Cerpen : Sayang,akhirnya kau pergi jua

"Baik kau buat keputusan cepat.Aku dah tak boleh tunggu ni.Aku nak nikahkan jugak Ezman dengan Maria.Aku tak kira.Samada kau setuju ataupun tak,itu terpulang pada kau."

"Kenapa Mama buat saya macam ni?Apa salah saya?Saya mintak maaf banyak-banyak kalau saya ada terkasar dengan Mama.Tolong jangan buat saya macam ni."

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi.Sekarang ni keputusan di tangan aku.Aku yakin Ezman akan ikut cakap aku nanti.Masa tu,kau dah tak boleh buat apa-apa lagi."

Solehah hanya membatu di atas kerusi.Keputusan yang dibuat Puan Nuraisyah benar-benar menyesakkan jiwanya.Apakah dia harus setuju tanpa berfikir panjang sedangkan ini melibatkan kehidupannya nanti?Tapi sebenarnya hanya Ezman yang layak membuat keputusan itu.Solehah pasrah walau apa jua keputusannya.

"Haa turun pun kamu Ezman.Mari sini.Mama ada benda nak bincang dengan kamu."

"Kenapa Mama?Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Banyak yang tak kena.Kenapa kamu tak pernah nak ikut cakap Mama?Mama buat semua ni untuk kebaikan kamu,tahu tak?Cubalah faham Mama ni,Ezman."

"Apa yang Mama cakap ni?Ezman betul-betul tak faham."

"Mama nak kamu nikah dengan Maria bukannya perempuan yang tak tahu asal-usul macam Solehah.Mama tak pernah izinkan kamu bernikah dengan perempuan ni.Mama tak boleh terima dia sebagai menantu Mama,faham?"

"Tapi Mama.Ezman nikah dengan Solehah sebab Ezman tak nak tengok dia.."

"Abang,kalau Abang nak nikah lain,Leha izinkan.Lagipun Leha tak nak tengok Abang dengan Mama berkelahi anak-beranak.Tak apa kalau itu yang Mama nak."

Solehah cuba menahan tangis.Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan dua insan yang disayanginya.Puan Nuraisyah hanya tersenyum.Puas hati apabila Solehah memahami kehendak hatinya.

"Leha!Apa yang Leha cakap ni?Leha tahu kan Abang sayang sangat pada Leha.Abang tak fahamlah dengan Leha ni."

"Kalau semua dah setuju,bolehlah Mama hantar rombongan meminang ke rumah Maria esok.Mama betul-betul hargai keputusan kamu.Tercapai jugak hasrat hati Mama selama ini."

Puan Nuraisyah segera berlalu.Senyuman terlihat di bibirnya.Tidak sangka Solehah akan menyetujui permintaannya.Sekurang-kurangnya dapat juga dia melihat Ezman naik pelamin dengan calon menantunya,Maria.

***************************************

"Apa yang tak kena dengan Leha ni?Cuba cakap dengan Abang.Abang tak sanggup menduakan Leha.Tolonglah Leha.Jangan paksa Abang buat macam ni."
"Maafkan Leha,bang.Leha tak bermaksud nak paksa-paksa Abang buat macam tu.Leha Cuma tak sanggup hampakan harapan Mama.Itu aje."

"Abang betul-betul tak faham Leha.Apa yang Leha nak sebenarnya?Abang takkan buat kerja gila macam tu.Takkan sesekali."

Ezman menegaskan pendiriannya.Solehah adalah satu-satunya wanita yang dia cintai.Dia takkan menduakan kasih Solehah.Wanita itu telah begitu banyak berkorban untuk dirinya dan mana mungkin dia akan berkahwin dengan seorang wanita yang sama sekali tidak dicintainya.

"Abang pun tahu kan?Leha tak mampu jadi isteri yang baik untuk Abang.Leha sakit bang.Mungkin cadangan Mama patut kita terima buat masa ini.Sekurang-kurangnya Abang ada teman kalau-kalau Leha dah tak ada besok."

"Leha!Abang tak suka Leha cakap macam tu.Setiap penyakit ada ubatnya.Selagi kita berusaha,Insya’Allah,Allah akan Bantu kita.Leha jangan cakap macam tu lagi.Abang tak suka dengar."

Solehah rebah di pelukan Ezman.Dia tidak mampu melawan kehendak takdir.Penyakit barah otak yang dihidapinya setahun lalu mulai mencapai tahap berbahaya.Bila-bila masa sahaja dia akan pergi meninggalkan kehidupannya dan suami yang sentiasa berada di sisinya di kala duka dan suka,Ezman.

*********************************

"Jadi,kamu setujulah kalau Ezman nikah dengan Maria?"soal Puan Nuraisyah.

Solehah memandang Ezman.Pandangan mereka bertaut.Ezman cuba untuk memberitahu sesuatu tetapi mata yang menyimpan seribu ketenangan itu membuatkan dia gugup.Solehah pula tidak mahu menghancurkan impian Puan Nuraisyah.Biarlah kali ini dia yang berkorban.Dia rela andai Maria yang menggantikan tempatnya apabila dia tiada nanti.

"Leha tak ada apa-apa bantahan Mama.Abang Ezman pun setuju.Leha terima kalau Leha dimadukan dengan Maria."

Ezman hanya berdiam diri.Bukan dia bersetuju dengan segala apa yang telah dirancang Puan Nuraisyah,tetapi ketegasan Solehah sendiri memaksa dia membuat keputusan paling sukar dalam hidupnya.

"Baguslah kalau begitu.Mama dah tetapkan tarikh perkahwinan kamu.Tak payah tunang,kita nikah terus.Betul tak,Ezman?"

Ezman hanya tersenyum tawar.Mata Solehah dilihat berkaca menahan tangis.Kemudian terlihat senyuman manis menghiasi bibirnya,menyembunyikan kesedihan yang bertapak di hati.Ezman mengelus lembut jemari Solehah lantas dikucupnya.Solehah di sisi hanya tersenyum.

*************************************

Malam itu menyaksikan segalanya.Maria sah sebagai isteri Ezman hanya dengan sekali lafaz.Solehah hanya berupaya mengulum senyuman.Dia memicit-micit kepalanya.Apakah waktunya telah tiba?Ya Allah,aku redha andai aku kembali pulang kepadaMu.Bahagiakanlah suamiku bersama Maria.Ampunilah segala kesalahan kami,doanya.

"Leha!!!!!!!!"

Majlis terhenti buat seketika.Semua mata tertumpu ke arah Solehah.Solehah rebah di pangkuan Ezman.Air matanya mula menitis.Dalam kepayahan dia cuba tersenyum.Solehah menggenggam jari Ezman.Kuat,sekuat cintanya yang tulus ikhlas.

"Abang,maafkan Leha.Mungkin sudah sampai masanya Leha pergi.Mama,maafkan Leha seandainya Leha tak mampu nak jadi menantu terbaik untuk Mama."

"Jangan cakap macam tu sayang.Abang bawak Leha jumpa doctor.Kita pergi ye sayang?"

"Tidak bang.Leha terpaksa pergi.Maafkan Leha."

Tangan beralih.Tiba giliran Puan Nuraisyah memangku Solehah.Air matanya mula mengalir laju.Tidak sanggup menatap mata Solehah yang redup.Puan Nuraisyah kemudiannya mengucup dahi Solehah lembut.Solehah hanya menerima kucupan kudus itu.

"Maafkan Mama sayang.Mama tak tahu.Mama banyak buat salah dengan Leha.Maafkan Mama."

"Mama tak salah.Leha yang salah.Maafkan Leha sebab tak mampu jadi menantu yang baik untuk Mama..."Solehah kemudiannya menyambung.

"Maria jadilah seorang isteri yang baik untuk Ezman.Abang.."

"Ye sayang.Abang dengar ni.."

"Abang,ma..maafkan Leha sebab tak da..dapat ja..jadi seorang is..isteri yang ba..baik untuk a..abang.Leha per..pergi dulu.Se..selamat pengantin ba..baru."

Solehah mengakhiri kata-katanya.Pandangannya semakin kabur.Perlahan-lahan matanya terkatup..dan pergilah seorang hamba kepada Tuhannya.Ezman memeluk Solehah hiba.Tidak menyangka pemergian Solehah selama-lamanya dari hidupnya merupakan hadiah perkahwinan yang diterimanya malam itu.Dia redha dengan kehendak Ilahi.Ezman percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik semua yang berlaku.Dia pasrah atas ketentuan Ilahi.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.