Cerpen : Aku Bukan Dia

Tini mendepangkan tangan justeru keletihan menghadap komputer seharian. Beberapa minit lalu dia menghabiskan ayat terakhir untuk puisinya. Puisi yang dilakar pabila fikiran berserabut. Setelah mengemaskan alat-alat tulis yang berselerakan di atas meja, Tini segera mencapai kunci kereta wiranya. Pukul 5 petang begini biasanya jalan mula jammed dan pergerakan menjadi begitu lambat. Dia harus segera sampai ke Taska RC Junior untuk mengambil buah hatinya yang seorang itu. Walau Kissy baru berusia 3 tahun, tetapi kepetahan anak kecil itu kadang kala merimaskan Tini untuk melayaninya.

Lampu di traffic light bertukar merah. Tini mendengus. Huh! Pasti lambat lagi. Semalam dia tertidur lalu terlewat mengambil Kissy dari taskanya. Pekerjaan sambilan ini memang dia tidak gemar, tetapi apa nak buat. Sudah takdirnya terpaksa menjadi orang gaji selama dua minggu kerana ibu bapa Kissy mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Mami Tini, lambat...?" tak tahu samada itu pertanyaan atau pernyataan dari mulut kecil Kissy.

"Maaf sayang! Jalan jammed." Tini mendukung Kissy dan menyangkutkan beg sikecil di bahu kanannya.

"Ada orang marah ke kalau ambil lambat?" Tini berkata berbisik.

"Tak! Teacher cuma tanya..." jawab kissy selamba.

Tanpa disengajakan Tini terpijak sepasang kaki yang baru memasuki pintu pagar taska. Kasut lelaki! Tini memandang sekilas. Kelihatan lelaki itu mengerutkan dahi. Cepat-cepat Tini mengangkat kakinya dan bergegas menuju ke kereta yang di letakkan di seberang jalan. Malunya...

Insiden terpijak kaki lelaki tidak dikenali siang tadi meninggalkan satu perasaan aneh di sanubari tini. Satu perasaan yang sukar digambarkan oleh sekuntum bunga atau seperti kenyang apabila makan, contohnya. Ah! Tak mengapalah, esok lusa hilanglah rasa itu. Detiknya.

Takdir Tuhan tidak siapa menduga apabila malamnya di Jusco menemukan Tini dengan lelaki tidak dikenali itu lagi. Tini sedang membelek sebuah buku pengurusan untuk tujuan bahan studinya apabila sepasang tangan turut mengambil buku di rak yang sama.

"Nak beli buku ke baca buku..?" satu soalan terasa begitu dekat singgah di telinga Tini.
Siapa pulak ni!

"Tengok dulu..." Tini menjawab dahulu kemudian mencari rupa empunya suara.

Orang tidak dikenali ini? Buat apa kat sini? Nak pijak kaki aku pulak ke? Pelbagai soalan menerjah diri Tini.

Tini tersenyum pahit, sekelat pisang mentah yang tidak sengaja termakan semasa di kampung dahulu.

"Saya Hairi. Salam perkenalan." Salam bersambut.

"Minta maaf siang tadi tu. Saya nak cepat. Anak saya tak suka dijemput lambat..." Tini berbasa basi tanpa sengaja tersalah sebut Kissy sebagai anaknya.

Ada perubahan pada wajah Hairi tetapi disembunyikan. Setelah beberapa minit bertukar cerita kosong, Tini segera minta diri. Dia perlu pergi secepat mungkin bagi mengelakkan fikiran dan perasaannya bertambah gemuruh. Entah apa lagi yang tersalah cakap nanti. Tini tidak mahu itu terjadi.

"Nama you..."

"Tini. Assalamualaikum..."

"Ini nombor saya. Wa\'alaikumussalam." jawab Hairi perlahan sambil menyerahkan nombor telefon yang di tulis di atas saputangan birunya.

Tini serba salah untuk mengambil saputangan itu, tetapi demi menjaga air muka Hairi kepada orang yang lalu lalang di dalam MPH itu, dia menerima juga dengan terpaksa.

























CERPEN: AKU BUKAN DIA - 2

Beberapa minggu kebelakangan Tini sibuk menguruskan kemasukan pelancong dari Singapura dan Jerman yang menggunakan ajensinya. South View Holidays sentiasa mengutamakan pelanggan yang berurusan dengan mereka. Sudah hampir sebulan dia tidak berpeluang bertemu dengan anak buahnya si Kissy setelah diambil semula oleh kakakknya.

Entah apa khabarnya si kecil itu. Tini berkira-kira untuk singgah di rumah kakaknya petang nanti dan segera menyiapkan sedikit kerja yang tertangguh. Dalam perjalanan ke rumah kakaknya, Tini singgah di sebuah pasaraya membeli sedikit buah tangan untuk si Kissy.Apabila jam telah merangkak ke angka enam, barulah Tini sampai di rumah kakaknya.

"Dari tempat kerja ke?" sapa Tina kepada adik perempuannya itu.

"Ha ah! Singgah kat Jusco sekejap beli epal dan anggur untuk Kissy. Mana dia?" mata Tini melilau di sekitar ruang tamu rumah teres 4 bilik itu.

"Ikut abang Zakri ambik kawan dia kat airport. Baru je keluar tadi. Tak jumpa kat simpang tu." jawab Tina.

"Tak de pulak. Saya kalau drive mana tengok kiri kanan kak! Main redah je..." sampuk Tini ketawa.

"Ya lah tu. Sebab tu sampai sekarang kau masih solo. Tak tengok mana-mana lelaki yang berkenan. Asyik kerja! kerja! kerja!" bebel Tina pada adiknya itu.

"Apa lagi nak buat. Tak de orang nak kat Tini."

"Bukan tak ada, Tini yang menolak mentah-mentah mereka semua kan..." Tina masih bersoal jawab dengan Tini.

Tini malas hendak menyambung perbualan tersebut dan terus masuk ke bilik tetamu untuk membasahkan diri sebelum Maghrib beransur tiba. Setelah usai solat dan berehat seketika, Tini keluar menuju ke dapur untuk membantu Tina menyediakan hidangan malam.

"Wow! What a surprise. Siapa nak makan lauk pauk banyak macam ni..." terjah Tini menyebabkan Tina terkejut.

"Kau ni kan...terkejut akak! Dah lah cepat. Tolong angkat nasi kat dapur tu. Kawan abang Zakry nak tumpang tidur kat sini. Tu yang ambik kat airport. Sekejap lagi sampai la dia orang." jawab Tina lancar.

Tentu kawan abang zakri lelaki, takkan dia nak ajak kawan perempuannya tumpang tidur kat sini. Tini berilusi sendiri.









































CERPEN: AKU BUKAN DIA - 3

Kedatangan yang tidak diundang. Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang. Apakah yang ingin Allah tunjukkan kepadaku? Apakah hikmah dan rahmat yang tersembunyi. Aku tidak tahu. Sehingga kau lorongkan kaki lelaki itu ke jalanku. Ya Allah... Tini terkesima. Terkedu tidak terkata-kata apabila kawan lelaki abang iparnya adalah Hairi. Peristiwa berbulan lepas terpancar diruang minda, lelaki yang tidak dikenali, yang telah dipijak kakinya oleh Tini.

"Jadi, Tinilah orang yang kau ceritakan pada aku tu Ri.." abang Zakri pecah tawanya bila mengetahui kami telah berkenalan terlebih awal.

Hairi dengan penuh hemah mengangguk. Merenungi Tini yang duduk tidak jauh darinya. Dan memang dia sengaja berbuat begitu. Setelah berbulan hatinya rawan mencari-cari si gadis. Rupa-rupanya dia adalah adik ipar kawan baiknya sendiri. Biar Tini gelisah dengan renungan matanya, biar gementar tutur katanya, tetapi untuk menolak dari memandang gadis itu jauh sekali. Pertemuan ini meleraikan rindu, walau nanti dia tahu keputusannya. Walau ditolak rindu ini jauh ke gaung benci, dia tetap akan merindu.

Berbual-bual dengan Hairi di halaman rumah, berbasa-basi menghabiskan waktu malam sebelum mengantuk mengundang, menyebabkan perasaan gemuruh dan seribu lagi perasaan yang bercampur baur menghuni diri Tini.

"I believe that I had been fallen to you...Tini. I can\'t say much, but my heart always bergetar bila teringatkan you..." orang dewasa selayaknya berterus terang.

Tini tersenyum kelat dalam gelap. Hanya lampu jalan yang menerangi persekitaran mereka. Kakak dan abang iparnya masih menonton tv di dalam dan membiarkan pintu terbuka.

"Berbulan I cari you, at last... Allah temukan dengan you kat sini. You sebenarnya dekat tetapi keadaan yang menjarakkan kita. Do you feel the same?" Hairi bertanya untuk kesekian kalinya.

Tini hanya mengangguk. Tiada respon dari ulas bibir nipisnya.

"Esok I dah nak balik. Can you give me an answer now, tonight..."

Tini bungkam. Tak tahu apa yang hendak diperkatakan.

"Hari tu masa jumpa kat taska, apa you buat kat situ..." Tini mengalih topik perbualan mengimbas pertemuan berbulan lepas.

Hairi diam. Lambat memberikan jawapan. Satu keluhan berat dilepaskan. Bersedia untuk bercerita, meluah rasa.

"Sebenarnya I ambil barang-barang tunang I. I mean... dia dah tak ada. Meninggal dalam kemalangan kereta. Dia bekas part time teacher kat situ." Hairi bercerita dengan suaranya yang amat perlahan dan seakan berbisik.

Hairi menyerahkan telefon bimbitnya dan menekan punat \'on\' kepada Tini. Di atas skrin terpampang seraut wajah yang amat serupa dengan dirinya. Bila masa dia ambil gambar aku? Gambar aku ke ni? desis Tini kebingungan.

"Itulah gambar arwah, dan you mengingatkan I pada dia...semuanya hampir sempurna sama seperti you, Tini."

Tini menyerahkan telefon itu balik kepada Hairi. Hatinya yang bergetar tadi semakin laju getarannya dek apa yang didengar dari mulut Hairi. Cinta kerana pelanduk dua serupa! Cinta itu datang kerana ada alasan...

"I bukan dia. I tidak boleh jadi dia. I tak mahu you suka I kerana dia. Ini semua mengarut! Kenapa you tak simpan je cerita you tu supaya I tak sakit hati and... I can honestly loving you from the deep of my heart. Now...I have to think back. To hold back my feeling...Sorry!"

Tini terus masuk ke dalam dan menuju ke biliknya. Hairi hanya mengekori dengan langkah yang longlai. Tersilapkah dia kerana berterus terang.

Read More..
 
Cerpen : Aku Yang Menyayangimu

TANGAN lembut putih kemerahan mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor yang sudah lama terpahat di minda. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. "Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise." Panggilan yang ditamatkan serta-merta tanpa menanti biara mengundang kekecewaan untuk bertakhta di hati.
Hampir saja manik-manik jernih kecil itu merembes keluar membasahi pipinya yang chubby. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Nita masih lagi pegun di birai katil. Masih lagi static dalam keadaan duduk. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya.

Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua darinya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang senantiasa bertamu pada waktu makan tengahari tidak menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma di mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.

KELIBAT manusia yang menjutai Suria KLCC bagaikan satu opera yang sedang dipentaskan, bagaikan satu teater yang sedang ditontoni. Mata kecil itu beralih arah menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepalanya sehinggakan wajah itu tidak menyedari dia menjadi tamu mata kecil. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan.

"Abang, kalau orang lain pinang ayang, camne?" Sepasang mata bundar dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan mata bundar.

Faiz hanya tersenyum melihat Nita keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Nita bergelut dengan kebarangkalian jawapan. "Ayang berhak untuk menentukan kebahagiaan ayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan ayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan ayang, abang terima dengan redha."

Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Faiz. Nita kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Faiz. "Kalau ayang kahwin bukan dengan abang?"

"Abang akan doakan ayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat." Senyuman masih lagi terukir di bibir Faiz walaupun matanya menangkap sirna kehampaan pada wajah Nita. "Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa."
"Seksa?" Nita terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung pink itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Masakan selama ini aku menyeksanya. Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia. Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama tiga tahun tidak lagi dihargai.

Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Nita sedang keliru "Ya la. Seksa menangung rindu. Biar orang tu ganti menanggung seksa tu nanti." Spontan tangannya mencubit pipi chubby yang selalu menjadi sasaran.

"Sakitlah." Tangan lembut Nita mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. "Tak sayang pada ayang lagi la tu, sampai nak bagi ayang pada orang lain."

Faiz tersengih, gembira melihat Nita tidak lagi bermuram. "Ok, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius. Abang sayangkan ayang dan sayang ini tidak pudar selamanya. Abang mohon ayang supaya tolak semua pinangan selain abang."

Bibir bergincu nipis itu mengukir senyuman manis. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. "Ayang dah tak perlu tanya pasal tu. Sampai bilapun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain."

BUNYI ketukan dan pintu terkuak itu menghapuskan semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam. Matanya mengekor gerak langkah Puan Zaini yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapi.

"Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu." Kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. "Ayah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu kamu berikan jawapan lambat sangat."

Terjegil mata Nita mendengar butir kata itu. "Mama…"

Mama menarik tangan kanan Nita dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. "Ni cincin bertanya, diorang yang bagi mak pun tak tahu masa merisik ada cincinnya. Mungkin adat negeri diorang kot." Manik-manik kecil yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Nita memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudahpun berjuraian kini menghujani bahu mama.

Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Nita. "Mama… Faiz…"

"Dengar sayang, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk kamu menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan kamu. Kami takkan salahkan kamu jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti." Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu.

Nita berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat di berhentikan secara tiba-tiba. "Ok mama, Nita terima keputusan itu. Tapi, bersyarat." Suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.

HALUAN langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Nita, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama.

Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas di Pasir Gudang yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta. Dia tidak canggung walaupun dia di antara orang atasan yang perlu memberi arahan. Padanya lebih senang untuk berurusan dengan orang bawahan jika turut sama bermotosikal seperti mereka.

Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa dengan kasar. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya kulit dadanya dapat menikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Nokia 6610 dikeluarkan dari saku seluar.

‘25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Faiz. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi dua. Telefon bimbit itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu ditinggalkan sepi.

Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau hanphone berbunyi di atas sedang dia tengah sibuk di bawah. Gegaran telefon bimbit ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan yang dinantikan itu.

"Assalammualaikum." Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan.

"Waalaikumussalam." Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar.

"Faiz, kita ada hal nak bincang dengan awak." Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya.

Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. "Apa yang kita perlu bincangkan sayang?"

"Kita nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Kita tamatkan hubungan kita setakat ni." Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu.

"What?" Terlongo mendengar kata-kata luar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. "But why?"

"Cukuplah sekadar awak tahu kita tak layak untuk awak."

"Ayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk ayang. Berikan abang masa untuk abang…"

"Stop it Faiz! Please don’t call me ayang anymore. I unable to be your ayang." Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Unsur ketegasan yang sebati di dalam kata-kata itu membuatkan Faiz hilang akal untuk memujuk.

Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu bengis dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudahpun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.

KEBAYA sutera yang membaluti tubuh kerdil Suzi diperkemaskan lagi. Suzi berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangangan nanti. Dia cukup berhati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalah itu masalahnya tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain.

Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana teman istimewa belum dapat melamarnya lagi. Kadangkala dia berasa beruntung kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku.

"Oh anak dara tak laku." Sentuhan keras dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. "Kau ni, terperanjat aku la. Nak apa?"

"Sape anak dara tak laku? Kau ke?" Suzi mengekek kecil melihat Nita yang sedang mengusap bahu.

"Wei, tolong sikit ya. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku." Berkelip-kelip mata di sebalik cermin. Suzi memperbetulkan sermin matanya yang melorot jatuh.

"Wah, Tahniah. Faiz tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tiga tahun lagi dia nak bernikah dengan kau."

Muka yang indah dihiasi dengan senyuman berubah. Nita tunduk kemuraman. Suzi terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Faiz. Senyuman di bibir Suzi turut surut. "Nita, sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Faiz lagi."

Nita menggeleng. Sesuatu yang cuba dirahsiakan kini terluah juga. Gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. "Nope, kau tak salah. Aku bertunang dengan orang lain."

"Hah, kenapa?"

"Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut. Maruah keluarga, harus dijaga."

"Habis Faiz macamana? Dia dah tau ke?"

"Kitorang dah break-off." Kata-kata tenang itu mewujudkan rasa kagum di hati Suzi. Sebegitu tenang Nita menangani masalahnya. Kagum melihat Nita berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. "Suzi, tolong aku."

"Yes. What ever you want, just give an order."

"Tolong rahsiakan dari Faiz."

KETULAN batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sesekali matanya tertancap pada kincir angin yang terletak di atas bumbung Muzium Layang-layang. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran.

"Hai tak puas lagi nak cipta tension island tu ke?" Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenali dan rapat dengannya. Dia akan berasa tenang dan bahagia berada di samping lelaki itu.

"Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak mau aku terjun tasik tadi." Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya.

Faiz mencangkung bersebelahan dengan Linda. Menatap muka bersih Linda membuatkannya teringat kepada Nita. "Angah, aku ada cerita sedih, nak dengar." Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka.

"Cerita pasal kau ke orang lain?" Faiz langsung tidak marah walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza.

"Pasal aku la. Dengar tau." Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Faiz mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya pada Linda. Dia mahu ada seseorang mendengar rintihannya dan yang akan membantu mencari penyelesaian.

Linda yang tekun mendengar kisah tersebut turut bersimpati dengan Faiz. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan membantu setiap yang menceritakan masalah padanya. Faiz banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia hampir saja mengorbankan nyawa sendiri Faiz datang memberikan semangat.

Baginya Faiz adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Faiz tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Faiz hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Nita. Dia mengagumi Faiz kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Faiz tetap merindui Nita.

"Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa." Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara.

"Hish, aku kenal mak dia macamana. Aku dengan mak dia gini hah." Faiz mengaitkan jari telunjuk menandakan dia rapat benar dengan Puan Zaini.

"Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?"

"Yup."

"Kita tunggu selepas ini."

"Hotak kau, aku serius kau memain yer." Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Linda, hampir terjatuh dibuatnya.

"Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia."

"Jumpa dia?" Linda mengangguk.

"Tanya dia?" Linda mengangguk lagi.

"Dia kat KL, aku kena pegi KL la?" Sekali lagi soalan itu dijawab dengan anggukan.

DERETAN pengunjung panggung wayang yang sedang beratur untuk membeli tiket itu sungguh panjang. Filem panas baru keluar, mana tak orang berebut nak tengok. Nak nak kaki wayang memang balun punya. Poster yang tercetak muka Afdlin, Awie, AC dan Hans tergantung megah di sekitar panggung. Hari pertama Baik Punya Cilok ditayangkan dah begini ramai. Agak-agak berapa diorang dapat nanti ya.

Titisan manik air di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan melorot jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Linda yang duduk berhampiran dengannya.

Jongketan kening dari Linda yang seolah-olah bertanya itu dibalas dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Linda mengangguk tanda akur. Satu sentuhan lembut mengusap bahunya ketika dia mula mengorak langkah.

"Assalammualaikum." Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya.

"Waalaikumussalam." Faiz duduk kembali di tempatnya setelah Nita duduk berhadapan dengannya. "Nita nak makan apa?"

Nita menggeleng kepala. "Takpe, kita dah makan sebelum keluar tadi."

Senyuman mula mekar di bibir Faiz. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. "Kita datang bukan nak tengok awak senyum. Ada apa awak suruh kita datang ni?"

Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna pink dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan pada kelakuan yang ditontoninya. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman.

"Awak, kita tak boleh lama ni, kita datang dengan mak kita nun." Faiz turut berpaling ke arah hala kepala Nita berpaling. Dikejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zaini kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Faiz yang sedang menatap tubuhnya.

"Nita, kita cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan ni."

"Bukankah kita dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Kita tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk kita. Itu saja." Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Faiz. Terkedu melihat Nita tega berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti.

Langkah laju Nita bersama Puan Zaini diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Nita berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Nita terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendirian kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya.

Entah bila Linda mendapatkannya, sedar-sedar lengannya ditarik lembut. Dia hanya menuruti dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu akhirnya pulih sedikit apabila teringat kata-kata Rosyam Noor ketika melakonkan watak TJ dalam cerita Palyboy Pencen, ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Mungkin bukan jodoh, tapi kenapa namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan meminta nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.

DERINGAN telefon yang membingitkan terhenti apabila Aiman yang berumur dua tahun lebih mengangkat gagangnya. Aiman berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. "Mak lang tepon. Orang laki nak akap." Gagang dihulur kepada Nana.

"Hello."

"Nana. Aku ni. Kau sihat?"

"Oh, Abang Faiz. Sihat. Abang Faiz camne?"

"Demam, sakit, semualah."

Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. "Kenapa?"

"Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?"

Serba salah dibuatnya. "Dia dah nak kahwin." Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Faiz faham dan berhenti memujuk kakaknya.

Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. Dah nak kahwin. Tidak. Semoga kau berbahagia Nita.

KURANG 24 jam lagi dia akan bertunang. Hatinya resah memikirkan kekasih yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata. Resah di hati menggagalkan setiap percubaan.

Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapai telefon bimbit di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama panggilannya dijawab. "Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?" Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. "Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?"

"Kita cuma tanya satu soalan saja." Diatasi kegugupan supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. "Awak masih sayangkan kita lagi?"

"Maaf Cik Nita, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak." Hampir meraung Nita mendengar jawapan yang diluahkan. Ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. "Oh ya, tahniah, awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah."

"Faiz, I still loving you and I’ll love you till the end of time."

Tutur kata yang jujur itu membuatkan Faiz terharu, namun ia tidak berguna Nita akan bertunang pada hari esok. "Ha elok la, cintakan saya, sayangkan saya, kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?"

Air mata berderai, itulah satu-satunya jalan untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Faiz ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada bukan tunangnya.

SUDAH seminggu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suami.

Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya.

Kalut juga semasa menanti majlis pertunangan. Masakan tidak tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.

KEPALANYA seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Rahama disambut dengan senyuman bagi mengindahkan wajahnya.

Puan Rahama mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan.

Dingin terasa dahi dan kedua pipi Nita akibat dikucup oleh bakal mertua. "Nita, tahniah. Semoga Nita serasi dan bahagia bersama anak mak."

DIRABA dahinya kedingian masih lagi terasa. Dia berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Faiz. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Faiz, Nita sayangkan Faiz.’

Dia tidak berdaya untuk merubah kata hitam ayahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan ayah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.

Akan dipastikan harapan mama dan ayah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksanakan. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Faiz.

KERIUHAN suara orang bertandang sudah menjadi rempah yang mehingarkan majlis perkahwinan. Nita duduk berteleku di birai katil bersama Suzi yang setia menamani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menampakkan rupa dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Suzi cuba memujuk Nita supaya menghiaskan wajah dengan senyuman.

Di celah keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Nita sebolehnya cuba untul memaniskan rupa. Rasa rindu terhadap Faiz menggagalkan setiap percubaan yang dibuat. Dia menarik nafas sedalam mungkin. "Selamat tinggal Faiz, akan ku kenang dirimu selamanya." Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik.

Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. "Mohd Faizudin bin Muhammad." Tersentak Nita mendengar nama yang disebut oleh jurunikah.

"Saya." Suzi yang berada berhampiran dengan Nita turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya.

"Aku nikahkan akan dikau, Zahnita bt Zainuddin dengan maskahwinnya 80 ringgit tunai."

"Aku terima nikah, Zahnita bt Zainuddin dengan maskahwinnya 80 ringgit tunai."

Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. "Surprise!"

Luahan kata dari suara milik insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang wujud pada waktu dia terkejut tadi. Nita bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. "Abang jahat tau buat ayang camni."

Faiz terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. "Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung, malula orang tengok."

BERTERABUR tawa mereka menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Nita berasa bahagia di samping suami yang peyayang dan amat memahami. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi.

"Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok ayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga ayang pada abang yer."

"Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan ayang." Nita menjeling wajah selamba Faiz.

"Sebenarnya kan, abang pun tak tau yang mak datang pinang ayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau." Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Faiz. "Kira abang pun dah kena tipu ngan mak, mama dan ayah."

Nita menyertai tawa Faiz. "Masa abang bagitau ayang yang abang tak sayangkan ayang tu macam nak gugur jantung tau.Sekarang ni sayang ke tak?"

"Sayangla. Tambah-tambah dah ade ni." Faiz mengusap lembut perut isterinya yang memboyot. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua mereka. Nita turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.

Read More..
 
Cerpen : Banyaknya dosa kita!

"Korang tengoklah,makin ramai orang dating dalam kelas kita.Sakit betul mata aku!"kata Wanie kepada Mia dan Nurul.
Mia dan Nurul mnegiakan kata-kata Wanie.Setiap kali cikgu bermesyuarat,kelas 5 Sains 1 pasti jadi port budak dating.Sekarang,terdapat lima couple yang dating dalam kami.Ketua Pengawas juga geram dengan gelagat mereka,apatah lagi,tempatnya yang selalu menjadi mangsa.
"Nurul,apa aku nak buat ni?Makin ramai pulak yang dating kat kelas kita.Nak tegur,semuanya kawan kita.Nanti tak pasal-pasal gaduh pulak."Tiba-tiba Fafa,Ketua Pengawas datang ke tempat Nurul meluahkan keresahannya.Wanie dan Mia meneruskan latihan Kimia.Tetapi,mereka serentak meletakkan pensil setelah mendengar Nurul berkata.
"Aku rasa kau tak boleh biarkan budak-budak ni,"jawab Nurul perlahan.Khuatir didengari rakan-rakan yang lain."Ni tanggungjawab kau sebagai KP.Kau tak boleh biarkan.Lagipun cikgu kan dah bagi amanah kat kau supaya ambil nama budak-budak yang dating ni.Kau tak boleh takut nanti gaduh or whatever.Tak kan kita nak diamkan je.Kita yang meluat ni pon kena tanggung dosa tau."
"Tu la pasal.Aku dah tegur dah tadi,tapi dorang sume buat derk jer."kata Fafa.Wanie dan Mia masih setia mendengar perbualan kami.Nurul mendiamkan diri.Berkerut-kerut dahinya seperti memikirkan sesuatu.
"Ha!Apa kata kau report terus kat cikgu disiplin.Tapi,kau reportla senyap-senyap.Kalau aku jadi kau,dah lama aku buat ni tau!"ujar Nurul tiba-tiba.
"A\'ah Fafa,aku pun rasa ko kene report kat cikgu.Nanti cikgu cakap kau tak buat kerja pulak."sampuk Wanie tiba-tiba.Fafa hanya mengangguk sebelum berlalu setelah mengucapkan terima kasih kepada Nurul. Barangkali Fafa pergi berjumpa cikgu Shikin.Tak lama selepas itu,muncul cikgu Shikin,Ustazah Ain dan Ustaz Amin.Kelam kabut couple couple tadi bangun dan duduk di tempat lain.Nurul,Wanie dan Mia hanya tersenyum melihat gelagat mereka.Memang sahla Fafa melaporkan kepada cikgu.
"Amboi-amboi,sedapnya dating ya!"perli Ustazah Ain yang terkenal mulut laser nya itu."Siapa yang dating tadi?Keluar sekarang!"Tiada siapa yang mengaku.Mereka berpura-pura tidak mendengar suruhan Ustazah Ain.Geli hati Nurul."ooo,tak nak mengaku ya.Kamu nampak ni?"kata Ustazah sambil menayangkan kamera ditangannya."Siapa yang dating tadi?keluar cepat.Kami dah ambil gambar kamu semua dari luar tadi."ujar cikgu Shikin pula.Serta-merta lima pasangan tadi bangun dan keluar berjumpa dengan cikgu tadi diluar kelas.
Mereka semua di arah ke bilik kaunseling.Kemudian,Fafa masuk dengan muka yang ceria dan menuju ke arah kami."hahaha..best giler tengok dorang kena tangkap."Aku hanya tersenyum."Kau report ke Fafa?"tanya Mia."hehehe...macam ni.Masa aku nak pergi tandas,aku nampak cikgu ronda kat blok form 4.Rupanya..korang tau tak,budak form 4 pon dating jugak.Apalagi,aku pon terus la bagitau kat cikgu."bisik Fafa sambil tersengih.
"Habis tu,gambar tadi tu cikgu nak buat apa?"tanya Mia lagi."Laa..korang ni pon,percaya sangat la kat Ustazah tu.Mana ada bateri pon dalam kamera tu.Saje buat gimik jer..hahaha"jawab Fafa.Serentak Nurul,Wanie dan Mia berpandang.Beberapa saat kemudian,meledak ketawa mereka bertiga.

*******************************************

Keesokannya,riuh dewan besar sekolah dengan gelak tawa pelajar.Pelajar yang kena tangkap dating semalam, kena bersanding di atas pentas.Nurul,Wanie dan Mia tak habis-habis gelakkan mereka.
Selepas kejadian itu,aktiviti dating di sekolah tidak lagi dijalankan.Mungkin,mereka takut kena tangkap dan didenda bersanding.
Kelas 5 Sains 1 riuh dengan suara penghuninya.Suka betul mereka kalau cikgu ada mesyuarat.Nurul, Wanie dan Mia seperti biasa meneruskan ulangkaji mereka.Kali ini subjek Fizik pula yang dibincangkan.
"Aku bosan la.Memanjang je cikgu tak de"kata Mia."hurm...sabar jela.Cikgu kat sekolah ni suka mesyuarat agknya."ujar Nurul.Wanie lebih suka mendiamkan diri pada hari itu.Tingkahnya itu diperhati olrh Nurul.
"Oit Wanie.Ko ni kenapa pulak.Selalunya kau la yang sibuk tanya soalan.Awat senyap ja?"tanya Nurul.
"A\'ah la ko ni Wanie.Baru aku perasan ko senyap je dari tadi.Ada problem ker?"sampuk Mia.
Wanie hanya mengeluh sebelum berkata,"Kawan,sebenarnya aku da kapel dengan Azim la.Dia selalu ajak aku dating,tapi aku tak nak."Kata-kata Wanie yang bersahaja itu disambut dengan wajah yang tidak percaya iaitu Nurul dan Mia."kau...biar betul.Asal tak bagitau kitaorang ha?Sejak bila ko kapel dengan dia ni" tanya Mia dengan kuat."Shhh..slow la sikit suara kau tu.Dengar dek orang laen kang,mati aku.Lagipun,aku belum pekak lagi la.ish!"kata Wanie sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.Nurul hanya mengangkat kening meminta penjelsan daripada Wanie.
"Baru sebulan kapel.Aku da lame syok kat dia sebenarnya.Tak tau pulak dia pon syok kat aku. Masalahnya sekarang,dia nak putus pulak.Sebabnya,aku tak nak dating dengan dia!Ape la mamat tu.Dating sekali je da la."jawab Wanie.
Nurul hanya mendiamkan diri."Wanie,aku rasa better kau clash dengan dia"ujar Nurul.Mencerlang mata Wanie mendengar permintaan Nurul.Begitu juga dengan Mia.Nurul masih menunduk."Aku minta maaf Wanie.Bukan nya aku saje-saje suruh ko clash dengan azim.Ada sebabnya."
"Apa sebabnya?"tingkah Wanie."Ha?Kau pun syok kat Azim ea?Sampai hati kau!"
Mengucap panjang Nurul mendengar kata-kata Wanie."Wanie,jangan salah faham.Azim tu pun aku tak kenal.Macam mana la aku boleh syok kat dia pulak.Kau tau kan aku macam mana."
Semua orang sedia maklum dengan Nurul yang jarang bercakap dengan lelaki walaupun rakan kelasnya sendiri.Jadi tidak hairanla dia tidak mengenali Azim budak Perdagangan 1 tu.
Wanie hanya mendiamkan diri.Sedar dirinya yang lancang menuduh Nurul."Kenapa Nurul?Salah ke aku kapel dengan dia?"
"Macam ni Wanie.Aku tak nak kau lalai dengan Azim tu.Lately ni aku tengok,kau dah tak fokus dalam kelas.Test hari tu pun kau tak dapat score."
Wanie menunduk mengiakan kata-kata Nurul.
"Lagipun Wanie,Mia...kapel tu haram.Sebabnya,orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.Bercouple identik dengan saling
menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.Orang yang bercouple, boleh
dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.Korang faham kan?"
Wanie dan Mia hanya mengangguk.
Nurul meneruskan kata,"Bercouple je kita dah berzina.Telah ditetapkan setiap bahagian manusia adalah daripada zina.Zinanya mata kerana memandang,zinanya telinga adalah mendengar,zinanya lidah adalah berbicara,zinanya tangan adalah meraba,zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeingian,berangan-angan dan membenarkan."
Tercengang Wanie dan Mia mendengar penerangan Nurul."Patutla kau tak bercakap dengan lelaki."kata Mia."Banyaknya dosa kita!"kata Mia dan Wanie serentak.

Read More..
 
Cerpen : Bila Cinta Masih Bernafas Dihati

"Eh..apa citer kisah kau ngan girlfriend chatting kau tu" Pertanyaan Khairil menghentikan suapan nasi ke mulutnya. Zakuan Hafizi memandang tepat kawan baik nya. Dia senyum.

Khairil mengangkat kening bila pertanyaannya masih tidak berjawapan.

"ermmm..ok jer..Cuma dia da ada boyfriend la Aril." Zack menyambung suapannya.

"Zack..kau..betul ker suka dia?"

Zack mengerutkan wajahnya. "Sikit-sikit lah."Aril ketawa. Sinis. Dia hanya biarkan.

"Tak faham lah aku. Korang chatting jerkan.. kau sendiri belum penah tengok cam ner rupa dia.. pendek ker..tinggi ker..gelap ker..puteh ker..pastu boleh pulak da ada sikit-sikit suka tu..aduh.." Aril mengeluh menggelengkan kepalanya.

"Ntah la..dia..bersembang ngan dia..uat aku aku tertarik..dia..ntah la..susah nak cakap."

"alah kau ni..memangla..kat alam maya tu..diorangnyer ayat-ayat semua manis lah..ntah-ntah bila cakap berdepan tergagap-gagap..hah paling best ntah-ntah bapok.." Aril ketawa.
Zack hanya diam. Menghabiskan sisa minumannya.

"Zack..kau ajak la dia jumpak kau..dah 3 bulan lebey da kan kau chatting ngan dia.." Aril bersuara lagi.

"Tengoklah cam ner nanti... Kau teman aku lah. Aku try ajak dia nanti"

"okey." Aril mengangguk tanda setuju. Teringin benar dia nak jumpak perempuan yang mampu buat Zakuan Hafizi terpikat walau tak pernah bersua pun.

****************

'Hye. Da lunch?' Zack memulakan bicara. Matanya masih melekat pada skrin komputer. Menanti balasan dari chatter yang hampir setiap hari berbual dengannya. Gadisku Loser.

'Hye.Da mkn da. En. Zakuan Hafizi da mkn?' Dia senyum. Mesejnya berbalas.

'Dah. Awak sihat ker hari ni? Da 3hari tak nampak awak online..kemana?'

'Sihat.Alhamdulillah. owh ya..saya sibuk sikit kebelakangan ni..ada product baru.'

'Awak..kalau saya nak jumpa awak boleh?' Zack mula bertanya.

'Aik..kenapa tetiba ja Zakuan nak jumpak saya ni..ermm..Boleh tapi saya bawa kawan jugak boleh?' Zack tersenyum..melonjak gembira.

'Ya. Ok. Apa kata kita jumpak di Kopitiam Queen's Bay esok. Esok hari minggu kan. Pukul 5?'

'Ok. Eh maaflah. Saya ada keja ni..kena turun production. See U tomorrow ya'. Zack menarik nafas. Hembus. Lega rasanya bila Hana sudi berjumpak dengannya.

Perkenalan selama 3 bulan melalui Skype membuatkan dia betul-betul teruja untuk berjumpa Hana. Walaupun tak pernah pun dia lihat wajah Hana tapi persahabatan yang terjalin selama 3 bulan di alam siber itu mampu membuatkan dia jatuh hati. Dia ketawa sendiri. Benarlah kata pepatah. Cinta itu buta.

*******************

"Zack." Zack menoleh kearah Aril. " Macamana kalau dia tak seperti yang kau bayangkan? Semuanya tipu?" langkah Zakuan terhenti. Dia mengerutkan wajahnya.

"Ntahla. Kita jumpak dulu lah" Zack mengangkat bahunya. Aril Cuma tersenyum.

Mereka memandang sekitar kawasan Kopitiam. Ramai juga pengunjungnya. Sukar juga dia nak meneka yang mana satu si 'Gadis Loser' yang selalu ber 'chatting' dengannya tu. Dia menyeluk poket. Mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello. Awak kat mana sekarang. Saya da sampai tau." Matanya masih melilau..tercari-cari kelibat wanita yang bakal ditemuinya.

"Saya da sampai da. Kat dalam ni. Baju warna pink. Nampak?"

"ok-ok saya datang kat awak" Zack mematikan telefonnya. Aril hanya membontoti Zack.

" Nur Raihana Saffiyah?" Zack menyapa seorang wanita yang berbaju pink yang duduk bersama temannya. Harap-harap dia tak salah orang. Wanita itu hanya tersenyum.. buat dia rasa kaget.

"Ya. Zakuan Hafizi?" dia mengangguk sambil tersenyum. Dia tak salah.

"Jemputlah duduk. Ini kawan saya..Maria." Suaranya lembut. Senyumnya menawan. Matanya bersinar. Wajahnya bersih..natural tanpa sebarang mekap..dia terpaku..orangnya secantik bahasanya di laman Skype. Sungguh.

"Dan ini kawan saya..Aril..Khairil" Zack menepuk bahu Aril.

"Cantik nama awak secantik orangnya." Aril mencelah. Dia juga hampir saja cair.. terpesona..mata yang bundar..alahai...

Tanpa sedar da sejam setengah berlalu. Hana minta diri untuk pulang dulu.

"Hana..hensem kan Zakuan tu." Hana Cuma tersenyum.

"Lebih hensem dari Ikmal kan." Maria bersuara lagi.

Ai da sangkut ker kawannya yang sorang ni. Hana masih senyum. Biarlah Ikmal nya tak hensem pada mata orang lain tapi pada matanya Ikmal sudah sudah cukup hensem.
Mereka berjalan beriringan menuju ke parking kereta. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Matanya kaku memandang satu pasangan yang sedang berjalan berpimpin tangan. Lama dia mengamati mereka. Ikmal.
Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya. Number Ikmal didailnya. Pantas.

"Hello. Abg kat mana ni?" Dia bertanya. Nadanya perlahan.

"kenapa?"

"Tak da..B ingat nak ajak abg kuar mkn mlm ni."

"Sorry B, abg ada hal lah. Lain kali k." suara Ikmal seakan memujuk.

"Its ok. Abg kat mana ni?" Hana masih bertanya.

"Owh abg dalam kereta ni dengan Hery." Hana tersentak. Ikmal menipu!!

"Ok Drive carefully. Bye." Telefon bimbitnya dimatikan. Hatinya tersentuh. Hiba. Siapa perempuan tu. Kenapa Ikmal perlu menipu?

"Hana". Dari jauh Hana dengar suara Maria. Tanpa sedar Maria da tinggalkan dia jauh di belakang. Harap-harap Maria tak nampak Ikmal.

*******************

Hana menanggalkan tudung dari kepalanya. Dihempas tubuh kecilnya ke katil. Kotak fikirannya masih terawang pada Ikmal. Siapa perempuan yang bersama Ikmal..Hana merenung siling. Kosong. Dia mengeluh kecil. Dia bangun mencapai tuala menuju ke bilik air.

Selesai solat maghrib, dia mencapai telefon bimbitnya. Number Ikmal didailnya.

"Hello. Hye Sayang" kedengaran Suara Ikmal. Ceria seperti selalu.

"Hye..abg da mkn?" Suara Hana perlahan.

"Da..B da mkn? B uat apa ni?"

"Takda uat apa. Abg..td kawan B bgtau dia nampak abg kat Queens Bay Mall..dengan sorang perempuan.." Kata-katanya terhenti. "Siapa?"

"Owh..kawan Abg." Hana memejamkan matanya.

"berpegangan tangan..." Hana masih mahu tahu siapa perempuan tadi.

"B..boleh tak jangan percaya cakap orang. Siapa yang bagitau B nih?" suara Ikmal keras.

"B mintak maaf. Mungkin kawan B tersalah nampak." Hana mengalah. Dia tahu dari cara Ikmal menjawab Ikmal tak akan mengaku siapa perempuan tu. Dan dia tak mahu bertengkar dengan Ikmal.

"Its ok. Da lah..da lewat ni..B gi tdo..okey.." nada suara Ikmal kembali perlahan.
"ok. Gud Nite."

"B..apa pun yang terjadi..abg nak B tahu..abg cintakan B..Ok sayang..Gud Nite." Hana harap kata-kata cinta dari mulut Ikmal bukan hanya lakonan untuk menghilangkan resahnya.

****************

Suasana bilik Ikmal ditemani alunan lagu Marc Antony..My Baby You..dia menekup mukanya dengan kedua belah telapak tangannya. Dia perlu berterus terang dengan Hana. Dia perlu juga tinggalkan gadis itu. Sekukuh mana pun cintanya pada Hana terpaksa juga dia lepaskan Hana.

"B..abg mintak maaf.." Ikmal mengeluh sendiri. Perit untuknya melepaskan Hana.

*****************

"Aril." Zakuan bersuara.

"Yep." Aril menoleh kearah Zakuan. Mata Zakuan masih melekat pada skrin tv dihadapan mereka. "Pehal?"

"Cantik kan Hana. Mata Bundar..senyumnya.." Aril senyum. Memang Hana cantik..hatinya mengiyakan kata-kata Zakuan.

"Dari suka kau yang sikit-sikit tu da jadik byk ker.?" Senyum Zakuan meleret.
"Tapi dia da ada boyfriend la Ril." Terdengar keluhan kecil dari suara Zakuan seolah hampa.
" Selama 3 bulan kitaorng berchatting kat Skype tu..aku tahu..Hana setia pada cintanya."
"Bertuah kan boyfriend dia." Aril bersuara. Zakuan Cuma mengangguk.

******************

"Da lama kan kita tak keluar sama-sama macam ni." Hana memandang Ikmal. Ikmal Cuma tersenyum.

"Masing-masing sibuk." Mata Ikmal masih memandang jauh laut biru yang terbentang luas didepannya.

"Abg.." Nada suara Hana manja. "Kita kawen..B rasa da sampai masanya kan untuk kita berkahwin..kita pun da ada kerjaya..lagipun da 6tahun kan kita bercinta..dan kita perlu bina masa depan bersama kan..ada keluarga..ada anak-anak.." Ikmal menoleh. Pandangannya terhenti pada wajah Hana. Hana senyum. Ikmal tidak segera bersuara.

Sepi. Kedengaran Cuma tiupan angin yang menyapa alam dan desiran ombak yang menghempas pantai. Hana... Ikmal menghela nafas mengumpul kekuatan untuk dirinya berterus-terang pada Hana..

"Abg.." Sepi Ikmal buat Hana bersuara lagi. Tak pernah Ikmal begitu. Selalunya Ikmal ceria..Ikmal nakal mengusiknya..Ikmal petah berbicara..Tapi hari ni..

"Abg tak boley berkahwin dgn B." Ikmal bersuara. Perlahan. Lemah. Pandangannya masih di laut sana. Tak ingin dia memandang Hana. Dia tak punya kekuatan.

"Kenapa?" Hana terkedu. Terkejut. Riak wajahnya berubah.

"Perempuan yang B tanya semalam..teman wanita baru abg." B.. abg mintak maaf. Hati Ikmal merintih. Sayu.
Hana terpaku. Tanpa sedar matanya berkaca. Hatinya luluh. Butiran jernih airmatanya singgah di pipi.

"Kenapa? Kenapa macam ni?" suara Hana lemah.

"Abg mintak maaf." Itu saja ungkapan yang mampu Ikmal lafazkan.

"Abg jangan tinggalkan B. Abg tak boley tinggalkan B." Hana memandang tepat ke wajah Ikmal. Lengan Ikmal digoncangnya. " I do love you so much. Abg tak sayang B ker? You said You love me right..then kenapa abg buley ada org lain..apa salah B? B akan berubah. B akan ikut semua cakap abg janji abg takkan tinggalkan B..Plz.." Hana merintih. Airmatanya makin melaju.

"B...\" suara Ikmal terhenti seperti ada sesuatu yang menyekat di kerongkongnya."B..sempurna untuk diri abg..Cuma..kesempurnaan B tidak layak untuk diri abg. Abg lepaskan B untuk orang yang selayaknya memiliki dan mampu membahagiakan B." Mata Ikmal juga berkaca. Ditahannya agar titisan jernih itu tidak dilihat oleh Hana.

"B bahagia dengan abg..B bahagia abg..plz..jgn buat B macam ni." Hana merintih. Teganya Ikmal menghancurkan hatinya.

Senangnya Ikmal membunuh cinta yang da bertahun bernafas di hati. Hana mengesat air matanya. Menarik nafas sedalamnya dan menghembus perlahan.

"Abg...cinta dia?" Ikmal Cuma mengangguk. Lemah.

"abg..B rela bermadu..B rela berkongsi..abg..jgn tinggalkan B..B Cuma nak hanya abg yang menyentuh B..B nak ada anak-anak bersama abg." Ikmal terkejut. Dia tahu cinta Hana hanya untuk nya selama ini. Dan dialah insan paling bertuah memiliki gadis seperti Hana tapi..

"B jangan mengarut!!" dia memandang Hana. Suaranya keras.

"B tak mengarut."

"U listen here." Nada Ikmal kembali rendah. " B..cukup sampai sini hubungan kita. Abg mintak maaf." Ikmal bingkas bangun. dia terus berlalu tanpa menoleh kepada Hana. Hana Cuma terpaku. Apa lagi yang boleh dia lakukan. Ikmal kejam!!!!!

'B..I do love you too. Maaf buat B terluka.' Sayu hati Ikmal berbisik sendiri.

*********************

"Take me to your heart take me to your soul. Give me your hand and hold me. Show me what love is - be my guiding star. It\'s easy take me to your heart. Take me to your heart take me to your soul. Give me your hand and hold me. Show me what love is - be my guiding star. It\'s easy take me to your heart."

Nyaring deringan dari telefon bimbit Hana. Dia Cuma biarkan. Disaat ini dia tak mampu dan tak berdaya menjawab mana-mana panggilan lagi.

"Hello.Hye Hana." Kedengaran jelas suara Zakuan dicorong telefon.

"Zakuan ker tu? Ni Maria"

"Hana mana?" Zakuan pelik bila Maria yang menjawab panggilannya.

"Hana demam. Badan dia panas sgt..Maria da ajak dia ke Klinik tp dia tak nak..dia kata da mkn ubat.." Suara Maria seperti orang yang resah.

"owh..patutlah Zack tak nampak dia online Skype. Macam ni lah.. Maria bagi alamat.. Zack datang dgn Aril..bawak Hana ke Klinik. Buley?"

"okey" Maria mengangguk sendiri.

***********************

Di 'private hospital'

"Kenapa Hana ley demam sampai cam ni..Asyik meracau sebut nama Ikmal ja. Who is Ikmal?." Aril bertanya pada Maria. Zakuan cuma menyepi. Dipandang gadis yang terlantar dihadapannya. Lemah. Pucat.

"Ikmal...Her boyfriend.. Ikmal..da tinggalkan Hana." Suara Maria mendatar. Zakuan dan Aril memandang Maria. Serentak.

Pintu bilik vip untuk seorang pesakit itu terkuak. Muncul seorang doctor lelaki India.

"Kamu bertiga saudara pesakit ker?"

"No. kitaorng kawan Hana. Kitaorang yang bawa dia kesini. Kenapa doctor?" Aril pantas bersuara. Menjawab pertanyaan doctor tersebut.

"Cik Hana sebenarnya mengalami stress dan menyebabkan dia mendapat demam panas dan sering meracau. Fikirannya amat terganggu dan mungkin juga dia mempunyai masalah dengan person yang dia sering sebut-sebutkan dalam racaunya." Suasana kamar itu sepi. Masing-masing masih menanti kata-kata dari doctor india itu.

"Cik Hana perlu kuat untuk kembali stabil dan kami akan cuba bantu..berikan dia vitamin..dan ubat yang sedikit boleh buat dia tenang. Yang selebihnya..Cuma dia..Cuma dari kekuatan mental dia dan sokongan dari kamu..kawan-kawan dia." Doktor Joseph tersenyum sambil mengangguk-angguk kepalanya.

"Thanks doctor."

"Saya minta diri dulu." Aril mengiringi Doktor Joseph keluar.

"Maria ada number telefon Ikmal?" tetiba zakuan bersuara.

************************

Ikmal masih berdiri di muka pintu. Dengan lafaz bismillah dia memegang tobol pintu, menolaknya perlahan. Dia terpandang gadis bertubuh kecil terlantar di atas katil. Hana. Gadis itu sedang lena barangkali. Matanya terpandang pada sekujur tubuh lelaki di atas sofa..kaku..terlelap.. mungkin kepenatan menjaga Hana.
Dia melangkah perlahan merapati Hana. Wajah yang pucat. Hatinya sayu melihat Hana sebegitu..

"B.." dia memanggil Hana tapi..suara nya tidak kedengaran seolah berbisik. Dia merenung wajah Hana. Matanya mula berkaca. Tangan Hana disentuhnya..digenggam erat..

"B..abg minta maaf." Ikmal mencium tangan lembut Hana. Berkali-kali. Diletakkan ke pipinya..sejuk..

Zakuan terjaga dari lelapnya tatkala telinganya menangkap suara seorang lelaki. Dia tidak kenal siapa. Mungkin Ikmal..tekanya sendiri. Dia bangun berjalan merapati lelaki itu.

"Ikmal?" Ikmal mengangkat muka memandang pada empunya suara. Dia hanya mengangguk mengiyakannya.

Zakuan menghulurkan tangan. "Zakuan. Aku yang call kau semalam." Ikmal mengangguk lagi berjabat salam dgn Zakuan.

"Could we talk outside?" Ikmal hanya memandang Zakuan. Lalu dia bangun tanda setuju.

Ikmal diam. Dia hanya tunduk memandang lantai tatkala Zakuan sedang merenung tepat ke wajahnya.

"Hana..mungkin mengalami tekanan..hingga dia dapat demam panas macam ni.. doctor da bagi dia ubat tdo sebab dia asyik meracau panggil nama kau" Zakuan memulakan bicara. Memecah sepi. Ikmal masih diam merenung lantai.

"Zack!!" serentak Zakuan dan Ikmal menoleh memandang Aril yang sedang berjalan kearah mereka. "Hana..masih tdo lagi ker?" Zakuan mengangguk.

"Ikmal. Teman lelaki Hana." Zakuan memperkenal Ikmal pada Khairil. Aril senyum. Sinis.

"What going on bro?" Aril memandang tepat ke wajah Ikmal. "kau tak rasa bersalah ker buat Hana macam ni? Eh dia tak cukup baik lagi ker untuk kau sampai kau tinggalkan dia macam ni." Suara Aril sedikit keras berbeza antara dia dan Zakuan.

"Kitaorang tak da jodoh..dan dia kena terima semua ni" suara Ikmal perlahan. Tanpa salam Ikmal melangkah beredar pergi tanpa menghiraukan Zakuan dan Aril.

"Woi bro!!" Aril sedikit berteriak memanggil Ikmal. Namun dia tetap melangkah tanpa menoleh lagi. Aril berdengus kecil. Zakuan Cuma membisu.

************************

Dah sebulan berlalu. Atas sokongan dan dorongan dari Zakuan, Aril dan Maria..Hana kini kembali berdiri di bumi yang nyata..redha..antara dia dan Ikmal mungkin tiada jodoh. Pasrah dengan apa yang telah terjadi..semua yang berlaku ke atas dirinya..buat dia lebih kuat.

"Zack. Ari nih aku keja sekerat ari jer tau. Aku nak g jengah mak ngah aku kat hospital jap."

"Mak ngah kau sakit apa?" Saja Zakuan ingin tahu.

"Alah..sakit orang tua..semua ada lah tu." Aril tersenyum.

Tiba-tiba langkah Aril terhenti. Dia terpandang seorang lelaki terlantar di unit rawatan rapi. Seolah lelaki itu pernah di kenalinya sebelum ini. Dia cuba merapatkan diri, menjengah tengok ke dalam. Ikmal.

"Assalamualaikum." Dia memberi salam.

"Waalaikumsalam."

"Ikmal?" mukanya berkerut bertanya. Harap dia tak salah orang.

"Ya." Nada suaranya lemah.

"Aku Aril..kawan Hana..kau ingat lagi..kita jumpak kat Island Hospital masa Hana sakit dulu." Ikmal senyum..diangguknya perlahan.

"duduklah" Ikmal masih tersenyum walau dirinya begitu lemah. "Hana apa khabar? Da lama tak dengar suara dia. Aku rindu dia."

"Sihat. Dia sihat. Kau..kau sakit apa?" Senyum Ikmal masih diwajahnya. Air matanya mengalir perlahan. Panas.

"HIV." Perlahan nada suara Ikmal. Aril terkejut. Kelu. " dan sebab ni..aku tinggalkan Hana..Aku tak mahu Hana tengok derita yang aku tanggung..aku tak nak Hana tahu aku ada penyakit ni." Suara Ikmal tersekat-sekat. Aril masih membisu.

" Kau..jaga Hana untuk aku.. I do love her so much..aku nak Hana bahagia walau bukan bersama aku." Aril sebak.Kini baru dia tahu kenapa Ikmal tega melepas wanita sebaik Hana.

*************************

"What?? HIV?". Lantang suara Zakuan. Nadanya terkejut. Aril Cuma mengangguk.

"We need to tell Hana." Aril bersuara.

"Tapi Hana baru.."

"Hana kena tahu. Hana masih sayangkan Ikmal. Aku nampak sinar cinta pada matanya." Belum sempat Zakuan habis berkata, Aril terus memintas. Zakuan mengeluh kecil. "dan Ikmal perlukan Hana untuk hari-hari terakhirnya.." Nada suara Aril perlahan..

*************************

Hana melangkah perlahan merapati sekujur tubuh kaku Ikmal. Ikmal makin kurus. Mata Hana panas. Tak dapat dibendung lagi hujan air matanya untuk membasahi pipi. Dia sebak. Ikmal tak perlu buat begini.

"Abg.." dia menyentuh lembut tangan Ikmal. Dikucupnya. Lama..

"B.." Hana mengangkat wajahnya, memandang Ikmal. Wajah yang tidak bermaya. Kali pertama dilihat Ikmal dalam keadaan begini..

"B dtg abg.." suaranya terketar..menahan sebak. Ikmal senyum. Lama benar dia tidak melihat wajah ayu Hana. Nur Raihana Safiyyah.

"Abg..izinkan B menjaga abg..izinkan B menemani abg.." Ikmal menganguk lemah.

Dalam keadaan dirinya yang lemah dia bercerita bagaimana HIV durjana itu singgah kedalam tubuhnya. Umpama parasit yang memakan semua sel-sel tubuhnya. Setahun yang lalu, ketika dia dia di bumi Finland meneruskan pengajian untuk mendapatkan 'master'..dia kemalangan dan dirinya kehilangan darah yang banyak. Yang ada ketika itu hanyalah Nasrul dan Nasrul lah yang menderma darah untuk nya.

Dua bulan yang lalu..dia didatangi mimpi ngeri bila Nasrul menelefonnya. Nasrul..ada HIV. Dan ketika darahnya didermakan dia masih tidak tahu bahawanya dirinya dijangkiti virus itu.

Makin laju air mata Hana membanjiri pipinya. Sampai begini takdir yang telah tersurat untuknya.
Perempuan itu..perempuan yang Hana nampak bersamanya dulu adalah rakan sekerjanya. Sebenarnya dia nampak Hana ketika itu dan kerana itulah mereka sengaja berjalan berpimpin tangan untuk dia mempunyai alasan berpisah dengan Hana.

"B.." Ikmal bersuara lemah. " maaf..abg tak dapat nak bahagiakan B..tak dapat menjadi suami B..memberi zuriat bersama B..anak-anak yang comel untuk B..abg tak dapat nak tinggalkan apa-apa untuk temani B disini..Cuma abg tinggalkan kenangan kita..kisah cinta kita..sehingga kini..cinta abg untuk B masih bernafas dihati . I do love u so much my Baby.."

Hana meletakkan jarinya dibibir Ikmal. " B tahu..abg berehat okey..B ada kat sini..B teman abg okey." Air mata Ikmal mengalir. Senyumnya terukir dibibir. Digeleng kepalanya perlahan.

"abg nak nyanyikan satu lagu untuk B..untuk B buat kali terakhir." Air mata Hana makin meluncur laju.

*************************

Hana memandang suram pusara Ikmal yang masih merah tanahnya. Semua orang da beredar pulang Cuma dia yang masih berteleku di situ. Air mawar disiramnya ke pusara Ikmal. Dia redha..dia redha dengan pemergian Ikmal. Hati nya kini melepaskan Ikmal pergi dengan rela. Memoga rohnya dicucuri rahmat.

'Sinaran mata..cerita segalanya...
Duka lara terpendam..memori semalam..
Kini..tinggal segala cinta...tiada kembalinya..
Abadi kasih kita..kau bawa bersama..

Mimpi indah mekar..saat cinta bersemi..
Sedetik asmara..syurga selamanya..
Pergilah rinduku..hilangkan dirimu..
Tak sanggup menangung dikalbuku..

Pergilah sayangku..bangunlah semula..
Semangat cintaku membara..
Kerana dia tiada niatku..
Tersemat jua setia bersamanya..

Cinta murni berdua..beribu tahunnya..
Mimpi indah mekar..saat cinta bersemi..
Sedetik asmara syurga selamanya..'

Masih terngiang-ngiang suara Ikmal menyanyikan lagu Kaer Azami. Izinku pergi. Walaupun Ikmal telah tiada namun setiap nafas..cintanya hanya untuk Ikmal. Biarpun cinta akan menjenguk lagi dipintu hatinya nanti..cinta untuk Ikmal tak akan mati dan sentiasa bernafas dihatinya..

p/s: this is my 2nd story after 'Cinta Kita'. Actually I nak uat story yang berperasaan. Tak tahulah citer I ni sampai kat hati korang yang membaca atau tidak..so..give me a comments keh!!!

Read More..
 
Cerpen : Calon

Saya Suraya bte Abu Bakar, anak sulung dari tiga adik-beradik. Asal Muar, Johor. Umur 28 tahun. Saya seorang pakar psikitri dekat Hospital Ampuan Rahimah, Klang. Saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Analisis). Bagaimana saya dapat pekerjaan yang bukan dalam bidang pengkhususan saya bukan apa yang saya ingin ceritakan tapi bagaimana kehidupan yang saya lalui dan perolehi berbeza dengan pemikiran dan keinginan saya terutamannya tentang calon suami saya, Hafizi bin Ishak.

INI ADALAH CERITA TENTANG KRETERIA CALON SUAMI SAYA...

Bagi saya seorang calon suami ideal untuk saya mestilah orang yang lebih tua daripada saya walau cuma seminit, sejam atau satu hari. Saya menetapkan bahawa saya tidak akan menerima seorang lelaki yang lebih muda dari saya sebagai teman hidup. Saya rasakan kematangan dan jaminan perasaan selamat dari seorang lelaki adalah umurnya walau saya sendiri tahu perasaan selamat itu tindakan sifat luar kawalan dan tingkahlaku luar kawalan tidak mengira gender, jantina, umur, fizikal, asal usul melainkan diri seseorang itu sendiri.

Fizi adalah junior saya masa tengah belajar dulu. Masa saya second year dia baru masuk. Kami jumpa dalam Student Resident Colloge atau Majlis Penghuni Desasiswa, sama-sama exco, sama-sama satu jawatan, satu portfolio, sama-sama kerja, sama-sama kongsi cerita dan rahsia. Saya anggap dia sebagai orang yang lebih muda dari saya merangkap adik sebab dia memang muda setahun lebih dengan saya. Tipu kalau dalam masa-masa kami bersama bekerja saya tak tertarik dengan Fizi yang 'gila' dan memang sekepala dengan saya tapi oleh sebab pemikiran saya 'selamat itu umur' buat saya akhirnya ignore je perasaan tu.

Tambah lagi Fizi tu anak manja even dia ada abang dan tiga adik. Dia suka main-mainkan saya terus anggap sayalah kakak dia, mama dia, penasihat merangkap setiusaha peribadi yang tahu semua jadual waktu dia sekali gus penyelamat dia masa susah. Gelaran dia pun masa tu 'baby' jadi macam mana manjanya baby yang nakkan perhatian macam tulah kehendak Fizi yang sukakan perhatian orang, macam mana nakalnya baby macam tulah jahat dan nakalnya Fizi, seperti pendek akal dan tidak matangnya baby maka itulah tahap itulah seperti Fizi, mengada dan dimanja. Terus macam mana saya nak rasa yakin dengan orang yang nampak tak serius dan main-main macam budak kecil seperti Fizi.

Lama-lama saya sedar yang Fizi tak selamanya begitu manja dan keanak-anakan. Makin usia bertambah, makin dewasa, makin banyak saya tempuh, makin ramai orang saya kenal dan makin lama usia persahabatan kami saya sedar bahawa sikap 'baby' Fizi hanya satu bahagian dari ratusan sifat dan sikap Fizi. Di sebalik nakal dia memahami dan sentiasa ada waktu saya sedih dah suka. Waktu saya menangis dan putus harapan di samping senyum dan tawa saya. Fizi yakin saya boleh, saya ada bakat dan saya tidak perlu peduli apa pandangan orang pada saya pada saat orang lain mempertikaikan kenapa pelajar kimia nak jadi pakar psikitri selagi saya kenal dan yakin dengan diri sendiri dan kemampuan saya.

Di satu masa juga saya mulai sedar manja Fizi bukan sekadar suka-suka. Manja dan peramah Fizi adalah ubat yang mengembalikan keyakinan saya masa ibu meninggal akibat kanser. Manja Fizi, gembira Fizi, ketawa Fizi, semua dberika pada saya agar saya kembali ceria dan tabah macam dulu. Mungkin macam saat saya sabar dengan kerenah Fizi yang malas, selalu datang lambat meting, tak mahu jumpa Ketua Resident masa dalam Student Resident College dulu tak termasuk hal-hal hidup dia yang tak pernah terurus dari masalah itu juga yang Fizi rasa bila saya sekan hilang arah bila umi tiada. Umi sumber kekuatan saya lepas abi bercerai dengan umi masa saya kecil lagi. Fizi kembali jadikan saya Suraya yang sukakan cabaran dan tahan rintangan, positif thinker dan tidak mudah tunduk dengan masalah dengan senyum, tawa dan lawak nya. Perhatian Fizi mengerti pemergian umi menjadikan saya suka mengasingkan diri lebih dari sebelumnya. Adanya Fizi beri saya semangat yang selama ini saya fikir dengan usia boleh saya temui namun saya lupa bahawa pengalaman dan pengetahuan akan mematangkan seseorang lebih dari usianya.

Kira satu saat saya pernah berjanji. Ikrar saya, saya tidak akan menjadi perampas hubungan sepasang kekasih. Saya tekad saya akan menjadi cupid yang membantu kawan-kawan saya dan sayalah penyelesai masalah cinta antara dua manusia. Saya meniti masa dewasa saya dengan meihat kebahagian orang lain termasuk Fizi. Saya meniti masa dewasa saya dengan mendengar masalah orang lain termasuk Fizi. Saya meniti masa dewasa saya dengan memikir dan menyelesaikan masalah hubungan cinta orang termasuk Fizi. Saya meniti masa dewasa saya seorang diri kerana terlalu berhati-hati dek tidak mahu terluka sekali lagi dengan cinta lama atau punya masalah dalam rasa cinta macam orang lain termasuk Fizi.

Saya kenal siapa kekasih dan bekas kekasih-kekasih Fizi sejak zaman sekolah menengah, matrikulasi, universiti hingga dia memegang jawatan Pengurus Sumber Manusia MAXIS dengan gaji asas RM 3000++ sama ada melalui gambar atau berdepan. Saya kenal, tahu dan rapat. Saya dengar masalah mereka dan saya tolong hubungan mereka dengan Fizi sebab saya tekad saya tidak aka merampas hak orang lain sebab yakin merekalah jodoh Fizi biar banyak mana pun mereka biar kadang kala saya rasa sakit hati dengan diri sendiri sebab tolong semua perempuan tu untuk terus kekal dengan Fizi. Hati saya melarang keras dan kewarasan saya menidakkan penafian saya bahawa saya punya rasa dengan Fizi.
Tapi bila satu saat, satu detik yang saya yakin saya suka Fizi lebih dari dari seorang junior, kawan, sahabat dan teman rapat, tiba-tiba saya langgar tekad saya. Saya jadi duri dalam daging pada semua bekas kekasih Fizi dan saya sama-sama berebut perhatian dan kasih Fizi dengan segala keberanian yang saya ada.
“ Su suka Fizi..” suara Suraya untuk kali ketiga, dengan jelas, lancar dan tenang dengan memandang tepat ke mata Fizi.
“ Are you kidding? Be serious okey!” Fizi bingkas bantah. Rasa nak tergelak dengan kata-kata Suraya.
“Su, jangan sebab I single dan I cakap yang I tak nak single lagi you terus cakap yang you suka I..”
Suraya tarik nafas dalam-dalam.
“ I'm serious that i'm in love with you, sama macam Idayu, Hazita, Lidyanna dan Zakia. All of them in love with you, so do I”
Dan bila rasa sahabat bertukar cinta, ia tak semudah yang di sangka. Saya seakan hilang separuh kehidupan saya, kehidupan yang ada Fizi sebagai teman terbaik saya. Saya berdepan dengan pandangan Fizi yang tidak percaya saya cintakannya. Saya berdepan dengan pengelakkan Fizi berminggu lamanya, kami tak jumpa, telefon mahupun sms. Bukan saya yang tidak mahu tapi Fizi sndiri yang diamkan diri. Kadang kala saya keliru sama ada pengakuan saya itu benar dari lubuk hati saya atau hanya kerana tak mahu Fizi jauh dari saya dan rapat dengan orang lain.
Fizi pun keliru dan cuba jauhi saya untuk merenung dan berfikir. Akhirnya dia sedar kenapa dia tidak pernah kekal lama dengan satu perempuan. Mereka tidak sama sekali sama dengan saya. Hakikatnya, Fizi mencari kesempurnaan dalam setiap kekasihnya agar lebih dari rasa sempurna dia pada saya hingga membandingkan mereka dengan saya. Cara dia mahu dilayan bukan dipaksa, keterbukaan saya, kesedia saya untuk meluangkan masa dengan dia biar jam berapa pun waktu itu, cara fikir yang sama dan ketahanan untuk melayan perangai anak dia bukan dia melayan perangai keanak-anakan. Akhirnya, kawan menjadi lawan dan saya berdepan dengan perempuan yang menganggap saya jahat dan pengambil kesempatan, talam dua muka dan hipokrit. Biar perit tapi sejak itu saya mula tukar motto 'Jangan jadi perampas' kepada 'Saya bukan perampas Cuma orang yang bijak memanfaatkan peluang sesuai dengan apa yang saya rasa dan mahu' sebab dia memang single, saya tahu saya sayangkan Fizi dan hubungan kami seharusnya telah lama bermula jika saya tidak berpegang pada prinsip kolot dan unlogical..


Tapi, saya juga gembira untuk memilih Fizi sebagai teman hidup saya atas beberapa kriteria lain yang saya anggap penting, ada yang biasa dan ada yang nampak pelik sedikit.

Saya nakkan calon teman hidup saya seorang yang tinggi, suka tersenyum dan bukan lefthanded person sebab saya sederhana tinggi, tidak reti senyum sampai orang kata saya sombong dan saya kidal. Saya nakkan seorang yang berbeza dengan saya supaya dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Saya temuinya dalam Fizi. Tinggi Fizi 172cm, saya 158 cm, Fizi terkenal dengan senyumnya sebagai agen pemikat perempuan sedang saya sentiasa ada masalah meyakinkan orang untuk menukar persepsi pertama mereka bahawa saya kedekut senyum, sombong dan tidak peramah. Tapi, ada satu sifat yanf saya gagal dapat dari Fizi iaitu pendiam sebab saya dengan Fizi sama-sama suka bercakap, membebel dan bergosip.

Jika orang lain mencari calon teman hidup kerana keterampilan, rupa dan kecomelan dia, saya tak nafikan rupa juga syarat penting bagi saya. Kulit cerah itu perlu sebab saya sawo matang. Janggut seciput cukup untuk jadikan Fizi nampak matang dalam rupa childish dia. Rambut tak perlulah mencacak sangat tapi janganlah disikat 'M'. Bibir kena bebas rokok. Biar saya tahu Fizi seorang smoker dahulu, namun saya tetap cuba menasihatinya untuk berhenti merokok, bukan kerana saya tetapi demi dirinya sendiri dan akhirnya berjaya bila masa kami mula bertuang dulu. Subjek keperluan asas calon suami juga kenalah ada macam duit simpanan, rumah, kereta dan pekerjaan dengan gaji tetap. Bukan materialistik tapi mencari jaminan bahawa bila saya hidup dengan Fizi, biar saya memang bekerja dan mampu dengan gaji saya sendiri, saya tetap mahu Fizi rasa kebergantungan saya pada dia dan rasa berdikari dalam diri dia untuk menyediakan segala-galanya untuk masa depan kami. Saya mahukan rasa selamat sebelum memutuskan calon teman hidup saya dan mungkin dah tersurat Fizi lebih mudah jalan hidupnya sejak tamat belajar. Kereta sendiri sebulan lepas dapat kerja, kondominium atas nama sendiri pada usia 25 tahun dan kenaikan pangkat dari jawatan penolong pengurus lantas menjadi pengurus termuda pada usia 26 tahun.

Saya juga nakkan calon teman hidup saya, kampungnya dekat dengan saya. Lagi baik kalau orang Johor atau Melaka tapi lagi afdal kalau orang Muar terus. Ini saya dapat dengan Fizi biar saya tidak pernah merancang sebelum ni. Biarpun kami bukan anak Jawa Johor tulen setelah mengalami banyak campuran tapi kami membesar di Johor. Biar kami tak reti cakap jawa tapi kami masih mix Jawa-Melayu yang tinggal kat Muar, Johor. Family kami menetap di Muar,Johor dan itu sedikit membuat saya gembira sebab senang sangatlah saya nak balik kampung bila cuti terutama Hari Raya Aidifitri. Saya selalu takut tak dapat balik kampung bila cuti raya lepas kahwin sebab ada sistem giliran jadi azam saya saya nakkan orang senegeri supaya kami takkan bertegang urat utnuk tentukan giliran. Biarpun saya kena pulang ke rumah mertua tapi saya masih boleh ke rumah family saya yang masih dalam daerah yang sama dan perjalanan kurang sejam pergi dan balik.

Namun, apa yang paling penting bagi saya untuk calon suami saya adalah agama dan cara hidupnya. Biar Fizi adalah 'buaya darat' namun jauh dalam dirinya dia ingin setia, kekal pada satu perempuan. Fizi cukup tiang agamanya dan saya percaya kuat iman dan taqwanya untuk membimbing saya nanti. Ada juga rasa selamat dan selesa yang dia beri untuk saya. Rasa yakin dan percaya bahawa pilihan saya tepat dan percaya bahawa dia adalah jodoh saya dan saya adalah jodoh dia. Nilai etika, sikap dan sifat dalaman Fizi yang memahami dan tidak banyak kerenah membuat saya paut padanaya. Masa perkenalan, persahabatan dan percintaan kami yang panjang membuat antara saya dan Fizi saling mengetahui, memahami, mengerti dan mempercayai antara satu sama lain. Biar sering tidak sependapat namun keretakan itulah yang membuka ruang pada saya dan Fizi sedar yang masih banyak yang kami tidak tahu tentang diri masing-masing. Fizi memberi ruang dan peluang untuk saya bebas dengan apa yang saya fikir dan mahu lakukan. Fizi juga saya jelmakan peluang dan ruangnya sendiri tanpa saya. Saya ingin bebas dan berdikari tanpa kongkongan begitu juga Fizi jadi kami sandarkan kepercayaaan dan nilai tolak ansur dalam diri saya dan Fizi sepanjang perkenalan kami.

Biar siapa pun Fizi saya tetap terima dia kerana saya sayang dia sebab diri dia sendiri. Nasib saya dek apa yang saya impi ada pada Fizi namun saya masih menerima dirinya kerana sayang dan kasih saya pada Fizi. Moga majlis esok hari adalah akad nikah yang pertama dan terakhir buat sayaya dan Fizi...

Read More..
 
Cerpen : Cerita Dulu

Pagi-pagi aku sudah bangun, walaupun kepenatan melayan tetamu semasa kenduri kesyukuran menyambut kepulanganku daripada rantau orang masih berbaki, aku cuba bertahan. Cutiku masih berbaki seminggu sebelum aku memulakan tugas baruku sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Ada tempat yang ingin ku kunjungi, aku ingin ke Muar. Tempat yang banyak mengabadikan kenangan zaman remajaku.
Sekolah Menengah Sains Muar atau lebih dikenali sebagai SAMURA. Walaupun aku hanya menuntut di situ selama dua tahun iaitu semasa di tingkatan empat dan tingkatan lima, namun tempat itu benar-benar mencatatkan seribu satu kenangan dalam lembaran hidupku. Tempat ini mengajar aku menjadi lebih matang tanpa melupakan kenikmatan yang harus aku nikmati sebagai seorang remaja. Namun tahun akhirku merupakan tahun yang tidak mampu aku lupakan sehingga saat ini.
Perjalanan dari kampungku di Batu Pahat ke Muar hanya mengambil masa tidak sampai dua jam. Sudah hampir 10 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke daerah yang dikenali Bandar Maharani ini. Betapa daerah kecil ini sudah banyak berubah selari dengan arus kemodenan. Hatiku disapa hiba apabila melintasi jambatan yang merentasi Sungai Muar untuk memasuki kawasan Tanjung Agas di mana terletaknya SAMURA. Melihat kebiruan air muara sungai Muar aku teringat kenangan menaiki bas sekolah yang kami gelar ‘coaster’ melintasi jambatan itu setiap minggu untuk ‘outing’, setiap minggu ke bandar Muar. Bas itu kami gelar coaster kerana bas itu sudah terlalu uzur sehingga terasa seperti menaiki rollercoaster ketika menaikinya.Semakin hampir dengan dengan aku dengan destinasiku, debaran hatiku makin kuat. Dalam hatiku tertanya-tanya, bagaimana agaknya keadaan sekolahku. Tentunya sudah banyak berubah.
Memang benar sekolahku itu sudah berubah namun suasananya masih juga sama. Dari jauh ku lihat bumbumg sekolah yang bewarna merah bata. Di hadapan sekolah sudah dibina sebuah pusat membeli belah, seingatku semasa aku menamatkan pengajianku di sini pembinaannya masih lagi dalam perancangan awal. Hatiku berbelah bagi sewaktu sampai ke pintu pagar. Adakah aku sudah bersedia menghadapi masa silamku.
Aku membelok memasuki kawasan sekolah. Pintu utama sekolah sudah dilebarkan. Pasti masalah kesesakkan terutama sewaktu waktu bermula cuti semester dapat diatasi. Kulewati padang SAMURA yang dahulunya menjadi tempat riadah aku dan teman-teman, masih teringat betapa malasnya kami ingin turun riadah. Kami sentiasa turun riadah lambat namun antara pelajar yang paling awal masuk ke dewan makan untuk makan malam.
"Assalamualikumwarahmatullah hiwabarakatuh…perhatian kepada semua warga aspuri, sila kosongkan asrama lima saat dari sekarang…5…4…3…4..1" Suraya pengawas yang paling terkenal dengan keskemaannya sudah mula menjerit, sedangkan aku baru sahaja selesai menunaikan solat asar. Di luar musollah Alisa teman baikku sudah memoncongkan mulutnya. Alisa memang tidak menggemari sikapku yang suka berlengah.
Satu keunikkan sekolahku ini, diantara dua padang di sini terdapat sebuah tanah perkuburan islam. Jika disebut SAMURA pasti semua orang akan terbayangkan tanah perkuburan ini. Aku masih ingat ketika aku memperkenalkan diri dan sekolahku semasa menyertai kem Bahasa Inggeris peringkat sekolah berasrama penuh.
"Oh, I see. So you came from the school that has a graveyard. Is it really haunted?" antara reaksi yang aku terima.
Aku sendiri seram sewaktu mula-mula menjejakan kaki di sekolah ini, apatah lagi dimomokkan dengan pelbagai cerita seram oleh senior. Namun lama-kelamaan aku sudah terbiasa dengan suasana ini. Malah aku, Alisa dan Wana memang gemar melepak di gazebo yang terletak bersebelahan kawasan perkuburan itu. Lorong ke kawasan taman itu dinamakan Lorong Taubat. Aku dapat merasakan ketenangan ketika berada di situ. Aku teringat Apek atau Hazri rakan sekelasku pernah bercerita bahawa pagar kubur adalah laluan paling selamat untuk ‘fly’ atau keluar malam secara haram.
Aku letakkan keretaku di Dataran SAMURA atau lebih dikenali sebagai SAMURA Squares. Di sinilah biasanya para pelajar berlatih kawad.Aku masih ingat semasa aku menyertai pertandingan kawad peringkat daerah mewakili Persatuan Puteri Islam,aku, Alisa, Sarah dan Suria berlatih sehingga lewat malam, kadangkala sehingga tengah malam. Memang memenatkan namun ia secara tidak langsung merapatkan hubungan kami apatahlagi kami satu kelas sehingga dikenali sebagai ‘pinky girls’.
Sebenarnya aku datang untuk menghadiri perjumpaan pelajar SAMURA untuk genersai 23 atau dikenali sebagai ‘batch 23’. Kulihat jam tanganku, jarum baru menunjukkan pukul 8.30 pagi, majlis hanya akan bermula pukul9.30 pagi.Kehadiranku aku rahsiakan dari pengetahuan semua teman-temanku termasuk Alisa.Aku mahu memberi kejutan kepada mereka. Aku tahu selama ini mereka tertanya-tanya ke mana aku menghilang.Aku terus menyepikan diri selepas aku mendapat keputusan SPM yang agak teruk.Hatiku bagai dihampas kaca apabila aku tak layak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi awam atau kolej matrikulasi.Aku hanya mampu mengambil program asasi di kolej swasta.Sejak itu aku berjanji aku takkan menjejakkan kaki ke SAMURA selagi aku tidak berjaya.Aku hanya berhubung dengan Alisa melalui e-mail, daripada Alisa jugalah aku mendapat jemputan majlis ini.Alisa adalah salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.Dia juga kini sudah menjadi guru bahasa Inggeris di SAMURA, namun kukatakan padanya bahawa aku tak pasti samaada aku dapat menghadiri majlis ini atau tidak.
Aku melangkah ke dewan besar aku mahu menjengah ke situ sebentar, aku mahu mencari Alisa.Dari kejauhan aku melihat Alisa sedang berbual mesra dengan Hafiz atau Macha yang kini sudah bergelar suaminya sambil mengendong anak sulung mereka.Aku mengambil keputusan membiarkan mereka, aku akan menegur mereka sebelum majlis bermula. Walaupun dewan ini telah disusun dengan meja bulat dan kerusi namun auranya masih sama seperti 10 tahun dulu.Masih terbayang dalam mindaku suasana dewan ini yang riuh rendah dengan lagu sorak apabila berlangsungnya pertandingan antara rumah.Keesokkan harinya kami semua pasti kehilangan suara. Rumah Bestari, Budiman, Pujangga dan Sarjana, setiap satunya mempunyai lagu sorak yang menarik.
Aku mendaki anak–anak tangga menuju ke tingkat tiga blok tingkatan lima.Setapak demi setapak kakiku melangkah, aku bagaikan disuntik semangat baru untuk melangkah ke zaman remajaku. Blok tingkatan lima sunyi sepi kerana para pelajar pulang bermalam wajib ke rumah.Ku susuri koridor tingkat tiga, aku tersenyum mengingatkan kenangan aku bersama-sama teman-teman.Masih segar memori suatu Sabtu,waktu itu aku dan Alisa ke kelas untuk mengambil barangku yang ku tinggalkan di dalam loker di kelas.Pada kebiasaannya tidak ramai pelajar yang dating ke kelas pada hari Sabtu, cuma segelintir pelajar sahaja yang lebih selesa belajar di kelas.
"Lisa agak-agak Macha datang kelas tak? Mesti kau rindu kat lesung pipit dia kan…hehehe"aku mengusik Alisa.Dia dan Hafiz memang sudah digosipkan sejak kami tingkatan empat lagi walaupun realitinya mereka tidak bercinta tetapi hubungan mereka tak pernah baik, seperti anjing dan kucing sahaja lagaknya.
"Huhh…tak ingin aku nak jumpa dia," Alisa menjuihkan bibirnya.
"Hahaha…macam muncung tengiling," aku seronok mengiat Alisa.
Dugaan ku salah,suasana dalam kelasku agak riuh.Ramai pelajar lelaki berkumpul di situ, mungkin mereka semua belajar bersama-sama. Setelah memberi salam aku melangkah dengan selamba.Sesungguhnya aku memang jenis yang tidak bergaul dengan lelaki.Kehadiran mereka selama ini aku tidak ambil endah.Aku hanya bercakap dengan mereka jika ada hal penting sahaja.
"Nanas…nanas…nanas…nanas..," tiba-tiba ku terdengar sorakkan daripada kumpulan pelajar lelaki.Aku tahu maksud ‘nanas’.Gabungan nama panggilan aku iaitu Nana dan salah seorang pelajar lelaki di kelasku yang digelar Ginas.Nama sebenarnya ialah Alif Nazrin.Aku cepat-cepat mengambil barangku.Seboleh-bolehnya aku mahu beredar dengan segera.Aku toleh ke arah kumpulan pelajar lelaki itu dengan muka masam, mataku tepat ke rah Ginas yang hanya tersengih sambil menjunkitkan bahu.
Dengan pantas ku tarik tangan Alisa keluar dari kelas 5 Cekap.Sangkaanku sorakkan itu akan berakhir di dalam kelas namun sangkaanku itu meleset, sorakkan itu telah merebak.Sewaktu aku menuruni tangga ku lihat ramai pelajar lelaki beratur di sepanjang koridor.Saat itu hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku.Mukaku sudah merona merah.Gosip aku dan Ginas sudah merebak ke satu sekolah apatahlagi Ginas adalah atlet sekolah.Sudah tentu dia dikenali ramai.Sejak itu aku tidak berani ke sekolah pada hari Sabtu.Aku benar-benar serik.
Aku tersentak apabila lagu Mirai dendangan penyanyi Jepun,Kiroro berkumandang menandakan satu mesej sampai ke dalam peti masuk telefonku. Aku tersenyum,lagu ini sudah lama sebenarnya. Ia amat popular semasa aku tingkatan lima malah ia dianggap lagu Batch 23.

-Salam,hari ni b23 ada reunion.bezny kalo ko ad. Aku rindu kat ko.
Kan bez kalo kita leh lepak kat kelas lps 2 bergosip. Like old days…

Rupa-rupanya mesej dari Alisa.Kesian Alisa, sudah lama dia ingin berjumpa denganku,cuma aku yang masih belum bersedia.Selama lapan tahun hanya e-mail dan telefon setia menghubungkan dua orang sahabat.
-Salam kembali. Ye ke aku ada lagi bez. Takut aku kaco papa and mama baru memadu kasih.By da way ko nampak chubby la skrg…comei la
p/s:cantiklah baju kau,meletup…warna biru siap manik-manik lagi..hehehe
Aku menjawab mesej itu.Mampukah Alisa meneka dimana aku sekarang.
-where r u exactly Nana?
Mesejku berbalas.
-huhuhu…find me if u can.
Aku pasti Alisa sudah dapat mengagak di mana aku mberada di waktu ini.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas 5 Cekap.Suasana di dalam kelas itu tidak jauh berubah.Susunan mejanya juga tidak jauh berbeza.Meja disusun berkumpulan, satu kumpulan terdapat empat meja untuk memudahkan para pelajar berbincang.Meja guru pula diletak di bahagian kanan di hadapan kelas.Mejaku terletak di kumpulan yang betul-betul berada di hadapan meja guru. Aku, Alisa, Suria dan Sarah duduk satu kumpulan.Aku tersenyum sendiri mengenangkan gelagat kami pada waktu itu, pantang ada waktu terluang kami pasti mengambil peluang untuk melelapkan mata.Hal ini bukan sahaja terjadi kepada kami sahaja malah hal ini terjadi kepada semua warga SAMURA.
"Tiada bantal yang lebih selesa melainkan meja di kelas…" aku masih ingat ungkapan yang sering diungkapkan oleh warga SAMURA.
Pada masa itu Macha, Bonzer, dan Aney memang suka mengenakan kami.Mereka akan bangun secara serentak untuk mengejutkan kami.Kesian Sarah, dia selalu dikejutkan.Aku jarang dikenakan oleh mereka kerana aku selalu terdengar rancangan mereka.
"Grukkkk…."serentak bunyi kerusi tertarik.
"Opocot…"Sarah melatah.Serentak dengan itu jugak aku terdengar bunyi ketawa mereka bertiga.
"Huhhh…terkejutnya aku," selepas beberapa minit barulah aku mengangkat kepala dengan mimik muka terkejut yang dibuat-buat.Reaksiku inilah yang selalu membuat mereka bengang.
Dari khabar yang aku dengar dari Alisa, Bonzer, Macha, Aney dan Ginas telah bergelar pegawai tentera berjawatan besar.Mereka telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Malaysia selepas tamat SPM. Bagaimanalah agaknya tubuh Ginas yang kurus kering itu lengkap dengan uniform.Aku pasti dengan latihan yang diterima pasti fizikalnya juga telah berubah.
Aku menjenguk dari tingkap di sebelah tempat dudukku.Dari atas aku dapat lihat kantin sekolah dan taman Botani yang dibina hasil titik peluh pelajar-pelajar Batch 23.Aku memang suka mengelamun di tingkap ini.Aku masih ingat guru Matematik Moden kami, Puan Hashimah.Beliau memang terkenal sebagai seorang guru yang bersuara kuat dan peka.Beliau akan ‘menyerang’ para pelajar yang leka semasa kelasnya.Namun aku jarang menjadi mangsanya kerana aku selalu diselamatkan oleh Alisa.Alisa amat menggemari subjek ini, namun oleh kerana matanya yang sepet Puan Hashimah selalu tersalah anggap bahawa dia sedang tidur.
"Alisa!!!!!!.....awak tidur ya?" suara lantang Puan Hasyimah bergema di seluruh SAMURA.Suara itu bukan sahaja mengejutkan aku malah pelajar lain yang sudah tertidur atau sedang mengelamun melayan perut yang sudah berkerocong.Aku berpura-pura sibuk menjawab soalan sedangkan Alisa sedang terkulat-kulat menahan malu kerana ditegur di atas kesalahan yang tidak dilakukan.
Aku bergerak ke bahagian belakang.Di bahagian belakang kelas pula disusun loker, rak buku dan meja belajar.Sudut ini dikhaskan untuk para belajar berehat.Aku sendiri memang gemar melepak di situ.Aku menyingkap alas meja,masih jelas kelihatan silangkata yang menggabungkan namaku dan Ginas di situ.Ini semua adalah perbuatan rakan-rakan Ginas.Masih jelas dalam mindaku bagaimana bersungguh-sungguh Ginas cuba memadamnya setelah aku mengamuk. Namun usahanya cuma sia-sia kerana ia tidak dapat ditanggalkan.
"Aaaaaa…Nurul Diana binti Aziz a.k.a Nana.Ia that really you?" Alisa sudah tercegat di depan pintu di samping Macha yang sedang mendukung seorang bayi comel.
Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berpelukan.Jarak waktu yang memisahkan kami telah mewujudkan perasaan rindu yang menggunung tinggi.Walaupun aku saban hari berhubung dengannya melalui e-mail dan telefon namun ia tak mungkin dapat menyamai dengan perasaan bersua muka.
"Auuuu…sakit tau. Makin tembam aku…" aku menjerit kesakitan bila Alisa mencubit pipiku.
"Oh my God it’s really you.Itu untuk pastikan yang aku tak bermimpi. Pipi kau still gebu macam dulu…and you still use the same santences for all this year," kami semua tergelak mendengar kata-kata Alisa itu.
"Let me take a look at you. Kau dah banyak berubah,walaupun pipi kau still gebu macam dulu tapi kau dah kurus la.Kenapa, tak makan eh?" Alisa memang begitu,dia seorang yang perihatin.
"Habisla kau Nana,dia dah sebut pasal makan.Kau tengok aku sekarang perut pun dah boroi sikit. Hari-hari dia paksa aku makan, kalau aku tak makan muncunglah bestfriend kau sorang ni," Hafiz yang diam sedari tadi bersuara.
"Yela abangtu,dia yang makan tak ingat dunia salahkan kita pulak…"Alisa mencubit lengan suaminya.
"Tengoktu Nana, tadi kau sekarang aku pulak kena penyepit ketam dia,"Hafiz juga masih seperti dulu, masih suka bergurau.
"Dah…dah…korang ni sebelum kahwin sampai dah jadi papa dengan mama masih suka bergaduh lagi…buat malu je kan baby ,"aku bersuara sambil mengambil Anas Diana puteri sulung Alisa dan Hafiz.Aku benar tidak sangka janji Alisa ketika zaman remajanya dikotakan.
"Nana, nanti bila aku ada anak perempuan satu hari nanti aku nak namakan dia…Anas Diana, kau tahu Anas tu maknanya kawan tau…kawan kepada Diana,"kata Alisa padaku pada suatu petang ketika kami sedang berehat-rehat di gazebo kubur.
"Wah terharunya aku….Anas Diana binti Mohd Hafiz.Wah sedap-sedap…,".
"Eeeee,meh aku cubit pipi kau yang gebuni….tak nak la kawin dengan mamat bengong tu,menyampah tau tak,"tiada siapa sangka usikanku menjadi nyata.
"Woi berangan ke?"suara Alisa mengejutkan lamunanku.
"Mane ade, teringat kisah lama la, rindu aku kat korang semua…Anas dapat tak hadiah yang Auntie Nana kirim?" perhatianku kembali tertumpu pada Anas Diana, wajahnya lebih mirip ibunya namun aku perasan bayi kecil ini mempunyai sepasang lesung pipit seperti ayahnya.Terkekek-kekek bayi comel ini ketawa apabila aku menganggahnya.Aku berharap suatu hari nanti aku juga akan dikurniakan anak yang comel seperti ini.
"Thanks ya Nana.Susah-susah je kau kau hantar hadiah untuk anak aku jauh dari UK pulak tu…kalo dah rindu kenapa aku tak nak jumpa kitaorang sume.Kawan-kawan kita semua tertanya-tanya mana kau menghilang…tambah-tambah sorang mamat tu," Alisa bersuara sambil merangkul lengan suaminya.Mereka kini benar-benar bahagia.
"Bukannya apapun Lisa…aku beli untuk anak angkat aku sorang ni. Kira tebus kesalahan jugak la ni…anak angkat dah umur 7 bulan baru mak angkat nak jumpa. Aku bukannya tak nak jumpa korang semua tapi aku dah janji dengan diri aku sendiri selagi aku tak berjaya selagi tu la aku tak akan jumpa korang. Lagipun sapa sangat la ingat kat aku..aku bukannya popularpun dulu. Tak macam si Hafiz ni, kaki mencapub," sudah lama aku tidak menggunakan perkataan asrama yang bermaksud mencari publisti itu.
"Well…what to do, aku memang popular…hehehe.Tak de siapa ingat konon.Abis si Ginas tu bukan orang…gorilla? Setiap kali ada perjumpaan mesti dia dok soal siasat aku dengan Lisa…Nana mane?Dia tak datang ke? Dia buat ape sekarang? Dah kahwin ke?Dia single lagi ke?Mengikut firasat nujum pak belalang aku la dia tu dok tunggu kau la," kata Hafiz sambil mengurut dagunya yang tiada janggut itu.
"Banyak la kau punya firasat, apahal pulak dia dok tunggu aku. Kitaorang bukannya pernah bercintapun.Dah 10 tahun tau…tak habis-habis lagi ke gosip tu.Hantar kat ,melodi pun kena reject…dah sejuk tau tak," memang kebenarannya aku dan Ginas memang tiada apa-apa hubungan selama ini.
"Orang cakap tak percaya…tapi tak pe jap lagi dia sampai la tu.Boleh la melepaskan rindu dendam kat boyfriend lame. Ni kau balik Malaysia bercuti ke for good?" nampaknya harini aku sekali lagi akan menjadi bahan usikkan pasangan suami isteri ini.
"Banyaklah kau punya rindu…aku balik untuk selama-lamanyalah,next week aku mula mengajar kat UTM. Enam tahun aku kat UK,habis master terus sambung phd sambil kerja…dah sampai masa aku berbakti untuk negara pulak.Aku dah tak larat nak duduk sana sorang-sorang".
"Wow sekarang aku kena panggil Dr.Diana la ni.Bagusla macam tu…banyak benda yang aku nak tau pasal kau. There so much things to catch up for ten years. Malam ni Dr.Diana tak payah balik, tido je rumah kitaorang," kali ini Alisa tidak mahu melepaskanku lagi.
"Aku mana bawak baju…takkan kau nak suruh aku pakai baju ni sampai esok.Lain kali je la eh…,"aku memang tidak bercadang untuk bermalam di Muar.
"Sorry Dr.Diana…I did not accept no as answer.Nak kena demerit ke? Baju aku kan ada macam tak biasa pulak,"Alisa sudah mencekak pinggang.Semasa zaman sekolah dahulu kami memang selalu bertukar-tukar baju apabila sudah bosan memakai baju sendiri.
"Huhuhu…ok teacher. Garang betul la teacher ni…Hafiz garang betul bini kau sorang ni," riak wajah Alisa benar-benar membuatkan aku ingin ketawa.Riak inilah yang sering aku lihat sepuluh tahun dulu apabila aku memberi alasan yang tidak boleh diterimanya.
"Kau jangan tak tau aku kahwin dengan warden SAMURA tau…berani nak lawan cakap,"Hafiz mengusik isterinya.
"Dah jom turun lagi 15 minit majlis nak mula,saya kena tengok persiapan akhir.Abang tu kalau tak mengusik saya memang tak sah.Nana kau nak turun dengan kami ke, nak stay lagi?"Alisa sudah mengambil Anas dariku dan bergerak kepintu.
"Tak apalah you guys turun dulu, bila majlis nak mula baru aku turun. Aku belum daftar nama, kau daftarkan untuk aku eh…aku nak kenang memori zaman muda-muda dulu,"aku masih mahu berada di kelas 5 cekap ini.
"Alah macam la kita ni tua sangat umur baru nak masuk 28 tau…kau sorang-sorang kat sini baik-baik.Tempat ni keras tau..almaklumlah SAMURA ni diperbuat daripada batu," Hafiz masih lagi sempat lagi bergurau sebelum beredar bersama Alisa.
Aku kembali bersendirian.Tak sangka gosip zaman remaja menyatukan Alisa dan Hafiz.Gosipku pula, adakah ia akan menjadi kenyataan?Hanya Tuhan yang tahu.Kau memandang ke sebuah meja yang betul-betul berhadapan meja belajar.Di situlah Ginas duduk.Aku akui aku pernah menyukai Ginas, dia seorang pelajar yang pintar, dia juga jenis perahsia,jarang dia membicarakan tentang hal peribadi.Dia amat berbakat dalam bidang sukan dan dia sangat pandai melukis.Semasa kami di tingkataan lima dia pernah melukis potret semua pelajar dalam kelas kami. Sehingga kini potret itu masih aku simpan dan aku bingkaikan.Antara sifatnya yang aku suka ialah dia seorang yang agak alim,dia sering mengimamkan solat berjemaah, dia juga akan melindungi aku dengan cara membiarkandirinya terus menjadi usikan apabila gosip tentang kami diungkit, dengan cara ini aku tidak diusik.Dia seperti memahami sikapku yang tidak suka dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Aku sendiri tidak tahu mengapa kami digosipkan,sedangkan kami jarang bercakap apatahlagi bercinta.Puas aku memikirkan sebabnya namun aku masih belum menemui jawapannya.Mungkin juga kerana kadang kala kami selalu terperangkap dalam keadaan yang boleh merancakkan gosip tersebut.Aku teringat satu kejadian,oleh kerana cuaca panas ketika prep petang aku mengambil keputusan untuk mengulangkaji pelajaran di meja belajar yang terletak di bawah kipas.Entah bagaimana aku terlelap sambil menompang dagu. Ketika kau terlelap Ginas tiada di tempatnya. Selepas 15 minit aku terjaga apabila terdengar suara orang ramai yang sedang ketawa.Apabila kucelikkan mata aku lihat semua mata tertumpu pada aku dan Ginas.Rupa-rupanya dia juga terlelap di mejanya dengan wajahnya di palingkan ke arahku.Jika dilihat sekali imbas keadaannya seperti kami sedang bermain mata.Hanya Tuhan sahaja tau betapa malunya aku ketika itu sedangkan dia hanya bersikap selamba.
"Oooo…ni kerja korang eh datang prep petang main mata," Hafiz sambil menepuk-nepuk bahu Ginas.Kawan-kawan sekelasku yang lain sudah terburai ketawa.Entah sudah berapa lama kami diperhatikan.
"Eh Macha takkan jeles kot,ko pegi la renung Lisa…biar aku je renung Nana sambil mata tertutup,"balas Ginas yang sudah kembali menyambung tidurnya dengan selamba.
Aku tersenyum bersendirian mengingatkan peristiwa itu. Zaman remajaku sangat indah. Dihiasi dengan suka, duka, usikan yang diiringi dengan tawa. Alangkah indahnya jika saat-saat itu dapat aku ulangi.
"Asssalamualaikum.Hai…senyum sorang-sorang nampak, ingat kat saya ke ?" tiba-tiba satu suara menyapaku.
"Waa…laikumussalam…Nas…,"buat seketika lidahku kelu seketika sebelum menjawab pertanyaannya tadi,"perasan je mane ade orang ingat kat dia,".
"Nana ingat kes kita kena tangkap tengah main mata tu kan…kalo tidak buat apa Nana renung tempat Nas," Ginas duduk di tempat yang diduduki 10 tahun dahulu cuma bezanya dia menghadap ke arahku. Dengan kemeja hitam berbelang kelabu yang lengannya dilipat hingga lengan,seluar slack hitam dan kasut kulit sama warna dia kelihatan begitu bergaya. Seperti sudah berjanji kami memakai baju sama warna. Hari ini aku menggayakan sepasang kurung moden dari fabrik sutera bewarna hitam berbunga kelabu yang dihiasi manik-manik. Aku masih ingat pada suatu ketika dahulu kami juga sering diusik ketika prep malam kerana sering memakai baju warna sedondon ke prep malam.
Aku hanya tertunduk malu.Wajahku sudah merona merah,malu kerana tekaan Ginas memang benar.Entah berapa lama dia memerhatikan tindak-tandukku tanpa aku sedari.
"Nana…Nana…dah sepuluh tahun, eventhough you are more beautiful but you are still the same Nana that I use to know," Ginas bersuara lagi sambil merenungku.
"Apa yang tak berubah?I change a lot you know,"aku masih menundukkan wajah. Renungannya membuatkan aku berdebar-debar.
"Apa yang tak berubah? Nana masih Nana yang akan blush macam sekarang bila kena usik, lagi satu Nana still lagi tak berani tenung Nas dengan mata Nana yang cantik tu…and did I mention that you still have your sweet smile yang buatkan Nas selalu tak sabar nak datang kelas," pengakuan Nas menyebabkan aku merenungnya kembali.Adakah selama ini dia juga menyimpan perasaan terhadapku.
"And you have change a lot…dah tak perahsia lagi,tak tau malu dah. Complete dengan ayat jiwang lagi. Kalau dulu susah sangat nak berterus-terang .Ingat lagi soalan truth or dare yang Nas dapat masa majlis akhir tahun tu,sampai sekarang tak jawab…apa pendapat Nas tentang Nana?," suasana kami ketika itu membuatkan aku lebih berani berbicara lebih terbuka.
"Sebab sikap Nas yang suka berahsia tu la Nas terpaksa tunggu Nana selama 10 tahun…Nas tak sanggup lepaskan Nana lagi.Hari ni Nas nak jawab soalan tu dan bagitau Nana satu rahsia besar…Nas dah tunggu Nana lama sangat untuk bagitau rahsia ni,"ada riak kekesalan di wajahnya. Sungguh aku berdebar-debar menanti bicaranya yang seterusnya.
"Nas rasa awek yang namenya Nana tu comel sangat, tapi dia tu liat sikit…dia tak suka layan budak lelaki.Kalo kena kacau muke dengan budak lelaki muke dia macam nak makan orang tapi hati dia baik sangat.Dia selalu ambik berat kalau kawan-kawan dia tak sihat.Dulu dia pernah letak ubat demam bawah meja sorang budak lelaki senyap-senyap,siap dengan air sekali,"kata-kata Ginas itu benar-benar buat aku terkejut.Bagaimana dia tahu yang aku adalah orang yang meletakkan ubat di bawah mejanya ketika dia demam dahulu.
"Macam mane Nas tau,Nana yang letak? Entah-entah orang lain kot…" aku masih lagi cuba mengelak namun tiada kesungguhan di situ.
"Tak nak mengaku lagi tu,cik adik oi awak ingat tak ada orang nampak ke?Nas nampak Nana yang letak masa Nas nak masuk kelas.Masa tu lah Nas jatuh hati kat awek baik hati itu. Luar nampak sombong tapi rupa-rupanya baik hati, prihatin pulak tu…" Ginas sudah berpindah ke kerusi kosong di hadapanku.
Aku hanya mampu menguntum senyuman.Terlalu banyak cerita indah yang kami kongsi walaupun kami jarang berbicara.Kenangan yang kami kongsi tanpa dirancang dan hadir tanpa bicara.Aku merenung jejaka di hadapanku, betapa aku merinduinya selama ini,cuma aku tak pernah menyedari kehadiran rasa itu.
"Nana ingat tak masa kita kena usik main mata tu…sebenarnya Nas memang tengah tenung muka Nana pun…malah Nas selalu curi-curi pandang Nana…dalam kelas,dalam library,dekat padang,atas pentas,kat dewan makan….Your present make my day complete. Tapi masa tu Nas takut untuk berterus-terang …. Gosip Nanas tu pun sebenarnya rancangan kawan-kawan Nas untuk satukan kita… Nana garang sangat masa tu, kalo Nas cakap masa tu pun mesti Nas kena reject,"kata Nas itu membuatkan aku dan Ginas sama-sama tergelak.
"Tau tak pe…kalo mase tu Nas propose , confirm blum abis cakap lagi Nana dah reject,"ketawa kami masih bersisa.
"Sekarang macam mane, dah 10 tahun dah takkan kena reject lagi kot? Nas bawak benda ni setiap kali perjumpaan dengan harapan Nas akan jumpa bakal pemiliknya.Nana would you like to accompany me for rest of my life?" aku benar-benar tergamam melihat Ginas mengeluarkan sebentuk cincin platinum yang dihiasi sebutir batu permata.
"Ya Allah…,"aku hanya mampu menyebut nama Dia pencipta seluruh alam.Airmata gembira sudah mengalir di pipiku.Sesungguhnya ke hadiranku di SAMURA bukan sahaja dapat mengimbau kenangan lalu tetapi aku juga telah mencipta satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup.

Read More..