya John lagi.

"Nak takut apa..?!", soal Sahri kembali.

"Takut ada pencuri nak curi di sini.. Selalunya bank memang jadi sasaran pencuri..!! Awak pernah berhadapan dengan situasi itu..?!", John menyoal Sahri lagi.

"Pernah jugak.. Dulu bank ni pernah kena rompak dengan lima lelaki bersenjata..!! Saya masa tu tak ada senjata.. Takkan saya nak lawan..?! Saya pun menyoroklah.. Saya tak nak mati katak..!!", ujar Sahri menceritakan pengalamannya.

"Mati katak..?!", John terpinga-pinga.

"Mati sia-sia..", terang Sahri.

John mengangguk-anggukkan kepala sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apalah yang melucukan dengan ayat mati katak itu. Mungkin John merasa geli hati dengan ayat yang baru pertama kali didengari olehnya. Tiba-tiba wajah John berubah. Dari kemerah-merahan akibat ketawa berlebihan kepada wajah serius.

"Dalam lima tahun awak berkerja, pernah tak awak nampak sesuatu seperti...".

"Hantu..?!", Sahri memotong kata-kata John. Sepertinya dia sudah mengetahui akan maksud John.

"Tak pernah pulak.. Tapi kalau setakat kelibat orang melintas tu rasanya adalah beberapa kali.. Itupun masa saya terpaksa ganti orang waktu syif malam.. Sebenarnya saya kerja siang sahaja..!!", ujar Sahri selamba.

"Itu hantu melayu.. Hantu inggeris awak pernah nampak..?!", soal John bersungguh.

Sahri memandang wajah John tanpa berkedip. Pelik benar bunyinya soalan orang putih ini. Tatkala dia memandang wajah John lama-lama, terasa wajah lelaki kulit putih itu seakan pucat lesi dan cengkung. Tidak seperti mula-mula mereka bertemu sebentar tadi. Sahri menggeleng-gelengkan kepala sebagai menjawab pertanyaan John tadi. Kemudian dia kembali memandang ke hadapan. Matanya tertumpu pada tiang-tiang lampu yang kebanyakannya sudah tidak mengeluarkan cahaya lagi.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Sahri pantas melompat ke arah jalanraya. Nasib baik pada ketika itu keadaan jalanraya lengang tanpa kenderaan yang melaluinya seperti selalu. Sahri mengurut dadanya yang berombak kencang. Nampaknya sudah tiga kali dia terperanjat kerana dikejutkan oleh seseorang hari ini. Silap-silap gaya nyawanya juga boleh turut padam.

Tahir yang ketawa mengekek tertunduk sambil memegang perut boroinya. Geli benar rasanya menyaksikan Sahri yang melompat seperti seekor kanggaru sebentar tadi. Sampai terkeluar airmatanya kerana terlalu banyak ketawa.

"Kurang asam kau Tahir..!! Kalau kau buat lagi macam tu, aku tempeleng kau dengan kasut ni..", ujar Sahri seraya menunjukkan kasut miliknya di tangan.

"Rilekslah Ri.. Kau ni serius sangatlah..!! Aku bukannya apa, suka tengok kau jadi macam tadi tu..", Tahir membalas tersekat-sekat. Tawanya masih lagi kedengaran.

Sahri merengus sendirian. Menyampah benar hatinya melihatkan perangai Tahir yang tidak sudah-sudah menyakat dirinya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membenamkan muka Tahir ke dalam longkang. Panas betul hatinya.

"Kau janji apa ni..?! Kata sekejap je..?! Berpeluh ketiak aku menunggu kau tau tak..?!", marah Sahri pada Tahir yang masih ketawa kecil.

"Alaa.. Aku bukannya sengaja..!! Tiba-tiba kereta aku meragam tengah jalan tadi.. Nasib baik bila aku periksa rupa-rupanya air kurang.. Lepas aku isi air, hidup baliklah kereta aku..!! Itupun lepas aku berjalan sorang-sorang dalam gelap sebab nak cari air kau tau tak..?! Nasib baik aku jumpa sungai kecik kat tepi hutan tu..", Tahir menerangkan.

"Eh, tadi aku nampak kau macam tengah berborak dengan orang.. Kau berborak dengan siapa..?!", tanya Tahir ingin tahu.

"Dengan...", kata-kata Sahri mati di situ kerana sebaik sahaja dia menoleh, John sudah tiada lagi di tempatnya.

Sahri jadi pelik. Rasanya tak mungkin seorang manusia mampu bergerak sepantas itu. Lagipun di kawasan itu tiada tempat untuk menyembunyikan diri. Kalau ada sekalipun kenapa John hendak menyembunyikan diri?

"Tadi aku berborak dengan sorang mat saleh kat sini.. Kitorang punyalah berbual panjang.. Nasib baik dia ada..!! Kalau tak aku pun tak tau nak buat apa tadi.. Bosan gila..!! Tapi sekarang ni dia tak ada pulak.. Aku ingat dia ada pakai ilmu ghaiblah..", ujar Sahri cuba berseloroh.

"Ilmu ghaib apanya.. Kau berborak dengan John kan..?!", tanya Tahir.

"Eh..?! Macam mana engkau tahu..?!", soal Sahri kehairanan.

"Aku tahu pasal John tu selalu muncul kat kawasan ni.. Kata orang dia mati sebab kena bunuh dengan girlfriend dia dua bulan lepas..!! Kau tak tau cerita ke..?!", terang Tahir sambil mengeluarkan kotak rokoknya.

"Maksud kau..?! Dia tu hantu..?!", Sahri seperti tidak percaya.

"Iyalah..!! Aku dah berapa kali bercakap dengan John tu.. Dia bukannya kacau sangat kerja aku..!! Saja ajak berborak.. Agaknya dia boringlah tu..!!", Tahir menyalakan rokoknya sambil tersenyum memandang ke arah Sahri.

Sahri tergamam tanpa suara. Wajahnya pucat lesi. Patutlah John beria-ia benar nak tahu tentang pengalamannya bertemu dengan hantu. Pandangannya mula berpinar-pinar dan seluruh tubuhnya mulai terasa seram sejuk. Sejurus sebelum dia pengsan, kelibat wajah John muncul di belakang Tahir yang kelam-kabut memangkunya dari jatuh ke lantai. John tersenyum ke arahnya sebaik saja dia merapatkan kelopak matanya.


Sekian..

Read More..
 
Cerpen : Cinta itu datang lagi

Suria termenung memerhatikan deruan ombak, sambil mengeluh. Begitulah hidupnya sejak kehilangan Azam sebulan lalu.

“Suria mari balik nak, tak baik duduk termenung senja-senja begini”, panggil pakcik Tahir lembut. Sayu orang tua itu melihatkan anak kesayangannya duduk termenung sejak kejadian itu.

*************************

“Suria, tolong ayah!” laung pakcik Tahir kuat. Bergegas-gegas Suria keluar mendapatkan ayahnya.

“Kenapa yah?” terkejut Suria melihat ayahnya sedang mengheret seorang pemuda yang tidak sedarkan diri. Suria menyelak rambut panjang pemuda yang menutupi mukanya, dan tiba-tiba dadanya berdebar-debar memandang wajah pemuda yang kacak itu, jarang dia melihat pemuda sekacak itu di kawasan ini melainkan abangnya.

“Pemuda ini ayah jumpa di laut, mungkin kapalnya karam, tolong ayah angkatnya naik ke atas”. Sambil mereka bertungkus lumus menaikkan pemuda itu ke atas rumah yang bertangga kayu itu.

Sejak hari itu Suria dan ayahnya menjaga pemuda itu dengan penuh ikhlas, apalagi pemuda itu mengalami trauma dan tidak mengenali dirinya sendiri. Selepas pemuda itu sihat, dia selalu termenung mengenangkan nasibnya yang tidak ada arah tujuan dan tiada beridentiti. Tetapi sejak kehadirannya di rumah itu beban pakcik Tahir semakin berkurang kerana pemuda itu rajin menolongnya pergi ke laut.

“Abang Azam, ayah panggil makan”, panggil Suria. Azam adalah nama yang diberikan oleh pakcik Tahir kepada lelaki itu, sempena nama anak sulungnya yang terkorban di laut ketika mencari sesuap nasi bagi mereka sekeluarga. Tetapi bebannya sudah semakin ringan sejak Suria mengambil tempahan menjahit pakaian dari orang-orang kampung. Suria mempunyai bakat semulajadi menjahit itu sudah agak dikenali di pekan terpencil itu.

Azam berpaling dan tersenyum. Hanya kerana dia aku masih bertahan, bisik hati Azam. Lalu melangkah kearah Suria dan menghulurkan tangannya agar bergandingan bersamanya. Sejak mereka menjumpai Azam di laut, hubungan Azam dan Suria menjadi rapat. Azam jatuh cinta pandang pertama kepada Suria ketika dia telah sedarkan diri dari pengsan selama dua hari.

Suria, gadis kampung yang terlalu cantik walaupun hanya anak seorang nelayan. Berkulit putih halus, hidung mancung, berambut lurus panjang dan agak keperang-perangan Memang benar, kerana ibunya yang telah lama meninggalkannya bukanlah dari kalangan penduduk kampung biasa. Ibunya, Diana adalah anak kacukan Melayu-Belanda anak kepada seorang hartawan terkemuka di ibukota. Jatuh cinta kepada pakcik Tahir yang menyelamatkannya ketika dia cuba membunuh diri. Tetapi umurnya tidak panjang, dia meninggal ketika melahirkan Suria. Malah hartawan tersebut tidak pernah cuba untuk mencari anaknya kerana telah memalukannya dengan mengahwini seorang nelayan dan menolak untuk mengahwini anak kepada seorang kenalannya.

Oleh sebab Suria dan abangnya yang terlalu menonjol, ayahnya Pakcik Tahir terpaksa menjauhkan diri dan mendirikan rumahnya jauh dari penduduk kampung, kerana mereka selalu dicemburui dan di jadikan bahan ejekan kerana berbeza dari mereka.



*************************

Hubungan Suria dan Azam sudah tidak menjadi halangan oleh ayahnya, dan hubungan mereka direstui olehnya. Kerana bimbangkan darah muda, ayahnya berhasrat untuk mengahwinkan mereka.

“Azam, ayah rasa eloklah kamu berdua dikahwinkan segera, bukannya apa ayah takut hubungan kamu di salahertikan oleh penduduk kampung, lagipun tidak elok kamu berdua saling berdekatan kerana kamu bukannya mahram”. Tegur pakcik Tahir lembut.

“Azam pun rasa begitu ayah, tetapi terlebih dulu, biarlah Azam mencari siapa diri Azam dahulu walaupun hanya sekadar nama” Jawab Azam berhati-hati agar tidak melukakan hati pakcik Tahir kerana takut pakcik Tahir menganggapnya menolak untuk mengawini Suria, padahal hatinya separuh mati cintakan Suria, walau tidak begitu lama mengenalinya.

“Ayah janganlah bimbang, Walaupun Azam sudah tahu siapa diri ini, tidak akan sesekali Azam lupakan Ayah dan Suria yang telah banyak berbudi pada Azam, dan Azam yakin yang Azam belum berkahwin kerana jauh di lubuk hati ini tidak pernah Azam merasakan perasaan yang sebegini kuat sebagaimana Azam rasakan pada Suria, ayah jangan bimbang”. Azam memegang erat tangan pakcik Tahir agar mempercayainya.

Suria yang berada di sebalik dinding dapur memasang telinga mula mengalirkan airmata. Gembira kerana akan berkahwin dengan Azam tetapi di masa yang sama ada perasaan yang tak enak dan bimbang jika Azam sudah mengetahui siapa dirinya sebenar dan akan melupakan gadis kampung sepertinya. Suria sudah dapat mengagak bahawa Azam bukanlah orang biasa kerana tutur katanya yang beradap dan bersopan menampakkannya dirinya dari golongan yang terpelajar.


*************************

Suria mendongak ke langit memandang bintang-bintang yang bergemerlapan. Hatinya sayu, esok Azam akan ke bandar bersama ayahnya untuk mencari siapa dirinya sebenar. Tetapi dari mana ingin memulakan Azam sendiri pun tidak tahu. Tiba-tiba serasa ada tangan yang memegang bahunya. Suria mendongak dan tersenyum.

“Abang, terkejut Suria, lain kali bagilah salam dulu, kalau Suria ni ada penyakit, dah lama Suria ma..” Belum sempat Suria menghabiskan kata-katanya Azam terus menutup mulut gadis kesayangannya itu, takut mendengar perkataan mati.

“ Suria jangan cakap macam tu sayang, abang tak sanggup hidup tanpa Sayang, walaupun kita baru mengenali, tapi cinta abang pada sayang sudah separuh mati”. Kata Azam sayu.

Suria yang mendengarkanya merasa terharu. “Abang, Suria minta maaf”, jawabnya sedih. Menyesal mengeluarkan kata-kata yang membuatkan insan yang disayanginya itu bersedih.

“Dah la sayang, bukan abang marahkan sayang pun, cuma abang takut kehilangan sayang”, katanya sambil memeluk erat kekasihnya itu takut melepaskannya kerana merasakan seolah-olah dirinya akan kehilangan gadis itu.

“Abang, betul ke esok abang akan ke bandar, tapi di mana abang akan memulakan pencarian abang, Suria takut, seolah-olah abang akan pergi selama-lamanya dari Suria. Abang janganlah pergi, bawalah Suria bersama, Suria sanggup kemana-mana asalkan dapat bersama abang” ratap Suria sedih.

Terharu Azam mendengarnya. “Sayang, bukannya abang akan pergi mati, abang hanya pergi untuk mengetahui siapa diri abang sebenarnya. Walaupun diri abang bahagia di sini, tetapi jauh di sudut hati abang serasa diri abang terpanggil untuk mengetahui perkara sebenar mengenai abang, bagaimana abang boleh berada di laut yang luas itu, jikalau abang seorang nelayan, takkanlah pakaian yang abang pakai semasa ayah menjumpai abang pakaian seorang nelayan, I need to know who I am sayang. I have to…”, Seringkali Azam tidak sedar dirinya boleh berbahasa Inggeris, dan itu menunjukkan dirinya seorang yang terpelajar.

“Sayang abang janji, walau apapun terjadi abang tetap cintakan sayang, dan abang pohon sayang tak akan sesekali putus asa terhadap abang. Sayang, abang hanya cintakan sayang”, kata Azam penuh kasih.

Mereka berjanji akan tetap bersama walau apa pun terjadi, dan Azam menyerahkan cincin platinum yang berada di jarinya kepada Suria. Hanya itulah satu-satunya harta yang ada padanya ketika dia dijumpai oleh pakcik Tahir. Oleh kerana jari Suria tidak muat untuk memakai cincin itu, lalu cincin itu diletakkan di rantai Suria sebagai loket dan supaya dekat di hati Suria.


*************************



Pagi itu, Suria dan Azam begitu sedih untuk berpisah, mereka dapat merasakan seolah-olah akan terpisah jauh. Seakan ingin dibawa Suria bersama-samanya, tetapi bila difikirkan akan menyusahkan Suria untuk mengikutnya kesana kemari, maka dibatalkan niatnya itu, lagipun dia takut untuk mengenalkan Suria pada dunia luar, takut Suria di apakan-apakan nanti, fikirnya kalut.

Suria begitu muram, takut berpisah dengan Azam dan sedih berpisah dengan ayahnya, kerana tidak pernah ditinggalkan kecuali ketika ayahnya ke laut.

“Jaga diri baik-baik Suria, jangan dibukakan pintu walau siapa pun datang. Biarkan mereka menganggap kita tiada di rumah” pesan pakcik Tahir bersungguh-sungguh. Takut meninggalkan anak gadisnya itu seorang diri.

Lalu Azam dan pakcik Tahir pergilah ke bandar dengan menaiki van sapu, satu-satunya pengangkutan untuk ke pekan terdekat.



*************************

Bunyi guruh berdentum mengejutkan Suria dari tidurnya. “Astarafirullah, aku bermimpi rupanya”. Suria meraup-raup mukanya.

Dalam mimpinya dia bermimpi berjumpa dengan Azam, dia berlari-lari untuk mendapatkannya tetapi dia melihat Azam semakin menjauh dan melambai-lambai ke arahnya seolah-olah mengucapkan selamat tinggal. Tanpa disedarinya airmatanya mengalir. Lalu Suria bangun untuk sembahyang tahjud dan memohon KEPADANYA untuk keselamatan dan kesejahteraan Azam dan ayahnya.

*************************
Sudah dua hari mereka pergi, Suria sudah bagaikan cacing kepanasan di dalam rumah itu menunggu orang yang disayangi tak kunjung pulang. Tak putus-putus di hatinya berdoa supaya orang yang dinantikan pulang kepangkuannya.

Setelah tiga hari menunggu, nampaklah kelibat pakcik Tahir pada petang itu berjalan dengan penuh longlai menuju pulang ke rumahnya. Tidak tahu bagaimana mahu di khabarkan kepada anak kesayangannya itu tentang lelaki yang dicintai oleh anaknya itu.

Suria yang nampak kelibat ayahnya berlari dan memeluk ayahnya, rindu sangat di hatinya, kemudian dia teringatkan Azam, terjenguk - jenguk dia mencari kelibat orang yang dicintainya. Tetapi hampa, dan timbul perasaan tak enak di hatinya. Lantas dia mendongak dan bertanya, “mana abang Azam yah, kenapa dia tak pulang sama, kan dia dah janji dia akan pulang, mana abang Azam ayah?”, lirih Suria bertanya. Ayahnya hanya mendiamkan diri, “kita pulang dulu nak,” jawabnya lemah.

Malam itu pakcik Tahir menceritakan apa yang berlaku, katanya semasa di dalam perjalanan mereka ke pekan, van sapu yang dinaiki oleh mereka telah kemalangan dan merempuh pokok. Kesemua mereka cedera ringan, tetapi Azam terhantuk di kepala dan tidak sedarkan diri lalu pengsan. Mereka yang melihat kemalangan itu telah menghantar Azam ke hospital. Pakcik Tahir tidak sempat untuk ikut sama, kemudian dia telah menyusur pergi dengan menumpang lori yang ingin ke pekan. Sesampainya di hospital, pakcik Tahir pergi untuk mendapatkan Azam, tetapi malangnya Azam tidak dapat didekati kerana dikawal ketat oleh lelaki-lelaki yang memakai kot hitam dan cermin mata gelap. Kesal pakcik Tahir kerana tidak dapat berjumpa dengan Azam untuk kali terakhir sehingga lelaki itu dibawa pergi untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital ibukota. Tetapi dirisik-risik juga dengan doktor dan kakitangan hospital itu mengenai keadaan Azam, dan dia lega kerana tiada kecederaan teruk berlaku cuma lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri.

Suria yang mendengarkan itu serasa ingin pengsan tidak percaya. Apa lah malang nasibnya. Sudahlah tidak beribu, kehilangan abang tempat bermanja, sekarang kehilangan kekasih tempat mencurah rasa, dia yang baru mengenal erti cinta dan sayang sudah dibawa pergi entah kemana. Serasa hidupnya membawa sial. Ah berdosa dirinya melawan takdir, mungkin itu dugaan baginya, tetapi rasanya terlalu berat untuk digalas. Bagai separuh hidupnya telah mati dibawa pergi bersama Azam, cintanya walaupun singgah sebentar tetapi kukuh tidak terbanding. Apakah ada sinar didalam hidupnya lagi, apakah Azam akan hadir mengotakan janji-janji mereka seperti yang disebut-sebutkan. Seteguh mana cinta Azam kepadanya, adakah seteguh cintanya kepada Azam.

Semenjak dari itu Suria sudah tidak pedulikan lagi hidupnya. Dia hidup di dalam dunia sepinya sendiri, menunggu di tepian pantai seolah-olah menunggu Azam yang tak kunjung pulang. Pulanglah sayang……bersambung…..

Read More..
 
Cerpen : Cinta itu kan buta

siapa yang tak kenal, ahmad danish hakim?pelajar upper six science one(U6S1)..dia adalah pelajar terhensem skali di sekolah aku..dahlah hensem,pandai pulak tu..bertuah sape jadi girlfriend die..kalo aku jadi,perghhh..dunia ni aku yang punya tau!tapi,hakim mesti suka perempuan yang kurus,cantik..cun..ayu..aku??huhu..memang out la beb!

***************************************

"nisha,awak dah hantar buku add maths ke belum?"kata cikgu esteala,guru addmath aku yang putih melepak..namun,aku tak dengar sebab mengelamunkan hakim..
"nisha!nisha!"suara cikgu esteala makin meninggi..geram sungguh hatinya apabila aku terus membisu..
"ye cikgu,ade ape??"aku terjaga dari lamunan aku yang berangan menyambut valentine\'s bersama hakim..
"saya tanya,awak dah hantar buku add maths ke belom??"cakap cikgu esteala sekali lagi..
"kejap ye cikgu,"kata aku sambil terkebil-kebil mencari buku addmaths di dalam beg sekolah tropicana life aku..
"awak ni nisha,sejak akhir-akhir ni,banyak mengelamun.kalau saya tengok results awak teruk,saya akan letak awak kat kelas bawah..,"amaran cikgu esteala..sesungguhnye,die mahu melihat anak didiknye cemerlang dalam pelajaran addmaths...
"sorilah cikgu..results saya kali nie mesti excellent punya..cikgu,ini bukunya.."kata aku meminta maaf sambil menghulurkan buku latihan addmaths ku..puan esteala keluar dari kelas..yezaaa...sekarang ni cikgu takde..boleh la aku sambung berangan aku balik,bisik hatiku..namun anganku diganggu oleh hana dan haziq..
"eh sha,aku nak menyampaikan pesan dari budak terhensem dari sekolah ni untuk ngko..ko nak dengar tak??"sampuk haziq tibe-tibe..
"apa bendanya?korang nie aku nak berangan lah..jangan kaco aku..dah dah..blah!"
"ala,rileks la..kitorang dua orang penat ponteng kelas nak bawak berita hot ni kat ko..haaaaaaaa...mesti ko berangankan hakim kan??"kata hana pula..
"eh,mana korang tahu nie??eh,cepatlah..ape ceiteranya??"kataku excited..
"ha,tadi kitorang terserempak dengan hakim kat library,dia tanyalah kitorang,kenal tak nisha 5 Adil.."
"pastu dia cakap ape lagi??"kataku lagi..
"dia suruh kitorang kim salam dekat ngko..ape macam??ko nak jawab ke tak salam die nie??"kata haziq..
"eh,betulke nie??korang jangan nak mainkan aku.ape-ape pun waalaikumsalam..,"kataku pula..
"la..watpe la kitorang nie tipuu kau.."kata hana pula..
"ye lah,hakim tu takkanlah suke pompuan cam aku ni..dahlah chubby,tak cun pulak tuh.."kataku merendah diri..huhu..
"mana de sha..tengok aku ni..hensem..tapi si hana ni tak cun,"kata haziq..
"oh,pandailah awak mengata saye plak he??"siap !"
kata hana yang sakit hati mendengar kat boyfriends nye..mereka pulang semule ke kelas 5Cekal..aku apalagi,makin happy lah..sampai family aku cakap aku nie macam orang tak siuman..sengih sensorang 24 jam tanpa henti..baru kim salam tuh..

*****************************************************

"good morning,teacher,can i meet nisha for a while??"tanya gadis cina dari tingkatan 6 atas kepada puan kokilam,guru sejarah aku..eh ade bunga..untuk aku ker??harap-harap untuk aku ler..harapan aku makin bertambah apabila akak cina itu menuju ke arah aku..
"happy valentine\'s day nisha"kata akak cina itu setelah menghulurkan 3 kuntum bunga ros kepada aku..aku menyambutnye..dari ahmad danish hakim,wow!girangnya hati aku..aku menghidu bau bunga itu..takde lah wangi sangat pun..saje je aku buat macam tu,ala macam adegan dalam drama kat tv tuh..aku pasti pelajar kelas aku yang lain mesti rase terkejut..ye lah,syaza yang paling cun dalam kelas aku pun tak dapat,inikan pulak aku yang tak lawa nie..tapi mungkin dorang tak heran kot..biase ar..aku kan pandai dalam setiap subjek..mungkin ade secret admire ker??huhu..
aku makin pasti bahawa hakim suke kat aku bile hana dan haziq memberitahu aku bahawa hakim ingin bertemu dengan aku di perpustakaan selepas tamat waktu sekolah..yahoo..tak sabarnye..jerit hatiku girang..huhu..loceng dah bunyi!g cermin kat toilet dulu..biase ar nak kena betulkan tudung dulu..wokeyh,cun dah!heheh..puji diriku sendiri..
semakin aku menghampiri perpustakaan,semakin berdebar-debar pulak perasaan aku..rileks nisha..rileks!cool beb!aku masuk mecari-cari kelibat hakim..ha..tu die..owh abg hakim..hensemnye ngkau..ahahha..
"assalamualaikum,abg hakim,"ucapku di depan abang hakim.
\'\'waalaikumsalam..awak siapa??,"tanya hakim..ciss mamat nie..takkan tak kenal aku kot..die yang selalu kim salam akt aku tu apebendanye..
"takkan abg hakim tak kenal saye??anna nisha radzi,5 adil..kan abg selalu kim salam kat saye melalui hana dan haziq..lepas tu hari tu bagi bunga kat saye,"kataku cube berlagak cool..
"owh,hana dan haziq??dua org tu memang suke sangat kenakan orang..dulu ade gak girls yang pernah kena macam awak..dorang saje je mengusik,"kata hakim..aku cuba menahan malu..aku dapat merasakan darah naik ke muke dgn begitu laju..rileks nisha!cool beb!siap ar hana dan haziq!!
"erm,takpelah abg hakim..maybe saye terkena april fool di bulan februari kot..huhu,"kataku sambil mengundurkan dir..malu seyh!
"nisha,kalau awak tak keberatan,boleh study same dengan saya dgn kak zara..kak zara die pergi toilet kejap,"kata hakim pula..aku tahu,die cube untuk menjage hati aku..
"takpe lah..saya selesa study sendiri,"aku berkate dengan nade yang pebuh dengan kekecewaan..
siapa yang tak kenal dengan kak zara??atau lebih tepat lagi kak mya zara bt azman badri..ayah beliau seorang bussinessman yang terkenal..cun,cantik ,jelita,kurus,ramping..memang itulah kak zara..baru je aku bercakap dalam hati,tetibe ade orang panggil aku..
"nisha,nisha,"kak zara rupenyer..
"nisha,nanti tolong akak buat pengumuman pasal meeting pandu puteri ye,"kata kak zara dengan penuh kelembutan..so,sape tak cair??aku hanya menggannguk..
dan aku pasti..hakim mesti tengah terkekeh menggelakkan aku..dahlah chubby!tak cun!ade hati dengan aku..aduhai!takpe nisha!rileks..

********************************************

dah 3 tahun semua itu terjadi..selepas mendapat results spm yang gempak,aku pun melajutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan..walaupun ramai jejaka-jejaka yang mendampingi aku ketika itu,namun aku tetap single..aku gembira dengan hidup aku sekarang..dah takde orang macam hana dan haziq!kalau ada pun,aku tak akan percayakan dorang.ini sebab dalam jiwa aku ada satu perasaan,yakni,semangat cintakan diri sendiri!!

ramai kawan2 di kampus memujiku..bukan sebab aku sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan,tapi sebab aku dah semakin kurus..nampak la ayu sikit..aku memuji diri sendiri pulak..aku pun kurang pasti berat badanku turun..aku tak berdiet..owh,mungkin sebab selalu berjalan kaki..arghh..entahlah,malas aku nak pikir..

cerita tentang hakim,dah lama aku tak dengar.berita last yang aku tahu,hakim sambung blajar di UK..anak orang kaya,bolehlah..kalau aku kaya,dah lama aku suruh parents aku hantar gi sane..tentang kak zara pulak,die dah terjebak dalam bidang modelling..memang sesuai sangatlah..ade pakej!!

*************************************************


"lisda,aku nak gi library ni,kalo ade orang yang nak jumpa aku,cakap aku ade kat sane,"kataku sebelum meninggalkan bilik..

"sapa pulak la nak jumpe engko?"kata lisda pula..

"ye lah,kan aku anna nisha radzi dah masuk majalah siswa kampus kita,"kataku berseloroh..

"apa-apa aje lah kau ni sha..nanti aku suruh dorang buat appointment ok,"kata lisda..roomateku yang paling sporting..

aku memang nak ke library nak cari bahan rujukan mengenai perundangan..aku sebenarnye tak minat course law,tapi sebab nak sambung cita-cita bapak aku yang nak jadi lawyer,aku berkorban..

di perpustakaan,mata aku liar mencari buku Undang-undang siber Malaysia..ha,dah jumpa!belum sempat aku menariknya buku itu dari rak,ada orang lain turut menariknya dari tangan aku..dan akhirnya,beberapa buah buku jatuh di tempat aku..

"erm,sorry.saya tak perasan awak nak ambik buku ini jugak,"kata seorang mahasiswa lelaki..memang salah dia!aku tak puas hati..nasib baik dia menolong aku mengankat beberapa buah buku yang jatuh bertaburan di atas lantai..aku memalingkan muka kearahnya.wah!sweet jgak mamat nie..arghhh..dia ni entah2 spesis cam hakim kot..

"eh,awak yang keluar kat majalah siswa kampus kan??apa tu name awak..ermm..ha! anna nisha radzi budak perundangan!"kata lelaki itu bersemangat..

"ye saye,kenapa??"kataku sambil mengambil buku yang aku carik tadi semula..aku melangkah ke arah satu sudut di perpustakaan..tempat kegemaran aku..mahasiswa itu turut mengekori ku..nak ape mamat nie??..

“tak lah,saya nak berkenalan dengan awak..bukan senang nak dapat kawan dengan budak top macam awak ni..patut la pandai,rupenye hari-hari awak datang library..saya selalu perhatikan awak,”kata mahasiswa tu lagi..

“owh,ye ler..terima kasih je lah kerana memperhatikan saya iyer..so,ape awak nak buat sekarang nie??saye rase lebih baik awak ambik buku awak and bace..”kataku dalam nada tegas..hish..ape la mamat nie nak..

“saya taknak..saya nak sembang dengan awak,ops..nama saye iman..iman izhar..,”kata iman lagi..

“encik iman,awak nampak tak sign tu,jangan bercakap,”kataku lagi dengan nada sedikit meninggi..

“owh,sign tu dah lame saya perasan..jom pergi café..saya belanja,”kata iman bersungguh..

“maaf,saya nak study,”balasku tanpa memalingkan muke ke arah iman..

“lah,sombongnye awak ni..saye yang hensem ni pun awak taknak ker??”balas iman pula..

“saya tak kisah apa yang awak nak cakap pasal saya..sombong ker,,tak cun ker,ape ker..saya memang susah nak percaya dengan lelaki setelah saya penah dikenakan dulu,”kata aku tegas..aku bangun dari tempat itu dah beralih ke sudut meja yang lain..

Iman pasti tak mengerti..lantaklah die..asalkan aku bahagia!


Dah lama aku tak pergi ke perpustakaan..rindunya aku..aku sendiri tak pasti..sama ada aku rindu pada perpustakaan atau rindu mendengar celoteh iman yang kadangkala menceriakan hari-hari aku..esok aku pergi la..arghh..lambat la nak tunggu esok..pergi hari nie lah..

“saya nak berkawan dengan awak nisha..saya bukan macam lelaki lain yang mementingkan rupe..saya tak heran semue tu..saya betul ikhlas dengan awak..lagipun saya masih solo..saya harap awak fikirkan benda ini sedalamnye..jangan kerana awak pernah dikenakan oleh kawan-kawan awak,awak tolak semue lelaki mentah-mentah,”itulah kata-kata iman yang masih terngiang-ngiang di telinga aku..

Setelah melakukan solat isthikharah,aku pasti,iman adalah untuk akuu..owh iman!aku akan datang untuk berjumpa dengan engkau..

Mataku liar mencari kelibat iman..selalunye die duduk di sudut kanan itu..tapi hari nie takde pulak..mana pulak die pergi..

“excuse me,are you miss anna nisha radzi??”tegur seorang pelajar cina yang ku rase kan same semester dengan aku..

“yes,I am..”kataku..

“last night, debate club was having farewell party for iman izhar..he is going to London for his cancer treatment,”kata mahasiswi cina itu dengan penuh kesopanan..

“what???!!”kataku terkejut dengan kenyataan itu..

“and he left you this,okey,I go first,”kata pelajar cina itu lalu menghulurkan sebuah kotak merah..aku membuka kotak itu..diari??aku membelek sehelai demi sehelai muka surat diari itu..iman melahirkan ape yang die rase dalam diari itu..tentang aku..tentang care aku..tentang perangai aku..dan..tentang perasaan die terhadap aku..

Imannn!!!!!!!!!!!!!jangan tinggalkan aku dengan diari ini…

********************************************

hidup harus diteruskan..aku akui,tanpa iman yang selalu mengganggu aku satu ketika dulu membuatkan aku bosan berada di library..tapi ape nak buat..life\'s go on kan..

hari ni hari yang paling bersejarah dalam tempoh aku bergelar pelajar universiti malaya..graduation day!alhamdulillah aku dikurniakan dengan anugerah pelajar kelas pertama dan turut mendapat anugerah dekan..wowo!bangga gila..

sedang aku rancak berbual dengan lisda,hidayah,athirah dan beberapa teman sekuliah ku,tibe-tibe ade satu suare yang memanggilku dari arah belakang..

"anna!"anna??takde sape yang pernah panggil aku anna sebelum ini..dan suare itu ..suare itu seperti aku pernah mendengarnye..lalu aku menoleh ke belakang..

"iman??"kataku seakan menjerit..ya Allah..betul kah insan di depan ku ni adalah iman??iman kelihatan berisi sedikit..tetapi raut wajahnye masih same..masih kelihatan innocent..

"iman,macam mane sekarang??"tanyaku dalam nada segan silu..

"alhamdulillah,saya semakin sihat sekarang nie..selepas operation tersebut saya sambung belajar di london..ye lah,orang kat sini tak sudi,"kata iman seakan merajuk..aduhai,merajuk plak mamat sorang nie..aku hanya tersengih seperti kerang busuk..kawan-kawan ku di belakang mule bergosip..

"nisha,iman ade kat depan mate tuh,ape lagi??"kata lisda mengusik ku..aku segan lah..ala iman nie,lembab lah..taknak propose aku ker..

"nisha,saya nak berterus terang dengan awak,"kata iman terhenti..tibe-tibe seorang wanita yang ku rasekan sebaya dengan kami muncul di sisi iman..sapekah wanita ini??adakah dia yang memiliki iman??aku cuak!tak mungkin...

"hai nisha..saya cousin iman,alia..iman segan kot..dia suruh saya tanya awak..awak sudike untuk terima die sebagai teman hidup awak?"kata alia dengan penuh kesopanan.huh!nasib baik aku..eh,apa dia cakap tadi??

"aa..cik alia,ape yang awak cakap tadi?saya tak dapat dengar dengan jelas,"kataku semula..betul..aku tak dengar..

"takpe lah..biar saya yang cakap sendiri..boleh tak saya nak suruh parents saya hantar rombongan meminang ke rumah awak,"kata iman dengan penuh keyakinan..

aku senyum malu-malu..mesti ar malu orang propose...

"iman,saye setia menunggu awak..dan rugilah saye kalau menolak permintaan awak.."

Read More..
 
Cerpen : Cintaku sampai ku menutup mata

Orang mulai ramai. Kesemuanya berpusu-pusu ingin melihat dengan lebih dekat kemalangan itu. Tidak kurang yang ingin membantu sambil menunggu kehadiran ambulans dan pihak penyelamat. Kereta itu remuk teruk. Entah apa nasib yang menimpa pada pemandu kereta itu. Namun lori yang berlanggar dengan kereta itu cuma remuk sedikit di bahagian hadapan.

Akhirnya pihak penyelamat tiba. Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan oleh yang pakar. Pemandu lori berjaya dikeluarkan dan hanya mengalami kecederaan pada kakinya kerana tersepit. Tetapi tidak bagi pemandu kereta itu. Kerja-kerja menyelamat mengambil masa agak lama bagi mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk. Akhirnya, lebih kurang setengah jam kemudian, mangsa berjaya dikeluarkan.Namun pihak penyelamat terpaksa memotong sedikit bahagian kereta itu untuk mengeluarkan mangsa.

Pemandu itu masih bernafas. Tapi keadaannya agak krikal. Kepalanya cedera teruk dan kakinya hampir hancur. Baju melayu yang dipakainya merah dilimpahi darah.

Matanya dibuka perlahan, Kelihatan begitu ramai orang di hadapannya. Tidak dapat dimengerti situasinya sekarang. Namun dia dapat merasakan masanya sudah tiba. Lantas terbayang wajah mulus Sofya," Ya Allah Ya Tuhanku. Jika ini mahuMu.. Bawalah aku disisinya, di dalam syurgamu. . Tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Matanya terpejam rapat dan tak mungkin terbuka lagi...

******
"Sungguh ku tak mampu.. menahan rindu.. Ah.. ah..! Pabila diriku.. Jauh darimu.. Ah! Ah!" Sikat di capai. Di sisir rambutnya kemas sambil mulutnya masih rancak bernyanyi riang. Kemudian dicapai pula pelembab dan disapu ke serata wajah. Farisya yang pada mulanya ingin masuk kebilik air memandang kea rah Sofya. Langkahnya terbantut. Menggeleng..

"Weih.. amboi.. amboi.. ni sejak bila plak dah pandai melayan lagu dangdut plak ni, Siap bergelek lagi!" Dahinya berkerut memandang sahabat baiknya itu yang juga merangkap teman sebilik.

Sofya senyum.. dia bangun dari meja soleknya. Dicubit pipi sahabatnya lalu mulutnya masih lagi bernyanyi riang. "Ei Piya.. kau ni kenapa?? Angau ke?" Sofya tidak menjawab, malah nyanyiannya makin kuat. Sengaja ingin mengusik sahabatnya itu. Farisya menutup telinganya dengan kedua belah tangannya. Sofya ketawa. Lucu melihat reaksi Farisya.

"Sya.. erm.. aku nak kuar kejap la.." Tangannya segera mencapai botol minyak wangi lalu disembur dibadan. Semerbak haruman oceanus bodyshop memenuhi ruang bilik itu. Sofya masih lagi menanti jawapan dari sahabatnya yang masih membisu.

"Dengan siapa pulak ni? Piya.. Piya.."
Sofya meletakan botol minyak wanginya kembali. Dia senyum. Lantas terus mencium pipi sahabatnya itu. "Ee.. mucuknye, dah.. gi ar mandi.. Tata.. Aku gi dulu eh.." Dia mencapai kunci keretanya lalu keluar. Di biarkan Farisya terpinga-pinga sendirian. Mata Farisya mengekor langkah Sofya yang berjalan ke pintu.

*****

Megat Mikhail vs Adriana Sofya..

Kali ni aku mesti menang. Dah banyak kali berlatih.. Erm.. komfem menang!!! Cayok..cayok..Piya..

"Aku tak peduli.. kau kene belanja aku,"
" Eh.. nape plak.. Mane aci. Lawan dulu ar..," Sofya memangkah kata-kata Mikhail.
"Alah.. kau dah berapa kali tewas di tangan aku. Tak serik-serik lagi ke," Kata Mikail sambil tersenyum sinis.
"Mana bleh.. Itu minggu lepas punye cerita. Aku nak compete lagi." Sofya cuba mencabar Mikail sekali lagi. Kali ini dia tidak mahu tewas. Sudah berkali-kali dia berlatih di rumah semat-mata untuk menjatuhkan Mikail di tangannya. Sudahnya Farisya yang menjadi mangsa kerana terpaksa melayan kehendaknya berlatih game lumba kereta . Malah, sudah banyak game berupa lumba kereta di install dalam komputernya.

Sofya masih tidak berhenti ketawa. Bangga dengan kemenangan julung-julung kalinya. Bukan mudah menewaskan juara game lumba kereta, Megat Mikail Anas. Ternyata usahanya berlatih dengan Farisya tidak sia-sia. Dia senyum tiba-tiba pabila teringatkan wajah mencuka Farisya yang terpaksa melayannya bermain game itu.

Sya.. Akhirnya aku menang. Usaha kita berhasil Sya.. Yehaaa!!

"Itu nasib kau je lah.. Hari ni aku penat. Tak dapat nak tumpukan perhatian tadi. Semalam aku tido lewat siapkan assignment. Alah.. aku bagi can kat ko je.. Kesian.." Mikail terus berjalan laju. Malu sebenarnya. Macam manalah dia boleh tewas dengan Sofya. Kalah teruk pulak tu.. Huh..

"Piiiirahhh.. Macam ko sorang je ada assignment. Aku nye assignment lagi belambak. Group plak dengan budak-budak tu.. Lagi berganda keje aku. Alah.. dah kalah tu.. terima sajalah kekalahan sulung kau tu. Next time, kalah lagi.. hehe..
Dah.. janji tetap janji. Kau nak belanje ape ni?"

"Okey.. okey... Kali ni je aku kalah.. herm.. Mc D okey?"

"Orait!!"

Selepas makan di Mc Donald, mereka singgah ke Tasik Titiwangsa sebelum pulang. Pada petang yang redup itu, ramai kaum keluarga yang beriadah di sana. Mereka berjalan beriringan sambil menyaksikan berbagai kerenah. Mikail ketawa sendiri melihat keletah kanak-kanak riang berlari-lari dan bermain. Dia memang sangat sukakan kanak-kanak.

Mereka duduk di kerusi sambil menikmati ketenangan tasik titiwangsa. Kelihatan beberapa orang sedang berkayak di tengah tasik. Mikail kemudian memandang Sofya. Pandangannya dalam dan bermakna. Sofya yang leka melihat keindahan Eye on Malaysia itu kemudian menoleh, "Kau ni kenapa, tiba-tiba senyap?"

"Erm.. Piya, Tiba-tiba aku rasa tak sabar plak nak kawen. Tak sabar rasenye nak ada anak.." Sofya memandang Mikail hairan. Serius bunyinya. Dia memandang Mikail lama. Erm.. serius ke budak ni? Mak ai.. seriusnye muka. Seriuslah tuh..Seketika kemudian tawanya berderai.

"Ni kena angau ape ni? Tiba-tiba jadi jejaka jiwang. Datang gatal nak kawen plak.. Oi cik abang, ni nak kawen dah ade calon ke belum? Blaja pun tak abis lagi.. Kalah lawan game dengan aku terus nak kawen? huhuhu.."

Mikail memandang Sofya yang bukan main seronok mentertawakannya. "Eh, kalau aku dah kate aku nak kawen tu, of course la aku dah ada calon-calonnya.." Mikail senyum. Pandangannya di alihkan di tengah tasik.

"Amboi.. calon-calonnya?? Erm.. macam ramai jer.."
"Eh.. nak cari bini.. Mestilah kena cari calon dulu. Takan main kawen je." Mikail senyum Di pandang wajah Sofya dalam-dalam.

"Kalau dah ramai tu.. Nama aku terselit sekali tak? Adriana Sofya binti Harris. "

"Adriana Sofya Harris.. Kau?? Huh.. kalau kau jadi bini aku, huru-hara la hidup aku." Tawa Mikail berderai. Sengaja dia ingin mengusik Sofya. Sofya terdiam. Kata-kata Mikail membuatkan tekaknya seakan tersekat. Hati wanitanya sedikit terguris mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut Mikail sebentar tadi. Entah bergurau atau serius, dia tidak pasti. Namun kata-kata itu menikam sanubarinya.

"Piya.. Aku sebenarnya dah ada calon yang benar-benar layak untuk di jadikan suri hatiku. Cuma tunggu kata putus dari tuan badan sahaja." Mikail kembali serius. Sofya memandang tepat anak mata Mikail. Namun tidak keluar sebutir kata dari mulutnya.

Mikail menyambung kembali kata-katanya ,"Kau kenal gadis tu Piya.. Kau kenal sangat dengan dia. Manis, comel, hatinya luhur, memahami aku, mempunyai minat yang sama denganku, dan yang paling penting, penuhi ciri-ciri gadis yang aku idamkan." Mikail senyum..

Sofya tunduk, faham dengan kata-kata Mikail. Wajah Farisya segera terbayang di ruang mindanya. Ya.. gadis itu manis dan luhur hatinya. Dia sendiri amat menyayangi sahabatnya itu. Teringat kembali saat dia, Farisya dan Mikail keluar makan bersama. Betapa rancaknya perbualan Farisya dan Mikail berkenaan hobi mereka yang gemar membaca novel fiksyen. Dia cuma ternganga mendengar cerita mereka. Tidak tahu hujung pangkal cerita. Jadi tidak boleh mencelah.

Ya.. Aku tahu.. Farisya lah gadis idamannya.. Bukan.. gadis idaman ramai. Siapa saja yang melihat pasti terpaut pada gadis itu Memenuhi ciri-ciri idaman lelaki.

"Aku tahu siapa gadis itu.. Aku tahu," Sofya mula bersuara.
Mikail memandang Sofya lalu tersenyum. " Kalau macam tu kau kene tolong aku Piya. Kau kene ajar aku macamana caranya nak memikat hatinya. Kau sendiri dah tahu kan.. Sumpah Piya. Aku sayang sangat kat dia dan aku nak bersama dia selamanya" Mikail memandang Sofya yang terdiam. Kemudian dia tiba-tiba merasa malu. Alamak, terjiwanglah pulak.. Hidung Sofya dicuit. Dia berlari-berlari anak meninggalkan Sofya dibelakang. Namun Sofya tidak lagi mengejarnya seperti selalu.

*****

Matanya melilau memerhati disekitar kampus. Dicari-carinya wajah itu. Dan akhirnya muncul jua. Mikail segera berlari-lari anak menuju kearah Farisya. Di sapanya gadis manis itu, " Sya.. erm.. Piya mane? Lama tak nampak dia.

" Piya ade.. erm.. lame tak nampak?Bukan korang ni sama fakulti ke? Kuliah je lain-lain kan. Erm.. budak perubatan, awak sendiri tau sibuknya lain macam sikit.," Kata Farisya sambil tersenyum manis. Mikail cuma memandang wajah itu. Wajah yang bisa mengetarkan jiwa setiap mata lelaki yang memandang. " Sya.. Jom kita minum.. Ade benda yang saya nak cakapkan pada awak"

Pintu kereta dibuka dan dia mempersilakan si gadis masuk kedalam. Kemudian kelisa biru itu meluncur laju.

*****

Sofya menangis semahu-mahunya. Terbayang jelas dimatanya betapa mesra Farisya dan Mikail tadi. Namun dia hanya melihatnya dari jauh. Entah mengapa dirinya ingin menjauh dari lelaki itu. Kemudian teringat kembali kata-kata Mikail tempohari,

"Adriana Sofya Harris..Kau?? Huh.. kalau kau jadi bini aku, huru-hara la hidup aku."
Sofya pejam matanya rapat-rapat. Cuba melupakan apa yang berlaku. Tekadnya kini hanya satu. Dia tahu, dia tidak mungkin dapat bersama dengan lelaki itu.Dengan waktu yang ada, dia ingin mengutamakan pelajarannya itu dan melupakan hakikat hatinya yang sebenar. Megat Mikail bin Anas.
***
Adriana Sofya.. Kenapa kini kau menjauh dariku.. Rindu benar gelak tawa dan gurau sendanya bersama gadis lincah itu. Lasak, tidak selembut namanya namun baik hati. Lama benar tidak mendengar khabar dan melihat kelibat gadis itu.

Mikail segera mencapai telefon bimbitnya. Nombor Farisya didail. Seketika kemudian terdengar suara gadis itu di cuping telinganya, "Sya.. jom kita keluar.."


Sofya memegang perutnya. Sakit yang tidak tertanggung. Butir-butir peluh mula terbit di dahi. Botol ubat dicapai. Namun tangannya tidak mampu menggapai. Tangannya segera mencari-cari telefon bimbit yang berada di sebelah bantalnya. Nombor telefon didail.

"Sya.. Sya..tolong aku..." Namun kata-katanya mati disitu. Telefon yang dipegang kini terlerai dari tangan.

*****

Air mata Farisya mengalir laju. Sudah tiga hari dia tidak henti menangis. Wajahnya kelihatan sembab dan tidak bermaya.

Farisya menyerahkan mp3 milik Sofya. Mikail mengambilnya. Fail record dimainkan.

Lagu nyanyian Acha Septriasa kedengaran.


Embun di pagi buta
Menebarkan bau basah
Detik demi detik ku hidup
Kinikah saat ku pergi

Oh Tuhanku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah kucinta sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata.

Mikail menghayati setiap bait lagu itu dalam-dalam. Sejurus itu matanya berkaca. Selepas lagu itu habis kedengaran suara Sofya lembut namun lemah.

"So sad.. when we love somebody so much, but they did’t realize it. Feel so pain at my chest, feel my spirit gone.. My sacrifice is nothing..
Megat Mikhail..I will always love you like I’m always do."

Butang stop ditekan. Air mata lelakinya jatuh.. Tanpa menghiraukan ada mata yang memandang, Mikail menangis semahunya.

Adriana Sofya..
I will always love you like I’m always do..


Esak tangis Farisya makin kuat. Belum sempat dia hendak menyatukan dua hati itu, Sofya telah pergi dulu. Teringat kembali peristiwa malam itu. Pabila Mikail mengajaknya keluar.

"Sya.. saya nak mintak tolong dengan awak," Mikail memandang tepat pada wajah Farisya. Penuh makna dan mengharap.

"Erm.. ape dia.. kalau saya boleh tolong, saya tolong.. InsyaAllah.." Farisya senyum Kemudian dia menyedut air soya yang berada di hadapannya.
"Sebenarnya Sya.. Saya sayangkan Sofya. Cinta saya pada dia terlalu kuat. Bila beberapa hari ni dia melarikan diri dari saya, saya sedar.. Yang saya benar-benar cintakan dia dan tak boleh hidup tanpa dia. Sekarang saya tak tahu kenapa dia menjauh dari saya"

Farisya tersenyum lebar mendengar kata-kata Mikail. Dia sudah dapat mengagak tujuan sebenar Mikail ingin berjumpa dengannya. Sudah beberapa kali Mikail mengajaknya keluar, dan kini barulah lelaki itu berani menyatakan perkara sebenar yang terbuku di hatinya. Fariasya senyum lagi. Dia juga tahu yang Sofya juga mempunyai perasaan yang sama. Mereka berdua sebenarnya saling menyayangi.

"Okey.. apa yang saya boleh tolong.. saya tolong. Tapi janji.. Jaga Sofya baik-baik. Saya sayang sangat padanya. Kalau apa-apa jadi pada Sofya, saya cari awak. Saya ada black belt tau!!" Kata Farisya sambil bergurau.

"Saya janji Sya.. dan saya sumpah .. Selagi hayat di kandung badan, selagi saya bernafas.. Saya akan terus dan terus mencintai Adriana Sofya sampai saya menutup mata"

******

Air matanya masih tidak mampu berhenti. Menangisi kekasih hati yang pergi. Tidak sempat untuk dia meluahkan rasa cintanya pada gadis itu yang sekian lama berputik dan bercambah di segenap ruang hatinya.
Kuatnya gadis itu. Adriana Sofya, gadis tabah. Mampu ceria walaupun hakikatnya dia menderita kanser usus.Tak dapat dibayangkan. Bagaimana warna hidupnya nanti tanpa si dia disisi..

Mikail memandang tanah yang merah itu. Jasad dewinya ada di dalam sana. Rasa ingin dikuburkan dirinya bersama. Betapa dia mencintai gadis itu. Namun sampai di sini hubungannya. Di siramnya pohon rendang yang ditanam di atas pusara. Agar pohon itu subur dan bertasbih pada yang tiada. Di tabur bebunga yang mewangi, agar harum dan sentosa. Ros merah dihadiahkan di atas pusara. Simbolik cintanya yang tulus. Langkah di hayun satu persatu. Longlai.. Pada langkah yang ketujuh, di tolehnya semula ke pusara si dewi. Air matanya tumpah lagi. " Ya Allah ya Tuhanku.. kau cucurilah rahmat ke atas rohnya. Amin.."

Mikail memandu kereta kepunyaan Sofya. Dipegangnya setiap perkakas di dalam kereta itu. Setiap kenangan yang pernah di susuri bersama gadis itu terungkap kembali. Dengan kereta inilah Sofya mengambilnya keluar bersama sebelum ayahnya menghadiahkan kereta buatnya.

Kereta itu akan diserahkan kepada kedua ibubapa Sofya di Perak. Mikail diamanahkan Farisya untuk menjaga kereta itu sementara waktu.

Entah mengapa air mata lelakinya menitis lagi. Fikirannya masih lagi terkenangkan dewinya itu.

Megat Mikail.. Im always love you like im always do..

Mikail terpana seketika. Sofya.. Entah mengapa suara gadis itu terngiang-ngiang di cuping telinganya. Air matanya mengalir lagi.Matanya dipejam. Namun tangannya ligat memusing stearing kereta. Pabila dibuka mata terlihat satu lori dihadapannya laju. " Ya Allah..!!!" Namun kakinya tidak mampu menekan brek..

Lalu dentuman yang kuat bergema .

Adriana Sofya..
Terkilan sungguh hati ini. Pabila cinta yang ku semai untukmu, rupanya tak pernah kau sedari..

Read More..