Cerpen : Aku Mahu Pulang

KINI, PEKAN GERIK , PERAK .

Hatinya tersentuh dengan rahmat Allah yang datang menyelubungi diri dan keluarga. Selesai berdoa dan bersalaman, dia bangkit lalu menuju ke tingkap bilik yang menghadap tanah pusaka arwah neneknya.
Pawana segar menerobos masuk lalu mengusap pipinya sebaik sahaja daun tingkap dibuka. Kelihatan berbalam-balam sayur-sayuran menghijau subur tanda usahanya bapa saudaranya telah berhasil. Senyuman kepuasan terukir di bibir.
Suara ayam jantan bersahut-sahutan, diselangi bunyi unggas yang berkicau riang seperti mengalu-ngalukan kedatangan fajar yang semakin membuka tabir di kaki langit. Luqman Affendi seorang pemuda desa, bertubuh sasa sedang khusyu\' memerhati ciptaan Yang Maha Esa yang tidak diendahkannya selama ini.
Ah! Betapa indahnya bumi Tuhan. Betapa bertuahnya dapat menikmati keindahan alam tanpa didorong perasaan benci dan bersalah. Tiba-tiba bayangan wajah dan senyum manis Nur Atiqa Abdullah bermain-main di layar minda. Kenangan lama tiba-tiba menerjah di kotak fikiran bagaikan filem berputar lalu menayangkan babak demi babak kisah hidup yang membawa dia pulang ke pangkal jalan.


TITIK HITAM – KUALA LUMPUR .

"Fendi, jaga diri baik-baik di kampung nanti , bak kata pepatah masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek, sembahyang jangan tinggal, ingat pesan mama tu !" Nik Zaidah berpesan kepada Luqman Affendi sebelum dia di hantar ke Perak .
Luqman Affendi mengangguk tanpa kata. Wajahnya terasa pijar. Tidak dibenarkan air mata yang cuba mengalir keluar.Dia mengumpul kekuatan menahan getar. Sebagai lelaki dia harus kuat. Perceraian mama dan papa dan perkahwinan baru kedua orang tuanya memaksa dia tinggal bersama neneknya di kampung.
Suasana baru yang jauh dari keriuhan kota. Jiwanya membengkak. Dia terasa dirinya tidak disayangi. Mama dan papa lebih mementingkan masa depan mereka berbanding dia anak tunggal keluarga itu. Bermula detik itu dan waktu itu, dia membenci insan bergelar mama dan papa.Baginya dia dihantar ke lembah duka bersama titik akhir perkahwinan kedua orang tuanya.
Pemergiannya ke kampung adalah atas desakan mama dan papa semata-mata. Dia telah meninggalkan kawan-kawannya di Kuala Lumpur . Gara-gara tidak mahu merosakkan kebahagian orang tuanya dia akur. Namun api kebencian mula bercambah. Dia terpaksa beralah. Meninggalkan kehidupan mewah di kota raya dan membina hidup baru di kampung yang jarang-jarang dijejakinya.


SUASANA BARU

Gerik, Perak pekan yang indah penuh dengan keindahan alam dan budaya timur yang belum tercemar. Alhamdulillah, mujurlah nenek menerima kehadirannya dengan tangan terbuka. Di rumah kampung itu, dia tinggal bersama keluarga besar nenek. Ada Pak Lang, Mak Lang, dan sepupu-sepupunya seramai 4 orang . Nenek yang paling gembira menerima dia di rumah itu. Nenek yang paling tidak betah berbuat itu dan ini menyambut kehadiran orang kota ke kampung itu.
Masih terngiang-ngiang pesanan mama di telinganya agar pandai menyesuaikan diri di tempat orang. Bermula dari saat itu, dia mula belajar menjadi warga desa , dibantu oleh Fazlan, sahabat barunya di Kampung Air Panas. Padanyalah diadukan sebarang masalah dan berkongsi pengalaman. Luqman Affendi dihantar bersekolah di tempat yang sama dengan Fazlan, di Sek. Men. Keb. Sultan Idris Shah II, dalam tingkatan 6 Rendah .
Hari pertama di sekolah itu, kepalanya seperti mahu pecah . Dia benar-benar rindukan nafas kota dan udara bandar besar Kuala Lumpur. Begitulah adat dunia, manusia selalu tewas dengan desakan nafsu, akhirnya satu hari setelah didesak beberapa kali oleh rakan sosialnya tanpa pengetahuan Fazlan , dia dan dua orang lagi kawan sekolahnya , buat pertama kalinya dia melangkahkan kakinya ke dunia hitam. Merokok, ponteng sekolah, hidu gam dan lumba haram.
Pada mulanya dia hanya memerhati sahaja tingkah laku kawan-kawannya, lama-kelamaan setelah saban minggu dia diajak ke sarang maksiat itu, hatinya mula terpengaruh dengan mereka. Saban waktu , dia menipu nenek dan bapa saudaranya mengatakan mengikuti kelas malam di sekolah , dan membuat kerja lapangan Geografi dan Seni Visual.
Pesanan mama waktu itu bagai angin lalu tidak membawa erti. Wang elaun bulanan mama dan papa masukkan banyak dihabiskan dengan berjoli dan berpeleseran. Wang untuk belanja sekolah telah disalahgunakan. Yang tinggal kini hanyalah sekelumit kesedaran yang diselangi dengan janji-janji manis kepada nenek tua di rumah. Nenek menyayanginya tanpa prejudis.
Nenek membelanya setiap kali Pak Lang memarahinya pulang lewat pagi. Banyak orang kampung bercerita buruk tentangnya. Nenek tak pernah percaya.Nenek ikhlas menjaganya malah tidak langsung mencurigainya. Kasih sayang nenek padanya bagaikan puing-puing kecil berterbangan ke udara, tidak ada nilai walau sesen.


SERELUNG HATI YANG TERLUKA

" Siapa datang tu Nek? " Fendi bertanya ramah. Beg galas diletakkan di tepi tangga. Matanya masih menangkap batang tubuh gadis berbaju sekolah putih, berkain biru dan bertudung putih. Cantik!! Detik hati lelakinya. Kali pertama, dia terasa seperti telah jatuh cinta pandang pertama.
" Tiqa, anak Cikgu Abdullah, yang mengajar kat sekolah Fendi tu.Dia selalu datang jenguk nenek. Dulu, tiga tahun lepas, mereka sewa rumah kat belakang tu. Sekarang dah beli rumah kat Taman Gerik. " Panjng lebar nenek meberi penjelasan. Nenek nampak bagaimana sinar mata cucunya itu merenung anak gadis Cikgu Abdullah yang berusia 17 tahun itu.
" Jom. Masuk makan. Ada hal nenek nak bincang."
Mereka duduk di meja makan. Cuma berdua.
" Mana Pak Lang dan budak-budak?" Fendi rasa kelainan. Tak seperti selalu.
" Mereka ke Ipoh. Esok kan cuti. Balik rumah keluarag Mak Lang." Nenek merenung wajah Fendi dalam-dalam. Fendi rasa sangat berbeza.Kali ini , pandangan nenek sungguh lain.
" Ada apa nek? Budak Tiqa tu datang mengadu pasal saya?"

Nenek merenung wajah Fendi lama. Lembut dan redup. Sesuci embun pagi.
" Nenek tak percaya pada semua orang kampung yang bercerita pasal Fendi.
Tapi, bila Tiqa datang tadi , nenek bertanya jujur pada dia. Dia menjawab secara jujur pada nenek. Dia selalu nampak Fendi dengan Tajuddin, Farok, dan Rahmat, serta beberapa orang lagi budak-budak kampung yang sudah rosak akhlak.Nenek sedih ! Nenek tak sangka cucu nenek ni, sanggup menjual maruah, menggadai kepercayaan nenek dan melacurkan masa depan sendiri. " Ujar nenek perlahan tetapi cukup berkesan.
" Saya nak cari budak tu. Dia bawa mulut nek. Saya tak buat semua tu."
" Jangan. Nenek percaya pada Tiqa. Nenek harap Fendi berubah lah. Berubah demi nenek. Nenek nak tengok Fendi berjaya. Fendi satu-satunya harapan nenek selepas anak dan menantu nenek berpisah. Nenek dah tua. Bila-bila saja nenek akan pergi." Nenek memandang lembut wajah Fendi. Dia menyapu air mata yang membasahi tubir mata tuanya. Sedikit sebanyak hati lelaki Fendi tersentuh.
Nenek tahu cucu lelakinya itu menaruh dendam pada ibu bapanya lalu merosakkan masa depannya. Dan kini, nasib Atiqa dalam bahaya. Dia tahu, Fendi akan mencari Atiqa.


KAU MENGUBAH SEGALANYA

Atiqa berjalan kaki dari sekolah ke perhentian bas. Kelas lewat petang hari itu menyebabkan dia terpaksa pulang keseorangan . Dua lagi rakan yang selalu bersamanya sudah pulang lebih awal. Kelas tambahan kimia tadi lambat habis.
" Hei !! Jangan nak berlagak ustazah lah!! " Satu suara menyebabkan dia berpaling ke belakang.
"Luqman Affendi" Terluah sepotong nama itu meniti bibirnya. Kini dia berdepan dengan cucu Nenek Rahimah yang dipanggilnya Tok Mah. Hati perempuannya bergetar kuat. Memang selama ini dia selalu mencuri pandang lelaki itu. Malah, ramai juga pelajar perempuan sekolah itu cuba mendekati Fendi namun, lelaki itu lebih selesa bersikap dingin. Malah lelaki itu, pada mata Atiqa, kalis cinta.
" Sakitlah Fendi!! Lepaslah…saya jerit nanti! " Atiqa menarik kuat lengannya yang diheret oleh lelaki itu sekejap tadi.
" Itu baru sikit. Kau nak aku tampar muka kau kalau kau mengadu dengan nenek aku lagi. Berlagak baik konon! Jangan campur hal aku lagi." Tengking Fendi dengan wajah membahang.
Aneh! Cinta itu sungguh aneh. Cinta itu pekak, bisu dan buta. Kalimah itu terasa dingin di pendengaran Atiqa. Jatuh cinta kah dia pada Luqman Affendi!!
" Baiklah. Kita habiskan di sini. Tampar lah muka saya kalau awak rasa, itu yang boleh menggembirakan awak dan nenek awak yang sedang bersedih tu. Tampar lah muka saya kalau itu yang boleh menyebabkan awak berjaya dengan cemerlang dalam STPM nanti. Saya tahu, kampung ni dan nenek awak tak ada makna bagi awak kan. Awak ni lelaki Bandar yang tak berhati perut. Nenek awak tu, selalu sakit-sakit , selalu sedih dan menyimpan hati memikirkan sikap awak. Dia tak pernah tunjuk. Tapi saya tahu. Saya nampak hati tua dia. Saya rasa kesedihan dia. Pulang lah ke pangkal jalan Fendi. Awak tak kan ke mana dengan jalan yang awak pilih. Kebencian dan protes yang awak buat tu, hanya nak menutup dendam awak pada orang tua awak. Tapi, siapa yang kena tempiasnya, nenek awak yang dah tua tu.Assalamualaikum Luqman Affendi. " Atiqa bergegas pergi menaiki bas yang kebetulan baru tiba.
Luqman Affendi kematian kata-kata. Bagaikan salju di danau rindu. Azimat yang terluah sebentar tadi seperti menyiram api dendam yang terbuku sekian lama. Nur Atiqa Abdullah, sepotong nama yang tersemat di hatinya . Kini, nama itu menjadi titik perubahan hidupnya. Dia pulang ke rumah. Nenek !! Hatinya dipagut rindu. Besar dosanya pada nenek, pada Pak Lang, Mak Lang , mama dan papa.


GEMPAR

Luqman Affendi terduduk . Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Kepulangannya hari itu tidak disambut mesra oleh nenek seperti biasa. Orang ramai berkumpul di hadapan rumah. Dia tahu dan dia dapat agak apa yang telah berlaku.
" Nenek!!! Nekkkkk…….." Tangisannya pecah bersama sesal yang tak sudah .
" Pak Lang, Mak Lang! Maafkan saya. Saya dah bertaubat. Saya dah tak buat jahat lagi. Tapi kenapa nenek tak tunggu saya. Saya berdosa! Berdosa!!!"
" Sudah lah Fendi. Jangan ditangisi orang yang telah pergi.Tak baik.Kami dah maafkan kamu. Nenek pun dah maafkan. Dia pergi dengan tenang.," Pak Lang memujuk.
Segala-galanya sudah berakhir. Fendi merasa dunianya gelap-gelita. Tanpa nenek dia tak mampu bergerak. Hampir dua minggu dia tidak ke sekolah. Beberapa kali Pak Lang dipanggil berjumpa pihak sekolah, namun dia tidak berubah.
"Assalamualaikum! "
"Waalaikumusaalam"
"Awak Tiqa!"
"Saya nak jumpa awak! "
" Tiqa masuklah, lama tak nampak ya! " Mak Lang bersalaman mesra dengan Atiqa. Gadis itu begitu sempurna pada mata keluarga mereka.
" Duduk dulu, Mak Lang nak buat air"
Atiqa dan Affendi melihat Mak Lang berlalu. Sepi mengepung antara mereka.
" Kenapa jadi macam ni Fendi?? Nenek tentu tak suka kalau awak macam ni, Saya lagi tak suka. Saya nak awak sedar dan bangun menunaikan amanah nenek awak.
Awak tak nak tengok dia gembira melihat awak berjaya?" Begitu lembut, suci dan kudus kata-kata Atiqa meresap ke pendengaran Affendi.
Gadis ini seperti mutiara. Jernih, bercahaya dan berkilau. Setiap kata-kata Atiqa meresap ke ulu hati. Jatuh cinta kah dia pada gadis 17 tahun itu.
" Awak tak malu kawan dengan saya Tiqa? Awak kan tahu saya budak jahat. Ayah awak guru disiplin, dia tentu tak suka kita berkawan."
" Saya tak pernah malu. Saya bangga jadi kawan awak Fendi. Tapi, awak kena berubah. Setiap yang jahat akan jadi baik kalau kita sudi membawanya ke jalan yang baik. Saya sudi menemani awak ke jalan yang baik. Saya rela dimarahi ayah saya demi menunaikan hasrat nenek awak nak tengok awak berjaya dan jadi manusia berguna. Itu janji saya dengan arwah."
" Janji?? Bagaimana dengan diri awak sendiri? Hati awak? Tidak ikhlas?"
" Awak kena ‘tackle’ saya dulu kalau nak kenal hati saya! " Usik Atiqa sambil tersenyum pendek. Manis dan menawan.Affendi merenung wajah itu lama dan lembut. Hatinya tiba-tiba terbuai dan terubat. Dia akan ke sekolah esok ! Itu janjinya pada Atiqa.
" Balik dulu Mak Lang. Assalamualaikum Fendi."


MENGGAPAI IMPIAN

"Fendi!Fendi " Luqman Affendi tersentak dari lamunan.
"Panjang anak buah Pak Lang termenung, ingat apa tu?" Pak Lang mengusik.
"Err...... takde apa-apa Pak Lang.Saja nak mengambil angin pagi."
"Sekilas ikan di air, Pak Lang dah tahu jantan betinanya, Fendi ingat perkara dulukan? Sudahlah tu Fendi , perkara dah berlaku buat apa nak dikesalkan. Pak Lang dan Mak Lang dah seribu kali bersyukur, cuma jangan diulang lagi perkara lama ye!!" Pak Lang menasihati anak bujang itu , yang semakin menampakkan kedewasaannya. Hubungan Fendi dan kedua orang tuanya juga sudah pulih seperti biasa. Cuma setiap kali cuti semester universiti Fendi pasti pulang ke kampung. Ada sesuatu menariknya ke situ.
" Assalamualaikum" Suara lunak merdu Atiqa menjengah suasana pagi.
"Tiqa, masuk lah. Sarapan sekali." Mak Lang seperti selalu mesra melayan Atiqa.Mak Lang bergerak ke meja makan .
" Apa khabar?? " Fendi merenung gadis yang dirinduinya sekian lama.
" Baik. Awak sihat?" Atiqa pula bertanya lanjut. Sesekali pandangannya
menyapu wajah lelaki berkulit cerah itu. Dia juga sekian lama menngumpul rindu yang sama.
" Cuti lama ke ni? "
" Saya cuti 2 minggu .Nak habiskan kat sini jer."
" Saya pun cuti 2 minggu. Lepas ni naik KL balik."
" Kita pergi SM SIS lepas ni nak? Nak jumpa cikgu-cikgu. Lama tak jumpa.
"Jumpa Cikgu Abdullah sekali kan?" Mak Lang tiba-tiba mengusik.
" Ehmmm..bakal bapa mentua ker?" Pak Lang pula menambah.
Afendi dan Atiqa saling berpandangan. Renungan mereka bersatu. Nyaman dan indah. Bahagia meresap ke dalam jiwa.

10. 15 malam. 20 hb Mei 2009 .

Read More..
 
Cerpen : Benar Ke Dia Atiqah?

nasyadh amirah azmi"Kau janji yang kita akan jumpa lagi?",soal Sarah mahukan kepastian.Berat rasa hatinya mahu berpisah dari satu-satunya sahabat yang amat disayangi.Atiqah,sahabat yang telah dikenali sejak di tahun 1 sehingga kini mereka menjangkau umur 15 tahun akan mengikut keluarganya berpindah ke England.

"Aku janji,Sarah..kita kan sahabat sehidup semati..",ujar Atiqah sambil mengukir sekuntum senyuman buat sahabatnya.

Sarah hanya tersenyum hambar.Namun dia yakin yang Atiqah akan menepati janji.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

3 TAHUN KEMUDIAN
"Sarah!"laung Pn.Suraya.

"Ya mak!Sarah turun la ni!,"balas Sarah dari dalam biliknya.

"Ish budak ni...dah pukul berapa ni..karang lambat lagi pergi sekolah.."bebel Pn.Suraya lagi.Sarah,putri sulungnya kini sudah menjangkau 18 tahun,dan masih belajar di tingkatan 6.Sarah menolak tawaran melanjutkan pelajaran di universiti atas sebab yang tidak diketahui oleh Pn.Suraya.Namun diikutkan juga ragam permata hatinya itu.Sejak temannya Atiqah,berhijrah ke luar negara,Sarah bagaikan tidak bersemangat dalam aktiviti hariannya.Berbagai cara dilakukan agar dapat mengembalikan senyuman di wajah Sarah,Sarah yang ceria dan sentiasa tersenyum girang.Namun tidak berhasil.Derapan kaki di tangga membuatkan Pn.Suraya tersentak dari lamunan.Lantas senyuman manis diukir buat putri tercinta.

"Mari makan dulu Sarah,sebelum pergi sekolah,"ujar Pn.Suraya lembut.

"Baik mak,"balas Sarah sambil tersenyum hambar.

"Sayang,malam ni mak,ayah dengan adik tak balik tau.Kami tidur di rumah nenek.Nenek tak sihat.Sarah tak boleh ikut sebab Sarah kan ada exam esok kat sekolah,"terang Pn.Suraya.

"Sarah tak kisah mak.Mak jangan risau.Sarah boleh jaga diri."ujar Sarah.

"Nanti kalau Sarah nak apa-apa,Sarah minta kat makcik Ita kat rumah sebelah ok?Mak dah pesan kat makcik Ita suruh tolong tengok-tengokkan Sarah,"kata Pn.Suraya lagi.

Sarah mengangguk lemah.Selesai makan,Sarah mengucup tangan Pn.Suraya lantas berjalan kaki menuju ke sekolah.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

"Hari ni genap 3 tahun Atiqah pergi.Dulu dia rajin hantar surat dekat aku.Tapi sekarang,langsung tak ada khabar berita,"ujar Sarah sugul.Ketika itu,dia di dalam perjalanan pulang dari sekolah.

"Em..nak masak apa ya?Mak bukannya ada...ah!Nanti la fikir...,"keluh Sarah lagi.Sesampai di rumah,Sarah langsung melabuhkan dirinya di atas sofa.Tanpa sedar,dia terlena.

Bunyi bising dari luar membuatkan Sarah terjaga dari tidur.

"Ha?Pukul berapa dah ni?12 tengah malam?Astaghfirullah...lamanya aku tertidur.Dah lepas waktu maghrib pun.Nasib baik sekarang ni aku tengah 'cuti',"ujar Sarah.

Ketukan di pintu membuatkan Sarah tersentak.

"Siapalah yang datang tengah-tengah malam ni..hisy.."bebel Sarah sambil menuju ke arah tingkap bagi mengintai gerangan yang datang itu.Bagai tersentap jantung Sarah apabila melihat siapa yang berdiri dihadapan pintu rumahnya.

"ATIQAH!,"jerit Sarah di dalam hati.

Lantas terburu-buru Sarah menuju ke arah pintu dan sebaik sahaja pintu dibuka,terus didakap sahabat yang amat dirindui sejak sekian lama.Sarah menghamburkan tangisan yang telah sekian lama dipendam.Namun Sarah pelik dengan kelakuan Atiqah.Atiqah hanya tersenyum melihat Sarah.Dan yang paling ketara adalah wajah Atiqah yang amat pucat.Namun Sarah tidak mengendahkannya kerana
terlalu gembira dengan kehadiran Atiqah.

"Jom masuk!Aku sorang je kat rumah.Jom naik bilik aku.Aku ada banyak benda nak cerita dengan kau!,"ujar Sarah kegirangan lantas memimpin tangan sahabatnya ke tingkat atas menuju ke biliknya.Tanpa membuka lampu terlebih dahulu,Sarah menghenyakkan dirinya di atas katil.Namun Atiqah hanya berdiri dan merenung Sarah.

"Atiqah,jom la duduk dengan aku dekat sini.Yang kau duduk tercegat kat situ buat apa?"soal Sarah dengan ketawa yang masih bersisa.

Tiba-tiba...

"KRING,KRING,"kedengaran bunyi telefon dari aras bawah.

"Isy,siapalah pula yang telefon malam-malam ni?Em..mesti mak.Nak bagi macam-macam pesanan lah tu..."bebel Sarah.

"Em..Atiqah,aku turun kejap ya,nak jawab telefon,"jelas Sarah.

"Sarah...nanti lepas kau turun,boleh tak kau janji yang kau akan naik atas balik?"sayu suara Atiqah kedengaran.Walaupun aneh dengan sikap yang ditunjukkan Atiqah,namun Sarah tetap tersenyum seraya mengangguk memandang Atiqah.

"Aku janji,"ujar Sarah.

Lantas langkah kaki di atur laju menuju ke arah telefon di aras bawah.

"Assalamualaikum,Sarah bercakap,"ujar Sarah sambil tangannya memintal-mintal wayar telefon.

"Waalaikumsalam..Sarah?Ni aunty Tina.."ujar si pemanggil dalam nada suara yang sayu.Aunty Tina merupakan ibu kepada Atiqah.

"Aunty Tina?haha!Aunty!Rindu sangat dekat aunty!Kenapa balik tak beritahu?Atiqah ada dekat.."kata Sarah langsung terhenti apabila aunty Tian tiba-tiba bersuara.

"Atiqah dah tak ada sayang..Atiqah kemalangan petang semalam.Dia meninggal di dalam kejadian,"sejurus kemudian terdengar esak aunty Tina dari corong telefon.Bagai tersentap jantung Sarah mendengar berita tersebut.

"Atiqah dah tak ada??"rintih hati Sarah pula.Bagai tidak percaya dia mendengar perkhabaran itu.Satu-satunya sahabat dan jua teman yang paling disayangi sudah pergi meninggalkn dunia.Pergi yang takkan kembali.Tanpa sedar airmatanya menitis.Tiba-tiba dia teringat sesuatu,

"Kalau Atiqah sudah tak ada,jadi siapa yang duduk dalam bilik aku tu?"soal Sarah di dalam hati.Tangannya sudah mula menggeletar.Peluh sudah mula membasahi dahi.

"Aku dah janji yang aku akan naik.Aku akan kotakan janji aku.Aku perlu pastikan apa yang aku nampak!"bisik hati kecil Sarah.

Lantas Sarah mengatur langkah mendaki anak tangga.Sambil fikirannya ligat memikirkan pelbagai kemungkinan.Ketika sampai di hadapan pintu biliknya,Sarah bagaikan terkaku.Hatinya berbolak-bagi sama ada mahu membuka tombol pintu bilik tersebut atau tidak.Lantas,dengan tangan yang dibasahi peluh,Sarah memulas tombol pintu secara perlahan-lahan.Sarah tekejut apabila melihat 'Atiqah' sedang berdiri di depan katil dengan matanya masih tajam merenung Sarah.

"Sarah..aku rindu sangat dekat kau.."rintih 'Atiqah'.

"Ini bukan suara Atiqah.Suara Atiqah lembut,tapi Atiqah yang ada depan aku ini suaranya serak.Argh!Dia bukan Atiqah.Atiqah dah meninggal semalam!Tapi jasad yang berdiri depan aku ni jasad Atiqah.Wajah dia milik Atiqah.Wajah yang amat aku rindui.Tidak!Kenyataannya,Atiqah dah tak ada!Atiqah dah pergi menghadap Illahi!"bisik hati Sarah.Sarah bagai berperang dengan perasaannya sendiri.

"Er..A..a..Atiqah,a..a..ku turun kejap ya...aku nak k..e..dapur buat air..,"ujar Sarah dengan suara yang menggigil.'Atiqah' hanya merenung Sarah dengan pandangan sayu.Lantas laju langkah Sarah diatur menuju ke arah dapur.Tangannya menggeletar tatkala membuka peti sejuk.Otaknya semakin ligat berfikir.

"Kau dah tahu kan?"tiba-tiba kedengaran bisikan halus dari arah belakang Sarah.Botol Coca-cola yang dipegangnya jatuh ke lantai.Kelihatan 'Atiqah' sedang duduk di atas tangga sambil kepalanya ditundukkan ke bawah.

"Kau bukan Atiqah kan?Atiqah dah tak ada!Kau siapa?!"menggeletar suara Sarah menyusun kata.Tiba-tiba,'Atiqah' menangis.Lantas 'Atiqah' mula berjalan mengesot di atas lantai menuju ke arah Sarah.

"Kau tengok Sarah,kaki aku dah tak ada.Pemandu tu gilis kaki aku dengan kereta.Aku sedih Sarah.Waktu tu,aku nak sangat pergi jumpa kau,"rintih 'Atiqah' lagi.

"Atiqah,aku pun rindu sangat dekat kau,"rintih Sarah sambil menangis teresak-esak.

"Sarah,kau sayang aku kan?Kita dah janji nak bersama-sama kan?Kita dah berjanji nak sehidup semati kan?Jadi kau pun kena mati juga!"tiba-tiba suara 'Atiqah' bertukar garau,wajahnya mula berlumuran darah,kakinya pula hancur dan cebisan-cebisan daging yang kehitaman sudah mula membusuk.'Atiqah' mula mengesot laju ke arah Sarah.Wajahnya menyeringai sambil tidak lepas memandang Sarah.

Sarah terjelopok ke lantai.Kakinya bagai terkaku.Sarah tidak mampu berbuat apa-apa.

"Atiqah,jangan..tolonglah Atiqah.."rintih Sarah lagi.'Atiqah' semakin hampir.Tiba-tiba,

"CUT!!"kedengaran suara Ahmad Adham dari kerusi direktor.

"Bagus-bagus!Nice cut!"girang suara pengarah muda itu kedengaran.

"Kita sambung shooting esok memandangkan semua dah penat ok..lepas kemas,semua boleh balik,"laung Ahmad Adham lagi jelas menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pengarah filem.

"Haha!Realla lakonan kau Sarah,"ujar Atiqah sambil menepuk lembut bahu rakannya.

"Alah,kau pun sama,"ujar Sarah sambil tersenyum.

"Tak sangka kan,kita terpilih jadi pelakon bagi filem terbaru Ahmad Adham,'SAHABAT SEHIDUP SEMATI'.Tak sia-sia kita pergi 'audition' kan?"ujar Sarah lagi.

"Ya!Mesti cita-cita kita nak jadi pelakon akan tercapai,aku yakin.."ujar Atiqah girang.

"Yup!"balas Sarah sambi tersenyum.

Read More..
 
Cerpen : Bila Kasih Mula Terbit

Huh...... ngantoknya mata... sudah beberapa kali dia menahan kuap, sampai berair biji matanya, mana taknya hampir 48 jam dia tak melelapkan matanya, semuanya hanya kerana dateline dah nak hampir..Aduyyy kan best kalau aku dapat tidur lepas ni....

Tak boleh tidak.. aku kena lelapkan mata ni juga, hatinya berbicara membuat keputusan, jam loceng di capainya, hurmm.. sekarang pukul 2.15 am, ok aku lelap 30 minit , jap lagi 2.45 aku bangun.. Erry Natasya membuat keputusan, bertugas sebagai kartunis sebuah syarikat penerbitan membuatkan kadang-kadang 24 jam tidak cukup baginya terutamanya kalau menjelang pertengahan dan akhir bulan.. Hai apa nak buat aku yang memilih hidup begini walau berkali-kali umi dan ayah membantah.

Letak je kepalanya atas bantal, lenanya terus bertandang, alangkah nikmatnya tidur itu sehingga jam loceng yang menjerit meminta perhatian terpadam dengan sendirinya, dia betul-betul diulit lena.. tidur mati gamaknya.

************

Danniel Zulaikha menyanyi-nyanyi kecil sambil sesekali tangannya membetulkan kedutan-kedutan yang terdapat pada baju-baju yang bergantungan di butiknya. Kerjaya dalam dunia wanita menyebabkan perwatakannya agak sedikit lembut. Dia memang cerewet, matanya akan terasa sakit jika melihat insan-insan di sekelilingnya tak tahu menghargai fesyen.
Kerjanya sedikit terhenti bila tiba-tiba pembantunya Nivel memanggil.

"boss call from your mum"

"Hello mama, assalamualaikumu.."salam diberi setelah ganggang bertukar tangan.

"Waalaikumussalam, hah Danny apa khabar? ni mama nak tanya ni, bila Danny nak masuk office? papa dah bising kata Danny tak masuk-masuk office lagi, Danny tak kesian ke kat papa? dia dah tua nak rehat.." bertalu suara yang keluar dari mulut Datin Nirmala macam bertih goreng lagaknya.

Danniel menelan liur, adeyyss macam mana ni, memang dahulu dia ada berjanji hendak menggantikan tempat papanya, tapi itu hanya sekadar untuk menyedapkan hati kedua orang tuanya, tak sangka pula mereka kini menuntut janjinya.. aduh terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mak gak yang susah... auww dia menepuk dahinya.

"Err... mama boleh tak bagi Danny masa? Danny mintak seminggu je mama, nanti next week Danny promise Danny masuk office" lembut suaranya memohon ehsan mamanya.

"No, mama tak setuju, Danny bukan boleh percaya sangat, next week nanti jadi next 2 week lepas tu jadi sebulan.... no way.. mama nak esok juga Danny masuk office, takda excuse dah.." keras Datin Nirmala memberi arahan.

"tapi... mama..."

"No tapi-tapi, apalah sangat dengan butik Danny tu? Danny tau tak butik tu kerja orang perempuan, tak sesuai untuk Danny, awak tu kan lelaki" memang dari dahulu dia tak pernah bersetuju dengan minat anak lelakinya itu tapi apa boleh buat untuk menghalangnya, dan sekarang memang dia kena bertegas.

"yelah.. yelah... mama" lemah dia menjawab, mengalah akhirnya

Datin Nirmala tersenyum di hujung talian, lega kali ini Danniel mengikut kehendaknya.

***********

Erry Natasya mengerling jam di pergelangan tangannya...

"Damn...! dekat pukul 4 petang dah" matanya hampir terbuntang, hari ini hari terakhir untuk menghantar kerjanya.

Dia membuka mata perlahan.. menggeliatkan tubuhnya seketika, ah... syoknya tidur, dia mengelamun seketika.. tiba-tiba fikirannya teringatkan sesuatu, jam loceng di sisi di capai, huargggghhh... 5 pagi dah, aku terlajak tidur, dia menjerit kecil, bingkas bangun dengan rambut yang masih serabai tak dibetulkan dia terus mengadap meja kerjanya menyiapkan suntingan-suntingan terakhir lukisannya.

Begitulah alkisahnya pagi tadi, konon nak lelap setengah jam, tapi jadi berjam-jam... cit! aku ni dalam keadaan genting begini pun sempat lagi mengelamun, beg sandang converse di capainya artworknya dimasukkan dalam perut beg dengan cermat, topi converse warna putih pink dicapainya terus diletakkan di kepalanya, dia menilik wajahnya seketika di cermin, hurmmm comel gak aku ni.. puji hatinya sendirian.. perasan

Dia keluar dari biliknya, mencapai kunci skuter kesayangannya, ok semua ada, tak ada yang tinggal, lengkap, perfect.. sekali lagi jam dipergelangan di kerling.. ada lagi satu jam sebelum pejabat tutup tapi tak apa tada hal, boleh pecut....

**********

Danniel terkial-kial ingin melintas jalan raya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bertali arus. dahinya sudah dibasahi peluh, hampir 15 minit dia di situ tapi masih tak lepas-lepas melintas jalan, itulah kelemahan dia, takut melintas, tapi kali ini dia nekad...Bismillahirrahmanirrahim..

"hoi...! Lembut nak mati ke?"

"oit mak hang tergolek.." serentak dia melatah, terkejut disergah tiba-tiba.

Erry Natasya memandang tajam wajah mamat lembut dihadapannya, nasib baik aku sempat brek kalau tak dah lama aku dengan si lembut ni arwah, hey tak pasal-pasal esok keluar metro tajuk utama, seorang kartunis arwah kerana bertembung dengan sotong kurita, ops silap mamat lembut...hehe

Daniel terkejut sakan, suka-suka je panggil I lembut, hey mak cili jugak mulut perempuan ni karang... dia membebel dalam hati.

"Dah, ketepilah, yang dok terconggok kat situ lagi kenapa? kau nak kena gilis dengan kereta-kereta tu ke?" dia bertanya bila dilihat lelaki itu masih lagi tak berganjak, wajah merah macam nak menangis.

Danniel pantas menggelengkan kepalanya, cepat langkah di atur untuk berlalu.

"weii lain kali melintas jalan hati-hati..." sempat dia mendengar gadis tadi melaung menasihat untuk kesekian kalinya.

Huh perempuan ke tu...? kasarnya mengalahkan aku je, Danniel mengomel didalam hatinya, fuh.. nasib baik tak kena langgar tadi, kalau tak sure mama meraung gamaknya...dia mengurut dadanya kelegaan, memang tadi sewaktu sebelum melintas dia telah memastikan tiada kenderaan di jalanan tapi entah dari mana boleh pulak muncul gadis itu tadi.

*************

Wah bestnya dapat tengok sunset, dia duduk di balkoni rumahnya, dia paling suka melihat matahari pada waktu mahu terbenam, cantik... subhanallah tulah ciptaan yang Maha Agung tiada tandingan.

"Erry..." terdengar namanya disebut, lantas dia menoleh.

"tak boleh ke duduk elok-elok sikit? kamu tu kan anak dara, aduii cubalah jadi macam anak dara orang lain, lemah lembut, sopan santun, lemah gemalai sejuk mata umi menengoknya.." panjang leteran Puan Mazni tentang tingkah anak gadisnya.

"Alah umi, Erry tak mau hipokrit, dah memang dasarnya tingkah Erry kasar, takkan Erry nak pura-pura lemah lembut...hey tak kuasa Erry nak cover-cover ni, tapi kan umi, luar kasar didalam Erry maintai wanita sejati tau.." panjang lebar dia membalas.

"Tengok tu...ni yang umi malas nak cakap dengan Erry, ada-ada je jawapannya, dahlah umi masuk dululah, kamu tu bukannya boleh dilayan, kalau dilayan umi jugak yang makan hati..."

"La umi hati goreng bersambal sedap apa..." ekeke saja jea nak bagi umi bertambah bengang.

"tengok tu..." Puan Mazni sudah memasamkan muka akibat diusik dek anak perempuan tunggalnya itu, hai sabar jelah aku dapat anak yang kuat menyakat macam ni, tapi kalau dia tak ada aku gak yang sunyi dan tercari-cari.

*********

"Mama tak kira, mama nak tunangkan kamu dengan anak kawan lama papa"

Masih terngiang-ngiang kata-kata Datin Nirmala di telinganya, aduii mama dah guna kuasa veto susahlah aku... dia memicit-micit dahinya, padahal kepalanya tak sakit pun.

"Mama Danny tak bersedia lagi, bagilah Danny peluang cari sendiri.." mohonnya lagi.

"tak da, kalau nak tunggu Danny cari sendiri alamat kempunanlah mama dan papa nak jadi atuk dan nenek, Danny tu tahun depan dah 29 tahun, bukannya muda lagi.."

Akhirnya dia hanya diam, aduii.. kahwin bukannya benda main-main, dan sanggup ke wanita tu terima aku yang ala-ala sedikit lembut ni?

************

"what...! bertunang umi? umi jangan main-main boleh tak? Erry tak gemar begini..." Erry Natasya terkejut dengan berita yang tak di sangka-sangka, Aduiii umi buat lawak antarabangsa ke ni? takkan nak gantikan tempat pakcik Din Beramboi kot.

"Takda maknanya umi nak main-main..Erry tak nampak ke muka umi yang serius ni?" Kata Puan Mazni sambil menghalakan jari telunjuknya ke wajahnya sendiri.

"No...! Erry tak nak bertunang, no never, kalau umi rasa umi tak nak tengok muka Erry lagi kat rumah ni, umi setujulah dengan pinangan tu" dia mengugut akhirnya, apa jalan yang dia ada? pilihan yang mungkin akan membuatkan uminya kecewa, tapi hatinya lagi terluka, hidup diatur walaupun usia menginjak suku abad.

"Erry kenapa cakap dengan umi begitu?" tersentak dia bila terdengar suara garau milik ayahnya tiba-tiba menegur lakunya.

"tapi ayah...

"Tak ada tapi-tapinya, Erry, ayah dengan umi tak minta banyak, tolonglah setuju dengan pertunangan tu, itu jea, ayah dengan umi tak harap Erry balas segala yang pernah kami beri, tapi kali ini tolonglah..."

Aduiii ni yang aku lemah ni kalau ayah dah mula berdrama tak berbayar ni... hei kalau terima aku gak yang merana jiwa raga.

"oklah Erry ikut jelah kehendak umi dan ayah.." putusnya akhirnya.

"Alhamdulillah..next week hari jumaat majlis pertunangan tu.." berseri wajah Puan Mazni memberitahu.

"what....!! next week? terus pandangannya gelap... toing-toing pengsan terkejut... cepatnya

"Erry...!!" serentak Puan Mazni dan Tuan Asyraf menjerit terkejut

***********

Sudah hampir 3 minggu majlis pertunangannya berlalu, Danniel kini telah meninggalkan dunia fesyen yang selama ini diceburinya, kini dia telah bergelar pengarah urusan Pena Mutiara Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan majalah dan komik. Namun begitu belum sesekali pun dia pernah bersua dengan tunangnya, bukan dia tidak teringin untuk bersua dengan tunang misterinya tetapi mamanya yang tak benarkan sebab kata mama biarlah segalanya menjadi misteri dan biar waktu pernikahan nanti berjumpa lagi bagus.

"Encik Danny kita ada tetamu," lamunannya pecah, Sumayyah setiausahanya sedang berdiri di muka pintu.

"siapa?" dia bertanya

Kartunis pinjaman dari syarikat Happy.."

"hurm...suruh dia masuk.."

Sesusuk tubuh dilihat melangkah santai memasuki biliknya, dengan lolipop di mulut, jeans lusuh yang telah koyak di hujung kakinya, beserta topi yang di pakai terbalik membuat mata Danniel sakit memandangnya. Aduii lelaki ke perempuan ni? hatinya tertanya-tanya, sekali tengok macam lelaki, dua kali tengok macam perempuan, adui khunsa ke apa...dia keliru

Erry Natasya memandang wajah dihadapannya, apahal? tak pernah nampak orang ke apa? macam pernah nampak je lelaki tu... hurmm... la..... encik sotong kurita yang pernah aku nak terlanggar hari tu... fikirannya pantas teringat pada peristiwa yang pernah berlaku hari tu.

"Yo mat lembut, amacam? kau dah pandai melintas jalan ke? selamba dia bertanya.

Sumayyah telah liur, mak ai beraninya dia panggil bos macam tu, macam sengaja nak kena pecat je perempuan ni..

"Hah er..err... awak yang perempuan yang hari tu ya? baru dia teringat, patutlah rasa macam pernah tengok je tadi.

"Yup...anyway aku Erry dari Happy Sdn Bhd..kau?"

"saya Danny, selamat bekerjasama," dia menhulurkan tangan untuk bersalam tapi salamnya terbiar sepi tanpa disambut oleh gadis itu dan akhirnya dia termalu sendiri.

Mereka berbincang tentang hal-hal yang berkaitan, sesekali berselang dengan gelak tawa, entah kenapa wujud rasa senang bila berbicara dengan gadis itu, sebab gadis itu terlalu polos langsung tak hipokrit seperti mereka yang lain yang pernah ditemuinya.

********

Danniel Zulaikha...adeyyss macam nama perempuanlah tunang aku ni, tapi apa kurangnya dengan nama aku ni, Erry Natasya... hehe sesuai-sesuai, agaknya memang jodoh kot, getus hatinya sendirian tatkala teringatkan akan tunang misterinya.

Pertunangan mereka hanya 7 bulan, itu yang dia diberitahu...aduiii tak lama lagi kena tukar stylelah gamaknya, umi dah bising suruh pakai baju yang ladies-ladies ni, tapi masalahnya aku tak bersedia lagi, aku selesa dengan gaya begini... aduila pening otak den.

**********

"Danny cuba jalan tu macam lelaki sikit, ni mama tengok jalan lembut semacam, macam takda tulang je, cuba jalan tu macam ni, buka dada tu sikit, tunjukkan dada awak yang bidang tu.." Datin Nirmala menegur.

Aduiii mama dah buat dah... ada jea lah yang tak kena..dia mengeluh dalam hati, dan akhirnya dia hanya menurut, sabar jelah.

"awak tu tak lama lagi dah nak kahwin, sampai bila nak jadi macam ni, lagi satu selaku ketua mestilah tunjukkan sifat maskulin sikit depan staf, barulah orang nak hormat kat kita" sampuk Dato' Darius pula.

Dan akhirnya sepanjang hari dia berlatih atau dengan kata lain dipaksa berlatih berjalan seperti lelaki maskulin lain... adeyyss sakit pinggang mak..ops pinggang aku.

********

Sumayyah terpana melihat tingkah bosnya hari ini, adeyyla pertama kali aku rasa Encik Danny ni kacak, dia mengurut dada beristighfar, nasib baik aku dah kahwin kalau tak, hey tak tau nak cakap apa-apa dah...

Masuk-masuk sahaja pagi tadi dia terus menuju ke bilik bosnya, kemas apa yang patut dan sediakan minuman kegemaran bosnya. Namun kerjanya terhenti tatkala hidungnya terhidu haruman yang selalu dipakai oleh bosnya, dan apabila dia menoleh alangkah terkejutnya dia melihat atur langkah lelaki itu tidak seperti selalu, teratur, terserlah karisma sebagai seorang pemimpin. Hampir seketika dia menjadi seperti patung tegak... sehinggalah lelaki itu berdehem mematikan terus lamunannya.

"apasal awak pandang saya macam tu su? Danniel bertanya.

Pantas dia menggelengkan kepalanya "bos nampak lainlah hari ni" memang betul-betul lain.

Dan lelaki itu hanya tersenyum sebagai jawapan kepada persoalannya, teserlah kedua lesung pipit milik lelaki itu, Aduii sangat kacak.. hatinya berdetup lagi.. oitt ingat sikit kat suami kau... hati kecilnya mengingatkan akan status dirinya.

"Err.... saya keluar dululah En Danny.." baik aku keluar dulu sebelum perasaan aku melalut lebih jauh.

Danniel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah Sumayyah... hai macam-macamlah.


***********

Entah apa mimpinya si Danny ajak aku keluar dinner hari ni, kebetulan tak ada benda nak buat jadi aku setujulah.. Dia membelek wajahnya pada cermin, hurm oklah ni, hari ini dia hanya memakai blouse warna merah lembut dipadankan dengan jeans levis, dia hanya memakai sandal, tiada lagi kasut converse yang tersarung di kakinya seperti selalu.

Danny memandang tak berkelip wajah dihadapannya, dia hanya tersedar bila Erry memijak kakinya..

"aduii sakitlah... apa awak ni.." dia memasamkan muka..marah.

"Kau ni kenapa? pandang aku macam tak pernah nampak aku" tu dia bahasa gadis itu masih seperti selalu walaupun dress up telah bertukar.

"Mana ada saya pandang awak.."

"Hah..yelah tu, cepat lah order, kesian kat budak ni menunggu kau order dari tadi..." katanya merujuk kepada seorang pelayan yang dari tadi setia menanti order dari Danniel.

Suasana makan malam mereka dihiasi dengan pelbagai cerita daripada Erry, sesekali Danniel tersipu-sipu menjadi mangsa usikan gadis itu yang sememangnya sentiasa selamba, memang bukan daripada spesis minah cover. Tapi dia senang dengan tingkah itu, baginya masih belum melampau perangai gadis itu.


************


Menghitung detik demi deti disatukan dengan tunang misterinya, Danniel bertambah gundah, entah kenapa lewat ini terasa hatinya telah terisi dengan kehadiran seseorang, jatuh cintakah aku? tanyanya pada diri sendiri. Hanya tinggal lagi dua minggu.. hurmm cepat sungguh masa berlalu, karakternya juga telah berubah tidak lagi berjalan lagak seperti wanita, suaranya juga sudah tidak seperti golongan lembut itu lagi. Dia memang telah menjadi seorang lelaki semua sebab bantuan mama dan papanya. Thanks mama dan papa.

Erry saya dah jatuh cinta dengan awak, awak memang berbeza dari yang lain, awak tak hipokrit.. bisik hatinya.

Erry kenapalah kita dipertemukan selepas aku bertunang, dia mengeluh, Mungkin takdir kita hanya sebagai kawan.

Erry saya cintakan awak.. kalaulah boleh saya melafazkan ini pada awak..


*********


Uhuk...uhuk...!! dia tersedak-sedak, habis air sirap limau yang di minumnya tersembur mengenai Naila sahabatnya.

"Adeyyss sorry, sorry..." sempat dia memohon maaf pada Naila, dia masih mengusap dadanya, sapalah yang sebut-sebut nama aku ni, kacau betullah.. Erry Natasya merengus.

"Adui Erry habis basah baju aku, jomlah balik kalau macam ni.." ajak Naila, tak selesa berkeadaan begitu, rasa melekit badannya tika itu, karang tak pasal-pasal kena hurung dengan semut aku ni.. sempat lagi dia mengarut.

"Sorry Naila aku tak boleh nak tahan tadi tu yang tesembur kat kau.."

"Jomlah kita balik.." pantas tangannya menggamit pelayan kedai makan itu, hajat hati ingin menghabiskan masa bersama Naila teman baiknya sebelum dia menamatkan zaman solonya tapi.....apa nak buat.


***********


"Erry, ada benda saya nak bagi tau awak... yelah hari ni kan last awak kerja kat company saya kan?" Danny memulakan bicara mengisi ruang senyap antara mereka.

"hurmm...hari ahad ni jemputlah datang ke rumah saya, saya punya majlis perkahwinan hari tu," Danny memberitahu berat...wajah gadis yang mula mencuri hatinya dipandang.

"Hah..! majlis perkahwinan kau?" masih selesa beraku engkau seperti dahulu.

"Yup.." pendek dia menjawab.

"samalah kita, aku sebenarnya baru nak jemput kau ke majlis perkahwinan aku ahad ni, tapi kad jemputan dah habis stock so aku jemput guna mulut jelah.." Erry memberitahu.

Mereka berpandangan sesama sendiri, kebetulan apakah ini? Entahlah....

"Erry mungkin ini pertemuan kita yang terakhir, saya ada sesuatu nak bagi tau awak, saya tau benda ni memang tak patut, tapi saya perlu luahkan agar saya tak terkilan"

"hurmm apa dia?"

"saya cintakan awak"

"what...!!" terkejut beruk dia, rasanya, beruk pun takkan terkejut macam dia.. aku mimpi ke apa..

"saya cintakan awak Erry.." luah Danny ikhlas..

"Danny thanks, sebab cintakan aku, aku pun sama macam kau sebenarnya tapi sekarang semua tu tak pentingkan? kita pun bakal ada kehidupan sendiri, bagi aku perasaam aku sekarang tak penting, yang penting sekarang adalah menunaikan harapan, hasrat keluarga aku." panjang lebar dia membalas, memang dia juga punya perasaan pada lelaki dihadapannya, dia pun tak sedar bila perasaan itu wujud tapi baginya sekarang semua tu tak perlu lagi, dia bakal jadi milik orang.

Danny di hadapannya tertunduk, sama sepertinya berserah pada permainan takdir, dan malam itulah pertemuan terakhir mereka, selepas itu tiada lagi lagi mesej atau panggilan daripada lelaki itu...

"sah.." ungkapan itu memecahkan lamunannya kini.

Ah sempat lagi aku mengelamun ingatkan pasal hari tu, dia mengeluh perlahan.

"Natasya duduk elok-elok sikit, kejap lagi Zul nak sarungkan cincin majlis membatalkan air sembahyang" mak andam berbisik perlahan di telinganya menegur lakunya.

Dia perasan dari ekor matanya ada sesusuk tubuh berbaju melayu hijau pucuk pisang melangkah mendekatinya, tapi hanya seketika, sebelum langkah kaki susuk tubuh itu terhenti tidak jauh darinya.

"Eh Zul yang tercegat tu kenapa? cepatlah sarungkan cincin pada Sya ni buat membatalkan air sembahyang" terdengar suara mak andam becok menegur.

Pantas Erry Natasya mendongakkan wajahnya tak sabar melihat siapakah gerangan suaminya itu. Pandangan mata mereka berlaga, mereka terkaku seketika.

"kau...!" jeritnya

"Awak...!" Danniel terkejut teramat sangat...

"Erry apa kau kau ni? panggillah sopan sikit, dia tu suami kamu..." Puan Mazni menegur. Erry Natasya dah tak peduli lagi apa kata orang, terus dia bangun menerpa ke arah Danniel, dipeluknya tubuh lelaki itu dan Danniel pula membalasnya lambat-lambat masih di awangan.

"lah... nampaknya pengantin kita ni macam dah tak sabar-sabar," terdengar suara-suara sumbang mengusik.

Danniel memimpin tubuh Erry Natasya dan didudukkan di birai katil, sebentuk cincin di sarungkan di jari manis kemudian dia tunduk mengucup ubun-ubun isterinya dan Erry membalas dengan mengucup tangannya.

Kenapalah aku tak perasan si Sya ni Erry, kalaulah aku tau tak adalah aku merana begini, bisik hatinya.

Aduiii Danny rupanya si Zul...buang karan je aku kecewa ingat kami takda jodoh.

Alhamdulillah syukur atas nikmat takdirMu tuhan ku...

"aku cintakan kau Danny" dia berbisik lembut pada telinga lelaki itu dan lelaki itu pula tersenyum lebar mendengarnya.


***********


"Sayang cepatlah sikit, kita dah lambat ni, nanti bising pula umi.." Danniel memanggil Erry yang masih lagi tak siap-siap berdandan sedari tadi.

"ok jap abang.... i'm coming.." terdengar suara isterinya dari dalam bilik.

Erry pantas mencapai beg tangannya, terkocoh-kocoh dia menuruni anak tangga.

"Macam ni je?" Danniel bertanya

"Yelah, habis nak macam mana lagi?" dia bertanya kembali.

"No abang tak suka Erry dress macam ni, make up pun tak pakai... pot..pet...bla..bla.." lelaki itu mula membebel menegur dirinya..

Tubuhnya ditarik dan didudukkan di sofa, habis segala jenis alat make up di dalam tas tangannya dikeluarkan oleh lelaki itu, dan mukanya mula disolekkan

Aduii...dia dah buat dah.. ni yang masalahnya dapat suami bekas jurusolek dan pereka fesyen... heyyy dia yang lebih-lebih dari kita, tapi nak buat macam mana kalau hati dah sayang, terima jelah seadanya....

Read More..
 
Cerpen : Cinta dan persahabatan

Hari ini, satu perlawanan bola jaring akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Hanna selaku ketua pasukan bola jaring mewakili seolah tersebut berasa sungguh bersemangat untuk turun beraksi di padang. Masakan tidak, pasukan bola jaring sekolah ini boleh dikatakan jaguh di dalam sukan ini di daerah Alor Setar. Tambahan pula, kali ini perlawanan akan diadakan di sekolahnya sendiri. Hanna merasa yakin pasukannya dapat menjuarai perlawanan peringkat daerah ini. Sahabat baik Hanna, Aida juga mempunyai minat yang sama dalam sukan ini. Mereka telah bersama- sama di dalam sukan ini sejak tingkatan 1 lagi. Mereka selalu bersama tak kira waktu.
"Aida, kau rasa kita boleh menang tak kali ini?", soal Hanna menduga Aida.
"Apsal pulak tak menang. Mesti menang punya lah. Kita kan hebat, terkenal seantero dunia. Hahahaha", jawab Aida dengan bergurau. Hanna tahu akan sikap teman baiknya itu yang suka bergurau tidak kira masa. Kadang- kadang dalam masa terdesak pun dia boleh bergurau lagi.
"Hehehe aku saja je nak test kau. Mana lah tau kalau- kalau kau kecut perut hari ni kan", kata Hanna mengusik Aida.
"Eh tolong sikit. Ni Aida tau. Pantang menyerah sebelum mula..", jawab Aida dengan yakin.
"Dah la tu. Jom kita masuk padang. Diorang dah panggil tu..", kata Hanna pada Aida sambil menarik tangan teman baiknya itu masuk ke padang. Aida terlihat seorang lelaki berbaju biru sedang memerhatikannya dari jauh. ‘Ah, dia pandang orang lain kot. Aku je yang perasan’, bisik hati kecil Hanna. Dia terus memberikan fokus kepada perlawanan yang akan berlangsung itu. Seperti yang diduga, pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum sekali lagi menjuarai perlawanan kali ini. Hanna merasa sungguh gembira kerana dapat membanggakan nama sekolahnya sekali lagi.
"Eh Hanna, kau perasan tak ada seorang mamat tu asyik tengok kau je dari tadi. Aku tengok boleh tahan jugak rupa dia. Handsome. Kau kenal ke? Kenalkan la kat aku.", pinta Aida.
"Aku tak kenal la Aida. Aku pun perasan gak, dari tadi sebelum game start lagi dia asyik tengok. Siapa eh? Nak kena pergo tegur ke?", soal Hanna.
"Entah la. Ikut kau la. Tapi kalau aku la kan, aku mesti pergi tegur punya. Mamat handsome macam tu mana boleh lepas. Mana la tau lepas ni boleh berkawan", kata Aida sambil tersenyum.
"Kau teman aku eh. Segan la", pinta Hanna sambil menarik tangan Aida. Mereka berdiri di hadapan lelaki tersebut. Lelaki itu agak terkejut.
"Assalamualaikum. Boleh saya tanya, kenapa dari tadi lagi awak asyik tengok saya saja. Ada apa- apa yang tak kena ke? Atau kita pernah kenal ke sebelum ni?", soal Hanna berani. Dia tidak senang diperhatikan sebegitu.
"Waalaikumussalam. Maaflah kalau awak tak suka. Saya tak ada niat apa- apa pun. Saya cuma berminat nak berkawan dengan awak. Saya Ariff. Ariff Syazwan. Saya datang ni pun sebab nak tengok game adik saya, Arianna. Dia satu pasukan awak juga kan", terang Ariff. Dia risau Hanna tersalah anggap mengenai dirinya.
"Oh Arianna.. A ah dia sama pasukan dengan saya. Saya Nur Hanna Emilia. Panggil saya Hanna cukup lah. Ni kawan saya, Aida", kata Hanna sambil menunjukkan tangan kea rah Aida.
"Hai.. ", kata Aida tersipu- sipu.
"Kau ni kenapa Aida? Tersipu- sipu. Karang dia cakap kita gatal pulak. Kau jangan nak buat hal pulak", bisik Hanna. Lantas muka Aida terus berubah masam.
"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?", soal Ariff apabila melihat Hanna berbisik pada Aida.
"Eh tak ada apa- apa lah.. Ermm tak pe la ye.. Kami ada hal sikit. Nanti kita jumpa lagi ye. Bye", kata Hanna sambil menarik tangan Aida meninggalkan Ariff.
Selepas Hana dan Aida meninggalkan Ariff, Arianna datang menghampiri abangnya.
"Kenapa bang?", soal Arianna kehairanan.
"Tak ada apa la. Eh Hanna tu kawan kau ke?", soal Ariff pada Arianna.
"Kenapa? Abang berkenan ke? Hehehehehe", soal Arianna pula.
"Tak ada la.. Tapi kalau dapat berkenalan pun ok jugak", kata Ariff sambil ketawa. Dah la, jom kita balik. Dah lewat ni",ajak Ariff.
"Yela, jom. Yana pun dah letih ni", balas Arianna sambil berjalan menuju kea rah kereta abangnya itu.

*********************************************************************
Esoknya di sekolah, Arianna datang berjumpa dengan Hanna dan juga Aida. Niatnya hanya lah untuk mmberitahu hasrat abangnya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Hanna.
"Hanna.. Kau sibuk ke?",soal Arianna memulakan bicara.
"Tak la. Duduk la Yana", jemput Hanna.
"Hanna, kau mesti dah kenal dengan abang aku tu kan semalam. Sebenarnya, dia berminat nak berkawan dengan aku. Dia suruh aku tanya kau boleh ke tak. Dan kalau boleh dia nak minta nombor telefon kau sekali", terang Arianna panjang. Dia malas nak berbunga- bunga bahasa. Just straight to the point. Itu lah sikap Arianna yang disenangi ramai.
"Aku tak kisah nak berkawan dengan abang kau. Berkawan biar beribu kan, bercinta biar satu. Tapi aku tak berapa suka la nak bagi nombor telefon aku kat lelaki", jelas Hanna. Dia tidak mahu sesiapa pun berkecil hati dengan prinsip hidupnya ini.
"Tak pe lah Hanna. Aku faham. Tapi satu lagi soalan. Kau dah ada boyfriend ke? Soalan ni bukan abang aku yang suruh tanya tau. Aku yang nak tanya", soal Arianna.
"Tak ada la. Belum ada lagi. Aku malas nak nak fikir pasal lelaki ni. Lagipun hujung tahun ni kan kita dah nak exam SPM. Ku tak nak fokus aku pada pelajaran terganggu. Tu aje. Belum sampai masanya lagi untuk aku bercinta", terang Hanna tentang prinsipnya itu.
"Tak pe la. Aku sokong kau. Ermm Aida, kenapa kau diam aje ni. Aku ganggu kau dengan Hanna ke? Maaf la", kata Arianna serba salah. Dia risau kedatangannya ini mengganggu perbincangan Hanna dan Aida tadi.
"Tak la Yana. Cuma tiba- tiba aku rasa tak sedap badan pulak. Tak tahu la kenapa. Korang berdua borak- borak la dulu ye. Aku nak pergi tandas kejap", kata Aida sebelum berlalu pergi. Hanna agak hairan melihat perubahan air muka Aida itu. Pelik. Kenapa tiba- tiba saja dia berubah perangai sedangkan baru tadi mereka bergurau senda. Namun Hanna membiarkan saja persoalannya itu. Dia terus berborak dengan Arianna.

********************************************************************
Setelah tamat waktu persekolahan, seperti biasa Hanna dan juga Aida akan pulang bersama dengan menaiki basikal. Hanna menunggu Aida di hadapan pintu pagar sekolah kerana Aida ingin berjumpa dengan cikgu sebentar. Tiba- tiba Ariff muncul di hadapan matanya. Dia menjadi agak kaget. ‘Kenapa dia boleh muncul kat sini pulak’, bisik hati Hanna. Ariff tersenyum melihatnya yang seperti kegelisahan itu.
"Seorang je ke?", soal Ariff setelah merapatinya. Dia agak segan dengan keadaan sebegitu. Semua murid yang lalu- lalang di situ memerhatikannya.
"Tak la. Saya dengan Aida. Dia pergi jumpa cikgu kejap. Tengah tunggu dia la ni",jawab Hanna sopan.
"Ermm saya nak ajak awak keluar petang ni boleh tak?", soal Ariff. Dia teringin benar untuk berkawan lebih rapat dengan gadis bernama Nur Hanna Emilia ini. Hatinya telah terpaut suka pada gadis di hadapannya ini.
"Saya minta maaf sangat. Saya tak biasa keluar dengan lelaki la Ariff. Lagipun saya ada tuition petang ni. Maaf la", Hanna memberi alasan. Dia tidak mahu ariff salah anggap mengenainya tetapi dia tidak biasa keluar bersama lelaki melainkan bersama ayah atau abangnya.
"Kalau macam tu, hari lain pun tak pe. Saya tak kisah asalkan awak sudi keluar dengan saya. Please.. jangan hampakan saya. Kalau awak nak bawak Aida sekali pun saya tak kisah", rayu Ariff bersungguh- sungguh.
"Macam ni lah. Bagi saya fikir dulu. Nanti saya bagi keputusan. Tapi awak jangan berharap sangat pulak", kata Hanna lembut.
"Esok saya datang lagi ye. Nanti awak bagi lah jawapan awak tu", jelas Ariff pula.
"Eh tak perlu la awk datang ke sini. Nanti saya cakap lah kat Arianna. Dia boleh sampaikan kat awak kan. Tak perlu la susah- susah tunggu kat sini", jawab Hanna.
"Yela.. Tapi saya harap sangat awak setuju. Tak pe lah, saya balik dulu ye. Nanti bising pulak Arianna dalam kereta tu. Assalamualaikum..",kata Ariff sebelum melangkah pergi. Sebaik Ariff pergi, Aida datang kepadanya.
"Hoi.. Apsal si Ariff tu datang?",soal Aida dengan muka hairan.
"Kau ni.. tak reti bagi salam ke. Dia datang nak ajakaku keluar la. Segan la aku. Dia suruh kau temankan aku", terang Hanna tanpa berselindung.
"Habis tu kau jawab apa?",soal Aida ingin tahu.
"Aku cakap la nanti aku bagi jawapan. Tapi aku malas la Aida. Aku tak pernah pun keluar dengan lelaki sebelum ni. Lagipun aku tak berminat",terang Hanna. Jawapan Hanna itu membuatkan Aida berasa sedikit lega. Sebenarnya, Aida menyimpan perasaan pada Ariff Syazwan. Sebelum ini, dia pernah terserempak Ariff ketika menjemput Arianna pulang dari sekolah. Sejak itu, dia mula memasang niat untuk mendampingi Ariff. Tetapi secara tiba- tiba Ariff muncul pada perlawanan bola jaring tempoh hari. Ariff menunjukkan minat utuk berkawan dengan Hanna, bukan dengannya. Dia berasa sungguh kecewa dan agak cemburu pada Hanna.
"Aku rasa baik kau tak payah la keluar dengan dia Hanna. Kau bukan kenal dia sangat. Nanti dia buat apa- apa kat kau macam mana? Lagipun bukan ken anti akan melanggar prinsip hidup kau tu kalau kau keluar dengan dia", kata Aida cuba memujuk Hanna supaya tak menerima pelawaan Ariff sebentar tadi.
"Nanti la aku fikir dulu", jawab Hanna ringkas. Mereka mula mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Dalam fikiran Hanna hanya memikirkan sama ada harus menerima atau menolak pelawaan Ariff itu. Dia serba salah.

********************************************************************
Esoknya di sekolah, Hanna berjumpa dengan Arianna untuk memberitahu keputusannya itu. Mereka berjumpa pada waktu rehat di kantin sekolah kerana mereka tidak berada di kelas yang sama.
"Yana, boleh tak tolong sampaikan pada abang kau aku minta maaf sangat- sangat sebab tak dapat terima pelawaan dia untuk keluar sama- sama tu", jelas Hanna kepada Arianna sambil diperhatikan oleh Aida.
"Boleh aku tahu kenapa kau tak boleh keluar dengan abang aku?", soal Arianna ingin tahu.
"Sebenarnya aku dah ada boyfriend. Aku tak nak dia salah anggap kalau dia tahu aku keluar dengan abang kau. Aku minta maaf sebab tipu kau hari tu cakap aku tak ada boyfriend lagi. Aku minta maaf Yana. Kau tolong sampaikan pada abang kau ye", pinta Hanna. Dia terpaksa berbohong untuk mengelak dari keluar dengan Ariff. Dia tidak mempunyai alasan. Lagi pula dia tak nak dianggap sombong kerana tidak mahu menerima pelawaan Ariff itu. Dia juga harus menjaga hati Aida, sahabat baiknya sejak dari kecil lagi.

***********************************************************************
Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan hari ini. Sedang mengemas barang-barang ingin pulang, Hanna memberitahu Aida ada hal yang ingin dibincangkannya. Selepas semua orang meninggalkan kelas itu, Hanna memulakan bicara.
"Aida, boleh aku tanya kau sesuatu tak?", soal Hanna memulakan bicara.
"Tanya aje la Hanna. Kau ni kenapa serius sangat?", soal Aida kehairanan.
"Kau sukakan Ariff ye?", soal Hanna inginkan kepastian.
"Tak lah. Merepek je la kau ni. Ariff kan sukakan kau. Tak kan lah aku nak sukakan dia", kata Aida cuba mengelak. Dia sendiri hairan macam mana Hanna boleh bertanyakan soalan sbegitu. Dari mana Hanna tahu dia menyukai Ariff.
"Kau jangan la nak tipu aku Aida. Bukan baru sebulan dua aku kenal kau. Dari kecil lagi kan. Kita membesar bersama. Aku cukup faham dengan perangai kau Aida. Macam mana reaksi kau kalau kau tak suka, semuanya aku tahu. Mengaku aja la Aida. Aku sikit pun tak marah atau terasa hati. Lagipun dia bukannya boyfriend aku. Aku tak ada perasaan langsung pada dia", terang Hanna panjang lebar. Dia tak mahu hanya disebabkan seorang lelaki hubungannya dengan Aida yang dikenalinya sejak kecil terputus begitu saja. Dia menyayangi Aida.
"Memang aku sukakan dia Hanna. Sebelum kita jumpa dia pada hari perlawanan bola jaring tu lagi. Aku selalu terserempak dia masa dia datang jemput Arianna balik sekolah. Tapi kau aje yang tak perasan. Masa dia cakap dia minat kat kau, aku kecewa sangat. Bila kau cakap dia ajak kau keluar semalam, aku rasa sakit hati sangat. Aku tahu bukan salah kau, tapi hati ni.. Aku pun tak tahu la kenapa. Aku mint maaf sangatHanna", jawab Aida. Jawapan Aida itu membuatkan Hanna agak terkejut. Dia tak menyangkakan Aida telah menyimpan perasaan pada Ariff agak lama.
"Begini lah Aida. Aku tak nak disebabkan Ariff kau dan aku bermasam muka. Aku mengaku perasaan suka pada Ariff ada dalam hati aku. Tetapi baru nak bercambah. Masih awal lagi. Sebab tu aku terpaksa bohong Arianna aku dah ada boyfriend supaya Ariff tak lagi kacau aku. Aku lebih ayangkan persahabatan kita dari pada Ariff. Aku tak sanggup kehilangan kawan yang aku kenal 17tahun yang lalu. Kalau kau betul- betul sukakan Ariff, luahkan la pada dia. Mana la tahu dia menerima cinta kau. Kau jangan la fikirkan pasal aku. Aku ok aje", kata Hannasambil tersenyum. Dia sanggup berkorban untuk Aida walaupun terpaksa berkorban kasihnya pada Ariff. Dia mahu Aida tahu bahawa dia betul- betul menghargai persahabatn mereka selama ini.
"Tak pe lah Hanna. Aku dah tak kisah dah pasal Ariff tu. Yang penting sekarang hubungan kita dan juga SPM kan? Kumbang bukan seekor kan? Kalau kau boleh berkorban untuk persahabatan kita, aku juga boleh Hanna", kata Aida penuh semangat.
"Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Sekarang kita tumpukan tumpuan pada exam kita ye. Tak payah la fikir pasal lelaki lagi. Ok?", kata Hanna.
"Betul tu", jawab Aida.

Mereka berdua pulang ke rumah seperti biasa. Hanna mahupun Aida sama- sama menghargai persahabatan mereka. Zaman sekarang, susah untuk mencari sahabat sejati yang sanggup bersama kita susah dan senang. Hanna berasa sungguh gembira kerana mempunyai sahabat sebaik Aida, begitu juga Aida.

Read More..
 
Cerpen : Cinta Solo

"Ain, kau nak lelaki macam mana?" tanya Fatin suatu hari. Semasa mereka sedang bersantai lepas siapkan assignment Dr. Krish yang membunuh, grammar. Haha. Ainur mengunyah buah epal tanpa memandang Fatin. Otaknya ligat berfikir.

"nak yang macam mana ya?" Ainur bertanya sendiri.

"hmm, yelah, setiap orang mesti ada criteria lelaki idaman kan? Bukan apa, aku tengok kau ni tak ada pakwe lagi. Orang kata, kalau keluar universiti ni, kalau tak ada pakwe lagi, alamatnya tak laku la nanti." Ujar Fatin bersungguh-sungguh. Ainur menjeling Fatin tajam. Celuparnya mulut tu. Aku cili kang.

"bukan aku memilih la Fatin, tapi susah la. Aku ni tak jumpa lagi yang menarik perhatian aku, nak buat macam mana?" tingkah Ainur. Geram juga dengan ayat Fatin yang tidak berlapik-lapik itu.

"hmm, yelah, aku tak kata kau memilih. Cuma aku nak tau, actually kau cari lelaki macam mana?" tanya Fatin lagi.
Ainur menggigit epal di tangan.

"hmm, aku nak lelaki yang macam abang aku." Jawabnya ringkas. Fatin mengerutkan dahi mendengar jawapan itu.

"macam abang kau?" tanya Fatin kembali.
Ainur mengangguk.

"abang kau macam mana?" tanya Fatin lagi. Begitu bersemangat untuk tahu.

"hmm, abang aku, dari segi fizikal, dia cerah, ada janggut sejemput, pakai spek, memang nampak smart and intelligent. Perangai dia pulak, peramah, suka buat lawak, pandai ambil hati, tak kedekut, jaga agama, ha, macam tu la abang aku. Aku memang respect abang aku. So, if aku jumpa lelaki yang macam ni, memang aku rembat je. Tak tunggu lagi." Ujar Ainur bersungguh-sungguh.

"oo, macam tu ke?" Fatin mengangguk sendiri. Ainur terus sahaja mengunyah epalnya tanpa mempedulikan Fatin lagi.

**********

"Ain, raya cina ni aku nak balik Indonesia. Rumah makcik sepupu aku." Beritahu Fatin. Ketika mereka sedang beriringan pulang dari bermain bola tampar.

"ye ke? Kat mana rumah makcik kau?" tanya Ainur penuh minat.
Sememangnya dia tahu Fatin mempunyai saudara belah ibunya di indonesia.

"Solo." Jawab Fatin, ringkas.
Ainur mengerutkan dahi.

"Solo kat mana?" tanya Ainur lagi. Tak pernah dengar pun nama tempat tu kat Indonesia.

"Solo dekat dengan Jogjakarta. Aku pernah pergi dulu sekali." Terang Fatin.

"tapi kali ni aku pergi sorang je sebab family aku yang lain tak free. Aku je yang cuti tak ada kerja." Ujar Fatin lagi, sayu sedikit.

Ainur tidak menjawab. Tiba-tiba Fatin menoleh kepada Ainur, dipegang tangan Ainur. Langkah mereka terhenti.

"kenapa dengan kau ni?" tanya Ainur kehairanan. Pelik melihat Fatin begitu.

"jom pergi Solo dengan aku!" Ainur melopong.

"hei cik Fatin. Kau ingat pergi Solo tu macam pergi balik kampung kat Kedah ke hah? Sabah Sarawak pun aku tak pergi lagi, nak pergi Solo? Haraplah." Tingkah Ainur. Cadangan Fatin amat merapu pada pandangannya.

"ala, Ainur. Tambang murah je. Jomlah. Aku gerenti mak ayah kau bagi punya kalau kau dengan aku. Jomlah Ain. Bila lagi kau nak pergi tempat orang? Kan? Kan?" Fatin memujuk lagi. Ainur menjeling Fatin. Pergi Solo?

********

"wah! Solo! I miss you!" jerit Fatin sebaik kaki mereka mencecah lantai landasan kapal terbang meninggalkan kapal terbang Air Asia. Ainur Cuma tersenyum melihat telatah Fatin. Jakun lebih pulak dari aku.

Hmm, macam mana pula Ainur boleh tersesat ke situ dengan Fatin? Setelah Ainur meminta izin dari ibu dan ayahnya dan mereka mengizinkan, Ainur akhirnya membuat keputusan untuk mengikut Fatin. Soal tambang sahaja yang perlu dirisaukan kerana di sana mereka menetap di rumah makcik sepupu Fatin. Jadi hal penginapan dan makan sudah beres.

Maka tercangaklah Ainur dan Fatin di Solo pada hari itu dan bermulalah lawatan mereka selama 4 hari di situ.

"siapa yang sambut kita?" tanya Ainur. Mereka sedang beratur di laluan warga asing untuk pemeriksaan. Sempat Ainur menjeling warga Indonesia di lorong sebelah mereka. Hmm, di malaysia, korang jadi warga asing, sekarang, giliran aku lah pulak.

"anak makcik aku." Jawab Fatin bersahaja. Ainur mengangguk saja. Tidak pernah dia keluar dari malaysia dan ini kali pertama. Pada Ainur, Indonesia dan malaysia sangat mirip. Cuma bahasanya sahaja yang berlainan.

Sebaik Ainur selesai melalui pemeriksaan kastam dan imigresen, mata Ainur tertancap pada seorang lelaki lebih kurang beberapa meter jauh darinya berdiri di dinding seperti sedang menanti seseorang. Bercermin mata, tinggi lampai, berkulit cerah (lebih cerah dari Ainur) dan janggutnya sejemput. Alamak! Lelaki idaman aku dah jumpa! Handsomenya!

Jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu sekejap-sekejap melihat jam di tangan. Aku sudah jatuh cinta! Eh, sekejap, sekejap. Luaran dah pass, dalaman macam mana? Agama dia? Perangai dia? Eh, tak boleh, tak boleh. Cepat Ainur menyedarkan dirinya kembali ke alam nyata.

Hmm, lupakan sajalah Ainur. Kau takkan nak pergi berkenalan dengan dia terus? Nampak sangat bukan perempuan melayu. Lagipun, sini Solo. Bukan Malaysia. Kalau kat Malaysia bolehlah. Melepaslah aku. Ainur mengeluh sendiri. Matanya masih merenung lelaki itu. Namun tidak terlalu teruja dan bersemangat seperti tadi.

"jom." Fatin yang baru selesai menjalani pemeriksaan menarik Ainur yang sudah longlai. Malas sahaja dia melangkah. Dia menunduk mengikut sahaja tarikan Fatin. Dan tiba-tiba mereka berhenti. Ainur mengangkat muka.

"hai." Ainur terkedu. Lelaki tadi. Di hadapannya, betul-betul di depannya. Fatin di sisi lelaki itu.

"Ainur, ni anak makcik aku. Indra." Fatin memperkenalkan mereka. Namun Ainur sudah tergamam, tidak mampu berkata apa-apa.
Fatin yang melihat Ainur kaku begitu menepuk bahunya lembut.

"Ainur, kau ok ke?"
Ainur tersentak. Malu bila menyedari dia terkaku begitu di hadapan lelaki itu.

"err, ok, ok." Cepat-cepat dia menjawab. Lelaki itu tersenyum sahaja melihat telatah Ainur. Fatin pula senyum penuh makna.

"jom, saya bawakan beg korang." Pelawa lelaki itu. Tiada loghat Indonesia langsung. Beg Ainur dan Fatin bertukar tangan. Alamak, gentlemannya! Ainur jatuh cinta sekali
lagi.

Laju sahaja dia mengikut langkah Fatin dan Indra ke kereta Indra yang seakan-akan sebuah pajero.

Matanya tidak lepas dari memandang Indra curi-curi. Ada peluanglah aku nak tengok perangai dia ni. Ok ke tak? Ok, ujian bermula dari sekarang!

"apa nama kawan Fatin ni?" tanya Indra. Ainur di tempat duduk belakang dijelingnya. Ainur yang perasan dengan perbuatan Indra itu menjeling kembali.

"Ainur." Jawab Ainur sendiri. Fatin jelas tidak berminat mahu memberi jawapan.

"ooh, ingat dah bisu dah tadi." Ujar Indra. Ainur yang mendengar usikan itu menjeling di cermin. Terlihatlah riak wajah Indra yang tersenyum manis. Pandai engkau buat lawak ya. Hmm, lulus satu ciri.

Ada banyak lagi ujian untuk kau Indra. Getus Ainur sendiri. Hatinya berbunga.

"Ainur dan Fatin satu kelas?" tanya Indra lagi.

"haah. Satu kelas, satu bilik." Jawab Ainur lagi. Melihat cermin pandang belakang sekilas dan dia tahu Indra memerhatikannya.

"ooh. Satu bilik air?" tanya Indra lagi.

"hah, apa?" tanya Ainur kembali. Indra tersenyum kecil melihat Ainur terpinga-pinga.

"tak ada apa-apa." Jawabnya. Ainur mengetap bibir.
Cis, pandai pula dia ni nak mengena aku. Hmm, memang perangai abang aku!

"hari ni nak pergi mana?" tanya Indra. Menoleh pada Fatin.

"hmm, Fatin rasa nak pergi tengok Istana Mangku Negara, ok?" tanya Fatin, meminta persetujuan.

"Indra ok je. Tetamu belakang macam mana?" tanya Indra. Ainur yang tidak sedar soalan itu ditujukan padanya tercengang-cengang apabila Fatin memanggil namanya.

"kita pergi Istana Mangku Negara, nak?" tanya Fatin pula.
Ainur diam sebentar.

"aku rasa aku ikut je because I really don"t know where to go." Jawab Ainur.

"ok. Sekarang kita pergi lunch dulu la Indra. Tak payah balik rumah dulu. Kita pergi terus." Cadang Fatin. Ainur mengangguk sendiri. Bersetuju dengan cadangan itu.

"ok," jawab Indra ringkas.

Mereka singgah di sebuah restoran tempatan. Makanannya lebih kurang masakan di Malaysia. Cuma teh yang dihidangkan sahaja yang tidak digemari Ainur. Teh hijau. Rasanya seperti teh cempaka sahaja. Pantas Ainur memesan air kosong sahaja.
Indra tertawa melihat Ainur begitu.

"kenapa? Tak kena dengan tekak ke?" tanya Indra. Tersenyum sahaja melihat wajah kelat Ainur.

"haah. Tak sedap." Jawab Ainur laju. Tiba-tiba dia menutup mulutnya.

"ops, sorry Indra. Terkutuk. Tak sengaja." Ujar Ainur dengan rasa bersalah. Tersedar
dia mungkin telah mengguris perasaan Indra dengan mencemuh rasa teh itu.

"eh, saya ni ada rupa pembuat teh ke?" tanya Indra kembali. Bersahaja.
Ainur terdiam. Menggeleng. Fatin tersenyum sahaja. Tidak menyampuk langsung. Masih
terus menyuap nasi di pinggan.

"so why must I feel offended? Actually, saya lagi prefer teh Malaysia." Ujar Indra lagi. Mata Ainur bercahaya mendengar pengakuan itu.

"ye ke? Awak pernah datang Malaysia ke?" cepat dia bertanya.

"banyak kali. Tahun ni saja dah 2 kali." Jawab Indra.

"oo, patutlah. Awak pandai cakap melayu kami ya? Fasih awak cakap bahasa malaysia." Puji Ainur. Indra tersenyum mendengar pujian itu. Matanya merenung ainur.
Ainur menyambung suapan yang terhenti. Malu pula ditenung begitu.

********

Selepas makan, mereka melawat Istana Raja Mangku Negara. Istana itu milik seorang raja dan raja itu serta keluarganya masih menetap di situ. Ainur benar-benar kagum dengan istana itu. Dari apa yang dilihatnya, Indonesia seakan-akan ketinggalan dari seni binaan berbanding Malaysia namun hakikatnya, mereka tetap maju di samping usaha yang berterusan untuk mengekalkan ciri-ciri budaya mereka.

Sebaik mereka tiba di istana itu, mereka diberikan satu plastic hitam yang sederhana besar. Berkerut-kerut dahi Ainur menerima plastic itu dari Indra.

"nak buat apa ni dengan plastic ni?" Tanya Ainur.

"ala, kau pegang je dulu. Nanti kau taulah." Ujar Fatin. Ainur terdiam.

Apabila mereka tiba di hadapan istana, Indra dan Fatin masing-masing melabuhkan punggung di anak tangga.

Sekali lagi Ainur kehairanan.

"Ainur, tanggal kasut. Masuk dalam plastic tu." Arah Fatin.

Barulah Ainur mengerti. Indra Cuma tersenyum kecil melihat Ainur termangu-mangu.
Ainur turut duduk di anak tangga lalu melabuhkan punggungnya. Kasut ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam plastic hitam tadi. Pantas dia menurut langkah mereka menaiki tangga.

"eh, mana plastic tadi?" Tanya Indra.
Ainur menunjuk ke anak tangga.

"tu, saya letak kat situ." Jawab Ainur dengan selamba.
Indra menepuk dahi.

"awak kena pegang kat tangan la. Sebab tu semua orang dapat plastic sorang satu." Indra menerangkan. Fatin sudah tersengih melihat Ainur yang malu sendiri.
Cepat dia berpatah balik mengambil plastic berisi kasutnya dan berpatah balik kepada Indra dan Fatin. Mereka Cuma tersenyum saja melihat Ainur.

Kawasan itu umpawa sebuah dewan yang tidak berdinding, lapang selapang-lapangnya. Lampu-lampu chandelier kecil tergantung di setiap sudut. Di bahagian kiri ruang itu, terdapat set alat-alat muzik tradisional yang terdiri daripada gendang, rebana, gong dan banyak lagi.

"diorang guna lagi ke alat-alat ni?" Tanya Ainur.

Hairan melihat set rebana sebegitu banyak. Kalau di Malaysia, set begini hanya boleh dilihat di muzium. Sekali tengok, istana ini seperti muzium lama pula. Kelihatan usang dan tradisional.

"guna, kalau ada majlis besar, ruang ni akan digunakan." Ujar Indra yang entah bila berada di sebelahnya.

Ainur mengambil peluang bergambar dengan alat-alat muzik tersebut dengan gaya dia sedang bermain alat-alat muzik itu. Fatin juga tidak ketinggalan.
Hampir di setiap penjuru ruang itu, terdapat patung-patung singa berwarna emas, kecil dan besar. Patung berupa perempuan membawa kendi di atas kepala pun ada. Patung-patung tersebut juga menjadi mangsa Ainur untuk bergambar.

"Ainur, cuba tengok atas." Arah Indra. Ainur pun mendongak melihat siling. Kagum dia apabila melihat siling itu mempunyai lapan bahagian bercorak berlainan warna.

"cantiknya!" ujar Ainur kagum.

"setiap warna melambangkan ciri yang berlainan. Ada rajin, malas, mengantuk, macam-macam lagi lah. Saya tak ingat dah. Dah lama tak datang sini." Terang Indra. Fatin juga turut mendongak.

"cantikkan?" puji Fatin pula.

Ainur mengangguk, mengiyakan. Mereka masuk ke dalam lagi, ke sebuah bilik tertutup. Ada kotak-kotak kaca berisi alat-alatan diraja yang tidak lagi digunakan.
Melihatkan perhiasan-perhiasan diraja yang dibuat dari emas tulen turut dipamerkan, Ainur terfikirkan sesuatu.

"Indra, tak pernah ada cubaan merompak ke kat sini? Barang-barang emas ni dalam kaca macam tu je, lepas tu tak ada penggera pulak. Tak pe ke?" Indra ketawa kecil mendengar soalan Ainur.

"awak Nampak tak patung-patung banyak kat luar tu?" Tanya Indra. Ainur mengangguk. Apa kena mengena pulak?

"kat sini dah ada penjaga, tapi orang je yang tak Nampak." Ujar Indra separuh berbisik. Naik bulu roma Ainur mendengar kata-kata Indra.

"ah, awak ni saja je nak takutkan saya." Marah Ainur. Indra ketawa lagi.

Cepat-cepat Ainur meninggalkan Indra yang masih ketawa di belakangnya. Dia mendekati sekumpulan wanita dalam lingkungan 70-an masing-masing yang duduk di satu sudut berhampiran tangga ruang itu menjual jamu. Pelik. Mereka berjual di dalam bilik ini.
Ainur duduk di anak tangga. Mengambil sebungkus plastic yang mengandungi biji-biji bulat.

"ibuk, ini apa?" Tanya Ainur. Nenek itu menjawab soalan Ainur tapi jawapannya buat Ainur garu kepala. Sepatah pun dia tak faham.

"itu jamu untuk kurus." Hampir melompat Ainur mendengar suara Indra yang entah sejak bila ada di sisinya.

"eh, awak ni tak bagi orang terkejut tak boleh ke?" marah Ainur. Indra tersengih-sengih sahaja. Dia mengambil sebotol ubat lalu dihulurkan kepada Ainur.
Ainur menyambut botol itu dengan dahi berkerut.

"ni apa?" Tanya Ainur.

"minyak pengasih. Untuk awak. Dari saya." Selamba Indra bercakap, matanya merenung Ainur mesra bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Ainur terkedu seketika.
Menyedari Indra masih di hadapannya, Ainur meletakkan kembali botol itu. Dia bingkas meninggalkan Indra. Jantungnya berdegup pantas. Oh tuhan, jangan kata aku sudah jatuh cinta padanya.

"Esok nak pergi mana?" Tanya Indra. Fatin tidak menjawab tetapi gayanya seperti sedang berfikir. Ainur terkial-kial memakai kasutnya kembali. Tadi, sepanjang masa dia mengelakkan Indra. Tidak mahu diusik lagi. Boleh luruh jantungnya bila berdepan dengan lelaki itu.

"entahlah. Kat Solo ni ada apa lagi?" Tanya Fatin kembali. Indra pula termenung sekejap.

"kalau kat Solo ni ada dataran je lah yang best lagi. Ok, macam ni. Esok, kita ke Jogjakarta. Nak?" cadang Indra. Sepasang matanya singgah pada Ainur yang termangu-mangu.

"err, saya tak kisah. Di Jogjakarta ada apa?" Tanya Ainur.

"banyak tempat best la dari sini. Solo ni kecil je. Kat jogjak ada candi Borobudur, Gunung Merapi, dan saya tahu satu tempat pembuatan perhiasan silver. Nanti kita pergi. Ok?" Ainur dan Fatin mengangguk bersama.
Indra melihat jam di tangan.

"eh, dah pukul berapa ni, nak masuk asar dah. Korang tak solat zohor lagi kan?" Tanya Indra. Ainur terdiam seketika mendengar pertanyaan itu. Dia jaga solat. Itu kesimpulannya.

"belumlah, nak jama" je." Jawab Fatin.

"ok, kita ke Masjid Agung Surakarta, masjid tertua kat sini. Ok?" cadang Indra.

"ok," serentak Ainur dan Fatin menjawab.

*********

Keesokannya, awal-awal pagi lagi mereka sudah keluar untuk ke Jogjakarta yang bersebelahan dengan Solo. Perjalanan mereka dijangka mengambil masa lebih kurang sejam atau dua jam mengikut keadaan jalan. Itu kata Indra sebelum mereka bertolak.

Sebelum pergi juga, sibuk Indra mengingatkan supaya mereka membawa baju sejuk kerana di kaki gunung merapi, di pagi hari agak dingin. Ainur tidak begitu mengendahkan peringatan Indra kerana dia sememangnya membawa sweaternya ke mana dia pergi.

Destinasi pertama mereka di Jogjakarta ialah Gunung Merapi. Sebaik tiba setelah hampir sejam lebih perjalanan, di mana Ainur dan Fatin tertidur sehingga mereka tiba, mereka terus turun dari kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu Indra.
Ainur terkaku seketika sebaik kakinya mencecah tanah.

Sejuknya! Terus dia memeluk tubuhnya.

"Fatin," panggil Ainur. Namun dia tergamam apabila dia dapat melihat asap keluar dari mulutnya.

"Fatin, asap keluar dari mulut aku!" jerit Ainur. Terkejut dan teruja.
Indra yang sudah berbaju sweater tebal tersenyum sahaja melihat mereka.

"kan saya dah cakap, pagi-pagi memang sejuk kat sini." Ujar Indra. Dia juga memeluk tubuhnya.

"tengok, kabus pun tebal." Ainur memandang sekeliling. Dia sudah menggigil. Sememangnya dia tidak tahan sejuk. Fatin juga tetapi oleh kerana dia sudah memakai sweaternya, dia lebih kelihatan rileks daripada Ainur.

"eh, Ainur, mana sweater kau?" Tanya Fatin. Ainur pantas membuka kembali pintu kereta untuk mengambil sweaternya.

Fatin mendekat apabila melihat Ainur kaku di tepi kereta.

"kenapa?" Tanya Fatin. Ainur memandang Fatin dengan wajah sedikit cemas.

"alamak, aku tertinggal sweater aku." Ainur mengetap bibir. Baru dia teringat, dia keluarkan sweater tersebut sebelum bertolak, kononnya mahu dipakai tapi kemudian ditinggalkan saja di atas sofa rumah Indra.

"kenapa?" Tanya Indra pula yang turut menghampiri mereka.
Fatin memandang Ainur dan Indra silih berganti. Ainur sudah menepuk dahi. Kesejukan makin terasa.

"Ainur tertinggal sweater dia." Fatin memberitahu lambat-lambat.
Indra melopong.

"hah? Laa, kan dah cakap tadi, bawa sweater?" suara Indra jelas kesal. Ainur menunduk. Tidak mahu bertentang dengan Indra.
Lama mereka terdiam.

"nah," Ainur mengangkat muka. Indra menghulurkan sweaternya kepada Ainur. Ainur terkedu, tidak berkelip memandang Indra.

"eh, awak pakailah, nanti sejuk. Tak apa, saya tak apa." Ainur menolak. Indra menatap wajah Ainur tajam.
"ambillah. Saya tak apa. Kalau saya sejuk, saya boleh berlari. Takkan awak nak
berlari pulak?" tingkah Indra. Ainur terdiam mendengar nada suaranya.

"ambillah Ainur. Dia tak apa." Fatin pula menyokong. Akhirnya, Ainur menyambut. Indra memeluk tubuhnya yang Cuma dibaluti sehelai t-shirt berkolar. Dia mengatur langkah di depan, diikuti dengan Fatin dan Ainur yang sudah menyarung sweater Indra ke tubuhnya. Agak besar juga kerana Indra tinggi dan berbahu bidang.
Mereka berjalan di atas tanah yang kehitaman. Ada kesan-kesan rumah yang dilanda lava Gunung Merapi 4 tahun yang lalu.

"4 tahun yang lalu, lava Gunung Merapi sampai ke sini. Penduduk di sini memang mempunyai tempat perlindungan dari asap dan awan Gunung Merapi. Nama tempat perlindungan tu, bunker. Tapi, hari tu, penduduk tak jangka lava akan sampai ke sini." Cerita Indra sambil mereka menyusur mendaki tanah yang landai ke atas.

"jadi, penduduk tak bersiap untuk berpindah. Tiba-tiba lava mengalir ke sini. Dalam kelam-kabut tu, ada 2 orang petugas yang ditugaskan untuk memberi amaran pada penduduk jika lava dijangka mengalir ke sini. Mereka berusaha memberi amaran kepada semua penduduk hinggakan mereka sendiri tidak sempat melarikan diri." Sambung Indra lagi. Fatin dan Ainur khusyuk mendengar.

"mereka berlindung di dalam bunker dan lava menutupi bunker keseluruhannya. Mereka terperangkap di dalam dan apabila lava sudah sejuk, mereka dijumpai mati di dalam bunker. Daging mereka masak akibat suhu terlampau dari lava yang memanaskan bunker tu." Ainur terharu mendengar cerita itu.

Begitu mulia mereka, menyelamatkan orang lain sehingga mereka terkorban.

"penduduk di sini menganggap mereka wira apabila mereka kembali. Rumah-rumah yang dibina juga musnah sama sekali. Sekarang, tidak ramai penduduk yang terus menetap di sini. Mereka bimbang, peristiwa itu akan berulang." Tambah Indra lagi.

"Gunung Merapi meletup setiap tahun ke?" Tanya Ainur.

"tak, Gunung Merapi meletup selang 4 tahun. Tahun ini, gunung ini akan meletup lagi." Ujar Indra. Ainur tergamam mendengar. Indra yang menyedari kerisauan Ainur menyambung lagi.

"jangan risaulah. Sekarang ni selamat. Kalau gunung merapi nak meletup, asap akan keluar dari puncaknya." Ainur menarik nafas lega. Fatin tersengih melihat Ainur.

"lagipun, kalau gunung ni meletup pun, kau ada hero yang nak selamatkan kau, dia mati kena masak pun dia tak kisah." Fatin tersenyum penuh makna. Matanya melirik pada Indra yang tersenyum kecil. Ainur yang melihat lirikan Fatin mencubit bahu Fatin perlahan.

"kau ni cari pasal ek?" Ainur separuh berbisik.
Fatin mengaduh.

"eh, betul apa? Kan Indra?" Fatin melarikan diri dari Ainur. Malu Ainur diusik begitu. Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu bangunan yang kelihatan agak pelik.

"Indra, tu apa?" Tanya Ainur, menunjuk ke arah yang dimaksudkan.
Indra menoleh.

"ha, itulah bunker. Jom." Ajak Indra. Mereka menghampiri bunker itu. Di bahagian hadapan bunker itu, ada tangga yang dibuat menuju ke bawah, ke pintu bunker itu. Mereka turun dan bergambar di pintu hadapan bunker itu.

Selepas itu, mereka masuk ke dalam. Suasana sepi menyelubungi bunker itu yang Cuma diterangi cahaya dua mentol. Dingin bawah tanah mula terasa. Bunker itu tidak sebesar mana tapi agak luas juga. Ada timbunan lava di hujung bunker itu.

"di sini lah mayat kedua-dua orang sukarelawan yang meninggal tu ditemui. Sejak tu, bunker ni ditinggalkan dan dibuka kepada orang awam." Indra memijak-mijak lantai lava yang sudah berupa tanah gambut itu.

Ainur mendekat dengan Indra tanpa disedari. Seram juga melihat bunker ini, ditambah pula dengan cerita Indra, bertambah seram sejuk Ainur.

"Ainur." Ainur menoleh pantas. Kepalanya terlanggar bahu Indra lantaran dia menoleh terlalu cepat.

"aduh!" Ainur memegang dahinya yang sakit. Indra ketawa melihat Ainur.

"awak ni, kerasnya lengan awak!" marah Ainur. Indra mencebik.

"eh, awak yang datang dekat saya, bukan salah saya. Mujur saya tinggi, kalau tak tercium dah." Ujar Indra selamba. Tawanya masih bersisa.

Buntang mata Ainur mendengar ayat Indra yang penghabisan itu. Indra ketawa lagi.
Fatin menarik tangan Ainur keluar dari bunker itu. Dia juga ketawa mendengar usikan Indra.

Indra mengikut mereka keluar. Mereka berjalan beriringan menaiki tangga ke atas kembali. Indra menghampiri Ainur, berbicara seakan-akan berbisik.

"kalau tercium pun tak apa Ainur, saya tak menyesal." Habis berbicara, terus dia melajukan langkahnya meninggalkan Ainur terpinga-pinga di atas tangga.

Ee! Geramnya aku dengan dia ni! Jeritannya memenuhi sanubari kala itu.

Agak lama juga mereka di kaki gunung merapi. Sehingga ke tahap di mana pengunjung dibenarkan naik. Mujurlah matahari semakin meninggi, jadi kesejukan pagi yang tadinya kian terasa sudah mula beransur hilang bergantikan udara yang semakin panas. Pemandangan di situ begitu indah terutamanya puncak gunung merapi yang jelas kelihatan dari tempat mereka berada.

Langit juga kelihatan dekat kerana kedudukan kaki gunung itu yang agak tinggi juga dari aras laut. Angin yang bertiup agak kencang membuatkan Ainur semakin menggigil walaupun matahari sudah hampir tinggi.

Ainur memeluk tubuhnya erat sambil meneruskan langkah kaki. Matanya terpaku pada Indra yang berpeluk tubuh di hadapannya. Rasa kasihan juga pada Indra kerana sweaternya tidak dapat dipakai. Ainur menghampiri Indra.

"Indra, awak sejuk ke?" Tanya Ainur. Indra menggeleng.

"tak lah." Indra menidakkan. Ainur terdiam seketika. Dia merenung tanah lava yang dipijaknya.

"Indra, thanks." Indra menoleh kepada Ainur sekilas.

"for what?" Tanya Indra.

"for this sweater." Ujar Ainur, tenang. Mata mereka bertentang seketika.

"hmm, don"t mention it. Saya tak nak awak sakit. Tu je." Ujar Indra bersahaja. Ainur terharu mendengar ayat itu. Bahagia terasa kerana ada juga yang kisahkan tentang dirinya di sini. Mereka beriringan sehingga tiba di tempat tertinggi pengunjung dibenarkan naik.

"Indra, Ainur, tengok sini." Panggil Fatin. Serentak mereka menoleh dan Fatin terus menangkap gambar mereka tanpa menunggu lagi, tanpa sebarang amaran.
Ainur terkedu seketika. Indra tersenyum simpul.

"wah, cantiklah gambar ni. Sebab kat belakang tu Nampak puncak Gunung Merapi." Puji Fatin. Ditunjukkan gambar itu kepada Indra.

"nanti saya nak tau gambar ni." Pesan Indra. Fatin mencebik. Ainur malas hendak menyampuk. Lantak korangla.

"yelah, saya tau. Saya mesti bagi awak punya." Fatin mengusik Indra yang tersengih-sengih.

Ainur memusingkan badannya menghadap puncak Gunung Merapi. Cantik kerana puncaknya dilitupi awan yang berarak. Subhanallah. Dia memuji ciptaan Ilahi yang tiada tandingan.

Kelihatan dua orang wanita di awal 50-an sedang menarik rumput di atas papan beroda. Seorang menarik sedang yang seorang lagi menolak di belakang. Ainur kagum seketika melihat mereka.

Begitu gigih mereka memanjat kaki bukit ini untuk mendapatkan rumput kering.

"dah? Jom, balik." Ajak Indra. Fatin mengangguk. Ainur tidak memberi reaksi. Beberapa ketika kemudian baru dia berganjak dari tempatnya. Tidak pula dia perasan Indra yang menggigil kesejukan kerana Indra berjalan pantas meninggalkan Fatin dan Ainur di belakangnya.

**********

Genap hari ini, sudah masuk 3 hari mereka di Solo. Esok mereka akan pulang. Pagi itu, selepas bersarapan, Ainur menghampiri Fatin yang sedang melipat pakaian yang sudah dipakai untuk dimasukkan ke dalam beg meninggalkan pakaian bersih di sudut katil.

"hari ni kita nak pergi mana?" Tanya Ainur. Dia memandang Fatin yang khusyuk melipat pakaian. Dalam hatinya, ada rasa ingin tahu yang terbit. Di mana Indra? Sarapan tadi dia tak ada pun.

"kita tak pergi mana-mana kot." Jawab Fatin tanpa melihat Ainur. Ainur memandang Fatin tidak percaya.

"hah? Tak pergi mana-mana? Kenapa?" Tanya Ainur lagi. Takkan lah? Rugilah kalau datang jauh-jauh tapi duduk rumah saja. Baik aku pergi tengok twin tower je kalau macam ni.

Fatin memberhentikan kerjanya lalu memandang Ainur.

"Ainur, kita nak berjalan macam mana kalau driver tak ada?" ujar Fatin.

"eh, Indra mana?" akhirnya, tertanya juga soalan yang terpendam di lubuk hatinya.

"Indra demam la." Fatin kembali melipat pakaian. Wajahnya juga tidak ceria. Ainur terkedu. Demam?

Rasa bersalah mula menyelubunginya. Indra demam? Mesti sebab semalam sejuk sangat di Gunung Merapi.

"sebenarnya, dia tu tak tahan sejuk. Memang dia cepat demam kalau macam tu." Ujar Fatin. Dia sudah habis melipat pakaian.
Ainur bertambah gusar. Dah tau macam tu kenapa bagi sweater tu pada aku semalam? Ainur marah sendiri.

"kau dah tau dia macam tu kenapa kau tak cakap kat aku semalam?" marah Ainur, tidak puas hati dengan Fatin.
Fatin bingkas. Mahu keluar bilik.

"sebab dia tak bagi aku cakap." Jawab Fatin. Tombol pintu ditarik.

"la, kenapa pulak? Bukan aku nak marah." Ainur mengetap bibir. Memandang Fatin tajam.

"sebab dia suka kau!" selamba saja ayat itu diluahkan Fatin. Terus dia keluar meninggalkan Ainur yang tergamam mendengar ayat penghabisannya.

Ainur berdiri di depan pintu bilik Indra. Sudah berapa lama dia di situ tidak pula dia tahu. Teragak-agak mahu mengetuk. Akhirnya, tangannya digenggam juga lalu diketuk pintu bilik Indra perlahan. Aisey, malunya!

"masuk," kedengaran suara Indra di sebalik pintu. Ainur menekan tombol ke bawah dan menolak pintu kayu itu ke dalam. Matanya terpaku pada Indra yang meletakkan laptop di atas ribanya. Wajahnya keletihan, matanya yang tidak disangkut cermin mata itu kuyu sedikit. Terbit rasa kasihan di hati Ainur.

"boleh, saya, masuk?" Tanya Ainur, lambat-lambat. Indra mengukir senyum. Lega Ainur melihat senyuman itu, sekurang-kurangnya dia tahu kedatangannya diterima, mungkin.

"masuklah," ujar Indra.

"err, tapi, pintu tu jangan tutup." Pesan Indra pantas. Tisu di tangan mengesat hidung yang juga kemerah-merahan. Selesema.

Ainur mengangguk. Kalau tak cakap pun aku buat juga.

Pintu dibiarkan terbuka separuh. Ainur mengatur langkah perlahan mendekati Indra yang sibuk menutup laptopnya lalu diletakkan di sisi.

"duduklah." Pelawa Indra seraya mengunjukkan kerusi di sisi katil.

Ainur menarik kerusi perlahan dan melabuhkan punggungnya. Perasaannya bercampur-baur. Gelisah kerana ini kali pertama dia masuk ke dalam bilik lelaki ajnabi. Ainur menunduk apabila dia menyedari renungan Indra yang tertumpu pada wajahnya.

"awak tak sihat?" Tanya Ainur perlahan. Memulakan. Indra tersenyum kecil.

"bolehlah. Awak datang sebab tu saja ke?" Tanya Indra. Ainur mengangguk pantas.

"saya rasa bersalah, sebab saya tak bawa sweater semalam. Kalau tak, awak tak perlu pinjamkan sweater awak. Dan awak takkan sakit." Ujar Ainur. Nada kesal mengiringi bicaranya.

Mereka berbalas pandang sebelum Ainur mengarahkan pandangannya ke tempat lain.

"hmm, sebab rasa bersalah awak tengok saya? Bukan sebab rasa lain?" Tanya Indra nakal. Mahu mengorek isi hati gadis di depannya ini.

"sebab apa lagi?" Tanya Ainur pantas. Benar-benar tidak dapat menangkap niat Indra yang sebenar.

Indra tertawa kecil.

"tak ada apa lah." Ainur mengetap bibir. Dalam sakit tu mulut boleh tahan jugak. Geram dia mendengar tawa Indra.

"hmm, sebab awak dah datang, saya nak bagi something la kat awak. Actually, nak bagi esok je, sebelum awak balik, tapi, tak apa kot kalau saya bagi sekarang?" suaranya tidak pasti. Ainur mengerutkan dahi.

"bagi apa?" Indra bergerak ke hadapan sedikit, menarik laci di meja sisi katil. Dikeluarkan satu kotak kecil berwarna merah. Ainur kaku seketika apabila kotak itu dihulurkan padanya.

"nah, ambillah, saya harap awak sudi." Indra berbicara perlahan, menusuk ke dalam
kalbu. Ainur menyambut teragak-agak.

"apa ni?" Tanya Ainur, jemarinya menggenggam erat kotak itu.
Indra tersenyum nipis.

"bukalah," arah Indra. Ainur yang masih tertanya-tanya membuka kotak itu dengan cermat.

Ainur tergamam melihat isinya sebaik penutupnya dibuka sepenuhnya. Dia memandang Indra tidak percaya.

"it"s yours." Ujar Indra, seakan-akan berbisik.

Sebuah brooch silver berbentuk bunga mawar yang dilihatnya semalam semasa kunjungan mereka tempat perusahaan silver di Jogjakarta. Semalam, lama Ainur membelek brooch itu. Memang dia berkenan tetapi apabila melihat harganya yang lebih kurang mahalnya dengan barangan silver di Malaysia, Ainur melupakan niatnya dengan berat hati. Tapi, macam mana Indra tahu aku teringin brooch ni? Semalam, hanya Fatin saja yang ada dengan aku masa aku tengok brooch ni.

Ainur baru sahaja mahu bertanya apabila Indra bersuara terlebih dahulu.

"don"t ask any question please? Just take it, ok? It"s a gift from me." Ujar Indra, tegas namun tetap bernada lembut.

Ainur tidak jadi bertanya. Mata mereka bertentangan lama. Ainur benar-benar tidak tahu apa yang patut dikatakannya.

"thanks, a bunch." Tutur Ainur perlahan. Dia benar-benar terharu. Hati kecilnya yang sememangnya sudah goyah melihat Indra pertama kalinya bertambah resah. Resah dan gembira bersilih ganti. Inikah cinta?

"Indra, I have to ask this." Ainur bersuara dalam gementar. Should I ask him?

"hmm, ok, what is it?" suara Indra yang menusuk menambahkan lagi gementarnya mahu bertanya. Indra berpeluk tubuh, menanti bicara Ainur.

"err, why did you do all this?" terkeluar juga persoalan itu dari bibirnya. Indra terdiam mendengar soalan itu, dan dia tersenyum nipis.

"why? You know why." Ujar Indra bersahaja. Ainur mengerutkan dahinya.

"I do?" Tanya Ainur kembali. Dia benar-benar bingung. Dia perlu bertanya, sekurang-kurangnya, dia tidak terbuai oleh angan-angan.

Indra tidak terus menjawab sebaliknya dia merenung Ainur lama. Ainur tidak mahu mengaku kalah, renungan Indra berbalas. Dia masih menanti jawapan.

"Ainur, I want you to be my special one." Suara Indra singgah di telinga Ainur bagai angin yang amat menyenangkan.

Ainur kelu. Dia menunduk, tidak mampu lagi membalas pandangan mesra Indra. Kolam matanya sudah digenangi air mata. Dia menangis kegembiraan. Kerana suara hatinya dan Indra berbisikkan perkara yang sama. Aku cinta kamu.

"why are you crying?" Indra mendekat mendengar esakan kecil Ainur. Ainur mengesat air matanya pantas.

Dia mengangkat muka, mengukir senyum dalam tangis.

"awak sedih? Ainur, I will not force you to love me, whatever it is. I..." Indra kelihatan serba salah melihat pipi Ainur basah dek air mata yang masih bersisa.

"no, I am happy. Saya, saya gembira kerana awak ada untuk saya." Ainur bersuara dalam sendu yang masih bersisa, Indra pula terdiam. Tidak jadi menghabiskan bicaranya.

Sepi menyelubungi antara mereka. Tiba-tiba, Ainur ketawa.

"now, why are you laughing?" Tanya Indra, ingin tahu.

Ainur menutup mulutnya, cuba berhenti ketawa.

"because you look bad." Tutur Ainur dalam tawa yang masih bersisa. Indra turut ketawa mendengar ulasan Ainur.

"ok, now, because I look really bad, could you please get something for me to eat? I"m hungry. Saya belum breakfast lagi." Adu Indra, wajahnya sedih yang dibuat-buat, cuba meraih simpati Ainur.

Ainur berpura-pura tidak mendengar. Dia menjeling laptop Indra di sisi.

"hmm, tadi orang makan awak buat apa?" marah Ainur, sengaja mahu mengusik. Indra yang perasan Ainur menjeling laptopnya mengangkat laptopnya lalu diletakkan di sisi yang berdekatan Ainur. Dibuka skrin laptop itu dan diunjukkan kepada Ainur.

"nah, tengoklah saya tengok apa." Arah Indra. Ainur menjauhkan mukanya dari laptop itu. Tidak berniat mahu menganggu privacy Indra.

"tak naklah." Ainur menolak. Indra mengunjuk laptopnya lagi. Bersungguh-sungguh.

"tengoklah, Ainur, I"m serious. Take a look. I was looking at a very beautiful scenery." Ujar Indra lagi. Ainur terdiam, teragak-agak dia mendekat, melihat skrin laptop itu.

Ainur menutup mulutnya apabila melihat wajahnya yang terpampang di skrin itu. Gambarnya dan Indra yang ditangkap Fatin di Gunung Merapi semalam.

"you know something, I love this girl." Ujar Indra bersahaja. Ainur bingkas bangun. Malu dia diusik begitu.

"I"ll get your breakfast." Ujar Ainur seraya berlalu meninggalkan Indra yang sudah tertawa melihat gelagat Ainur yang spontan itu.

"and I"ll always be waiting for you!" jerit Indra. Ainur tersenyum malu mendengar jeritan Indra. Langkahnya bertambah laju menuju ke arah tangga. Tak sia-sia aku datang Solo!

*********

Ainur menatang dulang makanan dengan cermat untuk mengimbangi badannya. Dia memanjat tangga perlahan dan apabila dia menghampiri bilik Indra, dia perasan pintu bilik itu bertutup. Ainur meletakkan dulang makanan itu di atas meja perhiasan sementara dia mahu membuka pintu bilik. Namun niatnya terbantut apabila dia mendengar suara Fatin yang agak kuat berbicara. Ainur tidak jadi membuka pintu.

Mahu diganggukah mereka bersembang? Sedang dia berfikir di situ, telinganya menangkap namanya disebut Fatin. Hmm, mengumpat aku ya? Siap korang. Ainur melekapkan telinga di pintu, dengan niat mahu mengenakan mereka nanti.

"tak sia-sia Fatin beritahu Indra ciri-ciri lelaki idaman dia. Kalau dia tahu, habis Fatin tau." Ainur tersentak, namun dia tidak berganjak.

"janganlah beritahu, kalau tak plan kita yang dah dirancang berbulan-bulan ni gagal nanti. Tengok, sanggup tau Indra pakai cermin mata ni semata-mata nak mengorat dia. Janggut ni, Allah, rimasnya! Tapi kerana Ainur, tak pe la. Indra sanggup, asalkan dia terima Indra." Ainur terkaku di situ.

Apa semua ni? Plan? Jadi, kedatangan aku ke Solo ni satu plan diorang? Supaya Indra dapat mengorat aku? Cermin mata? Indra tak rabun? Dan janggut?
Ainur menampar pipinya perlahan namun rasa sakit tetap ada. Ok, aku tak bermimpi. Dikerling pintu bilik, tidak percaya. Semua ni satu rancangan supaya aku jatuh cinta pada dia? Dengan semua ciri lelaki yang aku nak, dia mengorat aku? Ainur berasa tertipu dan dipermainkan. Kotak brooch yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan.

Air matanya menitis satu persatu, sudah tidak terbendung. Tidak dia sangka rupa-rupanya cintanya dirancang. Tapi kenapa Fatin sanggup buat macam ni? Ainur menggenggam kotak itu kuat dan dia tersandar di dinding. Lemah. Aku sudah jatuh cinta tapi kenapa ini yang terjadi?

Esakan kecil mula kedengaran. Tiba-tiba, pintu terbuka dari dalam. Fatin menjengahkan kepalanya.
Ainur mengesat air mata yang sudah berlinang.

"eh, ain, kenapa?" Tanya Fatin. Dia menghampiri Ainur, mahu memegang bahun Ainur namun Ainur menjauh, menepis tangan Fatin.

"sampai hati kau." Dia merenung Fatin tajam. Fatin termangu-mangu. Wajahnya gusar. Ainur dengarkah tadi?

"apa ni? Kenapa?" Tanya Indra yang baru muncul di sebalik pintu. Melihat Ainur berlinangan air mata Indra mendekat. Ainur melangkah menjauh. Tidak rela.

"jangan dekat dengan saya. Saya tak sangka, awak tak jujur dengan saya." Indra terkedu di situ, di sisi Fatin.
Ainur memandang keduanya silih berganti.

"patutlah beriya kau ajak aku datang sini, beriya Tanya ciri lelaki idaman yang aku nak, supaya dia dapat ambil hati aku dan aku akan terima dia, macam tu? So, the whole trip is actually your plan, both of you?" tempelak Ainur, sinis.

Indra meraup wajahnya. Menyesal kerana berbicara terlalu kuat dengan Fatin. Jika dia mampu, mahu sahaja dia berpatah balik, di saat dia dan Ainur di dalam bilik, berbicara.

Fatin menghampiri Ainur dengan wajah bersalah.

"Ainur, niat aku baik. Indra, dia nak berkenalan dengan kau, sejak dia tengok gambar kau dalam handphone aku. Dan, aku Cuma nak tolong Indra, dan kau juga. Ain, janganlah marah aku." Pujuk Fatin. Ainur memalingkan wajahnya.

"but you cheated on me, Fatin, how could you?" air matanya bertambah laju. Indra pula menghampiri.

Ainur menjeling Indra tajam, mengesat air mata yang tidak malu-malu lagi mengalir.

"Ainur, I love you, with all my heart. Please, jangan burukkan keadaan. We both like each other, right? So our plan is no big deal, Ainur, please...." pujuk Indra.
Ainur membeliakkan matanya mendengar bicara Indra.

"but my feelings for you were planned! You fake yourself! Spectacles, janggut. Huh, I can"t believe this." Ainur menutup mulutnya, sinis bicaranya. Dia rupanya boneka mereka di dalam permainan mereka.

Semuanya dirancang. Bertambah parah hatinya bila mengingatkan itu semua.
Kotak di tangan dipandang dan dihulurkan kembali kepada Indra. Indra tidak menyambut.

"Ainur, please, it"s my gift for you." Indra berbicara lirih. Mengapa Ainur tidak memahami tujuannya berbuat semua itu?

"no, it"s not a gift. It"s a brooch, and no more than that. Saya tak boleh terima brooch ni." Ujar Ainur. Hulurannya masih tidak bersambut. Ainur menghampiri meja di mana dulang makanan diletakkan, dan dia meletakkan kotak itu di dalam dulang.

"Ainur, maafkan aku." Tutur Fatin dalam sendu. Dia memegang lengan kiri Ainur, dengan harapan Ainur akan memaafkannya. Ainur tidak menjawab. Sebaliknya dia merungkaikan pegangan tangan Fatin, memaksa Fatin melepaskan.

Ainur sudah mengatur langkah, mahu menuruni tangga, ke biliknya dan Fatin. Sebelum dia menuruni tangga, dia berbicara lagi tanpa menoleh. Hatinya rawan.

"I"m sorry Indra, you are sick because of me. It will not happen again. Forever and ever. Thanks anyway." Meninggalkan Indra dan Fatin yang menyesal tak sudah.
Indra menghampiri meja dengan dulang berisi makanan itu diatasnya. Diambil kotak brooch itu dan digenggam, erat.

Ainur, I"ll always be right here waiting for you.

******

Sesampainya mereka di Malaysia keesokannya, Ainur masih tidak berbicara dengan Fatin sejak peristiwa semalam. Semasa mereka di airport, Indra juga cuba memujuk namun tetap tidak berhasil. Ainur tidak mengendahkan mereka langsung. Dia mengeraskan dirinya, membutakan matanya. Membisukan mulut dan memekakkan telinganya seolah-olah mereka tiada berdekatannya.

Dan sehingga mereka mahu masuk ke balai berlepas, Ainur masih mendengar suara Indra.

"Ainur, I"ll always wait for you." Ainur tidak berhenti, tetap melangkah. Selamat tinggal cinta Soloku.

3 tahun kemudian.....

Ainur ke pejabat seperti biasa. Sudah 4 bulan dia bekerja di syarikat penerbitan buku ini, sebagai editor dan penterjemah karya.

Hari ini, apabila dia datang, terdapat beberapa orang staff berkerumun di hadapan papan pemberitahuan. Dia juga turut serta, ingin tahu apa yang baru.

"apa ni?" Tanya Ainur secara rambang.
Malek memandang Ainur sekilas.

"ada trip company ke Solo dan Jogjakarta. Nak join?" Ainur terdiam mendengar bicara Malek.

Solo?

Ainur kembali ke tempatnya, tidak jadi mahu melihat dengan lebih dekat.

Terkenangkan Fatin dan peristiwa 3 tahun lepas. Dan Indra.

Hubungannya dan Fatin memang dingin selepas itu namun tak siapa tahu puncanya melainkan mereka berdua. Ainur benar-benar kecewa dan patah hati.
Habis belajar, mereka tidak pernah lagi berhubung. Tega Ainur menyepikan diri dari Fatin.

"siapa nak join trip ni, bagi nama kat Kak Murni ya." Kak Murni, ketua editor membuat pengumuman. Pandangan Ainur bertentangan dengan Kak Murni, pandangan yang hanya Ainur mengerti maksudnya.

*******

Ainur Cuma memerhati sahaja keriangan teman-teman yang lain bergambar berlatar belakangkan puncak Gunung Merapi. Tiada rasa ingin menyertai mereka.

Ingatannya kembali ke 3 tahun lalu semasa dia ke sini dengan Indra dan Fatin.
Kenangan yang mengusik jiwa. Kenapa dia kembali ke sini? Kerana hatinya melonjak-lonjak ingin kembali. Entah apa yang dicari dia juga tidak pasti. Apa yang dia tahu, dia perlu datang.

Ainur melabuhkan punggung di atas sebuah batu yang agak leper permukaannya, sesuai dibuat duduk. Dia memeluk tubuhnya dengan sweater tebal membaluti tubuhnya.

Tiba-tiba, ingatannya kembali ke 3 tahun lalu. Saat di mana dia kesejukan dan Indra menghulurkan sweaternya. Kenangan lalu mengusik jiwanya yang tenang. Indra, aku harap kau berbahagia sekarang dengan dia yang lebih layak denganmu.
Bicara terakhir Indra pula singgah ke kotak fikirannya.

"I"ll always wait for you." Ainur mendengus kecil. Will he wait for me when I myself am not sure whether I will come back for him or not?

Jadi mengapa dia kembali? Ainur sendiri tiada jawapan. Tiada bukti kenangannya dengan Indra, Cuma memori indahnya bersama Indra sahaja yang kekal di minda. Hanya itu yang tinggal. Tiada gambar, tiada brooch.

Marahkah lagi dia dengan Indra? Itu juga Ainur tiada jawapan. Angin dingin pagi menyentuh kulit pipinya yang terdedah, satu-satunya bahagian badannya yang terdedah kala ini. Ainur membetulkan duduknya.

"you didn"t forget your sweater." Ainur menoleh mendengar teguran itu. Lidahnya kelu. Wajah itu kembali, tanpa janggut dan cermin mata. Raut wajah itu tampak lebih matang, dan kacak.

Indra mendekat.

"may I?" Indra meminta izin untuk duduk di atas batu itu. Ainur tersenyum nipis. Debaran di dada semakin menggila.

"of course." Indra melabuhkan punggungnya di sisi Ainur yang cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.

Sepi seketika antara mereka.

"why are you here?" Tanya Ainur, tanpa memandang Indra. Tiada rasa ingin tahu tentang kesihatan lelaki itu.

Indra menoleh, menatap seraut wajah yang amat dinanti.

"I should ask you that question. Why are you here?" Indra berbicara mesra. Masih seperti dulu. Ainur tersenyum.

"those are my colleagues. We are on a holiday here. Solo and Jogjakarta." Terang Ainur. Ditunjukkan teman-teman sepejabatnya yang lain, yang teruja di sana.

"oh, I see." Indra menoleh kembali.

"but I asked about you. Why, are you here Ainur?" Tanya Indra lagi. Jelas bukan jawapan yang diberi Ainur tadi yang dia mahukan. Ainur menoleh, mata mereka bertentangan seketika sebelum Ainur melarikan pandangannya.

"I, err, no good reason, just enjoying the holiday." Ainur memberi jawapan yang dia sendiri tahu tidak betul. Indra ketawa kecil.

"but you don"t seem like you are enjoying the trip." Indra membuat kesimpulan. Nadanya mendatar. Ainur mula tidak selesa.

"ok, now, why are you here?" tingkah Ainur. Sesak apabila diserang soalan Indra tadi. Indra tidak terus menjawab. Sebaliknya dia bermain dengan batu-batu kecil di kaki.

Lama Ainur menanti baru Indra berbicara.

"I come here always. Since that day." Tenang suaranya. Ainur terkedu. Benarkah?
Ainur membuang pandang.

"I said I will wait for you, and I have been waiting until now, until this moment."

Tutur Indra, yakin dan seperti biasa, bicaranya menembusi kalbu Ainur.
Ainur kaku, lidahnya kelu. Tidak tahu apa yang patut diucapkan. Thanks? Sorry? Atau saya memang menanti awak?

"where are you staying?" Tanya Indra. Membunuh sepi antara mereka. Ainur menoleh. Sekejap sahaja. Tidak mampu dia menatap wajah itu lebih lama. Wajah yang dirindui.

"Hotel Istana Batik." Jawab Ainur ringkas.

"Malioboro?" Tanya Indra. Ainur mengangguk.

"yup." Ringkas. Sepi kembali. Pertemuan semula yang tidak banyak bicara.

"saya hantar awak?" Ainur menoleh, mencari kepastian yang dia tidak tersalah dengar.

"will you?" Indra mengangguk.

"ok." Cepat dia bersetuju.

Selepas itu, sepi kembali. Hari itu, Gunung Merapi menyaksikan pertemuan semula mereka.

*****

Kenderaan yang dipandu Indra meluncur perlahan memasuki ruang letak kereta Hotel Istana Batik. Ainur membuka pintu. Namun langkahnya mahu keluar terhenti apabila dia melihat Indra mematikan enjin dan bersedia untuk keluar.

"awak nak pergi mana?" Tanya Ainur. Indra tersenyum.

"I will stay here." Jawab Indra seraya melangkah keluar. Ainur menurut dengan wajah berkerut.

"what did you mean by that?" Tanya Ainur, beriringan dengan Indra masuk ke lobi hotel.

"Ainur, I will stay here as long as you stay here, ok?" jelas Indra. Langkah Ainur terhenti.

"can you do that?" Tanya Ainur, tidak keruan sehingga bertanyakan soalan yang tidak berasas. Indra mengerling Ainur.

"why can"t I?" Indra terus ke kaunter dan mendaftar, bertanyakan bilik yang kosong. Ainur di sisi memandang Indra tidak percaya.

Lobi mula dipenuhi teman-teman sepejabat yang baru bersurai dari bas persiaran yang sepatutnya dinaiki Ainur juga. Ainur mula gelabah.

Tadi, semasa dia hendak meminta izin dikecualikan dari menaiki bas, yang ada Cuma pemandu pelancong mereka dan pemandu bas. Teman-teman lain tidak tahu mengenai Indra.

Malek yang baru masuk ke dalam lobi terpandang Ainur di kaunter. Pantas dia menghampiri.

"eh, Ainur, kau tak naik bas tadi?" Tanya Malek. Wajah Ainur berubah. Indra yang mendengar sapaan Malek turut menoleh seraya tersenyum sedangkan Ainur di sisi sudah tidak tentu arah.

"hai, saya Indra." Huluran tangan Indra bersambut. Malek tersengih-sengih.

"Malek. Oh, awak yang culik cik Ainur kami ya?" seloroh Malek. Indra tersengih saja mendengar usikan itu.

"yup! She"s mine." Ainur memandang Indra tidak berkelip, aku tenyeh jugak mulut tu karang.

Indra masih selamba. Malek ketawa kecil.

"oh I see. Kalau macam tu saya masuk bilik dulu la. Tak nak ganggu." Malek mengusik lagi. Dia mengenyit sebelah mata pada Indra dan Indra membalas dengan senyum lebar.
Ainur di sisi menjeling geram.

"apa?" Tanya Indra, dengan raut wajah tidak bersalah. Dia mengeluarkan kad kredit dan membuat bayaran biliknya.

Ainur sudah berpeluk tubuh.

"awak ni tak berubah langsung! Suka buat ikut suka hati awak je tau!" marah Ainur. Indra yang terkejut dengan kemarahan Ainur menarik Ainur jauh dari kaunter.

"eh, awak ni nak marah kenapa? Saya bayar guna duit awak ke?" Tanya Indra. Ainur mendengus kecil.

"tak!"

"habis? Dah. Masuk bilik, solat. Lepas ni, kita pergi Malioboro, ok?" cadang Indra. Ainur mencebik.

"siapa nak pergi dengan awak?" getus Ainur. Indra tersenyum nipis.

"Ainur, tell me right into my face, that you hate me being here with you." Ujar Indra perlahan dan tenang. Pandangan mata mereka bertentangan.

Ainur melarikan pandangannya. Pantas dia mengorak langkah menuju ke biliknya, meninggalkan Indra yang tersenyum sendiri. Indra berlari-lari anak cuba menyaingi langkah Ainur.

Apabila melihat Indra di sisinya, Ainur menjeling.

"kenapa awak tak balik bilik awak?" Tanya Ainur. Indra tersenyum nipis.

"saya nak ke bilik saya lah ni." Ujar Indra selamba. Langkah Ainur terhenti. Dia menatap wajah Indra tajam. Indra juga berhenti.

"kenapa pulak ni?" Tanya Indra. Wajah Ainur yang gusar dipandangnya.
Ainur tidak menjawab sebaliknya dia merenung Indra tajam.

"Ainur, if you are thinking about that, no ok? My room is just next to yours. Kan saya dah bayar bilik tadi?" jelas Indra. Ainur malu sendiri. Sangkanya, Indra mahu mengikutnya ke biliknya.
"saya tak kata apa-apa pun." Ainur melajukan langkahnya kembali. Ish, kenapa aku asyik fikir yang bukan-bukan ni? Nak marah je. Indra, ni kau punya pasal!
Sampai di bilik Ainur, Indra sempat berpesan.

"Ainur, see you nanti." Ainur tidak menjawab, ditutup pintu bilik dan dia tersandar di situ. Indra, I"m falling in love with you, again.

Selesai solat maghrib, Ainur bersiap ala kadar untuk ke Malioboro. Tempat membeli belah yang terletak di sepanjang kaki lima bangunan. Dia tidak pasti Indra mahu keluar pukul berapa kerana Indra tidak menetapkan masa. Jadi Ainur terfikir untuk menunggu Indra di kerusi yang disediakan di luar bilik Indra.

Apabila dia keluar, niatnya terbantut apabila melihat Indra sudah menanti di kerusi di hadapan biliknya dengan senyum lebar.

"dah lama tunggu?" Tanya Ainur seraya mengunci biliknya.

"hmm...adalah 30 minit 14 saat." Jawab Indra selamba.
Ainur menjeling sahaja Indra.

"jom," mereka beriringan berjalan di bahu jalan ke Malioboro.

Ainur berhajat mahu membeli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya Indra, kerja tawar-menawar harga menjadi lebih mudah kerana Indra boleh berbahasa jawa. Orang Solo yang berniaga di situ tidak begitu menyukai orang melayu Malaysia kerana orang melayu suka mendapatkan harga termurah.

Akhirnya, mereka berhenti di pertengahan kerana Ainur sudah tidak mampu lagi berjalan. Terlalu banyak penjual dan barang yang dijual. Tangan juga sudah penuh dengan beg, baju, serta bermacam-macam barangan lagi.

"dah habis beli ke?" Tanya Indra.

Ainur mengangguk.

"saya dah tak larat la. Panjang sangat tempat ni. Barangnya sama saja kan?" Indra mengangguk.

"kita balik lah. Kesian awak. Saya bukan ada apa nak beli pun." Cadang Indra.

"ok."

"kita balik naik beca, nak?" cadang Indra.

"ok." Ainur bersetuju. Mereka keluar ke tepi jalan dan Indra menahan satu beca. Dia berbicara dalam bahasa yang memang Ainur tidak faham sebelum mereka naik beca tersebut.

"awak cakap apa dengan dia lama sangat?" Tanya Ainur separuh berbisik.
Indra mendekat.

"sebenarnya, kalau saya tak ada dan awak naik beca dengan kawan-kawan awak, awak akan dibawa pusing ke kedai batik. Di sini memang diorang selalu buat macam tu. Diorang takkan hantar awak balik terus walaupun awak kata awak nak balik terus." Terang Indra. Ainur melopong.

"oo, ye ke?" barulah Ainur mengerti.

Pulang ke hotel, beberapa orang rakan sekerja Ainur berkumpul di lobi. Mereka Nampak tidak puas hati. Ainur dan Indra menghampiri.

"kenapa ni kak Murni?" Tanya Ainur.

"tadi kitorang naik beca lepas tu dia bawa kitorang ke lorong mana entah, hampir nak menangis akak tadi. Akak dah cakap akak nak balik tau. Memang geram betul akak dengan pengayuh beca tu." Ainur memandang Indra. Indra Cuma tersenyum sahaja.

"sabarlah akak. Mujur akak dah selamat sampai." Ainur menenangkan.

"hmm, tulah. Lega tapi geram tak habis lagi ni." Kak Murni meluahkan geramnya.
Ainur tersenyum saja.

"akak, saya masuk bilik dulu." Ainur meminta diri lalu dia dan Indra beredar dari situ.

"Ainur, nanti awak keluar ya. Kita duduk kat luar ni." Ujar Indra. Ainur mengangguk.
"ok."

Setelah dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan barang-barang yang dibeli, Ainur keluar semula dan seperti biasa, Indra sudah menanti.

"jom, duduk tepi kolam." Ajak Indra. Ainur menurut. Di tepi kolam renang yang dibina di tengah-tengah hotel itu ada disediakan sebuah meja dan beberapa buah kerusi. Mereka duduk di situ, menikmati keindahan malam.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Lama mereka mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan.

"Ainur," panggil Indra. Ainur menoleh.
"hmm,"
"pertama kali saya tengok gambar awak dalam handphone Fatin 3 tahun lalu, saya dah jatuh hati dengan awak, dan saya tahu, awak untuk saya." Ainur menatap wajah Indra tidak berkelip. Indra menelan liur.

"sebab tu, saya risik tentang awak dari Fatin, dan Fatin cakap, awak susah nak suka lelaki. Well, bila dia cakap macam tu, saya jadi susah hati Ainur. Macam mana baru saya boleh pikat awak?" Ainur menunduk. Menghayati bicara Indra. Mungkin sudah sampai masanya dia mendengar penjelasan Indra.

"then, Fatin kata nak Tanya pada awak tentang ciri-ciri lelaki idaman awak, dan saya cuba ikut guideline tu. Well, lepas tu, susah juga dia nak pujuk awak supaya ikut dia ke Solo, kan?" imbasan 3 tahun lalu kembali bermain di minda Ainur. Ainur tersenyum kecil.

"bila awak dah datang, saya risau juga, takut rancangan kami tak menjadi. But then, semuanya went smoothly as planned, until the day I was sick. Bila awak dah balik, tanpa memaafkan saya, saya memang tak keruan. Saya rasa bersalah sangat. Setiap hari, saya memohon di dalam doa saya, supaya saya berpeluang untuk mengubah kembali semuanya, especially your impression towards me, and there you were, sitting in front of me." Ainur mengerti yang Indra merujuk kepada peristiwa di Gunung Merapi siang tadi.

"mula-mula saya macam tak percaya dengan mata saya, because all this while, saya datang ke Merapi, dan saya hampir putus asa. Mungkin berkat sabar saya, you came here, finally, Ainur." Indra bersuara lega. Ainur tersenyum.
Mungkin berkat doa Indra yang mencetuskan rasa ingin kembali di hatinya.

"Ainur, I always hope that I will be given second chance. This time, I will be the real me, not the fake me. Do I have the second chance Ainur?" Tanya Indra, penuh harapan.

Ainur membuang pandang ke tengah kolam. Sepi menyelubungi antara mereka. Indra menanti, dan tetap menanti. Ainur bingkas.

"you have already got your second chance, since we met earlier." Ainur terus melangkah pergi, meninggalkan Indra yang meraup wajahnya, gembira tak terkata. Ainur, I will not let you down!!

Sejak malam itu, sehingga hari terakhir lawatan Ainur, Indra sentiasa di sisi Ainur ke setiap tempat yang dilawatinya. Dan Ainur tidak menyuarakan apa-apa bantahan.
Sememangnya hati kecilnya mahu Indra bersamanya, ke mana sahaja.

Pagi itu, Ainur akan berangkat pulang ke Malaysia. Namun hatinya gundah, kerana Indra tiada di bilik. Apabila Ainur bertanya di kaunter, dia dimaklumkan bahawa Indra sudah check out dari hotel itu. Remuk redam hati Ainur apabila mendapat makluman itu.

Indra, sampai hati kau pergi tak beritahu aku. Lupakah Indra yang dia sedang diberi peluang kedua? Ke mana dia?

Ainur resah sendiri sehingga mereka sudah sampai di lapangan terbang. Acap kali dia memandang pintu masuk. Mengharapkan Indra akan datang.

Akhirnya, Ainur pasrah. Indra tak akan kembali. Indra Cuma mimpinya. Tak akan pernah menjadi reality. Bersabarlah wahai hati.

Pengumuman sudah dibuat memanggil penumpang Air Asia ke Kuala Lumpur. Ainur bingkas, menurut langkah teman-teman yang lain.

Pemeriksaan pas penerbangan sudah dilepasi dan bagasi sudah dimasukkan ke dalam kargo. Ainur menoleh lagi, dengan harapan dia akan melihat Indra, namun hampa.

Sehingga mereka sudah masuk ke balai berlepas, Indra masih tidak kelihatan dan apabila mereka sudah dipanggil masuk ke dalam kapal terbang, Ainur tahu dia memang tidak akan bertemu Indra lagi. Selamat tinggal, cinta Soloku.

Hatinya menangis mengenangkan Indra. Air matanya masih dapat ditahan. Ainur tenang di tempat duduk, tali pinggang dipasangkan. Oleh kerana Air Asia mengamalkan prinsip free-seating, Ainur memilih untuk duduk jauh dari teman yang lain. Dia tidak mahu mereka perasan yang dia sedang bersedih.

Seat sebelahnya yang kosong telah mula diambil orang tanpa disedarinya. Ainur membuang pandang ke luar tingkap.
Indra, I miss you already.

Kapal terbang telah mula bergerak laju dan terbang di angkasa. Ainur kesejukan. Sweaternya lupa mahu dikeluarkan. Ainur berpeluk tubuh. Cuba menghilangkan kedinginan yang dirasai. Dingin di dalam dan di luar.

"you forgot your sweater." Ainur terdiam. Ok, aku dah mula berkhayal tentang dia. Ainur menepuk pipinya perlahan.

Ainur, sedarlah. He will not come back for you.
Ainur melihat ke luar tingkap kembali.

Tiba-tiba, dia hampir terjerit apabila sesuatu muncul di depan matanya. Huluran sweater. Dia menoleh pantas, mahu memarahi orang di sebelahnya yang padanya sangat biadap.

Lidahnya kelu apabila cermin mata hitam yang menutupi sepasang mata itu dibuka.

"Indra," kolam matanya mula panas. Perasaan bercampur baur.

"yes, its me." Ujar Indra selamba. Ainur teresak-esak di situ, tidak terbendung lagi perasaannya.

Indra mula gelabah.

"Ainur, please, why are you crying?" ujar Indra separuh berbisik.

"you left me." Ainur berbicara dalam sendu.

"yes, but I come back for you. Saya balik sebab nak pack baju dan uruskan tiket. I"m sorry for making you worried about me." Ujar Indra dengan rasa bersalah.

"don"t you ever do that again." Ainur memberi amaran.
Indra tersenyum mendengar suara Ainur yang serak-serak basah itu.

"ok, I promise you, I will never leave you again, at least not without telling you first." Ujar Indra. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia memeluk Ainur dan mengesat air mata itu namun masih ada agama yang membataskan.

Indra mengeluarkan saputangannya.

"nah, lap air mata tu. Tak comel la nangis." Usiknya. Ainur mencebik. Disambut sapu tangan itu lalu dikesat pipinya yang basah dengan air mata.

"I miss you." Ujar Indra, selamba.
Ainur menjeling tajam.

"I hate you!" Indra ketawa bahagia mendengarnya. Dia menyeluk poket sweaternya.
Diambil sesuatu lalu dihulurkan kepada Ainur.
Ainur terpinga-pinga.

"it has been yours, always yours." Ainur menyambut kotak merah itu, kotak brooch silver yang dibeli Indra untuknya 3 tahun lalu. Ainur terharu. Menitis lagi air matanya.

Indra menghulurkan kembali sweater yang tidak bersambut tadi.

"nah, you will catch cold." Ujar Indra. Ainur menyambut. Tidak terkata lagi.

"Indra, thanks for everything." Indra tersenyum. Dia memejamkan matanya rapat-rapat.
Akhirnya doaku terjawab. Ainur, you"re my destiny!

p/s: love what you have and live for it... ;)

Read More..