Cerpen : Ohh...PLKN

Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di sekolah yang aku sayangi itu.Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa gembiranya hati aku ini dan aku sudah dapat merasai kemerdekaaan setelah dua tahun aku terpaksa menempuh saat yang sukar di sekolah itu.
Setibanya di rumah yang telah lama aku tinggalkan.Hehe..sebenarrnya aku baru sahaja pulang ke rumah dua minggu yang lalau sebelum peperiksaan SPM bermula.Masa yang tidak begitu lama aku rasakan cukup lama.Aku tiba di rumah dan mendapati ada sepucuk surat terletak di atas meja makan.Aku membelek-membelek dan mendapati surat itu diutuskan kepada aku.Surat itu datananya dari Kementerian Pertahanan Malaysia.Aku sudah dapat meneka apakah tujuan surat itu.Aku hanya tersenyum dan ibu bapa aku juga tersenyum bersama aku.

Aku tanpa berlengah membuka urat itu dan mendapati aku ditempatkan di sebuah kem PLKN yang terletak di Pahang.Hari kian berlalu dan aku hanya menunggu harinya.Jeng….jeng…jeng.Hari inilah harinya aku akan bertolak ke kem tersebut.Seluruh ahli keluargaku menghantar aku ke check point yang ditentukan oleh Jabatan Khidmat Negara.Aku berasa agak risau dan gementar kerana aku tidak mempunyai kawan yang aku kenali di kem itu tapi aku cuba untuk beramah mesra dengan kawan kawan baru disitu.Kemudian aku menaiki bas yang disediakan dan masih sempat melambai ke arah keluargaku.Perjalanan ke tempat tersebut mengambil masa selama lebih kurang 5 jam.

Sebaik tiba di kem tersebut,aku berasa lega kerana sampai selamat dan melihat permandangan yang cantik di sekeliling kem itu.Kemudian bas yang aku naiki berhenti di sebuah kawasan yang lapang.Kawasan itu dipanggil padang kawad.Aku bersama-sama kawan –kawan baruku membawa barang kami ke tempat penginapan.Sebelum itu kami mendaftarkan diri di Dewan Makan dan mengambil segala keperluan kami selama kami berada di kem ini.Keesokan harinya kami berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibahagikan sebelum itu.Setiap orang harus memperkenalkan diri masing-masing.Pada malam itu aku menghadiri perjumpaan kumpulan dan berkenalan dengan para jurulatih.

Keesokan harinya bermula kehidupan aku di kem sebagai pelatih PLKN.Aku menghadiri kelas di mana kami dilatih untuk mengenali karakter diri kami dan berusaha untuk menampilkan yang terbaik dari diri kami.Miinggu kedua di dalam kelas,aku dikejutkan dengan kehadiran seoran gpelatih yang ditukarkan dari kumpulan lain.Pada mulanya aku tidak menyedari kehadiran dia dan aku hanya mengendahkan kehadirannya.Pada suatu hari jurulatih menyuruh kami melakukan gaya tersendiri.Aku sebenarnya seorang yang pemalu tetapi kerana terpaksa aku melakukan satu gaya.Semasa aku melakukan gayaku aku dikejutkan dengan panggilan lain.Ada kawan aku yang menyokong aku dengan memanggil aku dengan nama orang lain.Sewaktu itu aku hanya mengendahkan panggilan itu tetapi dalam masa yang sama aku berminat untuk mengetahui siapakah pelatih yang dikatakan oleh mereka.

Setelah bertanya kepada seorang kawanku,barulah aku mengetahui bagaimana rupa pelatih tersebut.Sejak aku terpandang rupanya,aku berminat untuk mengenalinya.Tambahan pula,muka ada iras-iras saudara aku.Kemudian kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Kebetulan pula,aku dan dia berada di dalam satu kumpulan untuk beberapa kali.Aku berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengannya.Tanpa aku sedari,aku telah menyukai dia tetapi aku hanya mendiamkan diri kerana tidak manis jika aku menunjukkan aku menyukai dia.Perasaan ini hanya ku simpan dalam hati.Aku berasa segan tetapi aku suka sebenarnya kerana kawan aku sering mengatakan aku dan dia sepadan.Aku sering menafikan kata-kata kawanku itu kerana aku tidak mahu dia mengesyaki aku sebenanya menyukai pelatih itu.

Pada suatu hari,aku berasa sedih dan kecewa kerana aku baru mengetahui yang pelatih itu sebenarnya menyukai kawan aku.Tambahan aku rapat dengan kawan itu.Aku hanya menerima perkara dengan hati yang kecewa tetapi aku tidak pernah membenci kawanku itu kerana dia sangat baik terhadap aku.Semakin lama,pelatih itu semakin menunjukkan yang dia meminati kawanku itu.Aku pula tidak dapat menahan diri dari terpandang dia kerana dia mengingatkan aku kepada saudaraku.Semakin lama aku pandangnya,semakin aku rasa suka kepadanya.Dia pula selalu memandang ke arah kawanku itu tetapi kawanku itu tidak menyukai dia.Kawanku itu berusaha untuk menjauhkan diri daripada dia.

Semakin lama,aku sudah putus asa kerana dia tidak pernah menyedari kehadiran aku.Aku sedar aku sudah tidak ada perasaan kepadanya sebaliknya aku rasa menyampah apabila aku terpandang dia.Mungkin kerana aku sudah kecewa tetapi aku berkata kepada diri aku,”x pe,kamu akan jumpa orang lain di luar sana,lagipun aku datang ke sini bukan untuk mencari pasangan.Aku datang sini untuk mencari ilmu dan pengetahuan.Biarlah dia bahagia dengan kawanku itu.”.Walaupun begitu,aku tetap bersyukur kerana aku sedar ada orang lain yang masih menyayangi aku.Kawan-kawan baikku yang berada di luar kem tetap bersama aku dan mereka juga sentiasa berhubung dengan aku.Mereka menjadi pengubat kepasa kesedihan aku dan membuatkan aku rasa dihargai.

2 bulan setengah berlalu begitu cepat.Hari ini hari terakhir aku berada di kem ini.Aku berasa sangat sedih kerana akan berpisah dengan kawan kawan di kem itu.Sebelum aku menaiki bas,aku ternampak pelatih itu.Di dalam hati,aku sebenarnya masih menyukai dia dan pada hari itu,aku berasa sedih kerana aku tidak dapat lagi memandang dia.Tidak lama kemudian bas pun bergerak,aku dengan hati yang sedih melambai –lambai ke arah kawan-kawanku.Setelah tiba di rumah,aku melihat gambar yang diambil ketika pengambaran untuk setiap kumpulan.Aku terpandang mukanya dan satu perasaan yang pellik muncul.”Adakah itu rindu?haha..aku pun tak tahu”.bisik hatiku ini.Baru-baru ini aku berjumpa dengan keluarga saudara aku yang mempunyai rupa iras-iras dengan pelatih itu.Tiba-tiba aku teringat akan dia padahal aku tengah cuba untuk melupakan diaAku mengendahkan perasaan aku itu.Sebenarnya aku berharap aku akan dapat berjumpa semula dengan dia dan dapat menjadi kawannya.Moga-moga aku dapat berjumpa semula dengan dia.


PS: Cerita ini berdasarkan pengalaman rakan saya.Sorry jika cerita saya ini sukar difahami dan ayat saya tidak begitu bagus.Saya masih dalam proses belajar untuk menulis sebuah cerpen.Ini merupakan percubaan saya yang pertama.Jadi sorry jikalau ada salah dan kekurangan di dalam cerpen saya ini.Terima kasih.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.