Cerpen : Istana Kristal

Sungguh ku harap matahari itu menyinar terang hingga tiba saat ia tenggelam di ufuk barat namun manusia ini hanya mampu merancang tapi takdir tuhan menentukan segalanya kerna mendung itu selalu ada dan akhirnya membawa hujan lebat yang entah bila kan berhenti. Andai itu takdirnya hidup ini, ku cuba menerimanya dengan tabah. Ayah, tindakkan mu benar-benar menghancurkan jiwa kecilku. Memusnahkan hati yang masih tandus. Keresahanmu ibu benar-benar memukul perasaanku. Tidak henti airmata ini mengalir saban malam ketika embun mula bertaburan. Sungguh hati ini sakit. Ku cuba mencari penawarnya namun dimana ia. Duniaku terus diwarnai kegelapan. Cahaya itu bagaikan begitu jauh dariku. Aku ada ibu, ada ayah, tapi aku merasakan diri ini tetap keseorangan. kesepian. Rumah tangga yang sekian lama dibina menjadi suram. Aku merintih. Cuba menagih kasih yang hilang. di sisiku menjelma insan-insan yang tidak pernahku kenali. aku tidak berdaya. Aku terlalu lemah. Tubuh kecilku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat hancurnya istana kristalku.istana kristalku yang cantik di pandangan tapi berderai dek hentakan

Terlalu ramai yang hadir menghulurkan kasihnya buatku, namun ku tolak bulat-bulat. Aku tidak mahu bermain dengan buih-buih sabun. Kelihatan cantik dipandang tapi hanya seketika Cuma. Suatu detik ia akan pecah. tanpa aku sedar, aku menjadi musuh cinta. Cinta di dunia ini tiada ertinya buatku. Jika rasa sakit yang menjadi balasannya. Aku tidak sanggup.

Sudah terlalu lama dia hadir dalam hidupku. Selalu ingin mencuri perhatiaanku. Walaupun tidak pernah ku hiraukan. Namun dia manusia gigih. Makin jauh kakiku berlari makin hampir dia mengejar. Dia bagai tidak mengerti. Aku tidak mahu memberikan harapan palsu pada dia yang bernama Zakrul. Zakrul mengertilah aku insan yang kalah dimedan kasih. Adakah perlu aku terus berjuang sedangkan aku sudah kalah sebelum berperang. Fahamilah hati ini sudah terlalu sakit untuk dicalarkan. Jangan kau calarkan lagi ia. Biarkan aku melangkah tanpa perlu kau menghulurkan tanganmu padaku. Ku pasti aku mampu walaupun sendiri.

"hani, sudikah kau menjadi permaisuri hatiku?" masih ku ingat pertanyaanmu dulu. Ku tahu niatmu tulus. Melamarku untuk menjadikan kau lelaki yang sempurna. Ku tahu Hawa diciptakan untuk Adam. Dan aku tahu kau juga memerlukan wanita untuk menjadi peneman hidupmu. Tapi aku tidak mampu. Kasihmu ku pandang sepi. Langsung tiada harganya bagiku. "aku tiada masa untuk berkasih. Aku mahu penuhkan masa muda yang ada dengan ilmu. " ujarku padanya. Seribu alasan ku taburkan untukmu agar kau berputus asa hingga sanggup ku katakan yang aku sudah menemui pria idamanku. Tidak dapatku bayangkan betapa kecewanya dirimu hingga kau sanggup pergi dariku.

Dan disaat kau pergi jauh dariku, aku mula mencari kasihmu. Sungguh aku insan yang haus dalam pengembaraan yang panjang di tanah gersang. Aku dahagakan kasih sayang yang telah lama tidak ku rasai. aku merinduimu, Zakrul. Kembalilah pada aku. Siramilah bunga cinta yang kian mekar dihatiku. Namun rajukmu tiada ubatnya lagi. Padaku kau katakan. "hatiku sudah tawar untuk menerimamu." Aku cuba menagih kasihmu kembali. Ku cuba memujuk. Pelbagai cara telah ku usahakan. Namun kau tetap jua teguh dengan katamu. Akhirnya aku kecewa sendiri. Lelah menbaiki hatimu yang telah ku hancur lumatkan. Namun aku nekad, aku mahu membina kembali istana kristalku yang musnah dahulu. Biar berapa lama pun masa yang kau perlukan aku tetap kan menunggu. "andai sudah tersurat jodoh antara kita, kita akan bersama jua. Biarlah masa yang menentukan segalanya" itulah kata putus darimu. Mungkin kau berasa simpati padaku yang tak pernah jemu mengharapkanmu.

Kakiku lemah untuk menampung tubuhku. Aku terjatuh di lantai saat kad undangan bewarna ungu itu ku baca. Kau mengundangku ke hari bahagiamu bersama teman lama. Waktu itu seribu penyesalan terasa memburuku. Sudah tidak terbilang berapa banyak mutiara jernih mengalir dari kolam mataku. Musnahlah segala impianku. Hati ini terasa amat pilu. Namun segalanya tidak mungkin akan berulang lagi. istana kristalku tidak mungkin mampu ku dirikan tanpamu Zakrul. Bersama kad yang harum itu kau sertakan kertas putih berlipat kemas bersama coretanmu.

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkanmu
Seperti mereka yang punya cinta

Hani, sejuta kemaafan ku pohon darimu kerna cintaku telah ku hadiahkan pada dia yang sudi. Nor khalisah namanya. Dia teman sepermainanku dulu. Ku harap kau sudi hadir di hari perkahwinan kami
Yang ikhlas,
ZAKRUL
Walau seberat manapun kaki ini melangkah, tetapku gagahi juga ke majlismu. Ku lihat kau tersenyum bahagia disamping dia yang bergelar isteri. Ku hadiahkan sebuah senyuman padamu disaat mata kita bertentang. Namun senyum itu sekadar menjadi hiasan dibibirku bukan lagi penyeri di hatimu. Dia memang padan denganmu. Wajahnya Nampak tenang tidak sepertiku selalu merombak kencang. Padamu kuhulur sebuah hadiah tanda persahabatan yang akan ku ingat sampai bila-bila dan ku titipkan sebuah lagu untuk menjadi halwa telingamu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohan maafkan aku
Aku menyesal telah mu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan memintakan hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Rossa : Aku Bukan Untukmu

p/s : moga anda terhibur dengan cerpen ke 2 sy. terima kasih di atas kesudian anda memberi komen pada cerpen Siapa Dihati.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.