Cerpen : Kasih Bersemi

Jemputan ke Majlis Reunion '4 Kepala Bengong'
-Haiqal, Zaim, Aiman, Asyraf-
Tarikh: 18 April 2009 (9.00 malam)
Tempat: Bora Ombak, Damansara
Kehadiran bersama TEMAN WANITA adalah diwajibkan.
(Termaktub dalam perjanjian reunion '4 Kepala Bengong')


Setahun sudah berlalu. 18 April datang lagi. Genap sudah setahun dia menerima ijazah dan pada tarikh keramat ini juga dia dan tiga lagi teman rapatnya telah berjanji untuk bertemu semula. Dengan membawa teman wanita masing-masing. Sebenarnya, dia sangat menantikan saat ini. Saat di mana dia dapat bertemu semula dengan teman seperjuangannya ini. Tetapi, dia terlupa sesuatu. Mereka berempat telah bersetuju untuk membawa teman wanita masing-masing semasa perjumpaan ini.

Siapa? Siapa? Dan siapa? Siapa yang perlu dibawanya bersama? Hatinya diserang perasaan risau. Pertemuan itu akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi. Siapa yang sudi untuk menjadi teman wanitanya pada malam itu? Mindanya mula berputar. Mencari nama-nama gadis yang dirasakannya boleh membantu menyelesaikan masalahnya ini.

Emylia. Kepalanya tergeleng-geleng. Dia menaruh perasaan pada gadis cantik itu. Mereka bekerja di bawah satu bumbung, berlainan jabatan. Emylia tidak pernah sedar akan kewujudannya. Lalu, bagaimana dia harus memulakan langkah?

Husna. Ya. Husna. Hanya Husna sahaja yang dapat membantunya. Gadis yang dikenalinya sejak sekolah menengah itu susah untuk menolak setiap pertolongan yang dipinta. Hubungan mereka mula rapat sejak mereka bertugas di sini.

Senyuman mula memekar. 50 peratus masalahnya sudah selesai. Dia segera mengatur langkah ke pejabat Husna untuk melaksanakan lebihan 50 peratus lagi. Pintu bilik diketuk beberapa kali. Sebelum mendapat permintaan gadis itu, kakinya dengan selamba sahaja melangkah masuk.

"Kau kena tolong aku. Aku ada masalah..." bicaranya terhenti apabila menyedari Husna mempunyai tetamu.

Mata Husna dan tetamunya melekat padanya. Mungkin, terkejut menerima kehadirannya tanpa diundang. Pandangan mereka membuatkan dia jadi malu sendiri. "Sorry, aku keluar dulu."

"It’s okay. I’m done with Miss Husna," tetamu itu menjawab bagi pihak Husna.

Aiman tersengih malu. "Betul ke dah selesai? Saya ni mengganggu urusan encik dengan Husna sahaja."

Lelaki itu bangun. "Abang jumpa Husna lain kali. Take care of yourself. I love you," ucap lelaki itu.

Aiman ternganga mendengar ucapan itu. Siapa sebenarnya lelaki ini? Adakah lelaki ini kekasih Husna? Persoalan itu bermain lagi dibenaknya. Selama ini, tidak pula dia lihat Husna keluar dengan mana-mana lelaki keculai dirinya. Perasaannya mula tidak menentu. Cemburu? Adakah dia cemburu? Tidak. Dia tidak pernah menyimpan perasaan pada Husna. Dia hanya mencintai Emylia. Dia menyakinkan hatinya.

"Abang pun jaga diri elok-elok. Selalulah datang sini, jenguk Husna. Husna pun sayang abang juga," balas Husna, kedengaran amat manja sekali.

Aiman tidak dapat menahan dirinya. Dia ingin menjadikan Husna sebagai teman wanitanya untuk malam itu nanti. Tetapi, apa yang dilihatnya sekarang? Kemesraan Husna dengan kekasihnya. Kekasihnya, dalam erti kata yang sebenar. Kenapa perlu dia berperasaan sebegini sedangkan dia hanya menganggap Husna sebagai sahabat sahaja?

"Saya balik dulu, ya," ucap lelaki itu ketika melewati dirinya yang sedang menahan perasaan.

"I’ve told you so many time. Lain kali, terjahlah lagi bilik aku," Husna bersuara, menyindirnya.

Dia tersengih. "Manalah aku tahu yang kau ada tetamu," balasnya. Kerusi di hadapan Husna ditariknya dan terus duduk tanpa dijemput.

"That’s mean aku kena letak sign board ‘I have guest right now. Please come again later. Macam tu?" soal Husna.

‘Aku yang sakit hati tengok kau bermesraan dengan lelaki lain, kau pula yang berangin,’ bisik
Aiman di dalam hatinya.

"Husna, Husna. Aku tak cakap pun macam tu. Can we just forget about this silly thing and focus on my problem?"

Husna menayang muka selamba. Faham dengan peragai sahabatnya yang satu ini.

"Aku akan jumpa dengan kawan-kawan aku Sabtu depan. Masalahnya, aku kena bawa teman wanita," beritahunya.

"So, kau nak minta tolong carikan seorang gadis yang boleh jadi teman wanita kau untuk malam tu?"

"No. I’ve found her."

"So? Apa masalahnya?" tanya Husna geram.

"Aku nak minta kau tolong cakap, ya, aku setuju untuk temankan kau malam tu."

Husna mengerutkan dahinya. "What?"

"Aku tak suruh kau cakap macam tu. Please, aku hanya ada kau untuk tolong aku," Aiman mula memujuk Husna untuk menerima pelawaannya itu.

Husna mengeluh perlahan. Dia memandang wajah Aiman. Mungkin, gadis itu sedang memikirkan kewajarannya untuk menerima permintaannya ini atau pun menolaknya.

"Tak boleh ajak orang lain ke?"

"Bukannya kau ada kerja pun malam tu. Tolonglah aku. Siapa lagi yang boleh tolong aku kalau bukan kau?" Aiman merayu, penuh dengan pengharapan agar Husna menerima.

Wajah Husna serba-salah. Dia hanya perlu merayu lagi sehingga Husna mengatakan ya. "Atau kau ada date dengan lelaki tadi tu?"

Husna ketawa. "Aku? Ada date dengan lelaki tadi tu? Mengarutlah kau ni."

"Habis tu? Kenapa susah sangat nak cakap setuju?"

"Ya. Aku setuju, wahai Muhd Aiman. Puas hati?"

Bibir Aiman melakarkan senyuman. "Thank you, my princess."

"Yelah tu."

Aiman tersenyum lagi. Harinya sentiasa disulami keceriaan dengan kehadiran Husna. Gadis itu seorang yang dapat menghiburkan hatinya dengan gelagat-gelagat selambanya.

*****

Aiman dan Husna beriringan masuk ke dalam ruang restoran Bora Ombak. Buat kali pertama di dalam hidupnya, dia berasa sangat bengga berjalan di sisi Husna. Sedikit calitan mekap pada wajah bujur itu sudah menaikkan keayuan gadis itu. Husna kelihatan sangat anggun malam ini. Sungguh berbeza dengan penampilan biasanya ke pejabat. Berbaju kurung setiap hari. Rupa-rupanya, Husna tahu juga untuk berfesyen.

Sesekali, matanya dapat menangkap beberapa pasang mata nakal lain asyik menoleh ke arah Husna. Saat itu, jari-jemarinya mula menggenggam erat jemari runcing Husna. Menghantar isyarat bahawa Husna adalah miliknya. Walaupun, hanya untuk malam ini.

"Depan kawan-kawan Aiman nanti, Husna pretend kita ni macam loving couple, ya. Tak ada ‘kau’ atau ‘aku’ lagi," bisiknya ke telinga Husna.

"Alright. I know my job."

"Thanks, for being such a good friend for me."

Husna membalas dengan senyuman. Aiman terpana. Senyuman itu sangat manis. Dan baru malam ini, dia menyedari Husna mempunyai senyuman yang sangat manis. Malam ini, barulah dia menyedari bahawa teman rapatnya ini merupakan seorang gadis yang cukup sempurna untuk dimiliki. Kenapa dia tidak pernah lihat nampak kesempurnaan Husna selama ini? Sayangnya, Husna sudah ada lelaki lain di dalam hidupnya.

"Hei, kawan-kawan! Tengok siapa yang datang ni?" jerit Asyraf.

Aiman kembali ke alam realiti. Dia tersenyum ke arah sahabat-sahabatnya. Matanya memandang ke arah sahabat-sahabatnya yang sama-sama menunutut di US dahulu. Asyraf, nampaknya masih lagi bersama Adilia. Zaim pula berjaya mendapatkan Syafira dan Haiqal datang bersama... gadis itu. Emylia. Haiqal datang bersama Emylia, gadis yang dipujanya dalam diam.

"Hoi, Aiman! Kau tak nak kenalkan buah hati kau pada kami ke?" sergah Zaim.

Aiman sedaya upaya mengawal dirinya. Dia mengingatkan dirinya bahawa malam ini, dia dan Husna adalah sepasang kekasih. Lupakan segala perasaannya terhadap Emylia.

"I rasa I kenal dengan you. Husna right? Kita satu pejabat, lain department. Selalu juga I nampak you dengan this guy. Apa nama dia? Aiman? Betullah sangkaan I selama ni, you dengan dia ada hubungan istimewa," celah Emylia.

Husna tergamam. Dia baru perasan bahawa salah seorang daripada wanita di situ adalah Emylia. Patutlah Aiman diam seribu bahasa. "Emy ke? Setiausaha Encik Ahmad?"

Emylia mengangguk.

"Husna, mereka ni kawan-kawan Aiman yang Aiman selalu cerita tu. Asyraf, Adilia, Zaim, Syafira dan Haiqal," Aiman bersuara tenang.

Husna menghadiahkan senyuman buat mereka semua.

"Tempoh setahun mengubah Encik Aiman kita ni. Korang semua ingat tak dulu, Aiman ni mana layan perempuan. Sekali dia kenalkan awek cun pada kita semua," seloroh Haiqal.

Asyraf, Adilia, Zaim dan Syafira mengangguk-angguk. Bersetuju dengan pendapat Haiqal. Aiman hanya tersenyum. Matanya menjeling ke arah Husna di sisinya. Wajah gadis itu merah, menahan malu mungkin.

"Aku bukannya tak ada nafsu pada perempuan. Sebab aku dah ada Husnalah, aku tak layan perempuan lain," jawab Aiman.

"Oh! I ingat you kenal dengan Husna sejak kerja. Dah kenal lamalah ni, maksudnya?" soal Emylia.

"Sejak sekolah menengah lagi. Kita start couple lepas SPM, kan Husna?" Aiman mula mereka cerita.

Husna tersentak. Seingatnya, dia dan Aiman tidak pernah bertegur sapa walaupun setiap tahun mereka berada di dalam kelas yang sama. Dahulu, dia sangat pendiam dan tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Hubungan mereka mulai akrab sejak bertugas di tempat yang sama. Walaupun begitu, kepalanya mengagguk juga. Membenarkan sahaja setiap kenyataan Aiman.

"Kau tak pernah kenalkan pun pada kami semua. Pandai betul kau sorok awek kau daripada pengetahuan kami."

Aiman hanya tersenyum. Sesekali matanya memerhatikan Haiqal dan Emylia. Mereka memang sangat sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Biarlah, dia tidak akan sekali-kali meretakkan hubungan Haiqal dan Emylia. Hubungan persahabatan mereka berempat lebih beharga berbanding dengan gadis yang bernama Emylia itu.

Dia ada Husna. Gadis yang setia menemaninya malam ini. Gadis manis yang sentiasa ada ketika dia memerlukan pertolongan. Tiba-tiba wajah lelaki yang menjadi tetamu Husna muncul di dalam benaknya.

"Abang pun jaga diri elok-elok. Selalulah datang sini, jenguk Husna. Husna pun sayang abang juga."

Kata-kata Husna pula menerjah kotak fikirannya. Husna juga sudah dimiliki. Dia hanya meminjam Husna malam ini. ‘Kenapa semua perempuan yang aku suka milik orang lain?’ keluh hatinya. Dia terasa dirinya begitu kerdil sekali. Semua sahabat-sahabatnya berjaya menyunting gadis idaman mereka. Hanya dia sahaja yang tidak berjaya.

*****
"Siapa lelaki yang masuk bilik Husna hari tu? Pak we ke?"

"Mana ada. Kawan aje. Husna dah lama kenal dia. Sejak sekolah lagi, tapi dulu tak berapa baik. Sejak bekerja ni, baru mula rapat," terang Husna.

"Abang rasa dia macam sesuai je dengan Husna."

"Pandai-pandai je abang buat andaian macam tu. Main rasa-rasa."

Husin tergelak. "Betul, abang tak tipu. Abang nampak dia sangat sesuai dengan Husna."

"Kami kawan je. Sesuai ke tidak, hubungan kami tetap tak lebih daripada seorang kawan," Husna berkata tegas.

"Apa-apalah. Husna belum jawab lagi soalan abang. Siapa nama budak lelaki tu?"

"Aiman," jawab Husna malas.

"Aiman. Husna. Okey what?"

"Abang ni, cukup-cukuplah tu. Boleh pula abang matchkan nama dia dengan Husna," marah Husna.

Husin tersenyum. Suka dia melihat wajah merah adiknya ketika menahan malu.

*****
Husna menyerahkan sepucuk kad kepada Aiman. Aiman terkejut menerimanya. Sampul surat bewarna pink. Kad kahwin. Hanya itu sahaja yang terlintas di mindanya. Adakah ini bermakna Husna bakal berkahwin? Dengan lelaki itu, mungkin. Tidak. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Sukar untuk dia menerima kenyataan ini. Dia mula menyedari bahawa hatinya sebenarnya menyintai Husna sejak malam itu. Sejak dia menerima kenyataan bahawa Emylia tidak tercipta untuknya. Hatinya betul-betul hancur berkecai kali ini.

Pantas kakinya melangkah keluar daripada bilik Husna. Kolam air mula bertakung di tubir matanya. Pertama kali di dalam hidupnya dia menangis kerana seorang perempuan. ‘Husna, kenapa Husna tak pernah beritahu Aiman semua ni? Kenapa Husna biarkan hubungan kita terjalin rapat tanpa memberitahu Aiman bahawa Husna bakal menjadi milik orang lain?’ hatinya merintih sayu.

Sesampainya di dalam biliknya, dia terus mencampakkan kad itu di atas meja. Dia masih belum boleh menerima kenyataan ini. Wajah lelaki itu datang, mengejeknya kerana gagal mendapatkan Husna. Muncul pula wajah Husna di sisi lelaki itu sambil tersenyum manis.

"Ah!"jeritnya geram.
Dia meraup mukanya berkali-kali. Tali leher sudah dilonggarkannya. Keadaanya benar-benar tidak terurus sekarang ini. Semuanya kerana Husna.

*****

Aiman,
Maafkan abang sekiranya kehadiran nota ini membuatkan Aiman rasa terganggu. Sebagai seorang abang, abang ingin melihat adik abang bahagia. Pada pendapat abang, Aiman adalah lelaki yang paling layak untuk membahagiakan Husna. Abang dapat melihatnya daripada sinar mata Husna. Dia amat mencintai Aiman. Kalau boleh, abang nak dia hidup di samping Aiman.

Mungkin, permintaan abang ni agak keterlaluan, tapi Aiman cuba fikir-fikirkan, ya. Kalau Aiman tak sudi, lupakan sahaja nota abang ni. Jemputlah datang ke majlis perkahwinan abang.

Yang benar,
Husin.

Aiman membelek kad jemputan kahwin itu. Husin bin Hamdan dan Afiqah binti Daud. Jadi, bukan Husna yang akan berkahwin? Dia tersenyum. Semuanya kerana dia bertindak melulu. Menyangka yang bukan-bukan.

Kakinya melangkah ke bilik Husna. Sejak menerima kad itu, inilah kali pertama dia menunjukkan mukanya pada gadis itu. Selama seminggu dia tidak menegur gadis itu. Ada juga sesekali Husna mengajaknya keluar makan tengah hari bersama, tetapi dia menolak. Ketika itu, memang hatinya sangat sakit sehingga tidak sanggup untuk menatap wajah gadis kesayangannya itu.

Pintu bilik gadis itu diketuk perlahan. Seperti biasa, sebelum mendapat arahan masuk, dia sudah pun meloloskan dirinya ke dalam bilik gadis itu. Husna yang sedang sibuk menaip terhenti. Aiman terus duduk di hadapan gadis itu.

"Abang awak ke yang nak kahwin?" soal Aiman.

Setelah malam itu, dia senang membahasakan dirinya ‘saya’ dan ‘awak’ dengan Husna. Nampak agak sopan sedikit berbanding ‘kau’ dan ‘aku’.

Husna tergelak. "Yelah. Takkan saya pula kot. Saya ni buah hati pun tak ada lagi, nak suruh saya kahwin dengan siapa?"

Aiman tersenyum. Berbunga hatinya mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Husna. Peluangnya untuk memiliki gadis itu terbuka dengan luasnya. Abang Husin juga merestui hubungan yang bakal terjalin di antaranya dengan Husna.

"Abang awak tu, yang datang sini hari tu ke? Yang masa saya terjah bilik awak sebab nak minta tolong awak jadi kekasih saya tu."

"Aah. Tulah abang saya. Kenapa?"

"Tak ada apalah. Saje nak tahu," balas Aiman. Di dalam hatinya, dia malu sendiri kerana menganggap abang kandung Husna sebagai kekasih gadis itu. Kemudian, dia menganggap Husna akan berkahwin dengan lelaki itu pula. Kenapalah dia tidak bertanya sahaja dengan Husna?

"Yang awak ni, kenapa baru hari ni awak tanya pasal majlis perkahwinan abang saya tu? Bukan ke dah seminggu saya kasi kad jemputan tu?" soal Husna pelik.

"Baru baca tadi. Hari tu tak sempat nak baca. Banyak sangat kerja," tipu Aiman.

Dia malu untuk mengatakan yang dia telah tersalah anggap sebelum ini. Kerana kecewa, dia tidak membaca kad jemputan itu sehingga hari ini.

Husna terangguk-angguk.

"Betul ke awak tak ada buah hati lagi?" soal Aiman. Kali ini, dia sudah nekad untuk meluahkan perasaannya pada Husna.

Husna ketawa. Pelik apabila Aiman mengajukan soalan itu. "Siapalah yang nak kat saya ni. Saya ni, bukannya cantik sangat pun."

"Tak cantik ke?"

Husna terdiam seketika. Perasaannya mula berubah. Sebenarnya, apa yang cuba disampaikan oleh Aiman? Nada percakapan Aiman sedikit serius berbanding hari-hari biasa. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

"Emm...maksud saya, kecantikan saya ni taklah sehebat artis-artis yang selalu menjadi pujaan orang ramai tu. Emm...awak rasa saya ni cantik ke tidak?"

Aiman tersenyum. ‘Artis tu cantik kerana wajah sebenar mereka disaluti mekap yang tebal. Tapi, kecantikan awak adalah kecantikan semula jadi, wahai Husnaku sayang.’ "Cantik," jawab Aiman pendek.

"Kalau saya cantik pun, takkanlah saya nak announcekan yang saya ni cantik. Nanti orang kata saya ni perasan cantik pula."

Sengaja dia mengubah mood perbualan mereka kepada suasana yang santai seperti selalu. Dia terasa kekok untuk berbual dengan Aiman dalam keadaan seperti ini.

Aiman tergelak. Husna memang pandai menghiburkan hatinya.

"Saya tak nak awak announcekan pada orang lain yang awak ni cantik. Nanti, berduyun-duyun yang datang nak berkenalan dengan awak."

"Apa salahnya?"

"Awak, tak boleh. Saya tak benarkan," ujar Aiman tegas.

"Kenapa?"

"Sebab...sebab..." tergagap-gagap Aiman ketika cuba meluahkan perasaannya pada Husna.

"La, sebab apa? Cakap ajelah," desak Husna.

"Sebab saya cintakan awak. Saya nak kahwin dengan awak," luah Aiman.

Husna terlopong seketika. Adakah dia sedang bermimpi ketika ini? Benarkah apa yang didengarinya sebentar tadi? Aiman telah melamarnya untuk dijadikan isteri.

"Saya betul-betul cintakan awak. Saya tak main-main. Bukan sebab saya kena bawa isteri untuk majlis reunion atau apa. Saya memang nak awak jadi isteri saya."

"Aiman, saya...saya tak tahu nak cakap apa."

"Please say, yes."

Husna memandang wajah Aiman. Lama sekali. "Yes, I do."

Aiman tersenyum bahagia. Akhirnya, berjaya juga dia memiliki gadis idamannya. Kali ini, dia tidak lagi bertepuk sebelah tangan. Dia berjaya membuatkan tangan Husna turut bertepuk dengannya.

 
You can follow any responses to this entry through the Contac Us. You can leave a response.