Cerpen : Itally London Ukraine (II) : ArBSCaNe

"Write chemical equations for reactions in stages II and IV." Puan Norhayati membuang pandangan ke arah seisi makmal chemistry. "ALLAH! Senang jer." Puan Norhayati menulis sesuatu di papan putih. "stage II: SO2 + O --> SO3. stage IV: H2S2O7 + H2O --> H2SO4. paham dak?"
Anne tekun mendengar sambil otaknya cuba menghadam apa yang cikgu tengah tulis. Bincang pasal kertas ujian bulan satu sebenarnya. Terkantoi soalan tu. Hehe.. Apa la Anne. soklan mudah pun boleh kantoi!
Menda alah ni pun tak dapat pick up lagi ke? Billy duduk merenung luar tingkap. Bosan nyer..
"Paham!!!" seisi kelas menyahut.
"cikgu yang tu kan, kenapa jadi macam tu?" Syifa bertanya dengan muka berkerut.
"Yang ni kan dah belajar tahun lepas.. Takkan tak pass lagi? macam mana nak SPM ni nant.."
TUK! TUK! TUK!
Puan Norhayati terhenti. Kemudian memandang KP (Ketua Pelajar. Kalau kat sekolah lain prefects.) yang berada di luar kelas. Cikgu mengangguk. Rihana masuk. "Assalamualaikum cikgu. Nak jumpa Amira Nur Farihana bt Adlan."
Anne yang masih lagi tunduk menulis sesuatu kekal tunduk. Dah macam inertia la pulak. Body at rest tends to stay at rest. Haha. ada kena mengena ke? Macam ada jer.
"wei Anne." Dell menyiku Anne.
Anne muka tak paham. Blank. Semacam.
"Ada orang nak jumpa." Dell menunjuk ke arah Rihana dengan pensil tekan.
"ouh." Anne bangun dan berjalan menuju Puan Norhayati yang tak pakai spek hari tu kemudian meminta izin dan terus menghilang bersama Rihana.
"Menda?" Anne bertanya pada Rihana. Masing-masing sedang berjalan ke hujung tingkat dua blok Bima Sakti. Ni dah macam.. nak bawak aku gi jumpa..
"Ketua guru disiplin." Rihana jawab. Serius. Ustaz Solah namanya.
***********

"Mana la nak tersedak ustaz. Nak tergelak ada la!" Anne meneguk ais blended. Kalau masa tu aku tengah minum air mungkin la kut. Dell, Paan, Skin dan Syifa gelak jer. Masa rehat biasalah tu. Bising tu memang common. Ustaz nak Anne jadi pengawas. Macam lawak.
"Lepas uh kau cakap apa?" Paan menyuap mee sup dalam mulut.
"Ustaz, hari ni, saya rasa saya kena jumpa pakar telinga la ustaz." Anne buat muka serius.
Sekali lagi meja tu pecah dengan gelak.
"Gila berani." Skin masih lagi menekan perut. Sakit perut aku gelak!
"Tapi yang tawaran second tu kau terima x?" serius Dell bertanya.
***********

"Kau ke yang cadangkan dia?" Bonzer memandang Billy.
"Ha'ah. Macam kesian jer tengok markah koko dia." Billy jawab sambil makan biskut.
"ke......" mata Billy memandang Bonzer yang tengah baring kat atas lantai dorm. menunggu Bonzer menyambung ayat. "...kau dah suka kat dia?"
Billy tercekik biskut.
*********

"Boleh la ye bu?" Anne kelip kelip mata macam Shin chan nak mintak mama dia benda.
"Duk sini okey je kan?" Puan Noraida mengangkat kening. Pandangannya mengalih dari sayur sawi yang sedang disiang ke Anne yang tengah duduk di meja makan.
"Tapi bu.. pengalaman sekali seumur hidup bu." Anne menapak ke arah ibunya. "Lagipun, cikgu yang kata ada kosong. Boleh la bu.."
"Tanya yah." Puan Noraida memutuskan. Menyambung kerja-kerja menyiang sayur. "Ibu tak kisah. Ibu on je." Puan Noraida menarik senyum ke arah Anne.
Anne sengih. "Saaaaaayang ibu." Pipi Puan Noraida dicium. "Yaaahhhh..." Anne berpaling menuju ke ruang tamu.
***********

"Aku dorm sama dengan kau la Dell! Syok aaa!" Anne memaut bahu Dell.
"Wei, tudung aku dah tak cun aaa..!" Dell senyum gembira. Tangan membetulkan tudung yang dah tak cun."Mesti best kan. Eii, tak sabarnya. Bila nak masuk asrama?"
"Jumaat ni." Anne sengih.
************

Billy berkerut. ALLAH! Nak keluar dah ni. "Diak toilet."
Diak angguk.
Sakit mak.. Billy berjalan cover habisan. Tapi sangat cepat. Cepat nak arwah. Alim sikit bahasa tu. Hehe.
"Tu la pasal.. aku pun tak sangka ada kebetulan macam tu." Anne bercakap. Matanya meniti anak tangga. Baru lepas jumpa cikgu Gayah kat bilik unit kokurikulum kat tingkat dua.
Anne dah transformer dah.. baju dah tukar colour. Dah majuuuu..KP la katakan.. ketua pelajar a.k.a prefect. siap tittle budak dalam lagi. Budak asrama la maksudnya.
Tangga.. tangga.. tangga puteri je la! Billy mengambil selekoh tajam dan terus menuruni tangga puteri. "Excuse."
Eh! Dia? Anne himpit ke tepi sebelah kanan. Dell ke kiri rapat ke dinding. Billy lalu di tengah-tengah. Muka macam berkerut semcam jer. Dell dan Anne sama-sama berpandangan. Dell berkerut kening. Pelik KU neh. dan kaki terus menghayun langkah yang terhenti tadi.
Anne sengih Nenek Black Magic. Habis la kau KU.. berkakai lebar lah sangat.. langgar jugak peraturan sekolah! Apa kes putera lalu tangga puteri? Hehe.. Anne senyum. Walaupun tak tertulis dalam buku peraturan yang putera tak boleh lalu tangga puteri, namun aku rasa bertanggungjawab untuk memelihara tangga puteri dari dicemari oleh kaki-kaki putera. Elemak! Bahasa buku la pulak! Anne menggeleng sendiri.
"Kau pahal?" Dell memandang Anne pelik. Sengih sensorang, geleng2 kepala. Ish! Demam ke? tangan Dell naik ke dahi Anne.
******************

Peperiksaan percubaan SPM..
Bismillah.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Surah al-Fatihah dibaca. Anne menadah tangan berdoa. Selesai ummul kitab, surah al-Insyirah, kemudian ayat 81 dari surahal-Anbiya’. Anne mendahului dan menutup doa dengan puji-pujian bagi ALLAH dan selawat ke atas Rasul. Bismillah.. tangannya menyelak kertas satu Chemistry. Ya ALLAH, permudahkanlah bagiku.. dan mata pencil menari di atas kertas OMR.
"Pssst.."
Anne mengangkat muka. Pandangannya terarah kepada suara tu. Apasal?
Kertas aku jatuh bawah kerusi kau. Kena tiup angin tadi. Billy meluruskan jari telunjuk kea rah kertas Chemnya.
Eh? Anne tunduk menjenguk bawah kerusi. Oh.. Anne mencapai kertas jawapan itu. Nah. Kertas dihulur.
Tangan Billy baru hendak menyambut kertas itu dengan senyum lega. Thank you Amirah Nur Farih..
"Awak meniru ya Farihana?!" Suara cikgu Mai memetir.
Anne yang masih memegang kertas Billy dan Billy yang sedang memegang kertas Billy sendiri memandang cikgu Mai yang berada di belakang, ditengah-tengah antara kerusi Anne dan Billy. Seluruh isi dewan mengangkat muka dari kertas soalan. Ratusan biji mata memandang Cikgu Mai.
"Cikgu, kertas dia.."
"Cikgu dia tolong ambilka.."
Cikgu menggeleng sekali. "Billy Zachuan Abdul Aziz, Amirah Nur Farihana Adlan, kamu tak boleh ambil peperiksaan ini." Muktamad!
"Cikgu!" serentak Anne dan Billy bersuara.
Cikgu mematikan kata mereka dengan pandangan mata yang macam naga tu. "Bilik saya."
Billy dengan Anne berkerut.
"Now."

"Fine! dia tiru saya!" Dada Billy ganaz berobak. Berapa juta kali aku nak kata Anne tak tiru aku? Sabarnya sudah menipis. Anne tak meniru!
Anne tersetak. Dia memandang Billy di sebelah. Apasal aku pulak? Muka merah gila. "Wei, aku tau aku siapa! Tak sepandai kau. Tapi aku tak meniru! Aku tak pernah meniru! Never!" Tegang wajah Anne ketika itu.
Billy berkerut serba salah. Patutnya aku tak yah cakap camtu.. "Wei, ak.."
"Sudah! Sudah!" Cikgu Mai tinggi suara. "Anne, takkan awak nak kata KU meniru pulak?" Nada sinis tu terasa macam menyalai hati Anne. Puan Maisalamah, cikgu ingat KU bagus sangat?! Perlu ke nak side manusia yang menuduh orang lain buat salah?
Anne rasa macam nak nangis. Anne menundukkan kepala merenung genggaman tangannya di riba. Kalau ni exam pertengahan tahun tak pe, tapi ni trial. TRIAL SPM! Takkan sesedap rasa je nak burn kertas chemist cam tuh? Penat gila aku baca! Billy kejam!
Anne, sabar Anne. Takkan kau nak nangis depan cikgu? Depan Billy? Nak malu sepuluh abad ke? no! kau kuat! boleh buat. ALLAH takkan bebankan kau dengan something yang kau tak mampu. Yakin je la. ALLAH tau kau. Biar la pun kalau cikgu Mai nak kata apa.
Anne mengangguk dalam hati. Ya. Biarlah. ALLAH tau. ALLAH tau aku tak salah. Anne mengangkat muka. "Cikgu, saya tak meniru dan saya takkan mengaku saya meniru sebab saya tak pernah meniiru." Anne menghela nafas. Serius. "Biar apa pun cikgu nak kata, ALLAH tau siapa yang betul dan siapa yang salah." Billy terpempan. "Saya mintak maaf jika terkasar bahasa. Waktu exam chemist paper 2 nak mula. Saya mintak diri."
************************

Dell buat muka pelik. "Wei Anne, bangun." Tak pernah dibuatnya Anne tidur awal. Selalunya lepas baca al-Mulk mesti bukak nota bio. Tapi ni bukan bukak. Ni tidur bersama buku bio! Ish! Anne ni pahal. "Anne,, kau kenapa ni?" Dell duduk di sisi Anne yang masih baring membelaknginya dengan nota bio menutup muka. "Anne,,, please. Jangan macam ni.."
Dell sori, aku tak dapat nak tutup paip lagi. suara Anne hanya bergema dalam hati. "Takde pape. Tension la asyik studi jer. nak lelap jap." Anne menelan liur. Menipu.. sori Dell. "kejut aku lagi lima minit." Datar suara itu menutur.
"Anne, kau sedih pasal markah chem kau eh?" Dell mengelus rambut Anne. Anne senyap. "Tak pe la.. aku percaya kau tak salah. I’ll stand beside you no matter what." Anne jadi tugu negara.
Mana tak sedih. Tadi dapat markah chemist. Chemist aku 69! Billy 98! Bayangkan markah chemist tanpa 50 soalan objektif? 50 markah burn camtu jer. Cikgu Mai tak adil. Billy boleh repeat paper 1 chem. Aku tak boleh. Kenapa dia mesti pilih kasih? Bukan cikgu jadi pelindung budak2 kat sekolah ke? cikgu Mai bukan ada masalah dengan aku pun. sihat walafiat je masa belajar sejarah dengan dia. Air mata Anne mengalir lagi. tau la aku bukan teacher’s pet. Aku pun taknak jadi teacher’s pet pun! tapi ni diskriminasi antara murid!
"Anne,,, jangan la macam ni.. aku nak jadi kawan kau through thick and thin." Lirih Dell bersuara. Budak2 dorm dah selamat naik kapal mimpi.
Ah.. Dell.. setianya seorang kawan. "Dell, aku okey la.." tapi paip air mata ni loose. Tak dapat nak tutup. Menyampahnya tengok muka billy dalam kelas. Rasa macam nak kelar2 dengan garfu DM! eiiii!!!! Kejam! Menuduh perempuan baik meniru!
"Anne. Okey ke tak ni?" Dell memaut bahu Anne. Dell memang tahu Anne paling suka kat Chemistry. Anne pernah kata, "Chemistry lah creature paling handsome pernah aku jumpa!" Periodic table memang dah khatam, memang dah hafal, memang tutup mata pun boleh lukis balik sebijik macam periodic table yang lengkap gila. Matapelajaran yang Anne takkan tidur. Sepanjang dua tahun kat sekolah, masa chemist memang Anne paling khusyuk. Paling paham. Paling happy jer masa belajar.
"Okey, la.. nak tido jap. Karang kejutkan aku pukul 4.30. kita qiam macam biasa pastu sambung studi." Anne bercakap tanpa memandang Dell. Nota bio masih menutup muka. Rasa-rasa paip dah mula slow mengalir. Takpelah Amirah Nur Farihana,, reda jelah. Ada hikmahnya. Hmm.. aku reda. tapi Billy tetap manusia paling aku benci dalam dunia ni lepas george bush dengan orang israel dengan abu jahal, abu lahab, yahudi dengan nasrani!
Dell masih tak berganjak dari tempatnya. "Anne."
"Hmm.."
"betul ke kau nak tidur dengan encik bio?"
"bole jugak.."
**************

Semua tunduk. Sambung balik baca QS. Dorm Archimedas tu hanya ada Dell, Anne, Skin, Paan, Ayan dan Syifa. Budak-budak lain dah balik rumah cuti akhir tahun. Tinggal budak-budak form five jer. SPM lagi tiga hari. Peace. Takut!
"Aku tertekan aa.." Ayan bercakap pada buku QS di riba.
"Aku terpijak aa." Skin buat muka tertekan.
Serentak semua tergelak.
"Aku terpenyek aa..." Paan pun join jugak.
Gelak lagi.
Senyap balik. Semua menumpu pada hafalan yang tergendala. QS dengan Syariah tinggal nak ulang balik je ni. Semua subjek dah start hafal betul-betul lepas trial hari tu. Bios logos punya paper lagi dua minggu. Minggu depan kertas yang ringan-ringan jugak lah. Tapi yang ringan-ringan kalau tak ambil berat pun tak boleh jugak. Karang yang subjek sains dapat 1A, bahasa Melayu pulak kantoi. Buat malu Hang Tuah sungguh la.
"Aku tak sabar nak habis SPM.." Skin mendongak ke siling. Boleh patah leher kalau asyik tunduk aje!
Lima kepala angguk. "Emm!" Mata masih bertumpu pada QS.
"Korang nak kahwin umur berapa?" Skin memandang jadual SPM di tepi katil.
Lima kepala angkat muka on the spot.
"Umur 23." Paan senyum.
"24." Dell sengih.
"25. Ikut sunnah." Ayan senyum nampak gigi.
"Ha’ah.. Rasulullah kahwin umur 25 kan, dengan Siti Khadijah." Skin angguk dua kali tanda faham. "Kau Anne?"
"Lepas dapat result." Anne bercakap pada buku.
Huh? Muka semua penuh dengan tanda ‘?’
Dan Semua gelak tak dapat tahan.
"Buat lawak betul." Paan sambung gelak.
"Sakit perut aku gelak." Skin tekan perut guna tangan.
"Pipi aku sakit jugak." Dell pegang pipi. Macam kena botox la pulak sakit pipi bila gelak.
"Kau nak nikah dengan siapa nanti?" Ayan terguling-guling atas katil. Gelak sakan.
Anne nyata masih dengan muka toya. Menjongkit bahu kemudian beralih ke tajuk QS seterusnya. "Tengok jela."
Dell pandang Paan. Paan menghantar pandangan ke Skin. Skin angkat kening ke Ayan.
"Serious ke Anne?" Dell memegang bahu Anne dengan tangan kanan sambil mata tepat memandang mata Anne. Macam nak mencari kejujuran lah konon.
Anne masih tak beriak. Empat pasang mata tu memandang Anne dengan perasaan curosity yang membuak-buak.
"Kau biar bonar.." Ayan dah keluar sleng Minang dia.
"Gila!"
"Awal tak agak.." skin buat muka kesal. Siap geleng kepala lagi.
Anne tak dapat menahan diri dari tersengih. "Hee.. joke je.." Tapi ibu jugak yang kata kalau nak fly overseas kena berteman dulu. Teman sehidup semati. Macam seram je nak kahwin ni.
"Kau.." Ayan mengangkat telunjuk ke muka Anne. "Kalau makbul karang.." Anne dah menepis telunjuk Ayan.
"Apa?" Anne berkerut.
"Jangan lupa jemput aku makan nasi minyak." Ayan sengih.
"Keh! Ingatkan amende.." Anne dah lega.
"Pastikan pengantin lelaki tu......" Anne berkerut pandang Paan. "...Billy..." Paan menyelit rambut ke belakang.
"Mintak dijauhkan!" dan bantal spongebob pun melayang ke arah Paan.
************************

Dua tahun lepas result SPM keluar...
"Lama gila tak keluar sama-sama!" Dell dah teruja habis peluk2 dorang depan orang ramai kat tingkat 3 sunway piramid. Gila malu!
"wei aku nak tong oxygen!!!" Anne dah rasa macam nak kena asma. "dah cukup2. karang tak sempat main lak kat sini." Pelukan dilepaskan.
Dah setahun tak keluar sama-sama lepas amek result tahun lepas. Alhamdulillah, semua straight A’s! omedeto! Gila pandai! Masa jumpa tahun lepas, macam-macam cerita keluar.
Adila Adelila si anak sedara Galileo Galilei (bajet gila Dell masa aku buat statement uh). Pandai gila physics! Dell dengan cerita jadi orang gaji kat rumah sendiri. Fuh! Gila penat dia kata. Tapi tetiap minggu dapat duit aaa.. seminggu rm500. comey doh bapak dia. Duit berkepuk2. tapi moral of the story yang Dell dapat is jadi suri rumah is soooooo tired! Tetiap masa kena wat kerja.
Nur Farhana Mohd. Rakbi a.k.a Paan, jadi mechanic kat bengkel abang dia. Siapa sangka budak pempuan bertudung boleh menyarap-nyarap bawah kereta check benda2 yang tak kena. Siap ada mamat mana tah propose dia sebab impress ada pempuan boleh buat kerja laki.
Syifa Shahrul, si Syifa, main saham kat rumah. Trade? Traiding? Mendetah. Tengok2 sok untung sampai 700 ribu pound. Esok2 pulak rugi sket. Sok2 untung balik. Aku pun ta paham main ape benda. Tapi nampak cik kak tu senyum ke telinga je setiap hari.
Cell kulit mati, Sakinah Ridzuan or Skin plak jadi cikgu. Segala jenis cikgu dia bolot! Cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, ustazah tahfiz, cikgu tuisyen, ustazah ngaji,,, semua lah! GiPang betul la.. gila pangkat.
Anne pulak jadi tukang masak kat restoran pak ngah dia. Fuh~ jadi chef dah sekarang. Semua dia reti masak. masakan thai, barat, timur, tengah laut, perancis, italiano, kek, biskut, roti.. etc,etc. Hebat betul! Tapi..
"Karang aku nak pergi dah." Anne menutur perlahan.
Hmm.. semua senyap.
"Kena pisah eh?" Skin sengih sedih.
Huh.. senyap lagi..
"Ala lepak aaa.. macam nak keluar gi belajar kat zuhal je. UK tu dalam bumi aaa.. kau berenang merentas laut karang sampai la. aku tau kau rindu aku.." Anne mengusik. "Ala, macam kau tak fly jer."
Skin sengih. "Karang kita gi umrah sama-sama tau."
"Hmmm!" serentak semua mengia.
"Wei, aku teringin main ice kating macam time kita outing form 4 dulu." Paan memandang Syifa, Dell, Skin dan kemudian Anne.
"Kau neh..! memang la kita datang sini nak main skate." Syifa kata.
"Tapi aku serik jugak la weh." Anne tiba-tiba suara macam kesal semacam.
"Ape?"
"Karang jatuh lebam lagi macam hari tu. Seminggu aku tidur senget ke kanan tau!"
Ketawa. Kaki dah sampai pintu masuk ice skate.
"Orang kaya belanja." Anne pandang Syifa. Yang lain pun pandang Syifa.
"Wei,,,,,,,,,,,,,,,,," terketar2 Syifa keluarkan not2 rm50 dr purse.

"Wei korang." Anne panggil.
"Hmmm?" Semua bley ckp hmm je. Syifa, Skin, Paan, Dell, Anne pegang tangan sama2. kalau jatuh kat ice ni, macam domino la. licin! Licin! Macam nak terbalik je. cepat2 Skin mengemaskan genggaman tangan Paan dan Syifa.
"Aku nak bagi tahu ni." Anne jalan sikit2. yang lain pn same. Gila licin menda neh. tangan Anne macam nak loose. Dell pegang kasi kukuh.
"Ha." Semua jwab serentak. Semua pun berkerut-kerut tahan kasi tak jatuh. Dell yang berada paling tepi memegang tepi gelanggang ice kating uh kuat2. Ya ALLAH selamatkanlah kami dari jatuh buat kali ke 25!
Anne cuba imbang badan. ALLAH! Licin gila. Wuuuu..jangan jatuh.. jangan jatuh.. "Aku nak kahwin."
Serentak semua terjatuh masa tu.
"Kahwin???"
***********

"Bu, kalau tak tu.." Anne dekatkan jari telunjuk kanan dengan kiri banyak2 kali dekat depan ibunya. "..tak boleh ke? orang lain pergi je overseas, selamat je balik malaysia balik walaupun tak kahwin sebelum pergi sana." Anne buat muka convincing gla-gila. Haraplah ibu aku ni boleh terconvince. Amin!
Puan Noraida pandang Encik Adlan. Encik Adlan macam memeikir sesuatu. "K-Na, yah dengan bu risau sebenarnya. Kalau jadi apa-apa kat sana takde orang yang kami percayai untuk jaga K-Na."
"Tapi yah, takkan la sekarang?" Anne buat muka tak percaya. "Sekarang. Umur 20? Awal sangat!"
"ibu kahwin dengan ayah umur 18 lagi tau. Lepas SPM punya result terus kahwin. Okey jer.." Puan Noraida pulak buat muka convincing. Harap-haraplah anak aku neh terconvince. Amin!
"Ala K-Na. kahwin je. k. a. h. w. i. n. apa benda yang K-Na risau sangat neh..?" Mayam sengih nakal pada Anne. Pantas tangan Anne memiat lengan Mayam. Adik Anne. "sakit la K-Na! habis lah hubby K-Na nanti,,," Mayam buat muka tak boleh blah.
"Bayam! Kureng tol!" Anne geram. Bantal kusyen dibalingnya pada adik.
"Gaduh pulak dah." Puan Noraida menegur.
"Habis tu, K-Na kena kahwin dengan siapa?" Anne tanya. Muka terpaksa terima hakikat perlu kahwin before terbang ke UK. Tapi since ibu pun dah bagitahu awal-awal pasal menda kahwin ni, so macam boleh fikir dan digest la awal-awal jugak. Anne merenung ayah dan ibunya.
"Billy Zachuan Abdul Aziz." Encik Adlan jawab. Anne terus pengsan.
****************

"Jumpa balik kat tempat ni lagi lima tahun." Anne memutus.
Billy memandang sekitar. Cantik. Taman bunga. Lepas kahwin hari tu, dorang terbang pergi UK. Atas permintaan Billy, Anne terpaksa jugak jalan-jalan dengan Billy lepas dah sebulan belajar dekat Uni. Asyik terserempak jer dengan Billy ni kat library. Room-mate Anne yang lain langsung tak pernah tau dia dah kahwin. Tapi Dell, Skin, Paan, Syifa dengan ex-5 K tau la.
Oleh sebab ibu bapa kedua-dua Anne dan Billy tu kawan, dan kebetulan anak mereka dapat tawaran pergi ke negara yang sama untuk further study, dan kebetulan jugak waktu terbang yang sama, maka termeterailah ikatan perkahwinan antara Anne dan Billy. Nak tak nak, kena nak jugak. Puas dah Billy solat istikharah. Jawapannya Anne jugak. Tapi dia tahu, takkan lah si Anne tu setuju nak kahwin dengan dia. Tengok-tengok Anne setuju. Hush! Tak sangka!
Anne dilemma. Berulangkali ayat 216 dari surah kedua dalam al-Quran dibaca.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pahadal ia amat baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Solat istikharah pun dah buat banyak kali. Tak sangka jawapan dia Billy. Tapi dia serahkan semuanya pada ALLAH. Okey, fine. Kahwin!
"Lagi lima tahun?" Suara Billy kedengaran. Matanya masih pada bunga-bunga yang bermacam warna. Subhanallah. Cun!
"Hmmm." Anne memandang pada sepokok bunga ros yang berwarna merah dalam kalangan kelompok bunga ros kuning. Tu di tanam ke tumbuh sendiri tu? Kontra betul. Anne senyum sendiri. Comel jer kat tengah-tengah warna kuning tu.
Tiba-tiba ada orang petik bunga ros merah di antara bunga ros kuning yang sedang di pandang Anne. Hilang lenyap terus senyumannya tadi. nafas hampa dilempas kasar. Biar kat situ je kan okey. Rungutnya sendiri.
"Nah." Anne berpaling ke kiri. "Untuk you." Billy senyum sambil menghulur bunga ros merah yang baru dipetiknya tadi.
Anne hanya memandang. Laa.. dia ke yang petik. Anne buat dunno. Pandang taman bunga tu. Tapi tangannya capai jugak bunga ros yang Billy kasi!
Billy sengih. Laa.. ingat kan tak nak amek. "I’m sorry." Billy berhenti. Ingin melihat reaksi Anne.
Anne tugu negara.
"Sorry pasal markah chemist masa form 5 dulu. I know how sellfish I was bila buat camtu kat you. Jadi pengajaran dekat I sebenarnya." Billy terus merenung Anne yang sedang memandang bunga-bunga. Baru sedar! Pimples dia dah hilang! "you.. maafkan i?"
Huh! Kau buat aku nangis tiga hari tiga malam pasal chemist aku tu tau tak?! "hmm." Anne mengangguk sedikit. tapi bila pikir-pikir balik, macam terlalu tak matang lah pulak nangis sebab markah exam. Macam tak pernah fail jer. haha.
Billy mengucap syukur dalam hati. Dah maafkan pun! at last! "jumpa lagi lima tahun ey?"
"yer la."
"so I nak your phone number, akaun number, email. Karang senang nak bagi duit tiap2 bulan."
Anne duduk di bangku yang tersedia. "Ada kertas?" anne bertanya. Billy duduk di sebelah. Bunga ros tadi tu letak kat atas riba. tangan Anne mencapai pen dalam beg selempang.
"tak ada." Billy menghulur tangan kanan. "Atas tangan je la."
Eh? Seram la pulak! Tapi Anne buat muka selamba dan menulis menda-menda yang Billy nak tau.
Mak aih! Lembut nya tangan! Billy merenung wajah isterinya. Dah beristeri aku.. tak sangka.. Anne,,, "I love you.."
Anne terkaku kejap. Berdebar-debar jantung rasanya. Tapi terus disambungnya kerja-kerja menulis di atas tangan Billy. nak, tak nak. Nak, tak nak. Nak la! Anne berkira-kira di dalam hati. Mata pennya berlari menulis Fe Li Be. Harap-harap Billy tak paham!
"dah." Anne mengangkat muka dari tangan Billy. Matanya bertembung dengan mata Billy. Jantung macam terskip satu beat. Okey, Anne. Pandang tempat lain! kalau pandang lama-lama mau tak berdegup jantung!
"okey.. thanks."
"hmm.." Anne dah bangun dari bangku.
"See you next five years!" Billy turut bangun sambil memandang Anne.
Anne tak tau ekspresi mukanya apa kala ini. "okey." Dan Anne berjalan pulang ke library. Matanya lekat pada bunga ros ditangan..
Billy merenung tulisan Anne di tapak tangan kanan. Fe Li Be? Ape neh?

Fe- Iron
Li- Litheum
Be- Berylium.

extra.

"Eureka!" Dell naik suara. muka Dell memang serupa dengan Galileo Galilei masa reka jam menggunakan bandul untuk mengukur pergerakan masa siap. Jam pertama yang boleh di harap waktu tu.
Anne pandang Dell dengan pandangan senget. betul ke idak kawan aku neh? tadi tekan-tekan calculator bagai nak rak. lepas berkerut semacam macam fikir penyelesaian kes conan. hesh! aku risau dengan Dell neh. "Kau kenapa Dell?"
"Wei, kau tengok neh. aku jumpa penemuan yang baru!" Dell gembira semacam. "Tengok haa..." Dell menulis sesuatu di atas buku nota.

Ar + B + S + Ca + Ne
RAM Ar, 40; B, 11; S, 32; Ca, 40; Ne, 20.
143= I love you.
Ar + B + S + Ca + Ne= 40+11+32+40+20=143

therefore, ArBSCaNe=I love you=143.

Ar argon, B boron, S sulfur, Ca calcium, Ne neon.

Anne berkerut pelik. "Mana kau jumpa neh?"
"Hey, ni anak sedara Galileo Galilei la...!" Dell dah start dah...

Tammat

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.