Cerpen : Antara ilusi dan kenyataan

"kurang ajar!Kau jatuh kan makanan aku.sudahlah aku tumpangkan engkau disini.Tak tahu buat kerja dengan elok kah?!" Mak Cik Nanny memarahi Marien di meja makan.

Dengan hati yang sedih,Marien berlari ke tempat tidurnya iaitu di dalam sebuah reban ayam.Di dalam bilik itu tersipan seribu kesedihan setelah terpisah dengan keluarganya akibat peperangan belanda-china.Walaupun sudah lali dengan jerit-pekik Mak Cik Nanny,tetapi ada ketika nya dia berasa hati yang amat sangat.

Marien menangis tidak henti-henti mengenangkan nasibnya.Setalah lama Marien menitis kan air matanya dia terus tertidur kerana kepenatan seharian bekerja tanpa henti.Sebaik sahaja terjaga dari tidurnya,dia mendapati tempat tidurnya menjadi sebuah bilik yang sangat cantik.Dilihatnya sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni.Dia cuba memetik bunga-bunga itu.Tiba-tiba Marien ternampak seorang pemuda yang tampan sedang bermain pedang di hujung taman bunga itu.

Marien melihat pemuda itu mengacah-acah pedangnya.Dihunuskannya ke kiri dan ke kanan.Dijunamkannya kehadapan.Mata pedang pemuda itu amat tajam.Beberapa pohon bunga terkulai .Saujana mata memandang ialah padang rumput yang amat luas.Umpama padang golf yang dijaga rapi.


Marien terpaku seketika.Wajah pemuda itu dibacanya tetapi kotak fikirannya tidak dapat memberikan sebarang jawapan.Perlahan-lahan Merien mendekati pemuda tersubut.

"Apa khabar?"Marien disapa terlabih dahulu."Ba….baik,"jawabnya sepatah.Terkejut "Siapakah awak?Saya tak pernah melihat awak sebelum ini?"Tanya Jason.Marien hanya membisu.


Lalu Merian menanyakan soalan kepada Jason tanpa menjawab pertanyaan Jason"Dimanakah saya?"Tadi saya tertidur di dalam bilik kecil.Didingnya kian reput dimakan anai-anai.Disekelilingnya adalah semak samun.Kadang-kala binatang bisa menggetarkan perasaan saya.Oh ya!Mak Nanny.Dimanakah dia?"Marien tercari-cari orang yang menjaganya selepas kehilangan kedua ibubapanya.


"Awak dinegara Dome."
"Dome?"Marien berfikir sejenak dengan keadaan yang agak kusut fikirannya. "Ya,Dome."Jawabnya sambil senyum "Saya Jason". Sambungnya lagi.Marien menyambut salam perkenalan yang tiba-tiba itu. "Ayah saya raja negara ini.Itu lah rumah saya." Marien memandang arah yang ditunjukkan.Tidak disangkanya bahawa Istana yang tidak beberapa jauh daripadanya ialah rumah Jason. "ouh.saya pula Marien"jawab Marien dengan nada suara yang agak manis.
"Marilah saya bawa awak ke rumah saya,saya boleh memperkenalkan awak kepada ayah saya.Manalah tahu jika ayah berkenan kepada awak Merien.hehee" Jason ketawa kecil. "Ada-ada sahajalah awak ni"Marien malu menunjukkan riaksi mukanya. "Jom la kita berangkat".Marien hanya menundukkan muka sahaja.Mereka terus menaiki kereta kuda tersebut sehingga sampai di istana.Pintu istana terbuka.Lalu mereka masuk ke dalam.Merian berasa amat gembira kerana ini lah kali pertama dia menjejak kan diri di dalam sebuah istana yang amat cantik pemandangan dalamanya.Merian diberikan persalinan yang baru.Dia masih keliru dengan peristiwa yang terjadi.Persalinan tetap dipakainya. "wah!,amat cantik!" Marien memuji dirinya. "Tidak pernah ada pakaian aku secantik ini"kata nya lagi.Sesuai pula dengan tubuhnya yang tinggi da kurus itu.Rambut menggerbangnya di simpul rapi agar kemas.Tanpa tata rias yang lain Marien menjadi tetamu istimewa di meja makan.

"Jangan malu wahai gadis.Duduk lah dan makanlah bersama2 kami.Sebelum itu,kamu pakailah rantai mutiara yang ada dihadapan kamu itu,rantai itu boleh menunaikan apa-apa sahaja hajat kamu,tetapi dengan satu hajat sahaja".Kata raja sambil menunjukkan rantai tersebut.Marien mengambil sambil mengucapkan terima kasih lalu memakai rantai tersebut.Dia tidak percaya bahawa rantai yang dipakainya mempunyai kuasa semedikian rupa.Baginya itu suma karut.Lalu mereka makan dengan tertibnya.


Suasana menjadi sunyi seketika.Tiba-tiba Marien terkejut.Dia kebasahan.Disapunya air yang terkena dimuka.Dihadapannya Melenda,anak Mak Cik Nanny.Pada tangannya ada sebuah baldi.Ternyata dia disimbah dengan sebaldi air. "Kau jangan asyik nak tidur sahaja,siapkan makanan untuk kami cepat!"herdiknya lalu keluar dari reban ayam tersebut.

Marien terkebil-kebil.Arahan mesti dipatuhi.Marien memegang lehernya.Dia tersentuh rantai mutiara yang diberikan oleh bapa Jason.Marien sedar bahawa dia bukan dialam mimpi lagi.Dia sangat berasa hairan.Tergesa2 Marien terus memakai sepatunya dan dengan pantas dia menuju ke dapur.Pantas pula dia mengambil bahan-bahan untuk dimasak.Ketika itu dia teringat kata-kata ayah Jason "rantai itu boleh menunaikan apa-apa sahaja hajat kamu,tetapi dengan satu hajat sahaja".Kalau benar ada tuahnya,Marien berhajat agar Mak Cik Nanny dan Melenda melayannya dengan lebih baik lagi.

Marien menghidangkan makanan yang telah siap dimasak.Kemudian dia memanggil Mak Cik Nanny dan Melenda.Dengan pantasnya dua anak-beranak itu datang ke meja makan dengan muka manis mereka.Marien terpaku sejenak. "Marien mari makan bersama kami!".Tiba-tiba Mak Cik Nanny mempelawanya.Melenda pula menarik tangannya sambil tersenyum.Selalunya Marien hanya dibenarkan makan apabila mereka selesai makan.Ada ketikanya hanya tinggal sisa-sisa makanan sahaja.Marien masih tidak mempercayai perkara sedemikian rupa berlaku kepada dirinya.Mungkin inilah balasan tuhan kepadanya kerana telah tahan dengan sikap Mak Cik Nanny dan Melenda selama ini. "ini lah ilusi!ini lah kenyataan!"kata Marian seorang diri……………

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.