Cerpen Ku sayang dia

Aku memandang Ija yang tersenyum-senyum membalas sms yang baru masuk. Almaklumlah sms dari buah hati la katakan..laksa yang depan mata dia buat tak tahu saja sedangkan yang aku punya sudah licin.

"Ija, makan la dulu. Jap lagi kau sambung la bersms tu", ujurku cuak dengan keletah Ija. Petang-petang macam ni nanti sesak pula nak balik rumah. Buang masa ja tunggu dan lihat dia bersms.

"Ya la. Kau ni apahal bad mood sangat? Selalu ok ja. Buah hati buat hal ek", senyuman memekar di bibir Ija. Aku cuba untuk tidak mengambil pusing apa yang dikatakan Ija sedangkan hatiku pada ketika itu berkocak. Setelah menghabiskan laksanya, aku dan Ija melangkah ke kereta. Niat untuk keluar berjoging tepi tasik terpaksa dilupakan apabila Ija beria-ia mengajakku untuk mencuba laksa kedah di kedai yang baru dibuka berhampiran tasik tersebut.

"Kau macam tak ok ja. Ada masalah dengan Farzli ke?", tanya Ija ketika kami beriringan ke kereta.

"Aku tak tahu la nak kata apa. Aku rasa dia dah tak suka aku", perlahan sekali aku meluahkan kata.

"Kenapa kau kata macam tu? Aku tengok korang macam tak ada masalah ja kalau kita berjumpa", memang Ija dan teman lelakinya, Amir akan ada bersama setiap kali aku dengan Farzli berjumpa, double date. Maklumlah Farzli dengan Amir adalah teman serumah macam aku dengan Ija juga. Sebetulnya aku mengenali Farzli pon melalui Ija dengan Amir. Siapa sangka aku yang sering mememani Ija setiap kali kaluar dengan Amir, tersangkut pula Farzli yang sering menemani Amir. Kononnya aku ada kawan juga la kalau diaorang asyik berbual berdua. Nasib baik aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi sekarang hubungan kami sudah semakin hambar.

"Itu yang kau nampak..dia jarang mesej aku. Dia tak pernah kata dia sayang aku. Kadang-kadang aku rasa dia memang langsung tak suka aku", luahku. Aku meluahkan masalahku pada Ija. Ija pantas menarik tanganku ke sebuah banggu berhampiran tasik.

"Sejak bila lagi dia macam tu? Kenapa kau tak pernah cerita semua ni pada aku?", tanya Ija bagaikan tidak puas hati.
"Dah lama dah. Cuma aku malas nak cerita ada kau. Mula-mula aku ingat mungkin cara dia memang macam tu tapi lama-lama aku rasa kami ni semakin jauh pula. Aku tak kisah Ija, kalau dia dah tak nak aku sebab dia dah da girl lain tapi jangan buat aku macam tunggul. Sepanjang kami berhubungn ni aku tak pernah rasa kami ni couple. Aku tak marah kalau dia berterus-terang ja dengan aku. Aku tahu la orang macam dia tu ramai yang nak tapi jangan la seksa perasaan aku macam ni. Aku macam bercinta dengan bayang-banyang", satu keluhan aku lepaskan. Rasa bagaikan lega kerana akhirnya apa yang terbeban dihatiku terluah juga. Air mata yang bertakung di kelopak mata aku sapu dengan hujung lengan baju T-shirt yang aku pakai.

"Sabar ya..", Ija mengusap bahuku. "Tak sangka pula aku nak jadi macam ni. Aku tengok kau di tempat kerja ok ja..", ujurnya lagi, seakan menyesal kerana dia sebagai kawan tidak dapat mengesan keresahan yang melanda diri aku.

"Ish, tak pa la. Aku ok ja. Lega sikit bila dah luahkan semua ni pada kau. Lagipon masa kerja kena kerja, mana boleh nak layan perasaan pula. Nak ikut perasaan ja, sampai bila pon kerja kita ni tak siap", aku tersenyum kepada Ija. Aku menarik tangan Ija meneruskan niat kami untuk pulang

"Kau ni bagus la Nisa", ujur Ija disebelahku dan aku hanya tersengih bagai kerang busuk.
Malam itu, selesai menunaikan solat Isyak aku terus berteleku di meja study. Walaupun tak ada mood nak buat kerja tapi aku tak suka menangguh kerja yang boleh disiapkan. Ija pula sejak tadi tak balik-balik. Katanya pergi beli roti canai dekat kedai mamak depan taman ni, tapi sampai sekarang tak balik lagi. Dia beli roti ke, dia tolong tebar roti sekali ni..huhu..
Di gerai mamak lain pula cerita. Rupa-rupanya nak beli roti canai adalah alasan semata-mata, kerana Ija keluar untuk berbincang dengan Amir tentang masalah Nisa dengan Farzli. Siapa sangka Nisa yang sebelum ini ceria rupanya menyimpan masalah. Sedang menunggu roti canai yang dipesannya siap, Ija berbincang dengan Amir.

" Farzli ada girl lain ke?", Tanya Ija setelah dia menceritakan apa masalah yang melanda Nisa. Bukan niatnya untuk memalukan Nisa tapi kalau boleh dia ingin cuba untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu sahabatnya itu. Tak sanggup dia melihat sahabatnya yang berpura-pura ceria itu.

"Ish, tak kan kot. Farzli biasa ja. Amir tak nampak pon dia mesej dengan siapa-siapa. Di pejabat pon dia asyik dengan kerja dia ja", Amir seakan membela Farzli.

"Kalau betul dia busy tak kan la nak hantar mesej tanya khabar pon tak sempat. Nisa tu dah perpatah arang dah. Dia sanggup nak undur diri kalau betul Farzli ada girl lain. Ija tak faham la dengan diaorang ni. Seorang pendiam, seorang lagi pula pemendam perasaan. Kalau benda ni tak diluahkan sampai bila-bila masalah diaorang ni tak akan selesai", ujur Ija panjang lebar.

"Kita jangan masuk campur dengan urusan diaorang la. Nanti kalau lagi teruk jadinya, kita juga yang dipersalahkan", Amir memberi pandangan.

"Tak boleh macam tu. Kita kena buat sesuatu. Nisa tu sayang sangat pada Farzli. Walaupun dia tak cakap tapi Ija tahu. Nisa ni hati dia lembut. Dia tak suka menyusahkan orang. Amir tolong la tanya Farzli. Kalau betul dia sayang Nisa, dia kena buat sesuatu", ujur Ija. Dia sedaya upaya akan membantu sahabatnya itu.

"Ya la. Nanti Amir tanya Farzli", lemah sekali jawapan Amir. Ikutkan hati malas nak masuk campur urusan orang ni tapi kalau buah hatinya yang meminta tolong tak sampai hati pula nak menolak.
Amir memberi salam sambil menolak daun pintu biliknya. Farzli yang kusyuk melayan laptop menjawab perlahan salam temannya itu.

"Lamanya kau keluar, seronok jumpa Ija?", soal Farzli. Laptopnya ditutup dan dia mencapai pula fail tebal di atas mejanya.

"Biasa ja. Sembang sikit-sikit. Itupun bukan pasal kami tapi pasal kau", lemah sahaja jawapan Amir. Farzli yang baru buka fail tebalnya kembali menutup fail. Raut wajah sahabatnya itu ditatap.
"Korang ngumpat aku ke?", soal Farzli.

"Aku nak tanya ni, kau jangan marah pula. Kau serius ke dengan Nisa?Maksud aku korang ni couple lagi ke?",
"Ya la. Kenapa pula kau tanya aku macam tu?",

"Ija ada crita pada aku tadi..", Amir menceritakan apa yang diceritakan oleh Ija. Ia juga memberitahu Nisa sekarang ragu-ragu tentang perasaan Farzli terhadapnya.

"Kau betul ke sayang dia? Kalau betul kau ada orang lain kau cerita la elok-elok dengan dia. Kesian pula aku pada dia bila Ija cerita pada aku tadi", sambung Amir. Kedengan Farzli mengeluh.

" Aku memang sayang Nisa. Aku bertuah sebab jumpa dia. Dia sangat memahami aku Mir. Bagi aku cukup la ada dia sorang, aku tak akan cari lain. Aku tak nak selalu mesej dia, aku takut aku mengganggu dia. Aku tak nak sebab aku dia tak boleh nak concentrate dengan kerjaya dan kehidupan dia. Aku ingat dia faham kenapa aku buat macam tu", luah Farzli.

"Bagus la tu. Dia tak nak mesej kau takut mengganggu kau. Kau pula tak nak mesej dia takut mengganggu dia. Aduh…korang ni. Aku nak tanya, kau pernah ke cakap pada Nisa, dia penting dalam hidup kau dan kau sayang dia?",

"Memangla tak, tapi aku ingat faham perasaan aku pada dia. Tak perlulah aku ucap semua benda tu. Aku pun tahu malu juga Mir..", lemah nada Farzli. Kala itu hanya wajah Nisa sahaja yang bermain di fikirannya. Siapa sangka sikap diam dirinya membuatkan Nisa berkecil hati.

"Itu masalahnya..Kalau kau tak cakap, Nisa tak tahu Li. Kau kena luahkan. Mana boleh kau harap dia faham ja. Perempuan tak macam kita, diaorang kalau suka diaorang luahkan. Pernah Nisa kata dia sayang kau?", tanya Amir. Farzli mengangguk.

"See..habis kau kata apa bila dia kata macam tu?",
"Aku diam ja",
"Kau tak boleh macam tu Li. Aku rasa lepas ni elok kau luahkan saja apa yang ada dalam hati kau pada Nisa sebelum kau kehilangan dia", Amir seakan-akan mengugut Farzli.
"Kau jangan nak takutkan aku Mir, risau aku ni",
"Ha, tahu pun. Pandai-pandai la kau handle ok. Aku nak nasihat dah", ujur Amir sambil berlalu. Saja membiarkan Farzli seorang diri mengatur strategi bagaimana untuk memujuk hati kekasihnya yang sedang terkilan.
==========================================================
Aku bersandar malas di kerusi empuk dalam pejabatku. Hatiku sedikit lega setelah proposal yang cuba aku usulkan sejak bulan lepas akhirnya diterima. Alhamdulillah. Namun, satu keluhan berat aku lepaskan. Hatiku sekali lagi diusik rindu..pada dia. Aku capai handphone di atas meja. Lantas aku menekan butang menu untuk ke album galeri. Folder gambar aku buka. Dalam beberapa saat sahaja terdampar foto Farzli di screen handphone. Ini sahaja yang mampu aku lakukan setiap kali aku terkenangkan dia. Tubir mataku sekali lagi berair. Apa yang dia lakukan sekarang ya? Air mataku mengalir.
Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Terjengul muka Ija. Aku lantas menyapu pipiku yang basah dan melemparkan senyuman yang sedaya upaya dimaniskan kepada Ija.
"Jom balik. Kalau lambat nanti jalan jam pula", ujurnya. Sedikit pon dia tidak menegur keadaanku. Samada dia tidak perasan aku menangis atau dia buat-buat tidak perasan.
"Jom", sahutku pantas sambil mencapai beg sandang dan beberapa buah fail untuk dibawa pulang.
==========================================================
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam tetapi aku masih segar memeriksa kertas kerja yang perlu dihantar esok. Pintu bilikku diketuk dan tanpa menunggu jawapan daripadaku, Ija memonong sahaja masuk lalu berdiri disebelah meja studyku sambil tersenyum-senyum. Apa kes ni???

"Nah, ada orang bagi", ujurnya sambil menghulurkan satu bungkusan yang dibalut kemas sebesar kotak jam tangan.
"Siapa?", aku kehairanan.

"Entah, secret admire kot. Mana aku tahu. Kau buka ja la baru tahu", Ija tersengih lagi. Ish, minah sorang ni aku dapat hadiah dia pula yang terlebih seronok.

"Ok la, aku dah mengantuk ni. Masuk tidur dulu ya. Nite", Ija berlalu meninggalkanku yang masih lagi membeku memerhati bungkusan kemas itu.

Sebaik sahaja Ija menghilangkan diri di sebalik pintu, aku dengan penuh berdebar mumbuka bungkusan tersebut. Terdapat sebuah kotak muzik berbentuk hati didalamnya. Comel…aku tersenyum sendiri. Siapa Bagi ni?",

Aku membuka kotak muzik itu. Nada muzik romantic kedengaran. Terdapat sekeping kad kecil didalamnya. Ketika aku mencapai kad tersebut, aku terpandang sebentuk cincin bertatahkan batu permata yang cantik. Aku tergaman. Apa semua ni? Hatiku semakin berkocak. Lantas aku membuka kad tersebut.

To my only princess, I love you.

Aku semakin berdebar..tiba-tiba handphoneku berbunyi. Aku bergegas mencapainya yang terdampar di atas katil. Tanpa memandang siapa yang membuat panggilan aku terus mengangkatnya.

"Assalammualaikum",si pemanggil memberi salam. Aku terkedu, dia kah itu? Tidak semena-mena air mataku menitis. Hati yang selama ni dilanda panasnya rindu bagaikan sejuk dicurah salji sebaik sahaja mendengar suara si pemanggil.

"Nisa, awak ok ke?", si pemanggil terus bersoal. Hairan kerana salamnya tidak disambut.

"Saya ok", Nisa cuba mengawal suaranya yang kedengaran serak.

"Awak menangis ya…please jangan menangis. Saya minta maaf kerana saya dah susahkan awak", suara Farzli romantik sekali memujuk kekasih hatinya.

"Awak tak salah apa-apa pon..", perlahan sahaja suara Nisa dalam menahan tangisnya. Dia betul-betul rindu akan lelaki itu.

"Saya rindu awak Nisa..saya minta maaf kerana saya sudah lama tidak hubungi awak. Saya cuma tak mahu awak rasa terkongkong dengan kehadiran saya", ujur Farzli lagi.

"Tak apa..saya salah faham pada awak. Saya yang patut minta maaf pada awak",

"Sayang, please jangan nangis lagi. Saya tak pandai nak pujuk ni..", Farzli cuba memenangkan perasaan Nisa. Air mata Nisa semakin laju mengalir sebaik sahaja panggilan sayang keluar dari bicara Farzli. Sekian lama dia ingin mendengar ucapan sayang begitu dari kekasihnya, baru hari ini dia berpeluang mendengarnya.

"Dah dapat hadiah yang saya kirimkan pada Ija? Saya tak pandai cari hadiah saya harap awak suka", ujur Fazli lagi.

"Saya suka..tapi kenapa bagi cincin tu. Mahal. Awak bagi kotak muzik pon dah cukup", ujur Nisa. Kali ini dia lebih mampu mengawal tangisnya.

"Kan saya kata, saya tak pandai nak pilih hadiah. Nak minta pendapat Amir malu pula", kerdengar ketawa manja Farzli di hujung talian. Buat seketika mereka kehilangan kata-kata.

"Nisa..", seru Farzli.
"Ya".
"Minggu depan awak minta cuti ya, balik kampong",
"Nak buat apa? Saya baru ja balik miggu lepas", Nisa kehairanan,
"Balik la. Kalau tak macam mana saya nak hantar rombongan meminang..awak balik ya", Farzli seakan merayu. Nisa terkedu dan air matanya menitis lagi. Air mata kegembiraan.

"InsyaALLAH, saya balik", itu sahaja yang mampu diujurya. Aduh, tiba-tiba saja muka ni bagaikan disimbah dengan minyak panas, malu..

"Saya nak cepat-cepat kahwin dengan awak, kalau boleh tahun ni juga. Saya dah tak sanggup nak tahan rindu pada awak", jujur sekali ucapan Farzli. Buat perama kalinya dia meluahkan kata betapa gadis yang bernama Nisa itu sangat-sangat disayanginya.

"Awak tak kisah kan?". Soalnya lagi.
"Terpulang pada awak. Apa yang baik saya ikut ja", Ya Allah, dalam sekelip mata sahaja mereka sudah merancang untuk hidup bersama di masa hadapan.

"Dah lewat ni, awak tidur la. Maaf saya menggangu awak",
"Tak apa, saya dah biasa tidur lewat",
"Oh..ok la. Night, assalamualaikum",
"Waalaikumsalam",
"Nisa",
"Ya",
"Saya sayang awak", talian terus diputuskan. Nisa sekali lagi terkedu. Namun buat pertama kalinya, Nisa tidur dengan senyuman, berbekalkan mimpi-mimpi yang indah..Ahmad Farzli, saya sayang awak juga..=)

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.