Cerpen : Bahagia bersama

Hari ini aku nak pergi menonton wayang bersama dengan rakan-rakan aku. Inilah rutin mingguan aku dan rakan-rakanku apabila tiba hujung minggu. Aku dan rakan-rakanku mempunyai minat yang sama dan sebab itulah kami masih bersama hingga sekarang.
Bermula dari sekolah tadika hinggalah kami berada di peringkat pengajian tinggi. Pejam celik dah hampir 17 tahun persahabatan kami. Aku rasa bertuah sebab ada rakan yang bersama aku melalui hari-hari yang senang dan juga susah.
"woi dah siap ke belum? Cepatlah nanti terlambat pula. Tak pasal-pasal tiket wayang habis nanti baru padan muka." Jerit rakanku, nana kepada aku dan dua lagi rakanku iaitu nena dan picah.
"yela kitaorang datanglah nie. Takkan tak boleh sabar kejap." Jawab kami serentak
"Ha bersiappun nak lama bukannya nak keluar dengan pakwepun" komen nana kepada kami
"alah takkan orang yang ada pakwe je boleh bersiap lama?" balas picah.
"dahlah jom kita dah lambat nie. Kesian kat pula kat hero dan heroin cerita tue nanti" sela nena
"apasal pula nak kesian kat diaorang?" Tanya aku
"La kau nie sam buat-buat tak tahu pula.kesianla sebab diaorang kena tunggu kita baru boleh berlakon dengan jayanya" jawab nena.
"sempat lagi kau nak buat lawak yea. Dahla jom kita gerak sekarang. Siapa yang nak drive hari nie?" Tanya aku
"hari nie biar aku jea yang jadi driver korang" balas picah
Hari nie kitaorang banyak sangat aktiviti nak buat terutama sekali kitaorang nak pergi jogging sebabnya dah lama sangat kitorang tak pergi. But before that after kitaorang tengok wayang kitaorang pergi makan dululah. Lapar tue.
"cerita tadi bestlah. Tapi yang sedihnya diaorang kena lalui banyak betul halangan before they can be together. Hero diapun hensem." Komen picah
"memangpun tapi aku geram dengan member heroin tue ada ke patut dia buat fitnah kat hero tentang heroin. Kalau ada depan aku memang teruklah aku kerjakan dia." Balas nana.
"hey relaxlah don’t be to emotional. It only an acting." Nena bersuara.
"korang nie tak nak order lagi ke perut aku dah berkerongcong mak minah dah nie. Cepatla karang ada yang jadi makanan tengah hari aku karang." Omel aku.
"yalah jom kita pergi makan kat tempat biasa. Aku belanja" nana membuat tawaran
"kenyangnya aku. Thanksla nana cause belanja kitaorang hari nie." Picah tersenyum
Malasnyala bila tiba hari isnin. Nak kena bangun pagi pastu bersiap nak ke kelas pula. Tapi nasib baik jadual hari nie tak berapa padat. Petang nie bolehlah aku nak rehatkan mata aku nie. Banyak gila kerja yang aku tak siap lagi nie. Inilah akibatnya kalau buat last minute. Hari ini aku nak pergi library nak siapkan kerja aku.
"wei korang balik dulu aku ada kerja nak siapkan hari nie jugak."cadang aku kepada mereka bertiga
"habis kau nak balik nanti macam mana?" Tanya mereka
"aku naik bas je nanti. Jangan risaula."balas aku
Akhirnya siap jugak kerja aku. Pantas juga aku siapkan. Akhirnya dapat jugak aku balik awal hari nie. Apalah diaorang bertiga buat kat rumah. Mesti tengah tidur nie. Jealousnya aku. Alah time nielah bas takde pula. Orangpun takde kat sini. Ke bas dah lepas. Arghhhh nie yang boring nie.
"hai tumpang tanya boleh?" aku terdengar satu suara disebelah aku.
"alah mamat nie time nie pula nak tanya aku."bebel aku
Dengan malas aku menjawab pertanyaan dia."ye kau nak tanya apa?"jawab aku
"kau tahu tak bas datang pukul berapa? Dari tadi aku tunggu tak nampakpun batang hidung bas." Tanya mamat tue.
"entahlah akupun baru jea datang jadi aku tak tahu pukul berapa dia datang" jawab aku
Arghhhhh......penatnya hari nie tak pasal- pasal aku kena berdiri hari nie....bila aku tak nak naik ramai pula yang naik....tapi hari nie memang mencabar kesabaran aku....dah malupun dapat...harap-harap aku tak jumpa dah mamat tue....malu siot....
"woi lambat kau balik hari nie? Pergi dating ke?" perli nena
"banyaklah kau punya dating. Bas lambatlah hari nie."
"kau nak ikut kitaorang tak? Pergi makan" Tanya nana
"taklah aku penatlah. Korang tolong tapaulah kat aku" jawab aku
"Ok. Eh jomlah nanti melepas aku nak tengok abang tukang masak tue...hensem tue...bagai nak gugur jantung aku tengok dia...."sela picah.
Hari nie yang naik bas punyalah ramai. Terpaksa aku berebut dengan diaorang dan tak pasal-pasal aku kena berdiri....arghhhh apa nak jadi dengan aku hari nie....dah lah ramai orang terpaksa berhimpit pulak dalam bas nie....
Eh eh....apalah driver bas nie dah tahu traffic light ada kat depan still lagi nak memecut....nasib baik aku tak jatuh kalau tak malulah aku...taubat tak naik dah bas nie....paling lama sebulan...hehehe...nanti kejap kalau aku tak jatuh, kat tengah bas nie mana ada tiang habis aku pegang siapa? Alamak mamat tadilah.....malunya....
"Sorry aku tak sengajalah. Tadi rasa nak jatuh. Aku ingatkan aku pegang tiang tapi......... Sorry yea." Pinta aku kepada mamat tadi
"It’s okey...aku faham.."jawab mamat tue.
Tetiba peristiwa tadi muncul dalam ingatan aku....akupun hairan macam mana aku boleh peluk mamat tue...padan hal dia duduk jauh dari aku...malunya aku kat dia...
"woi menung apa kau nie dari tadi kitaorang tengok...senyum sorang-sorang, kerut dahi macam ada problem jea.." kejut picah
"woi terkejut aku. Korang nie dah tak pandai nak bagi salam ke?" jawab aku
"wah wah dia yang berangan sampai tak sedar kitaorang balik."nena menjawab
Rasa malas menyelubungi diriku bila tiba waktu pagi....tapi nasib baik hari nie kelas aku start pukul 10 bolehlah aku nak bangun lambat sikit....
"sam, kau nak ikut kitaorang tak pergi kelas?" kejut nana
"taklah aku pergi naik bas hari nie. Korang pergi dulu. Kita jumpa kat kelas nanti." Jawab aku
"oklah kalau gitu. Nanti hati-hati naik bas tau" sampuk nena.
Hari nie terpaksa aku naik bas kalau ikutkan hati mahu jea aku ikut diaorang naik kereta tapi aku penat sangat semalam....so, jawabnya naik baslah aku hari nie....
Setiap hari bas nie akan penuh dengan orang..mana yang nak pergi kerja,mana yang nak ke sekolah,mana yang nak ke kelas dan yang penting mana yang nak pergi ke bandar....
"ada orang kat sebelah kau nie?"Tanya satu suara
"takde duduklah kalau nak duduk"jawab aku
"Thanks...anyway how are today?"Tanya suara tue
"Eh mamat nie tetiba tanya aku ok ke tak nie kenapa pula....kenalpun tak" aku merungut dalam hati
"maksud aku lepas incident semalam kau ok ke?" balas suara tue lagi
Aku terkejut lalu memandang sebelah aku dan yang teruknya dia adalah mamat semalam.....aku hanya boleh melemparkan senyuman aku kepada dia...tak berani aku nak tengok muka dia lepas tue....baik aku pura-pura tidur taklah dia tanya aku macam-macam nanti.
"Eh bangun dah sampai nie. Kau tak nak turun ke?" kejut mamat tue
Aku rasa ada seseorang yang menggoncang badan aku...dengan malas aku membuka mata dan aku lihat aku sedang memeluk tangan mamat tue....dengan pantas aku melepaskan tangan aku dan terus berdiri untuk turun dari bas......
"Anyway thanks cause kejutkan aku tadi....sorry once again aku tak sengaja." Aku memberitahu mamat tue.
Dan yang paling teruk dia cuma tersenyum memandang aku....akupun turun bas demi melarikan diri aku daripada mamat tue...tak tahan aku dia pandang macam tue...
"Hey my name is ejai....only for your information" mamat tue memperkenalkan diri dia kepada aku
Aku terus berjalan tanpa menghiraukan kata-kata mamat tue.....arghhhh malunya aku kenapa nie asyik jadi pada aku?
Hari nie macam biasa. Nasib baik takde homework hari nie dan yang bestnya petang nie kelas batal....bolehlah aku balik tidur kejap lagi....hehehehe..
"opssss, sorry tak sengaja terlanggar..." Pinta aku tanpa memandang tuan punya badan
"It’s okey... Akupun salah jugak sebab tengah jalan boleh main melawak lagi dengan member"balas tuan punya badan tue.
Sebelum sempat aku dan rakan-rakan aku pergi, aku terdengar suara tue bercakap dengan aku.... "Anyway nie dah kali ke tiga kita bertembung....is it right?"
"Third time? Sam what is going on?" serentak nana,nena dan picah mengajukan soalan kepada aku
"So sam is your name?" tanya mamat tue
"Sorry aku kena pergi...bye" jawab aku
Arghhhh malumya...kenapa asyik berlanggar dengan mamat tue je....
"sam siapa mamat tadi? Macam mana kau boleh kenal dengan dia?baik kau bagitau kitaorang" tegas nana..
Akupun terpaksa menceritakan insiden tue pada mereka bertiga.....
Peristiwa tue dah berlalu bagaikan ia tak pernah berlaku....hari ini adalah hari penamat bagi sesi pengajian kami berempat....dan yang paling penting adalah hari terakhir kami bergelar mahasiswa.... aku happy sangat sebab lepas nie takde lagi buku nota....
Apa yang paling menyedihkan adalah kami terpaksa berpisah buat selamanya...lepas nie kami terpaksa bertanggungjawab atas life masing-masing....and this will never be forgetten...

Selang beberapa tahun
Lepas tamat je kitaorang punya pelajaran, aku meninggalkan member2 aku di tanah air dan menyambung pelajaran aku di negara orang.... dah lama aku tak dengar cerita tentang member2 aku... Bukannya tak nak contact tapi masing2 sibuk menguruskan hidup masing2...dan yang paling penting tak lama lagi aku akan pulang kembali ke tanah airku....
Hari ini aku terima email dari member2ku di tanah air...aku happy sebab dah lama kitaorang tak dapat berjumpa so bila dapat email dari diaorang aku happy sangat...rasa macam nak terbang balik je malam nie ke tanah air untuk berjumpa dengan member2ku...tapi aku tetap tabahkan diriku... Tunggu Malaysia kepulangan ku...
Arghhh penatnya hari nie seharian suntuk aku kat dalam kapal terbang...sampaikan rasa nak patah pinggang aku nie... Akhirnya sampai juga aku dekat tanah airku...
"oppss sorry,aku tak sengaja." Kataku
"tak pe tak cedera manapun." Balas mamat tue
Belum sempat aku membelahkan diri aku daripada situ tiba-tiba mamat tue bersuara
"rasanya macam kenallah... Kalau tak silap sam kan?" Tanya mamat tue
Alamak mana pula mamat nie tahu nama aku nie...baru je balik Malaysia dah bikin masalah... Macam mana aku nak larikan diri nie...
"rasanya kau nie dah silap oranglah..." Jawab aku
"Okay okay.. hai takkan dah tak kenal dengan orang yang kau selalu langgar nie?" Tanya mamat tue
Akupun mengangkat kepalaku untuk melihat siapakah gerangan yang menegur aku...tiba-tiba aku jadi terpaku tak terkata apa-apa....masalah muncul kembali....apalah nasib aku nie asyik bertembung dengan mamat nie aje....dah macam takde kerja lain pulak...
"Hello takkan tengok aku pun boleh termenung sampai macam tue.." tegur mamat tue
"Sorry once again.... I have to go now....bye" kataku untuk melarikan diriku
"Hey wait...bila pulak kita boleh jumpa lagi... I mean dalam keadaan yang terancang like a date? " Tanya mamat tue
"kita tengoklah kalau ada jodoh maybe kita boleh keluar sama-sama" jawab aku acuh tak acuh
"Ok aku tunggu waktu tue datang...bye sweetheart" senyum mamat tue kepada aku
"What? Crazy man"aku mencelah
Aku masih tak dapat melupakan peristiwa yang berlaku semasa di lapangan terbang tadi.... secara jujurnya aku sudahpun jatuh cinta pada mamat tue tapi aku tak tahu kenapa tiap kali kami bertembung aku akan jadi tak keraun dan sering hilang kata-kata.... Yang paling teruk aku selalu memalukan diriku di depan dia...
Apa yang pasti sejak dari pertama kali aku bertembung dengan mamat nie aku dahpun rasa satu perasaan yang aneh... Dan sejak dari hari tue sampailah sekarang aku sentiasa merindui dia... Begitu jugakla semasa aku berada di negara orang...
Tiba-tiba telefon aku berbunyi minta diangkat...
"Hello..sam kau dah sampai ke Malaysia?" Tanya picah
"aku dah ada kat airport nie.. kau kat mana? Rindulah aku kat korang semua." Jawab aku
"yeke rindu kat kitaorang? Jangan-jangan dalam hati tue rindu kat orang lain" perli picah
"banyaklah kau.. eh aku nak cari teksi nie.. malam nie kita jumpa nak?" cadang aku
"Ok kita jumpa kat port kita...nanti yang lain aku akan informkan..kau baliklah berehat dulu...bye..miss you" kata picah
"Ok..miss you too" balas aku
"hai takkan rindu kat member kau aje...dekat aku tak rindu ke?" Tanya satu suara
"Apasal pulak orang kat sebelah aku nie...dah gila apa?" bisik aku
"kalau aku gilapun aku gilakan kau.." jawab mamat tue
"Eh kau nie kenapa..kenal pun tidak tetiba aje" marah aku sambil melihat kepada gerangan yang bersifat kurang ajar tue....
"alamak mampus aku...dialah" terkejut aku..
"kau nie garanglah...tapi takpe aku suka.."kenyit mamat tue pada aku...
Aku menjadi kelu tidak terkata apa-apa..rasa nak lari jea daripada situ..belum sempat aku melarikan diri aku terasa tangan aku ditarik....
"apa kau buat nie ejai? lepaslah" kata aku
"opsss sorry...kalau aku tak buat macam nie tentu aku tak tahu yang kau masih ingat nama aku.... tapi takkan kat aku kau tak ingat langsung?" Tanya ejai untuk mendapatkan kepastian
Aku pulak tak dapat nak jawab soalan tue...kalaulah kau tahu tiap hari aku memang selalu ingat kat kau ..tetapi aku tak tahu nak katakan macam mana... Aku harus cari idea nak lepaskan diri aku nie... Tapi macam mana pulak mamat nie boleh ada kat sini...
"Ha...sorry aku tengah kejar masa nie...aku gerak dulu lah yea..." kata aku
"Ok tapi aku nak kau tahu yang aku takkan lepaskan kau macam tue jea" balas ejai
"giler ape mamat nie..." Rungut aku
Malam yang aku tunggu akhirnya tiba juga....malam nie aku akan bertemu kembali rakan-rakan lamaku.. rindu giler kat mereka maklumlah dah berapa tahun tak jumpa...macam manalah diorang sekarang?
"Hoi sam kat sinilah..." Jerit nana kepadaku
Akupun bergerak ke meja mereka.... belum sempat aku sampai dekat mereka tiba-tiba aku dapat rasakan ada satu tubuh yang berdiri tepat dihadapan aku...nasib baik aku dapat elak kalau tak mahu aku peluk tubuh tue nanti..tapi siapa yang begitu berani buat aku macam nie..
"Excuse me kau blocking jalan aku" kata aku
"yeke...sorry memang aku sengaja.."balas mamat tue
"aku takde masa nak main-main... So boleh aku jalan sekarang?"kata aku
Nie memang dah mencabar tahap kesabaran aku nie... Dah blocking jalan aku ada hati pulak nak buat lawak kat sini...takpe kau tengok aku ajar kau sekarang.
"hello encik aku rasa kau nie dah salah stage kot....kalau nak buat lawak bukannya kat sini... Sini tempat orang makan...so boleh ke tepi sekarang? Aku tengah kejar masa nie" kata aku
"kau nie makin marah makin lawa pulak aku tengok" usik mamat tue
"biar aku bagitahu something kat kau...kalaulah cara nie kau guna nak pikat orang baik tak payah...dah basi kau tahu" balas aku sambil melihat ke arah mamat tue
Alamak ejailah...macam mana nie...kantoi aku...kenapalah mana aku ada kat situ dia ada...asyik bertemu dalam keadaan yang selalu memalukan diri aku...malunya...
"hehe...apa yang kau buat kat sini? Sorrylah aku tak tahu pulak kau rupanya" perlahan aku bersuara
"tak pe...yang sebenarnya kawan kau, picah yang kata kau ada kat sini malam nie...tue yang aku datang nie...nak lepaskan rindu kat kau" terang ejai
"picah? Kau kenal dengan picah?" terkejut aku
"kenal sangat... Dia tue adik aku...dan dia yang selalu tolong aku dalam hal nie start daripada first time kita jumpa kat bus stand dekat university dulu sampailah sekarang...."senyum ejai
"jadi semua nie adalah rancangan kau dengan picah? Tapi kenapa? Aku tak fahamlah?" pening aku
"senang je...yang sebenarnya aku dah lama jatuh hati dengan kau sejak mula-mula picah tunjukkan gambar korang berempat dekat aku... Dan sejak tue aku minta tolong picah kenalkan kau dekat aku tapi dia tak mahu jadi aku suruh dia informkan dekat aku setiap aktiviti korang supaya senanglah aku nak dekati kau...." balas ejai
"tapi aku tak tahupun yang kau nie abang picah...sebab masa aku tengok gambar family dia kau punya gambar takdepun yang ada cuma adik dia je" kata aku
"kalau pasal gambar tue.... aku yang suruh picah tunjukkan gambar yang tue kat kau sebab aku taknaklah pasal picah kau nak kawan dengan aku...lagipun masa gambar tue ditangkap aku ada exam..so takdelah aku dalam gambar tue... "balas ejai
"sekarang baru aku tahu...rupanya kau nak mempermainkan dan nak memalukan aku depan adik kau sendiri? Memang aku tak sangka kau nie jenis yang macam tue... For your information aku tak nak kenal dan memang tak mahu kenal dengan orang macam kau nie...." marah aku
"sam nanti...percayalah aku takde niatpun nak permainkan dan juga nak malukan kau depan adik aku...aku ikhlas nak kawan dengan kau...tolonglah sam dengar penjelasan aku nie..." Pinta ejai
"cukup aku dah tak nak dengar apa-apa lagi pasal kau....dan jangan ganngu aku lagi" balas aku
Ya Allah kenapa Kau duga aku sebegini sekali... aku memang tak dapat nak terima semua nie... Tapi aku redha dengan ujian-Mu....
"sungguh aku tak sangka begini jadinya...aku ingatkan kau jejaka idaman aku tapi rupanya semua nie dah dirancang oleh kau rupanya...aku tak nak jumpa kau lagi" kata ku
Aku beredar meninggalkan ejai keseorangan dan masih dalam keadaan yang agak hampa...aku bergerak ke meja kawan-kawan aku yang berada tak jauh dari tempat aku dan ejai bertembung....
"hai guys....miss giler aku kat korang....apa citer terbaru pasal korang" Tanya aku
"hei sam kau kenapa tadi...lama giler kau berborak dengan mamat tue...aku tengok mula-mula ok tapi last last kau marah giler kat dia aku tengok..." Tanya nana
"tade apalah....apa nie aku datang nak jumpa korang tapi korang tanya pasal mamat tue pulak.... tukar topiklah...." kata aku
"Ok ok....kitaorang miss giler kat kau...amacam study kau kat sana ok..."Tanya nena sengaja menukar topik walaupun masih tidak berpuas hati pasal peristiwa tadi....
"aku kat sana ok je...best rasa macam tak nak balik je sini tapi pasal aku rindu tahap gaban dengan korang tue yang aku balik jugak....picah kau kenapa senyap je tak kata apapun dari tadi aku tengok..." Tegur aku
"Eh aku ok lah.... Cuma aku tak puas hatilah dengan kau,sam...." kata picah
"apasal pulak...marah nampak...janganlah marah karang aku suruh saiful pujuk baru tahu" balas aku
"apa nie tiba-tiba saiful pulak kau sebut... Bukanlah, kau lama sangat tadi... Aku dah lapar tau tunggu kau" balas picah
"yela jom kita pergi makan aku belanja kali nie..." Ajak aku
"eh bukan kita nak makan kat sini ke?" Tanya nana
"tak jadi, aku bawak korang tempat yang lagi best...kat sini banyak gangguan" kata aku bila terlihat ejai datang menghampiri kami
"oklah kitaorang ikut je kau yang nak belanja kitaorang" balas picah
Sebelum sempat aku masuk dalam kereta picah menarik tangan aku seolah-olah ada sesuatu yang dia ingin cakap........
"sam aku tak sampai hatilah nak buat abang aku macam nie...kesian pulak aku tengok dia"kata picah
"alah kau jangan risaulah...aku bukannya buat betul-betul...aku suka tau kat abang kau...Cuma aku nak tengok sejauh mana ikhlas dia dekat aku....kau tentu nak tolong aku kan....jangan risau nanti au pujuklah abang kau balik" terang aku
"kalau kau dah cakap macam tue tenang sikit aku...aku akan teruskan lakonan nie....kau pun jangan risau...tapi aku tetap nak minta maaf dengan kau pasal baru sekarang aku bagitahu kat kau tentang rancangan abang aku....aku sentiasa support dan doakan kau dengan abang aku" bals picah
"aku tak kesah lambat atau cepat janji kau bagitahu aku...akupun memang dah lama tangkap cintan dengan abang kau...alah kau pun tahukan...time kasih bab doakan aku"kata aku
"woi apa yang korang borakkan nie...kitaorang dah lapar nie..cepatlah" omel nana dan nena
"yelah kitaorang datang nie...eh picah akupun nak doakan kau dengan saiful hidup bahagia sampai akhir hayat" kata aku
"kau nie sam sempat lagi nak kenakan aku..anyway thank" balas picah
Akhirnya malam nie dapat juga aku menghabiskan masa dengan member-member aku....tak sangka walaupun dah lama tak berjumpa masih banyak lagi perkara yang kami dapat kongsi bersama........ aku memang tak dapat lupakan saat nie sampai bila-bila.... apalah yang ejai buat sekarang....kesian pulak aku tengok dia bila aku buat dia macam nie....dan yang paling aku tak sangka rupanya picah dah lama sorokkan perkara nie dari aku...kalau aku tahu dah tentu dari awal lagi aku yang mengorat ejai dulu... Tapi aku tak kisah sebab aku dapat tahu perkara nie sebelum ejai bagitau aku...kalau tak tentu aku tak dapat nak kenakan si ejai....hehehehe

Seminggu kemudian
Dalam tempoh nie macam-macam cara ejai lakukan untuk memujuk aku tapi aku sengaja tak layan sebab aku nak dia tahu yang aku tak suka ditipu....yang paling pentin tentulah aku nak tengok sejauh mana keikhlasan ejai terhadap aku....aku bersyukur sebab picah sanggup membantu aku dalam hal ini
Akhirnya tiba saat yang aku tunggu...hari nie aku sendiri yang akan pujuk ejai balik....dan aku nak dia tahu yang sebenarnya aku amat cintakan dia...aku ambil keputusan nak telefon dia
"hello, siapa di sana" Tanya ejai
"hello ejai ada?" balas aku
"ya bercakap tapi siapa nie?" Tanya ejai
"hai takkan tak kenal dengan aku? Cepat betul kau lupakan aku?" bals aku
"kau nie siapa? Tiba-tiba aje...aku rasa kau nie dah salah nombor kot...sorry aku takde masa nak layan kau..." Kata ejai sambil cuba untuk memutuskan talian
"ejai nanti...aku nie sam" aku memperkenalkan diri
"sam? Mana kau dapat no. phone aku nie?"Tanya ejai
"picah yang bagi aku"terang aku
"sam kau dengarlah dulu penjelasan dari aku...aku betul-betul sukakan kau...aku takde niatpun nak permainkan dan malukan kau....tapi kalau kau tak dapat nak terima aku....aku akan berundur dan aku takkan kacau kau lagi...tapi tolonglah maafkan aku"jelas ejai
"ok aku maafkan kau...aku nak kau tahu sebenarnya akudah tahupun perkara yang sebenarnya daripada picah sendiri" kata aku
"apa? Kau dah tahu tapi kenapa kau marah aku masa tue?" ejai meminta penjelasan daripada aku
"aku sengaja buat macam tue sebab aku nak tahu sejauh mana kau ikhlas dengan aku seperti yang kau cakap dengan aku....anyway aku dah pun maafkan kau...aku buat macam nie pun aku nak bagi kau tahu betapa susahnya kalau kau cuba dekat dengan aku melalui cara yang kau buat tue...sebab aku lebih suka kalau kau datang dan berterus terang dengan aku....lagi buat aku bertanbah sukakan kau" terang aku
"jadi kau pun sukakan aku?" balas ejai
"yup" kata aku
"boleh aku tahu sejak bila?"Tanya ejai
"itu rahsia tapi kalau kau nak tahu....kita jumpa kat taman dalam masa 10 minit....kalau kau sampai dalam masa tue aku akan bagitahu segalanya tentang perasaan aku....boleh"kata aku
"baik aku setuju"balas ejai
"ok 10 minit dari sekarang" cabar aku
Belum sempat aku matikan talian aku terdengar suara di belakang aku.....dan bila aku menoleh ejai dah ada di belakang aku
"now aku dah ada kat sini....sekarang giliran kau pulak" kata ejai
"untuk apa?" Tanya aku
"untuk meluahkan perasaan kau terhadap aku....dan aku nak tahu segala-galanya" senyum ejai kepada aku
Itulah kisah cinta aku dan ejai akhirnya aku dapat bersama dengan ejai dalam melalui ranjau kehidupan ini....aku amat berterima kasih kerana picah sanggup menolong aku dan ejai sampailah hubungan kami seperti sekarang....hidup member-member aku pun bahagia disamping insan yang diorang sayang... Yang paling aku tak sangka hubungan picah dan saiful yang dulunya bagaikan musuh paling ketat berakhir dengan perkahwinan...akhirnya impian nana menjadi kenyataan bila lelaki yang dulunya paling glamour masa di universiti menjadi suaminya seperti yang dia pernah bagitahu kami semua.... nena pulak bahagia dengan jodoh yang memang dah ditetapkan oleh family dia masa kecil dulu... Lagu taman rasidah utama tetap menjadi tugu cinta dan lambing persahabatan antara kami sampai bila-bila........
"hai apa yang sayang abang menungkan tue? Dari tadi tak kelip mata tue? Ingatkan abang ke?" usik ejai
"adalah abang nie...sayang tak sangka akhirnya kita bersama jugak...." kata ku
"abang lagi tak sangka" senyum ejai
"abang"panggil aku
"ye"jawab ejai
"sayang nak abang tahu yang buat selamanya sayang cintakan dan saying akan sentiasa bersama abang" kata aku
"abangpun sama jugak macam sayang" balas ejai
Terima kasih ya Allah...sememang Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umat-Mu...aku betul-betul bersyukur ke hadrat-Mu.... Amin

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.