Novel : Cintaku 1

Novel : Cintaku 1
Nama Pena : reen

" HAAA!!!"

Pekikan itu mengejutkan semua orang yang berada di kelas itu. Senyap seketika. Sepertinya mereka membiarkan angin berlalu begitu saja. Liyana melompat dari tempatnya dan naik ke atas kerusinya. Kesemua mata yang berada di sana sedang memandang gelagat Liyana. Dia masih tidak sedar bahawa dirinya diperhati oleh semua penghuni kelas itu. Dia menggeliat kegelian.

" Ya ampun…Liyana! " Suara pensyarah yang bernama Ahmad Syukri itu menegurnya serta merta telah menyedarkan Liyana. Dia memandang seluruh kelas itu. Dia terkedu apabila semua mata sedang memerhatinya dengan penuh perasaan aneh.

Mampus la aku!!!


" Apasal awak memekik macam nampak hantu! Nak kami semua mampus ke dengar pekikan awak yang tiba-tiba saja tu. Dah tu, sampai naik kerusi pulak. Awak tak nampak ke saya sedang mengajar kat depan ni? Atau, awak nak gantikan tempat saya?" Kecut rasanya hati Liyana mendengar suara pensyarahnya yang garang. Merona merah mukanya saat itu. Dia hanya mampu menunduk.
" Dah, sekarang awak turun dari kerusi tu!" Arah Ahmad. Serta merta Liyana memandang tepat wajah pensyarahnya itu. Dia terasa manik-manik peluh meluncur dengan laju dari dahinya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Kali ini, dia benar-benar mampus! Lin, Azri, please tolong aku!

" Budak ni, orang suruh turun, menggeleng pulak. Sebenarnya apa yang berlaku?" Hairan Ahmad melihat Liyana yang diam tidak terkata-kata. Liyana cuba menyusun jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Ahmad. Lin hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan Azri.
" Sebenarnya, a…ada ti…tikus!" Dia berkata sambil menunjuk ke arah bawah mejanya. Suasana sepi mencengkam kembali kelas itu. Beberapa saat dibiarkan berlalu, akhirnya kedengaran gelak ketawa semua orang memecahkan kesunyian yang melanda di tempat itu. Malah, pensyarahnya juga mengetawakan dirinya. Liyana menahan malu atas sikapnya yang pengecut.

Malunya!!! Mana aku nak letak muka aku ni. Malang betul nasib aku hari ni. Ini mesti kerja si iblis tu. Tak habis- habis nak cari pasal dengan aku. Siap la kau Marina! Aku tak kan lepaskan kau. Tunggu pembalasan dari aku. Kalau engkau berani kenakan aku dengan cara ini, aku akan kenakan kau lebih teruk lagi. Biar engkau rasa macam mana engkau dipermalukan di khayalak ramai.
Liyana memandang wajah Marina dengan penuh perasaan geram dan marah. Hatinya sakit apabila melihat perempuan itu sedang tersenyum sinis menunjukkan kemenangan berpihak kepadanya. Seolah-olah dirinya dijadikan bahan gurauan untuk menggembirakan hati orang lain.

" Dah, dah…semua orang bertenang. Jangan nak ambil kesempatan pulak nak buat bising. Tempat ni bukannya pasar yang boleh kamu jual suara kamu tu. Marina, tolong Liyana halau tikus tu. Hisy, tikus pun takut ke." Sempat lagi Ahmad memperli Liyana.
Hehe…padan dengan muka kau! Itu la, kenakan orang lagi. Ambil kau! Ini la pembalasan yang patut engkau terima. Tengok saja muka engkau, aku langsung tak percaya yang kau berani halau tikus tu. Time kau simpan kat tempat aku ni, mesti kawan engkau si kurus kerempeng tu yang tolong kau. Aku tau la… sedangkan aku yang orang miskin ni geli dengan tikus, apalagi engkau yang selalu menunjuk-nunjuk harta bapak engkau tu. Hisy, hisy…kecian…

Liyana tersenyum apabila melihat Marina sedang menghampiri tempatnya. Kalau berani cubalah! Marina berhenti seketika apabila sampai di tempat Liyana. Marina memberikan senyuman kepada Liyana. Aik, minah ni. Boleh senyum lagi bibir tu…aku koyakkan mulut kau tu, baru tau!
Dengan perlahan-lahan, Marina menunduk sedikit dan mengambil tikus itu dari bawah meja Liyana. Dihalanya tikus itu ke arah Liyana yang sedang tersenyum sendirian. Dengan serta merta Liyana menjerit dengan sekuat hati. Tiada lagi senyuman meniti di bibir. Satu kelas mengetawakannya.

" Cit! Cit!" Liyana menoleh ke arah bunyi itu. Geramnya dia apabila melihat Marina sedang memicit-micit tikus itu. Gelak ketawa masih kedengaran memenuhi ruang kelas itu. Lin tidak sanggup melihat temannya dipermainkan sebegitu rupa. Tapi, dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat pensyarah Ahmad yang sedang bercekak pinggang. Ini mesti pasal Azri lagi. Tak habis- habis!
Apa! Tikus mainan! Marina, aku benci kau!!! Aku tak sangka kau buat aku macam ni hanya kerana Azri. Geramnya! Tapi jangan risau, perbuatan engkau ni akan ku balas juga nanti. Ada ubi, ada batas. Lain hari, boleh balas!!!

" ISK, isk…aku malu! Aku tak nak hidup lagi. Hilang keayuan aku selama ini. Lin, selamat tinggal. Aku tak kan dapat jumpa kau lagi sebab aku nak pergi ke dunia lain. Aku sedih…bye Lin…" Liyana menutup mukanya sambil bahunya terinjut-injut. Lin menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Woi, dah terover la engkau ni. Setahu aku, engkau ni bermuka tembok. Hal macam tu, tak buat engkau menangis la. Berlakon pun tak pandai. Siap selamat tinggal dengan aku pulak. Bagi engkau sekali penumbuk, baru padan dengan muka kau." Lin menjuihkan mulutnya.
" Eleh, main-main pun tak boleh. Saja nak kau sejukkan hati aku ni. Geram aku dengan minah sewel tu. Nak saja aku tanam Marina tu hidup- hidup. Biar dia rasa perasaan aku." Liyana mengepal penumbuknya.
" Perasaan kau macam kena tanam hidup- hidup ke? Hisy, tak kisah la…lagipun bukan sekali, dua engkau dimalukan di dalam kelas. Tapi yang baiknya, engkau dah jadi popular dalam universiti ni. Kalau budak Marina tu yang sering menjadi perbualan pelajar lain, sekarang engkau apa kurangnya. Betul tak apa yang aku cakap ni?"

" Betul kepala otak kau la. Kalau nak cakap, cakap la sesuatu yang menyenangkan hati aku. Bukannya menyimbah minyak ke dalam api yang sedang membara. Kalau aku terbakar, dengan engkau sekali aku bakar. Tapi, aku tak buat macam tu dengan kawan aku. Sasaran utama ialah si perempuan gedik itu. Lin, mahu kan kau tolong aku kenakan minah tu balik?" Liyana membuat muka seposen. Lin hanya tersenyum melihat gelagat Liyana yang sangat nakal. Walaupun darjat mereka tidak sama, tetapi dia tetap suka berkawan dengan Liyana. Apabila dia bersama dengan Liyana, dia dapat menjadi dirinya yang sebenar. Tahun itu adalah tahun terakhir pengajian mereka. Selama dia mengenali Liyana, dia sentiasa tersenyum.
Tetapi sejak Azri datang, dia melihat Liyana sering marah-marah. Azri memang kawan mereka tetapi kebanyakan perempuan-perempuan di universiti itu terpikat dengan Azri. Oleh kerana, Liyana sering bersama-sama dengan Azri, Marina menjadi cemburu. Dia juga adalah salah seorang peminat Azri yang paling menonjol sekali. Tidak dinafikan Azri memang seorang yang mempunyai daya tarikan yang mempersonakan. Namun, tidak la sampai Lin dan Liyana jatuh hati dengan lelaki tu. Semua penuntut universiti itu tahu dengan permusuhan di antara Liyana dan Marina.

" Hai." Teguran itu membuatkan Lin tersentak dari lamunannya. Tidak disedari Azri sudah berada di hadapan mereka.
" Apa hai, hai! Tengok apa awek kau dah buat dengan aku. Tak habis-habis dengan perasaan cemburu dia tu. Perempuan lain pun cemburu juga, tapi tak la macam dia tu. Nampaknya perempuan tu dah tergila-gilakan engkau la, Azri. Tapi, sebagai kawan yang berjiwa kental dan baik hati, aku syorkan engkau cari perempuan lain sebagai teman kau. Walaupun dia tu kaya, seksi, ramping dan cantik, tapi dia tu gila sikit. Eh, dia tak la cantik sangat. Cuma mengada-ngada saja. Kau layak dapat perempuan yang lebih baik dari itu." Liyana menepuk-nepuk belakang Azri. Walaupun dia tahu banyak orang lain tidak suka dia mendekati Azri, dia tetap berkawan dengan lelaki itu. Semakin orang tidak suka, semakin dia suka. Hehe…


" Seperti kau ke?" Lin menduga hati Liyana. Mungkin Liyana juga menyukai Azri seperti yang lain. Dia mencari perasaan cinta itu di mata Liyana tetapi tidak berhasil. Sudah lama dia mengenali Liyana sehingga dia dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran rakannya itu. Tetapi tentang perasaan Liyana terhadap lelaki, sukar untuk dia mentafsirkan. Sama ada, cinta itu tidak ada di hati Liyana ataupun dia bijak menyembunyikan perasaan itu.
" Aku? Hmm…lebih kurang macam tu la. Engkau ni, Lin…aku malu la. Aku tau la aku ni baik, tapi jangan la bagitahu aku terang-terang." Liyana bersikap ayu. Mak oi, Liyana ni mengada-ngada betul la. Suka sangat main. Azri tersenyum melihat Liyana yang sengaja membuat gaya seperti Marina.


" Engkau marahkan aku ke? Aku minta maaf sangat dengan kau. Tak sangka pasal aku, Marina buat macam ni dekat kau." Azri merasa amat bersalah kerana menyebabkan Liyana dipermalukan oleh Marina. Dia langsung tidak berniat menyakiti hati kawannya itu.
" Tak ada hal la, Azri. Bukannya aku tak biasa pun. Lagipun, bukan engkau yang buat salah dengan aku. Jadi, tak perlu la kau minta maaf dengan aku walaupun awek engkau yang buat hal dengan aku."

" Okey…tapi, Marina bukan awek aku la. Engkau ni cakap sembarangan pulak. Kalau orang lain dengar, habis maruah aku." Dia berkata dengan perlahan. Liyana dan Lin tersenyum melihat gelagat Azri yang sering melarikan diri dari Marina.


" Ops! Korang tengok la siapa yang sedang menuju ke sini." Ketiga-tiga mereka melihat arah yang dipandang ole Lin. Kelihatan Marina sedang menghampiri mereka dengan lenggang lenggoknya sekali. Itu tidak pernah miss kalau Marina sedang berjalan. Ingat orang suka tengok. Meluat lagi ada.

" Okey… pelakon semua sila bersedia untuk berlakon. Watak utama kita dah nak sampai…" Dengan segera, Lin dan Azri memahami apa yang dikatakan oleh Liyana. Mereka bersiap sedia menghadapi ribut taufan yang akan melanda sebentar lagi.

" Azri, sayang…I tengok you ni semakin hari semakin hensem la. Patut la ada minah tu tergila-gilakan ayang. Kecian perempuan tu sebab ayang tak balas cinta dia kan." Liyana memainkan peranannya. Azri terdiam seketika. Lin menahan tawanya.

" Itu la…aku pun tak sangka ramai juga minat dekat kau ya…Azri. Tapi aku dengar-dengar minah yang gilakan engkau tu, sebenarnya otak dia tak betul sikit. Agaknya terhantuk kepalanya kat cermin tak, time dia bermake up." Sekarang Lin pula yang melakonkan wataknya.

" Entah la. I pun tak sangka banyak juga perempuan yang suka dekat aku. Kira aku ni hensem betul la bagi mereka. Dah rezeki, I dilahirkan macam ni. Kekacakan I tak dapat ditandingi dengan lelaki lain. I ni, kalau…" Azri terhenti apabila melihat Liyana dan Lin kembali duduk di tempat mereka tadi. Dia menjadi bingung. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan terkesima seketika.

" Azri, duduk la. Drama dah tamat." Lin berkata apabila melihat Azri yang sedang bingung. Azri kembali duduk di tempatnya.

" Marina mana?" Mata Azri melilau mencari kelibat Marina tetapi tidak kelihatan.

" Dah pergi dah…yes! Puasnya hati aku bila tengok dia pergi dengan perasaan marah. Hehe…ini baru permulaan. Selebihnya, aku hadiahkan pada hari lain." Lebar sungguh senyuman Liyana hingga ke telinga. Melihat Marina menghentak kakinya sendiri, membuatkan dia semakin berasa seronok.

" Awalnya dia pergi… Jadi, lakonan aku tadi tu, tak pakai la…" Azri masih tidak berpuas hati.

" Lakonan kau? Err…sorry kita orang tak dengar. Syok sangat tengok Marina tu kelam kabut pergi dengan mukanya yang masam tu." Sememangnya Lin dan Liyana tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Azri tadi. Hairan juga Marina terus pergi selepas mendengar lakonan mereka tadi. Selalunya perempuan itu akan menhamburkan kata-kata nista. Hei…perempuan yang tak boleh dijangka…

" Tak guna korang! Penat-penat aku fikir idea tu, tapi tak kena pakai. Sampai hati…" Dengan muka masam, Azri berpura-pura merajuk. Liyana dan Lin mengetawakan sikap Azri yang kebudak-budakkan. Dah besar pun, masih macam budak-budak. Dah boleh kahwin dah…

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.